Sunday, October 7, 2012

Killing Two Birds With One Stone


Bangun pagi hari Rabu tuh aku rasa macam bersemangatlah sikit. Bersemangat nak cari kerja kononnya. Ada lah dua kerja nih kat Phila yang aku rasa kalau aku cuba, mungkin ok jugak. So aku naik subway pergi ke South Street. Tapi awal sangat kot, both kedais tuh belum bukak. 

Sementara tuh aku pergi breakfast kat satu cafe nih yang aku tengok kat dalamnya, ramai orang tua-tua yang semuanya macam tulis notes aje masing-masing tuh. Ooooo, tempat penulis melepak rupanya. Aku tak adalah menulis, instead aku bukak laptop, aku online sesambil makan omelett, roti, dan minum kopi. 

Pukul 11, kedai-kedai tuh belum jugak bukak, so terus ajelah aku menapak ke tempat bas Cina tuh. Aku jadi macam berdebar-debar aje bila aku fikir, macamana kalau tak ada kerja untuk aku nanti? Kalau aku duduk di New York tuh lain cerita, banyak pilihan kerja. 

Terus terlintas kat kepala aku, apa kata kalau aku duduk New York aje? Cari bilik sewa kat New York. Memang itu yang aku idam-idamkan selama ini kan? Masalahnya, berani ker aku mencuba nasib hidup di New York? Duit yang aku ada pun hanya tinggal segumpal. Boleh cukup ker? Ah, gamble aje lah, kata aku dalam hati. Alang-alang membawak diri, baik aku betul-betul membawak diri, kan? Baik aku sibukkan diri aku dengan fikir benda-benda lain. Memang sedari dulu aku punya ultimate plan nak duduk di New York, tak tahu pulak tercepat jadinya plan aku. Selama ini aku macam takut, macam tak bersedia. Kali ini aku pun masih belum bersedia, tapi keadaan yang membuatkan aku terpaksa berani. 

So dalam bas tu lah aku ambil keputusan untuk cari kerja dan cari bilik sewa kat New York. Aku nak cuba, kalau tak boleh jugak nanti, aku akan balik ke Phila semula lah. Tak apalah aku akan kerja kilang dengan orang tua-tua Indo yang semuanya bagai Mak Lampir tuh. Tak apa. At least aku dah try, kan?

Bersemangat, terus aku on kan laptop, cari iklan kat craigslists.com. Iklan bilik sewa dengan iklan kerja. Aku tahu, sebab aku tak ada legal papers memanglah tak ada kerja yang boleh aku apply. Even nak cari bilik pun kena ada IDs semuanya. Tapi sekurang-kurangnya aku tahu berapa sewa bilik, berapa gaji yang aku boleh expect kalau aku kerja di New York nanti. 

Sampai aje di Chinatown, terus aku pergi Skyway Restaurant tuh, makan roti canai dua keping. Then aku ke tempat ajen kerja, Tina, another Malaysian. Punyalah ramai orang kat situ, sekarang nih ramai sangat dah orang-orang Spanish. Diaorang dah tahu lobang rupanya, itu yang bergembut Mexicans yang cari kerja restoran dengan ajen kat Chinatown tuh. Mexicans nih tak cerewet, diaorang kerja apa pun diaorang bantai aje. Kebanyakannya kerja sebagai dishwasher, sebab itu kerja paling kelas bawahan. 

Ada dalam setengah jam aku tengok-tengok, aku tunggu-tunggu, tapi tak ada kerja yang bagus. Kerja kedai beer di Maryland adalah satu. Satu tuh kerja restoran, kat Delaware, tapi tokay tuh hendakkan orang yang kerja di bahagian dapur sedangkan aku tak ada experience. Kerja restoran yang lain, sebagai waiter, tukang masak, itu berlambak-lambak tapi aku tak ada experience. Gajinya pun bagus-bagus. Semuanya dua ribu lebih. Bagus bagi kitaorang yang gelap ni lah kan? 

Tak ada kerja yang sesuai, aku blah aje lah. Then aku ke tempat MakCik Jenny. Aku tak expectlah ada kerja sebab semalamnya masa aku talipun, MakCik Jenny kata tak ada kerja lain. Kecuali kat New York, Pittsburgh (kalau tak silap aku, restoran yang aku kerja dulu tuh) dan Springfield, Massachusets. Hampir aku terambil kerja kat Springfield tuh tapi bila fikir yang tempat tuh dalam lima enam jam dari New York, aku terpaksa fikir balik. 

"MakCik, you tau mana mau sewa bilik di New york? Saya mau duduk sini lah MakCik, sudah bosan duduk Phila. Mau cari kerja sini", aku tanya MakCik Jenny. 

"Ayooo, mahal lor mau sewa bilik, lu pirgi sana Long Island, itu kirija londri. Ada satu itu Malaysian, dia sudah 8 tahun kirija itu londri. Lapan tahun ooo", kata MakCik Jenny.

"Ayoo MakCik, gaji kici lah MakCik", aku kata gitu. 

"Sama tips lu boleh dapat satu anam", kata dia.

"Satu anam kici lah MakCik, saya dulu dapat dua ribu", aku jawab gitu.

"Itupasal saya mau cari bilik sewa, New York senang mau cari kerja lah MakCik", aku kata lagi.

"You duduk sana itu Sun Hotel ka, Grand Hotel ka, boleh sewa long term. Sana banyak orang Indonesia wooo", kata MakCik Jenny. "You pirigi tanya, nanti saya kasi lu kirija londri di Manhattan. Dengar perkataan Manhattan, terbersemangat aku jadinya.

Ya ampuuuun, tak nak lah aku duduk kat hotel tuh, aku dah pernah sekali bermalam kat Sun Hotel tuh, mengalahkan tempat orang pelarian lagi. Jauh lebih teruk dari kongsi orang Indo yang kat construction sites kat Malaysia tuh. $ 15 satu malam. Grand Hotel tuh aku belum tahu sangat, so aku mintak MakCik Jenny tunjukkan jalan sebab aku nak ke sana. Aku dah nekad yang aku nak cari kerja kat New York jugak. Berpandukan map yang MakCik Jenny kasi, aku terus pergi cari Grand Hotel yang aku rasa aku pernah pergi, suatu masa dulu. 

"No more rooms", kata budak Indonesia yang jaga counter tuh bila aku tanya berapa harga untuk satu malam. Aku tahu dia tipu sebab dulu pun gitu jugak jawapan dia. Diaorang nih memilih sangat, diaorang tak akan sewakan untuk orang yang bukan Cina, atau Indonesian. Sure dia ingatkan aku Spanish, dan aku pun tanya tuh in English. 

Patah semangat aku jadinya. 

On the way ke tempat MakCik Jenny, aku ada terfikir yang aku nak rembat aje lah apa-apa kerja di New York, malam-malam aku tidur dalam train aje. Bukannya aku tak pernah rasa tidur dalam train kan? Sampai begitu sekali aku terfikir, sebab aku pun macam dah desperate aje. Rasa macam malas aje pergi ke Massachusets, atau even ke Maryland. So sambil jalan tuh, itu ajelah aku fikirkan. Dan aku terfikir jugak yang seharian aku asyik berfikir aje. Aku berfikir dan terus buat keputusan. Aku suka cara aku tuh, tak ada jalan ini, aku cari jalan lain. Nak buat macamana kan, aku kena face it lah apa-apa yang berdepan dengan aku.

Masa kat tempat MakCik Jenny tuh aku sembanglah dengan a few Indons yang tengah melepak. Rasa macam kelakar pulak tengok ragam diaorang yang ada iras-iras ragam aku. Masing-masing macam desperate aje, tapi tetap selamba.

"Ambil aja kerja apa sekalipun, kerja cuci piring ka, aku benar-bener kepepetan uang ni sih. Sialan, gara-gara kalah jadi di ArSay (A C - Atlantic City)", kata this one guy.

"Jangan kerja di sono, juragannya bawel, aku dulu ga nyampei seminggu disuruh keluar, dasar anjing!", kata this one guy bila ada satu orang tuh berminat untuk jadi kitchen helper kat satu Japanese restaurant di New Jersey.

"Mas, tahu gak, di sini, di mana banyak orang Indo? Di mana bisa cari kamar sewa?", aku tanya one of the guys yang tengah lepak-lepak tuh. 

"Oooo, kalo mau cari rumah sewa kamu ke sono, ke Elmhurst, Jackson Heights, dari 82 sampe 90 Streets. Banyak orang Indo di sono", kata one of the girls.

"Kamu ke sono aja, pasti ada kamar yang mahu disewain. Kamu pergi londri, iklan sewa sering ditempelin di londry", kata Mamat tuh pulak. Aku cadang nak terus pergi aje sebab masa tuh dah agak petang, nanti kalau lambat-lambat, rush hour pulak kan? 

Tiba-tiba aku terpandang ada satu iklan rumah sewa yang ditampal kat dinding tempat MakCik Jenny tuh. Walaupun sewa rumah, tapi aku cuba-cuba talipun, manalah tahu kalau tuan rumah tuh tahu kat mana aku boleh cari bilik untuk disewa. "Ooo, saya punya kamar mahu disewain", kata perempuan yang jawab panggilan talipun aku tuh.

"Berapa sewanya per kepala?", aku tanya gitu sebab biasanya orang Indo nih disewakan bilik per orang. 

"$400", kata perempuan tuh. 

"Saya mahu deh", aku kata gitu walaupun dalam hati aku kata yang harga tuh mahal. Tapi aku rasa berpatutanlah, sebab sewa kat New York kan? 

"Berapa orang satu kamar?", aku tanya lagi. 

"Oh nggak, kamarnya sendiri", kata perempuan tuh. 

"Kamar nya sendiri? Waduh, saya mahu deh. Gimana mahu bayer? Berapa harus saya bayer?", aku jadi excited gitu. So perempuan tuh beritahu aku yang esoknya dia off, so kalau aku nak pindah esoknya pun ok jugak. So kaedahnya, confirmed lah yang aku akan menyewa satu bilik di rumah tuh yang katanya kat bahagian Lower Manhattan, ke arah Battery Park, station terakhir kalau nak ke Statue Of Liberty sana tuh.

So habis satu masalah. 

"MakCik, saya sudah dapat bilik sewa", aku terus beritahu MakCik Jenny. 

"Ayoooo, apa pasat sewa kamar, pirigi live-in lagi baik wooo", kata dia. Memang dasar cibai sangat, kata aku dalam hati. Masa aku tak ada tempat tinggal di New York, dia kata baik cari bilik sewa. Ini aku dah dapat bilik sewa, dia kata gitu pulak. Geram aku jadinya. Aku dah terfikir dah yang aku nih macam bodoh aje sebab kerja belum sure kat mana, aku dah sibuk-sibuk cari bilik sewa. Tak apa lah, sure adanya lah kerja, sure ok nya lah nanti tuh. Aku percaya yang everything's always ok in the end. If it's not ok, then it's not the end. 

"Ok MakCik, you kata ada kerja laundry di Manhattan, check that one out for me", aku suruh dia talipun tokay kedai laundry tuh. Dua tiga kali dia talipun, tak ada yang jawab. Dan bila ada yang jawab kemudiannya, tokay kedai tuh tak ada pulak tuh. So MakCik Jenny cari a few more laundromats yang mungkin hendakkan pekerja. Macam tak ada aje, sebab lepas satu, satu, semuanya tak nak kan pekerja. Then aku terfikir, baik aku ke tempat Tina semula sebab tadinya aku tengok ada a few iklans yang bagus-bagus, yang gajinya dua ribu lebih.

"Tak apalah MakCik, I'll be back tomorrow, saya mahu balik Phila lah sekarang, I'm a lil tired lah", aku kasi excuse kat dia. Memang pun aku letih, dan lapar, dan kepala aku pun dah pening-pening lalat.

"Ok, saya reserve one job untuk you besok, I'll call you", kata MakCik Jenny. So aku pun terus ke tempat Tina. Ada dua tiga kerja yang aku suruh one of the amois cuba tanyakan untuk aku, satu pun tak nak dicubanya. Ada aje excuse dia, aku tak ada experience lah, aku tak tahulah, sedangkan dia tak tanya aku pun apa experience aku selama ini. So aku terus ajelah suruh Tina sendiri yang carikan satu kerja untuk aku. After a few calls, dia passkan talipun tuh kat aku, suruh aku bercakap dengan tokay satu grocery store di Manhattan, yang kebetulan tak lah berapa jauh sangat dari tempat aku akan menyewa tuh. 

Tokay tuh suruh aku datang ke kedai dia secepat mungkin sebab dia nak "tengok" dan interview aku. Aku setuju aje lah cuma masalahnya, dia tak beritahu berapa gaji sedangkan kerja-kerja lain, semuanya ada disebut berapa gaji.Aku serba salah jugak nak bayar Tina, dia mintak aku bayar $50, just in case aku tak setuju dengan gaji yang tokay tuh akan kasi, ataupun katalah tokay tuh tak nak ambil aku sebagai pekerja dia, Tina akan carikan aku kerja yang lain. Sedangkan aku nak bayar $35 saja, yang kalaulah aku tak jadi kerja dengan tokay kedai tuh, aku terpaksa bayar bayar another $35 kalau aku nak kerja yang lain nantinya. Aku gamble ajelah, so aku bayar $35 aje. 

Aku terus aje lah ke alamat yang Tina kasi tuh, taklah jauh dari Chinatown, just 5 subway stations away. Ke arah-arah Financial District gitu, tak jauh dari Wall Street. Tapi di Brooklyn sebenarnya. (Manhattan, Brooklyn, Queens, Bronx dan Staten Island adalah 5 daerah di NYC. manhattanlah yang paling famous, kat situ center of NYC) Ini dah bagus nih kalau aku dapat kerja nih, kata aku dalam hati, dalam sepanjang perjalanan ke kedai Lee tuh. Keluar aje dari station, terus aku nampak kedai tuh, kat corner. Aku tanya amigo yang jaga counter tuh so dia tunjukkan aku mana satu Lee. Muda sangat budaknya, anak tokay kedai gayanya dia tuh. Aku agak dia orang Tibet, atau Korea, atau Monggolia, based on rupa dan bahasa dia. 

Macam-macam lah dia tanya aku, sambil dia tulis kat kertas. Rasa macam dia nak ambik aku kerja di situ aje bila dia kata dia akan talipun aku besoknya, bila dia beritahu berapa gaji dan berapa hari dia nak aku kerja dalam seminggu. Dalam perjalanan balik ke Phila, aku rasa macam tak percaya yang aku boleh settlekan dua masalah dalam masa sehari. Masalah kerja dan masalah tempat tinggal. Bersyukur sangat-sangat aku dibuatnya. Dan aku pun, sebab gaji akan dibayar per hour, dan sebab Lee pun tanya aku kalau aku boleh kerja 7 hari seminggu, 12 jam sehari, mulalah aku buat calculations sesikit. 

"Ish.....banyak gak aku boleh dapat nih, dalam USD 2500 boleh dapat nih", kata aku dalam hati. 

It's Up To You, New York, New York!


Hari Khamis aku ke New York City, macam biasa, aku naik bas Cina. Yang buat luarbiasa sikit, masa dalam bas tuh, aku on kan webcam aku. Kelas gila aku nih kan? Yang tak tahannya tuh, selamba jer aku buat benda-benda kelas gitu, sampaikan ada dua tiga orang budak Mat Salleh yang duduk kat seats belakang sama aku tuh macam respect habis kat aku. Asyik dok jeling-jeling jer kat aku.

So rasa sekejap aje lah perjalanan sejam lebih sikit tuh sebab aku sesambil chatting kat tagboard (memberi penerangan secara lintas langsung kat sesiapa yang tengah tengok cam aku), aku berYM jugak. Bateri laptop aku habis, so tak sempatlah aku nak tunjukkan keadaan masa aku dah nak sampai ke NYC tuh, sedangkan memang niat aku nak tunjukkan view masa dah nak masuk area Jersey City, sebelum melintasi Holland Tunnel. Kalau tengok view dari situ, sure akan meleleh lah air liur dia orang tuh sebab memang cantik pemandangan New York City dari kejauhan tuh.

Bukan lah aku nak menyalahkan kawan kat YM yang membuatkan aku rasa macam hilang semangat aje lepas sembang tuh, bukan. Tapi itulah hakikatnya, lepas pada tuh, bila aku dah off kan laptop, aku jadi rasa macam tak best jer. You know that feeling kan? Bilamana (hehehe) masa korang tengah chat, terceritalah pasal masalah-masalah ker, apa-apa ajelah yang tak menyedapkan hati, then lepas tuh dua-duanya jadi macam moyok jer. Sorang tuh moyok sebab dia memang ada problem, yang sorang lagi moyok sebab member dia moyok. Selalunya kalau sembang sesama member baik lah kan? 

Dulu masa aku sakit ituhari, aku rasa macam terpaksa buat-buat macam sihat aje bila ada lah member aku nih kata, "aku cuma rasa mcm tak best sbb aku tak tau nak cakap apa bila kau cakap pasal sakit tu..." Sounds macam budak-budak aje to some people kan? But that kind of thoughts, candid response macam tuh, that means a lot to me. That's what friends are for lah kan?

Ok, habis bab tuh. 

No thanks to cuaca yang mendung aje, no thanks to waitress kat Malaysian Restaurant (Skyway Restaurant) yang tak kasi aku duduk kat meja depan sebab aku nak guna plug point nak charge batteri laptop aku, semakinlah aku rasa semacam aje. Salah pilih hari nih, kata aku dalam hati. 

Lepas tuh aku terus ajelah ke tempat MakCik Jenny, a few blocks away dari restaurant tuh. MakCik Jenny tengah sibuk melayan a few Indons yang nak cari kerja, dan aku tengok pun, tak banyak sangat iklan kerja yang sesuai untuk aku, kecuali satu kerja laundry di Long Island, New York (live-in), aku pun blah ke tempat lagi satu, Mei-Mei, another Malaysian. 

"You, lama tak nampak?", sempat MakCik Jenny tanya aku. 

"Sudah satu tahun MakCik, ok, nanti saya datang lagi", aku kata gitu kat MakCik Jenny.

Tak ada orang pun kat tempat Mei-Mei tuh, biasanya kat situ ramai orang. Aku tengok board yang list kan kerja-kerja, samada yang live-out atau live-in. Yang live-out, semuanya kerja-kerja di New York City. Geram aje aku menengoknya. Yang kerja live-in, of courselah semuanya di luar town. Kecuali satu kerja nih, bukan di Manhattan tapi di Brooklyn, New York. Kerja restoran, kerja di bahagian dapur. Tak lah besar gajinya tapi the thought yang aku ada peluang duduk di New York City, itu mengatasi segalanya. Manhattan is just a few stations away kan? 

"Check that one out for me, Mei-Mei", aku kata gitu, sambil beritahu dia position nombor berapa yang aku berkenan. 

"You want it? Errrrrrrrrr....... you look too smart to work there. You want it or not?", kata Mei-Mei. Aku mengaku memanglah aku ada nampak macam "orang pandai" aje, what with my glasses and all, tapi aku boleh buat apa-apa kerja ajelah, if I have to. 

"Ya ka? Ada kerja lain ka?", aku tanya dia. 

"You apa kirja sudah bikin", Mei-Mei tanya aku.

"Kerja kilang, kerja restoran, counter boy, waiter, deli, laundromat, you name it", aku jawab gitu. 

"You pandai komputer?", Mei-Mei tanya aku lagi. Aku sengeh ajelah, aku tak jawab, tapi aku pusing sikit badan aku biar Mei-Mei tahu yang beg galas aku tuh ada laptop.

"Mau kerja motel di New Jersey? Motel helper, sama itu kerja front desk", kata Mei-Mei sambil dia tunjuk kat board tuh, nombor berapa position tuh diiklankan. Uish, ini sudah bagus nih, kata aku dalam hati. 

"Do they need papers (legal documents), and are they Indians?", aku tanya Mei-Mei. Biasanya orang India yang buat business permotelan nih. Bila Mei-Mei kata tak payah ada papers dan tokay nya Cina, terus ajelah aku kata aku nak. Mei-Mei terus aje talipun tokay tuh, tak lama lepas tuh dia pass kan talipun tuh kat aku, sambil kata, "You talk the the Boss, her name's Susan". Lama jugaklah Susan tuh tanya aku itu ini, aku rasa macam familiar aje suara dia, I could be wrong, mungkin kebetulan suara Cina gitu, cara diaorang cakap memang sama aje. 

Tapi bila dia kata yang motel tuh bukan kat town tapi kat luar sikit dari Atlantic City, dan bila dia sebut nama town tuh, aku terus tercakap, "Oh, I've been to that town, I worked there at one Chinese Restaurant for a few weeks", dan dia tanya aku apa nama restoran tuh, dan bila aku pakai bantai aje nama restoran tuh, dan dia kata mungkin dia kenal tokay tuh, baru aku rasa macam ada something yang tak kena somewhere. 

Macamana pun aku setuju untuk datang Sunday, untuk tengok-tengok dulu keadaannya. Tak nak lah aku terus aje bersetuju kerja, walaupun Mei-Mei kata aku kena start kerja Sunday tuh.Lepas aku bayar tuh, Mei-Mei kasi aku satu paper nih yang ada tulis contact numbers Susan, jugak nombor bas dan apa nama tempat yang aku kena berhenti bila tiba kat bandar tuh.

"Dari Atlantic City, you naik bas nombor 563, you turun depan sana Bank Of Amerika, depan itu KFC. Sampai KFC, you talipun Susan and she will meet you there", kata Mei-Mei. 

Aku baca apa yang tertulis kat kertas tuh. Oooo shit, kata aku dalam hati. Sebab KFC yang dia kata tuh sebenarnya, KFC Nenek Rewel tempat aku kerja dulu tuh!

Aku rasa macam nak tergelak aje bila mengenangkan yang aku mungkin akan terberjumpa Nenek Rewel nanti tuh. Tak apa, kali ini kalau aku nampak dia, aku akan tonggek-tonggekkan bontot aku kat dia. Ko tengoklah nanti nenek, kata aku dalam hati. Dalam pada itu aku cuba-cuba jugak ingatkan kalau-kalau ada motel yang di sekitaran kawasan KFC tuh, memang ada a few, cuma aku tak pasti yang mana satu. 

"Saya orang Malaysialah Mei-Mei", aku kata gitu bila dia kembalikan duit 5 dollars aku. Dia jeling aku, dia senyum. Tak percaya lah tuh. 

"Betulllll, saya tinggal Kuala Lumpur. You mana?", aku kata gitu. 

"Betulka you orang Malaysia? You tau Gombak ha? Saya Perak punya orang", kata Mei-Mei. 

"Betul lah, saya Melayu. You Perak mana? Sudah berapa lama di Amerika?, aku tanya dia. 

"Emak saya Teluk Intan, itu saya punya bapa Kuala Kangsar. Saya sudah lama wooo duduk Amerika, sudah 20 tahun", kata Mei-Mei. 

"Teluk Intan? Kuala Kangsar?", aku macam surprised jer dengar. 

"Eh, you betul lah orang Malaysia, small-small town pun you tahu ha?", kata Mei-Mei. 

"Aiyoo", aku gelak-gelak. 

"My uncle used to live there. Eh, you kenal itu singer, Jamal Abdillah? Dia Teluk Intan punya orang", aku cuba tukar tajuk. 

"Tarak kenal lah, saya suka itu satu orang, apa dia punya nama, dia sudah mati", kata Mei-Mei. 

Mula-mula aku teka P Ramlee, then bila aku teka Sudirman, baru lah betul. So lama lah jugak aku sembang dengan Mei-Mei tuh, dari cerita-cerita biasa sampailah bab-bab Dasar Ekonomi Baru. Dia kata ramai Cina Malaysia yang lari ke Amerika, tapi dia tak pernah pun jumpa Melayu. 

"Lu orang sudah bagus, kita Cina susah woo", dia kata gitu, then dia cerita yang kakak dia kawin sama Melayu, senang lenang hidupnya sekarang. 

"Lu orang bili rumah seratus ribu, tapi bayar tujuh puluh ribu saja. Kita Cina bayar seratus ribu woo", kata dia sambil gelak. 

"I know that's not fair", macamana lagi aku nak jawab, kan? 

Then aku ceritalah pasal aku pulak, dah berapa lama di US, apa plan selanjutnya. Bila orang dah mula ramai, barulah aku mintak diri. Aku keluar dari exit yang lain sebab tak nak melintas depannya tempat MakCik Jenny tuh, nanti dia ternampak aku pulak. 

Then aku terus aje jalan arah ke subway untuk ke Upper Manhattan. Masa dalam subway tuh aku cuba tak nak ingatkan sangat pasal kat mana aku akan kerja nanti akhirnya. Tapi, apa yang sering bermain di kepala aku, entah-entah Susan tuh, aku punya tokay dulu tuh. Ala, tokay restoran yang aku sempat kerja for a few weeks dulu tuh, masa aku baru dapat tahu yang aku punya account kat bank kena freeze. Di Vineland. Yang masa aku terpaksa ponteng kerja sehari then bila aku nak balik semula, Mary kata "you don't have to come back" tuh. Yang ada dua orang amoi yang asyik pot-pet pot-pet tu lah. 

Harus Susan yang itu. Sebab, walaupun nama sebenar dia aku lupa, tapi nama Cina dia macam sama aje. Soo something. Dan bila aku tengok nombor cellphone dia, aku rasa yang the last 4 digits tuh memang familiar sangat. Masa aku kerja di restoran dia dulu tuh, dia memang tak pernah ada, yang ada pun cuma suami dia yang tak reti English sepatah haram tuh. So, haruslah Susan nih yang handle business motel tuh. Cibai betul, apa pasal aku terlambat perasannya? Dah rugi $35 duit servis. 

Walaupun aku tak ada bukti yang kukuh yang Susan tuh aku punya ex-boss dulu tuh tapi aku rasa aku nak buat investigation sikitlah nanti, nak talipun restoran dia tuh, nak dapatkan info. Kalau betul sangkaan aku, maknanya aku terpaksa cari kerja lain. Tak apalah, aku cadang nak ambik "annual leave" selama dua minggu, aku still ada banyak masa.

Kat Times Square aku tak ke mana-mana sangat pun, masuk Hard Rock Cafe kejap tapi tak beli apa-apa pun. Aku ada masuk Kinko's sebab nak charge batteri laptop aku. Dua tiga rounds aku jalan kat Bryant Park tapi tak ada meja kosong, ramai sangat orang. So aku rasa aku tak ada nak buat apa dah, aku jalan ajelah arah ke Port Authority Bus Terminal, cadangnya nak naik subway dari situ. 

Then aku teringat, apa kata kalau aku pergi ke East71 Street, kat tempat shooting filem The Bourne Ultimatum tuh? Wakakakkaka Gila aku nih! Tak apa lah, at least aku buat something yang lain dari kebiasaan, kan? 

Sebenarnya tak ada apa pun kat East 71 Street tuh, macam street-street lain jugak. Cuma aku aje yang rasa macam excited sebab kat situ shooting film tuh dibuat. Adalah aku nampak a few tourists yang ambik gambar-gambar kat street tuh, gambar building-building kat situ, sure diaorang pun macam aku jugak tuh fikirannya. 

Lepas pada tuh aku terus ajelah ke Chinatown, naik bas 5-30 pm ke Phila.

---------------------

Memang betul jangkaan aku yang Susan tuh aku punya ex-boss dulu tuh. Malam tuh aku talipun restaurant tuh tanya nama sebenar tokay kedai tuh. Amoi yang jawap panggilan tuh beritahu kat aku, cuma bila aku mintak nombor cellphone Susan, dia tak kasi. So tak ada lah peluang aku nak kerja motel tuh. Tak apa. 

Friday, aku melingkau kat tempat tidur sampai sampai siang. Tak ada orang pun online nak ajak buat sembang. Kesian kat aku. Weekends memang selalu gitu. Aku keluar awal sikit nak pergi Sembahyang Jumaat, kat Masjid Taha tuh. Sempat aku check pasal donation untuk projek pembesaran lantai dua Masjid tuh. Baru sikit sangat sebenarnya, sedangkan donation tuh dah dilancarkan sejak 8 bulan yang lalu kalau tak salah aku. Tak apa, nanti tiba masa, aku serahkan duit Projek Tabung Ayam kita tu kan?

Since aku tak check kat internet pun show pukul berapa aku nak tengok, aku redah aje lah pergi Ritz At The Bourse tuh, nak tengok Becoming Jane. Cerita zaman-zaman Queen Victoria dulu, tapi cerita biasa aje, cerita kampung. Shooting filem tuh buat kat Ireland, itu yang buat aku nak sangat tengok tuh. Sementara tunggu film mula pukul 3-45 pm, aku lepak-lepak kat sekitaran historical sites di kawasan dekat panggung tuh. Memang situ tempat tourist attractions. Dulu-dulu aku selalu lepak-lepak jalan sana sini kalau musim summer gini, so aku ambik kesempatan tuh buat the same thing lah for this summer. 

Biasalah macam orang-orang lain jugak, aku beli kopi dulu sebelum masuk theatre. See, aku guna the word "theatre", instead of panggung, sebab nak mengdifferentiatekan antara tempat yang kelas dengan tempat yang biasa-biasa tuh. Aku rasa adalah dalam 10 orang kat dalam theatre tuh, orang tua-tua semuanya. Sebab nak tunjukkan diaorang yang aku nih tak lah setua diaorang, aku duduklah kat hujung sekali, sambil tuh kaki aku aku sangkutkan (lunjurkan ?) kat seat yang di sebelah aku. Macam melepak habis gitulah. Nak sangkutkan kat seat di baris depan, takut pulak aku kena marah dengan mamat yang kerja situ tuh. 

Biasalah sebelum filem ditayangkan, ada ditunjukkan a few iklans kan? Semuanya pasal theatre plays, pasal contemporary arts, pasal benda-benda klasik gitulah. Tak ada lah iklan bodoh-bodoh macam kat panggung wayang biasa tuh. Hampir nak tercampak kopi kat tangan aku, dan aku hampir terbangun dari seat bila aku tengok kat screen theatre tuh, ada gambar orang yang aku kenal. Gambar yang pernah aku tengok. Gambar kawan aku! 

Sharifah????????? 

[Ingat tak siapa Sharifah? Ala, awek (bini orang) yang aku jumpa masa aku makan kat Banana Leaf Restaurant, 3 atau 4 bulan lepas tuh. Dia dah balik Malaysia June lepas. Masa aku jumpa dia dulu (adalah 3 kali kot aku jumpa dia) tuh, ada dia bawak aku ke International House, Phialdelphia, tempat dia tinggal semasa dia di sini dulu tuh.

Ok, masa di International House tuh, Sharifah adalah tunjukkan aku satu pamiran nih, kat bahagian belakang lobby building tuh. Women Of apa tah tajuk pamiran tuh. Gambar-gambar a few perempuan dari Asia, dari Afrika, entah apalah achievemnet diaorang aku pun tak pasti. Yang pastinya, adalah gambar Sharifah, gambar mula-mula sekali, besar aje gambarnya. Yang kalaulah aku jadi dia, sure aku bangga sesangat. Tapi, masa dia tunjukkan dulu tuh, dia selamba aje. Aku jer yang masa tuh macam, "wow, you must be somebody nih"]

So, that very gambarlah yang tertera kat screen theatre tuh, gambar Sharifah. Iklan pasal International House tuh. Lama pulak tuh. Rasanya macam nak bangun, nak beritahu beberapa kerat orang yang ada kat situ yang Sharifah tuh aku kenal sesangat. 

Kira oklah filem Becoming Jane tuh, tak ada lah menarik apa-apa pun, cerita-cerita biasa aje. Cuma aku semakin suka tengok lakunan Anne Hathaway tuh (The Devil Wears Prada). 

--------------------

Last weekend, membawaklah ke Isnin dan Selasa tuh, aku memang down gila. As if lah aku nih tak pernah down-down kan? Hehehe. Sinonim dah perkataan down tuh dengan diri aku nih benarnya. Tapi kali itu, aku yang jenis down and could not get up. Whatever that means. Itu yang aku asyik dok melepak kat bilik aje. Tidur aje kerjanya. Nak makan pun malas. Lepas tidur, tidur. Lepas mandi, tidur. Keluar kejap cari makan, then, tidur semula. Aku penuhkan annual leave aku dengan tidur aje kerjanya. 

Punyalah malasnya, sampai kan nak update blog pun malas jadinya.Itu kira berat sangatlah tuh kalau sampai malas nak update blog. 

Punyalah malasnya, sampaikan aku tertengok porn kat internet, satu hari tuh. Ha, itu bukan lah apa sangat, cuma lepas aku tengok porn tuh, aku terfikir yang betullah apa yang aku baca dulu tuh. Yang kata, men turn to sex kalau diaorang ada problems. Unlike women yang akan turn to shopping atau makan-makan kalau diaorang ditimpa masalah. 

Ha, lagi satu, aku tertengok porn tuh bukan sebab pagi tuh aku terserempak dengan Mak Nila yang tengah bogel kat toilet, bukan. Bukan sebab itu. Memang aku ada tertengok Mak Nila bogel, masa aku nak masuk bilik air yang aku ingatkan tak ada orang kat dalamnya. Nasib baiklah masa tuh aku tak pakai contacts (aku baru bangun tidur) atau glasses. Kalau tidak, what a view lah kan? Macamana pun aku sempat lah tertengok "rear view" dia.

Cuma yang aku tertanya-tanya lepas tengok porn tuh, apa sebenarnya masalah aku sampaikan tertengok porn? Aku tak ada jawapan, aku tak tahu apa masalah aku sebenarnya. Nak kata aku fikir masalah-masalah besar, tak pulak. Aku cuma fikir masalah-masalah kecik-kecik aje, yang biasa-biasa aje.

Aku terfikir yang dah hampir seminggu aku berihat, sudah sampailah masanya aku bekerja semula. Cuma masalahnya, aku belum pun cari, dengan istilah kata betul-betul cari. Adalah aku talipun a few places tapi semuanya macam nak tak nak aje. Suruh aku talipun minggu depannya lah. Ada satu aje grocery store owner tuh yang talipun aku dan suruh aku datang for interview or something. Aku pergi lah, dia tanya aku macam-macam. At last dia kata dia dah ada orang, dia akan hanya ambik aku kerja at the end of the month nantinya. Tak nak lah aku tunggu sampai hujung bulan kan? Seminggu tuh pun dah rasa macam lama sangat dah. 

Yang aku rasa macam tak seronok aje aku cuti dari kerja tuh bukan apa, aku takut nak belanjakan duit sesangat. Buatnya aku tak dapat kerja lain, mampuslah aku kena makan nasi kepal macam dulu tuh. Aku adalah duit untuk bayar sewa bilik for a few more months, untuk bayar bill cellphone dan internet, tapi aku tak nak lah teruk sangat nanti sampai duit dah betul-betul kering, barulah aku nak mula kerja lain, kan?

So Monday tuh aku talipun MakCik Jenny lagi sekali, dia tetap suruh aku kerja laundry di Long Island, New York. "You tak payah bayar sewa, you boleh save duit", dia kata gitu. Aku malas lah sebab kalau tak salah aku, dah lama dah kerja laundry tuh diiklankan kat situ, kat semua agent kerja pun. Kalau kerjanya bagus, sure dah ada orang yang ambik, kan? Macamana pun, aku kata kat MakCik Jenny yang aku akan turun New York lagi dan kali ini aku nak ambik lah apa-apa kerja sekali pun. Even kalau aku terpaksa pindah ke mana-mana State yang lain di East Coast nih. Aku kena start kerja lah, cukuplah dua minggu aku break nya. Buat aku jadi malas aje kalau lama sangat break.

Selasa tuh aku keluar jugaklah merayau-rayau sebab kalau aku ke New York besoknya, dan aku dapat kerja di tempat lain, bermakna aku tak akan dapat dah nak jalan-jalan kat Philadelphia yang aku rasa macam kampung aku aje. Aku tengok-tengok jugaklah kalau-kalau ada kedai yang nak cari pekerja, aku nak redah aje cadangnya. Ada satu kedai Pizza orang Arab tuh, tapi diaorang hendakkan driver untuk buat delivery. 

Last-last aku masuk kat this Indonesian Restaurant yang baru bukak. Grand jugak restoran tuh, bukan macam a few Indonesian stores yang berterabur di merata-rata Philadelphia dan New York nih. Yang ini kira kelas lah, aku tengok ramai jugak Mat Salleh yang datang makan. Penuh restoran tuh sebenarnya, dan aku perhatikan, most of the Indonesians yang makan situ, semuanya yang macam presentable, lawa-lawa dan smart-smart semuanya. Macam pelakun/penyanyi aje masing-masing tuh. Tak ada pun yang selekeh, yang baru balik kerja, atau muka-muka Jawa Totok tuh. Rupanya diaorang datang dari luar Philly, datang situ semata-mata untuk memeriahkan suasana.Aku rasa aku yang paling pongoih sekali kot, pakai selipar jepun, pakai t-shirt pagoda putih tuh. Jeans pun ada rabak kat lutut. 

Sebab semua meja penuh dan aku pun sorang-sorang, jadi aku makan pun macam tunduk gitu ajelah, aku banyak tenung aje nasi goreng ikan asin sama es teler (macam ABC) aku tuh. Agaknya sebab lama sangat tenung, tiba-tiba airmata aku laju jer mengalir. Terus masuk ke mangkuk es teler tuh. Tak boleh ditahan-tahan. Takut orang terperasan, aku buat selamba aje lah, aku sedut aje es teler bercampur air mata tuh sampai habis. 

Oh yeah, keteremoan aku tuh terbawak-bawak sampai ke malam akhirnya, apa yang aku buat serba tak jadi akhirnya. Last-last aku dengar lagu ajelah, aku dengar lagu-lagu Raya. Aku fikir, kalau nak sedih tuh biar betul-betul sedih. Lagipun Puasa dah dekat dah kan? Aku perasan, for the last 2 years, well, sejak aku start blogging rasanya, aku akan bersedih habis-habisan, so that bila Puasa dah mula, bila dah dekat Raya, aku dah tak sedih sangat dah. Aku dah tak ada apa nak disedihkan dah masa tuh nanti. 

Masa itu jugaklah aku ada rasa macam nak berhenti tulis blog aje. Dah tak ada gunanya dah. Masa tu lah aku rasa aku harus terima hakikat yang aku sebenarnya kalah. Kalah apa aku pun tak berapa pasti tapi pokoknya memang aku rasa aku kalah. Kalah dengan hidup aku. Kalah melawan perasaan. Kalah dalam mencari kawan baik. Dah bertahun aku berblog, sorang demi sorang kawan yang dulunya baik dengan aku, tinggalkan aku. Satu persatu. 

Tak apalah, apa aku boleh buat selain dari menerima hakikat yang begitulah hidup aku ini kesudahannya. 

Tak apa lah. Esoknya aku nak ke New York. Aku nak membawak diri...........Entahlah, sometimes you can't see, the pain someone feels.

Holding Out For A Hero


Dah dekat senja jugak dah baru lah sampai Phila, jalan jam gila, tapi sebenarnya sepanjang perjalanan tuh aku tidur aje. Banyak pulak aku tidur sejak aku berhenti kerja nih. Yang seronoknya, aku nih boleh tidur dalam keadaan macamana sekalipun. Aku ada problem ker, aku lapar ker, aku boleh tidur. 

Dan lagi satu malam lah aku terpaksa berlakun kat tagboard/blog, dan walaupun aku cuba untuk tak kasi hints yang aku dah berhenti, tapi deep down aku rasa tak sedap hati aje. Itu yang sengaja aku lepas-lepaskan cakap, nasib baik tak ada sangat orang yang terperasan. Aku berbelah bagi sebenarnya, nak beritahu member-member ataupun tidak. 

Tapi di satu sudut hati aku tuh, ada perasaan bersalah. Bersalah sebab terpaksa berDQ bagai, bersalah sebab terpaksa buat-buat tak nampak, terpaksa buat-buat tak faham, terpaksa buat-buat tak tahu dengan pertanyaan-pertanyaan orang yang macam terhidu pergerakan aku tuh. Aku sebagai seorang celebrity berjiwa rakyat, tak seharusnya berbuat sedemkian, kan? Itu yang aku rasa macam bersalah jer tuh hehehe

Macamana pun, aku beritahu yang besoknya aku off, dan lusanya aku nak ke New York. Itu hints paling besar tuh yang aku dah berhenti kerja. So aku rasa adalah a few yang prihatin, yang boleh agak yang aku mungkin dah berhenti kerja. 

Besok paginya, Daniel talipun aku lagi, masa aku tengah sedap tidur. Nasiblah kan, aku pun tak tahu apa yang aku cakap pun dalam keadaan mamai gitu tuh. Tak ada aktiviti lain dah aku buat hari tuh selain pergi tengok wayang. Aku nekad nak tengok The Bourne Ultimatum, tak apa lah aku rasa janggal nengok sorang-sorang. Sebab film tuh main kat panggung wayang yang banyak panggung tuh, yang ramai orang tuh. Biasanya aku tengok wayang kat panggung yang ada satu panggung aje kan? Sebab tak lah ramai sangat orang yang kelas-kelas.

Aku puas hati sangat tengok The Bourne Ultimatum tuh, aku suka jalan cerita tuh. Kalaulah Jason Bourne @ David Webb tuh betul-betul ujud, dialah aku punya hero. Wakakakakkaak Tak apalah orang lain berherokan Spiderman, Superman. Or even Batman sekalipun. Aku tetap anggap Bourne tuh my all-time favorit hero. 

Yang lebih buat syoknya, walaupun lokasi filem tuh banyak, tapi concentrated kat 3 big cities aje, London, Paris dan New York (macam iklan Dunhill pulak). Yang last masa Bourne balik ke New York sebab nak balas dendam tuh, masa tuh lah aku suka sekali. "This is where it all started, and this is where it's going to end", aku rasa macam Bourne kasi motivasi kat aku aje, macam mengingat kan kat aku jer yang we have almost identical story line. Kisah jatuh bangun di New York City. Itu yang termeremang bulu tengkuk aku. Ish, susah aku nak explain, korang bukannya tahu/faham apa pun. 


Be Still, My Beating Heart!


11082007

Aku saspen jugak benarnya kalau-kalau aku tercerita kat sesiapa yang ada di tagboard/blog malam tuh. I know I have a huge followers yang nak tahu kisah aku. Bukanlah sebab aku nih mulut tempayan sangat tapi memang aku nih jenis yang tak boleh simpan cerita lama-lama. Kalau cerita pasal aku lah kan? Walaupun aku tak sefemes (hehe) orang (sebab I'm keeping a very low profile) lain tapi aku rasa aku kena cerita jugak kat orang, aku rasa`orang perlu tahu segala gerak lentuk aku. Iyalah, blog aku semuanya cerita pasal aku, so lambat laun aku kena beritahu jugak. Kalau aku beritahu awal-awal, aku jugak yang susah sebab aku tengah malas nak buat update masa tuh, so itu yang aku buat pura-pura macam there's nothing going on. 

Nak tergelak pulak rasanya, sedangkan masa tuh aku tengah bergolek-golek di tempat tidur, dan orang semuanya ingatkan aku tengah bertungkus lumus kerja macam biasa. Tengah menyapu lantai, tengah mengemop. Tak ada lah susah sangatnya pun, aku ada coach kan? Lagipun, kat tagboard/blog aku selalu dikelilingi DQ-DQ yang aku tengok, semakin mantap lakunan masing-masing tuh. Cuma kadang-kadang aku terralit, terlama di tag sedangkan sepatutnya aku sibuk mengemop lantai. 

"wehhh xxxxx dapat menghidu laaa pergerakan kau...", kata coach aku melalui YM. 

"baper saat je joe mengemop ni dah intai laptop balik? ekekekekeke", kata xxxxx tuh. Oooppsss, terpaksa lama sikit aku kena pura-pura buat kerja nih. 

"aku rasa, kalau aku tak beritahu sesiapa, aku mcm menipu org aje kan? at least aku ada beritahu ko.so tak adalah aku rasa mcm menipu sangat wakakakakka", memang aku rasa macam guilty aje sebab berlakun gitu tuh. 


"jap lagi kau kena offline heheheh konon on the way home... adehhhhhh", coach aku mengingatkan aku. So dalam pukul sepuluh tuh aku pun offline lah, kononnya aku dalam perjalanan balik kerja, sedangkan aku masih online. 

"eh, ym aku menyala kat ko sorang jer lah. kat org lain, YM aku padam", aku kata gitu bila aku tersedar coach aku macam terkantoi kat tagboard/blog, tanya, apa pasal YM aku masih menyala. 

So begitulah kaedahnya sampailah aku selamat tiba di apartment, dalam sejam kemudiannya, barulah aku mengvisiblekan diri balik semula. Kesian kat diaorang yang kena tipu bodoh-bodoh jer dengan aku, diaorang tak tahu pun yang aku dah mula ambil "annual leave". 

Malam tuh, walaupun aku tidur agak lewat tapi besok paginya aku bangun awal macam hari-hari kerja yang selalunya. Aku nak keluar, aku nak ke Atlantic City, nak jalan-jalan tepi pantai. Kot-kot boleh menenangkan otak sesikit. 

On the way ke Greyhound Terminal, Daniel talipun lagi, aku tipu dia aku kata aku dah on my way ke NYC. Nasib baiklah aku tak menggatal nak bawak laptop walaupun mulanya aku cadang nak bawak, so that aku boleh pura-pura yang aku nih di tempat kerja. Punyalah teruk pemeriksaan kat bus terminal tuh, habis semua dicek satu persatu. Aku rasa kalau aku bawak beg laptop, dengan usb modem tuh sekali, harus kantoi aku kot. Sebab aku tak online, dan hanya YM cellphone aku aje yang on, adalah orang yang message kat aku, "Oittsss, ko keje ker dah annual leave ni?". Aku tak jawab, sebab kalau aku jawab, sure aku akan termenipu, kan? 

Memanglah bodoh aku nih rupanya, pelupa pulak tuh. Dulu aku dah beberapa kali kata, memang tak seronok kalau nak jalan-jalan dalam keadaan diri yang macam tak tenteram aje. Sehebat mana pun tempat yang di tuju, selawa mana pun tempat yang nak dipergi, semuanya macam tak ada makna aje. At least itu yang aku rasa, bila aku jejak aje kaki di Atlantic City. Aku jadi macam tertension pulak bila tengok orang semua happy aje sedangkan aku, tak ada lah tak happy, tapi macam takut nak happy-happy, sebab aku dah berhenti kerja dan aku tak tahu what's going to happen next kan?

So itu yang bila aku jalan aje di Boardwalk tuh, rasa macam tak best aje. Aku berhenti satu kedai nih, lepak-lepak kat depan, sambil makan aiskrim.Patutnya dah ok dah gitu kan? Nampak macam ok aje kan? Iyalah, apa tidaknya, aku kat tepi pantai di Atlantic City, lepak sambil tengok orang lalu lalang, sambil menjilat aiskrim lagi tuh. Pakai sunglasses lagi tuh! Tak boleh dah nak buat lebih kelas dari gitu kan? Tapi....itulah, aku rasa macam tak aman dan tak tenteram aje. Then aku jalan ajelah di depan casino-casino tuh, ada dalam setengah jam gitu. 

Tak boleh jadi lah kalau macam ni nih, kata aku dalam hati. So aku terus ajelah ke tempat tunggu bas kat one of the casinos. Next bus ke Phila tuh dalam masa dua jam, patutnya aku keluarlah jalan-jalan kan? Tapi tidak, aku lepak aje kat tempat tunggu bas tuh, aku tidur. 


I don't know where I'm goin 
but I sure know where I've been
hanging on the promises in songs of yesterday.
An' I've made up my mind, I ain't wasting no more time
but here I go again, here I go again.

Tho' I keep searching for an answer
I never seem to find what I'm looking for.
Oh Lord, I pray you give me strength to carry on
'cos I know what it means to walk along the lonely street of dreams.

Here I go again on my own
goin' down the only road I've ever known.
Like a drifter I was born to walk alone.
An' I've made up my mind, I ain't wasting no more time.

Just another heart in need of rescue
waiting on love's sweet charity
an' I'm gonna hold on for the rest of my days
'cos I know what it means to walk along the lonely street of dreams.

Here I go again on my own
goin' down the only road I've ever known.
Like a hobo I was born to walk alone.
An' I've made up my mind, I ain't wasting no more time
but here I go again, here I go again,
here I go again, here I go.

An' I've made up my mind, I ain't wasting no more time.

Here I go again on my own
goin' down the only road I've ever known.
Like a drifter I was born to walk alone
'cos I know what it means to walk along the lonely street of dreams.

Here I go again on my own
goin' down the only road I've ever known.
Like a drifter I was born to walk alone.
An' I've made up my mind, I ain't wasting no more time
but here I go again, here I go again,
here I go again, here I go,
here I go again
[Here I Go Again - Whitesnake]

Rul, I Quit My Job! Shhhhhh.........


"Go fuck yourself, bitch!", aku jerit kat Gagak-X. Terus Minah tuh blah. Then aku terdiam, terbodoh sekejap. Aku fikir, tak boleh jadi kalau gini nih, sebab Gagak-X tuh dalam seminggu sampai 3 kali datang cuci pakaian, takkan aku nak berdepan dengan dia lagi kan? Sure next time dia datang, dia akan malukan aku di depan customers lain, macam yang dia buat masa mula-mula aku kerja dulu tuh.

Nanti sure lebih teruk aku dikena kan now that we are at war again, kata aku dalam hati. With me, kalau ada ramai orang yang suka dengan aku pun, tapi kalau ada satu yang tak suka aku, aku memang tak sedap hati. Aku nak semua orang suka dengan aku. 

So aku fikir balik, akan parah lah nanti kalau begini jadinya, akan menyepoilkan my days aje nanti tuh. Dan dan masa tuh jugak aku kata, "that's it, I'm quitting" Malas lah aku, one after another masalah yang datang, dah tak tertanggung dah rasanya. Berenti ajelah, itu jalan paling mudah. 

Macamana pun, aku lepak aje lah dulu, aku tak nak buat keputusan dalam keadaan aku marah. Aku terfikir, aku teringat, yang aku baru aje buat entry kat blog yang kata aku nak stay for another month at least, kerja kat kedai Daniel tuh. Orang tak sempat baca pun agaknya, aku dah nak buat keputusan nak berhenti. Nanti kena kutuk dek diaorang aje. Tak malu ker? Ah, pundekkan lah orang nak gelak kat aku, orang nak kutuk aku, bukan ker aku ada taruk disclaimer kat entry aku tuh? Ala, selama ini orang gelakkan kat aku, tak luak apa-apa pun kan? Aku masih maintain, apa?

Bila aku rasa dah tenang aje, baru lah aku talipun Daniel, aku beriathu dia, aku kata, "That's it Daniel, I don't want to work here no more". Dia tanya aku apa pasal tapi aku tak jawab pun, aku tetap kata aku tak nak kerja dah. So dia tanya aku kalau dia yang jadi penyebab aku nak berhenti tuh. Aku kata tak. Mulanya dia macam tak berapa percaya tapi bila aku kata aku serious, dan aku sikit pun tak gelak-gelak macam dulu tuh, barulah dia kata dia akan sampai kat kedai within an hour. Sementara tunggu Daniel sampai, aku off kan laptop, aku kemas-kemas barang aku, memang aku nekad nak berhenti. Tak ada apa yang akan menyetopkan aku kali ini. Nothing will.

Aku keluar ke bahagian mesin-mesin tuh, aku bersihkan apa-apa yang patut, aku sapu sampah, aku kemas-kemas semuanya. Bersemangat aje. Bukan bersemangat sebab marah, tapi bersemangat sebab aku nak berhenti. Aku adalah cerita kat this one guy yang baik dengan aku tuh, dia tak percaya yang aku nak berhenti. "Daniel's coming in a few. You just watch, ok?", aku kata kat dia sambil gelak-gelak. 

Daniel talipun lagi sekali, tanya aku apa pasal nak berhenti. Barulah aku jawab sambil gelak-gelak, tapi aku tak ceritakan apa sangat pun cuma aku kata, hari tu tuh, problem demi problem yang datang, aku tak tahan dah, aku nak berhenti aje. Banyaklah Daniel nasihat aku suruh aku jangan fikir sangat pasal gagak-gagak tuh, dan kalau ada mesin yang rosak, tukar kan aje ke mesin yang lain, things like that. Dan aku tetap suruh dia datang ke kedai secepat mungkin. Sementara tunggu dia datang, aku lepak-lepak ajelah, sambil aku tanamkan semangat yang aku tak nak dan tak akan menyesal dengan keputusan yang aku nak buat tuh. 

Pukul 3 lebih Daniel datang, sambil bawak alat-alat nak repair machines. Aku terkesian jadinya, aku tak tahu macamana nak mulakan ayat, so aku tunggu biar dia bersuara dulu. Terus lah Daniel mintak maaf, dia kata dia tahu yang sejak kebelakangan nih banyak mesin yang rosak. 

Burit lah.

Tu dia, for the very first time ever, aku mencarut dalam bahasa ibunda secara terang-terangan.

Aku jadi geram bila dengar explaination dia tuh. Oooo, sebenarnya dia tahu yang banyak mesin rosak! Dia tak fikir ker yang setiap kali mesin rosak, setiap kali itulah aku terpaksa berdepan dengan gagak. Dia tak tahu ker setiap kali aku bertekak dengan gagak, sedikit demi sedikit hati aku dirobek, dimamah gagak tuh? Selama ini dia sedar yang aku jadi mangsa habuan gagak-gagak tuh rupanya. Tapi dia buat tak tahu aje kan? Sebab dia ingat aku boleh handle, dia ingat aku happy, dia ingat aku suka kerja di situ sebab ramai customers yang selalu tanya pasal aku on my day off (dia yang cerita kat aku).

"That's it Daniel, I'm going. I'm leaving", aku kata gitu sambil hulurkan kunci kedai, terus aku capai beg. Aku tak pandang pun muka dia. 

"Oh c'mon mannnnnnn.....", dia kata gitu sambil gelak-gelak. 

"No, I have to go", aku hulur tangan nak bersalam dengan dia. Dia sembunyikan tangan di belakang bontot. Aku tarik tangan dia, aku bersalam. Very firm hand shake gitu. 

"Are you serious?", Daniel tanya aku. 

"Yes I am", aku jawab sambil tenung dalam mata dia. Then aku blah, tak pandang belakang dah. Kat luar kedai tu aje aku sembang sekejap dengan mamat yang tadinya tuh. 

Aku rasa macam tak percaya aje yang akhirnya aku berhenti kerja di kedai Daniel tuh. 5 bulan lebih aku kerja di situ rupanya. Tak apalah, rezeki ada di mana-mana. 

Masa dalam bas, aku fikir, kerasnya hati aku nih. Sanggup aku tinggalkan Daniel dengan tiba-tiba macam tuh. Tapi itulah, bukan aku tak kasi dia peluang, kan? Dia yang macam took for granted yang aku macam aman damai kerja di situ, baik sama customers, boleh online sesuka hati. Dia tak tahu yang with me, aku kasi peluang dulu dua tiga kali. Tapi, kalau buat tak tahu aje, aku akan blah. Aku akan tinggalkan gitu aje, Bukan aku punya loss. Aku tak suka orang yang tak prihatin pasal aku. **Mamposlah statement lantaran itu, biarlah aku pergi** 

Masa kat dalam train tuh aku terfikir pulak kat customer-customer yang baik dengan aku, yang pastinya akan terkejut bila dapat tahu aku dah berhenti. Itupun kalau Daniel beritahu diaorang aku berhenti. I doubt it lah kalau tokay Cina nih, sure dia akan kasi alasan lain nanti tuh. 

Aku teringat kat Karen, dia kat San Francisco sekarang nih. Dia janji nak belikan aku something. Dia nih yang paling baik dengan aku sebenarnya. Ada sekali aje aku ambil tips dari dia, lepas tuh aku tak ambik dah. Dan dia pun, sebelum dia datang hantar pakaian untuk aku cuci, dia akan talipun dulu, nak make sure aku ada masa dia tiba. Dan sebab aku terbaik dengan dia, aku memanglah kasi harga murah. Minimum charge, sebanyak mana pun pakaian yang dia bawak. So, sebelum dia ke San Francisco ituhari, dia ada singgah sekejap, nak tanya aku, apa hadiah dan ole-ole yang aku nak. At last dia kata dia nak surprisekan aku nanti. Tak lak pulak aku sangka yang dia nya yang akan surprise nanti tuh bila datang bawak hadiah, tengok-tengok aku dah tak ada. 

Then aku teringat kat Edith, this one nenek yang dah bongkok sangat, macam orang rukuk aje keadaan dia. Dia nih kalau datang, aku akan suruh dia duduk aje, aku lah yang akan cuci, kering dan lipatkan pakaian dia. No matter how sibuk aku masa tuh. Pernah sekali, ada this one lady, dia datang dekat aku sambil tanya, "She lets you do that?". Dia kata, dia dah berapa tahun jadi neighbor Edith tuh dan dia tahu, Edith nih memang tak suka dan tak nak orang tolong dia sikit pun. Even nak bukak pintu. Dan bila dia tengok aku yang cucikan pakaian Edith tuh, itu yang dia terkejut sangat sebab dia kata Edith tuh memang terkenal dengan kedegilannya. I know I'm gonna miss her the most tapi nak buat macamana kan?

Then aku teringat kat a few other customers yang baik dngan aku. Rasa macam tak sanggup nak ingatkan sorang-sorang tuh sebab aku macam letting them down aje. Tapi itulah, aku sikit pun tak jangka semuanya akan berlaku dalam sekelip mata gitu tuh. 

Sampai apartment, lepas aje makan lontong sayur yang aku beli kat kedai Indo tuh, terus aje lah aku tidur. Lena siot aku tidur, ada dalam 3 jam gitu. Terbangun itupun sebab ada panggilan talipun, dari nombor yang aku tak kenal. Rupanya Daniel, dia guna phone lain sebab mungkin dia ingat aku tak akan jawab call tuh kalau dia guna nombor yang biasa dia pakai tuh. Daniel tanya aku apa pasal aku nak berhenti, aku tak jawab sangat pun, aku gelak-gelak aje. Dia suruh aku off esoknya, tapi aku cakap yang aku tak datang kerja dah. Lama jugaklah dia kecek aku, aku tetap gelakkan aje. Last-last aku kata yang aku nak tidur so jangan talipun aku dah.

Aku terperasan yang Daniel tak ada pun mention pasal gaji aku yang lima enam hari, gaji bulan Ogos nih. Kalau dia baik hati, kalau dia pandai pancing, sure dia akan suruh datang ambik gaji yang lima nam hari tuh kan? Tak apalah, aku rugi a week punya gaji pun tak apa (itu belum campur duit komisyen aku cuci pakaian lagi tuh). 

Dalam pada itu jugak, aku macam serba salah samada nak beritahu member kat tag/blog atau tidak yang aku dah berhenti kerja. Aku rasa malas nak beritahu, ala, nanti diaorang gelakkan aku, gitu yang aku fikir. So aku nak senyapkan ajelah, nak peram dulu news pasal aku berhenti kerja tuh. Tapi tak boleh, tak kan aku nak tipu member-member aku kan? Aku cadang nak beritahu tahu at least satu orang ajelah, so that tak lah aku rasa guilty sangat menyimpan rahsia dari kawan-kawan yang selama ini menghiburkan aku. 

DXX, kawan rapat, ada online awal malam tuh, tak sempat dia habis tanya khabar lagi, aku tulis, "Rul, I quit my job! Shhhhhh........."

The Final Countdown

09082007


So kaedahnya Friday minggu lepas aku off. Tak ada apa sangat yang aku buat, walaupun berbakul plans yang aku rancang malam sebelumnya tuh. Aku lebih banyak rileks dan tidur aje sepanjang hari. Yang aku sempat buat, aku pergi cuci pakaian kat laundromat yang a few blocks away daripada apartment aku nih. 

Punyalah malas aku nak on off on off kan laptop, aku tatang aje laptop tuh sepanjang aku jalan ke laundromat tuh, so save lah masa sesikit kan? Sesambil tunggu pakaian bersih dan kering, aku chat aje lah kat tagboard. Dan itulah tak dayanya kalau nampak macam kelas sikitnya aku nih, ada lah a few muka-muka tak malu yang datang tengok aku guna laptop tuh. Aku tak adalah tayang sana tayang sini pun, aku duduk kat ceruk aje. Ada budak kecik lah yang datang, ada Mamat Indo lah yang nak cuba access a few websites yang serversnya di Indo, yang of course lah slow kan? Tapi sebab aku pakai 3G, laju jugaklah, so Mamat tuh sibuklah tanya aku itu ini itu ini. Kacau aku aje.

Balik rumah aku terlepak lagi, aku tertidur semula. Bangun pun sebab nak ke city center nak beli barang sikit. Aku cadang nak pergi tengok wayang aje, show pukul 5, tapi aku berbelah bagi. Nak tengok Becoming Jane kat Ritz@The Bourse, tapi hati aku berat kepada nak pergi Riverview Stadium, nak tengok Bourne Ultimatum. Dah sampai masanya aku tengok contemporary film, filem semasa pulak lah kan? Selama ini aku layan filem-filem artistik, filem-filem yang akan digelakkan aje oleh orang-orang tak ada sekelumit seni di dirinya. Lagipun, aku dah tengok kedua-dua siri Bourne tuh, Bourne Identity sama Bourne Supremacy, so memang patut sangatlah aku tengok Bourne Ultimatum tuh. Aku minat Bourne series nih sejak dulu lagi, sejak zaman Richard Chamberlain main lagi dulu tuh. Itu semua gara-gara kakak aku lah, masa kecik-kecik dulu, berkali-kali dia bacakan buku cerita Bourne Identity (sama Thornbird) kat kitaorang. 

Sementara tunggu nak pergi tengok wayang tuh, aku berkeliaran kat kawasan apartment aku tinggal nih, pergi kedai Vietnam beli cendol sama nenas. Masuk kedai Indo, beli bubur pulut hitam sama kuih apa tah. Then aku pergi Walgreens, nak beli bekalan Frosted Flakes buat seseminggu. Itu ajelah yang aku boleh makan for breakfast, tak jemu-jemu. Ker memang aku nih memang ada pembawakan Mat Salleh? 

On the way balik ke apartment tuh, entah macamana pulak, aku jadi ter-emo sengsorang. Aku rasa sedih jer. Aku terasa sangat, aku tersedar sangat, yang aku nih ke mana-mana pun, sendirian aje.

Mula dah...... Mula dah......

Kawan yang aku ada pun, yang aku kenal, yang aku kira rapat dengan aku, semuanya kawan online aje, semuanya tengah lena diulit mimpi. Aku? Aku jugaklah sorang-sorang, terhenjut ke sana terhenjut ke sini. Kehappyan aku nih di tangan orang rupanya. Yang buat lebih sadisnya, entah-entah diaorang tak sedar pun diaorang tengah menggenggam kehappyan aku. 

"Tak boleh jadilah kalau gini, aku tak boleh depend sangat kat orang lain lah.  Sambil menjinjing bag-bag plastik tuh, sambil jalan perlahan-lahan, aku buat keputusan yang aku nak cuba tak nak rapat sangat lah dengan sesiapa online. Aku nak buat baik dengan selected few aje. Baik yang betul-betul baik. Itupun aku kena hati-hati jugak, iyalah kan, online friends nih come and go kan? Mana tahu nanti, diaorang dapat kawan baru, nama aku dicampak dihumban begitu aje, sampai aku yang makan hati kan? *Mamposlah statement apalah daya orang tak suka*

Hilang mood aku nak pergi tengok wayang akhirnya, so aku lepak aje di ranjang sepanjang awal malam. Aku tak on kan pun laptop, not until selepas Isyak. Aku cadangnya nak tidur awal tapi sebelum tidur tuh aku ter-on kan jugak laptop. Kebetulan ramai pulak orang kat tagboard walaupun weekend. Terralit aku jadinya. Terhappy aku jadinya. Terlupa aku jadinya pada janji-janji aku untuk tak nak berpeleseran sesangat online

Tak apalah, itu janji dengan diri sendiri, bukan janji dengan orang lain, kan?

---------------------------------

Sabtu memang hari yang sibuk, memang hari yang paling aku menyampah. Sunday pun sama. Memang tak aman sangatlah kalau aku nak online, especially pagi dan petang, membawak ke malam. Kalau aku boleh rileks pun, dalam pukul 2 onwards. Kebetulan pulak last Saturday tuh ramai orang hantar pakaian untuk aku bersihkan. Lepas satu, satu yang datang. 

Ok, for the last few weeks, banyak mesin-mesin, washers dan dryers, yang rosak. Bukanlah rosak apa sangat tapi adalah benda yang tak betulnya. Slow, tak spin betul-betul, tak rinse, tak kering, semuanya lah. So aku kena handle semua tu lah. Kadang aku tengah nak betulkan this machine, ada pulak gagak lain yang terpekik terlolong menyumpah seranah pasal mesin yang dia guna tuh tak functioning well. 

Itu yang paling aku benci tuh. Dah lah aku tengah hangat hati pasal kena marah dengan this customer, kat sana tuh pulak aku kena marah jugak. Dan biasanya benda tuh akan berlarut-larutan, berulang-ulang. Kalau dah bosan sangat, aku akan talipun Daniel, aku akan beritahu dia yang aku akan tutup a few machines yang selalu rosak tuh. Aku akan tampal out-of-order sign kat machines tuh semua.

Daniel tak suka sebenarnya aku buat gitu sebab machines tuh bukanlah rosak sangat pun, cuma ada sesikit yang tak betulnya. Kalau customers tengok banyak mesin yang rosak, that's bad for business lah gitu maksud dia. So kalau boleh, Daniel nak sorokkan dari pengetahuan customers yang ada a few machines yang tak berapa elok. Customers mana lah nak ambik tahu pasal itu semua, kan? Kalau mesin yang diaorang guna tuh nampak macam tak betul aje, diaorang akan memekak. Dan dengan siapakah yang akan dipekakkan kalau bukan dengan aku, kan? Biasanya aku akan pekakkan telinga aje kalau ada yang memekak gitu tuh, aku buat tak dengar jer apa yang diorang marahkan, aku akan either tukar mesin lain atau kasi refunds.

Dan setiap pagi, masa aku masuk kerja, aku akan jeling-jeling, tengok-tengok mana-mana mesin yang semalamnya aku tutup, yang aku tampalkan sign out of order tuh. Biasanya Daniel akan buang semua signs tuh, dia akan cakap kat aku yang mesin tuh semua dah ok. Memanglah, kadang-kadang ok, kadang-kadang tak ok. 

Daniel tuh tak fikir, kalau dalam sehari, 5 kali (say out of 10 times orang guna mesin tuh) rosak, macamana kalau kelima-lima mesin yang selalu rosak tuh buat hal? Bererti 25 kali lah aku akan bertekak dengan customers kan? Ok, mungkin ada customers yang faham, say ada 5 orang yang jenis tak marah, yang dengar kata aku. Tapi how about that 20? Dan dari 20 orang tuh, sure ada yang marahnya jenis yang menusuk jantung kalbu aku kan? Ha, itu yang aku paling tak daya sekali tuh. Korang tau lah gagak, diaorang nih, sedangkan diaorang tak ada buat palat pun diaorang memang jenis yang cakap banyak kan? Inikan pulak kalau memang diaorang rasa diaorang tertipu, sebab mesin tuh rosak. Memang nak cari penyakit aje lah kalau gitu tuh. 

So kaedahnya Sabtu tuh was not my day. Bertubi-tubi aku kena dengan gagak. Nasib baiklah masa tuh aku baru bersemangat balik untuk terus kerja di kedai Daniel tuh kan? Kalau tidak, harus aku tinggalkan begitu aje. Lebih sadisnya lagi, malam tuh, aku, walaupun siap cepat menyapu sampah, mengemop semuanya, ada pulak gagak yang tersesat, yang datang nak keringkan a few spendas dia. Bertekak lagi dengan aku sebab dia kata aku tak ada hak tutup kedai tuh selagi dia tak siap keringkan pakaian dia. Sabar aje lah.

Agaknya sebab bengang sangat bila aku nak tutup aje kedai, bas pun lalu dan aku terpaksa tunggu bas seterusnya, aku jalan kaki ajelah dari kedai tuh ke subway station. Sepanjang jalan tuh aku tetap fikir, kalaulah Daniel kasi aku gaji on the first day of August dulu tuh, aku tak akan jalan kaki dah memalam buta gitu tuh. Aku dah berhenti kerja dah sepatutnya. 

Memanglah menyeramkan lalu di kawasan sarang gagak di malam-malam musim panas gitu tuh. Di sana sini gagak-gagak berkeliaran. 

Sunday lagi lah teruknya sebab ramai orang yang datang dari siang sampai awal malam. Dan aku terlepas bas lagi sekali. Terpaksalah aku tunggu bas seterusnya, 45 minit kemudian. Basah bojot pakaian aku sebab hujan turun rintik-rintik.

Laaa, lupa nak tulis yang Sunday tuh Daniel kasi baki gaji aku, berkali-kali dia mintak maaf dengan aku, dia kata dia sibuk, lupa. Aku selamba aje, tak ada pun aku rasa marah ker apa ker. Bagi aku, as long as dia bayar, tak ada hal punya lah, cepat atau lambat. Sebab aku masih ada duit lah kan? Kalau tak ada duit tuh, harus lah aku dah mengamuk, kan?

Sebelum Daniel blah, aku macam happylah jugak sebab Daniel kata semua machines kat kedai tuh dah ok sebab dia dah repair mana-mana yang patut, itupun sementara tunggu spare parts yang dia order tuh tiba. Untuk sementara, semua machines tuh boleh diguna. So, tak akan ada masalah customers nak komplen lagi.

I was a little busy in the morning sebab ada dua orang hantar pakaian untuk dicuci. Terbengang kat this one guy sebab dia kata stokin dia banyak yang tak match, last time dia hantar untuk dicuci. Aku sound dia, aku kata bukan aku sorang kerja di situ, mungkin yang bersihkan pakaian dia tuh, Daniel, di hari aku off ituhari. Walaupun aku rasa it was me yang cuci pakaian dia tuh. Biasalah kan, aku kena lah kasi alasan, aku kena lah tegakkan benang yang basah, bila keadaan memerlukan. 

Tengah melipat pakaian tuh, ada sorang perempuan nih panggil aku, menjerit-jerit, kata mesin rosak. Bocorlah kononnya. Mesin tuh tak bocor sebenrnya tapi pakaian dia yang tersangkut kat pintu washer tuh, so air keluar. Sambil mengemop tuh aku mengomel ajelah. Ada pulak gagak lain terjerit-jerit panggil aku, nak beli itu ini, so aku lari kejap ke bahagian jajan. Belum sempat aku nak sambung mop, ada sorang lagi terjerit-jerit marah pasal pakaian dia tak cuci sebab mesin tuh tersangkut-sangkut. 

"I'll be right back Ma'am", aku kata gitu. Then adalah gagak jantan nih, dia hoi kan aje kat aku, then kasi signal suruh aku tengok-tengok kan mesin yang dia guna. La, mesin tuh pun tak berapa betul. Sambil-sambil tuh, gagak tuh dah mula membebel, aku yang masa tuh dah panas hati, membebel lah jugak. Macamana pun, aku dapat settlekan semuanya.

Baru aje aku nak buat kopi untuk breakfast, ada lagi gagak buat hal. Rupanya diaorang nih pun dahagakan belaian kasih sayang aku jugak gamaknya. Semuanya nak mintak aku yang uruskan, semuanya nak mintak aku yang tunjukkan. Jenis yang tak reti dan tak nak mencuba, jenis yang manja tuh. Bukannya bebudak, tapi orang dah berumur. Apa tak cukup ker life experience diaorang selama hidup di muka bumi ini yang sepatutnya boleh mengajar dia erti berdikari, sampaikan nak masukkan coins ke dalam washer itu pun, memerlukan tunjuk ajar dari aku insan yang hina ini? 

Kehangatan hati aku semakin manjadi-jadi bila lepas satu, satu, ada aje mesin yang buat hal. Kejap-kejap aku talipun Daniel, kejap-kejap aku talipun Daniel, nak beritahu yang mesin number sekian nih rosak, not spinning, mesin yang nombor itu tak bergerak-gerak, mesin yang lagi satu tak keluar air. Daniel suruh aku kasi refunds aje, dia kata dia akan datang within an hour or so nak repair some of the machines. Belum sempat aku lepak, ada masalah lain pulak. Dan tak habis pun masalah tuh, ada gagak lain pulak yang terlolong. Fuck! Gila Monday nih, tak macam Monday-Monday lain.

Ok, habis bab tuh.

---------------------------------

Tiba-tiba suasana bertukar jadi macam senyap aje, yang cuci pakaian balik, dan tak ada yang lain datang dah. Macam ada break gitu. Dan aku jadi terbosan sengsorang. Kat online pun tak ada siapa. Aku jadi macam terbengang gitu, aku jadi macam tersayu gitu. Aku fikir, here I am, sorang-sorang, tak tahu apa nak buat, tersorok terjelepuk kat bilik kecik nih. Apa aku tak nak berusaha untuk keluar dari kepompong ini ker? Apa aku akan sanggup untuk tunggu for another month (at least) baru aku nak keluar? Apa aku nak buat? 

True, aku lepak gitu pun dapat duit kan? Tapi, mana life aku? Tak boleh ker aku cari duit and at the same time enjoy life aku yang tak seberapa nih? Apa pasal aku jadi macam penakut sangat nih sampaikan tak berani nak buat keputusan untuk berhenti kerja, kononnya aku dah selesa di tempat Daniel nih? Tak malu ker aku nih yang orang tahu, yang selesa maksud aku tuh, aku boleh online for a few hours a day? Tak malu ker aku nih yang kalau orang tahu tujuan aku online tuh sekadar untuk meraih simpati orang supaya berkawan dengan aku ini yang selamanya berada di dalam ketandusan kasih sayang? Tak sedar ker aku nih yang itu menyundal namanya? 

Apa tak boleh ker aku buktikan pada diri aku sendiri yang hidup aku boleh diceriakan tanpa internet? Yang hidup aku boleh mempunyai makna, tanpa adanya terlalu bergantung kepada internet? 

Itulah cabaran masa kini namanya. 

With that in mind, aku rasa macam jadi bersemangat sikit, tak tahu lah apa pasal. Mungkin sebab aku rasa aku tak dapat apa sangat pun dari internet nih, sekadar sedikit hiburan untuk memenuhkan masa lapang. Not more than that. Kawan? Aku dapat ramai kawan, yang aku rasa rapat. Cuma aku nak kan kawan yang betul-betul rapat, macam adik-abang, adik-kakak gitu. Kalau dapat, Alhamdulillah, kalau tak dapat, aku tak nak kata apa lah.

Ok, dah lah bab tuh. Bosan aku.

------------------------------------------

Dalam ramai-ramai ex-musuh aku yang jadi customers tuh, ada lah this one perempuan (aku namakan Gagak-X) yang walaupun sekarang dah baik dengan aku, tapi aku masih takut-takut jugak kat dia. Gagak-X nih memanglah sombong sangat orangnya, bukan aje dengan aku, tapi dengan orang lain. Tambah-tambah kalau hari dia datang basuh pakaian tuh, dia pakai melawa, seksi. Itu lagi lah sombongnya. 

Tak payahlah aku cerita detail macamana aku jadi macam baik dengan dia tapi, aku buat baik tuh sebab aku tak tahan kena marah dengan dia. Aku takut dengan dia yang dalam seminggu tuh sampai 3 kali dia datang cuci pakaian. So kaedahnya dia jadi ok lah dengan aku, itupun sebab aku selalu tolong dia. Aku yang masukkan pakaian dia dalam dryers, so that dia tak payah nak tunggu pakaian tuh siap dicuci then masukkan dalam dryers. Dia bolehlah pergi ke mana-mana dulu sementara tunggu pakaian kering. Dia cuma sediakan duit, dan tulis nombor-nombor mesin yang dia pakai, the rest tuh aku yang uruskan. Memang itu bukanlah kerja aku sebenarnya, aku tolong pun sekadar nak berbaik dengan dia, so that dia tak marah aku. Bunyi macam pengecut aje kan, tapi itu lah hakikatnya. A man got to do what a man got to do. Walaupun terpaksa menjilat bontot gagak betina. 

So Monday tuh Gagak-X nih datang bawak pakaian yang banyak, pakaiannya ya ampun lah punyalah seksinya. Siap dengan high heels yang tali sampai ke lutut. Memang gagak kampung nih, dressing diaorang gitulah, tak mengikut norma-norma pengdressingan semasa. Nampak macam bad mood aje Gagak-X tuh so aku takat layan gitu-gitu ajelah, tak ada pun buat lawak. Ada lah a few times dia marah-marah, tapi bila dia sedar yang aku bengang, dia katalah, "Oh, I was just kidding", sedangkan aku tahu, dia memang marah. 

Al-kisahnya, lepas masukkan semua pakaian tuh, dia mintak pen and paper dari aku sebab nak tulis nombor-nombor machines yang dia guna, dia nak suruh aku masukkan pakaian tuh ke dalam dryers bila dah siap dicuci nantinya tuh. Aku ok kan aje. 

"Write them down, just give me the money for the dryers", aku kata gitu. Memang macam gitulah caranya. 

"What????????", dia jerit kat aku. Aku tak faham apa pasal dia jerit so aku ulang semula apa yang aku cakap tadinya tuh. 

"Why do I have to pay now, why can't you use your money first?", dia tengking aku. Terkejutlah aku sebab selama ini pun, dia yang kasi aku duit, tak pernah pun guna duit dari cash register kitaorang. Lagipun, memang tak masuk akal lah kalau nak guna duit sendiri nak tolong dia kan? Sure kalau Daniel tahu, dia akan marah. Dan aku pun memang tak ada niat nak tolong pun kalau Gagak-X tuh nak suruh guna duit kedai tuh dulu. 

"It's always like that, you give me some coins for the dryers and I'll do the rest", aku kata gitu.

"You're being rude to me again, why can't you use your own money first", Gagak-X jerit lagi. 

"I can't do that, that's not my money", aku kata gitu sambil tunjuk arah cash register. 

"Why are you not helping me?", kata Gagak-X lagi. 

"I can't. That's the policy", aku kata gitu. 

"Fuck you! Why are you so rude?", kata Gagak-X.

"I'm not being rude! Fuck you bitch!", dia fuck aku, aku fuck lah dia balik, kan? Lepas pada tuh berfuck-fuck lah kitaorang. Adalah a few customers yang baik dengan aku, aku tengok, geleng-geleng kepala aje.

"I refuse to help you this time around, you do it yourself", aku kata gitu sambil hulurkan balik kertas yang dia dah tulis nombor-nombor mesin yang dia guna. Gagak-X rampas kertas tuh, dikeronyok-keronyok, dia baling kat aku. Dia ambik pen, dia baling kat aku, aku sempat mengelak.