Wednesday, October 10, 2012

29012008


Tak ke mana-mana aku rupanya hari ni nih, hari off aku. Rosa tak ada pun talipun, tak salahkan dia jugak sebab memang aku tak ada janji pun nak suruh dia jadi driver aku hari nih. Tess aje yang beriya-iya Sunday lepas tuh, suruh aku pergi jalan-jalan sama Rosa. Tak apa lah, minggu-minggu akan datang lah kot. 

So hari off aku harinih macam hari-hari off yang lain-lain jugaklah, tak buat apa. Takat lepak-lepak sesambil online. Nak tengok tv, Alfonso, yang off hari nih jugak, asyik dok tengok tv Spanish channels. So aku merempit online aje lah, chat sesikit then dengar lagu. Then merenung screen laptop. 

Sampai petang aku tak mandi, sebab paginya aku tak keluar pun. Sepanjang hari aku online, banyak plan yang nak dibuat. Tapi semuanya tak menjadi. Satu habuk pun tak buat apa. Memang dasar pundeks sesangat aku nih. 

For the last few days aku macam dah "at ease with my decision" yang come what may, aku akan tetap kerja di New Hampshire nih. Sampai June (dengar ceritanya pulak, AM sama NR akan datang New York May nanti, so sampai May kot aku akan cuba kerja di sini). Aku dah tak nak fikir yang bukan-bukan, aku akan cuba kuatkan semangat aku.

Actually, this is my only chance untuk kumpul duit sesikit. Yang hopefully by the time aku balik semula ke New York nanti, aku dah bersedia untuk mula trading. Kalau semuanya berjalan lancar lah, kalau member aku tuh masih offer aku guna account dia yang lagi satu tuh. Tak pun, aku buat cara lain lah nanti.

Almost hari-hari aku dok congak-congak, yang kalau aku teruskan style aku sekarang nih, berapa jumlah duit yang aku dapat kumpul nanti tuh. Just nice, just enough, just comfortable untuk aku mula trading. So aku tak nak lah start all over again sekarang, might as well aku tunggu June aje kan? And I was told not to tunggu sebab June akan tetap datang. Lebih aku tunggu, lebih banyak aku fikir. Buat selamba aje. So itu lah yang aku fikir sekarang, nak buat selamba seselamba mungkin. Harap-harap penyelambaan aku nanti akan menyelambakkan duit simpanan aku. 

Aku cuba menyedapkan hati aku yang lebih baik aku bersusah-susah sekarang, InsyaAllah aku akan dapat bersenang-senang sikit nanti. Senang sikit-sikit dah lah, aku tak nak senang bebanyak sangat. Nanti tak senang pulak kalau senang-senang sangat kan? 

To be honest lah Dear Diary kan, aku rasa I've found my true calling. Aku kena kerja kuat sikit nak merealisasikan pengcallingan aku tuh kan? Kau pun tahu kan Dear Diary, yang aku siang malam asyik fikir benda tuh aje sekarang nih kan? Geram aje rasanya. Dulu aku macam tak nampak jalan, aku macam tak nak cari jalan aje, aku macam tak percaya itu "call" untuk aku. Aku ingat, "wrong number" gitu kan? Tapi sekarang nih baru aku sedar yang all along itulah "call" untuk aku sebenarnya. 

Eh Dear Diary, kau faham ker apa aku cakap nih? Aku nak kau sebutir aje yang faham apa aku cakap nih, ok?

So itulah, aku cadangnya nak sambung belajar buat Forex hari nih tadi tuh. Tapi...... tak sempat apa-apa aku dah terralit buat benda-benda lain. Kau tau kan Dear Diary, yang aku cadang nak buat website pasal Forex dan Options? Sesambil belajar, sesambil buat site/blog tuh, at least untuk kegunaan aku seharian kan? Senang aku nak refer mana-mana yang patut, tak payahlah aku terclick-click sites lain untuk cari info. Itu idea bagus kan Dear Diary? Mana tahu, satu hari nanti blog tuh akan dijadikan panduan untuk sapa-sapa yang nak belajar Forex dan Options kan? 

Tapi, nak buat tuh, kena buat betul-betul. Aku kena ada masa yang cukup, kena concentrate betul-betul. Sekarang nih, kalau setakat masa yang aku ada, memang susahlah kalau aku nak create blog gitu tuh. Takat buat ala kadar  aku sure tak akan puas hati nya lah. So aku kena tunggu masa dah balik New York jugaklah kot, kalau aku nak buat blog pasal Options dan Forex tuh kan? Tak apa, aku akan buat tuh nanti. Aku tak nak campur adukkan blog tuh dengan blog Dendam Perantau tempat aku merapu nih. Sure kau akan tercengang tengok blog Forex/Options aku tuh nanti, Dear Diary. Ala, tak yah lah tercengang sangatlah nanti, sebab contentsnya aku nak tiru aje dari websites Forex/Options yang lain. Heehehe, terrer dak aku Dear Diary?

Aku macam teruja nak buat blog tuh bukan apa Dear Diary. Semenjak aku ada sebut benda-benda Forex nih kan Dear Diary, ada lah a few links dari search engine yang masuk ke blog aku nih. Nak tergelak ada, rasa sedih pun ada kalau baca keywords carian tuh. "Ya Allah berjayakanlah aku dengan Forex" "Macamana nak main Forex?" "Istilah Forex dalam Bahasa Melayu" "Aku nak buat Forex" "Buat duit main Forex". Itu contoh-contoh serach words yang digunakan, yang links nya membawak ke blog ini.

So aku macam teruja gitu untuk berbakti kepada masyarakat. Lagipun, I know the feeling yang diaorang rasa tuh. Apa kata aku buat satu blog pasal Forex/Options kan? Kalau bukan untuk aku, mungkin untuk orang lain jugak kan? Lagipun, aku kan ker pernah jadi part-time Lecturer? Darah cikgu tuh masih ada kat tubuh Bangla aku nih kan? Walaupun sikit. 

So itu lah ceritanya Dear Diary, aku dah siap imagine yang suatu masa nanti, dalam beberapa bulan akan datang, bertempat di satu bilik di New York sana tuh, aku, diam-diam buat satu blog. Sesambil trading lah kan. Masa tuh aku akan berihat sekejap dari chatting, dari blogging merapu aku nih. Akan aku offkan cellphone, tak log on kat YM pun. Tapi... aku akan pasang webcam. Wakakakka, biar orang tengok jer aku kan Dear Diary. Biar aku jadi macam ikan kat dalam akuarium. Tak kisah lah aku jadi ikan kaloi aje. Atau, macam haruan bodoh. 

-------------------------

Elok aje aku nak keluar tadi, aku terdengar bunyi bising suara Cina. Rupanya bapak sedara Sonny (yang kerja di sini masa Krismas holidays dulu tuh) ada datang. Perempuan yang dulu tuh pun ada jugak. Then ada dua orang budak muda yang lain, lelaki sama perempuan. Anak diaorang agaknya. Terus aku rasa macam tak sedap hati aje bila tengok diaorang masing-masing bawak beg besar dua tiga bijik setiap orang. Apa hal pulak nih, tanya aku dalam hati. Terus aku pandang Alfonso, dia gelak aje, then kitaorang sama-sama geleng kepala. Sure gaduh lagi diaorang nih nanti, itu yang aku terfikir. 

Terus aje lah aku keluar, pergi buat laundry. Sementara tunggu pakaian aku dalam mesin, aku ke Shaw's. Beli benda-benda biasalah, tuna salad, egg salad, carrot juice. 

Sonny ada balik sekejap hantar bini dia, so Alfonso tanya dia pasal keluarga dia yang datang tuh. Tak tahu lah dia gurau ker apa tapi Sonny kata dia nak pergi bercuti, so restoran tuh sedara dia yang akan ambik alih buat sementara. Ayoo, lagi lah buat aku rasa tak sedap hati. 


27012008


Aku tak tahu pun yang hari ini akan snow. Itu yang bila aku keluar aje tadi, terkejut aku tenguk snow tengah lebat turun. Sejak malam semalam lagi turunnya, kat tanah ada lah dalam 2 inci snow yang dah accumulated. 

So tak lah sibuk sangat kerja hari ini, tambah-tambah Sunday, mall tutup awal dari biasa. Sonny tak berapa sihat, senyap aje dia tadi tuh. Bini dia pun tak sihat jugak, pukul 1 petang dah dihantar balik. Bengap diaorang nih, dah tahu sakit, suruh lah bini dia lepak kat rumah aje. Selalunya weekends memang bini dia lepak di rumah aje, tah pasal apa harinih dia ikut kerja. 

Aku sembang dengan Theresa (Tess) aje lah tadi, kadang-kadang buat lawak bodoh. Customers yang datang hari nih semuanya yang bengap-bengap, yang bangang-bangang, yang bodoh-bodoh, puas aku sama Tess nak explain. Ada aje yang buat hal nya, itu yang macam bengkek aje aku sama Tess hari ni nih. Itu yang kitaorang terpaksa buat lawak bodoh tuh, nak kasi hilang sikit tensen. 

Aku macam selalu jugak mengadu dengan Tess pasal hidup aku di New Hampshire nih. Tadi, aku beritahu dia yang aku dah dua bulan tak keluar ke mana-mana. Hari off aku, aku tak pergi mana-mana pun, lepak di rumah aje. Paling pun pergi 7-Eleven, Shaw's, kedai-kedai dekat dengan apartment aku duduk nih. Masalah transposrt lah puncanya. Setiap minggu aku bercadang nak ke Boston, on my day off. Tapi, tak pernah jadik pun, sebab aku rasa macam tak berbaloi gitu, terpaksa naik teksi, then naik train bagai. Dekat seratus dollars semuanya tuh, jauh lebih mahal dari tambang ke New York. 

Tapi aku kena keluar jugak, semak sangat otak aku kalau tak keluar langsung nih. So, Tess kasi suggestion nih, dia kata yang anak saudara dia, Rosa, boleh jadi aku punya driver, untuk hantar aku ke satu mall di Methuen, Massachusets (mall terdekat yang ada panggung wayang) yang dalam 20 minit perjalanan dari tempat aku nih. Petang, atau malam, bila Rosa habis kerja, dia datang jemput aku. Aku cuma isi minyak kereta aje.

Elok sangat idea tuh, terus aku setuju, dan aku kata yang aku nak kasi Rosa 20 dollars. Sebab kalau aku naik teksi pun, lebihkurang gitu jugak harganya kot. Mungkin lebih mahal. Lagipun, aku boleh save masa sikit, iyalah, nak tunggu teksi ada dalam sejam. 

Jadi, I'm so looking forward lah untuk hari off aku nanti nih, dan hari-hari off yang seterusnya. Itupun kalau aku terus kerja di sini lah, kan?

Ish, aku termengantuk, termalas pulak nak sambung tulis nih. Tertak ada mood pun satu hal nih. Dah dua bulan aku tak balik New York rupanya. Dah dua bulan....... lama dah tuh. Lama sangat dah tuh. 

Sawah ladang dan pohon nyior
Times Square dan jugak Broadway
Dengarkanlah jeritan hati
Ku ingin nyatakan
Aku sering merindu belaian mu
Aku sering merindui kasih mu

[Alleycats - Berita Dari Rantau]

24012008


Semalam sama hari ini, aku asyik berangan aje. Melayan angan-angan yang saja aku sambung-sambungkan. Memang seronok berangan nih kan? Tambah-tambah pulak kalau angan-angan tuh something yang kita rasa kita boleh buat, boleh capai. Eh, itu namanya angan-angan ker? Planning, perancangan kot? Whatever lah tapi perancangan dan planning aku sesehari dua nih banyak berunsur angan-angan. Nak buat something yang aku rasa agak sukar nak dilaksanakan, tapi doable gitu. 

Bukan lah perancangan untuk masa terdekat nih. Dan as long as aku masih kerja di New Hampshire nih, angan-angan tuh akan tetap tinggal angan-anganlah. Dengan lain perkataan, perancangan tuh untuk waktu dan ketika aku dah tak di sini lagi. Itu angan-angan kecik aje, ada lagi cerita angan-angan dan perancangan yang lain. Yang lebih besar, yang global gitu. Yang kalau aku nak laksanakan, dalam masa sesetahun dua akan datang. So angan-angan aku berkisar pada itu lah, "kalau" aku boleh percepatkan melaksanakan apa yang selama ini aku tak fikir pun sangat tapi sudah sampai masa nya aku fikir habis-habis.

Ayoo, susahlah nak buat ayat berlapis-lapis dan bertapis-tapis gini nih. Lantaklah, aku sorang aje yang faham. 

Aku punya mood sejak semalam tuh, mendatar aje. Tak ada lah aku fikir pun pasal kerja di sini sesangat. Biasa aje. Mungkin sebab aku dah fikirkan, aku dah luahkan baik buruknya kalau aku ambil salah satu keputusan kan? Teruskan kerja di sini, atau pindah semula ke New York secepat mungkin.

So aku dah tak fikir dah benda tuh yang aku rasa, simple sangat sebenarnya. Aku rasa aku dah jadi macam skema dah nih sebab benda kecik segini pun aku nak kena fikir lebih-lebih sangat, nak dianalisa bagai, kan? Orang skema jer yang buat gitu kan? Yang hidupnya dipenuhi plan dan jadual waktu dan schedules. Aku nih bukan ker orang yang tak berfikir panjang, so apa yang aku nak fikir-fikir sangat tuh kan? 

So aku nak buat style aku yang dulu-dulu lah, tak nak fikir lebih-lebih. Aku nak tengok mood aje nanti lah. Kalau nanti mood aku bertiup ke arah New York, aku berhenti kerja. Mintak-mintak mood aku akan beralih arah. Awal bulan depan lah penentunya. 

Yang buat aku ralit berangan-angan tuh bukan apa. Sebab sesehari dua nih tak ramai customers. Dan aku sorang-soranglah kat depan tuh, berdiri menunggu orang datang makan. Mengalahkan pelacur kat Chow Kit lagi gayanya. Diaorang tuh, asyik rileks aje kerjanya. Aku baru perasan yang diaorang tuh tak tahan berdiri lama-lama. Sonny especially. Mengeluh aje kerjanya diaorang tuh kalau masa tak ada customer. Baru diaorang tahu yang bukannya senang nak tercegat di depan tuh sepanjang masa. Itu yang buat aku tahan-tahan kan jugak, aku buat selamba aje berdiri sorang-sorang. Diaorang ak tahu yang fikiran aku melayang jauh, fikir itu ini. Kadang-kadang tuh bila diaorang tanya, aku pura-pura kata aku pun ngantuk, aku pun bosan. Sebab diaorang tuh, tak sempat 10 minit berdiri kat depan tuh, dah tersengguk-sengguk. Last-last diaorang pergi merayau kat sekitar mall tuh. Sonny pulak, last-last dia duduk bersila, pasang laptop, dia online. Tus air liur aku, tau dak? Kalaulah aku dikasi online gitu, alangkah syoknya. Dia pulak, tak sampai beberapa minit, tersengguk-sengguk depan laptop. 

So memanglah membosankan sesehari dua nih, dan aku mengambil kesempatan itu dengan berangan-angan dan membuat plan yang aku rasa akan menceriakan hidup aku. Untuk masa akan datang. Tapi, kita merancang aje kan, semuanya tuh di tangan Tuhan.

----------------------------------------

Alfonso pinjam duit aku tadi. Tak lah banyak, 50 dollars aje. Aku kasi aje lah sebab ituhari dia nak pinjam tapi tak jadi, kan? Lagipun, kalau aku tak kasi, nanti dia muncung pulak kat aku. Dah lah Yopi tak bercakap dengan aku kan? Iyalah, manusia nih, kalau kita tak dapat tolong dia, kita yang dimarahnya kan? 

Respek aku dengan diaorang nih sebab tak ada duit pun tapi rileks aje. Aku yang tengah ada duit nih, tak tenang aje jadinya. Memanglah duit tuh punca segalanya kan? Buat aku tak senang duduk. Itu baru sikit, katalah aku nih banyak duit, kaya raya, harus aku nih jadi orang yang lupa daratan gamaknya.

Nak tergelak pulak malam tuh bila aku ternampak Alfonso tengah tekun belek-belek kad lotteri. Rupanya dia guna duit tuh beli lotteri, scratch tickets. Macam yang Gores Dan Menang tuh kot? Banyak pulak yang dibelinya. Dia nih, minggu lepas tuh, ada lah memang seratus lebih, itu yang buat dia macam ketagih aje tuh. 

22012008


Saspen gak aku pagi tadi takut kalau-kalau Yopi pun sama off dengan aku sebab semalam dia sepatutnya off tapi Sonny suruh dia kerja jugak. Iyalah, ingatkan busy sebab Public Holiday tuh. Rupanya aku sorang aje yang off hari ni nih, bapak Sonny ada kat rumah jugak. Dah seminggu dia tak kerja bapak Sonny nih, tah pasal apa aku pun kurang pasti. 

Dia nih nampak macam nak berbaik dengan aku, iyalah, kitaorang berdua nih macam dah terpinggir aje dah sekarang nih. Dia kerja di bahagian dapur, sorang-sorang aje, tak langsung dah bersembang macam selalu tuh. Kesian aku menengoknya. Aku pulak, sorang-sorang jugak di bahagian depan. 

Sonny, bini dia, Mr Wong, diaorang adalah di depan tapi diaorang bersembang bertiga. Aku lah sorang-sorang melayan customers. Kalau tak ada customers, aku melayan perasaan aku. Aku lebih suka melayan perasaan, daripada melayan customers. Sebab customers nih kadang-kadangnya banyak sangat cekadak masing-masing tuh. Cuma bila melayan perasaan tuh, kadang-kadang aku tersedar, yang sebenarnya aku nih yang banyak taik palat nya. Dok fikir itu ini, benda yang bukan-bukan. 

Lepas diaorang pergi kerja, terus aje aku ke Shaws supermarket tuh. Tak mandi, tak basuh muka pun, pergi gitu aje. Best kat US nih, tak ada orang kisah pun. Asalkan jangan bogel, dah. Aku beli tuna salad, egg salad, mee segera, dan bekalan carrot juice untuk seminggu. 

Kat rumah aku tengok tv aje lah sesambil buat update yang kat bawah tuh. Sunyi sepi sekeliling aku, off line dan online. Nampak gayanya hari ni Hari Tidak Bercakap Sepatah Haram Pun jugak lah gayanya. Sesambil tengok The Price Is Right, aku tengok jugak Business Channel, syok tengok panic selling kat Wall Street. Dah lama tuh baru lah stock market naik balik semula. Personally, aku suka kalau harga stock jatuh merundum. 

Lepas tuh terralit tengok Oscar Nomination pulak. Ish, banyak ketinggalan aku nih, banyak judul films yang aku tak pernah dengar. Kecuali Atonement yang aku nak tengok sangat tuh. Kalau aku kat New York, sure aku tak ketinggalan sangat macam nih kan? Sure aku akan berkecimpung menengok filem-filem tuh. Kalau aku kat New York lah kan? Tapi aku di sini, kat ceruk rantau yang panggung wayang pun tak ada ni kan? So aku nak buat macam mana kan?

Sikit pun aku tak sentuh Forex punya websites, tengok-tengok gitu aje site tempat aku "main kutu' Forex tuh. Dah dua minggu, dari 400 USD, dah jadi dekat lima ratus dah nih. Ish, kalau aku banyak duit, harus aku tambah lagi sikit tabungan aku nih. Ada duit sesikit sebenarnya, tapi sayang nak guna. Takut-takut awal Februari nanti aku akan terbalik ke New York kan? 

Pukul 3 baru aku keluar, nak ke Lenscrafter, nak ambik contacts yang aku order minggu lepas tuh. Aku ada lah jugak try-try cermin mata kat situ tapi mahal-mahal semuanya. Trendy-trendy pun satu hal jugak. Malu lah, aku nih dah tua, takkan nak pakai trendy glasses macam tu kan? So terselamatlah duit aku dari terbeli new glasses tadi tuh. Akan lama lah selamatnya aku rasa sebab aku dah tak ada hal dah nak ke Lenscrafter kan, contacts tuh untuk bekalan setahun. 

"So I'll settle for these 500-dollar glasses then, a little cheaper then what I wanted to spend", aku terdengar ada this one MakCik cakap gitu, masa aku nak keluar dari kedai tuh. Ish, macam berlagak jer gaya dia cakap tuh.

Aku lupakan niat nak pergi potong rambut, malas pulak rasanya, lantak lah aku rasa rambut aku macam dah menggerbang panjang nih. Nasib baik jugaklah aku terus balik ke rumah sebab sedara aku ada online. Kalau aku pergi potong rambut tadi, sure tak berkesempatan jumpa sedara aku nih. Dah lama tak sembang dengan dia nih so we decided untuk berwebcam bagai. Biar terasa dekat gitu. Tengah nak pasang camera tuh, tah apa salahnya, laptop aku terus kong, mmapos gitu aje. Pundeks tul, hilang entry yang aku dah siap-siap taip. Kena buat semula lah nampak gayanya. Tapi tak apa, sebab aku dapat sembang dengan sedara aku dalam dua jam gitu. Hilang rindu dendam selama ini. The rest of the day aku online aje lah, sesambil tulis entry nih, malas lah aku tulis pepanjang, aku pun dah lupa apa yang aku tulis mula-mula tadi tuh.

21012008


Aku punya mood hari nih macamana? Lawak pulak rasanya semenjak dua menjak nih, aku asyik mengukur, menganalisa tahap mood aku aje kerjanya. Macam Dow Jones Index aje mood aku sekarang nih, kadang mencanak-canak naik nya, only to plunge the very next day. 

So, harini mood aku bercampur-campur. Ada naik, ada turun. Mixed gitu. Ada masam, ada manis. Masam-masam manis gitu.

Walaupun hari ini Public Holiday kat US (Martin Luther King's Birthday), tapi tak lah sibuk sangat. That surprised us sebenarnya, kitaorang jangkakan akan sibuk sepanjang hari but we were wrong. Mungkin sebab sejuk sangat hari nih kot itu yang tak ramai orang keluar. 

So awal pagi tuh aku melangut macam biasa lah. Aku tengok aje bini Sonny melayan anak dia. Diaorang bawak anak diaorang ke restoran harinih, di biarkan lepak kat tempat customers makan, dibelikan toys. Ralitlah budak tuh. Masa aku tengok bini Sonny kasi anak dia makan, terus aku macam tergelak. Aku terberfikir. Yang anak diaorang tuh makannya jauh lah lebih banyak dari aku. Bini Sonny pun sama, semua orang lah. 

Tapi, yang buat aku terfikir tuh, anak diaorang makan banyak dari aku. Aku? Pagi-pagi aku makan almond croissant sebijik, itu aje. Tengahari aku makan nasi sesikit, then malamnya aku makan soup. Itu aje lah. Tapi anak diaorang, penuh sepinggan nasi tuh disebatnya. Itu baru breakfast tuh. Terkejut aku menengoknya. Budak tuh baru 3 tahun lebih. Aku terfikir, kalaulah aku boleh makan sebanyak itu, sure dah gemuk aku jadinya. Selalu aku tengok diaorang makan, punyalah bersemangat, punyalah bernafsu. Kalau Alfonso tuh, sampai melimpah-limpah pinggan dia. Aku, belum makan lagi, tengok makanan aje, aku dah jadi kenyang. 

So tak heranlah aku dah semakin kurus sekarang nih. Semalam tuh, cincin di jari aku (jari manis (?), jari yang sebelah jari kecik tuh), terlucut. Longgar. So terpaksa aku sarungkan cincin tuh ke jari hantu, jari yang kat tengah tuh. Tapi tak apalah sebab kalau aku nak memiddle-fingerkan orang, sure orang tak terasa hati sangat kot? Sebab middle finger aku lawa, ada cincin.

Dari menengok anak Sonny tuh makan, fikiran aku terus melayang jauh. Sampai ke New York sana tuh. Aku fikir, yang kalaulah aku nih di New York, sure makan minum aku ok sikit. Banyak pilihan, banyak benda yang aku boleh makan. Banyak benda yang aku idamkan, aku boleh cari. Kat sini apa lah adanya, apalah yang aku boleh makan sangat pun. Rentetan dari itu, aku terfikir, apa pasal aku menyiksa diri aku duduk di sini kan? Dah lah aku banyak meniksa diri aku dengan banyak benda-benda yang lain kan? 

So, isu permakanan merupakan satu isu besar yang boleh aku ketengahkan untuk menguatkan hujah-hujah aku yang it's for my own good lah kalau aku pindah semula ke New York. Dan bertitik-tolak dari situ lah, aku semakin jauh berfikirnya. 

Berhenti kerja aje lah awal bulan depan, apa susahnya kan? Balik semula ke New York, cari kerja lain. Bukannya aku tak biasa buat gitu kan? Yang aku rasa macam berat hati jugak nak tinggalkan New Hampshire nih, pasal apanya? Pasal aku macam takut-takut untuk memulakan hidup baru di New York? Tau jugak takut aku nih kan? Macam tak percaya aje kan? 

[Tak rugged lah leading a mundane life macam sekarang nih Joe! Wakakakkaka  Tak rock lah hidup mundane gini nih. Tak challenging langsung kan? Cuba kau cerita sikit, keadaan kau sehari-hari sekarang nih, tak ada apa yang kau look forward to, kecuali tunggu gaji at the end of every month, yang serasa bagaikan bertahun lamanya. KAN? Sanggup ker kau terus hidup macam tu tuh? Tak, kan? 

So, apa kau fikir lagi? Kau takut orang kutuk kau, kan? Kau takut orang gelakkan kau kan? Sebab kau rasa kau macam hero, yang kena buat keputusan yang bagus-bagus aje, kan? Sebab kau takut, kalau kau buat keputusan yang ikut hati kau, peminat kau akan marah. Sampai kan nanti ada yang akan bakar panggung. Kan?

Man, it's not easy jadi hero nih kan?]

Actually, keputusannya di tangan aku, aku boleh buat keputusan tanpa agak-agak, tanpa berfikir panjang sangat pun. Berhenti kerja! Habis cerita, kan? Tak payah nak susah-susah tulis itu ini kat blog. Orang yang baca pun dah bosan, sure nya, dengar cerita aku macam bertarik tali nih. 

Aku suka sebenarnya kalau ada orang yang nasihatkan aku supaya berhenti kerja aje. Itu macam seberpendapatan dengan aku aje kan? Aku suka kalau orang kutuk-kutuk aku, lekeh-lekehkan aku, api-api kan aku. In other words, aku suka kalau orang mengchallenge aku. Aku tak suka sangat benarnya kalau orang kasi nasihat yang macam skema aje bunyinya, yang semuanya menjurus ke arah benda yang baik-baik. Tetap kerja di sini, for example. Nasihat-nasihat gitu. Aku tak berapa suka sangat benarnya. 

Aku suka memperjudikan nasib. Aku lebih suka kalau ramai orang bersorak-sorak sokong aku memperjudikan nasib aku tuh. Biar pun aku tahu yang aku nih akan jadi macam Pak Kaduk akhirnya, kalah sabung, kampung tergadai. Tak apa, aku dah merealisasikan ciri-ciri Mat Jenin aku kan, sekarang tiba lah masanya aku jadi Pak Kaduk pulak kan?

Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat aje lah awal Februari nanti, apakah Pak Kaduk akan muncul di khalayak ramai?

Terbehenti lamunan aku tuh bila customers mula start datang. Tersengih-sengih aku sorang-sorang, sambil geleng-geleng kepala, bila mengenangkan apa yang aku fikir kan tuh. Bila memikirkan yang apa pasallah aku nih begini orangnya.

--------------------

"Whys is he not talking to me?", aku tanya Sonny, merefer kan Yopi yang masih tak bercakap dengan aku. "Just ignore him, he's always like that", kata Sonny. Mr Wong gelak aje bila dia dengar aku kata yang Yopi tuh tak nak bercakap dengan aku. Eloklah tuh, sekarang semua orang tahu. 

"Ah lantaklah, aku nak buat tak tahu aje lah, malas lah aku fikir-fikir sangat. Dia tak nak cakap dengan aku, apa susahnya? Pedulikan lah. Bukan salah aku kan? Bukannya aku jentik telor bapak dia kan? Pergi mamposlah dia nak berDQ-DQ gitu tuh, macam bapok jer. 

--------------------

I was all alone petang tuh bila ada this Arab couple datang nak order shrimp teriyaki. Terkejut diaorang bila aku kasi salam. Sesambil masak tuh, aku sembang-sembanglah dengan yang lelaki tuh, terkebetulan terbetul tekaan aku yang diaorang nih dari Palestine. Aku terperasan yang masa diaorang makan, diaorang selalu jeling-jeling arah restoran, jeling-jeling kat aku. Saspen gak aku, manalah tahu kot-kot teriyaki tuh tak sedap sebab teriyaki sos tuh macam terhangus aje tadinya tuh. 

Aku tengah lepak-lepak sambil mmebersihkan counter bila that Arab guy panggil aku. Dia nak bersalam dengan aku. Oklah tuh. Tapi, masa bersalam tuh, ada segumpal duit kat tangan aku. 

"No, no, no Brother...", aku kata gitu sambil pegang tangan dia, sambil pulangkan balik duit dua puluh dollars tuh.

Masa tuh jugak aku rasa airmata aku macam nak mengalir turun aje. Macam orang susah sangat ker aku nih di pandangan mata orang? Jangan risau pasal aku lah, aku nih Pak Kaduk!

20012008


Memang lah mood aku sehari-harian nih dipengaruhi oleh keadaan sekeliling. Kalau ok di waktu pagi tuh, akan ok lah biasanya sepanjang hari, sampailah ada benda yang tak ok nya, yang membuatkan mood aku pun jadi tak berapa ok. Rentetan dari kisah semalam, dan jugak ekoran dari blog entry aku semalam tuh, hari ini aku berubah mood pulak. Aku jadi lain dari semalam. 

Pagi tadi, sebelum pergi kerja, masa aku siapkan entry aku tuh, aku ada terfikir yang begini rupanya aku nih. Manja. Mudah mengalah. Tak kuat semangat. Bodoh. Pendek kata, semua yang tak baik lah, semua benda-benda yang negatif aje adanya kat diri aku nih. Tak ada sekelumit benda yang berbentuk dan berbaur positif pun yang ada dalam diri aku nih. Mungkin ada kot (tak kan tak ada langsung) tapi aku tak sedar. 

Lemah sangat aku nih orangnya, kata aku dalam hati. Bodoh sangat aku nih. Pun aku kata tuh dalam hati. So macam terbodoh aje lah aku sekejap pagi tadi tuh, masa tengah lepak-lepak kat luar apartment, sebelum pergi kerja. 

Aku nak buat macamana nih, memang aku nih lemah dan bodoh. Hati aku jadi denfensive gitu. Macam tak mahu mengalah lah. Macam tak boleh menerima hakikat yang aku nih lemah dan bodoh. Mencari-cari alasan lah kononnya. Typical orang lemah kan? I have to do something, I cannot go on living like this. Orang yang baca blog aku pun dah masak dengan perangai aku nih. Isn't that memalukan? Isn't that sad? Tapi itu lah aku, selama ini aku main-main aje dengan aku punya life nih. To me, my life is just one big fat joke. 

If only you knew how hard it is for me to stay sane, then tak ada lah kau akan gelakkan aku beria-ia sangat kan, Dear Diary

-------------------------

"Why are you so happy today?", Tess tanya aku masa kitaorang tengah tunggu customers. Tersenyap aku sekejap, obvious sangat ker yang aku macam happy jer harini nih? Aku memang rasa happy, aku rasa macam hyper gitu, aku bersemangat aje sepanjang hari. 

Entah pasal apa, aku pun kurang pasti. Apa yang aku dapat rasakan, aku macam ada semangat sikit nih untuk terus kan aje kerja di sini. Aku macam nak buktikan pada diri aku sendiri (never mind orang lain) yang I'm not all that bad. I can pull this one off. *Mamposlah statement berbaur kebangkitan dari kebodohan* Memanglah aku tak nak buat apa-apa janji tapi aku akan cuba berfikiran waras sikit sebelum membuat apa-apa keputusan. 

Yang buat aku nih tak bagusnya, aku suka berDQ dengan diri sendiri. Aku perasan tuh. Macam tak ada pendirian pun satu hal. Macam hero cerita Keling kan? Aku tak sedar pun yang aku tak pandai menyanyi. Let alone menari. 

19012008


Agaknya mood semalam tak habis lagi, terbawak-bawak sampai hari ni. The whole morning tuh aku dok fikir. Pasal itu lah, pasal Yopi. Masa aku minum kopi, aku duduk kat dapur, dia tengah kerja. Dilantun-lantun, dibalun-balun aje periuk belanga tuh. Aku macam terasa aje yang dia sengaja buat gitu nak kasi aku bengang. Macam dia boleh baca apa yang ada kat kepala aku nih aje, yang semua tuh akan buat aku sakit hati. 

Tak boleh jadi gayanya nih, aku mula fikir gitu, sesambil makan almond croissant tuh. Yopi nih tak suka aku nih, dia nak buat aku sakit hati nih, mula lah aku fikir bukan-bukan. 

Pukul 12, Theresa masuk kerja, kebetulan bini Sonny tak kerja weekends, so dengan Theresa aje lah tempat aku mengadu. Oh, by the way, Theresa dah pulangkan duit yang dia pinjam dari aku tuh. Bagus lah dia pulangkan cepat-cepat, aku akan percaya dengan dia kalau lain kali dia nak pinjam lagi kan? 

"He's still not talking to me, Yopi. I don't like this Tess (aku panggil Theresa tuh Tess), I think I want to quit at the end of the month", aku tercakap gitu kat Tess. Theresa gelak kat aku, dia kata jangan ambik hati tapi aku terangkan yang aku tak sanggup tak bertegur sapa dengan member sekerja, sebab kitaorang ada berapa orang aje di restoran tuh kan? 

Puas lah Theresa menasihat aku, suruh aku buat donno aje, buat selamba aje tapi kepala aku ligat fikir benda lain. Dengan aku nih gitu lah kan, kalau ada masalah, aku nak cari jalan keluar, aku tak nak hadapi masalah. Aku fikir, kalau aku nak berhenti kerja, timing dah ok dah, bulan January tinggal beberapa hari aje lagi kan? Kalau aku nak berhenti kerja, kena tunggu awal bulan, bila dah dapat gaji. 

Tapi, cukup ker duit aku? Cukup, walaupun tak bolehlah aku berpoya-poya sangat. Tapi, mana janji-janji aku untuk terus bekerja di sini at least sampai June? Ish, mana pulak aku janji nak kerja sampai June, kan? Aku bercadang aje, aku plan aje semuanya tuh. Tapi, kerja kat sini ok dah, aku boleh kumpul duit nih sesikit. Apa lagi yang aku nak? Kalau aku ke New York, aku macam kena start all over again, takut nanti aku tak cukup duit when June comes kan? 

So itu lah, sepanjang hari aku macam plan bila masa yang sesuai untuk berhenti kerja. Aku fikir, berani ker tidak  aku berhenti kerja secepat mungkin dan balik semula ke New York? Waras ker pemikiran aku nih sebab berfikir gini? Aku macam dah tak kisah dah apa yang orang nak fikir, nak kata. Lantak lah apa orang nak kata, diaorang tuh bukan tahu apa-apa, they don't really care pun kan? 

Tapi kan, yang buat aku tak tahannya tuh Dear Diary kan, sepanjang masa aku fikir tuh, sepanjang masa aku beritahu Tess tuh, aku dok gelak-gelak aje. Tersenyum simpul aku. Kau tahu apa maksudnya Dear Diary? Kalau kau ingat dan kau perhatikan style aku, kalau aku dah cakap sambil senyum-senyum tuh, maknanya aku dah tak fikir lain lah dah tuh Dear Diary. Maknanya macam aku dah terbesetuju dan akur dengan keputusan yang aku nak buat tuh. Maknanya aku dah tak fikir lain dah tuh. Maknanya aku dah gelakkan diri aku sendiri yang akhirnya aku buat jugak keputusan yang aku tak berapa suka tuh. Aku takut tuh Dear Diary, kalau aku dah cakap sambil senyum-senyum gitu tuh. Aku geleng-geleng kepala pulak tadi tuh. 

Dear Diary, 
holy fuck sesangat lah aku nih kan? Bila ada duit sesikit, bila gaya macam nak ada duit sesikit, mula lah aku macam tak senang duduk aje kan? Mula lah aku nak plan itu ini.

Tapi tak apa Dear Diary, itu semua apa yang aku fikir hari ini. Mungkin esok aku fikir lain pulak kan? Mungkin esok-esok aku akan fikir, teruskan aje kerja, come what may. Sebab ini aje jalannya sekarang, dan aku pun macam dah half way thru kan? Might as well teruskan aje.

So, masih ada harapan ker nih, Dear Diary?

18012008


Satu hal lagi yang buat aku bengkek aje semalam tuh, ramai pulak orang yang kasi tips. Aku dah macam tak kisah sangat dah kalau orang masukkan duit ke dalam tabung tips, tak ada lah aku hiba sangat menengoknya. Tapi yang bengangnya yang memang kasi tips ke tangan aku, khas untuk aku. Macam yang aku cakap dulu, duit tips di ambil diaorang, duit yang sepatutnya dishare dengan aku tuh, diambil diaorang. Memang tak patut sangat tuh. 

Hari semalam tuh, ada 3 kali ada orang kasi tips kat aku, tapi aku tak terima pun sebab Sonny ada kat depan sama aku. Aku tahu, tak lah sebanyak mana pun duit nya tapi the thought that counts. Aku hargai ingatan diaorang nak kasi aku tips, cuma diaorang tak tahu yang duit tips tuh diambik dek Boss aku, Sonny. Sepatutnya, what's mine is mine lah kan? Ini tak, what's supposed to be mine is his. Apa-apa lah. 

Sekali tuh, ada this one Filipino lady, Nora nama dia, dia kasi 2 dollars. Aku cepat-cepat masukkan duit tuh ke dalam tabung tips tapi dia tetap kata, "that's for you, go buy ice cream". Dia tahu aku selalu beli ais krim kat store di sebelah restoran tuh, almost hari-hari. [ Nanti lah aku cerita pasal Nora dan segerombolan perempuan Pinoy yang kat mall nih]

Geram aje aku nak kata, aku tak boleh ambil tips nih sebab Sonny kebas. Geram nak cakap gitu aje, aku tak pandang pun Sonny tapi aku tahu yang dia tahu aku tahu dia ambil semua duit tips. 

Kali kedua tuh, masa aku tengah nak kasi change kat customers, tiba-tiba duit tuh terjatuh betul-betul kat dalam tabung tips tuh. Memang tabung tips tuh kedudukan dia strategik sangat, tangan aku kena menyeberang tabung tips tuh bila nak kasi change kat customers. Aku mintak maaf kat dia sambil gelak-gelak, sambil nak ambil baliklah duit tuh, nak kasi semula kat dia. Tapi dia kata, "that's ok, it's yours" Ada lah dalam 3 dollars lebih. 

"No, no, no" aku kata gitu, Customer tuh gelak jugaklah, Sonny pun yang kebetulan ada sebelah aku, gelak jugak. Aku gelak jugak. Tiga-tiganya gelak. Gelak sapa yang paling berharga? Gelak Sonny! Sebab duit tips tuh dapat kat dia.

Tapi yang paling aku bengangnya, waktu malam tuh. Ada this one guy, smartly-dressed, dia nak beli salad aje. So aku sendukkan salad tuh, dia nak brocolli, aku kasi brocolli. Dia nak cabbage, aku kasi cabbage. Dia nak carrot, aku kasi carrot. Aku ikut aje kata dia. Harganya dalam 3 dollars lebih tapi Mamat tuh kasi 10 dollars, sambil kata, "You keep the change". 

"But that's only three something Sir", aku kata gitu. Gila apa nak kasi tips sampai dekat tujuh dollars sedangkan harga cuma tiga dollars lebih aje. 

"You keep it", kata Mamat tuh. Aku macam teragak-agak gitu. ""You keep it", kata Sonny. Cibai lah, kata aku dalam hati. Dia kata gitu sebab Mamat tuh ada di situ. Terus aku masukkan balance duit tuh ke dalam tabung tips. Takkan aku nak masukkan ke dalam pocket aku pulak kan? 

So itu hal yang buat aku bengang hari ni nih. Hari lain tuh gitu jugak, memang aku sentiasa bengang kalau tengok tabung tips tuh. Macam hiba aje rasa di hati. Tapi tak apa, aku nih akal nya panjang jugak kan? Sonny bukannya tahu yang aku ada aku punya plan sendiri.......

Malam tu, ada this Indon family yang duduk kat New Hampshire nih jugak, datang makan. I've seen them before, tegur-tegur gitu ajelah sebab diaorang macam "ada gaya" sikit. Kat New Hampshire nih ramai jugak orang Indo, walaupun tak seramai macam di California, atau duduk ramai-ramai setempat, macam di Phila tuh. Di sini, diaorang bersepah-sepah, merata-rata. Tapi memang ramai. So far aku ada lah jumpa 3 families yang aku kebetulan kenal sebab aku dengar diaorang cakap Indo, kebetulan diaorang makan kat restoran nih. 

Bila diaorang tanya khabar, saja jer lah aku cakap, "Jenuuuuuh rasanya, bosennya setengah mati, gak ada temen mau ngobrol"

"Kamu mau kerja pabrik gak?", tanya one of them. "Anak saya lagi cari orang, kerja pabrik roti, enak kerjaannya", kata dia lagi. Mula dari situ, terus lah diaorang macam mengutuk orang yang kerja restoran nih. Diaorang kata, lebih baik kerja kilang, tak lah bosan sangat. Ada ramai kawan, ada kehidupan. Kalau kerja restoran, macam hidup di penjara aje gayanya. 

Aku iya kan aje apa yang diaorang cakap tuh sebeb ada jugak benarnya, lagipun aku dah pernah dan selalu kerja kilang masa di Boston, California dan Phila dulu tuh, memang jauh bezanya dari kerja di restoran. Tapi bila mengenangkan yang terpaksa bercampur semula dengan orang-orang Indo yang macam-macam perangainya tuh, aku jadi tawar hati. Baiklah kerja di sini, kata aku dalam hati. Tak nak dah aku bercampur gaul dengan orang Indo, aku dah serik.

17012008


Pagi tadi, dalam pukul 8 gitu, ada orang ketuk pintu. Since orang lain masih tidur, aku lah yang bergegas bukak kan. Rupa-rupanya Yopi. Tak ada lah aku terkejut sangat tengok dia balik semula, sebab semalamnya aku ada dengar dia ada talipun Sonny. Aku tengok banyak beg yang dia bawak, memang nak balik kerja semula kat sini lah. Dulu, Alfonso ada beritahu aku yang Yopi ada kata kat dia, kalau dia tak dapat kerja lain di Boston atau New York, dia akan balik semula ke tempat Sonny nih. So aku buat kesimpulan yang dia nih tak dapat kerja lain dalam seminggu dia blah dulu tuh. 

Dia tetap tak tegur aku gayanya. Elok sangatlah tuh. Aku sepanjang pagi tuh, masa kerja, rasa tak sedap hati aje. Tapi aku tetap kata dalam hati yang that's normal lah, I'll get over it lah nanti. Tapi, semakin lama aku fikir, yang jangan dijadikan sebab Yopi tak tegur aku tuh akan membuatkan aku jadi down, semakin aku jadi tak sedap hati. Iyalah, dengan aku nih, sebanyak mana pun benda yang bagusnya, seramai mana orang suka aku, tapi kalau ada satu aje benda yang buat aku bengang dan susah hati, yang itulah aku asyik dok fikirkan. Manalah boleh semuanya perfect kan? Aku nak kan semuanya bagus, aku nak kan semuanya perfect. Aku nak kan semua orang sebaik, sebagus aku, hehehe. Impossible lah kan? So semakin aku fikir, semakin aku rasa tak sedap hati.

Aku tertakut jugak yang kalau aku dah bosan nanti dengan perangai Yopi tuh, aku akan berhenti kerja aje. Itu yang aku takut sangat tuh. Itu yang aku cuba cakap kat diri aku sendiri, tahan-tahan kan aje lah, a few more aje kan? 4 bulan aje lagi kan? AJE? Aku kerja sini baru 3 bulan, itu pun dah rasa macam 3 tahun. Mamposlah aku nak tunggu another 4 months, dalam keadaan yang macam nih. Itu satu hal yang buat aku tak sedap hati aje hari nih. 

Ini satu hal lagi. 

Semalam aku pulun minum carrot juice, so it's only natural lah aku sakit perut. Tak lah sakit sangat, cuma nak terselalu ke bilik air. Pagi aje berapa kali aku berulang alik ke bilik air, tak ada lah terlari-lari, terkemut-kemut, macam orang sakit perut tuh. Tak. Tapi, kerap jugak lah aku terpaksa berak. Lawa jer taik aku, kaler oren. Taik Mat Salleh tak selawa itu rasanya. 

Lagi satu hal nih pun buat aku tak ada mood jugak hari nih. Bini Sonny dah mula kerja semula, since anak diaorang dah sihat. Diaorang hantar budak tuh ke sekolah setiap pagi, pukul 4 petang baru diaorang ambil. 

Aku memang tak senang sikit dengan bini Sonny nih, bukan apa, dia nih typical bini Boss lah kan? Pagi-pagi, kerja aku yang mula-mula, basuh/cuci silver trays, container, senduk-senduk, semuanyalah. Aku dari dulu dah perasannya yang bini Sonny nih akan perhatikan satu-satu hasil kerja aku. Senduk-senduk tuh especially. Dibelek satu persatu. Aku jeling aje lah biasanya, bengkek aje.

So tadi, bila dia buat gitu, aku terus jadi bengang, terus aku kata in Malay lah kan, aku kata, "Ha, buat dah, buat dah!". Dia tak faham tapi aku dah bengang dah. Korang yang perempuan, yang dah kawin tuh patut faham. Bayangkan yang korang cuci pinggan mangkuk, then Mak Mertua korang belek-belek, lepas tuh dia cuci semula pinggan mangkuk tuh. Bukanlah semua, tapi mungkin satu dua. Apa perasan korang? Bengang, kan? Lepas tuh korang buat kerja lain tuh sambil hempas-hempaskan aje, laga-laga kan aje benda-benda tuh, kasi berbunyi, kan? Macam tanda protes, tanda tak puas hati gitu kan? Aku tak ada lah buat gitu, aku senyapkan aje, aku simpan aje dalam hati.

So, itu satu hal yang buat aku bengang hari ni nih. 

16012008


Hari ni lah hari off aku yang paling tak berguna. Yang paling membosankan. I did absolutley nothing today. Tak buat apa-apa. Apa aku buat sepanjang hari? Tak ada apa-apa. Depressednya aku rasa. Nak buat itu tak jadi. Nak buat ini malas. Nak buat itu ini tak ada mood. 

Kalaulah aku diberitahu awal yang aku akan off dua hari, sure aku dah buat plan. Entah-entah aku dah terbalik ke New York kan? Itu yang aku rasa macam ralat jer tuh. Itu yang aku rasa macam tak seronok, tak ada mood aje tuh. Sebab aku dah tak akan ada peluang macam ni dah. Dah sebulan setengah aku tak turun New York kan, so it's about time lah aku buat plan untuk melawat kampung halaman yang tercinta kan? 

Awal pagi tuh aku online, chat sesikit sesambil tengok tv. Rasa macam orang pencen jer, dok tengok The Price Is Right. Aku tak bukak pun Forex websites, aku tak buat apa-apa pun, sedanglkan semalam tuh aku punyalah bersemangat kononnya nak pulun study hari ni nih. Letih tak buat apa, takat tenung screen laptop, aku tidur. 

Bangun tuh terus makan mee segera, then cuba-cuba mengadap laptop. Fuck! Gitu jugak, I ended up staring at the screen, not knowing what to do. Not knowing where to go. Aku tengok tv kejap, tengok Dr Phil's Show, bosan, aku sambung tidur semula. Bukan tidur sangat pun, more to menyorok dalam selimut. Syok berkelubung sejuk-sejuk gini nih. 

Dah gelap, dalam pukul 4-30 pm, baru lah aku keluar. Aku pergi Shaws, memang tak ada niat nak beli apa-apa pun. Sekadar nak buang masa, nak ambik angin, nak buang bosan. Tapi, dalam tak tak nak beli apa-apa pun tuh, habislah jugak 70 dollars. Aku beli 1 gallon carrot juice, aku beli cookies, aku beli apa tah lagi tadi tuh. Pasal aku beli sampai 1 gallon carrot juice tuh? 

Masa tengok tv tadi tuh, aku tertengok this interview dengan Sarah Ferguson, Princess Of York. Dia nih kan ker jurucakap Weight Watchers? Dia kata, dulu dia deperessed, dia gemuk. Dia asyik makan cookies sama minum juice. Carrot juice tuh salah satu dari dia punya favorite. Kalaulah dengan minum carrot juice boleh mengemukkan aku, aku sanggup minum juice tuh berliter-liter setiap hari. Elok dah tuh, aku sentiasa dalam keadaan depressed kan? 

Tak jugak sebenarnya. Aku, bila ternampak carrot juice tadi tuh, terus aku tersambar botol besar tuh. Bukan apa, sebab it reminds me of New York. Sebab masa aku kerja kat kedai Lee dulu yang buat aku mula berkecimpung di bidang meminum carrot juice kan? Cibai tul, everything reminds me of New York. Everthing leads to New York jugak. 

Ok lah Dear Diary, aku tak ada mood dah nak sambung nih. Karang-karang mungkin mood aku ok balik kot. By the way Dear Diary, harinih aku belum bercakap walau sepatah perkataan pun. Kat Shaw tadi pun tak bercakap apa-apa, takat bayar aje harga barang. Janganlah diaorang balik kerja nanti, ada yang tegur aku. I want to keep it this way, aku tak nak bercakap apa-apa pun hari ni nih. 

15012008


Aku off hari ni nih. Tengah syok nak mula chat kat tag pagi tadi tuh, aku termengantuk, terus aku sambung tidur. Tak sempat a few minutes, ada orang call. Rupanya Sonny. Dia tak nampak aku tengah tidur kot sebab biasanya aku either meniarap sambil online, atau aku bersiap sedia untuk mandi, sebelum diaorang pergi kerja. Tapi tadi tuh, aku tidur menghadap dinding, aku tidur kat tepi katil, aku macam rapatkan diri aku kat dinding. Romen dengan dinding lah lebih kurang. Itu yang dia tak ternampak aku tuh. Prihatin Sonny nih kat aku rupanya, dia takut aku hilang ker? 

Macam semalam tuh, sebab snow, dia park kereta kat covered parking lot. Masa nak balik kerja, aku tersalah jalan, aku terpergi ke hujung sekali. Puas aku mencari kereta dia, rupanya nun jauh di sana. Berkali-kali dia talipun aku suruh aku tunggu aje kat situ sebab jalan licin, snow tebal. Macam budak kecik jer kan, Dear Diary kan?

So dah terbangun tidur tuh, memanglah dah tak dapat nak sambung balik. Lagipun, hari-hari off yang berbahagia nih, buat apa aku membazir dengan tidur aje kan? Baik aku online, ada jugak faedahnya kan?

Macam hari-hari off biasa, aku ke 7-Eleven nak beli kopi sama egg sandwich. On the way tuh ternampak Alfonso. Laaa, aku ingatkan dia kerja harinih sebab tak cukup orang di bahagian dapur, since Yopi tak ada nih. Rupanya dia off jugak. Terus aku tanya dia kalau-kalau dia nak duit yang aku janji nak pinjamkan tuh. Member macam moncong aje I tell you. Dia kata dia dah pinjam kat Sonny. Aku beritahu dia yang aku ingatkan dia tak off hari nih, itu pasal aku tak kasi dia duit tuh semalamnya. Macamana pun aku ada lah offer dia kalau-kalau dia nak pinjam jugak. Dia kata dia tak nak. Tapi dari nada dia cakap tuh, ada perisa sentapznya. Aku tau tuh. Tapi aku buat donno aje lah, susah manusia nih kan?

Punyalah bosannya aku masa online, sebab tak ada orang sangat pun. Sengsorang aje lah aku akhirnya. Tapi tak apa, aku nak buat blog entry, aku nak surf benda-benda Forex nih sikit, petang kang baru keluar pergi Lenscrafter. Sama potong rambut. 

------------------------


Aman jer aje aku study Forex sorang-sorang tadi. Sunyi dan sepi, aku tak on kan apa-apa music pun, aku tak termerayau mana-mana pun. Aku concentrate betul-betul tadi tuh. Rasa macam dah pandai aje nih walaupun aku tahu yang aku nih far from faham apa itu Forex. 

Best belajar kat online nih sebab semuanya senang nak dicari. Sampaikan aku terpergi cari tempat-tempat untuk belajar Trading nih, yang dekat-dekat New York. Yang kat Boston nih ada jugak tapi aku tak nak lah sebab aku tahu, kalau aku nak masuk kelas tu nanti, maknanya aku dah bersedia. Maknanya jugak aku dah di New York balik. Selagi aku di sini, memang aku belum bersedia. Buat apa nak pergi kelas kat sini kan, aku bukannya ready lagi kan? Aku bukannya ada duit kan? Ribu-ribu fees pulak tuh. 

Itu cuma plan masa depan lah, aku excited sangat nih sebenarnya. Geram pun satu hal jugak. Selalu aku terfikir, kalaulah aku nih legal, kalaulah aku ada bank account sendiri, atau kalaulah aku nih kat Malaysia, dan kalaulah aku nih ada modal, sure aku dah buat Trading aje. 

Tapi tak apa. Pelan-pelan lah kayuh tu kan? Biar lah aku kerja kuli nih dulu, sesambil kumpul duit sesikit. Sesambil belajar apa-apa yang patut. Harap-harap by the time aku balik semula ke New York nanti, aku dah ada duit yang cukup, aku dah ada ilmu di dada, untuk buat Forex nih dengan lebih serious. After all, ada orang yang offer suruh aku guna one of his Trading accounts. Itu dah cantik dah tuh.

Harap-harap semua nih berjalan lancar seperti yang aku angan-angan kan lah. Itu azam aku sebenarnya, azam tahun baru. Cuma aku tak war-war kan aje. Sebab aku tahu yang aku nih reti buat azam aje. Merealisasikannya, itu yang payah nya tuh. 

Pukul 3 setengah baru aku keluar, itupun sebab aku decide tak nak pergi potong rambut hari nih. Buang masa aje, minggu depan lah kot. Tak kisahlah rambut aku panjang sebab most of the time aku pakai topi, kan? 

Sementara tunggu nak ke Lenscrafter, aku pergi makan salad kat Burger King sekejap. Lepak-lepak sambil dengar lagu. Ramai orang tua-tua yang lepak-lepak kat Burger King tuh sebab diaorang nak dengar lagu kot, semua lagu-lagu lama aje yang dipasang. 

Belum pukul lima aku dah masuk Lenscrafter, dan sementara tunggu Doktor panggil nama aku, aku merayau dulu tengok-tengok frames cermin mata. Aku konfiden jer yang aku tak akan terbuat glasses baru, sebab aku bawak lima ratus aje. Tak berani lah aku nak menguji diri aku sendiri dengan bawak duit lebih dari itu. Takut terbeli glasses baru.

Lawa-lawa frames kat kedai tuh, aku macam terpaku kat satu spot nih yang ada tulis Polo Ralph Lauren. Aku cuba-cuba frames kat situ, macam banyak jer yang tersesuai dengan muka aku, macam akan lawa jer aku kalau aku pakai frames Polo tuh. Aku ambik satu, aku cuba, rasanya aku congak-congak jugak, aku kira, cukup ker tidak duit aku kalau aku rembat satu? Ish, cukup, macam ngam-ngam gitu. Lagipun, nak buat glasses senang aje, dalam masa dua tiga jam dah boleh siap. Nak order contacts nih yang payahnya, Doktor tuh kena check dulu trial contacts yang aku pakai nih, then kalau sesuai, barulah boleh order. Dalam seseminggu kemudian baru lah boleh datang ambik. 

So gitu lah kaedahnya, aku berperang saraf tadi tuh. Nak rembat satu ker tak nih? Nak rembat ker dak nih? Ambik, taruk balik. Ambik, taruk balik. Nasib baik lah aku teringat, yang kalaulah aku terambik frame yang lawa tuh, sure aku kena kutuk nya nanti tuh. Iyalah kan, sure aku akan tulis kat blog, kan? Sure ada orang yang akan boo aku nanti kan? Last-last tak jadi lah aku buat glasses baru, punyalah bangga aku dengan diri aku tadi tuh sebab berjaya mengawal nafsu dari membelanjakan duit. 

Lama jugak Doktor tuh check trial contacts aku tadi tuh, dia siap suruh aku buang yang aku pakai tuh sebab nak kasi aku sepasang yang baru. Aku tak buang pun (aku buat pura-pura buang), aku taruk dalam kocek jacket. Nak buat spare contacts, mana lah tahu kot-kot terhilang pulak trial contacts yang baru nih. Aku nih kan ker clumsy orangnya? Aku order 4 kotak lens, aku siap kata aku tak nak clear contacs, dan kaler brown, hazel dan grey tapi Doktor tuh kata cuma ada tinted aje. Tinted pun tinted lah, asalkan bukan clear contacts yang mudah terhilang tuh.

So minggu depan siaplah contatcs aku tuh. Bermakna aku kena datang lagi sekali nak ambik nanti tuh. Akan berjayakah diri aku dari menahan nafsu untuk tidak membeli new glasses? Kita tunggu dan lihat aje lah nanti, ya Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekelian. 

Sampai rumah pun hari dah gelap, tengok tv aje lah aku sama Alfonso. Sesambil tulis entry nih. Dalam pukul 7 gitu, bini Sonny balik kerja, hari nih dia terpaksa pergi kerja sebab tak cukup orang, sebab aku sama Alfonso off.

Tak lama tuh dia datang kat aku, bini Sonny nih. Dia kata aku off esok, punyalah siksa aku nak faham yang esok aku disuruh off dan minggu depan aku tak ada off. Next aku off, 29 jan. Mak oiii, lama lagi tuh. Terus hilang mood aku. Nasib baik sempat tulis update nih. 

Aku macam dah hangen seluruh badan tadi bila dapat tahu yang minggu depan aku tak ada off sebab aku macam di paksa off esok. Dah nak start meroyan pun dah tadi tuh. Bila aku tanya Mr Wong, dia gelak aje, dia suruh aku tunggu Sonny balik, tanya dia.

Tapi, bila Sonny balik, dia kata dia suruh aku off esok sebab dia macam ada hutang cuti dengan aku. Iyalah, masa holiday season dulu tuh kitaorang pernah kerja sampai 15 jam sehari. 

So, esok aku off lagi. Dan minggu depan aku tetap off jugak. Bestnya. Lagi best kalau Sonny beritahu aku semalam, kan? Dapatlah aku buat plan nak pergi Boston ker, apa ker kan?

Aku tak nak ke mana-mana lah esok, nak melepak kat rumah macam hari ni jugak lah. Save duit, kan? Boleh aku sambung belajar Forex. 

14012008


Masa pergi kerja tadi, snow tengah turun lebat. Kat tanah dah ada dalam 6 inci snow yang turun sejak semalam. Kitaorang buat kerja pun selamba aje sebab memang kitaorang tak expect akan ada ramai orang kat mall. Sonny terpaksa ke Boston jugak hari nih sebab ada appointment dengan Doktor, anak dia masih sakit. So aku sorang aje lah kerja di bahagian depan. Di dapur, Mr Wong sama Alfonso berdua, bapak Sonny harinih off. 

Nak menyampai ke pukul 1 tengahari tuh punyalah siksanya sebab langsung tak ada orang, takat seseorang berdua aje. Punyalah bosan aku dibuatnya. Aku pun pelik tengok ada jugak orang yang mundar-mandir kat kawasan food court tuh. Geram aje aku dibuatnya. Iyalah kan, tak ada hari lain dah ker nak keluar pergi mall? Tak tahu ker kat luar snow lebat? Patutnya duduk rumah aje lah kan? 

Ini memang jenis yang degil tuh, yang tak dengar nasihat dan amaran pihak berwajib. Kalau jadi apa-apa kat diaorang masa drive pergi balik mall, siapa yang akan susah nanti? Diaorang jugak kan? Tapi, diaorang tak fikir pun pasal tuh, nak merayap jugak kat mall.

--------------------------------- 

So kaedahnya, melangut aje lah aku sepanjang hari tadi tuh. Punyalah mengantuknya kalau masa tak sibuk, sebab berdiri setempat, fikiran melayang jauh. Nasib baik lah Soledad selalu datang ke tempat aku. Aku suka Soledad nih, aku panggil dia Aunt Sol. So bergossip aje lah kitaorang berdua tadi tuh, siap berbisik-bisik, sedangkan orang lain tak ada pun kat situ. Memang dasar sangat kan? Kitaorang gossip pasal apa? Ayoo, aku belum pun tulis pasal Aunt Sol nih kan? Nanti lah aku cerita pasal dia, esok-esok ker. Tapi, aku memang suka kat dia, kat dia lah tempat aku mengadu hal. Dia pun selalu cerita pasal life dia. Dan aku suka dia sebab dia selalu kata "God bless you, son", tiap kali dia beli makanan, aku kasi gila-gila punya diskaun. Kalau harga makanan USD 8, aku charge dia dua dollars jer. Aku pandai lah sorok tuh semua dari pengetahuan Sonny. Sonny pun ada kasi dia nih diskaun, tapi tak lah banyak sangat pun.

-------------------------

Dinner tadi syok makan ikan goreng. Sonny singgah Chinatown Boston, so dia beli ikan sebab dia tahu aku boleh makan ikan. So Mr Wong gorenglah ikan tuh, ikan apa tah, macam ikan kembung aje, tapi kurus. Ikan kembung yang kurus. Nice oxymoron kan, kembung yang kurus.

So aku makan dengan nasi putih yang tengah panas-panas tuh, taruk kicap sikit, fuhhh, teringat macam kat Malaysia masa kecik-kecik dulu. Last-last aku makan pakai tangan aje sebab lagi best makan pakai tangan. Pelik diaorang tengok aku, diaorang kata aku pengotor. Aku gelakkan aje. 

Tengah makan tuh, Alfonso yang sebelum tuh was on the phone, tanya aku kalau-kalau aku ada duit. Mulanya aku buat tak dengar aje tapi bila dua tiga kali dia tanya aku, aku tanyalah berapa? Nak buat apa. Dia kata dia punya brother yang kat Texas nak duit secepat mungkin, seratus dollars. 

Entah pasal apa, aku terkesian kat dia, aku teroffer pinjamkan duit seratus dollars tuh. Ala, tak banyak mana pun seratus tuh, itu kata hati aku. Lagipun, ini masa dia mintak tolong, mana tahu suatu hari nanti aku pulak nak mintak tolong dengan dia, kan? Lagipun, aku tak sampai hati nak tipu dia bila dia tanya aku ada duit ker tidak. Dan aku nih pun bukanlah jenis orang yang suka berdolak-dalih gitu, kata tak ada duitlah, nak guna duit lah, excuses like that kan? Aku nih orang yang telus dan tulus, yang kebetulan berfulus. 

Memang aku tengah ada duit. Dan bila dah confirm yang dia akan dapat duit dari aku, terus lah Alfonso talipun brother dia tuh, nak ambil details pasal dia nak hantar duit guna Moneygram. Tapi aku pelik jugak, dia suruh the guy on the other end tuh eja nama, then dia tulis kat kertas. Tak kan dia tak tahu nama abang sendiri kot? Macamana pun aku berfikiran positif aje lah, entah-entah itu abang dia yang lain. Ataupun sedara dia ker. Apa-apa lah. 

13012008


Hari Rabu lepas, Yopi mengadu sakit tangan. Dia mengadu kat Sonny lah. Berbungkus tangan dia. Tangan kanan. So tak boleh nak kerja. Terus Sonny ajak dia ke Boston, ke tabib Cina, sebab memang kebetulan Sonny off hari tu tuh. Teruk gayanya sakit tangan dia tuh sebab besoknya dia tak kerja jugak. 

Then Jumaat tuh dia kata dia nak ke New York. Alfonso beritahu aku yang Yopi ada cakap dengan dia yang Yopi tak nak kerja dah di restoran Sonny nih. Dia kata dia nak berhenti kerja. Tapi dia tak ada pun beritahu Sonny. Then aku teringat yang dulu Yopi ada kata dia nak berhenti kerja dalam minggu ini. Betul rupanya. Sonny tak tahu pun plan Yopi nak berhenti kerja tuh so dia expect Yopi akan balik semula dari New York. Yopi tuh untung sebab gaji dia dibayar setiap minggu, so dia senanglah kalau nak berhenti kerja, anytime aje. Bukan macam aku yang gaji dibayar sebulan sekali. 

So, sekarang nih dah beberapa hari Yopi tak ada di sini. Harap-harap dia terus berhentilah, senang sikit hati aku. Maknanya jugak, aku lah orang paling lama kerja di sini sekarang nih. Theresa tak kira lah sebab dia cuma parti timer aje. 

---------------------

Malam nih snow akan mula turun lagi. Esok akan lebat snow turun, up to a foot tebal gamaknya. Aku tengok tv tadi, semua sekolah di sini ditutup esok. Harap-harap mall tak lah ditutup pulak sebab kalau tutup bererti esok kitaorang semuanya off. 

Bererti aku tak dapat dah off Selasa nanti. Aku ada appointment kat Lenscrafter hari tu tuh.

12012008


Nih aku nak cerita pasal Yopi, mamat Mexican yang kerja di bahagian dapur tuh. Dia nih yang paling lama kerja di sini sebenarnya, lebih lama dari tokay sendiri, Sonny. Dia nih dulunya kerja ikut tokay restoran yang lama, yang jual restoran nih kat Sonny.

Biasa lah mamat nya Yopi nih, boleh dibuat kawan jugak. Dulu, masa mula-mula aku masuk kerja, tak ada lah aku rapat sangat dengan dia. Aku macam takut jugak kat dia sebab ingat dak cerita pasal this Amigo yang sebilik dengan Yopi tuh? Yang berhenti kerja sebab dia tak sebulu dengan Yopi. Ada dua tiga lagi amigos lain yang berhenti kerja, semuanya sebab tak suka kat Yopi nih yang aku tengok, macam suka mengadu sikit. Iyalah, orang lama.

So aku macam jauhkan diri dari dia lah, walaupun aku tak ada kaitan sangat dengan orang kerja bahagian dapur. Tapi, lama-kelamaan, aku macam jadi baik pulak dengan Yopi nih, selalu kitaorang buat lawak, bergurau-gurau. Mengutuk dan buat lawak, mengajuk gaya bini Sonny kerja, bapak Sonny, Mr Wong semua tu lah. 

Lepas kejadian Sonny gaduh dengan bapak dia ituhari, Yopi ada beritahu aku yang dia nak berhenti kerja aje tapi belum pasti bila. Aku gelak kan aje sebab aku tahu dia melawak aje sebenarnya. Dia ada beritahu aku yang dia cuma fikir pasal duit aje, itu yang buat dia teruskan bekerja di New Hampshire nih. Kalau diikutkan hati, dia kata dia nak kerja di Boston atau New York, tapi gaji nya tak lah sebesar yang dia dapat sekarang nih. 

So kaedahnya, Yopi ni lah jugak yang aku jadikan macam perangsang untuk terus bekerja di sini. Ala, kalau diaorang boleh kerja di sini, tak kan aku tak boleh? Itu yang selalu aku ingatkan diri aku tuh. 

Tapi itu lah, tah apa pasal, tah cam mana, Yopi buat hal pulak. Dia tak bercakap, dia diam aje. Sejak minggu lepas. Biasanya dia bercakap dan buat lawak, gelak-gelak. Tapi, tiba-tiba dia diam, tak bercakap sepatah haram pun. Cuma dengan Alfonso aje dia sembang sebab diaorang cakap in Spanish. Dengan orang lain, dia buat muka selamba aje. 

Aku tak tahu apa pasal. Dia marah aku ker, dia marah orang lain ker? Last dia bercakap dengan aku, dia marah kat aku sebab aku order banyak sangat masakan/lauk (yang dah habis) dalam satu waktu. Masa tuh memang tengah sibuk so aku order siap-siap semua masakan. Dia marah sebab kata dia, masih banyak nasi goreng yang boleh diserve untuk tetamu, apa pasal cepat sangat aku order yang lain?

Aku diam kan aje sebab aku ingatkan dia bergurau. Memang selalu kitaorang kutuk-kutuk gitu. Tapi rupanya dia serious. Mungkin dia ada bengang kat orang lain sebelumnya tuh, then terbawak-bawaklah marah dia tuh kat aku kot.

Lepas pada tuh aku tengok, dia senyap aje, dah tak melawak dengan aku langsung dah. Dah malam, ada a few times dia macam nak melawak dengan aku semula tapi aku pulak yang dah macam was-was, so aku buat bolayan aje lah. Agaknya dia sentapz aku tak layan dia tuh, langsung terus dia tak sembang-sembang dengan aku dah seharian tuh. 

Besoknya, masa dlaam kereta, sebelum pergi kerja, aku tegur-tegur dia, tepuk-tepuk bahu dia. Nak sembang-sembang macam biasa. Wakakakaka, dia tak layan aku, dia buat donno jer. Aku yang sentapz jadinya. So terus aku jadi tak sedap hati aje hari tuh. Terus aku fikir, kalau gini lah gayanya, memang tak lama lah aku kerja kat sini. Sebab, dengan aku nih, kalau ada orang yang tak tegur dengan aku, yang tak suka kat aku, aku akan blah aje, aku akan berhenti kerja aje. So aku terbayanglah yang aku akhirnya akan berhenti kerja dari restoran Sonny nih. Alasannya, Yopi tak suka aku. Memang dasar pundeks sangat aku nih kan? 

Tapi itu lah, memang aku tak sedap hati aje sepanjang hari. Tapi, aku perhatikan jugak, yang Yopi bukan tak bercakap dengan aku sorang, tapi dengan orang lain pun dia tak bercakap jugak. Kecuali kalau ada benda-benda penting aje. Lega lah sikit aku jadinya. Macamana pun aku tanya Sonny, aku beritahu dia, apa pasal Yopi buat perangai gitu tuh. Sonny kata yang dia selalu macam tuh, tiba-tiba aje tak bercakap dengan orang, then Sonny suruh aku buat tak tahu aje lah. 

So, sejak hari tuh, Yopi dah tak bersembang dengan aku, dengan orang lain jugak. Aku nak buat macamana kan, walaupun aku rasa macam tak seronok aje. Kalaulah Yopi tuh member kat internet, kat YM, sure aku dah delete nama dia dari list YM aku. Sebab dia tak tegur aku.

10012008 (ii)


Terus aku perhati, aku tenung muka budak tuh. Tak ada sangat muka Melayu nya. Lebih pada macam muka Cambodian, Vietnamese aje aku tengok. What with mata dia yang agak sepet tuh. Pakai subang besar pulak kat kedua-dua telinga, memang tak ada nampak macam muka Melayu pun.

"Are you Malay? You a Malaysian?", aku terus tanya gitu. Macam ketar-ketar aje. Ketar sebab terkejut. Tak sangka. Budak tuh lagi lah terkejutnya, berubah air muka dia. Macam tak percaya. 

"Yes?", dia mengiyakan, tapi macam pelik gitu. Pelik, macamana aku boleh tahu. 

"Shit! You really a Malaysian? I'm a Malaysian too!", aku kata gitu sambil pegang credit card dia. 

"You, Malaysian? Shit!", kata Zairin. Dua-dua nya terkejut. Kita orang terus gelak. Selama ini sikit pun aku tak sangka budak tuh Melayu, dan dia pun tak sangka yang aku nih Melayu. Dia kata dia ingatkan aku nih Spanish. Dua tiga kali aku tanya dia balik, yang dia betul-betul Melayu atau separuh Melayu, separuh American. Dia kata dia Melayu, parents dia Melayu, walaupun dia lahir di Amerika. Mak bapak dia bercerai, then mak dia kawin dengan Mat Salleh. Dia tak reti cakap Melayu tapi dia boleh faham apa yang orang cakap. 

"My parents have been here for more than 15 years", kata Zairin lagi. Dia pernah balik Malaysia, a few years ago. Diaorang duduk pun dekat Massachusets, sempadan dengan New Hampshire nih. Just a few miles dari sini. 

Lama jugaklah kitaorang sembang tapi dua-duanya asyik geleng-geleng kepala sebab memang tak sangka betul. Aku perasan yang Zairin nih selalu datang order chicken teriyaki, aku pernah masakkan teriyaki tuh untuk dia. Tapi itu lah, tak pernah sembang apa-apa pun. Kalau sembang pun sure aku tak boleh agak dia Melayu sebab dia nih sebijik macam budak Asians yang lain. Too Americanized. 

Tak ada lah aku tanya pasal mak bapak dia sangat tapi dia kata yang mak bapak dia sure nak jumpa aku sebab kat situ memang tak ada Melayu pun. Zairin punya happy nya sampaikan dia cerita kat a few other customers yang dia baru terjumpa orang senegara dan sebangsa dengan dia. 

Sebelum dia blah, aku beritahu dia suruh bawak parents dia datang ke restoran tuh. "I'll definitely bring them here to meet you", kata Zairin. 

Lepas tuh, baru lah aku terfikir, yang aku takut jugak nak jumpa parents dia tuh. Iyalah kan, entah-entah diaorang kaya, orang besar-besar. Macamana pandangan diaorang tentang aku nanti tuh. Iyalah, aku kerja restoran aje. Jangan lah diaorang yang jenis macam sesetengah Melayu tuh yang pandang rendah aje dengan orang yang kerja kuli nih. Mintak-mintak jangan lah. Harus menangis aku nanti kalau diaorang pandang aku lain macam aje. Aku nak tengok air muka diaorang nanti bila jumpa aku nanti tuh.