Monday, October 22, 2012

Jumaat08052009



 CBS The Early Show - persiapan sementara menunggu ketibaan Phil Keoghan (of The Amazing race) di garisan penamat

.

 Phil Keoghan tiba di New York City.

----------------------


















Awal aku keluar tadi, sesudah Subuh. Belum pernah rasanya aku keluar seawal tadi sebelum ini, even masa kerja kat apartment MamatGQ dulu pun tak seawal itu.

Aku sampai kat 59th Street/Fifth Avenue, dari jauh dah nampak ramai orang berkumpul kat depan CBS Studio, yang bersebelahan dengan Apple Mecca. Dalam setengah jam tuh tengok diaorang taping rancangan The Early Show tu aje lah, aku dapat spot yang best jugak, depan The Amazing Race punya mat (yang bila Phil Keoghan dah nak sampai, dialihkan jauh sikit dari tempat aku berdiri).

Dekat pukul 8 baru lah Phil dan rombongan dia tiba, sempatlah aku rekodkan dua video clips dan ambik gambar-gambar. Macam yang aku cakap, Phil nih berbasikal merentas Amerika selama 42 hari untuk mengutip derma MS Society. Dan ketibaan dia kat New York pun 2 hari sebelum Amazing Race Finale.

Lepas tuh, sebelum dia dibawak masuk ke studio, dia sign otograf dan bersalam dengan peminat, sembang-sembang dengan orangramai. Masa dia tiba dekat tempat aku berdiri, aku tak tahu nak kata apa, so aku cuma bersalam aje dengan dia. Lama jugak bersalamnya, aku genggam tangan dia sebab I was lost for words. Aku rasa dia faham yang aku macam speechless dapat jumpa dia, my favorite New Zealander, my favorite tv host, my favorite macam-macam lagi lah.

Sebenarnya kan aku ada plan nak tanya dia a few things, cuma tak terkeluar dari mulut aku. Aku nak tanya, siapa yang menang The Amazing Race tuh (the show was recorded akhir tahun lepas). Jugak aku nak tanya dia, siapa sebenarnya yang mengapprove buddy request kat Facebook dia sebab masa aku request dulu tuh, kejap aje dah diapproved. Tapi itulah, semua tuh tak terkeluar dari mulut aku, aku macam tertunduk kemaluan gitu bila dapat bersalam dengan dia.

Aku masuk tv kat US, CBS Channel 
, ada dua kali gambar aku keluar, salah satunya yang macam dalam gambar kat bawah nih.



Bila dia dibawak masuk ke dalam studio, aku terus blah ajelah, malas dah aku nak menebeng kat tepi-tepi studio tuh sesambil melambai-lambai kat kamera yang tengah buat live-telecast The Early Show tuh dari dalam studio pulak. Aku nak lambai siapa, kan?

Dan aku pun malas dah ke GNC kat Broadway pukul 12 nanti (tempat tamatnya acara Phil tuh) sebab takut tak sempat nak pergi Sembahyang Jumaat. Dah dapat jumpa Phil Keoghan dah lah kan, kang jumpa dia sekali lagi sure dia kata aku nih stalking dia pulak kan?

Lagipun perut aku dah lapar, so aku ke 49th Street cari breakfast. Lepas tuh aku jadi serba salah lah pulak tak tahu nak ke mana, sebab hari pun masih awal. So aku patah balik ke 59th Street, aku masuk ke Central Park, dan lepas jalan-jalan seseround dua, aku melepak kat atas batu, kat kawasan bukit-bukit sikit. Ada lah tiga orang lain yang aku tengok, nyenyak aje tidurnya. So aku pun tidur jugaklah, rasa best aje dapat melepak tidur kat Central Park. Tapi tak dapat lama lena nya sebab ada segerombolan rombongan budak-budak sekolah yang datang melepak kat bukit tuh. Mulanya aku buat tak tahu aje (macam Mat Salleh lain yang tengah tidur tuh) tapi bila bebudak tuh asyik ambik gambar kitaorang yang tengah tidur tuh aje, terus lah aku bangun, blah ke tempat lain.

Gambar lepas bangun tidur ekekekek



Pukul 11 aku terus ke Jackson Heights, ke kedai Paki, makan nasi lauk kari kambing, itu kali pertama aku makan kari kambing sejak duduk Amerika rasanya. Lepas Jumaat aku terus lah ke Forest Hills, sempat melepak sekejap sambil mengeteh kat Secret Garden aku. Masa aku melepak tuh, aku rasa tangan aku gatal aje. Telapak tangan aku. Telapak tangan kanan. Aku garu-garu, semakin gatal jadinya.

Kata orang, kalau telapak tangan gatal, tandanya nak dapat duit, kan? Terfikir jugak aku, sure banyak duit yang aku akan dapat nih sebab punyalah gatalnya tangan aku tuh, aku bukan aje garu, tapi aku macam kikis-kikis gitu. Aku sagat-sagat kat jeans aku pun jugak. Punyalah gatalnya, Tuhan aje yang tahu.

Masa aku menyapu lotion kat badan King Mongkut, dia tanya aku apa pasal tapak tangan kanan aku panas. Then barulah aku terperasan yang tangan aku macam bengkak aje, merah jadinya. So, lepas siapkan King Mongkut, aku cuci tangan, aku belek-belek tangan aku. Ish, bengkak tangan aku. Terus aku cuba tanggalkan cincin aku. Yang kat jari manis tuh, after a few tries, dapat aku tanggalkan. Tapi, yang kat middle finger, cincin berangkai 3 tuh, tak dapat aku nak tanggalkan sebab jari aku dah semakin bengkak. Puas aku guna sabun, guna lotion, rendamkan dalam air sejuk, tetap tak bergerak-gerak cincin tuh. Makin besar, makin kembang pulak perut middle finger aku tuh. 

Terus aku jadi panik, so aku tunjukkan kat King Mongkut. Sesambil aku cuba menanggalkan cincin tuh, sesambil tu aku cuba ingatkan, apa yang menyebabkan tangan aku boleh jadi bengkak tuh. Tak kan sebab aku makan kari kambing tadi kot? Kalau itu sebabnya, apa pasal tangan kanan aje yang bengkak? Ker aku ada terpegang apa-apa masa dalam train tadi kot? Ker sebab aku bersalam lama dengan Phil Keoghan tadi kot? Dia pakai gloves tebal tadi tuh. Ataupun sebab tadi masa melepak atas bukit tuh, masa nak cari tempat nak tidur, aku ada kuis-kuis rumput-rampai yang berair. Tah-tah itu poison ivy kot? Harus lah tuh. 

So sementara tunggu David balik kerja, aku dok rendamkan tangan dalam air sejuk ajelah. Bila dia balik, baru lah riuh sikit, dia tanya aku apa pasal boleh jadi gitu. Aku tak kata yang gatal tangan aku tuh sejak petang tadi, instead aku kata tangan aku baru aje jadi gitu tuh. Kalau aku kata tangan aku gatal sejak tadi, sure diaorang akan kutuk aku, lekehkan aku sebab buat benda-benda lekeh (tidur kat Central Park for example. Diaorang tuh pembesih sangat orangnya. Kononnya lah kan?), so itu yang aku tipu sikit tuh. Biar diaorang tahu yang bengkak tuh bermulanya dari apartment diaorang, entah-entah sebab detergent, sebab bleach, ataupun sebab ubat yang aku guna untuk buat catherter kat King Mongkut tuh terkena tangan aku. Biar diaorang ada rasa tanggung jawab lah sikit kan? Biar diaorang takut sesikit, kot-kot aku dikasi cuti. 

Aku balik kerja tuh, saspen aje, tak tahu nak buat macamana. Terus ajelah aku tidur, tapi terbangun beberapa kali sebab gatal sangat tangan aku, yang aku tak tahan, aku garu lah jugak. Bila tersedar lagi, aku tengok macam agak mengerikan tangan aku tuh, bengkak dan merah aje. Middle finger aku tuh lagi lah, merening aje (berkilat), macam kote budak yang digigit tungau aje kaedahnya. Nak disentuh sakit, aku nak genggamkan jari jemari aku pun sakit. 

Tersedih aku jadinya, semakin parah tangan aku nih, macamana caranya nak tanggalkan cincin di jari aku tuh? Prinsip dia sama lah macam cock ring yang orang pakai masa nak konkek tuh. Bila darah tak jalan sebab cock ring tuh ketat, itu yang kote jadi bengkak, kan? 

Semakin risau aku jadinya bila memikirkan yang kalau sehari dua lagi, haruslah putus jari aku nanti tuh sebab dia semakin membengkak, dan aku tak tahu macamana nak tanggalkan cincin tuh. Berangkai 3 pulak tuh. Apa lah nasib aku, sudah jatuh ditimpa tangga. Dah lah sakit pinggang, ini tangan dan jari aku pulak bengkak. Kalau bengkak gitu aje aku tak kisah sangat, tapi, kat middle finger aku tuh ada cincin, dan cincin tuh melekat kat jari tuh sampai genting jadi nya jari aku. 

Terus aku terbayang yang silap-silap akan putus jari aku, silap-silap kena dipotong jari aku tuh (David ada beritahu yang itu kemungkinannya kalau aku masih tak dapat tanggalkan cincin tuh).Terus aku tak boleh tidur memikirkannya. Akan cacat lah aku. Macamana aku nak tulis blog kalau tak ada jari nanti tuh? Alah, kalaulah aku cacat, aku tak perlu kan blog lagi, aku akan putuskan perhubungan aku dengan dunia luar. 

Khamis07052009


Hari nih hari perlepakan jugak, sepagian aku melepak di bilik, sakit pinggang aku dah kurang dah sikit, dah boleh dibengkok dan dipusing-pusing dah pinggang aku tanpa rasa sakit sangat.

Lepas bersenam kampung, aku pergi hantar pakaian ke laundry, tak banyak kali nih. Pergi buat laundry tuh pasal dah tak ada stokin bersih, semuanya dah dipakai. From now on, bilamana tiada adanya stokin bersih yang boleh dipakai, maka pada waktu itulah akan aku melakukan pembersihan pakaian. Kira oklah tu kan, compared to katalah aku pergi beli setokin baru sebab tak ada stokin nak dipakai (sebab malas nak pergi buat laundry). Itu kira teruk sangat dah kan? 

Biasanya aku pergi laundry, dan waktu tu jugak aku pergi potong rambut, kan? Biasanya gitulah. Tapi kali nih tidak, sebab belum panjang pun rambut aku, baru 3 minggu dipotong. 

The rest of the morning tuh aku lepak ajelah. Aku talipun satu tukang urut nih, orang Jepun, aku set kan nak buat appointment untuk Shiatshu Sabtu nanti pukul 7 petang, lepas balik kerja. Itulah yang paling murah pun, $60 sejam. Aku cadang nak buat sejam setengah sebab dah lama tak pergi urut nih, banyak urat aku yang bersimpang siur yang perlu dileraikan agaknya. Lagipun tempat mamat Jepun tuh jauh, atas dari Columbia Uni sana tuh, kat 200th Street, Upper West Side, tak berbaloilah kalau buat sejam aje. 

Aku talipun jugak Cervantes Instituto, nak tahu samada kelas Spanish aku minggu depan ada atau tidak. Diaorang kata kelas aku tuh ada, tapi cuma ada 4 orang students aje. Alaaa, ada best, ada tak best nya kelas yang tak ramai students nih. Best nya sebab Cikgu dapat kasi perhatian lebih sikit. Yang tak best nya, sure kena selalu tanya, kena selalu disoal. Aku sure kena jadi rajin, sure kena jadi aktif sikit. Masalahnya, sejak habis kelas ituhari (6 minggu lepas), baru sekali aje aku bukak buku dan nota Spanish aku. Tak apa, aku masih ada masa, weekend nih aku kena pasti kan aku bukak buku-buku aku sebab first day Isnin nati sure akan banyak ditanya, sure ada sessi memperkenalkan diri gitu kan? Alaaaa, Sunday night kan ker Amazing Race Finale? Alaaaaaaaaaaa...........

Korang ingat dak PakCik tua Jogn Walls yang mula-mula aku kerja di apartment dia dulu, dalam bulan 2 tahun lepas kot? Masa aku baru nak berkecimpung di bidang jadi caregiver nih. Ala, PakCik tua yang selalu menalipun aku sebab nak bermanja dengan aku tuh. Yang bila aku tak layan (sebab aku sibuk nak chat kat tag) masa dia call, dia merajuk, dia kata, dah lah dia tak ada anak, tak ada cucu, bini dia tak layan dia, ini aku pulak tak nak layan dia bersembang kat phone.

PakCik tuh talipun aku semalam, aku terjawab pulak call yang numbernya diblock tuh. Dia tanya aku semalam, kalau-kalau aku ada kawan yang nak kerja jaga dia. Aku kata tak ada. Tadi dia talipun lagi, tanya aku kalau-kalau aku nak kerja macam dulu kat apartment dia. Aku tak kata tak nak tapi aku kata lah yang aku ada hal lain. Tak nak lah aku, takut jadi macam dulu, lagipun gajinya kecik jer, kerja pun 2 jam aje sehari, dua kali seminggu. 

Aku tidur awal harinih sebab esok nak kena bangun pagi, nak tengok The Early Show kat CBS Studio, sempena ketibaan Phil Keoghan (of The Amazing Race) yang dah tamat berbasikal merentas Amerika untuk tabung penyakit MS (King Mongkut tuh mengidap MS lah). Sure aku masuk tv esok nih.

Rabu06052009


Meniarap aje aku sepanjang pagi tadi, hari ketiga sakit pinggang nih. Aku buat exercise sesikit, nak kasi tak sakit. Kebetulan pulak ada member-member lelaki kat tagboard/blog yang kasi cadangan, suggestions, diaorang ajar aku buat senaman rimau, macam-macam lagi lah. Terralit jugak aku lepas tuh, akan datang nih aku nak buat senaman-senaman kampung gitulah di waktu pagi. 

Malam semalam, lepas balik kerja, aku singgah kat Little India di Jackson Heights, aku beli kari ayam sama kuah dhal, so ada belen dia sikit untuk lunch. Itu yang aku makan for lunch harinih. Masa aku makan tuh, tuan rumah aku baru nak memasak. Sesambil dia memasak, dia pasang lagu-lagu Indo lama, kuat dipasangnya, mendayu-dayu bunyinya. 

"Enak lagu ni sih, siapa penyanyi nya?", aku tanya dia. 

"Eddy Silitonga", kata dia. 

"Ooooo, aku pernah dengar nama tu", aku kata kat dia. Aku terus aje lah makan. Sesambil dengar lagu-lagu yang rasanya pernah aku dengar masa kecik-kecik dulu.

Bercucuran airmata, bila ku terbayang
Betapa kah besar budi ibunda berikan
Siang malam, menderita, hingga tak dirasa
Sungguh besar kasih sayang ibunda seorang

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan
Tiadak bahgia jika tiada dua puja restu
Sorga itu di telapak kaki ibu.......

Terus meluncur-luncur airmata aku keluar bila dengar lagu tuh. Aku teruskan jugak makan, bila tuanrumah aku masuk ke bilik, cepat-cepat aku berhenti makan. Dan aku teruslah melepak kat bilik aku, aku cari kat youtube.com lagu tuh. Dan dalam sesetengah jam tuh aku asyik mainkan lagu tuh aje lah. Airmata aku tak boleh ceritalah, laju aje mengalirnya.

Puas aku cuba fikir benda lain tapi lagu tuh terstuck pulak kat kepala aku, yang buat palatnya, bila aku ingat aje lagu tuh, airmata aku terus aje keluar. Aku nak pergi kerja, macamana nih? So, sepanjang jalan ke subway, sepanjang menunggu train, sepanjang dalam train, macam bodoh jer aku jadinya. Asyik kelip-kelipkan mata aje nak kasi airmata kering. Dah lah pinggang aku sakit. Aku tahu, orang kata, pain is just weakness leaving the body. Tapi, airmata pulak apa dia? 

King Mongkut tanya aku apa pasal mata aku merah, so aku kata lah yang contacts aku masuk habuk. "Both of them?", pandai pulak King Mongkut nih, kata aku dalam hati. So dia tanya aku kalau-kalau aku ok sebab dia nih takut sangat kalau aku tak sihat, takut berjangkit kat dia lah kononnya. 

Aku tak urut pun King Mongkut petang nih sebab dia suruh buat catherter awal sikit. Dia ada ubat baru, itu yang dia nak suruh aku cuba tuh. Bukan ubat apa sangat pun, cuma sebelum buat catherter tuh, kena sapu kepala kote dia dengat this new ubat yang macam iodin kalernya. Biasanya disapu dengan swab yang ada alcohol, nak sanitizekan kote dia, jugak gloves yang aku pakai. 

Leceh jugaklah jadinya sebab nak kena guna banyak gloves, nak sapu ubat, nak sapu lubricant kat tube catherter tuh. Nak tergelak pulak aku, sebab lepas sapukan ubat tuh, kote King Mongkut jadi macam satay yang sedia untuk dibakar aje gayanya, dengan kaler iodin tuh, ekekekekkee. 

David balik awal jugak harinih so diorang dinner pun awal. King Mongkut makan steamed sweet potato, yang puas aku fikir, apalah sedapnya. Keledek rebus, apa sedapnya kan? Rebus gitu aje, tak taruk garam, tak taruk apa. Yang bagi diaorang, kelas sangatlah kononnya makanan tuh sebab healthy. So aku ceritalah yang kalau kat Malaysia, itu makanan orang miskin. Makanan masa perang Jepun dulu. 


IsninSelasa0405052009


Isnin
Aku memang tak ada plan nak ke mana-mana pun sebab aku dah tahu yang harinih akan hujan sepanjang hari. Itu yang aku melepak aje kat rumah. Nak memasak pun malas sebab last Friday dah turun ke dapur, kan?

Satu aje plan aku, nak start tengok-tengok balik Spanish lesson aku now that minggu ini minggu terakhir sebelum kelas aku mula. Itupun kalau ada kelas tuh nanti, aku kena check dengan Cervantes Instituto tuh Friday nih samada kelas aku ada atau pun tidak. Kalau ada, akan start Isnin, bukannya Selasa macam selalu tuh. Mintak-mintak ada lah kelas kali nih. Itu yang aku macam kalut sikit tuh sebab dah berapa lama dah aku tinggalkan Spanish lesson aku, sikit pun tak sentuh apa-apa (kecuali sekali dulu tuh), haruslah aku dah lupa semuanya.

Tapi, masa aku tengah nak kemas bilik, masa nak ambik apa tah, pinggang aku terseliuh. Berkeriuk bunyinya masa aku tunduk nak ambik barang tuh. Terus lah sakit pinggang aku jadinya. Sebelum ini aku pernah sakit pinggang gitu, dalam tiga empat tahun lepas kot, so aku tahu sangatlah macmana siksa dan azabnya. Nak berjalan pun sakit, rasa macam belakang aku tak ada tulang gitu. Masa nak sembahyang, masa rukuk langsung tak boleh rukuk. Masa sujud tuh ok lah sikit.

Cadangnya nak call King Mongkut aje nak beritahu yang aku tak dapat datang kerja, tapi sebab last minute sangat, takut pulak mati kaku King Mongkut tuh kang. Iyalah, dia tuh, sedangkan air setitik jatuh ke lantai pun dah menggelabah sampai terjerit-jerit, ini kan pulak kalau dapat tahu aku tak dapat datang kerja, kan?

Tapi, macamana aku nak pergi kerja, belakang aku, pinggang aku sakit. Macamana aku nak mengangkut dia dari scooter ke katil, dan dari katil ke scooter? Sedangkan aku nak pakai spenda, nak pakai seluar pun terpaksa kuis-kuis dengan kaki. Berdiri sakit, duduk pun sakit. Biasanya tiga empat hari akan hilanglah sakit pinggang aku nih. Mulanya aku nak ke Chinatown nak urut tapi macam dah tak sempat aje dah, so aku terus aje lah ke Forest Hills. Masa dalam train, duduk pun macam orang bunting aje sebab sakit.

Aku tak beritahu King Mongkut pun pasal aku sakit belakang, aku buat kerja macam biasa. Masa nak mengangkat dia ke katil, punyalah sakit, berpeluh aku menahannya. Itupun aku angkat dia sikit-sikit, aku sidai-sidai aje badan dia kat birai katil, kaki dia pun terjuntai aje. Tak kuasalah aku nak mengangkat dia elok-elok, tak ada kederat.

Selasa
Walaupun aku tidur awal semalam sebab sakit pinggang aku masih belum hilang, tapi pagi nih aku melepak kat katil aje seharian.Jadi macam bodoh jer gitu. Bila sakit, mula lah fikir bukan-bukan, kan? Mula lah fikir, nasib baik lah sakit yang aku boleh handle, dibuat nya ditimpa sakit yang teruk yang aku tak boleh handle sendirian, itu lagi parah. Dah tua dah rupa nya aku nih sampai sakit pinggang, sakit sendi-sendi. Tak boleh gayanya hidup macam nih, tak ada sapa nak jaga aku. Aku kena fikir nak balik Malaysia lah nampak gayanya nih. Benda-benda gitu lah yang aku fikir.

Aku tanya tuan rumah aku kalau-kalau dia tahu mana-mana orang Indo yang tukang urut, tapi tak ada lah pulak tukang urut yang dekat-dekat sini. Dia kasi aku alat nih, untuk urut badan, so aku cuba lah. Best, bergetar-getar badan aku, sampaikan bontot pun aku urut jugak. Dalam setengah jam gitu aku guna alat tuh, lepas tuh aku jadi macam mengantuk aje, terus aku tidur. Sedangkan sebelum tuh aku baru cuba-cuba nak bukak buku Spanish aku. Kebetulan pulak Ramon tak ada talipun ajak jalan-jalan, itu yang aku terus sambung tidur tuh.

SabtuAhad0203052009

Sabtu


David pergi gym harinih sama kawan dia yang baru beli kereta baru, so diaorang pergi meronda-ronda, itu yang David balik lambat tuh. Aku sama King Mongkut aje lah seharian kat apartment harinih, punyalah bosan nya. Lepas menyiapkan dia kat bilikair, lepas angkut dia ke katil, terus aje lah aku buat kerja-kerja lain. 

Lepas tuh, dalam sejam lebih aku dok mengurut dia, biasalah, tersengguk-sengguk aku. Dekat pukul 2, bila King Mongkut nak lunch, barulah dia kata kat aku, kalau aku letih, berhenti ajelah urut dia tuh. Memang dasar sangat kan? Lepas lunch, kitaorang tengok tv aje, sampailah masa David balik.

Sebelum aku blah pukul 5 tuh, biasalah, David tanya aku, apa aku nak buat malam nih. Terus aku kata, yang kalaulah aku nih tak ada ugama orangnya, dah lama dah aku gave up on life. Aku kata gitu sambil gelak-gelak. Bila dia tanya aku apa pasal aku cakap macam tuh, aku beritahulah yang tak ada benda menarik dalam hidup aku nih, dan aku pun dah macam muak nak buat benda-benda yang aku selalu buat. Nak tengok wayang aku dah malas (sebab aku akan jadi sedih memikirkan yang menengok wayang aje lah yang boleh buat aku happy), nak jalan-jalan aku malas (sebab aku rasa dah tak ada apa yang menariknya pun dah). 

So dia kasi aku a few examples, mak dia, nenek dia, dan dia sama abang dia King Mongkut. Diaorang punya kehidupan pun mendatar aje, semuanya bergantung pada orang. Nenek dia, hidupnya bergantung pada Roslyn, dia punya caregiver. Mak dia, hidup dia 100% bergantung sama Sandy, kawan dia yang sentiasa sama-sama dengan dia ke hulu ke hilir. 

"Be more positive, Joe", kata David lagi. 

"How can I be positive when everything is so very negative. I always worry myself and I admit it and no matter how hard I try to change my thoughts, they always keep coming back to me", aku kata gitu.

"Ho ho ho Joe, you are in a very serious territory", kata David sambil gelak-gelak. 

"Well, now I feel a bit better after talking to you", aku kata gitu bila aku nak blah. 

"That's Spring Fever Joe", kata David. "Go out and do something good, go see a movie or go for a nice meal", dia kata lagi. Betul jugak kata dia tuh, Spring Fever nih menyerang masa-masa gini lah, masa dekat nak Summer. Waktu siang nya panjang, so kita akan rasa resah bila tak tahu nak buat apa, kita akan rasa macam membazir waktu begitu aje. Lama dah aku tahu nya pasal Spring Fever nih tapi dulu aku ingatkan saja jer diaorang reka-reka term nih, sinonim lah dengan orang-orang America yang tak ada life nih. Rupa-rupa nya aku pun boleh terkena fever bodoh tuh. Tapi tak apa lah, Spring Fever pun Spring Fever lah kan, asalkan jangan Swine Flu dah lah. 

So aku jadi macam bersemangat lah sikit lepas tuh, benda-benda negatif tuh semua, it's all in my mind aje benarnya. So aku turun kat 63rd street, jalan-jalan gitu lah sampai ke Flatiron District (kat Chelsea, tapi di East Side). Then terus aku balik ke rumah aje, lepak online sekejap, makan, dan sebelum pukul 10 aku dah tidur. 

Ahad

Sebab harinih kitaorang nak keluar, itu yang aku masuk kerja pukul 10 pagi sebab kalau awal keluar nya, awal lah jugak balik, takut tak sempat nak buat catherter kat King Mongkut, dan dia pun sure nya nak berak, sedangkan aku habis kerja pukul 5 petang. 

So, awal lah kitaorang keluar harinih, dalam pukul 11 gitu. Aku sama David malas sangat sebenarnya nak ke mana-mana tapi King Mongkut tu lah, nak sangat ke mall. Tak masuk kat akal aku nih, apa lah yang menariknya kat Roosevelt Field Mall tuh yang King Mongkut nak pergi sangat tuh. Aku ingatkan life aku sucks tapi King Mongkut lagi teruk rupanya. 

Macam biasalah, pusing mall tuh dua tiga rounds, masuk Macy's, masuk Bloomingdale's, masuk Nordstrom. David beli jacket sebijik, itu aje. Aku beli M&M sebungkus, itu aje. King Mongkut tak beli apa, itu aje. 

Sampai semula Forest Hills dah pukul 2, terus ajelah kitaorang lunch. Macam biasa, King Mongkut nak berak right after lunch, dan dia fikir, sementara dia berak, bolehlah aku lunch. Tapi, lepas aje kasi dia makan, terus aje aku makan tuna sandwich aku, makan cepat-cepat gitu sebab King Mongkut terus aje tunggu aku kat pintu bilikair. David tegur aku sebab laju sangat makannya, dan masa aku memanouvrekan scooter King Mongkut masuk ke bilikair, terus David kata kat King Mongkut yang aku swallowed aku punya lunch in less than a minute. 

King Mongkut kata lah yang sementara dia berak, bolehlah aku lunch. Sempat dua tiga kali aku fikir, sempat aku susun ayat, aku nak cakap kat diaorang benda yang dah lama aku rasa nak cakap. 

"Look, Hal, do you expect me to have my lunch right after doing your enema? I can't", aku kata gitu. "Wow', itu aje yang terkeluar dari mulut King Mongkut. Aku pandang David, aku tak reti nak tulis macamana tapi dari expression muka dia, aku tahu yang dia rasa kesian, guilty dan malu, yang selama ini aku pendamkan aje. Tapi nasib baik David tuh bagus orangnya, dia terus buat lawak, "I can...", kata dia. Adalah dia sambung lagi buat ayat bodoh, ayat kotor pasal taik, pasal makan. "I can't!", aku kata gitu. "Sorry, I can't", aku kata lagi, sambil gelak-gelak, untuk mengcover kekelatan keadaan masa tuh. 

Terdiam King Mongkut sebab selama ini dia tak perasan pun yang aku tak suka lunch (weekends aje biasanya) lepas buat enema kat dia. Iyalah kan, mana aku sanggup nak makan lepas cucuk botol enama tuh ke dalam lubang jubur dia kan? Ok, walaupun biasanya kalau aku buat enema, aku tak pandang pun, aku pakai agak-agak aje kat mana lubang jubur dia (alah, lelaki nih senang sikit kan sebab ada satu lubang aje kan? Bukannya macam perempuan yang banyak lubang, kan? ekekekekek larikkkkkkkkkkkkk), tapi the thought yang right after pegang jubur dia, aku akan pegang makanan for lunch, itu yang aku tak tahan tuh. What if taik dia bertempiaran kat tangan aku? (Pernah terjadi gitu).

So banyak kali lah King Mongkut mintak maaf dengan aku, dia kata yang akan datang, dia akan tunggu aku siap lunch dulu baru lah bawak dia ke bilikair. Aku yang terkesian dengan dia sebab dia rasa malu dan macam bersalah jer tuh, aku buat selamba aje lah, aku buat macam tak kisah langsung. Aku buat lagi baik even, aku layan dia elok-elok aje. Tak ada pun aku hempas-hempas, lantun-lantun, henyak-henyak macam selalunya kalau aku tengah bengang kat dia dia masa nak pindahkan dia ke atas throne dan atas scooter.

David tanya aku apa aku nak buat lepas habis kerja sebab kat luar hujan renyai-renyai. "I'm going straight home", aku kata gitu. Gelak dia bila aku kata aku suka kalau hujan, adalah excuse dan reason aku yang aku tak buat apa-apa. Dan aku tak akan rasa down (sebab tak buat apa-apa) sebab orang lain pun sure "tak buat apa" jugak sebab kat luar hujan. 

Aku cakap aje tak nak buat apa-apa tapi aku terturun kat 14th Street, dari situ aku jalan aje lah dalam hujan gerimis tuh, menghala ke arah Greenwich Village. Then ke Washington Square, kat area-area New York University. Then lalu kejap kat West 4th Street, tertengok poster film yang main kat IFC (Independant Film Center), ada lah satu filem nih nampak macam best, yang main pukul 7 nanti.

So aku melilau kat Bleeker Street, kononnya nak cari restoran Thai, nak makan lah dulu sebelum tengok wayang. Kat area tuh memang banyak restoran tapi semuanya yang kelas-kelas, yang aku tak berani nak masuk sebab aku sorang-sorang. Fast food joints yang lain pun ada jugak kat West 4th Street tuh tapi tak kan lah aku nak makan kat situ pulak kan? Itu low class sangat tuh kan? Aku nih class di tengah-tengah, itu yang aku kena cari restoran yang agak upscale tapi tersorok dan tak ramai orang. So itu yang aku pusing ke sana sini tak tak ada lah pulak jumpa Thai restoran. Sampai ke Astor Place aku termerayau, sampai ke Bowery (yang kalau aku teruskan jalan, sampai ke Chinatown) aku terpergi. Aku dok jupper chari! Chari-chari dok jupper, chari-chari dok jupper. Natang sunggoh lah. 

Tersesat aku dibuatnya, nasib baik sempat sampai semula ke IFC dalam 5 minit sebelum film tuh mula. Aku tengok Revanche, film yang dinominated untuk Oscar, kategori Best Foreign Film. Film Austria, dalam bahasa Jerman yang beracccentkan Osterreich-Deutsch. Aku tak tahu menahu pasal film nih sebenarnya, the first 15 minutes tuh macam boring aje. Filem-filem dari Eropah ni kan, kalau bab-bab bogel dan seks, diaorang selamba aje, grafik sangat, sampaikan aku termalu sendiri menengoknya. 

Best jalan cerita film tuh, tagline nya , "Whose fault is it if life doesn't go your way?". Aku suka ending film tuh, dan lokasi film tuh, outskirt of Vienna, Austria pun lawa. 




RabuKhamisJumaat293031042009




* Malas sangat nak buat updates nih so tulis satu dua ayat dah lah.

Rabu, lepas Zohor baru aku keluar, terus pergi kerja. Sepagian tuh aku tidur aje kerjanya. David kata yang diaorang tak jadi ke Cape Code gayanya bulan June nanti, sebab takut swine flu. Diaorang tuh memang germphobics orangnya. So hancurlah harapan aku untuk dapat cuti seminggu, itu yang buat semangat aku terus hilang tuh. 

Kawan diaorang ada datang for dinner malam nih so adalah kelainan sikit dari malam-malam selalunya. Bila pukul 8, aku asyik pandang jam aje, sampaikan King Mongkut terperasan, itu yang dia suruh aku bawak dia ke bilikair cepat-cepat. Kalau ikutkan David, dia nak suruh aku tunggu lama sikit. 

Khamis, pun sama. Kemalasan aku sungguh mengalarmkan lah. Jadi down aku dibuatnya. Nak jogging malas, nak belajar Spanish malas, nak keluar jalan-jalan pun malas. Tak ada apa yang menariknya dah rasanya. Itu yang buat aku fikir, nak balik Malaysia aje lah gayanya gini nih, bosan dah aku duduk New York nih, tak ada kawan. 

Aku tak lunch tadi sebab aku breakfast lambat sikit, makan omelet kat Mexican Cafe kat area rumah sewa aku tuh. Takut jugak aku nak ke cafe tuh mulanya tapi sebab lapar, dan aku tengok orang lain selamba aje, aku pun makan kat situ lah. 

David balik lambat harinih sebab dia ada janji dengan kawan dia, so King Mongkut suruh buat lain sikit. Dia suruh aku urut dia lama sikit dan dia nak buat catherter lepas dinner, dan dinner pun nak awal, dia nak ada kat bilik dia sebelum pukul 8, sebab Ugly Betty punya new season akan start malam nih. 

Lepas kerja aku ke Pinang Restaurant, makan shrimp teriyaki, sambil sembang-sembang dengan Ramon. Dia ajak keluar jalan-jalan, makan-makan Selasa depan, hari off dia. 

Jumaat

Harinih adalah datang sikit rajin aku. tak basuh muka, tak gosok gigi, aku terus keluar beli bendi kat kedai India. Aku masak kari salmon, taruk kacang bendi. Boleh tahanlah sedapnya. Sembahyang Jumaat kat masjid Turki, dan terus ke Forest Hills. 

Malam nih diaorang ada guests lagi, couple Mat Salleh + Thai yang satu apartment tuh, biasalah diaorang nih, dari 6 sampai 9-30 pm baru selesai, terpaksalah aku balik lambat sejam. Esok dah lah kena kerja pagi. 

Selasa28042009


Aku keluar awal sikit, itupun sebab cuaca panas, esok lusa akan sejuk semula, dan akan hujan sepanjang hari. Malam semalam tuan rumah aku masakkan aku lontong   sayur (aku kasi dia $10), so untuk dua tiga hari, tak ada lah masalah aku nak makan apa. Lepas makan tuh barulah aku keluar. Akan aku ulang-ulang makan lontong tu aje lah.

Mulanya aku  nak ke Central Park, nak tidur bawah pokok (tak daya lah aku nak berjemur macam orang lain tuh,  kulit aku  nih  kalau  kena panas sekejap aje dah  jadi  hitam  legam), tapi  entah  macamana,  aku  terpergi  ke Roosevelt Island. Ok jugak kat situ, tak ramai orang melepak kat promenade tuh, lagipun Roosevelt Island tuh dah on the  way ke Forest  Hills aje, so boleh aku lepak lama-lama sikit. Tak sempat lama meround, aku  termengantuk  lah pulak, so aku lepak kat bangku, tidur di situ. 







Isnin27042009


Sekarang nih malam hari Ahad sama Khamis aku tidur lewat, way lewat, kadang tuh lepas Subuh baru tidur. Pasal apa? Pasal dua malam ni aku tengok tv, Amazing Race sama Survivor. Aku tengok tv kat internet, kat bilik aku tak ada tv. Aku miskin, mana ada tv. Biasanya dalam 12-30 malam baru diuploadkan newest episod tuh ke website diaorang, so itu yang aku tunggu tuh. 

Semalam macam tu lah, habis tengok Amazing Race, tak boleh lah pulak nak tidur sebab lapar. Itu lah penangan makan laksa aje semalam tuh. Nasib baik lah ada roti yang hampir keras dah pun, so makan roti ajelah dua tiga keping, cicah Milo. 

Harinih cuaca panas, itu yang aku berusaha jugak nak keluar walaupun lewat bangun nya. Nak lah jugak aku sama-sama jadi macam orang lain, yang happy aje sebab cuaca elok. Tapi, bila keluar aje, aku tak tahu nak ke mana, nak ke Times Square, ramai sangat orang. Last-last aku ke Jackson Heights aje lah, nak lunch kat kedai Paki tuh. 

Eh Dear Diary, aku rasa aku nih baik orang nya, I have a very good heart gitu. Tadi kan, sepanjang aku makan/melepak kat kedai tuh, aku asyik terfikir pasal dua benda nih aje, Dear Diary. 

Yang kesatu, masa aku tengah nak order makanan, ada lah satu mamat bertongkat nih (itu simptom awal orang yang kena MS biasanya), dia kata kat tokay tuh, "I only have $5, what can I get with $5?", dia tanya gitu. Dua kali dia tanya, server tuh macam layan tak layan jer dia. Tiba-tiba aje aku kata, "That's alright, I'll pay for your meal. Take whatever you want, I'll pay", aku kata lagi. 

Mamat tuh macam terkejut, dia kata tak payah lah, tapi aku selamba aje kata yang aku akan bayar, aku kata yang aku selalu makan di situ, tokay tuh dah kenal aku, sambil aku kasi signal kat tokay tuh yang aku akan bayar. "You don't have to do that, Sir", kata mamat tuh, yang aku tengok, bukanlah homeless ker apa, pakaian dia biasa aje, ada cellphone kat pinggang pun. 

Aku duduk kat meja hujung sekali sebab aku tak nak mamat tuh datang duduk semeja dengan aku. Aku nak habis di situ aje, no big deal lah bayar makan orang yang aku tak kenal, macam tuh lah kaedahnya. Aku terfikir, kalaulah aku yang orang belanja makan, sure aku akan duduk semeja dengan dia. Tah-tah aku yang suapkan dia makan, kononnya macam nak balas jasa dia, ataupun nak menunjukkan yang how much aku appreciate kebaikan dia tuh. Nasib baik lah mamat tuh duduk di meja lain. Macamana pun, bila dia habis makan, dia datang ke meja aku sekali lagi, dia thanked aku sekali lagi. "That's alright, it's your lucky day", aku kata gitu.

So itulah, sepanjang aku melepak makan tuh, aku terfikir itulah, yang aku rasa aku nih baik hati orangnya. Yang walaupun aku nih bukan orang kaya, yang walaupun aku nih hidupnya susah, tapi itu tak menghalang dari aku buat kebaikan, walaupun kecik. Aku jadi macam insaf gitu yang aku bukan aje lunch tapi aku jugak berpeluang buat baik. Santapan rohani dan jasmani gitu kan? Then aku terfikir, mudah-mudahan kebaikan aku yang tak seberapa tuh, di pandang mulia di sisi Tuhan. Mudah-mudahan itu jadi salah satu pendinding dari kesusahan. Amin. 

Ok, itu satu. Walaupun apa lah sangat, walaupun nampak macam aku membesar-besarkan kebaikan aku, tapi benda itu lah yang aku fikir sepanjang aku makan tadi tuh, Dear Diary. 

Sambil melepak minum teh (aku dah jadi macam orang India/Paki dah, lepas makan nasik, aku minum teh panas. Memang style diaorang gitu, kalau korang nak tahu, cuba ikut geng-geng Tabligh orang-orang Paki/India) aku terperasan ada sorang pekerja restoran tuh, orang baru, yang aku belum pernah nampak sebelum ini. Aku perasan yang kat situ selalu bertukar-tukar helper, yang tukang buat teh, cuci meja, sapu lantai, hantar makanan ke meja etc. Aku tengok yang mamat tuh muka kalut aje, iyalah kan, orang baru. Macam lipas kudung dia kerja, dari satu benda ke satu benda dibuatnya. Tray disusun, meja dilap, satu persatu. Pendek kata, dia cuba buat yang terdaya, nak collect points lah kot? 

Terkesian aku menengoknya. Apasal aku nih mudah sangat terkesian dengan orang, hah? Tak ada pun orang yang terkesian dengan aku. Bukan apa, sebab di pandangan aku, mamat tuh tak ada tokoh kerja susah-susah gitu. Dia sepatutnya kerja yang best-best, kerja office ker, ataupun jadi pelakun kat Bollywood. 

Aku berkeras nak buat sendiri aje nak buang sisa makanan, nak hantar tray, tapi dia pun berkeras jugak nak buat semua tuh. "I'm a regular here, you are NOT supposed to do this", aku kata gitu. Makin kesian aku menengoknya bila mamat tuh lap kan meja aku, susun kerusi etc. Macam yang aku cakap tadi, aku dah lama makan kat restoran tuh, biasanya semua tuh kena dibuat sendiri. So aku taruk duit $2 kat meja tuh, malaslah aku kasi ke tangan mamat tuh. Dia tak ambik, instead dia tunjukkan kat cashier, dia ingat aku nak bayar harga makanan kot sedangkan aku dah bayar siap-siap dah tadinya. 

"No, that's for you", aku kata gitu."For what?", mamat tuh tanya aku, terus dia pura-pura buat kerja lain. Sentapzlah aku kan, aku nak kasi dia tips tapi dia tak nak terima pulak. So aku kasi duit tuh kat tokay kedai, aku beritahu dia suruh kasi kat mamat tuh. "Take it!", kata tokay tuh sambil masukkan duit tuh ke dalam poket baju mamat tuh. 

Sambil berjalan keluar restoran, aku teringat yang aku dulu sebijik macam mamat tuh. Aku teringat pasal masa aku kerja kat nursery, kat greenhouse, masa summer beberapa tahun lepas. Kali pertama orang kasi aku duit (tips) walaupun cuma sedollar, lepas aku punggah pasu bunga ke kereta dia. Berkeras aku tak nak ambik duit tips tuh (walaupun cuma sedollar) sebab aku macam malu gitu (macamlah aku kebulur sangat nak kan sedollar tuh, itu yang aku fikir masa tuh. Yang kalau nak kesian kat aku, nak kasi aku duit, kasilah banyak, ini kalau ko kasi sedollar aje, it does more harm to my ego). Sebijik macam tuh kaedahnya. 


Ahad26042009


David ajak keluar pulak hari nih, dia nak beli barang dapur katanya. Lagipun cuaca panas, rugi aje kalau memerap di rumah, kan? So cepat-cepat aku siapkan King Mongkut. Tak mudah lah dia tuh, nak pakai shorts kononnya, baju nak di tuck in, menampakkan perut yang terjojol buncit tuh.

Elok aje kitaorang nak keluar, lif rosak, so kitaorang terpaksa tunggu for like half an hour sebelum buat keputusan samada nak terus tunggu atau nak cancel aje. Iyalah, kitaorang kat Floor 7, tak kan nak usung King Mongkut tuh kan? Scooter dia? Itu lagilah beratnya.

David keluar akhirnya, so tinggallah aku sama King Mongkut aje lepas lunch tuh. Aku dah agak yang King Mongkut nak suruh aku urut dia, so aku tanya kalau-kalau dia nak berak, bolehlah aku melepak sekejap sebab masa tuh aku tertengok season lama Amazing Race yang difilemkan di Malaysia. Dia kata dia tak nak berak, terus dia suruh aku usung dia ke katil, terpaksalah aku mengurut dia dari pukul 1-30 tuh. Tersengguk-sengguk aku dibuatnya sebab dekat pukul 3 pun masih lah aku menguis-nguis kaki dia, dia terlena, aku pun terlena jugak.

Lepas tuh bila dia tersedar, dia suruh aku bawak dia ke bilikair, dia nak berak. Lepas tuh barulah nak dibuat catherter, sebelum aku habis kerja. Benganglah aku kan sebab kena dua kali kerja, dia ingat senang-senang nak usung dia turun naik katil tuh. Dah lah sekarang nih dia tuh kalau sebelum buat catherter, dia tak berbaju sebab dia nak aku sapu lotion ke setiap inci badan dia yang semakin menggerutu dan merkah tuh. Masa nak pangku dia, aku terpaksa pangku melalui ketiak dia, itu yang aku tak daya nya tuh. Nasib baiklah ketiak dia tak berbulu.

So aku kasi dia satu das lagi, aku katalah yang tadi nya sampai dua kali aku tanya dia, dia kata dia tak nak berak. Sekarang, bila dah di katil, barulah dia nak berak. Dan lepas berak, terpaksa angkut dia ke katil semula untuk buat catherter. Dia ingat senang aje nak mengusung dia tuh, pinggang aku nih sakit-sakit sebab asyik mengusung dia tu lah. Caregiver yang sorang lagi tuh, tiap kali dia mengusung King Mongkut, dia pakai talipinggang yang besar yang macam talipinggang emas juara tinju tuh, aku malaslah nak pakai talipinggang tuh, nampak macam tak kuat aje jadinya kalau pakai talipinggang tuh.

So tak jadilah King Mongkut nak ke bilikair, dengan dia nih kena berkeras sikit sebab dia nih macam tak ada pendirian orangnya, otak dia tak jalan sangat. Lantaklah kalau dia nak terberak nanti, masa tuh aku dah habis kerja, itu bukan masalah aku dah kan?

David balik aje terus dia tanya aku kalau-kalau aku nak blah awal. Ahad aku kerja sampai pukul 5 tapi harinih sebab cuaca elok, dan dia pun kata sure aku bosan gila, itu yang dia suggest kalau-kalau aku nak balik awal, pukul 4 atau 4 setengah. Teruslah aku kata aku nak balik 4 pm. Baik orangnya David tuh, dia memahami yang aku bosan. Bukan macam King Mongkut tuh yang tak fikir pasal orang pun, fikir ikut sedap dia aje. Cepat-cepat aku buat catherter kat King Mongkut, siapkan itu-ini, 4-05 aku blah. Lega rasanya, dapatlah jugak aku menikmati petang Ahad yang nyaman tuh, best gila rasanya, panas nya ala-ala panas kat Malaysia.
Aku turun kat Lexington Avenue, kejap aje berjalan berlengas ketiak aku, sebab aku pakai tshirt dan jacket nipis. Orang lain tuh aku tengok, berlenggeng aje.



[ Bagus mamat kat dalam gambar kat atas nih, selamba aje dia sembahyang di tengah-tengah kawasan lapang tempat dia berniaga tuh]

Dari Rockerfeler Center, aku ke Times Square, then ke Flatiron District, then ke Herald Square, masuk Daffy's sekejap sebab  aku  nak  uji diri aku. Iyalah kan, baru dapat gaji,  meronta-ronta  duit kat  wallet aku mintak dibelanjakan. Tak ada lah pulak tshirt  yang  lawa-lawa   yang aku berkenan. Adalah jugak a few yang aku berkenan sesangat, tapi  harganya pulak aku tak berkenan so aku tak beli lah. Aku keluar dari Daffy's tuh with mixed  emotions.  Happy sebab iman aku kuat, tak aku belanjakan walaupun  sekelumit  duit. Tak happy nya sebab itu jugaklah, aku tak terbeli apa-apa.



[Ini gambar dari tingkat 7 Daffy's tuh, kat luar tu lah Herald Square, di sebelahnya Macy's]

Sampai kat area Chelsea, aku jadi macam malas pulak nak teruskan perjalanan. Cadangnya nak ke West4th Street, nak tengok wayang filem Korea titled Treeless Mountain tapi takut pulak nanti terjebak dalam menonton film Korea, macam dua orang tuh yang tergila-gila dengan series Korea kat tv.

Macamana pun aku teruskan jugak perjalankakian, sampailah ke West Village. tengok-tengok orang berniaga di tepi jalan, gila diaorang nih, I-Have-Swine-Flu tshirts pun ada banyak dijual. 


Aku cadang nak terus balik aje, tapi masa train singgah kat Canal Street, Chinatown, aku terturun kat situ. So jalan-jalan lah, mulanya nak pergi kedai Asia yang banyak jual perencah masakan, tapi aku terlalu pulak depan Jaya restaurant, dan aku tertengok ada satu meja kat luar nih yang macam sesuai aje untuk aku melepak sambil makan sorang-sorang. So aku singgah, makan laksa, yang tak sedap, tapi tak lah tak sedap sangat. Habis lah jugak aku hirup kuah laksa tuh.


Aku jalan lagi lepas tuh, terpergilah pulak ke belah-belah tepi sungai, kat Seaport. So melepak kat situ lah aku akhirnya, keletihan.


[Rumah sewa aku di seberang jambatan nih, Brooklyn Bridge]



[Ini Manhattan Bridge yang tak selawa Brooklyn Bridge]





Dari Seaport aku terus jalan ke Financial District, aku jalan dari hujung ke hujung Wall Street



Then aku ke Battery Park, yang by that time dah Maghrib pun. Pusing-pusing kat promenade tu lah, menengok Jersey City, New Jersey dari kejauhan.




Sabtu25042009


Hari Sabtu lah hari aku paling malas sekali kerja, sebab aku kena kerja 8 jam (kadang jer 7 jam), so biasanya mood aku memang tak baik kalau pagi-pagi tuh. Tadi, David ke gym masa aku sampai, so masa nak menyiapkan King Mongkut di bilikair, aku buat selamba bodoh jer.

Ala, yang jenis, kalau dia tanya aku, aku tak jawab, kalau jawab pun, yes or no gitu aje. Aku perasan, dia nih cuba nak strike conversation dengan aku, tanya aku baik-baik aje, what I did last night, apa plan aku for the weekend, questions like that. Kalau David yang tanya, cara jawab aku lain, panjang lebar aku huraikan. Tapi kalau dengan King Mongkut tuh, bila dia tanya, aku samada angkat bahu dan pandang tempat lain, atau buat-buat tak dengar soalan dia. Kalau masa aku tak ada mood lah kan? Kalau masa mood baik, yang jarang sangat tuh, aku layan jugak dia sembang.

Macam biasa, lepas di bilikair, aku angkut dia ke katil, dan sementara dia rileks, aku vacuum lantai etc. Dia suruh aku buat esok (sebab dia nak aku urut dia, aku tau sangatlah niat dia tuh) tapi aku kata mungkin esok kitaorang nak keluar ke mana-mana, sure tak sempat nak buat tuh semua.

Baru aje aku nak start mengurut dia, mak King Mongkut talipun, dia dah nak sampai di Forest Hills. Bengang King Mongkut sebab dia ingatkan mak dia tak jadi nak datang. So kelam kabut dia suruh aku siapkan dia, kelam kabut jugak samada nak suruh aku tunggu mak dia kat lobby atau nak suruh aku ke kedai beli makanan.

Aku selamba aje tapi King Mongkut tuh kepoh sangat, so aku kasi dia sedas, aku guna ayat laser aku tu lah, yang aku tak faham apa pasal dia mudah sangat kepoh sedangkan tak ada apa pun yang nak dikepohkan sangat nya pun. So aku tunggu mak dia kat lobby, dah bawak dia naik ke atas, barulah aku ke kedai beli tuna salad for our lunch.

Tak lama tuh David balik, kejap aje dia bersiap dan dia keluar semula, dia ada janji dengan kawan dia nak pergi lunch kat Chelsea. Dia nih memang tak suka dengan mak tiri dia tuh, King Mongkut pulak asyik suruh mak dia tuh diam aje, mak dia nih memang becok, bercakapnya tak henti-henti. Aku tak join sangat diaorang sembang, kecuali masa lunch. Selebihnya aku kat dapur aje, tengok tv.

[Clip nih masa aku hantar mak dia ke lobby. Aku kena cakap kuat sikit sebab Queen Mother nih pendengaran dia kurang baik. Tuh perempuan tua yang kat lobby, yang jalan mengangkang tuh, itulah Mrs Forman, bitch from hell yang kitaorang kata tuh, yang satu floor sama David/King Mongkut. Dia nih melepak kat lobby aje kerjanya, lepas tuh mulalah mengomen pasal orang, komplen itu ini. Perasan dak yang dia mula bertikam lidah sama Queen Mother towards the end of the clip? Aku biarkan aje diaorang berdua, aku gelak-gelak sama doorman kat depan apartment tuh]




Tak dapat aku nak balik awal harinih sebab King Mongkut nak berak, nak buat catherter, lagipun David tak ada. Aku terserempak dengan David pun masa aku nak ke Pinang Restaurant, dalam pukul 6-15, dia suruh aku datang pukul 11 esok. 


Tak berselera pulak aku nak habiskan Nasi Goreng Tom Yam aku, mungkin sebab kat luar panas sangat kot, aku asyik minum aje. Weekend nih tempreture sampai dekat 90 F, kira panas sangatlah kan bagi aku orang New York nih kan?

Aku turun kat 63rd Street, merayau-rayau lah gitu sampai ke Times Square punya area. Mak oii, sendat Times Square, nak jalan pun kena berengsut-engsut. Itu 3 clips kat entry bawah tuh yang sempat aku ambik. 

New York City Yang Semakin Sibuk



RabuKhamisJumaat222324042009



Alright, entry ringkas pasal my activities for the past 3 days. 

Rabu

Aku keluar awal jugak harinih, tak ada tujuan nak ke mana-mana pun cuma aku bosan duduk di rumah, asyik nak tidur aje kerja nya. Aku merayau-rayau di Upper East Side dalam sesejam, then terus aje ke Forest Hills sebab hujan turun renyai-renyai. 

Aku pergi lunch kat Pinang Restaurant, Ramon kata semalam dia bangun lewat, sebab tuh dia tak talipun aku ajak keluar makan. Dia perkenalkan aku dengan satu mamat Indo waiter baru yang akan menggantikan dia nanti, dia nak berhenti kerja 8 Mei nanti. Ada awek Indo jugak, yang gantikan Minah Indo yang berhenti ituhari. Ramon tak beritahu apa plan dia seterusnya, dia kata dia dah letih kerja kat restoran tuh. "Juragannya bawel, capek aku deh", kata dia. 

Malam, balik kerja, aku singgah di Chinatown pasal nak tengok shooting filem (Nicholas Cage) tapi masa aku sampai kat tempat shooting, dah habis dah rupanya. Itulah, dah seminggu dah aku tengok (dari dalam train) yang malam-malam diaorang buat shooting filem, tapi aku tak pernah singgah pun, bila aku singgah, shooting dah tamat pulak.

Khamis

Aku ke Chinatown, beli barang-barang untuk acara bulanan aku, memasak. Aku nih tamak dan bercita-cita tinggi orangnya, selagi tak penuh tangan dengan barang, selagi itulah aku beli. Beli tiga jenis ikan, salmon, ikan bawal, ikan apa tah lagi satu tuh, udang, sotong. Sayur pun beli jugak, kangkung (nak masak kangkung belacan lah kononnya), terung, sawi, peria. Benda-benda lain aku beli jugak, Milo, kicap etc. Itulah, bila tengok aje benda tuh, mulalah kononnya dapat idea nak masak itu-ini sedangkan aku tahu sangatlah, akan buruk dan busuk aje benda tuh semuanya nanti tuh. Udang sama salmon sama sotong tu aje dah $20 lebih. So balik rumah aje teruslah aku masak, buat gulai ikan sama terung. 

Elok aje aku nak balik kerja, King Mongkut buat hal. Dia terberak. So kelam kabutlah aku sama David, samada nak usung dia ke bilikair atau nak bersihkan dia kat katil aje. Mulanya aku nak bersihkan dia kat katil aje sebab aku kata yang based on isipadu taik dia tuh, dia tak akan berak dah, sebab dia pun bukan nya makan banyak mana pun. Tapi King Mongkut berkeras jugak suruh bawak dia ke bilikair, sebab dia kata masih ada taik yang nak diberakkan. Merenguslah aku kan sebab dah time aku nak balik. 

SiDavid pulak satu hal, dia nak tolong jugak, sedangkan aku nak buat style aku. Masa dia koyakkan pampers King Mongkut, sambil tutup hidung, dia dok jaja pampers tuh. Apa lagi, berteraburan lah taik jatuh ke lantai, ke scooter. Atas peha King Mongkut pun taik jatuh seketul. Makinlah kelam kabut jadinya. Geram aku dibuatnya, benda yang simple dah jadi rumit. Mulanya David kata dia yang akan bersihkan taik-taik tuh tapi sebab aku nak cepat, lagipun aku nak kutip mata penuh, ekekekek, terus aku sarungkan gloves, aku pedap taik-taik tuh, sambil dalam hati aku kata, "mampos, tak makan lah aku malam nih". 

Jumaat

Ha, pagi nih baru lah dapat aku belajar Spanish dalam dua jam gitu. Dah lama aku plan nak belajar sendiri ajelah sementara kelas aku mula pertengahan Mei nanti, tapi itulah, tak pernah tercapai hajat aku tuh. So tadi tuh aku kuatkan semangat aku, lepas aje breakfast terus aku mentelaah, dapatlah 3 bab aku belajar. Macam orang gila cakap Spanish sorang-sorang kat bilik. 

Lunch makan gulai ikan semalam, then terus pergi Sembahyang Jumaat. Sampai Forest Hills sempat mengopi sekejap. Terus aje King Mongkut suruh aku ke kedai belikan dia pizza, lepas tuh ambil ubat kat Walgreens. David balik lambat harinih, dia nak pergi minum sama kawan dia lepas kerja. 

Nampak gayanya aku tak boleh balik awal dah macam selalu. Selalunya, kalau dah siapkan King Mongkut kat katil, David tanya aku kalau-kalau aku nak balik awal (awal pun dalam sesetengah jam gitu lah), tapi sejak kejadian semalam, David kata lah yang aku terpaksa tunggu sampai 8-30 baru boleh balik, sebab dia kata dia tak sanggup nak mengusung King Mongkut ke bilikair sorang-sorang. Biasanya kalau King Mongkut terberak, terkencing, David bersihkan gitu-gitu aje. Esok pulak David akan keluar seharian, dengar ceritanya mak King Mongkut (mak tiri David) nak datang tengahari esok.

Rabu22042009

IsninSelasa2021042009


Isnin

Semalam (pagi tadi), lepas Subuh baru aku tidur. Mulanya nak tidur dah tapi lepas tengok Amazing Race kat internet, terralit pulak mengikut perkembangan Phil yang tengah berbasikal across America [ www.philridesacrossamerica.com ]. Lepas tuh terus dah tak boleh tidur, punyalah bosannya, sampaikan aku tak tahu nak buat apa, so aku tengok The Price Is Right, back to back. 

Bangun pun dah pukul satu lebih, lepas aje Zohor terus aku keluar pergi kerja. Rasa fresh gitu tapi macam tak best lah pulak sebab kejap aje Isnin pun berakhir tanpa aku buat apa-apa yang berfaedah (macam lah hari lain aku ada buat benda berfaedah, kan?). Nampak gayanya the rest of the week nih gini jugaklah kot, buang masa begitu aje. 

David off harinih so dia ada di apartment masa aku sampai, lama jugak aku mengurut King Mongkut sebab diaorang nak lepak-lepak tengok tv sesambil tuh. Dia masih sakit perut so senanglah kerja aku sebab dia tak nak makan sangat pun, takat makan soup aje for dinner. 

Masa balik kerja, aku melepak kat subway kat Times Square, tak keluar pun, cuma jalan-jalan kat bawah tanah sesambil tengok orang. At least ada lah jugak aktiviti aku harinih. 


[Subway ride dari 34th Street/Herald Square to 14th Street/Union Square, New York City]




Selasa 

Tak ada pun Ramon talipun ajak keluar harinih walaupun aku dah macam bersedialah jugak kalau-kalau dia ajak keluar makan-makan macam minggu lepas.

So aku keluar sendiri aje lah, mulanya ke Chinatown, lepas tuh terus ke Jackson Heights. Lepas lunch, lepasZohor, aku dah tak tahu apa nak buat dah sedangkan aku masih ada dua jam sebelum masuk kerja.

Kat pocket ada a few hundreds, nak shopping pun tak ada benda yang nak dibeli, pagi tadi aku dah masukkan $500 kat bank, so apa nak buat nih? Terus aku teringat yang dulu aku ada janji dengan India tuh yang aku nak buat facial yang herba tuh. Ish, nasib baik aku teringat janji manis aku tuh, so terus aje lah aku ke salon tuh.

Nasib baiklah India tuh tak banyak songehnya macam masa aku buat facial dulu tuh, yang dia asyik bergayut kat talipun, sampai jatuh-jatuh talipun tuh kena dahi aku. Kali ini senyap aje dia, masa dia mencuci muka aku tuh, siap aku tertidur lagi.

King Mongkut masih sakit perut, bila aku sampai aje, terus dia suruh aku bawak dia ke bilikair, so dalam masa sejam tuh macam aman ajelah aku, tak payah nak urut dia, aku melepak kat dapur sesambil tengok tv. Aku tipu dia sebenarnya, aku katalah yang taik masih ada kat bontot dia walaupun puas dia menerannya tapi tak keluar-keluar. Dia pun panik jugak sebab any moment jer masa tuh David akan sampai, sure Dav*d nak guna bilik air.

Lepas dinner, aku kata kat King Mongkut yang aku nak bawak dia ke bilikair dan nak siapkan dia kat katil awal sikit dari biasa, sebab manalah tahu entah-entah dia terberak dalam pampers, mana tahu kalau-kalau dia nak terberak lagi sebab aku dah nak habis kerja. "You don't have to announce to...", dia kata gitu, dia malu kononnya David tahu. Dia nih gitu lah, benda yang gitu-gitu dia tak nak David tahu.

Sentapz aku mendengarnya bila dia kata gitu, so sesambil merengus masa menyiapkan dia kat bilikair tuh, aku dah plan, yang akan datang nih, kalau dia terberak ker, kalau dia kencing keluar darah ker, aku nak senyapkan aje, aku tak nak beritahu dia pun. Dan kalau dia tanya apa pasal aku tak beritahu dia, aku nak pulang paku buah keras lah, nak kata, "Well, I thought you don't want me to announce to the whole wide world...", atau apa-apa ayatlah yang sewaktu dengannya.

Aku, kalau pasal melaser orang memang nombor satu, kan Dear Diary?