Saturday, October 27, 2012

IsninSelasa0607072009


Isnin
Aku tak tahu apa pasal aku boleh terlupa yang harinih aku masuk kerja pukul 4-30 petang. Since aku sampai awal kat Forest Hills, so aku melepak ajelah kat bench kat park di situ sesambil tengok orang lalu lalang. Dekat 3-45 pm terus aku ke apartment diaorang, doorman tuh tanya aku apa pasal aku datang 45 minit lebih awal dari biasa. Only then baru aku tersedar yang aku sepatutnya masuk kerja 4-30 petang. Mulanya aku ingatkan jam kat cellphone aku salah tapi rupanya otak aku yang salah. 
So, serba salah nak ke mana, aku melepak ajelah kat depan apartment tuh sesambil mengetip cellphone, buat pura-pura sibuk. Nak terus naik ke atas, caregiver sorang lagi tuh masih belum habis kerja (dia kerja sampai pukul 4). 
Tak lama aku melepak situ, tersembul pulak David yang baru balik merempit dengan emak dia. David masih cuti sampai esok, seminggu dia cuti. Dia suruh aku melepak dulu tapi tak syoklah rasanya, itu yang aku naik jugak ke apartment sama dia walaupun baru pukul 4. So, terrugi setengah jam aku harinih, terlebih kerja setengah jam gitu. King Mongkut lah sedapnya, sebab aku kena urut dia sejam, biasanya setengah jam aje, dari 4-30 sampai 5 petang. Itu yang berdengkur aje dia tertidur masa aku mengurut dia. Tak apalah, diaorang selalu bayar aku lebih pun, kalau masa aku balik awal tuh pun diaorang bayar penuh jugak.

Habis kerja aku dah serba salah nak pergi makan kat mana. Nak ke Penang, bosan pulak asyik makan benda yang sama, lagipun sure terbang dalam USD 20. So aku turun kat Jackson Heights, makan beriyani kat kedai Paki tuh, USD 8 aje. Jarang sangat aku makan dinner kat Jackson Heights, biasanya aku pergi siang aje tapi tadi tuh aku lapar gila sebab siang tak lunch, sampai tak bermaya aku, nak naik tangga kat subway pun kena pegang handrail tangga sebab tak bertenaga, lapar.

Selasa
Walaupun semalam aku tidur lepas Subuh jugak (pukul 5), dan walaupun aku tidur tadi sampai pukul 10 aje tapi aku nak ke Times Square jugak. Nak tengok live broadcast pasal memorial service untuk Michael Jackson. Mulanya nak ke Harlem tapi bila mengenangkan yang acara tuh mulanya pukul 1 (pukul 10 pagi kat California kot) dan aku kena bergegas ke tempat kerja, itu yang aku decided nak ke Times Square aje. Lagipun kat Times Square banyak tv screen yang besar-besar, kat Fox, kat ABC. 
Masa tengok upacara tu, dengan keadaan sekeliling yang sombre aje, barulah aku macam terasa sedih jugak. Pukul 2-30 aku blah, sampai Forrest Hills aku ke internet cafe pulak, tengok live upacara tuh sampailah habis. 










Ahad05072009


Walaupun aku masuk kerja lewat sejam harinih tapi aku bertolak ke Forest Hills awal macam biasa. Pukul 8 aku dah keluar, aku naik local train yang singgah kat semua stations tuh. Mengopi, baca paper, tidur, kat dalam train tuh. Dalam sejam lebih aku melepak kat Secret Garden, terralit tengok Mat Salleh tangkap spider, so aku pun join diaorang. Gila Mat Salleh nih tak ada kerja lain gamaknya, sampaikan aku pun terikut-ikut (sebab aku pun tak ada kerja).
David ke gym masa aku sampai so sementara King Mongkut melepak kat throne, aku buatlah kerja yang patut. Dan tak patut (online guna cellphone). Since malam nanti kawan diaorang nak datang for dinner, aku bersihkan ruang tamu lebih-lebih sikit.
Aku suruh King Mongkut melepak lama-lama kat throne, tak bermaya, tak ada tenaga langsung King Mongkut hari nih, tersangkut jer badan dia kat scooter tuh. Kesian aku menengoknya so aku bila dah siap semuanya terus aku angkut dia ke katil, aku urut dia.
Lepas lunch David keluar beli barang, so aku melayan King Mongkut tengok tv aje lah, masa tu lah rasa slow sangat waktu berlalu.

Aku sengaja lambat-lambatkan buat catherter walaupun masa tuh kawan-kawan diaorang dah datang. Aku punya bajet, habis aje buat catherter, terus aku nak blah. Aku tak berapa ngam dengan kawan diaorang yang sorang tuh, yang lagi satu tuh ok, cuma kawan dia tuh, berlagak sikit orangnya.

Nasib baik Ramon tak ada talipun ajak keluar, semalam dia ada tanya aku, aku kata nak tengok wayang harinih. Malaslah aku keluar kalau dia ajak kawan-kawan dia tuh. Macam semalam tuh, diaorang asyik tanya aku pasal kes Manohara, sama kes orang gaji yang kena simbah air panas tuh.

Since aku tak nak tengok wayang dan aku tak rasa aku nak makan kat luar, aku decided nak ke Times Square. Aku cadang nak start lah beli barang-barang nak dikasi kat budak-budak kat Rumah Anak Yatim Darul Izzah masa gathering diaorang nanti. Since aku kena beli untuk 29 orang budak, so aku nak cari benda murah-murah ajelah. Minggu depan dan minggu seterusnya beli satu dua barang lain pulak kan? Tak lah terasa sangat, ekekekek. Teruk aku nih, aku terasa sendiri tadi tuh, nak mengeluarkan a few dollars masa nak beli key chains tadi tuh pun berkira, kalau beli barang untuk diri sendiri ker, untuk makan ker, untuk apa-apa lah, langsung tak berkira.
Minggu depan aku nak uji lagi diri aku, aku nak cuba beli benda yang mahal sikit (ala, mahal pun dalam tiga empat dollars harganya - dikali dengan 29, itu yang terasa mahal sikit tuh ekekekek).

So, dapatlah tadi 30 t-shirts, 30 key-chains, dan 30 benda-benda lain lagi, nanti aku carilah benda-benda murah lain macam pensil, pen, robar, things like that. Details pasal Majlis Amal Dan Makan Malam Bersama Anak Yatim Darul Izzah tuh belum keluar lagi tapi aku nak mula plan dari sekarang lah. Alon-alon gitu.



Sabtu04072009


Mati-mati aku ingat diaorang tak nak keluar ke mana-mana inihari, hidup-hidup diaorang tipu aku. Aku punya lah malas keluar sebab aku dah tahu, balik-balik ke mall jugaklah pergi nya. Aku cadangkan pergi ke Millionaires' Row Americana di Manhasset sebab cuaca pun elok, tentu seronok meneglilingi deretan butik shops kat situ. Tak pun pergi tengok wayang, ke mana ajelah asalkan bukan ke Roosevelt Field Mall. Tapi itulah, ke situ jugak akhirnya diaorang pergi.

Lama pulak tuh kat dalam tuh, dari Bloomingdale's ke Macy's. Dari Macy's ke Nordstrom. Diaorang nak beli pakaian untuk King Mongkut untuk pesta kawin anak sedara dia nanti 1st August. David pulak, buat aku geleng kepala aje, nak beli dua helai ties sampai dekat sejam. Dari satu kedai ke satu kedai dimasuknya. Mengekor ajelah kitaorang berdua, aku sama King Mongkut. Satu persatu tie tuh diambik dan dipadankan dengan baju yang dia beli, semuanya tak kena. Pelik aku, aku langsunglah tak nampak apa yang tak kena nya tie tuh dengan kaler baju tapi dia tetap jugak pilih satu persatu. Memang dia tuh peculiar, pelik dan anih.

Aku punya lah lapar dan letih sebab dua jam lebih berjalan ke sana sini kat dalam mall tuh. Aku, kalau berjalan kat mana-mana, merempit kat Manhattan ker, aku tak mudah rasa letih, tak cepat termengah. Tak mudah bosan. Tapi kalau jenis jalan dari satu kedai ke satu kedai, dari satu department ke satu department, kat dalam mall, ha, itu aku cepat jadi letih. Aku cepat mengah, cepat bosan.

Pukul 3 baru kitaorang balik, serba salah dah aku nak makan lunch sebab kejap lagi balik kerja nanti, aku nak pergi makan sama Ramon. So makan roti selek butter jer sekeping, buat alas perut. Ingatkan bolehlah blah pukul 5 tapi King Mongkut nak memerut pulak, lepas tuh baru nak dibuat catherter kat dia.

Sebelum naik subway, aku talipun Ramon, dia dah di 23rd Street (Chelsea), so dia suruh aku turun kat situ aje sedangkan aku cadangnya nak turun kat 57th Street dan walk my way down ke 24th Street sebab kembang api akan dipancutkan dari barge-barge kat Hudson River dari 57th Street.

Bila aku sampai 23rd Street setengah jam kemudian, bila aku talipun dia, dia kata dia kat 34th Street. Geram aku orang Indo nih, kalau nak ke 34th Street tadi tuh, beritahulah aku kan, boleh aku turun kat situ aje. Dia sama kawan dia rupanya, apa tah nama mamat tuh. Sembang-sembang sekejap terus ajelah aku ajak pergi makan sebab cadangnya nak ke esplanade sebelum orang ramai.

So kitaorang meyusur ajelah kat 8th Avenue kat Chelsea tuh, nasib baik restoran Thai kegemaran aku Room Service tuh tak berapa ramai orang. Kitaorang dapat duduk depan sekali, best aje rasanya sebab ramai orang lalu lalang. Rasa macam kelas sangat, itu yang asyik duduk silang kaki aje sepanjang masa, ekekekeke. Tengah-tengah melepak, kawan pada kawannya Ramon talipun, dia kata dia pun nak ngelihat kembang api, tapi dia masih di Union Square (dalam 10 blocks aje dari restoran tuh) so kitaorang ke sana lah lepas tuh menunggu dia.Sama awek, mamat tuh, Cina Malaysia. Tapi aku tak mengaku aku orang Malaysia, bila Mamat tuh tanya aku. Mulanya dia ingatkan aku Spanish, tapi aku kata lah aku dari Belitung, dapat idea dari filem Laskar Pelangi ituhari.

Tak boleh ngam aku dengan mamat tuh gayanya sebab dia macam serba tahu, macam New York nih kampung laman dia. Aku senyapkan ajelah bila dia gelakkan aku bila aku ajak pergi ke esplanade sebelum orang ramai, sedangkan diaorang nak melepak kat park tuh sesambil tengok orang.

Lagipun diaorang bertiga Indo, aku sorang jer Malaysian, Minah awek dia tadi tuh dah blah. Pukul 9 barulah kitaorang bergerak nak ke 12th Avenue, naik bas. Memang betul pun, sendat dah sepanjang jalan. "Aku udah bilang...", itu aje yang aku kata kat diaorang bila masing-masing sedar apa yang aku cakap sebelum tuh betul, kat mana dibuka laluan, kat mana jalan ditutup, kat mana nak tengok fireworks.

Bila dah start pancutan bunga api, teruslah masing-masing terkejar-kejar, diaorang lari ke kana, aku ajak Ramon lari ke kiri, sajalah nak kasi biar terpisah dengan diaorang. Dalam sesepuluh minit tercegat, terpanjat-panjat, aku beritahu Ramon yang aku nak blah aje lah. Bukannya aku tak pernah tengok bunga api yang lebih meriah dari tuh, lagipun tak nampak apa pun, takat nampak asap aje. So aku terus blah, tinggalkan Ramon sorang-sorang. Rasa tak best kali nih, lain kali kalau dia ajak keluar merempit lagi, aku nak kasi excuse lah.




Nampak asap jer. Bila aku dah nak blah, dah jauh dari tempat kembang api, baru lah nampak jelas jugak.




Gambar yang aku ambik masa aku dah blah dari tempat ramai orang tuh.


KhamisJumaat0203072009


Dua tiga malam kebelakangan nih aku asyik tidur lewat aje, sebab aku macam serba salah nak tidur kalau by 12 midnight aku masih online. Iyalah, Subuh masuk pukul 3 lebih, dan aku pun kerja petang, so aku bolehlah tidur sampai siang pun kan? Akhirnya aku tidur sesudah Subuh lah. 

So berubah lah sikit pattern hidup aku, bangun pun dah 10 lebih, kadang tuh sambung lagi sampai dekat Zohor. Bangun pun sebab lapar, so aku makan lah apa yang ada, biasanya breakfast oatmeals. Lepas breakfast, either sambung balik tidur, atau melepak main internet aje, sementara tunggu Zohor, dan waktu nak pergi kerja.

Lagipun, dalam minggu ini, hampir setiap hari hujan. Hujannya lebat pulak tuh, biasanya hujan renyai-renyai aje tapi sekarang nih hujannya lebat-lebat, hujan yang kena pakai payung kalau nak keluar. Manalah aku suka berpayung, kan, so itu yang aku tak keluar tuh. 

Sebab breakfastnya lambat so aku tak ambik lunch pun, cukup setakat makan kek sepotong masa mengopi sebelum masuk kerja. Minggu nih aku tak memasak apa pun, makan kat luar pun baru sekali, itupun tapau mee goreng.

Esok (Sabtu) aje aku keluar kot sebab tadi Ramon talipun, dia dah berhenti kerja dan kerja baru akan mula minggu depan. So basically dia free lah, itu yang nak ajak aku melepak tuh. Aku janji dengan dia nak "ngelihat kembang api" sempena 4th July, kat Chelsea Piers malam esok.

Rabu01072009

Aku skip entry nih pasal tak ada kena mengena sangat. Entry pasal derma Projek Tabung Ayam untuk Rumah Anak Yatim Raudah dan jugak detail pasal Majlis Amal Dan Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim 2009 -Darul Izzah, Bangi.




IsninSelasa2930062009


Isnin

Lepas Subuh tadi aku tak tidur dah, pukul 5 lebih gitu. Saja jer lah, cadangnya nak update blog. Tapi tengah buat update tuh, terchat lah pulak kat tagboard. Entah macamana, macam terbergaduh lah pulak dengan this one perempuan. Macam misunderstanding gitu lah kaedahnya. 

Mula nya aku kool aje tapi lama-lama bosan jugak aku, so pukul 7 tuh aku telan NightQuils, aku sambung tidur, sedar-sedar dah pukul 12 tengahari. Itupun sebab tuanrumah ketuk bilik aku, kasi gulai terung yang dia janji nak masakkan untuk aku minggu lepas tuh. Macam biasa dia tak nak ambik duit, dan kali ini aku pun tak lah beria-ia sangat, lagipun macam tak berapa sedap aje lauk tuh gayanya.

Macamana pun aku akan ganti lah nanti, aku nak belikan sikit-sikit barang dapur gitu. Untuk kegunaan semua. Aku nih sensible orangnya, orang memberi, aku menerima dan memberi balik.

Aku ingatkan settle gitu ajelah kisah aku bertekak tadi tuh tapi sepanjang hari aku jadi macam bodoh aje. Terngiang-ngiang ayat "You are such a jerk lah Joe", kata perempuan tadi tuh. Ish, jahat aku nih di mata orang rupanya. Itu yang buat aku jadi macam bodoh jer tuh. Mungkin sebab aku tak boleh terima hakikat yang aku nih jahat, kot? Ekekekeke 

Itu yang aku rasa nak cepat jer hari nih berakhir sebab biasanya kalau aku sentapz gitu tuh, dalam sehari dua aje, lepas tuh aku balik jadi macam biasa semula. Jadi jahat. Entahlah. Rasanya nak buat rule lah kat sapa-sapa yang nak chat kat tagboard. Rule untuk perempuan-perempuan aje. Rule dia, sapa-sapa yang tengah PMS tak dibenarkan chat kat tagboard, takut nanti meroyan tak sudah-sudah.

Masa tengah dinner tadi, David cerita kat aku pasal kawan dia kat office yang selalu gaduh dengan dia. Bukan bergaduh apa, diaorang selalu berdebat, selalu bertekak. Dari ayat-ayat yang David gunakan, perkataan-perkataan kasar yang dia hamburkan kat kawan dia tuh, aku dapat buat kesimpulan yang aku nih sensitif sangat, tebal sangat kemelayuan aku tuh. Mudah sangat kecik hati, cepat sangat tersentuh.

Diaorang kalau lepas gaduh tuh selamba aje, lepas tuh berbaik semula. Kita Melayu nih, bertaki sesikit, mula masam-masam muka kan?

Selasa
Risau aku sebab aku malas sangat pagi tadi, a few times aku bangun tidur, lepas tuh aku tidur semula. Sampai pukul 10 lebih, sampai tensen-tensen aku. Sebab kat luar tuh panas, rugi lah kalau tak keluar,kan? Summer pun macam dah nak habis aje nih, sebulan lebih lagi dah mula Puasa pulak tuh kan, so bila masa aku nak keluar kalau tak sekarang, kan?

So, itu yang aku decided nak keluar jugak tuh, dah lah aku tak jogging pagi-pagi. So aku jalan ajelah ke park yang dalam 10 blocks dari rumah sewa aku, lawa jugak park tuh walaupun penuh dengan orang-orang South America (kawasan diaorang kat area tuh). Boleh nampak Lower East Side of Manhattan rupanya dari atas bukit tuh.





On the way ke subway station, aku macam terlapar pulak (walaupun dah breakfast ringan tadi kat rumah) so aku masuk kat this one old-fashioned American Diner, aku makan Greek omelette, minum teh-o ais. Best pulak makan kat situ, sesambil merenung keluar tingkap. Mintak-mintak janganlah aku terselalu datang kat situ sebab mahal jugak makanannya, nak kena kasi tips lagi. Waitressesnya baik-baik, layanannya melemahkan tenaga batin aje.





Aku turun kat West 4th Street, terus ajelah jalan ke arah uptown, sampai ke Union Square. Best tengok orang melepak-lepak kat park tuh sesambil merokok, sesambil makan, aku pun terikut-ikut jugak. Aku terbeli rokok! Pundeks tul, dah lama aku tak merokok, terakhir aku merokok masa keluar sama Ramon (sebab dia perokok tegar).





Pusing-pusing area tuh seseround dua then aku terus aje jalan sampailah ke Madison Square Park kat 23rd Street. Lepak kejap, then jalan lagi sampailah ke 57th Street, ambik train dari situ. Jauh jugak aku berjalannya harinih, mengalir peluh aku keluar, walaupun cuaca tak panas sangat, dalam high 70's gitu. Mamposlah, balik Malaysia nanti, nak keluar ke mana-mana, sure kena usung air-cond lah nampak gayanya ekekekeke.





Nasib baik lah aku nih bukan jenis orang yang suka pergi muzium ekekeekek





David suruh aku datang jugak kahwin anak sedara tiri dia (anak sedara King Mongkut) 1st August nanti, majlis tuh dibuat malam sebab Jews tak akan buat majlis kahwin siang hari kalau Sabtu. Kalau hari lain tak apa, kecuali Sabbath. Nasib baiklah aku tak disuruh pakai tuxedo, diaorang sibuk sekarang nih hari-hari tengok brochures nak pilih pakaian yang nak dipakai.
Balik kerja tadi, aku tak lalu depan apartment diaorang, aku tak ikut laluan biasa sebab aku nak merokok. Aku kena lah habiskan rokok yang aku terbeli tadi tu kan, kalau tak membazir aje. Takutlah terserempak dengan sapa-sapa, iyalah kan, aku dah setahun setengah berulang alik ke situ, ramai yang dah kenal aku. So aku ikut jalan belakang.

Tapi, tengah sedap-sedap aku jalan sambil hisap rokok, sesambil berangan, aku ternampak kawan David/King Mongkut yang selalu datang makan kat apartment diaorang tuh. Aku nak buang rokok di tangan aku, tak sempat dah, so aku macam tutup sikit lah rokok tuh walaupun aku sure yang dia nampak. So dia cakap hello aje kat aku, dan aku balas balik. Biasanya aku sembang-sembanglah jugak dengan dia, tapi agaknya dia tahu yang aku tengah gelabah, itu yang dia tak tegur pun tuh.
Alaaaaaaaaa, habislah aku, sure dia kasi tahu David yang dia terserempak dengan aku dan sure nya dia cerita yang aku hisap rokok.

JumaatSabtuAhad262728962009


Jumaat
Aku bangun pagi, aku tengok kat luar, mendung aje. Eloklah tuh, ada alasan aku tak payah keluar ke mana-mana kan? Kalau cuaca elok, kalau aku tak ke mana-mana, aku rasa macam tensen aje, tapi kalau cuaca tak elok, hujan aje, aku tak ada lah pulak rasa tensen sangat. 
Semangat untuk memasak terus membara di dada aku, dalam minggu nih, dah tiga empat kali aku turun ke dapur. Bukan turun ke dapur untuk makan, tapi turun ke dapur untuk memasak. Semalam, aku masak sayur labu, then buat sambal ikan bilis sebagai gu dia. Best gila sayur labu tuh, rasa macam yang kat Restoran Seri Melayu kat Jalan Conlay aje.

So pagi tadi aku cadang nak buat nasi impit, sebab kacang tanah yang aku beli berbulan-bulan lepas dulu tuh, dah macam nak tumbuh akar. Sesambil goreng kacang tuh, aku buatlah kerja lain, membasuh pinggan mangkuk kotor. Kejap-kejap aku kacau kacang tuh. Sekali tuh terralitlah aku cuci itu ini, bila aku lari ke dapur, aku tengok kacang tuh dah hangus. Dah tak boleh diselamatkan lagi. Tengit bau nya sampaikan ke seluruh rumah berbau. Sampaikan tuan rumah aku terbangun tidur, terus dia semburkan air freshener kat dapur. Termalu aku sekejap. Terus aku masuk ke bilik, sambung tidur. 
Tak boleh lelap aku sebab tak puas hati, so tak lama tuh bila aku dengar yang tuanrumah aku keluar, aku ke dapur semula, aku nak buat jugak kuah kacang, now that nasi impit aku tuh macam menjadi aje, aku tindihkan bawah tilam, ekekekkee. Tapi, bila baru aje nak goreng kacang tuh, tiba-tiba aku jadi termalas, terus aku tutup api dapur, aku masuk bilik, aku sambung tidur. 
Bangun semula pun bila aku dah lapar sangat, dah dekat nak waktu sembahyang pun, so cepat-cepat aku bersiap then pergi makan omelette kat Cafe Mexican. Lepas tuh terus aje ke masjid. 
David ada dinner dengan kawan dia so dia tak ada di apartment masa aku kerja. Kitaorang,aku sama King Mongkut, tengok tv ajelah kerjanya, semuanya kisah Michael Jackson. Aku, macam orang lain jugak, malu nak mengaku peminat Michael Jackson tuh, tapi bila dia meninggal nih, rasa macam sedih lah jugak. Dari semalam lagi aku asyik terfikir yang how fragile our life is kan? Bila-bila masa aje Tuhan boleh ambik nyawa kita. 


Sabtu

Harinih birthday David, tak macam tahun lepas, tahun ini tak ada dibuat party besar-besaran pun. Twin dia aje yang kat Las Vegas yang akan buat big birthday party minggu depan, emak David, adik dia sama anak-anak dia aje yang akan ke sana. 


So David nak menyelebrate birhday dia dengan shopping aje lah. Kitaorang ke Roosevelt Field Mall awal-awal lagi. Sampai dekat pukul 3 kitaorang di mall tuh, yang buat lama nya masa diaorang kat kedai jam. Aku tak masuk pun sebab aku ingat lagi yang tahun lepas, diaorang suruh aku tunggu kat luar sebab diaorang nak bargain. Iyalah, harga jam yang dia nak beli tuh ribu-ribu. Tapi, aku tak lah expect sampai dekat dua jam diaorang kat kedai jam tuh, itu yang aku melepak kat luar kedai aje. Kalau aku tahu lama diaorang nak melepak kat situ, sure aku jalan-jalan ke tempat lain dulu.


Banyak kali aku menggeleng kepala tengok David tuh shopping harinih, iyalah, nak beli tie sehelai pun, punyalah lama memilih color, corak. Bukan mahal mana sangat pun tie tuh, itu yang aku tak faham nya tuh.


Kitaorang sampai aje kat apartment, terus lunch, tak sempat pun nak urut King Mongkut lepas buat catherter tuh pasal nak kena siapkan dia pulak sebab diaorang nak keluar for dinner (nak celebrate David punya birthday) sama keluarga diaorang.


Itupun pukul 6 jugak aku habis kerja, dan esok pun disuruh masuk pukul 10 pagi sebab salah satu dari baju yang David beli, tersalah saiz, dan dia nak pulangkan baju tuh, so esok kitaorang akan ke mall tuh lagi.

Aku tak turun kat 59th Street, instead aku ke Chelsea sebab cadangnya lepas tengok wayang aku nak dinner. Kat 59th Street tuh aku tak tahu nak makan kat mana, kat Chelsea nun banyak restoran Thai. Lagipun kat Chelsea ada show awal sikit dari panggung The Paris kat 59th Street tuh. Aku tengok film Cheri, lakunan Michelle Pfeiffer, Kathy Bates, Rupert Friend (boyfriend Keira Knightley).


It is turn of the century in Belle Epoque Paris and a scandalous romp is underfoot. The tale begins as the ravishing Lea (Pfeiffer) contemplates retirement from her renowned stature as Paris's most envied seductress to the rich and famous. Her plans are cut short when she is approached by a former courtesan and arch rival, the barb-throwing gossip Charlotte Peloux (Bates), who encourages Lea to teach her disaffected 19 year-old son a thing or two about women. The resulting escapades involve power struggles over sex, money, age and society -- and unexpectedly, love itself -- as a boy who refuses to grow up collides with a woman who realizes she cannot stay young forever.

Oklah film nya, cerita biasa-biasa aje di zaman 20an dulu. Lepas tengok wayang, aku merayau-rayau kat Chelsea sesambil cari restoran Thai tapi semua restoran penuh aje so aku decided nak balik aje lah. Sampai kat Chinatown, aku terturun kat situ, terus aje pergi Jaya Restaurant, yang walaupun penuh tapi aku masuk jugak sebab aku tak rasa kekok sangat pergi restoran Malaysia.

Ahad

Walaupun aku kurang tidur compared to semalam, tapi aku tak rasa mengantuk pun harinih. Semalam tuh aku punyalah mengantuk, masa dalam kereta masa pergi dan balik dari mall, aku tidur aje, tapi tadi aku segar bugar. Kitaorang sampai mall ngam-ngam pukul 11, baru bukak pun mall tuh. 

Ingatkan sekejap aje kat mall tuh sebab semalam dah puas ronda, tapi diaorang nak jalan-jalan lagi, so sampai pukul 2 lebih jugaklah kitaorang merempit. Tak faham aku diaorang nih, baju tuh harganya cuma USD39 tapi sanggup dia ke mall tuh lagi sebab nak pulangkan baju tuh. Bukannya dekat, dalam setengah jam perjalanan. Aku pernah jugak tersalah beli pakaian, tapi aku tak pernah pulangkan pakaian tuh, aku biarkan aje.


Laju aje aku buat kerja sementara King Mongkut kat atas throne. Aku vacuum, cuci itu ini, sediakan kopi dia untuk esok etc. 


Habis kerja terus aku ke 42nd Street/Fifth Avenue, aku jalan aje sampai ke West 4th Street. Aku nak ke IFC nak tengok filem Indo, Laskar Pelangi, sempena New York Asian Film Festival. Since film tuh mainnya pukul 8, aku melepak ajelah kat Washington Square. Harinih Pride Day rupanya kat New York, itu yang sepanjang jalan sesak dengan orang yang berbagai rupa dan perangai, sampai terralit aku dibuatnya. 



Best film Laskar Pelangi (Rainbow Troops) tuh, one of the best Indonesian films in recent years kata nya. 


Ini aku copy-paste aje: A major crowd-pleaser, RAINBOW TROOPS is based on the most successful Indonesian novel of all time and the film became a massive hit, and one of the biggest Indonesian blockbusters ever made. But maybe because it doesn’t fit into the arthouse straightjacket, or maybe because film festival programmers consider it too mainstream, it’s barely played outside of Indonesia. Even though the Asian Film Awards nominated it for “Best Film” last year, alongside critically-acclaimed movies like THE GOOD, THE BAD, THE WEIRD and TOKYO SONATA, it’s a movie that’s too popular and too mainstream to appeal to the snobs who have decided they’re our cultural gatekeepers. Their loss.

Set in the Seventies, on the Sumatran Island of Belitong, a rural, Muslim school is being closed down because it can’t meet the minimum enrollment requirement of ten students. But on the first day of school, miraculously, ten poor kids show up for class and the doors stay open. These little rug rats are a motley crew ranging from the incredibly poor Lintang to the musically gifted, and slightly less poor, Mahar. Their teachers, Bu Muslimah and Pak Harfan (Cut Mini and veteran Indonesian superstar Ikranagara) are relieved at narrowly dodging the axe and the movie follows their students over the next several years as life deals them one unexpected blow after another.

It sounds predictable, but director Riri Riza wisely chose to cast his young ensemble entirely from local Belitong kids with no acting experience, and the result is a series of performances that invest these characters, who could have been cliches, with a gritty, spontaneous authenticity. Scored by the husband and wife team of Aksan and Titi Sjuman and with an ironically bittersweet title pop song by Nidji (that’ll stick in your head for months), this flick becomes something truly stunning as it unfolds. With glossy, big budget production values, it’s amazing that no one in America has picked this movie up yet for distribution. But that’s okay, because you can still see it here. RAINBOW TROOPS is a warm-hearted delight that gives mainstream moviemaking a good name.

Khamis25062009

Di Tepi Pantai Yang Indah
Ku Duduk Seorang Diri.....ekekeke

Donde voy, donde voy (Where I go, where I go) 
Esperanza es mi destinacion (Hope is my destination) 
Solo estoy, solo estoy (I'm alone, I'm alone) 
Por el monte profugo me voy

Aku pergi Coney Island yang cuma a few train stops awat dari rumah sewa. Tempat nih memang popular jugak tapi cuma popular untuk working class aje lah.