Friday, October 12, 2012

13052008

Aku tak nak tulis dengan details, cukup sekadar aku beritahu yang tadi, masa aku buat part-time kerja membersihkan apartment satu mamat nih, aku kena tipu. 

Dia kata apartment dia tuh biasa-biasa aje tapi bila aku sampai ke alamat, rupanya temple orang Jews. Mamat yang tunggu aku tuh, yang pakai topi besar tuh, yang janggut dan jambang lebat tuh, macam Rabbi orang Jews. Dia suruh aku buat macam-macam, angat itu ini, susun itu ini, bersihkan itu inil. Last-last aku menyelinap lari. Fuck Jews, tapi David sama hal pun Jews jugak kan?

12052008


Semalam, balik kerja, punya lah aku bersemangat untuk menghadapi "minggu baru". Biasanya aku memang begitu, hari Ahad aku suka sebab aku biasanya aku akan buat plan untuk minggu depannya. Weekends aku paling tak suka, probably sebab aku kerja dari pagi, aku tak ada masa sangat. 

So aku kemas-kemas bilik, tak sabar nak tidur, tak sabar nak menunggu hari esok lah kononnya. Aku terbangun tidur beberapa kali. Susahlah kalau terbangun malam nih, sure aku tak cukup tidur nanti kalau asyik terjaga malam aje kan? Aku termimpi arwah nenek aku benarnya, aku peluk dia sebab lama tak jumpa. Berdrama swasta bagai lah. 

Aku bangun pagi, kat luar hujan lebat. Alamak, apa guna bangun kalau tak boleh ke mana-mana kan? Lebih seronok tidur aje kan? So, aku tertidur semula. Blame it on the rain, macam kata Milli Vanilli tuh. Mana tak nya, aku tak dapat nak pergi buat laundry, aku tak dapat nak pergi jogging. Aku tak dapat nak keluar. Daripada aku buang masa online, baik lah aku tidur, kan? 

Dah bangun kali ke dua, ke tiga tuh, aku lapar lah pulak. Aku panaskan susu, oats, aku masak air. Untuk breakfast. Terlama pulak oats tuh kat dalam microwave oven sampai kemek-kemek, sampai bocor container plastik tuh. Kempunan aku! So aku geram sangat, aku tidur semula. 

Bangun untuk kesekian kalinya, dah pukul 11 lebih baru lah macam kelam kabut aje sebab in a few hours, aku dah kena pergi kerja semula. Ayoo, dah mula terasa letihnya kerja setiap hari nih, dah dua bulan lebih dah benarnya aku berulang alik setiap hari ke apartment David/Hal tuh. 

Untuk save masa, aku terus aje ke ke Penang Restaurant, makan kat situ, so tak payah nak singgah mana-mana lagi dah nanti nya. Aku nak ke Union Square sebenarnya, nak ke Barnes 'N Nobles, nak beli buku Spanish yang aku janji dengan Felix, tutor aku tuh. Mamposlah kalau tak pergi beli harinih, sure tak ada masa dah nak buat ulangkaji, esok aku ada kelas. Aku kena well prepared kan, aku nak dia puji aku nanti tuh sebab aku buat homeworks. Aku nih kan ker suka dipuji punya orang? 



[Ini gambar kat stesyen subway tempat aku naik tiap-tiap hari tuh, dengar ceritanya ada orang mati kena gilis dek subway train a few hours sebelum tuh, itu pasal ramai orang MTA yang turun check]

So ke Union Square lah aku sekejap, melepak-lepak jugak kat park di situ, nasib baik dah tak hujan. Adalah aku terbeli dua tiga bijik buku, memang jenis tamak orangnya aku nih, rasa macam nak beli semua buku-buku belajar Spanish tuh, nak kasi cepat pandai kononnya.


Ini gambar sekitaran Union Square yang aku sempat ambik.


11052008


Minggu ini aku tak ke mana-mana sangat, tak keluar jalan-jalan pun. Except last Monday tu lah kan? Bukan lah sebab aku dah macam insaf sebab minggu lepas aku banyak keluar duit, tak jugak. Orang macam aku nih mana lah mudah insaf kan? Saja jer aku nak buat minggu ini lain sikit dari minggu lepas, dari minggu-minggu lain tuh. Itu yang aku tak keluar jalan-jalan sangat tuh pun. Rasa macam termenyesal pulak beli kamera ituhari, tak dan dua tiga hari ambik gambar, malas pulak dah nih. 

Aku banyak melepak di rumah aje early morning. Buat lah apa-apa yang patut. Dan yang tak patut, tidur lah maksud aku. Cuma aku keluar agak awal sikit, just cukup untuk sesejam dua aku melepak, sebelum ke apartment David/Hal. Aku tak singgah kat Times Square pun dah, aku terus aje, either ke Forest Hills (ke restoran Malaysia tuh dulu) atau aku singgah kat Jackson Heights, untuk makan kat kedai nasi briyani Muslim tuh. Kalau ada masa lebih, aku melepak kat library. Itu aje lah. 

Selasa dan Rabu aku pulun buat Options dan Forex, bukan apa sangat cuma aku kemaskini kan apa-apa yang patut. Rasa macam dah banyak tahu nih tapi rasa tak konfiden pulak. Macamana pun, aku tetap rasa tak sedap hati aje, mengenangkan yang aku tak boleh buat apa-apa, aku tak boleh nak bukak trading account, pasal aku tak ada ID, tak ada bank account. Cipet tul!

Friday pulak, aku pergi kelas Spanish. Yes, aku decided yang aku nak belajar Spanish betul-betul lah, alang-alang aku dah tahu sesikit, might as well aku tahu bebanyak, kan? Lama jugak aku fikir samada nak belajar atau tidak, dari seminggu ke seminggu aku tangguhkan. Sebab itu lah, aku bimbang jugak kalau-kalau aku dapat second job, di sebelah pagi. Tapi, dari seminggu ke seminggu jugak tak ada apa-apa kerja apun, dan aku rasa aku dah bersedia, so aku contact this one Argentinian Spanish tutor yang ada advertise kat craigslist. Aku cadang nak ambik dua kelas setiap minggu, dua jam setiap kelas, so 4 jam semuanya. $60. Oklah tuh, itu yang paling murah pun. Kalau aku enroll kat mana-mana sekolah/kelas, lebih mahal, dan masa pun tak berapa flexible. Dengan Mamat Argentina nih, dia ikut aku punya schedule. So, setiap Selasa (1-3 pm) dan Jumaat (11 am - 1 pm) aku akan belajar Spanish lah. 

So, Jumaat lepas tuh kelas Spanish aku yang pertama. Mulanya aku ingatkan belajar kat rumah Mamat tuh, rupanya bukan. Dia buat kat Starbuck. Aku tak berapa berkenan sangat buat kat Starbuck nih sebab ramai orang, tapi kat US nih, Starbucks memang jadi macam office, dan ramai jugak orang yang buat tution/kelas kat Starbucks rupanya. 

Hujan turun lebat sepanjang pagi, hampir terbeli payung aku masa nak ke tempat tuh sebab aku basah habis. Tapi aku maintain lah style aku, yang hujan selebat mana pun akan aku redah aje, potong kote lah aku nak berpayung mayung. Macam bapuk jer kan? Sebab aku datang awal jugak, aku turun kat New York University kat 8th Street. Saja aje lah nak round-round kawasan tuh, Starbucks yang aku nak pergi tuh kat 14th Street, kat kawasan Union Square. So memang basah kuyup aku by the time aku sampai tuh. 

Felix nama tutor tuh, dan since Starbcuks penuh, kitaorang ke Au Bon Pain. Aku ingatkan aku tak dapat nak concentrate pasal buat kat ramai orang, tapi I was wrong. Dalam dua jam tuh, kitaorang tak peduli orang pun, kitaorang tak beli kopi pun. Mulanya aku ingatkan, sure banyak habis duit untuk beli kopi aje.

Oklah kelas pertama aku tuh, banyak jugak benda-benda yang aku lupa, yang aku dulunya tahu tapi sekarang dah tak tahu. Felix tuh was so impressed dengan aku punya pronounciation, dia kata aku mudah tangkap apa yang diajar. Aku rasa dia macam tak nak ajar aku cepat-cepat, sebab dia takut aku tercepat pandai kot? Rugi lah dia kan kalau gitu? Aku pulak yang macam kasi pressure kat dia sebab aku nih macam tamak aje nak tahu cecepat, bebanyak. Memang aku tamak pun, lagi satu, aku nih jenis tak mengedan-dan, kalau aku nak kan something, aku nak waktu tuh jugak. In this case, aku nak pandai Spanish dalam masa tercepat. 

So aku rasa macam happy lah jugak yang aku ada aktiviti baru, belajar Spanish. Aku tahu yang aku boleh belajar kat internet, beli buku, kalau aku nak lah kan? Tapi, aku rasa, belajar dengan cikgu nih lebih cepat, lebih berkesan, lebih ada semangat. Harap-harap aku tak buat nih separuh jalan lah, mintak-mintak aku buat betul-betul, sampai aku benar-benar pandai. Tensen sangat aku tak reti Spanish nih, rasa handicapped sangat.

Saturday pulak aku pergi buat kerja part time bersihkan rumah this one guy kat Upper East Side. Dah lama dah Mamat nih suruh aku buat spring cleaning apartment dia tapi aku malas sangat. Tiba-tiba aje Saturday tuh aku macam terbersemangat, sedangkan aku kerja dari 10 pagi sampai 6 petang hari tu tuh. Lepas kerja, terus aje aku ke apartment dia. Pelik aku orang kaya raya nih, tak ada kerja apa sangat pun, tak ada macam kotor sangat pun apartment tuh, itupun suruh dibersihkan. So selamba ajelah aku mengemop lantai, vacumm carpet, sapu itu ini, kemas mana-mana yang patut, dia kasi aku 100 dollars. Dia tanya aku lagi kalau aku boleh datang like once every 2 weeks, aku ok kan aje. 

Tadi aje, Sunday petang (aku habis kerja pukul 5) aku turun kat Times Square. Sebelumnya aku singgah Jackson Heights sebab lapar sangat, harinih cuma makan sebijik roti sebelum pergi kerja tadinya. Aku singgah Times Square tuh bukan apa, cadangnya nak tengok wayang. Timing pulak tak berapa betul, dua-dua filem yang aku cadang nak tengok tuh, either Made Of Honor dan What Happens In Vegas (aku suka menonton romantic comedy aje), dua-duanya main pukul 7-30 pm. Aku terlewat lima minit. Malu lah aku nak masuk panggung kalau wayang dah tengah main, biasanya aku masuk panggung awal-awal sebab aku sorang-sorang. 

So aku merayau lah sesekejap kat Times Square tuh, tak ada apa pun. For the last few days, banyak pulak yang aku baca kat paper, pasal banyak shootings filem-filem yang tengah buat kat Manhattan nih. Apa pasal aku tak pernah terserempak? Tiga hari lepas John Travolta sama Denzel Washington ada shooting kat Times Square. Catherine Zeta Jones pun tengah shooting kat 34th Street. Tom Cruise sekeluarga, David Beckham sekeluarga, semuanya tengah ada kat kawasan sini, apa pasal aku tak terserempak dengan diaorang nih? Bila time aku tak keluar ke mana-mana, ada jer benda best-best berlaku. Tapi bila aku keluar, tak terserempak apa-apa pun.

05052008


Tak lama aku sampai rumah, Bob talipun, beritahu yang service aku sebagai tour guide diperlukan besoknya. Pagi-pagi. Pagi orang kampung, sure pagi lah kan, fikir aku. So terus aje aku tidur, lepas Subuh, tak tidur dah. Terralit sekejap online, maklumlah, rasa macam dah lama tak online, takut ketinggalan zaman pulak kalau tak online lebih dari 12 jam kan? 

Aku dah nak blah dalam pukul 8 lebih tuh sebab aku sure, by the time aku sampai kat Penn Station, diaorang dah sampai dari New Jersey. Rombongan keluarga Bob melepak kat New Jersey semalamnya tuh. Tapi bila call aku tak berjawab, aku terus tunggu ajelah, siap reka-reka jawapan lagi tuh, mana lah tahu kalau Bob tanya apa pasal lambat, aku kena lah kasi jawapan yang mantap kan? Bukannya senang nak menipu Bob tuh. 

Rupanya Bob yang terlambat bangun, keletihan katanya. Memang kampung sangatlah kan, dapat meround New York sehari, dah flat. Macamana pun aku terus aje lah keluar sebab aku nak breakfast, boleh melepak-lepak sesambil tunggu keluarga sedara Bob sampai. Bob tak datang sebab letih tu lah. 

Rupanya Penn Station tuh di sebelah Madison Square Garden aje, bercantuman. Nasib baik aku tak ke Grand Central Station, tunggu kat situ. Sementara tuh, aku pergi lah breakfast sekejap kat cafe di sebelah tuh, merayau sikit-sikit, then masuk Borders. Sementelah aku kat situ, aku masuk jugak tengok-tengok senarai concerts yang akan main kat stadium tuh. Tak boleh jadi nih kalau lama-lama kat sini, kata aku dalam hati. Kang terplan nak tengok concerts lain pulak kang. George Michael, Celine Dion, Bon Jovi dan a few other big names nak buat concert summer nih. 




Then aku melepak aje lah kat benteng di depan Madison Square Garden tuh, sempat online pun jugak, sesambil menengok orang lalu lalang. Masa tu lah baru termasuk kat benak kepala aku yang bengap nih, yang how kelas nya hidup aku nih. Dan yang buat lebih kelasnya, aku buat tuh in all keselambaan. Keselambaan yang berkelas gitu kan? Mana tak kelasnya, lepak-lepak kat depan Madison Square Garden, sesambil online, sesambil menggelakkan orang yang lalu lalang, sesambil fikir - apalah diaorang nih terkejar sana terkejar sini, pakai aje smart-smart, gaya aje yang lebih, tapi semuanya hamba dunia. Mengejar dunia sangat kononnya. Buatlah macam aku nih, buat rileks aje, buat selamba aje, aku tak mengejar dunia, dunia yang mengejar aku, dunia yang mencari aku. 

Pukul 11 lebih sikit baru emak sedara Bob sama anak dia (bukan anak Bob, tapi anak emak sedara Bob) sampai. Bapak sedara Bob tak ikut sama. Discuss sekejap ke mana nak pergi sebab aku cuma ada masa sampai pukul 3 aje, lepas tuh aku dah nak terus pergi kerja. Sepupu Bob nih ada a few plans, nak ke museum lah, nak ke Trump Tower lah. Bagus dia nih, dia ada buat homework, tau kat mana nak dituju. Nak ke museum tuh tempat shooting filem Night At The Museum, nak ke Trump Tower tuh nak tengok tempat shooting filem Borat. 

Sebab nak ajak diaorang merasa naik subway, aku ajak diaorang ke Central Park West. Kitaorang jalan kaki ke arah Times Square sebab aku nak bawak diaorang ke Madame Tussaud, nak ambik gambar anak sedara Aunty tuh sama The Rock. Kitaorang naik subway kat Greyhound Station kat Port Authority Bus Terminal. Tersalah naik train sebenarnya tapi aku tak beritahu diaorang pun, kitaorang ternaik express train, berhenti kat 72nd Street sedangkan aku nak ke 59 Street aje. Tapi ok jugak sebab masih lagi di kawasan Central Park, dan dekat pulak dengan Penang, Malaysian Restaurant yang aku nak bawak diaorang makan kat situ tuh. 

So kitaorang makan dulu kat restoran tuh, emak sedara Bob belanja. Mahal jugak harga makanan situ sebab itu kawasan orang kaya, dan makanan pun tak banyak pilihan. Tak ada Assam Laksa, tak ada masakan yang ada belacan, petai semua tuh. Macam lain aje dari restoran-restoran Malaysia yang lain. Dan staff nya pulak, semuanya Mat Salleh. Kalau kat restoran lain, semua staffnya Cina dan Spanish. 

Seronok sembang dengan emak sedara Bob tuh, ramah orangnya, cakap tak henti-henti. Dia tau sikit-sikit pasal aku yang duduk kerja secara illegal kat US nih so aku dengar ajelah pandangan dia. Dan aku tak adalah cerita banyak-banyak pun, takat mana yang patut aje lah. Apa yang aku perasan, selama ini, dengan sapa-sapa yang aku berkesempatan cerita pasal aku, apa plan aku, apa rencana aku untuk masa depan, semua sama aje. Walaupun, in all honesty, aku tak berapa sure benda tuh boleh aku capai, tapi it all leads to the same conclusion. Yang aku nak balik Malaysia suatu masa terdekat nanti, yang aku nak kumpul duit sesikit buat modal berniaga. Yang aku tak ada niat sedikit pun untuk terus duduk di Amerika nih. 

Aunty tuh banyak kasi perangsang, banyak kasi aku semangat. "You go Joe!", "You can do it Joe", "Don't care what other people say lah Joe, diaorang baknnya tahu susah senang Joe", things like that. Iyalah, kadang tuh aku macam termengadu kat Aunty tuh, terbermanja sekejap.Yang buat seronoknya, Aunty tuh macam on my side pulak bila aku kata aku nih suka mengrewardkan diri aku dengan buat benda-benda yang tak sepatutnya aku buat, tengok Broadway shows, pergi concerts, beli itu ini yang tak sepatutnya aku beli. Dia yang galakkan aku pulak, "jangan jadi hamba duit, Joe. You deserve all those things", dia kata gitu. Terus aku terplan nak tengok concerts lagi, nak pergi Broadway shows yang lain, bila Aunty tuh cakap gitu. 

Lepas makan, kitaorang masuk ke Central Park, macam bangga jer aku bila tunjukkan kawasan area tuh. "Kat area sini lah, di sepanjang jalan-jalan nih, ramai artis-artis ada apartment. Juta-juta punya apartment seunit. Madonna ada apartment kat sini, Yoko Ono. Tu ha, kat penthouse Times Warner tuh (sambil aku tunjuk kat bangunan tuh), Ricky Martin duduk situ", aku kata gitu. Dalam sesetengah jam aje kitaorang jalan-jalan kat dalam Central Park, takat jalan kat tepi-tepi aje, sesambil sembang. Sure bosannya sepupu Bob tuh kat aku kot, iyalah, asyik sembang dengan mak dia aje. Wakakakak 


Then aku tunjukkanlah Trump Tower yang dia nak sangat tengok tuh, ambik gambar dua tiga snaps. Lepas dari tuh kitaorang balik semula ke arah Rockerfeller Center sebab diaorang nak ke Time Square, nak ke satu kedai nih yang semalamnya diaorang ada masuk. Oklah, aku akan terus aje ke Forest Hills, dari situ nanti tuh. 

So, dalam dekat pukul 3 tuh aku pun blah, tinggalkan diaorang kat area Times Square. Walaupun aku letih sehari dua tuh sebab banyak berjalan tapi aku rasa macam best aje dapat jumpa Melayu. 

04052008


Punya lah siksa nak bangun pagi, pergi kerja pun aku tak mandi, takat cuci apa yang patut aje. Aku dah terbangun paginya tuh, lepas Subuh aku tidur semula. Semalam pun tidur pukul 1 lebih, so memanglah aku mengantuk sangat. 

Terus aje aku ke Forest Hills, breakfast kat sana. Aku terperasan yang ada AhSo Cina sorang nih, dia selalu datang mintak duit. Dia selalu masuk mana-mana kedai makan, cafe, deli, then dia perhati sorang-sorang. Lepas tuh, (bila dia dah kenal pasti bakal mangsa), dia keluarkan duit (coins) dia, then dia kira. Buat-buat kira. Lepas tuh dia mintak tolong mangsa tuh untuk tambahkan duit dia jadi sedollar. Dulu aku selalu minum kat cafe orang Korea tuh, almost setiap hari aku kena pau dengan dia. Tu pasal aku ke cafe lain sekarang nih, tapi kat tempat tuh pun kena pau jugak. 

Kitaorang tak ke mana-mana harini sebab David keletihan katanya, dia takat pergi gym, pergi kedai dekat-dekat apartment dia aje. So most of the time aku dengan Hal aje lah. Hal nih, kalau dah tak ada apa nak dibuat, suruh temankan dia tengok tv aje lah kerjanya. Dia pulak minat cerita-cerita lama, filem yang masih black and white. Sambil berdiri pun aku boleh tertidur kalau nengok filem lama-lama nih. Dia selalu pelik apa pasal aku tengok tv sambil berdiri. Sebab itulah, kalau tengok tv sambil duduk, sure tersengguk-sengguk aku nak melayan filem tuh habis, kan?

Tapi bila dia tanya aku, terus aku kata aku suka satu film yang kat satu channel nih, cerita Gosford Park. Cerita boring jugak, cerita banyak bercakap jugak tapi sebab Maggie Smith berlakun, film British pulak tuh, dan film tu pernah dicalunkan untuk Oscar, memanglah aku layan habis. 

Balik kerja petang tuh cadangnya nak terus aje, tak nak singgah mana-mana. Tapi aku tersinggah kat 59th Street, aku cadang nak jalan aje ke arah Rockerfeller Center, then ke Times Square. Dalam 20 blocks gitu jauhnya. Ala, jalan kat New York nih tak terasa sebab kat dalam tengah bandar kan? Apalah sangat 20 blocks tuh. 

So dari 59th Street tuh aku jalan slow-slow ke Rockerfeller Center, sambil-sambil ambik gambar, now that aku ada kamera baru. Melepaklah kejap kat area tuh, sesambil tengok orang, sesambil rilek-rilek keletihan. Aku terfikir, kalaulah aku ada member-member kat New York nih, sure aku pergi makan kat sini nih, nampak macam kelas aje. Dulunya ice-skating rink kat situ tuh. 

Tengah lepak-lepak tuh, Bob talipun. Rupanya dia ada kat Empire State Building, bawak sedara dia melawat New York. Aku terconfused sekejap sebab aku ingatkan sedara dia nak datang minggu depan, sedangkan diaorang dah sampai Amerika dah benarnya. So apa lagi, aku suruh Bob tunggu aku kat sana, dan aku akan jalan kaki aje dari Rockerfeller Center ke Empire State Building tuh, ada lah dalam 15 blocks away. I'm a New Yorker kan, dalam sesepuluh minit aku boleh sampai ke situ, berlari-lari anak. 

"Uish, skemanya Bob nih, rambut pun dah pendek, buat style Ricky Martin lagi, pakai spek lagi pulak tuh", kata aku dalam hati, the moment aku nampak dia tengah menalipun (bercakap dengan aku) sambil tercari-cari aku. Mana lah dia nampak aku sebab aku kat seberang jalan sana, aku menyorok-nyorok sikit, dan aku tengok, Bob asyik pandang atas aje, macamlah aku turunnya dari atas Empire State Building tuh. 

"Janganlah Bob nih buat style kampung sangat, malu aku nanti", kata aku dalam hati. 

So kitaorang sembang-sembang ajelah sementara tunggu sedara Bob yang pergi jalan-jalan kat area tuh. Best sembang dengan Bob nih sebab aku rasa macam dah berkawan lama sangat dah dengan dia. Sedangkan aku baru sekali jumpa Bob sekeluarga, masa aku pergi rumah diaorang kat perkampungan kecil di luar Wilmington, Delaware, dulu tuh kan? Senang pun senang sembang dengan Bob nih sebab aku tak payah nak explain, cerita banyak-banyak, sebab dia baca blog aku kan? 

Tak lama lepas tuh sembang-sembang dengan bapak dan emak sedara Bob, sepupu dia, dan Aina (yang lebih dikenali sebagai "awek baju hijau" - ini Bob yang coin kan phrase nih). Aina nih kawan Bob dan Aifa (isteri Bob), kerja kat Phila, first time aku jumpa dia walaupun sebelum ini Bob pernah dua tiga kali sogokkan aku dengan gambar-gambar "awek baju hijau" tuh. Kawan siRuby lah kot Aina nih.

Akhirnya kitaorang ambik keputusan untuk ke Rockerfeller Center dan sebab tak muat kereta, aku jalan aje lah balik semula ke area Rockerfeller Center tuh. Dan walaupun aku jalan kaki aje tapi aku yang sampai dulu sebab diaorang punyalah siksa nak cari parking spot. Dan kebetulan pulak malam minggu, memanglah sibuk. Kat Radio City tuh for example, (kat area situ jugak), tadinya jalan ditutup sebab Bill Clinton ada buat program apa tah, then ada show 3 Divas ker apa tah, Chaka Khan, Diana Ross, Patti L'abelle. So, penuhlah area tuh dengan gagak di rimba kan? Itu yang "gelap gelita" semacam aje kawasan tuh. 

Lama jugaklah kitaorang lepak-lepak di situ, sesambil bergambar, sesambil bersembang. Then kitaorang jalan kaki aje ke arah Times Square, dalam 8 blocks jauhnya. 


     


"Ko jangan kata aku kampung pulak Joe", beberapa kali Bob warning aku. 

Aku buat-buat tak faham, "Kampung?", aku tanya dia balik. Tapi aku dah tersengih dah. 

"Ala, macam aku tak tahu ko tuh, kang ko tulis dalam blog, kata aku ni orang kampung. Aku tahu lah ko tuh, aku dah boleh baca apa ko nak tulis", kata Bob lagi. So gitulah, banyak kali Bob warn aku, takut sangat dia aku tulis pasal dia macam orang kampung tuh. Wakakakkaak

Dan masa tu jugak baru aku terperasan yang Aina nih ada baca blog aku. Sebelum tuh, Bob ada macam introduce aku, dia kata, "Ini penulis hebat nih", something like that lah. [Eh, nak ingatkan balik, ada ker Bob guna "perkataan "hebat" tuh, ker aku tertaruk sendiri?], dua kali Bob kata gitu, aku kenyitkan mata kat dia sebab tak nak dia cakap lebih-lebih, nanti tercerita pulak pasal blog, kan? 

"You tukar blog ke mana?", Aina tanya aku. "I baca dulu tu, pasal Syed, then tiba-tiba you tukar blog", kata dia. 

"Oh shoot! Dia baca blog aku? Alamak, malunya, aku kan ker suka cakap merapu, mencarut-marut?", aku terfikir gitu. Nak jer aku beritahu Aina yang aku dah tukar dari www.joeperantau.blogspot.com ke www.joebangla.blogspot.com tapi aku tengah termalu. 

I was caught completely off-guard rupanya. First, aku tak tahu Bob nak datang. Keduanya aku tak tahu "awek baju hijau" pun ada. Ketiganya, aku tak tahu pun dia ada baca blog aku. Kalau aku tahu semuanya tuh, sure aku dah bersiap sedia kan? Pakai lawa-lawa, be more presentable, cakap elok-elok, bersopan santun gitu, things like that lah kan? Iyalah, first impressions lasts kan?

Bergambar-gambar gitu lah di area Times Square, diaorang ada jugak masuk a few kedais untuk beli souvenir, aku dengan Bob sembang-sembang aje kat luar, sesambil melepak, sesambil merokok. 

"Bob, ini first time aku keluar ramai-ramai sama Melayu. Ini first time aku ada kawan. Bestnya", aku tercakap gitu kat Bob. Memang pun, selama ini, mana pernah aku ada kesempatan keluar merewang-rewang gitu kan? Dulu masa sama Syed, ada jugak keluar tapi sesambil mendukung biawak hidup, manalah ada fun nya kan? 

Pukul 9 lebih baru lah kitaorang blah, sempatlah cari makanan halal kat tepi-tepi jalan tuh. Banyak carts yang jual makanan halal, tak ada masalah langsung. Aku makan kat situ aje sebab lapar sangat, tengahari tuh aku tak makan apa-apa pun. Then kitaorang balik semula ke area Rockerfeller Center, tempat Bob park kereta. 

"Bob, ko selalu fikir tak yang macam tak sangka aje ko boleh hidup di Amerika, macam sekarang nih?", aku tanya Bob gitu, nak tahu reaksi dia. Sebab aku selalu terfikir gitu, aku selalu, especially masa dalam train, masa tengok bangunan-bangunan pencakar langit tuh dari kejauhan, aku selalu terfikir gitu. 

"Selalu Joe, selalu!", bersemangat aje Bob jawab. 

"Yer ker?", aku tanya dia, konon-konon macam tak percaya aje, sedangkan aku rasa happy jugak yang dia pun ada fikir benda yang sama. 

03052008


Pagi tadi, sampai aje kat apartment David/Hal, terus aku disuruh siapkan Hal sebab kitaorang nak keluar shopping kat Target. Bukan aku nak shopping, tapi diaorang. Biasanya kalau Saturday, first thing aku buat bila sampai tempat diaorang, cuci pinggan mangkuk, dan mop lantai, then tengok tv, tapi tadi tuh, tak buat semua kerja tuh. 

So agak awallah kitaorang keluar harinih tadi, dalam pukul 11 gitu. Banyak barang yang dibeli, sampai penuh dua trolleys, semua barang-barang dapur. Dan memang lama jugaklah kitaorang kat situ sebab setiap aisle tuh kitaorang pergi, ada aje barang yang nak dibelinya. Pelik aku tengok Americans berbelanja. Dekat 600 dollars semuanya, walaupun David ambik barang yang paling murah sekali. 

Habis loading semua barang-barang, kitaorang jalan kaki aje ke Sak Fifth Avenue, kat satu mall yang di seberang jalan sana tuh. Ronda-ronda kat situ pulak, lunch sekali. Since aku tak makan pizza, so aku beli fries sama fish burger aje lah. Puas jugak David tanya aku, sampai dia ke gerai burger tuh tanya harga makanan yang aku beli, sebab dia nak pulangkan duit aku. Dia tetap insist yang dia nak bayar harga makanan since aku kerja dengan diaorang. Aku pulak, aku tak kisah langsung aku beli makanan guna duit sendiri, bagi aku benda kecik sangatlah kalau hal-hal gitu tuh. Tapi bagi diaorang, itu memang macam rules, yang diaorang kena provide aku lunch atau dinner. 

Masa makan tuh jugak Hal beritahu aku yang July nanti dia mintak aku kerja di sebelah siang, for a week. Sebab Mamat Filipino, caregiver yang sorang lagi tuh, dia nak cuti. Nak tanya aku tu pun susah, puas David suruh Hal tanya aku betul-betul. Aku ok kan aje. 

Then David beritahu aku yang bulan depan diaorang nak cuti seminggu kat Cape Cod, Massachusets. So aku pun disuruh cuti. The best part is, diaorang akan bayar gaji seminggu tuh. Aku, yang biasnya kerja dengan Cina yang cekik darah, mana lah biasa gitu kan? So aku beritahu diaorang yang tak payah bayar gaji aku sebab aku pun kira cuti jugaklah seminggu tu nanti, tapi diaorang kata yang memang gitu caranya, so aku dengan senyum lebar, anggukkan kepala. 

So seharian aku macam happy aje bila mengenangkan yang bulan depan aku akan ada cuti seminggu, cuti bergaji. Sebelum ini ada aku terfikir yang aku nak mintak sehari cuti, bosan jugak dah dua bulan kerja setiap hari kan? 

"You are so cultured, Joe. I wish I could be like you", kata David bila aku kata yang malam nantinya aku nak pergi concert Bryan Adams, dan akhir bulan aku nak pergi concert Eagles. Aku tak ada lah excited sangat sebenarnya, aku more rasa macam tak best aje malam nanti, sebab aku pergi tengok concert sorang-sorang. Semalam tuh ada aku terbaca kat craigslist.com yang ada a few mamats nih cari sapa-sapa yang sama-sama nak pergi tengok Dolly Parton In Concert, sebab diaorang malu nak pergi sorang-sorang. Macam loser lah kononnya kan, tengok concert pergi sorang-sorang. Aku pun terasa gitu. Tapi, kalau difikir balik, memanglah loser sangat kan? Pergi tengok Dolly Parton pun dah kira loser kan, to begin with kan? Lain lah aku, aku nak pergi tengok Bryan Adams, kan? 

Ker sebab aku nih dah semakin tua kot, itu yang rasa macam tak berapa best aje tuh? Tua tak sadar diri? Tak apalah, kali ini aku nak tengok concert buat style orang tua lah, dah lah duduk belakang sekali, aku tak nak bergerak-gerak pun, tak nak terkinja-kinja macam bebudak. Aku nak buat macam first time aku pergi tengok concert, masa student dulu tuh, duduk aje kat seat tak bergerak-gerak, sampaikan nak tepuk tangan pun malu. Sampaikan Mamat di sebelah aku dok tanya aku, "You enjoying the show?". Aku nak buat gitu aje lah nampak gayanya. Dan kalau aku rasa macam tak best aje nanti, kalau aku berjaya tak enjoy, mungkin aku batalkan niat aku nak tengok Eagles nanti kot? Tengoklah macamana nanti. 

Aku tak makan pun burger yang aku beli tuh, instead aku makan fries aje sebab aku jadi macam tak lapar lah pulak, lagipun since diaorang dah siap makan (aku tak boleh makan sesambil menyuapkan Hal, kena tunggu dia habis makan dulu baru lah aku boleh makan) so malaslah aku nak makan sorang-sorang. Tak best kan makan kalau orang tengok? So aku tapau bawak balik ajelah burger tuh, yang akhirnya aku kasi kat John, satu doorman nih yang kalau kita kasi apa aje, dia akan ambik. Peramah budaknya John tuh, itu yang selalu orang kasi dia makanan. Muka tak malu pun satu hal jugak, kalau orang bawak makanan, dia selalu nak tengok apa isi nya. So tak heranlah kalau aku selalu terkasi kat dia makanan aku, yang kadang tuh David macam paksa suruh aku bawak balik. Kalau tak kasi kat John, aku kasi kat orang yang dalam train, gitu biasanya. 

Aku sampai ke concert hall kat 64th Street, Central Park West tuh dalam pukul 7, cadangnya nak pergi makan dulu sebelum masuk tapi aku tengok dah ramai orang beratur so aku pun join lah sama. Hall kecik aje tempat concert tuh, semuanya seated. Dalam 900 tempat duduk, sold out concert tuh sebab Bryan Adams cuma buat show satu malam aje di New York City. 

Aku punya seat kat balcony, kat atas sekali.Agaknya sebab tickets yang satu row dengan aku tuh semuanya dibook dek Mamat yang di California tuh(dan dia jual kat ebay.com), dan mungkin tak semua tiket tuh dia dapat jual, so kosong ajelah row tuh, dalam 10 seats gitu. Dan kebetulan pulak tiket aku kat seat tengah, so sorang-sorang ajelah aku kat row tuh. Termalu aku dibuatnya sebab kat belakang aku, kat depan aku, kat aisle sebelah kiri dan kanan, semuanya dah penuh. Kecuali row tempat aku duduk tuh, aku sorang aje. Dua tiga minit show nak mula, barulah ada dua orang Minah nih duduk kat a few seats away from me, so hilanglah sikit kemaluan aku. 

Kat depan aku, ada this one Mamat sama 4 orang anak dia yang masih kecik, dalam tujuh lapan tahun gitu, kembar agaknya. Kat belakang aku pulak, ada one family dengan budak kecik jugak, tiga empat orang. Ayooo, sah lah aku tersalah beli ticket nih, dapat kat family section. Tak apa, bersesuaian lah dengan motto aku yang tak nak terkinja-kinja semasa menengok concert kan? 

Pukul 8-15 pm, belum start pun concert tuh, rasa geram, rasa nak marah dah jadinya sebab aku dah lah mengantuk, lapar pulak tuh. Esoknya aku kerja, buatnya lambat habis concert tuh, mampos aku. Tapi itulah, nak marah kat sapa kan? Mana boleh ada rasa marah kat Bryan Adams kan, aku kan ker peminat dia? 

Bryan Adams keluar aje kat stage, terus semua orang berdiri. Bulu roma aku pun berdiri jugak. Sebab, terasa macam tunggu kawan lama aje, terasa macam close aje gitu (eh aku nih ada gaya-gaya macam die-hard fan ker?). Lagu pertama dia nyanyi, lagu Tonight We Have The Stars, lagu baru dia. Aku tak tahu pun pasal dia ada album baru, rupanya album tu belum direleasekan lagi kat US nih walaupun kat negara lain dah dua bulan album tu keluar. Itu pasal dia buat concert kat small venues, kat selected cities di US, sebagai warm-up concert aje untuk concert-concert yang lebih besar, tahun depan kot. 

Sebab itu solo performance dia, so lepas satu lagu dia nyanyi, dia sembang-sembang dengan penonton. Then dia nyanyi lagi. Itu yang jadi lebih seronok tuh sebab dia pandai interact dengan penonton. Itu yang buat kitaorang (aku sorang jer kot?) yang rasa aku boleh relate dengan dia tuh. Yang buat aku suka style dia, Bryan Adams nih simple sangat orangnya. Orang-orang biasa aje, very down to earth gitu. Sebijik macam aku. 

Tak lama gitu, aku terberdiri jugak, aku terbetepuk tangan kuat-kuat jugak. Aku terikut menyanyi jugak (kecuali lagu baru yang aku tak pernah dengar, tak tahu lirik). Aku termenjerit-jerit jugak. Aku jadi macam jeles aje sebab duduk kat balcony atas, aku tak dapat lari ke dekat stage, kalaulah aku duduk kat bawah, sure aku dah lari ke dekat stage macam yang lain-lain tuh. Tak apa, lain kali kalau dia buat concert lagi, aku akan pastikan yang aku kena beli tiket yang bukan balcony seat. Dan aku akan bawak bekal bra, nak baling atas stage. Wakakakaka 

Dalam banyak-banyak lagu, aku rasa masa lagu Run To You lah paling gamat sekali (lagu Summer of 69, Heaven, Straight From The Heart, lagu tuh memang gamat macam biasa lah kan?), "Shit! I don't want this to end", aku kata dalam hati. So kaedahnya, aku puas hati sangat dapat tengok concert tuh, such a rare ocassion lah kan dia buat kat small venue gitu, penuh dengan keintimacyannya. 

Pukul 11 ngam-ngam concert tuh tamat, Bryan Adams siap lepak lagi sama penonton, sign otograf, bergambar sama-sama. Aku tengok aje lah dari jauh, dari atas sana tuh. Bila dia pandang arah atas, aku terasa macam dia pandang cari aku aje kaedahnya. Dia tahu ker aku nih ujud? 

Masa keluar nak ke subway station, aku ikut sebelah kiri, ikut Central Park Road, aku terperasan ada bas persiaran yang lawa dipark kat sebelah concert hall tuh. Sah lah ini tour bas Bryan Adams tuh. Terus terberhenti aku. Yes, aku nak tunggu Bryan Adams keluar. Aku tengok, ada a few orang yang macam tunggu orang aje, memang diaorang nak tunggu Bryan Adams nih, surenya lah. Mamat yang dengan anak kecik 4 orang tu pun ada tunggu kat tangga tuh, so aku nak tunggu jugak. Dapat bersalam dengan Bryan Adams pun jadi lah kan? Aku nak tunggu lah, this is New York City kan, what the heck? 

Tapi, hujan dah turun renyai-renyai, dan aku figure, sure dalam masa sesetengah jam paling awallah baru diaorang keluar, sedangkan aku kena balik sebab esok nak kerja. So dalam tunggu-tunggu tuh, aku berbelah bagi jugaklah. Ini peluang best nih, kata aku dalam hati. Entah-entah nanti Bryan Adams ajak kitaorang, sapa-sapa lah, ikut naik tour bus dia, sebab malam tu diaorang bertolak ke Baltimore, Maryland, untuk concert seterusnya. Lusa nya diaorang pergi north lagi, ke New Haven, Connecticut, sebelum ke Albany, New York dan Boston, Massachusets. Aku sempat fikir, kata lah Bryan Adams ajak aku ikut dia punya road tour, silap-silap aku terima offer dia. Aku nih bukannya boleh percaya sangat kan? 

Boleh lah aku beritahu dia yang aku punya instinct dulu tuh betul. Dulu, lama dulu, masa aku mula-mula kenal dan suka Bryan Adams nih, aku selalu kata kat kakak aku (dan jugak member-member aku yang lain) yang Bryan Adams tuh macam sesuai aje dengan Princess Diana. Aku kata gitu tuh lepas tengok gambar-gambar masa Diana tengah bersalam dengan penyanyi-penyanyi yang menjayakan Prince Trust Concert ker apa tah, kat London. Bryan Adams was one of them. Tengok cara Diana tenung Bryan Adams tuh, macam sesuatu aje. Rupanya betul, many years later, diaorang pernah ada affair kan? Itu pasal Bryan Adams was barred dari performing untuk Memorial Concert For Diana, last year tuh kan? 

Tapi itulah, dalam aku tunggu-tunggu tuh, aku fikir jugak, baik aku blah ajelah sebab esok nak kerja. Tak apalah tak dapat jumpa Bryan Adams up close and personal gitu kan? So aku blah aje lah, sedikit terkilan. 





Now our dreams are comin' true 
Through the good times and the bad 
Ya - I'll be standin' there by you 
[Heaven - Bryan Adams] 

02052008

Ini gambar-gambar yang aku sempat snap (ada banyak lagi tapi lain kali lah aku upload semua) masa aku kat Times Square tadi, on the way ke Jackson Heights, untuk makan, Sembahyang Jumaat dan terus ke tempat kerja. Aku skip lah part aku terbeli kamera tuh, sebab aku rembat kamera tu pun macam sepantas kilat aje, macam tiba-tiba aje gitu, masa tuh on the way ke subway station, kat area rumah sewa aku. 




[Kat Nasdaq nih best, boleh belajar trading, kemudian boleh buat "mock trading", souvenirs kat sini mahal-mahal harganya tapi memang kelas]



Sampai ada yang pengsan, first time kat Times Square kot? ]







World-famous The Naked Cowboy, almost setiap hari dia di sini, musim snow pun dia rileks jer pakai spenda.

01052008




Dapat dah akhirnya tiket concert Bryan Adams Sabtu 3 May nanti. Mamposlah, mintak-mintak janganlah aku terjerumus ke lembah menengok concerts aje nanti, nih tengah berkira-kira nak cari ticket untuk Eagles in Concert, kat Madison Square Gardens, 31 May nanti. Tiket paling murah pun $74 (tak kan lah aku nak beli yang paling murah kan?), paling mahal dalam $3100 gitu.

---------------------------------

Aku sepatutnya pergi Markaz Tabligh kat Masjid Corona hari nih tapi masa balik kerja tadi, hujan lebat pulak. Nak ke masjid tuh, dari 103 Street station, kena jalan kaki jauh jugak, sebab masjid tu macam kat ceruk. Lagipun aku dah agak lewat, Bayan pun sure dah habis and by the time aku sampai, sure orang dah nak tidur. Takut jugak nanti kalau diaorang ingatkan aku sesaja nak menumpang tidur kat masjid, kan? 

So, aku patah balik, walaupun aku dah turun kat Roosevelt Avenue punya station, dah nak tunggu train 7 untuk ke masjid. Lain kali lah kot aku cuba lagi. 

I feel bad jugak nih, ker sebab suara setan-setan dah berkumandang? Iyalah kan, Sabtu nih aku nak pergi tengok concert. 

30042008


Dalam sekali seminggu, sure David sama Hal ajak member diaorang datang makan kat apartment diaorang. Biasanya malam lah kan sebab masa tu aje David ada di rumah. Kalau weekends, diaorang kadang-kadang makan kat luar, for dinner. Masa tuh aku dah tak ada sebab aku kerja sampai pukul 6 aje. 

Ada dua orang nih yang selalu datang apartment diaorang, Chester sama Mirch. Chester nih Filipino, Mirch nih American. Tak kisah lah Filipino ker American ker, tapi dua-duanya aku tak berapa berkenan. Bagi aku diaorang nih macam berlagak aje, terutamanya Chester tuh. Mirch tuh, oklah jugak, walaupun diaorang nih tak ada sembang-sembang dengan aku tapi aku perasan yang Mirch ada lah tunjuk respeknya sikit. 

Masa makan, aku tak pernah makan sama diaorang. Aku tak makan kat apartment David/Hal pun dah sebenarnya walaupun tiap kali diaorang offer aku. Kalau aku nak jimat duit, makan ajelah sama diaorang kan sebab diaorang pun makan salad, sandwich, benda-benda yang aku makan jugak. Tapi aku lebih rasa seronok dan selesa makan on my own, maksudnya, makan makanan aku sendiri, makan makanan hasil titik peluh aku. Masa balik kerja. 

Aku terperasan, masa diaorang makan, Chester nih selalu jeling-jeling aku, macam jijik sangat aku duduk semeja dengan dia kot? 

Diaorang pun tak ada lah offer aku ajak makan sama, lain gayanya kalau di Malaysia kan? Kat Malaysia, tetamu biasanya ada jugak pelawa orang gaji makan sama kan? Iyalah, kalau dah duduk semeja tu kan? Mungkin diaorang ingat yang aku nih tak layak makan semeja dengan diaorang, sedangkan aku sebenarnya yang tak nak. David sama Hal tahu tuh, cuma Chester sama Mirch yang tak tahu.

Dan disebabkan tak tahu tu lah, diaorang macam pandang lekeh jer kat aku. Mirch tuh orang besar kat City Hall, cakap pun besar jugaklah kan? Bila dia cakap besar tuh baru lah aku macam sedar yang "kecik"nya aku di mata diaorang. Tapi... aku selalunya macam senyum-senyum gitu sebab kadang aku macam tak percaya yang aku boleh duduk semeja dengan orang kaya macam tuh. 

Aku dengar aje apa yang diaorang sembangkan, ada masanya diaorang sembang pasal benda-benda bodoh gak, pasal American Idol ker, pasal movies ker. Ha, masa tuh biasanya David selalu sebut-sebut nama aku sebab dia tahu aku nih boleh tahan jugak kalau pasal nak mengingat nama penyanyi, nama pelakun. David kata aku nih very knowledgeable kalau pasal geografi sama music/movies. Dan aku nih hopeless kalau pasal American politics atau sports. 

So malam tadi, Mirch ada datang apartment David/Hal untuk dinner. Dalam sembang-sembang tuh, lepas David cakap apa tah pasal aku, Mirch pun tanya aku kalau-kalau aku nak kerja kat City Hall sebab dia punya Department tengah cari orang, sebagai Assistant apa tah. Mirch ni mana lah tahu aku tak ada papers kan? Dia tak tahu apa pun pasal aku, David sama Hal pun takat tahu sikit-sikit aje lah. Nasib baiklah Mirch kata, "think about it" kat aku sebab aku masa tuh tak tahu nak jawab apa. Hal pun pandang aku aje sebab mungkin dia fikir yang kalau aku terima offer Mirch tuh, maknanya aku tak akan kerja jaga dia dah kan? 

Sebelum aku blah, sempat lagi Hal tanya aku pasal offer dari Mirch tuh. Takut dia gamaknya kalau aku blah, dia tak tahu yang aku nih tak ada papers, tak layak. "I'm happy doing what I'm doing right now, why should I leave?", aku kata gitu kat Hal. Suka Hal mendengarnya. Memang aku nih pandai berpura-pura kan? 

Happy ker kerja mengurut orang yang cerewet ? Happy ker kerja basuh berak orang yang cerewet? Happy ker kerja menyikat bulu rugs orang yang cerewet? Happy ker kerja setiap hari dengan orang yang cerewet? Happy ker bila tak ada kerja, tengok tv?

29042008


Walaupun aku tidur tiga empat jam aje semalam tapi the moment aku bangun pagi tadi, terus aku bersiap-siap. Tak sambung tidur dah macam selalu. Kat luar hujan jugak lagi tapi tak lah selebat semalam, by afternoon dah cerah balik kot, mengikut kata ramalan cuaca. Aku decided nak breakfast kat luar, elok lah tuh sekali sekala minum pagi kat luar, kan? Bosan jugak kalau nak breakfast kat rumah setiap hari, aku nak lah jugak tukar angin gitu, tak ada lah bosan sangat. 

Aku menyusur aje lah Fifth Avenue, cari-cari jugak cafe/deli yang tak ramai orang tapi semuanya penuh. Kadang tuh masuk kedai sana-sini, tapi tetap aku tak beli apa-apa pun. Last, aku sampai kat kedai kamera nih yang aku singgah semalam tuh. Aku ada mengidam satu camera casio yang 13 mega pixel tuh, nipis dan lawa, dan harganya pun dalam 300 lebih aje. Terus aje lah aku tunjukkan isyarat kat tokay kedai tuh, yang aku nak tengok kamera tuh. 

"Can I see the manual please", aku tanya tokay tu bila dia nak ambikkan sample camera yang kat display tuh.

"Why? It takes 3 hours to finish reading the manual", kata tokay tuh. Orang Greek gayanya sebab kebanyakan tokay barang elektronik di Manhattan, di Fifth Avenue at least, semuanya orang Greek. 

"No, I just want to read it first", aku kata gitu. Maksud aku, aku nak go thru manual tuh dulu, lebih senang aku tau apa features yang ada kat kamera tuh. 

"If you want to read, go to the library", kata tokay tuh. Sentapz aku mendengarnya. Jenis kurang ajar rupanya tokay tuh. 

"Well, never mind then, forget the whole thing", aku kata gitu, terus keluar. Agaknya baru dia terperasan dia cakap kasar, terus dia panggil aku balik semula, cakap pun lembut aje. Sorry lah, dah terlambat, New York Public Library kat seberang jalan tu aje, aku nak ke situ. Wakakakakka. 

Terus hilang mood aku untuk ke mana-mana. Dua kali aku pusing Times Square, dalam hujan renyai-renyai, nak cari tempat makan. Tak tahu ke mana halatuju. Last-last aku naik train ke Forest Hills aje lah. Lapar, sejuk, mengantuk, tak ada energy. 

Masa train berhenti kat Jackson Heights station, aku terturun kat situ. Saja jer lah, masa pun masih lama, lagipun kat situ banyak restoran halal. Masjid pun ada kat area tuh. Aku order beryani, lauk kari kambing. Aku lepak kat ceruk sekali sebab aku nak on kan laptop.

Tak lama lepas tuh aku pusing satu round kat area Little India tuh, tak ada apa yang menariknya, macam biasa aje tempatnya, so aku terus aje lah ke library. Dua jam lebih aku kat library, tulis update nih, sambil tersengguk-sengguk. Itupun aku dah minum Red Bull sebotol. Mintak-mintak janganlah aku naik hangin nanti kalau Hal buat perangai, kalau dah mengantuk nih memang mudah naik hangin kan?

28042008


Tadi, walaupun hujan turun lebat sepanjang hari, aku keluar jugak. Geram sangat aku tak tahu nak buat apa. Aku dah plan yang aku nak keluar jalan-jalan, nak beli lah apa-apa yang patut, aku bawak duit lah sesikit, aku macam pasrah aje kali nih. Aku nak beli lah benda-benda yang aku rasa aku nak beli, i.e jacket, seluar baju, kamera. Wakakaka, lantak lah. 

So aku ke Fifth Avenue. Tapi, dari satu kedai ke satu kedai aku pergi, tak ada apa jugak aku beli. Sampai aku pelik, apa pasal pulak dengan aku nih? Zuhud sangat ker aku nih? Oooppsss. 

Kat dua tiga kedai kamera tuh, aku macam bengang kat tokey tuh, itu pasal aku tak beli apa-apa. Iyalah, aku macam tak dilayan aje, tak tanya aku apa-apa pun walaupun akulah antara orang yang ada potensi nak beli barang, aku tengok satu persatu barang on display. Diaorang dok melayan tourist lain yang masing-masing macam banyak duit aje tuh. Mungkin diaorang ingat aku tak ada duit kot, diaorang ingat aku saja nak menumpang berteduh kat situ sambil buat pura-pura tengok barang. Iyalah, jacket aku basah bojot, sebijik macam orang susah. Nak beli payung pun tak termampu, jangankan nak beli kamera, kan? Sure itu yang diaorang fikir. 

Last-last aku menyusur jalan aje lah, sampai ke depan Empire State Building, nak naik ke building tuh tak best lah pulak, apa ke jadahnya nak naik masa hujan lebat, kan? So aku patah balik, aku terus ke Times Square subway station, aku terus aje ke Forest Hills. 

Awallah aku sampai kat Pinang hari nih, so lama lah jugak aku lepak kat situ, sesambil makan sesambil sembang dengan tokay dia. Rupanya Cina yang selalu sembang dengan aku minggu lepas tuh Manager restoran tuh aje, yang tokay dia nya, yang tua nih. Lepas pada tuh baru lah aku ke library. 

Malam pulak, aku tak dapat tidur, entah pasal apa. So melepak aje lah online, sampai Subuh. Nak update blog pun malas jadinya, itu yang aku tulis sikit jer nih. Tengoklah esok macamana. 

27042008


Kalau weekends gini lah aku, malas nak update blog. Tak ada apa nak update pun satu hal jugak. Biasanya aku ambik kesempatan weekend nih untuk lepak-lepak aje bila balik kerja. Iyalah kan, weekends aku kerja dari 10 pagi sampai 6 petang, dan biasanya aku kena bertolak awal sebab weekends selalunya trains tak banyak sangat. Pulak tuh tak ada train yang express, semuanya local, yang ambik masa sejam setengah perjalanan. Kalau hari-hari biasa, sejam aje.

Dan petangnya, habis kerja, biasanya aku akan melepak kat mana-mana lah aku turun sebelum balik ke rumah. For the past few weekends, aku melepak kat Rockerfeller Center aje, turun kat situ then merayaplah sampai ke Times Square. Kadang tuh, aku naik train lain, dan berhenti kat Chinatown. Saja jalan-jalan tengok orang. Sampai rumah, tak lama lepas makan, aku terus tidur aje, kadang pukul 10 aku dah tidur. 

Last week, setiap hari, aku keluar jalan-jalan. Entah apa dicari pun aku tak tahu, more kepada nak buang masa aje. Daripada melepak kat rumah, baiklah aku keluar, kan? Mana tahu, tengah-tengah melepak kat Manhattan, terjumpa Melayu ker, kan? Tak pun, terjumpa artis ker, sapa-sapalah.

Aku selalu fikir, apa pasal tak pernah pun jumpa muka-muka Melayu kat Times Square tuh. Tak kan tak ada langsung Melayu yang jalan-jalan ke New York, kan? Tak kan aku sorang aje kan? Tak kan tak ada langsung Melayu yang kelas-kelas (yang walaupun tak dapat menandingi kekelasan aku nih yang dah bosan dengan Times Square tuh), yang jalan-jalan kat New York, kan? Kalau kat London tuh, sampai kena menyorok-nyorok sebab selalu sangat nampak muka Melayu, kan?

This weekend, tak ada ke mana pun kitaorang pergi, it was such a boring weekend. Aktiviti utama Sabtu lepas, pergi tengok wayang. Itupun tengok kat panggung di area Forest Hills tu aje, tengok The Forbidden Kingdom. Rupanya David sama Hal nih suka tengok cerita Cina. Terpaksalah aku ikut aje. Aku mana lah suka cerita Cina, tambah-tambah cerita orang boleh terbang gitu tuh. Tapi nak buat macamana, terpaksalah aku ikut. 

Yang buat aku happynya, trailer film Mamma Mia! The Movie dah keluar. Best nampak gayanya film tuh, tak sabar nak tunggu 18 July nanti. Tengok trailer tuh, it's going to be a hit nanti film tuh, sebijik macam Broadway show, dia punya jalan cerita. Meryl Streep sama Pierce Brosnan .

A few times aku tertidur, aku langsung tak tahu jalan cerita, aku tersedar pun sebab bunyi bising. Tak boleh terima akal aku bila ada beberapa kali penonton tepuk tangan. I mean, what the fuck?

Balik dari tengok wayang, bila dah siap kasi Hal makan, bila dah tak ada kerja lain dah nak buat, sementara tunggu masa balik, aku tengok tv aje lah. Macam selalu, aku tengok tv kat dapur, diaorang tengok tv kat bilik diaorang. Aku tengok Ladies In Lavender, film tahun 2005 kot, aku tengok tuh sebab aku memang suka film-film Maggie Smith, walaupun aku tak suka sangat Judy Dench. 

Bob ada talipun aku ituhari, katanya dia nak melawat kawan dia kat New Jersey Sabtu nih, since dua minggu lagi dia nak datang ke New York (nak bawak sedara dia melawat New York), aku plan nak jumpa dia lagi dua minggu tu lah. Lama dah tak jumpa Bob nih. 

Sunday, pun tak ada apa-apa aktiviti. Dekat dua jam aku menguruskan Hal yang terberak atas katil, bila dah di bawak ke bilik air, berak bertaburan kat lantai pulak tuh. Nasib baiklah taik keras, kalau jenis taik cair, mampos aku. Aku buat kerja tadi tu pun sambil merengus sebab Hal tuh cerewet sangat, dia nervous agaknya sebab terberak berterabur tuh so bila dia arah aku itu ini, hangin lah aku kan? 

Sebelum balik, aku tengok movie kat tv lagi, David yang suruh. Dia pasangkan aku film lama, film tahun 58, The Houseboat. Dia kata mak dia suka film tuh, so aku tengok aje lah. Nak tukar channel lain, takut diaorang terasa hati. Best jugak movie tuh, rasanya itu kali pertama aku tengok film lama sampai habis. Cary Grant sama Sophia Loren berlakun. 

24042008


Masa tengah tunggu subway train kat station Times Square, aku ada nampak this one guy yang aku rasa macam orang Tabligh aje. Sebab hanya aku berdua dengan dia aje yang kat situ tuh masa tuh, so aku tegurlah dia, aku kasi salam. Dia macam jawab tak jawab gitu tapi bila aku tanya dia, "Jam'at?", baru lah dia datang kat aku. Tanya aku samada aku Islam. Dia ingatkan aku Spanish.

Orang dari Bangladesh, baru 4 bulan di Amerika, tapi semua keluarga dia di sini, so dia memang legal. Gaya macam Ameer besar, macam Kalkun hebat aje dia berpakaian. Itu yang aku was-was jugak nak sembang dengan dia, kang dibuatnya dia tashkil aku, puas nak menjawabnya kan, kata aku dalam hati. 

Macamana pun, kitaorang sembang-sembanglah sementara tunggu train yang entah apa pasal, lambat pulak sampainya. Mamat tuh pernah duduk di Bradford, England, dia terkejut bila aku kata aku pernah dua kali pergi Ijtimak di Markaz sebelah Europe, di Dewsbury, England. Since aku lupa tahun berapa, aku kata lah dalam pertengahan 90an. Dia kata dia pun every year dia ke sana, masa Ijtimak, masa Christmas holidays biasanya. So, mungkin kitaorang pernah berselisih sebelum ini, long time ago, kat the other side of the world. 

Masa train sampai, aku bersalam dengan dia, then aku masuk ke gerabak yang lain sikit, kononnya gerabak tuh penuh. Aku nampak, dia macam-macam panggil aku suruh duduk kat seat sebelah dia, tapi aku terbuat tak nampak aje. Kebetulan kat setesen seterusnya, ramai orang turun, so dia terus datang duduk sebelah aku. Sembang-sembang gitulah, sesambil tashkil aku. 

Kebetulan pulak, malam Jamaah, setiap hari Khamis (malam Jumaat) di Markaz di Masjid Corona (aku pernah melepak kat masjid tuh sekali dulu, masa aku homeless dulu tuh). So aku macam bersetuju nak ke Markaz, iktikaf kat situ, minggu depannya. Elok jugak tuh, habis aje kerja, bolehlah terus aku ke masjid tuh kan? Spend the night kat situ, besoknya balik ke rumah, atau terus pergi kerja. 

Aku turun di 75th Street (sebab nak ke restoran Malaysia tuh) tapi sebelum turun tuh aku bersalam dengan dia. Aku tarik tangan dia, suruh dia berdiri. Then, macam style orang Arab, aku peluk dia tiga kali. Much to his surprise. Aku tak tahu apa orang lain yang dalam train tuh fikir, sure diaorang ingatkan kitaorang nih weird. 

So itulah, aku plan nak ke Markaz lah minggu depan nih, InsyaAllah. 

23042008


Tak senang duduk aku bila dapat tahu Bryan Adams nak buat concert kat New York 3 hb Mei nih nanti. I've seen him playing life, adalah lima atau enam kali kot, tapi itu dulu, lama dah. Masa aku muda-muda dulu. Nak lah jugak tengok dia masa dia dan aku dah tua-tua nih kan? 

Yang buat palatnya, concert nih dibuat kat such a small venue, sebesar opera theatre aje. Intimate venue katanya. Sold out lah ticketnya kan, lagi pulak tuh, tickets tak dijual kat mana-mana kecuali online. Mana lah aku ada credit cards kan? 

Tapi, aku tak puas hati, aku dah cadang nak redah aje pergi ke venue tuh nanti, nak pasang placard tulis "Anybody selling a ticket?", pasang, gantung kat leher. Tapi, aku dah terdapat ticket tuh, beli kat e-bay. Nasib baik boleh pakai money order. Ticket balcony aje, murah jer lah. 

Terkilan jugak sebab aku biasanya duduk kat orchestra seat kan? Orchestra seat, ticketnya sampai dekat 400 dollars. Tak apa lah, balcony seat pun balcony seat lah, janji aku dapat tengok Bryan Adams. 


Tiba-tiba aje aku terasa nak pergi shopping tadi tuh. Dalam pukul 10 lebih masa tuh. Aku dah berapa kali, asyik bangun, lepak, bangun, lepak, mandi, sambung tidur. Sampai tensen aku jadinya. Geram sangat, terus aku bingkas bangun, mandi sekali lagi. Selalu gitu, pagi sampai dua kali aku mandi sebab lepas mandi biasanya aku tidur semula (sebab tak tahu nak buat apa), then bila terdecide nak keluar, kena lah mandi lagi sekali kan? 

Aku plan nak ke Macy's, nak beli jacket. Malu lah aku pakai jacket aku yang satu tuh, masa winter pun pakai jacket itu kan? Sekarang nih cuaca dah mula panas, kena lah pakai jacket lain sikit. So aku keluar rumah pakai sehelai t-shirt aje, t-shirt lengan panjang. Nanti, kalau aku pakai jacket, takut pulak aku tak terbeli jacket baru. Iyalah kan, aku nih orang kuat iman, kuat tahan godaan. Walaupun almost everyday aku cuba uji-uji diri aku sendiri. 

Ada berlambak kedai kat kawasan rumah sewa aku nih yang jual jacket murah-murah, dalam dua tiga puluh dollars sehelai. Tapi kan, orang kata, alah membeli, menang memakai kan? Lagipun, kalau pakai benda-benda berbranded nih, kadar kekonfidenan diri sendiri tuh jadi bertambah kan? Sesuai sangatlah dengan aku, yang tak ada konfiden diri nih, at least dengan memakai barang-barang branded, akan naiklah rasa konfiden diri tuh, yang secara otomatik akan menaikkan harga diri. Kot? 

Tak tahu apa pasal aku masih ada perasaan gitu, perasaan kebendaan gitu. Ingatkan dah habis dah perasaan gitu, as I get older nih kan? Mungkin jugak sebab aku duduk kat New York City kot? Kalau aku duduk kat ceruk kampung, aku mungkin boleh kikis perasaan gitu tuh, I'm sure. 

So ke Macy's lah aku, first time nak shopping kat situ. Aku tahu yang aku tak akan banyak beli barang sebab duit pun ada secopet aje. Barang-barang kat situ, Tuhan aje yang tahu, mahal ka'alah. Masa lalu kat aisle nak ke men's section, aku jeling-jeling jugak handbag-handbag yang ada didisplay kat situ. Ya ampun, beribu-ribu harganya, sampai aku tengok dua tiga kali, nak memakesurekan yang harga tuh betul-betul semahal itu. Kampung sangat aku kan? 

Pelik aku, dua tiga kali aku round, macam tak ada nampak jer jacket yang best-best. Kalau aku pergi temankan David sama Hal pergi shopping tuh, banyak sangat pulak benda yang lawa-lawa, yang buat aku terliur nak beli. Ker sebab aku jalannya laju kot? Diaorang tuh jalannya pelan-pelan, belek satu-satu.

Aku? Aku jalannya laju aje, macam orang nak terberak. Tu pasal agaknya. So aku pusing lagi sekali, aku belek satu-satu, memang sah, memang ada jacket yang lawa-lawa, yang aku berkenan sangat. Dari Calvin Klein aku ke Kenneth Cole, aku ke Perry Ellis, aku ke Tommy Bahamas, aku ke mana-mana lagi tah. Memang buang masa pun, macam bukan aku aje rasanya. Biasanya aku nih, pergi satu tempat, nampak aje yang aku berkenan, terus aku rembat. On the way keluar (lepas dah bayar) baru termenyesal sebab biasanya sure ada benda yang lebih lawa dan yang aku lebih terberkenan. So itu lah kaedahnya, aku spend banyak masa membelek satu persatu, as if duit yang aku ada tuh cukup-cukup untuk beli satu pakaian aje. 

I'm a Polo guy so tak heranlah kalau aku asyik masuk situ aje, tak puas hati aku kalau tak ada barang Polo yang memberahikan hati aku. Belek punya belek, mata aku terpaku kat satu jacket nih, tak ada lah lawa mana sangat pun tapi kalau aku pakai, aku tahu yang aku akan termenjadi lawa. 

Aku nih kan, walaupun Bangla aje, tapi sebenarnya aku nih boleh tahan jugaklah kalau dari segi penampilan tuh. Macam boleh dibawak ke tepi ke tengah lah lebihkurang gitu. Cuma aku selalu bawak diri aku ke tepi aje sekarang nih. Aku suka di tepi-tepi, sekali-sekala aje aku bawak diri aku ke tengah.

$250 harga jacket tuh, mak oiii, mahalnya, kata aku dalam hati. Boleh dapat 4 helai jacket Perry Ellis yang tak lawa yang aku hampir terbeli tadi tuh sebab harga murah. Yang buat aku bengangnya, jacket tu aje lah yang tak ada discountnya, pakaian lain semuanya ada 30% discount. Ini semuanya nak menguji aku nih, kata aku dalam hati. Macamana pun, aku try-try jugak jacket tuh. Memang betul, bila aku tengok kat cermin, jadi lawa aku rupanya bila pakai jacket tuh. Dengan sunglasses aku tuh, korang boleh bayangkan sendiri lah kan, betapa lawanya aku terjadi. 

Nak ambik ker tak ambik nih? Ambik, tak ambik? Ambik, tak ambik? Kalau aku ambik, nanti menyesal sebab mahal. Kalau aku tak ambik, sure menyesal jugak nanti. Sebab tak ambik, kan? Last-last aku taruk balik jacket tuh. Tak nak ambik lah. Gila kuatnya iman aku nih, kata aku dalam hati. Tapi sebelum aku blah, aku cuba ingat-ingatkan tempat jacket tuh, iyalah, mana tahu di suatu ketika nanti aku decide nak beli, kan? Senanglah sikit nanti dah tahu tempatnya kan? 

Laju aje aku blah, laju sebab frust kot? Laju sebab aku takut kalau aku jalan pelan-pelan, nanti aku terpusing balik ke tempat jacket tuh. Aku turun ke tingkat dua, aku turun ke tingkat satu. Laaa, rupanya banyak lagi sections lain yang jual jacket-jecket jugak, yang jauh lah lebih murah harganya. Tapi semuanya brand-brand yang kodi, yang nama pelik-pelik, yang aku tak pernah dengar. Ala, ini section untuk budak-budak yang baru nak naik, tak kan aku nak cari jacket kat situ pulak kan? Macamana pun aku belek-belek jugaklah kat situ, tapi fikiran aku tetap melayang kat jacket Polo yang satu tuh.

Terus aje aku keluar, sambil jalan ke arah Madison Square Garden. Lepak-lepak kat atas benteng tuh sambil tengok orang lalu lalang, semuanya muka-muka happy aje. Mana tak nya, cuaca panas, elok untuk bersantai. 

Masa tu lah aku fikir, yang betapa hamba duitnya aku nih. Iyalah kan, nak beli something, nak belanjakan duit, punyalah siksanya, sampai fikir yang bukan-bukan. Tak boleh ker aku beli aje apa yang aku nak, without even thinking pasal duit? Bukannya aku tak boleh buat gitu kan? Besar sangat ker nilai duit tuh dalam hidup aku? Duit bukannya tak boleh dicari, kan? 

Aku fikir, kalaulah aku tulis kat blog pasal aku kena fikir banyak kali just untuk beli barang yang harganya dua tiga ratus dollars, sure akan ada orang yang gelakkan aku. Buat malu aku aje. Sure akan ada orang yang kesiankan aku. Bukan kesiankan aku sebab tak ada duit, tapi kesiankan aku yang takut nak belanjakan duit. Tak kurang jugak yang mengutuk aku, kata yang aku nih one perfect example manusia yang tak sedar diri. Dalam tak ada duit tuh, nak bergaya. 

So, patut ker aku masuk semula ke Macy's, buktikan pada diri sendiri, pada orang lain jugak, yang aku nih bukannya hamba duit. Tapi.....kalau aku nak buktikan pada diri aku sendiri, dan pada orang lain pun jugak, apa pasal kena masuk Macy's? Apa pasal tak buktikan dengan masuk dan shopping kat kedai-kedai lain, yang biasa-biasa tuh? Yang murah-murah tuh?

Alamak.... itu dah bab lain dah tuh.

------------------------

Macam semalam jugak, aku ke Pinang, restoran Malaysia/Thai kat Forest Hills tuh untuk lunch. Tokay dia dah rajin sembang dengan aku dah lah pulak. Lembut aje cakapnya, aku nak makan pun tak senang sebab dia dok menyempil aje ajak aku sembang. Pasal Anwar Ibrahim lah, pasal Mahathir lah, pasal Ahmad Badawi lah. Payahlah gini nih, kena selalu datang makan kat restoran tu lah, sebab tokay dia dah jadi baik dengan aku.