Monday, October 8, 2012

New York Minutes


Friday tuh awal-awal lagi aku dah keluar walaupun aku tak ada plan apa pun. Kecuali untuk pergi Sembahyang Jumaat. Aku merayau aje lah di Chinatown tuh, cuaca pun mendung aje. Then aku lepak kat satu park nih tempat yang PakCik Arthur beritahu aku dulu tuh, kat tempat yang ramai orang Indo, Malaysians dan Singaporeans lepak-lepak. Sesambil tuh aku on kan laptop. Tapi, dalam dua jam aku lepak tuh, tak ada pun muka Malaysians yang aku nampak, muka Indon pun tak ada. PakCik Arthur pun tak nampak kelibat dia. 

Pukul 11 tuh baru lah aku ke tempat MakCik Jenny, tapi tempat dia belum bukak. Aku guna word "tempat" sebab kalau nak kata "office" pun macam tak sesuai aje. "Tempat" tuh macam kaunter jual ticket bas kat Puduraya tuh. 

Aku ke tempat MeiMei pulak. Macam tak ada kerja yang sesuai aje gayanya, MeiMei macam nak tak nak jer layan aku bila aku suruh dia check a few jobs yang ada tertulis kat board tuh. 

"That one's too far away la, sana Flushing", kata dia. "That one is taken", ada jugak dia kata gitu. "Number 10 aaa? Number 10, in Brooklyn. You want or not?", dia tanya aku. "You try lah", aku jawab lagi. "Nobody answer(s) the phone, you come back tomorrow", kata MeiMei. 

So aku ke tempat Tina pulak, a few doors away. Ramai sangat orang, yang lepak-lepak gitu, so aku tak dapat pun nak masuk. Iyalah, bilik tuh kecik sangat. Aku lepak kat luar aje lah sambil sembang-sembang dengan a few Indons yang sama cari kerja jugak. Bila tengok keadaan diaorang barulah aku rasa macam insaf, macam patut bersyukur. Diaorang tuh (bukanlah semua), lagilah daif nya. Lagilah parah dari keadaan aku. At least aku ada duit, aku ada bilik sewa kat New York City nih. Dan aku pun ada beg laptop kat bahu aku. 

Diaorang? Diaorang tuh siap bawak beg besar, ada yang usung, ada yang tarik, ada yang gendung lagi. Most of them baru sampai dari far away places, atau pun baru check out dari hotel kat Chinatown yang macam tempat pelarian tuh. So diaorang ke tempat ajen untuk cari kerja yang di luar kota New York. Kalau dapat, diaorang akan terus aje pergi. Itulah, bila tengok keadaan diaorang tuh, baru aku rasa macam aku patut bersyukur. Sebab aku tak lah di tahap macam diaorang tuh. 

Tak lama lepas tuh aku terus aje lah ke Jackson Height, kat kawasan ramai India tuh, aku Sembahyang Jumaat kat masjid kecik diaorang tuh. Then aku balik ke rumah, rasa macam down aje. Tah pasal apa aku pun tak pasti. Aku bukak aje pintu, aku ternampak bungkusan parcel DHL. Aku punya nih, kata aku dalam hati. Sebab sehari sebelum tuh, kawan aku ada beritahu aku yang akan ada parcel datang dari Malaysia. 

Apa lah isinya parcel nih, kata aku dalam hati, sambil tak sabar-sabar nak buka. Leper jer gayanya nih, tapi berat jugak, macam pakaian jer gayanya, kata aku lagi sambil terus koyak-koyakkan bungkusan tuh. "Oh shit! Oh shit!", aku kata gitu kuat-kuat bila aku tengok ada sepasang Baju Melayu kuning. "Oooooooooh shit!', aku kata lagi bila aku tengok ada kain samping sekali. Terketar-ketar kepala aku, mengalahkan budak kecik lagi gayanya. Aku tak expect langsung "diaorang" akan hantar aku Baju Melayu serpersalinan gitu. Kalau diaorang hantar serpersalinan songket lagi bagus kan? 

So kaedahnya aku berbaju Melayu itu lah sepanjang hari. Too bad orang kat Malaysia tengah nyenyak tidur masa tuh, kalau tak boleh diaorang tengok aku kat webcam, menggayakan Baju Melayu yang lawa tuh. Sampai tertidur berbaju Melayu aku, petang tuh. 





Weekend tuh aku tak ke mana-mana, melepak kat bilik aje. All I did sepanjang hari, aku layan dengar lagu-lagu kat internet, aku even tengok tv dan dengar radio Malaysia lagi. Mengada-ngada sangat kan? Masa sedih tuh patutnya aku jangan layan benda-benda gitu. Ini tak, aku dengar lagu Raya, aku dengar lagu-lagu sedih aku, aku dengar full blast lagi. Sampai aku dah tak tahan lagi, sampai aku kata, arghh, pergi mamposlah benda-benda nih semua. The more aku layan, the more aku rasa sedih. Baik aku buat macam dulu-dulu, aku tak ambik kisah pun pasal lagu-lagu Raya nih. Aku tak sedih pun masa dulu tuh. Aku ingat lagi, the first two Rayas kat Amerika nih, aku tak sedih sikit pun. Cuma aku ingat aje yang hari tuh Hari Raya. Cuma sekarang ni aje, dua tiga tahun kebelakangan nih, kerinduan dan kesedihan aku semakin menjadi-jadi. 

Isnin, aku pergi lagi ke tempat MakCik Jenny. Tetap tak ada kerja yang baru. Tetap MakCik Jenny suruh aku pergi ke Long Island aje, kerja laundry di sana. Dan ada satu lagi kerja yang gaji dia ok jugak, tapi jauh sana kat New Hampshire. Nak ke sana, kena ke Boston dulu. Hampir aku terambil offer tuh, out of desperation. Iyalah, minggu depan nih akan sunyi lah aku, kan. So might as well aku membusykan diri aku buat benda-benda lain, tak ada lah sangat rasa sunyi nanti tuh. Tapi nasib baik aku sempat fikir, yang lebih bagus kalau aku tunggu aje lepas Raya. Bukan aku tak ada duit untuk survive sampai akhir bulan kan? Raya setahun sekali aje. Sebelum aku blah, aku beritahu MakCik Jenny yang aku, kalau boleh, nak kerja lepas Raya. 

Petang tuh MakCik Jenny talipun aku, dia kata ada satu kerja nih, kat Thai restaurant kat Midtown Manhattan. Kerja mula 12 tengahari sampai 12 malam, 5 days a week. Ok dah kalau macam tuh, sempat aku pergi Sembahyang Raya nanti. So aku beritahu dia yang aku nak kerja tuh dan aku akan datang esok paginya untuk ambil details. 

Besoknya masa aku ke tempat MakCik Jenny, masa dia kasi details pasal kerja tuh, aku terperasan yang semalamnya MakCik Jenny offered the same job to this one Indonesian. Aku ingat tuh pasal nama tokay restoran tuh, Ameer. Direction yang dikasi pun exactly sama dengan direction yang dia kasi kat aku. Takkan Mamat Indo tuh tak jadi pergi, atau takkan dia berhenti? Or, memang restoran tuh nak kan ramai orang baru? Then masa MakCik Jenny talipun Ameer tuh untuk mengonfirmkan yang aku akan datang for interview, aku terperasan lagi yang pagi tuh MakCik Jenny ada hantar another guy, a Tibetan, untuk kerja di restoran tuh. Macam ada benda yang tak betul jer nih, kata aku dalam hati. Tapi aku diam kan aje lah, aku terus aje ke alamat yang MakCik Jenny tulis kat kertas tuh. 

Betul-betul kat Midtown, kat New York Uni punya area. Kawasan sibuk. Kawasan ramai Jews jugak aku tengok. Senang aje nak cari restoran tuh, so aku terus aje jumpa dengan Ameer.Ada lah a few staff yang berlainan bangsa kat situ. Then aku ternampak this one guy yang aku rasa macam familiar jer. Memang pun, rupanya dia lah Mamat Tibet yang MakCik Jenny hantar tuh. Mamat nih pernah kerja sama-sama aku dulu tuh, masa di Pittsburgh. Masa tuh aku dah nak blah dari Pittsburgh dah kan. Yang dia dengan adik perempuan dia tuh. [Entries masa aku nak lari dari Pittsburgh pasal takut kan polis dan immigration, sebab dua orang Spanish kat apartment kitaorang tuh, diaorang rogol one American girl. Awal September 2006 rasanya]

Muda lagi orangnya Ameer tuh, nak kata Arab bukan Arab. Silap-silap dia nih one of those Jews. Baik nampak gayanya Ameer tuh, dia terangkan apa yang aku kena buat, schedule kerja etc. Dia beritahu yang aku kena datang training for 2 days, lepas tuh aku decide samada nak kerja di situ atau tidak. Dan training dua hari tuh tak dibayar gaji, cuma dikasi makan aje. 

So besoknya, 11-45 am aku dah tercegat di luar restoran tuh.

Dekat setengah jam aku menunggu Ameer, masih dia belum datang. Aku tunggu kat luar ajelah sebab one of the guys yang kerja kat counter tuh suruh aku tunggu kat luar. Then aku talipun Ameer, nasib baik tak lama lepas tuh dia datang. 

Mamat Tibet yang aku jumpa semalamnya tuh,dia ada datang for training, tapi tak sempat lama dia blah. Dan budak Indo tuh, aku pun tak tahu cerita, tak ada pun nampak muka dia. Sah lah dia pun berhenti jugak. 

Ameer bawak aku turun ke basement, aku tengok ada satu basikal tersandar kat dinding. "Can you ride a bicycle?", dia tanya aku. Mamposlah kalau dia suruh aku buat delivery, kata aku dalam hati. Tak kan aku nak buat delivery naik basikal kat tengah-tengah Manhattan tuh? Gila! Aku buat tak dengar aje soalan dia tuh. 

Then selama sejam lebih aku jadi dishwasher, mencuci segala periuk belanga yang kotor. Lepas dari tuh aku diajar dan disuruh memotong sayur, untuk penyediaan salad. Restoran tuh khas jual salad dan sandwich aje. Thai salad kononnya. Tah apa-apalah namanya saladnya tapi aku tengok, macam sama jer dengan salad-salad kat tempat lain. 

Ya ampun punyalah banyak sayur dan buah-buahan yang aku kena potong dan kupas. Memanglah kerja aku slow mula-mulanya tapi lama kelamaan cepat jugak. Every 10 minutes Ameer akan datang ke basement menengok aku kerja. Tak ada sekali pun dia kata tak bagus, semuanya "brilliant, good job, beautiful", words yang menaikkan semangat aku untuk terus memotong berguni-guni, berkotak-kotak sayur dan buah-buahan tuh. 

Aku perasan, ada dua orang amigos yang baru masuk kerja, yang training macam aku jugak. Dan di sepanjang hari tuh, ada few times aku terdengar Ameer menjawab panggilan talipun, samada dari agent kerja atau dari orang yang call secara direct kat dia (sebab di restoran dia tuh ada dipasang iklan). Pelik sangat aku jadinya, restoran tuh kecik jer, dan dia dah ada ramai staff,apa yang nak cari ramai-ramai lagi? Tak tahulah kalau staff yang semalam aku jumpa tuh dah berhenti, atau staff yang ada sekarang nih nak berhenti. 

Dan aku terfikir yang gini kerjanya si Ameer nih. Dia panggil orang suruh datang training, then lepas training, dia kata dia tak nak orang tuh, dia nak cari orang lain. So dia dapat hasil kerja penat lelah selama dua hari untuk setiap orang sebab training dua hari tuh dia tak bayar gaji. Memang dasar Yahudi sangat kan? 

Aku tengah sibuk memotong sayur-sayuran di basement tuh bila aku terdengar suara Ameer tuh marah-marah, aku rasa tak sedap hati jadinya. Betul jangkaan aku, kedua-dua amigos yang mula training hari tuh sama aku tuh, diaorang blah gitu aje. So kaedahnya tinggallah aku sorang. Tapi aku tahu yang petang tuh akan ada dua lagi orang baru untuk training,dan besoknya ada lah 3 yang akan datang ke restoran tuh. 

"I know you can do this, that's why you are still here", kata Ameer bila aku kata yang kerja aku agak slow. Macam-macamlah dia kata, just untuk menyedapkan hati aku. Termakan jugak puji dia tuh so aku pun makin laju buat kerja. Kononnyalah. Sampai sakit-sakit tangan aku sebab memegang pisau sepanjang hari. 

Malam tuh sebab dah tinggal 3 orang aje yang kerja, keadaan jadi kelam kabut sikit. Aku masih tak siap-siap memotong sayur, kena potong ayam pulak tuh a few boxes. Marah agaknya Ameer tuh tapi dia tak lah macam obvious sangat yang dia marah. Aku semakin malas jadinya, letih dan lapar jugak sebab aku berbuka pun takat ratah daun sayur yang aku potong tuh. 

Sabar orangnya the only amigo yang kerja tuh sebab banyak kali aku dengar dia kena tengking dek Ameer. Kecut perut aku jadinya sebab aku tahu, kalau amigo yang dah beberapa bulan kerja di situ tuh pun boleh ditengking sesenangnya, sure aku akan kena jugak nanti. 

Terus aku terfikir yang aku rasa tak sesuailah aku kerja di restoran tuh, Ameer tuh Yahudi, mudah panas baran pulak tuh. Akan berendam airmatalah aku nanti kalau kena tengking dek Ameer tuh kan? 

So aku jadi macam serba salah samada nak teruskan training aku tuh for another day, atau terus tak datang aje dah esoknya. Bila Ameer puji aku, kasi semangat kat aku, aku rasa macam nak teruskan aje training tuh. Tapi tiap kali dia marah-marah, aku jadi macam kecut gitu. Sebab dia kalau marah, macam orang kena rasuk setan. 

Tak nak aku tulis panjang-panjanglah tapi akhirnya Ameer termarah kat aku. Masa tuh dah dua belas lebih dah, sepatutnya aku dah disuruh balik tapi dia tak kasi aku balik sebab dia nak aku tengok macamana diaorang tutup restoran tuh pukul 1 pagi nantinya. Dia nak aku perhatikan betul-betul sebab nanti aku yang akan buat semuanya tuh. 

Ameer tengah sibuk masa tuh, sesambil tuh dia mengajar aku buat sandwich, salad semuanya tuh. Adalah dia tersalah buat apa tah, terus dia termencarut, dia balingnya salad tuh ke dalam trash bin sambil merungut-rungut. 

"Excuse me.....", aku kata gitu bila dia tetap menyalahkan aku sedangkan aku tak buat salah apa pun, aku berdiri tegak aje tengok dia ajar aku buat sandwich tuh. Tiba-tiba dia naik angin, dia jerit kat aku, dia kata sebagai Boss dia berhak marah aku anytime dia suka, dan aku sebagai pekerja tak sepatutnya tanya dia apa pasal dia marah. 

Teruslah aku senyum aje, dan korang tau lah kan keputusan aku? Teruslah aku decide yang aku tak nak teruskan training aku kat situ. Maknanya aku tak nak lah kerja di restoran tuh. Aku terus ajelah mintak diri nak balik sebab dah 13 jam lebih aku di situ, mana dia bayar gaji kan? 

Tak tahu pasal apa tapi Ameer tak kasi aku balik, walaupun aku mencanak aje pergi ambil jacket aku, dia ikut aku, dia kata dia nak cakap dengan aku. Mana aku nak, aku tak layan aje dia. Ada dalam sejam agaknya dia pujuk aku suruh terus kerja di situ, tak payahlah aku detailkan apa yang kitaorang sembangkan, or rather debatkan. Aku suka jugak dia banyak kutuk aku, kata yang aku nih dah 30an, susah nak cari kerja. Yang aku nih banyak sangat fikir, yang aku nih sensitif sangat, yang aku nih cakap banyak. Sebab the more dia kutuk aku, makinlah aku jadi macam marah gitu walaupun ada betulnya jugak apa yang dia cakap tuh. Tapi aku nih lelaki yang berperinsip kan? Prinsip aku lah kan? Yang buat lawaknya, aku layan ajelah debatan dia tuh, sampaikan dia betul-betul ingat yang aku akan teruskan kerja di situ. Last-last aku kata aku tak nak kerja di situ. Rasa kan, jahat sangat dia tipu orang, aku tipu lah dia pulak kan? 

"Thanks for the drinks but I'm not coming here no more", itu ayat aku yang terakhir. So aku blah begitu aje, tak pandang belakang pun. Aku biarkan aje Ameer kat bench depan restoran tuh sorang-sorang. 

So aku balik ke rumah keletihan. Rasa bengang yang teramat sebab nampak gayanya macam susah jer nak hidup kat New York City nih.

Yang Serba Tak Kena


Hari pertama, or rather malam pertama aku tak kerja tuh, aku terpaksa off kan cellphone aku sebab banyak kali Lee menalipun. Talipun aku memang jarang sangat berbunyi so tak ada masalah langsung bagi aku kalau aku off kan talipun. Tak akan ada lah orang lain yang akan menalipun aku selain Lee tuh, so aku biarkan aje talipun tuh off. For a few days. 

Dan dalam masa dua tiga hari pertama tuh, aku tak buat apa pun. Aku lepak aje kat bilik, terkapar-kapar kat katil (literally lah kan?), doing nothing. Online kejap, chat, surf sana sini, tidur. Bangun tidur, the same things again. Tak kira siang malam. I pulled the curtain down so memang gelap lah bilik aku kalau tak pasang lampu. 

Dalam 24 jam sehari tuh, adalah 4 atau 5 sessions begitu. Nak buka Puasa pun malas, nak Sahur apa tah lagi. Makan pun apa yang ada aje. Memang tak ada apa pun. So terpaksalah keluar, kadang-kadang pagi-pagi buta, ke McDonald's yang bukak 24 hours tuh. Itu ajelah makanan aku, fish burger sama fries. Minum coke float. 

Aku jadi malas teramat malas. Nak mandi malas, nak bercukur malas, nak kemas-kemas bilik yang bersepah larah pun malas. Sampaikan nak bukak contact lens pun aku malas, aku pakat tidur pakai contacts aje. Dan aku tahu akibatnya kalau tidur pakai contacts nih. Susah nak cabut, sebab contacts tuh akan melekat macam getah, kat mata. Sampai aku terpanik sendiri sebab after a few minutes of trying, contacts tuh macam berkerabat aje kat mata. 

Tapi nasib baiklah aku nih sabar orangnya. Aku tak boleh nak korek contacts tuh dari mata, so aku nak buat macamana kan? So aku dok lah melepak, termenung ker, tengok screen laptop ker gitu. Dan dalam masa termenung tuh, ada waktunya aku layanlah jugak ketermenungan aku tuh, habis-habisan. Aku panjangkan termenung aku tuh, yang biasanya aku akan end up mengalirkan airmata. 

Dua tiga kali gitu, lama-lama akan hanyutlah contacts aku dibawak lari arus airmata, kan? 

So dalam masa tiga hari tuh, memang aku online aje lah kerjanya, sampaikan aku termalu kat diri sendiri. Tak apa lah, mana tahu nanti aku dah tak ada peluang nak chat dah kalau aku kerja di tempat lain nanti tuh, aku cuba menyedapkan hati aku. Aku cuba membuang kemaluan yang aku ada. 

Sampai lah satu hari tuh bila aku tersentapz sendiri-sendiri. Aku tak boleh layan kemalasan aku. Aku tak boleh melingkar atas katil aje sepanjang hari. Aku kena start cari kerja. Aku kena kerja. Aku tak boleh layan sangat member-member lain chatting tuh, diaorang semuanya kerja. Kerja bagus-bagus pulak tuh. Dan diaorang chat pun masa diaorang free, masa tak kerja (walaupun ada yang chat masa kerja). Aku? Aku tak kerja. Aku tak boleh leka gitu, aku tak boleh terralit macam tuh. Lagipun, aku kat New York, kan? 

Tapi, apa yang buat aku rasa berat hati sikit, pasal aku rasa, the more aku spend masa untuk chatting dengan member-member, the more aku rasa aku jadi close dengan diaorang. 

Menyundal ker tak menyundal ker, that's the exact feeling yang aku rasa. Aku jadi macam terclose (bukan tertutup, ok? wakakakaka) dengan a few names. Well, apa salahnya jadi close dengan kawan-kawan kan? Memanglah tak salah, tapi keadaan aku yang macam gini memang tak mengizinkan aku untuk menjadi terlalu rapat dengan orang. Apa tah lagi dengan orang yang tak berapa tahu pasal aku. Meaning to say, orang yang baca sikit-sikit jer blog aku nih. Yang tak faham cerita dan keadaan sebenar. 

True yang aku nak cari/ada kawan rapat yang betul-betul rapat tapi aku rasa dalam keadaan aku sekarang nih, aku kena utamakan diri aku dulu. With Hari Raya yang bakal menjelang, aku akan mudah jadi sayu, jadi emosional. Dan tahun ini, tak macam tahun yang lepas-lepas, aku semakin kenal ramai orang, dan aku tak sanggup rasanya menempuh cuti Raya nanti berseorangan. Akan sunyi lah aku. 

Mulanya aku berbelah bagi jugak samada nak cari kerja sebelum Raya atau nak tunggu lepas Raya baru nak cari kerja. Itu yang hari Khamis tuh, aku terus aje ke tempat MakCik Jenny. Jugak ke tempat MeiMei. Ada a few jobs yang aku rasa sesuai tapi bila aku tanya, semuanya nak kan aku kerja besoknya. 

At last aku suruh MakCik Jenny contact satu laundry nih yang hendakkan an Indonesian guy. MakCik Jenny suruh aku bayar $50, mulanya aku malas bayar sebanyak itu sebab aku biasanya bayar $35 aje, yang kalau kerja tuh tak sesuai dan aku nak cari kerja lain, aku kena bayar another $35. Bayar $50 nih, kalau kerja tuh tak sesuai, kalau tokay tuh tak nak ambik aku lepas interview, MakCik Jenny akan carikan aku kerja lain pulak. 

So pergilah aku untuk diinterview, kat Chelsea, kawasan yang banyak rainbow flags. Tersengih-sengih aku sengsorang bila fikirkan yang kemungkinan aku akan kerja di gayhood tuh. Tapi artis pun ramai duduk Chelsea, Kate Winslet, Beyonce, even Anderson Cooper pun duduk area tuh.

Aku masuk aje laundry yang nampak macam sibuk aje tuh, tokay dia, Mrs Khoo, terus dia suruh aku lipat pakaian satu cart. Amboi, kurang asamnya, kata aku dalam hati. At least tanyalah aku dulu, kan? Aku tahu lah yang dia nak tengok macamana aku melipat. Aku pelik jugak sebab MakCik Jenny kata, kerjanya bukan melipat sedangkan Mrs Khoo kata dia nak kan orang yang kerjanya melipat pakaian sepanjang hari. Mamposlah kalau gini, kata aku dalam hati.

Aku cadangnya nak mintak diri nak blah aje lah sebab tak sesuai kerja tuh dengan aku rasanya, tapi aku teruskan jugak melipat pakaian tuh. Kena lipat elok-elok, kena sama saiz, sama kaler. Tak macam masa aku kerja dulu, lipat pakaian ikut suka hati aku aje. 

Ada satu awek yang tengah mencuci pakaian tuh gelak jer tengok aku melipat pakaian tuh, walaupun puas aku kontrol macho. Bila Mrs Khoo komen pasal aku lipat bedsheet tuh salah, lagi lah Minah tuh senyum, jadi bengang aku dibuatnya. Tak apa lah, kata aku dalam hati. 

Bila habis satu cart tuh pakain yang lipat, Mrs Khoo kata yang aku tak sesuai kerja di situ sebab dia nak kan perempuan yang kerjanya melipat pakaian aje sepanjang hari. Aku tak ada lah terkilan sangat pasal kalau dia offer aku kerja tu pun, sure aku akan berfikir panjang. Tak nak lah aku terus rembat aje kerja yang ada, aku masih ada pilihan kerja lain. So, aku balik semula ke tempat MakCik Jenny, tapi office dia dah tutup. 

So aku singgah sekejap kat tempat MeiMei, another agent tuh. Ada a few jobs yang aku rasa sesuai tapi sebab aku dah bayar duit service charge kat MakCik Jenny, malaslah aku membazir duit untuk cari kerja melalui MeiMei jugak. Lagipun aku ada masa, aku masih berbelah bagi sebenarnya. 

Aku balik aje lah, dah terus online. Sedih, itu ajelah yang dapat aku cakap sekarang nih. Time-time begini, internet buat aku sedih. Iyalah, aku asyik dok dengar lagu-lagu Raya aje kerjanya, dan tengok orang lain pun semuanya sembang-sembang happy aje. Aku, bila baca blog-blog kawan, bila dengar cerita-cerita diaorang, walaupun aku happy for them, tapi aku tak boleh sembunyikan perasan sedih kat diri aku nih. Tak ada siapa tahu, tapi aku, bila dengar aje cerita-cerita happy diaorang, aku jadi macam sedih, bernada jeles gitu. Yang dah kat Malaysia, yang balik bercuti kat Malaysia, yang nak beraya kat negara orang, semuanya lah. Semuanya tuh buat aku jadi sedih dan hiba. Last-last aku off kan aje laptop, dan aku bawak baring-baring, cuba-cuba lelapkan mata. 

Tapi itulah, walaupun aku cuba pejamkan mata, walaupun aku cuba paksakan diri aku untuk tidur, airmata aku tetap mengalir jugak.

You Go, I Go


Tak sempat pun habis aku tulis update pasal kerja aku kat kedai Lee Tua tuh, ada pulak insiden yang tak aku jangka-jangka, berlaku. Yang membuatkan semua yang aku nak tulis tuh dah tak valid dah.

Semuanya di luar jangkaan aku, walaupun ada aku terfikir yang kemungkinan akan terjadi perkara yang tak diingini antara aku dan Rafael, mamat Mexican yang kerja di shift pagi tuh. 

Macam nih..........

Rafael nih dah 20 tahun kerja di kedai Lee Tua tuh, orang kepercayaan Lee Tua lah kot. Dalam sehari, aku akan berjumpa dengan dia, dalam beberapa minit aje. Di waktu pagi sebelum aku balik kerja dan di sebelah malam masa aku nak masuk kerja. Walaupun sekejap aje jumpa dia tapi almost everyday ada aje benda yang tak kena di mata dia. Ada saja salah aku. 

Dan dia nih akan mulalah bising-bising, mengata aku, sesama Orlando, satu lagi Mexican yang kerja sama dia tuh. Mulanya aku diamkan aje, benda yang boleh aku diamkan, aku diam kan aje. Pernah beberapa kali aku beritahu Lee tapi Lee buat macam tak kisah aje. 

"Forget about them, don't think too much, they are not important. You are (important)", pernah Lee kata gitu kat aku.

Carlos, sebab dia kerja sama aku, dia macam menyebelahi aku, dia tak berapa suka dengan Rafael sama Orlando yang dia kata suka bawak mulut tuh. 

Selalu sangat kalau kitaorang masuk kerja, Orlando kata yang Lee sama Lee Tua tak suka kitaorang, sebab banyak masalah kat kedai tuh. Macam kitaorang tak buat kerja, banyak barang yang dah expired tapi kitaorang tetap put on display lah, benda-benda gitu. Since Carlos tak reti nak cakap kat Lee so aku lah yang diharapkan untuk beritahu Lee. So selalu jugaklah aku macam mengadu kat Lee, yang lama kelamaan Lee jadi lebih percaya kat aku. 

Yang lama kelamaan, Rafael ingatkan aku nih macam baik sangat dengan Lee. Aku biasa aje sebenarnya, tapi mungkin sebab aku cakap dengan Lee tuh in English, sambil gelak-gelak, memanglah nampak macam aku dengan Lee tuh baik amat. Dengan Lee Tua pun sama, aku tak ada masalah apa-apa. 

Pagi-pagi sebelum aku habis kerja, aku akan clearkan cah register, tinggalkan about USD 150 in one, five and ten dollar bills untuk Rafael ambil alih. Kebetulan pulak pagi tuh sibuk dan sementara tunggu Rafael nak take over, aku lah yang layan customers. Sekejap aje, dah tak ada small change sebab ramai customers yang guna 20 dollar notes. So bila Rafael buka cash register dan bila da tengok semuanya yang tinggal tuh notes dua puluh dollars, dia pun mula mengomel, bising-bising cerita sama Orlando. 

Berangin lah aku jadinya, walaupun aku explain kat dia yang aku ada tinggalkan some small bills mulanya tuh. Tapi manalah dia faham, dia terus aje mengomel. Dan aku pun mengomel jugaklah, masa aku nak ambil beg laptop aku, masa nak balik tuh. Tah apa lah aku cakap, tapi aku ingat, ada perkataan fuck yang keluar dari mulut aku. 

Tiba-tiba masa aku nak keluar dari kedai tuh, Rafael tolak aku ke pintu. "You want to fight?", kata dia gitu. Debuk, dia tumbuk bahu aku. Terkejut jugak aku. Aku pandang Orlando, aku pandang Carlos. Diaorang pun terkejut. Lepas tuh tah apa yang Rafael sembangkan dengan Orlando, gayanya Orlando suruh dia lepaskan tali beg aku yang dia tarik tuh. Dan masa dia lepaskan tali beg aku, bila aku nak pusing, terantuk pulak kepala aku kat shelf bunga. Jatuh glasses aku. Dan masa aku nak tunduk ambik glasses tuh, dalam kekelamkabutan tuh, prakkkkkkkkkk, aku terpijak glasses tuh. Elok sangatlah tuh, aku dah lah tak ada contacts spare. 

Kat luar kedai, sampailah ke subway station, aku sembang dengan Carlos. Dia kata dia nak berhenti kerja aje lah pasal dia tak suka kerja kat kedai Lee tuh. Pasal tak ada off nya, lagipun dia kata Lee selalu tuduh dia (mengikut kata Orlando) yang dia selalu curi-curi minum beer. Memang pun, Lee pun selalu suruh aku perhatikan Carlos tuh sebab dia kata tiap-tiap pagi muka Carlos tuh merah, macam orang baru lepas minum beer. 

Sepanjang perjalanan masa kat dalam subway tuh aku asyik fikir apa yang aku nak buat seterusnya. Aku nak berhenti kerja ker? Kalau aku teruskan kerja, bahaya jugak rasanya sebab sure Rafael berdendam dengan aku. Terus aku teringat pasal masa aku kena belasah masa kerja restoran di New Jersey dulu tuh, masa mula-mula aku kerja restoran dulu tuh, a few years ago. Then pasal member aku kena belasah dengan Jose masa kerja restoran di Pittsburgh dulu tuh. Menyeramkan. 

Rasa berat jugak aku nak buat keputusan nak berhenti sebab kerja dah ok semuanya, gaji pun dah ok sesangat. Tak apa lah, aku nak beritahu Lee malam tuh nantinya, nak tengok macamana pendapat dia. Aku nak terus terang sikitlah kali ini, nak tegas sikit. Aku tahu, selama ini diaorang suka aku sebab aku nih tak banyak cakap sangat, ikut aje kata diaorang. Tapi kali ini aku nak kasi a few syarats. 

Belum pun sempat aku sampai rumah, Lee talipun aku. Dia tanya aku pasal benda lain, pasal payments to suppliers yang aku buat malam tuh. Itu lagi satu hal yang aku tak suka. Selalu sangat Lee talipun aku tanya benda yang sama, dia tanya apa pasal aku bayar kat suppliers tuh sedangkan jumlahnya yang patut dibayar tuh lain. Sebenarnya, apa yang aku bayar kat suppliers tuh, jumlah yang kat invoice, jumlah yang minggu lepasnya. Memang betul pun jumlahnya cuma Lee tuh yang tak reti baca invoice. Dia nih eja "salary" pun "cellery"?]

Lama jugaklah aku explain kat dia tapi dia tetap kata, "Don't listen to them, you listen to me", sampaikan aku naik marah. 

Aku kata, "Listen, if you think I make you lose money, then you can have my "cellery", because I'm not coming to your store anymore". Aku tak rasa dia faham apa aku cakap so dia terus berbalik-balik pasal the same thing tu jugak lah. Macamana pun aku kata aku akan explain kat dia malam tuh nanti. 

--------------------------

Aku rasa tak sedap hati aje nak pergi kerja malam tuh, kebetulan pulak aku terjumpa Carlos kat subway station, dia pun macam berat hati aje nak kerja. So dua-duanya masuk kedai dengan tak ada semangat aje. Masa Rafael kemas-kemas cash register sebelum aku take over, aku expalin lah kat Lee pasal payments yang aku buat kat suppliers tuh. Tak lah susah sangat nak explain kat dia, cuma yang aku tak fahamnya, apa pasal selalu talipun aku pagi-pagi, tanya benda yang sama? 

Then masa Rafael dah nak blah, aku cerita kat Lee apa yang terjadi pagi tuh. Lee terus suruh Rafael tunggu sekejap sebab dia nak settlekan masalah aku sama Rafael tuh. Tapi masa tuh Rafael dah mengomel apa tah in Spanish, macam marah-marah aje. Tak sempat Lee cakap apa-apa, di debuk aku kat bahu.

"See!", aku kata kat Lee. "That's it, I'm leaving", aku kata lagi bila Lee cuma tanya Rafael, "What happened?", aje. 

"I don't think I can ever get along fine with him, he's up to something. I have to go", aku kata gitu. 

Lamalah jugak Lee macam cuba tahan aku dari blah, dan selama itu aku tengok Rafael tetap tak berganjak dari tempat dia berdiri tuh. Aku rasa, kalaulah Lee tak ada di situ malam tuh, harus dah aku teruk kena belasah kot. Dan bila aku tengok Rafael masih tetap mengomel, masih tetap tak puas hati, masih tetap marah-marah, masa Lee barcakap dengan dia, aku tahu yang aku patut mengundur diri. Bahaya kalau aku terus kerja di situ. Terus aku ambil beg laptop aku, dan aku sound Carlos yang aku nak blah. "You go, I go", kata Carlos. [Macam dalam cerita Titanic pulak kan, "You jumpa, I jump"]

So aku sama Carlos blah gitu aje.

Instead of terus balik ke rumah, aku naik train pergi ke Upper Manhattan. Aku turun di Bryant Park, Times Square. Entah apa pasal aku pun tak tahu, tensen sangat kot. Aku lepak aje lah sekejap sambil online kat dalam gelap tuh. 

Mulanya aku nak online aje, kononnya nak mengadu nasib kat member-member. Then aku terfikir, buat malu aje aku beria-ia nak cerita kat orang, nanti sure ada yang gelakkan kat aku. Iyalah, tak sempat dua bulan kerja, dah ada hal. 

Malu pun satu hal jugak sebenarnya. Entahlah, sekarang nih aku dah rasa macam malu kat diri sendiri, malu kat orang, nak tulis banyak-banyak kat blog. Dah tak macam dulu. Dulu, aku pakai hentam aje tulis apa yang aku rasa nak tulis. Dulu aku tak malu dengan kebodohan aku. Sekarang nih aku dah macam tak ada semangat gitu nak menulis, sebab the more aku tulis, the more aku rasa aku nih bodoh. The more aku rasa aku nih lemah dan mudah mengalah.

Nanti ada pulak orang kata yang aku nih otak nya kat kepala lutut. Tak apa lah, as long as otak aku tak kat kepala kote. Itu lagi haru kan? 

With semangat Hari Raya orang lain yang semuanya happy-happy aje, buatkan aku rasa macam aku nak keep low profile sikitlah. Aku sedar yang selama ini aku cuba buat-buat happy, tapi as Hari Raya approaching, biasalah kan, aku jadi macam sayu gitu. So itu yang buat aku rasa aku nak sorang-sorang aje lah, I just want to be alone for a while, sebab soon aku akan bersendiri-sendiri. Dengan dunia bodoh aku. 

So, daripada aku merengek-rengek kat internet, daripada aku jadi macam melukut kat tag, baik aku jadi melukut di Bryant Park. Ada faedahnya jugak kan? 

Dan baru aku terperasan yang cellphone aku tertinggal kat kedai Lee, masa kecoh-kecoh aku nak blah tuh. Ambil esok aje lah, aku fikir gitu. Malaslah aku balik semula ke kedai tuh malam-malam macam tuh, nanti aku terkesian dengan Lee yang sure nya tengah kalut sebab terpaksa jaga kedai malam tuh sorang-sorang. 

So, merayaplah aku malam tuh ke seluruh ceruk rantau Times Square, dari hujung ke hujung. Tak ada pun rasa tenang fikiran cuma aku rasa macam bebas aje, rasa macam lapang aje kepala otak aku sebab aku decide tak nak balik semula kerja di kedai Lee tuh. Kalau pun dia talipun aku, pujuk aku semula, aku rasa aku tak akan balik semula kerja di situ. Selagi Rafael ada. 

Memang seronok merayau malam-malam kat New York nih, itu yang tak sedar aje dah nak pagi rupanya, pukul 3 lebih. Dah letih berjalan tuh, aku masuk satu restoran nih untuk Sahur. Lepas tuh terus aku ke subway, sementara tunggu Subuh, aku melepak kat dalam train aje lah. Aku naik jer mana-mana train, dari hujung ke hujung. Wakakakak Macam homeless pulak rasanya. Macam masa aku mula-mula stranded selama dua minggu di New York dulu tuh. Dari Queens, aku turun ke Brooklyn, naik semula ke Bronx. Pergi Harlem. Sampai ke JFK Airport aku pergi. Dah dekat nak Subuh baru aku pergi ke Masjid Tabligh di Jackson Height. Aku terfikir, kalaulah hari tuh ada Jemaah yang keluar Tabligh, harus aku ikut.

Lepas Subuh, aku lepak naik tingkat atas, mulanya nak lepak-lepak gitu aje. Sedar-sedar dah nak Zohor. Cepat-cepat aku ambik train untuk ke kedai Lee, nak ambik cellphone aku yang tertinggal tuh. Dah weak battery nya tapi aku sempat check, banyak missed calls, ada a few sms, voicemails. Ada jugak orang yang concern pasal aku nih, kata aku dalam hati. Tapi apa yang diaorang boleh buat pun, lagi hati aku berkata-kata.

Aku singgah kejap kedai cermin mata, nak test mata sebab aku kena buat new glasses. Terkejut aku bila diaorang kata penglihatan aku semakin baik, power dia dah jadi kurang, like by 100 di mata kiri dan 75 di mata kanan. Ini sebab aku selalu minum carrot juice kot? Sebab nak tunggu glasses siap dalam masa seminggu, aku ambik lah dulu clear contacts, tak nak dah aku pakai contacts kaler-kaler nih buat sementara waktu. So sekarang nih aku berbalik pakai contact lens. 

Kat rumah, aku lepak aje lah, cuba-cuba jugak pasang plan apa aku nak buat seterusnya. Berdering-dering talipun aku berbunyi, rupanya dari Lee. Tapi aku tak jawab pun. Voicemail dia aku terus erasekan aje. Cuma yang last tuh aje aku dengar, ada dia mintak maaf dengan aku pasal kes semalamnya dan dia kata yang kalau aku nak berhenti, aku kena kasi notice, kalau tidak duit aku tuh burn aje lah. Macamana pun, dia tetap suruh aku balik semula kerja di situ, dan dia kata jangan takut lah kat Rafael tuh. 

Berbelah bagi jugak aku dibuatnya, dah ok dah kerja di situ, ada aje halnya. Kalau aku kerja tempat lain, susah dah nak cari gaji yang se-ok gitu. Itu yang buat aku ralat tuh. Tapi, bila difikirkan yang Rafael masih tetap di situ, terus aku tak ada mood nak balik semula kerja. Mungkin dia akan senyap untuk sementara, tapi who knows kan suatu masa nanti dia buat hal lagi?

So aku ambik keputusan untuk cari kerja lain ajelah, aku nak berihat dulu untuk beberapa hari. Then masa orang sibuk bersuka-suka untuk berhari raya, aku bolehlah menyibukkan diri aku dengan mengatur balik hidup aku nih kan?

At least aku boleh lupakan kesedihan Raya aku.

Awan Melindung, Hujan Tak Jadi


28092007

Hari nih hari ke 38 aku kerja di kedai Lee Tua nih. Aku sebenarnya macam tak percaya jugak yang aku boleh tahan kerja setiap hari nih, 12 jam sehari. So far lah kan? Kerja malam pulak tu kan? So, kira cekal lah jugak orangnya aku nih rupanya. 

Masa mula-mula kerja dulu, aku macam membilang hari gitu. Memang, setiap hari aku bilang. Guna jari. Sekarang nih, dah lebih sebulan, letih dah aku mengira hari. Kena berapa rounds jari aku bergerak-gerak. Itu yang buat aku macam dah lost count tuh. Kena pakai calculator pulak lah nampak gayanya. So, dah nak masuk 40 hari kerja nih, aku rasa macam dah habis pantang aje. 

Aku selalu jugak tertanya-tanya diri aku, berapa lama lagi aku boleh bertahan gini. Berapa lama lagi aku nak buat tak tahu aje pasal aku kena kerja setiap hari nih? Jangan dikira, jangan dihitung, teruskan aje. Itu nasihat kawan aku. 

Bila aku fikir-fikir balik, banyak jugak sebab yang membuatkan aku rasa setakat ini, ok lah kalau aku teruskan kerja walaupun begini keadaannya. Lainlah kalau ada hal-hal yang memang tak dapat aku elakkan nanti, itu lain cerita. 

So, apa yang mengmotivatekan aku untuk terus bekerja di kedai Lee Tua nih, walaupun aku terpaksa kerja setiap malam, without a single day off? Apa yang membuatkan aku masih belum berfikir untuk mengorak langkah, mencari kerja lain yang lebih bertamaddun? 

Apa sebabnya? 

Sedangkan aku bengang yang gaji yang dijanjikan dulu tak sama (kurang) dengan gaji yang dibayar kat aku. Sedangkan aku bengang yang apa pasal gaji aku ditahan seminggu sedangkan gaji orang lain tak pulak dibuat gitu. Sedangkan aku tahu yang dua amigos yang kerja shift siang tuh (Orlando sama Rafael), diaorang tak suka aku. Bukan tak suka aku tapi aku tak suka diaorang. Diaorang selalu buat cerita, selalu salahkan aku kalau ada benda yang tak kena. Diaorang selalu kata yang sejak aku masuk kerja, banyak masalah kat kedai tuh. 

Banyak sebab sebenarnya yang buatkan aku masih bertahan di sini, di kedai Lee Tua nih. 

Pertamanya, aku masih baru lagi kat sini. Tak nak lah aku nak cepat sangat melatahnya macam dulu-dulu tuh, masa darah muda dulu tuh , aku nak tengok dulu keadaannya macamana. It takes time kan? So, kaedahnya, aku, kalau boleh, aku nak peratikan dulu, nak cuba dulu, selama mana yang mungkin. Sesambil tuh, kumpul duit sesikit, untuk buat modal. Just in case lah kan? Aku baru sebulan lebih kerja, dan walaupun aku dah boleh bernafas, tapi aku tak nak lah cepat sangat mengambil tindakan. Aku nak tahan kan aje dulu. Mana tahu aku boleh bertahan lama, kan? 

Memanglah kalau diikutkan hati aku nak aje cari kerja yang tokaynya ada hati perut sikit, kerja 6 hari aje seminggu. Tapi, bila difikir balik, bagus jugak sebenarnya kerja tak henti-henti nih, especially sebab gaji aku dibayar per jam. Lebih lama aku kerja, lebih besar lah aku akan dapat, kan? Sekarang nih aku kerja 84 jam seminggu. Memang maksimum lah dah tuh. Tak boleh lebih dari tu dah. Kalau aku kerja 6 hari, bererti dalam sebulan aku akan kurang USD 360 daripada apa yang aku dapat kalau aku kerja setiap hari. Banyak tuh. Boleh 3 kali tengok shows kat Broadway. 

So, baiklah aku kerja 7 hari. Aku dah congak-congak, yang dua bulan aku kerja di kedai Lee Tua nih, gaji yang aku dapat tuh sama dengan 3 bulan gaji aku kerja di kedai laundry Daniel dulu tuh. Aku rasa, ini aje peluang untuk aku cuba-cuba buat duit sesikit. Dan dengan tak ada cuti langsung walaupun sehari, aku tak akan ada peluang untuk membelanjakan duit aku, kan? Itu bagus sangat tuh sebab aku tahu, aku sedar, yang aku nih pantang ada duit sikit, mula lah fikir macam-macam. Tambah-tambah aku duduk kat New York pulak kan? 

Tak ada cuti tuh pun, aku paksa-paksa jugak diri aku belanjakan duit gaji aku nih. Walaupun sikit, tapi aku make sure aku ada jugak buat-buat terbeli benda tak berfaedah. Tak nak lah aku nampak macam kaki kemut sangat, langsung tak belanjakan duit, kan? Itu jenis orang yang tak menghargakan titik peluh sendiri tuh kalau semua duit gaji nak disimpan. 

Dan biasalah kan, aku ada buat kira-kira jugak sesikit, yang kalau aku terus bertahan untuk for a few more months contohnya, aku bolehlah kumpul duit jugak nanti. Bila aku dah comfortable dengan duit yang aku ada, masa tu lah aku secara otomatiknya akan berfikiran lain kan? 

So, duit lah yang menjadi faktor utama mengapa aku masih "setia di sini", walaupun aku tahu yang aku nih tak akan selamanya setia. Dapat modal sesikit nanti, cabut lah kan? Apa guna duduk kat New York kalau tak dapat nak enjoy, kan? Baik aku duduk kat ceruk rantau US nih kan kalau gitu? 

Harap-harapnya dapatlah aku mengumpul sesikit duit buat bekalan di hari susah sebab ini aje lah peluang aku. Selama aku bekerja secara haram di Amerika nih, kali ini lah aku dapat gaji yang, walaupun tak sebesar mana, tapi kira ok lah. Cukuplah untuk makan pakai kan, macam kata orang tua-tua tuh. 

Sebab yang lainnya, tempat kerja aku nih tak jauh dari bilik sewa aku. Dalam less than setengah jam aku dah boleh sampai ke tempat kerja, kalaulah trains tak ada buat hal, kalaulah tak ada apa-apa kelewatan kat subway stations. Aku sempat lah jugak jalan-jalan di sekitaran tempat aku duduk tuh, jugak kat area kedai aku kerja tuh.Itu aje lah peluang aku untuk menengok dunia luar.

Dan walaupun aku tak ada masa untuk ke mana-mana, tapi, dalam sehari aku dapat tengok Statue Of Liberty sebanyak dua kali. Waktu pergi, dan waktu balik kerja. Itu mengatasi segalanya lah kan? Walaupun menengok dari kejauhan, dari dalam keretapi, tapi aku rasa macam gah aje sebab berpeluang menengok patung tuh yang berdiri megah. Semegah aku, yang walaupun Bangla aje, tapi bila menengoknya, semangat aku untuk terus berusaha, semakin naik. 

Setiap kali aku tengok Statue Of Liberty tuh, aku rasa macam aku patut bersyukur, compared dengan orang-orang lain, yang hanya pernah dengar nama aje. Aku? Sampai cemuih dah menengoknya. Dan nak sampai macam tahap orang lain jugak yang kat dalam train tuh, yang langsung tak pandang pun kat patung tuh dah. Aku masih lagi pandang, masih lagi aku rasa excited dan bersemangat bila setiap kali lalu di kawasan yang dengan jelas boleh nampak patung tuh, walaupun dari kejauhan. 

Dan aku fikir, kalaulah aku cari kerja di tempat lain, mungkin susah dah nak dapat kerja yang tempatnya berhampiran dengan kawasan aku menyewa. Dan mungkin route subway tuh nanti, route yang lain, yang menyebabkan aku dah tak dapat tengok Statue Of Liberty tuh. 

Lagi satu, sebab apa aku rasa macam ok lah aku kerja di kedai Lee Tua nih untuk sementara waktu. Kerjanya tak ada lah susah mana pun. Kerjanya santai aje. Jaga cash register. Dan customers nya ok, tak ada lah yang banyak songeh. Ada lah sorang berdua yang buat hal kadang-kadang tuh tapi generally, semua customers di sini, diaorang bertamaddun belaka. Sesuai sangatlah dengan aku yang berhemah tinggi ni kan? Tak pening kepala nak melayannya. 

[Macamana pun, nanti aku carita pasal a few incidents yang buat aku menggeletar, sampai nak terpancut kencing. Iyalah kan, New York City lah kata kan. Kan?)

Dan yang buat seronoknya kerja aku nih, sebab kerja malam, tak ada orang yang membossing me around. Sebab aku jadi Boss, kan? Wakakakakaka Aku pulak tuh yang ada peluang nak jadi macam Boss. "Carlos, get me this!. Carlos, get me that!", kalau masa aku sibuk tuh ada lah aku tersuruh Carlos gitu tuh.

Adalah dalam sesejam dua kadang tuh, Lee atau Lee Tua ada di kedai tapi diaorang di kedai yang di sebelah lagi tuh, kat pet store tuh. Diaorang cuma tengok aku melalui surveillance camera aje. Masa tu lah aku nak control ayu nya. Aku macam terdengar-dengar aje diaorang memuji aku, sambil kata, "Bagus budaknya, budak sekor nih. Tengok tuh, dia ramah dengan customers, dia siap sembang-sembang lagi tuh, sampai gelak-gelak lagi. Sure terrer dia buat lawak nih sebab bukan benda yang senang nak kasi Mat Salleh gelak-gelak". 

Yang ada di kedai sepanjang malam, hanya lah aku, Carlos dan satu kucing nih namanya Nabee. Kucing nih punyalah jinak dan pemalasnya, kerja dia asyik lepak kat atas ATM machine, sepanjang malam. 

Carlos sama aku tak adalah sembang sangat pun, sebab Carlos tuh tak faham sangat English, nak sembang dengan dia kena guna Spanish words. Aku punya Spanish takat beginner jer, itu masalahnya. Dan aku pun tak ada masa sangat nak sembang dengan Carlos nih. Sebab aku sibuk sembang kat tagboard/YM. 

Itu lagi satu, yang buat aku suka kerja di sini. Sebab aku boleh online. Aku tak tahu samada Lee atau Lee Tua tahu yang aku bawak laptop (aku rasa diaorang tahu kot) Aku ada terfikir jugak yang katalah nanti Lee sound aku jangan beronline masa kerja, harus aku berhenti (ingat dak kes masa aku kerja di laundry Mr Yong dulu?) kerja kot. Sebab itu ajelah yang buat hidup aku nih ceria sikit. Internet. Harap-harap benda yang sama tak berulang lagi lah. Kalau nak berulang lagi pun tak apa lah, tapi tunggulah biar aku dapat kumpul duit sesikit

(Tengok tuh, sapa kata aku tak ada perancangan? Sapa kata aku tak fikir masa depan? Wakakakakak Aku dah siap buat plan tuh. Cuma masalahnya, boleh dan ker aku tunggu sampai plan aku tercapai? Inipun, walaupun duit baru ada sesikit, tapi ada dah plan sebenarnya tuh untuk cari kerja lain)

Dan aku rasa, Lee sama Lee Tua pun suka kat aku kot. Gaya-gayanya lah. Walaupun aku masih tak boleh terima hakikat yang apa pasal diaorang terang-terangan tipu aku, tahan gaji aku seminggu (sedangkan gaji orang lain terus aje dibayar), tapi aku buat macam tak tahu ajelah. Macamana pun, itu lah salah satu sebab utama kalau aku berhenti kerja, suatu masa nanti. 

Yang buat diaorang suka aku tuh bukan apa, mungkin aku (selain boleh diharap nih) tak banyak songeh. Aku buat macam tak tahu aje, selamba aje. Dan aku nih mungkin nampak macam jujur di mata diaorang. Aku ada sound diaorang dulu yang aku tak suka kalau ada benda yang hanky-panky, aku tak suka kalau diaorang senyapkan aje benda-benda buruk pasal aku. Aku nak diaorang terus terang. Kalau tak suka aku, kasi tau aku, jangan nak cerita kat orang. Dan aku beritahu yang aku nak kerja dengan adanya peace of mind, dan aku tak suka kalau orang lain tuh jenis yang suka buat-buat cerita, jenis yang suka cocok-cocok. 

Diaorang boleh baca agaknya yang aku nih telus orangnya. 


Goodbye Philadelphia


Diam tak diam dah sebulan lebih aku duduk di New York nih. Dan dalam sebulan lebih nih, baru dua kali aku keluar rumah, selain dari keluar untuk pergi kerja. Dua kali, itu aje. Selebihnya, keluar rumah untuk pergi kerja, balik kerja aje terus masuk rumah, tak melencong mana-mana dah. 

Sekali aku keluar tuh sebab nak bayar bill cellphone sama pergi ambil parcel kat post office. Dua-duanya tak lah jauh dari tempat aku menyewa nih. Yang keduanya, masa aku balik ke Phila untuk ambil barang kat bilik sewa yang lama.

Ok, meh aku cerita satu-satu.

Bila dah confirmed yang gaji aku dibayar, dan minggu seterusnya gaji akan dibayar pada setiap malam Ahad, barulah aku berani nak membelanjakan duit aku. Kalau tak tuh memang cuak jugak aku. First thing yang aku buat, aku bayar bill cellphone/internet aku. Lenyap lah 300 kat situ. Terbanyak pulak bill aku sebab dekat dua bulan punya kot. Bulkan lepas tuh memang aku berYM dan berSMS sampai tak ingat dunia. Iyalah, aku masa tuh tengah down sesikit kan pasal masa tuh aku berhenti kerja di Phila, dan pindah ke New York kan?

Then aku ke pejabat pos nak ambik parcel yang kawankirim dari Osaka tuh. Nasib baik lah kerani kat situ tak banyak songeh sangat, dia terima aje ID palsu yang baru aku buat masa mula sampai New York dulu tuh. Ala keciknya kotak, kata aku dalam hati, bila tengok aje kotak bungkusan tuh. Tapi, bila aku sampai rumah dan terus bukak, tu dia, tshirts dua helai, selipar Jepun, dan jajan Jepun. Macam Bantuan Mangsa Pelarian aje. 

Kali kedua aku keluar, masa nak balik ke Philadelphia baru-baru nih. Sejak awal September lagi, Mak Nila tak putus-putus menalipun aku, tanya aku bila nak bayar sewa bilik. Nila pun sama, siap suruh aku transferkan duit ke account dia. Diaorang tak percaya bila aku kata yang aku kerjanya 7 hari seminggu, setiap hari. 12 jam sehari. Nak tergelak dengar voicemail diaorang, sampai lama-lama aku jadi marah. Sebab dulu aku dah beritahu yang aku mungkin lambat bayar sewa sebab aku dah pindah New York nih, tak ada masa nak balik semula ke Phialdelphia. Tapi sebab diaorang insist sangat, aku terpaksalah buat plan untuk ke sana, nak bayar sewa bulan Sept, dan kalau boleh, nak angkut semua barang aku yang masih ada di bilik aku tuh. 

"Masa gak ada liburnya sih. Ngawur aja kamu", kata Mak Nila. 

Ada lah aku cuba-cuba mintak dengan Lee kalau aku boleh ambil day off satu hari tapi banyak pulak soal dia so aku beritahu yang macamana pun aku terpaksa ke Philadelphia dan kemungkinan aku akan lambat sampainya malam tuh. Mulanya aku mintak masuk kerja pukul 12 malam tapi dia suruh aku datang kerja pukul 10 malam, instead of 8 malam macam hari-hari lain tuh. 

So pagi tuh, lepas balik kerja, terus aku berkejar balik ke rumah, bersiap apa yang patut. Sampai di Chinatown pukul 10 dah, melilau sana sini kejap nak cari kedai makan. Ternampak pulak orang jual buah-buah, terliur nak makan buah mata kucing sebab esoknya dah start Puasa. Aku nak beli sikit aje tapi Cina tuh buat tak tahu aje, dia terus aje kuak buah-buah tuh banyak-banyak. Bengang aku jadinya bila ditimbang, 5 lbs lebih. Sampai dekat 20 dollars. Lantaklah, alang-alang beli, baik aku beli grapes sekali, buat makan dalam bas nantinya. 

So, macam orang balik kampung aje lah jadinya aku, bawak buah-buahan dua beg plastik penuh. Beg plastik yang ada tulisan Cina pulak tuh. Ala, kat New York, apa nak dimalukan? 

Halfway thru' baru aku cuba-cuba tidur sebab sebelumnya aku pasang webcam masa dalam bas tuh. Ramai kawan aku nih yang nak sangat menengok keadaan Cinatown New York tuh. Sampai kat area Newark Airport baru aku log off, dan tidur. Sampai Phila dah 1 lebih, tak sempat nak ke mana-mana dah, cuma aku singgah Hard Rock Cafe kejap nak beli tshirts sama cap. 

Terus aje lepas tuh aku ke apartment aku, kincang kirap aku kemas-kemas barang yang aku ingatkan tak banyak dah tuh. Penuh satu beg besar aku tuh, itupun banyak benda-benda yang aku tinggalkan. Table lamp, vcd player (yang aku beli dari SiKecil masa ake kerja di Restoran Pak Tua dulu tuh), and a few other things, semuanya tuh terpaksa aku tinggalkan. 

Dah selesai semuanya, aku talipun Mak Nila (yang kat bilik sebelah), beritahu dia yang aku dah nak blah dan aku nak bayar sewa bilik untuk September. Nasib baik dia baru bangun tidur, tengah mamai lagi, so senanglah aku nak mengelentongnya. Terkejut dia bila aku kata aku dah nak balik semula ke New York, walaupun baru aje dalam setengah jam yang lepasnya, tiba di Phila. 

"Malem ini saya harus kerja sih, saya harus gesa-gesa, saya belum tidur sedari kelmaren", aku berDQ gitu. 

Memang betul pun, berapa minit jer yang aku tidur dalam bas tadi nya tuh? Aku bayar aje lah sewa, dan bila dia tanya aku macamana dengan bulan-bulan seterusnya, aku kata aku tak sure lagi samada nak menyewa di situ atau tidak walaupun Mak Nila beria sangat suruh aku tetap menyewa di situ. Dia siap takut-takutkan aku, kata yang tak ramai orang yang betah duduk di New York. Sebab cost of living yang tinggi. 

"Koq kenapa pintu kamar gak dikonci?", Mak Nila tanya aku bila aku cepat-cepat aje dah nak blah. Aku beritahu yang aku biarkan aje pintu tuh tak dikunci, tak ada masalahnya pun. Lagipun aku nak cepat, tak sempat dah nak kunci pintu. 

Sebenarnya aku tinggalkan kunci bilik, kunci apartment, kat dalam bilik aku tuh. Sebab aku dah tak ada niat nak duduk situ lagi dah. Aku halalkan ajelah apa-apa barang aku yang diaorang nak ambik, yang aku tinggalkan tuh. Dan aku tinggalkan jugak shawl yang Mak Nila jual kat aku tuh (yang aku belum bayar harganya), tergantung kat bilik. Jahat aku nih, mulanya aku nak bayar tapi bila mengenangkan yang harga shawl tuh 168 dollars , itu yang aku rasa buang duit aje kalau aku bayar kan?

[Yang buat aku geram nya, shawl tuh kalau beli kat luar, tak sampai 10 dollars pun. Sedangkan yang sepuluh dollars aku tak beli, ini kan pulak yang beratus dollars, kan? Shawl sulaman emas ker? Yang buat aku tercabarnya tuh, shawl tuh, masa dia kasi kat aku dulu tuh, elok aje dia bungkus kat kotak Macy, siap taruk dua tiga keping kertas lagi kononnya, nak kasi lawa]

Keluar aje dari rumah Mak Nila tuh, aku rasa lega aje, at least aku dah tak payah bayar dua sewa (satu di Phila dan satu di New York) Akhirnya aku berjaya melepaskan diri dari cengkaman Mak Nila yang suka mengepau aku tuh. 

Ya ampun punyalah berat beg-beg aku tuh (no thanks to buah mata kucing yg berkilo tuh) pasal ada printer, buku-buku, printing paper, segala macam benda lah. Lebih berat dari masa aku mula pindah ke New York dulu, beg-beg aku tuh. Nasib baik aku sampai semula ke New York sebelum rush hour, kalau tidak mampos lah aku. Sampai rumah dah pukul 5, so sempatlahh aku tidur for a few hours sebelum bersiap untuk masuk kerja semula pukul 10 malam tuh. 

So itu ajelah cerita pasal dua kali yang aku keluar dari sarang, selebihnya aku di rumah aje. Tak tahu lah sampai bila aku akan begini. Atau samada aku kena ubah sikit cara hidup aku nih. Too early to tell lah, kasi lah aku masa sikit nak recover, nak kumpul modal balik. Iyalah, dulu aku tak kerja selama dua minggu kan? Then aku pindah randah ke New York nih, so it takes time lah sikit nak memenuhkan balik pocket aku yang dah nak kosong nih. 

Serupa Tapi Tak Sama


Terkejut aku mendengarnya Mamat tuh kata gitu. Geng-geng bapok memang suka mencarut marut gitu kan? Tapi biasanya sesama geng diaorang aje kan? Itu yang aku moskel sikit tuh, pasal dia selamba aje mencarut kat aku? Dia ingat aku geng dia ker? Awwww, kosser tau. 

Dan aku geram jugak benarnya sebab nampak sangat Mamat tuh cuba nak tipu aku, mengaku orang Thai konon. Vafok nih ingat aku vodoh sangat ker voleh ditifu-tifu macam tuh? Dasar fundeks sangat kan? 

Lagi satu, aku ternotice yang kedua-dua Melayu yang aku jumpa di New York nih, dua-dua nya guna that pukimak word tuh. Ayoo, sabar aje lah kan, menjatuhkan martabat Melayu aje. 

Pak Cik Arthur dulu tuh, itu memanglah style orang lama, kalau mencarut sure guna perkataan pukimak tuh. Dan Mamat nih pulak? Well, itu memang style diaorang jugak kaedahnya. 

"Betul ker you orang Malaysia? Orang KL? Pelik kan, I tak pernah dengar cerita orang Melayu kerja macam you nih kat Amerika. Kalau Cina memang I selalu dengar. You dah lama ker kat Amerika?", Mamat tuh tanya aku. 

"About five, six years", aku jawab in English, sebab ada a few customers yang datang. Tak nak lah aku diaorang ingat aku ada berskandal pulak dengan Mamat tuh sebab Mamat tuh, walaupun badan dia kelihatannya "sedap" tapi kelembutannya amatlah menyerlahkan. 

"I dulu kerja Broadcaster, kat RTM, kat Angkasapuri", kata Mamat tuh. 

"Ha?", bulat mata aku sebab terkejut. 

"I dulu Broadcaster kat RTM, I pengacara XXXXXX (aku, sebab terkejut sangat, sampaikan tak dengar apa rancangan yang Mamat tuh beritahu. 

Terus aku teringat kat "seseorang". Aku tenung Mamat tuh lama-lama. Takkan "dia" kot?, kata otak jahat aku. Kalau "dia", takkan "dia" tak kenal aku, tak tegur aku? 

(Mamposlah kalau "dia" baca nih, tapi I'm just writing apa yang bermain di kepala aku masa tuh) 

Or at least tanya, "Eh, kau nih Joe ker?". No, ini bukan "dia" yang di kepala aku tuh. Mustahil "dia". Takkan "dia". Takkanlah begini sudahnya jadi kat "dia", kata aku dalam hati. 

"Lama ker you jadi Broadcaster kat RTM dulu tuh?", aku tanya lagi Mamat tuh. Aku dah tak tengok arah tetek dia, instead aku tenung muka dia lama-lama. 

"Lamaaa....dan Mamat tuh terus lah cerita kisah masa dia jadi Broadcaster dulu tuh. Jugak rancangan-rancangan tv yang dia pernah handle. 

Dan walaupun aku pasti yang Mamat tuh bukan lah "dia" yang aku mulanya ingatkan, tapi aku nak kan jugak kepastian. So aku tanya Mamat tuh, "You kenal dak XXX dia kawan baik I. Dia Pengacara kat RTM, rancangan YYY , sekarang dia kat Osaka, buat PhD. Itu kawan baik I tuh", saja lah aku nak beritahu Mamat tuh yang aku ada jugak member kat RTM. (Pembaca blog aku yang jadi kawan baik,hampir setiap hari kitaorang sembang kat phone)

"Oooooooo geng-geng itu kot? I tak kenal", kata Mamat tuh. 

Nak jer aku tanya lebih lanjut tapi customers dah ramai so aku suruh Mamat tuh tunggu sekejap sementara aku melayan customers lain. 

"You dah lama ker duduk New York?". I baru dua bulan pindah sini", kata Mamat tuh. 

"You kerja kat mana?", aku tanya dia walaupun aku boleh agak yang dia kerja samada di restoran atau bar. Sebab kat pinggang dia ada apron yang waiter selalu pakai tuh. 

"I kerja kat bar kat sana tuh", kata Mamat nih sambil tunjuk ke arah luar. Laaa...dekat jer rupanya, sepelaung aje dari kedai aku kerja tuh. 

So kaedahnya Mamat tuh, yang dulunya Broadcaster kat RTM, sekarang nih dia kerja jadi waiter kat bar di New York nih. Mulanya aku macam tak percaya tapi akhirnya aku macam terkesian pulak menengoknya sebab jauh sangat perubahan gaya hidup dia compared to masa dulu-dulu kan? Agaknya lah kan? Sure nya masa dia di RTM dulu, hidupnya penuh dengan keglameran, hidup dipancari cahaya lampu kamera aje kan? Sekarang nih? Sekarang nih jadi waiter! 

Kalau Mamat tuh tak beritahu, sure aku tak akan percaya yang dia dulunya Pengacara kat RTM. Sebab, iyalah kan, takkan dari Pengacara rancangan TV boleh turun darjat jadi waiter? 

Dan aku terfikir jugak yang betapa besarnya kuasa Tuhan, menemukan aku dengan orang yang mungkin hampir sama nasibnya dengan aku, kalau pun tidak lebih teruk. Mungkin lebih dahsyat kisah hidup dia tuh, walaupun aku tak sempat nak tanya how he ends up duduk kat New York. 

Dan walaupun hati jahat aku meronta-tronta nak tanya, "You pindah US sebab ikut boyfriend ker", tapi aku rasa itu rude sangat. Lagipun aku takut jugak, dibuatnya Mamat tuh meroyan? Habis aku, kan? Diaorang nih kalau marah, siap baling-baling kasut lagi tau dak? 

Lagipun Mamat tuh, macam aku jugak, terkejut sangat boleh terberjumpa Melayu yang hampir senasib (kerja kuli), so itu yang kitaorang tak ada sembang betul-betul sangat tuh. Masing-masing macam terpegun gitu so soalan-soalan pun macam ikut dan aje. 

"Tunggulah, I nak sembang lagi", aku kata gitu sambil hentak-hentak kaki bila Mamat tuh kata dia terpaksa pergi sebab dia pun on break aje masa tuh. 

"Nanti senang-senang I datang lagi", kata Mamat tuh. Lepas bersalam terus dia blah. Aku tak tahu pun nama dia, kat bar mana sebenarnya dia kerja. Tapi, kalau boleh, aku nak berkawan dengan dia, tak kisah lah dia macam gitu orangnya, gitu lifestyle dia. Aku nak berkawan jugak. Iyalah, sebab aku pun tak ada bulu nak dipilih, kan? 

Lepas Mamat tuh blah, aku rasa macam happy aje sesikit. Entah pasal apa aku pun tak tahu tapi aku rasa happy knowing yang rupanya ada jugak manusia yang macam aku kat dunia nih. Kat New York City pulak tuh. Kat satu street pulak tuh. 

------------------------ 

Dan malam tuh jugak aku berjumpa dengan one Indonesian yang rupanya kerja di satu street sama aku jugak, kerja di Restoran Jepun. Dua blocks dari kedai tempat aku kerja nih, memang aku dah agak dah ada Indonesians yang kerja di Restoran Jepun tuh. Setiap kali aku keluar dari subway, on the way ke kedai tuh, aku selalu perhatikan kat bahagian dalam restoran tu, tapi tak nampak pun muka-muka Indo. 

Aku yang tegur budak Indo tuh sebenarnya, sebab aku terperasan dia pakai t-shirt yang ada tulis "Indo-NYC" kat belakangnya, masa dia memboingkok memilih mee segera kat kedai nih. Lama jugaklah kitaorang sembang, dan dia kata dia akan ajak dua orang lagi kawan dia yang kerja kat restoran tuh, untuk sembang-sembang dengan aku. 

Sebab dia kata,"enak ngobrol ama eloe deh". 



Sunglasses At Night


Selepas 10 hari kerja, aku dah jadi macam berani sikit, dan out of boredom masa kerja, aku bawak laptop ke tempat kerja. Aku fikir, lantaklah diaorang nak marah aku. Kalau marah beria sangat, aku berhenti kerja. 

Malam pertama bawak laptop tuh, dapatlah aku online for like 2 hours, sesambil melayan customers. Ok lah for a start kan? Malam kedua tuh lama lah sikit aku online nya. Semakin berani lah kan? Macamana pun aku masih cuak jugak, so esoknya aku beritahu Lee yang aku bawak laptop ke tempat kerja sebab biasanya pagi-pagi lepas aku balik kerja, aku ke library dulu (aku tipu aje). Dia kata ok kalau aku nak on kan laptop asalkan jangan terralit sangat. 

Aku beritahu dia yang kalau aku online, aku akan lebih awake. Memanglah kan? Tenaga batin, kan? Payah dengan diaorang nih sebab semuanya jenis yang tak educated. Yang tak tahu langsung pasal komputer, let alone memahami isihati orang yang berjiwa siber. Lee Tua, Lee, Abdoul dan dua amigos tuh, Rafael sama Orlando, semuanya tak tahu apa-apa pasal komputer, semuanya terpisah jauh di bumi asing. Tidak berpijak di bumi cyber. 

So kan, macamana lah diaorang boleh expect aku yang kerja behind the counter tuh akan boleh berjaga malam for 12 hours, every night, nak habiskan masa aku kan? Ada jugak aku tanya Abdoul macamana kawan dia Algerian yang kena tangkap tuh, boleh kerja tiap-tiap hari selama 3 tahun (sebelum tuh Mamat tuh kerja kat kedai adik Lee Tua for 11 years). Aku tanya, masa kerja, apa yang kawan dia tuh buat untuk menghilangkan bosan. Abdoul kata, diaorang sembang aje, diaorang lepak-lepak aje, ada masanya curi-curi tidur kat celah cash register, ambik turn tidur. 

Yang budak Korea yang sempat kerja sepuluh hari jer tuh, itu lagi teruk. Tidur aje kerjanya sampaikan customers nak bayar harga barang pun terpaksa kejutkan dia dari tidur. 

Ada aku terfikir mulanya, yang betapa hebatnya diaorang tuh boleh kerja bertahun-tahun. Hebat gila kan? Sebab aku tak boleh buat begitu. Aku akan rasa bosan. Aku akan rasa resah. Aku akan meroyan sorang-sorang. Takat seseminggu dua tuh bolehlah tapi lebih dari itu, mintak ampun lah. Yang dua tiga minggu tuh pun bukan apa, otak aku akan ligat aje memikirkan apa caranya tak nak kasi bosan. Atau aku akan fikir untuk cari jalan keluar aje dari kebosanan. Berhenti kerja, for example. Oooppsssss. 

Tapi bila difikir balik, mana lah aku nih boleh disamakan dengan diaorang kan? SiAbdoul tuh, kawan dia dulu tuh pun, diaorang dah tua, apartment diaorang pun dekat kedai tuh jugak, so tak adalah diaorang terasa sangat. Kadang Abdoul balik aje ke apartment dia kalau ada hal penting. Lagipun, diaorang ramai kawan di area tuh, selalu kawan diaorang datang lepak di kedai tuh. Dan Abdoul jamu diaorang tuh dengan minuman dan makanan, free pulak tuh. 

Ala, lagipun diaorang dah tua kan? Apa lah sangat diaorang nak fikir kan? Aku? Aku muda lagi, kan? Otak aku masih boleh merewang jauh. Banyak yang otak aku nih boleh dan sedang fikir, itu yang buat aku selalu rasa resah tuh. Pendek kata, aku tak suka kalau otak aku nih macam statik gitu. 

Dan diaorang pulak, jenis yang tak ambik tahu hal luar. Tak baca paper, tak tahu pasal internet. Aku? Aku setiap pagi baca 3 papers. Bukan setakat cari cerita rogol aje, tapi aku baca semua, cari info pasal apa-apa events, concerts ker, shows ker, benda-benda gitu. Aku ikut perkembangan orang-orang terkenal, artis-artis. 

Korang fikir, tak akan resah ker aku bila baca paper, baca cerita yang Cameron Diaz ada kat Battery Park semalamnya, shooting filem. Tak resah ker aku bila baca yang Brad Pitt ada dua tiga puluh meter aje dari kedai aku tuh, shooting filem jugak, semalamnya tuh? Tak terliur ker aku bila tengok gambar, bukan Gwen Stefani aje tapi Angelina Jolie, sama anak-anak diaorang, lepak-lepak kat Central Park? 

Kaedahnya, lain sangat lah apa yang ada di kepala diaorang dengan apa yang ada di kepala aku kan? Itu yang buat aku resah aje tuh, especially bila mengenangkan yang aku tak ada pun day off, nothing to look forward to. 

Macamana pun, aku bersyukur sesangat yang aku dah dapat online di tempat kerja, hilanglah jugak rasa bosannya. 

--------------------------------------------- 

Hari Ahad malam, setelah 2 minggu kerja, aku dibayar gaji. Lega jugak rasanya sebab sebelum tuh, kalau dengar cerita Abdoul, memanglah menakutkan, ada harapan gaji aku tak akan dibayar kalau dah dua minggu kerja masih tak dapat apa-apa. 

Itu yang aku langsung tak berani nak guna sangat duit yang ada di pocket aku selagi belum sah dibayar gaji. Itu yang bila phone dan internet service aku diberhentikan sementara sebab aku tak bayar bill, aku tak ada pun tergesa-gesa nak pergi cari kedai nak bayar bill. So, for like 4 days, aku punya cellphone tak ada line, dan untuk online pun nasib baik dapat curi-curi signal orang. 

Cuma yang aku tak puas hatinya bila dapat gaji tuh, aku tengok jumlahnya tak sama dengan jumlah yang dijanjikan dulu tuh. Kurang 25 cents setiap jam. Kurang 3 dollars setiap hari. Kalau sebulan dah dekat seratus dollars kan? Dah dekat-dekat boleh beli ticket The Phantom Of The Opera jer tuh. 

Dulu, masa interview, lain yang dijanjikan Lee. Macamana pun aku senyapkan ajelah, tak ada pun aku tanya dia mana janji-janji manis dia dulu tuh kan? Biasalah style aku, aku nak tengok dulu perkembangannya. 

So, pasal gaji, ada dua lah benda yang aku tak puas hatinya. Satu nya, gaji aku ditahan seminggu sedangkan gaji orang lain tak pun dibuat gitu. Kedua nya, gaji aku kurang dari yang dijanjikan dulu tuh. Tak ada lah banyak mana sangat pun kan, tapi, aku nih kan kerja Bangla? Every single cent tuh counts. 

Macamana pun, aku tak ada lah terkilan sangat sebab aku dapat tahu yang gaji aku besar dari gaji Abdoul, even gaji Orlando, stockist yang di sebelah pagi tuh (walaupun dia dah kerja bertahun di situ). Adalah dalam seratus dollars seminggu gaji aku tinggi dari gaji diaorang. Gaji Rafael aje yang tinggi dari gaji aku sure nya sebab dia pun cashier jugak, dan dia pun dah 20 tahun kerja di situ. Dan Lee pun ada cakap dengan aku yang in a few weeks dia akan naikkan gaji aku, dan dalam masa beberapa bulan lagi, gaji aku akan sama dengan gaji rafael. Uish, elok sangat lah tuh, walaupun aku dah happy jugak sebenarnya sebba gaji aku dapat nih lebih dari kalau aku kerja waiter kat restoran Cina. 

Dan malam tu jugaklah rupanya kali terakhir aku bertemu Abdoul. Sebab Abdoul disuruh berhenti kerja malam tuh jugak, lepas dibayar gaji. Aku rasa terkilan sangat diaorang buat gitu aje kat Abdoul. Abdoul suruh aku hati-hati sebab memang itu style diaorang, dah dapat orang baru, terus aje dibuang orang yang diaorang tak suka. Rupanya Lee dah lama ada pengganti Abdoul, budak dari Mexico, Carlos nama dia. Carlos nih tak reti English so payahlah jugak aku aku nak suruh dia buat itu ini. Aku yang disuruh ajar Carlos tuh buat kerja. 

Aku nih pulak (walaupun aku nih Boss di shift malam kan? Wakakakakakak) tak adalah jenis suka memerintah orang suruh buat kerja. So akhirnya aku lah yang terpaksa buat semua kerja yang sepattnya Carlos buat. Aku yang sediakan kopi, aku yang sapu lantai, aku yang mop lantai. Aku yang susun papers, aku yang buat semua kerja yang dulunya Abdoul yang buat. Aku tak nak lah suruh Carlos yang buat semua tuh, takut kang dia kata aku berlagak pulak. Iyalah kan, itu first day dia kerja. Takut gak nanti dia buat cerita kat Rafael, kat Orlando, habislah aku sebab aku sorang jer di situ yang bukan Mexican. 

Tapi, Carlos nih pulak satu hal jugak. Patutnya, bila tengok aku menyapu, sambut lah penyapu tuh dari tangan aku kan? Macam masa aku mula masuk kerja dulu tuh, walaupun aku kerja cashier tapi bila Abdoul menyapu, aku yang beria-ia rampas penyapu dari tangan Abdoul, aku kata biar aku aje lah yang menyapu. Aku suruh dia rihat aje. 

Itu lah salah satu teknik nak collect points yang aku buat. 

Carlos nih pulak tak gitu, dia tengok aje aku buat semua tuh, dan bila ada customers, aku lari balik semula ke cash register, dia selamba aje berpeluk tubuh tengok aku. 

"Carlos! Marikon (bapok in Spanish)!!!", aku bisik kat Carlos bila aku nampak ada satu orang yang lemah lembut aje jalannya, masuk ke kedai. Badannya tegap, berisi. Ada ponytail lagi. Pakai shades besar, yang macam Angelina Jolie pakai tuh. Sabar jer lah kan, malam-malam pun pakai spek hitam. Kalau gagaks tuh aku tak heran sangat sebab selalu aku tengok gagaks pakai sunglasses at night. Mamat tuh nak beli rokok, Marlboro. Aku kasi kat Mamat tuh rokok, then aku key in harga. 

"$7-75? Expensive!", kata Mamat tuh sambil mencebik mulut. Aku senyap kan aje lah, my eyes were drawn to his tetek yang membonjol tuh. Ya ampunn, dah lah pakai t-shirt yang ala-ala see-thru' tuh. Macam tetek budak perempuan yang baru nak naik aje gayanya. Mamat tuh bayar lah jugak dan masa nak kasi change aku tanya dia, "Where are you from?". Sebab nak kata dia Hispanic, hidung dia penyek, macam hidung Melayu. Lagipun dia pu nya accent tuh bland, tak ada gaya Englishnya orang Spanish. 

"Thailand", kata Mamat tuh. 

"Sawadeekap", aku kata gitu. That's the onle Thai word yang aku tahu. Mamat tuh senyum aje dan terus dia blah. 

"I'm from Malaysia", aku kata gitu. 

"Malaysia?", Mamat tuh macam terkejut, so dia patah balik, dia undur arah ke cash register. 

"Yea, Malaysia, Kuala Lumpur", aku kata lagi. 

"KL kat manerrrr....?", Mamat tuh tanya aku dengan dengan suara 100% Melayu. 

"Ampang", aku tipu dia. "You dari Selatan Thai, dari Yala ker?", aku jawab in Malay jugak. 

"Ampang?!!!!!!!!! Puki mak kau. I dulu kerja KL", kata Mamat tuh.