Thursday, September 27, 2012

Day Of Thunder

13042006


Terasa malas yang teramat sangat aku nak bangun pagi Isnin tuh, hari pertama kerja. Barang yang aku nak bawak pergi pun aku tak kemas. Dah dekat pukul 9 barulah aku kelam kabut buat apa yang patut. Aku bawak dua beg kecil aje, bawak apa yang perlu aje. Bila-bila nanti aku boleh bawak barang yang selebihnya. Untuk sementara, aku akan tinggalkan di rumah Yanti aje lah. Aku tak berkesempatan nak beritahu Yanti yang aku nak blah, diaorang masih tidur lagi masa aku keluar tuh. Yanti dah tahu aku mula kerja Monday so aku harap dia tak kecik hati yang aku pergi senyap-senyap. Tak apalah, senang-senang nanti aku talipun dia.

Aku pergi ke kedai runcit Indo untuk beli makanan buat bekalan, aku beli sayur nangka sama sambal tumis udang/petai. Tak sampai sejam pun perjalanan ke kedai/deli tempat aku nak kerja tuh sebenarnya, cuma terpaksa tukar train aje, dari subway, naik surface trolley. Itu yang buat buang masa sikit tuh. 

Aku tahu aku mula kerja pukul 11-30 pagi tapi aku sampai sejam lebih awal sebab aku cadangnya nak kemas-kemas bilik tempat aku nak duduk tuh, nak check kalau-kalau ada internet connection pun jugak. Tapi bila aku sampai aje, Michael terus suruh aku taruk beg aku di setor. Dan terus dia suruh aku sapu lantai. Pundek! Menyesal aku datang awal. 

Dah tuh kena mop lantai pulak. Yang buat payahnya, deli tuh walaupun luas tapi banyak pintu, dan setiap kali keluar masuk, pintu kena dikunci. Iyalah, kawasan yang penduduknya 95 % orang hitam, kawasan ghetto. Itu yang kena jaga betul-betul keselamatan. 

Macam-macam kerja lah yang aku disuruh buat lepas tuh, aku ikut aje. Susun minuman, punggah barang, kemas basement, bersihkan dinding, semuanyalah. Satu persatu. Aku buat aje. Kadang tuh bila ada orang order makanan, aku diajar cara-cara nak masak/sediakan. Makanan simple aje, hoagies, sandwich, burger, cheese-steak, chicken wing, chicken rings, scallop. Makanan-makanan gitu. Banyak lagi lah benda-benda seafood lainnya sampai naik pening aku tengok menunya. Aku buat aje lah apa yang patut. Disuruh kupas bawang, aku kupas. Berair jer mata, sambil-sambil tuh aku fikir, ini syok nih kalau aku tulis blog, banyak nak diceritakan. "Perfect", kata bini Michael yang after a few minutes asyik dok mengecheck kerja aku. 

Tak habis lagi satu kerja, bini Michael suruh bersihkan bahagian depan pulak pasal orang hitam memang kurang asam sikit, buang sampah merata-rata. Dalam berjaga-jaga tuh, tengah bukak pintu besi sebab tak nak kasi bising sebab ada customers tengah beli barang, jari aku tersepit. Luka. Tak sempat darah kering, disuruh pulak sediakan chicken wings. Elok sangatlah tuh, nak gaul garam, pepper, msg, bunda-benda tuh semua, kena cucuk dengan wings ayam tu pun satu hal. Tak apalah, tak ada orang terperasan. 

Di sebelah petang, Michael keluar beli barang, tinggal aku dengan bini dia aje di kedai. Perempuan, biasalah kan. Nak itu ini bersih. Cerewet jugak bini Michael tuh. "I don't ask you to take onions, don't take onions!", dia kata gitu kat aku bila aku terambil bawang yang aku dah potong kecil-kecil, bila ada orang nak order chicken cheese-steak. Aku rasa ayat tuh tak patut dia cakap pun, aku walaupun rasa bengang tapi aku buat tak tahu aje. First day, takkan benda-benda gitu pun nak dilayan sangat. Macamana pun, bini Michael terperasan agaknya yang dia cakap kasar, dia pandang muka aku, nak tengok reaksi aku. Lepas tuh terus dia cakap lembut jer, beralas jer, puji-puji lagi aku kata aku cepat dapat tangkap apa yang diajar. 

Walaupun banyak dan bermacam-macam jenis kerja yang kena buat tapi aku ikut aje apa yang disuruh, tak terasa pun masa berjalan. Apa yang aku fikir, cepatlah waktu berlalu sebab rasa tak sanggup nak habiskan minggu pertama aku. Walaupun rasa sedih semacam tapi aku tahu, nanti, suatu masa nanti, aku akan gelakkan aje bila teringat cerita (atau baca blog entry) pasal my first day kerja kat deli nih. 

Tengah-tengah kerja tuh aku pun selalu teringatkan Nadi, teringatkan SiKontol most of the time. Aku boleh agak-agak diaorang tengah buat apa masa tuh. Then aku terfikir, apa pasal aku sanggup tinggalkan member baik macam SiKontol tuh. Aku miss nak buat lawak dengan dia, aku miss sembang-sembang dengan dia. Aku miss the laughter we had. Most importantly aku miss his friendship, bukan senang nak cari orang macam dia. Then aku teringat pasal Subardi. Laaa, memang patut sesangatlah aku berhenti kerja dulu tuh, sebab aku tak suka Subardi. 

Biarlah aku susah cara lain daripada aku tetap kerja di sana, duduk sebilik dengan dia. At least di sini tak ada orang macam dia, aku hanya kerja sama Michael sama bini dia aje. Kalau aku ke Philadelphia ke rumah Yanti nanti pun, aku boleh pilih sapa yang aku nak buat baik with, kalau kerja restoran, memang tak ada pilihan lain orang yang nak dibuat kawan. 

Macamana pun, aku rasa buat masa ini (selain dari Yanti sekeluarga) aku tak nak lah berurusan dengan orang Indo buat sementara waktu, aku nak bersendiri-sendiri ajelah dulu. 

Satu demi satu kerja yang disuruh aku buat, semuanya aku buat. Satu demi satu kerja yang diajar, semuanya aku pelajari. Memang banyak benda yang harus aku ingat, memang banyak kena guna otak, nak memorize itu ini. Compared dengan kerja kat restoran Pak Tua dulu tuh, that was nothing. 

"Take your time, don't rush, do it slowly, we have plenty of time", selalu Michael kata gitu bila tengok aku buat kerja cepat-cepat. "You'll sleep well tonight", dia kata gitu, sebab dia tahu aku keletihan banyak buat kerja. 

Pukul 12-30 pagi baru aku naik masuk ke bilik aku, bererti aku kerja selama 14 freaking hours on my first day. Terus aku buka laptop, cuba-cuba tengok kalau ada internet connection, manalah tahu ada jiran-jiran yang guna wireless connection, bolehlah aku menumpang sekaki. Tak ada. I'm not at all surprised, memang aku dah agak. 

So aku tidur ajelah. Dan memang lena pun aku tidur malam tuh. 

Day 2.

Pukul 11-15 am baru aku turun ke bawah, terus aku buat kopi, makan nasi, lauk yang aku beli semalamnya tuh aku dah agak-agak boleh tahan for 2 more days. Lepas tuh barulah aku buat kerja menyapu lantai, mop. Susun minuman. Nasib baik tak ada kena mengangkat kotak-kotak minuman macam semalamnya tuh. Then aku diajar buat steak-roll, disuruh sediakan scallop, diajar sediakan makanan lain jugak. 

Michael keluar untuk beli barang so aku dengan bini dia ajelah yang tinggal. Aku anggukkan aje apa yang bini dia ajar aku, kebanyakannya benda-benda yang remeh aje. Sepanjang dia tunjuk aku macamana cara nak potong itu ini, bagaimana cara nak tuang itu ini, macamana cara nak pegang itu ini, semuanya tuh, aku dok fikir, alangkah cerewetnya perempuan sorang nih. For fuck sake, aku bukannya orang gaji, aku bukannya house keeper. Macamana pun aku tetap maintain aku punya kecoolnesssan aku, dan aku dapat agak yang dia tuh sebenarnya tak adalah cerewet sangat, memang perempuan sifatnya gitu kot. Perempuan Cina pulak tuh. Perempuan Kemboja pulak tuh. Mungkin sebab English dia kurang baik, itu yang nampak cara dia cakap memang kasar. Aku akui itu tuh so aku tak nak lah ambik hati sangat dengan apa yang dia kata. 

Aku dapat agak yang dia suka, dia puas hati dengan kerja aku sebab a few times dia gelak-gelak sama aku, a few times dia kata aku bagus, a few times dia suruh aku rileks-rileks sebab aku terus buat kerja tak henti-henti. Tak ada kerja yang disuruh, aku cari-cari buat kerja lain. Aku bersihkan itu ini, aku lap sana sini, aku sapu sana sini. Aku susun itu ini. Sampai terjatuh botol pencuci, sampai patah tangkal botol tuh. That was my only mistake. "I'll get a new one to replace this", aku kata kat dia. Dia gelak. Sajalah aku sindir, manalah tahu kalau aku pecahkan sesuatu, rosakkan sesuatu, aku kena ganti balik, kan? 

Aku dah tahu Michael punya schedule kerja sebenarnya, dia buka kedai pukul 9-30 pagi. Then bini dia turun dalam pukul 1 gitu, then Michael akan keluar untuk beli barang, balik pun dalam pukul 6 petang gitu. Then dia tidur for like 3 hours. Pukul 9 baru dia turun, dan dalam pukul 10 gitu bini dia akan naik ke atas sama anak-anak diaorang. Dan Michael akan tutup kedai dalam pukul 1-30 to 2 am. Setiap hari gitulah routinenya. Memanglah diaorang kerja setiap hari, 7 days a week, tapi tak adalah sampai dua tiga belas jam macam aku.

"I hope you'll work here longer", kata Michael kat aku malam tuh. Bini dia dengar jer. "If you work longer, I'll give you a raise", dia kata lagi. Aku diam aje lah, cuma aku terfikir, aku baru dua hari kerja, aku tak tahu samada aku boleh tahan kerja di sini. Boleh sebenarnya tapi aku nih memang tak percaya diri sendiri. Aku tak nak janjilah selama mana aku nak kerja di sini, nanti janji makan tuan. Macamana pun, I'm not giving much hope yang aku akan kerja lama di sini.

Payah, sebab aku sorang-sorang, aku kalau sengsorang gini, aku selalu buat keputusan ikut suka hati. Tak ada orang yang nak halang aku, nak kasi advice. Lagipun aku dekat dengan Philadelphia, biasanya kalau aku tak suka, aku berhenti kerja dan balik ke Philadelphia. Tengoklah macamana nanti. Internet pun tak ada, itu yang buat kacaunya tuh. 

Aku terfikir jugak, aku even ada tanya Michael, siapa yang kerja di situ sebelum aku. Michael kata tak ada orang pun. Aku tak percaya, takkanlah selama ini diaorang berdua aje yang handle semuanya tuh, sure ada orang lain. Lagipun, ituhari masa aku mula jumpa Michael, macam-macam dia kata kat aku, nasihat aku, jangan buat itu ini, jangan simpan masalah dalam hati, jangan blah gitu aje kalau nak berhenti kerja, jangan tak dengar cakap. Pendek kata, macam dia mengrefer kat seseorang, macam thru' experience jer dia cakap tuh. 

So aku rasa, memang sebelum aku masuk kerja, ada orang lain yang kerja di sini. So aku memang nak tahu sangat apa pasal diaorang berhenti, walaupun aku boleh agak yang kalau ada orang sebelum aku, sure diaorang berhenti kerja samada pasal waktu kerjanya yang panjang, banyak kerja, kerjanya susah, atau pun mungkin tak suka dengan Michael atau bini dia sebab cerewet. Salah satu dari sebab-sebab itu lah agaknya. 

"Oooo you have a new guy!", "Everytime I turn around you get a new guy" "Where's that guy, you fired him too?", "You keep getting new faces, give them a chance". Selalu sangat aku dengar ayat-ayat gitu dari customers so aku conclude yang sebelum ini memang selalu, memang ramai orang yang keluar masuk kerja di sini. Samada diaorang berhenti kerja atau diberhentikan, itu aku tak tahu.

No End And No Beginning


08042006

Rasa tak bebas pulak duduk kat rumah Yanti tuh sebenarnya sebab Will suami dia tuh senyap sangat orangnya, dia selalu ada di rumah. Dia kerja 4 days a week macam Yanti jugak, cuma berlainan hari. Kebetulan weekends dia tak kerja, so dia dok melepak kat rumah aje kerjanya, sambil main games, tengok tv. Itu ajelah kerjanya sepanjang hari. Tak keluar ke mana-mana. 

Yanti ada beritahu aku yang Will dah berhenti minum arak pasal dia selalu sakit-sakit, kakinya bengkak-bengkak, jalan pun terhencut-hencut. So sebab rasa tak sedap jer di rumah, pagi-pagi lagi aku dah keluar, Jumaat tuh. Pergi breakfast kat Dunkin Donut. Sesekali dua aku talipun Michael, my new boss , tapi tak ada jawap. Awal sangat kot, so aku tunggu sampai 12 lebih baru aku call semula. Dia kasi address dia, so aku janji nak jumpa dia dalam pukul 2 gitu, sebab aku nak pergi Sembahyang Jumaat. 

Mengerikan jugak naik trolley/subway arah ke kedai Michael tuh sebab semua penumpangnya orang hitam. Bersesak-sesak. Aku sorang jer bukan gagak. Memang aku dah agak yang kedai dia tuh di kawasan orang hitam. Lama jugaklah aku tunggu Michael kat kedai dia tuh, dia keluar pergi beli barang. Bini dia tanya aku sikit-sikit, kira oklah English bini dia tuh. First time tengok, memang sunyi sepi jer kedai tuh. Yang datang beli pun takat beli air tin, beli jajan. Dalam hati aku kata, harus bosan aku nanti kalau tak ada kerja sangat yang nak dibuat.

Bagus gayanya Michael tuh, baik orangnya, dia tanya aku kalau aku suka buat kerja-kerja kat kedai gitu, bersihkan kedai, masak, dan tolong dia laki bini handle semuanya. Dia suruh aku kerja dalam seseminggu dua, kalau aku tak suka dia terpaksa cari orang lain sebagai ganti. Then aku cakaplah yang I need his help untuk jadikan aku suka kerja di situ.

"Wherever you go, you'll be doing the same thing, it's all in your head", aku kata gitu. Basically kerjanya tak lah berat, bersih-bersihkan kedai, susun makanan dan minuman, angkat-angkat barang, masak /goreng makanan, dan akhirnya nanti jaga counter. Cuma waktu kerjanya yang panjang sangat, itu yang buat lemah sikit tuh. Kedai tuh buka dari jam 10 pagi sampai 1 pagi besoknya. Weekends, sampai 2 pagi besoknya. Macamana pun, Michael kata yang waktu kerja aku mulai dari 11-30 pagi sampai 12 tengah malam. Macamana pun aku tahu, walaupun kerjanya 12 jam setengah, aku pastinya akan kerja lebih lama dari itu, sebab takkanlah aku nak blah gitu aje sedangkan kedai masih dibuka. Lagipun aku orang baru, aku kena tunjukkan yang aku nih boleh buat apa yang disuruh. Aku kena dapatkan kepercayaan diaorang. Kalau diaorang dah percaya nanti, senanglah sikit kerja aku. 

Then Michael tanya aku macamana dengan tempat tinggal, aku nak berulang alik pergi kerja atau aku nak tinggal di situ. Dia tak berapa setuju kalau aku berulang alik pergi kerja, sebab kawasan tuh kawasan orang hitam, memang bahaya. Lagipun, aku tahu yang kalau aku berulang alik, aku sure kena blah at 12 midnight sebab trolley/bas terakhir ke Philadelphia pukul 12-10 am. Sure dia tak boleh suruh aku stay up sampai kedai tutup, kan? 

Then aku pura-pura tanya dia kalau-kalau dia ada bilik kosong (aku tahu dia ada bilik kosong, MakCik Jenny dah cakap kat aku), bolehlah aku tidur di situ. So dia tunjukkan aku satu bilik kosong di tingkat atas, kira macam share dengan keluarga dia lah. Sebelah tuh bilik anak dia yang umur 11 tahun, sorang lagi anak dia umur 5 tahun. Aku tengok, simple aje apartment diaorang tuh, tonggang langgang semuanya. Tengok gayanya, kalau tornado, bukan takat bumbung tercabut, foundationnya sekali kot. Buruk sangat rumah kedai tuh. Iyalah, rumah kat kawasan black neighborhood. Black neighborhood yang miskin. Yang tersangatlah miskin. 

So aku setuju untuk tinggal di situ, at least aku dapat save duit dari terpaksa bayar sewa kat rumah Yanti, dapat jimat duit tambang naik subway, dan most importantly, aku dapat jimat waktu. Dah lah aku kerjanya 12 jam lebih, kan? 

Then Michael tanya aku ugama apa, sebab setahu dia orang Islam tak makan babi. Dia ingat tak boleh makan babi aje. Then cepat-cepatlah aku kata yang dia jangan bimbang pasal makan minum aku, aku akan sediakan sendiri, aku akan masak sendiri. Aku akan urus sendiri. Setakat nasi tuh memanglah aku nak diaorang sediakan, lauknya aku goreng telur ker, ikan ker, benda-benda simple gituh. Aku boleh makan roti aje, ataupun fries. Ataupun mee segera. 

Ada dekat 3 jam aku di kedai Michael tuh, dia tunjukkan apa yang harus aku buat, apa yang harus aku belajar dulu. Dia kata dalam masa sebulan baru aku boleh handle semuanya kot, masak/goreng, hafal nama-nama minuman (berpuluh jenis minuman ada dijual, mengalahkan WalMart lagih), dan last sekali nanti, jaga counter. Then Michael suruh aku datang balik Monday, bawak barang apa yang patut.

Dari kedai Michael tuh terus ajelah aku balik ke rumah Yanti and spent the rest of the night online. 

It rained the whole day Saturday tapi aku tetap nak keluar jugak. Bosan aku di rumah aje, dahlah minggu depan terpaksa kerja, lagipun itulah Saturday yang pertama aku tak kerja, dalam masa setahun lebih. Nanti dah kerja, tak akan dapat aku nak menikmati weekends balik semula pasal off aku samada Monday atau Tuesday. Yanti suruh aku belikan dia daun jeruk purut (daun limau purut) kat kedai orang Vietnam so aku redah ajelah hujan yang lebat tuh. Lenjun (eh, lenjun ker lenjan nih?) aku dibuatnya. 

Tak lama sembang dengan Yanti (bosan aku mendengar cerita pasal anak dia Ara yang kerjanya bagus tapi tak pernah ada duit, tak pernah nak kasi Yanti duit), aku pun keluar semula. Aku nak tengok wayang sebenarnya so aku menapak lah ke Ritz 5. Aku tengok Sophie Scholl, kalau tak salah aku filem ini dulu dinominated for Oscar for Best Foreign Language Film. Cerita German, kisah masa zaman Hitler dulu. 

Walaupun hujan masih lebat, aku buat selamba jer menapak ke satu restoran Mexican, a few blocks dari panggung tuh. Tak adalah ramai orang so aku masuk ajelah. Rasanya itu pertama kali aku dine in kat Mexican Restaurant. Bosanlah kalau makan nasi aje siang malam, kan? 

Aku rasa macam tak tenteram jer, rasa macam gelabah jer bila mengingatkan yang Monday aku dah kena kerja balik. Akan sorang-sorang jer aku nanti, macamana aku nak habiskan waktu 12 jam setengah sehari tu nanti? Aku off pun nanti minggu satu lagi. Kecut perut bila difikirkan. Aku tahu fikiran aku tak tenang, I have to do something. Aku sedar yang aku dah lama tak baca Quran. Walaupun aku masih menangguhkan nak baca, aku janji pada diri aku yang aku start kerja nanti, aku dah duduk di sana nanti, aku akan selalu baca Quran. Aku janji tuh. Biar hati aku tenang, biar kepala aku tak fikir benda yang bukan-bukan. Biar aku tahu yang aku nih siapa. Biar aku sedar yang aku nih siapa. Orang lain berlambak lagi yang susahnya dari aku, orang lain berlambak lagi seksanya hidup dari aku, biar aku sadar hakikat tuh. 

Itulah, dulu dah elok-elok ada kawan baik, aku blah, aku berhenti kerja. Sekarang biar aku rasa, hidup terkontang-kanting sendiri. Tak ke mana perginya, tak ada hujung pangkalnya lah. 

Sunday cuaca elok, panas. Pagi-pagi lagi sebelum aku keluar, Yanti dah mintak pinjam duit. Nak bayar apa pun aku tak tahu, dia nak pinjam $50. Aku kasi ajelah. Kira burn aje lah tuh. Tapi sepanjang jalan tadi tuh aku dok fikir jugak, dalam 6 hari aku di rumah dia, dah $200 lebih duit aku kasi kat dia. Mula aku kasi seratus, then duit upah mengurut aku $30, dia pinjam $50, duit yang aku kasi kat Ita, more than 30 dollars semuanya, itupun dia ambil (what Ita told me), so peliklah jugak aku, dia buat apa dengan duit tuh. Macamana kalau aku tak ada, kat siapa dia pinjam duit? 

Entahlah, nasib baik jugak aku tak jadi duduk di rumah dia, walaupun aku tahu bila aku off nanti, aku akan balik ke rumah dia jugak. Sekali seminggu. 

Lepas breakfast kat Chinatown, aku pusing-pusing aje lah, dua tiga rounds aku buat gitu. Last-last jumpa jugak orang yang aku kenal. Sembanglah sekejap. Tengah sembang, jumpa lagi orang Indo lain. Sebab dia nih single, dan tak ada plan lain, aku ajak dia pergi makan. Mulanya nak makan kat Penang tapi ramai orang, melilau sekejap cari satu lagi restoran Malaysia yang baru bukak (nama aje lah Malaysian restaurant) tapi tak jumpa. So dia ajak ke Restoran Indonesia yang tersergam indah kat Chinatown tuh. Aku belum pernah masuk restoran tuh sebab ramai yang kata restoran tuh makanan dia tak sedap, mahal pulak tuh. 

Memang kosong pun restoran tuh masa kitaorang masuk, masa nak keluar tuh barulah ada aku tengok dua orang datang. Tapi dia punya decor kat restoran tuh hebat jugak, memang kelas. Lontongnya mentah, kuah lontongnya masin yang teramat, tapi aku tak komplen sebab kesian kat waiter tuh, dia asyik dok sembang dengan kitaorang jer kerjanya.

Lepas pada tuh terus aku pergi ke main library, aku spent the whole afternoon kat library aje lah. Aku balik ke rumah pun awal jugak, nak kena tulis entry, lagipun nak rileks-rileks lah, esok aku dah start kerja. Nak kemas-kemas barang sesikit, aku nak bawak dua beg kecil aje rasanya, selebihnya tinggalkan kat rumah Yanti nih. 

Welcome To The Hood


Baru dua hari aku tak kerja aku dah rasa tak sedap hati aje. Duit pun dah banyak keluarnya. Tak sedar jer. Dua tiga puluh dollars ke sini, dua tiga puluh dollars ke sana, sedar-sedar duit aku dah tinggal sikit. Memang tak banyak duit pun, setakat untuk survive sesebulan dua kalau tak kerja tuh masih ok. 

Tapi aku tak nak lah tunggu sampai betul-betul terdesak, nanti susah sendiri. Malas rasanya nak ikut kerja kilang/warehouse sama orang Indo di sini, aku dah lama tinggalkan Philadelphia, dah rasa macam terasing aje dah. Dah tak ada kawan sangat dah. Lagipun, nanti kalau ikut sama orang Indo, kena ikut cara diaorang pulak, bosan teramat aku dengan cara diaorang nih. Kalau boleh aku nak cari kerja yang tak ada orang Indo, biar aku sorang-sorang. Samada kerja restoran atau kerja kat kedai. 

Dan aku harus ke New York, aku nak daftar nama dengan MakCik Jenny, entah-entah ada kerja yang sesuai untuk aku nanti. Semalam tuh aku sengaja tak singgah kat tempat dia sebab aku tak nak lah dia terus aku pergi kerja. Iyalah kan, dia pun business jugak, sure dia nak aku terus aje ambil apa-apa kerja yang sesuai. 

Dah nak tengahari dah masa aku sampai New York tuh, terus aku ke tempat Ping-Ping, aku tengok tempatnya dah lain macam jer, dah tak ada orang Indo lepak-lepak, infact tempat tuh sunyi jer. Aku tanyalah amoi yang 3 orang yang jaga counter tuh, diaorang kata Ping-Ping dah balik Malaysia.

Aku terus ke tempat ajent kerja yang lain, Malaysians jugak, a few blocks away dari situ. Pelik jugak aku sebab sunyi sepi jer semua tempat tuh, tak ada orang pun yang datang cari kerja. Biasanya memang ramai Indonesians yang lepak kat situ. Berlambak-lambak kerja restoran, dari kerja tukang cuci pinggan, kitchen helper, sampailah kerja waiting tables. Restoran Cina, restoran Jepun. Kerja kedai laundry pun ada. Aku cuba-cuba tanya kalau-kalau ada kerja di New York City yang live in, yang tokeynya sediakan tempat tinggal. Kat tengah-tengah kota New York tak ada, semuanya tak sediakan tempat tinggal, yang ada pun, dalam sejam dua di luar New York City. I almost took this one job kat Long Island tapi bila aku tahu yang ada dua orang Indo kerja di situ, terus tak jadi. 

Then aku pergi kat agent yang lagi satu, Mei-Mei, dialah yang rekomen aku kerja dengan Pak Tua dulu tuh. Dia masih ingat aku sebenarnya, ingat-ingat lupa. Aku tak lah lama kat situ sebab ada a few Indonesians tengah sibuk tanya itu tanya ini kat dia. Kat tempat Mei-Mei tuh semuanya kerja restoran, tak ada pun kerja-kerja lain. Then aku pergi ke tempat Makcik Jenny, dia tengah makan, tak ada orang pun di tempat dia tuh. Aku tanyalah pasal Ping-Ping, dia kata Ping-Ping dah lama jugak balik Malaysia. "Dia kaya, dia banyak harta, suami dia sudah jadi olang busat (orang besar)", kata MakCik Jenny. 

Sambil sembang-sembang tuh aku tengoklah iklan-iklan yang ada, semuanya kerja di luar NYC. Rasa malas dah aku nak berpindah randah, itu yang aku tanya MakCik Jenny kalau-kalau ada kerja, apa-apa kerja lah yang di Philadelphia. Dia beritahu aku ada satu kerja di kedai orang Cina Kemboja, kedai makanan/minuman, bukannya take-out restaurant, more like fish 'n chip shop jer. Tapi bukan di Philadelphia city center, lebihkurang sejam perjalanan . Diaorang nak kan one helper sebab kedai tuh husband and wife jer yang handle. Gajinya sama dengan gaji yang aku dapat masa kerja sama Pak Tua dulu tuh. Ada disediakan bilik kalau aku nak tinggal di situ, tapi kalau aku nak berulang-alik, boleh jugak. 

So aku tak fikir lebih-lebih, terus aku suruh MakCik Jenny talipun tokey kedai tuh. MakCik Jenny lupa agaknya, so dia tanya aku, aku nih Malaysian ker Indonesian. Sebab dia lupa, aku katalah yang aku nih Indonesian. Then dia kata, baik aku mengaku aku Malaysian sebab Michael, tuanpunya kedai tuh suka Malaysians more than dia suka Indonesians. Then MakCik Jenny pass kan talipun kat aku, ok jugak bunyinya Michael tuh, berkali-kali aku kata kat dia yang aku Malaysian tapi bukan Cina Malaysia. So basically Michael nak ambil aku kerja di tempat dia, tapi dia nak jumpa aku dulu, nak discuss a few things. 

MakCik Jenny suruh aku ambil kerja tu aje, dia suruh aku kerja rajin-rajin sebab Michael tuh baik orangnya. Then aku kasi dia $50, walaupun harga sebenarnya $40 aje. $10 tuh duit kopi. MakCik Jenny siap beritahu ada one Chinese guy yang kat situ yang aku kasi dia duit kopi. Aku masih ada banyak masa nak meronda kat belah-belah Uptown. So aku jalan ajelah sekitaran Chinatown tuh, menuju subway station untuk ke Uptown (Upper Manhattan). 

On the way tuh sempatlah aku singgah kat Skyway Restaurant, (Restoran Malaysia) makan roti canai aje dua keping. Aku cakap Melayu aje tapi sorang pun tak faham, then aku tanyalah mana perginya AhSo yang dulunya tuh? Diaorang kata AhSo tuh dah bukak restoran baru di Bronx. 

The rest of the day aku spent masa merayau-rayau kat area Times Square tu aje lah, entah apa yang aku nak tengoknya pun aku tak tahu. Aku pulak, jalannya laju jer, tak ada macam tourist pun yang jalan sekejap, berhenti, then jalan lagi. Aku, aku jalan laju jer, macamlah ada tempat yang nak dituju. 

Dah bosan, aku balik semula ke Chinatown, ambil bas pukul 5 ke Philadelphia. Then aku turun kat kawasan yang ramai orang Indo tuh, adalah dalam satu km dari rumah Yanti. Tapi sebab kawasan perumahan, tak ada lah rasa macam jauh, a few blocks away jer rasanya. Adalah jumpa dengan tiga empat orang yang aku kenal, terserempak dengan Mukhlis (yang pinjam duit aku dulu tuh) yang tengah nak hantar jualan tempeyek dia ke kedai. Jumpa jugak Cik Ina yang banyak rumah sewa tuh, yang aku sempat menyewa beberapa bulan masa aku mula sampai di Philadelphia dulu tuh. 

Dah malam baru aku balik ke rumah Yanti, sembang-sembang dengan dia pasal Ara (anak dia yang duduk sama orang Puerto Rico tuh) yang bermasalah besar. Sambil makan nasi gulai lemak terung. Aku tidur lewat jugak, tak apalah sebab nak jumpa Michael esok harinya bukanlah pagi-pagi sangat. 

Chasing Manhattan

08042006


  • Aku ke New York hampir setiap hari. Ulang alik dari Philadelphia. Return tickets naik bas Cina cuma USD 20
  • Aku merayau-rayau aje. Tak payah cerita lah bab merayau nih kan
  • Aku jumpa Makcik Jenny, suruh dia carikan kerja di Philadelphia kalau boleh.

Next Pit Stop: Philadelphia


07042006

Lama jugak lay over kat Baltimore (Maryland) tuh, dalam sejam lebih. Dah lah bus tuh tiba like 30 minutes ahead of schedule. So aku lepak aje lah kat station tuh, ada peluang aku nak tulis blog entry. Aku tengok sekeliling, ada a few orang yang sibuk menulis kat buku nota masing-masing. Entah apalah yang diaorang tuliskan, entah-entah tulis blog macam aku jugak sebab aku tengok semuanya macam tulis benda yang di fikiran masing-masing aje. Tulis ikut sedap jer gayanya. Laju aje. 

Dari Baltimore ke Wilmington (Delaware) barulah aku dapat tidur, infact sepanjang perjalanan tuh aku tidur aje kerjanya. Dari Wilmington ke Philadelphia (Pennsylvania), hujan turun renyai-renyai, sepanjang perjalanan tuh aku macam dah hafal tempat-tempat yang semuanya aku pernah lalui, tempat-tempat aku pernah pergi. Itu masa aku ikut kerja di kilang-kilang di persekitaran Pennsylvania, Delaware dan Maryland dulu tuh. 

Took a cab to Yanti's, tak ada orang kat rumah kecuali Ita. Kawasan orang hitam rumah Yanti tuh, tapi tak adalah mengerikan sangat pasal kat main road. Banyak jugak orang-orang Spanish. Kedai makanan, take-outs, banyak. Di sana-sini ada. The first thing I did masa sampai tuh, aku terus ke kedai beli makanan, beli fries sama sandwich, aku lapar yang tersangat. 

Then aku kasi 20 dollars kat Ita, dah lama aku tak kasi dia duit buat beli jajan. Lagipun, aku kasi tuh biar dia happy sikit sebab dia nih masih budak-budak lagih (she's turning 13 in a few months). Cakapnya kadang tuh tak censor langsung, kadang tuh selalu jugak menyakitkan hati aku. So duit tuh macam nak tutup mulut dia lah, biar dia suka dengan aku. Sebenarnya, according to Yanti, Ita dah dua hari ponteng sekolah sebab nak tunggu aku kononnya. Kiranya aku nih dah macam bapak sedara dia lah. 

Lepas tuh, dengan hati yang berdebar-debar, aku buka laptop. Yes! Diaorang pakai cable modem so aku punya laptop tuh automatically diconnect ke internet. Lega rasa hati yang teramat. 

Aku terpaksa keluar ke city center pasal nak bayar bill talipun aku yang aku tak perasan, servisnya dah diputuskan buat sementara, a few hours sebelumnya. Lepas tuh aku merayap-rayaplah ke sana sini sesikit. Tak ada mood sangat aku nak ke mana-mana, I've seen all those places, I've been to all those places. Terus aku ke cyber cafe yang aku selalu pergi dulu tuh, yang di Chinatown. Dah pindah ke bangunan baru tapi bila aku tanya, diaorang kata dah tak ada internet services dah kat situ. Frust lah jugak aku dibuatnya sebab di situlah aku biasanya spend a few hours a day kalau hari-hari aku tak kerja dulu tuh. 

So aku balik semula ke rumah Yanti, bertemu dia pun kat tengah jalan. Dia baru balik dari kelas solekan dia. Sembang ajelah aku dengan Yanti the whole night tuh, biasalah, banyak cerita-cerita menarik dari dia. Pasal dia sekeluarga yang dihalau pindah dari rumah lama (dihalau Wati, dulunya kawan baik dia), pasal study dia, pasal kerja. Macam-macamlah. Dia ambil Cosmetology, dapat grant dari government lagi untuk belajar tuh. Respect gila aku kat dia bila aku tengok buku-buku yang dia tunjukkan kat aku. Tebal-tebal semuanya, lengkap dengan segala details, benda-benda kecantikan, dari kuku sampai ke kepala. Aku even terralit baca a few chapters pasal urat saraf, pasal skin, pasal semuanyalah.

Deep down aku tahu yang Yanti nih memang tabah orangnya, memang kental semangatnya. Walaupun umur dah masuk 40 an tapi semangat belajar tuh tetap tak luntur. Dia kerja 4 hari seminggu (10 jam sehari) dan selebihnya belajar. Itu belum diambil kira kalau ada orang talipun nak potong rambut, nak massage. Di rumah dia aku tengok, dah siap dengan mesin merawat kulit yang harganya a few thousand dollars, kat basementnya dijadikan studio lengkap untuk traditional massage dia, dengan mini salon dia. Dia kata, semuanya tuh mudah aje, memanglah mudah sebab dia dah jadi American citizen. Bukan macam aku nih yang akan selamanya jadi orang gelap. Cari duit pun terpaksa dalam gelap, itu yang susah nak dapat tuh kot. 

Punyalah sedap masakat Yanti, sambal tumis ikan bilis, sayur bayam ikan kering, siap bertambah nasi aku dibuatnya. Then aku kasi dia seratus dollars sebab aku pun tak tahu berapa lama aku nak duduk di rumah dia. Walaupun dia masih berhutang dengan aku tapi kitaorang tak cakap apa-apa pun pasal hutang tuh. 

So aku lepak lah sengsorang sambil surfing the net. Aku perasan yang duit seratus yang aku kasi kat dia tuh tak disimpan pun, dia taruk aje kat meja. Ita ada lah tiga empat kali turun, nak minum lah, nak makan lah, nak ambik itu, nak ambik ini. Bila aku nak naik ke atas, nak ke bilik, aku terperasan yang duit tuh dah tak ada. Aku tak tengok mana-mana dah, itu kerja Ita lah tuh sebab dia beberapa kali lalu lalang, tuang air, ambil makanan. Exactly kat tempat duit itu tuh. 

I Belong To The City


Malam tuh aku tak online sangat awal-awalnya sebab aku sibuk mengemas bilik, buat laundry, mengemas barang. Tak sanggup aku nak bawak beg-beg yang berat tuh so aku keluarkan semua isi, aku pilih benda-benda yang aku rasa tak berbaloi kalau aku nak pikul. Aku tinggalkan ajelah buku-buku, magazines yang mulanya aku cadang nak bawak pergi. A few reams kertas printing aku kasi kat Hector aje, dia datang bilik aku nak tengok aku kemas barang. 

Then dia kasi aku envelop yang ada duit gaji, lewat sikit kali ini, gaji orang lain dah tiga hari lepas dibayarnya. Kitaorang sembang-sembang ajelah, aku ucap terima kasih kat dia for being good to me. Dia pun ucap terima kasih kat aku, "That's why I give you extra", dia kata gitu sambil tunjuk ke arah envelop berisi duit gaji yang aku letak atas tilam tuh. 

"Shit man! Shit!", aku kata gitu sambil terus ambil envelop tuh. 

Aku keluarkan note seratus dollars, "Take this money, I don't deserve this, I don't want it", aku kata gitu. Bila dia tak nak ambil duit tuh, bila puas aku cuba kasi kat dia semula dan dia tak nak ambil jugak, aku campak duit tuh kat lantai. 

"Fuck you man!, fuck you! Just take that fucking money will ya?", aku kata sambil gelak-gelak. Itu bukanlah first time yang pertama aku mencarut kat dia. Itu first time yang terakhir kot. Lepas tuh kitaorang gelak-gelak ajelah. Bila dia tengok aku berkeras tak nak ambikl duit tuh, teruslah dia kata, "Take that money, that's my token of appreciation. You definitely are my best friend". Terkedu lah aku sekejap tapi aku ni kan ker pandai berlakun? Aku tenung muka dia, dia tenung muka aku, aku rasa kesian sangat kat dia, dia tak tahu pun apa yang ada di kepala aku, aku tak tahu pun apa yang ada di kepala dia. Aku hug dia. 

Hector suruh aku bangunkan dia sebelum aku blah esoknya sebab dia kata nak hantar aku ke Greyhound Station tapi sebab aku nak bertolak pagi-pagi, aku katalah yang aku tak nak dia hantar aku, aku nak call teksi aje. Kesian pulak dia terpaksa bangun pagi, biasanya dia bangun pukul sembilan lebih, cuci muka sesikit, terus pergi kerja. 

Dah angkut semua beg aku ke luar bilik, barulah aku online. Rasa nak tunggu Subardi sama adik dia, tapi tak larat pulak nak tunggu. Saja jer nak tengok macamana rupanya orang baru tuh, pengganti aku. Sampai pukul satu lebih diaorang masih belum sampai, elok aku dah nak masuk tidur (di bilik SiTalu) barulah diaorang sampai. So aku sembang ajelah dengan diaorang sekejap. Aku tahu awek tuh duduk kat mana di Philadelphia, aku even kenal housemate dia, pernah kerja sama aku dulu tuh. 

Punyalah busuknya bau bilik SiTalu tuh, terpaksa aku tidur berkelubung. Macamana pun lena jugak aku tidur sampai hampir terbabas Subuh. Tak adalah terbabas sangat, tapi matahari dah nampak dah masa aku sembahyang tuh. Nadi bangun awal jugak sebab nak sembang dengan aku sebelum aku blah. Aku cerita kat dia yang Hector kasi aku duit lebih. "Lihat, SiKontol baik amat sama kamu, kapan-kapan aja kamu mahu kembali, diterimanya. Waktu Bayou mahu puang Indo dulu nggak segini layanannya", kata Nadi. Lepas tuh Subardi bangun. Dia sempat sembang dengan kitaorang sebelum dia pergi mandi. 

"Koq kontolnya ditutupin melulu, pasti lagi ngaceng", kata Nadi masa Subardi dah di bilik air. Iyalah, Subardi pakai long-john jer. 

"Masa (takkan) hari pertama udah ngentot sih!", aku kata gitu. Kitaorang gelak-gelak ajelah. 

Pukul 8-15 am teksi datang, Nadi yang beria-ia tolong angkat barang aku, sempatlah jugak kitaorang berpeluk-pelukan, bersalam-salaman dulu. Aku sempat breakfast kat McDonal dulu sebelum bas tiba, kena penuhkan perut dulu sebab nanti dah tak ada peluang nak makan dah. Aku naik bas pukul 9-30 am, ke Baltimore, then direct to Philadelphia. 

Sebenarnya aku cadang nak blah malam aje, sampai Phialdelphia pagi, so ada banyak masa. Tapi aku takut sebenarnya. Nak beritahu orang pun aku takut sebenarnya.Aku trauma naik bas malam-malam pasal dulu bas ke philadelphia pernah terbalik.

Wednesday, September 26, 2012

Running On Empty


Monday, hari terakhir aku kerja. Rasa tak sedap hati aje pagi tuh sebab aku tahu Richard ada balik dari Texas. Ituhari masa dia talipun, dia kata dia akan balik dalam beberapa minggu lagi. Aku memang lemah sikit kalau dengan Richard nih pasal dia nih baik sangat, tengok muka dia pun aku dah kesian. Dia yang mula-mula jemput aku masa aku sampai kat Greyhound Station kat Hagerstown nih dulu.

Macamana pun aku selamba aje lah pergi kerja, aku sama Hector aje yang handle di bahagian depan (Nadi off). Pak Tua sama SiTalu kerja di bahagian belakang, di dapur (Subardi ke New York jemput "adik" dia). Walaupun aku banyak bersembang aje, walaupun aku banyak bergurau aje dengan Hector, tapi kadang tuh rasa sayu jer bila mengenangkan yang aku akan blah dari situ in a few hours. 

Tak aku sangka pulak dalam seseminggu dua nih banyak betul aku bercakap pasal life, pasal my outlook on life, pasal benda-benda gitu tuh. Ini semua Hector punya pasal lah, selalu sangat sembang dengan aku pasal life. Tapi kan, the more aku sembang dengan dia, the more aku rasa yang I've just let them down. All of them. Dan aku mula memblame diri aku sendiri. For being me. For being too complicated for them to understand. Kadang-kadang aku berfikir jugak, what's so complicated? I want to leave, I have my own reasons to leave, apa yang complicated sangat nya tuh?

Tapi itulah, dalam sembang-sembang tuh, dalam gurau-gurau tuh, kadang-kadang kitaorang tersenyap. Aku tak tahu apa yang Hector fikir dan dia pun tak tahu apa yang aku fikir. Aku sebenarnya tak adalah fikir apa-apa sangat, aku nak ikutkan kata hati aku nanti. Malaslah nak fikir apa aku nak buat, fikir benda-benda gitu tuh. Aku nak berhenti dalam beberapa jam, that's all I know. 

Dan dalam sesehari dua tuh macam ada orang tahu jer yang aku nak blah. A few repeat customers, orang yang biasa datang makan once or twice a month, ramai pulak yang datang. "You're always here, man. Always here to serve me", kata this lorry driver yang selalu singgah makan kalau dia kebetulan ada dekat-dekat area tuh. 

"Fret no more Sir, today's my last day", aku kata gitu. 

Semalamnya tuh ada Malay couple yang aku tegur beberapa bulan lepas tuh, datang makan. Terkejut aku dibuatnya sebab the day before aku ada teringat nak call diaorang, saja nak tanya khabar. Tengok-tengok, diaorang datang. So aku beritahu perempuan tuh (suami dia tak datang pun tegur aku) yang aku nak berhenti, tak tahu apa pasal aku rasa macam nak confide in her jer. Baya-baya aku jer rasanya diaorang tuh. Sempatlah aku kasi nombor talipun aku.

Kat mall tempat aku kerja tuh aku adalah kenal a few workers yang jadi cleaners, aku sempat beritahu satu orang tukang sapu yang baik dengan aku tuh yang aku nak berhenti. Perempuan Colombia. Dia nih lama dah mengidam nak kan cincin berangkai 3 yang aku pakai tuh. Selama ini memang ramai jugak orang tanya aku kat mana aku beli cincin tuh. I remember this one girl yang waktu aku tengah sibuk layan orang makan, dia tanya aku, "Sir, can I ask you a question? Where did you get that ring on your finger? My boyfriend broke his and I can't figure it out where to get one", kata dia. "In New York City", aku kata gitu. "Dang! They have everything there", kata that girl. 

Sebab aku fikir yang in a few days aku akan ke NYC, aku kasi ajelah cincin aku kat perempuan tukang sapu tuh. Memang dia pun selalu sembang-sembang, gurau-gurau dengan aku, dah jadi macam kawan gitu. Cincin tuh sebenarnya aku beli kat Chinatown, next time aku ke sana aku akan beli a few, senang nak kasi orang kalau ada orang tanya nanti sebab cincin tuh walaupun murah, tapi nampak unik. Sesuai dipakai oleh orang yang unik macam aku. 

Punyalah payah nak menanggalkan cincin di jari aku tuh, iyalah, dah bertahun aku pakai cincin tuh. Perempuan tukang cuci tuh siap kasi aku sabun pencuci lagih, suruh aku sapu kat jari. Mulanya aku nak suruh dia aje sapukan cairan sabun tuh, lepas tuh kulum dan lurutkan cincin di jari aku tapi takut pulak diketawakan orang pasal buat "indecent act" kat public.

Sorang lagi tukang sapu nih, local white, baru jugak kerja di situ. Dulu Nadi selalu kata kat aku, "Dia tuh naksir kamu kelihatannya, sering senyum sama kamu, sering mahu bercanda sama kamu". Aku layan-layan gitu ajelah, malas aku layan lebih-lebih. Bukannya senang nak melayan orang bermentaliti gitu. "What's that on your face?", aku tanya perempuan tuh bila dia berhenti menyapu, senyum kat aku. "Glitter", dia jawab gitu. "Why, you don't like it?", dia kata lagi. Terserba salah aku nak jawab. "That has a very deep meaning", Hector berbisik kat aku. Lama tuh baru aku kata aku dah nak berhenti kerja. "Why, you don't like me?", dia tanya aku. Mati kutu aku nak cari idea nak jawab so aku gelak ajelah.

Dalam ramai-ramai tuh, Angela aje yang masih tak percaya yang aku betul-betul dah nak berhenti kerja. Dia tetap ingat aku main-main. Dia tanya Hector, bila Hector jawab, dia tak percaya. Tiap hari dia datang dia tanya Nadi tapi ituhari Nadi kata aku punya last day Jumaat lepas, itu yang dia macam tak percaya tuh. Aku pun tak lah gaya macam serious sangat pulak sebab aku dah cakap sekali dua dan dia tak percaya. So aku pergi ke dapur aje lah masa Angela sembang dengan Hector, aku tengok melalui cctv jer. 

Dah tengahari baru aku nampak Richard datang, masa tuh aku tengah rancak sembang dengan Hector. Dari jauh lagi dia dah kasi signal dengan aku, pura-pura marah. Tapi dia gelak. Bila masuk restoran, biasalah, terus dia buat aksi kuda konkek dia tuh, peluk aku dari belakang. Aku gelak-gelak aje lah, aku tengok Hector sama Pak Tua terus ke tepi, diam aje. Yang gelak kuatnya, perempuan tukang sapu orang Colombia tuh. Aku tak rasa malu pun sebab ramai orang di sekeliling, lagipun masa tuh aku tengah fikir apa jawapan yang aku nak kasi kat Richard kalau dia pujuk aku suruh tetap kerja di situ. 

Tak payah aku tulislah apa yang dia cakap, tapi macam-macamlah dia cakap, dia pujuk aku. Aku diam aje, aku senyum. "I'm sorry but I'm leaving", aku kata gitu jer. "Go for a break and come back when you are ready. Next week, next month, 2 months from now, anytime. Give us a call. I'll take you to Florida. Or Texas", dia kata gitu. Sebelum dia blah ke New York sama Pak Tua, sempatlah aku mintak maaf dan cakap terima kasih kat dia. "I'll see you in 2 weeks or I'll send a search party", dia kata gitu sambil tumbuk bahu kanan aku. 

So bila diaorang dah blah, tinggal aku sama Hector berdua balik. Sembang lagi lah kerjanya, kebetulan orang yang datang makan pun tak ramai sebab tornado boleh tahan kuatnya. Bila Hector tetap suruh aku terus kerja (sedangkan orang baru dah on the way) dan dia kata aku buat susah dia aje, then aku beritahulah dia sesikit sebab-sebab aku nak berhenti. Pasal Subardi. Pasal aku bosan. Terkejut dia mendengarnya, dia tak percaya mulanya sebab dia kata kitaorang nampak macam tak ada masalah pun, biasa aje, selalu buat lawak, gelak-gelak, sembang-sembang. "I'm a good actor", aku kata gitu. 

Memanglah aku tak gaduh dengan Subardi tapi aku tak suka dia, aku rasa tak aman sejak dia datang ke situ tuh. Aku ambil jalan keluar, berhenti. That way, aku tak payah fikir pasal dia dah, aku pun banyak nak fikir benda lain lagih. Hector gelak kat aku, dia kata dia boleh arrange supaya aku tak sebilik dengan Subardi. Aku gelakkan ajelah cadangan dia tuh sebab that won't solve the problem. Gitu pulak dia fikir. Aku beritahu dia yang dengan aku nih, kalau aku tak suka seseorang tuh, aku akan blah. Aku akan blah gitu aje. Yang aku kasi diaorang 2 minggu notice tuh pasal aku kesian dengan diaorang,lagipun Nadi ada hutang duit dengan aku. 

"But you are not solving the problems, you are running away from reality. That's life", dia kata gitu. "That's ok, I'll keep on running", bosan akhirnya aku nak berfalsafah-falsafah pasal hidup. So aku ceritalah kat dia sesikit pasal Subardi, macamana pun aku beritahu dia tuh bukanlah sebab aku ada dendam dengan Subardi. Bukan jugak sebab aku dah nak blah, so aku cuba nak laga-laga kan orang, tapi itu untuk kebaikan diaorang jugak. "Because you are my friend", aku kata gitu. 

Terus dia pegang bahu aku, then dia letak tangan dia kat bahu aku, sambil tepuk-tepuk bahu, dia kata,"Thank You for being my friend". 

When Hope Floats


"How many sisters does he have?", Hector tanya aku bila Subardi kata "adik" dia yang dari Boston tak jadi datang kerja, instead "adik" dia yang dari Philadelphia yang akan datang. 

"A few", aku kata gitu, aku tak pandang pun muka Hector. "Suddenly he has so many sisters", aku kata gitu. Aku sure yang Subardi tak tahu makna "suddenly" sebab memang aku tak nak dia faham. 

"Which one then? The one in Boston?", tanya SiKontol.

"No but the one in Philadelphia, his youngest sister", aku kata gitu. Then aku translate kat Subardi apa yang aku cakap kat hector. "Loh, jangan bilang adik bungsu sih, umurnya udah 37, masa adik bungsu", kata Subardi kat aku. 

"Sorry, not his youngest sister but the one right after him", aku kata gitu kat Hector. 

Bila Subardi ke dapur, Hector terus berbisik kat aku. "You think I'm stupid? You think I didn't know?", dia cakap perlahan sebab tak nak kasi suara kitaorang didengar (kat depan tuh ada banyak cctv). 

"What?", aku buat pura-pura tak tahu. 

"See, I have no choice, under normal circumtances I'll not let this (to) happen but I have no choice", kata Hector. Mulanya aku fikir tak nak cakap apa-apa pun pasal Subardi, aku tak nak pun kasi hints yang aku tak suka dia. Iyalah, aku tak nak lah Hector fikir yang mentang-mentang aku dah nak blah, aku nak memburukkan nama orang pulak. Nak melaga-lagakan orang. Tapi bila aku fikir balik, ada baiknya kalau aku beritahu dia apa yang dia tak tahu. Untuk kebaikan dia jugak. Walaupun aku tak ceritakan pasal aku dengan Subardi tapi aku kata Hector kena jaga Nadi betul-betul sebab kalau Nadi tak suka nanti, dia akan blah macam aku jugak. Aku warn Hector, jangan sekali-kali suruh Nadi duduk sebilik dengan Subardi sebab Nadi memang tak nak. Dia akan berhenti kerja kalau disuruh pindah sebilik nanti (so that bilik Nadi tuh dikasi kat awek Indo tuh). 

Hector tanya aku bila agak-agaknya Nadi nak berhenti, aku beritahulah yang kalau mengikut Nadi punya plan, dia nak kerja di sini setahun aje lagi lepas tuh dia nak pindah kerja, nak jadi waiter dalam sesetahun sebelum balik ke Indo mid 2008. 

Aku macam tak percaya jer yang ada awek sanggup nak duduk sebilik dengan Subardi, awek tuh tak kenal pun dia. Diaorang terpaksa mengaku adik abang sebab takut tak dikasi duduk sebilik. Entah apalah yang Subardi kelentong awek sorang tuh sampai dia boleh terpecaya. Aku taklah pelik sangat dengan orang Indo nih, diaorang kalau benda-benda gitu tuh memang biasa jer. 

Dua tiga hari lepas Subardi buat kejutan lagi, dia kata awek tu tak jadi datang nampak gayanya sebab Subardi cuba talipun dia tapi tak dapat. One whole day phone dia off aje. So terpaksa lah aku beritahu Hector berita terbaru tuh. "What kind of sister is that?", aku tanya dia sambil gelak-gelak. Hector asyik urut-urut belakang aku, suruh aku terus kerja, at least sampai Easter Sunday 16 haribulan nanti. Meluat dah aku mendengarnya tapi bila aku tengok Pak Tua, Hector, semuanya macam menunggu jawapan aku, teruslah aku suruh diaorang cari orang baru aje. Pak Tua then talipun MakCik Jenny di New York City, suruh pasang iklan. Tak sempat habis Pak Tua bercakap dengan MakCik Jenny, terus Subardi kata dia dah dapat contact adik dia. 

Dan dia kena ke New York sebab nak jemput adik dia tuh. Sebenarnya dia nak ke sana sebab nak kenal-kenal dulu dengan awek tuh, dia kenal pun melalui talipun jer. Serba salah jadinya Hector sebab aku dah kata Ahad aku punya last day. Pak Tua nak ke New York Monday morning. Dan Nadi dah tak sedap hati bila Hector kata yang dia mungkin tak ada off sebab kalau orang baru, awek tuh masuk kerja nanti, sure dia akan kekok, sure lambat kerjanya. Entah-entah yang tak boleh buat kerja langsung. So aku beritahu Hector yang aku boleh kerja hari Isnin so that Nadi boleh off sebab Subardi nak ke New York. Baiknya aku kan? Terus Hector peluk aku dari belakang, "Thank You Sir, Thank You Sir", dia kata gituh. Aku tunjukkan dia middle finger jer, lepas tuh kitaorang semuanya gelak-gelak aje lah. 

So, Isnin aku kerja for the very last time lah kot, aku mungkin blah Tuesday morning. Malam tuh aku terpaksa tidur sebilik dengan SiTalu (bilik dia punyalah busuknya) sebab Subardi akan sampai dari New York City dalam jam 12-30 tengah malam, sama adik dia. Harap-harap semuanya berjalan lancar lah, harap-harap tak ada masalah lain lah. Bosan jugak aku menulis entries blah memblah nih, tapi tak terblah-blah pun lagi kan?

----------------------

Balik kerja tadi aku sempat lepak kat bilik sekejap. Tengah nak sembahyang, tiba-tiba aku terdengar suara Richard. 

Shit! 

SiTogak baru balik dari Texas! 

Fark! ......

And I Guess It Doesn't Matter Anymore


Aku memang lemah kalau dengan Richard nih, aku mudah kesian. Tapi nasib baik bercakap on the phone aje so aku tak adalah gelabah sangat. Dia tanya aku apa pasal aku nak berhenti. Dia tanya aku, mana perginya janji-janji aku yang nak stay lama kerja di situ. Jokingly, aku katalah, "Your brother, he doesn't know how to take care of us", aku cakap kuat-kuat sambil gelak-gelak lagi. Sajalah nak kasi Hector dengar, walaupun dia tahu akau melawak jer. 

"Can't you wait for me? I'll be back in a a few weeks", kata SiTogak.

"No, April 2nd is my last day here", aku jawab. Banyaklah benda-benda lain lagi yang dia beritahu aku, yang bini dia pregnant (bini dia masih di Florida) bila aku kata bini dia boleh kerja ganti aku. 

"I didn't know that", terkejut jugak aku mendengarnya. Iyalah, Richard kan ker jarang jumpa bini dia, dia di Texas memanjang, bini dia sekarang masih di Florida. Sempat jugaklah aku mencongak-congak, masa bila agaknya diaorang buat projek tuh, mungkin masa diaorang di sini dulu tuh, masa-masa cuti Thanksgiving up to Christmas dulu tuh. 

Richard kata dia tak marah aku nak berhenti tapi dia terkilan sebab dia tak ada di sini. Banyaklah benda lain dia cakap, tapi aku tahu semuanya tuh ke arah biar aku batalkan niat aku nak berhenti kerja. Dia kata yang kalau aku dah habis cuti nanti (dia assume aku nak bercuti for a few weeks, dia kata dia tak anggap pun aku berhenti kerja for good) aku boleh kerja di mana-mana restoran diaorang, di Panama City, Florida, di Houston, Texas, kalau aku dah tak nak kerja di restoran yang di West Virginia dan di Maryland. 

Aku diam kan ajelah, aku tak kata apa. Tak nak lah aku janji apa-apa, walaupun dalam hati aku kata yang aku, biasanya, kalau aku dah keluar dari sesuatu tempat, aku memang dah tak balik semula dah. Aku pun tak ada niat nak balik kerja semula kat sini, atau kat mana-mana restoran diaorang. Sebab malas melayan dia bercakap (takut nanti aku terkesian kat dia) aku tipu kata yang ada customers datang so aku kena layan diaorang. So I hang up the phone.

Hector memang keras hati jugak orangnya. Memanglah aku tak expect dia akan menyembah kat aku suruh terus kerja tapi tiap kali kitaorang sembang, pasti dia akan selitkan jugak a few words yang buat aku rasa guilty sesangat nak berhenti. Yang buat aku macam kesian sangat dengan diaorang. Words yang buat aku macam takut, macam tak konfiden jer nak cari kerja lain nanti. 

Bermacamlah dia puji aku, bermacamlah dia cakap benda-benda yang baik pasal aku tapi aku pun buat tak faham jer. Aku tahu dia nak pancing aku. Cuma dia tak tahu yang aku memang dah tak boleh dipancing. Aku nak berenang ke laut dalam. Aku terfikir yang selama ini, sejak Hector tahu yang aku nak berhenti, aku dah jadi semakin baik dengan dia. Kalau dulu, one of the reasons apa pasal aku nak berhenti kerja, sebab aku rasa aku nih high-maintenance punya orang, diaorang kena selalu jaga hati aku sebab aku selalu sangat terasa hati. Sampaikan aku kata yang lebih baik aku blah aje dari sini sebab aku tak nak diaorang fikir lebih-lebih sangat pasal aku. Typical aku lah kan, bila dah baik sangat dengan orang dan bila ada jer benda yang tak kena nya, poof aku pergi.

So sekarang reason tuh macam dah tak relevan lagi. Walaupun aku berhenti kerja, Hector will always be someone special, kawan baik aku. Richard pun sama. I learn' a lot from him, and I'm sorry to disappoint him this way. Aku janji, kalau umur panjang, aku akan datang ke tempat diaorang nanti, aku even janji dengan Nadi yang kalau aku datang nanti, aku nak kasi tips sampai 50 dollars. 

Dan terfikir jugak aku. Katalah, katalah aku tak beritahu Nadi yang aku nak berhenti kerja (waktu Hector marah aku dulu tuh), dan katalah, katalah aku tak tulis kat blog, aku tak tulis kat tagboard pasal niat aku nak berhenti kerja dulu tuh, harus aku batalkan niat aku. Harus aku tetap kerja di sini. 


Periuk Belanga Terbang Melayan-Layang


31032006

Aku talipun Regina, perempuan Indo yang aku tumpang tidur di rumah dia masa aku turun Phialdelphia dulu tuh. Tak dapat, line talipun dah diputuskan. Entah-entah dia dah balik Indo. Resah jugak memikirkan yang aku tak ada tempat untuk dituju, what with barang-barang aku yang banyak. She was my safe bet sebenarnya tapi nampak gayanya aku kena ikhtiarkan yang lain lah. 

Aku talipun Yanti. Tinggalkan mesej, tak ada yang jawab panggilan. Takkan aku nak menalipun Nani Pastel, aku dah janji tak nak berurusan dengan dia dah. Esoknya aku cuba-cuba talipun cellphone Yanti, nasib baik dia jawab. Bila dia tahu yang aku nak berhenti dan nak balik ke Phialdelphia, terus dia ajak duduk di rumah dia. Dia masih ada berhutang dengan aku kan, remember?Dia ada spare room. "Cuma nggak ada ranjang sih, kamu perlu beli", kata dia. She's doing good now (kalau dengar cerita dialah), kerja 4 hari seminggu dan selebihnya pergi kelas kecantikan sebab dia dapat grant dari government sebanyak USD 10,000 untuk biayai study dia tuh. Aku rasa dia nih akan tercapai cita-cita untuk buka salon suatu masa nanti. 

Aku setuju ajelah nak tinggal di rumah dia untuk sementara waktu, aku dah tak nak fikir masalah lain dulu lah. Nanti kalau banyak sangat fikir, tak jadi apa. So, masalah tempat tinggal aku dah dapat selesaikan. 

Malamnya aku talipun Bayou di Indo. Dia memanglah tak percaya yang aku nak berhenti. Bila Nadii yang beritahu dia yang memang betul aku nak berhenti, yang aku dah pun kasi tahu semua orang, dia masih tak percaya. Dia tetap ingat yang aku akan bercuti selama beberapa minggu, then datang balik kerja di restoran Pak Tua tuh. Dia ingat aku suka sangat kerja di situ, dia ingat Pak Tua sekeluarga suka sangat dengan aku. Aku beritahu dia yang aku dah tak suka kerja di situ. "I do kiss his ass once in a while", aku kata gitu bila Bayou tanya macamana aku boleh baik sangat dengan Hector.

Hari Selasa aku off. Tak pergi mana-mana pun sebab aku nak kemas barang. Tak ada lah banyak barang aku yang nak dikemaskan sampai one whole day tak keluar, tapi kalau dah bangun pun pukul 11, ada pulak signal untuk aku online, tak jadi kerja lain lah aku. Aku keluar pun cuma untuk pergi makan kat Italian Restaurant di luar sana tuh. Makan Maryland Crab Soup lagi. Makan kat situ satu, tapau satu. 

Tak sangka pulak banyak jugak barang aku, dari sekecil-kecil benda, semuanya aku masukkan ke dalam beg aku. Kalau biasanya aku akan buang atau tinggalkan aje, tapi kali ini aku cuba sumbatkan ke dalam 3 beg aku. Satu beg penuh dengan alat-alat laptop aku, printer, kabel itu ini, kamera, webcam, adapter segala macam, semuanya benda-benda yang bersangkutan dengan laptop aku. Beg besar tuh aku keluarkan isinya, aku buang semua tshirts Fruits Of The Looms aku. Jeans yang dah rabak di lutut dan bontot pun aku buang. Aku masukkan baju-baju baru aku. 

Tak sangka pulak yang waktu aku shopping sakan masa cuti Thanksgiving dulu tuh, punyalah banyaknya. Aku bilang ada 23 helai semuanya. Yang aku dah pakai selama ini pun hanyalah 3 helai. Yang lain tuh masih dalam plastic bags lagi. Tak tahulah bila aku boleh pakai semuanya baju-baju tuh. Terkilan jugak aku sebab jacket Nike yang mahal tuh (yang aku terbeli saiz besar dulu tuh) terpaksa aku tinggalkan sebab tak muat beg. Aku nak kasi kat Nadi jacket tuh, itu ajelah peninggalan aku kat dia. 

Kat Subardi nanti aku tinggalkan ajelah tv aku, dan sejadah. Aku lupakan niat aku nak rosakkan tv tuh. Sebab Subardi tahu nombor talipun aku, nanti sure dia akan talipun aku, maki-maki aku, kalau aku rosakkan tv tuh. Ituhari Nadi ada beritahu aku yang Subardi ada beritahu dia yang dia kata Nadi tak payah bayarlah hutang aku, instead Subardi akan pinjamkan dia the whole amount yang Nadi pinjam dari aku. Untuk dibayar kat aku sebelum aku blah. That way, aku akan rasa terhutang budi sesangat dengan Subardi pasal pinjamkan Nadi duit. Dan untuk balas jasa baik dia tuh, aku akan tinggalkan tv aku. Dia takut aku kasi tv tuh kat orang lain, kat SiKontol for example. Walaupun sekiranya tv tuh aku kasi kat Hector, tv tuh akan tetap di bilik itu, cuma mungkin Subardi plan yang kalau bila-bila dia berhenti nanti, tv tuh akan dibawak sekali. Orang Indo kalau diaorang pindah, segala harta diaorang akan dibawak sama. 

Infact Subardi ada beritahu aku yang dia suruh aku cakap kat Hector yang aku jualkan dia tv tuh. Tak ker kurang asam namanya tuh? Aku iya kan ajelah tapi dalam hati aku dah plan nak sound aje kat Hector yang Subardi suruh cakap gitu. Dan aku nak kasi tv tuh kat Hector. Busuknya hati aku nih.

Aku ada terfikir yang kalau aku jadi Nadi, aku akan berusaha untuk dapatkan duit so that boleh bayar hutang. Tapi aku tengok Nadi selamba jer, aku yang berikhtiar sendiri (mintak Subardi pinjamkan Nadi). Kalau aku jadi Nadi, mungkin aku akan mintak gaji advance dari Hector, atau pinjam dari Subardi, atau lain-lain cara. Nadi cuma kata yang dia akan bayar hutang aku, walaupun di mana aku berada nanti. Dia akan kirim duit, Money Order ker, Western Union ker. Bukanlah aku tak percaya dia tapi aku dulu kan ker pernah duit gaji di bawak lari dek orang Indo yang satu kerja? Masa kat Elizabeth, New Jersey dulu tuh. 

Dan aku pun takut jugak Nadi terasa hati takut aku salahkan dia walaupun aku ada rasa kecik hati sebab dia tak berusaha pun. Itu pasal aku beritahu dia janganlah rasa apa-apa pulak sebab semuanya ini memang tak dijangka. So, cari jalan penyelesaian aje lah supaya aku dapat duit sebelum aku blah. So the lah very baik nya aku kan, dalam keadaan begitu pun masih fikir pasal jaga hati orang. Kan? 

Selama aku kerja di sini tak pernah aku tengok Hector tensen yang teramat. Not until last Wesdnesday. Hari tuh aku sama Hector aje yang kerja di bahagian depan sebab Nadi off. Di bahagian dapur, Subardi sama SiTalu, sebab Pak Tua di New York City since Sunday lepas. 

Biasanya kalau aku dengan Hector aje yang kerja, kitaorang banyak sembang benda-benda serious, jarang sangat bergurau-gurau, buat lawak etc. So pagi tuh kitaorang sembang ajelah, mostly pasal aku nak berhenti kerja tuh. Walaupun dia tak ada pujuk aku ker apa ker tapi dia cakap yang anytime aku nak balik kerja, dia akan terima. After a month, dua tiga bulan, bila-bila aje lah aku rasa nak balik semula ke tempat diaorang, dia akan ambik aku balik.

Walaupun aku rasa macam kesian jer mendengarnya tapi aku diam kan ajelah, aku tak tunjukkan reaksi apa-apa, aku tak even cakap terima kasih pun. Aku tak kata apa pun. Sebab dah tersemat di hati aku yang come what may 2 haribulan April nanti last day aku. Cuma aku rasa macam bersalah jer bila Hector pegang-pegang bahu aku, dia kata "You are leaving me at a very bad time". "Think about it", dia kata lagi. Tak faham aku. Apa susahnya, cari orang baru, habis cerita. 

Tengah seronok-seronok kitaorang sembang, aku dengar SiTalu cakap kuat aje, dalam Bahasa Cina (itu ajelah bahasa yang dia tahu). Menengking gituh. Then aku dengar Subardi kata, "Sorry". Hector terus ke dapur, lama tuh dia ke depan balik tapi dia asyik dok jeling-jeling ke bahagian dapur aje. So kitaorang sembang balik semula. 

Then datang 2 orang Spanish-looking, very well-dressed mamats, gayanya diaorang nak order makanan. Tapi sebelum order, diaorang nak cuba rasa dulu almost semua jenis masakan. Memang biasalah di restoran Cina, orang yang datang makan akan mintak rasa sample dulu. Memang kitaorang pun disuruh kasi sample makanan pada orang, macam kasi umpan gituh. Cuma masalahnya, diaorang nih, kalau dah kasi satu sample, diaorang nak menyample yang lain-lain jugak. Semuanya. Itu yang buat payahnya. 

So these 2 guys mintak dua samples kat aku. Aku kasi. Mintak yang lain, aku buat pura-pura tak dengar, aku terus sendukkan nasi, dan lauk yang dia nak. Then sorang tuh mintak nak cuba masakan lain. Hector terus kata, "Sorry, no more samples". Bertaki lah diaorang, diaorang kata diaorang nak beli, so diaorang nak cuba dulu. Hector tetap tak kasi, masa tuh dia memang tengah baran pun. 

Kalau aku sama Nadi, sure kitaorang ikut aje permintaan customers, sebab memang diaorang nak makan di situ, cuma nak pilih second lauk aje. 

"Fuck you man!", kata one mamat tuh. 

"You fuck yourself, and you can fuck him too", kata SiKontol. 

Terus pinggan yang di tangan dia tuh dibalingnya ke dalam tong sampah. Pinggan yang di tangan aku, aku pegang aje lah dulu, terus dirampasnya. Lepas tuh dia campak kat meja. "Just go away, I don't want to sell this to you", dia kata gitu. Aku terus lah buat pura-pura membersihkan lantai, aku cuci pinggan yang kotor, lap sana lap sini, malas lah aku nak join sekali diaorang yang tengah bengang tuh. Lama jugaklah diaorang bertekak, at last Hector terus ke dapur dan mamat dua orang tuh terus blah ke restoran lain. 

Bila aku nak sembang balik dengan Hector, a few minutes later, kitaorang terdengar bunyi benda jatuh. Kat dapur. Periuk besar tuh gaya bunyinya. Lepas tuh dengar suara SiTalu. Kuat aje. Terus Hector berlari ke dapur. Nak sangat aku tahu apa halnya tapi aku kena buat muka selama aje lah pasal aku tengok ramai orang yang kat meja, semuanya pandang arah restoran tuh. Macamana pun aku sempat jenguk jugak, aku nampak SiTalu tengah macam nak pukul Subardi jer gayanya. 

Suara SiTalu bukan main kuat lagi lah. Tak henti-henti dia menjerit. Tak tahu pulak aku, dia cakap dengan sapa, takkan dengan Hector. Tapi lama kelamaan aku dapat tahu yang dia mengomel kat Subardi. Dalam Bahasa Cina. Sabar jer lah, mana lah Subardi faham. Masa bising-bising gitu tuh, masa tu lah ramai pulak orang datang nak makan. Aku sorang ajelah yang layan, menyendukkan lauk pauk, sediakan minuman, jaga cash register lagi. 

"Are they fighting?", tanya Minah Filipina yang selalu datang makan kat situ tuh. 

"They fight all the time", memang aku pandai buat-buat cerita. 

"Why don't you close the door? It's embarassing isn't it?, dia tanya lagi. Aku buat selamba aje lah walaupun suara SiTalu semakin kuat. Aku pasang music lagi. Sekala-sekala ada jugak terdengar suara Hector mencelah. Dah lama tuh diam semuanya, then Hector ke depan sebab masa truh agak sibuk jugak. Tak dapat aku nak handle semuanya. 

Memang nasib dia tak baik agaknya, the moment dia ke depan, mamat Spanish yang 2 orang tadi tuh kebetulan lalu (diaorang baru lepas makan kat restoran lain gayanya) di depan restoran. Diaorang gelak-gelak, entah apa-apalah diaorang kutuk SiKontol. SiKontol pun apa lagi, mencarut-carut dia kat mamat 2 orang tuh. Dia tak peduli pun orang lain yang berbaris datang nak makan kat restoran tuh. Dah lama tuh baru dia mintak maaf kat customers. 

So lepas tuh aku tak ada lah bergurau dan sembang sangat dengan dia, saja nak kasi dia cool down sikit. Dia merungut jer kerjanya, dia kata selama dia buat business, hari itulah hari paling malang, paling dia kesal. Dia bengang sebab dia rasa buat business tuh kadangnya macam buat business kindergarten. Orang ini tak suka dengan orang itu, orang itu tak ngam dengan orang ini. Aku dengar ajelah rungutan dia. 

Then dia menalipun Pak Tua yang masa tu di New York City. Dia talipun Richard jugak yang masih lagi di Houston, Texas. Then dia pass kan talipun kat aku. 

Richard wants to talk to you", dia kata sambil hulurkan cellphone dia kat aku. 

Can't Fight This Feeling


Hari Khamis tuh macam biasa, semuanya kerja, tak ada yang off. Nadi cerita kat aku yang hari aku off ituhari, pagi-pagi lagi SiKontol tanya dia. Tanya kenapa aku nak berhenti kerja. Samada aku gaduh dengan sesiapa ker. Dia katalah aku bosan. 

"He's boring (bored), He can't fight his feeling", dia kata gitu. 

"Itu lagu REO Speedwagon itu", aku kata, sambil gelak-gelak. Nadi kata yang Hector suruh aku ambil cuti dua tiga minggu, lepas tu kerja balik semula. Nadi cakaplah yang dengan aku nih, lepas cuti nanti, kerja seseminggu dua, aku akan bosan balik semula. Itu yang buat aku nak terus berhenti aje, senang cerita.

Aku suspen jugak tengok gayanya Hector yang buat macam tak kisah aje nak cari pengganti aku. Dia buat selamba aje. Nak kata dia tunggu aku beritahu dia yang aku tak jadi berhenti, tak tahu lah. Silap lah tuh kalau masih mengharap aku nak batalkan niat aku tuh. 

Dan aku terfikir, mungkin jugak sebab dia tak cari orang, buatnya nanti orang baru tuh nak datang kerja dalam minggu itu jugak, macamana dengan aku? Sedangkan aku dah janji akan kerja sampai 2 April? Mungkin dia fikir gitu kot, takkan dia nak bayar gaji lebih pulak, gaji aku dan gaji orang baru. 

Mungkin dia akan cari orang baru, tiga empat hari sebelum aku blah. Biasanya gitu lah. Sebab aku rasa macam tak sedap hati jer memikirkan yang diaorang terpaksa tangguhkan cari orang baru sebab aku masih di sini, aku pun kasilah idea kat dia. Aku pun dah rasa tak sedap jer nak tunggu lama-lama, biasalah kan, bila dah nak blah gitu tuh tentu rasa macam terpinggir jer. Walaupun bukan niat diaorang nak meminggirkan aku tapi aku macam terasa sendiri jer. Pak Tua pernah tak tawarkan aku makanan, instead dia kasi Nadi sorang jer. Aku adalah sikit terasa. Kalau kat rumah, Hector sama Subardi gelak kuat-kuat, aku pun dah terasa. Nadi, dia tumpang taruk receiver system dia kat bilik Hector, dia suruh Hector guna. Itu pun aku terasa. Internet langsung dah tak ada connection pun Hector buat tak tahu jer. Itupun macam sign yang diaorang dah tak kisah dengan keperluan aku. Tak apa, aku setiap pagi guna dial up aje, masa diaorang tengah tidur. Dulu aku janji tak nak guna dial up, tapi tak tahan aku. Lantaklah bill akan naik, bukan aku yang bayar, lagipun by the time bill sampai, aku dah tak ada sini dah. 

So aku tanyalah dia apa pasal dia tak ada gaya macam nak cari pengganti aje? Dia katalah yang dia dah call MakCik Jenny di New York City, even taruk iklan kat a few agents yang lain tapi tak ada pun orang yang berminat. Aku beritahu dia yang sekiranya dia dapat orang baru, tak payah lah tunggu sampai 2 April nanti baru nak suruh dia datang. Suruh datang secepat mungkin. Sebab aku boleh blah secepat mungkin jugak. Aku tak nak lah macam jadi penghalang. 

"Now I feel bad", dia kata. Laaa, rupanya dia ingatkan aku nak cepat berambus dari situ (sebab itu aku suruh dia cari pengganti aku secepat mungkin) sedangkan niat aku nak tolong dia. 

Hari Jumaat tuh ada orang Indo talipun, perempuan. Cina Indo, bahasa Cina nya bagus sebab aku boleh dengar masa dia cakap kat talipun dengan Pak Tua. Mulanya diaorang macam nak ambil awek tuh kerja ganti aku tapi bila diaorang tak tahu nak suruh awek tuh duduk di bilik mana, diaorang buat keputusan tak nak ambil dia. SiKontol sama Pak Tua harapkan Nadi nak pindah duduk sebilik dengan Subardi, dan awek tuh duduk di bilik yang akan Nadi kosongkan. Tapi Nadi tak nak. Dia tak nak duduk sebilik dengan Subardi. 

Hari Sabtu ada lagi orang talipun tapi Spanish. Diaorang tak nak terima Spanish. Then Subardi kata dia boleh tolong carikan orang, SiKontol memang ada beberapa kali tanya aku kalau-kalau aku ada kawan yang nak kerja ganti aku. Dia kata dia nak kan Malaysian macam aku, dia tak percaya bila aku kata aku mana ada kawan Melayu di sini. Melayu Indo ada lah, tapi aku tak nak bersusah payah mengrekomen sesiapa. So Hector suruhlah Subardi cari orang.

Sunday tuh, masa tak sibuk, Hector beritahu aku yang offer dia masih open, offer yang dia kata bila-bila aje aku nak balik kerja di situ semula, dia akan terima. Atau kalau aku nak ambil cuti untuk seseminggu dua, by all means. Yang aku peliknya, dia tak ada pun tanya apa pasal aku nak berhenti sedangkan aku ada beritahu dia yang aku sebenarnya tak ada plan pun apa nak buat lepas aku berhenti nanti. Apa yang aku boleh fikirkan, aku nak rihat seseminggu dua, aku tak nak pun cari kerja dalam masa tuh, aku nak merayap sana sini dulu. Lepas tuh barulah aku fikir nak cari kerja, apa-apa kerja aje lah walaupun cadang aku nak rihat dulu dari kerja restoran. Lagi bagus kalau dapat kerja di tengah-tengah kota New York. 

Subardi dapat satu orang, melalui kawan dia yang di Boston. Yang nak kerja tuh perempuan. Dia tahu yang Nadi tak nak sebilik dengan dia dan kalau ada perempuan yang masuk kerja, terpaksalah tidur sebilik dengan dia. Tapi dia nih pandai. Aku akui pujuk rayu dia, kata nasihat dia, kata-kata yang buat perempuan lemah, mudah percaya. Dia kata Hector amanahkan dia cari orang sebab dia memang dipercayai sangat oleh Boss, dan dia nanti sebagai pelindung awek tuh. Jadinya diaorang nanti akan duduk sebilik. 

Dan sebab dia tahu yang Hector sure tak nak terima kalau perempuan tu bukannya ahli keluarga dia, so dia mengaku kata perempuan tuh adik dia. Hector percaya aje. Pak Tua pun sama. Semakin baik, semakin bergurau diaorang semuanya. 

"Kalau cewek tu cakep orangnya, akan aku godain, akan aku pujukin, rayuin, akan aku entotin", kata Nadi. Aku tak pelik langsung dengan orang Indo nih, diaorang kalau benda-benda gitu biasa jer. Perempuan duduk sebilik dengan lelaki yang tak dikenali. Yang buat peliknya tuh, ada diantara diaorang nih, ada yang sembahyang. Kalau yang jenis tak pernah sembahyang bang tuh, aku tak lah heran kan sangat. Ini yang jenis kalau cakap pasal ugama, mengalahkan ustaz-ustaz lagih. 

Sibuk sangatlah Subardi asyik dok menalipun aje kerjanya. Mulanya awek tu nak, kemudian kata tak jadi. Ditalipun lagi, setuju pulak nak datang. Last-last kata tak nak. Tak setuju pasal gaji. Walaupun Subardi kata dia sanggup gaji dia dipotong $200 setiap bulan untuk dikasi kat awek tuh. "Daripada aku bayar uang cari lonteh, mending aku potong gaji aku kasi dia", Subardi kata kat Nadi. Sah dia ada agenda tersendiri. 

Isnin baru nih tuh kawan dia talipun, kata dia ada kawan di Philadelphia, perempuan jugak, yang nak kerja. Walaupun aku tak reti Jawa tapi aku boleh tangkap apa yang diaorang sembangkan. Gak popo gak popo, wedok, gak gelem, deway, nong kono, adem, umornyo piro, seng de'ey, wes turu and a few other words yang aku faham. Memang tak aku nafikan yang Subardi nih bahasa dia memang hebat, perempuan sure cair nya lah kalau dengar cerita kebaikan dia, kealiman dia, kepandaian dia. Sebab perempuan tuh di Philadelphia, aku tanyalah dia kalau-kalau dia kenal aku, atau pernah dengan nama aku. Memanglah, dulu waktu aku di sana, sebab akulah satu-satunya Melayu, ramai jugak orang kenal aku. Dia kata dia pernah jumpa aku tapi dia lupa rupa aku, dia kata kalau itu lah Melayu yang aku cakapkan itu, memang sah dia pernah tengok. Masa aku turun ke Phialdelphia bulan Julai tahun lepas. Masa hantar Bayou dulu tuh. 

Eva tuh pun Subardi kata adik dia. Cuma dia tak berapa suka sebab Eva tuh janda, umur pun 37 tahun. Dia siap mintak dikirimkan gambar melalui cellphone lagih, dia kata Boss nak tengok. Daripada setuju jadi tak setuju. Akhirnya Eva tak setuju. Dia ada kawan nama Tuti, janda umur 36 tahun. Dengar ceritanya Tuti tuh setuju duduk sebilik dengan Subardi so as of writing this, sah lah Tuti yang akan menggantikan aku nanti.