Sunday, October 14, 2012

10062008 (ii)


Mana lah aku tak terkejut sebab MamatGQ tuh sebenarnya bukan calang-calang orang. Banyak gambar-gambar dia, bukan aje kat GQ tuh tapi kat a few magazines lain jugak, not to mention kat brochures pakaian. 

"So, what happened?", aku tanya dia, macam lost for words gitu.Tak ada apa pun dia kata, dia dah berhenti, umur pun dah masuk 40. Sekarang dia jadi Chief Marketing Officer. 

Dia macam boleh baca apa yang aku fikir sebab lepas tuh dia kata yang apartment dia tuh walaupun kecik, tapi banyak sentimental value nya, itu pasal dia tetap tak akan pindah atau jual apartment dia tuh. Dan, dulu memang dia ada pembantu, perempuan Cuba, yang kerja dengan dia selama 5 tahun, tapi perempuan tuh dah berhenti sebab tua. Dia ada beritahu jugak, lepas tuh ada a few times dia cari orang, tapi semuanya ada masalah, barang dicuri lah, kerja tak berapa bagus lah. So he needs someone yang dia boleh trust. 

"If you need something, just ask me, but don't steal", dia kata gitu. Aku tahu yang dia ada doubt dengan aku.

"What do you think I want from you? Nothing!", jawapan aku yang berbaur kesentapan.

"Are you honest?", dia tanya aku. Laju dan keras aje aku jawab yes, entah berapa kali aku anggukkan kepala.

Tapi bila dia tanya, "Are you good?", terus aku kata, "Nope, I'm not good", then aku gelak, mengilai gitu. 

"You are one tough guy Joe", kata dia. "I want you to work with me", kata dia lagi.

Dia pandang aku, aku buat-buat tak pandang dia. Sebab masa tuh aku fikir, "I'm doing fine here, dah habis dah part aku kasi dia macam ada sikit respect kat aku, then aku dive low balik. Aku mix kan kedua-duanya, satu pendekatan secara DQ yang berjaya. 

Bila dia tanya aku berapa gaji yang aku nak, bila aku boleh mula kerja, aku dah tak reti nak jawab. Sebab kawan dia tuh ada di situ, aku lagi lah rasa tak comfortable. Masa dalam email sebelumnya ada aku beritahu berapa gaji aku dapat dari David/Hal, walaupun aku tipu sikit, aku kasi naikkan dalam 25% per hour. Bila dia tanya aku, "Are you sure you want that much", baru aku macam termenyesal, rupanya dia boleh bayar lebih dari itu. Tapi, aku bukanlah tamak orangnya kan, so aku kata lah "I'm easy, we've discussed all that, I have no problems with that. This is not all about money". 

Bila dia beritahu aku yang dia dah interview 3 orang sebelum aku, sebagai orang yang tak ada kepercayaaan diri, mula lah aku rasa tak sedap hati. Iyalah kan, aku nih lelaki, manalah boleh lawan kerja-kerja orang perempuan kan? Lagipun, aku rasa aku nih macam banyak cekadak jugak, sekali kata yes tapi bila dia tanya lain, jawapan aku berbentuk no. Senang cakaplah, aku tak percaya yang orang akan suka aku, hendakkan aku selagi orang tuh tak macam melutut kat aku. Setakat kasi hints aje, aku masih tak boleh terima. See, serendah itu aku pandang diri aku nih, aku tak pernah percaya yang ada orang akan suka/percaya dengan aku. 

Aku suggest kat dia, ambik ajelah one of them sebab aku bukanlah desperate sangat, aku dah ada kerja lain, cuma nak isi masa lapang yang banyak nih, itu pasal aku nak cari kerja part-time. "I can't even give you reference", aku kata gitu. Ha tengok tuh, bila aku merendah diri macam tuh, mana lah orang tak semakin percaya dan suka kat aku kan? Ekekekekeke

MamatGQ tuh kata yang dia lebih suka kalau lelaki jadi penolong dia, walaupun dia belum pernah cuba employ lelaki pun. Iyalah kan, sesama lelaki nih, tak ada lah nak malu sangat pun kan? 

Lupa lah pulak apa yang kitaorang sembangkan lepas tuh, macam berbalik-balik benda yang kitaorang discusskan. Itu yang sampai 2 jam lebih tuh. Aku tahu yang dia nak ambik aku kerja tapi sebab aku tak tunjukkan yang aku setuju, itu yang dia macam memendam rasa jer tuh. Macamana pun, aku enjoy sesangat, such a new experience to me. Tapi, yang buat aku excitednya, aku macam tak percaya orang yang aku anggap macam kelas, boleh tersuka dengan cara aku. Iyalah kan, baru sekali jumpa aku, tak tahu apa-apa pun pasal aku, latar belakang aku, dah jadi tersuka dengan cara aku. Itu yang aku pelik sangat tuh. Aku ada terfikir, dah 4 tahun tulis blog, tak ada pun orang suka kat aku kan? Bengap amat ker diaorang tuh tak reti menilai diri aku nih? *Mode "sell expensive* wakakakakaka

"Ok, I'm gonna let you go, email me if you're interested", dia kata gitu. A few times dia kata gitu.

"No, you email me, that way I'll know that you are the one interested", aku kata gitu sambil mintak diri.

Sampai kat luar apartment MamatGQ tuh sembang dengan aku, termalu aku jadinya sebab dia senyum aje kerjanya. Aku pun senyum-senyum gitu jugaklah. Aku senyum sebab aku rasa excited, puas hati gitu. Aku tak tahu dia senyum pasal apa.

Entah, aku rasa macam connected aje. 

To cut it short, aku dapat email dari dia esoknya. Dia macam tak yakin yang aku nak kerja di situ, itu yang dalam email dia tuh, sampai 5 kali dia tulis "if you're interested..." 

"Let's do it man", aku balas gitu. Rugged dak bahasa aku?

And to cut it more shorter, aku akan terus sambung dengan entry Jumaat, aku nak skip entry Rabu dan Khamis. Sebab Jumaat tuh, pukul 8 pagi, aku akan kerja di apartment MamatGQ tuh. Petangnya pulak, kerja kat apartment David/Hal. 

10062008


Aku tak tahu menahu langsung pasal Mamat yang nak suruh aku datang kerja di apartment dia tuh, yang aku dapat masa azim ada di rumah aku ituhari. Apa yang aku tahu, dia nih seorang ekskutif di sebuah kompeni yang besar di Manhattan. Dia duduk kat Chelsea yang sungguh lah happening nya tuh, based on his address, apartment dua cuma beberapa blocks aje dari tempat Kate Winslet, Anderson Cooper. Aku risau jugak sebenarnya tapi true to my style yang thrill-seeking nih, aku bersetujulah untuk pergi temujanji malam Selasa tuh  lepas aku balik kerja dari apartment David/Hal. 

Janjinya pukul sembilan setengah ke pukul sepuluh tapi aku tersampai awal, pukul sembilan. Kat tengah-tengah bandar apartment Mamat nih, 22nd Street sama 7th Avenua. Pintu utama ke apartment tuh rosak, buzzer yang rosak, so Mamat nih kata dia akan turun ke lobby tunggu aku tapi bila aku sampai, pintu tuh terbuka dah, so aku terus aje lah naik ke tingkat dua, aku naik lif. Dia kata dia akan turun ikut tangga. 

Sementara tunggu depan bilik dia, ada lah a few mamats lain yang lalu, yang dalam hati aku kata, janganlah one of them, sebab diaorang muda sangat lagi gayanya. Kalau one of them lah, mamposlah aku tak nak, malu lah kan kerja jadi kuli orang yang jauh lebih muda dari aku. 

Then aku nampak satu Mamat tengah bawak kotak, kurus orangnya tapi dia punya pakaian memanglah kelas. "Model mana pulak nih", kata aku dalam hati. 

"I thought you were waiting for me at the lobby, Joe", kata Mamat nih tadi dari jauh. 

"Oooo shit, Mamat model nih rupanya yang nak jumpa aku tuh", fikir aku. Masa tuh kan, aku rasa diri aku kecik sangat, aku rasa rendah diri sangat. Iyalah, dia tuh penuh bergaya orangnya sedangkan aku nih berlekit dahi sebab berpeluh, panas kat dalam train. Baru balik kerja pulak tuh kan? 

Tapi, surprisingly, aku rasa macam comfortable sangat bila mula-mula sembang dengan dia. Baik orangnya, berbudi bahasa lagi. Macam skema gitu, tapi skema mat salleh lah kan? Daripada nak interview tuh, kitaorang pakat sembang aje macam sembang-sembang kawan lama. Sesambil tuh aku jeling-jelinglah kat dalam apartment dia tuh, kecik aje, satu bilik, ada dapur, bilik mandi. Tapi aku tengok, kotor sangat, berdebu. Just imagine lah kan, malam-malam pun boleh nampak dari jauh betapa berdebunya. Benda-benda lain bersepah larah, kat sinki penuh pinggan mangkuk, sampah penuh, pendek kata memang pemalas Mamat tuh. Dia tak kata dia malas, cuma dia kata dia sibuk sangat, terpaksa ke sana ke sini, baru balik dari Israel, dan seminggu lagi dia akan terbang semula ke sana. 

Tak lama tuh baru dia tanya aku pasal kerja aku, so aku ceritalah sesikit. Aku beritahu apa yang aku buat, siap aku cerita yang aku kena urut Hal, basuh berak dia , semuanya tuh.

"Do you feel connected with him?", dia tanya aku. Macam tergamam aku nak jawab tau dak? Sebab selama ini memang itu yang aku fikir. Dah 3 bulan lebih aku kerja jaga Hal, tapi aku tak rasa macam ada connection gitu. Memang peliklah kan, sebab aku yang jaga dia. Sepatutnya aku jadi lebih rapat, macam terconnect dengan dia kan? Tak ada! Mungkin ada sesikit tapi kalau orang tanya aku, sure aku akan cepat-cepat jawab kata tak ada connection langsung, I don't at all feel connected dengan Hal. Dengan David, mungkin ada sikit, sedangkan aku bukan jaga David. 

[Aku tahu apa pasal aku tak rasa ada connection dengan Hal tuh. Pasal dia cerewet tu lah. Pasal dia cocky tu lah. Walaupun, tangan aku lah yang membasuh berak dia, tapi nak rasa macam close dengan Hal, sorry lah. Eh, wait a minute, memang pun kan, mana ada orang yang basuh berak orang tuh buat dengan penuh kerelaan hati kan? Orang yang beraknya dibasuh tuh yang akan terasa connected dan close dengan orang yang membasuh berak dia. Patutlah Hal cuba buat baik sangat dengan aku, patutlah dia suka aku rupanya. Tapi, dia suka macamana pun, aku tetap tak suka. 

Sebab aku kena basuh berak dia, yang kadang tuh berteraburan. Kadang tuh, sebab dia lepak lama kat throne tuh, sampai kering-kering taik dia, dah lah bontot dia banyak bulu, melekatlah kat bulu-bulu tuh taik dia kan? Tangan aku ni lah yang meleraikan taik tuh satu persatu. Hiks!

Tapi tak ada pun aku rasa close dengan dia kan? Sebab dia cerewet tu lah.

Tangan aku ni jugaklah yang mandikan dia, keringkan badan dia. Tangan aku ni lah jugak yang lap kan badan dia, sambil dia pegang telor dia suruh aku lapkan kering-kering kat situ. Dalam sehari, walaupun kerja 4 jam aje tapi tangan aku lebih banyak pegang kote dia daripada pegang kote sendiri. Tangan aku ni lah jugak yang taruk bedak kat kote, kat telur dia. Tangan aku ni lah yang menepung tawar kote dan telur dia tuh.

Tapi tak ada pun aku rasa close dengan dia kan? Sebab cocky tu lah. 

Kadang tuh aku rasa macam nak tinggalkan aje dia terbaring kat katil, nak blah gitu aje. Itu kalau masa aku benganglah kan, pasal kecockyan dia tu lah. Kalau masa kasi dia makan tuh, sebab pinggan jauh dari mulut ker, pasal sandwich yang aku potong tuh tak ada tomato ker, rasa nak jer aku rodok garfu tuh ke mulut dia. 

So, itulah benda-benda yang buat aku tak akan jadi close dengan Hal, aku tak akan rasa connected dengan dia. Biarlah dia sorang suka aku, tapi aku buat kerja tuh tak sepenuh hati. Simply because dia tuh cerewet. ]

So, bila Mamat tuh tanya aku, terus aje lah aku geleng kepala, aku kata aku tak rasa connected dengan Hal tuh. Aku kasi sebab yang dia tuh fussy lah. 

Tak lama lepas tuh, tengah kitaorang sembang-sembang, kawan Mamat nih datang bawak makanan. Kawan dia nih kesian kat dia, so dia lah yang selalu datang tolong bersihkan apartment Mamat tuh, tolong belikan makanan, walaupun Mamat tuh duduk di Staten Island.

Bila kawan dia ada tuh, aku pun mulalah rasa tak comfortable, rasa macam malas aje nak sembang sesangat. Pasal aku malu, aku rasa macam rendah diri sangat. 

Then Mamat nih terus beritahu aku apa yang patut dibuat, dia nak ada penolong untuk bersihkan apartment dia, tolong belikan barang-barang seharian, tolong ambil dan hantar pakaian kat dry cleaner, things like that. 

Selama dia cerita tuh, aku tak kata aku setuju pun, infact tak ada pun jawapan dari aku. So itu yang Mamat tuh macam confused tuh, dia ingatkan aku tak nak, dia kata aku macam tak ada minat. Then dia kata yang mungkin kerja tuh tak sesuai dengan aku, itu yang buat aku senyap aje tuh. 

Aku gelak, aku kata yang aku nih simple aje, nothing's difficult for me. But at the same time aku tak tunjukkan kat dia yang aku nak kerja dengan dia tuh. Sebab aku ada terfikir jugak yang aku nih, silap-silap nanti, buat macam dulu, kerja kat rumah orang tapi at the end aku tak ambik upah. Bila diaorang nak bayar, aku tak nak terima duit, simply because aku rasa diaorang suruh aku kerja tuh pun dah more than enough, new experience, aku dapat peluang sembang-sembang dengan diaorang, aku dapat buat something new pun kan? See, my life's not at all about money, ekekekekeke.

"So, how far is your place of work?", Mamat tuh tanya aku.

"It takes me about an hour to get there", aku kata gitu.

"Wow, that's far", kata dia. 

"No.... I read. I write", aku kata kat dia. Tipu aje lah kan, mana pernah aku membaca atau menulis masa dalam train, paling pun baca The New York Post yang David kasi, on the way balik tuh. Kalau tak tuh, aku melangut ajelah, bukannya susah sangat, sejak kecik lagi aku boleh tenung something tuh berjam-jam? Aku tenung pintu train aje biasanya. Atau cuba-cuba pejamkan mata, buat-buat tidur. 

"What do you write", Mamat tuh tanya aku lagi. 

"I have a blog", aku kata gitu. Then aku gelak. Sakan aku gelak. 

"Really? That's good Joe, I knew it, there must be something about you", kata Mamat tuh. 

Then aku macam terdiam. Aku terfikir, sedihnya hidup aku nih, malu kat diri pun satu hal. Tak nak kalah rupanya aku nih dengan orang. Nak jer aku menampakkan something yang baik, yang buat aku bangga, kat orang lain. Takat beritahu ada blog pun aku sanggup. Nak biar dia macam respect kat aku, nak tunjuk yang kononnya aku nih not as lekeh as what (diri aku sendiri benarnya) other people think about me. Isn't that pathetic?

"What do you write about?", Mamat tuh tanya aku. 

"About my stupid life", aku kata gitu. Sambil fikir, nih kalau aku beritahu dia yang aku dah empat tahun berblog, dan blog aku dah ada more than half a million hits, sure dia akan kagum dengan aku nih. Tak apalah, save that for later kot? Hehehehe

Moralnya hadek-hadek, kita kena cuba sedaya upaya untuk mengimpress orang, no matter how great they are. Ala, Allahyarham Sudirman pun ada kata, "Anak Dagang Di Rantau Orang, Pandai-Pandai Membawa Diri"

Tengah aku minum, Mamat nih bukak drawer kat meja dia. Dia keluarkan a few magazines, aku tengok, Majalah GQ (US Edition) lama, tahun 90an. 

"I was a model before", kata Mamat nih sambil tunjukkan a few pages gambar dia kat dalam GQ tuh.

"Shit", kata aku dalam hati. 

Ok, from now on, kita namakan dia, Mamat GQ, okay?

....sambung...

09062008


Sejak minggu lepas aku dah plan yang minggu ini aku tak nak keluar ke mana-mana di waktu pagi. Aku nak terus pergi kerja aje, lepas Zohor, dan kalau ada masa nak jalan-jalan pun dalam pukul 2 tu lah. Cukuplah dapat dalam sesejam lebih sikit meround Times Square, aku tak boleh tak pergi Times Square tuh, kena jugak pergi hari-hari, rugilah nanti masa-masa panas gini aku tak ke sana kan?

What a start to my week pagi nih sebab bila aku balik dari jogging, aku nampak yang ada card dari pejabat pos yang dialamatkan kat aku. Terus ajelah aku patah balik, sampai jugak rupanya hantaran kawan tuh. 


Nasib baik post master yang jaga counter tuh perempuan Cina yang baik hati tuh, bukan this one guy yang aku pernah kena marah dulu tuh sebab guna fake ID. So aku siap sound kat AhSo tuh, aku kata yang dia nih baik, I feel relieve kalau dia yang jaga counter nak ambil parcel. Tersipu-sipu AhSo tuh, siap dia kata, "I know, I know", sambil angguk-angguk. Mungkin dia perasan dan tahu yang mamat sorang tuh memang sombong orangnya.

"Medicine, comic, dried fruits, coffee, cookies, biscuits", tertulis kat kotak tuh. Laaa, hantaran bantuan mangsa banjir rupanya. Aku tengok lagi, RM 85-30 postagenya, "ish mahal nih, sayang jugak diaorang nih kat aku rupanya", kata aku dalam hati.

So best ajelah aku pagi tuh, sesambil makan kuih tart (yang jadi sagun) dan kuih siput (yang banyak cedera siputnya), sesambil online, sesambil menyorok dari orang ramai kat YM. Bila tinggal 3 ekor aje kuih siput, baru aku terperasan yang kat kotak tuh ada tulisan.





David/Hal nak makan Chinese foods untuk dinner so aku ke Chinese Take-Out yang kat area tuh. Macam biasa John suruh aku beli makanan untuk dia, tak sampai hati aku nak beritahu yang David/Hal tak suka dia buat perangai gitu so aku belikan jugaklah dia pizza. Masa sampai aje kat apartment, terus David tanya aku kalau-kalau John ada mintak aku belikan dia apa-apa. Dengan David nih aku tak boleh tipu sebab dia macam boleh baca cara aku, yang aku nih sure senyapkan aje, yang aku nih sure tak berani nak mintak duit dari John. 

David nih kuat mengadu, dia talipun mak dia (yang memang semua orang kat area tuh kenal), ceritakan kisah John yang suka ambil kesempatan tuh. 

Malam tuh masa aku nak balik, aku tengok John macam masam aje, so aku tanya lah dia. Rupanya dia baru dapat call dari Super dan pihak Management yang kasi dia warning. Dia kata dia tak tahu sapa yang jadi spy lemannya, so lega lah sikit aku bila dia kata gitu tuh. Mati-mati aku ingat dia akan tuduh aku yang puncanya dia dapat warning tuh. 

08062008

Ahad tuh aku masuk kerja lewat sejam sebab malam semalamnya David ada tanya kalau-kalau aku nak masuk lewat sikit. Apa lagi kan, so aku masuk kerja lewat sejam lah, pukul 11. Rasa macam terkilan aje sebab tak dapat nak bawak Azim jalan ke mana-mana, tak apa lah, dia cuma nak tumpang tidur aje kan in the first place? So, sebelum pergi kerja, aku bangunkan dia, takat bersalam gitu ajelah. Aku harap dia tak kecik hati.

Tak ada buat apa sangat pun Ahad tuh, David keluar ke gym, aku sama Hal aje yang tinggal. Dekat 2 jam aku mengurut Hal, dia bosan agaknya sebab tak ada apa nak buat. Lunch pun lewat sikit sebab kitaorang ingatkan David akan balik awal, so terpaksa tunggu dia. Then bila dia balik, dia kata dia nak makan tuna sandwich sedangkan Hal nak pizza.

Enter John. Tau tak siapa John? Dia nih doorman kat apartment tuh, baru dalam 2 bulan gitu kerja kat situ. Budak-budak lagi, umur dalam 24 tahun. Masa mula dulu, David suka sangat kat dia nih, sebab dia ramah, baik hati. Pendek kata, memang akrablah dia nih dengan David yang ramah tamah tuh. Aku pun baik jugak dengan John nih, tapi baik-baik gitu ajelah.

Sekali dulu, masa aku nak pergi beli pizza for dinner, John siap check kotak pizza tuh, which to me was very weird. Siap dia kata, "why didn't I get a piece Joe?" Aku beritahu David, dia ingatkan mungkin sebab John tak berapa kenal aku sangat, itupasal sampaikan pizza box pun dia bukak. Aku, lain pulak fikirnya. Aku perasan, John nih jenis yang ringan mulut, tapi suka memintak-mintak. Aku terperasan jugak yang tenants kat apartment tuh selalu jugak kasi John nih makanan, buah-buah, burgers, things like that. Not to mention tips lah kan?

Aku pun ada jugak sekali sekala kasi dia makanan, especially burgers (yang aku tak boleh makan tapi aku bawak balik jugak sebab David insist). Lama-lama macam naik lemak pulak dia, tiap kali aku nak ke kedai samada beli dinner (atau lunch kalau weekends), sure dia akan pesan something, "I know David wouldn't mind", dia kata gitu. Tapi aku tak bolehlah sesuka hati nak belanja dia kan, aku kena tanya David dulu. David sama Hal mulanya tak percaya yang John nih selalu memintak-mintak tapi bila aku cerita yang every time aku ke kedai, dia akan kirim suruh beli pizza sama RedBull, baru diaorang percaya. Aku guna duit sendiri instead.

[Ok, kalau korang macam pelik apa pasal benda kecik-kecik gini pun aku nak tulis jugak, wait until korang baca entry seterusnya, apa yang jadi esoknya actually. Style aku lah kan, nak cerita something tuh aku cerita dari akar umbi kan? Ekekekekeke]

Petang tuh, habis kerja, aku pergi makan kat Pinang sekejap, dah lama rasanya tak makan kat situ, dah seminggu. Dulu, masa mula-mula jumpa restoran tuh, hari-hari makan kat situ kan? Kecik hati tokay tuh kalau aku tak tunjukkan muka walaupun sekali seminggu, tu pasal aku pergi jugak tuh.

Lepas tuh aku melepak macam biasalah, menapak dari Rockerfeller Center sampai ke Times Square. Sampai ke kawasan Flatiron District

07062008


Aku sampai aje apartment David/Hal, terus David beritahu yang aku kena bersihkan Hal yang terberak atas katil. David dah bersihkan sikit-sikit dah sebelum aku sampai tuh. Bila aku bersih-bersihkan, taik tetap keluar. Tersembul aje gitu. Kalau taik tuh boleh ditarik gitu aje senang cerita kan? So aku kata yang buang masa aje bersihkan dia, kena bawak dia terus ke bilik air. So, aku mintak tolong David, heretkan Hal ke tandas. The moment aku dudukkan dia kat atas throne, bertempiaran taik keluar. 

"Ooo God, it stinks. I'm out of here Joe" kata David. Dia sokmo lah gitu, kalau Hal berak berterabur gitu, memang dia blah. Dia keluar ke gym.

"Why don't you wear gloves, Joe?", kata Hal. Kesian agaknya dia tengok aku, dah lah aku terkemput-kemput menahan napas, nak tutup hidung aku tak nak dia terasa hati pulak kan? Lagipun dia selamba aje. Ala, taik sendiri mana lah busuk kan, ekekekeke.

"It's too late now", tangan aku dah berkecimpung dengan taik. 

Berjam-jam Hal kat dalam tandas, lepas berak, berak, berteraburan pulak tuh. Yang aku bengangnya, belum habis berak, dah suruh aku cuci , belum habis cuci, berak semula. Sampai dua botol ubat tuh disuruh taruk. Sampai ke petang aku dok menguruskan pasal taik, sampai tak makan lunch pun, tak berselera aku. 

Dalam pukul 4 aku dah mula menyiapkan dia, nak pergi party tuh kan? Cerewet nak mampos, sampai aku beritahu dia yang aku pelik sangat kat orang yang particular sangat dengan cara berpakaian. "Who cares?", aku kata lagi. 

Iyalah kan, baju selawa mana, semahal mana, tapi kalau pemakainya buncit, pemakainya cacat, tetap tak lawa kan? Entah, tak reti aku nak cakap tapi itulah, diaorang tuh terlalu cerewet sangat kalau pasal pemakaian nih, as if diaorang tuh model, as if diaorang tuh orang terkenal yang kena sentiasa dipandang lawa.

Aku pakai baju hitam, seluar hitam, sebijik macam pakaian masa ke funeral bapak diaorang dulu tuh. Tak sedap jugak hati sebab masa funeral pakai all black, pergi party pun pakai all black jugak kan? Tapi tak apalah, aku kuli kan, memang kuli dan hamba sahaya pakai all black kot?

Ngam-ngam pukul 5-30, kereta pun sampai, tak jauh rupanya Brooklyn dengan Queens kalau ikut highway. Yang aku pergi balik kerja sampai sejam lebih sikit tuh pasal naik subway, yang kena melalui Manhattan, tu pasal jadi macam jauh aje tuh. 

Sementara nak tunggu boleh masuk ke apartment tuh (6-30 pm baru boleh masuk kononnya) kitaorang melepak kat dalam RiteAid sambil buat pura-pura nak beli barang sedangkan nak sejuk kena air-cond, sebab kat luar panas sangat.

Tu dia, terkagum aku bila masuk aje apartment tuh, penthouse lagi. The most expensive condo kat Brooklyn, Brooklyn Heights. Dah ramai jugak orang masa tuh, aku rasa, sebijik macam dalam tv aje. Macam party orang-orang kaya yang dalam tv/film tu lah. Kitaorang terus aje ke terrace di roof top sebab main eventnya kat terrace tuh, kalau dah ramai orang nanti susah pulak nak tolak Hal yang kat atas wheelchair tuh. 

Sekali lagi aku macam terkagum gitu, dia punya view punyalah cantik. Nampak the whole of Lower Manhattan. Siap aku terberangan sekejap, macam tak sangka gitu yang sekodi mana pun aku nih, dapat jugak merasa pergi party orang kaya, yang macam dalam tv tuh. Kalau aku ada bawak camera, sure berlambak gambar aku snap. 

Overall, aku tak ada lah nampak macam kekok sangat, tak adalah nampak kampung sangat (dari kacamata aku sendirilah kan?) sebab aku sentiasa sama Hal, aku buat-buatlah tolak wheelchair, ataupun tanya-tanya Hal. Nak minum pun takut, iyalah, kat situ siap ada a few bars, aku mana lah tahu apa-apa pasal minuman nih, so bila waiter lalu, aku ambik sparkling water aje lah. 

Party tuh sebenarnya untuk meraikan dua events, kedua-duanya sempena perkahwinan. Satu tuh sempena 15 tahun kawin this one couple, adik ex-wife David tuh. Lagi satu, "commitment ceremony" adik pengantin. Commitment ceremony nih term yang digunakan untuk gay wedding. So, ramailah jugak geng-geng adik kawan David punya ex-wife yang datang, semuanya dressing gila-gila, entah, aku rasa semuanya macam Elton John aje, sebab most of them pakai fancy glasses.

David tak adalah kenal ramai sangat orang so dia pun ada masanya macam kera sumbang lah jugak. Masa dia introducekan aku kat kawan-kawan dia, ada yang bersalam dengan aku, ada yang langsung tak pandang aku pun. Aku peduli apa, nak salam dengan aku, bersalam.Tak nak salam, sudah, tak apa hal nya. 

Pukul 8 tuh acara mula, dibuat kat tent. Siap ada musicians lagi. Tak reti aku nak cerita lah macamana tapi memang kelas ya amat. Then music dipasang, tent tuh diubah jadi ikut theme party, Balinese style, sebab keempat-empat pasangan pengantin (dua pasang kot? 4 orang pengantin, satu pasangan lelaki-perempuan, satu lagi lelaki-lelaki) nak pergi honeymoon kat Bali dan Phuket. 

So tak heranlah makanan pun masakan Indonesia dan Thai. Ada ikan bakar dalam daun pisang, apa ker nama benda tuh. Aku punyalah nak makan semua tuh sebab ada gado-gado tapi David tuh cerewet sangat kononnya, semua makanan tuh tak sesuai dimakan sambil berdiri kononnya. So kitaorang tak makan lah akhirnya. Since ada gaya nak hujan, cepat-cepat kitaorang masuk balik ke living hall. Pukul 11 kitaorang blah dari party tuh.

Sampai Forest Hills dah 11-30 pm, lepas siap-siapkan Hal baru aku blah, dalam 12 lebih gitu. Dan since dah tengah malam, weekend pulak tuh, lama lah jugak nak tunggu train, yang akhirnya aku sampai rumah dekat pukul 2 pagi dah. Azim belum balik masa tuh, ada dia sms aku rupanya, beritahu yang dia akan balik lewat sebab last day dia kat New York City. Siap pesan suruh aku tidur kat katil lagi tuh. 

Kan aku dah cakap yang dia sure rasa tak sedap hati kan?

Aku tak sedar pun pukul berapa, masa bila Azim balik pagi tuh, I was dead tired, tidur pun atas sejadah jer. 

Saturday, October 13, 2012

06062008


Bulan lepas aku ada terima email dari this one guy, adik kepada pembaca blog nih, yang jugak kawan baik seorang pembaca lain. Azim nama budak tuh, exchange student (6 bulan) kat Minnesota. Dia nak datang New York sebelum balik Malaysia, tengah June nih. So aku offer dia bermalam kat bilik aku, dua malam. Timing tak berapa betul lah kan sebab aku dah habis cuti, petang Jumaat aku dah kerja balik semula, so tak dapatlah nak bawak dia jalan-jalan sangat pun. 

So pagi tuh aku bangun awal, dalam pukul 4 setengah gitu. Tak ada jauh sangat JF Kennedy Airport tuh dari tempat aku cuma kena tukar 3 trains dan awal pagi manalah banyak trains, so itu yang aku keluar awal sikit tuh, dalam 5-15 am. 

Ngam-ngam aku sampai kat Terminal 2 masa plane dia mendarat dan tak lama jugak aku tunggu, aku nampak Azim. Senang aje nak cam sebab penumpang semua tuh turun tangga escalator, so ada masa nak cam satu persatu. Aku kasi dia dua pilihan, samada nak terus keluar jalan-jalan atau nak balik ke rumah sewa aku dulu. Sebab nak save masa lah kononnya.

Mulanya aku aku rasa Azim nih macam banyak cekadaknya jugak sebab dia tak buat keputusan apa-apa pun. Lagi satu, dia macam berbelah bagi, samada nak lepak rumah aku atau nak melepak sama kawan dia (perempuan) yang baru turun dari Buffalo, yang melepak kat New Jersey, kat Stevens Institute Of Technology. Memang dulu ramai Melayu belajar kat situ, sekarang nih tak tahu lah aku. 

Aku fikir, apa ke jadahnya nak lepak tempat lain sedangkan dah janji nak melepak kat tempat aku? Kalau tak nak, beritahu awal-awal, ini aku dah tersusah payah bangun awal, bila aku sampai sana, dia buat arrangement lain pulak kan? Budak-budak, fikir aku dalam hati. Jauh bezanya dengan umur aku, dia 21 tahun, belasan tahun gap umur.

Tapi aku diam kan aje lah, aku tak buat keputusan, aku nak tengok macamana dia punya style. Tapi bila aku tengok beg dia besar dan berat, terus aku ajak balik rumah sewa aku dulu. Dan kebetulan pulak tempat member dia tuh semuanya perempuan, so dia decided nak lepak sama aku aje lah. Kitaorang breakfast dulu kat kedai Mexican yang kat area rumah sewa aku tuh. 

"Bilik aku kecik jer, ko ok ker?", aku tanya dia. 

"Eh saya ok jer Bang", kata Azim. 

Aku malu jugak benarnya nak ajak orang lepak sama aku, orang yang aku tak kenal pulak tuh kan? Tambah-tambah dia student pulak tuh, aku rasa, dia punya tempat tinggal dan cara hidup pun jauh lah lebih bagus dari aku. Lagipun, dia nih tak berapa tahu pasal aku, setakat baca sikit-sikit aje bila abang dia kasi kat dia alamat blog aku. Sure dia punya expectations tuh tinggi agaknya. Iyalah kan, aku duduk kat New York kan, sure lah semuanya best-best kan? Sedangkan aku selama ini sedaya upaya memaking the best out of the worst. 

"400 macam nih?", kata Azim bila masuk aje bilik aku. Kalau kat ceruk lain di US nih, USD 400 tuh dah boleh sewa rumah besar. Tapi kat New York nih, cuma dapat menyewa bilik kecik seluas sekangkang kera bunting.

"Ha ah, ini New York....", aku jawab gitu. 

Aku tahu dia letih sebab semalamnya bertolak dari Las vegas pukul 10 malam, so aku suruh dia tidur dulu, kitaorang nak keluar lepas Jumaat. Aku online ajelah masa dia tidur. Aku pun ngantuk jugak benarnya sebab bangun awal, semalamnya pun tidur lewat, tapi aku nak tidur kat tikar kat lantai tuh aku takut Azim tersedar, sure dia rasa tak sedap hati pulak kan? Azim nih bukan macam Syed dulu tuh, dia nih baik budaknya, kemelayuan dia tuh kuat lagi. 

Ada jugak Azim tanya pasal aku and since he has no clues pasal aku, aku senyapkan aje, aku kata, "You don't have to know". Tapi aku kata gitu sambil gelak-gelak lah. Tapi, sebelum pergi Sembahyang tuh, tah macam mana, Azim tertanya lagi, kesian pulak aku mendengarnya so aku ceritalah sesikit. Ayoo, tak dan lama aku cerita, airmata aku keluar! Memang dasar pundeks sangat aku nih tau! Itulah susahnya jadi natural born actor macam aku nih, aku selalu menjiwai lakunan aku tuh dengan penuh perasaan. Termalu aku kat Azim jadinya, tapi nak buat macamana kan? Tak apa lah.

Kitaorang Sembahyang Jumaat kat Brooklyn, kat masjid dekat rumah aku tuh. On the way tuh lalu kat Chinatown , aku tunjukkan kat dia restoran Nyonya, restoran Malaysia tuh. Masa ceramah sebelum Sembahyang tuh, sebab ceramah dia dalam bahasa Turki, aku banyak mengelamun aje. Mengelamun ker? Bukan kot? Aku macam banyak tersedar gitu. Aku teringat kat satu email nih yang tah sapa-sapa hantar kat aku, yang ada tulis words macam nih, "Sebenarnya kan Joe, Tuhan banyak menyebelahi kau lah". Aku tahu, ayat tu salah, tapi somehow aku rasa macam aku faham apa maksud pengirim tuh. So from there, jauhlah aku termengelamun. Dan aku tahu, mata aku akan jadi merah lagi nanti nih.

Lepas Sembahyang kitaorang terus aje ke subway station. Nak ke Manhattan. Di sepanjang jalan tuh, aku sambung lah cerita sikit-sikit kat Azim, pasal pengalaman aku. Banyak gelak-gelak aje. Aku, bila dah lepas bab yang mula-mula tuh, aku dah gelakkan aje bila ceritakan kisah-kisah aku nih. Yang bab mula-mula tu ajelah aku, sampai sekarang, masih tak dapat nak kontrol sedihnya kalau aku cerita kat orang. 

Ada jugak aku terfikir yang Azim nih macam reflection aku masa dulu. Masa aku student dulu (aku terjumpa ex-sailor kat South Shields, England), masa sekarang ni pun, once in a while aku terjumpa orang-orang lama (PakCik Arthur contohnya), yang terdampar gitu. Mungkin, 10 years, 20 years down the road, Azim akan teringat yang dia ada tejumpa Melayu (aku) masa melepak kat New York City. Masa tuh mungkin dia akan fikir, "I wonder what's up with that guy now?..."

"Ko datang nih bawak rezeki sebenarnya", aku kata gitu kat Azim, masa tengah tunggu train. Senyap jer.

"Apa pasal pulak?", dia tanya aku.
-----------------
Masa Azim tidur tadinya tuh, to keep me awake, aku pun merayau-rayaulah online. Masa aku kat craigslist aku ada tertengok this one ads yang nak kan PA (Personal Assistant), cuma dia tak tulis samada nak kan perempuan atau lelaki. Yang aku tahu, dia tuh a very busy executive kat Chelsea, area-area kat 22nd Street/7th Avenue. 

Saja-saja jer lah aku email mamat tuh, rupanya dia online jugak, so email aku cepat aje dibalas. Dia kata dia lebih suka kalau lelaki yang jadi PA dia sebab sesama lelaki nih senang sikit. Agaknya kalau perempuan yang jadi PA, banyak songehnya kot, itu maksud dia kot?

So, kitaorang berbalas email lah, bila dia mintak refrence, tanya itu ini, aku jawab pun macam nak tak nak ajelah. Bahasa pun adalah kasarnya jugak, which aku selalu termenyesal, "ish aku nih, pasal aku tulis macam tuh? Sure dia bengang, sure dia tak nak balas dah email aku, sure dia cari orang lain aje nanti", aku fikir gitu. Tapi, surprisingly, dia tetap balas email aku, dan dia suruh aku arrange for an interview secepat mungkin sebab dia nak jumpa aku. Dia kata dia nak employ aku, on a part-time basis lah sebab kerja-kerja yang aku kena buat pun tak lah sebanyak mana, "just to assist me in keeping my life in order", kata dia. 

Since banyak benda yang nak didiscusskan, itu yang dia nak jumpa aku secepat mungkin tuh. Too bad aku kerja dari pagi sampai malam weekend nanti, aku hanya free pagi-pagi aje, weekdays. So dia harap dapat jumpa aku Tuesday night, lepas aku balik kerja. Dan aku boleh start kerja tuh anytime minggu depan, kalau aku nak. 

So, itulah rezeki yang aku maksudkan kat Azim tuh. Masa kat masjid lagi dah aku terfikir, yang betapa besarnya kuasa Tuhan. Aku menerima gueast (Azim), tak semena-mena aku dapat second job (yang gaji per hour nya tinggi dari yang David/Hal bayar aku). Masa tuh jugak Tuhan bayar "cash", kasi aku kerja lain, terfikir aku dalam hati gitu.

Memanglah aku bersyukur tapi yang buat aku merah mata tuh, pasal aku macam baru tersedar aje yang selama ini "Tuhan selalu menyebelahi aku", macam yang budak yang email aku tuh kata. 

Sebenarnya kan, for the last few days pun aku, sesambil berjalan ke sana sini, aku ada terfikir pasal itu pun. Iyalah, aku nih, walaupun hidup dalam serba kekurangan tapi kekurangan aku tuh penuh dengan kekelasannya tersendiri. Aku macam berjaya capai aku yang nak. Walaupun aku selalu terfikir yang "it could have been better kalau aku legal" tapi dalam-dalam keillegallan aku nih, yang aku redha, yang aku tau aku tak boleh nak buat macamana dah hence aku buat lah mana yang patut aje, tapi aku rasa oklah hidup aku sekarang, dibandingkan dulu-dulu masa aku kerja di restoran Cina. 

Sekarang aku banyak masa free, aku boleh buat apa yang aku suka (belajar Spanish for example, pergi merayau-rayau), aku tak ada pressure sangat. Aku makan pun kat luar kan? Walaupun bukanlah kat fancy restaurants tapi kalau korang ikut blog nih, korang selalu terbaca yang aku selalu makan kat restoran Malaysia, restoran Thai, restoran India, restoran Pakistan. So aku nih bolehlah diklasifikasikan sebagai kelas orangnya kan? Bukan takat "macam kelas jer". Memang sudah termetri kekelasan aku.

So, yang buat aku termerah mata kat masjid tadinya tuh pasal itulah. Aku tersedar yang aku nih macam tak bersyukur orangnya. Takat sedar aje tak ada gunanya, aku kena bersyukur dengan apa yang ada. Tapi itulah, apa tanda-tanda kesyukuran aku? Aku patutnya lebih banyak beramal, buat baik, things like that. Itu yang aku macam terkedu sangat tuh, entahlah, mungkin sebab kat masjid kita jadi lebih dekat dengan tuhan kot? The moment keluar masjid, benda-benda baik yang kita fikir tuh terus hilang begitu saja. 

Tak ada reaksi apa-apa dari Azim bila aku kata yang dia datang duduk sama aku tuh membawak rezeki. Aku beritahu dia tuh biar dia ada rasa seronok sikit sebab aku percaya yang dia sure ada perasaan macam menyusahkan aku. Sebenarnya tak ada menyusahkan aku langsung pun. Memang pandai aku menjaga hati orang kan? 

Kitaorang berhenti kat Times Square and since aku ada masa sejam aje, aku bawak dia jalan-jalan kat area situ ajelah, tunjukkan mana-mana yang patut, senanglah dia nak jalan-jalan sama kawan dia yang masa tuh tengah on the way dari New Jersey. Aku tak sempat jumpa member dia tuh (aweks dua orang) sebab masa sampai kat area Macy's kat 34th Street, dah agak lewat, aku nak kena pergi kerja dah. 

Elok aje aku sampai Forest Hills, dapat mesej dari David yang kata diaorang akan sampai dalam 5-30 pm. So aku ada masa dalam sejam, terus aje aku ke cyber cafe yang aku baru terjumpa. Nak ke library aku tak boleh online sebab aku tak ada card, nak sambung baca cerita Phoolan Devi aku tuh, malas pulak rasanya. So aku melepak kat cc tu ajelah. 

Aku terserempak dengan mak sama adik David masa tengah tunggu diaorang kat depan apartment tuh so aku beritahu yang David sama Hal akan tiba any moment jer, so sama-samalah kitaorang tunggu diaorang kat garage apartment tuh. Berkali-kali David thanked me sebab datang kerja sebab diaorang banyak nak kemas barang, nak buat itu ini. I left at 9 pm sebab banyak yang kena diuruskan.

Aku sampai rumah, Azim belum balik and since esoknya aku akan kerja pagi sampai malam (nak pergi party tuh), so aku tidur awal jugak lah. 

"Eh, Abang Joe tidur atas lah, saya dah biasa tidur kat bawah", kata Azim bila dia sampai, dia tengok aku tidur kat tikar kat lantai. 

"Dah dah dah, tidur aje, tak kesah nyer, rileks lah", aku kata gitu. Bagus budaknya Azim tuh, aku harap-harap dia tak terasa hati. Aku pulak yang rasa macam tak sedap hati takut dia rasa tak sedap hati. Iyalah kan, sebagai tuan rumah patutnya aku tidur kat katil dan dia tidur kat bawah.

Tapi itulah aku nih, baik sangat orangnya kan? 

05062008


Hari Khamis, pagi-pagi lagi aku dah keluar. Esoknya aku dah kena kerja semula. Shit how time flies macam tu aje kan? Nak keluar, tak tahu ke mana nak pergi dan apa nak buat. Nak lepak kat bilik, rasa rugi aje buang masa tak buat apa-apa. Lagipun, melepak kat bilik selalu buat aku fikir bukan-bukan, might as well aku keluar. Sambil jalan-jalan, aku pun selalu fikir bukan-bukan jugak tapi at least kaki aku berjalan.

Aku ke IFC Center , dari dulu dah aku nak cari panggung yang tayangkan film-filem independant nih, iyalah kan, I'm a cultured guy kan? Takat tengok filem Hollywood, tak boleh dikategorikan sebagai all-round cultured guy kan?

Kat West Village panggung tuh, sebenarnya banyak lagi panggung lain tapi IFC nih yang macam happening sikit sebab banyak filem. So aku tengok one of these films yang kat poster nih, korang teka filem apa aku tengok.

Mahal jugak ticketnya, $11-50, sebab aku bukan member. Kalau member, $8-50 aje. Teruja jugak nak jadi member tapi nanti kalau jadi member, asyik nak tengok wayang aje lah kerjanya kan?



Then aku jalan ke Times Square lagi, kali ini aku masuk ke Nasdaq HQ, lama dah tak masuk sini. Lawa-lawa t-shirts kat situ, rasa nak beli tapi malu lah nak pakai, macam orang kelas-kelas aje. Macamana pun, sebelum balik Malaysia nanti, I'll make sure aku akan beli a few helais. 




Aku ke West Village pulak lepas tuh, cadangnya nak lepak lama-lama sikit kat area tuh. Aku ada baca kat paper, if you hang long enough kat situ, sure akan terserempak dengan Olsen twins (yang dalam Full House tuh) sebab diaorang selalu lepak kat situ. Gila aku nih, memang ada tokoh jadi papaparzzi kan? Kat mana-mana aku pergi, selalu aku cuba-cuba ingatkan sapa orang-orang terkenal yang duduk kat area-area yang aku pergi tuh. As if aku akan terserempak dengan diaorang lah kan?

Memang banyak aku berjalan seminggu nih so aku rasa aku nak pergi berurutlah, dah tegang urat-urat betis aku rasanya. Adalah aku ambik a few addresses kat online, semuanya kat Chinatown. Tapi, on the way ke subway station, aku terlalu depan satu kedai ubat Cina, ada buat acupuncture, refleksologi semuanya. Terus aje aku masuk ke situ, tanya sikit-sikit langsung aje aku setuju nak buat cupping treatment. $20 untuk 10 minit. Oklah tuh sebab aku belum pernah buat cupping treatment dengan tabib Cina. Yang aku pernah buat, buat sendiri, yang taruk/pedapkan gelas kat tisu yang dibakar atas badan, macam bekam gitu. Itu masa sama nadi dulu, kat Maryland.

Laaa, lain rupanya cupping Cina nih, bukannya guna api, instead guna pressure aje sedut angin badan. Ditaruk 10 bijik cups kecil kat belakang aku, dan disedut anginnya. Rasa macam ketat gitu badan aku jadinya, tak ada pun membengkak macam kalau buat cupping treatment cara yang aku pernah buat dulu tuh. I was a little disappointed lah jugak tapi nasib baik 20 dollars aje kan? Macamana pun, rasa lega jugak badan aku lepas tuh, tersedap pulak rasanya, sempat terfikir yang baik aku sambung buat massage pulak. Puas tabib tuh pujuk aku suruh buat acupuncture atau massage tapi sebab aku lapar, aku katalah yang aku nak makan dulu.

Aku jalan nak cari Thai restaurant tapi ternampak this one halal Indian restaurant, terus aje lah aku masuk. Makan briyani kambing sama sayur kacang bendi. Masa tengah makan tuh aku dok fikir, patut aku pusing balik dak, buat massage? Atau acupuncture. Atau buat facial, ada aku ternampak satu spa nih tadi yang aku tengok, orang Asia yang kat dalamnya. Lama jugak aku berfikir, nak buat semua tuh, macam membazir aje rasanya. Menghabiskan duit aje. Tapi, kalau tak buat, aku terkilan pulak sebab memang tujuan aku, nak pamperlah sikit diri aku nih.

Argh, pasal duit dua tiga puluh dollars pun berkira sangat aku nih, kata aku dalam hati. So aku patah balik, dan terus aku masuk spa tuh. Tak ada lah mahal mana pun nak buat facial kat situ. Dan since tak mahal sangat, service nya pun tak ada lah sebagus mana pun, takat cuci-cuci gitu aje. Oklah tuh.

So, dah buat cupping kat badan, dah buat facial, nak buat apa pulak? Urut kote? Wakakakaka. Kalau boleh aku nak urut badan tapi rasa macam membazir sangat, lagipun dah banyak duit aku keluar masa cuti nih, tak sedar aje. So aku balik aje lah, singgah kat kedai Cina kejap, beli tikar, beli towels, malam esok dan lusa aku akan ada guest. 

04062008


Aku ada cadang nak ke Philadelphia, atau Washington DC, tapi bila aku bangun pagi, hujan lebat. So terus lah aku kanselkan niat aku tuh. Rasa frust jugak sebab cadangnya nak jumpa Bob, on the way ke DC tuh. Tapi itulah, tak jadi rupanya plan aku tuh. 

So harinih aku aktiviti utama aku, tengok wayang. Filem Indiana Jones. Tak ada rasa seronok sangat pasal dah lama dah filem nih main baru sekarang aku ada kesempatan nak tengok. So, memanglah tak berapa ramai sangat dah orang yang kat panggung tuh. 

Sekarang nih filem Sex And The City tengah top, perempuan yang ramai tengok filem tuh. Masing-masing nya semua all dressed up, kononnya lah kan? Meluat aku menengoknya, aku tengok Indiana Jones tuh tak ada lah nak dress up macam Indy pun kan? 

The rest of the day tuh gitu aje lah, merayau-rayau, tension aku jadinya sebab aku macam dah tak tahu nak ke mana. I've seen it all, New York doesn't fascinate me no more ker? 

Ish, macam cabul pulak mulut aku nih. 

03062008


Masa aku tengah jalan-jalan kat Central Park hari Ahad lepas tuh, aku ada terbaca notice yang banyak ditampal kat pokok-pokok dan tiang letrik, yang part of the areas kat situ akan ditutup untuk shooting film When In Rome, a Disney productions.

So Selasa tuh aku pergi lah Central Park, saja jer nak tengok macamana diaorang buat shooting filem. Kat sana-sini aku tengok, banyak khemah, banyak trailers. Tapi, bila aku jalan ke sana sini nak tengok kalau-kalau ada orang tengah shooting, tak ada pulak. So aku melepak aje lah sambil tengok orang. Jauh jugak aku berjalan dalam park tuh, tak lah rasa macam buang masa sangat pun sebab orang lain pun macam aku jugak, ke sana sini melepak.

Bila aku dah nak keluar, nak pergi makan, aku terlalu kat kawasan yang aku tengok, ramai orang tengah berkumpul. Rupanya ada shooting filem kat situ, tapi bukan shooting yang aku nak tengok tuh. Ada shooting lain jugak rupanya, filem Brides War, lakunan Kate Hudson (Fool's Gold, You, Me & Dupree, Almost Famous, How To Lose A Guy In 10 days etc) sama Anne Hathaway (Becoming Jane, The Devil Wears Prada, The Princess Diaries, Brokeback Mountain etc).

So terralit lah aku kat situ dekat dua jam menengok diaorang shooting satu scene yang very simple and quick. Macamana pun, scene yang dua tiga minit tuh pun, hampir sehari diaorang buat. Aku boleh dengar Kate Hudson mengomel pasal kena buat banyak takes, simply sebab ramai orang yang kacau, curious onlookers, termasuklah aku.

Sampai petang aku kat situ, aku blah pun sebab malu kat diri sendiri, macam orang kampung sangat. Macamana pun aku puas hati sebab dapat tengok Kate Hudson sama Anne Hathaway dari dekat.


[Anne Hathaway tengah berpayung]


[Kate Hudson, adegan nih, dia kejar Emma (Anne Hathaway)]


[Anne Hathaway sama Kate Hudson] Tak sangka aku jadi paparazzi kan?





Reporters dari negara-negara lain. 

02062008


Alamak, cuti aku dah nak habis tapi banyak tak tulis nih. So, aku tulis sikit-sikit ajelah benda yang banyak-banyak tak tulis tu kot?

Isnin aku pagi-pagi lagi dah bersiap, nak ke Yonkers, ke The Bronx. Silap besar aku tertinggal camera. Jadi tak syok pulak jalan-jalan tak bawak camera nih. Iyalah kan, my life's so happening, banyak benda yang perlu dicapture, macam kena ada bukti bergambar gitu kan? Kalau tak, orang macam tak percaya kan?

Aku sempat jalan-jalan kat Yankee Stadium, tak lah jauh sebenarnya dari Manhattan, naik satu train aje, dalam sesejam gitu dari rumah sewa aku benarnya. So, kalau ada apa-apa concert kat Yankee Stadium nanti, "within easy reach" lah.

Petang, aku balik ke Manhattan, ke tempat biasa, ke Times Square dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. What a glorious day, panas yang tak panas sangat, aku cuma pakai sehelai t-shirt aje, macam kat Malaysia. So, habis satu hari lagi cuti aku. Macam terpanik gitu sebab tak buat apa-apa pun, cuti dah semakin nak habis. Tertension jadinya sebab aku belum plan nak ke mana-mana pun, aku nak keluar dari New York City nih kalau boleh, masa cuti aku nih.

Ok, habis pasal kisah hari Isnin.

01062008 (ii)


Jauh perjalanan aku ke Museum Of The Arts tuh, so sementara tuh meh aku cerita sikit.

Seingat aku lah, hanya dua aje filem Melayu yang aku tengok sampai habis. Itupun masa aku sekolah dulu. Filem Jasmin (sebab masa tuh aku suka Noraini Jane Tan Sri Kamarul Ariffin tuh dan aku suka jalan cerita pasal Natrah, budak Belanda yang dibela keluarga Islam tuh), keduanya filem Abang, yang Datuk Rahim Razali berlakun. Sampai sekarang pun aku suka filem-filem tuh, filem yang ada cerita. Even sekarang pun aku selalu macam terbayang yang aku akan jadi macam dalam filem Abang tuh. Balik Malaysia setelah 10 tahun hilang, balik pun sebab sakit, last-last mati.

Tak ada pun cerita P Ramlee yang aku pernah tengok sampai habis rasanya. Memang aku tak suka langsung filem P. Ramlee. Or rather aku tak suka film Melayu, senang cakap lah kan?


So, aku memanglah tak ada keinginan pun nak tengok filem Melayu, aku tak minat. Setidak-minatnya dengan filem Hindustan jugaklah. Dan, tak ada lah aku mengikut perkembangan filem Melayu pun, orang lain sibuk cerita pasal filem, pasal pelakun Melayu, aku buat selamba aje. Tak ada pun aku rasa rugi atau ketinggalan.

Ok, bila aku dapat tahu yang filem Mukhsin nak main kat New York, aku macam teruja sangatlah nak tengok. Sebab kata orang, filem tuh bagus. Kata orang lah kan? So, aku rasa, sampailah masanya aku menonton filem Melayu pulak kan. After all, belum pernah kot filem Malaysia dimainkan kat New York (walaupun main kat museum jer...ooppsss), sure bagus filem tuh, macam yang orang kata tuh kan? Dulu, tahun lepas, masa pergi rumah Bob kat Delaware, ada aku ternampak VCD cerita Mukhsin tuh tapi biasalah kan, aku buat-buat tak nampak jer.

Macamana pun, in all honesty, aku bercadang nak tengok filem tuh sebab itulah, nak tengok kalau-kalau ada Melayu yang aku boleh jumpa. Iyalah kan, event-event macam tu aje lah yang aku sanggup dan berani pergi. Aku tak ada high expectations langsung pasal filem tuh, iyalah kan, sebagus mana pun, tetap filem Melayu kan? Mana akan ada filem Melayu yang bagus, kan?

"Sedih filem tu Joe, ko jangan nangis pulak nanti", ada member beritahu kat tag. Nangis? Excuse me? Ayooo, belum menonton lagi aku dah nak tergelak, sure masa tengok nanti tuh aku akan gelak habis-habisan. Ala, filem Melayu jer kan?

So, berbekalkan gelak, with no expectations whatsoever, sampailah aku kat Museum Of The Arts tuh.

------------------------------------



Pundeks, $20 nak masuk museum tuh. Belum pernah aku tengok wayang harga ticket semahal itu. Rupanya, kalau nak tengok film screening, tetap kena bayar admission fee yang dua puluh dollars tuh. Tengok wayang tuh free, cuma nak masuk museum tuh kena bayar. I see. Dah bayar dua puluh dollars, bolehlah melawat musuem, dan kalau nak tengok film screening pun boleh. 

"What film are we watching today?", tanya this old lady kat suami dia, masa tengah tunggu theatre tuh bukak. Oooo, maknanya, bukan semua yang nak tengok filem tuh tau pasal filem Mukhsin tuh, diaorang tengok tuh pasal diaorang ada membership dengan museum tuh. Memang kat sini, ada segerombolan orang-orang tua yang tak ada kerja lain, diaorang jadi member mana-mana organisation, then diaorang buang masa seharian kat organisation tuh punya event, macam film screening tuh.

Aku duduk kat belakang sekali, kat seat paling tepi, kat main entrance. Iyalah kan, bukan aje pengkritik filem, aku nak kritik semuanya, dari segala segi. Itu yang kena duduk belakang tuh.

Ada aje orang masuk, aku toleh, nak tengok kalau-kalau ada Melayu. Ramai orang tua aje, yang pakat bantai tengok aje filem apa yang discreenkan kat museum tuh. Sekali sekala adalah nampak couple Cina, India, adalah dalam tujuh lapan couples agaknya kot.

"Let see how many Malaysians we gonna meet today", kata this Chinese girl kat partner dia.

"Yeah right!", kata aku dalam hati.

"Mana Melayu nih? Tak kan tak ada sekor pun Melayu kat New York nih? Tak kan masing-masing sibuk kot? Ker masing-masing sibuk berlari ke sana sini kat subway sambil bawak beg Tourism Malaysia kot? Tak kan tak bangga filem Melayu ada main kat New York? Ker diaorang tak tahu langsung pasal ada film screening tu kot? Melayu biasanya gitu lah kan, tak nak langsung nak join benda-benda berbayar gitu. Masing-masing nak join yang free aje gamaknya"

So, I was a little disappointed pasal mati-mati aku ingat yang aku akan jumpa muka-muka Melayu. Aku tahu memang tak ramai Melayu kat sini tapi orang kerja Consulate? 

Ngam-ngam pukul 2 filem tuh dimainkan. Alamak, tak habis lagi ulasan pasal penonton nih. Ada lah dalam 60 orang semuanya (aku kira satu persatu *kan aku kata aku pengkritik segala segi?*), more than half tuh yang tak tahu menahu pasal filem yang nak ditonton, they were there merely for the sake of nonton film free. So, they don't count lah kan? 

Tak sampai dua minit filem tuh main, masa this one budak kena buli, masa dia kata, "Wei, janganlah wei", tiba-tiba airmata aku berderai keluar. Berdebuk-debuk, berbondong-bondong turunnya. Laju aje. 

Shit!, kata aku dalam hati. Apa pasal airmata aku keluar nih sedangkan aku janji tak nak follow sangat filem tuh, tak nak macam concentrate dengan jalan cerita pun? Sedangkan aku dah well prepared yang aku tak akan termenangisnya lah, tapi apa pasal airmata aku keluar jugak? Laju sangat pulak tuh. Sempat aku berfikir pulak, macam menganalisa, apa pasal, filem tak start apa-apa pun lagi, airmata aku dah keluar?

Bukan sebab jalan cerita, bukan. Filem tuh belum ada jalan ceritanya pun lagi masa tuh. Then baru lah aku sedar yang airmata aku keluar sebab aku macam miss dengan suasana gitu tuh, bila dengar dialog bebudak tuh, aku siap kata dalam hati, "ha ah lah, gini cara Melayu cakap. Lama dah tak dengar cara Melayu cakap".So, rumusannya, aku miss benda-benda gitulah. Aku tak boleh nafikan semua tuh, memang itu betul. Kalau tidak, tak kan airmata aku boleh keluar tiba-tiba gitu kan? Ingat senang ker aku nak keluarkan airmata? Wakakakaka

Termalu dengan diri sendiri, tersedar dengan kelemahan diri, aku pun janji yang aku tak nak emosional sangatlah. Tadinya tuh tak sengaja, that took me by surprise.

Terbengang dengan kemachoan aku yang terlucut dengan tak sengaja, aku buat keputusan untuk komen pasal filem tu aje lah. Memang pun, banyak sangat benda yang nak dikomennya. Dah beberapa minit filem main, masih tak ada jalan cerita. Semalam tengok concert Eagles tuh 3 jam terasa sekejap aje, ini filem tuh yang main selama sejam setengah aje, terasa lama sangat. Mana tak lama nya, nak tunjuk budak tuh panjat pokok, ditunjuk satu persatu, setiap step. Nak tunjuk, nak ceritakan pasal Melayu selalu buang kucing pun dekat 5 minit. Apa, aku nih menonton filem dokumentari ker? Filem dokumentari pasal kehidupan Melayu. 

Acap kali hati aku menggeleng kepala, especially pasal lakunan diaorang yang aku rasa punyalah tak kelas, aku rasa sama macam tengok cerita Keling aje. Yang paling tak best lakunan, bapak Oked tuh, dah lah muka stoned aje, lakunan dia tah apa-apa. Masa dia duduk kat katil, masa nak pujuk Oked, aku rasa nak bangun jer pergi ke depan, berlakun gantikan dia, "ha, gini gayanya kalau nak berlakun", sambil singsing kain pelikat, pastuh menonggeng ke bawah katil sampai nampak kesan telor. Ha, itu baru Melayu punya style kan? *Mamposlah mode over-acting* Lakunan Mak Limah sama perempuan mengandung tuh aje yang aku suka, nampak real, yang lain tuh memang entah apa-apa. 

Walaupun aku selalu tertanya, bila lah nak habis nya cerita nih, tapi aku layan jugaklah, walaupun kadang aku tergelak sensorang. Tergelak malu pun iya jugak sebab macam tak masuk akal aje dokumentari gitu dicategorizekan sebagai wayang. Patutnya filem tu dikelaskan sebagai extended version iklan Raya Petronas aje, baru masuk akal sikit kan?

Tapi, dalam mengutuk-ngutuk tuh, aku terleka jugak. Airmata aku berdentum jugak keluarnya. Aku lupa berapa kali, tapi masa adegan Mak Limah mengajar Oked dan Mukhsin baca Quran, ha, masa tuh aku tak dapat nak tahan airmata aku dari keluar laju. Masa Mukhsin peluk Hussin, abang dia, bila tahu mak diaorang bunuh diri, masa tuh pun sama. 

Macamana pun, ada satu adengan nih yang buat aku suka filem Mukhsin tuh. Bukan adengan sebenarnya tapi pasal masa diaorang pasang lagu Ne Me Quitte Pas, terus aku tersenyum. Terus aku terikut-ikut nyanyi lagu yang dah lama aku tak dengar tuh. Itu lagu masa aku belajar French masa kat Alliance Francaise dulu, aku hafal lagu tuh. 

Ne me quitte pas
Il faut oublier
Tout peut s'oublier
Qui s'enfuit deja
Oublier le temps
Des malentendus
Et le temps perdu
A savoir comment
Oublier ces heures
Qui tuaient parfois
A coups de pourquoi
Le coeur du bonheur
Ne me quitte pas (4x)

Moi je t'offrirai
Des perles de pluie
Venues de pays
Où il ne pleut pas
Je creuserai la terre
Jusqu'apres ma mort
Pour couvrir ton corps
D'or et de lumière
Je ferai un domaine
Où l'amour sera roi
Où l'amour sera loi
Où tu seras reine
Ne me quitte pas (4x)

Ne me quitte pas
Je t'inventerai
Des mots insensés
Que tu comprendras
Je te parlerai
De ces amants là
Qui ont vu deux fois
Leurs coeurs s'embraser
Je te racont'rai
L'histoire de ce roi
Mort de n'avoir pas
Pu te rencontrer
Ne me quitte pas (4x)

On a vu souvent
Rejaillir le feu
De l'ancien volcan
Qu'on croyait trop vieux
Il est paraît-il
Des terres brûlées
Donnant plus de blé
Qu'un meilleur avril
Et quand vient le soir
Pour qu'un ciel flamboie
Le rouge et le noir
Ne s'épousent-ils pas
Ne me quitte pas (4x)

Ne me quitte pas
Je ne vais plus pleurer
Je ne vais plus parler
Je me cacherai là
À te regarder
Danser et sourire
Et à t'écouter
Chanter et puis rire
Laisse-moi devenir
L'ombre de ton ombre
L'ombre de ta main
L'ombre de ton chien
Ne me quitte pas (4x) 

Dan-dan tu jugak aku rasa best jugak filem Mukhsin tuh. Tak tahu apa pasal, simply because it does touch my heart, here and there lah kan? Walaupun lakunannya sangatlah tak bagus, walaupun ada a few scenes yang macam tak masuk akal, tapi aku rasa memang patutlah ada orang banggakan dengan filem tuh. Tapi bukan aku, aku tak bangga pun, aku rasa menonton that so-called filem best tuh mengonfirmkan yang memang tak rugi pun aku tak tengok filem Melayu selama ini.

Keluar dari panggung, terus aku ke bilik air, aku tengok mata aku merah gila, I mean, betul-betul merah, tak pernah aku tengok semerah itu. So, teruslah aku pakai sunglasses. Aku menyusur 5th Avenue, ada parade sempena 60 tahunnya Israel so banyak jalan ditutup. Last-last aku lepak kat depan Plaza Hotel yang terkenal tuh. 


Balik rumah, apa lagi, terus aku download lagu French tuh, dan aku tak tahu berapa kali agaknya tapi aku mainkan lagu tu aje sepanjang malam.

01062008


Walaupun semalamnya aku tidur lewat, dalam pukul 3 gitu, tapi Sunday morning aku bangun awal. Bersemangat kononnya, iyalah kan, tak kan nak habiskan cuti dengan tidur aje kan? Aku lewat tidur semalam tuh pasal aku meraya-rayau dulu kat Times Square, lepas habis concert. Sama jer, siang malam, orang tetap penuh sesak kat Times Square tuh.

Aku berbelah bagi sebenarnya samada nak melepak di New York aje atau nak keluar ke mana-mana. Rasa rugi pulak tak ada kat NYC hari Ahad sebab kalau dah start kerja nanti, tak akan jumpa dah cuti Sunday kan? Dalam pada tuh jugak, aku nak ke The Bronx, nak jalan-jalan sampai ke Yonkers sebab aku belum pernah tengok Yankee Stadium. More to pada nak survey-survey area dia kat mana, berapa lama naik subway baru sampai ke situ, sebab nanti Bruce Springsteen nak buat concert kat situ, mana lah tahu kalau-kalau aku nak terpergi tengok kan?

Dalam pada tu jugak, aku rasa macam nak pergi tengok wayang filem Mukhsin, kat Museum of Modern Arts. Minggu lepas, aku ada terbaca dalam The New York Post, pasal film tu yang nak ditayang kat NYC nih. Good review, terbangga jer aku jadinya. Masalahnya, film tuh main 5 hari aje, dan satu hari ada satu show aje. Aku rasa baik aku pergi show hari Ahad, pasal show hari Isnin (last show) tuh dalam pukul 6 petang. Dan aku fikir, kalau ada Melayu, sure diaorang pun tengok show hari Ahad kan, sebab Isnin semua orang kerja.

Dalam masa dua tiga hari lepas tuh, aku dapat dalam 5 emails, satu dari orang yang pernah email aku, 4 lagi dari sapa-sapa tah. Biasalah, aku kadang tuh dapat jugak email dari orang yang tak aku kenal, yang semuanya attachkan keratan review pasal film Mukhsin tuh. Aku boleh dapat rasakan yang bangga aje diaorang bila hantar email pasal review film tuh. So, aku tak boleh hampakan diaorang, aku kena pergi tengok film tuh.

Lagipun, itu aje peluang untuk jumpa Melayu, aku sure sangat yang tentu ada Melayu nanti tuh. Iyalah kan, Melayu nih, kalau bab-bab mempromosi Malaysia, bangga sangat diaorang kan? Sampai kat subway pun ke hulu ke hilir bawak beg besar yang ada tulis Tourism Malaysia kan? So aku tak akan terkejut lah kalau ada yang bawak bendera Malaysia nanti tuh.

So gitu lah, aku macam berbelah bagi, samada nak tengok wayang atau nak ke Bronx. Tak sempat kalau nak buat dua-dua dalam masa sehari sebab wayang tuh pukul 2. So aku buat keputusan nak ke Bronx, aku boleh tengok wayang tuh esoknya, Monday.

Aku naik train dan turun di Canal Street sebab nak tukar ke train #4, express train to The Bronx. Tengah sesedap tunggu, aku tengok ada 4 orang budak perempuan Cina yang semuanya pakai t-shirt yang ada tulis Japan Day 2008. Sebab rambut diaorang panjang-panjang semuanya, puas lah aku mengintai apa yang tertulis kat belakang t-shirts diaorang tuh. Ooo, Sunday June 1st, kat north side of Central Park rupanya. Alamak, best jugak kalau aku dapat pergi nih, kata aku dalam hati. Habis tengok tuh nanti, bolehlah terus pergi tengok Mukhsin, fikir aku gitu. Dalam perjalanan dalam train tuh aku dah teragak-agak, nak ke The Bronx ker atau nak ke Central Park? Bila budak-budak tuh turun aje dari train, aku pun laju jer membontoti diaorang, aku terus tukar plan. Oklah, aku nak pergi Japan Day, lepas tuh nak gi tengok wayang.

Turun kat 103 Street, dah dekat ke kawasan Harlem dah, cuma di sebelah Upper East Side. Event tuh kat 99th Street/Fifth Avenue. Dan aku terfikir, jauhnya nanti tuh nak ke Museum tuh, kat 52nd Street sana tuh. 51 blocks aku kena jalan, nak merentas Central Park pulak sebab tempat tuh di West Central Park.

Macamana pun aku teruskan jugaklah, awal pagi so tak ramai orang kat stage, kat area event tuh. Aku keluar dulu untuk breakfast. Pusing-pusinglah belah Upper East Side yang ramai orang kaya tuh. Masuk this one cafe, order tuna sandwich sama kopi, tu dia, sampai $15. Terkejut gila aku sebab mahal nak mampos. Biasanya aku beli sandwich, kalau $5 pun dah kira mahal. Dan kalau aku beli tuna salad, satu pound yang harga $7 boleh makan sampai tiga empat kali. Lepas tuh aku cari bangku, lepak-lepak kat situ sambil makan, sambil baca paper.

Dalam pukul 10 baru mula acara, sebab tak ramai sangat orang lagi, aku lepak kat depan stage. Aku rasa penuh muka aku masuk kat tv Jepun sebab banyak stesyen tv Jepun yang buat liputan, TBS, NHK, KTV, ANB, semuanya ada.Kalau hari-hari biasa, sure nya aku tak tengok pun event macam tu tuh tapi sebab aku dah tak ada benda lain nak buat, dan aku pun ada masa, aku layan aje lah tengok acara-acara kat event tuh.

Ada Sandra Endo (reporter kat CNN), ada Reiko Tosa (athlete Jepun), ada a few dances, benda bodoh-bodoh gitu lah. Bodoh-bodoh pun adalah sejam lebih aku kat situ.









Aku cadangnya nak naik subway aje untuk ke Museum tuh sebab jauh nak jalan, tapi malas pulak rasanya sebab kalau naik subway, sure cepat sampai sedangkan wayang main pukul 2. So aku jalan ajelah, pelan-pelan, ada masa dalam 2 jam untuk sampai. Gila babilah jauhnya aku jalan, 51 blocks gitu. Mulanya nak give up tapi aku terus kan jugak, jalan-jalan sambil makan aiskrim.