Friday, September 28, 2012

One Of Us Is Crying


Dalam tengah ada problem tu pun aku masih dapat tidur lena, selamba aje aku tidur, macamlah tak ada apa-apa masalah. Bila terjaga baru aku dok terfikir pasal masalah aku tuh. Alangkah seronoknya kalau aku sentasa tidur, tak payah nak fikir kan apa-apa masalah, kan? 

Aku pun tak tahu, what is this endless series of meaningless experiences trying to teach me? Bosan dah aku dibuatnya, letih dah aku, sebijik demi sebijik masalah yang datang. Tapi itulah, aku nak buat macamana, nak tak nak aku kena hadapi jugak. Menangislah keluar air mata darah sekalipun, tak akan habisnya masalah tuh kalau tak diusaha cari jalan penyelesaiannya.

With that in mind, aku turun balik semula kat ruang tamu, Yanti tengah kemas-kemas, Will dah pergi kerja. So aku bercerita lagi lah kat Yanti. Sebelum tuh memang aku pun dah fikir yang dengan Yanti ajelah harapan aku, tempat aku mintak tolong. Walaupun aku tahu yang dia tak boleh tolong aku, dia pun kais pagi makan pagi jugak, tapi aku dah tak ada orang lain dah nak buat tempat mengadu.

"Habis aku Tie, habis aku!", aku kata gitu. 

"Tenang aja", kata dia. 

"Aku nggak punya uang sama sekali. Rencana aku, aku turun Phila kerna mahu ngeluarin uang. Udahlah ha-pay aku diputusin, aku mahu pulang ka New Jersey pun nggak bisa. Lagi, uang aku nggak bisa dikeluarin, sampe kapan aku nggak tahu", aku kata gitu. 

"Kamu cari Lawyer aja, biar Lawyer yang urusin", kata Yanti.

"Nggak bisa, aku nggak punya uang sama sekali, gimana mahu bayarin Lawyer sih?", aku jadi geram jugak. 

"Aku punya uang", kata Yanti. Aku buat dengar tak dengar aje kata dia sebab selama aku kenal dia, belum pernah aku dengar dia kata dia ada duit. Duit dari mana? Duit gaji? Nak bayar bill pun tak cukup, biasanya. Datang dari mana duit tuh? "Aku bisa bantuin kamu, aku punya uang", kata Yanti sekali lagi. 

"Selama ini aku nggak pernah hutang sama kamu kerna aku tahu kamu nggak punya uang tapi kali ini kamu harus bantuin aku", aku kata gitu. "Kamu tahu nggak, dua minggu lalu aku pinjam uang sama Nani Pastel, gara-gara aku nggak bisa ngeluarin uang rekening", aku kata kat Yanti. 

"Gini, aku punya uang. Aku ada dapat uang dari pemerintah, untuk grant sekolahan aku, tiga ribu tujuh ratus. Aku bisa pinjamin kamu", kata Yanti.Rasa macam tak percaya aje bila Yanti cakap gitu tuh. Bukanlah aku nak memperkecilkan dia tapi selama ini dia memang tak ada duit. Setakat cukup makan aje. Dulu pun ada dia dapat grant tapi habis semua duit tuh. So bila dia kata dia ada duit tuh, terdiam lah sekejap aku.

"Nggak apa-apa, dulu aku sering pinjamin uang dari kamu, ini kebetulan aku punyai uang, aku bisa pinjamin kamu", kata Yanti bila dia tengok aku senyap jer. 

"Anih ya. Aku rasa takut Tie", aku kata gitu. 

"Koq kenapa?", tanya Yantie.

"Iya, ini Tuhan punya kuasa tapi aku rasa anih kerna selama ini memang kamu nggak punya uang, kenapa tiba-tiba kamu punya uang diwaktu aku memerlukan?", aku kata kat dia. 

"Iya sih, gimana sih, aku nggak pernah solat", kata Yanti sambil gelak-gelak. Gelak kelat.

"Kamu coba-coba solat, aku yang kerja restoran Cina, tinggal sama Cina, lagi bisa solat. Masa kamu nggak bisa sih", aku kata kat Yanti. "Itu suami kamu, aku percaya dia nggak bisa baca Bismillah, minum arak melulu", lama dah aku nak cakap benda gitu tuh.

"Iya sih, kamu sering-sering doain moga aku bisa solat sih", kata Yanti.Lepas tuh Yanti ceritakanlah yang dia akan dapat duit this coming Friday, by Monday duit tuh dapat di keluarkan dari bank. Dia dapat grant, dia kata yang dia tak nak suami dia tahu yang dia dapat duit tuh sebab kalau suami dia tahu, ada aje lah barang lain yang nak dibeli. Dia nak guna duit tuh untuk bayar bill yang dah banyak tak berbayar. Kebetulan pulak bill internet diaorang dah diputuskan semalamnya. Lepas pada tuh aku rasa lega jugaklah, sekurang-kurangnya aku akan dapat bernafas semula. Cuma aku tak tahu berapa banyak yang Yanti akan kasi aku hutang. Kalau aku dapat pinjam sebulan gaji, ok jugak.

Lepas tuh aku cuba-cuba talipun Sue sebab aku nak mintak cuti besoknya, aku kena pergi ke bank. Yang jawab talipun tuh Mary, bermacamlah dia tanya aku. Bila aku kata yang aku tak dapat datang kerja Khamis tuh, terus dia kata, "You don't have to come back, we'll find someone else to replace you". Habis aku! "What about my stuff?", aku tanya dia. Barang aku masih banyak kat sana. "That I don't know", kata Mary. Terus aje dia matikan talipun.

"Tie, aku dipecat. Juragan aku udah nggak mahu aku di sono mungkin", aku kata kat Yanti. "Nggak apa-apa, kalau kamu masih kerja di sono, nggak bisa selesai masalah kamu. Kamu cari kerja di sini aja", betul jugak cakap Yanti. "Udah, jangan dipikirin pasal itu, yang pentingnya seleseikan masalah uang kamu dulu", kata dia.Shit! Lepas satu, satu. 

"Udahlah, aku mahu keluar benter, mahu kasik ilang stress, kepala aku udah pusing nih", aku kata kat Yanti. Then aku keluar. Aku tak ada tempat lain nak dituju kecuali ke library. So aku lepak kat library aje lah. Dah lah duit tak dapat keluar, ini aku dibuang kerja pulak. Pundek ayam betul.

Aku pun terus fikir macamana aku nak ambil barang-barang aku yang di New Jersey, takkan aku nak biar gitu aje. Adalah seluar baju dua tiga helai. Beg laptop Calvin Klein aku! Topi Polo aku! Toilettries aku yang mahal-mahal tuh! Buku Spanish aku! Contact lense aku yang banyak tuh! Surah Yassin aku! Kalau aku tinggalkan aje, sure diaorang akan humbankan semuanya tuh. Berdosa ker aku nanti kalau diaorang humbankan aje Surah Yassin tuh? Diaorang mana tahu kan? Tapi, kalau aku nak ke sana pun, by the time aku sampai, sure barang-barang aku dah tak ada. Serba salah aku jadinya. Surah Yassin itulah yang aku bawak ke mana-mana sejak setahun lepas, sejak Bayou kasi kat aku dulu tuh.

Walaupun dah koyak rabak tapi masih boleh dibaca. Aku rasa nak ke kedai aje nak beli Surah Yassin yang baru then baru aku teringat yang aku masih ada satu lagi Quran terjemahan yang Bayou kasi dulu tuh. Then bila kat library, masa aku check blog aku, dan aku terbaca ada satu hamba Allah nih punya komen yang ada berkaitan dengan Surah Yassin (kat bawah nih), terus bergugus-gugus airmata aku keluar. Airmata aku jatuh ke perut lagi. Aku logged off ajelah dan terus balik semula ke rumah Yanti. 

--------------------------------
Subject:Fw : Bacalah Yaasin...(Penjelasan daripada Ustz. Abd Razak) 

BACALAH YAASIN RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang. 

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian. 

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut. 

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yangdilihatnya. 

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allahmeringankan siksanya. 

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya. 

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripadapenyakitnya. 

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyaihati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali. 

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turutmenyembahyangkan jenazahnya". 

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketikanyawanya diambil. 

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasindan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik. 

This Is No Laughing Matter

14072006


Diam tak diam dah dua minggu aku kerja di New Jersey, dan dalam masa dua minggu tuh sepatutnya aku dah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan kerja, dengan staff kat situ. Kerjanya memanglah aku boleh handle, tapi bab komunikasi dengan staff di situ yang buat payahnya. Itu yang aku rasa macam handicapped jer, ada kekurangannya aku nih. 

Sue pun dah balik dari China, walaupun dia masih di New York tapi suami dia dah balik ke New Jersey. Bertambah kekok aku dibuatnya sebab suami dia tak reti English, dan aku tengok pun, dengan Wei-Wei bukan main lagih dia bersembang. Mary dah pergi ke New York, so aku sama Wei-Wei ajelah yang handle kerja di bahagian depan. Tiap kali suami Sue ada, aku jadi macam serba salah, aku tak tahu apa yang dia fikir tentang aku. Samada dia suka kerja aku atau tidak, atau dia fikir yang aku nih buat menyemak jer.

Pernah sekali tuh masa suami Sue tak ada di restoran, cash register yang aku guna tuh buat hal. Entah apa-apalah yang rosaknya. SiWei-Wei apa lagi, dia perli aku ajelah, dia kata kan ker Mary dah ajar aku guna machine tuh? Memang pun, memang Mary ada ajar, tapi ajar masa mesin tuh ok. Tak ada pun tunjukkan aku macamana nak baiki mesin tuh kalau rosak. Ndak jer aku kasi penampar kat Wei-Wei sebab bila aku nak talipun Mary yang di New York, dia pulak sibuk-sibuk kata dia akan talipun. Orang yang datang makan semakin ramai, cash register tak boleh pakai. Ada lagi satu cash register yang lain, bila aku mintak kunci kat Wei-Wei, dia kata dia akan talipun Mary. Sebenarnya, Wei-Wei tak reti guna cash register tuh jugak, dia tak tahu caranya pun. Dalam hati aku kata, cibai punya amoi sekor nih, dia dah bertahun kerja di sini pun tak tahu nak handle, nak marah kat aku pulak yang baru dua minggu kerja. Nasib baiklah suami Sue ada datang a few minutes later, dia yang repairkan cash register tuh, dia tunjukkan aku macamana nak pasang alat-alat semuanya tuh. In Chinese! Aku angguk-angguk gitu ajelah. 

Hari Isnin malam, diaorang dapat gaji. Aku buat tak tahu ajelah, then Wei-Wei beritahu aku yang gaji dibayar sebulan sekali tapi sebab aku dah dua minggu kerja, bos ada tanya kalau-kalau aku nak pakai duit, dia boleh kasi sesikit. Aku katalah aku nak, so suami Sue kasi aku seratus. Pundek, seratus dollars aje dia kasi rupanya. Lebih baik tak payah kasi, apa yang aku boleh buat dengan duit sebanyak itu tuh? Nak bayar bill talipun pun tak dapat. Macamana pun aku ambil ajelah.

Balik kerja malam hari Selasa tuh, suami Sue (melalui Wei-Wei) suruh aku off hari Rabu. Geram aku dibuatnya sebab kalau dai cakap dari awal kan ker senang, aku surenya akan rasa seronok aje sewaktu kerja hari tuh, knowing yang esoknya aku akan off. Ini tidak, baru malam itulah dikasi tahu. Lepas mandi, bila aku on kan laptop, bila aku tengok tak ada signal (router ditaruk Mary kat bilik tukang masak sorang tuh, sejak itu tak pernah ada connection, sejak Friday minggu lepasnya lagi dah), aku pun terus buat keputusan nak balik ke Philadelphia ajelah. Nak buat laundry, nak pergi bank, nak rileks-rileks kat rumah Yanti. So aku terus pack barang apa yang patut, aku menapak ke stesyen bas. Kat situ sempatlah aku online barang sesetengah jam sebelum bas ke Atlantic City tiba. Kat dalam bas tuh aku asyik dok baca tag archive yang sempat aku download. Gelak sorang-sorang aku dibuatnya bila baca apa yang orang sembangkan. Kalaulah aku ada masa tuh, sure lebih seronok. 

Bas tuh agak terlambat sampai ke Atlantic City so aku terpaksa naik bas pukul 3-30 pagi ke Philadelphia. Sabar ajelah selama dua jam aku menunggu di stesyen bas tuh. Nak pergi ke mana-mana malas rasanya sebab beg aku tuh berat jugak, sendat dengan pakaian. Dah nak habis Subuh baru aku sampai ke Philadelphia, kebetulan Yanti dah bangun tidur, so sembang-sembang dengan dia ajelah sampai 7 lebih. Lepas tuh baru lah aku tidur.

Lepas buat laundry semuanya baru aku keluar ke Chinatown. Aku nak ke bank. Nak keluarkan duit. Nak bayar bill cellphone. Aku tak lah rasa janggal sangat masa aku isi form, masa aku kasik form tuh kat counter, sebab kali ini aku ada nombor account aku. Aku pun ada bawak ID yang aku buat kat New York dulu tuh. Aku pun ada bawak passport, yang walaupun dah expired tapi visa nya masih valid.

"Your account has been suspended pending investigations bla bla blah......act bla bla bla", kata kerani tuh. Tak faham aku, so aku tanya dia balik, apa maksud dia. Dia tanya nombor Social Security. Aku kata aku tak ada, aku bukak account dulu tuh masa tak perlukan Social Security Number pun, belum berkuat kuasa lagi masa tuh. 

"When did you last make a withdrawal?", dia tanya aku lagi. "I don't know, more than a year ago I guess", aku jawab gitu. Seingat aku, kali terakhir aku keluarkan duit, setahun lebih dah, memang aku jarang keluarkan duit, aku masukkan duit adalah. Macamana pun aku masih tak faham, so aku tanyalah kerani tuh, akhirnya dia suruh aku jumpa Manager bank. Manager tuh terangkan kat aku yang account aku digantung sementara pending siasatan, ataupun arahan Federal, pasal akkaun aku tuh macam tak real aje. Tak ada SS Number. 

Bila Manager tuh mintak IDs aku, bila aku kasi kan ID yang aku ada, dia terus beritahu aku yang dia tahu ID aku tuh bukannya ID yang valid yang dikeluarkan oleh Government. Aduh!!! Aku tunjukkan passport. "Get your passport renewed then show it to me", kata Manager tuh. "Ok, this is not about IDs, right?, aku tanya dia. "Your account has been suspended, there's nothing I can do about it. You come back tomorrow", kata manager tuh. 

Aku macam tak percaya jer, aku rasa blank gitu aje. Apa pasal aku tak boleh keluarkan duit dari akaun aku? Bukannya aku tak ada duit dalam akaun tuh? Itu duit aku. Itu hak aku. 

Terus aku balik ke rumah Yanti. Kebetulan Yanti sama suami dia ada di rumah. So aku ceritakan lah pada diaorang. "Temen aku sama, nggak bisa ngeluarin uang, 10 000. Minggu lalu dia telpon aku ceritain dia nggak bisa ngambil uangnya di rekening. Koq kenapa sih?", Yanti tanya aku. 

"How much do you have in your account?", suami Yanti tanya aku. "About twelve, twelve thousands something". "Are you a Muslim?", dia tanya aku. Aku rasa nak marah bila dia tanya aku gituh. Lupa ker Will tuh yang aku lah yang bawak dia pergi masjid masa dia nak masuk Islam dulu tuh. Lupa ker dia yang aku lah yang jadi wali (eh, betul ker wali?, saksi kot) masa dia kawin sama yanti dulu tuh. Tanya aku samada aku Islam ker tidak. Mabuk ker? Macamana pun aku jawab selamba ajelah, "Yes, I'm a Muslim, I have a Muslim name", aku kata gitu. 

Lepas tuh barulah Will kata kat aku yang dia ada terbaca satu article pasal perbankan yang mengatakan, sesiapa yang ada duit di bank in excess of 10,000, bank kena buat lapuran kat Federal Governmet. Or something like that. "Remember 9-11? You have more than 10 grands in the bank and you are a Muslim. That makes sense", kata Will. Makes sense to him tapi bagi aku semuanya tuh bullshit. 

Berserabut kepala aku jadinya. Aku tak tahu apa nak buat. Dalam poket aku ada a few dollars aje. Manager tuh suruh aku datang esoknya, sedangkan aku kena balik ke New Jersey, aku kerja. Aku macam dah tak boleh nak fikir apa-apa, so aku terus masuk ke bilik. Aku tidur. 

Kadang-kadang aku rasa my life nih macam one big fat joke aje. Sad thing is, apa pasal it's not even funny?

A Lesson Well Learnt


Berpeluh jugaklah aku mencari stesyen bas malam tuh, aku jalan aje, nak tanya orang tak ada pulak nampak bayang-bayang orang yang lalu lalang. Kalau ada orang pun, di seberang jalan sana tuh. Memang selalunya gitu lah, kalau masa kita nak tanya direction, memanglah tak pernahnya ada orang dan kalau ada pun, nun di sebelah sana. 

So aku jalan ajelah, bila rasa macam dah nak sesat, bila rasa macam dah nak patah balik, baru aku terperasan yang aku memang dekat-dekat dah dengan terminal bas tuh, sebab aku nampak a few familiar shops, yang aku pernah tengok mungkin, masa aku mula-mula sampai dulu tuh. 

Bas ke Philadelphia memanglah dah tak ada, bas terakhir pukul 8-30 malam, bas ke Atlantic City ada setiap satu jam. So sementara menunggu bas pukul 11-15 malam tuh, aku bukak laptop. Entah, aku macam konfiden jer ada signal kat area tuh. Memang betul pun, memang ada signal, so memanglah kejap jer aku rasa nak menunggu bas ke Atlantic City tuh.

Tak ada orang pun dalam bas tuh mulanya tapi semakin dekat ke Atlantic City, semakin ramai orang yang naik, sampai penuh, sampai berdiri-diri. Aku tengok, hampir semuanya Spanish-speaking, Americans adalah satu dua aje. Kat merata-rata kampung kecik tempat bas tuh berhenti, aku peratikan, semuanya orang bangsa Spanish. Semuanya samada baru nak pergi kerja, atau baru balik kerja. Hard working sungguh diaorang tuh nampak gayanya.

Sampai Atlantic City pukul 12 lebih so sementara tunggu bas pukul 1-30 am ke Philadelphia, aku pusing-pusinglah dekat-dekat area casino di situ. Masa aku masuk Trump Plaza sebab nak pergi kencing, aku ternampak this one Indon guy yang aku kenal, dulu pernah kerja sama aku di Philadelphia, Henry ker Harry nama dia. So sembang-sembanglah sekejap, dia kata dia kerja sebagai tukang masak di restoran Jepun, datang ke Atlantic City sebab nak cari "ayam". Memang, masa aku lalu lalng tadinya pun, aku nampak ada beberapa ekor ayam yang tengah berkeliaran. Sebijik macam hookers yang selalu aku tengok kat tv, wayang tuh. Teringat pulak aku kat Bubu, hooker kampung dulu tuh.

Aku sampai Philadelphia pun dah dekat pukul 3 pagi, jalan kaki aje dari tempat bas tuh berhenti, ke rumah Yanti. Diaorang belum tidur lagi masa aku sampai tuh, terkejut memasing tengok aku terjongol aje kat pintu. Aku tak ada pun talipun diaorang kata nak balik dan diaorang tak pun expect aku akan balik sebab aku baru 3 hari kerja. Pak Yus dah masuk pindah ke rumah Yanti rupanya sebab masa aku nak masuk bilik, puas aku mengetuknya baru dia bukak. Aku tengok, tilam aku dipindahkan ke posisi lain, barang aku di taruk di ceruk sana, dan more than half of the area dipenuhi dengan barang-barang Pak Yus.Teratur jer, disusun rapi. Banyak gila barang dia, macam tak ada plan nak balik Indo. Mungkin jugak kot, sebab dengar ceritanya Pak Yus nih ada apply asylum. 

Entah, tapi hati aku macam terasa jer, aku kan ker sewa bilik tuh jugak, tapi kalau tengok keadaannya, aku macam menumpang aje. Patutnya, walaupun aku live-in di tempat lain, hak aku (half of the room) janganlah disentuh. Aku online sampai pagi, pukul 5 lebih baru aku tidur. Punyalah sejuk pasal aircond dipasang full blast. Aku pulak tak ada selimut (entah di mana dicampaknya selimut aku), so aku ambik ajelah kain langsir lama, buat selimut. 

Dekat pukul 12 tengahari baru aku bangun, sabar ajelah, dah setengah hari berlalu gitu aje hari off aku. Lepas makan, aku ke Chinatown sebab aku nak ke bank nak keluarkan duit. Kat poket dah tinggal berapa dollars aje, aku nak bayar bill cellphone, lepas tuh nak kena ada duit sikitlah buat belanja sebab aku tak tahu bila aku dapat gaji. Entah-entah gajinya sebulan sekali. Entah-entah dua minggu sekali. So aku kena ada duit secukupnya, nak buat tambang pergi balik Philadelphia, di hari off aku yang akan datang. 

Masa aku nak isi form utuk keluarkan duit, bila aku bukak wallet aku, baru aku terperasan yang kertas tulis nombor akaun aku tak ada. Biasanya ada satu slip biru yang memang aku simpan, kat kertas tuh ada nombor akaun aku, dan jugak jumlah duit yang aku ada dalam bank. Terpaniklah jugak aku sekejap. Then aku beritahu kerani tuh yang aku lupa nombor akaun, so dia tanya aku alamat, tarikh lahir, details aku yang ada kat file diaorang. Memang diaorang dapat access account aku, tapi kerani tuh tetap berkeras kata aku kena kasi nombor akaun, barulah boleh aku keluarkan duit. Then dia tanya nombor Social Security aku. Aku tahu yang dia tahu aku tak ada Social Security Number, so dia gunakan alasan tuh yang membuatkan aku tak boleh keluarkan duit, kecuali kalau aku ingat nombor akaun aku. 

Masa tuh dah pukul dua lebih dan memang tak sempat dah kalau aku nak balik ke rumah Yanti, nak cari cek book aku (yang tak pernah aku guna) sebab kat situ ada nombor akaun aku, sebab bank tuh tutup pukul 3 petang. So kaedahnya, tak dapatlah aku nak keluarkan duit. Habislah aku, kata aku dalam hati. Macamana aku nak balik ke New Jersey? Duit ada berapa dollars aje kat poket aku?

Otak aku asyik fikir jer kat mana aku nak pinjam duit untuk buat belanja sementara aku dapat gaji. Yang pentingnya, duit untuk buat tambang aku balik ke New Jersey. Di sana nanti aku memang tak guna duit pun sebab makan minum free. Semuanya free. 

Nak pinjam duit kat Yanti? Jangan haraplah sebab semalamnya dia ada kata kat aku yang dia memang tak ada duit sebab baru kirimkan duit kat Ara yang terpaksa beli tiket kapalterbang yang baru untuk balik semula ke Amerika. Dia kata yang bills dia semuanya belum dibayar pasal dia kumpul duit untuk kirimkan kat Ara. So buat sakit hati aku ajelah kalau aku nak cuba-cuba tanya dia kalau-kalau dia ada duit. 

Then aku teringat Pak Yus. Tak berani aku nak pinjam duit kat dia, aku kenal dia gitu-gitu aje, lagipun dia tuh takkan percaya, takkan nak kasi pinjam duit. 

Dan aku teringat Nani Pastel. Aku tahu dia ada duit tapi dia jugaklah manusia paling kedekut yang pernah aku kenal. Tapi, kalau aku tak cuba, mana tahu, kan? Bukan dia tak pernah pinjam duit dengan aku dulu tuh? Pernah dia pinjam aku dua puluh dollars, dia kata dia nak tengok aku aje, samada aku kedekut ataupun tidak. Sampai sekarang duit tuh dia tak bayar, tapi aku tak kisah sebab aku selalu jugak kadang tuh, makan free kat rumah dia. So, kalaupun aku terpaksa melutut kat Nani, sebab nak pinjam duit, aku kena buat jugaklah. Sebab aku dah tak ada pilihan lain. Esoknya aku kena balik ke New Jersey, aku tak ada duit. 

Puas aku talipun Nani, tak ada orang angkat pun. Sure dia keluar tuh, tak pun dia ke casino di Atlantic City sebab dia dah selalu ke casino dah sekarang nih. Dia ada cerita, kadang tuh dia menang tiga empat ratus, kadang tuh kalah dua tiga ratus. So sementara tunggu dia, aku lepak kat library ajelah. Langsung tak dapat nak concentrate apa-apa, hati aku risau aje. Buatnya tak dapat pinjam duit dari Nani, macamana? Tak nak lah aku fikir lebih-lebih. 

Dah lama tuh baru talipun di rumah Nani berjawab, so aku beritahu dia yang aku nak datang. Tak lama aje aku sampai di rumah dia terus aku beritahu dia yang aku nak pinjam duit. "Nggak ada", terus dia geleng kepala, sambil ketip gigi. "Bukan aku nggak punya uang sih, aku punya uang di rekening (account bank), cuma aku nggak bisa keluarin", aku kata gitu. Aku tahu, memanglah bukan benda yang mudah nak pinjam duit orang, tambah-tambah dari Nani.

"Nggak ada. Rasaian loe, kenapa nggak mintak sama Yanti aja? Koq kamu gampang banget ngasi uang sama Yanti?", macam dia perli aku aje. Memanglah, sepanjang perjalanan tadinya pun aku asyik fikir, selama ini kalau Yanti nak pinjam duit, aku kasi aje, tak ada tanya apa-apa sangat pun. Bukan sikit-sikit, beratus-ratus. Sampai aku dah lupa berapa. Tapi, bila aku tak ada duit, and in this case aku tak dapat nak keluarkan duit kat bank, tak ada siapa yang dapat tolong aku. Aku ingat lagi, sekali dulu masa aku nak pergi Florida masa nak kerja di restoran Kelvin dulu tuh, aku nak pinjam duit Yanti sebab takut tak cukup duit. Berapa yang dia kasi? Dua puluh dollars! Sedangkan masa tuh entah berapa ribu duit aku yang dia pinjam, anak dia pun pinjam jugak masa tuh, nak bayar college. 

Puas aku mengecek Nani tapi dia tetap kata tak ada duit, dia gelak-gelak kan aku, dia perli-perli aku, dia sindir-sindir aku. Sebab aku dah tak ada masa, dan aku terpaksa fikir cara lain pulak, bila dia tetap kata tak ada duit, so aku kata tak apalah. "Nggak apa-apalah, pokoknya aku udah usaha sih, ini pertama kali aku mahu pinjam uang tapi kalau kamu inggak bisa bantuin, nggak apa-apa lah. So aku (yang masa tuh macam frust, merajuk, geram sangat dengan Nani sebab tak nak tolong aku, macam tak percaya aku) terus ajelah nak blah, aku pakai kasut, aku bukak pintu. Nani trik baju aku. "Ish, benter dulu sih!", dia kata gitu sambi gelak-gelak. Ha, ini macam ada harapan jer gayanya nih, kata aku dalam hati. 

So aku lepak balik semula lah. Nani terus ceritakan kisah dia pulak, macamana dia dengan pacar dia tuh yang walaupun duduk serumah tapi semuanya Nani yang harus bayar segalanya. Kalau Nani nak ke mana-mana pun, dia terpaksa bayar duit minyak. Kalau pergi makan di mana-mana, bayar sendiri-sendiri. So bila Nani tanya aku apa pasal aku, dah berapa tahun pun, masih terus jugak balik ke rumah Yanti, so aku tanyalah dia balik.

"Kamu bilang kamu nggak senang sama pacar kamu, koq kenapa kamu masih serumah, masih sekamar dengan dia. Kenapa kamu nggak pindah aja? Kamu masih butuhkan dia, bener nggak? Kerna kamu di sini sendirian, nggak punya keluarga, jadi kamu butuhkan sasaorang tempat kamu berlindung. Nggak gitu? Sama jugak aku dengan Yanti, aku di sini sendirian, dia ajalah yang aku kenal udah agak lama. Walaupun aku nggak senang dia sering mahu pinjam uang, tapi aku masih butuhkan dia. Kerna aku fikir, sekiranya terjadi apa-apa ke atas aku, hanya Yanti aja yang bisa bantuin aku. Kalau aku nggak kerja, pasti dia benarin aku tinggal di rumahnya. Kalau aku sakit, pasti dia yang bisa jaga makan minum aku. Walaupun nggak sepenuhnya tapi kurang-kurangnya dia bisa bantuin aku, setakat yang mampu. Kerna itu sih aku masih ingin berbaik sama Yanti, hanya dia aja keluarga aku di sini", panjang lebar aku menerangkan pada Nani. 

Agaknya betul jugak apa yang aku kata tuh, dia diam aje. Memang aku rasa apa yang aku cakap tuh memang bernas. "Tapi kenapa dia nggak bisa kasi kamu uang?", Nani berbalik semula dengan soalan itu. "Memang sih, memang dia nggak bisa bantuin aku kalo masalah uang", resah jugak aku sebab Nani tak ada pun gaya macam nak pinjamkan aku duit. 

Then aku mintak lagi sekali, aku cakap yang aku akan bayar dia lebih, macam kasi bunga gitu. "Itulah, di Amerika ini, kalau kamu susah, nggak ada siapa yang mahu bantuin kamu", kata Nani lagi. 

"Bukan aku nggak punyai uang sih, cuma aku nggak bisa ngeluarin uang di rekening aku. Udahlah, mahu pinjam uang seperti gembel aja. Ini pertama kali aku coba mahu pinjam dari kamu, kamu nggak mahu kasi ngak apa-apa sih. Kamu kira gampang aku mahu meminta segini? Aku bener-bener pepet", aku kata gitu kat Nani. "Lain kali kamu kena ingat, jangan sembarangan kasi orang pinjam uang, sekarang lihat!", dia kata lagi. 

"Kamu butuh berapa?", dia tanya aku. Lega rasa hati aku bila dia kata gitu tuh. "Berapa ajalah yang kamu ada, aku janji, nanti aku bayar kamu interest", aku kata gitu. Dalam hati aku kata kalau dia kasi aku a few hundreds pun dah ok dah, so aku tak payahlah nak balik semula ke Philadelphia minggu depan untuk keluarkan duit dari bank. "Kamu jangan tinggal di sono lagi (di rumah Yanti), ngapain bayar sewa kamar kalau kamu nggak tinggal di sana, di sini kamu bisa bermalam kalau kamu turun waktu kamu lagi liburan", kata Nani. 

"Memang, aku punya rencana nggak mahu kos-kosan di sana, buang uang aja. Kalau aku libur, aku di sini ajalah, bayar per malam seperti dulu. Aku kesal sama Pak Yus jugak, kamar aku tuh kelihatannya seperti dia sendiri yang bayar sewa, aku seolah-olah menompang aja. Lihatlah nanti gimana", aku kata gitu.

Bila dah malam dan bila aku rasa aku kena mintak dengan Nani untuk kali terakhr, kalau dia nak kasi pinjam, syukur, dan kalau dia tak nak kasi, aku nak blah aje, aku pun katalah kat dia, "Ayuh, aku harus pergi, kamu mahu kasi pinjam nggak? Aku udah nggak punya upaya lagi gimana mahu minta dari kamu". "Kamu butuh berapa?", dia tanya aku. "Dua tiga ratus, aku mahu bayar ha-pay segala, lagi, aku nggak tahu kapan gajian, mungkin sebulan sekali. Aku baru kerja sih", aku konfident dia nak kasi aku pinjam sebanyak itu, walaupun dalam hati aku kata, lebih banyak dia kasi pinjam lebih bagus sebab aku tak payahlah turun ke Philadelphia untuk beberapa minggu akan datang. Turun masa dah dapat gaji nanti ajelah, bayar hutang dia, dan masukan duit ke dalam bank sesikit. 

"Gila kamu, mana aku punya uang sih, aku baru habis belanja", aku tahu dia tipu aje, aku tahu dia simpan duit dia di rumah aje sebab dia tak ada account bank. Dan aku tahu dia memang kedekut, potong lancau lah kalau dia nak kasi pinjam bebanyak. "Aku punya lima puluh dollars, itu aja aku bisa kasi kamu", kata dia sambil ambil dompet. "Kasi aku tiga puluh dollars udahlah, asal aku bisa balik ke New Jersey, nggak apa-apalah ha-pay aku diputusin kerna nggak bayar bill, nanti udah gajian aku lunasin". Aku fikir, daripada tak dapat langsung, takat dua tiga puluh dollars tuh dah ok dah. Tak adalah aku takut sangat nanti sementara tunggu gaji, at least aku adalah jugak duit sesikit. Bererti jugak, aku tak akan ke mana-mana (sebab tak cukup duit) sehingga aku dapat gaji nanti. Tak apalah, aku nak buat macamana, kan? 

"Benter, aku kasi kamu seratus", kata Nani, terus dia naik ke tingkas atas, ambil duit agaknya. So dia kasi lah aku seratus, dan aku janji akan bayar bila dapat gaji nanti sebab dengan duit sebanyak itu, aku tak rasa aku akan turun ke Philadelphia untuk sementara waktu.

"Sialan kamu, mahu pinjam uang segini pun seolah-olah seperti gembel. Bukan kamu nggak pernah pinjam uang dari aku, bukan aku nggak pernah belanja kamu makan di Penang", aku kata sambil gelak-gelak, tapi sebenarnya aku perli dia. Tapi orang macam Nani tuh manalah makan saman. Dia gelak aje. 

"Nanti aku mahu telpon Yanti, mahu omelin dia, mahu tanya dia gara-gara kamu mahu pinjam uang" kata Nani. Habislah nanti tuh, lantaklah korang berdua berperang, Nani tuh mulutnya bukan main lancang lagi. Aku pasti yang Yanti sure nya akan jadi bengang kat aku, sebab dia ingat tentu aku ceritakan semuanya kat Nani. Diaorang berdua tuh memang musuh. Pedulikan lah, itu semua aku tak nak fikir sangatlah. Aku dah dapat pengajaran. Berdebuk aku dibuatnya. 

------------------------- 

translation: 

rekening=account
gampang=mudah
senang=suka
butuh=perlu/hendak
gembel=peminta sedekah
pepet/kepepetan=kesempitan
kos-kosan=menyewa
libur=cuti
ha-pay=hp=hand phone
omelin=marah, mengomel

Cerita Di Tempat Baru


Nasib baiklah aku dapat tidur nyenyak jugak malam hari Ahad tuh, so tak ada masalah pun nak bangun pagi esoknya untuk pergi kerja ke tempat baru. Aku naik bas pukul 7 itulah, nganm-ngam sampai ke tempat tuh pukul 9 pagi. Sempat mengopi dulu baru lah aku talipun Sue. Tak lama lepas tuh dia datang jemput aku dan terus bawak aku ke restoran. Berkenal-kenal lah dengan suami dia yang tak pandai Inggeris tuh, takat perkataan-perkataan senang tuh dia bolehlah sesikit.

Lepas tuh Mary, yang aku rasa macam Manager restoran tuh, ajar aku, tunjukkan aku apa yang harus dibuat. Mulanya bersih dan lap kan meja, kerusi, apa-apa lah yang patut. Then bersih tandas. Adalah dalam sejam aku buat semua kerja tuh. Then menyusun, mengatur pinggan mangkuk, menyediakan minuman, apa-apa yang patutlah. Aku tengok, banyak jugak jenis makanan yang dijual di restoran tuh, harganya pun tak lah mahal sangat. Mula-mula tuh macam kekok jugak aku dibuatnya, iyalah, di setiap restoran lain caranya. Sebanyak mana makanan nak dikasi, susunan sayur dan lauk pauk pun lain caranya. 

Mary tunjukkan aku, Wei-Wei tunjukkan aku jugak caranya. Oklah, cuma aku tak berapa berkenan dengan cara diaorang bercakap dengan aku. Diaorang tuh Cina, kebanyakan Cina nih, cara diaorang cakap tuh memang kasar, siap bertempik-tempik lagi. Kaget jugak aku dibuatnya. Tapi bila difikir balik yang diaorang punya English memang berterabur ke sana sini, ditambah pulak diaorang Cina, aku senyapkan ajelah walaupun ada a few times aku macam bengang aje bila diaorang sounded a little sarcastic. Mungkin bukan maksud diaorang nak cakap kasar gitu tuh, dah semulajadi diaorang agaknya. 

Macamana pun aku lebih banyak kerja di bahagian kaunter aje, jaga cash register sambil menyediakan minuman. Mungkin sebab aku tak berapa retti cara nak serve, lagipun aku tak tahu nak order makanan yang dah habis (yang harus dimasak lagi) sebab bahasa perantaraan yang digunakan di situ bahasa Cina. Orang dapur semuanya tak reti English so kalau nak order apa-apa makanan, semuanya dalam bahasa Cina. Masa aku kerja di restoran Pak Tua dulu gitu jugak, tapi kat situ tuh tak banyak jenis makanan, memang senang nak dihafal. Walaupun ada a few jenis makanan yang sama, tapi lain pulak sebutannya. Aku perhatikan, itu ajelah masalah aku sebenarnya, nak bercommunicate dengan orang dapur. 

Sebab hari pertama tuh Monday, tak adalah sibuk sangat kerjanya walaupun dibandingkan dengan restoran Pak Tua dulu tuh, di tempat baru nih lebih sibuk. Customers memanjang adanya, sebab di mall tuh tak ada banyak restoran lain, ada satu aje, itupun jual salad aje. Dan aku tengok, more than half dari customers tuh semuanya Spanish-looking, orang-orang Latin. Puerto Ricans kebanyakannya. Mexicans tak ramai, aku boleh kenal Puerto Ricans dengan Mexicans, atau yang lain-lain dari South America. Mexicans nih kecik-kecik orangnya, muka pun berkarat memasing tuh, walaupun aku tak nafikan ada jugak yang lawa-lawa. Puerto Ricans, kulit diaorang lebih cerah, dan sebab Puerto Rico di bawahnya jajahan America jadi diaorang tuh macam Americans lain lah, confident aje gayanya. Tak macam Mexicans atau orang-orang lain yang macam kadar ke diri tuh hidup menumpang di Amerika, so buat something tuh, even gaya berjalan pun, macam takut-takut aje. 

Di sebelah malam masa restoran dah nak tutup, aku sorang ajelah yang bersihkan semuanya, aku yang sapu sampah, aku yang mop lantai. Wei-Wei nak buat aku tak kasi pun sebab malu lah aku nak suruh perempuan mop lantai, kan? Pukul 9-30 malam barulah kitaorang balik. 

Sampai di rumah, tak lama lepas mandi, aku terus tidur ajelah pasal masa aku on kan laptop, tak ada pun signal. Tak ada connection. Pelik jugak aku sebab Mary beritahu aku, kat situ ada router, dia sama tukang masak yang sorang tuh ada laptop. Tak apalah, senang-senang nanti aku tanya Mary macamana. Ini kan hari pertama aku di situ, memanglah di hari-hari pertama di tempat baru, agak susah nak menyesuaikan diri. 

-------------------------------------

Aku mulanya rasa ok jugak sebab aku tengok keadaannya, kat tempat baru tuh tak boleh merokok. Tak ada peluang nak merokok. Kat rumah tak ada gaya orang merokok pun. Kat tempat kerja lagilah. So ok lah tuh, tak dapat hisap rokok aku tak ada lah terkulat-kulat macam sesetengah orang tuh. Aku selamba aje. 

Tapi, besok paginya, masa aku nak pergi kerja, aku tengok Cina sebilik aku tuh hisap rokok, kat luar rumah, sementara tunggu suami Sue yang nak drive kan kitaorang ke tempat kerja. Kebetulan aku pun ada rokok kat dalam pocket, so aku join jugaklah dia hisap rokok. Oklah, dapat sebatang dua sehari dah kira ok dah tuh. 

One of the cooks tuh cuti so hari tuh satu orang tukang masak ajelah, berdua jadinya dengan suami Sue. Aku perhatikan, suami Sue nih, mungkin sebab English dia tak bagus, dia kerja di bahagian dapur aje. Tak control langsung di bahagian depan. Semuanya diserahkan pada Sue agaknya, dan Sue pun serahkan semuanya kat Mary yang handle. Mary nih dengar ceritanya akan keluar dari restoran dalam masa dua tiga minggu lagi, nak sambung belajar ker apa, aku pun kurang pasti. Dia memang macam tokey pun, asyik duduk baca paper jer kerjanya, atau menalipun. Kalau ada apa yang tak kena, dia tegur aku. Terjerit-jerit, walaupun masa orang ramai. Buat malu aku aje. Dan Sue pun jarang sangat ada di restoran, so kitaorang bertiga ajelah di bahagian depan tuh. 

Wei-Wei sama Mary tuh, asyik dok bercakap jer kerjanya, kalau Mary tak sibuk baca papers, atau menalipun. Pot pet pot pet diaorang berdua. Segala macam benda diaorang bercerita. Aku, walaupun tak faham bahasa diaorang, tapi aku boleh agak apa yang diaorang ceritakan, kadang-kadang tuh. Kadang cerita pasal nasi (aku tahu sebab aku boleh agak, diaorang sambil tunjuk-tunjukkan nasi, sambil senduk-sendukkan nasi). 

Kadang cerita pasal lalat, sebab aku ternampak Wei-Wei juihkan mulut dia arah lalat terbang. Lama ceritanya. Lepas tuh sambung cerita lain pulak. Petangnya, sambung balik cerita pasal lalat. Sampai aku terkata-kata dalam hati, laaa...tak habis lagih cerita pasal lalat, diaorang nih? Yang buat nampak kampungnya, kadang tuh sorang di hujung sini, sorang di hujung sana, sambil buat kerja, sambil lap itu ini, masih berpot-pet jugak. Tak peduli langsung orang ramai yang tengah makan. Aku perhatikan aje, selalu orang jeling-jeling aje kat diaorang, lepas tuh senyum-senyum. Pelik aku, apa pasal diaorang tak perasan benda-benda gitu tuh? 

So itulah, bab yang aku tak berapa berkenannya tuh, pasal diaorang asyik berborak memanjang. Ker perempuan memang semua macam tuh kot, banyak bercakap. Macam banyak mulut aje, kan? Eh, perempuan memang banyak "mulut" kan? Aku memang tak biasa kerja dengan perempuan, memang lah agak kekok jugak nak menyesuaikan diri. Seingat aku, masa aku kerja di Restoran Pak Tua dulu tuh, kitaorang tak lah sembang banyak mana pun. Kitaorang semuanya lelaki, memang kitaorang banyak diam aje. Masing-masing, kalau tak ada kerja pun, rela melangut, fikirkan benda-benda lain. Tak adalah berborak aje kerjanya. 

Yang keduanya aku tak berapa suka, diaorang pasang lagu kuat sangat. Aku tahu, tanda-tanda orang tuh tua, bila dia cannot stand loud music. Bukan aku tak suka loud music, pasanglah sekuat mana pun, aku boleh tahan. Tapi kalau pasang lagu-lagu yang tak sesuai dengan jiwa aku, music yang perlahan tuh aku rasa loud sangat bunyinya. Korang nak tahu lagu apa yang Wei-Wei selalu pasang? Yep, memang lagu Cina. Ok lagi lah kalau lagu Cina, tak ada salahnya. Tapi kan, lagu Cina yang diaorang pasang tuh, lagu Cina yang lama-lama, lagu saduran dari lagu Inggeris lama. Macam lagu-lagu One Way Ticket, More Than I Can Say, Heartache By Number (ala yang lagu, Heartache Number One, ek ek ek ek ek, Heartache Number Two, ek ek ek ek ek tuh), semua lagu-lagu gitu tuh. Lagu-lagu zaman 70an kot. Diaorang tak percaya bila aku kata aku tahu irama dan rentak lagu-lagu tuh, then bila aku kata semuanya tuh lagu Inggeris yang disadurkan (?) ke bahasa Cina, diaorang tak percaya. "Maybe they copy Chinese songs", kata Wei-Wei, kononnya lagu-lagu Cina tuh disadurkan ke bahasa Inggeris. "So you like?", Wei-Wei tanya aku. Ish, susahlah kalau macam nih.

Hari Rabu, aku tengok Sue sibuk jer pepagi tuh, aku nampak dia kemas barang masuk dalam kereta. Aku intai ajelah dari bilik air kat lantai 3 tuh. Aku memang bangun pagi setiap hari, lepak-lepak kat katil sambil online sesikit. Connectinnya ada tapi slow sangat kekadang tuh. Macamana pun aku bersyukur sebab at least aku dapat jugak online walaupun kadang tuh sejam lebih barulah ada signal baik. Kadang tuh habis masa gitu ajelah, refresh page memanjang, tapi tak ada signal. 

Lepas suami Sue hantar kitaorang pergi kerja, terus dia blah. Aku dapat tahu dari Mary yang Sue sekeluarga nak bercuti ke Cina selama seseminggu dua. The whole family, dia sama suami dan 3 orang anak dia, jugak one old lady yang aku rasa emaknya suami dia tuh. So tinggal kitaorang berlima ajelah kerja, tiga di bahagian depan dan dua oran tukang masak. 

Ada a few times aku bengang kat Mary, kat Wei-Wei sebab aku tak suka cara diaorang cakap dengan aku. Yang bagi aku, agak kasar bunyinya. Apa pun, aku diamkan ajelah sebab semalamnya kalau tak salah aku ada dua kali aku kata kat Mary, "you don't have to be rude to me". 

Malam tuh kitaorang balik kerja naik teksi, sampai 4 orang kat seat belakang, sabar aje lah. Dan seperti biasa, dah jadi routine, aku dengan roomate aku, sebelum masuk rumah, hisap rokok dulu kat luar. How I wish aku boleh berkomunikasi dengan dia. 

Lepas 3 hari kerja, aku disuruh off hari esoknya so I was in two minds samada nak lepak di New Jersey aje atau nak balik ke Philadelphia. Bas dah tak ada dah kalau memalam gitu tuh, pukul 10. Kalau aku nak ke Philadelphia malam tu jugak, aku harus pergi ke Atlantic City dan ambil bas dari sana ke Philadelphia. Bila aku tengok signal macam tak bagus jer, aku tak dapat online, lepas mandi, terus ajelah aku kemas barang sesikit, aku buat keputusan nak balik ke Philadelphia. Tak apalah sampai kat sana nanti tuh pukul 3 pagi. Aku memang biasa berjalan malam. 

Something Can Be Done About It



Sue hantar aku balik semula ke steysen bas Vineland, hajat aku memanglah nak balik ke Philadelphia. Tapi sebab bas ke Philadelphia baru aje bertolak dan bas seterusnya akan hanya tiba dalam masa sejam setengah, dan kebetulan pulak bas ke Atlantic City ada, aku pun terus aje lah naik bas itu. Dekat sejam jugak perjalanannya walaupun tak lah sejauh mana Atlantic City tuh. 

Cuaca pun panas dan aku pun macam happy dapat a few more days untuk bersantai sebelum mula kerja baru di tempat baru yang aku rasa "macam ok" jer, so aku habiskan masa merayap-rayap ajelah kat Atlantic City tuh. Aku tak lah merayap sangat kat Broadwalk, malu jugak sebab aku bawak beg. Aku jalan-jalan kat kawasan bandar aje, tengok bangunan-bangunan casino dari jauh jer. Bila dah petang, nampak gaya-gaya nak hujan jer, terus ajelah naik bas balik ke Philadelphia. 

Hari Rabu, Khamis dan Jumaat aku tak buat apa-apa sangat. Sama jer routine aku tiga hari tuh. Bangun pagi pun dah dekat pukul 12 tengahari (sebab malamnya tidur lewat), lepas tuh keluar cari makan. Then pergi library, melepak kat library sampai petang (tak ada tempat lain dah nak pergi). Dah nak Maghrib baru aku balik, singgah kejap kat kedai Indo beli nasik. Hari Jummat tu aje yang beza sikit sebab aku tak lama sangat kat library sebab aku lepak lama jugak kat masjid lepas Sembahyang Jumaat. Balik rumah pun dah malam. 

Pagi Sabtu, tengah sedap-sedap tidur, Yanti talipun. Dia nih macam habit pulak. Dia tahu aku ada kat dalam bilik, apa salahnya ketuk aje pintu. Ini tidak. Dia menalipun. Biasanya kalau dia nak cakap dengan aku thru talipun, memang ada hal lah biasanya. Memang betul pun. Dia tanya aku ada rokok ker tidak sebab Will dia tak ada rokok. Then dia cerita yang suami dia kena beli kasut baru sebab kaki dia sakit. Minggu lepas suami dia masuk wad kecemasan sebab bengkak kaki, banyak sangat minumnya, itu yang jadi gitu tuh. Dulu dah berhenti minum, lepas tuh sejak dia kerja semula, suami dia sambung balik minum arak. Kadang tuh tak makan pun, minum aje kerjanya. Jadi, kaki dia bengkak, nak pakai kasut, kena dibuat lubang di bahagian hujung kasut tuh. So, kaedahnya, dia nak pinjam duit untuk buat beli kasut, nak pinjam 40 dollars. Nak rokok jugak. 

Aku masa tuh tengah sedap tidur. So bila dia menyuarakan niat dia tuh, marahlah aku jadinya. Aku marah kat diri sendiri sebenarnya sebab selalu sangat terpedaya dengan Yanti punya alasan nak pinjam duit. Apa pasal aku? Sebab aku duduk di situ, itu pasal dia, kalau kesempitan duit, dia akan cari aku? So aku beritahulah dia keadaan aku yang dah tiga minggu tak kerja (macamlah dia tak tahu dan tak fikir), dan aku kena sediakan duit untuk buat perbelanjaan untuk pergi kerja di tempat baru nanti. Aku kena ada duit. Aku kena ada persiapan. 

"Aku punya berapa aja sekarang, sekedar cukup untuk belanja dua tiga minggu aja. Lagipun aku nggak tahu, mungkin aku nggak betah kerja di tempat baru, aku harus cari kerjaan baru. Semua itu butuhkan uang sih", aku kata gitu kat dia.

"Will gajiannya besok, nanti kalau ceknya udah dicairin, dia bayar. Aku masih hutang kamu dua ratus dollar setelah ditolak sewa kamar. Dulu aku ada hutang 20 dollars, nanti Will udah gajian aku lunasin", aku tak tahu lah samada itu macam nak memancing aku aje sebab selama ini, dia tak pernah pun bayar kalau dia berhutang dengan aku. So aku yang waktu itu pun memang tak ada rokok (aku, kalau malas hisap rokok tuh, aku buat selamba jer, memang tak ada bekalan rokoknya lah) terus ajelah keluar pergi kedai kat depan rumah tuh. Dengan mata separuh terbukak. So aku belikan dia rokok, dan aku kasi dia 40 dollars. 

Nak tidur pun dah tak bersemangat dah aku, so aku terus mandi, bersiap-siap. Aku nak ke New York untuk kali terakhir sebelum aku mula kerja di tempat baru. Cuaca tak lah elok sangat, mendung aje sehari dua nih, hujan pun selalu turun. Lebat pulak tuh. Aku, kalau memang dah niat nak ke New York, turun badai salju ker apa ker, aku pergi jugak. Masa dalam bas tuh aku masih lagi rasa geram kat Yanti, macamana pun aku bersyukur yang aku nanti akan kerja di tempat lain, at least dapatlah aku menjauhkan diri dari dia untuk sementara waktu. 

Kadang tuh aku fikir jugak, apa pasal aku keep coming back to Yanti's family. Orang lain pun selalu jugak marah aku, tanya aku. Nani Pastel tuh for example. Dia selalu marah aku. "Suami aku bilang, pasti kamu udah pernah ngentot sama Yanti, kerna itu kamu nggak bisa ninggalin dia sih", selalu Nani kata kat aku begitu kalau aku cerita pasal Yanti. Kalau orang lain yang cakap memang aku akan marah, tapi sebab Nani yang cakap gitu, aku tak lah marah, aku gelakkan aje sebab aku tahu, dia tu pun lebih teruk lagi perangainya, walaupun dia tak ada masalah duit.

--------------------

Hujan aje hari tuh masa aku di New York. Seharian. Aku ada terbaca paper yang kat Massachusets, kat New Jersey, teruk jugak banjirnya. Mana tak banjir, kat Amerika nih tak ada longkang, tak ada parit. Aku memang dari dulu sejak mula sampai Amerika, aku selalu pelik apa pasal kat sini tak ada longkang, tak ada parit. Kat rumah-rumah, rain water down pipe memang ada tapi outletnya kat tanah aje, bukan macam kat Malaysia, setiap rumah ada longkang. Itu yang buat mudah banjir tuh kalau hujan lebat yang tak henti-henti. Kat Malaysia pun, walaupun ada longkang, ada parit, tapi masih tetap banjir sebab longkang, parit, semua tuh penuh dengan kotoran, sampah. Itu lain cerita lah kan? Yang aku termelarat cerita sampai longkang, parit semua nih, apa ker jadahnya?

So aku tak ke mana-mana sangat lah, takat ke sana-sini gitu ajelah, bila hujan aku berteduh. Bila hujan dah sidang aku merayap lagih. Macamanapun sempat lah jugak aku merayap sampai Rockefeller Center, ada pamiran pasal America Cup, pasal yachting tuh. Then aku menjalar ke Fifth Avenue tu ajelah. Sampai bosan. Sampai aku siap kata kat diri aku (dalam hati lah), apa yang aku nak cari, apa yang aku nak tengok? Benda yang sama aje, even kalau benda yang menarik tuh, apa yang menariknya? Menarik macamana pun benda yang aku tengok, dah macam tak ada kesan kat aku, aku tak akan appreciate, aku tak akan berkobar-kobar nak tengok. 

Terus ajelah aku cari subway terdekat, aku pergi ke Chinatown, nak balik ke Philadelphia. Memang payah aku nih, buat sesuatu tuh tak berfikir langsung, ikut sedap jer, ikut hati jer.

Di sebelah malamnya aku keluar sekejap sebab bosan yang teramat, asyik dok memerap kat rumah aje. Cadangnya nak pergi tengok wayang sebab aku belum pernah tengok wayang malam-malam kat Amerika nih. So aku merayau gitu-gitu aje lah ikut kaki. Pukul 1 lebih baru aku balik ke rumah,terus tidur. 

Besoknya masa aku nak keluar, Will suami Yanti kasi aku 40 dollars yang dia pinjam tuh. I was a little excited masa dia nak kasi duit tuh sebab aku ingat Yanti janji semalamnya yang dia akan settle kan hutang dia tuh. Tapi hampeh, tak ada apa pun, takat 40 dolars tu ajelah dibayarnya. Macamana pun aku diamkan ajelah.

So Sunday tuh hari terakhir aku berihat, genaplah tiga minggu aku tak kerja, itu yang aku nak lah mengambil kesempatan tuh untuk merayau-rayau. On the way ke library, aku lalu di kawasan City Hall, aku tengok ada macam pamiran, ada khemah kuning yang tersergam indah. Tak ramai orang pun so aku pergilah tengok-tengok. Kat mana-mana ada macam slogan Something Can Be Done About It, aku tak tahu apa dia. Bila aku pergi dekat, bila aku belek-belek brochures, buku-buku kat situ, barulah aku tahu yang itu macam pamiran motivasi agaknya. 

Then aku terpandang satu tempat yang ada buat free stress test. Memang aku selalu tengok orang buat stress test tuh, especially masa aku di New York dulu, di kawasan Times Square tuh. Memang banyak free stress tests tuh. So aku cuba-cuba lah nak buat, aku bukannya nak percaya benda-benda gitu semua tuh tapi aku macam curious nak tahu.

Yang tukang buat test tuh, tua dah orangnya, dia suruh aku pegang ada macam dua besi hollow yang both ends nya diwayarkan ke mesin test tuh. Macam real jer gayanya. Dia suruh aku tenangkan fikiran, then dia mulakan test. 

"Tell me what you are thinking right now", dia kata kat aku gitu. 

"Nothing", aku jawab. Memanglah aku tak fikir apa-apa pun.

"Now tell me something about you, do you work? Are you married? Do you have a family", things like that", dia kata kat aku. 

"Yes, I'm fully employed", aku tipu dia, aku belum mula kerja sebenarnya. Tak apalah, dia bukannya tahu. Then jarum kat mesin tuh bergerak-gerak, kejap ke kosong, kejap laju jer ke maksima. 

"Now, think about your family", kata orang tua tuh. Aku cuba-cuba gambarkan family aku tapi dalam otak aku tak fikir apa-apa pun. Terus jarum mesin tuh bergerak ke maksima. Orang tua tuh, aku tengok, ada gerak-gerakkan tombol mesin tuh. "Wow, tell me something about it. You are all stressed out. Look at this", kata orang tua tuh sambil tunjukkan jarum yang bukan aje di arah maksima, tapi di paling hujung sekali, dah tak boleh bergerak lebih dari itu dah. Aku gelak. Bukan gelak apa, aku macam pelik sebab aku tak fikir apa-apa pun pasal family aku, aku cuma bayangkan aje members of my family, aku belum mula fikir pun lagi. 

"What's wrong with the machine?", aku tanya dia. Aku tengok orang tua tuh, kuku dia panjang jer, hitam semuanya, penuh taik kuku. Orang macam nih ker yang aku nak percaya, kata aku dalam hati. 

"No, the machine's working fine, what's wrong with you?", kata dia. Aku terus hilang percaya jer kat stress test tuh, sure orang tua tuh adjust sana sini, takkanlah jarum mesin tuh bergerak sampai maksima sedangkan masa tuh aku tak fikir apa-apa pun. Aku gelak ajelah, sambil geleng-geleng kepala. 

"This can't be true", aku cuba menyedapkan hati. Orang tua tuh selamba jer, sambil dia terus adjust-adjustkan tombol mesin tuh. Memang sah lah dia nih tipu gamaknya, sebab, kalaulah dia tak tipu, sure dia akan marah bila aku kata dia tipu aku tuh kan? Ini dia selamba aje. Bodoh dia tuh, macamlah aku nih bodoh sangat. Bila aku dah tak fikir apa-apa tuh, jarum tuh menurun, bukan menurun ke kosong tapi pergi ke tengah-tengah. 

"Now, think about your health", kata orang tua tuh.

"My health?", aku macam terkejut jer bila dia tanya gitu tuh. Setahu aku lah, aku nih sihat walafiat walaupun semenjak dua menjak nih aku selalu terfikir pasal "what if aku jatuh sakit", things like that. Terus aje jarum tuh ke maksima. Dan tak bergerak-gerak. Panik jugak aku sekejap. Then aku terus lepaskan aje besi yang aku pegang tuh, malaslah aku menyetresskan fikiran buat stress test tuh. Tipu semuanya tuh. 

"Obviously you are not telling anything, are you involved in a secret society or something?", tanya orang tua tuh. Amboi, melarat pulak dia.

Lepas tuh aku bersandar ajelah sambil kedua-dua tangan aku, aku depakan, aku letak di atas bahu kerusi. Then masa tuh lah jugak aku tengok sekeliling sambil baca iklan-iklan, kain rentang yang dipasang di merata-rata tuh. Then aku terperasan ada perkataan "Scientology" dan aku terperasan yang kat logo tuh ada gambar macam salib. 

"Ha, this is what they call Scientologist. You know Tom Cruise, the actor? He's a devout Scientologist", terus aku tak bersemangat nak buat apa-apa dah. Orang tua tuh buat macam tak faham jer. Tapi sebab aku tak nak orang tua tuh kecik hati kalau aku blah gitu aje, aku buatlah pura-pura baca buku-buku kat situ. Belek sana belek sini. Puas jugak dia kecek aku suruh beli a few publications yang ada kat situ. "I can get all this over the internet. If I want", aku kata gitu. Lepas tuh aku jadi macam defensive jer, bila dia terangkan apa-apa, aku lawan aje cakap dia. Lawan cara beralus.

Kebetulan masa tuh ada this one homeless lady yang gayanya macam ada screw yang loose, yang nak buat stress test tuh. So aku terus bangun, aku suruh dia buat test tuh. Nak rasanya aku tengok result stress test orang yang kurang siuman tuh tapi sebab itu aje peluang aku nak blah dengan cara baik, so aku blah gitu aje lah. Lepas tuh aku pergi library sekejap, then bila dah petang tuh aku pergi ke arah Art Museum, aku jalan aje ke arah Fairmount Park, kat tempat buat Amazing Race dulu tuh. Aku tidur awal jugak malam tuh sebab esoknya aku kena bangun pepagi, nak catch bas pukul 7 ke bandar di New Jersey, tempat kerja baru aku tuh. 

When Coffee's No Longer My Cup Of Tea


Tak ada persiapan apa sangat yang aku buat untuk pergi ke New Jersey tuh.Penuhkan satu beg galas aje, baju dua tiga helai, seluar sehelai, benda-benda gitu ajelah. Dan laptop. Towel pun aku tak bawak, beli aje lah yang baru, buat memenuhkan beg aje. 

Aku ada check kat internet pasal tempat aku nak pergi kerja tuh. Kat mall tempatnya, cuma yang peliknya, tak ada food court. Ada dua tiga kedai makan aje, so aku rasa macam peliklah sikit. Biasanya kalau di mall, sure ada food court, sure banyak restorans lain. Bandar tuh pun dekat dengan Atlantic City, dalam 30 km gitu aje, kira dekatlah tuh. 

Aku check jugak bus schedule, pukul berapa bas pertama, bas seterusnya. Dan yang pentingnya, pukul berapa bas terakhir ke Philly, senanglah kalau aku nak balik nanti. Tapi aku terfikir jugak, daripada aku ke bandar tuh naik bas yang berhenti-henti, might as well aku ke Atlantic City terus, naik bas express. Then from Atlantic City, baru naik bas kampung, berpatah balik ke arah bandar tuh. Lagi satu, kalau aku naik Greyhound ke Atlantic City, aku akan dapat duit bonus casino (yang aku boleh claim), so kira macam free aje lah. Bagus jugak cadangan tuh tapi sebab itu kali pertama, aku rasa macam tak berani jer nak buat gitu. Lagipun aku bawak beg, dan bila sampai kat Atlantic City tuh nanti, aku kena masuk ke casino sebab nak redeem kan coupon yang aku dapat dari Greyhound tuh. Then kena menapak ke bas terminal pulak. Takes time jugak rasanya. What if bas terlewat sikit, aku akan sure termiss bas yang nak ke tempat aku nak pergi tu kan? So lebih baik aku naik bas NJTransit ajelah dari Philadelphia ke tempat tu tuh. Buat masa ini. Tak apalah perjalanannya selama dua jam, walaupun jaraknya hanyalah dalam 40 km lebih aje dari Philadelphia. 

Bas tuh masuk ke seluruh ceruk rantau di South Jersey. Aku cadangnya nak tidur aje dalam perjalanan tuh, iyalah sebab malamnya tuh aku tak dapat tidur langsung. Selalu aku macam tuh, kalau nak ke tempat baru, malamnya aku tak dapat nak lelapkan mata. Entah apa yang aku fikir pun aku tak tahu. So pukul 5 aku dah bersiap sedia nak pergi. Kena beri masa sikit pasal awal pagi subway tuh slow sikit, trains pun after every 15 minutes kot. Aku naik bas pukul 7-15 ke bandar tuh. Sambil tunggu bas tuh aku minum kopi yang aku beli kat Dunkin' Donuts. 

Memanglah tak boleh langsung nak tidur sebab bas tuh berhenti-henti, so aku tengok luar ajelah, memang lawa kampung-kampung di New Jersey nih, iyalah kan, Garden State. Sampai kat bandar tuh pukul 9 lebih, terus aku call Sue, tokey restoran tuh. Sambil tunggu dia datang, aku tengok-tengoklah sekeliling, kebanyakannya orang berbangsa Spanish. Bila aku tanya orang, diaorang kata ramai orang Puerto Rico kat situ. I see, geng-geng J Lo lah rupanya nih. Patutlah muka diaorang jauh lebih berserinya dari muka-muka orang dari Mexico. Lawa-lawa awek yang lalu lalang tuh, pakaian memasing jangan ceritalah, seksi habis. 

Within 10 minutes Sue datang cari aku kat stesyen tuh. Senang aje nak kenal sebab dia Cina. Baik gayanya Sue tuh, cakapnya walaupun susah nak faham, tapi tak renti-renti. Dan memang susah nak cari orang Asia yang kata, "Yes dear, no dear" macam dia tuh. So laju ajelah aku berborak dengan dia, sepanjang perjalanan lebih kurang 20 minit ke restoran tuh. Dia tunjukkan rumah yang tempat aku akan duduk nanti (duduk sama keluarga dia, dan pekerja-pekerja lain), dia tunjukkan aku kat mana nak tunggu bas. Manalah aku dapat concentrate sangat, let alone nak hafal. 

So aku tanya dia, bila dia nak aku mula kerja. Biasanya kalau sampai tuh, mana-mana bos akan suruh terus masuk kerja. "Up to you dear, you want to start today, or tomorrow, or next week", dia kata gitu sambil gelak-gelak. Ini sudah bagus, kata aku dalam hati. Memang dulu hajat aku nak cuti dalam masa tiga minggu, lepas tuh baru kerja semula. Tercapai hajat aku tuh gayanya. "We're not busy now but later we need people because one of the girl(s) is leaving (to go to college) in August", dia kata gitu. "But it's up to you when you want to start", dia kata lagi. 

"So in that case I'll start next week then, Monday", aku kata gitu. Sebenarnya aku malas sangat kerja, rasa seronok dapat rihat-rihat seseminggu dua dulu tuh itu yang buat naik lemaknya tuh. Ini nampak gayanya ada peluang untuk aku berihat lagi, ambil ajelah. So dia bawak aku ke restoran tuh untuk tengok-tengok keadaannya macamana, berkenal-kenal dengan staff lain, untuk belajar apa-apa yang patut. 

Bila semuanya confirmed yang dia nak ambil aku kerja di situ, dan aku kononnya tak nak Sue bazir duit bayar gaji aku seminggu sedangkan staff dah cukup pun setuju dan rela hati nak start kerja Monday minggu depannya, Sue pun hantar aku balik ke stesyen bas. Rugi aje aku bawak beg. Dalam perjalanan tuh dia kata yang aku terpaksa kongsi bilik dengan tukang masak Cina yang tak pandai Inggeris, tapi pendiam orangnya. Terus aku terfikir yang aku nanti, kalau tidur, terpaksa gigit saputangan lagi lah nampak gayanya, takut aku terkacip gigi lagi macam masa aku sebilik dengan SiKecil waktu kerja di restoran Pak Tua dulu tuh. 

Aku tanya dia pasal internet, dia kata dia tak tahu sangat pasal internet tapi ada dua orang staff tuh (satu tukang masak dan satu server yang nak berhenti tuh) diaorang ada internet connection. So Sue suruh aku tanya diaorang ajelah, suruh share. Tersengih hati aku bila dengar dia kata itu tuh. Ada internet gayanya nih. Terus aku teringat yang doa aku diterima Tuhan rupanya. Itu aku tetap ingat tuh. Sebab memang bukan senang nak cari tempat kerja yang sediakan internet connection. Biasanya line talipun pun tak ada, inikan pulak cabe modem ataupun wireless connection. 

Macamana pun, walaupun aku rasa seronok mendengarnya yang aku mungkin akan ada internet connection, tapi aku tak lah berkobar-kobar sangat semangatnya. Sebab aku sekarang nih macam dah insaf lah, dah macam malu kat diri sendiri. Pasal internet tak ada yang buat aku berhenti kerja dari tempat Michael dulu tuh. Macam bebudak aje kan? Aku cuba nak jauhkan dari internet lah rasanya. Eh, salah aku cakap tuh. Aku tak nak fikir pasal internet sangatlah. Kalau ada connection tuh, Alhamdulillah. Kalau tak ada internet tuh, terima aje lah, apa nak buat, kan? 

What A Bangla Wants


Hari Ahad aku tak ke mana-mana sebab aku nak berehat aje, letih jugak asyik dok berjalan aje ke sana sini. Macamana pun aku keluar jugaklah petang tuh, takat keluar pergi cari makanan kat kedai orang Indo. Aku beli cendol sama lontong sayur tapi malam tuh bila aku nak makan, tengok-tengok semuanya tuh dah basi. Itu yang aku geramnya dengan orang Indo nih, selalu sangat makanan yang diaorang jual tuh benda-benda yang dah basi.

Isnin pagi aku berangkat ke New York, untuk kali ketiga dalam masa seminggu. Entah apa-apa lah aku nih, mengabis kan duit aje kerjanya. Dah lah duit ada seciput. Tapi, orang macam aku nih, selagi duit tuh ada, selagi itulah dibelanjakan. Memang typical orang yang tak fikir masa depan, kan? Tapi tak apa, kali ketiga aku ke New York nih atas urusan business. Wakakakakka...aku nekad nak cari kerja. Aku tak boleh lama sangat melepaknya, duit makin lama makin sikit nih. 

Aku sampai New York City memang kena masanya sebab kebanyakan agen kerja buka pukul 11. Mula tuh aku ke tempat MeiMei (Cina Malaysia), nak ke tempat dia tuh kena melalui tempatnya MakCik Jenny. Aku mulanya tak nak MakCik Jenny tahu aku ada ke sana, so itu yang aku buat-buat bersin masa lalu depan tempat MakCik Jenny tuh, so aku tutup muka aku. Tak nak kasi dia nampak aku, sebab kat tempat dia tuh biasanya tak ramai orang yang datang cari kerja, so dia memang perati aje orang yang lalu lalang keluar masuk ke tempat MeiMei. Kadang tuh memang aku kesian tengok MakCik Jenny punya business, tak sehebat MeiMei, jauh lah dari satu lagi ajen orang Malaysia tuh, Tina. 

Di tempat MeiMei dah penuh orang, ramai orang Indon, orang Tibets dan Nepal pun ramai jugak. Kebanyakannya yang duduk di New York City. So diaorang selalu datang cari kerja sebab kat New York City berlambak-lambak kerja. Jeles aku kat diaorang tuh sebenarnya. Memang aku rasa nak cari kerja di New York City aje tapi sebab most of the employers tak sediakan tempat tinggal, itu yang buat susahnya. Terpaksa kena cari bilik sewa, yang pastinya mahal. Sebelum ini, aku adalah menggogglekan pasal nak cari bilik sewa di New York City. Ada a few rental agencies yang aku ambil nombor talipun. Cuma masalahnya aku takut, first sebab duit aku tak banyak. Aku takut nanti tak cukup duit untuk bayar itu ini, bayar deposit, bayar sewa bulan pertama, etc. Keduanya, takut nanti tak ada kerja yang sesuai. Bayangkanlah kalau aku sewa bilik then tak dapat kerja, for other reasons. Sure haru nya nanti. 

So kat tempat MeiMei tuh aku tengok satu persatu kerja yang ada. Kerja yang di luar kota New York, tak ada pun kerja di Philadelphia. Paling dekat pun di New Jersey. Kerja jadi waiter berlambak tapi aku tak reti nak jadi waiter restaurant a-la-carte. Aku boleh jadi waiter kat buffet restaurant yang kecil aje. Ada a few vacancies tapi jauh-jauh semuanya, di North Carolina, di Tennesse. Then aku tengok ada satu kerja di New York, kerja cashier di sebelah malam, gaji USD 600 seminggu.Besar gajimya tuh. Bagus jugak tuh, kerja malam. Siang, kalau aku masih tak ada tempat tinggal, aku boleh lepak-lepak kat mana-mana, kat Central Park ker, mana-manalah, untuk sementara sebelum aku dapat cari apartment baru. Aku dah banyak pengalaman kalau tidur merata-rata nih. Bila aku suruh MeiMei check kerja tuh, tokey restoran tuh kata dah ada orang yang masuk kerja kat situ. So tak dapatlah aku. 

MeiMei suruh aku kerja di Virginia, atau di Washngton DC tapi sebab dia masa tuh sibuk sangat melayan orang ramai so aku keluar dulu lah. Sembang-sembang dengan bebudak Indo. Ada satu group tuh, perempuan-perempuan Indo semuanya. Ada yang muda, tua, ada yang baru datang Amerika, ada yang dah lama. Ralit aku tengok this one old lady in her 60's aku rasa. Tak mudah lah, suara dia aje yang dengarnya. Pantang ada orang lalu lalang, semua ditegurnya. Ditanya itu ini. Dia kerja jadi baby sitter dengan one Jewish family nih kat Manhattan. "Today no work, today off, tomorrow work", kata dia kat bebudak Indo yang tanya dia. "Work good, money good", kata dia lagi. Sabar jer lah aku yahng mendengarnya. Gayanya, itu ajelah perkataan Inggeris yang dia tahu. 

Makin lama makin ramai orang kat tempat MeiMei, so sementara tunggu orang aku pergilah jugak ke tempat MakCik Jenny. "Hey you Joe, apa pasat belenti tempat Michael?", dia tanya aku. La, dia ingat nama aku, dia ingat aku kerja kat mana dulu tuh. Sure Michael talipun dia nih, kata aku dalam hati. "Kerja 15 jam lah MakCik, kadang-kadang 16 jam", aku jawab gitu. "Ayooo, apa pasat lima belas jam?", dia tanya aku lagi. 

Aku tengok-tengok jugaklah iklan kerja di tempat MakCik Jenny tuh, tak banyak pun. Bia aku tanya dia kalau-kalau ada kerja sebagai counter boy/person, dia katalah ada satu, di Maryland. Bila aku tanya dia kat mana, dia katalah dekat Hagerstown. Sah lah itu iklan Restoran Pak Tua tuh. Pelik aku, apa pasal diaorang nak kan counter person lagi, ada sesiapa berhenti kerja ker? Aku kata aku tak nak sebab MakCik Jenny tak tahu yang aku dulu kerja di situ. Dulu, masa aku dapat kerja di restoran Pak Tua tuh, melalui MeiMei, bukan melalui MakCik Jenny. Itu yang dia tak tahu tuh. Last-last aku tinggalkan nombor talipun aku kat MakCik Jenny, aku pesan yang kalau ada kerja yang baik aku nak dia talipun aku. 

So aku keluar lah sekejap dari basement tempat ofice diaorang tuh. Risau jugak aku pasal masih belum dapat kerja. Masih belum ada kerja yang aku rasa sesuai. Macamana pun aku tetap kata dalam hati yang aku akan rembat ajelah mana-mana kerja nanti. Tak kiralah kalau kerja tuh jauh di state-state yang lain. 

Then aku pergi ke tempat Tina pulak, tempat dia nih memang banyak iklan kerja, kebanyakan orang Indo cari kerja melalui dia. Merata-rata Tina suruh aku kerja, di Cape Cod lah, di Washington DC lah, di state lain di utara lah, di Maine, Vermont, di New Hampshire. Hampir aku setuju aje mulanya tuh. Aku dah terbayang dah yang aku akan membawa diri jauh dari New York City. Then aku terfikir, tak bolehlah aku nak pergi jauh-jauh meninggalkan NYC. Nanti aku akan merana. Aku nak cari kerja yang jauhnya dari New York tak sampai dua tiga jam perjalanan. 

Aku tengok ada satu kerja tuh, sebagai helper kat 99-cent store, kat New York upstate so aku suruh Tina talipun. Tokey dia hendakkan orang yang ada legal papers. Pundek! Terpaksa cari yang lain. Then Tina kata ada kerja jadi store helper di Baltimore, yang kebetulan pulak bapak tokey tu dah dalam perjalanan nak datang ke situ in a few minutes. So Tina suruh aku kerja di situ saja. Bila bapak tokey tuh sampai, Tina kenalkan aku dengan Cina tuh. Dia pandang aku atas bawah atas bawah. Then dia talipun anak dia, sure report kat anak dia pasal aku lah tuh. Entah macamana aku memang boleh agak yang dia kata kat anak dia yang aku nih skinny, tak daya nak angkat benda-benda berat. So teruslah aku kata kat Tina yang aku tak nak kerja di situ sebab bapak tokey tuh kata aku kurus, tak kuat kerja. Tina gelak aje, "Wa, pandai lu hah, you can undersatnd what he say(s)", dia kata gitu. 

After a few minutes bila aku dah macam nak give up jer, aku terus kasi nombor talipun kat Tina, suruh dia carikan aku kerja somewhere close to Philadelphia, ataupun di New Jersey. Atau mana-mana ajelah. Aku kata aku nak bayar dia dulu, so surenya dia akan terus carikan aku kerja. "Tunggu, ini ada satu kerja di New Jersey, as a counter person, you mahu?", dia tanya aku. "You try lah Tina", aku jawab gitu. So Tina terus talipun tokey tuh, tak lama tuh dia pass kan talipun tuh kat aku, suruh aku bercakap dengan tokey tuh. Panik jugak aku sekejap pasal aku tak tahu menahu tentang kerja tuh, di bandar apa, sebagai apa, jenis restoran macamana. Semuanyalah. 

"You want to work here or not?", tanya tokey tuh. Perempuan. "I'll see you tomorrow", aku kata gitu. Then aku beritahu dia yang aku nak ke tempat dia sebab nak tengok dulu keadaannya macamana. Then biar dia tengok aku jugak, manalah tahu dia tak suka aku. Kalau-kalau aku ada cacat celanya aku nih di mata dia. By the way, aku, masa dia tanya tuh, aku katalah yang aku orang Indo. Tina pun ingatkan aku orang Indo. So bila semuanya dah setuju, aku ambil details how to get there, dan bayar duit servis kat Tina. Dia suruh aku pergi bawak barang just in case diaorang nak suruh aku kerja besoknya. Apa-apa lah, kata aku dalam hati. 

Rasa tenang sikit hati aku bila dah dapat kerja tuh so besoknya aku akan ke New Jersey lah untuk bertemu dengan tokey tuh yang kalau dengar gaya dia cakap, macam baik aje orangnya.