Friday, October 19, 2012

SabtuAhad1718012009


Sabtu

David asyik mengomel aje masa aku sampai ke apartment diaorang tadi. Mengomel pasal tu lah, pasal aku tak pakai topi, gloves, sedangkan kat luar sejuk gila. "C'mon Joe, it's cold outside, I know you don't want to mess your hair but at least put on your hood", kata dia. Aku memang tak suka sangat pakai head gear, apa tah lagi gloves. 

Macamana pun aku tahu yang aku tak sihat tuh sebab sejuk, aku tahu yang dulu, masa aku muda-muda, aku tak kisah pun sangat pasal nak bundle up kalau masa musim sejuk tapi sekarang nih as I get old, aku dah tak boleh buat macho sangat macam tuh. Aku tahu, David pun tahu, yang aku nih tak reti nak jaga diri sendiri. Itu yang aku jadi macam bengang kat diri sendiri tuh. Dan bila David mengomel gitu tuh, aku senyapkan aje lah.

Dia keluar pukul 11 sebab nak tengok Broadway show, siap dia pesan kat aku suruh rihat aje, jangan buat kerja lain, minum banyak juice. Lepas menyiapkan Hal kat bilik air, terpaksa mengurut dia lah pulak, dari 11-45 am sampai pukul 1. Then sediakan lunch, dia makan turkey sandwich, aku makan tuna sandwich. Layan dia sekejap nak tengok tv, then pukul 3 dia suruh aku angkut dia ke katil lagi sekali. Dia nak tidur. Tapi dia pesan, suruh aku urut dia sampai pukul 4-30 malam, sebelum buat catherter. Amboi, banyak lah lemak nya Hal tuh, asyik nak suruh aku urut aje. Agaknya sebab dah dekat seminggu tak kena penangan urutan tangan aku kot, itu yang dia pulun nak aku urut dia aje tuh kerjanya. Biasalah, bila dia tertidur, baru aku online sesambil satu tangan lagi mengurut dia. Aku masih batuk-batuk, itu yang puas menahannya, terkemut-kemut aku menahan dari batuk. 

David belum balik masa aku blah pukul tuh sedangkan dia janji nak sampai rumah sebelum aku habis kerja. Aku tak ke mana-mana pun, terus aje balik ke rumah. Malaslah nak singgah kat mana-mana, aku bukannya sihat betul-betul lagi. Lagipun kat luar sejuk sangat, esok snow nak turun lagi.

Ahad

Aku bangun pagi, tengok kat luar, dah lebat snow turun. Sejak malam semalam turunnya. Dah selalu sangat snow turun, aku dah tak kisah sangat dah. Aku masuk kerja pukul 11 harinih, semenjak dua menjak nih, banyak pulak aku tidur nya. Semalam, pukul 8 lebih sikit aku dah tidur, sampaikan lenguh-lenguh badan aku sebab banyak tidur nih. Exercise dah tak buat nih, ker sebab aku selalu buat exercise kat luar (masa sejuk-sejuk gini nih) tu pasal aku demam kot? Ish, nampak gayanya kena buat exercise kat dalam rumah aje lah from now on. 

David keluar lagi, ada lunch sama kawan dia yang semalam tuh. Hal bengang aje sebab weekend nih tak ke mana-mana. Macam semalam jugaklah aktiviti kitaorang cuma harinih tak lama sangat sebab aku kerja pun sampai pukul 5 aje. Sementara tunggu Hal berak, aku buat kerja yang patut, yang aku tak buat semalam. Kitaorang lunch pun lewat dah sebab terlama pulak Hal kat bilikair, aku yang suruh dia lepak lama-lama sampai betul-betul habis taik kat dalam bontot tuh diberakkan. Iyalah kan, daripada menyusahkan aku nak dua tiga kali mengusung dia ke bilik air, might as well lepak lama-lama kat throne tuh kan? Lagipun, bukannya dia ada benda lain dah nak dibuat. 

Aku tak ada rencana nak ke mana-mana pun lepas habis kerja tapi train yang aku naik tuh terberhenti lama pulak masa kat Canal Street so aku terus aje lah turun kat Chinatown tuh. Snow turun lagi masa tuh so aku merayau-rayau dalam snow tu aje lah, nak cari kedai yang jual barang-barang Asia. Masuk satu kedai Thai/Indo nih, banyak jugak rempah ratus yang aku beli, ready-made punya rempah, bumbu. Jajan pun banyak aku beli, srikaya pun aku beli sebotol. Then ke kedai ikan, beli sotong, ikan, udang. Entah lah, bila lah nak masaknya, bosan jugak dah makan masakan sendiri nih, semacam aje rasanya. 

Aku tidur awal lagi malam nih, entah, macam tak best aje, macam tak ada benda yang aku look forward to aje dah sekarang nih. Dear Diary, apa pasal aku rasa macam tak best aje hidup aku sekarang ni hah?

Jumaat16012009


Rasa macam dah betul-betul sihat dah harinih Dear Diary. Sempena sihat nih, aku pun tidur aje lah, ekekekke. Malas pulak nak keluar sebab sejuk gila sekarang nih, Arctic Cold nih akan berlegar-legar for another week. Sunday nanti snow lagi dengar ceritanya. Bagus orangnya aku nih, dengar kata, diaorang Dav*d/H*l suruh aku berihat, aku betul-betul berihat, walaupun dah sihat. 

Tadi, pagi-pagi lagi David talipun, nak confirmkan yang aku akan datang kerja esok hari, sebab dia nak keluar sama kawan dia tengok Broadway show. So besok aku sama Hal aje lah seharian nampak gayanya. 

Since aku asyik melepak kat rumah aje, selalulah aku bersembang dengan tuan rumah aku. Diaorang yang buatkan aku air halia, suruh aku minum. Baik kan diaorang? Ekekekkee, ada lah sebabnya tuh. Sejak semalam, diaorang guna metro card aku sebab diaorang tengah ligat nak cari kerja, kena ke sana sini. So senanglah kalau ada metro card, since aku tak ke mana-mana, itu yang aku kasi diaorang guna card aku tuh. 

Since aku banyak masa sengsorang tadi tuh, fikiran aku selalu melayang jauh. Lepas demam memang gitu lah kan? Rasa insaf, rasa mood tak baik,fikir macam-macam gitu lah. Malas dah aku Dear Diary, nak tulis details macam dulu-dulu tuh, malas dah aku nak berdramatik sangat bunyinya tapi aku nak kau tahu Dear Diary, kalau apa-apa terjadi kat aku, dalam keadaan aku yang macam nih, aku redha aje. 

Dah lah Dear Diary, aku cadang nak tulis panjang jugak tapi airmata aku laju lah pulak turunnya nih. Lemah sangat lah aku nih orangnya, kan Dear Diary?

SelasaRabuKhamis131415012009


Selasa

Semalam kat rumah sewa aku nih tak dipasang heater, tak di-on kan kot, itu yang sejuk gila tuh. So tak heran lah bila aku bangun pagi, aku rasa macam tak sihat aje, hingus pun turun bertali arus. Sah lah aku tak berapa sihat nih sebab aku rasa badan aku panas aje. 

Aku sampai ke kelas Spanish tuh dalam 15 minit sebelum mula, sempatlah beli buku-buku. Banyak kelas rupanya, yang Intensive Beginner level macam aku nih pun ada 3 kelas. Dalam setaip kelas ada 15 students. Cikgu nya, ya ampun lah lawa nya. Masa nak introducekan diri, aku kata lah yang aku kerja waiter, orang lain tuh semuanya kerja bagus-bagus, ada sorang perempuan nih, orang bangsa Turki, siap kasi detail lagi, Hedge-Fund Manager. Biasalah, bila tanya apa pasal nak belajar Spanish, kebanyakannya kata yang diaorang selalu travel ke Spanish-speaking countries, itu pasal nak belajar Spanish tuh. Bila turn aku, aku kata lah yang tak ada orang percaya yang aku tak reti cakap Spanish (sebab muka Melayu nih ada gaya-gaya Spanish). Terus diaorang gelak.

Ada 5 orang aje lelaki, selebihnya perempuan, satu orang Turki, orang Taiwan, Pakistani, Korean, Iranian, Uzbekistan, Canadian, selebihnya Americans. Kira ok lah kelas tuh, cuma yang tak berapa best nya, Cikgu tuh dia punya English tak bagus, so susah dia nak explain. Laju jugak dia mengajar, dalam satu session tuh banyak yang kitaorang belajar, dia macam tunjuk-tunjuk apa yang patut kitaorang tahu, selebihnya kena inisiatif kitaorang sendirilah nak menghafal, nak mengingat sendiri. 

Aku rasa tak selesa jer sepanjang kelas tuh sebab asyik nak hembus ingus aje kerjanya, badan aku ada rasa panas sesikit. Lapar pun sama sebab aku tak sempat nak breakfast tadi tuh. 

Habis kelas dalam pukul 1, terus aje lah aku ke Forest Hills, ke Penang Restaurant, aku makan sambal tumis sotong/bendi. Tokay restaurant tuh dah balik bercuti kat Malaysia rupanya, anak-anak diaorang aje yang jaga restaurant tuh sepeninggalan diaorang bercuti. 

Tak sampai 15 minit aku mengurut Hal, dia tanya aku, apa pasal tangan aku panas. Biasanya tangan aku sejuk. Terus dia tanya aku kalau-kalau aku tak sihat. Sepanjang aku mengurut dia tuh, masa buat catherter pun, tak ada lah aku hembus-hembus ingus ker apa ker, walaupun aku bernafas ikut mulut sebab hidung aku tersumbat. Terus aje lah Hal suruh aku balik. Mulanya aku ingatkan yang dia nih baik sangat orangnya (iyalah kan, aku tak sihat sikit aje dia suruh balik) tapi rupanya baru aku tahu yang dia nih takut, paranoid sangat. 

Aku mulanya berkeras nak siapkan a few things sebelum aku blah, sebab aku tak nak David susah-susah kena sediakan, dia sure letih balik kerja nanti. Tapi, Hal tetap berkeras suruh aku blah masa tuh jugak. Sebelum aku blah, siap dia suruh aku sembur bahan pencuci kat benda-benda yang aku pegang. Sampai begitu sekali. 

Aku terus aje lah balik ke rumah, singgah RiteAid sekejap beli ubat-ubatan. Aku nih gitulah, bila dah tak sihat baru lah nak beli ubat-ubatan. Aku tak tidur sangat sebab itulah, asyik keluar ingus aje, siap aku sediakan towel lagi untuk kesat ingus. Ingus yang cair yang meleleh tuh, itu aku jilat jer. 

Rabu

Harinih aku tidur sepanjang hari. Tidur, tidur dan tidur. Pelik pulak aku sebab senang aje aku nak lelapkan mata, dari pagi sampai pagi besoknya aku asyik tidur aje. Aku talipun Hal, kata yang aku masih tak sihat, dia suruh aku berihat aje. 

Khamis

Aku bangun pagi, dengar bunyi bising orang shovel salji aje, so aku intai kat tingkap. Laaa, salji turun rupanya. Aku ada kelas harinih, nasib baiklah aku dah sihat sikit, lebih sihat dari semalam. Harinih dah tak beringus dah, cuma ingus yang tersumbat kat hidung, yang pekat, yang kaler kuning, kaler hijau tuh aje. 

Kelam kabut jugak aku cuba nak buat homework yang Cikgu Spanish tuh suruh buat, bukannya aku tak nak buat homework, kan ker aku demam?Terlambat 10 minit aku sampai kelas, itu lah, jalan licin, salji masih turun, terkedek-kedeklah aku nak ke kelas tuh.Ada lagi orang yang lebih lewat dari aku. Rasa macam tak banyak pulak benda baru yang kitaorang belajar harinih sebab Cikgu tuh asyik dok suruh praktis benda-benda yang sama. 

Habis kelas, aku talipun Hal, beritahu dia yang aku tak datang kerja, sebab masih kurang sihat. Aku cuma akan datang hari Sabtu, mintak-mintak aku dah betul-betul sihat lah Sabtu nanti. So besok aku pun masih cuti lagi. Best jugak kan, dapat cuti. Bila lagi aku nak dapat cuti, kalau tak keadaan macam nih? Aku ingat, kali terakhir aku cuti, beberapa bulan lalu, sebab aku demam jugak. Since esok aku pun free, aku mulanya cadang nak jalan-jalan keluar dari New York, tapi bila difikir balik, apa yang bestnya jalan-jalan masa sejuk-sejuk gini, so aku lupakan hasrat aku tuh, walaupun aku dah terfikir nak ke Philadelphia. Tak apa lah, baik aku berihat aje kat rumah, aku bukannya betul-betul sihat nih. 

Balik aje, aku cadang nak pergi makan Assam Laksa kat Redang Island Restaurant, lepas baik demam sure kuat makan, kan? Tak ada rasa nya Assam Laksa tuh, then baru aku perasan yang bibir, lidah aku kelat aje, memang lah tak ada rasa nya makanan yang sesedap mana pun. 

Sejuk-sejuk pun tapi sementelah aku di kawasan banyak kedai Cina tuh, aku beli lah a few things barang-barang dapur. Aku nak masak TomYam sayur lah pulak, so aku banyak beli sayur aje. Puas jugak aku masuk dari satu kedai ke satu kedai, nak cari kacang hijau, tapi tak ada pun. Last-last aku beli kacang merah. Aku teringin nak makan bubur kacang nih. 

Balik rumah aku terus tidur, mamposlah asyik nak tidur aje kerjanya lepas makan ubat. Bangun tuh baru lah aku masak, tapi siap aje, tak ada selera pulak aku nak makan, so aku makan jajan aje lah untuk alas perut.

Isnin12012009


Semalam dan Sabtu aku tak jogging sebab kerja pagi, so harinih aku jadi termalas lah pulak nak keluar pergi buat exercise. So tak ada buat apa pun the whole morning, melepak kat katil aje lepas breakfast tuh. Dah dekat 12 tengahari baru kelam kabut bersiap, aku nak memasak harinih sebab esok dan Khamis aku dah tak ada peluang nak memasak. 

For the first time aku Sembahyang Zohor kat masjid sebab masjid tuh di sebelah kedai daging orang Turki tuh. Beli ayam, kentang etc. Ingat terus nak balik aje lah tapi terlalu pulak kat kawan kedai Cina yang semakin hari semakin bertambah tuh (dari mana orang Cina nih ramai-ramai hah? Dulu tak ada lah ramai sangat tapi sekarang nih mengalahkan Petaling Street aje, siap dengan menjaja cd haram kat tepi-tepi jalan lagi). 

Aku masuk satu kedai nih, hajatnya nak beli periuk sebab periuk yang aku ada tuh kecik aje, kalau aku memasak, selalu isinya tumpah sebab kepenuhan. Lagipun, kalau aku masak, aku kuatkan api (sebab nak kasi cepat masaknya), so itu yang selalu meleleh keluar tuh. Lagipun, ada dua periuk nih senang, dapatlah aku masak dua jenis masakan kan? Bosan jugak kalau makan benda yang sama aje dalam dua hari, so dengan ada dua jenis masakan nih, bolehlah aku selang seli kan makan nya. Hidup nih kena ada variasi kan? Ekekekekekek

Bukan lah aku nama nya kalau pergi kedai tak terbeli benda lain kan? Ada aje tangan aku capai barang lain, table lamp lah (kan ker aku cakap aku suka kumpul table lamps?), sampaikan carpet yang dah siap bergulung tu pun aku sambar satu (tikar aku dah kotor, banyak makanan yang tumpah). Selamba aje aku menjinjing barang-barang tuh sambil memikul carpet, tapi dalam kepala otak, punyalah menyesalnya beli benda-benda yang kalau tak dibeli pun tak apa. 

Sebab dah agak lewat, terus lah aku memasak. Cadangnya nak masak Ayam Masak Kicap, tapi, lepas taruk kicap, aku taruk garlic chili paste pulak sampai setengah botol, so jadi macam ikan berkuah lah. Macamana pun, sedap ya amat gulai tuh, biasalah, banyak bahan-bahan lain yang aku taruk. Senang jer memasak nih rupanya. Sesambil tuh bersembang dengan tuan rumah sama laki dia yang baru berhenti kerja tuh. So dua-dua nya sekarang nih tak kerja. 

Aku tak tahu pun yang David off harinih, masa aku sampai, dia ada di apartment. Memang kepoh diaorang nih, bulan Januari baru aje mula tapi plan-plan untuk June dan August dah lama dibincang. June nanti biaslahkan, diaorang pergi holiday kat Cape Code, diaorang pergi ke sana every year, 1st June, for the last 26 years. August pulak anak sedara Hal(anak sedara tiri David) nak kawin, itu yang diaorang tanya aku samada aku nak sewa atau nak beli tuxedo. Dari tahun lepas dah diaorang tanya aku, aku kata aku nak sewa aje, sedangkan dalam otak aku asyik fikir, August nanti aku masih kerja sama diaorang lagi tak.

Balik kerja aku tak singgah mana-mana pun sebab aku kena tidur awal lah jugak, esok kan ker aku ada kelas Spanish?

Ahad11012009


Since aku masuk kerja lewat sejam harnih, dan since aku pun terbangun pagi, dan since aku pun dah lama (banyaknya since's) tak breakfast kat luar (asyik-asyik makan oatmeal aje for breakfast), so tadi tuh aku ke Cafe Spanish yang kat subway station tuh. Biasalah, makan western omelette, best makan omelet sama home fries yang panas-panas, di pagi yang sejuk macam tadi tuh.

Dan since aku sampai awal jugak kat Forest Hills, dan since kat luar sejuk, dan since aku tak tahu dan tak ada tempat lain nak dituju, aku mengopi lah pulak lagi sekali kat bakery orang Korea tuh. Sekarang nih, almost setiap hari, kalau aku sampai aje Forest Hills (memang aku sampai awal pun setiap hari), sure aku akan ke bakery tuh, minum teh atau kopi. Sesambil dengar lagu, atau sesambil baca paper.

Another boring day kat apartment David/Hal harinih pasal kitaorang tak ke mana-mana, cuma David yang ke gym, dan aku pun terpaksalah menyiapkan Hal tuh. Lama lah jugak aku kena mengurut dia, sebab dia tertidur (dengar katanya malam semalam dia tak dapat tidur, asyik terjaga aje). Aku tak kisah pun sebab satu tangan aku mengurut dia, satu tangan lagi picit cellphone, aku online.

Dah dua jam lepas tuh, bila dia agak David dah nak balik dari gym, dia suruh aku berhenti urut dia, dia nak lepak kat scooter aje. Aku tau lah dia tuh, dia tak nak David tahu yang dia diurut lama. Aku pulak, tak nak lah nanti David ingatkan aku tak buat apa, kan? So aku terus aje urut Hal sampailah David balik dari gym. Hal tuh gitu lah, kalau boleh dia nak sorokkan kebaikan orang, dan keburukan dia. Kalau dia terberak berterabur tuh for example, dia tak akan cerita kat David, walaupun David tanya (sebab David akan terbau bau clorox yang aku guna untuk membersih lantai/toilet seat kesan taik tuh. Sebab aku akan taruk banyak-banyak, nak kasi David perasan. See, aku lebih terrer, ekekekeke).

Lepas lunch, diaorang melepak kat bilik David, aku kat dapur, tengok tv. Pukul 4 baru buat catherter, sementara nak tunggu pukul 5, kitaorang tengok tv kat dapur.

Plan aku nak tengok wayang, film Defiance (Daniel Craig, Jimmy Bell), another holocaust movie (malas lah aku tengok Valkyrie yang Tom Cruise berlakun tuh) yang jalan ceritanya kisah benar, pasal 3 Jew brothers yang menyelamatkan a few thousands people masa perang World War 1 dulu. Tapi movie tuh start pukul 7, main kat satu panggung aje, kat Midtown, West 54th Street.

So aku ada banyak masa, tak nak lah aku terus ke Manhattan, nanti tak terjadi tengok wayang kalau tak ada apa nak buat. So aku jalan kaki, dari Forest Hills ke Jackson Heights. Ada lah dalam 50 blocks gamaknya ( 7 stations subway yang aku lintas), jauh jugak tuh, sampai keras kaki aku, sampai makin capang telinga aku sebab sejuk. Tapi aku teruskan jugak, sampailah sampai. Dari Jackson Heights baru aku ambik train ke 54th Street.

Besar dan lawa gila panggung tuh, macam panggung The Paris (kat sebelah Plaza Hotel) jugak, ada satu film jer yang dimainkan sehari (sebab cuma ada satu theatre), tak macam panggung-panggung lain yang mainkan banyak filem dalam satu hari. Dan kat dalamnya pulak, besar dan lawa jugak, mengalahkan Broadway theatre lagi, aku rasa ini lah panggung wayang terbesar yang pernah aku tengok, sampaikan sayup aje kalau duduk di belakang tuh. Patutlah kat Ziegfeld Theatre tuh selalu dibuat movie premiere, tayangan perdana gitu, sebab memang kelas tempatnya.



 

Jumaatsabtu0910012009


Jumaat

Pagi tadi aku dapat lari 20 rounds aje di sekeliling playground tuh sebab sejuk sangat, sedangkan plan aku nak buat 50 rounds. Lagipun, aku terpakai track bottom terbalik, masa aku sarungkan seluar tuh, aku pakai sarung aje, nak cepatlah kononnya sebab bersemangat gitu. Then sepanjang jalan nak ke playground tuh, bila aku cuba taruk duit, cellphone dan kunci ke dalam poket track aku, rasa macam terkebelakang sangat poket-poketnya. Dan masa tengah lari-lari tuh, aku rasa bahagian depan seluar aku menggelebeh aje, bahagian bontot pulak macam ketat gitu. Rupanya seluar aku tuh terbalik, yang bahagian belakang menghala ke depan. Sabar jer lah.

Terasa lama jugak sementara nak tunggu Sembahyang Jumaat, sempat aku breakfast, update blog, dan merayau-rayau online. Aku pergi Sembahyang Jumaat kat masjid yang di kawasan orang Turki tuh, kat Chinatown tuh. Itu masjid yang terdekat, dalam 15 minit dah sampai. Terawal pulak sampainya so termengantuk jadinya sebab aku tak faham ceramah diaorang yang dalam bahasa Turki tuh.

Masa lepas Sembahyang, masa nak sarung kasut, aku tak perasan yang aku terpakai kasut kat atas carpet (sebab rak kasut tuh besar kawasannya), sesambil tuh mata aku melilau tengok orang ramai yang tengah makan kuih, yang aku rasa dikasi free dan aku cadang nak join diaorang tapi aku takut kalau-kalau hidangan tuh untuk orang tertentu aje (faham-fahamlah orang Arab nih kan?). Tiba-tiba ada satu orang tua yang nih sergah aku, "Don't step on the carpet!", kuat aje. "Sorry, sorry, it was not my intention....", belum sempat habis aku cakap, dia kasi signal, tunjuk jari kat kepala, yang aku faham sangat makna nya. Maksud dia, aku tak ada otak, ataupun aku tak guna otak. Orang ramai kat situ yang tengah makan, semuanya gelak kat aku. Sentapz aku sekejap. Orang Arab nih gitulah, mudah sangat nak membodohkan orang. Malu aku dibuatnya, jadi bodoh sekejap, terus aku rasa macam tak nak Sembahyang kat situ aje dah lain kali.

Aku keluar pergi kerja pun lewat, lepas Asar, lepas lunch. Sampai Forest Hills pun ngam-ngam, terus aje ke apartment David/Hal. Since David balik lambat malam nih, so aku dengan Hal aje lah di apartment, dan sebab dia suruh aku urut dia lama sikit, aku pun apa lagi, masa mengurut tuh, satu tangan menggodek cellphone, aku online.

Sabtu

Masa aku sampai apartment diaorang, David tak ada sebab dia pergi meround, nak hangatkan kereta sebab harinih snow akan turun seharian. Diaorang punya plan nak shopping barang seharian kat Target terus lah tak jadi sebab takut terkandas dalam snow.

So aku siapkan Hal, dan tengah aku nak vacuum carpet, Hal kata dia nak terberak. So cepat-cepat aku sorong scooter dia kat bilik air, dan masa aku tengah tarik one of the two towels alas duduk dia (dia bogel), aku rasa tangan aku basah, terpedap benda lembik gitu. Shit! Aku terpegang taik Hal! Terus aku berlari ke dapur, cuci tangan. Aku beritahu Hal yang dia terberak atas scooter (dia tak perasan pun), tapi aku tak beritahu dia yang tangan aku terkena taik dia, aku tak nak dia termalu.

So lama lah aku nak membersihkan dia baru aku benarkan dia duduk kat seat, bila aku dah puas hati dia terpaksa menonggeng lama aje sambil satu tangan pegang handle scooter tuh. Bukan aku saja buat dajal, tapi aku kena bersihkan betul-betul, bontot dia, aku geram jugak kat caregiver yang sorang lagi tuh sebab dia nih tak cukur ker bulu bontot Hal tuh? Berjela-jela dah panjangnya, so bila dia terberak, banyaklah taik yang bersidai kat bulu bontot dia tuh, lagi lama dia tak sedar dia terberak, keringlah taik tuh di ampaian kan? Puaslah aku nak meleraikan satu persatu.


O my God, I'm so funny ekekekekek.

Aku pesan kat dia suruh berak lama-lama, sampai puas (aku rasa dia selalu sakit perut sebab dia ambik antibiotik, every time dia makan antibiotik tuh, sure dia akan terberak-berak), so aku ke dapur, tengok tv. Bila dia jerit tanya waktu, aku tipu aje, dalam 30 minit aku tipu dia, sebab aku tengah syok tengok tv. Mengacau aku aje dia tuh, ekekekekeke.

Lepas lunch, snow turun, tak lah lebat tapi steady turunnya. Cadangnya nak tengok DVD tapi David balik lambat pulak dari kedai, sedangkan Hal dah tanya aku kalau-kalau aku nak balik pukul 5. Kitaorang tengok satu dokumentari pasal Breakdance Championship, best dokumentari tuh pasal dia tunjukkan penari-penari breakdance dari seluruh dunia, yang merebut piala Battle Of The Year kat Germany. Kitaorang suka dengan cerita pasal penari-penari Jepun dan Korea yang kesemuanya miskin-miskin, semuanya ada stories to tell. It was quite moving, it was about dreams, shattered dreams, childhood dreams gitu.Punya seronok tengok, sampai aku kata yang aku nak tengok kasi habis, tak apa lah aku balik lambat sikit, sebab nak kena buat catherter etc.

Aku turun kat 57th Street, berbelah bagi aku samada nak pergi tengok wayang atau nak melepak kat Central Park tengok snow turun. Last nya aku merayau-rayau kat dalam park aje lah, sesambil ambik gambar. Esoklah kot tengok wayang, sebab esok Golden Globe punya awards presentation, so tak ramai orang kat panggung kot. Risau dah aku nih sebab banyak wayang yang belum aku tengok nih, Revolutionary Road, Valkyrie (Tom Cruise), Bride Wars (yang aku tengok Anne Hathaway sama Kate Hudson tengah shooting kat Central Park, a few months back). Dan esok aku masuk kerja lewat sejam, pukul 11 pagi.


















Khamis08012009


Semalam, masa nak pergi kerja, masa dalam train, aku baca this free weekly paper, TheVillageVoice. Aku suka paper tuh sebab kat paper tu lah aku dapat banyak info pasal what's happening in New York City, kat mana events, kat mana restoran best, semuanya lah ada kat situ. Then aku terbaca pasal iklan kelas Spanish yang dianjurkan oleh Instituto Cervantes, tajaan Kerajaan Spain. Terus aku macam terbersemangat nak join.

So malam tadi aku aku browsed website diaorang, cari info, apa pasal lah baru sekarang aku terjumpa pasal that Language Center? So, aku terus tanam azam tahun baru, yang aku nak at least compelete kan a few terms belajar Spanish.

Lepas jogging yang cuma dapat 5 rounds aje berlari sekeliling playground tuh, terus aku bersiap nak keluar. Aku jadi macam happy sikit knowing yang dengan aku pergi belajar Spanish, aku akan ada benda yang exciting nak dibuat dalam kehidupan aku yang serba bosan nih. Boleh jumpa orang yang sehobby dengan aku. Tak lah asyik nak memerap kat rumah tak buat apa-apa di waktu pagi, kan?

Aku suka cara aku nih, sentiasa tercari-cari idea untuk memenuhkan masa lapang, sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Tak kisahlah kalau macam membazir duit aje, as long as I'm happy dengan apa yang aku buat, dat ist gut genug, macam kata orang Jerman. Alah, daripada aku pergi tengok Broadway shows, pergi concerts (sebenarnya tak ada concerts yang best-best, so itu yang aku asyik cari jalan untuk menghabiskan duit tuh, ekekekek), baik lah aku buat sesuatu yang macam menguji diri aku sikit kan? Aku tahu yang aku tak akan ponteng kelas sebab aku bayar well in advance, nanti rugi aje. Yang dulu aku belajar dengan private tutor tuh, pasal apa aku berenti separuh jalan tuh, pasal itu lah. Tak ada komitment yang padu. Kali ini aku akan buat betul-betul, aku akan go all out.

Kat Midtown, Turtle Bay area, Institute tuh. Tah, bagi aku, address tuh macam kat Upper East Side aje, tapi kat New York nih, setiap few blocks tuh ada nama masing-masing. Aku turun kat 49th Street/6th Avenue, menapaklah a few blocks to 3rd Avenue, dekat Waldorf-Astoria Hotel yang famous tuh rupanya tempat tuh.

Sebelum buat registration, aku menour building tu lah, masuk library, mengfamiliarkan dengan alam sekitar. Aku terus tersuka kat situ, terus aku terbayang yang aku akan berkampung kat situ aje lah di masa free aku.

Aku ambik intensif course, yang 5 minggu, dua kali seminggu, 3 jam setiap lesson. Ada yang regular course tapi sampai 10 minggu nak habiskan satu level. Setiap level ada 4 anak levels dia pulak, mamposlah kalau gini, sempatlah tua dulu baru habis belajar. So, true to my sifat ketamakan, tak mengedan-ngedan, aku opt for that intensive course lah, dan course seterusnya akan dibuat seminggu lepas tuh, so berterusan sampai summer, dan dalam setahun boleh dihabiskan 2 levels yang ada 8 anak levels semuanya.

Harganya $415 untuk five weeks tuh, tapi seterusnya $300 lebih aje, provided aku bayar well sebelum dateline, akan dapat 25% discount. Murah sangatlah gitu jadinya, sebab Institute nih anjuran Kerajaan Spain. So kaedahnya, kelas aku mula minggu depan, setiap hari Selasa dan Khamis, pukul 10 pagi sampai 1 petang. Just nice lah kan, lepas kelas, sempat pergi lunch sebelum pergi kerja. So much for Viva La Vida Loca kan? Ekekekekek

Lepas selesaikan semuanya tuh, aku jalan-jalan kat area tuh, aku belum pernah sampai lagi kat daerah nih, so aku menapak aje lah sampai ke 64th Street, kat area Bernie Madoff duduk. Tau sapa Bernie Madoff nih? Dia ni lah Jews penipu (bekas Chairman NASDAQ) yang buat Ponzi scheme, yang menipu orang sampai 50 Billion dollars tuh. Entah mana satu apartment dia, kat area tuh apartment puluhan juta dollars semuanya, macam tercengang-cengang aje aku tengok orang-orang kat situ, kaya raya semuanya.

Then aku patah balik, jalan kaki ke Times Square, then ambik train ke Forest Hills dari situ. Beli tuna sandwich, buat bekal untuk makan kat internet cafe. Dear Diary, ini tak dikira sebagai makan kat luar,ok? Adalah dua jam aku kat internet cafe tuh, aku suka melepak kat situ walaupun tak buat apa sangat pun, takat merayau-rayau online. Bodoh aku nih, ada laptop yang boleh online dari mana-mana, tapi malaslah pulak nak mengusungnya ke sana sini. Tak macam dulu, di mana ada aku, di situ ada laptop. Sekarang nih laptop aku dah statik gitu, tak ke mana-mana, jadi macam desktop gitu. Tilamtop yang benarnya, sebab laptop aku tak bergerak dari tilam aku, tepi bantal.

Balik kerja aku tak singgah mana-mana, sebab aku nak memasak, lapar lah pulak sebab tadi makan sandwich aje. Payah dah jadi aku nih, sejak aku menceburkan diri di arena masak-memasak nih, tiap hari nak makan nasi lah pulak. Mulanya cadang nak singgah kat kedai Arab tuh, nak beli ayam, tapi aku masih ada bahan-bahan kat fridge rasanya.

So, aku memasklah, dalam sepuluh minit siap TomYam Asyura aku, aku taruk segala macam toknenek kat dalam tuh, panjang sangat resipinya kalau aku nak tulis kat sini sebab segala benda aku taruk, itu yang nama TomYam Asyura tuh. Best gila rasanya tomyam aku tuh, mana tak nya, aku taruk perencah dia sampai setengah botol, taruk gula (nak kasi hilang sikit masamnya), taruk salmon, telur, fishballs, fishcakes, serai 3 batang, macam-macam lagi lah. Itu yang sampai setengah periuk aku makan tuh, ekekekek. Biasanya kalau aku masak seperiuk tuh, boleh makan sampai 4 kali, tapi kali ini nampak gayanya dua kali makan aje lah kot.

 


211 East 49th Street, New York
Classes: Tuesday and Thursday 10:00 am - 1:00 pm 

Rabu07012009


Dear Diary, 

Tadi hujan lebat, sejak tengah malam. So, tak dapatlah aku pergi jogging. Lagipun, kepala aku pening sejak semalam, so aku melepak kat katil aje lah sepagian. So Dear Diary, memang tak jadi kerja langsung lah seharian tadi tuh, nak pergi buat laundry malas, nak memasak pun malas. Lauk salmon aku dah aku habiskan tadi tuh so kena lah ke pasar lagi nih nak beli barang-barang untuk dimasak. Susahnya jadi seorang suri rumah tangga nih kan Dear Diary? Ekekekekkeke

Eh Dear Diary, 

Tak payah lah aku tulis pasal kerja aku tadi, meh aku nak cerita pasal satu hal nih yang buat aku sentapz. Sentapz ketat macam yang ada orang kata tuh. 

Dear Diary, 

Kau tahu yang aku dapat adress Restoran Laut kat Union Square tuh melalui this one website pasal a group of Malaysian expatriates kat New York nih kan? Aku bukan seorang expat so aku tak lah join group tuh, yang aku tengok, adalah a few Malaysians (selebihnya kuncu-kuncu diaorang, admirers, macam yang diaorang declarekan kat website group tuh) The only Malay, yang ketua group tuh, budak perempuan, M**ina Moham*d nama dia. So memang sah lah Melayu, kan? Yang lain tuh semuanya Cina dan bangsa lain, kawan-kawan diaorang. 

Aku tahu yang malam nih diaorang nak buat dinner gathering kat Laut Restaurant tuh, pukul 7-30 malam. Since aku kerja sampai 8-30 malam dan hanya boleh sampai ke restoran tuh after 9 pm, so tak adalah aku confirmkan yang aku nak join diaorang.

Tapi kan Dear Diary, aku ada lah niat nak pergi join diaorang, walaupun jumpa sekejap aje. Iyalah kan, diaorang tuh Malaysians, 7 orang semuanya yang nak datang tuh.Mulanya aku nak mintak balik kerja awal sikit tapi David/Hal ada guest pulak malam nih, dan dinner yang diaorang order, lambat pulak sampainya. Dah dekat pukul 8 baru diaorang mula dinner, dan by the time aku siapkan Hal untuk dia tidur, dah 8-35 malam. On the way ke subway station, aku talipun Restoran Laut tuh sebab nak mengkhabarkan keberangkatan aku, kalau-kalau diaorang masih di restoran by the time aku sampai. 

Bila aku sampai aje, aku tengok restoran tuh penuh dengan orang, tapi tak lah susah nak cam diaorang sebab aku dah tengok gambar-gambar diaorang kat website group tuh. 

"You must be M**ina", aku kata gitu lepas perkenalkan diri aku, "and that must be the husband", aku tunjuk kat balak sebelah dia, yang gayanya either Arab atau Pakistan".

"No, this is my boyfriend.....", kata M**ina, sambil pegang bahu balak tuh. Then diaorang terus sambung bersembang, since diaorang dah nak blah, aku tak join lah meja diaorang, tapi aku tetap berdiri kat situ sebab nak sembang-sembang. Tapi, diaorang terus aje sembang-sembang sesama diaorang, sampaikan aku dah nak termalu sendiri sebab tercegat kat situ. Tapi tak lah sempat aku termalu sebab aku kata kat waiter tuh (yang dari jauh lagi dah tegur aku sebab masih ingat kat aku yang datang makan kat situ minggu lepas) yang "I'll sit there, right there at the corner".

Tak ada lah aku perhatikan sangat diaorang masa aku order makanan, masa aku tunggu makanan aku sampai, iyalah kan Dear Diary, nanti nampak sangat macam aku yang terhegeh-hegeh nak bersembang dengan diaorang. Kalau diaorang nak tegur-tegur aku, sure diaorang datang ke meja aku kan? Or at least tegur dari meja diaorang yang cuma selang satu meja dari meja aku. Tapi, aku tak sedar pun, tengok-tengok diaorang terus aje blah gitu. 

Dear Diary,

aku rasa macam sentapz aje masa tuh. Dan aku fikir, diaorang nih apa pasal tak macam aku? Aku punya lah excitednya bila dapat jumpa Malaysians, tapi diaorang selamba aje, tak ada pun seghairah aku. Ker sebab aku punya penampilan tak bagus ker Dear Diary? Tak jugak, I was on my best penampilan. Aku pakai Calvin Klein punya overcoat, scarf aku match dengan kaler overcoat aku, sweater pulak tuh, extra fine merino wool punya sweater yang MamatGQ kasi dulu tuh, then pakai white Polo shirt. Underwear Calvin Klein lagi tuh. Pakai jeans, Guess boots lagi. Tak ker dikategorikan sebagai hebat tuh? Sekelas diaorang jugak pemakaian aku tuh. 

Ker sebab aku Melayu kot, Dear Diary? Tah, aku pun tak tahu tapi aku asyik dok fikir, apa pasal diaorang tak fikir macam aku? Kalau lah aku jadi diaorang, sure aku akan tegur, kalau tak sembang-sembang pun, dengan mana-mana Malaysian yang aku jumpa. 

Last-last Dear Diary, aku bersembang sama dengan pekerja restoran tu aje lah, dua Cina dan satu Indon tuh. Best jugak makanan yang aku order, lauk sotong campur bendi, telur, masak belacan. 

IsninSelasa0506012009


Isnin

Nak kata azam Tahun Baru, bukan jugak. Tapi, tadi tuh, lepas aje bangun pagi (since semalam aku tidur awal, aku bangun pagi jugaklah hari nih, itu pun lepas dua tiga kali sambung tidur), terus aje aku sarung track bottom, sweater, dan aku pergi jogging. Jogging kat luar. Bukan jogging setempat, kat dalam bilik, macam yang selalu aku buat tuh. 

Tak cuci muka pun, tak gosok gigi pun, kat sini tak kisah langsung pasal semua, orang tak peduli, aku pun tak peduli. Badan aku sengal-sengal sebenarnya, rasa macam nak kena pergi urut aje nih. Ker sebab salah tidur? Katil aku tuh katil spring, aku rasa spring katil tuh macam dah menggelebeh aje, itu pasal agaknya kot.

Aku tahu kat luar sejuk, tapi saja jer aku pakai sweater sehelai, so that aku akan terpaksa berlari untuk memanaskan badan. Aku lari-lari kat area rumah sewa aku nih aje, sampailah ke kawasan Bay Ridge tempat ramai orang Arab tuh. Tak terasa jauh, tak terasa letih, tak terasa sejuk, sebab aku lari sambil dengar lagu kat cellphone.

On the way balik, masa nak ke area ramai orang Cina tuh aje aku jalan, sambil libas-libas tangan, buat exercise gitu aje. Iyalah, kat situ ramai orang. Sampai kat area Chinatown tuh aku masuk kedai, beli barang-barang nak memasak. Beli salmon 5 ketul (senang kerja beli salmon nih, tak payah nak disiang macam ikan-ikan lain tuh. Lagipun, salmon aje lah ikan yang nampak berseri nya, kaler pun lawa, compared to ikan-ikan yang lain) Tersinggah jugak beli benda-benda lain, jugak buah mata kucing.

On the way ke rumah, aku terlalu kat satu kawasan playground, aku tengok ada dua tiga orang Cina tengah buat exercise, so esok dan hari-hari seterusnya (kalau aku masih rajin), aku nak ke playground tu ajelah, buat exercise kat situ. Kalau letih, boleh main buaian kan? Ekekekekk

So lepak breakfast, aku terus memasak, gulai salmon, gulai asam. Kejap aje jadinya walaupun end resultnya tak lah memberangsangkan. Rasa macam tak ada rasa aje gulai aku tuh. Macam masakan kat gerai-gerai kat Section 2, kat Shah Alam tuh, tak ada rasa semuanya. 

Aku keluar lepas Zohor, aku nak ke West43rd Street. Sejak dua tiga hari lepas, aku asyik cari info pasal fundraising concert untuk Hillary Clinton yang akan dibuat kat New York, 15hb nanti. Bon Jovi akan perform. Rupanya concert tuh dibuat scara kecilan aje, invitation-only rupanya, dan harga tikets pun sampai $1000. So melepas lah peluang aku nak pergi, macamana pun aku akan sentiasa cari-cari kat internet kalau-kalau ada orang yang nak jual tiket nanti tuh.

Balik kerja pun aku tak ke mana-mana, terus aje balik ke rumah. Lepas makan, mandi, Sembahyang, baru aku on kan laptop. Tak macam selalu tuh, sampai aje rumah, belum bukak kasut lagi, dah terkam laptop. Macam bosan lah pulak rasanya hidup teratur jer nih.

Selasa

Macam semalam jugak, pagi-pagi lagi aku pergi jogging. Aku ke playground tuh, lari-lari kat situ aje, berpuluh rounds aku lari. Mamat dua orang yang semalam tuh pun ada, sorang tua, dia buat tai-chi, sorang lagi budak muda, dia main racket ball, main sorang-sorang. Rasa nak tanya dia kalau-kalau dia suka main badminton, boleh aku ajak dia jadi partner main badminton, kan? 

Aku keluar kerja awal sikit sebab snow turun, walaupun tak lebat. Dah tersampai awal, sebab sejuk kat luar, dan cafe pun penuh orang, dan nak ke library pun orang sure ramai, so aku beli paper, melepak kat subway station aje. 

Balik kerja aku singgah Times Square, lengang dah sikit kat situ, nak jalan pun rasa best sebab tak payah nak bertolak-tolak dengan orang ramai yang berpusu-pusu. Then singgah mengopi kat Starbuck sekejap. At least aku ada lah jugak jalan-jalan, sebelum balik ke rumah. Kalau tak, bosan sangat rasanya, mundane aje.

SabtuAhad0304012009


Sabtu

"Hal's still in bed, Joe. He has a present for you", kata David, masa aku sampai aje apartment diaorang pukul 10 pagi tadi. Aku tau lah, kalau David cakap gitu, makna nya, Hal terberak dalam pampers. So lepas tukar pakaian, terus lah aku bukak selimut Hal. Taik bercampur kencing, yang dah berjam dibiarkan, sampai kering, bergayut-gayutan kat bulu bontot Hal.

Sampai dua lapisan gloves yang aku pakai sebab nak membersihkan taik yang kering, yang melekat-lekat kat kaki, peha, telor Hal tuh. David, dia tengok dari jauh jer, tapi dia lah yang paling riuh mengutuk Hal. Aku senyap kan aje, ada jugak aku kasi signal kat David bila teruk sangat dia perli-perli Hal, walaupun secara melawak. Aku tahu perasaan Hal, sure dia malu sebab berak kat katil tuh, dan sebab dia cacat, dia tak mampu even nak membersihkan berak sendiri. Semuanya diharapkan orang yang buat.

Yang aku bengangnya, bila aku cabut taik kering dari bontot dia tuh, menderu taik lain yang keluar. Masa tuh aku dah tak fikir apa dah, apa yang aku tahu, aku kena bersihkan taik yang kat badan Hal tuh.

David ke gym bila semuanya dah selesai, sementara tuh aku sediakan breakfast untuk Hal. Dan masa nak masak air, masa nak taruk honey dalam teh, aku jadi bengang sangat kat Hal sebab dia tegur cara aku on kan stove, then dia suruh aku bersihkan botol honey tuh dengan tisu sedangkan tak ada apa kotornya pun, honey tuh tak meleleh pun. Susah aku nak explain, tapi ada a few instances, benda-benda kecik aje, yang buat aku jadi marah tuh, buat aku jadi bengang. Ada sekali tuh, sampai aku tergelak, then aku geleng kepala, saja jer lah aku geleng kepala lama-lama biar dia tahu yang aku tak puas hati. Then biasalah, aku buat muka serious aje.

Masa menyuapkan dia breakfast, rasa macam meluat sangat aku menengok muka dia tuh. Aku fikir, tadi tuh aku lah yang mengorek taik kat jubur dia, aku lah yang membersihkan dia. Adik dia sendiri tak sanggup nak buat, adik dia sendiri tak nak tolong dia. Itu yang aku rasa macam nak tonyoh kan aje sudu dan garfu kat muka dia, masa aku menyuapkan dia tuh. Sebab itulah, jenis muka tak sedar diri Hal tuh.

Tengah breakfast tuh, dia terasa nak terberak lagi, so dia suruh aku pindahkan dia ke atas toilet bowl. Terberak atas wheel chair dah rupanya, nasib baik kat wheel chair tuh sentiasa ada towel pengalas, untuk waku-waktu terdesak macam tu lah. Sakit perut agaknya Hal tuh, so lepas aku dudukkan dia kat toilet, aku beritahu dia yang jangan dibimbangkan sangat pasal waktu. Sebab itulah, dia, kalau kat toilet aje, asyik-asyik tanya jam pukul berapa. Sebab dia takut nanti kalau David balik dari gym, sure dia nak guna kan bilikair. Punya lah takut/respect sangat dia kat adik dia tuh.

"Don't worry about him, do what you have to do, stay here as long as you want", aku kata gitu. Kasar aje. Kena kasar sikit dengan dia tuh, kalau tidak, banyaklah songehnya. Iyalah kan, kalau tak siap berak dah nak diangkut balik ke wheel chair, nanti aku jugak yang susahnya kan?

Sementara tuh, aku buatlah apa-apa yang patut, vacuuming, cuci sana sini, lap itu ini. Tengah-tengah kerja sorang-sorang tuh, sebab sunyi sepi agaknya, aku jadi macam teremo jugak. Aku terfikir, yang kotornya kerja aku buat. Literally lah kan? Itu yang aku jadi macam sedih sikit tuh. So aku layan lah jugak keemoan aku tuh, sampai airmata aku pun nak keluar. Then aku fikir balik, tak apa lah aku dikasi susah yang macam gini, sebab susah gini aku masih boleh "handle" (so to speak). Kalau dikasi susah yang aku tak boleh handle, hah, itu lagi parah kan? "Fuck it!" Tak boleh layan lah benda-benda dalam fikiran nih, kata aku dalam hati. Lepas tuh, aku jadi ok semula.

Bila David balik dari gym, Hal pun masih belum siap berak. Itupun dah aku buat enema (taruk liquid kat bontot dia), dah kasi dia ubat mudahkan berak jugak. So kitaorang suruh Hal melepak aje lah kat toilet tuh, lunch pun aku yang suapkan dia sesambil dia berak. Dalam 5 jam lebih dia kat dalam bilik air, sampai tak bertenaga langsung dah aku tengok, masa aku nak angkat dia tuh ke wheel chair, sebab aku nak buat catherter, nak urut dia, dan nak pakaikan dia pakaian since diaorang akan ada dua orang guests malam nanti. Kesian pulak aku menengoknya , Hal tuh, he's falling apart.

So tak jadi lah rancangan diaorang untuk ke mall harinih, walaupun semua pakaian Hal dah pun aku sediakan sejak semalam.

Aku blah pukul 5, turun kat 50th Street, jalan-jalan kat situ sekejap. Masih ramai lagi orang rupanya kat Times Square. Pelik aku, dah habis New Year, dah habis dah musim perayaan, baliklah ke kampung memasing patutnya kan? Ini tak, masih lagi nak melepak kat New York, buat menyemak aje diaorang nih. Bosan aku menengoknya. Ekekekekekkee

Ahad

Since Hal pun dah tak sakit perut, kitaorang keluar ke Lord & Taylor kat Garden City, Long Island. Awal pagi dah keluar sebab diaorang cadang nak balik sebelum lunch. Tak beli apa pun, takat meround dua tiga kali kat situ, terus balik. Nasib baik lah David tak jadi nak sambung pergi ke mall lain bila Hal kasi cadangan nak merempit kat tempat lain pulak.

Pukul 1-30 petang kitaorang dah sampai kat Forest Hills, lepas lunch, sementara tunggu Hal berak (2 jam dia kat tandas harinih), aku tengok tv aje lah sebab kitaorang tak jadi nak sama-sama tengok DVD since Hal kat bilikair.

Aku berbelah bagi lagi, samada nak terus balik ke rumah atau nak merempit kat mana-mana sebelum balik. Hari Ahad aje lah hari yang aku rasa free sikit nya sebab aku habis kerja pukul 5 dan masuk kerja balik, pukul 4-30 malam esok, so memang banyak masa lah kan untuk ke mana-mana. Tapi itulah, aku tak tahu nak ke mana, nak tengok wayang, dah malas rasanya, lagipun tak ada wayang yang aku nak tengok sangat pun dah. Nak balik ke rumah, aku akan rasa macam bosan sangatlah hidup aku nih. Iyalah kan, aku kat New York City kan, tak patutlah aku tak pergi ke mana-mana. Bukannya aku duduk kat ceruk kampung sana tuh yang tak ada tempat-tempat menarik untuk aku pergi, kan?

Last-last aku jalan dari 42nd Street, ikut 9th Avenue, sampai ke kawasan Hell's Kitchen, then jalan lagi sampai ke West Chelsea, last sekali aku ambik subway kat Union Square kat 14th Street. At least aku ada jugak jalan-jalan.

KhamisJumaat0102012009


Khamis

Berapa jam aje aku tidur semalam, walaupun keletihan sebab ke Times Square, tapi aku bangun pagi jugak, as if aku nak mula kerja pukul 10. So melepak kat Forest Hills aje lah, sambil breakfast, baca paper, mula nya nak terus aje ke apartment diaorang tapi rasa rugi pulak sebab aku dah janji nak masuk kerja pukul 12. Apa ke jadahnya nak masuk awal-awal kan, walaupun akan dapatlah gaji lebih sikit kalau masuk awal.

David bosan agaknya sebab tak ke mana-mana so dia pun keluar pergi kedai kat area Forest Hills tuh. Lepas menyiapkan Hl kat bilik air, dia kata dia nak rileks kat katil, nak suruh aku urut. Kejap aje aku urut dia, terus dia berdengkur.

Dan terus lah aku dapat idea, aku keluarkan cellphone aku, dan aku online sesambil tangan kiri aku urut dia. Best gila, pasal lah aku tak terfikir dari dulu? Terkemut-kemut aku gelak bila mengenangkan yang satu tangan urut Hal (kadang-kadang aje aku urut guna dua tangan, nak bagi kasi real, biar dia tak perasan yang tangan aku lagi satu tuh tengah sibuk buat benda lain) dan satu tangan lagi dok menaip kat screen cellphone yang cenonet tuh. Nanti aku nak bawak laptop lah pulak, sesambil urut King Mongkut tuh, boleh online kan? Laptop tuh boleh taruk kat bontot dia ekekeke

Lepas lunch, sebab tak ada benda lain nak buat, kitaorang tengok DVD film The Love Guru. Aku memang tak pernah suka Mike Myers dan aku dah lama cakap kat diaorang yang aku tak suka film tuh tapi diaorang nak sangat tengok. Memang hampas gila, sampaikan Hal sama David tertidur. Aku pun puas menahan dari tertidur tapi sebab aku duduk di kerusi (diaorang sambil lepak kat katil dan sofa) so susahlah sikit nak tidur. Menyumpah-nyumpah kitaorang tengok film tuh, bodoh yang teramat sangat. Kalau dulu aku kata film You Don't Mess With The Zohan lah film paling bodoh pernah aku tengok, sanggup rasanya aku tengok filem tuh sekali lagi, asalkan jangan tengok The Love Guru tuh.

Lepas buat catherter, dalam pukul 5, aku mintak blah sebab dah tak ada kerja dah nak dibuat, Hal pun dah siap aku siapkan semuanya. Cuma diaorang nak tunggu dinner aje. 

Sempena Tahun Baru, aku rasa nak lah aku reward kan diri aku, itu yang aku ke Restoran Laut kat East17th Street tuh, kat area Union Square, walaupun aku turun kat Chelsea dan jalan kaki dalam 5 blocks gitu. Classy nampaknya restoran tuh, baru 5 bulan dibukak, staff nya Malaysians, ada satu waiter orang Indon. Tak ramai orang masa aku masuk tuh, ada orang aje, cuma banyak "take-out" orders. Aku cakap Melayu aje dengan diaorang, jadi popular aku sekejap sebab semuanya nak sembang dengan aku, sampaikan pekerja dapur pun jenguk-jenguk, "nak tengok orang Melayu". Sure Mat Salleh yang tengah makan tuh ingatkan aku nih celebrity sebab diaorang asyik jeling jer aku bila aku sembang-sembang sambil gelak-gelak dengan Manager restoran tuh.

Manager tuh kata yang walaupun baru bukak tapi maju jugak restoran tuh, orang UN sama Tourism Malaysia pernah datang dan buat party kat situ. Aku order Roti Canai sama Assam Laksa, sama teh ais. $25 semuanya sama tips, terfikir jugak aku, yang $25 tuh boleh beli bahan-bahan dapur untuk 2 minggu, kalau aku masak sendiri. 

Aku janji nak datang sekali seminggu makan kat restoran tuh, kedudukan dia strategik, kat tengah-tengah Manhattan. Manager tuh kata yang Penang Restaurant kat Upper West Side dah ditutup, atas perintah Department Of Health.

Jumaat 

Ayooo Dear Diary, aku terpergi makan kat luar lagi harinih. Mana janji aku nak maksima makan kat luar dalam seminggu, cuma 3 kali aje? Mana nya? Ekekekkekeke.

Since aku tak lunch sebab aku makan oatmeals pun dah lewat sebelum keluar untuk Sembahyang Jumaat, dan since esok Sabtu dan aku kena bangun pagi, aku tak ada masa nak masak for dinner, lepas balik kerja tadi (Macam lah aku AKAN masak memalam, kan?).


So, tak ada jalan lain, terpaksalah aku ke Redang Island Restaurant, tapau sambal tumis sotong. Untuk makan dua hari tuh. Dah lost count dah berapa kali aku makan kat luar minggu nih. Cuba lagi lah minggu depan kot, minggu nih kasi kelonggaran sikit lah. Tak pun minggu depan, aku pergi restoran sekali aje, tapi beli banyak-banyak makanan. Ha, aci dak kalau aku buat macam tuh, Dear Diary?

2008 Dalam Kenangan



2008 dah pun berlalu. Banyak benda yang berlaku di sepanjang 2008 dalam hidup aku. Awal 2008, aku masih di Concord, New Hampshire, kerja sebagai Counter Boy di Japanese Fast Food Restaurant. Aku mula kerja di situ lepas Raya 2007. Ada dalam 5 bulan lebih aku kerja di situ, awal Februari aku disuruh berhenti, walaupun masa tuh kebetulan aku pun dah nak cabut, sebab restoran tuh bertukar tokay. 

Aku ingat lagi, di hari terakhir aku di restoran tuh, di hari yang aku nak blah, di sebelah malamnya tokay yang baru tuh suruh aku berhenti kerja dan balik ke New York. It was a surprise to me sebab aku ingatkan semuanya berjalan lancar. Tapi itulah, pengajaran yang aku dapat, "kita hanya boleh merancang, tapi orang lain pun merancang jugak". Sebelum aku blah, ada lah aku buat nakal sikit (bukan buat jahat, tapi buat nakal), yang sangatlah lawak dan nakalnya sampaikan aku nak cerita kat orang pun aku malu. Aku sorang aje yang tahu. 

So, awal Februari aku balik ke New York, dalam dua minggu pertama, aku tak berusaha pun nak cari kerja, memang aku nak rileks serileks-rileksnya. Aku jalan-jalan, aku pergi tengok Broadway show, The Phantom Of The Opera. Seminggu kemudian aku sakit, tak sihat, so terdampar kat katil. Pengajaran yang aku dapat dari situ, aku kena jaga kesihatan aku, permakanan aku.

Dua minggu aku cari kerja lain, melalui ajen, tapi tak ada yang sesuai, sampaikan aku dah bercadang yang kalau masih tak ada kerja jugak, aku terpaksa cari kerja yang live-in, yang di luar New York. I was prepared untuk merantau ke tempat lain semula. 

Dan dalam mencari-cari tuh, aku tertukar profession, aku cuba-cuba buat kerja part-time sebagai caregiver, cleaner, assistant. It was fun, exciting, sebab kerja nya lain dari yang aku pernah buat selama ini. Dan gajinya pulak berbaloi sebab clients semuanya Mat Salleh, bukannya orang Asia, yang memang terkenal dengan menghisap darah orang-orang yang illegal macam aku nih. 

Rezeki aku, masa orang Malaysia tengah sibuk mengundi, aku dapat kerja tetap sebagai Caregiver, menjaga Hal yang cacat, Multiple Screlosis (MS). Walaupun kerjanya 35 jam aje seminggu, tapi aku kena kerja setiap hari, 4 jam weekdays (dari 4-30 petang sampai 8-30 malam) dan dari 10 pagi sampai  5 atau 6 petang, weekends. Dan walaupun 35 jam kerja, gajinya lebih besar dari masa aku kerja di restoran Cina, yang terpaksa kerja selama 72 jam seminggu ( hari seminggu). 

Kekok jugak aku mula-mula tuh sebab aku terpaksa kerja menjaga orang cacat yang kaya, yang lumpuh seluruh badan. Macam bangkai bernyawa gitu. Not only that, Hal nih (mungkin sebab dah berbelas tahun duduk di wheel chair aje, tak ke mana-mana sangat) jenis yang cerewet, yang worries about everything and anything, yang nak kan semuanya perfect. Dan dibuat ikut cara dia. Aku nih bukan ker orang yang jenis simple, yang tak pikir sangat benda kecik-kecik, yang nak ambik jalan mudah aje, so memanglah selalu berlaga anginnya aku dengan Hal tuh. 

Dua-dua nya, aku sama Hal memang banyak cekadak. Hal jenis cekadak "banyak lemak". Aku pulak, jenis cekadak "kurang asam". Macamana pun, aku dapatlah menyesuaikan diri, dan Hal sama David (adik tiri dia) puas hati sangat dengan kerja dan cara aku. Aku tak heran sangat tuh sebab aku tahu, aku nih memang pandai bawak diri, tambah pulak kerja jaga orang cacat, aku nih kan ker mudah kesian dengan orang? Aku nih kan ker penyayang orangnya? 

Bulan March, aku ada tetamu, Syed, satu Malay-American yang aku jumpa masa Raya tahun 2007. Aku terima dia menumpang aku sebab aku ingatkan boleh lah dijadikan kawan. Rupanya dia nih biawak hidup, so dekat sebulan terpaksa aku mendukung dia. Bukan calang-calang punya biawak. Aku cuba tolong dia, kasi makan, tempat tinggal, dan cari kan kerja, tapi dia memang jenis yang tak suka kerja. Dan bila dia baca blog aku (walaupun aku sorok-sorok dari dia), terpaksa aku tukar alamat secara mendadak, yang membuatkan aku hilang ramai readers bila aku pindah ke alamat baru. Akhirnya Syed blah jugak. 

Bulan April, aku cuba buat kerja part-time jugak, since aku ada banyak masa free. Seterusnya, bila summer dah nak datang, aku banyak berjalan aje, aku ambik peluang tuh untuk merempit ke mana-mana areas kat New York City nih yang aku belum pergi. Dan aku mula berjinak-jinak dengan concert. Concert yang pertama aku pergi, Bryan Adams. Then aku tengok Bon Jovi, back to back, sekali di Central Park, sekali lagi di Madison Square Garden. Concerts lain yang aku tengok, The Eagles, George Michael, The Police, semuanya kat Madison Square Garden. Nasib baik lah aku berjaya menahan diri aku dari tertengok a few other concerts, konsert Madonna, Sarah Brightman etc. 

Bulan 6, aku dapat kerja jadi Personal Assistant sorang executive nih, MamatGQ. Kerja nya dua kali aje seminggu tapi gajinya hampir setengah dari kerja jaga Hal tuh. Walaupun aku sama MamatGQ tuh macam langit dengan bumi bezanya (dari segi pembawakan, kerja, lifestyle, semuanya lah) tapi kitaorang macam instantly connected gitu. We have lots of things in common, cara kitaorang fikir pun macam sama aje. Dan walaupun pada mula nya aku banyak menggelakkan cara hidup dia tuh (contohnya benda-benda personal dia) tapi deep down aku tahu yang I never wanted anyone (to be my friend) as much as I want him. He's such a nice guy, brotherly figure gitu.Banyak yang aku belajar dari dia, walaupun cuma dalam pemerhatian aku aje. 

So, for a few months, hidup aku macam happy aje, at least aku ada kawan. Aku ada jugak kawan yang lain, namely Berto (member sepermainan badminton) dan Jay (member seperwayangan) tapi diaorang nih macam hilang gitu aje. 

Dan cara hidup aku pun macam ada perubahan lah jugak. Aku asyik makan kat luar aje kerjanya, kebetulan pulak ada restoran Malaysia kat area rumah sewa aku, dan jugak kat area Forest Hills, tempat aku kerja. Dan aku selalu jugak rotate makan kat restoran-restoran Malaysia/Thai yang lain. 

Cara aku berpakaian pun aku rasa ada beza jugak, aku jadi lebih fashion conscious lah pulak. Bukan salah aku, aku kan ker kerja kat apartment David/Hal yang sangatlah peka pasal pemakaian seharian nih. Aku termalu sendiri aje bila aku sorang aje yang macam tak peduli pasal pemakaian dan penamplan seharian. Dengan MamatGQ lagi lah pulak, dia tuh ex-model. So tertempiaslah kat aku kan? Walaupun aku nih tak lawa dan hodoh orangnya, tapi that doesn't stop me dari memakai pakaian-pakaian branded. Blame it kat David/Hal dan MamatGQ lah, ekekkekeke. 

Lagi satu, sebab aku tak ada kawan, dan aku tak ada bentuk hiburan yang lain, wayang ajelah my source of entertainment. Aku mula berjinak menengok wayang, mula dari bulan rasanya, dan dari June sampai akhir December, lebih dari 30 wayang yang aku tengok. 34 filem rasanya, ada yang aku tengok dua kali, MammaMia!. Gila kan, 34 wayang dalam masa 6 bulan, ekekekkeke. Tapi, yang buat aku tak rasa gila sangat tuh bukan apa, sebab aku tengok filem-filem yang artsy, classic dan filem-filem yang banyak buat aku berfikir. One third dari filem-filem yang aku tengok tuh, bukan filem Hollywood, banyak international films aje. 

My Top 5 films for 2008:

1. Boy A
2. Brideshead Revisited
3. Slumdog Millionaire
4. Tell No One (Ne Le Dis A Personne)
5. The Curious Case Of Benjamin Button, Mister Foe, MammaMia!, Il Y A Longtemps Que Je T'Aime (I've Loved You So Long)

Hari Raya dan Birthday aku tahun ini yang paling meriah. For the first time in my entire life, aku dapat berlambak-lambak hadiah dan kad-kad ucapan. Semuanya dari peminat aku dari seluruh dunia, ekekekkeke. Sampaikan kerani kat Pejabat Pos dah tahu, kalau ada bungkusan dari Malaysia, memang untuk aku, dia dah kenal aku.

So aku nak ambil kesempatan ini untuk mengethanks sekali lagi kat sesiapa yang hantar aku kad, bungkusan dan kuih-muih (yang sampai sekarang masih tak habis-habis aku makan).

Towards the end of 2008, aku macam patah sayap sebab member baik aku, MamatGQ diberhentikan kerja, so dia tak dapat nak terus employ aku kerja dengan dia. Dan walaupun aku ada offer nak tolong-tolong dia sebagai kawan (sebab aku kesian, dia dah lah HIV+, ada cancer pulak tuh) tapi aku boleh faham yang dia nak sendiri-sendiri dulu buat masa nih. I still have the keys to his aparment tho'.

Aku tak tahu what 2009 will bring me, aku akan terima dan redha aje. InsyaAllah semuanya akan aku tulis kat dalam blog nih...........


Rabu31122008


Tak sangka pulak lebat jugak snow turun pagi tadi, itu yang aku keluar tak pakai topi, walaupun aku dah bersiap sedia bawak gloves, pakai scarf dan sweater tebal. Aku nak ke Times Square awal-awal sikit sebab nak tengok persediaan terakhir sebelum New Year Celebration.Too bad aku kena kerja di sebelah malam nanti, itu yang aku rasa macam bengang aje bila sampai kat Times Square tuh, bila tengok orang dah mula ramai, walaupun salji semakin lebat turunnya. Angin kuat pulak tuh, itu yang buat sejuk sangat, dan salji pun salji lembut, turun aje terus cair.

Adalah dalam sejam aku di kawasan tuh, meinjau-ninjau persiapan diaorang, ada a few stages yang dibuat, Bill sama Hillary Clinton yang akan menekan butang crystal ball, sama-sama Mayor Bloomberg, pukul 12 malam nanti.Artis-artis yang akan perform, Jonas Brothers, J Lo, Marc Anthony, Lionel Ritchie, tah sapa-sapa lagi lah.

,


[Polis ramai gila, kat mana-mana asyik ada Polis aje]


[One of the stages kat Times Square. Ini yang paling dekat dengan building yang ada Crystal Ball tuh]



[Snow mula turun, itupun dah ramai orang beratur nak dapatkan good spot]

Lepas tuh aku terus ke Jackson Heights, makan lauk daging kurma, sama nasi beriyani. Alah, dah terduakali aku makan kat luar minggu nih, esok sekali lagi, lepas tuh Sunday nanti, macamana nih, katanya nak maksima 3 kali seminggu aje? Since masih ada masa, aku masuk internet cafe dalam dua jam, itupun lepas merayau-rayau kat dalam snow. Sejuk sangatlah, angin kuat, nak tercabut contacts aku dibuatnya. Kat Forest Hills aku sempat masuk library sekejap, sempatlah baca majalah-majalah hiburan, aku kena sentiasa terkini kalau pasal-pasal artis nih, ekekekek.


[Gambar dari depan library, snow tengah turun, masa nak keluar nak pergi apartment Hal]

David ada talipun Hal, kata yang dia akan balik lambat sikit, so Hal ambik kesempatan tuh suruh aku urut dia dekat sejam, sebelum buat catherter. Nak kasi darah flow, itu aje lah alasan dia. Tapi kan, walaupun sejam aku lalu-lalu kan tangan aku kat badan Hal tuh, urut-urut mana yang patut, aku rasa macam sekejap aje, macam best pulak. Sebab aku dok mengelamun aje sepanjang aku buat kerja tuh. 


Biasalah kan, akhir tahun, sejauh mana pun kita cuba tak nak fikir sangat apa yang kita dah lakukan sepanjang tahun, pasti akan ada sekelumit masa yang kita akan terkenang-kenang kisah-kisah kita dalam setahun tuh. So, begitu lah aku. Aku asyik dok terfikir (aku akan tulis kat my next entry) kisah setahun hidup aku, di tahun 2008 yang dah nak berakhir nih. Yang akhirnya aku jadi macam tak best pulak sebab kesimpulannya, Sindrom Bridget Jones datang jugak kat diri aku nih. Di saat-saat akhir.
 

So malam tuh, aku jadi macam bodoh gitu, nak layan Hal sembang pun malas jadi nya. Aku tak jadi excited pun bila fikir yang dalam beberapa jam lagi aku akan berada kat Crossroads Of The World, Times Square, untuk sama-sama menyambut New Year. Bila David tanya, aku kata lah yang aku naik mood swing, jadi moody gitu.

Lambat pulak siapnya dinner Hal malam tadi, so lambatlah nak menyiapkan dia sebelum dia masuk tidur. Pukul 8-45 malam baru aku dapat blah, geram aku jadinya. Singgah sekejap kat kedai, beli granola bars, nak bawak bekal takut lapar nanti sebab dalam 3 jam berdiri nak tunggu 12 tengah malam, sejuk-sejuk pulak tuh, sure akan cepat lapar. Aku turun di 57th Street, nak masuk area 7th Avenue, kena beratur, kena diperiksa. Tak dapat aku nak ke depan dah, sendat dengan manusia, setakat dapat tengok dari 51st Street aje. Aku dapat bertenggek kat steel barrier yang Polis pasang tuh, kejap-kejap turun, melompat-lompat, nak kasi panas badan. Sejuk nya tak boleh ceritalah, aku bungkus kepala, takat nampak mata aje, nak ambik gambar pun siksa sebab jari jadi kaku. Orang lain pun sama jugak, masing-masing terlompat-lompat gitu jugak. 


Terfikir jugak aku, dekat 3 jam aku berasak-asak dalam kesejukan tuh, cuma sebab nak tengok crystal ball tuh dijatuhkan aje, berbaloi ker? Tengok kat tv lagi best kan? Memang lah, tengok kat tv lagi best, tapi no amount of fresh air yang boleh menyamakan dengan keseronokan, keexcitedan, berkumpul ramai-ramai, bertolak-tolak, menanti detik 12 malam, di New york City. That's the whole point sebenarnya, to be there where the action is. 


10 minit sebelum 12 malam, beribu-ribu belon dijatuhkan dari bangunan sekeliling, then beberapa minit lepas tuh, masing-masing dah menari, melompat-lompat dah. Tepat 12 malam, crystal ball tuh dijatuhkan, dan berton-ton confetti diterbangkan, dari atap bangunan-bangunan kat situ. Orang lain semuanya bercium-cium lah kan, so aku buat pura-pura ambik gambar, sebab aku tak ada siap nak dicium, ekekekekke.

Tengah aku pusing belakang sebab nak tengok Fireworks yang dipasang kat Central Park (tapi boleh nampak dari kejauhan), awek Spanish yang sama-sama bertenggek dengan aku kat pagar tuh, cuit bahu aku, dan dia wish aku, "Feliz Año Nuevo". Tergamam jugak aku nak jawab sebab aku tengah fikir, nak cium dia ker tidak? Entah, tapi aku rasa macam dia hulurkan muka dia aje untuk dicium, the moment dia wish kan aku tuh. Aku perasan yang dia kat situ sama a few others, ada balak dua orang, then a few girls.

"No hablo español bien", (I don't speak Spanish well) aku jawab gitu lepas aku wish kan dia Happy New Year.

Aku cadangnya nak ke depan lagi bila orang ramai mula blah balik tapi semua jalan ke situ ditutup pulak, terpaksalah aku cari subway aje, lagipun esok aku kena kerja pukul 12 tengahari, so aku tak boleh merempit lama-lama sangat. Macamana pun aku puas hati sebab aku punya long overdue mission (untuk berada di Times Square masa New Year) telah pun aku accomplishedkan.

Nasib baik banyak trains disediakan, so pukul 2 pagi aku dah sampai kat rumah. Lapar sangat, goreng telur aje lah untuk dinner, then terus tidur.

Good Bye 2008, Welcome 2009.








[Gambar selepas the event, bila orang semua dah beransur balik]