Tuesday, October 9, 2012

24122007


Dear Diary,
it was a very long day yesterday. I made it jugaklah walau macamana pun. Cuma towards the end aje aku dah tak daya sangat dah so, lagipun mata aku dah berat sangat dah masa tuh. A few hours sebelum tuh aku minum setengah botol NightQuil yang aku suruh Theresa tolong belikan untuk aku. 

Nasib baik Sonny suruh aku balik sejam awal dari biasa, balik sama bapak dia. Aku ada beritahu dia yang malam sebelumnya aku tak tidur walau seminit pun, so dia perasan kot yang aku memang letih dan mengantuk. To make it worst, mata aku merah sebab tak tidur tu lah, then bila aku pakai contatcs, rasa macam berair aje mata aku. So terpaksa aku cabut satu contact, maknanya aku pakai contact kat sebelah mata kiri aje. Jadi blur lah penglihatan aku tapi still boleh nampak. Macam nampak tak nampak gitu lah. Nampak macam tak nampak pun iya jugak. Bukan macam tak nampak-nampak.

Macamana pun semalam tuh tak lah sesibuk the day before, lagipun Theresa sama Miguel, (part-timers) pun ada so ramai jugaklah yang kerja di bahagian depan.

Balik tuh aku terus tidur aje, tak sempat tanggal uniform pun. I did not even on kan laptop pun. Terus aje aku tidur. Aku terperasan yang ada bapak Sonny dan jugak Sonny kejutkan aku suruh mandi ker apa tah, Sonny selimutkan aku. Or was it mimpi aje, tah aku pun tak tahu. 

Sedar-sedar dah pukul 3-30 pagi, aku minum susu sikit, cuba-cuba sambung tidur tapi tak dapat lelap dah. Seseminggu nih aku batuk teruk sangat, aku pun tak tahu pasal apa. Aku hisap rokok pun sebatang dua jer sehari, sebelum dan selepas balik kerja. Theresa ada kata yang sebab aku selalu kerja di bahagian teriyaki tuh, itu pasal tekak jadi kering dan selalu batuk-batuk. Betul jugak rasanya sebab aku terperasan yang sejak aku kerja di restoran Sonny nih aje, dada aku selalu sakit. Apa yang aku perasan, masa nak bersihkan tempat masak teriyaki tuh, ada satu liquid nih yang bila disiramkan ke tempat tuh, bau dia sungguhlah mentengitkan yang sampai terasa masuk ke dalam jantung hati. Memang bahaya liquid tuh. 

Oklah Dear Diary, aku nak gi kerja dah nih. Harini mall tutup pukul 6, lega sikit rasanya. Esok Krismas tak tahu lah nak buat apa. Kitaorang cuti semuanya esok, Yopi ajak aku temankan dia ke Boston, mungkin aku pergi kot.

23122007


Dear Diary,
Macam tak percaya aje yang malam tadi aku tak tidur walau seminit pun. I went to bed at 12, pejam mata tapi tak tidur-tidur jugak. Tengok jam, dah 1-57 am. Pejam mata semula, still tak boleh tidur jugak. A few times gitu, sampailah ke pagi. 

Pelik aku dibuatnya, tak ada aku fikir apa-apa pun semalam tuh, macam malam-malam yang lain jugak, tapi apa pasal aku tak boleh lelapkan mata? Jeles aku mendengar orang lain yang tidur lena aje, bersahut-sahutan dengkuran diaorang. Aku dok lah tergolek ke kiri ke kanan the whole night thru. 

Saspen gak nih sebab hari nih kang sibuk, last day sibuk. Esok masih sibuk gak tapi restoran tutup awal esok. Pukul 6 petang. Harini yang aku risau sikit nih, harap-harap tak ada apalah sangat. 

Aku baru jer lepas minum Monster Energy drink yang aku kebetulan beli kat 7-Eleven semalam, if I have to togak beberapa cans of Playboy Energy drink pun nanti tuh aku akan gasak jugak lah, as long as diaorang tak perasan yang aku lemah, tak ada energy, sebab tak tidur semalam tuh. Aku tak nak diaorang tahu, aku nak buat macam biasa aje. 

See lah how it goes.........

22122007


Dear Diary, 
I do believe yang simple things in life really count. Contohnya tadi, masa aku dah nak pergi kerja, aku sempat sembang sekejap dengan member kat YM. Sembang biasa-biasa aje, tanya-tanya khabar gitu.

Towards the end, member aku kata, "aa.. ko kerja bebaik joe.. jgn sedih2.. ko sedih aku pun sedih gak laa". 

That means nothing to some kan. Takat sembang-sembang biasa aje kan? Tapi to me, that really made my day today. Sepanjang hari, aku rasa happy aje, aku rasa macam bersemangat aje masa kerja. Aku rasa macam tanggapan aku selama ini yang aku bersaorangan aje, offline atau online, semuanya salah. I'm not that alone after all.

So, Thank You.

Oklah Dear Diary, 
two more shopping days before Christmas, dua hari aje lagi masa sibuk.Lepas tuh balik macam biasa kot. 

19122007


Dear Diary, 
hari nih Hari Raya Haji, tadi masa kat tempat kerja, masa waktu restoran baru bukak, sebab tak ada orang pun sangat, aku, sesambil berdiri depan counter makanan tuh, aku pun senyap-senyap bertakbir. 

Tak dan habis pun sebab tak sempat dua tiga baris bertakbir, aku jadi sayu gitu. Aku tak nak biarkan airmata aku mengalir pun, itu yang aku berhenti takbir tuh. Then aku cuba lagi. Tak sempat habis pun. Bukan lah aku sedih sebab apa pun. Tak ada pun rasa sedih nya. Cuma itu lah, kutu rock macamana sekalipun, kalau dengar takbir Raya, sure tangkap sayu punya lah. Ini kan pulak aku, kutu berahak. 

Dear Diary, 
rupanya bukan aku sorang aje yang letih kerja. Orang lain pun gitu jugak. Aku selalu fikir yang aku sorang aje yang setiap hari akan keletihan yang amat sangat, sebab aku berdiri aje kerja nya, terlari ke sana sini nak layan orang. Aku selalu fikir yang diaorang tuh tak lah letih sangat sebab selalu aku tengok diaorang tuh curi-curi lepak, diaorang duduk-duduk bagai. Kalau masa tak ada orang, aku sorang-sorang lah kat depan tuh, diaorang selamba aje sembang-sembang kat dapur, atau kat tempat lain. Orang yang kerja di bahagian dapur, kalau masa tak sibuk, asyik lepak aje. 

Tadi kan Dear Diary, Sonny datang kat aku, sambil picit-picit bahu aku, dia kata, "Joe, I'm tired, I just want this to be over soon". Dia beritahu aku yang bini dia pun letih, kalau malam-malam tuh, balik aje kerja, terus aje tidur, langsung tak sembang-sembang. Aku senyap kan aje lah, aku sengeh aje. Tak ada lah pulak aku nak mengadu kat dia kata yang aku letih. Dia sedia maklum kot?

Dear Diary, 
aku bengang aje bila Sonny mengadu kat customers, kat sapa-sapa lah, bila dia kata dia letih. Lebih bengang bila diaorang kata yang Sonny patut happy sebab ramai orang datang makan kat kedai dia. 

"We are happy, everybody's happy here", kata Sonny. Fuck lah Dear Diary kan? At least aku sama Yopi tak happy. Sonny memanglah happy sebab duit banyak masuk. Kitaorang, nak happy apa nya kan? 

Dear Diary, 
for the last two nights, aku disuruh balik sejam awal dari biasa. Sepatutnya di musim perayaan nih, kitaorang habis kerja pukul 11 tapi pukul 10 aku dah disuruh balik. Sebab tak nak berebut guna bilik air. Kat apartment nih ada satu aje bilik air, so selalu berebut-rebut lah gitu. Yopi (yang dalam gambar kat bawah tuh), dia nih kalau mandi tuh punyalah lama nya. Tapi bagus jugak, sebab dia lah kot, itu pasal aku disuruh balik awal. 

Pagi-pagi pun sama jugak, serba salah aku pukul berapa nak mandi nya sebab ituhari bini Sonny ada sound aku suruh aku mandi lepas 8-30 am sebab sebelum itu dia nak guna bilik air. Tapi, bila aku masuk aje bilik air, ada lah orang lain yang ketuk. Itu yang tak aman jer tuh, sedangkan aku kat bilik air tuh sekejap aje, tak sampai 5 minit pun. Bapak Sonny tuh lah aku bengang sekali, ketuk pintu bilik air punya lah kuat, aku tengah berak terus taik putus jadinya kalau dia ketuk-ketuk pintu tuh. 

Dear Diary,
aku perasan kan Dear Diary, yang sejak semalam, kat tempat kerja, aku lebih banyak senyap. Mungkin sebab aku letih kot? Tak jugak kot. Aku senyap tapi kat kepala aku ligat memikirkan banyak benda. Dalam 13, 14 jam aku berdiri tuh, kau tau tak Dear Diary, apa benda yang bermain kat kepala aku? 

Sebenarnya kan Dear Diary, sejak semalam tuh, aku macam buat review, aku macam ingatkan balik kisah aku dalam setahun nih. Sejak awal tahun nih sampailah sekarang.Dari semalam lagi. Aku sambung balik tadi tuh, aku ingatkan satu persatu. Nanti kalau ada masa, sebelum akhir bulan nih, akan aku buat review tuh, akan aku kupas satu-satu, aku akan tulis kat blog nih, akan aku ingat satu-satu setiap kehidupan yang aku lalui. Banyak kerja yang aku dah buat rupanya, ramai jugak orang yang aku jumpa rupanya, banyak jugak tempat yang aku dah jelajahi sebenarnya. Semuanya tuh menambahkan pengalaman hidup aku kan Dear Diary? Wakakakakka Pengalaman kepala hotak kau lah Dear Diary. 

Dear Diary, 
aku terfikir semuanya tuh bukan apa. Sebab aku kadang tuh pelik, apa pasal satu hari aku nih macam happy aje, besoknya aku macam sedih pulak. Mood bertukar-tukar. Bila mood happy tuh, semua kerja jadi senang, tak rasa letih apa pun. Tapi bila time mood sedih tuh, itu yang aku selalu terfikir yang ada baiknya aku balik ke New York aje.

Dear Diary, 
baru aku terperasan, yang macam last year jugak, time-time gini, Bridget Jones Syndrome tuh menyerang aku lagi kan? Ingat dak tahun lepas tuh? Wakakakak Dear Diary, aku nih so very real lah kan? 

18122007

Gambar aku sama Yopi masa tengah tunggu diaorang bersiap untuk pergi kerja.

17122007


Dear Diary,
ayoooooo, aku letih kerja nih. Tak ada masa pun sama. By the time aku sampai rumah dah pukul 11-15 malam, pukul 12 dah tidur. Pagi aje yang aku ada masa sikit untuk lepak-lepak, sebelum pergi kerja. When is this going to end hah Dear Diary? Lepas Tahun Baru, kan? 

Dear Diary,
cepatlah Krismas pergi, benci sangat aku hidup macam nih. Macam lah mengejar dunia sangat kan, sedangkan aku tak macam tuh. Aku nak hidup selamba aje, tanpa ada apa-apa yang nak dikejar. 

Dear Diary,
aku tengok, Sonny, bini dia, keluarga dia, Mr Wong, diaorang semuanya happy aje. Iyalah, duit masuk banyak di musim perayaan nih. Aku tak suka tengok diaorang happy. Sebab aku letih. Diaorang letih jugak tapi letih dalam kehappyan. Aku? Aku letih dalam kebengangan. 

Dear Diary, 
most of the customers, diaorang pun happy-happy jugak, semuanya wishkan aku Happy Holidays. Geram jer nak jawab macam dalam lagu The Pogues (yang kat bawah tuh), "Happy Christmas Your Arse" Semuanya kasi tips. Bengkek jer aku kan? 

Dear Diary, 
aku tak tahu pun bila Raya Haji nih. Esok ker, lusa ker, tulat ker? Aku nak wish Selamat Menyambut Hari Raya Haji untuk semua lah. Aku sedih gak nih Dear Diary, sebab Raya aku kali nih "tah apa-apa. Tak ada apa-apa". 

Dear Diary, 
ok lah, ada masa aku tulis lagi tapi I doubt it aku akan sempat tulis. Fuck lah this Christmas/New Year season kan? Sampaikan aku sama Yopi dah macam ada plan nak blah ke New York aje, lepas holiday season nih. Rasa macam, dah lah, habis dah tanggung jawab kitaorang kat Sonny, now it's time to say goodbye aje. 

Eh, itu macam lirik lagu Sarah Brightman/Andrea Brocelli aje kan Dear Diary? 

16122007


Bangun aje pagi tadi, terus aku bukak tingkap. Snow tengah turun. Lebat. Aku keluar sekejap, saja jer lah nak ukur ketinggian snow tuh. Ada lah dalam 6 inci. Happy jer dalam hati aku sebab kalau lebat turunnya snow, dan kalau tebal snow yang di tanah, ada harapan mall akan ditutup lebih awal. Or at least, tak ramai orang yang akan datang berbelanja. 

But I was wrong, mall tuh tak ada gaya nak tutup awal pun. Selamba aje dibukak walaupun banyak kedai-kedai yang kat dalam tuh, masih ditutup. Dan orang pun tak seramai mana. So lepak aje lah aku sorang-sorang, Sonny tah ke mana-mana pergi merayau. Bini dia pun sama. 

Dah sesejam dua tuh baru lah Yopi ajak aku temankan dia ke Apple Store sebab dia nak beli kamera. Sebab memang tak ada customers langsung, aku pergi lah temankan Yopi. Dia pinjam duit aku seratus dollars. Kejap aje lah kitaorang kat Apple Store tuh sebab Yopi nih tak reti English so dia yang suruh aku carikan camera untuk dia. Aku pulak yang jenis kalau nak beli something, terus capai aje apa yang berkenan di hati, tak check sangat specifications. 

Tak banyak pilihan pun so aku ambil yang harganya USD 199-99. 7.1 mega pixel. Ada a few more yang 12.1 MP, harga dalam tiga empat ratus gitu. Kalau aku rembat satu pun ok gak nih, kata aku dalam hati. Iyalah kan, kalau aku ada camera, bolehlah aku taruk gambar-gambar kat blog, kan? Bolehlah aku selalu update blog, kan? At least untuk taruk gambar-gambar aje kan? 

Tapi nasib baik lah aku sempat berfikir panjang, so tak lah aku terrembat apa-apa tadi tuh. Macamana pun, adalah satu kamera nih yang aku macam terbekenan aje, dan katalah aku ternakbeli kamera nanti, aku akan ambik yang itu tuh. Tiga ratus lebih harganya. 

Kat luar, snow tetap turun lebat. Tapi, aku perhatikan, ramai jugak orang yang kat mall tuh. Terpelik aku sekejap, apa jadahnya keluar ke mall masa snow-snow gini? Tak ada kerja lain dah ker? Tak ada lain dah ker nak shopping sampaikan sanggup merempuh badai salju?

"Nothing's stopping you, hah?", aku tanya this guy yang aku tengok, banyak hasil shoppingannya. Masa dia nak bayar harga makanan. 

"I've got a 4-wheel drive and I figure this is the best time to shop. Not many people", dia jawab gitu. Oooooo, diaorang datang shopping masa snow lebat sebab tak nak berasak-asak lah rupanya, sebab diaorang jangka tak akan ramai orang datang untuk membeli belah. Rupanya bukan dia sorang yang berfikir gitu. Rupanya ramai jugak yang berfikir macam yang dia fikir tuh. Itu pasal tengahari tuh ramai jugak orang yang datang. 

Di sebelah petang, snow dah tak turun sangat dah, kadang-kadang aje. Orang pun dah tak berapa ramai. So aku melangut aje lah kerjanya, sampai nak terlena aku berdiri kat depan counter makanan tuh. Sebab tak ada orang sangat yang lalu lalang.

Kalau ada pun yang datang dekat-dekat, cuma sekadar nak tengok menu, atau sekadar nak tengok jenis-jenis masakan. Yang geng-geng gitu aku paling benci sekali. Berdirilah diaorang depan counter tuh, bila ditanya nak makan apa, diaorang senyap aje. Kononnya nak fikir dulu nak makan apa, nak tengok harga, deciding, debating nak makan apa. Memang meluat sangat aku kalau yang jenis gitu tuh. Nak rasanya aku jentik hidung sorang-sorang tuh. Nak rasanya aku kasi pelempang aje. Iyalah kan, nak belanjakan less than 10 dollars pun, susah amat. Nak fikir-fikir lagi kononnya. Bangsat sangat kan? Ada kadang tuh aku rasa macam nak kata kata diaorang gini aje, "Nah, ambik duit aku nih, kalau sayang sangat nak belanjakan duit sendiri".

Aku bengang tuh apa pasal? Sebab masa tuh lah aku tengah melangut, masa tu lah aku tengah memikirkan masalah dunia aku yang sedang bergolak. Tup tup ada orang datang, tapi bukan nak beli makanan. Itu yang buat aku hangat sangat tuh. 


15122007


Dear Diary, 
mamposlah kalau gini, hari-hari kena update blog nampak gayanya. Mana aku ada masa? 

Sekarang nih kerja sampai 14 jam sehari, masa free pun ada dua tiga jam aje. Masa tu lah nak rileks-rileks, masa tu lah nak lepak-lepak, masa tu lah nak online. Takkan masa tu jugak aku nak buat update, kan? 

Semenjak dua menjak nih kan Dear Diary, aku rasa aku dah semakin jauh, semakin renggang dengan this make-beleive life kat dunia internet nih. Aku dah berbalik pada dunia sorang-sorang aku dulu tuh. Memang lah sunyi sepi rasa nya, tapi aku nak buat macamana kan? So kat kau aje lah Dear Diary, tempat aku nak mengadu. Macamana pun Dear Diary, aku tak nak lah mengadu beria sangat, sebab blog nih ada orang baca. 

Fuck lah Dear Diary, apa pasal aku tak ada mood aje nih? Apa pasal aku macam mode sedih jer nih? 

14122007


Dear Diary,
hari nih kitaorang sibuk gila. Cuaca elok pulak tadi, itu yang ramai orang datang shopping kat mall tuh, walaupun snow semalam masih tebal kat luar tuh. Punya sibuknya sampaikan aku tak ada masa nak makan pun malam tadi. So aku tak ada apa lah nak update sangat, walaupun aku banyak idea nak tulis nih.

Dear Diary,
dengar ceritanya Saturday dan Sunday nih akan ada snow storm lagi, lebih hebat dari storm semalam. Bagus lah, turun lah lebat-lebat, silap-silap kitaorang dapat balik awal lagi macam semalam. Iyalah kan, kitaorang dah tak ada off dah nih sampai Krismas nanti.

Oh yea Dear Diary,
nampak gayanya aku tak turun New York lah Krismas nanti macam yang aku plan kan ituhari. Walaupun dah lama rasanya aku turun, tapi sebenarnya baru dua minggu lepas aku di sana. Tunggulah dulu kot. Tak apalah aku tak dapat merayakan cuti Krismas di New York, even menyambut New Year kat sana. Aku rasa macam terkilan aje nih Dear Diary tapi apa aku boleh buat kan? Ikutkan hati, nak jugak aku turun tapi kan Dear Diary, sampai bila aku nak ikut kan hati kan? Ini tahun 2007 dah tinggal beberapa hari aje lagi, apa salahnya aku buat azam untuk tidak mengikut kata hati untuk turun ke New York menyelebrate New Year kat Times Square, kan?

Macamana pun Dear Diary, aku tak janji lah yang aku tak nak turun ke sana nanti Krismas atau New Year. Kau tahu lah aku kan, entah-entah aku terturun jugak nanti kan? Kita tengok aje lah macamana nanti.

Eh Dear Diary, sebab aku tak ada masa sangat nak tulis benda lain yang penting-penting nih, meh aku tulis benda-benda bodoh aje lah. At least blog aku nih berupdate, kan?

Kat mall nih sekarang kan Dear Diary, berkemundang lagu Krismas aje sepanjang masa. Syok jugak mendengarnya sebab it brings back memories. Dulu masa kecik-kecik, masa kat Malaysia, bila dengar lagu-lagu Krismas, rasa nak pergi overseas aje kan? Now that aku kat overseas, bila dengar lagu-lagu tuh, teringatlah pulak zaman dulu-dulu tuh.

Tapi kan Dear Diary, dalam banyak-banyak lagu Krismas yang diaorang pasang, tak pernah pun lagu favorite aku keluar. Kau nak tahu ker apa lagu favorite aku? Judul dia Fairytale Of New York, The Pogues sama Kristy McColl yang nyanyi. Kau tak pernah dengar kan? Memang kau tak kelas lah orangnya kalau tak pernah dengar lagu tuh.

Lagu tuh kan, was so huge dulu tuh, kat Ireland/UK/Australia/New Zealand especially. I'm not surprised lah sebab lagu tuh rasanya tak popular kat US nih sebab US nih mana reti menghargai benda-benda seni gini kan? US nih negara yang tak berseni gitu kan?

Aku first dengar lagu tuh masa aku student kat UK dulu. Kebetulan pulak The Pogues tuh asalnya dari Dublin so memanglah popular sangat lagu tuh. Dan yang buat kelas nya, lagu tuh tak ramai orang dengar, hanya selected few aje yang suka lagu tuh. Macam orang kelas-kelas aje lah kan? Aku perhatikan, setiap tahun lagu tuh dire-release, tahun lepas masuk Top 10 kat UK. When the song was first released, paling top pun sampai Nombor dua aje. So dah berbelas tahun, dekat dua puluh tahun pun dah, aku dengar lagu tuh.

Aku tak pernah get tired dengar lagu yang tune dia very catchy tuh, lyric dia pun punyalah kelasnya walaupun ada bab-bab mencarut. It sums up semuanya lah, happy-happy, arguments. Dulu aku tak faham sangat lirik lagu nih tapi sekarang nih aku rasa, every single sentence tuh macam ada maknanya. Very deep, meaningful punya lirik gitu.

So Dear Diary, masa musim-musim perayaan nih, aku dok dengar lagu tuh aje lah kat laptop aku, pasang headset dan set kan volume sampai maksima. Meremang aje bulu tengkuk bila dengar lagu tuh. Definitely, macam yang Rolling Stone magazine tulis dulu tuh, "No Christmas song can beat this one"


It was Christmas Eve babe
In the drunk tank
An old man said to me, won't see another one
And then he sang a song
The Rare Old Mountain Dew
I turned my face away
And dreamed about you

Got on a lucky one
Came in eighteen to one
I've got a feeling
This year's for me and you
So happy Christmas
I love you baby
I can see a better time
When all our dreams come true

They've got cars big as bars
They've got rivers of gold
But the wind goes right through you
It's no place for the old
When you first took my hand
On a cold Christmas Eve
You promised me
Broadway 
was waiting for me

You were handsome

You were pretty
Queen of New York City
When the band finished playing
They howled out for more
Sinatra was swinging
All the drunks they were singing
We kissed on a corner
Then danced through the night

The boys of the NYPD choir
Were singing "Galway Bay"
And the bells were ringing out
For Christmas day
You're a bum

You're a punk
You're an old slut on junk
Lying there almost dead on a drip in that bed
You scumbag, you maggot
Cheap cheap lousy faggot
Happy Christmas your arse
I pray God it's our last
I could have been someone

Well so could anyone
You took my dreams from me
When I first found you

I kept them with me babe
I put them with my own
Can't make it all alone
I've built my dreams around you

[Fairytale Of New York - The Pogues & Kristy McColl]

[BTW Dear Diary, polis yang dalam video clip tuh, itu Matt Dillon, kan?]





13122007


Aku tak check pun weather news sebelum keluar tadi sebab almost everyday snow turun. So bila Sonny kata akan snow lebat dalam pukul satu petang, membawak ke hari esok, terkejut campur happy lah aku. Aku tahu, sure tak ramai orang yang datang makan kalau snow lebat. 

So pagi tadi membawak ke tengahari, tak lah busy sangat, aku sama bini Sonny sembang-sembang aje lah berdua. Aku cuba-cuba nak korek, bila Sonny akan balik China. Tapi bini dia kata, tahun depan nih diaorang tak balik pun sebab March lepas diaorang dah balik selama 3 bulan. 

Memanglah susah nak sembang dengan bini Sonny yang tak reti English tuh, selalu kitaorang sembang sambil tulis-tulis kat kertas. Macamana pun aku boleh faham lah jugak apa yang dia cuba sampaikan. Dia kata dia tak ada famili kat US nih, selalu dia talipun keluarga dia di China. Masa mula sampai dulu, menangis aje kerjanya dia tuh. Sekarang ni pun, kalau kena marah dengan Sonny, dia selalu menangis dan selalulah talipun keluarga dia.

Ada jugaklah Sonny join kitaorang sembang. Aku tahu yang Sonny suka aku sembang dengan bini dia sebab bini dia nak belajar English. Memang aku selalu jugak ajar bini dia tuh, ajar mengira, ajar simple-simple words and sentences yang penting. Sonny ada beritahu aku ituhari yang dia tak nak ajar bini dia tuh sebab dia nih kurang sabar orangnya. Cepat marah.

Tengah kitaorang ralit sembang tuh, bising pulak bunyi kat dapur. Suara bapak Sonny, sama dengan uncle dia yang baru dua tiga hari lepas, tiba dari Virginia. Mungkin untuk tolong-tolong diaorang masa sibuk sebelum Krismas nih agaknya. 

Mulanya tak kuat sangat diaorang sembang, tapi lama kelamaan, makin nyaring. Aku tak lah ingat apa-apa sebab Cina memang cakap lantang kan? Tapi bila tiba-tiba bini Sonny lari ke dapur, aku toleh lah jugak. Aku nampak dia tengah pegang-pegang Sonny, tarik-tarik badan Sonny. Macam nak mendamaikan keadaan.

Dan semakin kuat lah diaorang bertekak. Sampaikan orang-orang yang tengah makan kat luar tuh semuanya terjenguk-jenguk ke arah dapur yang memang sentiasa terbuka pintunya. Aku cuba-cuba cover kebisingan tuh dengan pura-pura suruh orang try sample makanan. Lama lah jugak bertekaknya, sekejap aje senyap, then bising semula. Aku nampak Sonny ke depan ke belakang, sambil geleng-geleng kepala. Aku tetap pandang ke depan aje, aku buat macam tak perasan aje yang diaorang tuh gaduh. Tapi aku macam kesian, macam rasa tak sedap hati lah pulak sebab selama ini Sonny tuh baik di mata aku. Tak ada lah nak gaduh-gaduh. Dengan bapak sendiri pulak tuh kan?

So bila dah reda tuh, masing-masing macam termalu gitu, semuanya pura-pura buat hal sendiri. Sonny keluar ke mana tah. So aku lah yang kena handle di bahagian depan tuh sama bini dia. Ramai pulak orang yang nak makan teriyaki hari ni tu yang kalut jugak aku menyediakannya. Aku rasa, dalam sejam aku masak teriyaki sama sukiyaki tuh, berkerakah muka aku. Tangan kanan aku jangan nak cerita lah, melepuh jadinya sebab minyak sama sos panas tuh melompat-lompat ke tangan aku. 

Ngam-ngam pukul satu, snow turun. Lebat dan tak henti-henti. Happy jer aku, senyum aje, dalam hati kata, turun lah lebat-lebat. Dengar ceritanya, snow akan turun sampai 7 to 10 inches. Pukul 5 onwards akan lebih lebat turunnya. 

Tengah aku jaga cash register tuh, aku nampak ada satu Mamat nih yang muka Cambodian, tapi dia jalan sama two Indians. Kat sini memang ramai Cambodians dan Pinoys sebab kawasan nih memang dekat dengan penempatan Cambodians/Pinoys. Diaorang nih memanglah sebijik muka Melayu. One of our regular customers tuh, muka dia sebijik macam muka Rashid Sidek. 

Tapi, dengan sixth sense aku yang hebat tuh, aku dapat rasa kan yang dia tuh Melayu. Itu yang aku jeling-jeling aje Mamat tuh, tapi sebab aku di bahagian cash register, tak dapat lah aku nak tanya dia.

Then bila dia tanya samada kat restoran tuh ada jual seafood atau tidak, dan bila bini Sonny tak faham, then bila dia tarik baju aku suruk aku pergi layan Mamat tuh, barulah aku explain kat dia yang kitaorang ada jual shrimp teriyaki. Saje lah aku banyak tanya-tanya dia sebab aku nak dengar dia punya accent. 

"Ish, ini macam English Melayu nih, sure Melayu dia ni nih", kata aku dalam hati. Bukan lah aku nak kutuk apa, tapi accent Mamat tuh memang bland, memang macam orang Melayu cakap Inggeris.

"Where are you from?", aku tanya Mamat tuh, sambil sendukkan nasi ke dalam pinggan.

"Malaysia", dia jawap gitu.

Terus aku tunduk, aku senyum. Memang pandai aku nih, kata aku dalam hati. Aku dah agak dah. Aku pun pelik, macamana aku boleh terperasan yang dia tuh Melayu? Macamana hati aku boleh terdetik kata yang dia tuh Melayu?

"Melayu?", aku tanya gitu. Memanglah soalan bodoh kan? Memang dia Melayu. "Buat apa kat sini?", aku tanya lagi sebelum sempat Mamat tuh jawab apa-apa. Aku perasan yang dia macam tercengang, macam tak percaya dengar aku tanya dia in Malay tuh kot. 

"Ha ah, Melayu. Dari mana? Dari kat area-area sana jugak ker?", dia tanya aku. 

Aku pause kejap, tengah cari idea apa nak jawab. "Ha ah , from there, somewhere there......" aku jawab gitu, sambil sendukkan sayur. 

"Indonesia ker?", dia tanya aku. Sambil tuh kawan dia yang India nih tadi pun datang dekat dia, nak order makanan jugak. 

"Singapore....", aku tipu dia, tapi sambil senyum-senyum. Senyum sebab aku tipu. 

"Boleh cakap Melayu?", India tuh pulak tanya aku. 

Then sambil sendukkan makanan India tuh pulak, aku tanya lah apa yang diaorang buat kat ceruk dunia nih? Rupanya diaorang ada factory visit, seminggu kat NH nih, lusa nanti balik Malaysia. Kat Malaysia, kilang diaorang tuh kat Shah Alam, kilang plastik apa tah. 

Sebab ada customers yang lain yang kena layan, dan sebab Sonny pun ada tengah sediakan shrimp teriyaki untuk Mamat tuh, so susahlah jugak nak sembang. Cuma dah lama tuh baru aku terperasan yang aku cakap Melayu macam orang Malaysia aje gayanya so tak heranlah kalau India tuh tanya aku, "Malaysia di mana?"Aku kata lah aku asal KL, tak sangguplah aku nak tipu kata aku Singaporean. Takut jugak nanti Sonny beritahu diaorang yang aku nih Malaysian. 

Lagipun sebab diaorang dah nak balik Malaysia lusa, so aku tak lah rasa aku patut tipu-tipu sangat pun. Unless Melayu tuh memang duduk area-area sini jugak, Melayu yang lama di sini. Ha, dengan Melayu gitu, aku kena lah tipu-tipu sikit kan? 

Diaorang tanya aku, dah berapa lama duduk sini, bagus ker kerja di Amerika, things like that. Aku jawab gitu-gitu aje lah. Tak lama tuh Mamat Melayu tuh kasi name card dia kat aku. Masa dia kasi tuh baru aku terfikir, kalau aku kasi tahu dia aku punya blog, orait jugak kot? So aku mintak sekeping lagi name card dia, kat belakangnya aku tulis url blog aku nih. 

"Check it out, that's my website. A lot of people there", aku kata gitu sambil kenyit mata kat dia. 

"Blogspot....ok, nanti saya check", kata Mamat tuh. 

Lepas tuh baru aku macam termenyesal, apa pasal aku gatal-gatal nak kasi dia url blog aku? Tak nak kalah rupanya aku nih, dia kasi aku dia punya name card, dan aku pulak sebab tak ada apa nak kasi, aku kasi url blog. Wakakakakkakaa 

[ Dan-dan tuh jugak aku teringat masa aku jumpa Sharifah dulu [cerita dia kat sini], masa kat Philadelphia. Malam tuh dia terus bukak blog, dedicatekan untuk aku. Aku ingat lagi, first entry dia berbunyi gini..... Today I met a very interesting guy. Entry kedua dia pulak dia kata dia dedicatekan blog tuh untuk orang-orang macam aku. Tak ker sepatutnya kembang bontot aku? Too bad aku terperasan pasal entries tuh, masa Sharifah dah balik Malaysia.] 

Dari jauh aku perhatikan diaorang makan. Kalaulah ketiga-tiga nya Melayu, harus aku pergi sembang-sembang dengan diaorang tapi sebab ada dua India, aku batalkan niat aku. Sebab aku tahu, Indians nih cakapnya lepas, cakap tak tapis-tapis. Kalau Melayu nih ada lah adab sopan dia kan? Macam Zaini tuh, aku tengok, walaupun aku rasa dia macam tak percaya, macam tertanya-tanya aje, tapi dia tak tanya apa-apa sangat pun, dia diam aje. Kalau dengan Indian, lain sikit ceritanya. 

Tengah aku kemas-kemas minuman, aku nampak bini Sonny pegang satu beg laptop. Ada orang tertinggal beg lah tuh. Sonny suruh dia bukak beg tuh, dan bila dia bukak, bila dicheck, ada tiket kapalterbang balik ke Malaysia. Sah lah beg one of the guys tuh yang punya. 

"That's your friend's bag", kata Sonny kat aku sambil suruh aku pergi hantarkan beg tuh kat meja diaorang. Aku tak pergi pun, instead aku tunggu aje diaorang siap makan, aku nak lambai aje cadangnya. Nasib baik lah tak lama lepas tuh, India tuh datang tanya pasal beg dia. 

Aku nampak diaorang lepak-lepak dulu for a few minutes, sebab kat luar pun snow turun lebat. Aku ingatkan sebelum diaorang blah, diaorang akan datang kat tempat aku untuk sembang-sembang barang seseminit dua lagi tapi dari jauh tuh aku tengok aje diaorang terus blah.

Memang tak sibuk langsunglah petang tadi, tak sampai 100 bilangan customers yang datang pun. Masing-masing dok tunggu kalau-kalau ada pengumuman dari pihak Management yang akan beritahu yang mall akan ditutup lebih awal dari biasa. Tapi tak ada pun. Sebab Sears, Macy's dan JCPenny, diaorang semuanya bukak sampai pukul 11 malam. Kalau ketiga-tiga anchor tenants tuh tutup awal, haruslah mall tuh tutup awal jugak. 

Tapi Sonny nih kira ok jugak orangnya, terus dia suruh kitaorang bersih-bersihkan apa yang patut sebab dia kata nak tutup aje lah restoran tuh pukul 7 malam (sepatutnya pukul 10 malam) Ish, happy sangatlah aku kan?

On the way ke car park, aku sembang dengan Yopi. Pasal yang diaorang gaduh tu lah. Yopi kata, ada masalah duit agaknya. Dia ada kata yang mungkin restoran tuh akan ditutup dalam sesebulan dua lagi, dan akan pindah ke New York. Terkejut aku mendengarnya. Aku kena sedia duit nih nampak gayanya nih.

12122007


Dear Diary, 
tadi Sonny off. Dah 3 minggu dia tak ambik off, kerja setiap hari. So harinih dia ambik peluang untuk off. Tapi, dalam 3 minggu tuh bukan lah dia tak rileks langsung. Bukanlah setiap hari dia kerja dari pagi sampai malam pun. Memanglah dia datang setiap hari, tapi ada masa-masanya dia lepak kat apartment jugak.

So Dear Diary, sibuk lah aku tadinya sebab hanya aku sama bini dia aje yang kerja di bahagian depan, serve makanan. Mr Wong sekali sekala aje ke depan dan bila dia tengok aku boleh handle menyediakan teriyaki and at the same time aku man the cashier, dia pun ke dapur. Sekejap aje, tak sampai tengahari, aku dah letih tadi tuh. Bini Sonny pulak, terkemut-kemut lah nak melayan customers, bila ada benda yang dia tak faham, mula lah panggil aku. Sampaikan ada dua tiga kali, teriyaki tuh hampir hangit sebab lama sangat aku tinggalkan. Nasib baik lah sos dia kaler hitam, tak lah nampak sangat hangitnya teriyaki tuh. 

Dear Diary,
masa aku nak susun tray-tray makanan tadi kan, aku tertengok ada fax pasal confirmation untuk Sonny punya flight ticket. Aku tak sempat tengok date nya bila tapi aku rasa pretty soon dia akan balik China. 

Dear Diary, 
akan tinggal aku sorang-soranglah nanti. Akan membilang hari lah nanti. Ingat dak masa aku kerja kedai laundry Daniel dulu tuh, masa dia balik China? Aku menghitung hari, kan?

Dear Diary, 
aku tak suka sangat kerja dengan Mr Wong, dengan bini Sonny tuh. Aku lebih comfortable kerja sama Sonny. Sebab dia tunjukkan respect, dia acknowledge aku. Dia selalu berterima kasih kat aku. Benda-benda gitu yang buat aku ada semangat nak kerja, seletih mana pun kerja, aku masih boleh senyum. 

Dear Diary,
mamposlah nanti agaknya aku kerja sorang-sorang macam tadi lagi kot. Jangan lah pulak nanti, sepermergian Sonny, aku dibuat macam cerita Bawang Putih Bawang Merah pulak kan? Buai laju-laju, aku nak kawin sama anak Raja. Macam terngiang-ngiang lah pulak lagu tuh kat telinga aku nih.

Dear Diary,
tadi kan, masa aku kerja di bahagian cash register tuh kan, aku perasan yang ramai orang kasi tips. Harinih jer rasanya lebih dari 50 dollars duit tips, itu belum kira coins, sure lebih dari seratus tuh. Happy jer Mr Wong tadi, aku tengok. Bila duit tuh dah macam banyak, dia sorok kat dalam laci. 

Dear Diary, 
aku bengang sebenarnya sebab tips tuh tak dikasi pun kat aku. Kau tau kan, duit tips tuh, kat mana-mana restoran, tips tuh di kongsi ramai-ramai. Masa aku kerja kat restoran Pak Tua di Maryland dulu, dapatlah tips dalam 50 dollars seminggu, lepas di bahagi 4 orang. Kalau lah duit tips kat restoran Sonny nih di kasi aku, sure banyak aku dapat sebab dalam seseminggu, dekat seribu dollars duit tips yang diaorang dapat kumpul. 

Dear Diary, 
zalim kan diaorang nih? Patutnya duit tuh duit aku kan? Macam makan harta anak yatim aje kan diaorang tuh. Tadi kan, aku layan lah this one MakCik, aku layan sembang baik-baik, lepas dia bayar tuh kan Dear Diary, dia kasi tips lima dollars. Banyaklah tuh sebab biasanya kalau di fast food nih, orang kasi sedollar aje. Kau tau tak apa aku cakap kat dia, Dear Diary? Aku kata, "Thanks for the thought but my Boss gets the money"

"Oh, I'm so sorry to hear that", MakCik tuh kata. 

Dear Diary, 
selama ini pernah jugak aku sound kat sapa-sapa yang kasi tips, aku even suruh diaorang ambik balik duit tips yang dioarang masukkan ke dalam tabung tips tuh. "That's so bad" That's cruel" That's not good" "No more tips from me" Itu lah jawapan diaorang biasanya. Memang susah diaorang nak percaya yang duit tips tuh Boss yang ambil. 

Dear Diary,
jahat ker aku sebab cakap gitu kat customers? Tapi, Sonny lebih jahat kan?

Dear Diary, 
aku tahu lah yang tak lah sebanyak mana duit tips tuh pun tapi walaupun tak banyak, duit tuh sepatutnya dikongsi ramai-ramai. 

Dear Diary, 
aku punya bengangnya tadi sampaikan aku ada terfikir nak ambik aje duit kat cash register. Sampaikan aku ada terfikir, aku nak ambik 20 dollars setiap hari, buat ganti duit tips yang sepatutnya aku dapat tuh. Ala, kat restoran tuh mana ada camera CCTV. Mana tak aku terfikir gitunya Dear Diary, lepas sorang, sorang, semuanya kasi tips sesedollar dua. Kalau kau jadi aku pun, sure kau akan terfikir macam yang aku fikir tuh, kan Dear Diary?

Eh Dear Diary, 
kau tau dak, tadi masa berdiri tuh, masa aku sorang-sorang kat depan tuh, aku ada terfikir yang apa kata aku blah aje masa Sonny balik China nanti? Heheheh Dear Diary, tersengih aku sorang-sorang tadi. "Ha, mula dah tuh, tak dan dua minggu dah ada nak plan itu ini dah", kata aku dalam hati. 

Dear Diary, 
aku tak tahu apa pasal aku terfikir gitu. Mungkin sebab aku bosan kot? Tak ada apa-apa nya lah kat sini. Sampaikan aku dah tak tahu apa nak tulis kat blog. Kata lah aku balik ke New York, sure ada cerita menarik untuk di tulis kat blog. Sebab biasanya aku nih ikut mood. Orang boleh detect, apa mood aku masa tulis blog. Masa happy, panjang dan merapu-rapu, happy-happy gitu. Masa mood tak elok, nak menulis pun malas. Janganlah pulak nanti orang kata aku tengah mood bapok sebab tulis blog yang mode dear-diary dear-diary gini nih.

Dear Diary,
aku tak nak layan sangat lah benda yang bermain kat kepala otak aku tuh. Itu semua macam suara-suara setan aje kan? Aku dah ok kat sini, apa? Boleh kumpul duit, hidup tenang, aman dan damai, kan?

Dear Diary......


Dear Diary, 
aku rasa macam nak demam jer nih. Kepala aku pun pening. Sure masuk angin tuh. Kalau hari aku off, memang selalu gini jadinya. Sebab aku tangguh-tangguhkan makan. Tapi pagi tadi aku keluar ke 7-Eleven, aku makan egg sandwich. Apa pasal aku pening-pening gak nih?

Dear Diary,
tadi masa aku buat entry kat bawah tuh kan, aku kata yang aku nak update blog aku style gini. Style dear-diary dear-diary ginih. Tapi macam bapok sangatlah, macam bebudak jer aku rasa. Tapi sebab aku dah janji, aku buat jugak lah kan? Tapi tak apa lah, mungkin ini yang pertama dan last kot. Lepas nih aku nak buat entries pendek-pendek, entries biasa-biasa aje lah. Tak nak lah aku kumpul semua cerita then baru tulis. Kalau mengikut sukatan apa yang ada di kepala aku sekarang nih, rasanya aku tak ketandusan idea apa nak di tulis. Sebab aku nak tulis sikit-sikit jer. Pendek dan berbutir gitu. 

Dear Diary, 
lepas aku tulis entry kat bawah tadi kan, aku terus aje keluar. Aku nak pergi cari optical store sebab aku nak buat test mata, then nak order contact lens baru. Nak buat spare glasses jugak. Bosan kan kat US nih, setiap kali nak buat spek, setiap kali nak order contacts, kena buat eye exam dulu. Kalau free tak apa lah jugak kan? Ini dalam seseratus dollars gitu. Kopak lah aku kan? Bukan aku mengada-ngada nak buat contacts dan spek baru tapi lens aku hilang minggu lepas. On my day off ituhari. Masa tuh aku tengah nak pakai lens tuh, tiba-tiba jatuh lens tuh, tak sempat aku nak raba sana sini. Clear contacts nih, kalau dah jatuh tuh, memang jangan haraplah nak jumpa semula. Itulah, dulu aku pakai color contacts bukan langsung sebab nak kasi mata lawa macam kebanyakan artis Malaysia tuh, tapi sebab itu lah, kalau jatuh senang nak dicari sebab contacts tu colored, kan? Aku nih kan clumsy orangnya, kadang tuh tanggalkan contacts pun sesambil online, sesambil makan. 

Dear Diary, 
aku pergi Target yang kat belakang apartment nih tadi tuh tapi kat situ tak ada lah pulak Optical, macam kat Sears, macam kat WalMart tuh. So aku balik sekejap, pergi hantar baju kat laundry room. Kat situ aku terjumpa this one Lebanese guy yang mati-mati aku ingatkan dia Islam. Rupanya dia Kristian, bertubi-tubi dia cerita kat aku perihal Middle East punya conflict. Aku dengar aje lah.

Dear Diary,
last-last aku menapak ke Lenscrafter aje tadi tuh, yang dekat KMart dan Walgreens tuh. Tak lah jauh dari apartment nih tapi sebab snow yang turun semalam, ditambah dengan lapisan salji minggu lepas, jalan jadi licin. Putih aje di mana-mana, di sekeliling aku. Yang kalau lah tak disebabkan banyak kereta, sura kalau orang tengok, diaorang ingatkan aku macam orang Eskimo yang nak pergi memburu anjing laut aje gayanya. Itupun aku pakai topi, tak ada lah sampai tutup seluruh badan sampai cuma nampak mata aje, macam diaorang tuh.

Dear Diary, 
sepanjang aku menyusur jalan yang penuh snow tuh kan, masa aku melintas jalan pun, aku buat pura-pura bercakap kat cellphone. Sebab aku malu kat orang. 

Dear Diary, 
bukan lah niat aku nak perabis duit ke Lenscrafter yang terkenal dengan spek yang mahal-mahal tuh tapi itu lah satu-satunya kedai spek yang ada. Lagipun kat sini kawasan orang kaya, memanglah patut Lenscrafter ada di sini. 

Dear Diary,
nasib baik lah aku dapat buat appointment pukul 4-30 petang, kalau tak tuh tahun depan lah baru dapat pergi sebab minggu depan aku dah tak ada off. Kau tau lah kan, aku nih, kalau nak kan sesuatu, memang aku nak masa tuh jugak. Tak dan-dan dah. Sedangkan aku masih ada spek lama nih. Tapi itu lah, aku tak suka pakai glasses, aku nak pakai contacts jugak. Lagipun aku rasa aku tak sesuai pakai glasses. Bukan aje Sonny, orang lain pun kata aku macam educated aje bila pakai glasses. Theresa lagi teruk, dia kata dia tak kenal aku dari jauh ituhari, bila aku pakai glasses. Dia ingatkan orang tua mana lah yang baru masuk kerja kat restoran tuh.Dua-dua reasons tuh betul, itu pasal aku tak suka pakai spek. Malu lah aku kan, aku Bangla aje, lagipun takkan lah educated punya orang boleh jadi kuli kat restoran Cina kan?

Dear Diary, 
sementara nak tunggu appointment tadi tuh, aku merayap masuk Staples. Kejap aje lah, aku ke bahagian laptop computer. Lawa-lawa dan ok-ok harga laptopnya, bersyukur aku sebab hati aku terbuka untuk masuk Staples tuh. Iyalah, kata lah nanti ada apa-apa hal yang jadi dengan laptop aku nih, aku tahu di mana nak dicari pengganti. Sebelum hujan turun, aku survey-survey kedai jual payung. Gitu lah kaedahnya. 

Dear Diary,
aku sedar yang aku masuk Staples tuh tak ada niat nak beli apa-apa pun, itu pasal aku keluar cepat-cepat. Sebab aku rasa, macam tak ikhlas aje kalau masuk mana-mana kedai tapi tak ada niat nak berbelanja, kan? Menipu diri sendiri, dan menipu para pekerja kedai tuh aje kan? 

Dear Diary,
there you have it, amanat di hari ini, Keikhlasan di dalam membuat sesuatu perkara *Mamposlah statement anti window-shopping*

Dear Diary, 
sementara tunggu appointment tuh jugak, aku ke Burger King, lepak kat situ dekat sejam, walaupun aku hanya makan fries sama ice cream. Itu yang buat aku menggigil kesejukan masa keluar nak ke Lenscrafter tuh semula. Aku pelik lah Dear Diary, aku makan aiskrim setiap hari, tapi aku tetap tak gemuk-gemuk jugak.

Dear Diary, 
sebab ada sepuluh minit sebelum appointment aku, dan sebab Walgreens pun di sebelah Lenscrafter tuh aje, aku termasuk kat situ tadi. Ada lah benda yang aku tertigakalisambarnya. Benda yang dalam botok kecik jer, tapi harganya boleh tahan lah jugak. So terbang dekat 50 dollars kat situ. 

Dear Diary, 
duit aku ranap lagi. Seratus lebih. Seratus enam puluh dollars to be exact. Itupun hanya untuk bayar test mata dan jugak untuk sepasang trial contacts yang diaorang kasi tuh. Contacts tuh pun hanya untuk dua minggu aje, lepas tuh aku kena datang semula untuk buat prescription, then after that baru boleh order contacts baru. Mahal tuh sebab aku tak ada insurance. Tapi tak apa lah, at least aku ada new contacts kan? 

Dear Diary, 
seram jugak aku tengok harga-harga spek kat Lenscrafter tuh, frame-frame nya paling murah pun dalam dua ratus dollars. Itu baru harga frame, belum harga glasses dia. Ada lah dalam empat lima ratus gayanya. Aku dah kata, Lenscrafter nih jual branded glasses aje. Aku patut buat glasses ker nanti, power mata aku nih dan lain sikit kot. 

Dear Diary, 
aku tak sure nih yang aku boleh datang semula ke Lenscrafter sebelum tempoh pemakaian trial lens tuh expire sebab aku kan ker dah tak ada off sampai Krismas? Paling awal aku boleh datang, lepas New Year nanti. Tengoklah macamana, tak kan lah contacts tuh bercendawan pulak kan kalau aku pakai lebih dari 2 minggu? 

Eh Dear Diary, 
dah lah. Aku malas dah tulis gini nih. Memenatkan aku aje. Oklah, aku nak lepak-lepak aje lah, sambil dengar lagu.

Can't Stop This Thing I Started


Hari nih, 11 Dec, aku off. Off yang terakhir sebelum Krismas kot. Fuck! Minggu depan tak ada off semuanya sebab minggu terakhir orang shopping. Sure sibuk gila nanti tuh, mall pun bukak dari 7 pagi sampai 11 malam. Kitaorang pun kena masuk kerja awal dari biasa. Balik lewat dari biasa jugak. Habis Krismas nanti baru lah lega balik, back to normal gitu. 

Sekarang nih memang letih gila setiap hari. Itu yang aku suka sangat kalau snow turun lebat, tak lah ramai sangat orang yang datang. Kalau snow lebat, sure mall akan tutup. For the last week, snow turun setiap hari, tak ada lah lebat, cuma sekali tuh aje yang turun dalam 6 inci. Selebihnya takat seseinci dua gitu aje. Kalau selebat itu, orang buat tak peduli aje, masih berduyun-duyun orang datang ke mall tuh. Niat nak menyusahkan orang aje lah tuh, tak boleh ker pergi shopping sebelum/selepas makan? Ini dak, pergi shopping, lepas tuh nak melantak. Nak menyusahkan aku aje, tak boleh langsung nak kasi aku lepak-lepak. 

Kat restoran, ada satu Mamat baru, kerja di bahagian depan jugak, kerja part time aje, weekends. Budak lagi, Spanish, umur belasan tahun. Sonny siap bisik-bisik dengan aku suruh ajar budak tuh, suruh train budak tuh sebab kalau kerjanya bagus, bolehlah dia terus kerja di restoran tuh every weekend, even masa dah tak sibuk nanti. 

Aku senyapkan aje, walaupun aku terpelik apa pasal Sonny selalu tanya aku pasal kerja budak tuh. Macam lah aku nih orang penting kat restoran tuh kan? Tapi kira ok lah budak tuh kerja, walaupun aku tengok cara dia menyendukkan makanan tuh macam Chef Wan aje. Lemah gemalai aje kaedahnya. Siap lentik-lentik jari lagi. Lembut budaknya. Tapi aku suka jugak sebab dia banyak ajar aku Spanish, dan aku pun ada lah kawan buat sembang walaupun budaknya naive sangat. Aku tipu kata aku tak reti tengok jam pun dia boleh percaya, siap dia tulis kat kertas then ajar aku cara-cara nak mengira. In Spanish.

Layanan Sonny sama bini dia terhadap aku, aku perhatikan, berubah sikit. Walaupun aku tak faham sangat apa yang diaorang cakap tapi aku tahu lah yang diaorang prihatin sangat pasal aku. Pagi-pagi mana lah aku ada selera nak makan (lagipun asyik makan mee aje hari-hari, bosan aku), diaorang lah beria-ia suruh aku makan. Sedangkan aku nih hanya akan makan bila aku lapar, dan aku makan pun sekejap aje, kadang tuh sambil buat kerja aku makan. Itu yang diaorang tepuk-tepuk bahu aku, urut-urut belakang aku, suruh makan. Tengahari dan malam pun sama jugak, diaorang selalu tengok apa yang aku makan, lepas tuh geleng-geleng kepala. Sebab aku makan sikit sangat, takat buat syarat aje. Aku makan pun sebab aku nak ambik peluang untuk duduk, bukan sebab lapar. 

Rimas aku kalau benda kecik-kecik gitu diperhatikan sangat. Aku tahu lah bawak diri, jangan lah nak manjakan aku sangat. Aku sebenarnya malu sebab dulu kan ker bini Sonny ada ternampak aku terkeluar airmata, masa gaduh sama Katon dulu tuh kan? Sampai bila-bila aku sure akan termalu kat diri sendiri kalau aku ingat-ingatkan balik insiden tuh. Memang dasar sangat aku nih kan? 

Aku nih pulak satu hal jugak, pantang ada masa lapang, pantang ada masa free, aku mula lah fikir bukan-bukan. Contohnya, kalau masa aku makan tuh, sebab aku tunduk aje, mula lah fikiran aku melayang jauh. Aku teringat, first day lepas aku balik dari UK (masa habis belajar dulu), kakak aku bawak aku pergi makan kat Restoran Seri Melayu. "Ya Allah, sedapnya Ngah", aku kata gitu sambil tiga empat kali aku tambah, aku ratah-ratah sayur lemak pucuk paku, sayur favorite aku tuh. Dan aku terbayang jugak, nanti bila aku balik Malaysia, bukan aku aje, tapi sesiapa yang makan dengan aku tuh nanti, sure diaorang akan mengalir airmata tengok aku yang terketar-ketar makan, sambil kata, "Eh, ko tolong makan untuk aku jugak, sedap nih". 

Fuck! Sampai ke situ aku fikir! 

------------------------ 

Kadang aku makan sambil duduk atas guni beras aje, berlari-lari lah bini Sonny pergi ambil kerusi ,lap kan meja suruh aku duduk, makan elok-elok. Sampai aku termalu kat amigo-amigo kat dapur tuh sebab diaorang selalu kata, "You number one, Boss like(s) you".

Kalau masa tak sibuk (weekdays, waktu petang), Sonny suruh aku pusing-pusing, jalan-jalan kat mall tuh, tapi aku malas. Sebab sebelum ini tak ada pun dia suruh aku pergi lepak-lepak pun, baru sekarang aje kan? Lagipun aku malu pergi lepak-lepak, jalan-jalan kat mall tuh berpakaian kerja gitu tuh. Walaupun aku pakai topi sendiri (cap Polo aku) tapi kat tshirt tuh ada nama restoran, malu kat orang lah. Tak ada penampilan, kan? Kan ker aku nih Bangla Yang Berpenampilan? Bukannya Bangla Penempelan.

So aku berdiri aje lah tunggu orang datang, kat yang lalu lalang tuh aku kasi sample makanan. Dan sekarang nih aku selalu dah ditinggalkan sorang-sorang untuk handle di bahagian depan tuh. Masak teriyaki pun aku jarang dah jugak sekarang nih, especially masa busy. Sonny yang handle di bahagian tuh. Sekali sekala aje dah sekarang nih aku ke bahagian sediakan teriyaki, selalu kalau masa aku tengah masak tuh, Sonny cepat-cepat ambil alih. Kadang aku terfikir, ker sebab aku tak reti? Ker sebab aku terkasi portion yang banyak? Ker aku slow? 

Gitu lah baiknya Sonny tuh dengan aku, dia tak sanggup tengok aku kerja teruk-teruk kot. Aku ok aje, memang aku tak suka sangat kerja di bahagian masak teriyaki/sukiyaki tuh. Sebab dah lah panas, kotor pulak tuh. Aku baru terperasan yang Livestrong band kuning yang aku pakai kat tangan kanan tuh, dah jadi hitam. Kotor dia tak luntur, biasanya dulu tuh, kalau kotor, lepas mandi, band tuh akan bersih. Tapi, dengan wap teriyaki tuh, kotorannya tak hilang. Berkarat jadinya band kuning aku tuh. Itu yang aku risau, sebab it shows yang kotoran wap gula tuh melekat kat kulit. Hinggap kat lubang hidung, hinggap kat muka. Mamposlah aku nak kena selalu turun New York sebab nak buat facial nanti kan? 

Tapi itu lah, dalam sesebulan dua nih memang sibuk kerja nya, dah lah waktu kerja jadi semakin panjang. Walaupun aku letih tapi aku tetap tak nampakkan keletihan tuh, aku maintain selamba aje. Diaorang tuh, aku tengok, ada jugak curi-curi lepak. Diaorang biarkan aku kerja sorang-sorang kat depan. Selalu aku terserempak dengan diaorang yang lepak-lepak duduk kat dapur, bila diaorang nampak aku, mulalah diaorang termalu gitu, terus pura-pura buat kerja. Mr Wong tuh, selalu sangat curi tulang. Kalau waktu sibuk kat dapur, dia pergi ke bahagian depan. Kalau di bahagian depan sibuk, dia ke dapur. Kononnya. 

---------------------------------- 

So, dah dekat dua minggu aku kembali semula ke New Hampshire nih. Mungkin orang tak perasan kot tapi aku macam agak senyap sikit, dah jarang sangat dah chat kat tagboard.Mungkin sebab aku letih dan tak ada masa kot? Tapi ada sebab lain jugak sebenarnya. Aku dah tak ada apa nak tulis dah sebenarnya. Aku dah tak ada cerita dah. 

Malas pun satu hal jugak. Selalu pulak timbul perasaan menyesal, selalu pulak aku rasa macam nak tarik diri dari memblog. No, salah tuh. Selalu pulak aku rasa macam aku dah tak nak share cerita aku nih dengan orang lain. Rasa macam, "dah lah, setakat ini aje lah aku tulis macam nih, diaorang tak payah tahu lebih lanjut lah". 

Itu yang buat aku macam tak bersemangat jer tuh. 

Bukannya aku tak ada benda nak tulis, orang pun tahu yang kat kepala aku nih bermacam-macam aku fikir, especially benda-benda yang orang biasa tak terfikir pun aku boleh fikir. Ada banyak benda yang aku nak tulis, ada banyak benda yang aku boleh tulis, ada banyak benda yang aku rasa aku patut tulis. 

Tapi aku dah tak bersemangat gitu. 

Macamana pun, aku akan cuba teruskan tulis blog nih, nak tulis pendek-pendek gitu aje lah, ala-ala Dear Diary gitu ish, macam bapok pulak rasanya. 

Life Is Beautiful


Aku menyusur aje lah sepanjang jalan menuju subway station tuh, tengok sana-sini, macam-macam orang berniaga. Entah macam mana tah, aku terberhenti kat depan kedai yang jual cologne/perfume. Mak oi, punyalah banyak brand-brand yang aku nak menyebutnya pun tak reti, punyalah banyak bentuk dan shape botol-botol fragrance tuh, aku macam terralit sekejap kat situ. 

Tak ada lah niat langsung pun nak beli apa-apa kat situ, saja jer menggatal tengok. Aku buat tak layan aje bila amoi tuh tanya aku nak cari brand apa. Mata aku melilau cari satu brand nih yang aku sure sangat, tak ada dijualnya lah kat situ. Sebab selama aku di US nih, pernah lah a few times aku masuk mana-mana tempat yang kelas macam Macy's, Strawbridges, etc, memang tak ada pun brand tuh. Apa tah lagi kat Chinatown kan, sure tak ada nya lah. 

Masa aku kat Malaysia dulu, aku pakai brand tu tuh, lengkap satu set. Bukan aje sabun, sabun punya case pun brand tuh. [Masa aku tulis nih baru aku terfikir, masa kat Malaysia dulu aku guna sabun mandi yang harganya dalam 70 Ringgit sebijik That was like 6 or seven years ago. Sekarang nih? Sekarang nih aku mandi tak pernah bersabun pun. Besar kuasa Tuhan kan? Aku insaf!] 

So aku macam tak percaya aje bila aku ternampak satu kotak cologne brand yang aku cari tuh, ada terselit kat shelf paling atas. Terus aku terterkam kotak tuh. "Ish, ada rupanya Jaguar", kata aku dalam hati. Aku tengok harganya, seratus lebih. Berbelah bagi aku samada nak beli ker tidak. Masa tuh dah tak ingat apa dah, takat sempat sengeh jer lah bila mengenangkan yang aku akhirnya akan tewas dengan hasutan hati dari untuk berbelanja benda-benda yang tak berfaedah. Memanglah tak berfaedah kan, selama ini aku pakai sembur ketiak yang 99 cents (beli kat Dollar Store) aje kan? 

Aku pun Bangla aje kan, apa yang nak pakai cologne yang kelas-kelas sangat kan? Tapi, aku nak buktikan kat diri aku jugak, yang walaupun aku nih Bangla aje, tapi aku mampu pakai cologne yang mahal-mahal. So aku macam berbelah bagi gitu, samada Bangla Yang Tak Sedar Diri, atau Bukan Kerana Bangla. 

Ya ampuuuuuun, benda yang seratus lebih pun beria-ia sangat nak fikir-fikir, aku terfikir gitu. Betul gak tuh, macam pemikiran orang miskin aje gayanya kan? 

Dah! Aku tak nak beli. Aku taruk kotak tuh kat rak. Terus aku blah keluar. Hisap rokok sebatang, sambil bersandar kat dinding kedai tuh. Elok sangatlah tuh, kalau kat New Hampshire, aku hisap rokok sebatang sehari aje, tapi hari tuh aje ada empat lima batang rokok yang aku hisap rasanya. Memang mengada-ngada aku nih. 

Masa melintas jalan nak ke subway tuh, sebab ramai orang berasak-asak, aku lepak lah dulu. Kat tepi kedai nih. Ish, kedai jual perfume lagi nih. Lagi besar kedai nih, kata aku dalam hati. So aku terus aje lah masuk, macam mula tadi jugak, mata aku melilau cari cologne yang satu tuh. 

Yaaa, sabar aje lah, ada rupanya brand tuh kat situ. Banyak pulak tuh, "benda-benda baru" pun ada. Aku belek satu per satu. Teruja sungguh aku nak ambil gift set yang aku rasa lengkap semuanya tuh. Aku tengok harganya, 3 ratus lebih. Malaslah aku cerita panjang, tapi akhirnya aku terbeli cologne set tuh. Tu dia, USD 365, lengkap semuanya. 

Rasa happy aje, rasa macam aku lah orangnya aje, di sepanjang jalan balik ke rumah tuh. Masa dalam subway aje baru lah ada sekelumit rasa bersalah, rasa tak sedap hati. Tapi nak buat macamana kan, aku dah terbeli barang tuh. Perasaan menyesal mula timbul, dalam masa tak sampai sejam, dekat USD 500 habisnya, beli benda-benda bodoh. Aku congak-congak, berapa duit yang aku ada kat pocket. Ish, ok lagi nih, tak ada lah macam banyak sangat pun aku belanjakan duit aku. 

So tak heranlah kalau hari tuh jugak aku terpergi beli jacket baru. Memang dah sampai masa aku beli jacket pun sebab satu-satunya jacket yang aku ada tuh, dah bergulung-gulung dah di bahagian leher nya. Dah lama dah aku malunya pakai jacket tuh sebab dah buruk sangat dah, dekat dua tahun rasanya usia jacket tuh. 

Cuma yang aku tak puas hatinya, tiap kali aku nak beli barang, tak pernahnya ada sales. Kalau masa aku tak nak beli apa-apa, selalu sangat aku terserempak dengan kedai-kedai yang tengah buat sales. Dengan lain perkataan, aku tak jumpa jacket yang murah-murah. As a matter of fact, ada satu jenis jacket aje yang ada dijual kat kedai yang aku masuk tuh. Mahallah jugak harganya, sebab US Polo Assocn punya jacket, tapi aku macam terpaksa beli aje jacket tuh. Sebab aku terkesian dengan tokay kedai tuh yang bersusah payah tunjukkan aku jacket tuh, riak muka dia pun semacam aje. Aku macam terasa aje yang kalau lah aku tak beli jacket tuh, harus bengkrap tokay tuh nanti nya, sebab tak ada pun customers lain kat kedai tuh masa tuh. 

So kat situ ranaplah another USD 85. Tapi kira ok lah jacketnya, 2-in-1 punya jacket, walaupun awal-awal lagi aku dah cabut dan aku cuma pakai jacket yang bahagian dalamnya aje. Besar dan tebal sangatlah kalau pakai dua-dua lapis, buat malu aje, macam orang baru datang overseas aje gayanya (sebab tak tahan sejuk) kalau aku pakai jacket tebal tuh. Sedangkan aku dah berapa lama kat negara sejuk kan? Lagipun, tak pernah seumur hidup aku, walau sesejuk mana pun, aku pakai tebal-tebal. Glove, longjohn pun tak pernah-pernah aku pakai benarnya. 

So habis lah bab menghabiskan duitnya, malam tuh macam back to reality baliklah. Bodoh jer jadinya aku malam tuh, duduk sorang-sorang sambil menunggu esok. Punyalah bercinta aku nak balik ke New Hampshire tapi sebab dah janji dengan Sonny, terpaksalah aku kuatkan semangat aku. Walaupun ada terdetik di hati aku nak lepak New York aje, cari kerja di New York. Bukannya susah sangat, tukar aje nombor talipun, sure Sonny tak dapat contact aku dah kan? Tapi aku batalkan niat aku tuh, Sonny perlukan aku, aku pun baru aje lagi kerja kat New Hampshire tuh. Tunggulah sesebulan dua tiga lagi, sure ada halnya nanti tuh. 

Malam tuh aku keluar ke Times Square for the last time. Rasa macam hiba gituh jadinya sebab aku rasa aku blend so well dengan New York nih. Aku dengan New York nih ibarat irama dan lagu. Yang tak boleh dipisahkan. 

Andai dipisah
Lagu dan irama
Lemah tiada berjiwa
Hampa

Besoknya pagi-pagi lagi aku dah keluar, dalam pukul 8 gitu. Aku bawak beg kecil aje, sama beg laptop. Beg yang berisi pakaian yang aku bawak turun dari New Hampshire tuh aku tak keluarkan pun isinya, aku biarkan aje di atas katil. Entah lah, entah bila pulak aku dapat turun ke New York. Lepas breakfast, aku terus beli ticket bas pukul 10, untuk ke Boston. 

Sebenarnya bukan niat aku nak naik bas Cina ke Boston, aku dah memang bercadang nak naik Amtrak aje sebab selama aku di Amerika nih, baru dua kali aku naik Amtrak, pergi balik dari Phila-NYC-Washington DC, a few years ago. Tambangnya tak lah mahal sangat pun, USD 59 aje kalau tak salah aku. 

Sebelum aku berangkat tuh, tuan rumah aku, orang Indo tuh, dia ada cakap kat aku suruh aku hati-hati sebab ada dua orang kawan dia yang kena tangkap Immigrasi, dua-duanya masa naik Greyhound sama Amtrak. Satu kat Florida, satu lagi kat Kentucky. 

"Naik bis (bas) Cina lebih aman sih, gak ada pemeriksaan. Kamu hati-hati aja", kata dia gitu. So, itu yang buat aku naik bas Cina aje tuh. 


Tak ramai passengers kat dalam bas persiaran tuh, adalah dalam belasan orang aje, semuanya Mat dan Minah Salleh. Aku, macam biasalah, duduk seat belakang sekali, terus on kan laptop, dan webcamera. Termengantuk lah pulak sepanjang perjalanan tuh sebab malam sebelumnya aku tidur berapa jam aje. Lagipun aku nak save kan batteri laptop, so kejap aje lah aku online nya. 

Aku tertidur, sedar-sedar dah masuk Greater Boston. Dah lama benarnya aku tak ke downtown Boston nih, aku lebih suka Boston dari Philadelphia. Boston is huge, nampak macam moden dan kelas. Philadelphia aku rasa lebih kepada macam sarang gagak aje. 

Dari bas station aku naik subway ke North Station, nasib baik lah beg tak berat dan besar so rileks aje lah aku walaupun macam terpaksa gesa-gesa, terkejar-kejar. Train ke bandar yang aku nak pergi tuh pukul 3 so adalah dalam sesetengah jam gitu aku melepak. Aku panik jugak sebab aku tak tahu macamana sistemnya naik train kat Boston tuh, tak ada pengumuman apa-apa pun. So aku asyik dok tengok board yang tulis arrival/departure, yang besar tu, aje lah kerjanya. Kalau aku terlepas train tuh, next one pukul 5 pulak. Sedankan aku kena sampai ke tempat kerja sebelum pukul 6 petang. Itu janji aku dulu.

Dan masa berdiri tengok board tuh, biasalah kan, fikiran aku melayang jauh. Aku fikir, best jugak hidup aku nih. Walaupun dalam serba kekurangan tapi macam menarik jugak gayanya, kalau diteliti betul-betul. Dan yang buat lagi best nya, aku ada blog, dan aku rekodkan kisah perjalanan hidup aku nih. 

Nak kata aku respek kat diri aku sendiri, tak boleh jugak. Tapi, aku macam ada jugak rasa kagum yang aku nih berani buat benda-benda yang aku sendiri kadang tuh tak boleh fikir yang aku sanggup buat. Sebab terpaksa pun satu hal jugak, aku tak ada jalan lain dah so aku terpaksa buat, terpaksa harungi cara hidup yang macam aku lalui sekarang. Aku tahu, suatu masa nanti aku akan letih, aku akan give up aje dengan cara hidup aku nih. Aku tahu tuh. Masa tuh nanti lah aku akan terus drop everything dan buat apa yang patut, untuk keluar dari Amerika nih. Buat masa sekarang, Alhamdulillah, aku masih belum betul-betul letih, aku masih boleh melayan kedegilan hati aku untuk give up. Iya lah, I have nothing left to give up pun, in the first place kan?

Cuma ada masa nya aku macam terkesian dengan diri aku nih, aku tahu aku perlukan pertolongan. Cuma masalahnya aku tak tahu macam mana nak tolong diri aku sendiri. Nak harapkan orang lain tolong aku? Aku sendiri pun tak tak tahu apa yang orang boleh tolong aku, let alone diaorang kan?

Tapi itu lah, dalam pada aku rasa hidup aku nih menarik, aku ada terfikir jugak yang benda yang indah tuh hanya lah sementara (Makna nya, benda yang buruk tuh kekal?). Tak apa lah, kalau pun hidup aku nih menarik, beautiful, aku tak nak hidup dalam dunia yang indah dan menarik yang aku tengah lalui sekarang nih. Sebab ianya tak kekal. Aku nak hidup dalam dunia dan kehidupan yang buruk. Sebab itu kekal. At least buruk hidup aku lah kan? 

Dah pukul 3 masih belum ada pengumuman apa-apa pasal train untuk ke destinasi aku. Ker aku tak reti tengok board tuh ker? Tapi, tak ada pun aku nampak train yang macam nak bergerak. Termalu lah pulak aku jadinya sebab aku berdiri kat depan sekali, sedap-sedap termengelamun tadinya, tak sedar yang kat belakang aku dah berasak-asak orang yang aku rasa menunggu train yang sama. Macam panik aje muka masing-masing tuh, so lega lah sikit aku sebab bukan aku sorang aje yang panik. 

Tak lama tuh baru keluar pengumuman yang kata train tuh delay for half an hour sebab ada masalah apa tah. So aku sambung mengelamun, sesekali aku pandang belakang, tengok orang ramai. Macam aku jugak diaorang tuh rupanya. Sengeh jer aku bila aku bayangkan, tah-tah diaorang tuh pun ramai-ramai, sama-sama bersedia nak nyanyi korus lagu Kembara Di Tanah Gersang.

Kami semua senasib dengan mu
Wahai kembara di tanah gersang
Mencari kebahgian dalam hidup
Menempuh berbagi rintangan yang ada
Namun bahgia masih impian

Tak sempat sepuluh minit perjalanan, ada lagi pengumuman, yang train tuh akan didivertkan ke station lain sebab ada masalah apa tah kat North New Hampshire. Perjalanan yang sepatutnya ambik masa 45 minit tuh akhirnya jadi dekat dua jam. Too bad batteri laptop aku dah habis so tak dapatlah aku nak online. Dok mermerhati tracks keretapi aje lah akhirnya aku, tapi, kita tak akan tahu which way the train is going by looking at the tracks kan? 

Aku sampai tuh dalam pukul 5, terus aje aku call Sonny. Cadangnya aku nak ke apartment dulu sebab aku tak bawak uniform kerja tapi Sonny terus suruh aku ke mall aje sebab kat restoran ada spare t-shirts. USD 15 harga tambang teksi ke mall tuh, tak ada lah jauh sangat tapi sebab Friday night, traffic nya agak teruk, itu yang lambat sampai tuh. 

Masa aku sampai kat food court tuh, masa tuh tengah sibuk. Dari jauh aku perhatikan yang Sonny sama Mr Wong tengah kincang kirap melayan orang yang datang makan. Aku lepak dulu kat meja, kat ceruk sana tuh, menengok dari kejauhan aje. Iyalah kan, aku kan ker dah jadi Manager? Manager mana buat kerja sangat kan? 

Dah tak ada orang datang makan baru lah aku senyap-senyap, masuk ke restoran, ikut pintu dapur. Terkejut amigos yang dua orang tuh bila tengok aku. 

"Vacation, Chapulin?", Yopi tanya aku. [Yopi nih panggil aku Chapulin, most kawan aku Hispanic, diaorang panggil aku dengan gelaran tuh, Chapulin, sejak aku mula kerja di Elizabeth New jersey lagi. Kalau tak salah aku, Mexican punya comedian, ada siri tv cerita tuh. Kalau tak salah aku, cartoon character si Chapulin nih)

"Si, Amigo, quatro dias", aku jawab gitu. 

"See, everybody's happy to see you again, everyone here likes you", kata Sonny bila dia sedar aku tengah gelak-gelak sama Yopi. 

Terus aje lah aku layan orang yang datang makan, Sonny mati-mati suruh aku lepak-lepak, makan dulu. memanglah aku lapar, kepala pun pening-pening sebab pagi tuh cuma makan sebijik roti aje. Tapi aku kena lah berlakun sikit kan, itu lah time aku nak mulakan acara mengutip points kan? 

Tak sampai setengah jam berdiri sambil tunggu customers, aku terasa bosan, I'm back to square one. "Fuck, now I have nothing to whine about", kata aku dalam hati.