Saturday, September 29, 2012

You Raped Who, Amigo?


Then polis tuh kata yang dia nak periksa bilik aku. "Yeah, go ahead", cepat-cepat aku kata gitu. Aku suruh dia check almari tempat gantung pakaian lagi bila polis tuh keluar dari bilik air. Macam nak perli polis tuh aje. Then dia keluar. Aku tutup pintu bilik. 

Suki rupanya tak sedar apa yang terjadi so dia tanya aku. Aku ceritakanlah yang ada polis datang ketuk pintu. So dia intai dari lubang celah pintu. "Masih ada polisi di ruang tamu. Ngapain?", dia tanya aku. So aku intai jugaklah. Lepas tuh aku baring. Suki pun buat-buat tidur. 

Bermacam-macamlah benda bermain di kepala aku. Habislah aku kali ini, kata aku dalam hati. There's no way out. Langsung tak ada. Nak lari terjun tingkap? Aku kat tingkat 3. Aku fikir, dulu, dan selama ini pun, apa yang ada dalam kepala aku, aku akan berserah aje apa yang nak jadi dengan diri aku. Apa nak jadi, jadilah. Aku pasrah aje. Aku terima aje. Asalkan apa yang nak jadi tuh tak menyakitkan aku. Physically. Asalkan aku boleh sembahyang bang, sudah. Aku tak takut semuanya tuh. Aku akan hadapi semuanya tuh. 

Tapi kali ini aku jadi takut. Takut yang teramat takut. Bukan takut sekadar takut-takut. Ini, takut yang benar-benar takut. Dan aku tak berdaya nak lari dari ketakutan aku tuh. Aku tak ada jalan untuk menyelamatkan diri aku. Aku memang dah tak oleh buat apa. Yang boleh aku buat, hanyalah berdoa. Tapi, dalam keadaan takut begitu, aku lupa berdoa. Aku lupa untuk mintak tolong dari Tuhan. Aku asyik dok (baring) dan berfikir yang kemungkinan apa akan terjadi. 

Pintu bilik aku diketuk lagi. Jantung aku rasa macam dirembat. That's it, kata aku dalam hati sambil terus buka pintu. "What's your nationality?", tanya polis tuh kat aku. "Malaysian", aku jawab begitu. Habis, akan tertangkap seorang budak Melayu, akan buruklah nama Malaysia nanti. Akan terkeluar di paper kat Malaysia lah nanti yang penduduk haram Amerika berbangsa Melayu akhirnya ditangkap. Sampai ke situ sekali fikiran aku melayang jauh. 

"How about him?", polis tuh tanya sambil tunjuk arah Suki yang buat pura-pura tidur. "He's Indonesian", aku jawab. "Ok", kata polis tuh. Terus dia tutup pintu bilik. Aku sama Suki terus menggelabah, masing-masing memang dah tak boleh buat apa dah. Tunggu masa aje. Aku cuba intip dari lubang celah pintu tuh, dan aku nampak ada dua orang polis tengah duduk di sofa. Diaorang buat apa? Apa pasal belum tangkap kitaorang lagi? Nak tunggu apa lagi? Tengah aku sedap-sedap mengintai, tiba-tiba Suki bukak pintu, sebab dia ingatkan polis dah tak ada. The moment dia bukak pintu tuh, polis tuh terus pandang kitaorang. Dan Suki yang memang bangang tuh terus tutup pintu tu semula. Nampak sangat macam orang takut. 

Seperti yang kitaorang jangka, polis tuh ketuk lagi bilik kitaorang. "You have to vacate this apartment immediately", kata polis tuh. 

"But why?", aku tanya polis tuh. 

"There was a crime.......", aku macam dengar tak dengar apa yang polis tuh kata. 

"In this apartment?", aku tanya polis tuh lagi. Aku masih mamai. 

"Yes", macam marah jer polis tuh bila aku banyak sangat tanya. 

"Ok, ok, give us five minutes, I need to wash my face etc. 5 minutes", aku kata kat polis tuh sambil terus ke bilik air. 

"Kenapa? Kenapa?", Suki tanya aku. Aku tak jawab sebab aku terus ambik wudhuk, aku sembahyang Subuh kat bilik air. 

"Bawa passpor kamu aja, kita harus keluar dari apartemen ini sewaktu-waktunya", aku kata kat Suki. Aku ambik passport, terus keluar. 

"Before you go, let me see your IDs", kata polis tuh. Terus aku kasikan dia ID yang aku buat kat New York tu dulu. Lantaklah, ID palsu pun ID palsulah. So dia ambil details aku. Then masa dia nak ambil passport Suki, aku dengar suara one of the amigos yang sebilik dengan Jose tuh. 

"What?', polis tuh tanya amigo tuh. 

"No, nothing, it's not funny", aku dengar amigo tuh jawab gitu. Macamana pun, aku masih tak faham apa sebenarnya yang berlaku. Aku nampak kelibat Pak Ed keluar dari apartment. Masa aku nak keluar, sebab ada polis kat sofa, aku lalu ikut kitchen yang ada dinding pengadang ke living room tuh. Dan aku nampak Jose sama amigo roomate dia tuh tengah duduk di kerusi. Dan aku tengok tangan diaorang semuanya bergari. Terkejut aku. 

Sambil pakai stokin aku tanyalah polis tuh, "so, the crime happened here, right in this apartment?". 

"Yes, right here. In this very apartment", kata polis tuh. Dua orang polis yang di sofa tuh diam aje. 

"What happened, amigo?", aku tanya amigo tuh. Aku tengok Jose terjelepuk aje muka dia kat meja makan. 

"I rape(d) a girl", kata amigo tuh.

"You raped who?", aku tanya amigo tuh semula. 

"So how long do we have to vacate the apartment?", aku tanya polis tuh lagi. "Are we allowed to be back here tonight?", aku terus tanya dia sebab aku pasti, semua orang nak tahu info dari aku nantinya. Especially Suki. 

"Probably until tonight", kata polis tuh. 

"You raped who, amigo?", aku tanya lagi amigo tuh. Lamanya aku pakai stokin. 

"Vamos", kata polis sorang tuh. Aku tahu dia suruh aku pergi. Sebelum aku tutup pintu tuh aku dengar yang dia tanya polis yang ambil details aku tuh, "Is he Spanish?". Dia ingat aku spanish, tuh yang dia kata "Vamos" tadi tuh. So aku terus ajelah keluar dari apartment, masa tuh pukul 6 lebih sikit aje. Aku bertemu Suki, Romeo dan Pak Ed kat blok yang lagi satu. Terus aku talipun Ari (yang masa tuh tengah tidur di rumah Cindy). Pukul 6 lebih manalah mall bukak so kitaorang lepak kat luar ajelah sambil berbincang apa nak buat selanjutnya. 

Kitaorang kerja seperti biasa hari tuh walaupun di hati masing-masing hanya Tuhan yang tahu betapa takutnya. "Aku mahu kabur ajalah, aku udah nggak mahu pulang ke apartemen", kata Suki. Aku pun fikir the same thing, aku nak lari ajelah. Tapi.....aku tak ada duit. Dan laptop aku masih di kedai. Takkan aku nak melarikan diri aku sendiri tanpa menghiraukan laptop aku, kan? Bila Cindy, suami dia, adik dia, Ari, datang kerja, teruslah kitaorang ceritakan apa yang terjadi. 

Romeo, dia tak reti English so dia ceritakan in Spanish lah, takat dapatlah kitaorang faham sesikit. Rupanya si amigo, malam semalamnya, dia bawak balik perempuan ke apartement kitaorang. Dan dia sama Jose ambil turn rogol awek tuh. Awek tuh di tekup mulutnya, rambutnya ditarik ke belakang. Dan dirogol bergilir-gilir. Romeo kata dia tak dapat buat apa-apa sebab dua-dua, Jose dan amigo, diaorang mabuk. Tapi, yang buat lawaknya, masa Romeo cerita tuh, dia siap dengan aksinya sekali. Depan-depan Cindy, dia lakunkan watak Jose sama amigo masa nak rogol Minah tuh. Dia buat gaya orang telanjang (meaning dua-duanya bogel, Jose sama amigo), lepas tuh dia taruk siku dia kat celah kangkang, dan dia naikkan tangan dia sambil jari-jari digenggam rapat. Dua kali (maknanya kedua-dua kote Jose sama amigo tengah stim habis) Ish, grafiknya aku cerita nih, silap-silap ada pulak orang terstim kang. 

Cindy tanya aku kalau-kalau polis tuh tahu di mana kitaorang kerja, kalau-kalau polis tuh tahu arah ke mana kitaorang pergi once kitaorang keluar dari apartment tuh. Aku kata polis tak tahu tapi diaorang boleh dapat info tuh dari Jose sama amigo. Diaorang boleh tanya mamat berdua tuh, kat mana diaorang kerja. Aku suruh Cindy pergi ke apartemnt, iyalah, dia as a tokey kan, dia patut ambil tahu pasal apa yang terjadi kat anak buah dia. Tapi dia tak nak. "Later. Later", dia kata gitu. Aku tahu yang dia nak lepas tangan aje, yang dia tak nak ambil tahu apa-apa pun. Dia pun takut jugak sebab menghire illegals kerja di restoran dia. 

So seharian tuh, dalam nampak selamba, kitaorang kerja dalam ketakutan. Ari suruh aku perhati kalau-kalau ada polis datang arah ke restoran. Dan kalau ada orang yang bunyikan loceng untuk masuk ke restoran melalui pintu belakang, diintai dulu barulah dibuka.

Lepas kerja malam tuh, sibuklah memasing berbincang. Cindy, adik dia, suami dia, memasing tetap suruh kitaorang balik aje ke apartment. "Don't worry, don't worry, city manager say no problem", dia kata gitu? City manager? Apa ker jadahnya city manager tuh? Aku tahu, dia cuba nak menyedapkan hati kitaorang aje. Diaorang tetap kata yang tak ada masalahnya pasal bukan kitaorang yang buat crime. Agaknya dia lupa yang that crime terjadi kat apartment tuh. For sure polis akan buat penyiasatan. Mungkin polis akan ulang-alik ke apartment tuh. Buatnya polis kontek pihak Immigrasi? Diaorang yang legal memanglah cakap senang aje. Diaorang tak terfikir pun yang aku punyalah trauma. Diaorang tak tahu yang the first thing I saw masa polis tuh masuk bilik was a pistol. Diaorang tak fikir ker yang aku nih orang gelap? Si Ari pun bukan main lagi. Dia tak ada kat bilik masa polis datang, mana dia tahu how scared we were. 

Aku, Suki, Pak Ed dan Romeo tetap berkeras tak nak balik ke apartment. Kalau aku kena pergi cari hotel di downtown Pittsburgh pun aku sanggup. So dalam diaorang cuba cari jalan penyelesaian tuh, aku pun terfikir yang aku perlu kontek sesiapa. Iyalah, mana tahu kalau terjadi apa-apa kat aku, kan? At least adalah jugak orang yang tahu. 

It Happened One Night


Kat kawasan aku pergi tuh, East Carson Street, di South Side, memang rupanya tempat orang lepak. Tempat yang banyak bars, cafes, kedai-kedai barang antik, banyak kedai buku. Yang ramainya aku tengok, budak-budak muda. Jenis punk, yang pakaian serba hitam dan badan penuh tattoo. Even internet cafe yang aku masuk tu pun hitam semuanya, penuh dengan grafitti kat dinding. 

Tapi, walaupun aku rasa aku macam salah masuk tempat aje (aku nih kan ada ala-ala belia 4B ?) tapi aku rasa comfortable jugak lepak di cafe tuh. Orang tak peduli apa pun, mungkin diaorang fikir, mula-mula memanglah belia, lama-lama nanti sure aku akan jadi punk macam diaorang jugak. Tak dapat aku nak bayangkan yang aku akan jadi Bangla Punk suatu masa nanti. 

Tengah aku online, mamat kedai komputer tuh talipun aku, dia suruh datang ke kedai dia pasal nak discuss, samada nak teruskan usaha untuk merepair laptop aku. 

So aku jalan kaki ajelah ke tempat mamat tuh. Harganya dalam lingkungan dua ratus, perlu diorder cari Toshiba. Itu yang payahnya guna laptop nih, kalau ada benda yang rosak, mana boleh ditempel-tempel macam kalau kat desktop, boleh diclone. Dan dia ada kata yang labor charge nya lebih mahal dari harga barang. Aduh, dalam 500 jugaklah nantinya tuh, baik aku beli laptop baru aje lah. Buatnya bukan powerboard yang rosak? Buatnya nanti, dah beli powerboard baru, benda lain sebenarnya yang rosak? Tak ker habis duit gitu aje nanti tuh? Tapi aku nak cuba jugak so aku kata kat dia yang kalau harga semuanya lebih dari 500 dollars, aku tak nak. Kalau harganya, harga semuanya, dalam lingkungan 500, teruskan usaha muri dia untuk menyelamatkan laptop aku tuh.

So aku bayar 260 buat beli powerboard. Tinggal sikit aje duit aku, cukuplah untuk bayar balancenya nanti. "It takes 2 to 3 weeks", kata dia. Ya, lamanya. Tapi apakan daya, aku memang tak berdaya. Buatlah apa yang patut, aku pasrah aje. 

Aku balik semula ke internet cafe tuh, sempatlah online lagi sejam. On the way balik ke downtown Pittsburgh, aku menyusur ajelah main road yang semakin sibuk tuh. 

Bila cellphone aku dah ok tuh, sebab tak ada kerja lain, tak ada aktiviti lain, aku menalipun aje lah kerjanya. Aku beryahoo messenger jugak sesikit. Talipun kawan-kawan yang dah lama tak dengar khabar. Tapi masa aku talipun Subardi, aku rasa tak sedap hati aje. Walaupun aku tak ceritakan keadaan aku betul-betul, tapi dengar dia cakap tuh, fuh semakin melambung. Dia dah jadi chief cook lah kononnya, dia dah ada assistant dah, orang Indo jugak. Bermacam-macamlah dia nasihat aku kononnya, aku iya kan aje lah. Dia tak tahu how meluat I was dengar celotehan dia tuh. 

Then bila sembang dengan Nadi (guna talipun Subardi), Nadi cerita pulak pasal Hector asyik dok mengutuk aku. Bukanlah mengutuk sangat cuma dia selalu cakap kata yang aku nih, kerja di mana-mana pun pasti tak akan bertahan lama. Sebab aku jenis cepat bosan. Terbengang lah jugak aku sebab Hector cakap gitu tuh. Memang aku tak suka kalau orang yang aku anggap kawan baik aku, bergossip-gossip pasal aku. Then aku teruslah tak ada mood dah nak bertanya khabar pasal diaorang, aku dah tak ada plan pun dah nak melawat diaorang. Diaorang dah semakin bagus memasing tuh agaknya. Biarkanlah episod aku tinggal/kerja di Maryland/West Virginia dulu tuh tinggal kenangan aje. Hajat aku nak mengcongratulate Richard yang dah dapat anak perempuan lagi satu pun tak kesampaian jadinya. 

Hari Khamis aku off lagi sekali. Punyalah happy aku dapat dua hari off dalam seminggu. Kalau hari Isnin lepas aku tak belanja apa sangat, takat bayar cellphone bill sama bayar nak repair laptop, tapi kali ini aku berabis duit jugak. Seperti biasa aku lepak kat internet cafe tuh for like 5 hours hari Khamis tuh. Sedap pulak tuna sandwich diaorang tuh sampai 3 bungkus aku makan. 

Sebelum balik, singgah sekejap di CVS, beli barang sesikit. Sebab aku tak ada kunci apartment, dan sebab aku tahu Jose ada di bilik, aku singgah ajelah kat mall tempat aku kerja. Pergi gunting rambut, mahal nak mampos, dengan tipsnya sekali habislah 30 dollars. Tak nak dah aku jejak kaki aku kat salon tuh. Lepas tuh aku ke booth kawan aku yang paling baik kat sini. 

-----------------------

Meh aku nak cerita sikit pasal kawan aku nih. 

Ada dua orang sebenarnya, budak Israel dua-duanya. Diaorang kerja jaga booth jual gambar sama jual barang pembersih muka yang diimport dari Israel. Aku jadi baik dengan diaorang sebab diaorang nih selalu jugak datang makan kat restoran tempat aku kerja. Selalu sembang-sembang dengan aku, selalu buat lawak dengan aku. Selalu mintak rokok dari aku jugak. Haim sama Adi nama diaorang. Israel alim kadang tuh. Selalu jugak diaorang kerja pakai kopiah kecik hitam kat kepaa tuh. Tapi kalau masa gila tuh, diaorang memang gila. Selalu mabuk-mabuk, selalu cerita pasal perempuan. Diaorang tahu aku Islam. 

So memang selalu sangatlah aku lepak dengan diaorang nih kalau ada kelapangan, especially masa habis kerja atau masa aku off. Itupun kalau aku pergi ke mall. Malam-malam pun aku selalu bawakkan diaorang makanan yang aku bungkus, yang aku pura-pura bawak balik, kononnya untuk buat makan malam aku. Sedangkan makanan tuh aku kasikan sama Haim sama Adi. 

--------------------------------

So aku melepak sama diaorang ajelah lepas tuh, sebab dua-duanya tak ada boss, jadi diaorang boleh lepak anytime, selama mana. Aku belanja diaorang makan. Habislah dekat 30 dollars. Lepas tuh aku melepak sama Haim aje kat booth dia. Entah macamana agaknya aku tertanya, aku tertengok, aku terbelek-belek barang-barang yang dia jual tuh. "You want to buy something?", Haim tanya aku. "What are these?", aku tanya dia. Manalah aku tahu benda-benda solekan, pembersih muka, kuku etc. Teruslah Haim kasi a few sample, suruh aku cuba, sambil dia ajar aku apa yang patut dibuat. Masa tuh aku rasa aku macam bapok jer jadinya. So much of Bangla Metroseksual. 

Aku tertarik dengan scrub garam Laut Mati (Dead Sea) tuh. Bila disapu-sapu ke tangan aku, rasa bersih aje jadinya. "Products from Israel, must be good", kata Haim. Aku macam terkesian dengan Haim sebab aku tahu, dalam sehari, total sales dia berapalah sangat. Lagipun, dia nak kasi aku minimum price, sambil dia tunjukkan aku sheet yang menyenaraikan harga minimum yang boleh dijual. Tak nak aku cakap banyaklah tapi apart from that garam scrub, aku anguk-angukkan aje bila Haim kata liquid mask itu pun elok jugak untuk aku. Iyalah, muka aku kenalah dicuci jugak once in a while, kan? Barang yang lagi satu tuh aku pun tak sure sangat, cream untuk muka jugaklah. 120 dollars semuanya tapi untuk aku, dia jual 60 dollars aje semuanya. What a bargain, kan? 

Lepas tuh bila aku dah bosan, sementara nak tunggu Ari and the gang habis kerja, aku terus balik ke apartment. Lepak kat lobby. Sedih jer pasal laptop aku tak ada, kalau tidak memang sah aku berinternet dah kat lobby yang ada free wi-fi tuh. Aku, sebab tak ada benda lain nak buat, aku bukaklah kotak-kotak cream pencuci muka dan scrub yang aku beli tuh. Nak bacalah jugak cara nak guna, how many times a week, ho much do I have to apply. Things like that. Guna dalam dua tiga kali seminggu. Ok. Then aku baca semua benda yang tertulis kat botol lagi satu tuh, cream pencuci muka tuh. Sesuai digunakan untuk base untuk make up, so says ayat kat botol tuh.

Hampeh! Kosser tau! 

Terfikir jugak aku, dalam dua ratus dollars habisnya duit aku hari tu tuh. Tension pulak rasanya. What if harga repair laptop aku tuh nanti mahal, cukup ker duit aku nanti tanpa tunggu next gaji? Terpanik jugak sekejap. Then mulalah menyesal sebab belanja itu ini tak fikir apa-apa pun. Monday lepas tuh on my day off aku belanja ikut perlu aje, apa pasal Thursday aku jadi lupa daratan tuh? Tak apalah, sementara tunggu my next day off, next weeknya, aku tak nak belanjalah sangat. Memang, kalau hari kerja, aku boleh tak belanjakan duit, even satu cent pun. Cuma on my day off je yang aku lemahnya tuh. 

Friday tuh ada dua orang tukang masak baru, dua-duanya Mexicans, bapak dengan anak. Entah apa salahnya, tak sempat sehari kerja, dah diaorang blah. Tak setuju gaji, kalau tak salah aku. Kesian jugak dengan diaorang sebab datang jauh-jauh dari Arkansas. Gitu jadinya. Memang Cindy tuh tak fikir bab-bab kesian kat orang tuh.

Ari masih tetap tinggal di rumah Cindy, seronoklah dia pasal dia datang kerja pun lebih lambat. Sebab dia ikut boss, kan? Mana ada boss yang datang kerja awal, kan? Aku suka jugak dia datang kerja lewat sikit tuh, kalau tidak tuh ada ajelah songeh dia.

Suki pun semakin hari semakin banyak keluhannya. Tapi aku tak berapa sure samada dia nak teruskan niat dia untuk berhenti kerja. Sekejap kata nak berhenti, sekejap kata nak terus aje kerja. "Kerna juragan udah senang sama aku", dia kata gitu.

Aku tidur awal jugaklah malam tuh sebab letih seharian berjalan ke sana sini. Entah pukul berapa agaknya, dalam pukul 5 lebih, aku dengar bunyi orang ketuk pintu bilik. Kuat aje. Tapi tak ada suara. Siapa pulak pagi-pagi buta nih?, kata aku dalam hati. 

Bila aku bukak pintu aje, aku tengok ada Mat Salleh beruniform tercegat. Terus aku ambik glasses aku. Shit! Polis! Ada pistol di pinggang dia. "Anybody else living here beside you and your friend?", polis tuh tanya aku sambil tunjuk ke arah Suki yang tengah tidur. "No", aku jawab ringkas jer. Aku tak terkata apa sebenarnya. Walaupun jantung aku berdegup kencang tapi the moment aku nampak polis tuh, rasanya jantung aku sempat berhenti berdegup sekejap. Apa hal pulak nih? 

The Tide Is High (But I'm Holding On)


Kitaorang tak bukak pintu pun masa tu, takat intai-intai dari celah pintu yang renggang tuh. Aku ada ternampak Ari kena bantai dengan Jose, Ari terbaring masa tuh. Lepas tuh bekejar lagi, masuk bilk dia gamaknya. Then keluar lagi, Jose tolak Ari ke dinding, Ari cuba-cuba tendang. "Stop Jose, stop!", aku dengar suara Pak Ed, roomate Ari, orang Indo yang suka nyanyi tuh.Tapi takat dengar suara ajelah. Orangnya tah di mana. Dia badannya kecik sangat nak masuk gelanggang. Ditonyoh sekali dek Jose tuh harus kincit dibuatnya. 

Lepas tuh barulah Pak Ed ketuk-ketuk pintu bilik kitaorang. Bila kitaorang bukak, Jose dah masuk bilik dia dah, Ari pun masuk bilik dia. Aku sempat nampak muka Ari, berdarah di tepi mata sebelah kiri. Aku tengok kat living hall, tunggang langgang semua benda. Sofa terbalik, cermin pecah, meja terbalik. Pak Ed beritahu yang Ari dipukul teruk dek Jose. Tak tahu apa puncanya. Dalam lebihkurang setengah jam lepas tuh, masa kitaorang tengah bercerita-cerita, Cindy, suami dia, adik dia, datang ke apartment. Rupanya Ari ada call diaorang. 

Aku langsung tak masuk ke bilik Ari, ataupun bilik Jose, aku perhati dari bilik aku aje. Malaslah aku, ramai sangat kat bilik Ari tuh, nanti kang diaorang kata menyibuk pulak. Tapi, kalau aku tak tengok dia, nanti orang kata aku tak bagus, tak nak ambil tahu. Memang pun aku tak nak ambil tahu tapi at least aku pergilah tengok-tengok Ari yang berdarah sana sini tuh. Ini tidak, aku dok berdiri aje di depan muka pintu bilik aku. Aku rasa Ari tahu kot yang aku ada tertengok muka dia yang berdarah tuh cuma aku tak nak lah menyibuk sana sini masuk ke bilik dia. Biar diaorang settlekan masalah diaorang dulu. Not that I don't care tapi ramai orang kat bilik dia, malaslah aku menyibuk-nyibuk pulak kat situ.

Lepas tuh aku tengok Ari berkemas-kemas barang, rupanya dia nak pindah untuk sementara ke rumah Cindy. Eloklah tuh, nanti kalau masih tinggal di apartment tuh, bergaduh lagi, harus berbunuh-bunuhan. So malam tuh dekat pukul 3 pagi baru lah kitaorang dapat tidur semula. Rupanya Jose sama mamat Mexican yang sorang lagi tuh, yang aku panggil Amigo aje, diaorang mabuk. Aku trauma kalau amigo-amigo nih mabuk sebab aku pernah dulu, masa kat Elizabeth, New Jersey dulu tuh, kena belasah tak semena-mena dek amigos yang mabuk. So sebelum tidur tuh aku pastikan pintu bilik dikunci betul-betul, dan aku pun ada sediakan kayu baseball. Just in case.

Esoknya Ari tak masuk kerja. 3 hari dia tak masuk kerja. Hari keempat barulah ada nampak dia. Rasa nak tergelak pun iya, rasa kesian pun ada bila tengok keadaan Ari. Muka dia, di bahagian mata, sebijik macam muka Anwar Ibrahim masa lepas kena belasah dengan bekas Ketua Polis Negara dulu tuh. Hitam sekelilingnya, Kesan ubat. Ada rupa vampire pun sama. Yang buat lawaknya, Ari, the whole day kerja, dia pakai cermin mata hitam. Masa memasak pakai cermin mata hitam. Dan yang buat aku tak dayanya, dia pun nak layan customers jugak. Melayan customers makan sambil pakai ray-bans, di malam-malam hari? Tak ker lawak namanya tuh? Patutnya kerja di dapur aje sudahlah. Ini tidak, nak jugak kerja di bahagian depan melayan customers. "Memang dasar penjilat", kata aku dalam hati Suki.

Dalam dua tiga hari tuh Jose sama Ari memang tak bertegur sapa pun. Jose ada nak mintak maaf dengan Ari tapi Ari tak nak maafkan. Puas Cindy pujuk suruh diaorang berbaik, tapi Ari tetap tak nak maaf kan Jose. Dan Ari kata yang kalau Jose tak dibuang kerja, dia akan berhenti. Either Jose dipecat atau Ari berhenti. 

Kisah Suki pulak, dia semakin lama semakin banyak cekadaknya. Cindy sama laki dia nampak sangat tak suka dengan Suki yang selalu aje buat benda yang tak betul. Kalau kita tak suka seseorang tuh, ada ajelah kesalahan di mata kita, kan? Begitu jugaklah dengan Suki, ada aje kesalahan dia. Aku akui yang Suki tuh memang jenis yang pelik sikit tapi tak adalah teruk sangat. 

"Eh, kamu punya temen mahu kerja nggak, Suki mahu dipecat aja, Nggak bisa kerja sih. Udah dua minggu kerja masih kekok", kata Ari kat aku one day.

"Aku nggak punya temen sih, kamu telpon MakCik Jenny aja, aku ke sini pun lewat dia, pasti dia bisa cari orang sih", aku kata gitu. 

"Kamu jangan bilang sama Suki yang dia mahu dipecat sih", Ari warn aku. "Juragan mahu cari orang baru, kalau udah dapat orang, Suki mahu dipecat", kata Ari lagi. 

Memanglah aku jenis orang yang tahan simpan rahsia, kan? Aku tak cerita pun pada Suki yang dia nak dibuang kerja. Walaupun hati aku meronta-ronta nak cakap. Aku buat tak tahu aje. Dan setiap hari Suki akan bercerita dengan aku, yang Cindy, yang laki Cindy, yang Ari, "kayanya nggak senang sama aku". Ada aje yang tak kena nya. Tapi aku tak sampai hati nak beritahu Suki yang his days are numbered. 

"Aku berhenti ajalah kalau gini kayaknya, mereka nggak senang sama aku sih", kata Suki satu hari tuh. "Apa yang aku bikin semuanya nggak bener, aku nggak kerasan kerja di sini, aku mahu pulang ke Philadelphia aja, kerja fabrik". kata Suki. 

Bila Suki cakap gitu, aku rasa kesian pulak mendengarnya. dan aku pun terceritalah lah kat dia yang dia memang sebenarnya akan dibuang kerja. Cuma tunggu kalau-kalau ada orang baru aje yang akan ganti dia. Kalau dapat orang baru, malam tuhnya Suki akan disuruh pergi. Bukannya aku jenis tak pandai simpan rahsia tapi aku bocorkan rahsia tuh pun bila keadaannya selamat. Either way Suki memang nak berhenti. 

Aku, untuk menyedapkan hati Suki, buat-buatlah cuba pujuk dia ajak terus aje kerja di restoran tuh, buat temankan aku. "Aku pun nggak senang sama Ari sih, orangnya gitu, sering cari muka", aku kata kat Suki. Entah macamana, satu hari tuh, Suki bengang sangat dengan laki Cindy. Masa tuh sibuk so aku disuruh jaga cash register sebab aku kerjanya cepat, sajalah aku buat pura-pura nak keluar, nak kasi sample makanan. Terus laki Cindy tak kasi, dia suruh Suki yang kasi sample. Laki Cindy pulak merungut, dia kata masa sibuk, aku jangan kerja di luar kasi sample, suruh Suki aje sebab Suki kerjanya lambat. Dia mengomel tuh dalam bahsa Cina. Yang Suki faham. Teruslah Suki sound dia, kata dia nak berhenti kerja weekend tuh. Lama jugaklah diaorang bertekak, aku tak faham apa. 

Rupanya dia marah kalau Suki nak berhenti kerja selagi belum dapat orang baru. Dia suruh Suki kerja sampai ada pengganti. So confirmed lah yang Suki akan berhenti kerja. Tapi, orang baru masih tak dapat-dapat. Tak ada gamaknya orang yang nak datang ke Pittsburgh untuk kerja di fast food restaurant. Talipun sana sini cari orang pun masih tak ada yang sudi datang. So Suki tetaplah kerja jugak walaupun kalau diikutkan hati dia, dia nak berhenti aje dah. Dan Cindy, laki dia pun dah tak marah sangat dah kat Suki. Tak macam dulu, ada aje yang tak kenannya. Diaorang macam tak peduli aje dah kat Suki. Ari pulak, sebab tak dapat cari orang baru, dia pun cuba-cuba pujuk Suki supaya jangan berhenti kerja.

"Lihat, dulu aku diomelin, sekarang udah nggak kerna mereka tahu aku udah bisa menanganin semua kerja", kata Suki kat aku. Nak termuntah aku mendengarnya. Diaorang tak dapat cari orang baru, itu puncanya. 

Dan aku pun, kehidupan aku biasa ajelah, lama kelamaan aku dah tak terfikir pun pasal laptop aku, tak terfikir pun pasal internet. Cuma kalau hari off aku aje, aku akan bangun pagi-pagi, dan ke library. Dapatlah sejam aku online, setakat sempat untuk mengdelete junk mails yang beribu-ribu tuh. Aku ada pergi ke tourist info center, nak tanya kalau-kalau ada internet cafe di Pittsburgh. Memang banyak cafes yang sediakan free wireless tapi yang sediakan komputer cuma ada satu. Di south side of the city. So terpaksalah aku gagahi jugak, aku cari jugak tempat tuh. Sebab aku dah seminggu tak berinternet. Ada lah dlam 5 jam aku kat internet cafe tuh. Sekejap aje rasanya. Rasa aman teramat sangat, rasa macam tak ada problem aje aku dalam masa lima jam aku berinternet tuh. Sempatlah aku menjenguk sana sini blogs kawan-kawan yang dah lama aku tinggalkan. So itu ajelah kerja aku di hari off aku yang seminggu sekali tuh. Keluar pepagi, pergi library, dan pergi internet cafe. Balik ke apartment pun dah malam, masa orang dah balik kerja. 

20 haribulan, aku dapat gaji penuh. Gaji untuk 2 minggu kerja. At last, kat dompet aku ada mencecah seribu dollars balik semula. Tapi aku banyak nak settlekan benda dengan duit tuh. Sebab minggu lepasnya aku tak ada off (Ari suruh aku gantikan dia, dia nak ke dontown beli ubat) so minggu seterusnya aku dapat dua hari cuti. Isnin aku off. First things first. Aku ke SprintPCS nak bayar bill talipun. Habis dalam dua ratus lebih. Dalam setengah jam tuh handphone aku dah ok balik, aku dah dapat buat calls. Ok, selesai satu masalah. Lega rasanya sebab aku rasa sejak aku tak ada internet connection, sejak handphone aku diputuskan servicenya, aku macam terputus hubungan langsung dengan dunia luar. At least aku ada handphone, tak apalah kalau laptop aku masih rosak. Then aku pergi kedai kasut, nak beli kasut baru sebab kasut aku dah koyak rabak, selalu masuk air. 30 dollars. 

Then aku mulalah cari kedai baiki laptop yang alamatnya aku ambil dari Yellow Pages. Ada a few tapi semuanya tak nak repair laptop aku. Cuma ada satu kedai nih yang kata dia boleh cuba. So aku tinggalkan laptop aku di situ. Aku terus ajelah jalan ke arah internet cafe yang aku pergi dulu tuh. 

While I Was Sleeping


Kitaorang tak tahu apa apa kejadian selanjutnya tapi masa Ari masuk semula ke kitchen muka dia merah padam. Entah apa lah yang dia mengomelnya, tapi apa yang aku dapat faham dia puas hati sebab dapat marah Jose. 

"Mau dipecat aja siJose tu, cari orang lain aja sebagai pengganti" dia kata gitu.

Seharian tuh aku tak nampak pun muka Jose, kecut gamaknya kena acah dengan pisau pemotong daging tuh. "Ari tu orangnya darah tinggi (panas baran) sih, gampang marah", kata Suki. Aku setuju jugak dengan pemerhatian Suki tuh, memang Ari tuh mudah sangat marah. Kat amigo-amigo tu especially. Nak kata dia berlagak, tak jugak. Tapi kan, kalau orang tengok cara dia, tentu orang ingat dia tuh tuan punya restoran, ataupun paling komannya adik beradik atau sedara-mara tokey. Sedangkan dia hanyalah pekerja biasa aje. Oklah, dia yang manage restoran tuh, so kitaorang anggap dia macam Manager lah. Dia suka sangat kalau orang kata dia Manager.

"Aku rasa Jose pasti berdendem sama Ari kerna sering banget dia dimarahin, diomelin sih", aku buat andaian aku pulak.

Malam tuh punyalah leganya hati aku pasal sebelum balik kerja, kitaorang dibayar gaji. Aku pun dibayar gaji jugak, gaji untuk 4 hari kerja setelah ditolak/digantung gaji untuk lima hari. Tak apalah diaorang pegang duit gaji aku selama 5 hari, sekurang-kurangnya aku ada duit sesikit untuk buat belanja sementara menunggu gaji penuh dalam masa dua minggu lagi. Aku tahu gaji aku yang digantung selama 5 hari tuh akan burn gitu aje nanti sebab katalah aku berhenti kerja nanti, aku akan berhenti begitu aje, on the spot, tak ada kasi notis apa-apa pun. Dan duit tu akan hangus gitu ajelah. Aku tak kisah tuh. 

So kalau aku nak berhenti kerja, samada selepas 5 hb atau selepas 20 hb setiap bulan. Macamana pun, harap-harapnya taklah cepat sangat aku berhentinya sebab aku kena simpan duit, aku kena ada duit modal sesikit nih sebelum aku balik semula ke Philadelphia untuk menguruskan masalah duit aku kat bank dulu tuh.

Walaupun hanya dapat duit gaji selama 4 hari aje tapi aku terasa lega yang teramat sebab aku memang tak ada duit langsung dah masa tuh. Itu yang aku rasa macam bersemangat aje nak teruskan kerja aku. Boleh rasanya aku berduit balik, boleh rasanya aku bangkit balik, boleh rasanya aku bersenang-senang nanti nampak gayanya. Aku dah terfikir, aku dah congak-congak, kalau aku kerja a few months pun aku dah akan dapat a few thousands, aku dah boleh beli itu ini, aku dah boleh mengembangkan sayap aku balik semula. Just a few months aje, sabar aje lah kan? 

Tapi itulah, tak mudahlah angan-angan Mat Jenin aku. Kononnya nak simpan duit. Untuk gaji pertama nanti rasanya tak dapat lagi aku nak simpan duit pasal aku masih ada hutang dengan Nani, dengan Yanti. Nak bayar duit talipun pun a few hundreds jugak tuh. Dan dengan aku nih, kalau ada duit tuh, walaupun sikit, memang akan habis punyalah. 

Besok paginya terus aje aku ke kedai orang Korea yang di mall tuh. Beli kopi, beli kek, beli rokok, beli USAToday. Lusanya pun sama. Setiap hari pun dah jadi sama routine aku, sebelum masuk kerja aku akan lepak dulu kat bench tempat tunggu bas sambil minum kopi, makan kek, baca paper. Kalau masa tak ada duit tuh, tak ada pun aku bersenang lenang lepak-lepak gitu tuh. Bukannya aku tak boleh bancuh tea kat restoran bukannya, aku tak boleh makan mee makan nasi kat restoran tuh nantinya, tapi memang jenis gitu, ada jer cara menghabiskan duit.

Sabtu pagi sebelum aku pergi kerja, aku on kan laptop. Sambil-sambil tuh aku bersiap-siaplah itu ini. Aku tengok laptop aku gelap aje, blank aje screennya. "Apa pasal pulak nih", kata aku dalam hati. Tak pernah pun laptop aku meragam selama ini dan tak ada pun tanda-tanda laptop aku tak sihat. So aku off kan dan on kan semula laptop tuh. Still the same blank screen. Aik, berderau jugak jantung aku takut jugak manalah tahu kalau laptop aku buat hal pulak. Adalah dalam lima enam kali aku on dan off kan laptop aku tuh.

Dekat power on/off button tuh ada cahaya, bererti laptop aku tuh power dia masih ok, aku cuba pulak gunakan batteri aje. Masih sama. Dan aku tekan lagi sekali. Tetap sama, screen gelap. Aku off kan. Aku on kan. Aku off kan. Aku on kan. Entah kali keberapa aku cuba on kan laptop, terus cahaya kat power on/off button tuh padam. Habis! 

Terus ajelah aku pergi kerja. Seharian tuh aku asyik fikir apa kenanya dengan laptop aku? Adakah laptop aku sudah pergi untuk selama-lamanya? Tapi...tak ada pun tanda-tanda yang laptop aku uzur, tak ada pun tanda-tanda yang laptop aku akan pergi meninggalkan aku di dunia yang fana ini. Adakah laptop aku telah meninggalkan aku tanpa pesan? Then aku teringat yang semalamnya masa aku online kat lobby apartment aku ada terperasan yang ada dua ekor anak lipas keluar dari laptop aku. Adakah itu puncanya? Yang laptop aku diinvade oleh segerombolan lipas-lipas yang tak berperikemanusiaan? Haramjadah punya lipas! 

First thing I did masa sampai apartment lepas kerja malam tuh, aku cuba-cuba belek-belek laptop aku, kot-kot ada benda-benda yang boleh aku bukak. Nak bukak bateri pun aku tak tahu. Bukan tak tahu, aku tak ada screw. So memang tak boleh buat apa lah pun. So memang confirmed lah yang aku dah tak dapat berinternet, untuk suatu jangkamasa yang agak lama. Iyalah, laptop dah rosak, nak hantar repair aku pun tak tahu kat mana. Tak ada duit pun satu hal, terpaksa tunggu gaji lagi dua minggu. Aku cuba tidur ajelah pasal dah tak ada apa nak buat. Tapi puas jugak aku cuba melelapkan mata, tetap aku tak dapat tidur. Dengan aku nih, kalau ada masalah, biasanya aku akan tidur, aku memang boleh tidur. Itu kalau masalah-masalah kehidupan seharian. Memang aku boleh tidur nyenyak, dan esok paginya aku akan rasa fresh dan dapatlah aku memlan apa yang aku nak buat untuk mengatasi masalah aku tuh.

Tapi, kalau masalah pasal laptop, masalah pasal internet, lain pulak ceritanya. Aku memang tak boleh tidur kalau laptop aku ada masalah. Aku akan cuba fikir masa tuh jugak macamana nak meneruskan sisa-sisa hidup aku tanpa laptop. Itu yang buat aku tak boleh tidur tuh. Nak pergi hantar repair aku tak ada duit. Kena tunggu lagi dua minggu. Kat mana aku nak berinternet dalam masa dua minggu tuh? Dan berapa lama laptop aku baru dapat direpair? Dapatkah laptop aku direpair, diselamatkan? Buatnya laptop aku tuh betul-betul rosak yang tak dapat direpair, apa aku nak buat? Nak beli laptop baru? Kena tunggu sesebulan dua nanti tuh, nak kena tunggu kumpul duit dulu.

Atau beli laptop second hand aje? Argh, jatuhlah martabat aku kalau beli laptop second hand kan? Laptop aku dulu tuh aku beli dengan harga 1700 lebih, sure kalau aku nak beli laptop baru, aku kena cari yang lebih mahal, kan? Kena banyak kali gajilah nampak gayanya baru aku dapat beli laptop yang lebih mahal. Persoalannya, mampukah aku bertahan tanpa adanya laptop? Apa aku nak buat? 

Aku tak boleh imagine semuanya tuh, aku tak dapat membayangkan kesengsaraan kalau aku tak ada laptop selama berminggu-minggu. Aku kena fikir cara untuk dapatkan laptop baru, secepat mungkin. Kalau laptop aku tak boleh direpair, aku sanggup turun daulat lah, beli laptop murah yang harganya di bawah seribu dollars. Tak apalah. Memang aku di antara dua darjat masa tuh.

Dan aku terfikir balik, aku teringat balik. Masa aku mula-mula kerja di restoran Pak Tua dulu, laptop aku pun rosak jugak, tak boleh direpair langsung (atau memang boleh direpair tapi aku tak fikir pun nak hantar repair sebab masa tuh aku memang mengidam brand new laptop?). Then selama sebulan aku tak ada laptop (online pun kat library aje). The same problem rupanya jadi kat aku. Berulang balik benda yang sama jadi kat aku. Aku nih sensitif sangat kalau pasal benda-benda berulang balik nih. Iyalah, benda yang sama keep repeating, keep reoccuring, tapi umur aku semakin bertambah. Itu yang tak daya nya tuh. 

Last-last aku tertidur jugak. Dan besoknya bermulahlah kehidupan aku tanpa laptop, tanpa internet. Tak payah aku nak pergi jumpa ahli saikoloji lah, aku senang aje buat analisa sendiri. Yang kehidupan seharian seorang penginternet tegar akan menjadi kucar kacir tanpa adanya internet connection. Yang pembawaan seorang penginternet tegar akan terumbang ambing tanpa adanya internet connection. Yang pemikiran seorang penginternet tegar akan gundah gulana tanpa adanya internet connection. 

Di sepanjang hari aku bekerja, aku lebih banyak diam. Aku lebih banyak memikirkan nasib laptop aku, nasib aku tanpa laptop. Aku tak fikir pun pasal lain. Aku tak fikir pun pasal kerja. Apa yang aku fikir, aku nak dapat online semula. Aku kena cari kalau-kalau ada internet cafe di Pittsburgh. Ada Kinko's, ada library. Tapi, kat Kinko's mahal. Dan kat library hanya sejam sekali aje. Seminggu sekali. Tak boleh tuh, mana boleh. Aku kena fikir cari alternatif lain. Aku kena ikat perut lah nampak gayanya nih, dapat gaji nanti kena sembatlah jugak laptop murah, atau laptop second hand. Dan until then aku kena bersabar aje lah. Bukankah aku nih orang yang penyabar? Benda-benda lain aku boleh sabar, boleh ker aku bersabar dalam mengatasi masalah laptop aku? Itulah satu persoalan yang aku rasa jawapannya aku tak nak dengar sangat.

Lagi satu, masa kerja, aku asyik nak marah aje, aku cepat melenting, aku mudah jadi baran. Mudah naik angin. Tak pasal-pasal aje darah aku cepat menyirap. Kalau ada customers yang buat hal sikit, yang banyak cekadak sikit, aku cepat sangat melenting. Aku hamput kan aje. Lepas tuh aku membebel sorang-sorang. Tak apalah, diaorang tak tahu yang aku sedang dilanda masalah besar, masalah kronik. 

Ada sekali tuh, when this one makcik marah pasal aku "salah" kasi duit balance dia, masa tengah sibuk, masa ramai orang, aku perli dia pedas-pedas, aku sindir dia dalam-dalam. Kuat pulak tuh. Sambil aku gelak-gelak. Sampai anak dia pun kata, "Ma, just take the money, he's probably right". Sebelum makcik tuh blah pun aku dok sindir lagi. Dekat setengah jam kemudian baru aku terperasan yang sebenarnya makcik tuh betul, aku yang tersalah kasi dia balance. Aku kan, walaupun dalam berjiwa kacau, tapi aku masih ada rasa bersalah. Aku rasa guilty sesangat, aku rasa menyesal sesangat yang aku kutuk makcik tuh. Rasanya nak keluar aje dari restoran tuh nak pergi cari makcik tuh di seluruh mall, nak mintak maaf dengan dia. Rasanya, kalau tak dapat jumpa makcik tuh, nak aku taruk ads kat local paper, nak mintak maaf secara terbuka gituh. 

Kalau masa kasi sample makanan pun, aku buat dak aje. Sambil berdiri tuh, fikiran aku melayang jauh, merancang apa-apa yang patut. Aku tak peduli sangat orang yang datang nak try sample makanan. Kalau diaorang nak try, ambil sendiri. Tak payah nak tunggu aku hulurkan makanan tuh kat diaorang lah. Banyak cantik, nak dimanja-manjakan sangat. Korang nak try makanan, pandai-pandailah ambik sendiri kat tray tuh. Aku takat pegang try udah ler. Kalau ada orang tanya pasal makanan tuh, aku jawab pun nak tak nak jer. "What am I sampling? What are we eating?", soalan-soalan gitu tuh. Mengada-ngadalah ko. Makan aje lah, tak payah nak buat-buat tanya gituh. 

Itu yang kalau ada bebudak muda yang aku tahu memang jenis nak makan makanan free (yang aku kasi sample) tuh pura-pura tanya, aku pun jawab sambil le ajelah. "I don't know", aku kata gitu sambil cebek mulut. "What, you don't know?", diaorang gelakkan aku. "You should know", diaorang kata lagi. "No, I don't know, I don't want to know what it is", aku selamba aje jawab. Kadang tuh (aku tengok jugaklah orang macamana yang tanya) bila ada yang tanya gitu, aku jawab aje, "This is buffolo testicles and the other one is alligator meat". Terus diaorang blah. 

"What's the different between this chicken and that one?", kadang diaorang tanya gitu. "I don't know, I don't eat Chinese food", aku jawab gitu.

Macamana pun, ada jugak yang kurang asamnya, kalau aku cuba-cuba kasi sample, diaorang jawab balik, "Give that to the dog". Pedas kan sindiran gitu? Rasa nak balas jer, rasa nak jawab jer. Itu bola tanggung sangat tuh sebenarnya. Diaorang belum kena penangan mulut lancang kuning aku nih. Tengah-tengah aku berjiwa kacau, jangan cuba-cuba nak bermain api lah.

So begitulah kehidupan yang aku lalui seharian sepanjang aku tak ada internet. (Kalau aku ada connection, begitu jugak kehidupan aku, cuma jiwa tak lah kacau sangat, hati pun tak lah gusar sangat). 

Just imagine, balik kerja, aku tak ada aktiviti lain selain mendengar celotehan Suki yang semakin hari semakin membosankan. "Aku nggak senang sama Ari. Orangnya penjilat (kaki ampu)", itu ajelah yang diulang setiap hari. So bila aku dah bosan mendengar celotehan dia, aku tidur aje lah. Biasanya pukul sebelas aje aku dah tidur. Apa lagi yang aku nak buat selain tidur, kan? Esoknya aku boleh bangun pagi sikit, dan sempatlah aku lepak-lepak kat mall sambil baca paper, sambil minum kopi, ataupun sambil tulis blog entry kat buku nota aku. Sementara menunggu masuk kerja pukul 9-30 pagi. 

Dan lama-kelamaan aku dah boleh tidur nyenyak. Aku pasrah ajelah, memang ditakdirkan aku tak akan dapat berinternet untuk suatu waktu yang aku pun tak tahu selama mana. 

Tapi, satu malam tuh, dalam pukul 12 lebih, masa aku dah nyenyak tidur, aku dikejutkan dengan bunyi yang kuat. Bunyi orang berlari-lari. Bunyi benda-benda jatuh. Bunyi suara orang, suara orang yang aku kenal. "Ayuh! Bangun, Ari dipukulin Jose sampe berdarah-darah. Parah kayanya (gayanya)", kata Suki sambil dia intai dari lubang pintu bilik. 

There Will Be Blood

03092006


Too bad library kat Pittsburgh tuh bukak sampai pukul 6 aje, so aku yang tengah-tengah syok online terpaksalah blah. Memang library di Pittsburgh nih jauh lebih kecil dari library yang di Philadelphia yang bukak sampai pukul 9 weekdays. Weekends pun bukak jugak, yang kat sini, weekends tak bukak langsung. 

Cadangnya aku nak jalan-jalan ajelah sebelum malam tiba tapi hujan turun lebat yang teramat so terpaksalah berteduh aje kat satu plaza nih sambil tunggu bas. Sampai di apartment, aku tak terus ke bilik sebab aku tahu yang Jose, amigo yang suka ngentot tuh sure ada bawak balik Minah Salleh yang kerja kat mall tuh, pasal amigo itu pun pun off nya hari Khamis jugak. Aku lepak kat lobby apartment ajelah sambil online, sambil buat update blog. Nasib baik sisa makanan yang aku beli kat McDonald tadinya tuh aku tak buang so aku makan itu ajelah untuk dinner malam tuh. 

Bila diaorang semuanya balik, dalam 9-45 pm, barulah aku naik masuk ke apartment. Jose pura-pura tanya aku ke mana aku pergi seharian so aku katalah yang aku, kalau off, aku akan keluar seharian. Aku tak suka memerap kat bilik. Aku dapat baca apa yang tersirat kat hati Jose bila aku kata gitu tuh. Sebab Jose senyum-senyum aje. Tentu dia kata dalam hati, "Ha, oklah sikit aku nak kongket, amanlah sikit, tak ada orang lain kat rumah". 

"Ayuh gilir-gilir pijat (picit) seperti kelmaren", kata Suki bila dia nampak aku masuk bilik. "Nggak mahulah, nanti bisa ketagihan", aku kata gitu. Puas dia mengajak aku tapi aku buat-buat tak dengar aje, aku buat-buat sibuk lipat baju. 

Sabtu, hari ke 8 aku kerja, hari ke 5 buat Suki. Aku ingatkan dia, dah masuk lima hari kerja, tahu lah nak buat apa-apa yang patut, especially awal pagi masa restoran nak buka. Tapi I was wrong. Banyak benda yang dia masih tak tahu, buat satu benda tuh bukan main lama lagih, so terpaksalah aku buat the rest. 

Pagi tuh, masa Suki nak penuhkan ice kat soda machine, baldi yang dia bawak tuh tercabut tangkal. Tertumpahlah ais. Suki tuh, kalau bawak baldi ais tuh, jalannya berlenggang. Tangan siap lenggang lenggok lagih. Aku, kalau bawak baldi tuh, aku pegang dengan dua-dua tangan, aku angkat, tak terasa berat sangat. Bila lantai dah basah, agaknya dia mop pun sambil lewa aje so lantai tuh tetap nampak basah dan kotor. Bila aku buat kerja-kerja lain kat that spot (adalah jugak air/ais yang terjatuh barang seseketul dua kot), semakinlah basah lantai tuh jadinya. Then bila Ari yang sentiasa menyibuk tanya itu tanya ini, komplen itu komplen ini( iyalah, dia Manager kononnya. Eleh, Manager kokak, bangga sangat jadi Manager gaji sebanyak tuh) tanya aku apa pasal lantai jadi basah gitu, biasalah kan? Teruslah aku kata yang tadinya Suki tertumpahkan ais. Sempatlah Ari mengomel sekejap, then terus dia ke dapur. 

Tiba-tiba Suki terus naik angin. 

"Kamu gini orangnya sih, sering mengadu. Mau cari muka. udah, mulai sekarang jangan ngomong lagi sama aku. Aku nggak senang sama kamu", kata Suki bertubi-tubi, tak sempat aku nak jawap apa-apa. Dia serious habis. 

"Kenapa? Aku nggak ngerti sih", memang aku tak tahu apa pasal dia terus marah-marah gitu tuh. 

"Kamu itu orangnya nggak bisa dibuat temen, kamu tuh bagei musuh dalam selimut. Dikit-dikit mengadu, dikit-dikit mengadu. Udah, aku nggak senang sama kamu", kata Suki lagi. 

Terus aku panggil Ari bila aku tengok Suki semakin membebel. Bila Ari tanya Suki apa pasal dia marah dengan aku, teruslah Suki beritahu yang kononnya aku komplen kat Ari, tuduh Suki yang buat lantai tuh jadi basah. Sedangkan dia dah mop lantai tuh sampai kering, dan aku yang kerja di situ, aku yang buat lantai tuh basah. Aku diam ajelah tapi aku tahu, aku ada tengok pun, masa dia mengemop lantai tuh tadinya, bontot dia aje yang lebih banyak bergerak dari mop tuh. 

(Pengajaran nih, kalau korang mop lantai, atau kalau korang nak tengok samada orang tuh betul-betul mengemop, korang tengok pergerakan bontot dia. Kalau bontot bergerak lebih dari mop, memang sahlah orang tuh tak pandai mop, tak kerja betul-betul. Kalau pergerakan mop lebih laju dari pergerakan bontot, itun tandanya orang tuh pandai mengemop. Tapi kalau pergerakan mop tuh terlebih laju, dan bontot langsung tak bergerak, itu tandanya orang malas mengemop) 

"Bukan aku kasi lapuran sih, Ari yang nanyain , jadi aku jawab!", aku kata gitu, sambil pandang muka Ari. Aku pun dah naik hot jugak. Suki semakin naik angin, dan bila Ari cuba nasihatkan dia, bila Ari macam cuba memenangkan aku, makinlah Suki naik angin. 

"Lihat kelmaren, waktu aku bikin salah, kenapa nggak bilang aja sama aku. Kenapa harus bilang sama juragan? Itu bukan cari muka namanya?", ada point jugak Suki nih. 

Semalamnya, masa Suki nak key-in harga makanan, dia tersalah picit butang, so dia terunder-charge customer tuh. Aku masa tuh tengah kasi sample makanan kat depan tapi tiap kali Suki jaga cash register, aku akan jeling-jeling jugaklah takut-takut dia tersalah key-in, senang aku nak tegur. So bila aku sedar dia tersalah key-in harga, aku terus ajelah panggil-panggil nama dia, tapi Suki, tahulah dia, kalau dah buat something tuh memang dah tak pandang kiri kanan dah. Tambah-tambah kalau dia tersalah buat something. Aku panggil dia a few times, dia leka aje mengira duit satu-satu. Sambil mulut terkumat-kamit mengira. Kebetulan Cindy sama husband dia ada bersembang kat food counter, so aku kasi isyarat kat diaorang yang Suki ada salah harga. Terus ajelah diaorang ke cash register, Suki jeling jer aku. Aku buat-buat tak tahu ajelah. Aku ingatkan dia tak perasan. 

Before that pun ada a few times aku tengok Suki buat salah tapi bila aku tunjukkan dia kesalahan tuh bila aku tegur dia dia buat tak tahu aje. Ada jer alasan dia dia kadang tuh marahkan aku sebab sibuk nak ambik tahu pasal kerja dia. Dia biasanya suruh aku diamkan aje. Aku kalau buat salah pun kalau masa orang tak perasan tuh aku buat tak tahu jugak. Kalau orang perasan pandailah aku adjust balik apa salah yang aku buat. 

"Iya aku panggilin kamu beberapa kali sih tapi kamu nggak dengar. Kerna itu aku bilang sama juragan, kebetulan juragan ada waktu itu" aku cuba nak bela diri. 

"Udah, pokoknya aku udah nggak senang sama kamu", Suki kata lagi. 

"Aku berhenti ajalah Ari kalau gini kayanya (gayanya)" aku kata kat Ari. Dulu lagi aku udah bilng sama kamu kalau ada temen sekerjaan yang nggak senang sama aku mending aku berhenti aja" aku kata lagi. 

"Looo, kamu jangan salah paham bukannya aku nggak senang sama kamu. Aku nggak senang perangai kamu. Kamu tu jelek orangnya nggak mahu bantuin temen", kata Suki. 

"Bener Ari aku berhenti kerja ajalah. Kamu telpon juragan sekarang bilang sama dia aku berhenti. Aku gakpapa (nggak apa-apa) sih" aku kata gitu sambil tepuk bahu Ari. Sajalah nak tunjukkan kat dia yang aku buat keputusan nak berhenti tuh bukanlah sebab emosi. Jugak biar dia tak lah rasa serba salah sangat. 

"Jangan. Kamu tenang aja. Jangan emosi. Udah jangan dipikirin bikin biasa aja" kata Ari sambil tarik aku ke dapur. Suki pun ikut ke dapur, terus ajelah Ari nasihatkan dia kata yang aku sebab dah lama kerja aku ada lebih banyak experience, aku lebih faham. Dia tuh baru nak berjinak-jinak kerja di restoran yang jauh bezanya dari kerja di kilang. Tapi Suki memanglah jenis yang tak mudah nak mengalah makin berani pulak dia bila dia tengok aku yang macam pengecut tuh. Kena marah sikit dah nak berhenti kerja. 

"Aku berhenti kerja ajalah Ari. Nanti pastinya berulang lagi aku udah kenal Suki ni udah agak lama sih" aku kata gitu sambil trerus gelak-gelak. 

Lama jugaklah Ari menasihatkan Suki kononnya suruh Suki jangan berkasar sangat sebab niat aku baik, nak mengajar dia. Last-last Suki diam ajelah. Dan aku pun mulalah rasa tak sedap hati aje rasa serba salah gitu. Walaupun aku cuba-cuba buat selamba tapi aku tetap rasa tak sedap hati. Rasa geram pun ada. Mula-mula tuh aku tak bercakap pun dengan Suki masing-masing tunjukkan moncong lah kononnya. Aku biarkan aje dia buat benda yang salah bila kena tegur dek laki Cindy mulalah dia cari aku balik. So tak sampai hati lah aku nak tengok dia selalu kena tegur especially bila customers komplen, bila customers cakap benda yang dia tak faham. So aku bercakap semulalah dengan dia, itupun bila perlu aje, bila aku dah tak tahan nak gelak tengok dia menggelabah sengsorang. Tak ada lah aku berborak sakan macam biasa tuh. 

Pukul 4 lebih, masa aku nak makan Ari ada tanya aku pasal Suki. Aku kata lah yang aku faham sangat dah perangai Suki tuh cuma aku tadinya tuh terkejut jugak bila dia marah secara tiba-tiba. 

"Jangan dipikirin itu perkara kecil aja" kata Ari sambil dia terus ke depan di bahagian food counter.

Belum aku habis makan Jose (yang sering ngentot) masuk ke kitchen dari restoran yang di sebelah tuh. Entah apa dia mengomelnya kat satu amigo tua nih yang langsunglah tak tahu sepatah perkataan Inggeris pun. Romeo nama amigo tua tuh. Kalau tak salah aku, dari words yang aku boleh faham diaorang komplen pasal boss. Jose yang komplen pasal boss, Romeo dengar aje sambil mengangguk-angguk. 

Tiba-tiba Ari masuk ke dapur, marah-marah. Terus dia tengking Jose dia guna a few bad words bahasa Spanish yang dia tahu. Aku yang tak tahu menahu itupun terkedu jugak mendengarnya, aku rasa pun memang kasar sangat cara Ari marah Jose tuh. Tak tahu lah kalau memang dah lama diaorang gitu sebab dulu pun Ari ada bagitahu aku yang Jose tuh dah lama nak dibuang tapi tak ada pengganti. Lagipun Jose tuh kerjanya bagus walaupun dibayar gaji murah. Takkanlah Cindy nak buang Jose pulak, kan? 

Dari gaya dia marah tuh dan dari gaya Jose menjawab, memang sah lah yang diaorang bedua tuh memang selalu bercakaran. Macamana pun aku rasa kesian sangat kat Jose sebab dia surenya malu pasal kena marah, kena carut kat depan-depan aku sama Romeo. By Ari pulak tuh, yang bukannya tokey restoran. Kalau Ari tuh tokey restoran atau sedara boss, lain ceritalah pulak. Ini Ari tuh hanyalah pekerja biasa jugak cuma dia orang kesayangan boss. Itu saja. 

Agaknya Jose dah hilang sabar, terus ditolaknya Ari. Malulah kalau Manager kena tolak dek tukang masak kan "You want to fight?". tanya Jose sambil terus dia tolak Ari. 

"You want to fight, let's go outside!" kata Ari yang masa tuh aku tengok mukanya dah merah padam. Macam muka orang kena rasuk. 

"Let's go outside!", kata Ari sambil Ari capai pisau pemotong daging yang ada tergantung di dinding. Diacah-acahnya pisau tu hala ke Jose terus Jose lepaskan Ari then dia undur. Ari jadi berani, terus dikejarnya Jose yang masa tuh aku tengok, terus aje lari ke arah restoran yang lagi satu. 

Aku sama Romeo tak terkata apa.

Seriously, WTF!


Suki terus aje mintak masuk kerja keesokan harinya, Selasa. Tak macam aku dulu tuh, disuruh rihat sehari sebab letih. Suki memang tak nak rihat, dia kata dia tak nak rugi walaupun sehari. Itu yang bila Ari suruh dia berihat the next day, dia tetap berkeras yang dia nak masuk kerja jugak hari tuh. 

Fran datang jugak ke restoran pagi-pagi tuh walaupun secara officiallnya dia dah berhenti kerja. Dia nak tunggu ambil duit gaji dari Boss, dan dia pun nak mengajar Suki apa yang patut dibuat. Dah tengahari baru Fran blah, so tinggallah aku sama Suki, jugak sama laki Cindy yang kerja di bahagian hadapan. Sambil-sambil melayan orang yang datang makan sambil itu aku mengajar Suki. Cara nak tanya customers, cara nak serve, cara nak jaga cash register. Semuanya lah. 

"Koq kamu ngomong apa sih? Semper?", Suki tanya aku bila dia tengok aku unjuk-unjukkan sample makanan kat orang yang lalu lalang. 

"Sample", aku kata gitu. Dalam hati aku kata, "takkan itu pun tak tahu?" 

"Gimana? Semper?", dia tanya lagi. 

"Sample. Es-a-em-pay-el-ey. Sample", aku jawab gitu. 

"Semperl!". Gitu?", dia tanya aku. 

"Nggak. SAMPLE. Sample. Sample. Sample. Sample", aku dah mula bosan. Puaslah gayanya kalau gini nih, kata aku dalam hati lagi. 

"Sebelumnya kamu ngomong apa sih?", Suki tanya lagi. 

"Have a sample Sir! Have a sample Ma'am!. Have a sample buddy!", aku ulang ayat aku. 

"Koq "badi" tu apa?", dia tanya lagi. 

[Memanglah letih nak mengajar orang Jawa pekat cakap Inggeris, kan?] 

Last-last semuanya macam give up jer. Dan Suki pun takat jerit-jerit "Semper, Semper, Semper, Semper" sebanyak 4 kali, setiap kali ada orang lalu lalang di depan restoran. 

"Argh, malu sih, aku nggak bisa", kata Suki sambil gelak-gelak. 

"Emang, lonteh (pelacur) pun kerjanya nggak segini. Kita, lihat aja ada orang lewat, langsung "Hi Sir, Hi Ma'am", aku kata gitu. Diaorang gelak ajelah. 

Memanglah dalam hati aku rasa nak tergelak aje bila tengok Suki kerja, especially masa nak melayan orang yang datang nak makan. Dah lah macam orang bisu, takat tunjuk-tunjuk gitu aje, lepas tuh bila sendukkan lauk pauk, terketar-ketar. Sambil herot-perot mulutnya. Laki Cindy, walaupun tak reti English, tapi dia selamba aje. Konfiden gitu. 

Bila kerja di bahagian cash register pun begitu jugak, selalu tersalah tekan. Dah lah lambat, selalu salah pulak tuh. Sampaikan Ari, sama Cindy, sama laki Cindy, asyik geleng-geleng kepala aje bila tiap kali Suki disuruh even untuk handle one customer aje pun, dia tetap buat salah. Kalau berderet orang yang datang makan, automatically aku akan ke bahagian cash register. 

Bukanlah aku cakap besar tapi aku rasa, aku jauhlah lebih cepat belajarnya, compared to Suki tuh. Aku lebih aktif. Memanglah aku dah ada experience tapi bila aku ingat-ingatkan balik masa aku mula guna cash register dulu tuh (masa kerja kat restoran Pak Tua) aku memang cepat dapat faham. Diajar sekali aje jer aku dah pandai. Masa mula datang ke sini pun,walaupun cash registernya agak lain, tapi aku dah boleh agak butang mana yang harus dipicit, key mana yang harus ditekan, etc. 

So, apa yang aku nak cuba sampaikan or rather apa yang aku dah terkutuk Suki, Suki tuh memanglah lembab orangnya. Tak aktif. memang susahlah kalau nak kerja di restoran fast food yang hendakkan orang yang aktif, yang sentiasa alert macam aku nih. 

"Capek sih, nggak ada berhentinya, berdiri melulu", kata Suki kat aku. Masa tuh baru pukul 5 petang. Masih ada 5 jam lagi. 

"Nggak apa-apa, kamu ke kamar mandi aja deh, pura-pura be'ol (berak), jadi kamu bisa duduk benter", aku suggest kat Suki gitu. 

"Masa (takkan) kita nggak dibenarin duduk, udah lah waktu makan siangnya cuma sebenter", Suki mengomel lagi. 

Dalam hati alu tetap kata yang Suki nih banyak cekadak jugak orangnya. Aku kalau makan (duduk) tuh tak sampai pun 5 minit, dia tadinya dekat 20 minit makan (duduk), orang buat tak kisah aje. 

"Kita bisa ambil minuman/soda nggak?", dia tanya lagi. 

"Minum air putih aja lah. Kelmaren Fran mahu ambil air dua botol, nggak dikasinya", aku kata gitu. Mungkin tak dikasi ambil sebab Fran nak sampai dua botol, that aku tak tahu. Kalau nak ambil sebotol, mungkin dikasi kot. 

"Ya ampuuuuun....... Pelitnya setengah mati", kata Suki. Kitaorang gelak aje lah. 

So sepanjang hari tuh aku menjawab soalan-soalan Suki aje lah kerjanya. Macamana pun kitaorang tak ada lah banyak peluang untuk sembang sebab kitaorang ambil turn untuk kasi sample makanan, dan kalau aku di bahagian cash register, dia pulak di bahagian lain.


Yang buat aku nak tergelak sangatnya tuh, aku tengok Suki tuh kelam kabut betul orangnya. Salah memanjang. Bila serve makanan, selalu kena marah dengan customers. Bila di bahagian cash register, selalu jammed jadinya cash register tuh. Sebab salah tekan keys. Walaupun aku rasa kesian sangat kat dia, tapi aku tetap tergelak. Gelak dalam hati. Dan aku tengok pun SiCindy sama suami dia macam bengang aje kat Suki. Tambahlah kelam kabut jadinya Suki. 

"Lo, kapan makan malemnya?", bila dah pukul 9 malam pun masih tak disuruh makan. 

"Nggak ada break makannya. Makanan dibawa pulang aja, makan di apartemen aja", aku jawab gitu. "Tapi kalau kamu bener-bener lapar, makan ajalah. Mereka orang dapur, mereka makan sekitaran jam 9. Tapi harus gesa-gesa sih, orang dapur mereka udah nggak ada kerjaan, kerja mereka udah selesei. Kita masih belum selesai kerjanya", aku sambung lagi. 

So tamatlah sehari Suki kerja. Dalam perjalanan balik ke aparment, macam-macamlah dia mengomelnya. Aku dengar aje lah. Aku pun letih jugak sebenarnya. Bosan pun sama. Sambil dia menalipun kawan-kawan dia (untuk buat lapuran pasal his first day at work) , dia ajak aku gilir-gilir urut. Pijak kaki. Pijak betis. Pijak peha. 

"Gimana kamu, bisa kerasan (bertahan) nggak?", aku selalu tanya Suki gitu. Sebab dia selalu mengomel, itu yang aku selalu fikir yang dia tak akan lama kerjanya di sini nih. Entahlah, memang aku nih jahat agaknya, dalam hati aku kata,"biarlah dia kata dia tak kerasan kerja di sini". Dalam hati aku hendakkan jawapan sebegitu. 

"Iya, nama pun kerja restoran sih. Ditahan-tahanin aja lah", kata Suki. Kuat jugak orangnya Suki nih. "Aku udah habis uang banyak sih untuk ke sini, aku harus terusin aja. Mudah-mudahan bisa lama sih", kata Suki. 

Hari Khamis tuh aku off, tak dapat aku nak imagine yang Suki terpaksa kerja sorang-sorang. Tak apalah, laki Cindy sama Ari kan ada? Lama jugak aku tunggu bas nak ke downtown Pittsburgh hari tu tuh. Aku belum begitu tahu bus schedules. Dekat pukul sebelas baru ada satu bas. Akan datang aku rasa aku nak tunggu bas di tempat lain lah sebab aku tahu yang ada bas yang servicenya every 20 minutes. Cuma aku terpaksa jalan jauh sikit nak tunggu bas tuh sebab bas tuh tak berhenti di depan mall tempat aku kerja tuh. 

Dekat pukul 1 barulah sampai Pittsburgh. Terus aje aku ke library, seharusnya aku pergi makan dulu sebelum masuk library, itu yang bila aku nak online aje. perut terus terasa lapar yang teramat. Terus ajelah aku menapak ke McDonald, beli large fries sama fish sandwich. Aku dok berkira-kira jugak pasal duit yang aku ada cuma beberapa dollars aje. Itupun coins aje, yang aku kerobek dalam beg aku, sebelum aku keluar pagi tadinya tuh. Takat ada duit untuk buat tambang balik cukuplah pasal aku mungkin akan dibayar gaji hari Sabtu tuh. 

Ituhari Fran ada kata yang gaji dibayar dua kali sebulan, on the 5th sama dengan 20th. Dan duit gaji akan ditahan/digantung selama 5 hari. Nampak gayanya aku akan dibayar gaji untuk 4 hari kerja, selepas diambilkira 5 hari tuh. Tak apalah, at least aku akan ada duit sesikit nanti. Tapi pun, aku bersedia jugak kalau-kalau aku tak dibayar gaji on the 5th, instead dicarry-forwardkan ke 20th nanti. Itu baru haru nanti. Akan kering kontanglah aku nanti. Tak akan ke mana-manalah aku nanti. Tak berasaplah mulut aku nanti. For another 2 weeks. Harus mati katak aku nanti gamaknya. 

Tapi, tak apalah, aku dah bersyukur sesangat nih yang aku ada kerja, ada tempat tidur baring. Walaupun perit, walaupun lama, tapi aku akan, InsyaAllah, ada duit nantinya. Buat masa ini tak apalah, aku kena bertahanlah dengan tak ada duit nih. 

Seriously, wa tarak fikir benda-benda lain. Wa fikir mau cari wang aja. Itu aja. 

All Bets Are On

Happy jer Fran kerja, di hari terakhir dia. Aku pun macam happy jugak. Bukan apa, aku tak sabar nak tunggu Suki datang. Aku dah terbayang yang Suki nanti akan menggelabah sakan, dah lah tak reti English, orangnya pun kerjanya terkemput-kemput. 

Jahat/busuk hati aku nih orangnya sebab berfikir begitu. Tak apalah, busuk pun busuklah, memang itu pun yang aku asyik dok bayangkan. Dan perhatian orang lain akan terus tertumpu kat Suki nanti pastinya. 

Macamana pun aku ada jugak terfikir yang aku harus ajar Suki tuh nanti, ajar dia setakat yang aku tahu. So kalau nanti dia dah pandai, dan dia suka bekerja di restoran itu, at least aku akan ada kawan. Dan bolehlah aku kerja lama sikit. Dan adalah harapan untuk aku kumpul duit sesikit. Untuk buat modal hidup seterusnya. 

Walaupun at the back of my mind aku tetap fikir yang Suki pastinya samada akan diberhentikan kerja, atau dia berhenti kerja sebab tak suka kerja di restoran tuh. Tak sanggup, tak larat, tak sesuai dengan dia. Dia dulu pernah jugak kerja restoran tapi sebagai dishwasher, then dia dibuang kerja sebab melawan cakap tokey. 

Satu aje yang aku takut dengan Suki nih. Dia nih orangnya cerewet, mulutnya bisa sangat. Aku kenal dia masa di Philadelphia dulu tuh, pernah sekerja dengan dia kat satu kilang paper. Kawan lelaki dia tak ramai, dia lebih ramai kawan perempuan. Kawan lelaki pun semuanya yang jenis lembut-lembut. Dia nih dah berumur dah, agak lembut jugak gayanya. Memanglah spesis jenis dia nih agak cerewet, cakap berulang balik. Semuanya tak betul, semua orang tuh ada aje salahnya, semuanya serba tak kena. 

So itu ajelah yang aku takutnya nanti. Aku dah terbayang-bayang yang dia akan salahkan aku nanti untuk menutup kelemahan dia macam aku jugaklah, aku akan mati-matian cuba salahkan orang lain untuk menutup kelemahan dan kesalahan aku. 

Frank, sepanjang hari masa kasi sample makanan, dia asyik bisikkan kat orang yang berbelanja di restoran, "Don't give tips. Don't give tips". Mana lah orang faham. Sebenarnya dia tak nak orang yang datang makan, masukkan duit ke dalam tabung tips sebab duit tips tuh diambil oleh Cindy punya husband. Diambil dek boss. 

"Juragan senang kamu jaga kasier kerna kamu ngomongnya pinter, banyak tamu yang ngasi uang tips", bisik Fran kat aku. "Kamu bilang sama tamu dong, jangan dimasukin uang tips", kata dia lagi. 

Most of the customers yang dengar bisikan Fran, diaorang ingatkan Fran bergurau aje. So diaorang tetap masukkan duit kat tabung tips. Mungkin jugak sebab diaorang ingatkan Fran sindir diaorang, itu yang diaorang tetap kasi tips tuh. 

Adalah a few times bila aku tengok tak ada orang (Cindy, husband dia, adik dia) di sekeliling aku, bila ada orang yang masukkan duit ke tabung tips, aku pun kata, "You don't have to do that Ma'am/Sir/Buddy. That money goes to someone else's pockets". 

"O really? That's too bad, so sorry to hear that", biasanya diaorang kata gitu. Diaorang ingatkan, macam di tempat lain, duit tips tuh akan dikongsi beramai-ramai oleh pekerja. Little do they know yang duit tips kat restoran aku kerja tuh dibaham oleh boss. 

"This is just another sweat shop, Ma'am/Sir/Buddy", aku kata gitu. Aku suka kalau tengok Mat Salleh bersimpati dengan aku. Dan aku rasa puas hati bila tengok airmuka diaorang yang macam marah aje bila tahu cerita sebenar. Kadang tuh ada jugak aku cakap, "I'd rather you take your money back". So adalah a few customers yang dah tertaruk duit kat tabung tips, diaorang ambil semula duit diaorang tuh. Ada jugak yang mintak aku kasikan diaorang one-dollar notes (so that diaorang dapat masukkan duit kat tabung tips), aku buat tak faham aje. Aku buat muka masam, orang bodoh aje yang kasi tips kat cashier restoran yang bermuka masam, kan? 

Aku rasa tak sedap hati jugak terpaksa buat gitu tapi bila difikirkan yang hasil titik peluh kitaorang, duit kopi kitaorang, dikebas oleh orang lain, hilanglah sikit rasa guilty aku. Rasa puas hati pun ada. Itulah, kalau bab-bab busuk hati tuh, aku nih boleh tahan jugak orangnya. 

Kitaorang suspen jugak takut Suki tak datang sebab everytime Fran talipun dia, tak dijawab. Masa aku datang dulu, pukul 8 lebih aku dah sampai kat Pittsburgh, dan aku sempat lagi datang ke restoran sebelum restoran tutup. Tapi, pukul 9-45 pm masa restoran dah nak tutup, Suki masih belum dapat dihubungi. Pukul 10 lebih barulah dia ada talipun, memberitahu yang dia dah sampai di stesyen bas. Terus Ari talipun Cindy suruh pergi jemput Suki di Greyhound Station Pittsburgh. Dekat pukul 12 barulah Suki sampai di apartment. Aku sama Fran dah pindah ke bilik yang dulunya awek Indo (yang dah berhenti kerja tuh) duduk. So malam tuh kitaorang bertiga lah sebilik. Aku, Fran dan Suki. 

Suki cerita yang dia lambat sebab bas rosak dalam perjalanan. Lepas tuh ada pemeriksaan polis pulak, masa di King Of Prussia. Dia cerita, out of semua penumpang bas tuh, dia sorang aje yang tidak diperiksa IDsnya, walaupun semua beg-beg dia yang penuh dengan makanan Indo, diperiksa polis. Aku tak lah percaya sangat cerita dia sebab Suki tuh, cerita yang seinci, kalau dengan dia, boleh dijadikan beribu batu panjangnya. 

Suki belikan aku tempeyek 4 bungkus (aku kirim kat dia masa Fran talipun dia ituhari) so sambil makan-makan tuh, kitaorang sembang ajelah. Pukul satu aku dah tidur, sebab letih kerja siangnya tadi tuh, ke sana-sini bekejar melayan customers. Tak ada duduknya pun selama 12 jam kerja tuh. Sembahyang pun kat dalam tandas.

Lagipun aku bosan sebab Suki sama Fran diaorang cakap bahasa Jawa (diaorang tuh Cina Indo yang berbangsa Jawa/Jawa Indo yang berbangsa Cina), lagipun diaorang tuh macam pelik sikit. Sambil urut-urut, mengomel aje kerjanya. Pot-pet pot-pet aje kerjanya. 

Macamana pun aku tetap rasa macam tak sabar nak tengok selama mana Suki akan dapat bertahan kerja di restoran tuh. Kalau dia dapat bertahan lama, lebih lama dari aku, memang aku akan salute dia. Tapi gayanya, kalau tengok cara dia, aku tak rasa dia akan dapat bertahan lama.