Saturday, October 20, 2012

Sabtu07032009 (ii)





















Sabtu07032009





















Jumaat06032009


Since mulai dari esok sampailah Ahad minggu depan aku akan kerja dari pagi (kecuali Selasa dan Khamis, aku kerja petang macam biasa, cuma ada kelas Spanish di sebelah pagi), so tadi aku melepak ajelah sepagian. Mamposlah aku minggu depan nih, terkejar-kejar lah sebab kena ada di Forest Hills pukul 8 pagi. Sure bertolak dari sini dalam 6-30 pagi gitu sebab aku nak breakfast sebelum masuk kerja. 

Lepas Sembahyang Jumaat terus lah aku ke Forest Hills, cuaca elok pulak harinih, nyaman aje. Since tadi sebelum keluar, aku dah makan sandwich sekeping, so aku mengeteh ajelah, melepak kat Secret Garden aku tuh. 

David balik lewat harinih sebab lepas kerja dia pergi minum/dinner sama kawan-kawan dia. So macam biasa, kalau David tak ada, kena lama lah sikit mengurut King Mongkut tuh. Masa aku nak angkat dia dari scooter ke katil, aku tengok yang towel alas bontot dia yang kat scooter tuh, kotor, bertompok-tompok. King Mongkut kata kesan kopi. Tapi bila aku balikkan badan dia, ada bau yang menusuk hidung aku, bau taik. "This is not coffee stain, Hal", aku kata gitu. 

So aku bersihkan lah, basahkan mana yang patut, kesat sana-sini. Rupanya ada selepet taik kering kat celah kangkang dia, yang bila aku kesat kuat sikit, King Mongkut macam menjerit sakit, kononnya. Taik yang dah kering, memanglah susah nak dicuci, harus dicungkil dulu. Dah habis cuci, masih ada bau semerbak, so mengexplorelah tempat lain pulak. Memang pun, kat bontot dia ada segerombolan taik yang tengah bergayut cemas kat bulu-bulu jubur dia. King Mongkut macam bengang aje sebab aku ambik masa lama nak bersihkan taik dia tuh. Agaknya dia malu kot, itu yang dia asyik tanya apa pasal tak siap-siap. Aku rileks aje membersihkannya, walaupun geli tapi aku fikir, kalaulah King Mongkut tuh berupaya, takkan dia suruh aku membersihkan bontot dia, kan? Masa-masa macam tuh yang selalu buat aku sentiasa berfikir, yang suatu masa nanti mungkin aku akan berada dalam situasi macam tuh. Mintak-mintak tak lah. 

Dah selesai semuanya, macam biasalah, urut dia, then buat catherter. Mulanya dia suruh buat catherter sebelum dia tidur tapi aku ingatkan dia pasal sebelum ini, 2 minggu lepas rasanya, yang sebab buat catherter lambat, itu yang dia terkencing merata-rata. 

Then bila dah siapkan dia, teruslah aku turun beli pizza untuk dinner dia. Sementara nak panaskan pizza, dia kata dia nak online sebab nak dapatkan alamat dan direction ke The Bristals, tempat assisted-living yang mak dia duduk tuh. Kitaorang akan ke sana esok, nak melawat mak dia. 

Aku kata aku ingat lagi macamana nak ke tempat tuh sebab dulu dah pergi sekali, dan aku percaya David sure ingat jugak. Tapi dengan King Mongkut nih, dia nak jugak suruh aku cari alamat tuh kat website The Bristals tuh. So kitaorang ke bilik dia, on kan pc dan mulalah googlekan website The Bristals tuh. Dapatlah phone number, then bila nak buka map ke tempat tuh, pc dia hang. Dua tiga kali aku cuba, bila bukak aje site tuh, kejung jadinya. Lepas tuh King Mongkut mulalah gelabah, kononnya tak tahu nak ke tempat tuh esok (sedangkan aku tahu, susah-susah nanti, talipun aje diaorang mintak direction, kan?), so dia suruh aku guna cellphone dia untuk menalipun kakak dia, nak tanya direction. 

Masa tu lah aku meroyan. Dah lama aku tak meroyan kat King Mongkut nih, tapi tadi tuh aku jadi bengang sangat. Aku terus tutup pc, aku kata kat dia, apa pasal dia suka sangat menyusahkan hidup dia (jugak hidup aku) sebab benda-benda simple macam tu pun susah sangat bagi dia. Aku kata, apa perlunya susah-susah menalipun kakak dia sebab kitaorang tahu macamana nak ke The Bristals tuh. Aku kata, dah genap setahun aku kerja kat situ, aku masih tak faham lagi dengan perangai dia yang bimbang sangat dengan benda remeh-temeh. Sampaikan aku kata yang itu pasal David selalu marah dia. Sampaikan aku kata, cari orang lain aje lah ganti aku sebab aku tak daya dah nak melayan kerenah bodoh dia tuh. Terus King Mongkut laju aje bawak scooter dia tuh ke dapur, selaju mulut aku yang pot-pet marah kat dia. Masa tuh aku dah tak fikir apa dah, bukanlah aku marah sangat cuma aku meroyan pasal perangai dia tu lah. 

Lepas pada tuh aku senyap aje, ada jugak aku rasa kesian kat dia tapi aku nak buat macamana kan? Selama ini selalunya aku pendamkan aje benda yang aku tak suka pasal dia tuh, sekali sekala kenalah aku hamburkan balik, at least dia tahu yang aku nih no-nonsense punya orang. Walaupun nampak macam remeh aje bendanya, tapi kalau lama-lama disimpan, elok jugak sekali sekala dikeluarkan. Biar dia tahu, biar dia sedar sikit. 

Khamis05032009


Malu aku kat kelas tadi, tau dak Dear Diary? Cikgu baru nih dia mengajarnya cepat dan laju, lagi pulak tuh dia ada banyak styles mengajar. One of them tadi tuh, main game. Kitaorang dibagi dua groups, 7 orang setiap group. Then dia panggil one from each group, dia akan tanya soalan, dan kitaorang kena lari ke whiteboard tulis jawapan tuh. Siapa cepat dia dapat satu point untuk group dia. 

Aku punya lawan, Larry yang terrer tuh, so memanglah kalah aku. Aku tengah terkial-kial nak pikir, Larry dah tulis jawapan dia. Betul pulak tuh. Bukan sekali, bukan dua kali, tapi ketiga-tiga kali, aku kalah. Aku tak menyumbangkan point pun, walaupun sebutir, untuk group aku. Aku tengok, Mamat Pakistan, Sham sama Michael macam bengang jer kat aku. Diaorang penyumbang banyak points untuk group kitaorang. 

Lepas tuh, masa buat soalan quiz, aku pun banyak tak dapat jawab. Aku macam lost betullah kali nih pasal banyak grammar yang aku blur. Kertas quiz yang Cikgu aku kasi tuh aku tenung aje, not knowing what to do, let alone nak jawab. Orang lain aku tengok, laju aje, lagilah gelabah aku jadinya. 

Masa break, masing-masing tanya, siapa yang nak sign up untuk next class, 1.3 nanti. Sorang-sorang kata diaorang tak dapat nak join dah sebab masing-masing ada plan lain. Sally kata dia kena cari kerja, Sham kata dia nak ke Argentina (dia nih dah lama tak kerja tapi orang kaya gayanya), Minah Iran tu kata dia mungkin ada hal lain, Minah Vermont tu kata dia nak balik Vermont. Michael pulak, bulan Mei dia mungkin pindah ke Spain, Minah Taiwan tu pulak kata yang dia mungkin akan mula kerja, Minah Korea tu pun tak sure lagi, Minah Turki tu pulak kata dia mungkin nak pergi travel. 

So yang tinggal, hanyalah aku, Larry, Maria Makcik Italidan Ginger, magazine editor tuh. 4 orang. Entah-entah diaorang batalkan kelas nanti kot kalau tak ramai students. Tapi aku tengok, kelas-kelas lain, tak lah ramai mana pun students nya, kelas kitaorang aje yang paling ramai. Atau mungkin jugak nanti akan ada students baru yang dulu pernah ambik kelas then berhenti buat sementara. Aku pun ada rasanya macam nak berhenti sekejap sebab rasa macam laju lah sangat pulak, tak tercath-up lah dengan benda yang kitaorang belajar nih. Rasa nak break sekejap for one session (5 weeks), sementara tuh bolehlah aku belajar sendiri dengan lebih detail apa-apa yang aku dah belajar tuh kan? Iyalah, macam laju sangatlah kitaorang punya lessons, banyak benda-benda yang bertitiran. Tapi, nanti kalau break, takut terus terbreak lama. Ataupun langsung aku tak sentuh pun buku-buku aku, terus lupa gitu aje. Aku nih nak kena selalu dimotivate, baru boleh bergerak. Takat nak buat sendiri, memang payah. Tengoklah macamana nanti, sayang pulak rasanya nak surrender gini nih, aku bukannya orang lemah kan? 

Habis kelas, masa aku nak turun ke Tingkat 1, aku bertembung dengan Minah Iran sama Minah Turki tuh. Diaorang ajak aku ke Admin, nak komplen pasal Cikgu tuh mengajar cepat sangat, jugak pasal Cikgu tuh banyak ajar grammar sedangkan kitaorang nak banyakkan belajar bercakap. Rupanya bukan aku sorang yang gelabah, diaorang pun sama, sampaikan nak pergi report kat Admin lagi tuh. Minah Iran tu kata yang dia dah hilang interest dah nak belajar. Minah Turki tu pulak kata yang Cikgu tuh macam tak suka mengajar kitaorang sebab kitaorang lembab. Aku perasan yang tadi kat kelas tuh, Cikgu tuh macam bengang aje bila kitaorang tak reti nak jawab. Dan bila habis aje kelas, Cikgu tuh yang cepat-cepat keluar. Masa Nuria mengajar dulu, walaupun dia mengajar slow, tapi kitaorang dapat ingat apa yang diajar, dengan Cikgu baru nih belajarnya macam air lalu. Tapi, aku kesian lah jugak nanti kat Anna tuh,iyalah kan, kalau dia dapat tahu yang students dia buat komplen kat Admin pasal dia kan? Entahlah, aku pun tak tahu macamana nih, ikut aje lah mana yang bagus. Dan aku buat keputusan yang aku nak melipatgandakan sikitlah buat revision, orang lain boleh takkan aku tak boleh, kan? Masalahnya pulak, minggu depan, start dari this Saturday pun, aku akan kerja pagi (sebab Mamat Caregiver sorang tuh nak pergi cuti), mungkin sampai 12 jam kot, macam dulu sekali tuh. Tak ada masa lah pulak nanti tuh. 

Andrew, Mamat yang nak beli ticket konsert aku tuh, dia suruh aku tunggu dia kat lobby hotel dalam pukul 1-30 pm. Aku sampai situ pukul 1-15 pm, dia talipun aku, katanya on the way ke hotel. Malu lah pulak aku melepak sorang-sorang kat lobby tuh so aku keluar, aku tunggu dia kat depan Wachovia Bank. Mamat Puerto Rico rupanya Andrew tuh, sebijik macam Marc Anthony rupa dia. Dia ajak aku melepak minum kopi so aku ikut aje lah. Rupanya masuk Waldorf-Astoria Hotel, hotel lama yang terkenal tuh, yang buat aku tersengih sorang-sorang bila memikirkan yang aku tak sangka, walaupun aku nih seorang Bangla yang merempat, tapi dapat jugak menjejakkan kaki ke hotel yang terkenal tuh. Biasanya aku lalu aje di sebelah hotel tuh, waktu pergi balik dari kelas. 

So sembang-sembanglah dengan dia nih, umur sebaya aku, dia tak minat sangat music, dia lebih suka tengok wayang. Boleh jadi member aku Andrew nih gayanya sebab laju aje kitaorang bersembang sesambil mengopi tuh. Then aku beritahu dia yang bulan awal May nanti aku nak pergi konsert this group pulak. So aku tanya dia, tahu dak pasal group tuh, terus dia kata, "We call it UBeCuarenta" (nama group tuh in Spanish). Dia nih kerja kat Times Warner, since dia Latin, dia cuba-cuba cakap Spanish dengan aku, dia kata dia pun ada mengajar Spanish kadang tuh. 

Sampai pukul dua setengah sembang barulah aku mintak diri. Aku terus ke Forest Hills, ke Pinang restaurant. Makan Nasi Goreng Tomyam, habis aku makan walaupun mulanya nampak macam tak berapa best sangat, nampak macam nasi goreng yang aku masak aje. Sesambil tuh, sembang dan tengok tv dengan tokay restaurant tuh. Ramah pulak bini tokay tuh harinih, dia yang banyak tanya aku, biasanya laki dia aje yang selalu sembang dengan aku. Terhappy aku bila tengok stock market menjunam sampai 300 points, itu yang aku tunggu sampai pukul 4 (closing bell) melepak kat restoran tuh. Tokay tuh kasi aku bubur cacar yang ya ampunlah punyalah sedapnya. So aku tapau bubur pulut hitam. Happy aku rasa bila tokay tuh happy aje tengok aku happy-happy aje makan kat restoran diaorang tuh.

David balik aje kerja, terus dia kasi aku duit $100, duit dia kalah bet semalam. Mulanya aku tak nak terima, aku kata aku main-main aje, tapi dua tiga kali dia desak aku suruh ambik so aku ambiklah. Tak lama lepas tuh King Mongkut pulak kasi aku another hundred, yang bila aku tanya, dia kata itu dia punya bet. Aku tak tahu pun dia nih bet jugak, dia nih aku tak heran langsung, apa aje kata adik dia tuh, semuanya dia ikut, so adik dia kalah bet, dia pun kalahlah jugak. Aku nak guna duit tuh untuk bayar bill talipun sama beli metro card aje lah.

Rabu04032009


Hari nih, pagi tadi to be exact, walaupun aku mulanya macam tak buat apa-apa pun, tapi aku rasa produktif betul. Aku bangun awal walaupun semalam tidur lewat jugak. Cadangnya nak pergi potong rambut, nak buat laundry. Tapi, bila siap mandi, dah pakai elok-elok, elok jer aku berselimut semula sambil berniat nak sambung tidur. Menyumpah kat diri aku sendiri masa tuh.

Itu yang dalam 15 minit aku tidur, aku bangun semula. Aku mula lah advertise kan iklan nak jual extra ticket konsert Bryan Adams tuh kat internet. Sesambil tuh aku bukak buku-buku Spanish aku, nak buat homeworks. Tak lama lepas tuh aku terus dapat satu email dari Mamat nih yang nak beli tiket tuh, so berbalas-balas email lah kitaorang. Yang bestnya, Mamat nih kerja kat dekat-dekat Institute Cervantes tempat aku belajar Spanish tuh, so dia suruh aku tunggu dia kat lobby New York Palace Hotel kat Madison Avenue/49th Street, lepas habis kelas aku esok hari. So, habis satu masalah, aku dapat jual tiket, dan aku dapat kawan buat peneman aku tengok konsert tuh nanti.

So aku sambung balik belajar Spanish aku tuh, ulangkaji apa yang kitaorang belajar semalam. Semalam belajar pasal kesihatan, pasal senaman dan permakanan. Dalam buku tuh banyaklah gambar-gambar orang buat senaman, simple exercise gitu. Tiba-tiba aku terfikir, baik aku ikut cara bersenam dalam buku tuh. So, aku tolak buku ke tepi, aku pun mulalah bersenam, exactly macam step-step yang dalam buku tuh. Best pulak rasanya, tak payah nak guna music pun. Selalunya aku kalau buat exercise kat rumah, aku kena guna music rancak-rancak, baru best, termenari dengan taksengaja.


Macamana pun aku puas hati lah sebab dapatlah jugak aku buat senaman yang sedikit sebanyak mengendurkan urat saraf aku yang dah bersimpul mati nih. Lepas tuh aku sambung balik buat homeworks, dan for the first time aku dapat siapkan kerjarumah tuh awal. Biasanya malam sebelum kelas esoknya baru aku mula bukak buku Spanish aku kan? Yang by the time aku nak siapkan, aku dah terpaksa masuk tidur. So itulah, aku rasa produktif sangat pagi nih, dapat jual tiket, dapat buat senaman, dan dapat siapkan homeworks. Semuanya tuh dibuat kat atas tilam aje.

David balik lambat harinih, aku dah siapkan King Mongkut dah barulah dia balik. Happy jer diaorang sebab stock market naik harinih, rally towards closing bell. So mulalah diaorang kata yang market dah bottom dah, too oversold. Sure akan naik sebab banyak indicators yang menunjukkan stocks akan naik.

Aku, yang pessimist nih, teruslah kata yang esok hari market akan turun menjunam pasal rally harinih tu just a correction. "It has to come up to go down", aku kata gitu sambil siap lukiskan graf lagi, mengexplain yang in bear or bull market, sure akan ada "corrections" ataupun profit taking. "It's just a dead-cat-bounce situation", macam bagus jer aku nih. Biasanya bila market turun banyak, the next day dia akan naik sikit, semata-mata untuk cari platofrm untuk lompat ke bawah. Likewise, kalau market naik, dia akan turun sikit the very next day, sebab nak cari platform untuk melompat lebih tinggi.

Diaorang tak percaya cakap aku yang aku rasa esok share akan turun lebih teruk, sebab Future pun (indicator pasal next day punya trading) up malam tadi tuh.

"Ok, here's the deal, I'll give you $100 if the market goes down tomorrow. And I expect to get $100 from you if it goes the other direction. Deal?", David tanya aku. Aku selamba aje kata aku setuju, lantaklah hilang seratus dollar kalau aku salah.

So, balik kerja aku rasa macam tak sabar jer tunggu esok, nak jumpa Mamat yang nak beli tiket, nak pergi kelas, dan yang pentingnya nak tengok share turun atau naik. 

Selasa03032009


Aku keluar pergi kelas awal sikit harinih pasal lepas snow jalan becak, sure jalan pun terkemut-kemut. Sejuk betul harinih, telinga aku jadi keras dibuatnya. 

Laju gila CikGu baru, Anna nama dia, mengajar. Tak macam Nuria dulu tuh, slow and steady aje. Kalau macam nih gayanya memang susahlah aku nak jadi pandai sebab dia mengajar tuh tak ada sangat peluang kitaorang nak praktis. Kalau dengan Nuria dulu tuh kitaorang selalu disuruh praktis, aku selalu gelabah, tapi dengan Anna nih, dia sorang jer yang bercakap, nampak gayanya dia yang jadi lebih pandai nanti tuh. Sekali sekala aje dia suruh kitaorang praktis, itupun aku tak tahu apa yang disuruh buat sebab laju sangat. 

Masa dia suruh kitaorang baca text kat buku, dia kata aku punya pronunciation sebijik macam Spanish. Aku tak heran pun sebab orang Melayu nih lidah tak berbelit, kan? Tambah-tambah pulak aku yang berlidah ular nih, senang aje nak pronounce apa-apa words. 

Masa dia suruh kitaorang praktis sesama sendiri, kitaorang bertukar-tukar tempat duduk, so aku ke seat orang lain dan seat aku Minah Iran tuh duduk. Jacket aku, aku sidaikan kat belakang seat. Entah macamana agaknya, Minah tuh terduduk atas jacket aku, yang kat dalam pocketnya ada cellphone aku. Lama jugak kitaorang terdengar sayup-sayup bunyi orang baca Quran. Aku perasan macam familiar jer bunyi nya tapi aku tak expect datangnya dari cellphone aku, tapi bila Minah tuh dengar betul-betul, dia kata bunyi tuh datangnya dari jacket aku. Rupanya memang betul, masa Minah tuh duduk, dia terduduk kena cellphone aku, tertriggerlah bunyi Quran kat cellphone aku tuh. 

Separuh dari kelas tuh suka cara Cikgu baru nih mengajar, separuh lagi tak suka. Laju sangat, kitaorang kena banyak buat revision. Dengan Nuria dulu tuh, walaupun dia mengajar slow tapi kitaorang tak payah nak susah-susah sangat belajar semula sebab apa yang dia ajar tuh kitaorang boleh ingat (sebab selalu diulang-ulang benda yang sama). Tengoklah minggu-minggu akan datang, kalau laju sangat kitaorang nak suruh dia slowkan sikit, kitaorang nih lembab-lembab semuanya. 

Lepas kelas, macam biasalah, ke Jackson Heights for lunch, then melepak kat internet cafe kat Forest Hills sebelum masuk kerja. 

Balik kerja aku singgah kat 14th Street sebab dah janji dengan Andy nak bayar dan ambil tiket konsert Bryan Adams. Jauh jugak kena jalan sebab aku di West Side sedangkan dia kat East Side, dia tunggu aku kat Strand Bookstore. Sembang-sembang sekejap dengan dia, Vice President satu company kat Long Island rupanya Andy tuh, tapi nampak simple aje orangnya. So, confirmed lah yang aku akan tengok Bryan Adams kat Beacon Theatre, 4 April nanti. Yessssss!!!!!!! Satu lagi tiket tuh aku akan jual kat internet nanti, senang jer tuh. 

Isnin02032009


Aku tidur lewat jugak malam tadi pasal nak tengok snow yang paling lebat dan tebal untuk musim ini. Siap aku pasang webcam lagi tapi tak lama tuh tenggelam webcam aku dek salji, aku taruk cam tuh kat tepi tingkap. Dalam pukul 3 baru aku tidur rasanya sebab aku jadi malas lah pulak nak keluar ke mana-mana esoknya (hari nih), might as well aku tidur lewat.

[Ini gambar-gambar sekitaran rumah sewa aku yang aku ambik ambik lepas bangun tidur tadi]



Aku brunch kat Cafe Spanish, makan omelette, aku kalau masa snow lebat, kalau sejuk-sejuk, aku selalu ke cafe tuh. Best makan home fries/omelette masa sejuk-sejuk tuh, berasap jer mulut. Aku ada lah dalam 3 jam sebelum pergi kerja so aku naik F train (instead of N train, yang express tuh). Train tuh ada masalah pulak, so tukar naik G train kat Smith Street.

[Ini gambar masa kat train station (subway). Nampak macam jauh aje Manhattan tapi dalam 10 minit dah sampai dah ke kawasan bangunan tinggi-tinggi yang kat background tuh]




Sebelum ke internet cafe, aku jalan-jalan ambik gambar snow kat Secret Garden aku kat Forest Hills tuh. Then spent about an hour kat internet cafe. Aku dapat this one email dari satu orang nih yang dulu ada advertised kerja kat internet. Kerja sebagai caregiver, jaga orang tua, yang kaya, yang duduk at Central Park West. Kerjanya 8 jam sehari, 5 days a week, tapi gajinya best. 

So ituhari aku ada hantar email, itu yang anak dia balas tuh, tanya lebih details pasal aku. Aku macam serba salah aje, nak teruskan "berbincang" atau nak stop kat sini aje. Menarik offer tuh, gaji bagus, kerja 5 hari seminggu, kat Central Park West pulak tuh, berjiran dengan Madonna, Yoko Ono, Bette Midler, just to name a few. Memang dulu aku selalu berangan nak kerja kat apartment orang kaya, kat Central Park area, kan?

Masalahnya, aku macam tertakut aje dah nak buat benda lain selain dari apa yang aku buat sekarang nih. Kerja jaga King Mongkut tuh dah setahun aku buat, diaorang pun dah percaya aku, aku pun dah macam serasi. Nanti, dibuatnya kerja jaga PakCik kaya tuh tak serasi dengan aku, ha, mampos aku kan? Buatnya PakCik tuh menghambasahayakan aku, ha, mampos aku kan? Buatnya PakCik tuh mati (dia dah tua), ha, mampos jugak aku kan?

Lagipun macamana aku nak beritahu King Mongkut dan David? Itu yang buat aku asyik fikir aje harinih, baik buruknya, samada nak teruskan kerja jaga King Mongkut atau ambik aje kerja lain yang lebih bagus. Aku fikir jugak, aku even proposed kat PakCik tuh, waktu kerja etc, so that aku tetap akan bekerja jaga King Mongkut, dan jaga PakCik tua tuh di sebelah pagi. Kalau dia setuju, itu baik sangat dah tuh. Ataupun aku kerja jaga King Mongkut weekends aje (apa lah alasan aku nak kasi kat diaorang nanti nih?) dan jaga PakCik tua tuh weekdays. Aku rasa itu yang paling bagus sekali.

Tapi, aku ada kelas Spanish kan, dua kali seminggu? Argggh, persetankanlah kelas Spanish tuh, offer kerja tu lagi best. Tak pun aku ambik kelas petang, Instituto Cervantes tuh ada kelas petang, dari pukul 6 sampai 9 malam (kalaulah aku decide nak kerja weekends aje kat apartment David).

So, aku balaslah email PakCik tuh, aku ceritakan situasi aku, mintak-mintak dia tak ingat aku nih tamak, nak kerja sampai dua tempat. Aku bukannya tamak sangat cuma aku kesian lah kat King Mongkut tuh, dah setahun aku jaga dia kan? Tengoklah macamana nanti, I'll keep you guys posted. Aku nih, dalam mengutuk-ngutuk King Mongkut tuh, aku sebenarnya macam dah takut nak berhijrah cari kerja lain. Dah setahun aku kerja, aku macam tenang aje kan? Kalau ada pun aku meroyan, itu biasalah kan, bukanlah aku namanya kalau tak meroyan, kan? Hidup aku kena sentiasa ada drama kan? Ekekekeke.On second thought, aku rasa aku nih dah kena Stockholm Syndrome. Itu aku tak nafikan tuh.

[Eh, taruk gambar yang aku ambik tadi, di sekitaran apartment diaorang]














David off rupanya harinih, dia malas pergi kerja sebab snow lebat, lagipun semalam diaorang balik lewat dari dinner sempena birthday mak David tuh.

Tak habis-habis kitaorang sembang pasal ekonomi US yang semakin teruk nih, bengang jer David bila aku kata yang Dow Jones akan turun sampai kosong. Last week aku dah kata yang Dow Jones akan turun bawah dari 7000 points tapi masa tuh diaorang gelakkan aku. Harinih turun dekat 300 points.

"Looks like it's going to 5000 level", aku kata gitu sambil gelak-gelak.

"Don't laugh, Joe. Don't laugh", kata David. Aku katalah yang bagus jugak share turun sebab boleh diaorang beli masa harga rendah sebab lambat laun harga akan naik balik semula. Aku perasan yang aku suka kalau Dow Jones ker, NASDAQ ker, S&P ker, turun, especially kalau berdentum turunnya. Aku tak suka kalau Dow Jones rally. Walaupun aku tak ada main shares tapi aku suka kalau stock markets turun. Entah, mungkin sebab aku jeles kot? Evil sangat aku nih kan? Eh, tak jugak, sebab kalau aku ada trading account, stock markets turun ker, naik ker, aku peduli apa sebab aku sure main Options kan?

Lambat aku tidur malam nih sebab balik tadi train tersangkut-sangkut, banjir kat subway sebab snow lebat. Dekat pukul 11 baru aku sampai rumah, biasanya dalam 9-45 malam aku dah sampai. Kelam kabut lah masak nasik goreng, then terus bukak-bukak buku Spanish, kena berlatih lah sikit sebab esok CikGu baru yang mengajar, sure dia suruh perkenalkan diri sorang-sorang. 

Ahad01032009


Aku masuk kerja pukul 11 harinih, saja jer aku mintak masuk lewat sejam sebab aku tahu David tak ada plan nak ke mana-mana harinih, bosan jugak datang kerja pukul 10, tak ada apa nak buat. Itu yang aku mintak masuk lewat sejam tuh. So minggu nih gaji aku kurang dua jam lah sebab semalam balik awal sejam.

Macam semalam jugaklah, David pergi gym so aku sama King Mongkut aje di apartment. Sebab dah terlewat, diaorang ajak lunch kat bilik David aje sesambil tengok dvd filem Lakeview Terrace. Best jugak ceritanya, saspen gitu. Ngam-ngam aku buat catherter untuk King Mongkut, lepas tuh menyiapkan dia sebab diaorang nak pergi dinner sempena harijadi Mak David (mak tiri King Mongkut). Nasib baiklah aku tak diajak sama, sebab snow akan turun lebat malam nih. Dari pagi snow dah turun tapi tak lah lebat.

Habis kerja, aku ke Elmhurst, ke restoran Indo yang dah berbulan aku tak pergi tuh. Dah bertukar tuan rupanya restoran tuh, restoran pun dah bertukar wajah. Tak ada orang pun yang datang makan, biasanya sure ada orang makan, restoran tuh kecik jer ada lima enam bijik meja aje. Sembang-sembang gitulah dengan tokay tuh, sesambil makan lontong sayur. Tak sedap langsung lontong tuh sebab nama aje lontong sayur tapi tak ada sayur pun. Biasanya (masa tokay lama dulu tuh) kalau lontong sayur, penuh dengan sayur, nangka, terung, kacang panjang.

"Bapak ni Indo nya di mana sih? Ambon? Bahasa Indo nya agak anih sih", kata perempuan tuh. Aku, kalau dengan orang Indo, biasanya aku saja campur-campurkan guna Bahasa Melayu/Indo, saja nak kasi diaorang tahu yang aku bukan nya orang Indo.

Aku turun di 34th Street, dari situ aku jalan kaki aje melalui Chelsea dan Flatiron District, sampailah ke West 13th Street. Aku ke Quad Cinema, tengok filem Frozen River. Sesuailah dengan keadaan di luar yang dah putih dengan salji turun. Filem nih dah lama dah mainnya, then ditayangkan semula atas permintaan ramai, since pelakun utama dia, Melissa Leo dicalunkan untuk Actress Terbaik masa Oscar lepas. Best jugak ceritanya, dulu tuh aku tak tengok sebab ingatkan filem nih membosankan. Kisah orang menyemuggle illegals dari Canada ke Amerika.

[Ray Eddy, an upstate New York trailer mom, is lured into the world of illegal immigrant smuggling when she meets a Mohawk girl who lives on a reservation that straddles the US-Canadian border. Broke after her husband takes off with the down payment for their new doublewide, Ray reluctantly teams up with Lila, a smuggler, and the two begin making runs across the frozen St. Lawrence River carrying illegal Mexican, Chinese and Pakistani immigrants in the trunk of Ray's Dodge Spirit.

[Aku sorang jer dalam gerabak train nih masa balik tengok wayang tadi, siap berlunjur lagi tuh ekekekeke]

Balik rumah, cadang nak memasak sebab rasa tak lengkap hidup aku nih kalau tak memasak di hujung-hujung minggu gini nih. Tapi tuan rumah aku, perempuan Indo tuh, dia pun baru nak memasak, so tak jadi lah. Malaslah aku memasak sama-sama dia, memasak sama perempuan nih leceh sikitkan, ada aje benda yang tak kena nya. Lagipun diaorang cerewet kalau memasak tuh, itu pasal diaorang lambat kalau memasak tuh. Aku kalau memasak, sekejap aje dah siap semuanya. So makan nasi lauk sardin semalam aje lah akhirnya.

Aku tidur lewat, dalam pukul 2 pagi gitu aku tengok Amazing Race, then melepak tengok snow yang mula lebat. Mintak-mintak snow terakhir lah untuk musim nih, tak sabar rasanya nak start pakai jacket nipis for Spring, asyik jacket tebal, berscarf bagai, rimas aku dibuatnya. 

JumaatSabtu2728022009


Jumaat 

Cadangnya kan, sempena pindah ke bilik baru, bersemangat baru lah kan? Semalam tuh cadangnya hari nih nak pergi jogging sebab lama dah tak jogging, at least berlari-lari anak kat playground. Tapi itulah, janji tinggal janji aje, sedap pulak sambung tidur kat katil bertilam King size tuh, what with bantal baru yang masih gebu dan sedap dipeluk tuh. 

Dalam bilik masih berkaparan lagi masa aku keluar tuh, aku keluar awal sikit sebab nak Sembahyang Jumaat kat Jackson Heights. Tuan rumah aku kata yang Mamat Turki tuh setuju nak menyewa di bilik aku yang dulu tuh, dia nak masuk Selasa depan, so Tuan rumah aku sibuk mengecat bilik tuh. 

Lepas Sembahyang terus aku ke Forest Hills, aku ke 75th Street, ke Restaurant Pinang. Tokay tuh dah balik dari Malaysia dah seminggu dah, sembang dengan dia aje lah sebab masa tuh tak ramai orang makan, dah lewat dah pun, dah dekat pukul 3 petang. Best dia kata balik Malaysia, rasa macam tak nak balik US semula dah. Siap dia kasi aku try salad betik yang dia cuba buat, yang dia belajar masa balik Penang. Lepas tuh dikasinya aku rasa ikan yang dalam daun pisang, apa ker nama benda tuh, otot-otot kot? Dia kata dia nak start jual dua-dua tuh kat restoran dia. 

David balik awal harinih, biasanya Jumaat memang dia balik kerja awal. Kitaorang tengok tv aje mulanya, tengok Business Channel. Resah dah Amerika sekarang nih, Dow Jones asyik tuurn aje, minggu depan entah-entah turun ke below 6000 points kot, dekat sangat dah tuh. 

Since aku siapkan King Mongkut awal jugak, dan since tak ada apa rancangan tv yang best, David suruh aku balik awal, pukul 8. Aku tak dinner pun pasal tadi aku ambik late lunch kan? Takat makan pisang aje sebijik. Then for like 2 hours, aku bukak buku Spanish yang aku baru terjumpa balik (masa mengemas semalam tuh), buku yang aku beli masa mula belajar Spanish dengan Mamat kat Union Square dulu tuh. Buku tuh senang sikit, step-by-step punya buku. 

Rasa best pulak duduk kat bilik besar nih, rasa lapang aje, fikiran pun jadi lapang. Cuma satu aje, aku boleh dengar tv kat bilik Minah tuan rumah tuh sebab di sebelah bilik aku aje. Itu yang aku macam malu sikit nak berbunyi, ntah-ntah dia boleh dengar bunyi dari bilik aku kot? Nanti kalau diaorang konkek sure aku boleh dengar jugak kot? Kena cari gelas lah macam nih, buat style masa aku student dulu, pekap kan gelas kat dinding sambil dengar Mamat Morocco flat-mate aku, mengongkek Minah Dublin. Ekekekkekeke

Sabtu

Tak jadi lagi nak ke mana-mana harinih, David malas keluar sebab dia nak ke gym. Lagipun tak ada tempat nak pergi, balik-balik pergi Roosevelt Field Mall. Biasalah, moncong aje King Mongkut sepanjang pagi. Besok pun tak ke mana-mana gayanya sebab esok snow turun, cuma malam aje gamaknya diaorang akan ke apartment nenek David for dinner. Jangan lah aku disuruh datang jugak, esok hari aku habis kerja pukul 5 kan?

Aktiviti macam biasalah bila David ke gym, aku bersihkan King Mongkut, angkut dia ke katil, then aku buat kerja mana yang patut. Lepas tuh baru lah urut dia. Sejam lebih aku mengurutnya tadi tuh. Lepas tuh dia suruh aku registerkan dia kat a few websites yang berkaitan dengan Insurance, Health etc. Semua info dia, passwords, benda-benda private tuh, semuanya aku tahu. Passwords bank account pun aku tahu, apa tah lagi lah passwords emails, benda remeh-remeh gitu. Files kat laci dia pun aku tahu, pendek kata kalau aku nak buat dajal kat King Mongkut tuh, senang aje.

Aku lunch sama King Mongkut aje sebab lepas balik dari gym, David terus pergi hantar kereta untuk diservice. Sementara tunggu David balik, kena mengurut King Mongkut tuh lagi. Sabar jer lah. Then David tanya, nak tengok dvd filem apa, dia ada bootleg copy film Slumdog Millionaire, Lakeview Terrace and a few others. Kebelakangan nih David selalu beli pirated dvds aje sebab dia malas pergi tengok wayang. 

So kitaorang tengok Slumdog Millionaire, since aku dah lama tengok film tuh kat panggung, banyaklah yang diaorang tanya aku, sebab tak clear subtitles film tuh. Memang tak best pun tengok dvd, itu yang aku kata kat David yang film tuh lagi best kalau ditengok di panggung. 

"Oooo, I'm exhausted!", kata David. Diaorang kan ker jenis yang tengok filem bodoh-bodoh, filem lawak, so bila tengok cerita yang serious gitu tuh, itu yang tercungap nafas tuh. 

Pukul 4-45 pm berhenti sekejap sebab diaorang kata nak break, nak tarik nafas. So aku terus buat catherter kat King Mongkut. Aku mintak nak blah pukul 5 sebab dah tak ada apa nak buat dah, nak sambung tengok dvd tuh pun aku malas sebab aku dah tengok filem tuh. Tapi kalau ajak aku tengok kat panggung wayang, aku rasa aku nak sebab banyak jugak adengan-adengan, benda kecik-kecik yang aku tak berapa faham first time aku tengok filem tuh dulu tuh. Aku pun baru terperasan yang lagu Paper Planes (MIA) nih rupanya dari filem tuh. 



I fly like paper, get high like planes
If you catch me at the border I got visas in my name
If you come around here, I make 'em all day
I get one down in a second if you wait 

Sometimes I think sitting on trains
Every stop I get to I'm clocking that game
Everyone's a winner, we're making our fame
Bonafide hustler making my name 

All I wanna do is (BANG BANG BANG BANG!)
And (KKKAAAA CHING!)
And take your money 

Pirate skulls and bones
Sticks and stones and weed and bongs
Running when we hit 'em
Lethal poison through their system 

No one on the corner has swagger like us
Hit me on my Burner prepaid wireless
We pack and deliver like UPS trucks
Already going hell just pumping that gas 

All I wanna do is (BANG BANG BANG BANG!)
And (KKKAAAA CHING!)
And take your money 

Aku terus aje lah balik, esok aje lah aku keluar, rasanya esok nak pergi tengok wayang lah pulak. Asyik gini jer hidup aku nih, bosan nak mampos, besok aku kena merempit lah. Tak kira lah snow-snow pun. 

Masa dalam train aku baca Village Voice yang minggu lepas, masa aku scan-scan list concerts, ternampaklah satu iklan concert nih, yang akan dibuat di Kodak Theatre Times Square, awal May nanti. Group dari UK, aku dah 3 kali tengok group nih, kat Dublin, kat Edinburgh, dan sekali kat Stadium Negara, lebihkurang 10 tahun lepas kot. Aku ingat lagi, depan seat aku Yasmin Yusuf sama geng dia, punyalah menggedik diaorang tuh masa tu.So, aku nak pergi lah nanti, tak mahal rasanya tiket sebab bukannya besar sangat pun concert hall tuh. Lagipun group tuh bukannya terkenal kat US nih (setahu aku lah), but they were hugh kat negara-negara lain dulu tuh. Aku tak nak kasi tau dulu lah lah group apa, diaorang asal dari Birmingham,UK. 

Plannya nak memasak sebab dah jadi kebiasaan yang Sabtu adalah hari menurun ke dapur. Tapi termalas pulak nak beli bahan-bahan nak masak (sedangkan masa dalam train tadinya aku dah plan nak either masak kurma atau masak lemak ikan) so aku singgah kedai Mexican, beli sardin. Lama dah tak makan sardin, terung yang aku beli ituhari masih belum busuk kot, bolehlah buat kari sardin + terung. Aku terbeli pisang tua (yang dah nak buruk, yang kulitnya dah hitam) sebab tiba-tiba teringat nak makan cekodok pisang. 

Khamis26022009


Kelam kabut aku pagi tadi, terlambat bangun, sedar-sedar dah pukul 8 lebih. Pukul 5 tuh aku dah bangun mulanya tapi awal sangat kalau nak betul-betul bangun, so aku tidur semula. Biasalah tu kan? So tak mandi pagi aku harinih, sekejap aje aku dah kat dalam train. 

Macam best aje time pergi kelas masa rush hour, since aku punya kelas tuh dekat Midtown, kat kawasan orang kaya, macam-macam ragam orang yang aku nampak. Semuanya hebat-hebat, dapatlah jugak aku menumpang kehebatan diaorang tuh sebab kalau orang tengok aku, sure diaorang ingat aku kerja di area tuh jugak, dengan aku pakai overcoat, scarf, beg selepang, sebijik macam diaorang jugak. Cuma aku pakai jeans dan sneakers, itu aje yang membezakan aku dengan orang lain yang kelas-kelas tuh. 

Seronok jugak belajar harinih, ada presentation, ada belajar lagu, rasa sekejap aje 3 jam tuh. Sebelum bersurai, Cikgu kitaorang beritahu yang minggu depan onwards, kitaorang ada Cikgu baru sebab dia tak dapat dah nak mengajar di sebelah pagi. Alaaaa, tak best lah, aku suka Cikgu Nuria nih, dah 6 minggu dia mengajar kitaorang, dah jadi rapat gitu, semua orang suka dia. Now that dia akan mengajar di kelas lain, rasa macam hilang semangat gitu nak belajar. 

Sedih aje kitaorang jadinya, so lepas kelas, sembang-sembanglah dengan dia. Dia pun tak tahu macama schedule akan datang, mugkin dia mengajar kitaorang semula masa Unit 1.3 nanti (sekarang Unit 1.2), lagipun contract dia sampai June aje. 

Sebelum blah, masing-masing nak wish dia selamat, so berbaris lah kitaorang. Bila tiba giliran Michael (orang Swiss), dia buat style orang Spanish, cium pipi dua kali. Then Sham (Mamat Pakistan tuh) pun sama, dia buat style itu jugak. Then Larry, Mamat American tuh, pun sama. Terkelam kabut jugak aku, bila turn aku. Rasa macam kesian pulak kat Cikgu kitaorang tuh yang macam termalu aje bila dia sorong pipi dia tapi aku tak cium pun. Aku tak bersalam pun dengan dia, aku terus aje wish dia. Malaslah aku nak cium-cium, aku dah lah banyak dosa-dosa lain.

Habis kelas, macam biasa lah, aku ke Jackson Heights, lunch kat kedai Paki, then ke Forest Hills, ke internet cafe sejam, then mengopi sekejap sebelum masuk kerja. 

Since David off harinih so dia ada di apartment. Terpaksa aku urut King Mongkut lama sikit sebab dia tak payah nak rush-rush macam selalu. Cuma yang bosannya, lepas tuh dia melepak kat scotter kat kitchen, sama aku, sesambil tengok Discovery Channel. Bosannya sebab aku biasa tengok sorang-sorang, dia selalunya lepak kat bilik David biasanya.

Sampai aje rumah, terus aku memunggah barang-barang aku ke bilik aku yang baru. Banyak sampah sarap yang aku kumpulkan selama ini, nampak gayanya aku kena buang lah benda-benda yang tak perlu. Bagi aku, banyak barang nih melambangkan kemanjaan hidup, kalau boleh aku nak hidup aku biar ada benda-benda yang basic aje (basic maksud aku, ada duit sama laptop yang ada internet access), benda-benda lain tuh menyemak kan hidup aje. 

Sampai pukul 1 lebih aku membersihkan kedua-dua bilik, berkaparan barang kat bilik aku yang baru, nasib baik bilik nih besar. Esok lusa lah aku kemas-kemas kan bilik baru aku nih.

Dear Diary,

suka sangat aku dengar lagu Same Mistakes (James Blunt) nih, member kat Qatar yang kenalkan aku dengan lagu nih, liriknya memang terkena kat batang hidung itaorang berdua, itu yang bodoh jer bila dengar lagu tuh. Tapi, best pulak, itu yang asyik dok ulang dengar lagu tuh aje.




[James Blunt - Same Mistake]

So while I'm turning in my sheets
And once again, I cannot sleep
Walk out the door and up the street
Look at the stars beneath my feet
Remember rights that I did wrong
So here I go

Hello, hello

There is no place I cannot go
My mind is muddy but
My heart is heavy, does it show
I lose the track that loses me
So here I go

Oo oooooo ooo ooo oo oooo...

And so I sent some men to fight
And one came back at dead of night
Said "Have you seen my enemy?"
Said "he looked just like me"
So I set out to cut myself
And here I go

Oo oooooo ooo ooo oo oooo...

I'm not calling for a second chance
I'm screaming at the top of my voice
Give me reason, but don't give me choice
Cos I'll just make the same mistake again

Oo oooooo ooo ooo oo oooo...

And maybe someday we will meet
And maybe talk and not just speak
Don't buy the promises 'cause
There are no promises I keep
And my reflection troubles me
So here I go

Oo oooooo ooo ooo oo oooo...

I'm not calling for a second chance
I'm screaming at the top of my voice
Give me reason, but don't give me choice
Cos I'll just make the same mistake again

Oo oooooo ooo ooo oo oooo...

So while I'm turning in my sheets
And once again, I cannot sleep
Walk out the door and up the street
Look at the stars
Look at the stars, falling down
And I wonder where, did I go wrong

Rabu25022009


Pagi tadi, aku tengah sedap sambung tidur, bising lah pulak bunyi kat bilik sebelah. Rupanya tuan rumah dengan tuan punya rumah (Lily, Minah Indo tuh menyewa one floor nih dari this Chinese guy, dan dia sewakan bilik kat aku. Sewa atas sewa gitu) tengah sibuk membersihkan bilik tuh sebab new tenant nak masuk. 

Aku lah tuh, aku dah beritahu tuan rumah yang aku kena pindah latest by Saturday evening. Kotor gila bilik tuh, berguni-guni sampah sarap, itupun dah berapa hari dah tuan rumah aku berishkan. Aku pun berkemas jugaklah akhirnya.

Sebelum tuh aku pergi buat laundry, dan sementara tunggu pakaian siap, aku ke kedai beli peralatan bilik. Belilah apa yang patut, alas meja, bantal, cadar, benda-benda gitu. Nak masuk bilik baru, kena ada perkakas baru, baru lah ada semangat baru, kan? 

By noon cantik berseri bilik tuh, dan aku pun mulalah pindahkan pakaian, kasut-masut aku. Benda-benda lain, meja, etc aku pindahkan malam hari Khamis aje lah sebab tak sempat dah rasanya kalau nak punggah semua barang, aku dah nak pergi kerja masa tuh. Aku belum lunch pun lagi masa tuh. Aku terus aje lah bayar sewa walaupun masih awal lagi. Aku selalu gitu, kadang tuh tengah bulan aku dah bayar sewa untuk bulan depan. Rasa banyak lah pulak $700 tuh, sampai beberapa kali aku bilang, 7 keping duit seratus dollar. Nak mendapatkan duit sebanyak tuh bukannya senang, kan? 

Aku janji denagn tuan rumah aku yang malam Khamis nanti semuanya siaplah, siap pindah dan siap aku bersihkan bilik kecik tuh sebab Mamat Turki tuh nak datang Friday morning. 

David off esok hari so dia nak keluar makan sama kawan dia lepas habis kerja. Maknanya dia akan balik lewat, dan aku sama King Mongkut aje lah ada kat apartment. Biasalah, kena lama lah sikit mengurut King Mongkut tuh. Dan biasanya lepas urut, sebelum naikkan dia ke scooter, aku buat catherter kat dia. Tapi, dia suruh aku buat catherter lepas dinner, lepas bersihkan dia, sebelum dia tidur. Aku ok aje, bilamasa nak buat catherter pun ok aje, bukan nya aku yang nak kencing, kan? 

Tapi, aku perasan, masa kat scooter, lepas aku angkat dia tuh, dia asyik terpegang kote aje, macam budak nak kencing. Aku ingatkan kote dia gatal, aku diam kan aje. Then masa aku check email dia, masa kat meja komputer, dia terus suruh aku ambik pee jar sebab dia nak terkencing. Itulah, tadi tak nak buat catherter macam biasa, nak tunggu buat sebelah malam. Kalau dah nak terkencing tuh, buat aje lah kan? Tak sempat aku nak pergi ambil takung kencing, dia dah terkencing dulu dah. 

Then aku sorongkan lah pee jar tuh nak suruh dia kencingkan dalam jar tuh. Payahlah jugak sebab pee jar tuh lubang dia besar, King Mongkut pulak dah atas scooter, kaki dia rapat (sebab nak menahan kencing lah kot?), so berterabur lah air kencing dia membasahi bumi. Aku tonyoh-tonyoh gitulah pee jar tuh, tapi sebab kote dia tengah mengecut, mana lah masuk air kencing tuh. Tak kuasalah aku nak menarik kepala kote dia masukkan ke dalam pee jar tuh, dia yang terkial-kial sendiri. Aku rasa nak tergelak aje masa tuh, bukan pasal lucu menengok nya yang dia tuh terkencing, tapi lucu dengan perangai dia tu lah. 

Dalam pukul 6 tuh aku turun sekejap beli pizza for his dinner. Sampai aje apartment, dia kata dia terkencing lagi. Lantak ko lah. Aku siapkan dia cepat sikit, dalam 7 setengah gitu, pasal nak buat catherter, nak bersihkan badan dia lagi (yang hancing bau kencing). Banyak pulak kencing nya King Mongkut tuh harinih, walaupun dah beberapa kali terkencing, masa buat catherter tuh pun dekat nak penuh pee jar tuh. 

Malam, balik aje terus aku goreng mee hon, lepas makan terus aku bukak buku Spanish, banyak pulak homeworks yang kena dibuat. Aku tak online pun. Well, aku online tapi tak memunculkan diri kat mana-mana pun.