Sunday, October 21, 2012

Khamis02042009


Pagi jugak aku sampai NBC kat Rockerfeler Center, tapi AM sama Debbie lagi awal sebab diaorang nak tengok rakaman rancangan Today Show. Dengar ceritanya muka diaorang masuk tv beberapa kali, sempat bersalam dan bersembang dengan Meredith and Anne Curry, pengacara rancangan tuh. Jeles jugak aku sebab dulu aku pernah jugak masuk tv rancangan tuh tapi tak dapat bersalam dengan sesiapa pun. Aku tak melambai-lambai pun sebab tak ada sapa nak dilambaikan. Lepas tuh kitaorang ke NBC Store, ke cafe, untuk breakfast. Aku pernah lah masuk NBC Store tuh tapi tak pernah pun lepak-lepak kat cafe tuh. Bagus tempat untuk melepak kat cafe tuh sebab boleh nampak Rockerfeler Center/Ice Rink. Kat New York nih best kalau ada kawan-kawan, so kalau sorang-sorang memang tak best sangatlah nak jalan-jalan.



[Gambar Ice Rink @ Rockerfeler Center yang diambil dari dalam NBC Store]

Kat situ kitaorang plan lah untuk aktiviti pagi sampai tengahari, sebelum aku pergi kerja. Diaorang nak tengok Statue Of Liberty dan nak ke Ground Zero. So aku cadangkan naik ferry ke Staten Island yang free aje sebab boleh jugak nampak Statue Of Liberty dari atas ferry tuh, daripada naik boat yang ticketnya $15 untuk ke pulau tempat Statue Of Liberty tuh. Ataupun naik cruise boat yang lain, yang tiketnya dalam $20-30 untuk sejam dua. Aku dah dua kali pergi, itu yang aku malas nak ke pulau tu tuh, lagipun bukannya boleh naik ke atas sampai mata patung tuh macam dulu tuh. Baiklah naik yang free aje. Diaorang setuju, lagipun tak ada masa sangat dah kalau ke Statue Of Liberty tuh aje. So kitaorang ke Times Square, naik subway dari situ ke Whitehall Ferry Station.

25 minit perjalanan (?) ferry tuh ke Staten Island, one of New York City punya five boroughs, tapi Staten Island ni lah Borough yang paling tak terkenal. Sebab kebanyakan orang yang naik ferry tuh semuanya macam kitaorang jugak, naik aje, bila sampai ke situ, terus patah balik naik ferry balik semula ke Manhattan. Semuanya naik ferry tuh sebab nak tengok Statue Of Liberty dari kejauhan, free.
[Statue Of Liberty yang nampak dari kejauhan aje]

[Financial District, Lower East Side, Manhattan]


[Macam ini lah ferry yang kitaorang naik tuh, ke Staten Island]



[Debbie nih suka ambik gambar orang nya.]


Kitaorang jalan kaki aje ke Financial District, melalui Battery Park, jalan slow-slow sebab masing-masing keletihan. Lagipun si Debbie tuh tak boleh jumpa orang, semuanya nak ditegurnya ekekekeke. Ada sekali tuh dia berhenti bersembang dengan penjual lukisan, lama lah bersembangnya, so kitaorang pun terpaksa lah sembang jugak. Mamat Pakistan tuh ingatkan AM orang Filipina, dan bila aku suruh dia agak aku asal mana, terus dia kata aku dari Bangladesh. Sentapz aku tau dak, ekekekeke.



[Gambar dari dalam World Financial Center, Financial District]


[Gambar  berlatarbelakang kan Jersey City, New Jersey]

Then kitaorang masuk World Financial Center sebab nak tengok Ground Zero dari situ, tengok bangunan Freedom Tower yang tengah hebat dibangunkan. Sebenarnya ada museum pasal Ground Zero tuh tapi aku tak beritahu pun diaorang sebab museum tuh jauh jugak, lagipun kalau pergi, sure tak sempat, sebab kitaorang dah lapar dah masa tuh. Kitaorang naik E train ke Chinatown, AM belanja kitaorang makan kat Restoran Jaya, restoran Malaysia, kat Baxter Street.

Debbie nak merempit lagi lepas tuh tapi AM dah nak balik, dan aku pun dah nak pergi kerja, so kitaorang tinggalkan Debbie kat Chinatown, dan aku sama AM naik subway ke Times Square. AM sama Debbie nih mengalahkan aku, diaorang selamba aje naik bas, aku yang dah 2 tahun duduk New York, tak pernah pun naik bas. Itu yang aku dapat idea, summer nih aku nak merayau naik bas aje lah, kalau naik subway nih tak nampak apa, kan? Aku kan ker guna metro card, so senang ajelah, boleh naik bas mana-mana.

[Keletihan gamaknya kot, sampai terbaring dalam train subway ekekekeke]

Balik kerja (see, aku dalam sesehari dua nih langsung tak cerita pasal kerja pun dah, terus cerita pergi kerja dan balik kerja aje) aku dapat YM dari NR, dia tanya aku samada parcel kiriman dia dah dapat ke belum sebab orang lain dah dapat dah. Sepatutnya aku dah dapat parcel tuh sebab dia hantar melalui Priority Mail, so NR check kan tracking number, kasi aku. Memang confirmed yang parcel tuh didelivered.

Bengang aku jadinya sebab sure ada sapa-sapa yang dah kebas parcel aku tuh. Dalam kotak tuh, dengar ceritanya ada keropok, ubat yang ME kirim, jugak barang-barang dari puak-puak Reban Ayam. Sedih aku dibuatnya sebab tadi masa balik kerja, aku dah beli minyak masak, sebab aku dah cadang nak goreng keropok yang sepatutnya dah sampai semalam tuh. Itu yang aku macam tak ada semangat nak buat apa, rasa bengang aje, aku rasa esok pagi aku nak mengamuk, nak tanya tuan rumah aku, entah-entah dia yang kebas. 

Ataupun keluarga orang Paraguay yang duduk kat basement tuh, ataupun keluarga Cina yang kat grond floor tuh yang curi parcel aku. Keropok Ubat tuh yang penting tuh, tak kan itupun nak dikebas, kan?

Jagalah diaorang, esok pagi-pagi aku nak mengamuk......

Rabu01042009


Since AM kata diaorang ada plan tersendiri sampai pukul 10 lebih, so aku keluar pun agak lewat. Aku sambung tidur, sebab keletihan. Dah lama aku tak jalan jauh-jauh, so bangun pagi tadi aku rasa letih aje. Macamana pun aku seronok jugak keluar pagi-pagi, ada lah aktiviti aku. Kalau tak tuh, asyik nak melepak tidur ajelah kerjanya sampai ke waktu nak pergi kerja.

Masa aku sampai 42nd Street, terus lah aku call AM, tapi tak berjawab. Either AM tak perasan talipun dia berbunyi atau dia tertinggal cellphone. So aku jalan ke 44th Street/4th Avenue, aku nak ke Daffy (store yang jual pakaian Italy yang murah-murah tuh), semalam masa jalan sama diaorang tuh aku terperasan ada Daffy branch kat situ. Masih tak ada call dari AM, so aku masuk Daffy tuh, kejap aje aku terrembat dua helai baju, harga asal $160 tapi harga yang aku bayar tak sampai pun $50. Happy bercampur tak happy aku jadinya. Happy sebab dapat dua helai baju yang lawa, dengan harga murah. Tak happy pasal itulah, tak semena-mena aku terbelanja, terkeluar duit. Mula lah aku menyalahkan AM (menyalahkan dalam hati aje lah kan?) sebab kalau aku jumpa dia, sure aku tak tershopping baju tuh, ekekeke

Pukul 11 lebih, aku called lagi AM, tapi masih tak berjawab call aku. Sahih lah diaorang tertinggal cellphone kat hotel nih, kata aku dalam hati. So aku melepak lah kat Bryant Park, sambil mengopi, sesambil menengok orang. Sesambil tuh rasa macam sentapz jugak apa pasal AM tak jawab call aku kan? Ker AM malas melayan aku? Ker AM ingat aku macam menyibuk aje? Then bila fikir yang mungkin AM tertinggal cellphone, barulah aku tak melayan kesentapan aku tuh. Iyalah kan, aku call lah banyak kali mana pun, kalau orang tertinggal cellphone, apa aku nak buat? Tak kan aku nak keep on calling kan, nanti nampak sangat macam orang yang kekuranagan kasih sayang aje kan aku nih kan?


[Sesambil menunggu AM kat Bryant Park, sesambil menegok orang, sesambil melayan fikiran]

Macamana pun aku merayau jugaklah kat Times Square tuh sebab semalam AM kata dia akan ke area-area tuh jugak di sebelah pagi. Mana lah tahu kalau-kalau terbertembung dengan dia kat area situ, kan? Masa tengah merayau-rayau kat depan Hard Rock Cafe tuh aku terperasan yang ramai orang tersengih-sengih sambil ambik gambar sesuatu. So aku jenguk-jenguk jugak lah nak tengok sebab kat Times Square tuh banyak benda pelik-pelik. 


Rupanya diaorang tengah ambik gambar kuda, carriage yang bawak tourists pusing-pusing kat tempat menarik di New York. Laa, gambar kuda pun nak diambik, kata aku dalam hati. Tapi, makin lama makin ramai orang berkumpul, semuanya gelak-gelak macam malu, sambil tunjuk-tunjuk kuda tuh. So aku perhatikan sekali lagi kat arah kuda tuh. Lamaaaa tuh baru aku terperasan yang kuda tuh ada 5 kaki! Lamaaaaa tuh baru aku terperasan yang "kaki kuda" yang kat tengah tuh bukannya "kaki", tapi kote kuda tuh yang tengah mencanak-canak stim nya. Ekekekekeke 

Panjanggggggggggggg, besarrrrrrrrr jer kote kuda tuh, macam baseball bat aje gayanya. Patutlah ramai orang gelak-gelak, ramai orang ambik gambar, yang hampir semuanya perempuan-perempuan yang berumur. Puas aku gelak menengok gelagat diaorang, sesambil tuh aku tengok-tengok jugak kat situ, mana lah tahu entah-entah AM sama Debbie ada kat situ. Kalau ada, baru lah haru kan? Aku nak ambik gambar mulanya tapi macam malu pulak sebab tak ada pun lelaki yang ambik gambar, semuanya perempuan. Yang by the time aku nak snap gambar, kote kuda tuh dah menguncup, dah tak stim dah. Tapi memang hilarious tadi nya tuh. 

Pukul 12 aku blah, sebab lepas dua rounds merayau kat Times Square, tak jumpa jugak AM sama Debbie. Aku ke Jackson Heights. Elok aje aku nak naik tangga, aku nampak this one guy yang aku rasa macam kenal aje, cara dia jalan, jugak style dia berpakaian. So aku kejar dia, aku panggil dia. 

"Nadiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!", aku pegang bahu dia. Rupanya Nadi, Mamat Indo yang kerja sama aku dulu tuh, kat Restoran Pak Tua, di Maryland. Empat tahun yang lepas kot (baca entries tahun 2005 kalau nak tahu dia nih sapa).Terkejut dia tengok aku. Aku pun macam tak percaya aje yang aku boleh terberjumpa dia. 

"Eh, aku mahu pulang Indo besok", kata Nadi.

So bersembanglah kitaorang kat tangga subway tuh, dia nak ke rumah Pak Tua/Richard/Hector di Brooklyn (yang kebetulan tak berapa jauh dari rumah sewa aku. Dulu aku pernah terjumpa Pak Tua kat Chinatown tapi tak sembang apa-apa pun sebab Pak Tua tak reti English) sebab nak ambil barang dia yang dia tinggalkan kat situ bertahun-tahun lamanya, sebelum dia balik Jakarta besok. 

Dia kata yang dia kerja di Restoran Pak Tua dulu tuh selama 3 tahun, then berhenti, then dia kerja di Buffalo, upstate New York . Dia beritahu jugak yang Subardi sekarang kerja jadi waiter di New Jersey, Tuti (awek Subardi) kerja di Philadelphia ), dia ke Alaska sebulan tapi balik semula ke mainland sebab tak tahan kerja di sana). 

Nadi beritahu jugak yang Restoran Pak Tua dah tutup akhir bulan lepas sebab dah habis kontrak, lagipun perniagaannya merosot. So sekarang nih Richard sama Hector ada di rumah diaorang, tak buat apa-apa. So aku kasi dia nombor talipun aku suruh dia kasi kat Richard/Hector. Nadi janji yang sampai Jakarta nanti dia akan kontek aku sebab dia nih dari dulu kata kat aku, "Ayuh pulang Indo aja, kita bikin usaha di sono". 

Sebenarnya Nadi tersesat subway, dia nak ke Downtown, Brooklyn tapi naik train yang menghala ke Uptown. Nasib baik lah jumpa aku so aku tunjukkan dia kat mana nak naik train, dan train mana yang perlu dia naik. Malam nih dia melepak kat hotel di Chinatown. 

Lepas pada tuh aku terus aje lah ke restoran Paki kat Little India tuh, then ke internet cafe sejam. Since aku masih ada masa, aku merayau-rayaulah di kawasan situ. Keinginan untuk cuci muka, buat facial, meluap-luap sebab aku rasa muka aku berlekit, macam berat aje kat muka aku nih rasanya. So aku carik-carik kalau ada salon, terjumpa lah satu unisex salon nih, yang bila aku tanya harga untuk buat facial, dia kata cuma $20, for 20 minutes. Terus lah aku nak buat kan, sebab murah sangat tuh, compared to dekat seratus kalau buat kat salon Cina (sejam). 

Orang Latin America yang punya salon tuh, semua pekerja dia orang sana, kecuali this one girl, orang India. Itupun India dari Surinam. Dia yang disuruh cuci muka aku, she was on the phone masa tuh, lama jugaklah aku menunggunya kat bilik tuh barulah dia suruh aku baring etc. Then, belum apa-apa, berbunyi lagi phone dia, dan bila dia mula cuci muka aku, lagi sekali berbunyi. 

"You must be very popular", aku perli dia bila dia sesambil menyapu muka aku dengan cream Ayurveda, sesambil bercakap kat phone. Gopi nama balak dia tuh, lepas seminit menalipun, lepas seminit menalipun, sebab dia tak percaya agaknya yang awek dia tuh tengah kerja. Itu yang Minah tuh hulurkan talipun ke mulut aku suruh aku cakap something, nak membuktikan kat Gopi tuh yang dia memang tengah kerja. 

"Yo Gopi, wassup man?", aku tanya gitu. Nak dijadikan cerita, masa Minah tuh nak offkan cellphone dia gamaknya, cellphone tuh terjatuh, betul-betul kena dahi aku. Nak marah pun susah sebab kat muka aku penuh dengan herba-herba, kang dibuatnya dia marah aku balik, ditinggalkannya aku sorang-sorang dengan muka kaler hijau, aku jugak yang susah,kan? 

Macamana pun aku puas hati lah dengan service buat facial tuh walaupun tak sampai setengah jam pun, berbaloi compared kan dengan kalau buat kat salon Cina, yang asyik disapu dengan cream then dikesat, then disapu cream then dikesat muka. Dengan India Surinam tuh dia buat tiga empat kali aje, lepas tuh dia lumur dan genyeh herba tuh betul-betul kuat, kasar gitu, sampaikan aku rasa macam nak tanggal kulit muka aku. 

Aku janji nak datang lagi minggu depan tapi dia kata baik aku datang every 2 weeks, dan lain kali dia suruh aku buat facial yang mahal sikit, $35, guna herba yang lebih banyak, cucinya pun dalam 45 minit gitu. So, keluar salon tuh aku rasa lega aje, rasa puas hati gitu, walaupun di hati kecik aku ada terbayang AM, sebab tak jumpa dia harinih aku dah terbelanjakan duit aku, ekekekekek.

AM messaged aku masa aku di tempat kerja, memang betul dia terlupa bawak cellphone, itu pasal calls aku tak berjawab. Dan malam ini diaorang nak pergi tengok Broadway show, Mary Poppins, so aku tak payah jumpa diaoranglah. Esok aje aku akan jumpa diaorang kat luar NBC Studio kat Rockerfeler Center sebab diaorang nak ke situ pagi-pagi, nak masuk tv. 

Selasa31032009


Aku tahu AM nak ke Consulate dulu so tak ada lah aku bergegas sangat nak bangun pagi untuk keluar awal-awal. Siap aku breakfast kat Cafe Mexican dulu kat Brooklyn, then barulah ke Consulate di 43rd Street. Aku sms-ed dia bila dah nak sampai, masa aku nak lintas jalan nak ke situ, aku nampak AM tengah mengetip cellphone dia, nak balas message aku lah tuh. Cadangnya nak kejutkan dia dari belakang tapi aku excited sangat, teruslah aku jerit panggil dia. The moment aku tengok AM, aku rasa macam dah kenal lama aje, rasa macam keluarga sendiri aje, so tak ada lah nak berdrama tanya macam-macam.

AM tengah tunggu untuk proses buat renewal passport dia, so aku masuklah ikut dia ke dalam Consulate tuh. Kenal-kenal sama Debbie, ipar AM yang menemankan dia dari Oklahoma. Kat situ, berkenal pulak dengan Rashini, perempuan India Malaysia yang turun dari Michigan, untuk renew passport jugak. So riuhlah kitaorang berempat kat situ, aku dengan AM lah yang kepala alamnya, sebab tak ramai orang sangat pun, ada lima enam orang Cina.

Sembang-sembang, Rashini tanya aku kat mana restoran Malaysia yang paling dekat, sebab dia nak pergi, then dia keluarkan list nama restoran. Yang aku tengok, semuanya jauh, semuanya di Chinatown, yang kalau nak pergi, kena naik subway. So aku kata lah yang restoran paling dekat, Restoran Laut, kat 17th Street, lebihkurang 25 bloks dari situ. So diaorang setuju nak pergi, then aku cadangkan jalan kaki aje sebab bagi aku, kalau takat 25 bloks tuh (1.5 miles lebihkurang) macam a walk in the park aje. Tapi bila mengenangkan yang diaorang nih dari pendalaman, yang tak biasa jalan kaki, yang kalau nak ke mail box depan rumah pun naik kereta, banyak kalilah jugak aku tanya, samada diaorang sanggup atau tidak. Since masa masih awal, aku cadangkan jalan kaki aje, diaorang pun semuanya setuju, aku macam terkagum aje dengan kesanggupan diaorang nak jalan kaki aje.

"AM, perempuan tuh yang saya jumpa dulu tuh", aku tunjuk kat AM, bila aku nampak aje this one perempuan bertudung masuk ke bilik.

"Mana, mana?", AM tak perasan.

"Perempuan yang bawak bag Tourism Malaysia dulu tu ker?", AM tanya aku. Sakan aku gelak, rupanya AM ingat apa yang aku tulis kat blog, pasal aku jumpa perempuan Malaysia yang sombong, yang ke hulu ke hilir bawak beg Tourism Malaysia. Tapi bukan perempuan itu yang aku jumpa tuh. Ini perempuan lain, yang aku jumpa kat Forest Hills jugak. Yang baik, dia layan aku masa aku tegur dia ituhari.

So, bila dah selesai semuanya, kitaorang pun blah. Diaorang kena datang balik pukul 2-30 pm untuk ambik new passport. Rashini pulak nak balik Michigan petang nih jugak.

So aku bawak diaorang jalan ikut Fifth Avenue, sebab Fifth Avenue lah pemisah antara East dan West sides. Sesambil tuh bolehlah aku tunjukkan mana-mana yang patut, New York Public Library, Empire States Building, Madison Square Garden (tunjuk dari jauh aje sebab Madison Square Garden kat 7th Avenue sana tuh) etc. Aku sembang dengan AM, Debbie pulak asyik berceloteh dengan Rashini, ngam betul diaorang nampak gayanya, ada aje benda yang nak disembangkan. Aku sama AM ada masanya diam aje.

"Joe nervous ker jumpa AM?", AM tanya aku.

"Tak lah", laju jer aku jawab. "Bukan macam masa saya jumpa ************ dulu tuh, dia tuh jahat. Mulut dia jahat", terus aku terkeluar ayat tuh. Agaknya dah lama aku pendam kot ekekekeke.

Sebenarnya aku adalah jugak kenervousannya nak jumpa AM nih, tapi semalam lah. Macam aku cakap tadi, the moment aku nampak AM, terus hilang perasaan nervous, cuak, takut-takut. Mungkin sebab aku dah kenal lama dengan AM nih, dah 4 tahun kitaorang kenal kat internet. Bukan macam perempuan tuh dulu tuh, baru dua tiga bulan terberjumpa kat internet, terus jumpa kat luar. If only I knew lah kan?

"Kat sana lah MamatGQ punya apartment", aku tunjuk kat AM masa kitaorang kat West 23rd Street.

"Oooo, ini Chelsea", kata AM. See, AM nih ingat apa yang aku tulis kat blog.

"10 more blocks, 5 more blocks", gitulah aku cakap kat Debbie, kat Rashini, bila aku rasa macam dah jauh dah jalannya. Nampak macam tercungap-cungap jugak diaorang tuh, tapi, baru belasan blocks, tak kan dah letih kot? Ekekekekeke

Ngam-ngam pukul 12 kitaorang sampai Restoran Laut, kitaorang the first customers untuk hari ini. Aku sama AM makan sambal tumis sotong, Rashini makan nasi lemak sama satay, Debbie order nasi goreng nenas sama roti canai. $80 semuanya, kitaorang kasi $100, lebihnya tips.

Kekenyangan, keletihan, kitaorang decided nak naik subway ajelah untuk ke Times Square. So kitaorang ke Union Square station, dari situ naik subway ke 42nd Street.

"I can't believe I'm riding on New York subway", kata sapa tah. Terus aku tersadar, yang betapa beruntungnya aku sebab hari-hari dapat naik subway, kat New York City.

Since masih ada masa, kitaorang pusing area Times Square aje lah, aku tunjukkan Madame Tussaud, Port Authority Bus Terminal, dan meraya-rayau sampai ke tempat The Naked Cowboy. Aku senyap aje, mulanya diaorang kata nak ambik gambar, tapi bila dah dekat tuh tak jadi lah pulak. Diaorang malu gamaknya, ekekekeke.

Dari situ kitaorang ke Rockerfeler Center, melalui Radio City. Then terus ajelah merayap balik semula ke Consulate. Masing-masing dah keletihan, aku pun dah rasa letih jugak.

"Joe, you nih jalan laju sangatlah", kata AM. Terus aku teringat apa yang adik aku selalu cakap dulu-dulu tuh, "Abang Tam nih jalan laju, mana nak dapat makwe kalau gini". 
Ish, mana laju nya aku jalan, biasalah tuh. Iyalah kan, aku orang New York, dah terbiasa jalan laju-laju, lagipun selalunya aku jalan sorang-sorang. Jalan sorang-sorang nih sure lah jalan laju, kan? 

Ngam-ngam sampai Consulate dalam 2-30 gitu, teruslah diaorang ambik passport masing-masing. Since aku dah nak terus pergi kerja, aku ajak Rashini ikut aku sebab La Guardia Airport pun on the way aje, boleh naik cab dari Jackson Heights aje. AM sama Debbie masih melepak kat Consulate, ok lah tuh sebab AM nak tanya pegawai tuh pasal masalah aku. 

Jauh jugak berjalan ke subway station sebab aku tak berani nak naik train lain, aku tetap cari subway station yang ada train yang aku selalu naik aje, yang kat Bryant Park. Kesian jugak aku kat Rashini, letih dia nampak gayanya. Itu yang aku asyik sembang aje dengan dia sepanjang jalan tuh, even kat train station pun. Best sembang dengan dia nih, macam kawan lama aje rasanya.

Kitaorang turun kat Jackson Heights, so aku ajak dia meround kat kawasan Little India tuh, mana lah tahu kalau-kalau dia nak beli apa-apa barang perbuatan India, kan? Then kitaorang cari teksi, dapat dia save $17 sebab kalau naik cab dari Consulate tuh tadi, tambangnya $35 untuk ke airport, tapi dari Jackson Heights tuh cuma $15 aje.

Balik kerja, aku turun kat 47th Street, sebab dah janji dengan AM sama Debbie. Sempatlah merayau-rayau kat Times Square, ke Fifth Avenue, tunjukkan mana Apple Mecca, Plaza Hotel, Trump Tower semua tuh, then menyusur Central Park South sampailah ke Columbus Circle, ke CNN Tower, Times Warner Building etc. Dari situ naik train balik semula ke Times Square.

Keletihan aku bila sampai ke rumah, nasib baik besok AM kata tak payah keluar awal-awal lah sebab diaorang pun ada plan diaorang sampai 10 pagi. So bolehlah aku keluar lewat sikit kot.






Isnin30032009


Lupa nak tulis, semalam masa dinner kat Redang Island Restaurant, masa nak balik, aku terberjumpa this one Chinese guy, a Malaysian. Sebab tak sempat borak lama, dia ajak jumpa inihari. Sebab dia nak tanya aku pasal kerja aku. Dia pun buat kerja bodoh-bodoh macam aku jugak, cuma kerja dia jauhlah lagi bodoh dari kerja aku. Dulu dia nih waiter. Sekarang nih kerja apa tah, dia belajar jadi tukang buat accupuncture dengar cerita nya. 

So tadi, pukul 12, aku jumpa dia kat Elmhurst, 5 stations dari Forest Hills. Kat Elmhurst nih ramai orang Asia, aku selalu ke sini sebab di sini ada restoran Indo. Jugak ada 3 restoran Malaysia. Kevin nama Cina Malaysia tuh. So dia ajak aku ke satu restoran Malaysia yang kecik jer, Taste Good nama restoran tuh. 

Sembang-sembang gitu lah dengan dia, bila aku cerita kisah kerja aku, dia macam nak sangat cari kerja yang macam aku buat tuh. Bukan apa, kerja senang, gaji pun ok. Memanglah, aku kalau cerita kat orang, tak kan aku ceritakan yang tak baik, kan? Surenya aku cerita yang baik-baik aje, kan? Tak kan aku nak cerita kat orang yang aku kena basuh berak King Mongkut. Tak kan aku nak beritahu orang yang aku tiap-tiap hari mengelap kote King Mongkut. Tak kan aku nak cerita semua tuh kan? Buat malu aje nanti. Sure orang akan tahu yang aku kerja nya susah tapi terpaksa bertahan, sampai dah setahun lebih. 

Terkejut aku bila tengok bill, murah aje rupanya makan kat situ, tak sampai $13 untuk dua orang. Kat restoran lain, sorang makan pun lebih dari $15 harganya. Cuma tak best nya restoran tuh, kecik, dan ramai sangat orang, rasa macam makan kat gerai Cina kat Cheras aje sebab kerusi mejanya rapat-rapat. 

Lepas tuh aku teruslah ke Forest Hills, punyalah bosan tak tahu nak buat apa, so aku ke library aje, lepas sejam kat internet cafe. 

Aku dapat sms dari AM, dia dah sampai New York, duduk kat satu hotel di daerah Tudor City, kat kawasan United Nation. So malam lepas balik kerja aku talipun lah AM, nak plan untuk esok punya aktiviti. Ayoooo, dah merayap ke Fifth Avenue dah AM rupanya.

Ahad29032009

Pundeks tul King Mongkut nih, semalam dah ke Mall tuh, harinih dia nak ke Mall lagi pasal nak beli gam untuk tampal seluar. Dah lah harinih aku masuk kerja lewat sejam, dah lah banyak kerja nak bersihkan ituini masih belum aku buat (sebab nak dibuat harinih), merengek jugak dia suruh David bawak kitaorang ke Mall sekejap.

So masa David ke gym, aku buat kerja vacuuming dan dusting, mana-mana yang patut. Then punggah dia ke throne pasal dia nak berak lagi, semalam dah berak. Pelik jugak aku, apa yang dimakannya sampai setiap hari nak berak?

Cuaca panas jugak kat luar, tapi King Mongkut biasalah, nak bergloves, berhat, bersunglasses bagai. Scarf pun nak dipakai, itu yang aku bosan sangat tuh. Bukan apa, nak memilih kaler apa, brand apa, nak kasi match dengan baju, seluar dan jacket dia. Itu aje dekat sejam menyudahkannya, agaknya kalau lah dia tak cacat, macamana lah gamaknya. 

So ke Roosevelt Field Mall lah kitaorang sekali lagi. Bosan nak mampos. Dah terada kat situ, banyak pulak lah tempat diaorang nak pergi, bukannya nak beli apa-apa, takat tengok-tengok aje. Itu yang buat aku tak daya nya tuh. Mengalahkan perempuan lagi gayanya, tak ada kerja lain dah ker diaorang nih? Korang tengoklah gambar nih, kat tempat sempit-sempit pun dia nak pergi jugak, itu yang buat aku tak dayanya tuh.



Balik ke Forest Hills dah dekat pukul 4, David terus aje ke kedai gunting, so aku menguruskan King Mongkut nak buat catherter etc. By 5 pm masa aku nak balik, David belum sampai sedangkan gaji aku biasanya David yang kasi. Terkesian aku menengok King Mongkut yang terkial-kial ambik duit dari drawer, nak mengiranya, so aku kata esok aje lah. Tapi King Mongkut berkeras jugak kata yang dia kena bayar aku harinih jugak, sebab dia ingatkan aku nak guna duit. Ala, aku tahu lah aku nih miskin tapi tak adalah sampai kais minggu ini, makan minggu depan kan? Hasil kaisan yang lepas-lepas aku masih ada lah.

Blah aje, terus aku bergegas ke 34th Street, aku nak ke Daffy's, tempat jual pakaian Italy yang murah-murah tuh. Best aje memilih pakaian sebab banyak yang aku suka, tapi aku pilih yang murah-murah aje lah. So aku rembat dua helai t-shirts, sehelai seluar dan sehelai jacket. Macam tak percaya aje yang harga semuanya tuh cuma $65 sedangkan kalau ditotalkan semuanya sebelum diskaun, dekat lima ratus dollars semuanya. Happy gila aku jadinya, itu yang buat aku tanamkan hasrat untuk selalu ke Daffy's tuh sebab kat situ ajelah ada jual baju yang bukan perbuatan Cina.

So itu ajelah kisah aku seminggu nih. Aku betul-betul look forward to minggu depan. Ada banyak sebab. Sebab kesatu, tak ada kelas Spanish. Sebab kedua, AM akan sampai ke New York esok hari, dan aku nak jumpa dia. Sebab ketiga, Sabtu nanti aku akan pergi konsert Bryan Adams.

Sabtu28032009


Lif rosak pagi tadi so hampir dikansel plan kitaorang nak ke mall. Iyalah, tak kan nak usung King Mongkut tuh dari 7th floor ke basement tempat parking kereta, kan? Adalah sejam lebih kitaorang tunggu, baru lah lif elok semula, so pukul 12-30 barulah dapat kitaorang turun. Ke Roosevelt Field Mall lagi harinih walaupun minggu lepas dah pergi. Aku punyalah bosan nya, bengkek jer nak kena mengekor diaorang tuh. Yang buat lama masa David kat Dick's, dia nak beli shorts pun sejam lebih memilihnya. Itupun cari yang paling murah sekali. 

Balik semula ke Forest Hills dah dekat pukul 4, aku makan sandwich sekeping aje sebab dah lewat, nanti kalau makan banyak sure dah tak larat nak dinner. Makan banyak maksud aku tuh, makan dua keping roti yang ditaruk tuna sandwich. Plan aku nak pergi shopping kat Macy's harinih tapi tak dapat balik pukul 5 sebab nak menyiapkan King Mongkut, nak buat catherter lagi. Pukul 6 lebih baru selesai, tak kisahlah sebab esok aku masuk kerja lewat sejam. 

Terkejut tokay Pinang Restaurant tuh sebab aku datang lagi makan kat situ malam nih. Makan mee goreng aje, selebihnya tapau. Dia tanya aku, tak jalan-jalan ker di malam hari Sabtu macam nih? Aku kata lah yang aku jalan-jalan lah nih, itu yang ke restoran dia tuh. Aku beritahu jugak yang diaorang aje lah kawan aku yang kat sini. Gelak tokay tuh kat aku. Gelak kesian agaknya. 

Aku turun kat 59th Street/Lexington Avenue, dari situ aku jalan ajelah sampailah ke Times Square. Penuh sesak dengan orang tapi jiwa aku kosong, so terus aku balik ajelah. Melepak kat bilik aje lah akhirnya. 

Jumaat27032009


Asyik menghabiskan duit makan kat luar aje aku sekarang nih. Tiap hari dah makan kat luar minggu ini. Breakfast pun kat luar, lunch, dinner semuanya. Malas sangatlah aku nak memasak, beras yang aku beli 3 minggu lepas tuh belum diguna pun lagi. Sayur-sayuran yang aku beli pun semuanya dibuang aje. Semakin teruk dah jadinya kemalasan memasak aku nih. Nak mengupas bawang putih sama bawang merah, untuk menumis, itu yang aku malas sekali tuh. Kalau dah ada bahan penumis, senang aje, taruk apa-apa yang patut, kuatkan api dapur, then tunggu aje, sesambil online, kan?

Tadi, lepas balik kerja, aku ke Union Square, aku ke Restoran Laut. Dah lama sangat aku tak ke situ. Sampai aje kat situ, terus tokay tuh tegur aku (perempuan), "Hey Joe, where have you been?", dia tanya aku. Tergamam aku, sebab dia boleh ingat nama aku, sedangkan aku dah dekat dua bulan tak ke situ. Tokay Pinang Restaurant yang aku pergi sampai tiga empat kali seminggu tuh tak tahu pun nama aku, tokay Laut Restaurant pulak boleh ingat nama aku. Terus aku rasa sedap hati aje, rasa macam orang penting aje.

Penuh restoran tuh, aku cadang nak tapau aje tapi dia suruh aku tunggu. Mungkin sebab esok Sabtu, itu pasal sibuk restoran tuh malam nih. Penuh sesak, aku macam jadi bangga aje menengoknya. Last-last dapatlah seat. Terus diaorang kasi aku teh ais, guna gelas yang lawa, ingat lagi diaorang kat aku, pasal dulu aku komplen sebab restoran tuh guna gelas biasa aje. So aku makan sambal tumis sotong, apa lagi yang aku boleh makan selain sotong dan udang, kan? Dikasi aku semangkuk sambal belacan. 

Ada waiter baru, budak Cina Indo, so sembang-sembang lah dengan dia sekejap. Dah lama dah dia duduk New York, dia faham sangatlah bila aku kata bosan sebab tak ada kawan. Itu yang dia kata, dua tiga tahun lagi dia nak balik Indo sebab tak tahan duduk kat New York nih sorang-sorang, asyik kerja aje kerjanya, nak jalan ke mana-mana pun tak best sebab tak ada kawan. 

Sebelum blah, aku beritahu Manager restoran tuh yang minggu depan aku akan datang lagi, mungkin untuk lunch. Kali ini aku nak datang sama kawan aku yang dari Oklahoma (AM), aku tipu dia, aku kata yang kawan aku nih nak sangat datang tengok restoran tuh sebab dia ada terbaca kat paper The Star Online pasal Restoran Laut tuh. "She was a food critic once", aku kata gitu. Terus lah Manager tuh suruh aku book in advance, takut dia agaknya bila aku kata gitu. Agaknya dia suruh book tuh sebab senanglah diaorang nak prepare yang best-best nanti. Tengoklah, silap-silap kitaorang dapat makan free kot. 

RabuKhamis2526032009


Rabu

Tenang rasa kepala otak aku bila memikirkan yang seminggu nih aku tak perlu risau pasal Spanish, pasal nak kena buat homeworks, pasal nak kena bangun pagi untuk ke kelas. Macamana pun mintak-mintak ada lah kelas Unit 1.3 nanti sebab selain dari nak teruskan sambung belajar, adalah aktiviti aku yang lain, kan? Akan rasa boring sangat hidup aku kalau tak ada kelas nanti, tak ada menariknya hidup aku, iyalah, saban hari pergi kerja. Dengan aku ada kelas, at least adalah kelainan sikit, kan? Itu sebab utama apa pasal aku ambik kelas Spanish tuh sebenarnya, selain dari minat aku pasal nak belajar bahasa.

So, bila dah tak ada nak fikir pasal kelas, tak ada apalah aku buat. Dari pagi aku asyik melepak kat katil. Nak pergi jogging pun malas, sebab dah agak lewat, walaupun cuaca elok kat luar.

Lepas Zohor teruslah aku ke Forest Hills, ke Pinang Restaurant. Tak ramai orang pun, masa aku sampai tuh aku tengok tokay tuh tengah kusyuk buat something, so aku intai dari belakang dia. Rupanya dia tengah tekun menggores scratch card lotteri, banyak kad yang dia beli. Nak cepat kaya rupanya tokay tuh. So aku tak tegur pun dia, dah lama masa aku makan mee goreng, barulah dia sedar aku ada. So sembang-sembang dengan dia, sampailah pukul masa aku nak blah. 

Ada lagi setengah jam sebelum aku masuk kerja, mulanya nak ke library tapi malas pulak nak melintas jalan, so aku melepak mengopi lah pulak. Sabar jer lah aku nih, dari satu kedai makan ke satu tempat makan aku melepak.

Masa buat catherter kat King Mongkut, aku beritahu dia yang setiap kali dia nak habis kencing, ada cecair putih kuning, milky gitu, macam susu pekat manis, yang keluar. Banyak pulak tuh. Dari dulu lagi sebenarnya, dulu aku ada beritahu dia, dan aku ingatkan benda tuh air kencing yang bercampur dengan lubricant yang disapu kat tube catherter tuh. Tapi, tak lojiklah pulak sebab tak banyak lubricant tuh, sedangkan cecair putih kuning tuh banyak keluarnya. So aku beritahu King Mongkut, dia panik jadinya sebab dia sambil baring, manalah dia nampak kaler cecair tuh, dan bila dengar cerita aku yang memang selama ini banyak benda putih kuning tuh keluar, lagilah dia panik. Terus dia suruh aku talipun Doktor dia, tak ada dijawap pulak. So King Mongkut beritahu aku yang akan datang, masa buat catherter, jangan ditekan dah perut dia, tengok macamana jadinya. Masalahnya, kalau perut dia tuh tak ditekan, tak habis kencing dia tuh keluarnya.

Habis kerja tadi, aku ke 45th Street/9th Avenue, kat area Hell's Kitchen. Aku naik E train, so tak jauh sangat kena jalan kaki. Aku ke restoran Indonesia, Bali Nusa Indah nama restoran tuh. Tak jauh dari Times Square, kat deretan restoran-restoran international, kat area nih banyak theaters. Kosong aje restoran tuh, ada dua orang aje makan, pelik jugak aku sebab kat restoran-restoran lain aku tengok semuanya penuh.

Tapi bila aku tengok harga kat menu, mahal-mahal semuanya. Tak lah aku pelik sangat sebab situ memang kawasan orang kaya makan. So aku order lontong sayur, aku suruh tapau lontong sama kuah satay (kuah kacang) sebab cadangnya aku nak nak ambik gambar, then taruk kat blog, then nak tipu, nak kata itu kuah kacang yang aku masak sendiri. Sebab dari dulu sampai sekarang, tak berbuat-buat lagi kuah kacang aku dulu tuh, entah-entah kacang tanah yang aku beli dulu tuh dah tumbuh jadi pokok kacang dah agaknya. Tapi, bila aku bukak, bila aku tengok, cair sangatlah pulak kuah kacang tuh, kacangnya hancur sangat, tak macam kuah kacang yang orang Malaysia buat. Macam cirit katak jer gayanya kuah kacang diaorang tuh. Terkejut jugak aku bila nak bayar, semuanya tuh $25.

Aku merayau jugaklah kat area tuh lepas keluar dari restoran tuh, David ada pesan kat aku tadi suruh tengok-tengok Ritz Club, satu club yang Madonna sama Anderson Cooper (diaorang berdua nih kawan baik) selalu pergi. Manalah tahu kalau-kalau terserempak dengan diaorang kan? Then aku terus ajelah jalan ke Times Square, pitam aku menengok ramai orang, terus ajelah aku balik.

Khamis

Harinih, macam semalam jugak, aku tak buat apa-apa pun. Macamana pun, aku nak tanda kat blog aku nih, yang harinih aku ada buat something yang mulia, yang terpuji. Tak nak lah aku tulis apa benda nya yang aku buat, mulia nya benda tuh sampaikan aku tak fikir kan sangat pun. Mudah-mudahan Allah terima perbuatan aku tuh, dan mudah-mudahan benda tuh jugak jadi pendinding dari segala susah payah untuk di masa akan datang. Amin.

Lainnya tak ada apa lah, sama macam semalam.

IsninSelasa2324032009


Aku spent my whole morning mentelaah Spanish lessons aku harinih, aku mula dari lesson yang mula-mula dulu. Puas aku mencari cd, entah ke mana hilangnya, cuma ada satu aje. Masa aku pindah bilik dulu tuh, sure nya lah aku tertaruk one of the cds tuh kat tempat lain. Tak kuasa lah aku nak membongkar mencari cd tuh, aku dah tengah panik, masa pun dah tak banyak, banyak benda yang aku kena belajar, so takat ulangkaji mana yang sempat aje lah.

Balik kerja, lepas makan etc, aku cuba sambung belajar, tapi tak dan lama, aku rasa mengantuk pulak, so aku fikir, baik aku tidur ajelah, dan set kan jam pukul 5 pagi esok. Bolehlah aku belajar di keheningan pagi, kan? Susahlah pulak nak tidur, Nightquils pulak dah habis untuk diteguk, dalam pukul 1 tuh aku masih belum dapat melelapkan mata.

Pukul 2 lebih aku terjaga, aku mimpi. Merungut aku sebab aku mimpi abang aku, tak berubah perangai abang aku nih, nakal macam masa kecik-kecik dulu, nak mengacau aku aje kerjanya. Dalam mimpi tu lah. So aku telan TylenolPM dua bijik, tak lama tuh barulah aku dapat nyenyak.

Pukul 5 alarm yang aku taruk jauh kat hujung dan bawah katil tuh pun berbunyi. Aku bangun, aku engsotkan ke pukul 5-15, pas tuh sambung tidur semula. Awal sangat pukul 5 nih, kata aku dalam hati. Masih ada banyak masa. 5-15 berbunyi lagi alarm tuh, so aku bangun lagi, aku engsotkan ke pukul 5-30 pulak, dan aku lepak lagi. Tiga empat kali gitu, bila alarm berbunyi, aku engsotkan for another 15 minutes, sampailah 6-30 bila Subuh pun dah nak habis. Sanggup tuh bangun untuk mengengsotkan alarm, memang degil orangnya aku nih. Degil, tapi berangan-angan tinggi, ekekekkeke.

Dapatlah dalam sejam lebih sikit aku membuat persiapan terakhir, baca dan menghafal mana-mana yang patut. Siap aku buat toyol lagi tuh, tulis kecik-kecik mana-mana yang aku tak sempat nak menghafalnya. Kat mana lah aku nak taruk toyol aku tuh nanti.

Singgah RiteAid sekejap sebab nak beli pinggan kertas, cawan etc, itu aku kena bawak semua tuh, sebab dulu tuh aku yang bawak benda-benda gitu. Nak harapkan yang lain, sure diaorang tak ingat. Turun dari subway kat Rockerfellar Center, aku ke Magnolia Bakery, beli sedozen aje cupcakes kali ini, tak nak membazir macam dulu tuh, beli sampai 2 dozen.

Laaaaa, tak ada lah susah sangat exam nya pun sebab ada jugak part-part yang multiple choice. Lagipun, soalannya bermacam bentuk, buat essay, jawab email, so kalau tak reti sangat buat yang ini, boleh buat yang itu dulu, kan? Nasib baik aku bawak bekal toyol tadi tuh sebab walaupun aku tak guna tapi aku cuba ingat-ingatkan apa yang aku tulis, aku ingat nama toyol aku rupanya.

Biasalah, bila siap aje exam, baru terperasan yang kita ada buat silly mistakes, kan? The moment aku hantar aje kertas exam aku, baru aku tersedar yang satu part tuh aku salah semua, ada lah dalam 5 soalan. Ralat aku dibuatnya, tak apa lah, yang lain-lain tuh aku puas hati.

Masa break, aku turun ke Admin sekejap sebab nak tanya pasal next Unit, bila mula nya. Nampak gayanya kelas akan dikansel sebab so far cuma ada 3 orang yang enrolled, dua orang tuh pun bukan dari kelas aku gamaknya. Diaorang nak kan at least 6 students untuk setiap kelas. Macamana pun diaorang kata yang masih ada lagi dua minggu, lagipun akhir bulan ini Institute Cervantes tuh akan buat Open House. Diaorang pun pelik apa pasal kelas kitaorang aje yang tak ada orang nak continue belajar dah. Masing-masing ada hal dan plan diaorang, aku kata gitu. Diaorang suruh aku join kelas lain tapi masa pulak tak sesuai sebab kelas lain yang level aku nih, semuanya dibuat waktu petang.

Diaorang akan talipun aku dua tiga hari sebelum kelas mula, samada akan dikansel atau sebaliknya. Next session mula April 7th. Kalau kelas tak ada, diaorang akan refund aku. Macam tak best aje mendengarnya. First sebab kalau diaorang refund, sure guna check. Aku mana ada bank account, account yang aku ada, itupun account NR. Nampak gayanya burn ajelah $336 aku tuh, kalau tak ada kelas nanti tuh. Keduanya, kalau aku stop sekarang, susah dah lah aku nak sambung balik nnati. Belajar bahasa nih memang susah nak ingat, tapi senang nak lupa. Macamana pun aku kasi cadangan yang aku akan tunggu session yang lagi satu ajelah, yang akhir bulan 5 nanti, without them having to refund me. Tengoklah macamana nanti.

Anna, CikGu kitaorang tuh suka menari gamaknya, masa makan-makan lepas exam tuh, dia asyik ajak menari aje, pasang lagu Spanish kuat-kuat. Lama jugak aku melepak sesama diaorang, iyalah, lepas nih masing-masing membawak diri. Michael dah nak terbang ke Spain, Sham nak ke London, Zeynep nak ke South America, Tomsin nak balik Vermont, Jade nak cuti ke Tennasse. Maria pulak dia akan terus lompat kelas ke Unit 1.4, sebab dia ada ambik test baru nih, dia layak naik kelas. Larry aje yang tak ada nak ke mana, tapi dia tak nak sambung dah belajar buat masa nih.

Aku blah dalam pukul 1-30 pm, harap-harap ada lah khabar gembira nanti tuh. First pasal result exam, keduanya pasal kelas 1.3. Aku singgah kat Jackson Heights, mungkin sebab aku kenyang kot, itu yang tak habis aku makan tengahari tadi tuh. Biasanya kalau aku makan beriyani kat kedai Paki tuh, sampai mengjilat jari.

,


[Gambar nih tak boleh dibesarkan, gambar yang lain-lain kat bawah nih boleh dienlargekan]






Ahad22032009


Aku sampai aje apartment diaorang, David beritahu aku yang King Mongkut terberak kat dalam pampers masa tidur, so sepagian dia menguruskan King Mongkut. Dia kesat, sapu gitu-gitu aje sebab dia tunggu aku nak mengusung King Mongkut ke bilikair. So teruslah aku bawak King Mongkut ke bilik air, walaupun dah dibersihkan, ada jugak taik yang tercicir kat atas scooter dia tuh. Sakit perut gamaknya King Mongkut.

Sementara dia berak, aku buat kerja lain, mangvacuum, David pulak mengemas bilik dia, polish furniture etc. Sejam lebih King Mongkut kat tandas, bila aku nak bersihkan dia, aku katalah yang dia belum selesai berak. Masih ada taik yang mengalir keluar.Tak lah beria sangat pun sebenarnya, saja jer aku nak dia berak puas-puas, dia pun kata yang dia tak dapat nak teran suruh taik tuh keluar, itu yang terpaksa masukkan enzema berbotol-botol tuh. Sebenarnya aku nak melepak sesambil tengok tv kat dapur, nak tengok filem My Best Friend's Wedding, one of my favorite movies of all time.

Pukul 2,lepas movie tuh habis, baru lah aku sediakan sandwich untuk lunch dia. Suapkan dia makan sesambil dia berak. Kesian aku menengoknya. Letih gamaknya kat atas throne tuh dekat 3 jam, dia suruh aku pindahkan dia ke katil aje. So aku naikkan dia ke katil, sesambil tuh aku urutkan dia. Kesian aku menengoknya. David keluar jalan-jalan sebab bosan duduk kat apartment aje seharian, kat luar pun cuaca elok, tak sejuk.

Risau aku dibuatnya sebab sejam lebih aku urut, King Mongkut buat macam tak kisah aje, tak ada pun dia suruh aku berhenti. Kadang-kadang dia tertidur, tapi bila aku nak berhenti urut dia, mulalah dia tanya, "how are we doing with time, Joe?". so tak jadi lah aku berhenti. Tersengguk-sengguk aku mengurut dia. Itulah, tadinya aku biarkan dia kat throne lama-lama, sekarang dah kena urut dia dekat dua jam. Dengan aku nih, kalau buat nakal sikit, selalu aje dibayar "cash", time-time tuh jugak. Aku dah tak berani dah nak online guna cellphone masa mengurut King Mongkut tuh sebab ituhari, masa aku tengah online, aku terlupa nak mute kan volume, tiba-tiba cellphone aku terberbunyi, terkeluar lagu.

Bila David balik, dia ajak tengok pirated copy film The Curious Case Of Benjamin Button, diaorang tak suka film tuh tapi terpaksa tengok jugak sikit-sikit sebab cd tuh dia pinjam dari kawan dia, so sure kawan dia akan tanya dia pasal film tuh, sedap atau tidak. Itu yang terpaksa dia tengok sesikit tuh, aku pun tengok-tengok gitu aje lah, tak best film tuh kalau tengok kat tv, tak sebest tengok kat panggung.

Lepas kerja aku ke Pinang Restaurant lagi. Bosan gamaknya tokay tuh menengok aku. Balik-balik aku, balik-balik aku. Tapi aku suka ke restoran tuh, itu aje lah masa nya aku dapat cakap Melayu (walaupun kena buat style Cina cakap Melayu). Lagipun sama tokay dan bini dia tu ajelah aku rasa selesa nak confide in pun, diaorang tahu susah senang hidup aku kat sini. Aku selalu terbayang yang akan datang, beberapa tahun nanti, kalau aku balik Malaysia, aku akan ke Penang melawat diaorang. Diaorang nak beli shoplot, then nak bukak cafe, nak sewa kan the rest of the building tuh.

Aku makan bubur cacar, then tapau nasi goreng. Malas makan kat situ sebab tak nak buang masa, aku kena mula study untuk exam aku Selasa nih. So sampai rumah aje teruslah aku bergelumang dengan buku, sampai pukul 12 rasanya aku study. Tengoklah gambar kat bawah nih, bersimpang-siur, berteraburan buku-buku atas katil, asyik dok meniarap aje sampai tengah malam, sampai bengkok-bengkok kote aku dibuatnya ekekekkeke


KhamisJumaatSabtu192021032009


Khamis

Harinih kelas Spanish yang terakhir untuk Unit 1.2 nih, so banyaklah yang kena dihabiskan belajar, macam semput kitaorang dibuatnya sebab CikGu tuh mengajarnya express sangat. Minggu depan, Selasa, ada exam, sejam setengah, lepas tuh macam biasalah ada makan-makan sikit. Aku janji akan bawak cupcakes Magnolia Bakery lagi, jugak pinggan dan gelas.

Eh, aku ada beritahu yang aku rasa macam tak sedap hati aje seseminggu dua nih kan? Entah, aku pun tak tahu sangat apa yang buat aku macam tak ada mood, rasa bercelaru, rasa bosan gitu. Benda kecik-kecik gitu lah yang buat hal nya aku rasa. Saspen pasal exam Spanish, bosan kerja, bosan dengan King Mongkut, benda-benda macam tuh.

Ok, pasal exam Spanish tuh, itu semua orang tahu, kan? Aku tak pernah sesaspen macam nih sebenarnya. Mungkin sebab kali ini semakin banyak benda yang kitaorang belajar, so semakin banyak benda yang nak diingatkan, itu pasal jadi macam tuh kot. Aku pulak tak ada sangat buat revision pun. Tak macam dulu tuh, hampir setiap hari aku belajar, either kat buku atau kat internet.

Exam yang dulu tuh senang aje sebab tak ada banyak sangat yang kena tahu, boleh diagak apa yang akan ditanya, so senang nak prepare apa-apa. Tapi kali ini sebab banyak sangat benda baru, aku dah tak boleh agak apa yang akan ditanya dalam exam tu nanti. Itu yang buat saspennya tuh.

Walaupun aku belajar Spanish nih untuk suka-suka, tapi aku tak nak lah buat sambil lewa aje. Aku tak nak lah sampai tak pass exam, sebab aku dah registered untuk Unit seterusnya. Kalau result bagus, mungkin semangat untuk belajar dengan lebih kuat jadi bertambah, kan? Kalau aku fail, entah-entah aku tak jadi nak sambung dah belajar. Itu sebabnya tuh aku jadi tensen jer tuh. Sampaikan nak belajar pun malas, langsung aku tak sentuh buku-buku aku, sedangkan exam minggu depan aje. Dan itu yang buat aku tak ada mood tuh, buat aku rasa tak sedap hati jer tuh.

Itu satu.

Lagi satu, pasal kerja. Korang tahu lah, dah puas aku cuba menyukakan kerja aku nih, tapi aku masih tak suka-suka jugak. Aku rasa bosan yang teramat, bayangkanlah yang setiap hari aku terpaksa ke Forest Hills, perjalanan aje dah sejam. Walaupun weekdays aku cuma kerja 4 jam setiap hari dan weekends up to 8 hours, tapi kalau hari-hari pun bosan jugak kan? Tokay babi pun tak kerja hari-hari, kan? Dah setahun lebih aku berulang alik ke Forest Hills tuh, dah puas aku cuba tahan-tahan kebosanan, tapi seseminggu dua nih macam parah lah pulak jadinya.

Nak pergi kerja tuh bercinta rasanya. Tambah-tambah kalau sepagian aku tak buat apa. Dan bila aku melepak sesambil mengopi sementara nak masuk kerja, aku selalu terfi‏kir, yang aku patut cari kerja lain aje lah. Tak sanggup dah rasanya. Tapi, nak cari kerja lain pun aku tak sanggup jugak, sebab aku takut nanti kerja tuh tak sebagus macam kerja yang aku buat sekarang nih. Dan banyak benda lain yang aku kena buat adjustment.

Cuma, perasaan bosan tuh hilang bila aku dah sampai apartment diaorang tuh. Bukan sebab apa, cuma aku rasa kesian sangat dengan King Mongkut tuh. Bayangkanlah, dia kalau aku masuk aje apartment tuh, senyum aje dia sebab dia akan diurut. Kejap aje aku urut dia, teruslah dia tertidur. Berdengkur.

Masa tuh aku ada macam-macam perasaan, rasa bengang, rasa kesian. Kesian sebab itulah, dia cacat. Bengang nya sebab itu jugaklah, sedap aje dia tidur. Dia buat tak kisah aje masa aku urut dia, dia kadang tuh kentut. Bertalu-talu kadang tuh. Itu yang aku terpaksa taruk towel kat bontot dia masa mengurut badan dia tuh, at least towel tuh dapat menapis zarah-zarah kentut dia. Nasib baiklah Mat Salleh kentut diaorang tak sebusuk macam kentut Melayu, atau kentut Keling.

Itu pasal aku kalau mengurut dia, aku urut bahagian badan sekejap aje, aku lebih suka mengurut bahagian kaki aje. Sebab aku tak kena mengadap arah kepala dia, aku akan membelakangkan dia. Aku akan mengadap tv, aku akan mengadap arah tingkap. Kat tv, aku boleh nampak image aku. Dan aku akan jadi sedih (kadang kesian, kadang bangga) bila tengok imej aku tuh. So aku akan pandang keluar tingkap, dan aku akan mengelamun.

Tak ada lah aku mengelamun memasang angan-angan nak itu ini. Tak. Dalam hidup aku yang macam gini nih, aku tak nak benda-benda materialistik gitu tuh. Cuma aku nak dijauhkan dari ----- -----. Selalu aku fikir, janganlah aku -----. Janganlah aku ----- di tempat -----. Janganlah aku ---- dan --------- ------------- di negara orang. ------ kanlah aku ----- sebelum --- ----- ---- ----. Aku nak ---- dalam -----, aku tak nak ---- ----- di ------ -----. Aku selalu jugak fikir yang ----- tak patut ----- aku di-------- sangat sebab aku bukanlah ----- ------. Tak ----- ker -------- aku ------ ini?

So, itulah benda-benda yang buat aku rasa tak sedap hati aje dalam seseminggu dua nih. Aku bosan, dan bila bosan sangat tuh, macam-macamlah yang aku fikir.

Minggu nih jugak, sebenarnya, aku dapat message dari kawan aku, yang sedikit sebanyak menginfluence mood aku. Aku adalah kenal a few Malaysians yang tinggal kat overseas, semuanya melalui blog ni lah. Ada yang masih ikut blog aku, ada yang datang sekali sekala. Kitaorang pun sembang kat YM pun sekali-sekala gitulah. Ada di antara diaorang nih yang ada masalah jugak. Dipendekkan cerita, one of my friends nih dah berjaya (akhirnya) balik Malaysia, so the moment dia sampai Malaysia, dia YM aku. Dan dia adalah nasihat aku, suruh aku fikir elok-elok, dan jangan leka sangat duduk di New York nih. (Dah sampai Malaysia baru dia berani nak nasihat aku, Mamat nih! Ekekekekek)

So, perkataan "leka" tu lah yang buat aku rasa macam tak sedap didengar tuh, mungkin sebab ada betulnya kot? So, selalu lah aku termenung, melayan perasaan, mencari alasan-alasan yang aku bukannya "leka" duduk di New York nih.

Oh, the rhythm of my heart
is beating like a drum
with the words I Love You
rolling off my tongue.
No never will I roam,
for I know my place is home.
Where the ocean meets the sky,
I'll be sailing.

[Rod Stewart - The Rhythm Of My Heart]


Jumaat

Hari nih last lah aku nak melepak-lepak kat katil tak buat apa-apa. Kena stop lah. Tak boleh layan sangat rundum di hati. So aku ke masjid awal-awal, kat masjid senang sikit nak kontrol rewangan otak. Kalau kat rumah, kat tempat kerja, semakin mengelamun, semakin berat kepala jadinya. Kat masjid nih, semakin difikir, semakin ringan kepala jadinya. Sebab akhirnya kita akan berserah pada Tuhan, akhirnya kita akan sedar yang kita tak ada kuasa walau sikit pun, akhirnya kita akan berdoa.

Sepanjang hari, on the way nak pergi kerja, dalam train, on the way balik, aku dengar Quran aje lah kat cellphone. Tenang rasa hati, jalan pun tunduk aje. Macam terlama dah tak dengar Quran, sebab asyik dengar Spanish lessons aje kat cellphone.

David off harinih, so dia ada di rumah masa aku sampai. Tah apa pasal,terjadi ramah pulak aku dengan King Mongkut harinih. Baik aje aku layan dia, sembang pun banyak. Biasanya aku senyap aje, tak kuasa nak melayan dia. Dan dia pun tahu, yang dia tak reti sembang dengan aku, tak macam David. Dengan David, aku selalu gelak-gelak, sama King Mongkut tak pernah pun, paling kuat pun aku sengeh aje, itupun sengeh sebab kesian, kalau masa dia cuba buat lawak.

Diaorang ada jemputan dinner kat apartment jiran, Mat Salleh yang kawin perempuan Thai tuh, so awal-awal lagi aku dah siapkan King Mongkut. Sabar jer lah, nak ke tingakt 6 (kitaorang kat tingkat 7) tu pun nak bersiap gila-gila King Mongkut tuh. Nak pakai kasut bagai, baju nak tuck in, sweater nak yang match dengan kaler stokin.

Biasalah, memang lama kitaorang kat apartment Mat Salleh tuh, sampai 3 jam. Aku tak makan sebab diaorang order makanan luar, aku kata lah yang aku selalunya dinner lambat. Dekat pukul 10 barulah kitaorang blah, by the time aku siapkan King Mongkut untuk beradu, jam dah pun pukul 10-30 malam.

Sabtu

Walaupun kitaorang nak keluar pergi Roosevelt Field Mall, tapi David ke gym dulu pagi-pagi. Pukul 12 baru dia balik, King Mongkut punyalah tak sabar nak keluar, pukul 11 lagi dia dah suruh aku naikkan dia ke scooter yang lagi satu tuh. Aku ikut ajelah kata dia, baru dia rasa, terpaksa duduk kat scooter tuh sejam lebih tak bergerak-gerak. Memang kadang tuh King Mongkut nih macam budak-budak sangat. So dapatlah aku melepak sambil tengok tv, sementara menanti David siap bersiap.

Member segym Davd, Dave, ada ikut kitaorang ke mall so berempatlah kitaorang merempit. Boleh tahan jugak ramai orang kat mall, biasanya kitaorang datang awal masa orang tak ramai. Itu yang payahnya tuh sebab King Mongkut tuh selalu terlanggar orang.

Lama jugak kitaorang kat mall tuh, pukul 4 baru sampai apartment, masing-masing dah lapar gila. Aku tak makan pun sebab lagi dua jam nak habis kerja sedangkan masa tu lah King Mongkut nak suruh aku buat catherter, nak siapkan dia, semuanya lah, sebelum aku blah. Pukul 6 baru aku balik kerja, lama dah tak habis kerja pukul 6. for the last few months aku asyik balik pukul 5 aje kalau Sabtu.

Aku cadang nak tengok wayang tapi sebab habis kerja lewat, next show pukul 8-20 malam, so aku ke Pinang Restaurant lah dulu, makan nasi goreng tomyam, lama jugak melepak kat situ, sejam lebih. Syok sembang dengan tokay tuh, aku nak jugak sembang sama Ramon tapi dia takut agaknya nak sembang lama-lama sebab tokay ada.

Kepala aku pening (sebab masuk angin kot, makan lambat) tapi aku pergi jugak ke Lincoln Plaza cinema, nak tengok wayang cerita Sin Nombre (Nameless), filem bahasa Spanish yang baru mula main Jumaat lepas. Hebat review film tuh, itu yang aku nak tengok tuh sebab biasanya filem yang dimainkan kat panggung tuh, cepat ditukar ke filem lain, juat after a week aje.

Director filem tuh ada buat ucapan sebelum filem tuh mula, muda lagi orangnya, dalam 20an kot. Look out for this name, Cary Joji Fukunaga , he will make it big in Hollywood nanti nih gayanya.

Best filem tuh, walaupun a bit too violent for me. Kisah immigrant dari Honduras dan Mexico yang bersusah payah cuba masuk US. Ngeri menengoknya. Macamana pun, filem nih buat aku rasa macam nak pergi South America aje, now that aku pun tengah belajar Spanish kan?



Berdenyut-denyut kepala aku sebab pening, hampir aku keluar panggung yang penuh sesak tuh tapi aku tahan kan aje. Masa dlaam train, punyalah siksanya, nasib baik aku tertidur sekejap. So tak heranlah bila sampai rumah aje, teruslah aku tidur, kebetulan pulak esok aku akan masuk kerja pukul 11 pagi. Dan aku masih pun belum sentuh buku Spanish aku, sedangkan exam Selasa nih......

Rabu18032009


Yesss, berjaya jugak aku membangunkan diri untuk jogging pagi nih. Itupun dekat setengah jam berdolak dalih dengan diri sendiri, samada nak terus sambung tidur atau nak tunaikan janji kepada diri sendiri yang aku nak mulakan buat exercise di waktu pagi. 

Pukul 8 aku mula jogging tadi, kat playground kat 6th Avenue/54th Street. Lima belas minit berlari, mulalah aku letih, nak berhenti, awal sangat, malu pulak sebab ituhari aku selalu kutuk King Mongkut yang buat exercise tak sampai setengah jam. So aku berlari-lari anak, berjalan sekeliling playground tuh for another 45 minutes. 

Ramai jugak orang tua-tua yang bersenam kat situ, hampir aku terikut this one old Chinese guy buat senaman tolak angin tuh, taichi ker apa tah nama nya senaman tuh. Adalah empat orang tadi tuh yang ikut Cina tuh buat senaman gitu, aku nak join, rasa nampak macam tua sangat lah pulak. 

Since kawasan tuh dekat dengan Chinatown, aku terus ajelah merayau-rayau kat situ, cadangnya nak beli sayur, apa-apalah benda yang nak dimasak. Itu matlamat aku yang kedua, nak memasak. Akhir minggu lepas kali teakhir aku masak, nasi yang aku tanak ituhari, buang gitu aje sebab tak dimakan. Kali ini aku nak buat rajin macam dulu balik semula lah, nak masak dua kali seminggu. 

So aku belilah sayur-mayur, termasuk pulak kat kedai-kedai lain, ada aje lah benda yang aku beli. Kicap, sambal, kacang hijau, sagu - tu dia, nak buat bubur lah tuh. Then aku ke satu kedai yang jual barang-barang dari Asia, terralit aku kat situ sebab banyak rupanya barang perbuatan Malaysia yang dijual. Kopi Aik Heong, Ipoh pun ada jual. Then aku tengok ada cincalok, hampir aku terambik sebotol walaupun aku tak suka cincalok. Aku macam terhappy gitu. So aku belek satu-satu, tah-tah ada jual budu sebab aku teringin sangat makan budu. Tak ada lah pulak. 

Macamana pun, lama betul aku kat kedai tuh, sampai penuh seraga barang yang aku beli. Ada perencah laksa, perencah lain pun berlambak, semuanya aku rembat. Dekat seratus dollar semuanya yang aku belanjakan, beli beras seguni, puas memikul barang balik ke rumah. Terfikir aku, yang hidup nih gitulah, semua jawapan, kebahagiaan, apa yang kita hajatkan, semua benda tuh sebenarnya ada di depan mata kita. Cuma kita aje yang perlu cari, perlu bukak mata luas-luas, perlu cari peluang. Itulah, dah dekat dua tahun aku duduk kat sini, baru sekarang aku tahu yang benda-benda tuh ada dijual. Katalah aku tak keluar rumah, aku tak merayau-rayau, aku tak membuang masa sikit untuk mengexplore, sampai tua lah aku tak akan tahu yang benda gitu tuh ada dijual di dekat rumah aku sewa nih kan? 

Begitulah jugak dengan hidup kita nih, jawapan hidup, kebahagiaan dan kesusahan, apa-apa ajelah yang kita cari selama ini, semuanya tuh berada di mana-mana. Terpulang pada kita nak mencarinya. Ish, lari tajuk pulak aku nih. 

Letih sebab buat exercise, lepas breakfast aku tidur sekejap. Lena aje tidurnya. Pukul 12 setengah aku bangun, teruslah memasak. Aku nak buat mee udang sebab macam sedap, macam lawa aje gambar kat pembungkus rempah tuh. Separuh jalan, terasa lah malasnya, leceh betullah sebab banyak benda yang kena disediakan. Nak celur taugeh, sawi, fishcake, telur, udang, sotong, semuanya tuh kena disediakan. Aku tengok kat sampul perencah tuh macam simple aje, taruk sayur sesikit, taruk air, then isi perencah tuh. Tapi, bila siap, tak sedap pulak rasanya, tak lawa gitu, rasa macam sup tomyam aje. Puas aku menghiasnya mee udang tuh, taburkan bawang goreng, taruk tomato bagai. Tapi, masih jugak tak sedap rasanya. 

Tak ada selera aku nak makan, sebab dalam kepala aku kata yang mee udang tuh tak sedap, banyak pulak tuh, seperiuk besar. Last-last aku ratah gitu ajelah mana yang patut. Nak kata tak menjadi, menjadi jugak mee udang tuh. Cuma tak lah sesedap yang aku jangkakan, aku ingatkan macam mee kari. 

Sambil termenung (sambil cuba memakan mee tuh) memikirkan apa yang aku nak buat dengan timbunan mee udang tuh, terfikirlah aku yang betapa hidup aku nih direflect dalam cara aku memasak. Or rather cara aku memasak, macam sama dengan cara aku mengendalikan hidup aku nih. Dalam hidup aku, aku nak kan semuanya best, sedap, bagus. Aku nak semuanya. Aku tak puas hati dengan satu aje benda yang best, aku taruk, aku kumpulkan benda-benda best yang lain. Sampaikan jadi berkecamuk, jadi rojak, jadi bermacam-macam, sampaikan tak ada identiti, sampaikan tak larat aku nak handle. Tah, tak reti aku nak susun ayat, nak cuba sampaikan apa yang aku dok fikir tadi tuh tapi aku rasa korang get the point, apa yang aku nak cuba sampaikan. Yang hidup aku nih bermacam-macam, sebijik macam cara aku memasak. 

Selasa17032009


Agaknya aku sorang aje yang akan terus sambung belajar Spanish 1.3 nanti sebab so far belum ada sesiapa yang register. Masing-masing semua kata tak dapat nak continue dah, ada aje alasan masing-masing, cuma MakCik Itali tu aje yang akan register. Masalahnya dia nak terus lompat ke kelas 1.4 sebab dia kata tak ada apa sangat Kelas 1.3 nanti, dia nih senanglah sebab bahasa Itali dekat nak sama dengan bahsa Sepanyol, itu pasal kacang aje bagi dia.

Aku kena pujuk Jane, Minah Korea tuh, ajak dia join kelas akan datang sebab dia aje yang kata dia mungkin nak terus continue. Larry pulak belum confirmed, yang lain-lain tuh pun confirmed jugak tapi confirmed tak nak sambung belajar dah.

So tadi sebab aku sampai Institute tuh awal pagi, jadi aku teruslah register untuk Unit 1.3. Aku register jugak untuk online lesson AVE1.3, so kena bayar $336 semuanya, itu pun lepas tolak 25% diskaun sebagai returning student, dan jugak sebab bayar awal.

Minggu depan hari Selasa exam kitaorang, Khamis pulak cuti, so kelas seterusnya Selasa minggu yang satu lagi. Aku sama Sally asyik dok plan, nak kasi excuse apa lah sebab masing-masing tak nak datang untuk exam. Dia oklah sebab dia tak nak continue dah, tapi aku yang nak terus belajar Unit 1.3 nanti, tak bolehlah aku tak datang exam kan? Tengoklah macamana, aku cuma ada seminggu jer lagi nih untuk mentelaah, aku tak konfiden langsunglah exam kali nih, harus aku fail nanti tuh kot.

CikGu kitaorang ada plan nak buat makan-makan bila habis exam tuh nanti, memamng itu tradisi nya Instutute tuh, setiap kali habis exam, akan dibuat jamuan makan. Tapi berapa kerat aje yang akan datang nanti tuh, tadi pun cuma 9 orang aje yang datang kelas.

Harinih St Patrick's Day, so banyak jalan yang ditutup sebab ada Parade dari pukul 11 sampai 4 petang. Since kelas aku di East Side, aku kena menyeberang 5th Avenue untuk ke West Side, untuk ke subway station. Terpaksa ke 42nd Street dulu baru lah dapat melintas jalan sebab itulah, semua jalan ditutup. Aku tak tengok sangat pun Parade tuh sebab susah nak lalu, ramai orang. Aku tengok gitu-gitu ajelah dari jauh. Brought back some swet memories masa aku muda-muda dulu, masa kat UK.








Tadi masa diaorang dinner, aku ada beritahu David yang awal bulan depan aku nak cuti sehari sebab ada kawan nak datang New York. AM nak datang sini for 6 days so aku rasa aku nak lah spend satu hari suntuk dengan dia, iyalah kan, AM tuh dari pendalaman Oklahoma, sapa yang nak pimpin tangan dia masa melintas jalan nanti kan? Kat New York nih banyak kereta, kan? Ekekekkee.

Tapi King Mongkut macam resah aje bila aku kata aku nak cuti tuh, so aku rasa aku tak dapatlah nak ambik off. Tak apa lah, aku boleh jumpa AM pagi-pagi sampai tengahari aje lah nanti tuh, sebelum aku pergi kerja. Atau malam-malam lepas aku balik kerja.