Kisah selanjutnya di sini :- Kisah Seorang Banduan
Wednesday, October 31, 2012
Entry Terakhir Sebelum Aku Ditangkap Di Niagara Falls
20042010 - Masa dalam Amtrak nak ke Niagara Fall, 9 jam perjalanan. Tadi pukul 4-30 pagi dah bangun, by 6 dah sampai Penn Station, train ke Toronto pukul 7-15. Tapi kitaorang turun kat last stop sebelum train nih masuk Canada, (Niagara Fall Toronto) kat Niagara Fall New York. AM sama NekRock melepak aje asyik bermessege-message, aku jer yang dok tengok scenery lawa kat luar.
Me, AM & NR di NYC
Melepak kat Sheraton New York sama AM dengan NekRock.
Beg sendiri, so heret sendirlah kan? Ekekekekeke, tak kuasa aku nak menolongnya sebab aku cuma sekadar "Pengiring" aje ekekekkeke
NekRock tengah memilih kasut/sandal kat Bergdorf Goodman kat Fifth Avenue. Ini first time yang pertama aku masuk "kedai" tuh, tempat orang kaya-kaya jer, tempat shooting film Sex And The City (2). Harga nya yang paling murah pun $345. Tak paham lah aku perempuan-perempuan nih, selipar Jepun pun nak yang mahal-mahal, ekekekeke
AM sama NekRock kat depan United Nation punya building. Lepas tuh kitaorang ke Consulate kejap, ada "perempuan Melayu" kat luar tuh masa kitaorang nak masuk. Biasalah, sombong nya semacam jer, pandang kitaorang atas bawah atas bawah (dalam hati dia tentu kata, "Ha, nih geng-geng nak menyusahkan orang jer lah kerja nya nih") Tu pasal lah gamaknya dia tak tegur pun kitaorang.
Keberangkatan Tiba AM/NR
About this time next week, InsyaAllah, aku tengah melepak sama AM dan NekRock, sesambil makan nasi yang aku tapau dari Pinang Restaurant,kat hotel diaorang tinggal, Times Square Sheraton kot. Sure diaorang letih lepas merempit, sementara tunggu aku siap kerja. Agaknya malam tuh kitaorang merayau-rayau kat area Times Square, Rockerfeler Center aje lah.
Aku tidur kat hotel diaorang malam tuh, besoknya balik ke rumah sewa aku, tinggalkan barang dan terus ke Forest Hills sebab tokay Pinang tuh dah janji nak masak Kari Kepala Ikan Special untuk kitaorang. Lepas tuh teruskan urusan rayap merayap. Aku dah kasi warning kat NekRock, segala urusan-urusan berbentuk perniagaan tidak dibenarkan sama sekali.
Besoknya, Selasa, pagi-pagi lagi ke Penn Station, naik Amtrak ke Niagara Fall. Tidur kat sana malam tuh. (Malam tuh Bryan Adams ada buat konsert kat Buffalo, tak jauh dari Niagara tuh. Hmmmm.....) Besoknya tak tahu lah macamana sebab nak ke rumah Ila, Minah Singapore yang tinggal kat kampung kecik tapi nama besar tuh, Rome. Rancangannya nak ke Boston, Massachusets, mungkin jugak balik dulu ke New York (pasal tak ada train dari Rome ke Boston). Rugi masa kalau macam tuh, nak patah balik ke New York, tapi tengoklah macamana nanti. NekRock/AM nak sewa kereta kot, kalau macam tuh teruslah kitaorang ke Boston (malam tuh Bryan Adams ada buat konsert kat Boston. Hmmm....) ,singgah kat New Haven, Connecticut, nak makan kat Warung Selera.
Aku belum confirm yang weekend tuh dapat cuti ke tidak.Kalau dapat, mungkin aku akan ikut diaorang ke Washington DC. Diaorang nak merasa naik bas Cina,ekekekekke. Tapi aku rasa macam nak ke Philadelphia aje, dah lama tak ke sana, dah dekat 3 tahun kot. Sunday tuh pulak Bryan Adams ada buat konsert kat Purchae, New York. Hmmmm.....
David tak rasa dia ingatkan aku nak cuti jugak weekend tuh pasal weekend lah aku kerja lama sikit, so sure aku tak nak rugi, kan? Ahad pulak hari gaji. Dia tak tahu, yang sempena kedatangan Yang Mulia NekRock dan AM ke New York, Tuhan bukak pintu rezeki aku. Dalam dua bulan lepas aku ada joined 2 programs kat internet (nanti-nantilah aku cerita,kalau rajin), kebetulan pulak seseminggu dua nih aku punya turn untuk mengollect hasil. Last week sama this week aku dah dapat $1000 ($500 aku tumpang Paypal NekRock, $500 lagi aku gunakan untuk buat modal nak "main" second round) dan minggu depan akan ada at least (yang dah confirmed) 4 orang yang akan hantar aku duit $100 sorang. Syukur Alhamdulillah.
Itu aje lah kali ini, nanti aku update banyak gambar masa merempit sama NekRock dan AM nanti, sekarang nih aku "sibuk" macam dua tiga bulan kebelakangan ni lah, sibuk cari peluang buat duit, sampaikan nak update blog pun aku malas.
Khamis18022010
Orang kata, jauh berjalan luas pemandangan, banyak pengalaman. Jauh berjalan kat New York City, lagi lah luas pemandangan dan banyak pengalaman kan?
1. Last weekend on my way to work, masa tunggu F train kat 34th Street, aku biasalah, sambil baca The New York Post aku bersandar kat tiang. Then ada lah lalu this one black guy yang aku tengok, nak kata macam homeless tak jugak. Tapi, nak kata macam orang biasa, tak jugak. So aku macam stare lah kat dia, nak memakesurekan yang kategori apa nya dia tuh. Iyalah, kalau dia homeless dan dia mintak duit, sure aku kasi.
Tak lama lepas tuh, aku perasan dia jalan mundar mandir, keliling aku. Dua tiga kali. Bila aku pandang dia, dia kata something like, "Staring at a man huh? Looking down at a man huh?". Terpanik aku sekejap. Mulanya aku nak cakap, "Me no speek the Inglish" tapi nampak sangat menipu sebab tangan aku pegang The New York Post, kan?
Dua tiga kali dia ulang cakap gitu, aku tanya, "What were you saying?". Kecut perut aku. Aku jeling dua tiga orang yang ada kat situ, diaorang pun macam panik jugak, so terus aje lah aku blah,laju aje aku jalan, tak pandang belakang dah. Aku keluar, then jalan kaki ke 42nd Street Times Square punya subway station, tunggu train kat situ pulak.
2. Dua tiga hari lepas, aku pergi makan kat Pinang di Forest Hills. Aku biasalah, sekali seminggu aku akan ke restoran Malaysia, setakat nak tunjukkan muka, nak mengeratkan Silaturrahim.
Baru lepas snow so jalan basah masa aku nak pergi kerja. Pinang tuh dalam 5 blocks aje ke main street kat apartment King Mongkut. Aku terperasan ada sorang perempuan nih berdiri tegak aje kat walkway. Nak kata dia tunggu teksi atau kereta, tak kan berdiri kat tengah walkway. So semakin aku dekat dengan dia, semakin aku perati. Peliklah kan?
Then mata aku tertengok kat kaki dia, dia pakai jaket tebal macam jubah tuh, yang nampak kaki aje. Then aku tengok laju jer air menitis dari kaki dia. Laaaa, rupanya dia kencing! Selamba aje dia kencing sambil berdiri kat tempat orang jalan kaki. Nak kata dia gila, aku tengok, macam perempuan tua biasa aje. Puas aku nak tahan gelak, selamba aje dia melepaskan hajat dia kat situ.
Itulah aku fikir, setaksenonoh aku, berlambak lagi orang yang lebih teruk dari aku.
Rabu17022010
Ok, sebab aku malas sangat nak update blog, nih aku tulis sikit-sikit pasal my life sekarang nih, yang terlalu lah mundane nya.
1. Since sekarang selalu snow dan cuaca pun masih sejuk, so aku jarang sangat keluar di waktu siang. Kalau keluar pun sebab nak meredah snow, nak ambik gambar. So biasanya aku melepak kat rumah ajelah sampai lepas Zohor, then baru pergi kerja.
2. Aku sekarang nih dah rajin sikit memasak, for the last 2 weeks or so ada lah a few times aku masak. Dan kalau aku malas sekali pun, aku makan salad aje. Bukan salad yang aku beli, tapi salad yang aku prepare sendiri. Tapi, tau-tau aje lah kalau salad yang prepare sendiri nih kan? Lebih banyak lauk daripada greens, lebih banyak tuna, egg salad yang aku taruk daripada lettuce dan romain. So basically salad aku tak kaler hijau sangat sebab banyak taruk chick peas, sliced carrot, mixed-veggie yang aku beli dalam tin.
3. AM sama NekRock, InsyaAllah nak datang New York City pertengahan April nanti untuk melawat aku, diaorang punya favorite Malaysian, so aku dah ambik keputusan nak cuti, walaupun aku belum beritahu David sama King Mongkut. Mayor Bloomberg pun aku belum kasi tahu nih, ekekekeke.
Kalau boleh aku nak cuti seminggu tapi kalau dikasi 5 hari weekdays tu pun dah bagus sangat dah.Aku nak ikut AM sama NR merempit, perempitan kat belah-belah North aje lah, diaorang nak ke South nak ke DC nanti aku tak nak ikut kot. Tengoklah macamana. Kitaorang plan nya nak ke Rome, bukan Rome di Italy tapi Rome di New York state, nun jauh kat atas sana tuh, dekat-dekat Niagara Falls dah.
Nak pergi melawat kawan kitaorang Ila, Minah Singapore yang kawin sama Mat Salleh tuh. Dan aku dah plan yang nak suruh AM sama NR duduk kat rumah sewa aku ni aje lah sebab ada bilik kosong, boleh save banyak duit sikit. Aku dah kasi tahu tuan rumah aku, dan dia setuju nak sewakan bilik tuh for a week or 2. So aku betul-betul look forward lah untuk gathering Melayu-Melayu Berfikiran Mat Salleh nih ekekeke
4. Aku masih lagi alon-alon buat Forex aku tuh dan walaupun aku bukak account dengan Managed-Account company tapi aku monitor jugak pergerakannya. Dalam sesebulan lepas, aku punya basic principal jadi kurang sebab musim cuti diaorang tak trade, so ada a few transactions yang rugi. Tapi sekarang dah ok balik dah, InsyaAllah in a few more weeks, ibut duit aku yang $1500 dulu tuh akan beranak pinak lah. Sekarang nih tengah bunting kot, ada dalam $3000 dah.
5. Dalam dua minggu nih aku ada jugak buat kerja luar yang lain, aku cari kat Craigslist, cuma aku nih macam malas aje nak beria-ia sangat. Both guys yang I worked for tuh baik-baik semuanya.
Itu aje lah kot untuk kali ini.
Selasa16022010
Sabtu
First time aku tengok film Hindi kat panggung, dalam seumur hidup aku. Sebab macam teruja jer tengok poster,sinopsis dan review film tuh. Aku tengok kat AMC Times Square, penuh panggung dengan gang-gang Shah Rukh Khan, dia ada datang untuk mengofficiatekan tayangan film tuh .
Takat ok jer cerita nya, aku meluat sangat dengan lakunan SRK tuh sebab sebijik dia tiru macam Dustin Hoffman punya lakunan dalam film RainMan kan? Jalan cerita pun tak berapa masuk akal, then again, what do you expect kan, it's a cerita Keling after all.
Rizwan Khan, a Muslim from the Borivali section of Mumbai, suffers from Asperger's syndrome, a form of high-functioning autism that complicates socialization. The adult Rizwan marries a Hindu single mother, Mandira, in San Francisco. After 9/11, Rizwan is detained by authorities at LAX who mistake his disability for suspicious behavior. Following his arrest, he meets Radha, a therapist who helps him deal with his situation and his affliction. Rizwan then begins a journey to meet US President Obama to clear his name.
Subscribe to:
Posts (Atom)