Saturday, October 20, 2012

IsninSelasa2324022009


Isnin

Walaupun dekat 5 jam melepak, rasa sekejap jer malam semalam tuh, dah masuk Isnin lah pulak. Bersemangat aku bangun awal tadi sebab cadangnya nak ke Beacon Theatre, nak pergi beli ticket konsert Bryan Adams. Tapi bila aku bukak craigslist, tengok-tengok konsert tuh dah lama sold out nya. Bergetar jantung aku jadinya bila dapat tahu yang tickets dah habis dijual.

So mula lah aku cari-cari iklan yang nak jual tickets, ada a few tapi semuanya yang jauh-jauh, yang hanya accept PayPal. Kecuali satu nih yang jual a pair of tickets, aku counter offer, aku offer mahal sikit dari yang dia nak jual tuh, so tak lama lepas tuh terus aku dapat email dari dia, Andy namanya, dia setuju nak jual tiket-tiket tuh kat aku. Nampak gayanya aku kena jual tiket yang lagi satu tuh, senang aje nanti, pasang iklan kat craigslist. Nasib baiklah tiket tak mahal, tak sampai dua ratus pun untuk both tickets, tapi seatsnya kat tengah, bukan kat depan sangat. Tak kisah, concert hall tuh bukannya besar sangat pun, sure nampak jelas nanti tuh.

Lepas berkali-kali bertukar balas email, Andy confirmed kan yang dia akan talipun aku malam hari Selasa 3 March nanti, dia suruh aku jumpa dia kat Union Square, untuk ambik ticket dan bayar. So, settle lah masalah nak dapatkan tiket untuk konsert tuh. Senang jer dengan aku nih kan? Now, aku kena jual lah pulak satu ticket tuh, itu mudah aje nanti tuh. 

So tak jadi lah keluar akhirnya sebab berjam-jam jugak habis waktu nak menyettlekan masalah tuh. Spent the rest of the afternoon tengok tv kat internet, tengok Amazing Race, Big Bang Theory, The Price Is Right pun aku tengok jugak. Pukul 3 lebih baru aku keluar pergi kerja, sampai Forest Hills pun ngam-ngam aje. 

King Mongkut kata dia dah dapat dah orang yang nak kerja Selasa dan Khamis minggu kedua bulan depan. Dua-duanya Spanish. So hari Isnin, Rabu dan Jumaat ajelah aku kerja dari 8 pagi sampai 8 malam kot, atau mungkin lebih awal. Dapatlah duit lebih sikit nanti tuh, oklah, cukuplah untuk buat bayar kelas Spanish yang akan datang, Unit 1.3 sebab kalau bayar awal dapat 25% discount. Nampak gayanya setiap bulan kena bayar duit kelas Spanish, sebab kelas nih hanya untuk 5 minggu setiap Unit. Setiap lima minggu kena register, Unit 1 masih ada dua level lagi nih, sampai July nanti. Lepas tuh Unit 2 pulak, 4 levels jugak, 5 minggu setiap level. How I wish aku dah di level atas-atas sekarang nih, tak sabar rasanya nak reti cakap Spanish betul-betul. Sekarang nih takat cakap faham sendiri aje.

Balik kerja aku tak online sangat pun sebab lepas aje dinner terus aku buat Spanish homeworks yang banyak lah pulak tuh. Tak sempat apa-apa pun aku terus tidur, give up aku kalau nak buat homewoks yang susah-susah nih, berapa kali aku cuba dengan cd tu pun masih tak dapat jugak nak tangkap buah butir apa yang diaorang cakap, laju sangat. 

Selasa

Aku terlewat masuk kelas tadi, dah lah pukul 9 baru bertolak, train lambat pulak tuh. Masa kat 5th Avenue. masa nak lintas jalan, ada pulak orang tanya aku. Tanya in Spanish. Dalam tergagap-gagap cakap Spanish tuh, aku rasa puas hati sebab diaorang faham apa yang aku cakapkan. Orang Guatemala tuh tanya macamana nak ke satu Guatemalan office yang kat 48th Street. Since tempat tuh dekat aje, senanglah aku nak mengexplain nya. Terbangga aku sekejap dengan keterreran aku. Itulah, memang tak sia-sia langsung aku belajar Spanish nih. 

Sesak nafas aku kat kelas tadi tuh sebab diaorang pandai semuanya, aku sorang jer (ada lah dua orang lain yang bengap sikit dari aku) yang tergagap-gagap bercakap. Diaorang cakap laju aje, panjang aje kalau buat ayat. Aku jer yang bila ditanya, jawab setakat mampu aje. Orang lain, ditanya satu soalan, jawapannya panjang lebar, which is good lah kan for learning purposes. 

Yang buat aku tak puas hati nya, class participation pun dikira dalam markah exam keseluruhannya. Aku tak aktif sangat kat kelas, so rendah lah markah aku nanti nih. Tapi tak apa lah, aku akan berjuang sedaya aku, walaupun aku lembab tapi ada perkembangan yang memberangsangkan.

Aku singgah kat Jackson Heights untuk lunch kat kedai Paki tuh, habis licin aku makan nasi lauk kari ayam tuh, lapar sangat ker aku? Lepas tuh aku meround sekejap kat Roosevelt Avenue, kat kawasan yang penuh dengan orang Amerika Latin tuh. Aku asyik dok baca papan tanda, nama kedai, segala macam signs yang semuanya dalam bahasa Spanish tuh. Banyak yang aku faham, yang aku tahu, yang selama ini aku tak tahu apa pun. Semangat nak tahu lebih banyak lagi, terus membuak-buak. Sekarang nih, kat dalam train, masa pergi dan balik kerja, aku asyik menggodek Translator aku jer lah kerjanya, dalam sesehari adalah dua tiga puluh perkataan baru yang aku cuba ingat.

Ada dalam sejam aku melepak kat internet cafe kat Forest Hills, sebelum masuk kerja. Sempat jugak tuh mengopi kat cafe sekejap. 

Masa kerja, kebetulan pulak aku simpan cellphone kat pocket seluar, tuan rumah aku banyak kali cuba call aku. Tak pernah-pernah aku jawab call kalau masa kerja tapi tadi tuh dekat 10 kali ada missed calls, so aku talipun balik tuan rumah aku. Rupanya Ramon budak Indo tuh ada datang bawak kawan dia budak Turki, diaorang nak tengok bilik yang nak disewakan tuh. Diaorang nak tengok bilik yang aku duduk sekarang nih, so itu yang tuan rumah aku talipun, nak mintak permission aku. Terus aku kata aku tak nak sapa-sapa masuk bilik aku, "kamar aku lagi berantakan, lagipun di kamar ku ada uang, nanti kecurian", aku kata gitu. Sebenarnya aku malu lah nak kasi orang tengok bilik aku sebab macam kapal karam aje keadaan dalam bilik aku tuh. Kalau diaorang kasi tahu awal-awal, bolehlah aku kemaskan bilik aku tuh dulu, kan? 

So bila sampai aje rumah, terus aku tanya tuan rumah aku, bila aku boleh pindah ke bilik yang besar sikit tuh, bilik baru aku. Bilik tuh masih belum dibersihkan lagi, barang-barang mamat Bangla tuh masih ada lagi. Aku beritahu yang aku kena pindah paling lewatnya Jumaat sebab weekend aku kerja dari pagi. Dan budak Turki tuh sure akan masuk weekend nih jugak.

Tuan rumah aku beritahu yang sewa bilik aku tuh dinaikkan jadi $550, so with me bayar $700, berapa aje yang dia bayar, kan? Untung sangatlah dia, bayar dua tiga ratus aje dapat bilik yang paling besar. Patutnya dia kasi lah aku diskaun sikit sebab aku yang cari penyewa bilik tuh. So, budak Turki tuh akan datang lagi Jumaat nanti, yang hopefully by that time aku dah pindah ke bilik baru tuh. 

Aku dah bersemangat nak pindah nih, walaupun kena bayar $700 tapi aku rasa oklah, besar gak bilik tuh, boleh taruk katil kelamin ekekekkeke. Esok nak kena membeli belah lah sikit, nak beli bantal, sarung tilam, benda-benda gitu tuh. Nak beli bunga pun jugak nih, seseminggu nih sure sibuk aku menyantikkan bilik. Bilik baru, kena lah ada semangat baru, kan? 

SabtuAhad2122022009


Sabtu

Macam minggu lepas, aku breakfast dalam train masa pergi kerja. Aku keluar lambat sikit dari biasa, so beli kopi, kek, then makan kat dalam train. Sambil baca paper. Sampai Forest Hills pun masih sempat lagi untuk mengeteh, so lepak lah seround. 

"Joe, what are you doing here?", terkejut aku bila David tegur aku kat lobby apartment. Dia nak keluar beli barang sebab 10-30 am dia nak keluar jumpa kawan dia kat Manhattan. Aku tengah online guna cellphone masa tuh, kat sofa kat lobby. Aku tak naik ke apartment diaorang selagi belum pukul 10 pagi. Every second counts kan? 

Mood aku macam dah tak berapa baik sebab aku tak boleh bayangkan apa yang aku nak buat seharian, sebab aku sama King Mongkut aje yang tinggal di apartment seharian nanti. 

Rasa meluat aje aku menengok King Mongkut bila dia nak minum juice, punyalah slow dia minum (guna straw) sampai lenguh aku pegang gelas, itupun bertukar-tukar tangan kiri kanan. Sampaikan aku tanya, "Are you drinking or what?". Kalau time kitaorang nak keluar, cepat-cepat dia minum. Itulah, kadang tuh macam budak kecik perangai nya King Mongkut tuh.

Aku biarkan dia kat bilik sementara aku ke dapur, cuci pinggan mangkuk. Tak lama tuh menjerit lah King Mongkut tuh, rupanya cermin mata dia jatuh, lepas tuh kaki dia tersepit kat scooter. Dia nak tukar channel tv rupanya, so dia cadangnya nak buat sendiri aje. Kononnya tak nak menyusahkan aku lah kan?

Lepas bawak King Mongkut ke bilik air, dia suruh aku pindahkan dia ke katil, so sementara tuh bolehlah aku mengvacuum carpet etc. Tengah elok-elok aku nak buat kerja, dia panggil aku, di suruh aku angkat dia sebab dia nak terberak. Sabar aje lah! Sementara dia berak tu lah aku buat lah apa-apa yang patut. Then aku melepak kat dapur, sambil tengok tv, Moulin Rouge ada main kat tv. Geram jer aku bila tengah sedap-sedap tengok tv, dia kata dia dah siap berak. Aku sound dia suruh berak lama-lama sikit, pastikan taik betul-betul habis diberakkan. Mengacau aku nak tengok tv aje. Dia tak tahu ker Moulin Rouge tuh oe of my favorite movies? 

So lepas tuh angkut dia semula ke katil, kena lah pulak mengurut dia kan? Dalam sejam aku mengurut, sampai nak kejang tangan aku. Aku tak lunch pun sebab tuna salad dah habis, nak keluar malas lah pulak. King Mongkut suruh aku makan pasta tapi aku tak suka pasta. Aku buatkan dia turkey sandwich. Dalam sejam lebih lepas tuh kitaorang tengok tv aje lah  King Mongkut yang tengok, aku duduk kat lantai, duduk bersimpuh. Sebab kakai dia selalu terjelepuk kat lantai.

Pukul 3 dia suruh aku angkut dia ke katil semula, bengang lah aku sebab baru dua jam lepas aku dah urut dia kan? Tapi aku nak buat macamana kan? Nasib baiklah kejap aje dia tertidur, so aku apa lagi, terus keluarkan cellphone, tangan kiri mengurut dia, tangan kanan mengetik screen cellphone. 

Aku dah macam panik dah sebab lepas buat catherter, dah dekat pukul 5, David masih belum balik sedangkan aku dah nak blah. Mamposlah kalau kena tunggu dia balik, kan? Nasib baiklah tak lama tuh dia sampai, so tak lama lepas tuh aku pun cabut. David tanya aku kalau-kalau aku nak datang pukul 11 hari esok since diaorang tak nak ke mana-mana, so aku setuju aje lah masuk kerja lewat sejam dari biasa.

Macam biasa, aku serba salah ke mana nak dituju. Tak kan malam-malam minggu pun nak terus balik ke rumah kan? Tapi, ke mana aku nak pergi? Last-last aku turun kat Jackson Heights aje lah, aku makan kat restoran India nih (kat Little India tuh banyak restoran halal), makan beriyani, tapi mahal harganya. $13. Kalau kat restoran Paki yang aku selalu pergi tuh, $8 aje, itupun dapat teh segelas. Ini kali ke4 aku makan kat luar, minggu nih kan? Lantak lah. 

Masa dalam train aku ada terfikir nak turun kat Chelsea, kat situ happening kalau memalam minggu. Tapi, on second thought, balik rumah aje lah. Boleh aku update blog, boleh aku buat macam Christian yang dalam Moulin Rouge tuh kan? Dia tulis kisah hidup dia kat diary. Tapi aku nak tulis apa? Apa yang menariknya dengan hidup aku nih yang nak ditulis kat blog kan?

Ahad

Since aku masuk kerja lewat sikit harinih, aku pun bangun lewat jugaklah kan? Sebab aku tidur pun lewat jugak semalam. David dah ke gym masa aku sampai apartment diaorang, so terus aku menyiapkan King Mongkut. Since dia nak terberak lagi (biasanya weekend dia berak sekali aje) so aku dudukkan dia kat throne, aku ke dapur tengok tv. Tapi tak lama dia berak sebab itulah, dia bimbang kalau-kalau David dah nak balik. Tak aman beraknya King Mongkut tuh jadinya. Punya takut nya dia kat David lah tuh, itu yang berak nak cepat aje tuh. Dalam masa 45 minit, itu kira cepatlah beraknya.

Lepas lunch kitaorang dah tak tahu apa nak buat. David ajak tengok dvd filem Korea tapi aku tak nak, so aku kasi suggestion kat dia yang aku nak buat catherter kat King Mongkut sebelum pukul 4, so that aku boleh balik awal. Aku kata lah yang aku bosan as hell. Dia tak nak mulanya sebab kesian kat aku, dah lah tadi masuk kerja lewat sejam, nak balik awal sejam pulak kan? Semalam dah lah balik sejam lebih awal. Dah 3 jam rugi nya kan? Aku kata aku tak kisah semua tuh. So, pukul 4 aku blah tadi, rasa lega jugak sebab bila aku blah, kat luar masih siang, masih terang benderang lagi. Biasanya weekends aku balik dah gelap sekeliling. 

Hujan turun renyai-renyai so happy aku sebab ada lah alasan yang aku tak keluar ke mana-mana kan? Macamana pun aku turun jugak kat 57th Street, merayau seround kat area Times Square. jadilah dapat meround kat situ pun kira ok lah kan?

Bukan lah aku kalau jalan-jalan tuh tak terbeli barang, kan? Aku terbeli Spanish Translator/ Electronic Dictionary. Lecehlah nak guna kamus, guna Translator nih senang, taip aje perkataan, keluar translation, conjugations. 

Lepas tuh terus lah aku balik, singgah kat Chinatown, banyak jugak benda yang aku beli, sayur-sayuran, ikan, biskut perbuatan Malaysia pun aku beli. Sampai rumah teruslah aku memasak, masak asam pedas ikan. Macam-macam aku taruk sampai melimpah ruah periuk, terpaksa masak guna dua periuk. 

Mamat Bangla yang dah pindah tuh ada datang tadinya, dia kemaskan bilik, dia kosongkan bilik. So banyak barang-barang yang nak dibuang. Lama jugak aku menyelongkar sampah-sarap dia tuh, aku ambik satu beg, then a few bukus pasal Finance. Dia nih kerja kat Wall Street, itu yang aku kagum sangat tuh. 

KhamisJumaat1920022009


Khamis

Lantak lah, aku langsung tak sentuh pun Spanish lesson aku sejak lepas exam ituhari, so aku ke kelas harinih pun macam bimbang aje sebab takut terlupa semuanya. Sure akan ada dibuat revision kan, sure akan ditanya sorang-sorang, jawab aje lah mana yang patut.

Aku tak breakfast pun, terus aje ke kelas, kitaorang dipindahkan ke kelas lain sebab ada 4 orang students baru yang join kitaorang, diaorang dulu dah ambik Level 1 dan berhenti separuh jalan. Satu budak Israel, satu MakCik Itali, sorang budak perempuan French, sorang lagi American. So 15 orang semuanya students, macam dulu jugaklah. 

Since sampai awal, aku sembang-sembang dengan Minah Iran nih, dia yang tanya aku dulu, pasal Elizabeth Wong. Terkejut aku sebab dia pun tahu pasal kisah gambar ADUN Bogel tuh. Dia nih pernah datang Malaysia, anak orang kaya, dan sebab dia kerja United Nation, mungkin sebab itu dia tahu kisah politik Malaysia tuh kot. Sembang punya sembang, terceritalah pasal konsert, dia nih suka pergi konsert. Dia kata dia suka Bon Jovi, dan bila aku tanya, dia kata dia pun pergi konsert Bon Jovi yang kat Central Park dulu, jugak yang kat Madison Square Garden. Dia suruh aku emailkan dia gambar-gambar konsert yang aku ada ambil, dan dia pun akan emailkan aku dia punya gambar konsert.

Laju kelas kitaorang kali nih, macam tak terkejar apa yang diajar. Lepas satu, satu benda baru yang diajar. Ok jugaklah kalau laju-laju gini nih, macam penggal lepas tuh slow sangat CikGu tuh mengajar, asyik diulang-ulang benda yang sama. Tapi, diulang pun aku masih tak dapat nak tangkap jugak apa yang diajar. Kali nih banyaklah benda yang kena dipraktis nampak gayanya. Masa break baru lah dikasi kertas exam lepas, aku agak dah yang aku banyak buat silly mistakes.



Terus aku ke Jackson Heights sebab lapar sangat. Dalam kelas tadi, perut aku asyik berbunyi aje, sampaikan naik malu aku dekat Mamat Pakistan dan MakCik Itali yang duduk sebelah aku tuh. Gasaklah, kali kedua aku makan kat luar minggu nih.

Jumaat

Lepas breakfast, lepas tengok Survivor kat internet tv, aku keluar. Nak Sembahyang Jumaat kat Jackson Heights lah hari nih. Then terus ke Forest Hills, fikir punya fikir, aku terus ke Pinang Restaurant. Hehehehe, kali ke3 aku makan kat luar minggu nih. Itulah, ituhari member aku kata, jangan makan udang, banyak kolestrol. Itu pasal aku makan kat luar tuh sebab kat fridge aku banyak udang yang aku beli ituhari.

Lagipun, aku ingatkan tokay restoran tuh dah balik dari bercuti kat Malaysia, sajalah nak dengar cerita dia. Tapi rupanya dia balik US harinih, esok baru sampai. Sembang aje lah dengan waiter Indo tuh, Ramon. Macam-macam dia tanya aku pasal macamana nak cari kerja sebagai caregiver. Rabu lepas aku dah beritahu dia kat mana kat internet, nak cari kerja tuh, bukannya sepanjang masa ada iklan yang nak kan caregiver kan? Sampaikan dia nak ikut aku kerja, nak tengok macamana cara-caranya. Dia suruh aku tanya-tanya jugak kalau-kalau ada kerja jadi housekeeper, part-time. Sebab kalau boleh, dia nak kerja di hari off dia yang sekali seminggu tuh. Jugak untuk budak cashier Indon tuh. Bagus orang Indo nih, diaorang betul-betul kerja, bukan macam aku yang kerja tak betul-betul, asyik nak melepak aje kerjanya. Dia tanya jugak pasal bilik sewa sebab kawan dia, budak Turki, nak menyewa. Dia tak mampu bayar banyak-banyak since jam kerja dia dah dipendekkan sekarang nih, so aku kasi nombor talipun tuan rumah aku.

Aku sampai aje apartment David, King Mongkut kata yang kitaorang dapat jemputan dinner kat rumah nenek David (nenek tiri King Mongkut). Ala, kalau aku tahu, sure aku tak ambik lunch tadi tuh. Pukul 5-30 kitaorang bertolak ke apartment nenek David, mak David dah lama sampainya. So sembang ajelah diaorang, aku menyampuk gitu-gitu ajelah bila diaorang tanya, pasal wayang, pasal siri tv etc.

Kebanyakan yang disembangkan semuanya pasal ekonomi, pasal stocks, pasal Obama. Nasib baiklah aku pun tahu sikit sebanyak pasal stock market, tiap hari memang aku ikut perkembangan Dow Jones /NASDAQ so aku tak lah rasa kekok sangat sembang dengan diaorang. Dengar diaorang sembang tuh, macam banyak sangat shares yang diaorang beli.

Memang pandai Roslyn Minah Brazil tuh masak, aku walaupun kenyang tapi sampai dua keping baked salmon tuh aku habiskan. Makan sama sweet potato. Masa makan, macamana agaknya, terbercerita pasal King Mongkut tuh yang macam tak ada opinion/brain of his own. Semuanya dia ikut kata/cakap David, sampaikan meluat kitaorang mendengarnya. Aku apa lagi lah kan, memang dari dulu aku perasan sangat yang King Mongkut tuh, bulat kata David, bulat lah kata dia. Hitam kata David, hitam lah kata dia.

So, David sama mak dia (mak tiri King Mongkut) nasihat kan King Mongkut, suruh dia tak sangat bergantung pada David, tak menurut apa yang David kata/fikir. "You have to have your own opinions, thoughts, Hal. You are not retarded", kata mak Davvid. King Mongkut gelak aje. Bila mak David tanya aku, aku terus angguk kepala, tanda setuju sangatlah dengan pendapat diaorang tuh. Memang pun, aku yang pandang rendah, tak respect kat King Mongkut tuh pasal itulah, pretentious, asyik nak genggam telor adik dia tuh aje kerjanya, tak nak langsung kasi opinion sendiri.

"That's his weakest point I think", aku kata gitu. "You can't go on sniffing up his ass, Hal", aku kata gitu sambil tepuk-tepuk bahu King Mongkut. Mintak-mintak dia sedarlah, tapi dia buat bodoh jer, gelak-gelak yang dibuat-buat tuh.

Masa kat meja makan tu jugak aku perasan yang cara Roslyn (orang gaji nenek David) melayan nenek David tuh kasar aje. Dihentak-hentak, dimaki-maki kan aje nenek David tuh. Pelik aku, tengah orang ramai pun dibuat gitu, agaknya masa dia tinggal dengan nenek tuh, harus dihumban-humban kan aje orang tua tuh gamaknya.

Aku tak ada pulak buat gitu, aku perasan, masa aku nak memakaikan King Mongkut segala persiapan dia (sebelum kitaorang blah), nenek David tengok jer kitaorang. Beralus jer cara aku menyiapkan King Mongkut. Iyalah, depan orang kan, kena lah buat kerja beralus gitu. Kalau aku sama King Mongkut aje, kadang tuh aku buat kerja sambil merengus, ekekekeke.

Kelam kabut aku buat kerja, nak menyiapkan King Mongkut untuk tidur, nak mengemaskan apartment yang berselerak tuh (sebab petang nya aku tak sempat nak buat apa pun), nasib baiklah tak lewat sangat aku balik hari nih. Tak sampai sejam melepak, terus tidur aje lah sebab esok kerja pagi. 

Rabu18022009


Dah puas melepak kat bilik, baru aku teringat yang nak pergi ambik result exam Spanish aku yang dah keluar Isnin lepas. Nak tunggu esok pun boleh sebenarnya, saja jer lah nak dijadikan alasan untuk keluar. Aku, kalau tak ada sebab untuk keluar, aku tak akan keluar nya lah, asyik dok melingkar kat katil aje kerjanya. Nak pergi buat exercise pun malas seju-sejuk nih, nak tunggu cuaca panas sikitlah, dalam seseminggu dua kot cuaca akan berada dalam high 40's, low 50's gitu.

Aku sampai aje Times Square (saja jer turun kat situ, jauh sikit berjalannya) snow shower pun turun. Pundeks tul, aku dah lah tak pakai topi. So menumpang kejap kat depan kedai yang ada canopy. Macam kambing jer rasanya ekekekeke. Termenumpang tuh, tertengoklah barang-barang yang dijual, kat kedai elektronik tuh. Hampir aku terbeli Spanish/English Translator, macam dictionary tapi dia boleh menconjugate Spanish verbs, itu yang buat aku teruja nak beli tuh. Tak mahal, $40 jer, so aku terus lah nak beli, tapi sebab Translator tuh hanya ada satu, dan itu pun for display purpose aje, Tokay tuh suruh aku beli Translator yang lain, yang lebih kepada Dictionary. Aku tak nak, aku tetap nak kan yang kat dalam kaca display tuh. "Pendejo" (stupid,idiot) kata tokay kedai sambil merungut apa tah. Geram aku, dia ingat aku tak tahu makna perkataan tuh, so terus aku blah aje. Selamat lah $40 aku.

Paper exam kitaorang tak ada pulak CikGu kitaorang tinggalkan untuk kitaorang ambik, cuma result aje yang dikasi. Aku dapat 8 out of 10. Kira dapat double 4 flat (4.00) lah kan? Ekekekeke. Ada yang dapat 9 (out of 10), rasanya Mamat Pakistan tuh dapat 9.5 Oklah dapat 8, aku tahu yang aku banyak buat silly mistakes, aku tak check pun aku punya jawapan sebelum hantar dulu tuh. Kalau tak, sure aku boleh dapat 9 jugak kot?

Hujan dah agak sidang so aku jalan kaki ajelah kat 5th Avenue, menghala ke Bryant Park. Aku tahu yang kat Park tuh sekarang nih ada Fashion Week yang glamer sangat tuh, yang ramai artis berkumpul. Tu dia, di sepanjang jalan, di sekeliling area tuh, penuh dengan kereta polis. Sebijik macam keadaan masa aku Sembahyang Jumaat kat Brooklyn College ituhari, penuh dengan kereta polis, kononnya nak bersedia kalau-kalau ada kekacauan lah kot?

Aku pusing seround kat kawasan show tuh, saja nak tengok orang-orang fesyen lah kononnya. Kemain lagi lah, penuh dengan bapok-bapok yang fesyen pakaian diaorang mengalahkan fesyen perempuan lagi. Jenis yang jalan catwalk tuh, yang beg (handbag) taruk kat siku (macam perempuan), yang bila berjalan, pandang bawah tapi mata asyik dok menjeling orang. Ramai geng-geng gitu tuh. Aku tak sempat lama walaupun aku cadang nak jadi paparazzi, nak ambik gambar artis-artis yang datang.










Alamak, nak terberak pulak, so terkemut-kemut aku berjalan ke Port Authority Bus Terminal, nak cari tandas. Tak payah aku cerita lah Dear Diary, insiden seterusnya, besar kemaluan aku nanti kalau orang tahu, ekekekeke. Ker ini balasannya sebab aku selalu mengutuk King Mongkut yang selalu terberak atas wheelchair tuh?

Terus aje lah aku ke Forest Hills, itupun puas berfikir yang nak makan kat mana lah, nak makan apa lah for lunch. Ikutkan hati nak makan tuna sandwich aje tapi bila difikir yang aku dah lama tak ke Pinang Restaurant sebab tokay dia balik Malaysia, terus lah aku ke situ. Masa tuh dah pukul 3 so memang tak ada orang pun. Semua staff baru aje yang ada, macam bengang jer aku sebab tak mendapat layanan macam selalu, sebab diaorang tak kenal aku dan aku tak pernah nampak diaorang, orang baru.

Aku makan mee goreng India. Aku tengok yang waiter tuh muka macam Melayu aje, sah lah orang Indo, so aku tegur dia. Memang pun, Indo Pribumi, sebijik macam Melayu, kulit sawo matang gitu. Macam Jawa Tanjung Karang.  So bersembang dengan budak tu jer lah aku, dia baru 2 minggu kerja di situ, baru sampai dari Miami Beach, dulu kerja di situ selama 4 tahun, kerja kat American restaurant. Cashier tu pun orang Indo jugak, perempuan.

"He's my father's friend, take good care of him", kata anak tokay tuh kat Ramon budak Indo tuh. Aku tak pernah sembang dengan anak tokay tuh sebelum ini, so aku tanya dia, mana perginya waiter Cina Malaysia yang dulu tuh, yang tua dan gempal tuh. "I have to let him go, we received lots of complaints from customers", kata anak tokay tuh. Aku tengok, anak tokay tuh, cara dia cakap, sebijik macam American, tak ada gaya orang Malaysia pun. Iyalah, dia tuh lahirnya di sini, dan tak ada gaya macam Cina Malaysia pun.

So aku sembang semula dengan Ramon. Dia yang banyak tanya aku, kerja kat mana, sewa kat mana, berapa sewa, itu ini. Dan banyaklah yang dia cerita pasal kerja kat restoran tuh, yang dia kata, buat dia rasa macam nak berhenti aje.

"Jangan keburu, kamu baru nyampei, kerja dulu. Udah lama, udah tahu kondisinya New York, itu baru kamu cari kerjaan lain. Jangan mudah mahu kabur, mending kamu kerja di sini aja duluan, juragannya baik sih. Kalo kamu dapat juragan Cina Talu, gak bisa nyantei, harus kerja setengah mati. Aku dulu kerja rumah makan seperti kamu, aku tahu gimana", panjang lebar aku menasihat Ramon. Aku terfikir, dulu masa aku jadi macam dia, masa kerja restoran, selalu dan gitu jugak aku mencurahkan rasa hati aku kat customer. Sekarang, bila keadaan macam nih, aku dengar aje lah.

"Anak-anak dapur bilang, Juragannya rewel sih", kata Ramon.

"Kagak, aku udah lama kenal Juragan nya, dia baik aja sih. Gak tahu lah kalo sama pegawei nya dia rewel, tapi aku sering bercanda sama Juragan kamu, aku lihat dia baik aja orangnya", aku kata gitu.

Banyak lagi lah yang kitaorang sembangkan, Ramon suruh aku contact dia kalau ada kerja macam aku nih. Kesian aku menengoknya, mungkin sebab aku anggap dia tuh Melayu. Dah lah dia menyewa kat apartment orang Jews yang sewanya $700 sebulan.

"Lihatlah nanti, susah-susah kamu menyewa di tempat aku menyewa aja, sewanya cuma 500 aja", aku kata gitu.

"Mahu deh!", kata Ramon.

Aku rasa dia tak ada masalah pasal dia ada legal papers, dia dapat asylum, so senanglah nak cari kerja yang legal. Cuma dia tak berapa faham sangat keadaannya di New York nih.

"Gapapa, aku sering makan di sini, nanti ketemu lagi", aku kata gitu lepas betukar-tukar phone number. Sampai pukul 4 lebih baru lah aku blah dari restoran tuh, sempat lah berak seround lagi kat restoran tuh walaupun masa sampai tadinya tuh aku dah melepas seround. Aku sakit perut ker? Apa yang aku makan semalam? Oooo, ayam goreng kot? Semalam aku goreng ayam 3 ketul, sebab nak cepat, aku angkat ayam tuh dari kuali tuh cepat sangat kot, masih merah-merah lagi, masih liat lagi dagingnya. Aku nih memang tak senonoh orangnya.

Kat luar hujan lebat so aku redah aje lah. Jangan lah demam pulak nanti, aku nih dah makin uzur, kena hujan sikit aje dah nak demam.

David balik kerja lambat jugak lagi harinih, pukul 7 baru sampai rumah. Macamana pun dia yang tolong aku kemaskan dapur (masa tuh aku sibuk menyiapkan King Mongkut yang nak beradu), so tak la aku balik lewat dari biasa.

Balik kerja aku makan biskut aje for dinner, kena tidur awal sebab esok ada kelas Spanish. Hmm, balik semua lah macam minggu-minggu lepas, tak ada masa sangat nak melepak-lepak. Sebab aku dah plan yang kali ini aku nak belajar lebih rajin sikitlah, aku tak puas hati ada orang yang dapat result lagi bagus dari aku. Bukan sorang dua pulak tuh.

Selasa17022009 (Recorded Entry)

Isnin16022009


Dear Diary, 

2 orang kawan aku yang "out of the blue", mengontact aku semula harinih. 

Sorang tuh, kawan lama, jarang bertembung dia kat YM, dan dia pun dah berbulan tak baca blog aku, dia langsung tak tahu perkembangan hidup aku dah, yang bila dia tanya, aku kata aku ok aje, macam dulu lah. Dia kata dia nak sembang dengan aku sebab aku boleh buat dia happy, boleh buat dia lupakan pasal masalah dia sekarang nih. Dulu dia nih selalu kasi nasihat kat aku. Walaupun kitaorang jarang sembang tapi we are good friends. 

This friend of mine (friend of us sebab korang kenal dia pun) "tengah susah sekarang nih", aku sorang aje yang tahu, and I'm going to keep that promise lah. Harap semuanya berjalan lancar, harap semuanya berakhir dengan kehappyan. Amin. 

Yang kedua, out of the blue jugak, MamatGQ sms-ed aku tadi. Bertanya khabar, dan mengewishkan aku well. So lamalah kitaorang bersms, sepanjang blog entries aku sms kitaorang. Dia masih menganggur, masih cari kerja, so aku tak reti sangatlah nak sembangnya. I just let him know yang dia selalu in my thoughts, sebab he's such a nice guy. 

So Dear Diary

harinih aku macam happy aje lah sebab dua orang member aku ada contact aku but at the same time aku rasa sedih jugak sebab they are having their own problems sekarang nih. If only aku boleh tolong.

SabtuAhad1415022009


Sabtu

Lambat aku bertolak pergi kerja harinih, pukul 8 lebih. Dah plan nak kasi alasan baik (train lambat kononnya) kat diaorang pun. Mengopi sambil makan pound cake (banana cake) kat dalam train aje. Sampai Forest Hills dalam 9-20 am, so sempat breakfast untuk kali kedua kat bakery Korean tuh, minum teh sama makan croissant.

Ingatkan diaorang nak keluar ke mana-mana harinih pasal semalam tuh David kata nak ke mall harinih, itu yang dia pergi potong rambut malam-malam, hantar baju ke dry cleaner pun semalam jugak sebab tak nak habiskan masa harinih buat benda-benda tuh semua. Tapi, last-last tak jadi, entah pasal apa, David macam malas pulak keluar, dia nak ke gym aje lah kata dia.

Muncung aje King Mongkut. Semalam tuh dah siap sediakan semua pakaian dia, itulah, ingatkan harinih nak merempit. Sementara David ke gym, aku punggah King Mongkut ke katil, then aku buatlah kerja yang patut, bersih-bersihkan apa yang kena dibersihkan. Lepas tuh baru lah aku mengurut King Mongkut tuh.

Lepas lunch kitaorang tengok dvd filem Dan In Real Life (Steve Carrel), kisah satu American family kat Rhode Island. Ok lah cerita tuh, kisah satu keluarga bahagia. Ngam-ngam pukul 5 aku habis kerja harinih, aku tak nak stay up until 6 sebab tak ada nak buat apa sangat dah pun.

Since harinih Valentine's Day, so aku tak singgah kat mana-mana pun lepas balik kerja tuh sebab aku tahu, semua kedai makan sure sibuk. Aku terus balik rumah aje lah. Memanglah aku dah cadang tak nak makan kat luar kan, tapi plan tuh akan hanya start minggu depan, aku masih ada sehari dua untuk buat style aku. Lagipun, aku ada terfikir, apalah nak "curtail" sangat habits aku yang suka melepak makan kat luar kan? Tak ada fun lah macam tuh kan? Duit bukannya boleh dibawak mati, kan?

Aku melepak aje lah sepanjang malam, tak buat apa sangat pun. Sejak lepas habis exam Khamis lepas, aku langsung tak sentuh buku-buku Spanish aku, aku tak dengar sepatah haram pun podcast kat cellphone aku. Dulu, saban waktu aku dengar podcast lessons kat cellphone, sambil ulang-ulang cakap apa yang diajarkan dalam lesson tuh. Nak lupakan lah pasal Spanish lesson nih untuk seseminggu nih, sebelum kelas mula semula Khamis minggu depan.


Ahad

Macam semalam, aku tak mandi pagi (terlewat bangun), terus aje pergi kerja. Masa nak tunggu train, aku nampak Minah Mexican [gambar bawah] nih, kesian aku menengoknya. Bayangkanlah, dia kena bawak benda tuh naik train, untuk dijual. Insaf kejap aku, susah-susah pun kita, ada lagi orang yang lebih susah. Seteruk mana pun kerja kita, ada lagi orang yang kerja lebih teruk. Aku terfikir, yang aku tak sanggup buat macam yang Minah tuh buat, menjaja makanan macam tuh. Breakfast dalam train jugak lagi sekali. Dan breakfast kali kedua jugak macam semalam kat bakery tuh.



Kitaorang keluar ke Roosevelt Field Mall lagi minggu nih, macam minggu lepas jugak. Aku ingatkan diaorang nak beli komputer baru tapi rupanya masa pergi Apple Store tuh, David tanya pasal macamana nak install browser, Safari yang diaorang guna tuh versi lama. Nak tergelak aku sebab nak install benda tu pun kena pergi Apple Store. Mamat kat kedai tuh macam layan tak layan jer diaorang so aku kata, install aje lah Firefox. 

Aku, walaupun tak reti sangat guna Apple, tapi kalau takat benda-benda gitu, kacang sangatlah kan? Tapi diaorang tuh tak pernah pun tanya aku (mungkin sebab aku selalu kata yang aku tak pandai sangat pasal Apple), dan sebab diaorang tuh memang jenis gitu, benda-benda kecik gitu bagi diaorang besar sangatlah kononnya. Memang "susah" cara hidup diaorang tuh sebenarnya, yang bagi aku yang rugged dan selalu tak ambik kisah sangat benda-benda kecik macam tuh, sebab itulah, diaorang nih tak adventurous. Lawak kan, nak install browser pun kena tanya orang kat kedai.

King Mongkut tuh lagi lah bengapnya, nama aje Doktor. Nih aku kasi contoh kebengapan King Mongkut tuh, yang kalau korang tengok from other perspektif, korang dapat faham yang how difficult his life is (I'm not talking pasal kecacatan anggota badan dia tuh).

1. Dia rekodkan data pasal semua movies yang diaorang sewa kat Netflix. Aku lah yang kena updatekan semua info tuh, bila terima, bila tengok, bila diaorang pulangkan balik disc. Jugak pasal nama pelakun, dan jalan cerita. Tak ker buang masa aje buat semua tuh? I mean, for fuck sake, nak buat apa kan?

2. Tiap hari, lepas aku urut dia, lepas aku pakaikan pakaian dia, kitaorang mengadap komputer for like 15 minutes, just nak mendelete empat lima spam emails yang diaorang dapat. Every single email tuh dibaca, then baru didelete. Nampak macam kelas sangatlah kan, nak check email kononnya, tapi just nak mendelete spams. 

3. Due date nak bayar bill cellphone pun dia suruh aku updatekan kat komputer dia. Ada ker orang buat gitu, tulis semua tuh kat pc? Ada ker? Tak ker menyusahkan hidup? Takat benda gitu pun nak tulis kat pc? Benda-benda lain tuh lagi lah kan banyaknya yang direkodkan.

4. Ituhari, masa aku terklik dua kali kat satu link nih, King Mongkut dah mengeluh. Dia kata, dia baca somewhere, kalau klik link sampai dua kali, dia kena bayar bill internet double. Aku terus gelak sambil geleng-geleng kepala. 

5. Jumaat lepas, nak hantar Valentine card ke anak sedara dia, itupun dekat sejam. Disuruh aku check satu persatu, nak kena page tuh load semuanya dulu, baru lah boleh diclick "next page". 

Banyak lagi lah benda-benda kecik gitu yang membuatkan jiwa raga aku terseksa. Aku pelik, selama aku kerja, dah dekat setahun nih, tak kan diaorang tak tahu yang aku nih "terrer" lah jugak dalam banyak hal. Itulah,kesimpulannya, hidup diaorang tuh nak menyusahkan aku aje gayanya.

Lepas dari tuh David ke Dick Sports, dia nak beli track bottom. Nak beli satu aje tapi dekat 3 jam kitaorang kat dalam tuh. Beli pun yang harga paling murah, tak sampai $30. Tapi, yang buat tak tahannya tuh, berhelai-helai yang dicubanya. Ada sekali tuh, dia masuk fitting room sampai dekat setengah jam, sampaikan King Mongkut dah risau, dia suruh aku ketuk fitting room tuh nak suruh tanya David kalau-kalau dia ok. So aku intai ajelah dari bawah, nampaklah kaki dia. "He's alive still", aku kata gitu kat King Mongkut. 

Geram aku pasal itulah, King Mongkut tuh, dengan scooter dia, nak merayau ke sana-sini, akulah yang kena mengekor dia, dia pakai redah aje, so akulah yang kena betulkan balik benda-benda yang jatuh kena scooter King Mongkut tuh. Dan selama aku kat mall sama diaorang tuh, aku tengok aje kelaku diaorang, yang bagi aku, punyalah buang masa. Macam teenagers aje suka melepak kat mall, window shopping. 

Sebab terlama kat mall, kitaorang balik sampai Forest Hills pun dah pukul 3 petang. Terlambatlah tuh sebab nak lunch, King Mongkut nak didudukkan atas throne (berak), nak buat catherter lagi. So aku cepat-cepat kasi dia makan, dan bila aku nak makan, terus King Mongkut suruh aku uruskan pemberakan dia dulu. Dia suruh aku makan masa dia berak. Tak kisahlah, asalkan aku boleh balik pukul 5, aku ok kan aje. Walaupun masa tuh aku bengang jugak, iyalah kan, ada ker patut dia suruh aku menguruskan dia nak berak dulu, then baru dia suruh aku makan. Tak ker nak berakkan dia tuh, aku kena masukkan enema kat lubang jubur dia. Dia ingat, aku boleh lalu makan lepas menoyoh enema tuh kat lubang jubur dia tuh. Silap-silap air taik dia tuh terpancut kena tangan aku.

So kaedahnya, aku tak makan lah, terus hilang selera aku nak makan, lepas aje menyodom jubur King Mongkut tuh dengan sebotol enema.Aku buang aje tuna sandwich aku tuh, tak apa lah, dalam sesejam aku dah nak habis kerja dah pun kan?

Aku turun kat Rockerfeler Center, saja ajelah nak merayau seseround kat Times Square, dah lama sangat dah aku tak jalan-jalan macam tuh. Tak ada apa pun, cuma orang semakin ramai dah sekarang nih kat area tuh. Tak lama lagi semakin sesaklah Times Square kan, cuaca dah makin elok sekarang nih. Sebelum balik rumah aku singgah kat kedai Turki, beli ayam, hati ayam, dan kelengkapan lain untuk memasak. Then singgah kedai Cina, beli sotong sama udang. Habislah $30 untuk semua tuh. Then aku mula memasak, buat sambal tumis hati ayam. Mewah rasa hidup aku malam nih sebab rasanya ini lah first time aku makan ada dua lauk. Lauk kari udang yang tuan rumah aku kasi tuh masih ada baki.

Minggu depan tak tahu lah macamana, rasanya style aku macam minggu-minggu lepas jugaklah kot, tak keluar ke mana-mana sangat. Aku dah plan, bila aku pindah ke bilik baru, masa tuh aku nak organizekan sikitlah hidup aku nih. Nak exercise pagi-pagi, nak belajar betul-betul, nak kemas-kemas bilik (dah plan nak beli bunga pun nih nak taruk kat tingkap, bilik tuh ada 3 tingkap), pendek kata aku nak mengebestkan hidup aku lah sikit.

Jumaat13022009 (Recorded Entry-7 mins)

Khamis12022009


Semalam aku tidur awal sebab cadangnya nak bangun pagi, harinih kan ker ada exam? Memang pagi pun aku bangun, sebelum Subuh. Tapi, nak baca apa-apa yang patut, aku jadi macam kelam kabut sebab aku cuma ada sejam sikit aje nak buat revision. Baca yang ini, teringat yang itu. Hafal yang itu, teringat yang ini. Ingat yang ini, tak ingat yang itu.

Gelabah jadinya aku, sebab aku kena pergi awal sikit sebab aku nak beli kek dan benda-benda lain, aku janji nak bawak pinggan, cawan plastik untuk jamuan lepas exam tuh. Itulah, semalam tuh malas sangat aku keluar nak beli, aku tetap ingat yang pagi sebelum pergi exam, aku singgah kat mana-mana bakery dan kedai.

So sebelum pukul 8 aku dah keluar, singgah beli pinggan/
cawan/ sudu/garfu/tisu. Aku tahu lah yang member sekelas aku tuh semuanya kelas-kelas punya orang, so aku singgah kat Magnolia Bakery, bakery yang paling famous kat New York nih. Kebetulan bakery tuh on the way aje, kat area Rockerfeler Center tuh. Aku beli dua dozen cupcakes, dekat $60 semuanya. 

Sempatlah baca apa-apa yang patut masa aku sampai kelas sebab orang lain belum datang. 4 orang yang tak datang, tinggal 11 orang aje. Nampak gayanya kelas yang akan datang semakin kecik lah jadinya kelas kitaorang sebab dengar ceritanya ada 4 orang yang tak ada plan nak continue belajar. Ada yang nak ke Argentina, Panama, ada yang nak kerja jugak.

Dua jam exam tuh, ada essay, ada audio/video, pas tuh ada soalan-soalan conversations yang kitaorang kena either tulis jawapan atau soalan. Pening jugak, especially bahagian audio tuh, berterabur jawapan aku rasanya sebab aku tak faham apa pun yang orang tuh cakap, laju sangat. Yang aku rasa confident sangat, bab essay, panjang jer aku tulis.

Cikgu kitaorang punyalah nak kitaorang dapat markah bagus, siap dia pergi check dan betulkan jawapan kitaorang, one by one dia pergi dekat. So dapatlah kitaorang betulkan a few jawapans.

Lepas habis exam masing-masing terus lah bukak makanan yang kitaorang masing-masing bawak. Tu dia, semuanya bawak wine. Yang paling banyaknya Mamat Pakistan tuh. Dengan dia nih aku tak pernah sembang pun sebab dia nih kelas sangat orangnya, baru berhenti kerja, dulu Lawyer kat Guantanomo Bay. Adik-beradik dia kelas-kelas jugak, Direktor kat Yahoo UK lah, CEO company besar lah. Kalau ada conversation (masa belajar) pasal family, itu aje lah yang dia selalu ceritakan. Macam lah aku jugak, aku kata aku kerja jadi waiter, walaupun aku percaya yang semua diaorang tuh tak percaya yang aku kerja waiter, sure diaorang ingat aku kerja kelas-kelas macam diaorang jugak.

Bila aku keluarkan aje kotak cupcakes aku, semuanya macam bersorak aje sebab tengok ada words Magnolia Bakery tuh. Kelas sangatlah diaorang tuh gayanya kan, sebab makan cakes mahal-mahal aje. Kononnya lah. Minah Iran tu pulak, bila semua orang curah wine, kecuali aku sama Cikgu kitaorang, terus dia kata, "I'm a Muslim too but I drink. I love wine". Yang Hedge-Fund Manager tu lagi lah pulak, geram aku dibuatnya, dia pergi ambil makanan sambil kata, "I'm a Muslim and I eat my pork", sambil gelak-gelak dia ambik makanan. Rasanya kitaorang berempat yang Islam kat situ, aku, Mamat Pakistan, Minah Iran dan MakCik Turki tuh.

Kelas yang kat sebelah kelas kitaorang ada jugak join kitaorang tapi since diaorang Advanced Level, tak adalah kitaorang sembang dengan diaorang pun. Lepas ambik gambar, bersalam-salam, aku terus aje lah blah. MakCik Turki tuh ajak aku sembang kat bawah, sambil merokok. Aku ok kan aje sebab dia kasi aku rokok, aku dah berapa bulan dah tak merokok. Sembang punya sembang, dia kata dia duduk kat Central Park West, right at the back of Lincoln Plaza Cinema. Terus aku tergelak pasal dulu kalau aku tengok wayang kat panggung tuh, selalu aku lepak kat bangku kat airterjun kat belakang panggung tuh. Sesambil tuh aku tengok aje kat apartment-apartment kat sekeliling tuh, sambil fikir, orang macam mana lah yang duduk kat apartment mewah macam tuh. Selalu jugak aku fikir, kalau aku dapat jadi Housekeeper kat apartment kat situ, alangkah bestnya sebab tuanpunya apartment tuh sure kaya raya.

Ok, since aku dah cerita kat recorded entry kat bawah tuh, so tak payahlah aku cerita lagi pasal kelas aku yang akan datang kan?


[Lawa dak pinggan kertas yang aku beli? Pinggan gambar bunga, gambar love, kaler pink lagi tuh]




[Yang baju cokelat kat tengah tuh lah Cikgu kitaorang, lawa orang nya kan?]

[Tiga gambar di bawah nih tak boleh dienlargekan macam gambar-gambar di atas. Kalau nak tengok gambar besar, pergi ke Facebook Institute Cervantes kitaorang]


(Lawa jugak aku nih kan? Ekekekekkeke)

 

Rabu11022009 (Recorded Entry-12 mins)

Selasa10022009 (Recorded Entry: 4 mins)

Isnin09022009


Dear Diary, 

Kau tahu aku ada periksa Spanish, Khamis ni kan? So kau tau yang aku kelam kabut nih nak membuat pemerepare-ran untuk exam tuh kan? Walaupun tak ada lah penting apa nya pun exam tuh, sekadar untuk memuaskan hati aku aje, tapi sebab aku nih dikategorikan sebagai student yang agak bengap, so aku kena berusaha kuat sikitlah. Mana lah tahu kot-kot result periksa tuh nanti membuktikan yang I'm not that bengap after all. 

So Dear Diary, 

aku tak ada masa nak buat update. Jugak aku sibuk pasal nak mencari bilik sewa, aku nih kan ke illegal, susah nak menyewa kat mana-mana, diaorang semua nak kan legal papers. Tapi itu masalah lain yang aku rasa boleh aku tangguhkan untuk menangani nya buat masa ini sebab aku masih ada masa sampai hujung bulan.

Eh Dear Diary,

kau beritahu peminat-peminat aku jugak, pesan kat diaorang, jangan lah lari sebab aku tak buat update untuk sesehari dua nih, ok? Beta berjanji yang Beta tidak akan membubarkan blog ini, sebab Beta ada kepentingan Beta tersendiri *Mode baling selipar kat sapa-sapa yang lari* (Mamposlah tempias kes politik Perak)

Vale Dear Diary,

adiós a todos, hasta pronto y buena suerte a mí. 

JumaatSabtuAhad060708022009


Waduhhhh, dah Ahad nih, entry Jumaat belum ditulis. Buat style gini ajelah, tulis satu entry untuk 3 hari, jimat sikit masa, kot? Aku rasa macam tak ada masa jer sekarang nih, terkejar-kejar aje aku. Mungkin sebab weekend kot, selalunya aku tak ada masa sangat kalau weekend.

Bagus aku nih kan Dear Diary, tersangatlah dedikasi dan berdidiplinnya dalam bab mengupdate blog. Semalas mana pun, se-tak-ada-mood mana pun, aku tetap update blog, walaupun kadang tuh lambat. Sampaikan kadang tuh Dear Diary, aku rasa sedih pulak dengan life aku nih. Macam tak ada life lah pulak rasanya, as I keep coming back mengupdate blog nih. Ko jangan kata aku tak ada life, Dear Diary, aku ada life. Cuma my life sucks, itu yang aku terpaksa tulis kat dalam blog nih hari-hari. Kesian kat aku kan Dear Diary?

Jumaat020609

Walaupun semalam aku tidur lambat, sebab aku pulun belajar Online Lesson yang aku baru registered tuh, tapi tadi aku bangun awal jugak. Dekat 3 jam rasanya I was glued to the screen, lepas satu lesson, ke satu lesson yang aku belajar. Towards the end aku buatlah test yang ada disediakan tuh. Banyak yang aku skipped, especially parts yang aku kena fikir dulu then translatekan ke bahasa Melayu (kalau tidak mana lah aku faham), so result nya mengecewakan sangat. Aku dapat 56 % aje. Pundeks tul, sikit lagi nak tak pas ekekekeke. Terus aku berenti.

Since minggu lepas aku terlepas Sembahyang Jumaat, aku pergi awal jugak ke masjid, 12-30 pm gitu. Itu yang aku tersengguk-sengguk masa ceramah diaorang sebab aku tak faham, diaorang kasi ceramah dan khutbah dalam bahasa Turki. Balik rumah lepas tuh terus aje makan, dan bersiap-siap pergi kerja. 

David harinih off so dia ada di apartment masa aku sampai. Terpaksalah aku urut King Mongkut lama jugak sebab harinih dia keletihan, pergi dentist, pergi gym etc tadi tuh. Aku selalu terfikir, apalah King Mongkut tuh buat kat gym sebab dia kat wheelchair, satu tangan aje yang boleh digerakkan, yang lain tuh semuanya lumpuh. Tapi itulah, dia mana nak kalah dengan orang kan, dalam keadaan gitu pun nak jugak ke gym, walaupun setengah jam aje. Memang tak habis-habis nak menyusahkan orang King Mongkut tuh. 

Diaorang ada guests malam nih, jiran diaorang yang kat tingkat 6 tuh. Mat Salleh tua yang kawin sama perempuan Thai, punyalah tak padan bagi aku sebab perempuan tuh muda lagi dari aku, Mat Salleh tuh dah enam puluh lebih. 

Terlambat balik aku tadi sebab dah pukul 7 diaorang belum order makanan, pukul 8 barulah nak makan. Nak kena ada dessert lagi, nak kena pekena kopi lagi, style sangatlah kononnya. King Mongkut pulak, biasanya kalau dah pukul 8 tuh dia dah suruh aku bawak dia ke bilik air tapi malam nih sampai pukul 9 dia melepak sama diaorang tuh.Bengang aje aku jadinya sebab terpaksa balik pukul 9 lebih, dah lah esok aku kena bangun awal sebab kerja pagi. 

Sabtu

Tak sempat mandi pagi nih sebab nak cepat. Itulah, tadi dah bangun dah, lepas tuh tidur semula, sedar-sedar dah pukul 8 pagi. Macamana pun sempat jugak mengeteh kat bakery Korea tuh walaupun tak dapat lepak lama sebab masuk kerja pukul 10 pagi. 

Kitaorang ke Roosevelt Filed Mall kat Long Island. Diaorang beli talipun baru untuk KIng Mongkut, yang murah aje, yang bila beli tak payah bayar apa-apa, cuma bayar activation fee aje, itupun bayar bulan depan masa dapat bill. Bab-bab talipun nih diaorang tak ambik port sangat, tak ada lah nak pakai fancy cellphone macam orang lain. Diaorang punya cellphones semuanya yang di zaman Tok Antan dulu tuh, yang tak pakai memory card. Yang tak ada camera phone. Yang tak ada caller ID pun. Itupun beria sangat tuh, diaorang kata phone baru King Mongkut tuh yang paling lawa. Yang aku tengok pun tak berselera, rasa macam malu nak pakai aje. Sebab style lama punya cellphone. 

Lambat jugak kitaorang balik walaupun tak ke mana-mana sangat pun, sebab itulah, habiskan masa kat cellphone booth tu aje, segala macam benda yang ditanya, sedangkan beli cellphone *free* aje. Cerewet bagai nak mampos.

Sebab tak sempat nak tengok dvd, lepas balik dari mall, melepak ajelah sebelum buat catherter kat King Mongkut. Dia tanya aku kalau-kalau aku nak balik awal sebab aku mungkin nak study, aku ada beritahu diaorang yang aku ada exam minggu depan. Diaorang suruh aku balik awal, so pukul 5 aku blah. Terus aje lah balik rumah, adalah dalam sejam lebih gitu aku buat revision sesikit, terpaksa tidur awal sebab esok pun kena kerja pagi jugak. 

Ahad

Macam semalam, aku tak mandi pagi. Sebab bangun lambat. Nasib baik train cepat so aku sampai Forest Hills pun sejam awal. Dapatlah aku lepak-lepak dulu sambil breakfast,sambil baca weekend paper yang tebal-tebal tuh.

Cuma satu jer aku tak suka kalau Ahad. Pagi-pagi time aku sampai tuh, ramai budak-budak belasan tahun, budak Filipino, yang baru balik (atau baru nak pergi kot?) dari church, diaorang semuanya melepak kat bakery tuh. Bising nak mampos, mengada nya pun satu hal, meluat gila aku menengoknya budak-budak tuh. Yang lelakinya semua pakai full suit, skema aje semuanya. Yang perempuan pulak, jenis yang jalan macam model aje bila masuk cafe tuh. Aku rasa bukan aku sorang jer yang meluat menengok diaorang tuh, orang lain pun sama. Cuma aku yang terasa sangat sebab setiap minggu aku kena tengok diaorang tuh. Kadang-kadang aku fikir, generation gap kot yang buat aku meluat sangat menengok kan gelagat diaorang tuh, bising riuh rendah kat cafe tuh. Aku nih dah dikategorikan sebagai generasi tua kan, aku nak kan suasana senyap sunyi gitu, ekekekekeke

David ke gym, aku menguruskan King Mongkut yang nak bercukur, nak berak etc. Sesambil tuh aku buatlah kerja lain, vacuuming, etc. Lepas tuh baru lah usung King Mongkut ke katil sebab dia nak diurut, sampailah waktu David balik. Keluar ke kedai sekejap sebab nak beli pizza untuk dinner diaorang malam nanti.

Lepas lunch kitaorang tengok dvd filem The Visitor. Pelik aku sebab for the very first time diaorang sewa film serious, biasanya filem bodoh-bodoh, filem bebudak. Aku suka sangatlah filem-filem serious gitu tuh, right up my alley kan? Kisah this one Syrian guy yang kena deport pasal duduk kat Amerika secara haram. Sebelum tuh dia berbaik dengan this American, Mat Salleh ni lah yang cuba nak tolong dia masa dia di detention center. 

Walaupun airmata aku sekali dua keluar tapi aku tak suka film tuh sebab itu kisah Arab moden, yang minum arak, yang bebas gitu. David pun pelik apa pasal aku tak suka sangat film tuh tapi aku tak ada lah beritahu dia reason apa. Diaorang lagi lah tak suka film tuh sebab tak ada ending gitu, aku sakan gelakkan diaorang sebab itu lah kali pertama diaorang sewa film serious, so aku perli diaorang suruh sewa filem-filem bodoh yang selalu diaorang tengok.

Bila David tanya aku yang aku nak buat lepas balik kerja, dan aku kata aku tak ada plan apa-apa, dia mula lah berceramah. Dia suruh aku buat something fun sebab dah sebulan lebih aku tak ke mana-mana, terus balik ke rumah aje. Betul jugak kata dia, so masa dalam train tuh puas aku fikir, ke mana lah aku nak pergi merempit? Nak tengok wayang tak ada film bagus-bagus, mood nak tengok wayang pun dah tak ada kat diri aku nih.

So aku turun kat Chelsea, kat 23rd Street. Teringat kat MamatGQ jer aku kalau melepak kat Chelsea nih. Guna GPS/Search kat cellphone, aku cari restoran Thai. Berlambak restoran Thai kat area tuh tapi semuanya either penuh atau terlalu kelas bagi aku. Aku tak pakai lawa harinih sebenarnya, tak pakai scarf, jacket pun aku pakai jacket nipis, sebab harinih cuaca boleh tahan lah, tak sejuk macam dua tiga hari lepas. Dengan kata lain, aku nih tak presentable gitu kalau nak masuk mana-mana restoran kat area Chelsea tuh. So aku terus jalan kat 9th Avenue, sampai ke Meatpacking District, rasa kecik jer aku bila tengok gelagat orang-orang kaya dining out kat area tuh. Ada jugak aku terfikir, yang kalaulah aku ada kawan, aku berani masuk kat mana-mana restoran tuh. Tapi sebab aku sorang-sorang, aku jalan tunduk aje lah, buat macam tak kisah dengan keadaan sekeliling. Sampai Greenwich Village, West Village, East Village, Tribeca, SoHo aku jalan, Last-last sampai Chinatown. Potong stim betul. Terus aku balik aje lah, makan Tomyam yang aku masak semalam tuh lagi best kan?

Terrajin pulak aku malam nih, so aku buat bubur kacang. Malas keluar, aku curi halia tuan rumah aku seketul (nanti senang-senang aku ganti lah balik) sebab tak best bubur kacang kalau tak taruk halia. Rasa macam bubur kacang orang Malaysia jer kalau tak taruk halia nih, bau kacang dia tak hilang. 

Tengah ralit memasak, tuan rumah aku balik. Dia kata yang kitaorang kena pindah nampak gayanya sebab couple Myanmar tuh dah dapat bilik sewa. Alaaa, aku dah suka duduk sini, ini nak kena pindah pulak. So minggu depan aku kena start cari bilik sewa lah, dan aku kena pindah di minggu ketiga sebab aku nak punggah barang aku sikit-sikit. Kena pakai duit lagi nampak gayanya nih, tambah-tambah kalau bilik sewa tuh nanti tak difurnish. Tak apa lah, adalah kelainan sikit hidup aku nanti kan Dear Diary?

Khamis05022009


Harinih tak best aje rasanya, macam-macam yang buat aku rasa tak best, macam-macam benda yang kasi mood aku jadi tak bagus. Dari pagi sampailah malam aku rasa tak best, sebab benda kecik-kecik, remeh-remeh gitu aje sebenarnya. 

Aku keluar rumah nak pergi kelas dalam pukul 8 gitu. Aku bangun pagi jugak benarnya tapi masa habis gitu aje sambung cari news pasal politik Perak tu lah. I left the house feeling geram, bengang dan sedih. Pundeks tul UMNO nih. 

Sejuk betul hari nih, sampai menggelatuk aku dibuatnya, itupun aku pakai a few layers of shirts, sweater, jacket semuanya, scarf pun aku balut sampai telinga. Tapi tak pakai topi, sebab takut "rosak" rambut, kan ker aku baru lepas gunting rambut semalam? 

Kat subway station, masa aku nak beli metro card aku, ada orang tua nih, mabuk gayanya, tanya aku apa tah. Aku tak layan aje, aku tak dengar pun dia tanya aku sebab kedua-dua telinga aku ada wayar cellphone aku. Bila dia jerit kata,"You motherfucker!", baru lah aku tanggalkan headset aku, aku tanya dia, apa dia nak. Dia nak duit, so aku seluk pocket, kasi sedollar. Itu satu hal yang buat mood aku tak bagus.

Then beli metro card pulak, sebab card aku dah expired, itu lagi satu tak best sebab terbanglah $81 untuk beli monthly card tuh. 

Sampai Rockerfeler Center, aku mengopi dulu, kat deli yang aku pergi ituhari, tak tahan aku perut kosong, sejuk pulak tuh. Mulanya aku order pancakes, then tertengok pulak sample western omelette, so bila aku nak tukar makanan yang nak diorder, mamat yang kerja tuh bengang aje. Takut kena marah, aku orderlah pancakes. Ingatkan macam pancakes kat MacDonald's tapi pancakes yang dibuat sendiri, besar mengalahkan lempeng lagi, macam mertabak jadinya. Bukan sekeping, tapi 3 keping pulak tuh. Tengok pancakes yang berminyak tuh, terus perut aku jadi kenyang, terus jadi tak berselera nak makan. Nak menghabiskan sekeping pun tak terdaya, dan masa aku nak buang pancakes tuh, mamat sama cashier kat deli tuh perhati aje aku. Tak sedap hati aku jadinya sebab tentu diaorang ingat aku tak suka pancakes tuh. Memang aku tak suka pun tapi kalau boleh aku tak nak diaorang tahu yang aku tak suka, tapi nak buat macamana. Itu jugak buat mood aku tak berapa best tadi tuh.

Then singgah kat Sprint kat 5th Avenue, nak bayar bill cellphone/internet. Seratus lebih. Itu pun buat mood jadi tak best sebab habis lagi duit aku. 

Kat kelas, Cikgu Spanish kitaorang kata yang minggu depan ada exam sebab minggu depan kelas terakhir untuk Unit 1 kitaorang belajar nih. Dan sepanjang belajar harinih, aku semakin kelam kabut jadinya sebab ada a few things yang aku lupa dan tak tahu, benda-benda basic yang sepatutnya kacang aje bagi aku. Dan aku tengok, orang lain bukan main improve lagi diaorang punya Spanish, aku jugak yang tergagap-gagap. Dan bila one of them kata yang online course yang Cervantes Institue tuh buat is very useful, terus aku pergi register. Selasa lepas aku dah registered tapi untuk Unit 2 yang akan datang. Unit 1 aku tak register pun, sebab sayang nak bayar $ 25 kononnya. 

Now that aku dah registered, aku kena habiskan belajar semua lessons kat Lesson 1 tuh sebelum exam minggu depan. Ayoo, revisions lain tak buat, buku pun ada dua yang nak dibaca, mana aku ada masa nak belajar semua nih? Tertakut aku jadinya mengenangkan semua tuh. Aku tahu yang aku taklah sebodoh mana,tapi aku nih jenis gitu lah orangnya. Panik dan saspen orang pandai tak sama dengan panik dan saspen orang bodoh,kan? Aku ingat lagi masa aku kat (U)ITM dulu, bila nak exam aje, aku lah yang panik nya, sedangkan aku antara orang yang pandai. Sampaikan kawan aku kata, yang orang pandai nih, panik dia sebab macamana nak score. Lulus sure lulus nya lah, cuma takut tak dapat nak dapat high marks aje. Tapi orang bodoh, diaoranag tak panik sangat pun, panik gitu-gitu aje, panik takut tak pas. Aku tak tahu lah keadaan aku sekarang, panik takut tak pas ker atau panik takut tak dapat nak score high mark?

So mood aku jadi tak best aje lah lepas tuh, mengenangkan yang aku kena pulun sikit lah belajar Spanish, dalam seseminggu nih. Terus kansel plan nak pergi merempit akhir minggu nih.

Habis kelas terus aku ke Forest Hills, macam Selasa jugak, aku makan tuna sandwich, sesambil melepak kat internet cafe. Cadangnya nak melepak sejam aje, lepas tuh nak ke library dalam sejam. Tapi sejuk pulak kat luar nak jalan ke library, so aku melepak kat internet cafe tu lah sampai 4-15 pm, then terus ke apartment David/King Mongkut. 

Mood aku jadi lagi tak best bila King Mongkut masa dia menalipun mak, adik dia, diaorang macam tak faham, sebab apa aku tak boleh kerja hari Selasa dan Khamis 2nd week of March tu nanti. Geramlah aku jadinya, yang aku bersetuju nak kerja pagi seluruh minggu tuh, diaorang tak fikir pun. Apa kata kalau aku tak nak kerja di sebelah pagi? Ingat aku nih apa, boleh disuruh datang kerja bila-bila masa diaorang perlukan aku? Aku pun ada lah hal aku sendiri, kan?

So itulah benda-benda yang buat mood aku tak best sepanjang harinih. 

Rabu04022009


Entah apa-apa lah aku harinih, tak produktif langsung. As if hari-hari lain tuh produktif sangatlah kan? Dapatlah aku mengcover tidur yang tak cukup semalam tuh, so habis gitu ajelah separuh pagi aku. Lepas breakfast baru lah aku keluar, pergi potong rambut, yang dah long overdua nya. Patutnya dua tiga minggu lepas dah aku potong rambut tapi masa tak mengizinkan. Lagipun, aku bukannyaa macam Obama, dia potong rambut setiap minggu, aku potong rambut every 3 minggu. 

The rest of the day sebelum pergi kerja, aku online, bukan belajar Spanish tapi aku terralit cari news pasal politik kat Malaysia. 

Aku nih bukanlah patriotik orangnya, tak pernah pun aku tulis pasal politik kat personal blog aku nih. Tapi, adalah a few times aku kasi hints yang aku nih tak suka UMNO (aku guna term "tak suka", untuk menyedapkan ayat. Kalau guna term lain, kang buruk benar bunyinya kan?) Jilat jubur aku lah kalau nak suruh aku suka UMNO. KEADILAN pulak, aku kurang percaya, diaorang macam lalang. Dari dulu lagi, dari masa aku mula-mula kenal politik, aku menyokong penuh perjuangan PAS. 

So, itu yang buat aku terralit baca news pasal politik Perak tuh. Aku selalunya baca cerita politik nih kat satu blog aje, www.notoumno.blogspot.com, bukan sebab link blog aku nih ada diselitkan kat blog tuh tapi sebab banyak sangat blog politik yang lain yang kadang tuh pening jugak nak membacanya. 

Walaupun aku tak tahu apa-apa sangat pasal politik Malaysia tapi aku rasa geram, rasa bengang aje dengan keadaan di Malaysia sekarang. Sedih pun ada rasanya dengan penindasan, putar-belit, macam-macam lagi lah. 

Eh, malas lah pulak aku sambung cakap pasal politik, walaupun ini aku punya personal opinion. I'm entitled to my opinion kan, no matter how stupid, opinion aku tuh kan. Cuma apa aku rasa lah kan, kalau Najib jadi PM Malaysia nanti, entahlah. Najib tuh lebih "tak bagus" (aku guna term "tak bagus", again, untuk menyedapkan ayat aje) dari Mahathir dulu tuh. Kadang-kadang bila difikir balik, lebih baik lah Abdullah Badawi tuh, walaupun tahap kelembapan dia teramatlah tingginya.

Pundekslah, aku nak buat update pun jadi tak ada mood jer nih.