Saturday, September 29, 2012

There Will Be Blood

03092006


Too bad library kat Pittsburgh tuh bukak sampai pukul 6 aje, so aku yang tengah-tengah syok online terpaksalah blah. Memang library di Pittsburgh nih jauh lebih kecil dari library yang di Philadelphia yang bukak sampai pukul 9 weekdays. Weekends pun bukak jugak, yang kat sini, weekends tak bukak langsung. 

Cadangnya aku nak jalan-jalan ajelah sebelum malam tiba tapi hujan turun lebat yang teramat so terpaksalah berteduh aje kat satu plaza nih sambil tunggu bas. Sampai di apartment, aku tak terus ke bilik sebab aku tahu yang Jose, amigo yang suka ngentot tuh sure ada bawak balik Minah Salleh yang kerja kat mall tuh, pasal amigo itu pun pun off nya hari Khamis jugak. Aku lepak kat lobby apartment ajelah sambil online, sambil buat update blog. Nasib baik sisa makanan yang aku beli kat McDonald tadinya tuh aku tak buang so aku makan itu ajelah untuk dinner malam tuh. 

Bila diaorang semuanya balik, dalam 9-45 pm, barulah aku naik masuk ke apartment. Jose pura-pura tanya aku ke mana aku pergi seharian so aku katalah yang aku, kalau off, aku akan keluar seharian. Aku tak suka memerap kat bilik. Aku dapat baca apa yang tersirat kat hati Jose bila aku kata gitu tuh. Sebab Jose senyum-senyum aje. Tentu dia kata dalam hati, "Ha, oklah sikit aku nak kongket, amanlah sikit, tak ada orang lain kat rumah". 

"Ayuh gilir-gilir pijat (picit) seperti kelmaren", kata Suki bila dia nampak aku masuk bilik. "Nggak mahulah, nanti bisa ketagihan", aku kata gitu. Puas dia mengajak aku tapi aku buat-buat tak dengar aje, aku buat-buat sibuk lipat baju. 

Sabtu, hari ke 8 aku kerja, hari ke 5 buat Suki. Aku ingatkan dia, dah masuk lima hari kerja, tahu lah nak buat apa-apa yang patut, especially awal pagi masa restoran nak buka. Tapi I was wrong. Banyak benda yang dia masih tak tahu, buat satu benda tuh bukan main lama lagih, so terpaksalah aku buat the rest. 

Pagi tuh, masa Suki nak penuhkan ice kat soda machine, baldi yang dia bawak tuh tercabut tangkal. Tertumpahlah ais. Suki tuh, kalau bawak baldi ais tuh, jalannya berlenggang. Tangan siap lenggang lenggok lagih. Aku, kalau bawak baldi tuh, aku pegang dengan dua-dua tangan, aku angkat, tak terasa berat sangat. Bila lantai dah basah, agaknya dia mop pun sambil lewa aje so lantai tuh tetap nampak basah dan kotor. Bila aku buat kerja-kerja lain kat that spot (adalah jugak air/ais yang terjatuh barang seseketul dua kot), semakinlah basah lantai tuh jadinya. Then bila Ari yang sentiasa menyibuk tanya itu tanya ini, komplen itu komplen ini( iyalah, dia Manager kononnya. Eleh, Manager kokak, bangga sangat jadi Manager gaji sebanyak tuh) tanya aku apa pasal lantai jadi basah gitu, biasalah kan? Teruslah aku kata yang tadinya Suki tertumpahkan ais. Sempatlah Ari mengomel sekejap, then terus dia ke dapur. 

Tiba-tiba Suki terus naik angin. 

"Kamu gini orangnya sih, sering mengadu. Mau cari muka. udah, mulai sekarang jangan ngomong lagi sama aku. Aku nggak senang sama kamu", kata Suki bertubi-tubi, tak sempat aku nak jawap apa-apa. Dia serious habis. 

"Kenapa? Aku nggak ngerti sih", memang aku tak tahu apa pasal dia terus marah-marah gitu tuh. 

"Kamu itu orangnya nggak bisa dibuat temen, kamu tuh bagei musuh dalam selimut. Dikit-dikit mengadu, dikit-dikit mengadu. Udah, aku nggak senang sama kamu", kata Suki lagi. 

Terus aku panggil Ari bila aku tengok Suki semakin membebel. Bila Ari tanya Suki apa pasal dia marah dengan aku, teruslah Suki beritahu yang kononnya aku komplen kat Ari, tuduh Suki yang buat lantai tuh jadi basah. Sedangkan dia dah mop lantai tuh sampai kering, dan aku yang kerja di situ, aku yang buat lantai tuh basah. Aku diam ajelah tapi aku tahu, aku ada tengok pun, masa dia mengemop lantai tuh tadinya, bontot dia aje yang lebih banyak bergerak dari mop tuh. 

(Pengajaran nih, kalau korang mop lantai, atau kalau korang nak tengok samada orang tuh betul-betul mengemop, korang tengok pergerakan bontot dia. Kalau bontot bergerak lebih dari mop, memang sahlah orang tuh tak pandai mop, tak kerja betul-betul. Kalau pergerakan mop lebih laju dari pergerakan bontot, itun tandanya orang tuh pandai mengemop. Tapi kalau pergerakan mop tuh terlebih laju, dan bontot langsung tak bergerak, itu tandanya orang malas mengemop) 

"Bukan aku kasi lapuran sih, Ari yang nanyain , jadi aku jawab!", aku kata gitu, sambil pandang muka Ari. Aku pun dah naik hot jugak. Suki semakin naik angin, dan bila Ari cuba nasihatkan dia, bila Ari macam cuba memenangkan aku, makinlah Suki naik angin. 

"Lihat kelmaren, waktu aku bikin salah, kenapa nggak bilang aja sama aku. Kenapa harus bilang sama juragan? Itu bukan cari muka namanya?", ada point jugak Suki nih. 

Semalamnya, masa Suki nak key-in harga makanan, dia tersalah picit butang, so dia terunder-charge customer tuh. Aku masa tuh tengah kasi sample makanan kat depan tapi tiap kali Suki jaga cash register, aku akan jeling-jeling jugaklah takut-takut dia tersalah key-in, senang aku nak tegur. So bila aku sedar dia tersalah key-in harga, aku terus ajelah panggil-panggil nama dia, tapi Suki, tahulah dia, kalau dah buat something tuh memang dah tak pandang kiri kanan dah. Tambah-tambah kalau dia tersalah buat something. Aku panggil dia a few times, dia leka aje mengira duit satu-satu. Sambil mulut terkumat-kamit mengira. Kebetulan Cindy sama husband dia ada bersembang kat food counter, so aku kasi isyarat kat diaorang yang Suki ada salah harga. Terus ajelah diaorang ke cash register, Suki jeling jer aku. Aku buat-buat tak tahu ajelah. Aku ingatkan dia tak perasan. 

Before that pun ada a few times aku tengok Suki buat salah tapi bila aku tunjukkan dia kesalahan tuh bila aku tegur dia dia buat tak tahu aje. Ada jer alasan dia dia kadang tuh marahkan aku sebab sibuk nak ambik tahu pasal kerja dia. Dia biasanya suruh aku diamkan aje. Aku kalau buat salah pun kalau masa orang tak perasan tuh aku buat tak tahu jugak. Kalau orang perasan pandailah aku adjust balik apa salah yang aku buat. 

"Iya aku panggilin kamu beberapa kali sih tapi kamu nggak dengar. Kerna itu aku bilang sama juragan, kebetulan juragan ada waktu itu" aku cuba nak bela diri. 

"Udah, pokoknya aku udah nggak senang sama kamu", Suki kata lagi. 

"Aku berhenti ajalah Ari kalau gini kayanya (gayanya)" aku kata kat Ari. Dulu lagi aku udah bilng sama kamu kalau ada temen sekerjaan yang nggak senang sama aku mending aku berhenti aja" aku kata lagi. 

"Looo, kamu jangan salah paham bukannya aku nggak senang sama kamu. Aku nggak senang perangai kamu. Kamu tu jelek orangnya nggak mahu bantuin temen", kata Suki. 

"Bener Ari aku berhenti kerja ajalah. Kamu telpon juragan sekarang bilang sama dia aku berhenti. Aku gakpapa (nggak apa-apa) sih" aku kata gitu sambil tepuk bahu Ari. Sajalah nak tunjukkan kat dia yang aku buat keputusan nak berhenti tuh bukanlah sebab emosi. Jugak biar dia tak lah rasa serba salah sangat. 

"Jangan. Kamu tenang aja. Jangan emosi. Udah jangan dipikirin bikin biasa aja" kata Ari sambil tarik aku ke dapur. Suki pun ikut ke dapur, terus ajelah Ari nasihatkan dia kata yang aku sebab dah lama kerja aku ada lebih banyak experience, aku lebih faham. Dia tuh baru nak berjinak-jinak kerja di restoran yang jauh bezanya dari kerja di kilang. Tapi Suki memanglah jenis yang tak mudah nak mengalah makin berani pulak dia bila dia tengok aku yang macam pengecut tuh. Kena marah sikit dah nak berhenti kerja. 

"Aku berhenti kerja ajalah Ari. Nanti pastinya berulang lagi aku udah kenal Suki ni udah agak lama sih" aku kata gitu sambil trerus gelak-gelak. 

Lama jugaklah Ari menasihatkan Suki kononnya suruh Suki jangan berkasar sangat sebab niat aku baik, nak mengajar dia. Last-last Suki diam ajelah. Dan aku pun mulalah rasa tak sedap hati aje rasa serba salah gitu. Walaupun aku cuba-cuba buat selamba tapi aku tetap rasa tak sedap hati. Rasa geram pun ada. Mula-mula tuh aku tak bercakap pun dengan Suki masing-masing tunjukkan moncong lah kononnya. Aku biarkan aje dia buat benda yang salah bila kena tegur dek laki Cindy mulalah dia cari aku balik. So tak sampai hati lah aku nak tengok dia selalu kena tegur especially bila customers komplen, bila customers cakap benda yang dia tak faham. So aku bercakap semulalah dengan dia, itupun bila perlu aje, bila aku dah tak tahan nak gelak tengok dia menggelabah sengsorang. Tak ada lah aku berborak sakan macam biasa tuh. 

Pukul 4 lebih, masa aku nak makan Ari ada tanya aku pasal Suki. Aku kata lah yang aku faham sangat dah perangai Suki tuh cuma aku tadinya tuh terkejut jugak bila dia marah secara tiba-tiba. 

"Jangan dipikirin itu perkara kecil aja" kata Ari sambil dia terus ke depan di bahagian food counter.

Belum aku habis makan Jose (yang sering ngentot) masuk ke kitchen dari restoran yang di sebelah tuh. Entah apa dia mengomelnya kat satu amigo tua nih yang langsunglah tak tahu sepatah perkataan Inggeris pun. Romeo nama amigo tua tuh. Kalau tak salah aku, dari words yang aku boleh faham diaorang komplen pasal boss. Jose yang komplen pasal boss, Romeo dengar aje sambil mengangguk-angguk. 

Tiba-tiba Ari masuk ke dapur, marah-marah. Terus dia tengking Jose dia guna a few bad words bahasa Spanish yang dia tahu. Aku yang tak tahu menahu itupun terkedu jugak mendengarnya, aku rasa pun memang kasar sangat cara Ari marah Jose tuh. Tak tahu lah kalau memang dah lama diaorang gitu sebab dulu pun Ari ada bagitahu aku yang Jose tuh dah lama nak dibuang tapi tak ada pengganti. Lagipun Jose tuh kerjanya bagus walaupun dibayar gaji murah. Takkanlah Cindy nak buang Jose pulak, kan? 

Dari gaya dia marah tuh dan dari gaya Jose menjawab, memang sah lah yang diaorang bedua tuh memang selalu bercakaran. Macamana pun aku rasa kesian sangat kat Jose sebab dia surenya malu pasal kena marah, kena carut kat depan-depan aku sama Romeo. By Ari pulak tuh, yang bukannya tokey restoran. Kalau Ari tuh tokey restoran atau sedara boss, lain ceritalah pulak. Ini Ari tuh hanyalah pekerja biasa jugak cuma dia orang kesayangan boss. Itu saja. 

Agaknya Jose dah hilang sabar, terus ditolaknya Ari. Malulah kalau Manager kena tolak dek tukang masak kan "You want to fight?". tanya Jose sambil terus dia tolak Ari. 

"You want to fight, let's go outside!" kata Ari yang masa tuh aku tengok mukanya dah merah padam. Macam muka orang kena rasuk. 

"Let's go outside!", kata Ari sambil Ari capai pisau pemotong daging yang ada tergantung di dinding. Diacah-acahnya pisau tu hala ke Jose terus Jose lepaskan Ari then dia undur. Ari jadi berani, terus dikejarnya Jose yang masa tuh aku tengok, terus aje lari ke arah restoran yang lagi satu. 

Aku sama Romeo tak terkata apa.

Seriously, WTF!


Suki terus aje mintak masuk kerja keesokan harinya, Selasa. Tak macam aku dulu tuh, disuruh rihat sehari sebab letih. Suki memang tak nak rihat, dia kata dia tak nak rugi walaupun sehari. Itu yang bila Ari suruh dia berihat the next day, dia tetap berkeras yang dia nak masuk kerja jugak hari tuh. 

Fran datang jugak ke restoran pagi-pagi tuh walaupun secara officiallnya dia dah berhenti kerja. Dia nak tunggu ambil duit gaji dari Boss, dan dia pun nak mengajar Suki apa yang patut dibuat. Dah tengahari baru Fran blah, so tinggallah aku sama Suki, jugak sama laki Cindy yang kerja di bahagian hadapan. Sambil-sambil melayan orang yang datang makan sambil itu aku mengajar Suki. Cara nak tanya customers, cara nak serve, cara nak jaga cash register. Semuanya lah. 

"Koq kamu ngomong apa sih? Semper?", Suki tanya aku bila dia tengok aku unjuk-unjukkan sample makanan kat orang yang lalu lalang. 

"Sample", aku kata gitu. Dalam hati aku kata, "takkan itu pun tak tahu?" 

"Gimana? Semper?", dia tanya lagi. 

"Sample. Es-a-em-pay-el-ey. Sample", aku jawab gitu. 

"Semperl!". Gitu?", dia tanya aku. 

"Nggak. SAMPLE. Sample. Sample. Sample. Sample", aku dah mula bosan. Puaslah gayanya kalau gini nih, kata aku dalam hati lagi. 

"Sebelumnya kamu ngomong apa sih?", Suki tanya lagi. 

"Have a sample Sir! Have a sample Ma'am!. Have a sample buddy!", aku ulang ayat aku. 

"Koq "badi" tu apa?", dia tanya lagi. 

[Memanglah letih nak mengajar orang Jawa pekat cakap Inggeris, kan?] 

Last-last semuanya macam give up jer. Dan Suki pun takat jerit-jerit "Semper, Semper, Semper, Semper" sebanyak 4 kali, setiap kali ada orang lalu lalang di depan restoran. 

"Argh, malu sih, aku nggak bisa", kata Suki sambil gelak-gelak. 

"Emang, lonteh (pelacur) pun kerjanya nggak segini. Kita, lihat aja ada orang lewat, langsung "Hi Sir, Hi Ma'am", aku kata gitu. Diaorang gelak ajelah. 

Memanglah dalam hati aku rasa nak tergelak aje bila tengok Suki kerja, especially masa nak melayan orang yang datang nak makan. Dah lah macam orang bisu, takat tunjuk-tunjuk gitu aje, lepas tuh bila sendukkan lauk pauk, terketar-ketar. Sambil herot-perot mulutnya. Laki Cindy, walaupun tak reti English, tapi dia selamba aje. Konfiden gitu. 

Bila kerja di bahagian cash register pun begitu jugak, selalu tersalah tekan. Dah lah lambat, selalu salah pulak tuh. Sampaikan Ari, sama Cindy, sama laki Cindy, asyik geleng-geleng kepala aje bila tiap kali Suki disuruh even untuk handle one customer aje pun, dia tetap buat salah. Kalau berderet orang yang datang makan, automatically aku akan ke bahagian cash register. 

Bukanlah aku cakap besar tapi aku rasa, aku jauhlah lebih cepat belajarnya, compared to Suki tuh. Aku lebih aktif. Memanglah aku dah ada experience tapi bila aku ingat-ingatkan balik masa aku mula guna cash register dulu tuh (masa kerja kat restoran Pak Tua) aku memang cepat dapat faham. Diajar sekali aje jer aku dah pandai. Masa mula datang ke sini pun,walaupun cash registernya agak lain, tapi aku dah boleh agak butang mana yang harus dipicit, key mana yang harus ditekan, etc. 

So, apa yang aku nak cuba sampaikan or rather apa yang aku dah terkutuk Suki, Suki tuh memanglah lembab orangnya. Tak aktif. memang susahlah kalau nak kerja di restoran fast food yang hendakkan orang yang aktif, yang sentiasa alert macam aku nih. 

"Capek sih, nggak ada berhentinya, berdiri melulu", kata Suki kat aku. Masa tuh baru pukul 5 petang. Masih ada 5 jam lagi. 

"Nggak apa-apa, kamu ke kamar mandi aja deh, pura-pura be'ol (berak), jadi kamu bisa duduk benter", aku suggest kat Suki gitu. 

"Masa (takkan) kita nggak dibenarin duduk, udah lah waktu makan siangnya cuma sebenter", Suki mengomel lagi. 

Dalam hati alu tetap kata yang Suki nih banyak cekadak jugak orangnya. Aku kalau makan (duduk) tuh tak sampai pun 5 minit, dia tadinya dekat 20 minit makan (duduk), orang buat tak kisah aje. 

"Kita bisa ambil minuman/soda nggak?", dia tanya lagi. 

"Minum air putih aja lah. Kelmaren Fran mahu ambil air dua botol, nggak dikasinya", aku kata gitu. Mungkin tak dikasi ambil sebab Fran nak sampai dua botol, that aku tak tahu. Kalau nak ambil sebotol, mungkin dikasi kot. 

"Ya ampuuuuun....... Pelitnya setengah mati", kata Suki. Kitaorang gelak aje lah. 

So sepanjang hari tuh aku menjawab soalan-soalan Suki aje lah kerjanya. Macamana pun kitaorang tak ada lah banyak peluang untuk sembang sebab kitaorang ambil turn untuk kasi sample makanan, dan kalau aku di bahagian cash register, dia pulak di bahagian lain.


Yang buat aku nak tergelak sangatnya tuh, aku tengok Suki tuh kelam kabut betul orangnya. Salah memanjang. Bila serve makanan, selalu kena marah dengan customers. Bila di bahagian cash register, selalu jammed jadinya cash register tuh. Sebab salah tekan keys. Walaupun aku rasa kesian sangat kat dia, tapi aku tetap tergelak. Gelak dalam hati. Dan aku tengok pun SiCindy sama suami dia macam bengang aje kat Suki. Tambahlah kelam kabut jadinya Suki. 

"Lo, kapan makan malemnya?", bila dah pukul 9 malam pun masih tak disuruh makan. 

"Nggak ada break makannya. Makanan dibawa pulang aja, makan di apartemen aja", aku jawab gitu. "Tapi kalau kamu bener-bener lapar, makan ajalah. Mereka orang dapur, mereka makan sekitaran jam 9. Tapi harus gesa-gesa sih, orang dapur mereka udah nggak ada kerjaan, kerja mereka udah selesei. Kita masih belum selesai kerjanya", aku sambung lagi. 

So tamatlah sehari Suki kerja. Dalam perjalanan balik ke aparment, macam-macamlah dia mengomelnya. Aku dengar aje lah. Aku pun letih jugak sebenarnya. Bosan pun sama. Sambil dia menalipun kawan-kawan dia (untuk buat lapuran pasal his first day at work) , dia ajak aku gilir-gilir urut. Pijak kaki. Pijak betis. Pijak peha. 

"Gimana kamu, bisa kerasan (bertahan) nggak?", aku selalu tanya Suki gitu. Sebab dia selalu mengomel, itu yang aku selalu fikir yang dia tak akan lama kerjanya di sini nih. Entahlah, memang aku nih jahat agaknya, dalam hati aku kata,"biarlah dia kata dia tak kerasan kerja di sini". Dalam hati aku hendakkan jawapan sebegitu. 

"Iya, nama pun kerja restoran sih. Ditahan-tahanin aja lah", kata Suki. Kuat jugak orangnya Suki nih. "Aku udah habis uang banyak sih untuk ke sini, aku harus terusin aja. Mudah-mudahan bisa lama sih", kata Suki. 

Hari Khamis tuh aku off, tak dapat aku nak imagine yang Suki terpaksa kerja sorang-sorang. Tak apalah, laki Cindy sama Ari kan ada? Lama jugak aku tunggu bas nak ke downtown Pittsburgh hari tu tuh. Aku belum begitu tahu bus schedules. Dekat pukul sebelas baru ada satu bas. Akan datang aku rasa aku nak tunggu bas di tempat lain lah sebab aku tahu yang ada bas yang servicenya every 20 minutes. Cuma aku terpaksa jalan jauh sikit nak tunggu bas tuh sebab bas tuh tak berhenti di depan mall tempat aku kerja tuh. 

Dekat pukul 1 barulah sampai Pittsburgh. Terus aje aku ke library, seharusnya aku pergi makan dulu sebelum masuk library, itu yang bila aku nak online aje. perut terus terasa lapar yang teramat. Terus ajelah aku menapak ke McDonald, beli large fries sama fish sandwich. Aku dok berkira-kira jugak pasal duit yang aku ada cuma beberapa dollars aje. Itupun coins aje, yang aku kerobek dalam beg aku, sebelum aku keluar pagi tadinya tuh. Takat ada duit untuk buat tambang balik cukuplah pasal aku mungkin akan dibayar gaji hari Sabtu tuh. 

Ituhari Fran ada kata yang gaji dibayar dua kali sebulan, on the 5th sama dengan 20th. Dan duit gaji akan ditahan/digantung selama 5 hari. Nampak gayanya aku akan dibayar gaji untuk 4 hari kerja, selepas diambilkira 5 hari tuh. Tak apalah, at least aku akan ada duit sesikit nanti. Tapi pun, aku bersedia jugak kalau-kalau aku tak dibayar gaji on the 5th, instead dicarry-forwardkan ke 20th nanti. Itu baru haru nanti. Akan kering kontanglah aku nanti. Tak akan ke mana-manalah aku nanti. Tak berasaplah mulut aku nanti. For another 2 weeks. Harus mati katak aku nanti gamaknya. 

Tapi, tak apalah, aku dah bersyukur sesangat nih yang aku ada kerja, ada tempat tidur baring. Walaupun perit, walaupun lama, tapi aku akan, InsyaAllah, ada duit nantinya. Buat masa ini tak apalah, aku kena bertahanlah dengan tak ada duit nih. 

Seriously, wa tarak fikir benda-benda lain. Wa fikir mau cari wang aja. Itu aja. 

All Bets Are On

Happy jer Fran kerja, di hari terakhir dia. Aku pun macam happy jugak. Bukan apa, aku tak sabar nak tunggu Suki datang. Aku dah terbayang yang Suki nanti akan menggelabah sakan, dah lah tak reti English, orangnya pun kerjanya terkemput-kemput. 

Jahat/busuk hati aku nih orangnya sebab berfikir begitu. Tak apalah, busuk pun busuklah, memang itu pun yang aku asyik dok bayangkan. Dan perhatian orang lain akan terus tertumpu kat Suki nanti pastinya. 

Macamana pun aku ada jugak terfikir yang aku harus ajar Suki tuh nanti, ajar dia setakat yang aku tahu. So kalau nanti dia dah pandai, dan dia suka bekerja di restoran itu, at least aku akan ada kawan. Dan bolehlah aku kerja lama sikit. Dan adalah harapan untuk aku kumpul duit sesikit. Untuk buat modal hidup seterusnya. 

Walaupun at the back of my mind aku tetap fikir yang Suki pastinya samada akan diberhentikan kerja, atau dia berhenti kerja sebab tak suka kerja di restoran tuh. Tak sanggup, tak larat, tak sesuai dengan dia. Dia dulu pernah jugak kerja restoran tapi sebagai dishwasher, then dia dibuang kerja sebab melawan cakap tokey. 

Satu aje yang aku takut dengan Suki nih. Dia nih orangnya cerewet, mulutnya bisa sangat. Aku kenal dia masa di Philadelphia dulu tuh, pernah sekerja dengan dia kat satu kilang paper. Kawan lelaki dia tak ramai, dia lebih ramai kawan perempuan. Kawan lelaki pun semuanya yang jenis lembut-lembut. Dia nih dah berumur dah, agak lembut jugak gayanya. Memanglah spesis jenis dia nih agak cerewet, cakap berulang balik. Semuanya tak betul, semua orang tuh ada aje salahnya, semuanya serba tak kena. 

So itu ajelah yang aku takutnya nanti. Aku dah terbayang-bayang yang dia akan salahkan aku nanti untuk menutup kelemahan dia macam aku jugaklah, aku akan mati-matian cuba salahkan orang lain untuk menutup kelemahan dan kesalahan aku. 

Frank, sepanjang hari masa kasi sample makanan, dia asyik bisikkan kat orang yang berbelanja di restoran, "Don't give tips. Don't give tips". Mana lah orang faham. Sebenarnya dia tak nak orang yang datang makan, masukkan duit ke dalam tabung tips sebab duit tips tuh diambil oleh Cindy punya husband. Diambil dek boss. 

"Juragan senang kamu jaga kasier kerna kamu ngomongnya pinter, banyak tamu yang ngasi uang tips", bisik Fran kat aku. "Kamu bilang sama tamu dong, jangan dimasukin uang tips", kata dia lagi. 

Most of the customers yang dengar bisikan Fran, diaorang ingatkan Fran bergurau aje. So diaorang tetap masukkan duit kat tabung tips. Mungkin jugak sebab diaorang ingatkan Fran sindir diaorang, itu yang diaorang tetap kasi tips tuh. 

Adalah a few times bila aku tengok tak ada orang (Cindy, husband dia, adik dia) di sekeliling aku, bila ada orang yang masukkan duit ke tabung tips, aku pun kata, "You don't have to do that Ma'am/Sir/Buddy. That money goes to someone else's pockets". 

"O really? That's too bad, so sorry to hear that", biasanya diaorang kata gitu. Diaorang ingatkan, macam di tempat lain, duit tips tuh akan dikongsi beramai-ramai oleh pekerja. Little do they know yang duit tips kat restoran aku kerja tuh dibaham oleh boss. 

"This is just another sweat shop, Ma'am/Sir/Buddy", aku kata gitu. Aku suka kalau tengok Mat Salleh bersimpati dengan aku. Dan aku rasa puas hati bila tengok airmuka diaorang yang macam marah aje bila tahu cerita sebenar. Kadang tuh ada jugak aku cakap, "I'd rather you take your money back". So adalah a few customers yang dah tertaruk duit kat tabung tips, diaorang ambil semula duit diaorang tuh. Ada jugak yang mintak aku kasikan diaorang one-dollar notes (so that diaorang dapat masukkan duit kat tabung tips), aku buat tak faham aje. Aku buat muka masam, orang bodoh aje yang kasi tips kat cashier restoran yang bermuka masam, kan? 

Aku rasa tak sedap hati jugak terpaksa buat gitu tapi bila difikirkan yang hasil titik peluh kitaorang, duit kopi kitaorang, dikebas oleh orang lain, hilanglah sikit rasa guilty aku. Rasa puas hati pun ada. Itulah, kalau bab-bab busuk hati tuh, aku nih boleh tahan jugak orangnya. 

Kitaorang suspen jugak takut Suki tak datang sebab everytime Fran talipun dia, tak dijawab. Masa aku datang dulu, pukul 8 lebih aku dah sampai kat Pittsburgh, dan aku sempat lagi datang ke restoran sebelum restoran tutup. Tapi, pukul 9-45 pm masa restoran dah nak tutup, Suki masih belum dapat dihubungi. Pukul 10 lebih barulah dia ada talipun, memberitahu yang dia dah sampai di stesyen bas. Terus Ari talipun Cindy suruh pergi jemput Suki di Greyhound Station Pittsburgh. Dekat pukul 12 barulah Suki sampai di apartment. Aku sama Fran dah pindah ke bilik yang dulunya awek Indo (yang dah berhenti kerja tuh) duduk. So malam tuh kitaorang bertiga lah sebilik. Aku, Fran dan Suki. 

Suki cerita yang dia lambat sebab bas rosak dalam perjalanan. Lepas tuh ada pemeriksaan polis pulak, masa di King Of Prussia. Dia cerita, out of semua penumpang bas tuh, dia sorang aje yang tidak diperiksa IDsnya, walaupun semua beg-beg dia yang penuh dengan makanan Indo, diperiksa polis. Aku tak lah percaya sangat cerita dia sebab Suki tuh, cerita yang seinci, kalau dengan dia, boleh dijadikan beribu batu panjangnya. 

Suki belikan aku tempeyek 4 bungkus (aku kirim kat dia masa Fran talipun dia ituhari) so sambil makan-makan tuh, kitaorang sembang ajelah. Pukul satu aku dah tidur, sebab letih kerja siangnya tadi tuh, ke sana-sini bekejar melayan customers. Tak ada duduknya pun selama 12 jam kerja tuh. Sembahyang pun kat dalam tandas.

Lagipun aku bosan sebab Suki sama Fran diaorang cakap bahasa Jawa (diaorang tuh Cina Indo yang berbangsa Jawa/Jawa Indo yang berbangsa Cina), lagipun diaorang tuh macam pelik sikit. Sambil urut-urut, mengomel aje kerjanya. Pot-pet pot-pet aje kerjanya. 

Macamana pun aku tetap rasa macam tak sabar nak tengok selama mana Suki akan dapat bertahan kerja di restoran tuh. Kalau dia dapat bertahan lama, lebih lama dari aku, memang aku akan salute dia. Tapi gayanya, kalau tengok cara dia, aku tak rasa dia akan dapat bertahan lama. 

Bernafas Dalam Lumpur


Surprisingly, tak terasa lama pun masa kasi sample makanan tuh, sekejap aje dah dua jam, so Fran punya turn pulak. A few hours later turn aku pulak. Yang buat aku rasa ok nya, sebab kat food court tuh ada satu giant tv yang betul-betul berdepan dengan tempat aku berdiri kasi sample. So aku kadang tuh terralit tengok CNN News ajelah kerjanya. Kadang tuh, aku menyanyi dalam hati. Itu yang tak terasa bosannya tuh. 

Macamana pun, aku respect gila kat this Indon yang sorang lagi nih, yang kerja di restoran yang lagi satu tuh, yang muka lawak tuh. Pak Ed nama dia. Dia lagi teruk, sebab dia sorang aje yang tukang kasi sample. The whole day. Tercegat jer dia di situ sorang-sorang. Itu yang buat aku respect gila tuh. Aku, memang tak boleh nak tercegat macam patung, aku akan jalan sana sini within area restoran tuh untuk cari orang untuk disample-makanan kan. 

So, dengan adanya Pak Ed di restoran di sebelah tuh, at least aku taklah terasa malu sangat. Sebab dia pun jauh lebih tua dari aku, sedangkan orang berumur gitu masih sanggup buat kerja-kerja gitu, takkan aku tak boleh, kan? Itu yang aku selalu fikir. Walaupun Pak Ed tuh jenis muka tak malu, tapi aku rasa macam terhibur jugak dengan perangai dia. Kadang tuh dia, kalau masa tak ada orang lalu-lalang, dia akan menari, sambil menyanyi. Menari gelek pulak tuh sambil nyanyi lagu dangdut. Kadang lagu Inggeris. Dia nih Englishnya boleh tahan, tak ada accent, mungkin sebab di Indo dulu dia jadi orang besar kerja kat kapal cargo. Dia suka nyanyi lagu-lagu lama, lagu-lagu Tom Jones, Frank Sinatra, lagu-lagu seangkatannya. Lagu Indo yang dia selalu nyanyi pun lagu Ebiet, lagu Endang S Taurina, lagu Hetty Koes Endang. So memanglah terhibur jugak aku kadang tuh. Pak Ed nih akan kerja sampai bulan 12 aje, lepas tuh dia nak balik ke Indo, dia di sini sebenarnya datang untuk beberapa bulan aje so sementara tunggu December, dia kerja. 

Macamana pun memanglah meletihkan kerja di restoran tuh sebab kerjanya sentiasa ada, agak sibuk mall tuh. Orang yang datang makan sentiasa ada. Tak henti-henti. Jauhlah sibuknya kalau nak dibandingkan dengan masa kerja di restoran Pak Tua dulu tuh. Di tempat baru nih langsung tak ada masa nak berihat, pendek kata, sepanjang 12 jam waktu kerja tuh memang tenaga kitaorang dikerah habis-habisan. 

By petang aku dah jadi macam expert aje dah kerja di situ, sampaikan Linda, awek yang buat kerja part time tuh, dia suruh aku aje yang handle cash register pasal aku kerjanya cepat. Tengok oranglah kan? Sambil tuh aku dok perati yang bosses aku, Cindy, sama laki dia, sama brother dia, asyik pandang aku aje, asyik mengawasi kerja aku aje. Makinlah cepat aku buat kerja. Sampai ketar-ketar kepala. Aku tau yang itu lah masa untuk aku collect points. Tak lah aku nafikan yang memang di hari-hari pertama kerja, aku akan buat sebaik mungkin, aku akan tunjukkan yang aku boleh buat. Letih ker apa ker, itu belakang kira. Itu semua aku boleh luahkan kat blog nanti tuh. 

Habis kerja dalam pukul 9-45 malam, masa tuh aku macam dah kejang dah. Sakit badan-badan, lenguh dah kaki-maki. Punyalah teruk bosses, kitaorang tak di suruh berhenti makan malam pun, terpaksa aku sama Fran tapau makanan untuk makan kat apartment. Orang lain yang kerja di bahagian dapur, mamat-mamat Mexicans tuh, diaorang rileks aje makan. Aku rasa, kalau disuruh kerja for another hour or two, memang aku tak boleh dah, letih sesangat dah aku dibuatnya. Itu yang bila keluar aje mall tuh, terus aku lepak kejap kat bench tempat tunggu bas.

Lega rasanya aku dapat habiskan hari pertama kerja di situ. Dan kalau pun aku akan dipecat, atau aku berhenti kerja nanti, at least aku dah ada duit. Walaupun sedikit. 

Hari Ahad tuh sibuk nya lebih teruk dari sibuk hari semalam. Berbondong-bondong orang datang makan. Fran asyik merungut kat aku aje, dia kata dia tak sabar nak tunggu Isnin, his last day. Sabar ajelah, aku baru masuk hari kedua kerja.

"Nanti kamu ajarin Suki, dia nggak bisa Inggeris. Orangnya agak pelan gitu. Memanglah aku kenal Suki tuh, orangnya ada lembut sesikit, even kawan dia ramai yang jenis-jenis gitu, yang terserlah kebapukannya. Tapi Suki nih aku tak lah sure sangat. Dia nih kira macam kelembutan yang tak pasti lah gituh. Tapi, dalam pada itu, aku tak boleh bayangkan yang Suki akan bekerja sesama aku. Bukanlah aku nak merendah-rendah dan melekh-lekehkan dia tapi aku memang kenal dia. Dia tuh cerewet orangnya, buat kerja pun slow belum aku cerita bab lembab dia tuh dan dia nih banyak cekadak jugak orangnya. 

Dalam hati aku tetap kata yang Suki tak akan suka kerja di restoran tuh, pasti dia tak akan dapat bertahan lama. With that in mind, aku rasa macam tak sabar pulak nak tunggu Suki datang, bukanlah aku nak menggelakkan dia tapi aku rasa aku akan lebih selamat sebab ada orang yang " lebih tak bagus" dari aku. Busuknya hati aku nih. Dalam pada itu pun aku tetap fikir yang aku kena ajar Suki nanti betul-betul, biar dia jadi serasi, biar dia suka kerja di restoran tuh. At least aku ada kawan, dan InsyaAllah aku akan dapat bertahan lama sikit. Takut jugak nanti, dapat gaji sekali aje, aku dah berhenti kerja. Aku nih memang gitu, kan? 

Ijuk, awek Indo yang berhenti kerja tuh, dia akan ke New York besoknya so hari tuh seharianlah dia berkeliaran di mall, nak ucapkan selamat tinggal kat kawan-kawan dia. Tak mudah jugak awek tuh, baru sebulan setengah kerja di situ, ada balak keliling pinggang. So malam tuh, kitaorang melepak kat luar apartment kompleks tuh, sampai pukul 12 lebih. Memang tak boleh hilang perangai kampung kitaorang, nak melepak kat luar jugak. Bukan macam Mat Salleh lain, habis aje kerja, sampai aje apartment, terus masuk bilik, tak keluar dah. 

Sembang-sembang gitu ajelah, kebetulan pulak ada this one Indon yang dulunya kerja di resoran tuh for like a year, dia nak cari orang untuk jadi tukang masak kat restoran dia. Dia dah bukak restoran di Pittsburgh so dia datang cari kitaorang, nak pujuk kitaoranglah kalau-kalau nak kerja dengan dia. Muda lagi budaknya dah bukak restoran. Dia ada legal papers, dia dapat asylum. Kitaorang suruh Ari aje yang kerja di situ pasal Ari pandai masak, English pun hebat jugak, ada experience. Tapi Ari tak nak. Dia kata yang Cindy ada mintak dia kasi notis sebulan kalau dia nak berhenti kerja. Aku akui yang memanglah Ari nih orang penting di restoran tuh. Sebab Cindy sama laki dia harapkan pada Ari aje, semuanya. Diaorang tak reti English (Cindy ok jugaklah Englishnya tapi laki dia tak tahu apa langsung). So memanglah Ari jadi orang harapan, dia pandai cakap Cina, English, kerjanya pun semua boleh, memasak dan melayan orang datang makan. Gajinya pun besar. So Ari memanglah tak nak pindah kerja, buat sementara waktu ini. 

Mamat Indo tuh tanya aku kalau-kalau aku nak kerja dengan dia, aku kata aku tak reti masak. Lagipun baru dua hari kerja, takkan aku nak berhenti pulak. Fran memang tak nak sebab dia kata dia tak suka kerja restoran dah, walaupun dia nak cuba-cuba cari kerja sebagai waiter. Itu yang buat aku nak tergelak tuh pasal Fran nih ada jugak screw yang longgarnya, jenis yang gelak sorang-sorang masa kasi sample makanan. 

Hari tuh, masuk kerja pukul 10-30 am, dan restoran tutup pukul 6 petang. So kitaorang ada banyak jugaklah masa free. On the way naik ke apartment, aku nampak this one mat salleh tengah lepak kat lobby di lantai bawah, dia guna laptop. Aku terfikir, apa pasal guna laptop kat lobby, kan. Apa pasal tak guna kat bilik sendiri? So aku berani-beranikan diri, aku turun pergi tanya dia, kalau-kalau ada wireless signal kat bawah tuh. Dia kata ada, di kawasan lobby tuh memang ada signal. Free signal. Yang tak yah pakai password.

Aku apa lagi, kan? Rasa nak melompat aje. Terus aku naik masuk bilik, ambil laptop. So dapatlah aku uploadkan entries aku yang aku tulis offline. Lega rasanya hati bila dapat tahu yang aku tak payah susah-susah hati sebab tak dapat nak online. Walaupun aku tak ada masa, at least dapatlah nanti aku online sesejam di sebelah pagi dan sesejam di sebelah malam. Cukuplah tuh. Itupun dah kira bersyukur sesangat dah tuh. 

Malam tu jugak Ari ada masak soto, macam khendurilah sebelum Fran berhenti kerja. Ajak ketiga-tiga Mexicans tuh join sama makan. Sesambil tuh kitaorang sembang ajelah. Dan entah macamana agaknya, terbukak rahsia yang aku kenal Suki. Memang selama ini Fran pesan dengan aku supaya jangan beritahu sesiapa, Ari especially, yang aku kenal sesangat dengan Suki. Rahsia tuh terbukak masa Fran talipun Suki, dia ada termention nama aku, itu yang buat terbocor rahsia tuh. 

Macamana pun aku suspen jugak pasal nanti, bila Suki ada di sini, sure akan terbongkar pulak rahsia aku. Iyalah, masa aku mula-mula di sini dulu, aku ada buat cerita sikit pasal latarbelakang aku, adalah aku termengaku yang aku nih ada darah-darah Indo, yang aku nih ada keluarga di sana, yang aku nih pernah duduk di Indo. Tak jugak kot, pasal aku cuma kata yang aku duduk di Indo sampai aku belasan tahun aje, aku dah lupa dah semuanya tuh. Tengoklah macamana nanti aku nak kelentong diaorang. Aku kelentong ituhari bukan apa, aku takut aku nih macam tak diterima aje sebab aku orang luar, itu yang aku terpaksa mendarah Indo kan diri aku sesikit. Ituhari pun masa ada one Indon yang dah lama duduk Amerika nih, datang makan kat restoran tuh, Ari intoducekan aku sebagai orang Indo yang asalnya dari Jakarta. Masa tuh aku rasa nak gelak habis. 

"Enak nggak kerjanya, kamu bilang sih. Kalo nggak enak, aku bisa batalin tiket aku", Suki tanya aku on masa aku cakap kat dia melalui talipun. 

"Aku nggak tahu sih tapi aku udah 3 hari hari di sini. Rasanya bagei setahon", aku kata gitu sambil gelak-gelak. 

"Iya, mungkin bagi aku enak, bagi kamu sebaliknya. Mungkin aku nggah betah tapi kamu bisa kerasan (betah) sih", aku cakap gitu. Beliin aku peyek (tempeyek) dong, aku mahu 4 bungkus", aku pesan sama Suki bila dia tanya aku apa yang aku nak. 

Sebelum tidur tuh aku lepak ajelah, sambil menung-menung. Rasanya aku boleh bertahan kerja di situ. No, salah statement tuh.Aku kena bertahan, aku kena tahan-tahan kan lah kerja di situ. Aku kena kumpul duit. Kerja aku ok rasanya, Cindy tak ada cakap apa-apa pun dengan aku, rasanya dia puas hati dengan kerja aku. Aku tak ada buat silap apa pun dan kerja aku pun cepat. Terkejar sana terkejar sini. Too bad laki Cindy tak reti English, kalau tidak, aku rasa, sure dia dah puji aku kot. Sebab aku selalu jugak menyelamatkan keadaan. Kalau masa busy, akulah yang macam lipas kudung tolong sana sini. Dia macam orang bisu aje kerjanya, dia tak reti English. Aku, dalam tangan kira duit, satu tangan sediakan minuman, masih sempat lagi buat lawak dengan customers yang datang makan. 

Memanglah meletihkan kerjanya, 12 jam tak henti-henti gitu. Tapi, bila difikir balik, ke mana-mana pun aku kerja, I'll be doing the same shit. Itu yang aku dok fikir, kalau aku dah ada duit nanti, aku nak balik ke Philadephia, atau ke New York ajelah, cari kerja lain selain kerja restoran. Untuk masa ini, aku kena bertahan ajelah, sebab aku tak ada duit. Sesak nafas aku dibuatnya kalau tak ada duit gini nih. 

The Mall At Robinson, Pittsburgh

30072006


Aku anguk-anggukkan ajelah, terus amigo tuh tutup pintu bilik, supaya aku tak keluar dari bilik, supaya aku tak dengar diaorang buat projeklah kononnya. Eleh, kalau aku nak dengar, aku telekupkan aje gelas kat dinding, aku boleh dengar dengan jelas punya lah. Teringat masa student dulu, aku selalu buat gitu masa housemate aku budak Morocco yang selalu bawak Minah Salleh masuk bilik dia, aku telekupkan gelas kat dinding, lepas tuh dengar ajelah bunyi diaorang bertukang.

Hampir aku tertidur akhirnya bila Fran ketuk bilik aku, rupanya dia baru balik dari melilau di mall sepanjang hari. Dia ajak aku lepak kat bilik dia sambil sembang-sembang. Dia bengang sangat kat amigo tuh pasal selama sebulan dia di apartment (dia baru kerja sebulan), dia hari off nya sama dengan amigo tuh. Dan setiap minggu amigo tuh akan bawak awek tuh balik. Tak respect housemates langsung amigo tuh. Minah Salleh tuh pun sama, dia kerja sebagai tukang bersih di food court. 

Amigo tuh orangnya kira handsome, trendy, macam Antonio Banderas rupa dia. Kalau korang tengok, sure meleleh air liur lah, sure merembes punya dan kalau aku kata amigo tuh badannya sedap, nanti orang kata aku bapok pulak, kan? Tapi, memanglah amigo tuh dikategorikan buruan perempuan. Kalaulah amigo tuh di Hollywood, ada harapan jadi pelakun, ataupun orang terkenal. Too bad dia kerja jadi tukang masak jer. So sebab dia nih ada rupa, tak hairanlah kalau dia senang aje nak dapat awek untuk dientotin. 

Fran asyik ceritakan pasal ketidak-puas-hatian dia pasal kerja, pasal roomates, ada benda-benda yang remeh temeh dan ada benda-benda yang serius. Then dia katalah yang dia akan berhenti kerja 2 hb Ogos nanti. Terkejut jugak aku dibuatnya. Dia katalah yang dia ada urusan di Philadelphia, dia tak suka dengan amigo-amigo di rumah tuh, dia tak suka jugak dengan boss yang "pelit". Duit tips diambil bos, biasanya, di mana-mana, duit tips akan dikongsi ramai-ramai. Memanglah kitaorang dibayar gaji bulanan, tapi biasanya duit tips tuh dapatlah buat duit tambahan. 

So itulah antara reasons dia nak berhenti kerja, dia dah pun kasi notis sama bos. Aku rasa tak sedap jugak mendengarnya sebab dah lah awek Indon tuh nak berhenti esoknya, Isnin pulak Fran punya last day. Aku cuba-cuba jugak korek macam-maca info pasal keadaan kerja di situ. 

"Tapi kamu jangan khuatir, kerna temen kamu akan ke sini gantiian aku", dia kata gitu. 

"Temen aku?", aku tanya dia. 

"Kamu ni baik orangnya, kamu di Malaysia guru apa?", dia tanya aku. 

"Guru?", aku semakin tak faham. "Nggaklah, aku bukan guru", aku kata gitu. 

"Temen aku bilang dia kenal kamu, dia bilang kamu dulunya guru. Dia nanti yang gantiin aku", kata Fran. 

"Siapa?", aku tanya lagi. "Aku bukan guru. Ini pasti orang lain. Kamu salah orang pastinya", aku kata gitu sambil cuba-cuba mengingatkan sesiapa di Philadelphia yang aku kenal. 

"Kamu kenal Suki nggak?", dia tanya aku. Terus aku gelak. 

"Suki, aku kenal Suki, pernah kerja bareng. Temen gitu-gitu aja, sering ketemu di jalanan sih", aku kata gitu. Macamana pun, aku rasa nak tergelak sebab Suki nih dah lah tak reti English, dia tak pernah kerja restoran pulak tuh. Dulu, ada jugak dia cuba-cuba kerja restoran di Savanna, Georgia, tapi tak sampai tiga hari dia mintak berhenti. Lagi satu, Suki nih agak lembut sikit orangnya. Orangnya dah berumur, akhir 30an atau awal 40an, dan kawan-kawan dia yang aku tengok pun, semuanya jenis yang lembut-lembut. Lebih lembut dari dia. Tiba-tiba aku rasa kesian pulak, sure dia akan ada masalah nanti kalau kerja di food court tuh yang hendakkan orang yang kerjanya cepat. 

"Kamu bantuin Suki dong, ajarin dia gimana mahu kerja", kata Fran. 

"Iya, pastinya, dia temen aku sih, pasti aku ajarin temen aku", aku kata gitu. 

Lama jugaklah kitaorang sembang, Fran nih sebenarnya pernah kerja di klinik rawatan terapi di Chinatown Philadelphia, di tempat Yanti pernah kerja dulu. Dia pun pernah dengar pasal Yanti, walaupun dia tak kenal Yanti tuh sapa. Fran kenal Nani Pastel and a few others yang aku mentionedkan. 

"Kamu tenang aja, kerja di sini, jangan dipikirin masalah lain. Itu si Ari, dia baik orangnya, kesayangan juragan", kata Fran lagi. "Aku sebenarnya minggu pertama lagi udah mahu keluar tapi Ari yang tahan-tahanin aku. Sebulan aku di sini hidup aku menderita. Tersiksa. Jadi aku fikir, mending aku keluar ajalah", kata Fran. 

Aku tak berapa faham jugak apa yang buat dia menderitanya so aku tanyalah dia macam-macam. Dia kata dia tidur di lantai aje di bilik Ari pasal dia tak suka roomate dia amigo tuh, yang sekarang nih jadi roomate aku. Dia tak suka pasal amigo tuh hisap rokok, selalu bawak balik awek, berlagak. Tapi, so far, aku tengok, amigo tuh ok jer dengan aku. Aku tak rasa macam ada masalah, lagipun benda-benda gitu bagi aku, benda kecik sangat. Rupanya ada lagi orang yang lebih manja dari aku kat dunia nih sebenarnya. 

So malam tuh aku tidur awal jugak, dalam pukul 11 gitu. Memanglah sedih pasal tak ada internet connection, itupun puas aku cuba-cuba nak curi signal dar router orang, tapi semuanya pakai password. 

Hari pertama aku kerja, the first few hours tuh macam kekok aje. Iyalah, walaupun semuanya sama aje dengan tempat-tempat aku kerja dulu tapi caranya agak lain jugak. Kat mana nak ambil itu ini, kat mana nak simpan itu ini, apa nak buat next, apa yang kena buat. Semuanyalah. Dan yang buat aku nak pitamnya, kitaorang kena bergilir-gilir kasi sample makanan kat depan. Sabar jer lah. Tak habis dengan kasi sample kat food counter, kena berdiri pulak di depan sana tuh sambil hulurkan makanan kat orang yang lalu lalang. Dan bukannya sekejap pulak tuh, all the way dari pukul 12 tengahari sampailah 9 malam.

Nasib baiklah weekend tuh ada satu perempuan Cina nih yang buat kerja part-time, dia yang turut sama tukar-tukar kasi sample. Kalau tidak, memang parah dibuatnya. Malu itu satu hal, letih pun sama jugak. Bosan pun sama. So bila turn aku kena kasi sample, aku buat selamba ajelah. Aku tahu yang aku tak boleh lari dari tugas kasi sample tuh so aku tak nak lah fikir lelebih sangat. Aku buang kemaluan aku, aku bediri ajelah kasi sample makanan kat orang yang lalu lalang. 

Nasib baiklah bos aku jenis tak kisah kalau ada orang yang ambil sample bebanyak, atau datang berkali-kali rounds. Atau budak-budak yang mintak samples, atau orang yang memang jelas tak akan berhenti makan di restoran tuh. So aku pun tak kisah jugaklah, korang nak ambil sample makanan bebanyak, lantak koranglah. Korang nak datang ambil sample tuh berkali-keli pun, lantak koranglah. Kalau korang memang muka tak malu nak buat semua benda tuh, aku yang tukang kasi sample pun nak buat muka tak berkemaluan jugaklah nak layan korang. 

Lost In Transition


Pukul 3 aku dah sampai balik semula di Philadelphia, tak sampai dua jam aku di Chinatown New York rupanya. Memang aku tak pergi mana-mana pun, aku rasa itu kali pertama aku ke New York, tanpa keluar dari kawasan Chinatown. Tak ada semangat aku nak ke mana-mna, dah lah duit tak ada, aku bawak beg pulak tuh. Lagipun, aku kena balik ke Philadelphia secepat mungkin, aku nak check internet pasal tiket perjalanan ke tempat baru, nak check jugak pasal tempat yang bakal aku tuju itu, Robinson Township, dekat dengan Pittsburgh International Airport.

Sampai di rumah Yanti, bila aku on kan laptop, tak ada signal. Geram jugak aku pasal kalau aku tahu, sure aku singgah di library, on the way balik ke rumah Yanti tadinya. So aku tak ada pilihan lain, terpaksalah ke library. 

Sampai malam aku di library, sampai library tutup, pukul 9. Nasib baik masa aku dah sampai rumah, signal dah ada balik. Mungkin suami Yanti tahu yang aku ada di rumah, itu yang dia set kan cable modem tuh. Pak Yus pun tak sangka aku akan ada balik sebab bilik dikunci. Yanti dah tidur so tak adalah peluang aku nak cakap dengan dia, nak mintak duit barang sesepuluh dollar, buat tambah duit aku yang hanya cukup-cukup untuk tambang dan untuk beli jajan sepanjang perjalanan nanti. 

Pagi esoknya barulah aku berkesempatan bercakap dengan Yanti. "Aku nggak punya uang sih", sambil dia geleng-geleng kepala. "Aku baru aja masukkin dua ribu bikin tabungan mortgage, aku mahu beli rumah tahun depan", dia kata lagi. "Lagi aku harus bayarin kartu kredit, suamiku guna kartu kredit ku sampe lima, dia nggak bilang sama aku sih....blah blah...blah". Malas aku mendengarnya, teruslah aku kata, "Nggak apa-apa sih". 

Aku terfikir jugak, nak bawak semua barang aku atau nak bawak sikit aje barang, then aku pun berkemas lah. Lastnya aku buat keputusan bawak beg kecil ajelah. Laptop aku taruk dalam beg plastik aje. Sebab tak muat, nak taruk towel lagi. Itupun aku dah bawak barang seminimumnya, seluar 2 helai, baju 4 helai (aku tahu, di sana nanti aku tak pakai baju banyak sangat sebab sure pakai uniform). Barang-barang lain, toilettries, Quran, kain pelikat, semuanya tuh dah buat beg kecil aku sendat sesendatnya. 

Aku nih, biasalah kan, suka sangat mengadu. So aku mengadulah kat member-member yang blog/tagboard, yang aku rasa takut jugak nak pergi tempat yang jauh, sejam lebih west of Pittsburgh tuh, sebab aku tak ada duit. What if aku tak jumpa tokey restoran tuh? What if ada benda-benda lain terjadi, sebab aku nih biasalah kan, ke mana-mana aku pergi pasti akan ada suwey. Suwey siao lagih. Aku tak ada duit nak balik semula ke Philadelphia nanti. Haru nanti jadinya kalau aku homeless di tempat lain. Tak sanggup aku nak fikir semuanya tuh. 

So members chat suruh aku talipun tokey tuh, talipun Ari, confirmkan betul-betul. Selama ini, biasanya aku tak akan talipun dah, sebab semalamnya dah aku confirmkan. Biasanya aku akan terus aje pergi ke destinasi, sampai di sana baru talipun tokey suruh jemput aku di station. Tapi bila aku fikir balik, sebab tempat aku nak pergi tu pun agak jauh, lebih baik aku talipun lagi sekali, untuk kepastian. 

"Kamu beli tiket ke Cincinatti, Ohio aja. Di sono nanti kamu telpon nombor ini, nanti ada orang Indo datang jemput kamu", kata Ari. 

"Apa? Cincinatti? Ohio? Koq jauh banget sih, kelmaren janjinya di Pittsburgh, kenapa bisa jadi gini?', panik aku dibuatnya. 

"Nggak jauh, kurang lebih sejam perjalanan dari sini, kamu ke sono aja, juragan ada punya seafood restoran di sono", kata Ari lagi. 

"Nggak mahu aku kalo di Cincinatti, jauh sih. Benter aku check di internet", terus aku buka greyhound.com website. Alamak, 603 miles from Philadelphia. Tempat yang aku nak pergi tuh tak sampai 400 miles. Mana cukup duit tambang. "Benter aku telpon MakCik Jenny, agen kerja di New York tu, mau tanya dia kenapa", aku kata gitu. Terus aku talipun MakCik Jenny, tak ada yang jawab talipun sebab masa tuh baru sepuluh lebih, MakCik Jenny belum masuk office. Dekat pukul sebelas, after a few minutes of trying, barulah talipun dijawab, so terus aku cerita pada MakCik Jenny apa yang Ari beritahu aku. Then MakCik Jenny terus talipun tokey tuh, MakCik Jenny suruh aku pergi aje ke Ohio. Aku tak kata aku tak ada duit tapi aku kata aku tak nak. Sebab tempat tuh jauh. 

Tiga kali lepas menalipun Ari sama MakCik Jenny, barulah confirmed yang aku akan ke tempat yang dekat Pittsburgh tu. Aku pun terus bergegas ke Greyhound station. Dalam perjalanan ke subway aku rasa macam nak tergelak aje pasal aku, kalau orang tengok, sure orang akan ingat yang aku nih macam "penjual barang curian" yang selalu berkeliaran di mana-mana tuh. Diaorang biasanya bawak beg yang di dalamnya penuh dengan barang curian, laptop di taruk dalam plastic bag aje, lepas tuh diaorang akan jual murah kat siapa-siapa yang lalu lalang. Aku sebijik nampak macam tu, kat bahu ada satu beg, kemudian peluk plastic bag yang ada laptop. 

Dan aku terfikir yang aku, walaupun akan ke Pittsburgh, tapi besar kemungkinan aku akan disuruh ke Cincinatti, Ohio jugak nanti. What do I know pasal Cincinatti? 

Sampai di stesyen ngam-ngam pukul 12, bas ke Pittsburgh pukul 12-25 tengahari. Tiketnya $41, bererti aku ada a few dolars untuk beli air, beli biskut, beli jajan. Penuh bas yang destinasi terakhir ke St Louis tuh. Ada this one old guy yang muka orang Asia, duduk di sebelah aku. Orang Filipina gayanya. Masa dia mula naik bas tuh aku dah agak yang dia akan duduk sebelah aku sebab aku muka asing, lagipun muka aku nampak macam muka baik aje. Aku cuba-cuba tengok nama kat tiket dia, ada gaya-gaya nama orang Indo, cuma last name dia aje yang aku tak dapat baca dengan jelas. 

Then bila dia nak taruk one of his bags kat compartment di atas, aku terbaca kat bag tuh, ada tertulis, Soekarno-Hatta Jakarta International Airport. Sah lah memang orang Indo."Bapak mahu ke mana?", aku tanya dia. Terus dia gelak. "Koq kamu pun orang Indo?" dia tanya aku."Nggak, saya orang Malaysia tapi udah lama bercampur sama orang Indo jadi agak bisa berbahsa Indo sih", aku kata gitu. 

"Waduh, mantep sekali bahasa Indo kamu", kata dia. Then terus ajelah kitaorang bersembang. PakCik tuh baru 6 bulan datang ke Amerika, dia kerja di kilang dekat Pittsburgh. Dia turun ke Philadelphia sebab hantar bini dia yang balik ke Indo semalamnya. Di Philadelphia, dia ada sewa bilik jugak, kiranya dia kerja live-in lah di sana tuh. "Kenapa nggak kerja di Philly aja, bukan di Philly banyak kerja fabrik?", dia tanya aku bila aku kata aku tak ada kerja, itu yang aku terpaksa keluar dari kota.""Kerja di Philly nggak steady, kadang ada kadang di-"stay-home-in", kata dia. 

Then aku ceritalah pada dia kisah aku, cerita pasal aku yang masih belum begitu sure di mana akhirnya aku akan bekerja nanti. Lepas tuh dia ceritalah pasal kerja dia pulak. Kerja di kilang, ada lebihkurang 46 orang Indo semuanya, kebanyakannya orang gelap jugak, yang dah berumur macam dia pun ramai. Kerjanya 5 hari seminggu, 10-12 jam sehari. Gajinya 7 dollars sejam. Sabtu Ahad tak kerja. Duduk di motel (kena bayar $55 seminggu, selebihnya agent yang bayar) tapi masak sendiri. Nampak macam ok aje, bab kerja 5 hari seminggu itulah. Weekends tak kerja. 

Kepala aku pening sesikit so PakCik tu kasi aku panadol. Aku biasanya makan ubat sampai dua tiga bijik tapi malu lah aku nak mintak bebanyak. Then aku tidur ajelah. All the way sampai Harrisburg, ibu negerinya Pennsylvania. Tak lah besar bandarnya, bandar baru, banyak bangunan-bangunan kerajaan. Kitaorang turun, sambil-sambil hisap rokok. Perjalanan seterusnya ke Blue Mountain. Kawasan pergunungan, so lawa lah pemandangan, bayak ladang-ladang. Dan banyak betul terowong, panjang-panjang pulak tuh. Empat lima kali ganda panjang Genting Sempah yang kat Pahang tuh. 

"Gimana nanti kalo udah nyampe di Pittsburgh, kamu telpon teman kamu, tanya dia kalo ada lowongan. Aku ikut kamu aja lah", aku tanya PakCik tuh. Terdiam dia sekejap. Dia fikir agaknya. 

"Gimana kerjaan kamu nanti?", dia tanya aku. 

"Kerjaan itu belum begitu pasti. Lagipun mereka mahu aku ka Cincinatti. Aku nggak mahu, nggak punya uang", aku jawab gitu. 

"Kamu nggak punya persediaan sih. kamu nggak punya rice-cooker lagi", kata dia. "Nanti saya telpon ajen kalo masih ada lowongan kerna kelmaren dia ada turun Phila mahu cari orang kerja", Pak Cik tuh sambung lagi. "Tapi ajen mungkin bisa pinjamin kamu uang kalo dia benar-benar butuhkan pegawei. Nanti aku coba-coba telpon", aku semakin lega bia PakCik tuh cakap gitu. 

Tapi bila difikir balik yang aku nih tak ada duit, dan di sana nanti kena cari makan sendiri, kena bayar motel lagi, aku jadi takut. Ramai orang Indo pulak nanti, sure ada yang kutuk aku nanti tuh, iyalah being the only Malaysian kat situ nanti. Sure ada jenis yang otak kampung nanti tuh. Nanti tak pasal-pasal aje aku kena kutuk. Dulu pernah sekali masa aku kerja di satu kilang nih di Boston, ada satu awek Indo nih bila dapat tahu aku orang Malaysia, terus dia kata, "Aku nggak senang sama kamu orang Malaysia, pemerintahnya kejem amat". She was referring to news pasal Kerajaan Malaysia deported thousands and thousands of illegal Indonesians suatu masa dulu tuh. 

Dalam pada itu jugak aku ada terfikir apa plan aku seterusnya nanti ditakdirkan aku tak ada masalah di tempat kerja aku yang baru. Aku tahu yang aku pasti suatu hari nanti akan balik semula ke Philadelphia, untuk uruskan masalah akaun bank aku tuh. Aku dah berkira-kira, bila dah ada duit sebanyak mana, baru aku nak balik semula ke Philadelphia. 

So aku macam berangan-angan Mat Jenin lah sekejap. Walaupun aku tak rasa itu angan-angan, but more towards planning, tapi aku tetap fikir benda yang bagus-bagus aje. Aku nak save duit, aku tak nak belanja sesangat, aku tak nak ke mana-mana, aku kena buat betul-betul kali ini. Yer lah tuh. Aku nak buat macam orang-orang Indo yang lain. Apa pasal diaorang boleh bersusah-susah? Apa pasal aku tak boleh jadi macam diaorang? 

Aku terfikir jugak, kalaulah elok kerjanya nanti, dan tempatnya pun bagus, aku nak stay di situ ajelah sampai aku rasa betul-betul comfortable. Aku dah akan semakin jauh dari New York, dari Philadelphia, sure aku tak ke mana-mana nanti, kan? Dan kalau aku akan terus bekerja di dekat Pittsburgh tuh, paling jauh pun aku dapat pergi ke tempat Hector aje, jauhnya lebihkurang 3 jam setengah perjalanan melalui Greyhound. 

Sampai di Pittsburgh pukul 8 malam, bila PakCik Indo cuba talipun ajen dia, tak ada pulak orang yang jawab. Then aku katalah yang aku tak nak ikut dia pasal aku tak ada persediaan. "Bener sih, kamu nggak ada persediaan secukupnya. Di sono, kerja selama dua minggu belum ada penghasilan kerna gajian digantung selama 2 minggu. Minggu ketiga kerja baru dikasi gaji. Sewa motel perlu dibayar di minggu pertama. Kamu ambil aja nomor telpon ku, nanti kapan-kapan kamu telpon kalo kamu udah bersedia", dia kata gitu. "Untuk sementara, kamu kerja ajalah di restoran", PakCik tuh cakap lagi.

Betul jugak kata PakCik tuh, memang pun, aku tak ada duit, memang susah nanti. Aku pinjam cellphone PakCik tuh untuk menalipun Ari. Dia suruh aku tunggu di luar stesyen, bini tokey sama abang dia akan datang jemput aku dalam masa setengah jam. Adalah dalam sejam aku tunggu then aku nampak ada one Chinese couple yang laju aje jalan ke arah stesyen. Puas aku pandang-pandang diaorang, diaorang buat macam tak tahu aje. Bila aku angkat beg barulah perempuan tuh berhenti, dia tengok aku. Aku terus angguk-angukkan kepala. 

Dia tanya nama aku, aku jawablah. "You know Andy? You have '"home", dia tanya aku sambil tunjuk-tunjukkan handphone dia. "Yes Andy, I called him. (Andy = Ari). No I don't have a phone. Dalam hati aku kata, payahlah kalau macam nih, diaorang tak reti English. Tak bersalam apa pun dengan yang lelaki tuh, abang perempuan tuh. Diaorang terus bawak aku ke restoran, adalah sejam lebih perjalanannya. 

"You know cook? You know cut?", perempuan tuh tanya aku sambil buat-buat gaya orang potong sayur. Dia tak faham bila aku kata, "No I don't but I'm willing to learn". Kemudian aku tanya dia pasal restoran di Cincinatti, Ohio tuh. "I don't have money to get to Cincinatti", aku kata gitu. Dia tak faham tapi dia kata lah yang business partner dia di sana yang nak kan pekerja. 

Sampai di restoran tuh pukul 9-45 pm, dah nak tutup pun dah restoran tuh. Masa aku nak keluarkan barang dari kereta, aku tengok lelaki tuh asyik dok pandang aje kat aku yang peluk beg plastik, beg laptop aku. Entah apa yang dia cakap kat prempuan tuh tapi aku tahu dia cerita pasal aku sebab dari corner of my eyes, aku nampak dia menjuih-juihkan bibir dia ke arah aku sambil cakap something kat perempuan tuh. 

Sebenarnya tokey tuh ada dua restoran kat food court tuh, side by side. Memang pandai diaorang nih, bukak dua fast-food restaurants sekali. Bila aku sampai tuh, aku tengok kat dapur ada 3 Spanish guys, kat depan semua orang hulur tangan bersalaman dengan aku. 4 orang. 3 orang Indo (perempuan sorang) dan laki tokey tuh. Semuanya (except laki tokey) tanya aku memacam. Dari mana, Indonya di mana, dah berapa lama di Amerika, sebelum ini kerja di mana, apa pasal berhenti kerja. Pandailah aku kelentong yang bab dari mana tuh. Nak hidup, kan? Kalau aku mengaku aku orang Malaysia hundred percent, takut jugak nanti. 

Aku tengok, Ari ceritakan pada bini tokey apa yang dia tahu pasal aku. Ari jer yang pandai cakap Cina, kalau tak salah aku. Banyak perkataan "Malaysia" yang aku dengar. Then kat restoran sebelah lagi tuh, ada satu lagi orang Indo, dah tua gayanya tapi muka happy aje. Orang lucu gitu. Perempuan Indo tuh nak berhenti kerja Friday pasal dia nak balik ke New York, nak menguruskan asylum dia. 

Aku disuruh makan apa yang ada so cepat-cepat aku makan nasi sama spicy shrimp. Aku tengok kat counter food tuh memang banyak jenis makanan, ada lah dalam 15 macam. Bila restoran ditutup, Ari kata kat aku yang esoknya aku tak payah kerja dulu lah. Dia suruh aku berehat aje. One of the Indons tuh pun off jugak besoknya, dan one of the Mexicans yang di restoran satu lagi pun kebetulan off jugak. Dia suruh aku masuk kerja Saturday sebab awek Indo tuh dah tak ada dah that day. 

"Koq kecil amat tas (beg) kamu. Ini aja barang kamu?", Ari tanya aku. Sure diaorang ingat aku tak akan lama. Sure diaorang tahu yang dengan bawak beg kecil gitu, aku macam ada niat nak kerja sekejap aje. Biasanya kalau bawak beg besar, bawak banyak barang, itu tandanya nak stay lama kat situ. 

Kitaorang jalan kaki aje dari mall tuh ke apartment tempat tinggal kitaorang. Nasib baik tak duduk sama tokey. Lawa apartment tuh, dan for the very first time sejak aku di Amerika, barulah aku dapat rasa duduk kat tempat yang bagus jugak. Taklah macam dulu-dulu, macam Bangla duduk kat kongsi. Ini, aku dah rasa macam Mat Salleh-Mat Salleh lain, walaupun di kompleks apartment tuh aku tengok ramai Spanish-looking people. Kat living hall ada dua katil untuk dua orang Mexicans, aku disuruh duduk dengan this Mexican yang kerja di bahagian dapur, yang di restoran lagi satu tuh. Diaorang lain kat bilik lain, aku pun tak tahu ada berapa bilik yang lain. Rasanya ada one big room untuk diaorang berempat agaknya. Ataupun 2 small rooms. 

Bangun pagi, one of the Indons, Fran, dia panggil aku.Tanya aku kalau-kalau aku nak kerja jugak hari tuh untuk gantikan dia. Aku, walaupun dah lama bangun tapi aku belum mandi, belum gosok gigi pun. So aku katalah yang aku mula kerja besoknya ajelah pasal aku dah tak sempat nak bersiap. Aku lapar, fikir jugak apa nak dimakan, walaupun Ari ada suruh aku datang ke restoran kalau nak makan, tapi tak nak lah aku pasal aku belum pun mula kerja di situ. Aku nih kan ker jenis muka yang ada kemaluan?

Roomate aku Mexican tuh sedap aje tidurnya pasal dia pun off so aku pelan-pelan bersiap sebab nak keluar. Fran dah lama keluarnya, dia pergi sama Ari. Aku tengok Fran tuh muka dia macam muka orang ada masalah aje. Aku pergi ke mall tuh sorang-sorang, aku jalan lah dua tiga pusing kat tingkat bawah, kat tingkat atas. Memang lawa mallnya (The Mall At Robinson), teringat macam mall kat Inner Harbor Baltimore tempat food court aku kerja dulu tuh. Lebih kurang macam tuh. Macamana pun aku tak pergi ke food court pun, aku tak nak lah diaorang nampak aku. Aku beli kopi, beli biskut, beli USAToday then cari bangku. Sambil mengopi sambil baca paper. Aku terserempak jugak dengan Fran yang melilau-lilau aje di mall tuh. 

Baru pukul 11 lebih, apa aku nak buat? Lebih baik aku cari info macamana nak ke downtown Pittsburgh. Berbelah bagi jugak aku samada nak ke downton atau tidak pasal duit ada berapa dollars aje. Tapi apa yang aku nak buat kalau kat rumah? Kalau aku sorang-sorang ok jugak, bolehlah dengar lagu ker atau tengok tv. Tapi mamat Mexican tuh ada di rumah. 

So aku tunggu ajelah bas ke downtown, dalam perjalanan yang sejam lebih tuh, banyaklah kampung-kampung kecil di kawasan berbukit-bukit tuh yang dilalui. Lawa jugak sesetengah tempat tuh. Selebihnya biasa aje, macam kat kampung aje. Tak lah besar sangat Pittsburgh tapi bangunannya lawa-lawa, unik. Kat tepi sungai pulak tuh, jadi lawa lah keseluruhannya. Tak tahulah masa aku mula sampai Philadelphia dulu pun aku rasa Philadelphia tuh lawa. Lama-lama aku tak rasa Philadelphia tuh lawa. 

Aku jalan ajelah ikut kaki, ikut hati. Singgah kejap kat Market Square, ada free concert sama Farmers Market rupanya itu yang ramai orang. Cuaca pun panas, such a glorious day. Dua tiga kali pusing sana pusing sini barulah aku tanya orang arah ke Tourist Information Center. Terpaksa patah balik. Nasib baik library pun di kawasan dalam bandar so aku menapak ajelah dari Tourist Information Center ke library tuh. Dapatlah aku online dalam sejam kat library, tak buat apa pun, takat sejam apalah sangat onine activities yang dapat aku buat, kan? 

Aku cuba jugak nak buat library card tapi diaorang nak kan address aku, hendakkan ID alamat di Pittsburgh. So tak dapatlah. Tengoklah, kalau aku masih kerja di sini nanti, akan datang, aku nak bawak laptop aku lah, nak hunt for hot-spots. Mintak-mintak adalah hot-spots yang tak perlukan password, yang tak encrypted. 

Aku lapar so aku menyusur jalan nak cari tempat makan. Untuk makan malam jugak. Masuk this one Chinese restaurant, aku order shrimp fried-rice, makan ajelah kat situ sikit, selebihnya aku tapau bawak balik. Waktu nak balik, aku naik bas nombor lain, tapi memang mengarah ke kawasan mall tu jugak. Bila dah dekat sampai ke mall tempat aku nak turun (adalah a few orang yang turun) bas tuh terus pusing ke arah lain. Aku ingatkan bas tuh akan berhenti betul-betul di depan mall sebab masa aku tunggu bas itu tadinya right infront of the mall. Sah lah bas tuh tak ikut route itu, bas tuh hanya menurunkan penumpang kat main bus stop aje. I had no choice other than to just senyap aje lah, tunggu sampai ke stop yang terakhir, lepas tuh patah balik. Bila aku beritahu driver tuh yang aku nak balik semula ke mall, sebab I thought he was stopping right at the mall but he didn't, alih-alih dia marah aku. Puas aku mintak maaf, last-last dia kasi aku transfer ticket dan dia suruh aku tunggu bas lain sebab dia dah tak balik ke downtown. 

Nasib baik amigo roomate aku ada di apartment masa aku sampai tuh sebab aku tak ada kunci. Aku lepak kat bilik ajelah. Tak lama lepas tuh amigo tuh keluar, then a few minutes later dia balik. Dia bawak perempuan, budak lagi gayanya, Minah Salleh. Ini sure nak buat projek nih, kata aku dalam hati. Memang pun, tak lama lepas tuh amigo tuh masuk bilik. "Hey man, I want to sex", dia kata gitu sambil kasi sign language macam orang nak konket. Ibu jari sama jari telunjuk di tangan kiri dibulatkan, lepas tuh jari telunjuk di tangan kanan di rodok-rodokkan (bahasa loghat mana ni hah? loghat Kelantan? Trengganu?) ke dalam bulatan jari tuh.

Yang aku kasik details sangat nih apa pasal? Macam lah orang tak faham.