Wednesday, October 24, 2012

IsninSelasa2223062009


Isnin

Payah jugak summer-summer nih, tidur aku tak teratur jadinya sebab Subuh masuk awal, pukul 3 lebih dah Subuh, belum pukul 6 pagi dah terang benderang. Aku tak ada problem nak bangun pagi (sebab aku selalu terjaganya lah, dua tiga kali biasanya), cuma kalau dah bangun tuh, susah nak tidur semula. Dan bila dah pukul 7 gitu,masa aku sepatutnya bangun, masa tu lah aku nak tidur semula. Itu yang buat aku malas nak pergi jogging, ataupun nak keluar ke mana-mana tuh.

Pagi tadi pun macam tu lah, sampai dekat pukul 10 baru lah aku bangun. Itupun sebab aku plan nya nak ke Chinatown, nak beli labu, tah apa pasal aku termengidam nak makan masak lemak sayur labu. Semalam dah aku hafal cara-cara nak masak sayur tuh, itu yang aku cadangnya nak keluar cari labu, cari serai, cari udang kering, cari santan.

Aku nak ke bilikair, terserempak dengan tuan rumah aku yang tengah nak potong rambut boyfriend dia, so dia tanya aku kalau-kalau aku nak potong rambut. Dia nih dulunya hair-stylist, memang selalu dia tanya aku kalau-kalau aku nak suruh dia potong rambut aku. Terus aje lah aku setuju, memang rambut aku pun aku rasa dah panjang, dah dua minggu lebih dipotong. Rambut aku nih itulah, cepat panjangnya. Dan jugak, cepat gugurnya. Tiap-tiap pagi, aku kutip dalam sesepuluh helai rambut aku yang gugur masa tidur. Aku rasa nak tukar pakai bedsheet kaler gelap lah, biar tak nampak rambut yang gugur. Sebab bedsheet aku nih semuanya kaler cerah, tensen aku dibuatnya tengok rambut luruh nih.

Aku kasi tuan rumah aku $10 sebagai upah, mulanya dia tak nak ambik tapi aku berkeras jugak suruh dia ambik. Aku kata lah yang aku dah save dekat $10 jugak sebab kalau aku pergi potong rambut kat salon, sure terbang $18, $15 potong rambut, $3 untuk tips.

"Cara kamu persis orang Bule", kata tuan rumah aku. Maksud dia, aku punya style nih macam style Mat Salleh.

Tuan rumah aku offer nak masakkan aku sambal tumis petai/udang, aku anggukkan ajelah, terus aku batalkan niat nak keluar untuk beli barang nak memasak. Awal-awal lagi aku kasi dia $10 sebagai upah, walaupun udang nya memang dah lama aku beli, dia cuma guna petai yang memang sentiasa ada dalam fridge. Again dia tak nak ambik duit tuh tapi aku berkeras jugak suruh dia ambik. Aku memang style Mat Salleh kan, mana aku suka ambik kesempatan macam style orang-orang Asia nih kan?

Lama nya lah tuan rumah aku memasak, aku dah kelaparan, hampir aku keluar sebab nak cari makanan lain. Macam bebudak jer kan, tak sabar nak tunggu mak siap memasak, ekekekeke. Tapi berbaloi sangatlah penantian aku tuh, sebab sambal tumis udang/petai sama sayur kangkung yang dia buat tuh gilalah sedapnya. Terketar-ketar aku makan sebab sedap, siap bertambah lagi. 

Kekenyangan, aku pasang kipas, berlenggeng, aku sambung tidur, masih ada sejam sebelum aku pergi kerja. Macam kat kampung aje rasanya, lepas makan, melepak tidur kat buai kat bawah pokok pisang rasanya.

Train buat hal tadi, lama aje berhentinya kat 16th Street, so aku ambik keputusan nak jalan kaki aje ke 25th Street station, ambik train lain. So tak heranlah aku terlambat sampai ke Forest Hills, 5 minit aje terlambatnya sampai ke apartment diaorang. Itupun King Mongkut dah risau sangat dah. Iyalah, biasanya aku sampai dalam 4-20 pm gitu.

Balik kerja aku singgah kat satu restoran Mexico nih, beli aiskrim. Termengidam nak makan aiskrim lah pulak panas-panas gini nih. Aku kalau nak beli aiskrim, jarang aku beli aiskrim yang kat kedai biasa sebab bila tengok label nya, tertakut sebab ada tulis percentage cholestrol nya yang tinggi tuh. Kalau beli kat restoran tuh, diaorang taruk kat container yang tak ada label, so itu yang makan sampai habis sebaldi sekali harung pun aku tak rasa takut-takut pun.

Selasa

Laparnya lah perut aku, walaupun aku teguk apple juice banyak-banyak, aku tak dapat nak lelapkan mata nak sambung tidur lepas Subuh tadi. So pagi-pagi buta tuh aku perangatkan nasi, lauk, aku makan. Lepas tuh barulah nyenyak tidurnya sampai ke pukul 10 pagi.

Bangun tidur, aku rasa badan aku lemah aje, rasa mengantuk jer, so aku decided nak keluar awal sikitlah, nak merempit kasi badan berpeluh sikit. Kat dalam train aku tidur aje, sedar-sedar dah sampai 34th Street, so dari situ aku jalan-jalan ajelah sampai ke area Times Square.

Dalam sejam aku merempit, terus ke Jackson Heights, lepas makan terus ke masjid untuk Zohor. Aku sorang jer kat masjid masa tuh so lama gak melepaknya, cadangnyanak lelapkan mata sekejap tapi takut pulak aku kalau-kalau kena halau. Masjid di sini bukan macam masjid di Malaysia. Lagipun aku nih tak ada gaya Bangla sangat pun, kalau nak melepak-lepak kat masjid tuh.

Kat Secret Garden aku di Forest Hills, sempat aku melepak kat bench, tidur sekejap. Risau aku, puas aku fikir, apa pasal badan aku jadi lemah jer nih?

King Mongkut pergi jumpa Doktor dia pagi tadi, so biasanya balik dari jumpa Doktor, dia akan keletihan. Itu yang aku angkat aje dia ke katil untuk diurut, terus dia berdengkur. Kesian aku menengoknya sebab kat lengan, kat perut,banyak kesan cucukan jarum.

Nasib baik lah dia dinner awal sikit malam nih sebab tak lama lepas tuh dia terkemut-kemut memecut scooter ke bilikair. Dia terberak atas scooter. Memang selalu gitu, hari masa dia jumpa Doktor, dia selalu terberak kat atas scooter, walaupun kali ini aku agak sebab tadinya dia makan soup cendawan tuh banyak sangat, biasanya lima sudu aje tapi tadi tuh hampir setin soup tuh dibedalnya.

Punyalah busuknya bauk taik King Mongkut tuh, the moment aku angkat dia ke atas toilet bowl. Semerbak baunya, puas aku tahan nafas, sampaikan David yang masa tuh kat dapur pun lari keluar apartment sebab tak tahan bau busuk. Lawak David tuh, dramatik sangat kadangnya.

Walaupun busuk (jauhlah lebih busuknya dari taik aku yang ada bau petai tuh, ooppsss) tapi tak sampai hati aku nak tunjukkan yang aku tak tahan dengan aroma kat bilikair tuh. Aku buat selamba aje bantu King Mongkut apa yang patut, dia pun kelam kabut sebab masa tuh dah 7-30 pm sedangkan dia nak disiapkan untuk masuk tidur, nak buat catherter pun jugak. King Mongkut tuh gitulah, mudah panik.

Balik kerja aku turun kat Times Square jugak sebab tadi petang, masa aku jalan-jalan tuh, aku terperasan ada a few posters yang ditampal kat merata tiang, poster pasal ada shooting filem. Kat 52nd Street ada shooting film yang Harrison Ford berlakun, satu lagi yang Nicole Kidman. Tapi termalas pulak aku merayau-rayau sangat, satu round aje kat Times Square tuh, terus ajelah aku balik.