Tuesday, October 2, 2012

So Cold The Night

16102006


Isnin lepas genaplah seminggu aku kerja di KFC nih. Masa tuh belum ada schedule lagi so masuk kerja tak tetap. The first 2 days tuh masuk pukul 3, balik pukul 11 malam. Selebihnya masuk pukul 4, balik pukul 12 tengah malam. Kerjanya setiap hari. Mati lah kalau macam ini, tak ada day off nya. Aku lebih suka kalau kerja jam panjang tapi ada hari cuti daripada kerja 7 atau 8 jam aje sehari tapi setiap hari.

Kalau difikir, baik lagi kerja di restoran Cina, kerja 6 hari aje. Di sini, kerja setiap hari pun, tapi gajinya kurang dari apa yang aku dapat dari kalau aku kerja di restoran Cina. Walaupun gajinya per jam nya agak tinggi (taklah setinggi mana tapi tinggilah jugak compared to gaji kat restoran Cina) tapi sebab kerja tujuh atau lapan jam sehari, taklah sebanyak mana. Cuba compare kalau kerja 12 jam sehari, 7 days a week, kan? Kalau gitu, barulah boleh buat duit sikit. 

Macamana pun sebab kitaorang berdua (aku sama Heru) masih dalam perhatian, kitaorang ikut ajelah. "Nanti kamu pastinya dikasi jam panjang sih", kata Armi bila aku talipun dia ituhari. Armi suruh aku contact dia setiap hari, untuk buat lapuranlah kononnya. Aku tak nak kerja jam panjang sangat, aku tak nak kerja setiap hari. Aku nak ada day off. Itu penting tuh. 

So tibalah masa kitaorang untuk dibayar gaji. Armi janji nak datang Isnin tapi sebab Martin kerja, dia tak ada transport so dia kata dia akan naik bas aje dari Phila ke Atlantic City dan dari situ naik bas ke tempat kitaorang. Aku sama Heru dok tunggu-tunggu jugak tapi tak ada bayang batang hidung dia pun. Bila talipun, either tak dijawab atau dia masih di Atlantic City dan bas ke tempat kitaorang hanya ada di sebelah petang. Malam tuh, bila kitaorang balik kerja, Armi masih tetap tak muncul. Aku sama Heru dah rasa tak sedap aje. 

"Kayaknya ada yang nggak beres aja", kata Heru.

"Tadi ada Armi suruh aku ambilin cek dari nenek tapi aku nggak mahu, itu bukan urusan aku" aku jawab gitu. "Kita tunggu esok ajalah, kalo dia masih gak muncul, aku gak bekalan lama di sini sih", aku kata lagi. 

"Kalo dia nggak ke sini, ayuh kita beritahu nenek, kita berhenti aja, pulang ke Phila", Heru kasi suggestion. 

"Aku gak punya uang sih, uang aku kan aku kasi sama Armi untuk bayar sewa rumah?", aku dah macam terpanik bila memikirkan yang buatnya Armi senyap begitu aje, aku will end up tak ada duit. 

"Aku bisa pinjamin kamu uang untuk ke Phila", kata Heru. Lega jugak aku mendengar kata Heru sebab aku tak nak lah nanti kitaorang kerja sampai dua minggu tanpa dapat hasilnya. Lebih baik bertindak cepat. So malam tu kitaorang tidur dengan perasaan gusar jugaklah. Aku dah tak ada duit dah sebenarnya hari tu tuh, sebab balance yang ituhari aku asyik dok belanjakan untuk berinternet kat kedai donut tuh. 

So bila dah tak ada jalan lain, aku cuba-cuba bawak laptop ke luar rumah sebab ituhari Manu ada kata yang dulunya ada a few yang duduk di rumah tuh, diaorang dapat curi signal dari neighbor punya router. Bukan curi tapi share.Diaorang bawak laptop kat belakang rumah, kat situ signalnya ada. Bital, dia dapat signal melalui bilik dia (bilik dia kat hujung) so aku rasa sure ada signal yang boleh ditangkap. Memang betul pun, sekejap aje aku dapat detect signal yang tak payah pakai password. Adalah neighbor yang bangang yang tak reti nak set kan password tuh agaknya. Apalah, terus aku lupa pasal Armi yang masih belum muncul-muncul. Heru, bila aku kata ada signal, terus aje tersenyum. Aku faham senyum dia tuh, senyum kesuyukuran. Pasal ada peluang untuk online dengan percuma. 

So kitaorang masing-masing sibuklah online, kat bawah pokok, di belakang rumah. Sampai sesemut kaki. Sampai sakit-sakit tengkuk sebab laptop kalau guna batteri, screen dia tak terang sangat. Lagipun kat luar cahaya terang, tak nampak clear apa kat screen tuh. Tapi itu masalah kecik aje.

Tak lama tuh aku dapat message kat voicemail (signal cellphone aku tak clear), rupanya dari Armi. Dia dah ada di depan rumah. Terus kitaorang ke depan jumpa dia. Dia datang dengan this couple yang mulanya aku ingatkan orang Vietnam tapi sebenarnya orang Indo jugak. "Ini juragan gedek", dia perkenalkan aku kat "juragan gedek" tuh. Armi beritahu yang dia semalamnya melepak di stesyen bas aje, kebetulan pulak terjumpa "juragan gedek" tuh di situ. Macam nak percaya tak percaya jer cerita dia sebab juragan gedek tuh ada kereta, buat apa pulak melepak kat stesyen bas, kan? 

"Ini orang Malaysia, mereka orang Malaysia butuhkan internet kerna mereka harus sentiasa berfikir. Mereka harus sering cari informasi, nggak seperti kita, fikiran mereka harus sentiasa berjalan gitu", aku buat-buat tak dengar ajelah bila Armi kata gitu kat juragan gedek. Aku buat pura-pura matikan laptop, sambil taruk atas bonet kereta juragan gedek. Tapi dalam hati, punyalah bangga aku. 

So kitaorang sembang-sembang ajelah di depan rumah, diaorang tanya macamana kerja, macamana nenek, benda-benda gitulah. Bila aku kata yang nenek tuh cerewet sangat, diaorang suruh aku cuba dekat-dekat dengan nenek sebab kuncinya di tangan nenek. Hanya aku saja yang boleh diharapkan untuk buat baik dengan nenek. Macam diaorang tahu aje aku nih boleh menalamkan muka. "Orang tua, memang gitu sih", kata perempuan yang aku rasa bininya juragan gedek. 

Diaorang bawak rice cooker, beras sekampit dan mee segera sekotak besar. Rasa lega jugak aku sebab dah seminggu tak makan nasi. Lepas tuh diaorang pergi jumpa nenek untuk ambil cek dan cashkan cek tuh untuk bayar gaji kitaorang.Juragan gedek yang bayar gaji kitaorang, bukannya Armi. Pundek betul nenek, rupanya break yang setengah jam yang kitaorang dikasi setiap hari tuh tak dibayar. Dipotong duit gaji. Dah lah makannya dicatu, break pulak dipotong gaji. Ya ampuun, pelitnya setengah mati. 

Macamana pun aku puas hatilah hari tu tuh pasal dah ada duit. Dan most importantly, aku dah dapat online setiap hari tanpa perlu mengeluarkan duit. Tanpa perlu ke kedai donut tuh. Tak apalah dapat internet sekejap aje tapi aku dapat online setiap hari. Itu yang penting. Dapatlah aku mengikuti perkembangan kawan-kawan bloggers, kawan-kawan chatting kat tagboard. Kebelakangan ini aku rasa down aje pasal itulah, pasal tak dapat nak chat kat tagboard. Nobodys knows, ataupun mungkin orang tak percaya yang kalau aku kata yang dapat chat atau dapat baca chat orang kat tagboard tuh buat aku terhibur. Itu aje yang menghiburkan aku sebenarnya. Apalah sangat pujian dari nenek compared to dapat chat kat tagboard and Yahoo. You guys are all I have. I don't care shit orang yang baca blog nih senyap-senyap, itu tak relevan langsung. They don't exist dalam hidup aku. Yang exist dalam hidup aku adalah mereka-mereka itu yang selalu aku tengok berpoya-poya di tagboard. 

Bersemangat aje aku kerja hari tu tuh, mana tak nya kan? Sekarang aku dah ada something to look forward to setiap kali aku balik kerja. Setiap kali aku bangun pagi. So begitulah setiap hari routine hidup aku, bangun pagi dalam pukul 10 gitu, sebelum mandi, aku akan ke belakang rumah dulu. Copy and paste and bukak a few websites yang aku selalu pergi, then aku masuk balik ke rumah. Baca masa offline. Memanglah tak lama aku kat luar, dalam sesetengah jam aje. Sebab sakit lutut, sakit tengkuk, lagipun rasa macam tak seronok aje guna orang punya signal. 

Balik kerja, lepas mandi, sembahyang, aku dengan berjacket lengkap, terus ke belakang rumah. Buat benda yang sama, cuma kalau malam aku tak boleh lama sangat sebab dalam gelap, nak menaip pun susah. Nak guna lampu takut nanti neighbors suspect apa-apa pulak nanti. Sejuk pun satu hal, sampai kejang-kejang jari aku. Tapi itulah, sejak aku online dari belakang rumah, banyaklah sampah, kayu-kayu kecik, dedaun yang jatuh terselit kat laptop aku nih. Jadi, a few keys tuh dah macam stuck gitu, kena tekan kuat-kuat. Heru, malam pertama aje dia ikut sama online kat belakang tapi sekarang nih dia dah jarang. Dia lebih banyak dengar lagu aje. 

"Koq gimana kamu bisa tahu lagu Dealova?", dia tanya aku. "Lewat internet sih", aku jawab gitu. Kalau dia bosan, Heru pergi ke rumah budak-budak Indo yang lain tuh. Dia dah ada bike, Yanto yang kasi. Ada jugak Yanto nak kasi aku tapi aku kata aku lebih suka jalan kaki aje. Dia tak tahu aku malu naik basikal. Kadang tuh Heru bermalam di rumah diaorang, ngam nampak gayanya diaorang tuh sebab semuanya diaorang tuh orang Jawa. Ada jugak Heru ajak aku ke sana tapi aku nih malas. "Koq di sono bisa internetan sepuasnya", kata Heru. 

So aku sekarang kira macam jarang dah dengan Heru sebab dia pergi dan balik kerja naik basikal (bahasa Indonya speda) sedangkan aku jalan kaki aje. Lagipun waktu kerja kitaorang dah berbeza, kadang dia masuk awal, kadang aku yang masuk awal. Dan itu yang buat aku rasa macam terasing aje nih, dah lah kerja aku di bahagian luar, sorang-sorang aje. Dalam sehari tuh, cuma beberapa sentences aje yang aku cakap.

Macamana nih? Macamana orang nak tahu yang aku nih capabale untuk buat benda-benda lain yang lebih mencabar? Bukan setakat menyapu, mengemop, mencuci tandas? Macamana aku tak rasa sedih, macamana aku tak selalu fikir yang kalau gini keadaanya, aku akan tetap jadi gini. Tak ada improvement. Macamana aku tak selalu fikir yang when is this going to end? Macamana aku tak fikir yang aku rasa aku sekarang berada di kemuncak ketidak-tahanannya berada di Amerika nih dan aku harus berusaha untuk keluar dari sini?. Macamana aku tak selalu fikir yang dalam masa dua tiga tahun akan datang ini aku harus buat decision, dan aku harus keluar dari Amerika nih?.

Aku tak kira dah kalau aku nih nanti akan dikategorikan sebagai a loser, a quitter. I'm just mentally and physically tired. 


Nenek Tu Bawel Orang Nya


Sebenarnya malas aku nak tulis benda-benda kisah orang yang aku tak suka. Buang masa aje sebenarnya sebab semakin aku tulis, semakin aku jadi tak suka kat orang yang aku tak suka tuh. Lagipun, manalah tahu kan, suatu hari nanti orang yang aku tak suka tuh akan jadi orang yang aku suka. 

Contohnya Hector masa aku kerja restoran Pak Tua di Maryland dulu tuh. Mula-mula aku tak suka dia. Orang lain yang sebelum aku pun tak suka dia. Itu yang dia dapat gelaran Kontol tuh. Tapi lama-lama, dia lah yang jadi kawan aku yang paling baik, sampaikan aku rasa bersalah sangat walaupun dia orang yang paling aku ingat, tapi aku tetap membahasakan dia SiKontol. Sebab dah terbiasa. Macamana pun itu nama aje, aku tak ada niat pun yang dia tuh macam kontol dalam ertikata yang sebenar. 

Begitu jugak dengan nenek tua ownernya KFC tempat aku kerja nih, aku takut jugak nak mengutuk dia lebih-lebih sebab siapa tahu, satu hari nanti aku jadi baik dengan dia. Bukan ker aku nih biasanya, kalau orang yang aku tak suka, musuh aku, aku akan cuba dekati dengan cara lain. Bertalam-talaman gituh. Lagipun nenek tuh dah 81 tahun, orang tua memanglah cerewet. Lagipun dia owner, dia memang ada hak nak marah orang, nak membebel, nak buat sesuka hati dia. Lagipun, mungkin dia ada masalah dia sendiri, iyalah, dia ada sorang jer anak. Perempuan, in her late 40's. Tapi anak dia lesbian pulak tuh, kawin dengan kaum sejenis.

Budak-budak Indo yang kerja di sini yang dah lama tuh, diaorang macam dah tak kisah langsung dah dengan kecerewetan nenek tua. Lagipun diaorang tak faham sangat English, jadi tak adalah berdesing sangat telinga diaorang kalau dengar kutukan nenek. Kadang tuh aku ada jugak fikir, lebih baik jadi macam diaorang yang tak pandai sangat bahasa, orang marah pun diaorang buat tak tahu aje. Aku kalau aku dimarah gitu, dah lama aku makan hati.

"Cuekkin aja nenek tuh, dia tu memang bawel orangnya", kata Robi yang selalu juga terserempak tengok aku disuruh buat itu ini oleh nenek. 

Macam yang aku cakap, aku cuba jugak sebenarnya nak mendekati nenek. Bukan mendekati actually, tapi cuba buat supaya dia tak adalah marah atau cerewet sangat dengan aku. Armi (agent yang bawa aku kerja ke KFC nih) sebenarnya mengharapkan aku jugak untuk buat baik dengan nenek. Ituhari Armi ada kata yang "kuncinya" hati nenek tua tuh, aku aje yang boleh bukak. Sebab aku boleh communicate. Heru memang tak boleh harap. 

"Kamu Inggerisnya pinter, kamu dekatin nenek tua, itu aja koncinya", kata Armi, sambil tepuk-tepuk belakang aku. 

Naiklah semangat aku, kan? Minggu lepas, masa Armi talipun nenek tua, dia ada tanya pasal kitaorang. Menurut Armi, nenek kata kitaorang bagus, polite gituh. Maksudnya aku lah tu kot sebab aku yang banyak deal dengan nenek tua. Minggu lepas, masa kitaorang tengah kerja, rupanya nenek sama Ivan ada datang ke rumah kitaorang, nak check bilik kitaorang. Di keluarkan semua benda-benda makanan, gula,creamer,kopi etc aku yang aku taruk kat dalam bilik. Masa dia terangkan yang bahan makanan jangan disimpan dalam bilik, aku bukan main lagi mintak maafnya. Diaorang yang mulanya nampak macam nak marah, akhirnya tak jadi marah, cuma diaorang ingatkan kitaorang jangan buat begitu lagi. 

Di sepanjang aku kerja, apa aje yang nenek suruh aku buat, cara mana yang dia suruh aku buat, aku menurut aje. Aku tak adalah membantah cuma kadang tuh aku jawab jugaklah (aku nih memang suka menjawab, memang degil. Tapi aku tak lah melawan, cuma aku merungut dalam hati aje.) So gitulah, apa yang dia suruh aku buat, aku tak membantah. Aku jadi Pak Turut aje. Dia suka gitu. So dapatlah aku collect a few points dari nenek tua yang tak sedar diri, yang kubur kata mari, KFC kata pergi tuh. 

"Just let me or the Managers know if they are trying to steal anything", ada sekali nenek bisik kat aku bila malam hari Jumaat, bila ramai budak-budak muda, budak-budak high school yang baru habis tengok wayang (ada panggung wayang kat seberang jalan tuh) menyerbu ke KFC untuk makan. Nenek tuh pandai, dia tunggu bebudak tuh habis beli makanan dulu dan bila diaorang mula buat bising, dihalaunya diaorang tuh. Dia kata kalau diaorang makan di situ sambil buat bising, dia akan panggil polis (nenek nih baik dengan polis daerah sini, semua polis yang datang sini semuanya makan free aje). Memang pandai nenek tuh, dia tunggu orang beli makanan dulu baru dia nak marah atau nak halau. 

So one of the guys tuh benganglah dan sebelum dia blah, dia ambil beberapa bijik tray, and a few other things. Saja lah gamaknya bebudak buat nakal. So bila nampak macam ada peluang nak collect points dari nenek, teruslah aku buat cerita kata yang aku berjaya menghalang bebudak tuh dari curi barang-barang kat situ. Padahal aku beritahu budak-budak tu pun dari jauh jer. Aku terpaksa tambah cerita aku sesedap rasa. 

"You did? I'm glad you did", kata nenek kat aku. "Thank You", dia kata kat aku, lepas dia ceritakan pada one of the Managers yang aku berjaya menyelamatkan keadaan. Aku rasa bangga jer bila nenek puji aku depan Manager tuh, walaupun aku tahu those points yang aku collect, don't really count. But what the heck kan? 

Ada sekali tuh, masa aku tengah mengemop lantai bilik air lelaki, nenek datang nak check kononnya. Kat tandas lelaki, biasanya dinding antara urinal tuh memang kotor sebab kencing kitaorang (aku guna word kitaorang, instead of diaorang, sebab aku pun salah seorang dari diaorang yang menyebabkan aku terpaksa guna word kitaorang) kadang-kadang tuh tempias (adalah yang goyang-goyang lelebih sangat tuh). "Very very good", kata nenek kat aku. Terus dia keluar. Lantai tuh licin, so nenek nih yang tengah terkedek-kedek macam itik serati, tergelincir. Nasib baik aku sempat pegang tangan dia, aku pimpin dia keluar, rasanya nak taruk tangan dia kat bahu aku tapi aku rasa itu dah lebih sangat dah. Takat kipas-kipas bontot dah lah kan, tak yah sampai nak pasang air-cond pulak kan?

Kat situ banyak points yang aku dapat collect rasanya.

Ada sekali, adalah perempuan nih tertinggal handbag dia (di sini dipanggil purse), so aku tanya-tanyalah kalau sesiapa yang tahu siapa yang punya. Masing-masing tuh beria-ia nak ambil purse tuh untuk disimpan dan dikasi kat nenek. Rupanya masing-masing pun nak collect points jugak dari nenek. Sebab aku di bahagian depan dan aku tengok nenek pun ada lepak sambil baca paper kat luar tuh, terus lah aku kasi purse tuh kat dia. "Oh Thank You, you are so honest", dia kata gitu. Dia tak tahu, katalah purse tuh tertinggal kat dalam bilik air for example, harus dah aku kerobek-kerobek dulu, harus dah aku terambil something kot. Tapi sebab purse tuh tertinggal kat depan-depan, tak adalah aku bukak pun. Tak lama lepas tuh adalah sorang perempuan nih datang, tercungap-cungap aje. Aku tahu dia cari purse dia so terus aku tunjuk kan nenek. Entah apa-apalah diaorang cakap tapi aku ada dengar nenek kata, "Don't thank me, thank him". 

So there, a few points kat situ. 

Tengah aku membersihkan trash bins, satu hari tuh, nenek yang masa tuh tengah lepak, dia panggil aku. "You want some?", dia hulurkan aku bungkusan peach candy. Sure aku menolak, kan? "No, take some", kata nenek sambil dia ambil 3 keping dan kasi kat aku. Lama lepas tuh dia tanya lagi, "You want more?", baru kali itulah aku kata aku tak nak dah. Walaupun event tuh tak ada lah apa sangat tapi aku rasa macam bangga jer yang nenek pelawa aku makan jajan dia. The rest of the Indons diaorang terkejut bila aku ceritakan yang nenek kasi aku jajan. 

"Koq sejarah, aku yang udah 5 tahun di sini, nggak pernah ditawarin makanan", kata this one guy. 

"Lain kali kamu ambil aja, dia senang sama kamu kayaknya", kata perempuan sorang lagi. 

By the way, walaupun aku baru seseminggu kerja di sini, nenek tahu nama aku. Semua orang tahu nama aku. Orang lain tuh, yang dah kerja 2 tahun, 5 tahun, nenek tak tahu nama. Mungkin sebab nama Indo agak payah untuk diingati kot. Aku, nenek siap panggil first name yang penuh lagi, macam yang lain tuh panggil aku Joe aje. Entahlah, harus bontang aku kalau satu hari nanti nenek panggil aku, "Hi, Joe Bangla, how are you today?"

Itu hari, Heru ada ajak aku mintak sama nenek untuk kerja jam yang panjang. Heru dikasi kerja setiap hari tapi cuma 7 jam sehari, sedangkan aku ada 3 hari seminggu yang kena kerja 9 jam. So aku beritahu nenek, mulanya nenek marah tapi bila aku cakap pun berlembut aje, dia jadi lembut jugak. Akhirnya dia kasi Heru a few more hours. Bila nenek tanya aku samada aku nak tambah jam atau tidak, aku kata tak payahlah sebab aku dah puas hati. Lagipun kitaorang orang baru, malaslah demand sesangat. Tak lama lepas tuh aku terangkan pada nenek yang aku tadinya hanyalah sebagai interpreter. "You did a very good job", kata nenek.

Adalah lagi a few instances lain yang aku rasa aku dapat collect points dari nenek tapi semuanya samada aku buat-buat sendiri atau kebetulan. Aku dah cakap yang aku kadang tuh terpaksa bermuka-muka. Cuma yang best dengan aku nih, aku mengaku yang aku bermuka-muka, bukan macam kebanyakan orang lain, tak nak mengaku bermuka-muka. Ataupun tak sedar diri tuh bermuka-muka. Aku biasanya selamba aje mengaku kalau aku bermuka-muka. 

Agaknya itu yang buat aku attractive tu kot?

Macamana pun, aku sedar yang with this one nenek, buat baik macamana pun, kalau dah cerewet tuh, dia akan tetap cerewet punya lah. When she's good, she's very very good. When she's bad, she's ........oooo...tak yah ceritalah....

Besar Dan Selambak


Kat KFC tempat aku kerja nih ada ramai Managers, lebih dari 6 orang semuanya. Satu aje orang Indo, Manu. Yang lainnya, dua Minah Salleh (Anne, Debbie), satu dari Ukraine (Bital, dia nih duduk serumah dengan kitaorang jugak), Sylvia (Central European gayanya, duduk kat rumah di sebelah rumah kitaorang). Dan satu lagi, Ivan, ketua segala Manager. Kiranya orang paling besar selepas nenek tua Mrs Hodge tuh. Ivan nih memanglah kaki bodek, kaki segala macam kaki lah, kuat merepot kat Maknenek lagi. Apa-apa hal, dia akan talipun, dia akan beritahu dengan nenek tua. 

Cara dia cakap pun kasar jugak. Most of the Indons, diaorang mungkin sebab dah biasa dengan cara di sini, diaorang tak kisah sangat. Diaorang memanglah macam takut-takut gituh tapi sebab diaorang kerjanya jam yang panjang, diaorang nampak macam happy ajelah. Mungkin jugak sebab diaorang punya English (yang kerja di bahagian dapur) takat cukup makan aje, jadi diaorang kalau kena marah, kena tegur, diaorang senyap aje. Aku selalu jugak terdengar, tertengok, yang diaorang kena marah, kena tegur. Kesat bahasanya. Yang kalau aku dimarah gitu, aku akan simpan dalam hati, aku akan ingat sampai mati.

"Cuekkin aja kalo diomelin, jangan terlalu emosi. Pokoknya, kerja aja apa yang disuruh, jangan membantah", kata this one lady yang kerja sebagai dishwasher. 

Semakin lama semakin aku terasa kebosanan kerja, tambah-tambah bila tak ada ramai customers. Itu yang aku terpaksa cari-cari kerja, cari-cari benda yang nak dilap, yang nak dibersihkan. Dan nenek tua pulak, bila dia tengok aku membersihkan frame pintu, terus dia datang dekat aku, terus dia panggil aku. 

"This has to be cleaned at least once a day", kata dia sambil dia lalukan jari dia kat dinding.

"Look, it's so dirty. Terrible!", kata dia lagi. 

"Did you wash the bins?", nenek tua tanya aku. 

"Yes I did", aku jawab gitu. 

"How did you clean them? Did you use soap and water?", detailnya dia tanya aku. 

"Yeah", malas aku menjawabnya.

"It's dirty", dia kata gitu sambil dia ludah kat satu spot tuh, then dia tonyoh-tonyoh dengan jari dia. Dalam hati aku dah menyumpah, apa pasallah dia boleh ternampak ada satu tompokan kotor kat bin tuh. 

"See, you haven't washed this. Go do it now!", dia kata lagi. "Everytime you do trash, you have to clean this, inside out", kata nenek tua. Pot pet pot pet. Sabar jer lah. 

So far Ivan tak adalah marah-marah aku ker apa ker sebab dia di bahagian dalam dan aku di bahagian luar. Ada sesekali dua aje dia suruh aku buat itu ini, aku akur ajelah sebab aku orang baru. Cuma aku kena deal dengan that bitch from hell itu aje lah. Dia yang banyak suruh aku itu ini. Pendek kata kat mana aje tempat yang rasanya kotor, kat situlah dia suruh aku kerja. Bersihkan sawang kat celah-celah pintu, bersihkan habuk kat lampu, kerja-kerja gitu. 

Hari Rabu tuh hari terakhir Hana kerja pasal kontrak dia dah habis. Sedih aje dia nampaknya. Sebab dia akan tinggalkan balak sementara dia tuh, Bital. Muak sebenarnya aku menengok diaorang tuh, kalau kat rumah tuh asyik berpeluk-pelukan aje. Tidur sebilik lagi sedangkan rumah tempat Hana duduk tuh di sebelah rumah kitaorang. Tapi sebab Bital tuh Manager agaknya, tak salah pulak dia bawak perempuan masuk ke rumah, tidur sekatil dengan dia. 

So itulah routine aku setiap hari. Masuk kerja, first thing yang aku kena buat, bersihkan trash bins. Buang sampah, gantikan trash bags yang baru. Tong dan tempat bins tuh kena dibersihkan dengan air sabun. Walaupun ada 5 bins aje, tapi semua kerja tuh makan masa dekat setengah jam jugak. Sebab kena buat satu-satu, tak boleh dibuat sekali harung. Aku selalu fikir, kalaulah gaya itu kerja aku kat restoran Cina, sure aku dah dibuang kerja. Sebab kerjanya slow, lambat dan terkemput-kemput. Dulu aku selalu mengutuk sesiapa yang kerja kat American fast-food restaurants pasal kerjanya lambat, lembab dan nampak macam malas dan tak bersemangat kerja. Sekarang aku sebijik macam itu jadinya. Itu yang bila ada orang (customers) yang tenung aku kerja, aku rasa macam nak jawab jer yang aku kerja slow motion tuh sebab memang peraturannya begitu. Aku dah tak fikir yang mungkin diaorang tenung aku tuh pasal diaorang kesian kat aku kot, tentu diaorang tertanya-tanya, "kesian budak tua sorang nih, dari manalah datangnya dia nih agaknya." Tapi di sini macam itu cara yang diaorang nak, aku terpaksa ikut aje. 

Oklah kalau masa tak sibuk, tapi kalau masa sibuk, kalau masa aku masuk kerja tuh, banyak meja yang kotor, lantai kotor, banyak benda lain nak buat? Sebab kat sebelah pagi, tak ada orang yang uruskan pasal membersihkan meja semuanya tuh, takat disuruh orang di bahagian dapur sesekali-sesekala, kalau banyak sampah berlonggok, kalau banyak meja yang kotor. Diaorang buat tuh macam nak tak nak aje sebab itu bukan kerja diaorang. So bila aku masuk kerja tuh, memanglah banyak benda yang aku kena buat. Cuma masalahnya aku kena selesaikan benda yang tak berapa penting sangat dulu. Lepas tuh barulah aku lap meja, sapu sampah. Then penuhkan sos, bersihkan bahagian soda machine. 

Lepas tuh barulah rileks sikit, dan biasanya masa itulah nenek tua dah rileks-rileks kat meja dia kat luar tuh sambil minum kopi, sambil tengok tv, sambil baca paper. Sambil cari idea kot nak suruh aku bersihkan apa lagi. Masa itulah aku buatlah apa-apa yang patut, lap apa yang harus dilap, sental apa yang harus disental. Walaupun hanya 3 atau 4 jam tapi itulah masa yang paling lama bagi aku rasanya. Lepas break, aku dah rasa ok sikit sebab aku dah sibuk untuk bersihkan tandas, menyapu dan mengemop lantai, membersihkan untuk kali terakhir. Masa tuh Ivan dah tak ada dah dan nenek tua biasanya dah nak blah.

Aku selalu cuba lambat-lambatkan bersihkan tandas sebab nenek tua akan check satu persatu. Biasanya masa bersihkan tandaslah aku rasa macam gugup sikit, takut aje nenek tua datang, takut aje nenek tua marah. Iyalah, nak guna detergent tuh tak boleh banyak, nak lap sana sini kena different rag, benda yang dah aku sental, kalau dia tak tengok, aku kena sental lagi. Aku kalau guna detergent tuh, ikut suka hati aku aje. Guna rag tuh, walaupun aku ada sediakan 10 helai (buat syarat aje) tapi aku guna dua tiga helai aje. Yang lap toilet bowl pun aku lap kan sink kadang tuh. Peduli apa akuh. Kadang tuh aku mop lantai takat kasi nampak basah aje, tak adalah sampai 3 kali. Sebab kat dalam tandas tak ada kamera. Cuma kerja yang kat luar tuh aku kena buat betul-betul. 

Tapi yang peliknya kan, lepas aku bersihkan semuanya tuh, aku tak pernah nampak perbezaan yang nyata, samada sebelum atau selepas dibersihkan. Macam sama aje. Mungkin sebab tandas tuh memang sedia bersih, atau aku tak reti membersih. Kalau Robi buat, nampak berkilau aje, tapi bila aku buat, macam biasa aje.

Dan aku, walaupun baru beberapa hari kerja membersihkan tandas, tapi aku dah dapat satu rumusan baru. Tak adalah aku buat research ker apa ker tapi dari pengamatan aku, aku notice something yang aku rasa orang masih belum pernah buat kajian.

Aku notice yang tahi orang perempuan lebih besar dari tahi orang lelaki. 

Selalu jugak aku terserempak dengan timbunan tahi kat dalam toilet bowls. Tak nak lah aku mengutuk orang kan, mungkin ada customers yang kudung, yang tak ada tangan nak flush. Atau yang terlalu gemuk sampai tangan dia tak dapat nak capai tempat nak flush tuh. Ataupun ada customers out of Monggolia yang datang makan, yang tak tahu nak guna toilet tu kan? Atau customers yang terkejut sangat tengok tahi dia besar dan banyak sampai dia terus blah gitu aje. Tapi itulah, bukan sekali dua, tapi acap kali aku terserempak dengan longokkan segitu, yang buat aku terfikir. Laaa, tahi perempuan jauh lebih besar dari tahi lelaki rupanya. Puas aku taruk tissue paper bebanyak dan flush tapi tak pergi-pergi jugak. Besar dan degil. Tapi lojik jugaklah kan, perempuan kan ker boleh melahirkan anak kembar tiga, empat kan? So it's only natural lah kan? Then again, keluar anak dari tempat lain, berak dari lubang lain. Tak lojik jugak research aku nih. 

Oklah, enough pasal cerita tahi, dalam entry aku akan datang, InsyaAllah, aku cerita pulak pasal usaha-usaha aku untuk collect points dari nenek tua. 

Buai Laju-Laju, Aku Nak Kawin Dengan Anak Raja


Terbehenti sekejap aku di depan kedai donut yang dah tutup tuh sambil aku tengok-tengok dia punya business hours. Bukak dari 6-30 pagi sampai pukul 2 petang aje. Yessss, kata aku dalam hati. At least ada tempat aku nak berinternet, dan walaupun aku rasa bayarannya sure mahal tapi tempatnya sungguh convenient bagi aku. Tak jauh dari tempat aku kerja dan aku pun dah terbayang yang setiap kali pergi kerja aku akan menggendong laptop aku dan singgah di kedai tuh untuk sesejam dua. Alhamdulillah, selesai satu masalah aku. Masalah besar aku.

Kitaorang terus ajelah ke kedai untuk beli makanan, nasib baik kedai tuh masih bukak lagi kalau tidak aku berbuka puasa dengan rokok aje lah gamaknya. So sambil jalan balik ke rumah tuh aku makan fries ajelah, tak terasa pulak jauhnya kalau memalam gitu. Sambil-sambil tuh sembang dengan Heru yang asyik tanya aku pasal Yanti. Aku tercerita dengan dia pasal Yanti sebenarnya. 

Heru tengok tv sambil dengar musik dia, aku kat bilik baca paper yang aku ambil kat kedai tadi tuh. Sajalah nak tengok apa ceritanya kat area aku duduk nih. "Kamu burn dvd Siti Nurhaliza buat aku sih", bila dia tahu kat laptop aku ada dvd Best Of Siti Nurhaliza yang Martin pinjamkan aku, yang tak pernah aku tengok pun. Aku tak pernah suka dengan Siti dan aku tak akan suka dengar lagu dia. I'm not into Malay songs actually.Tambah-tambah pulak bila aku ada terbaca kisah yang Kris Dayanti kata sebenarnya Siti dah dua tahun intim (amboi, bahasa URTV aku pakai) dengan Datuk K tuh (sebelum Datuk K bercerai) sedangkan Siti kata dia baru jugak kenal dengan Datuk K tuh sebelum Datuk K jadi husband tiri Siti. 

Ish, boleh tahan jugak aku pasal gossip-gossip nih. Di bulan-bulan puasa pulak tuh. Sabar jer lah. 

Aku pinjam dvd tuh sebab saja nak ambil hati Martin yang beria-ia suruh aku dengar. Nak suruh aku burn dvd? Seumur hidup aku manalah pernah aku burn-mengeburn dvd ker apa ker. Pakai lighter boleh ker nak burn dvd hah? 

Kitaorang berdua aje yang ada di rumah malam tuh pasal Manu kerja malam, Manager sorang lagi tuh pun kerja malam jugak. So the rest of the night aku depan laptop ajelah, buat blog entry, sambil dengar lagu. Nani ada beberapa kali call tapi everytime aku jawab, linenya putus. Sure berbakul dia mengutuk aku kot pasal hutang dia aku belum bayar. Lagi pulak, bila dia call, line putus gitu. Aku pun tak berani nak dengar message dia kat voicemail, terus aku deletekan aje. 

Haim pun ada talipun aku tapi bila aku talipun dia balik, dia dah tak ada kat booth dia. 

Aku bangun sahur macam makan tak makan aje, tak ada air nak minum pun. Semalamnya lupa betul nak beli air. Nak masak, malas sebab takut bunyi bising. Iyalah, hari pertama aku di rumah tuh, kenalah jaga tata susilanya kan? So minum air paip ajelah untuk kasik kenyang. 

Aku bangun semula dah pukul 10-30 pagi, Armi ada talipun semalamnya, dia kata nak datang, nak hantar bike Heru. Dan aku pun nak ke kedai donut tuh untuk online dua jam, lepas tuh nak balik semula ke rumah for Zohor. Sabar ajelah, walaupun di bulan puasa tapi aku beli jugak sebungkus donut. Aku tak berapa sure yang kalau nak guna internet facility kat kedai tuh, samada aku kena belanja beli something atau tidak, itu yang aku terpaksa beli donut tuh. Aku simpan ajelah buat makan lepas balik kerja nanti sebab tak ada benda lain dah untuk dimakan sahur nanti. 

Tokey kedai tuh, orang Asia (Vietnamese gayanya) tanya aku macam-macam sebab dia belum pernah tengok aku selama ini. "You new here? Where do you work?", dia tanya aku. So aku katalah yang aku baru aje pindah, yang aku akan masuk kerja di KFC yang di seberang jalan tuh di sebelah petangnya. 

"Do you have any friend who wants to work? I'm looking for someone to work in the morning", dia kata. Aku beritahu yang agent aku, Armi, akan datang so mungkin dia boleh tolong cari orang. 

$5/jam kalau nak guna internet di situ so aku beli 2-hour pass. Belum pun sempat aku lama berinternet, ada this one minah tanya aku. "I've seen you before. There, right?", dia tanya aku sambil tunjuk ke arah KFC. Mungkin masa aku interview ituhari kot?

"O yeah, I'm working there. Well, today will be my first day actually", aku jawab macam layan tak layan aje. Iyalah, aku tengah sibuk nak online, dia kacau pulak. 

"I worked there for 5 years. 5 freaking years. And that lady (the owner), she's a bitch. She's a real bitch", dia kata lagi. "Are you working in the kitchen?", dia tanya aku. 

"No, I'll be working outside. The lobby", bosan aku melayannya perempuan tuh, buat menghabiskan online time aku aje. Aku belum sempat bukak mana-mana sites pun. Mana aku nak update blog mana aku nak melayan dia sembang lagi. 

"She's a real bitch, she'll make you scrub every inch of the floor", kata perempuan tuh. Buat aku takut aje. Buat aku teringat apa yang Manu beritahu aku, yang owner tuh cerewetnya setengah mati. Aku dah boleh agak dah, especially masa dia datang ke rumah semalamnya tuh, masa dia tunjukkan cara nak bersihkan cooker. Looks like I have to deal with a bitch now. A bitch from hell lagi tuh. Sabar aje lah. 

Sembang-sembang gitu ajelah dengan perempuan tuh, janda anak satu, dia tahu rumah tempat aku duduk so dia ajak aku jalan kaki balik sebab rumah dia pun kat kawasan situ jugak. Belum sehari pun aku di kawasan tuh aku dah kenal dengan orang tempatan yang ajak jalan sama-sama. Kalau lama-lama nanti, boleh dibuat bini gamaknya, sempat aku berfikir gitu. Tapi sebab aku baru nak online so aku kata lain kali ajelah. 

Then aku balik semula ke rumah, sambil-sambil sembang dengan Heru, sementara tunggu Zohor. 
So pukul 3 lebih sikit aku dah mula jalan kaki untuk pergi kerja. Aku ikut jalan depan-depan rumah orang, macam short cut gitu. Takut jugak tersesat. Adalah dalam 20 minit aje perjalanannya so aku ada masa untuk rihat dulu di depan KFC tuh. Sambil-sambil sembang dengan Yanto yang tengah menyapu sampah. Dia dah kerja di situ selama 4 tahun, kerja di bahagian dapur. Besar gaji dia sebab dia orang lama, lagipun dia dapat kerja jam yang panjang, sampai restoran tuh (bahagian drive-thru) tutup, pukul 1 pagi. Kerjanya setiap hari pulak tuh, tak ada offnya langsung. Tapi sebab dia orang lama, dia kerjanya rileks aje. 



"Kamu kerja di bahagian depan nggak bisa kerja jam panjang sih", kata dia kat aku. "Tapi kalo kamu udah lama mungkin bisa minta (kerja jam panjang)", kata dia lagi. 

One of the Managers tuh kasi aku satu uniform nih yang besar, rabak di tangan. Bila aku pakai, semua orang gelak. "Minta yang lain sih, nanti kamu dimarahin Maknenek", kata one of the girls yang kerja di bahagian belakang. Puas aku mintak dicarikan baju yang agak kecil, yang elok, barulah Manager tuh kasi yang lain. Kemudian aku disuruh ke bahagian depan, aku akan ditunjukkan cara kerja di bahagian depan, by this young Polish/Russian girl by the nama of Hana. Lawa budaknya, sebijik macam pemain tennis Anna tah-apa-apa-nova tuh. Dia ajar aku cara nak bersihkan trash bins. Cara nak masukkan trash bags. Then ajar aku cara nak bersihkan meja, kerusi. Cara nak menyapu sampah. Cara nak lap cermin. Cara nak gantikan sos, cara nak bersihkan icu cubes yang kat soda machine. Apa-apa kerja lain yang harus aku tangani. Kat mana tissue paper, lids, straw, semuanya itu lah. 

Aku kan ker dulunya kerja di restoran Cina yang kalau kerja-kerja gitu dibuat sambil lalu aje, dibuat cepat-cepat (sebab banyak kerja lain lagi yang nak dibuat), so tak heranlah kalau Hana selalu kata kat aku supaya kerja jangan gopoh-gopoh. Cara nak bersihkan cermin for example, jangan laju sangat. Dia lap cermin tuh slow motion jer. Dia gelakkan kat aku sebab aku lap cepat sangat. "Don't tell me it's not clean", aku kata kat dia gitu. "No, Mrs Hodge will get angry. You have to do like this", dia kata kat aku. Memanglah jauh sangat bezanya kerja di restoran Cina dengan kerja di American restaurant nih. So aku ikutkan ajelah apa yang Hana suruh aku buat, walaupun hati aku selalu memberontak, walaupun hati aku selalu geleng-geleng kepala (hati aku ada kepala), walaupun hati aku selalu kata, "This doesn't make sense". 

Terasa lama yang teramat lamanya lah dari pukul 4 tuh, nasib baik aku tak ada jam, dan tak ada kesempatan pun nak tengok waktu kat cellphone. Sebab kamera ada di mana-mana, pergerakan aku sentiasa diperhati, either by the Managers or by Mrs Hodge. Itu yang aku asyik kontrol ayu aje tuh. Kalau menyapu tuh, yang di bawah meja, sambil mencangkung-cangkung, sambil melutut aku menyapu. Nak menyapu, tak boleh pegang penyapu tuh sebelah tangan, kena pegang dua-dua tangan. Aku biasanya kalau menyapu, pegang satu tangan aje, tangan kiri aku pegang sekop sampah tuh. Tak boleh menyapu gitu tuh. Itu kesalahan besar sangat tuh. Akan dimaki-maki dek Mrs Hodge kat depan-depan orang. 

Break nya pukul 7, dah lama masa berbuka. Tak ada sangat yang aku boleh dan dibenarkan makan. Memanglah makanannya free tapi hanya a few selections aje yang boleh kitaorang makan. Itupun kena beratur sama customers jugak, untuk order makanan untuk dimakan masa break. Aku makan caesar salad sama mashed potato aje. Habis break, aku pun mulalah membersihkan semuanya. 

Aku diajar apa yang patut aku bersihkan dahulu. Ada this one Indon by the name of Robi yang ajar aku. Mulanya bersihkan bilik air perempuan. Details sangat, semuanya harus dibersihkan, semuanya harus dikilatkan. "Kamu hati-hati, ini perlu bersih, Maknenek sering ngecheck. Kalo kotor dimaki-makiinnya kamu nanti, di depan tamu", kata Robi. Itu aje yang dia ulang-ulang sepanjang malam sambil mengajar aku tuh. Rasa macam tak percaya aje tapi itulah hakikatnya, Maknenek tuh memang cerewet. Mintak-mintak janganlah aku dimakin hamun depan-depan orang nanti. 

Memang betul pun apa yang perempuan minah salleh yang aku sembang kat tempat internet tu cakap, setiap inci lantai dan dinding tuh kena digosok, disental. Kalau membesihkan bilik air memakan masa sejam, apatah lagi nak membersihkan lantai restoran. Disapu, dimop, diberus,dikeringkan guna mop. 3 kali pulak tuh. Kena banyak sabun. Dan nak guna mop tuh, kena buat figure 8. Ya ampuuunnn, kata aku dalam hati. 

"Sebelum aku masuk, siapa yang kerja bersihin gini?", aku nak tahu sangat siapa yang buat kerja membersihkan restoran sebelum aku masuk kerja di situ.   

"Oh, ada anak Turki, student. Dia udah habis kontrak", jawab Robi. "Sebelum-sebelumnya?', aku tanya dia lagi. "Aku kurang pasti kerna sering gantian sih, nggak ada yang kerja lama", kata Robi. "Orang dapur aja yang bisa kerja lama kerna Maknenek nggak sering ke dapur sih, jadi anak dapur nggak sering diomelin", kata Robi. Betul jugak tuh, kalau aku disuruh kerja di dapur, kan aman? Tak selalu terserempak dengan nenek tua tuh, tak selalu disuruh itu ini. "Kamu cuekkin aja, jangan ambil hati, memang orangnya begitu", kata Robi. Aku dah rasa macam tak sedap hati aje mengenangkan diri aku yang surenya tak dapat elak dari that bitch from hell tuh. It took us 4 hours untuk menyiapkan semua kerja, mamposlah kalau begini setap hari. 

Besoknya aku terpaksa kerjakan semuanya tuh sorang-sorang, aku dah cuba cari jalan macam mana nak buat biar kerja tuh cepat sikit selesainya sebab aku kena buat kerja-kerja lain jugak. Diaorang tak fikir yang restoran tuh ditutup pukul 11 dan aku kena selesaikan semuanya tuh sebelum restoran tutup. Kalau ada orang datang makan, aku kena tunggu dulu baru boleh sambung kerja. 

Sengal-sengal jugaklah badan aku bila balik kerja malam tuh. Walaupun kerjanya cuma 8 jam tapi the last 4 hours tuh memang berat jugak. Besoknya pagi-pagi lagi aku sama Heru keluar, kitaorang nak ke kedai donut tuh. Heru ajak aku tanya kalau-kalau tokey kedai donut tuh nak pakai orang untuk kerja part-time, bolehlah aku sama Heru buat part-time kat situ. Iyalah kan, kitaorang biasanya kerja 12 jam sehari at least, ini bila kerja 8 jam jer sehari, itu yang rasa macam tak berbaloi jer, rasa macam banyak masa lapang yang tak tahu diisi dengan apa kecuali tidur. Kalau ada internet, itu lain cerita lah kan? Tokey tuh macam keberatan jer nak ambik Heru kerja walaupun Heru ada Social Security Number (yang palsu yang dia beli kat New York). Aku, bila tokey tuh tanya pasal SSN, teruslah aku kata aku tak ada. Then terus ajelah aku berinternet sejam. 

Lepas tuh kitaorang ke Dollar Store, belilah apa-apa yang patut. Aku beli gelas, mangkuk, sudu garpu. Benda-benda gitulah. Gula, kopi, creamer, cornflakes, susu. Benda-benda gitu jugaklah. Armi tak jadi datang rupanya, semalamnya tuh bukan main lagi janji nak datang, nak bawak beras, rice cooker, mee segera. Aku dah tak ada tenaga dah rasanya pasal dah dua hari tak makan nasi. 

Petang tuh kitaorang masuk kerja pukul 4 jugak, susah jugak KFC tuh, ramai sangat Managersnya. Sorang suruh buat ini, sorang suruh buat itu. Itu yang terkejar-kejar aku nak buat itu ini. Dan bila semuanya dah selesai, aku dah tak tahu apa dah nak buat. Tambah-tambah pulak Selasa tuh tak sibuk sangat, tak ramai orang. Satu meja tuh sampai berapa kali aku lap. Sampai aku termalu sendiri aje sebab mengelap meja yang dah berkali-kali dilap. Sebab aku terpaksa kerja sorang membersihkan restoran tuh di sebelah malamnya, aku buatlah awal sikit dari semalamnya. Berpeluh-peluh aku dibuatnya. Nasib baiklah Maknenek  tak ada so aman jugaklah aku bekerja. 

Macamana pun, aku buat betul-betul, sebab kata Robi, nenek tua tuh selalu datang check. Aku genyeh, aku sental, aku tenyeh semuanya. Masa nak bersihkan toilet bowl tuh, aku basically macam menyembamkan muka aku ke dalam bowl tuh, sebab nak membersihkan yang di bahagian luar. 

"Batu belah batu bertangkup,
Telanlah aku, makanlah aku, 
Aku kempunan my slice of "American Pie" 

Memanglah semua orang tak suka kerja membersihkan tandas, kan? Kerja yang menjijikkan. Not only that, kerja tuh mengotorkan ego seseorang. Masa membersihkan toiet bowl lah (compared to masa membersihkan benda-benda lain) biasanya aku akan selalu fikir how unfair my life is. Sad but that's the reality, tempat taik yang menginsafkan aku. Tapi tak apalah, at least aku sedar. 

Tak apa lah, lain kali aku kerja membersihkan toilet bowls lagih, aku nak nyanyi ajelah, biar kasi happy sikit. Teringat lagu nih, dari filem lama (tah apa tajuk dia. Bawang Putih Bawang Merah kot?).

"Buai laju-laju, 
aku nak kawin dengan anak Raja" 

"Sental laju-laju, 
Aku nak kawin dengan mak janda". 




Bercanda Di Sisiran Pantai


Sempat 3 malam aje kerja, aku demam. Kurang tidur, itu puncanya. Taklah teruk sangat demamnya tapi aku asyik terbersin, hingus keluar berjela-jela, badan rasa panas aje. Manja jugak rupanya aku nih, sebab tak tidur malam pun badan jadi lemah gitu. 

"Kan ibu udah bilang, kamu harus makan yang banyak, tidur harus cukup kerna malamnya kita bergadang (berjaga malam)", kata mak Wati. Memang, aku seharusnya tidur aje selepas balik kerja pukul 9 pagi, tapi aku, once sampai ke rumah, terus hilang mengantuk. Aku online dulu barang sesejam dua. Lepas tu baru lah tidur, bangun untuk Zohor, then online lagi sekejap. Tidur semula dan bangun untuk Asar. Lepas tuh tak tidur dah sampailah besoknya.

Itu yang aku buat keputusan untuk berehat aje, aku dah tak kerja dah akhirnya. Gaji yang aku kerja tuh dapatlah bayar duit sewa selama tinggal di rumah Wati. Jugak untuk aku buat belanja selama aku di situ. Hari Jumaat tuh, aku gagahkan jugak diri aku walaupun rasa sengal-sengal badan, biasalahkan lepas demam badan rasa sengal-sengal gituh. 

Aku ke library sementara tunggu untuk ke masjid. Then aku ke 40th Street, kat University City. Kat situ dengarnya ada masjid besar, sebab di situ banyak universiti. Aku terfikir jugak, sure akan terjumpa students dari Malaysia. kalau pun ada. Selama ini aku tak pernah pun terfikir untuk ke masjid itu, sebab aku tak nak terserempak dengan Melayu. Tapi tak tahu lah, mungkin berkat Ramadhan nih kot, aku macam dah berubah fikiran, kalau boleh aku nak jumpa Melayu lah pulak. 

Besar masjid tuh, tapi macam masjid Tabligh jer gayanya, bangunan tua yang aku tengok robek sana sini. Bergandalah besarnya dari Masjid Taha tuh. Masa aku sampai tuh khutbah (in Arabic) dah mula so tak dapatlah aku nak melepak dulu. Masa nak cari tempat kosong, ada aku terperasan satu mamat nih yang aku rasa macam Melayu aje so aku cadang nak sembahyang dekat-dekat dengan dia sebab senang nanti dah selesai sembahyang boleh aku tanya dia kalau betul-betul dia Melayu. Tapi, belum sempat aku sembahyang sunat, aku ternampak satu lagi mamat nih yang gayanya more Melayu than mamat tadi tuh. So aku pindah tempat, aku kat saf belakang mamat kedua tuh. Budak buat PhD gayanya mamat tuh, dah berumur sikit dah kot, dahi dia luas, seluas dahi aku.

Lepas sembahyang, dia sembahyang sunat. Aku pun sembahyang sunat jugak. Dia bangun. Aku pun bangun. Tapi sebab ramai orang yang nak keluar, mamat tuh hilang dari pandangan aku. Puas aku cari tapi tak nampak pun dah kelibat dia. Terus aku cepat-cepat pergi ambil kasut, aku nak tunggu dia di luar masjid. Rupanya mamat tuh keluar dari pintu yang lagi satu, aku nampak dia beratur nak keluar. Aku pandang-pandang dia tapi dia, walaupun pandang aku, dia buat tak tahu ajelah. Itulah, muka aku nih ada unsur-unsur kebanglaannya, itu yang dia buat macam tak tahu aje tuh. Kalaulah aku nih hidungnya penyek, ada misai, sure akan lebih nampak macam muka Melayu. 

Kat luar, aku cari-carilah jugak mamat tuh, entah ke mana dah lesapnya. So aku pun cadangnya nak blah ajelah, aku tengok sekeliling pun tak ada muka-muka Melayu. Ker tak ada students Malaysia kat universiti di Philadelphia nih? Dah jauh aku jalan, bila aku toleh balik ke belakang, aku nampak mamat tuh tengah berdiri di bawah pokok, so aku patah balik ke arah dia. Bila aku melintas jalan, aku nampak pulak ada dua orang kawan dia agaknya, bersembang dengan dia. Mamat Pakistan gayanya sorang tuh, yang sorang lagi gaya macam orang Arab. Kacau betullah. Rasa nak tegur aje dia tapi aku rasa tak sure pulak, so aku berdiri ajelah di sebelah diaorang yang tengah bersembang tuh. Aku nak cuba dengar accent dia, boleh agak kalau accent orang Melayu yang cakap Inggeris. 

Tapi aku tak dengar pun suara mamat tuh, iyalah, aku pun taklah berdiri dekat sangat dengan diaorang. Tak sempat lama, terus diaorang menyeberang jalan, terus diaorang naik bas. Dan aku pun terus ajelah jalan kaki ke subway. Terkilan jugak aku sebenarnya. 

Aku singgah sekejap kat restoran Thai sebab nak beli tomyam. Aku, kalau takat kat restoran Thai, aku berani makan, tapi kalau kat Cambodian atau Vietnamese restaurants, aku tak berani nak order makanan. Aku geli nak makan kat restoran diaorang pasal diaorang tuh segala jenis binatang, segala jenis serangga diaorang makan. Aku lebih selesa order tomyam udang, aku kalau demam, suka makan tomyam pedas, biar berasap kepala. Panas dan pedas. So aku tapau tomyam udang untuk berbuka puasa. 

Malam tuh aku tidur awal sebab aku tak nak lah bangun paginya nanti aku masih demam. Aku kan ker nak start kerja Sunday tuh? Macamana pun, sebelum tidur aku telan 4 bijik ubat pening kepala/demam, dua jenis ubat sebenarnya. Kalau satu jenis ubat tak memujarabkan, mungkin jenis yang lagi satu tuh mujarab, kan? Itulah, kalau masa sakit tuh, bermacam ragamlah nak kasi baik cecepat. 

Hampir terberbuka puasa aku besoknya sebab kepala aku pening sangat masa bertolak ke Atlantic City. Martin sama Armi asyik tanya aku, kesian pulak aku kat diaorang sebab aku sama Heru nih kira pioneer lah sebagai pekerja yang di bawah jagaan diaorang. Selebihnya orang Indo yang dah lama di sana tuh, diaorang dari agensi lain. Itu yang Armi selalu sangat mintak kitaorang "betah-betahin, kalian bantuin saya supaya saya bisa bawak banyak lagi orang Indo, supaya bisnes saya bisa maju. Gaji kalian bisa dinaikkin".

Janji orang Indo memang tak boleh dipakai. Aku tak tahu apa tapi diaorang kata dah janji nak jumpa owner tuh pukul 5 petang tapi pukul 6 kitaorang masih belum pun sampai. So tak heranlah bila kitaorang sampai, owner tuh dah tak ada dan kitaorang disuruh datang besoknya. Mula cadangnya nak tidur di motel aje tapi sebab Martin kena balik jugak, kitaorang pun ikut sama balik ke Philadephia. 

Besoknya pagi-pagi lagi kitaorang dah berangkat semula ke Atlantic City. Hujan turun sepanjang hari so jalan jammed habis, tambah-tambah weekend, ramai orang yang nak ke pantai. Hujan-hujan pun nak ke pantai?

Sabar jer Sampai kat KFC tuh, terpaksa tunggu pulak pasal Manager nya sibuk (European, gaya accentnya), then Armi tak cukup duit pulak nak bayar sewa rumah. Ya, nampak sangat bangangnya, kan ker minggu lepasnya dah diberitahu yang sewa sebanyak $225/month tuh kena bayar at the beginning of the month? Dia ingatkan sewa tuh boleh dipotong dari duit gaji aje. Hello, ini bukan Indo lah. Tapi aku terfikir jugak, dalam bodoh-bodoh gitu pun dia boleh jadi ajen kerja? Patutnya masalah kecik-kecik gitu tak timbul. 

Dia tak ada duit, nasib baik kitaorang ada duit, itupun takat ngam-ngam aje, $450 untuk dua orang. So kitaorang pinjamkan dulu duit. Sewa rumah dia yang bayar kan, memang itu mengikut perjanjiannya. Apa pun, sewa tuh dipotong dari duit gaji yang seharusnya kitaorang dapat. 

Then Manager tuh bawak kitaorang ke rumah tempat kitaorang akan duduk tuh. Within walking distance, aku ingat owner tuh cakap gitu last week. Jauh! Dalam 30 minit jalan baru sampai kot, sabar jer lah nak jalan sejauh itu, bukannya ada tempat pejalan kaki sangat pun. Kena jalan tepi lebuh! Hampeh! Macamana kalau hujan? Kena beli payunglah nampak gayanya. Sesak nafas nak bayangkan yang aku terpaksa berjalan sejauh 30 minit sambil berpayung-payungan. 

Kat garaj di rumah tuh aku tengok ada tiga bijik basikal, sah lah diaorang pergi kerja naik basikal. Aku tak boleh imagine yang aku pergi kerja naik basikal. Tapi aku boleh imagine yang aku pergi kerja jalan kaki. So aku akan jalan kaki aje lah.Manager yang kat situ pergi kerja pun naik basikal rupanya. basikal kecik tuh. So lah lawaknya. 

Rupanya ada dua orang yang berhenti kerja di situ, dua-duanya students, satu Monggolian (yang mulanya diaorang kata Malaysian) dan satu lagi European. Diaorang dah habis kontrak selama 3 bulan kerja di situ, dan diaorang nak balik semula ke kolej. Restoran tuh selalu ambil foreign students untuk kerja di situ, December nanti akan ada ramai European students yang datang kerja. Yang pekerja tetap di situ semuanya orang Indo, ada yang dah 6 tahun kerja. Dengar ceritanya (dari Shift Manager, orang Indo, Manu namanya) diaorang kerja setiap hari, 9 jam sehari. Kalau ada hal aje diaorang mintak cuti. Memang rajin cari duit orang Indo nih, itu yang aku salute sangat tuh. 

Biasalah kan, bila sampai di tempat baru, apa yang aku check dulu? Betulllllll.....aku check kalau-kalau ada wireless signal untuk internet. Tak pun kalau-kalau ada yang pakai cable modem. Ada. Tapi semuanya secured connection. Encrypted, yang nak kan password. Puas aku godek-godek sana sini tapi tak ada yang tembus.

"Kalau kamu pakei laptop Centrino pasti bisa nyambung", kata martin. Malaslah aku cakap banyak, malaslah aku terangkan yang kalau guna laptop secanggih mana pun, kalau tak ada password tuh memang tak dapat nak curi singal orang. So otak aku dah berputar memikirkan macamana caranya aku nak dapat online. Di mana library? Kat tengah-tengah bandar di Atlantic City ada ker free wi-fi? Tapi aku kena naik bas kalau nak ke sana. Bas kampung, tahu ajelah, bas yang berhenti-henti, yang kalau destinasinya sekangkang kera pun, ambik masa lama baru sampai. Sebab bas tuh masuk sana sini mencari kera-kera yang lain. Tapi, rumah tuh lebihkurang 1 km aje dari pantai, sure kat pantai tuh ada mana-mana cafe yang ada internet facility kot? Tapi, Manu kata kat pantai tuh tak ada kedai atau cafe, just pantai. Di bahagian lain aje yang ada cafes dan restaurants tapi I doubt it cafes atau restaurants di situ ada internet. 

Cuma satu aje option yang ada. Aku terpaksa balik ke Philadelphia on my day off. Ke Atlantic City dulu then ambil bas dari sana. Macam tak masuk akal aje kan yang aku terpaksa ke Philadelphia semata-mata untuk berinternet. Tapi itulah hakikatnya. Dan aku sebagai Bangla yang tak lari dari memegang hakikat, akan akur dengan hakikat yang aku terpaksa buat benda-benda yang macam tak masuk akal gitu tuh. Tak masuk akal orang tak apalah asalkan masuk akal aku. 

"Kamu jangan nangis dong", Martin bergurau dengan aku sebelum diaorang balik. Entah, Martin sama Armi tuh macam menghantar anak masuk asrama aje, semuanya di check sana sini. Nak belikan kitaorang cadarlah, sarung bantal lah. Diperiksanya seluruh rumah, dicubanya dapur, dishwasher, washing machine, dryer, semuanyalah. Suruh aku selalu talipun dia, suruh aku selalu contact dia. Rimas aku dibuatnya. 

Sabar jer lah, dah lah tak ada internet cnnection, signal handphone aku pun weak sangat, ada satu bar aje. Nak menalipun terpaksa keluar rumah, itu pun putus-putus. Akan terputus hubunganlah aku dengan dunia luar nampak gayanya nih, kata aku dalam hati. Boleh ker aku hidup begitu? Boleh dan tidak. Tidak boleh. Boleh sekejap tapi tak boleh nya lama. Yang bererti, tak boleh. 

Sebelum diaorang blah, Armi cakap dengan kitaorang supaya bertahan kerja di situ, supaya kitaorang buat yang terbaik, sebab nanti dia akan bawak orang lain lagi, even dia nak bawak bini dia (dia ada bini di Indo dan di sini di Amerika nih) untuk kerja di sini dan kalau dah ramai nanti, dia nak sewa rumah yang lain. Lebih murah, daripada sekarang kitaorang terpaksa bayar USD 225 per-kepala/bulan. Aku suka idea tuh sebab bolehlah nanti suruh dia subscribe to Comcast atau Verizon, sebab dia ada Green Card. 

Heru ada laptop jugak rupanya tapi dia tak suka suka sangat internet, dia dengar lagu sama tengok dvd aje. Dia langsung tak kisah pasal tak ada internet connection sedangkan dia ada iPod lagih. Tercengang jer aku bila tengok dia copy limewire aku ke laptop dia. 

"Koq kamu dengar lagu Kate Bush? Itu lagu lama, lagu tahon 80an", kata dia.

Respect jugak aku kat dia pasal dia tahu sapa kate Bush tuh. Aku ingat orang kelas-kelas macam aku aje yang tahu lagu Wuthering Heights tuh, yang kenal sapa kate Bush tuh. 

"Kamu dengar radio stesyen apa sih?", aku tanya dia bila tengok dia ke sana ke mari pakai headphone besar macam air-traffic controller tuh. 

"Ini bukan radio, ini lagu dari laptop", kata dia. Ish, termalu aku sekejap, nampak sangat aku nih kampung.

"Aku kira radio. Berapa jauh bisa nyambung?", aku tanya dia untuk menutup kemaluan aku. 

"Kurang lebih 50 meter", kata dia. Ish, canggih bebudak sekarang nih. Heru dulu nya kerja kapal cruise, dia "terjun" kapal semasa di perairan Florida. Dah 5 tahun di Amerika nih.

Puas aku mengajak Heru keluar jalan-jalan untuk tengok keadaan sekeliling tapi dia tak nak. Punyalah bosan aku, dua-dua mengadap laptop memasing, dalam gelap. Dia tengok movie dan aku asyiklah dengar lagu-lagu yang ada dalam 10 bijik yang aku sempat download ituhari sambil tulis entry ini. Setiap dua tiga minit aku cuba cari jugak kalau-kalau ada signal. Manalah tahu kan? Itu yang aku terus mencuba tuh. 

Pukul 6 barulah Heru nak keluar jalan-jalan, nak cari makanan pun jugak. Mulanya kitaorang ke arah pantai, sunyi sepi aje sepanjang jalan walaupun banyak rumah-rumah yang lawa-lawa dan besar-besar di situ. Kitaorang lepaklah sekejap sambil menengok orang memancing, sambil menengok kapal cruise yang ada dua tiga bijik. Kalau ada basikal sure seronok, boleh ronda-ronda di sepanjang pantai. Apa pasal masa aku student dulu, aku sanggup mengayuh berbatu-batu di sekitar pantai di UK, dan sekarang nih aku (walaupun aku tahu aku akan rasa seronok) tak ada semangat pun nak buat benda-benda gitu? Sebab aku dah tua kot, hormon pasal benda-benda gituh dah kering agaknya. 

Then masa kitaorang balik semula ke arah rumah sebab nak ke jalan besar, ke tempat ada food store, WaWa, kat depan rumah kitaorang tengok ada BMW Sport sama kereta Manager tadi. Rupanya Maknenek owner restoran tuh ada datang. Nak menyambut kedatangan kitaorang kot sebab siangnya tadi masa kitaorang sampai, dia tak ada kat restoran. Dia tegur Heru yang pakai sandal aje pergi jalan-jalan. 

Diaorang ajak masuk ke rumah, aku ingatkan nak bincang apalah, rupanya dia nak tunjukkan macamana cara nak bersihkan dapur, cara nak wipe cooker tuh. Dah kotor sebelah, balikkan towel tuh, wipe lagi sampai kotorannya hilang. Sabar aje lah. Kat mana nak taruk air panas, celah-celah microwave oven kena dibersihkan jugak, jangan gunakan tissue paper untuk lap, instead gunakan towel yang bila dah kotor, beritahu Manager supaya dikasi towel baru. Itu baru di rumah, belum lagi di restoran. Parah nampak gayanya. Tapi aku ingat yang Manu ada kata yang Maknenek tuh cerewet, so dia suruh kitaorang jangan ambil hati sangat.

Bila aku tanya pukul berapa aku mula kerja besok, Manager tu kata yang Heru akan disuruh kerja di bahagian dapur, dan dia masuk kerja pukul 3 petang. Aku pulak di suruh kerja di bahagian lobby, dan disuruh masuk pukul 4 petang. Bahagian lobby? Bahagian depan ker, kerja-kerja mengelap meja, membersihkan tray, menyapu lantai ker? Pasal dia suruh aku kerja di bahagian depan?  

Sabar jer lah. Macmana aku nak merangkak naik jadi Manager kalau macam ini nih? 

Sebelum Maknenek blah, dia ada tanya kitaorang apa cerita pasal immigration yang dia dengar desas-desus dari someone. Aku kata aku tak tahu menahu sebab aku dari Pittsburgh, bukan dari Phila. Dalam hati aku tertanya-tanya jugak kat mana dia dapat berita tuh. Manu ada beritahu aku yang Maknenek tu lindungi pekerja dia, even polis pun tahu kat mana rumah-rumah pekerja KFC tuh (ada 3 semuanya). Kat KFC tuh polis makan free aje, so Manu kata jangan takut kalau balik kerja malam-malam. Polis tak kacau. Lega jugak hati aku mendengarnya. Iyalah kan, balik kerja jalan kaki sorang-sorang awal pagi, sure akan terserempak dengan polis yang buat rondaan. 

Terkejut aku bila tengok Maknenek tuh drive kereta, punyalah lajunya, walaupun dah gelap tapi pakai sunglasses jugak tuh. Mungkin sebab dia tua, dia tak dengar pun bunyi tayar kereta dia yang bercerek tuh, mungkin dia tak perasan pun yang dia tekan minyak tuh kuat sangat. Aku, sama a few neighbours dan orang yang ada kat jalan tuh geleng-gelebg kepala sambil gelak-gelak aje. 

Terasa jauhnya nak ke jalan besar, itu belum lagi nak ke restoran. Nasib baiklah ada tempat pejalan kaki so kitaorang menyusur ajelah ke arah restoran, saja nak tahu selama mana berjalan baru boleh sampai. Adalah dalam setengah jam, tapi kitaorang jalan perlahan-lahan. Kalau jalan laju, dalam 20 minit mungkin boleh sampai. Sambil-sambil jalan tuh aku tengok jugaklah kiri kanan kalau-kalau, nak tahu kat mana kedai gunting, pejabat pos etc. Sebaik saja aku nak melintas jalan untuk ke restoran Itali untuk beli makanan buat sahur, aku terpandang satu papantanda yang bertulis "internet hotspot". Kedai donut. Ada hotspot. 

Dan hati aku pun tersenyum gembira. 

Bangla Yang Gigih Mencari Rezeki


"Jadi kamu gimana? Mahu ke mana?", Martin tanya aku. 

"Aku pulang rumah Yanti ajalah, nanti tanggal 30 kamu telpon aku", aku jawab gitu. 

"Udah, tidur rumah aku aja. Jangan ke sono lagi", kata Martin.

"Gakpapa lah martin, aku masih bayar sewa di sono, sampe bulan depan", aku jawab.

"Udah, ke rumah aku aja. Ayuh!"

Aku ikut ajelah Martin. So aku pun bersetuju untuk tinggal di rumah dia, yang dulunya rumah Yanti kongsi sewa sama keluarga Martin tuh. Aku rasa janggal jugak sebenarnya nak tinggal di situ sebab emak wati ada, adik Martin pun ada tinggal di situ. Kemudian ada 3 orang penyewa, orang Columbia pun ada. Dan sebab tak ada bilik lain, aku katalah yang aku tidur di sofa aje. Dan sebelum apa-apa, aku beritahu Martin yang aku akan bayar dia seratus dollars untuk selama aku tidur di rumah dia tuh, sehingga 30 hb nanti. Kira mahal jugak tuh sebab di Phila, rata-rata sewa sekepala dalam linkungan 150 ke 200 jer sebulan. Tapi tak apalah.

Aku boleh sebenarnya tinggal di rumah Yanti, barang aku pun masih ada di sana. Tapi bila dengar cerita Martin, cerita wati, aku jadi tawar hati dah nak berhubung dengan Yanti. Aku rasa macam aku tertipu aje selama ini dengan kemanisan mulut Yanti tuh. Dan, semalamnya pun aku dah dapat rasa yang Yanti macam tak suka dah aku duduk di situ kot. Masa aku nak keluar Sembahyang Jumaat semalamnya, aku ada terserempak dengan Yanti kat depan rumah dia. Tapi dia tak cakap apa-apa pun, takat tanya ke mana aku nak pergi. 

Then tak lama tuh dia talipun aku, tak dapat, sebab I was on the train ke masjid. So dia tinggalkan mesej, biasanya kalau ada benda yang penting sangat baru dia talipun atau tinggalkan mesej. "Aku mahu bicara sama kamu", bunyi mesej dia. Panik aku mendengarnya, apa hal pulak nih, kata aku dalam hati. Bila aku talipun, dia tanya aku yang sampai bila aku nak duduk di rumah dia. Yang kalau aku live-in di tempat lain, bilik aku tuh akan disewakan kat awek Pak Yus. Dan kalau aku nak balik ke rumah dia masa day off aku for example, aku boleh tidur di basement. Dan aku boleh tumpang barang aku tuh di rumah dia. So aku katalah yang kalau dia nak sewakan bilik tuh, by all means. Aku boleh cari bilik sewa lain nanti. Tak pun aku menyewa di rumah Nani.

Kat rumah Martin, aku sembang-sembang ajelah dengan diaorang.Baik, ramah sangat emaknya Wati, bermacam-macam aku ditanya nya. Dia ajak aku kerja, sementara menunggu kerja di Atlantic City tuh. "Gakpapalah Bu, saya lagi mahu istirehat aja, Puasa pun udah mulei besok. Pengen Tarawikh segala", aku kata begitu. So malam tuh lepas Tarawikh aku online ajelah kerjanya, sebab kat rumah diaorang tuh ada cable modem. 

"Oh my God, you are still online?", tanya Karina, awek Columbia tuh, bila dia tengok aku asyik mengadap laptop aje. Sebelum dia masuk tidur, I was still online, bila dia bangun tidur, aku masih di depan laptop. Dia tak tahu pun yang aku dah tidur lepas Sahur. 

Lawa orangnya Karina nih, tinggi, rambut panjang. Memang orang Amerika Selatan lawa-lawa. Karina nih selamba aje, dia baru mandi, so pakai robe aje. Dia pelawa ajak aku makan, infact dia sediakan makanan, minuman, sambil hulur kat aku. Aku katalah yang aku puasa, then puas jugaklah nak explain kat dia pasal puasa. Nasib baik English dia ok, senanglah dia nak faham. Yang tak tahannya Karina nih, dia selamba aje duduk sebelah aku, sambil melunjurkan kaki dia. Pakai bathrobe lagih yang tak berbutang tuh kan? Yang singkat tuh. Sabar aje lah, aku puasa!

Dia selamba aje sembang tapi aku, sebagai lelaki normal dan walaupun aku berpuasa, di hari pertama puasa pulak tuh, aku tetap tak dapat untuk tidak melirikkan mata ke peha Karina. Ke betis dia yang bagaikan padi bunting itu. Bila aku ingat yang aku Puasa barulah aku pandang ke arah lain. Tapi tak lama. Lepas tuh terpandang lagi. Sambil aku fikir, jauh bezanya cara hidup aku sama cara hidup diaorang. 

Tengah aku seronok-seronok online, Karina ajak aku tolong kemaskan barang-barang dia. Selamba aje dia ajak aku. Sampaikan Martin sama one of the penyewas yang kebetulan baru balik, pandang semacam jer kat aku. Like, "aik dua orang nih, tiba-tiba ngam aje". I'm so sure diaorang pandang aku lain aje. Entahlah, mungkin aku terlebih perasan.

"I want to go fix my shoes, you want to go with me?", Karina tanya aku. Aku anggukkan ajelah sebab aku pun tak ada plan lain. Lagipun aku rasa, bila lagi aku nak ada peluang gitu kan? Entah-entah Karina tuh nanti jadi Ratu Columbia, atau Miss Universe, suatu masa nanti kan? Terus aku terlupa yang aku berpuasa, yang aku pada hari Jumaat lepas masa khutbah, aku dah janji yang aku tak nak keluar ke mana-mana di minggu pertama Puasa (since aku tak kerja). Tapi itulah aku, insafnya sekejap aje. Aku cepat lupa. 

Dah lah lawa, pakaiannya ya ampun, pakai singlet sama seluar ketat yang nipis. Pakaian yang menggegarkan. Bukan aje nampak panty-line, nampak panty-panty nya sekali. Walaupun mulanya aku rasa macam tak syok aje sebab dah lah Karina tinggi dari aku, dia pulak pakai kasut yang aku tengok, adalah dalam 4 inci tumitnya. Tapi semuanya tak jadi hal sebab the moment kitaorang keluar rumah, terus aku terasa macam bangga. Bangga sebab dapat jalan sama awek yang cun. Aku tak tahu apa yang orang lain fikir tapi sepanjang jalan tuh aku asyik dok jeling-jeling kat orang di sekeliling. Semua mata tertumpu kat Karina. "Dang!!!", itu ajelah gagak-gagak kata bila kitaorang melintas depan diaorang. Mamat-mamat Spanish jeling aje. 

Aku rasa ada 3 kemungkinan, apa yang diaorang semua tuh fikir. 

1. Lawa budaknya Karina tuh.
2. Buruknya balak dia.
3. Kesian balak dia, mentang-mentang dia lawa, dia suruh balak dia yang bawak barang. 

Memang, aku yang sebagai seorang yang gentleman, aku yang bawakkan beg plastik yang di dalamnya ada 10 pasang kasut untuk direpair. Tapi aku tak kisah semuanya tuh, diaorang tuh jeles kot. Dan aku pun lupa yang aku berpuasa. 

Tengahari tuh aku cadang nak ke library aje sebab lama sangat rasanya nak tunggu berbuka. Rupanya ada Puerto Rican Day Parade pulak kat Benjamin Franklin Parkway, betul-betul depan library. Ramainya orang, ramainya J Los, terralit aku sekejap. Rupanya library tak buka Sunday, bulan depan baru dibuka every Sunday. So aku blah ajelah, aku ke masjid yang letaknya tak berapa jauh dari kawasan yang ramai orang Indo. Aku jalan kaki aje pasal banyak masa. Aku lepak ajelah sampai Asar, then ke kedai orang Indo untuk beli nasik untuk berbuka. Lepas Maghrib baru aku pergi semula ke masjid. Tarawikh di sini dibuat 8 rakaat aje tapi lamanya bukan main lah. Sebab setiap dua rakaat, ada macam ceramah, macam khutbah gitu. Pukul 10 baru selesai, itupun aku buat witir sendiri aje. Takut jugak aku nak jalan balik ke rumah Martin malam-malam gitu sebab nak ke situ tuh kena melalui kawasan orang hitam. Itu yang aku terpaksa ikut jalan jauh sikit tuh. 

"Ayuh kerja sama Ibu dong, temanin ibu", kata emak Wati sebaik saja aku sampai ke rumah. Aku memanglah malas nak kerja. Bukan apa, aku dah lama tak kerja kilang/warehouse so aku dah rasa macam tak sesuai jer aku kerja. Lagipun aku tak ada kawan, nak kerja kilang, kena ada kawan. Kalau tak tuh memang susah, kena buli dek orang lama aje biasanya. So aku setujulah untuk ikut sama kerja malam tuh. Dah kemas-kemas barang makanan untuk dibawak bekal, ada pulak panggilan talipun kata kerja tuh dikansel. Malam besoknya baru mula. 

So aku lepak ajelah sambil sembang-sembang dengan mak Wati yang punyalah baik sampai melemaskan aku. Bosan aku kalau orang baik sangat dengan aku. wati gelak aje bila aku kata, kalau gitu lah emak dia, harus aku pindah balik ke rumah Yanti nanti, pasal bosan dia asyik dok nak melayan aku. 

"Kamu jadi menantu ibu ajalah. Mau nggak?", dia tanya aku sambil gelak-gelak. "Tapi anak angkat ibu tu orangnya agak gemuk', kata dia lagi. 

Monday morning tuh aku spent masa kat library aje lah. Sekarang aku dah tak payah berebut nak guna desktop dah pasal diaorang dah sediakan wi-fi access, punyalah cool nya. Kadang rasa nak offer orang guna laptop aku aje, iyalah kesian jugak diaorang tuh cuma dapat online sejam aje. Terpaksa tunggu giliran pulak tuh. 

Aku buat tarawikh di rumah aje pasal jemputan untuk kerja tuh datangnya pukul 10-30 malam. Taklah jauh tempatnya, dalam setengah jam perjalanan. Mak Wati tuh ramah sangat orangnya, habis diceritakan kat orang dalam van tuh pasal aku. Berbakullah dia puji aku, aku takat sengeh ajelah. 

"Koq Rumah Sakit Korban lelaki itu apa sih?", tanya one of the guys. 

I knew that was coming.

Kebanyakan orang Indo, kalau tahu aku orang Malaysia, sure diaorang akan tanya aku apa maksudnya Rumah Sakit Korban Lelaki. I have no idea kat mana diaorang dapat term tuh tapi everytime aku cuba explain, diaorang tak percaya. Diaorang kata aku tipu. Menteri Belukar. Itu satu lagi term yang diaorang selalu tanya aku, kononnya Menteri Perhutanan. 

Aku ingatkan mak wati betul-betullah nak aku kerja di sebelah dia tapi the moment dia masuk ke kilang tuh, terus dia ke satu machine yang dia biasa handle. Aku disuruh buat kerja lain, ikut yang lain-lainnya. Ada 8 orang Indo semuanya, sorang aje lelaki yang kiranya macam leader kumpulan kitaorang lah. Leader apanya, English pun tak reti, takat guna bahasa isyarat bila Supervisor tanya itu ini. Aku disuruh kerja dengan the rest of the ladies, yang aku tengok, semuanya ada unsur-unsur kelampiran memasing. Sabar ajelah, itu yang aku tak sukanya, di mana-mana sure ada Mak Lampir. Nasib baiklah aku nih pandai bermuka-muka, aku buat baik-baik aje dengan diaorang, apa yang diaorang suruh, aku buat aje. Diaorang semuanya kerja sambil duduk, buat kerja yang senang-senang, aku lah yang disuruh angkat itu ini. Penuhkan pallet, usung kotak yang besar-besar tuh. Tapi aku suka jugak sebenarnya kerja-kerja berat gitu sebab bolehlah keluar peluh. Kalau kerja yang sambil duduk tuh, tak tahan aku, mudah mengantuk dibuatnya. Lagipun, kerja yang berdiri selama 8 jam tak ada apa sangatlah bagi aku. Aku dah biasa kerja berdiri selama 12 jam. 

Senang aje kerjanya di gudang tempat menyimpan frame gambar yang dibuat dari plastik tuh. Diaorang kerjanya membersihkan frame-frame itulah, lap kan guna tuala. Dah tuh dimasukkan semula ke dalam kotak. Aku akan punggah kotak-kotak yang dah penuh tuh, susun atas pallet, lepas tuh wrap, then ambil hand-jack untuk pindahkan pallet tuh ke dalam lori kontena. Dah lama tak kerja malam, aku rasa mengantuk sangat. Tapi aku pelik jugak, kalau aku online tuh, kalau aku berinternet, tak terasa mengantuk pun kalau online sampai pagi. Tapi bila kerja tuh, rasanya jam tuh macam tak bergerak. Dari pukul 12 ke pukul 3 tu lah yang paling lama rasanya. 

Break pukul 3, aku terus sahur ajelah. Emak wati, sebab dia tak bawak nasi, aku kasi dialah makanan aku, nasi sama sambal petai udang dengan sayur daun singkong. Aku, sebab tak ada selera, makan kuih ajelah sekeping. Berat betul mata aku rasanya nak menghabiskan kerja. Orang lain pun gitu jugak aku tengok, tersengguk-sengguk. Break kedua pukul 6, sebab Subuh pun dah masuk, aku terus sembahyang ajelah. Aku sembahyang bawah pokok. Rasa bersemangat sikit aku Puasa kali ini nih. Mudah-mudahan aku akan terus kuatlah, especially masa kerja kat KFC nanti. 

Habis kerja pukul 7-30 pagi, jalan jam pulak tuh masa nak balik so sampai rumah pun dah 9 pagi. Hilang terus ngamtuk aku bila sampai rumah, terus ajelah aku online. Pukul 11 baru aku tidur, terjaga semula pukul 2 lebih. lepas Zohor aku bantai tidur lagi sampai 5 lebih. Lepas Asar baru aku keluar untuk beli makanan berbuka/sahur. Mak Wati pesan suruh aku makan masakan dia aje tapi tak nak lah aku macam mengambil kesempatan gitu, itu yang aku beli makanan tuh.

Malam kedua aku kerja, aku dah rasa macam tak sedap badan aje. Asyik terbersin aje sepanjang malam. Nasib baiklah kerja tak ada sangat malam tuh sampai diaorang suruh aku sama this one guy, suruh bersih-bersihkan kawasan gudang tuh. Sapulah mana-mana yang patut. Aku terus ajelah ambil penyapu dan aku mulalah menyapu. Kat gudang, tahu ajelah kan. Bukan main banyak sampahnya. Walaupun kat situ ada satu orang tukang sapu tapi Mat Salleh, jenis yang sweep under the machines. So tak heranlah kalau aku berjaya melongokkan sampah dengan sekelip mata aje. Aku tengok tukang sapu tuh jeling aje kat aku. Sure dia bengang kat aku sebab nampak sangat yang dia tak menyapu sampah betul-betul. 

"Tenang aja, kerjanya jangan buru-buru", kata mamat Indo tuh. Manalah aku sanggup nak pura-pura pegang penyapu selama 8 jam kan? Dah selesai menyapu, dah tak ada kerja lain, aku pergi kat mesin tempat mak Wati kerja. Aku tolong-tolonglah dia mana-mana yang patut. Tersengguk-sengguk aku kerja sebab kerjanya sambil duduk. Tapi tak apalah, bukannya lama. Dua hari kerja, dapatlah bayar duit sewa selama aku tinggal di rumah keluarga W.