Tuesday, October 16, 2012

Sabtu11102008


Hal nak sangat keluar jalan-jalan hari nih tapi David macam malas aje nak ke mana-mana. Kesian aku menengoknya Hal, puas dia kasi cadangan, pergi mall lah, pergi tengok wayang lah, David buat tak layan aje. Aku tak kisah sangat sebenarnya sebab kalau pergi mall pun bosan jugak, bukannya nak beli apa-apa, asyik dok merayau ke sana sini macam budak-budak belasan tahun. Nak pergi tengok wayang, tak ada pulak cerita best, walaupun aku tahu yang Hal /David nak sangat tengok filem Beverly Hills Chihuahua. Diaorang tahu aku tak suka filem bodoh-bodoh gitu, kalau aku kata aku suka filem tuh sure kitaorang dah pergi dah ke panggung yang kat Forest Hills nih. 

So David pergi gym, dan aku yang temankan Hal sorang-sorang. Aku buat kerja apa yang patut, bersihkan living sama bilik tidur diaorang sebab malam nanti diaorang ada guests. Lepas lunch baru lah aku buat catherter, urut Hal, dalam sejam lebih gitu. David keluar lagi sekali lepas tuh, ke kedai, bayar bill dan beli barang-barang. Hal suruh aku kemaskan bilik dia pulak, sapu-sapu habuk kat tv etc. Aku ok kan aje sebab memang aku dah bosan gila masa tuh, melayan dia tengok tv. Dia nih kalau tengok tv, tak padan dengan cacatnya tuh, asyik nak switch channel aje kerjanya. Tensen aku jadinya. Aku nih jenis orang malas, nak switch channel banyak kali pun malas, aku tengok aje apa yang kat tv tuh. Ala, aku tengok tv pun bukannya tengok tv sangat pun, mata aje kat tv tapi seluruh jiwa raga aku tah ke mana-mana. 

Masa aku bersih-bersihkan bilik dia tuh, Hal pun ikut jugak aku masuk ke bilik dia. Nak cari padah nih Hal nih, kata aku dalam hati. Iyalah, patutnya duduk ajelah kat dapur, tengok tv dari atas scooter dia tuh, tapi dia nih terkial-kial lah memanouvre machine tuh masuk ke bilik. Dia perati aje aku kerja. "You following me Hal?", aku tanya dia sambil terus buat kerja. 

"What, you supervising me?", aku tanya dia lagi. 

"I didn't hear you Joe", kata Hal. 

"NO, I said, you supervising me?", selamba aje aku cakap gitu. Memang aku hangat hati dah masa tuh tapi aku tak lah tunjukkan sangat. 

"No, I'm keeping you company", kata Hal. 

"Looks like you are supervising me.... You should start trusting people, Hal", gila, aku tak sangka aku berani cakap gitu. Aku gelak aje lah dalam hati sebab aku rasa macam puas gitu dapat kena kan dia sebijik. Iyalah kan, dah tau diri tuh cacat, patutnya duduklah diam-diam, ini tak, nak jugak mengekor aku tengok aku buat kerja. 

"O la la....", kata Hal sambil terus dia pusingkan scooter dia, pergi ke dapur. Padan muka ko, dengan aku jangan nak main-main, aku tak kira, tua ker, cacat ker, tua dan cacat ker, aku bantai aje cakap apa yang aku tak suka. Ini aje cara nak mengajar orang tak sedar diri macam Hal tuh. 

Petang tuh, sebab tak ada kerja lain, kitaorang tengok dvd, film Korea. Ya ampun lah bosannya aku dengan diaorang nih, aku tak kisah kalau suka cerita apa pun tapi berpadanan lah kan? Ini tak, diaorang suka sangat filem budak-budak sekolah gitu, filem cinta budak-budak. Dah lah filem dari Asia kan? Budak-budak bercinta pulak kan? Kira memang tak masuk akal lah sangat kan? Tapi, filem gitu lah yang diaorang suka sangat. Puas aku menahan dari tersengguk-sengguk menahan mengantuk. 

Lepas habis filem tuh terus lah aku menyiapkan Hal, sebab diaorang nak keluar dinner sama kawan diaorang tuh. Macam aku cakap ituhari, keluar pergi makan is such an event lah bagi diaorang, pakaian kena match, kena lengkap. Aku hampir tiap-tiap hari jugak pergi makan kat restoran Thai tuh, tapi selamba aje, tak ada lah nak pakai setokin yang match dengan kaler seluar. Tak sedar diri Hal tuh, kuku dia mengalahkan kuku anjing lagi, keras, tak boleh dipotong guna nail clipper, itu pasal dibiarkan panjang, bergulung-ulung. Tak sedar diri yang kaki dia berkudis di sana-sini. Pakaian nak lawa, nak match, nak tutup pekung tuh semuanya gamaknya. 

Habis kerja terus aku bergegas ke subway sebab nk ke Rockerfeller Center, janji dengan Bob nak tunggu kat area-area situ. Bob, macam biaslah, buang masa nak cari parking space. Saturday night kan? Kat area Times Square pulak kan? So aku terus aje jalan ke arah Times Square, jumpa Bob kat situ, then cari parking kat 39th Street/8th Avenue.

Aku, Bob sama Aifa, sama anak, sama kawan dia sekeluarga, yang kerja kat Doha - kitaorang jalan kat area Times Square tu lah, masuk Hard Rock Cafe, Planet Hollywood, ToysRUs, menyusur sampai ke Rockerfeller Center, singgah melepak kat depan building tuh, makan nasi yang kitaorang beli kat Arab tepi jalan tuh. Best pulak makan gitu, habis nasik aku, mungkin jugak sebab orang belanja. Seronok jalan-jalan menyusur dari setempat ke setempat, rasanya kali terakhir aku jalan-jalan beramai gitu, empat lima bulan lepas kot, masa sama Bob ituhari jugak kan? Itulah, kalaulah aku ada kawan kat New York nih, alangkah best nya, boleh merempit sama-sama. Jalan sorang-sorang nih ada masanya tak best.

Sampai sebelas lebih kitaorang jalan-jalan gitu, tak ke mana sangat pun, paling last pun sampai depan Apple Mecca, depan Plaza Hotel, kat 59th Street. Sebelum blah, Bob kasi aku nasi impit sama rendang ayam, rasa macam nak makan kat situ aje, ekekekekek. 

Masa dalam subway, masa dah nak sampai ke stesen kat rumah sewa aku, aku tertidur. Sedar-sedar dah terbabas dua stesen, nak patah balik naik train, macam gaya tak ada aje train, daripada buang masa tunggu train, baik aku jalan kaki aje lah. Ada lah dalam 18 blocks gitu aku terpaksa lalu, mulanya kat kawasan Jews yang mata masing-masing bulat aje bila tengok orang yang tak berpakaian macam diaorang, jalan kat area tuh. Then bila masuk area orang Cina ramai tuh, baru aku rasa lega sikit, sebab itu tandanya dah dekat kat rumah sewa aku.

Jumaat10102008


Dear Diary, 

harini, seharian, aku rasa macam down lah pulak. Down-down gitu jer lah, tak ada lah sampai meroyan-royan gitu. Sebab utama, harinih Jumaat, memang Jumaat aku selalu down pasal weekend dah sampai, aku tak suka weekends, sebab kerja full time. Yang buat aku lagi down tuh sebab Monday nanti semua orang cuti Columbus Day, sedangkan aku kerja. Itu yang buat aku bengang aje tuh. 

MamatGQ, punyalah happy dia hari nih tadi tuh sepanjang aku ada kat apartment dia sebelum dia pergi kerja. Dia happy sebab dia akan ada guest hujung minggu nih. Aku agak, sure awek dia yang kat Canada tuh nak datang sebab dia ada sound yang dia kena beli bunga, nak kasi apartment bersih etc, semuanya tuh. Aku tak tanya banyak pun, dia aje yang cerita semuanya tuh, so basically dia looks forward to this weekend lah. Lagi satu, dia kata yang minggu depan dia ada photo shoot session, dia nak masuk magazine Time Out New York. Aku rasa down nih Dear Diary, so malaslah aku tulis panjang lebar apa yang aku sembang dengan MamatGQ harini nih.

Pelik jugak aku, dulu kalau dia down, susah hati, aku pun jadi down dan susah hati jugak. Tapi ini dia happy gila, aku pulak yang susah hati. Bukan susah hati apa, aku macam jeles gitu. Jeles yang dia dapat happy-happy di weekend yang panjang nih. Aku pun jeles dengan David yang sejak semalam lagi, sampailah Isnin nih, off nya. 

Lagi satu yang buat aku macam down aje, pasal ada benda kat apartment MamatGQ tuh hilang, dan cabinet doors dia kotor. Dia tanya aku apa pasal boleh jadi gitu, kitaorang buat kesimpulan yang plumbers yang datang ituhari yang buat hal. Yang aku tak berapa syok nya, sebab dia tanya aku, macam lah dia tak percaya aku. Bila aku kata aku tak tahu, barulah dia kata yang sure plumbers yang datang ituhari yang punya angkara. 

Lagi satu, aku tengok, MamatGQ buat list apa-apa yang dia nak suruh aku buat. Memang lah dia pelupa, itu pasal dia buat gitu tuh, tapi bila aku baca list tuh, aku rasa macam tak best aje sebab aku tahu apa yang aku kena buat, without him having to list down semuanya tuh. 

Memanglah semua tuh benda-benda kecik aje tapi kecik-kecik, kalau banyak, jadi down jugak aku dibuatnya. Aku nih kan ker jenis yang nak semuanya senang, nak semuanya perfect. 

Masa aku kerja tuh, ada jugak aku terfikir yang aku nih macam buang masa dan kederat aje kadang tuh, sebab more often than not aku nih buat something tuh, benda-benda baik especially, lebih-lebih sangat, overboard gitu. Last-last aku rasa letih gitu aje. Bukan lah MamatGQ tak appreciate, tapi manusia nih kadang tuh bila dia happy, dia boleh terlupa dengan benda yang menyumbang ke arah kehappyan dia tuh. Tah apa-apa aku cakap nih tapi point nya, aku macam jeles aje tengok dia akan happy, at least untuk this long weekend. 

Masa aku kat laundry room, aku ada terbersembang dengan this guy yang duduk apartment tuh jugak, mamat dari Guyana. Dia tak mengaku dia nih DKK (Darah Keturunan Keling), sedangkan aku tahu, most of Guyanans tuh asal usulnya dari India. Jugak dia punya rupa tuh ada banyak ke arah kekelingan nya. Aku dengar ajelah cerita dia, kerja kat mana, apa dia buat masa cuti etc. Again, dengan gaya dan cara dia cakap tuh aku boleh tahu dia cuba nak auta aku, kata yang dia tak reti cakap India. Macamana pun syok jugaklah sembang dengan dia, at least aku dapat kenal sorang lagi member, dia siap ajak aku lepak kat apartment dia lagi, dia menyewa dengan another Guyanan, perempuan. 

Aku ada cadang nak ke apartment Mamat tuh sebab ada dua tiga kali dia pelawa aku tapi sebab aku nak buat kerja, tak jadi lah. Dari apartment MamatGQ tuh aku boleh dengar bunyi music/lagu Hindustan dari bilik mamat Guyana tuh. Katanya tak reti cakap Keling, kan? 

Aku ke Jackson Heights untuk Sembahyang Jumaat, lepas tuh aku tak ke internet cafe macam selalu, instead aku terus aje ke Forest Hills. Lama jugak aku melepak kat Secret Garden tuh, saja jer lah, nak melayanan kedownan aku tuh. Fuck! Orang lain happy-happy, aku jugak yang kena kerja nih, kata aku dalam hati. 

David balik lewat hari nih sebab dia keluar minum sama member-member dia so tinggal aku sama Hal aje lah. Dah nak mengamuk jugak aku mulanya bila Hal mintak aku tunggu sampai David balik (dalam pukul 9-30 malam gitu) sedangkan aku habis kerja pukul 8-30 malam. Agaknya Hal terperasan aku moncong aje, akhirnya dia suruh aku balik macam biasa lah, pukul lapan setengah. 

Esok Sabtu, walaupun aku kena kerja dari pagi, tapi aku cuba sedapkan hati aku, yang esok aku akan jumpa Bob sama Aifa, sama kawan diaorang dari Qatar, diaorang nak datang New York jalan-jalan. 

My day ended on a happy note jugak bila aku balik rumah, ada lagi satu kad dari Pejabat Pos, ada parcel untuk aku. Since esok aku kerja dari pagi, dan Isnin pulak diaorang cuti, dan Selasa pulak aku kerja pagi (kat apartment MamatGQ), makna nya Rabu aje lah aku boleh pergi ambik parcel tuh. Parcel kriman sapa lah tuh? 

Excited aku jadi nya. 

Khamis09102008


Berjaya jugak akhirnya aku ke Pejabat Pos untuk mengirim barang kat kawan, Ketua Peminat Cawangan Setiawangsa. Dua kotak. Cadangnya nak kirim 3 kotak tapi tak penuh pulak kotak yang satu lagi tuh sebab banyak t-shirts yang ada kesan taik lipas, kena basuh lah dulu, ekekekkekeke. So hopefully dalam masa sesepuluh hari, dapatlah diaorang terima bingkisan aku tuh.  

Aku ada appointment nak buat acupuncture treatment hari nih kan? Tapi aku macam malas lah pulak nak pergi, buat buang duit aje rasanya sebab minggu lepas dah buat, tak rasa apa-apa pun. So, balik rumah lepas breakfast kat cafe Mexican tuh, aku tidur aje lah. Then dalam sebelas lebih gitu, ada orang call, rupanya Doktor Cina tuh, suruh datang pasal aku dah janji nak datang buat treatment. Terpaksalah pergi ke klinik tuh, aku nih tak reti nak menipu, walaupun aku fikir, kalau aku tahu lah yang talipun tuh Doktor Cina tuh, mampos aku nak jawab phone. Tapi itulah, aku terjawab pulak phone tadi tuh, dalam kelam kabut gitu, tak terreti pulak nak menipu. 

Macam minggu lepas jugak yang dibuat, di bahagian depan badan aku, 17 jarum semuanya, 3 kat kepala, 4 kat keliling pusat, 2 kat tangan, dan selebihnya kat kaki. Aku ingatkan lepas dibuat di bahagian depan, dibuat pulak di bahagian belakang sebab ituhari dah janji nak buat the whole body. Tapi, Doktor tuh terus aje mintak duit, then bila dia tanya bila lagi nak datang, aku kata lah yang aku tak nak datang dah sebab dia tak treat aku macam yang dijanjikan minggu lepas tuh. Dia kata, mana boleh buat depan belakang, so aku katalah yang aku biasa aje buat depan dan belakang, seluruh badan, masa buat treatment dengan Doktor kat Philadelphia dulu tuh. Pandailah dia menipu aku, kata yang tak bagus kalau buat seluruh badan, aku terus blah aje lah, agaknya terkilan Doktor tuh sebab aku tak puas hati. 

Aku ke Pinang Restaurant kat Forest Hills (Queens Boulevard/75th Street), lama jugak lepak kat situ sebab banyak masa. Sembang-sembang dengan waiter yang sorang tuh, sebab tokay nya tak ada, dia keluar buat acupuncture treatment jugak. 

Hari nih Yom Kippur, kat Secret Garden aku tuh penuh dengan Jews yang baru keluar dari temple-temple yang banyak kat situ. Penuh sesak orang, berpuluh ribu gamaknya. 

Aku terus aje lah ke apartment David/Hal, nasib baik lah janji nak ke apartment nenek diaorang pukul 6 so tak ada lah tergesa-gesa sangat nak siapkan Hal. David off hari nih rupanya. Bestnya jadi dia, off aje memanjang, for the last few months dia cuma kerja 4 hari seminggu sebab setiap minggu dia ambik satu hari off. Kadang tuh sampai dua hari off. Kali ini lama jugak dia cuti sebab Isnin nanti public holiday, Columbus Day.

Tak ramai yang datang dinner hari nih, dalam 12 orang aje. Itupun masing-masing lambat datang sebab semuanya puasa. Ada dalam sejam aje aku sama Hal kat apartment tuh sebab nak balik awal, Hal nak tengok Ugly Betty. Itu yang buat tergopoh-gapah tuh, itu yang buat aku merengus aje sebab Hal tuh, dia kalau dah tergesa-gesa, banyaklah taik palat dia yang dia suruh aku jilat. Dasar cibai sangat!

Sherink talipun malam-malam buta, aku jawab macam tak bersemangat aje, sebab aku tengah tidur masa tuh. Tidur awal sikit sebab esok kerja kat apartment MamatGQ. Apasal weekend cepat sangat datangnya Dear Diary? Kau tau aku tak suka weekends, kan?

Rabu08102008


Aku off hari ni nih. 

Tak buat apa pun pagi-pagi tadi sebab semalam aku tidur lewat, tah apa-apa aku buat online, pukul 3 lebih baru aku tidur. So tadi lepas Subuh (best sekarang nih sebab pukul 7 pun belum habis waktu) aku tidur semula, sedar-sedar ada orang ketuk bilik. Pukul 11 lebih dah. Rupanya Lily, tuan rumah aku, ada bungkusan katanya, bila aku tengok kotak tuh, tersenyum lebar aku dibuatnay. Kiriman dari peminat tegar di London.

Semakin hari semakin banyak kuih dan barang-barang yang aku dapat, best jadi orang terkenal yang humble macam aku nih kan, berebut orang nak hantar aku barang walaupun aku tak mintak. Dan aku selalu jual mahal.

Lepas Zohor baru aku keluar, rasa macam lega gitu sebab tak payah nak pergi kerja. Rasa macam lapang otak, fikiran, rileks aje aku. Aku terus ke Quad Cinema kat 5th Ave/14th Street, tengok this documentary film, tajuk dia Allah Made Me Funny. I reserve my comments. 

  

Lepas tuh aku jalan ajelah, jauh aku berjalan kali ini, dari 14th Street tuh menyusur ke Chelsea, lepak sekejap then jalan lagi sampai kat Herald Square (34th Street). Sambung lagi jalan sampailah ke area Times Square (42nd Street), then lalu kat Fifth Avenue/Rockerfeller Center, terus sambung sampai ke 59th Street/Lexington Avenue, penyudahnya kat tepi Central Park. Melepak kat pintu masuk park tuh, kat Columbus Circle. 

Aku dinner kat Penang, kat 72nd Street, aku tahu memang membazir sangat kalau makan kat situ sebab mahal (dan aku selalu terkasi tips $5, sebab staff kat situ semuanya Mat Salleh, lagipun situ memang kawasan orang kaya) dan makanannya taklah sesedap mana, tapi aku tetap nak ke situ jugak, at least sekali sebulan. 

Selasa07102008


"Kau buat apa tu Joe?", MamatGQ tanya aku, masa dia keluar dari bilk air. 

"Tengok dunia berjalan", kata aku. Aku, sementara tunggu dia siap mandi, aku melepak kat tingkap, sambil tengok orang lalu lalang, nak pergi kerja. Terralit jadinya. 

"Jadi, apa kat atas dengan kau? (So, what's up with you?)", dia tanya aku lagi. Aku terus duduk kat sofa sementara dia bersiap. 

"Biasa lah, tak ada apa-apa. Aku tak payah kerja besok, aku cuti", aku kata gitu. 

"Betul? Bagus untuk kau Joe (Really? Good for you Joe)", kata dia. Then bila dia tanya aku apa pasal aku cuti esok, aku beritahulah yang besok sepatutnya aku ada dinner tapi ditunda lah pulak ke 21 Oktober, tapi sebab aku dah mintak cuti ituhari, aku nak teruskan jugak cuti hari esok. 

"Jadi, 21 haribulan nanti kau cuti lagi?", dia tanya aku. 

"Tak, sebab nanti hujung bulan aku nak cuti sekali lagi, so aku tak nak pergi dinner 21 haribulan tuh", aku jawab gitu. 

"Kau nak cuti sebab apa akhir bulan nanti?", serious aje masa dia tanya aku. 

"Saja jer lah", aku jawab gitu, sambil gelak-gelak. Aku tak nak beritahu sebab apa, sebenarnya aku nak ambik cuti on my birthday nanti. Aku rasa sure David akan buat something pasal birthday aku sama dengan birthday Hal. Tak nak lah aku join diaorang sebab sure member-member diaorang datang nanti, macam terpaksalah pulak diaorang celebrate birthday aku nanti tuh kan? 

"Alaaaaaa, cakaplah, kau nak buat apa? Ini sure benda penting ni, something fun kan?", dia tanya aku sambil senyum-senyum. 

"Tak lah, hari jadi aku tu nanti, itu pasal aku nak cuti", aku jawab gitu, selamba aje, tak pandang pun muka dia, walaupun aku tau yang itu penting, aku nak dia ingat.

"Oooo, harijadi kau sama dengan hari Halloween", dia kata lagi. 

Terus aku perasan yang dia nih memang pelupa, sedangkan dulu kitaorang dah sembang dah pasal birthday masing-masing, aku dah beritahu pun aku punya bila. Nampaklah sangat dia nih either pelupa atau memamg jenis yang tak ambil berat pasal apa yang disembangkan. Tak best lah dapat kawan gini nih, kata aku dalam hati. From now on aku tak nak ambik serious sangatlah apa yang kitaorang sembangkan. 

"Sebab tu perangai aku macam hantu", aku kata gitu, then kitaorang gelak. Again, bila aku kata aku lahir sama tarikh (berlainan tahun, 20 tahun) dengan Hal, dia terkejut, sedangkan aku dah cerita dah semuanya tuh dulu. 

"Kau nak buat apa hari lahir kau nanti Joe?", dia tanya aku. Aku kata tak ada apa-apa, yang at the same time, aku rasa, dia cuba-cuba nak ingatkan tarikh tuh. Kalau dia tak ingat jugak nanti kan, memang teruk sangat lah. Kita tengok aje nanti macamana. 

Dulu aku ada beritahu dia kan, yang aku suruh dia buat happy-happy aje, aku sendiri pun cuba sedaya upaya untuk buat hidup aku happy-happy. So, aku ceritalah kat dia pasal "kegembiraan" aku sesehari dua nih. Pasal itu lah, yang aku publishedkan alamat aku kat blog, sempena anniversary blog, dan jugak sempena Hari Raya, yang jugak sempena birthday aku yang tak lama lagi nih (pasal aku nih tak habis-habis cerita tentang birthday nih, pelik gak aku ekekeke). Hasil dari itu, itu yang aku dapat kad raya, dapat kuih raya, dan aku macam excited aje sebab banyak lagi kuih dan kad yang sekarang ini masih dalam perjalanan ke sini. 

"22 haribulan?", dia tanya aku. Aku tahu yang dia macam terkejut, sebab 22 haribulan tuh harijadi dia. 

"Oh Tuhan ku! Aku ada beritahu kau dulu tuh..........", aku kata gitu, sebab aku macam bengang, aku dah beritahu dia minggu lepas yang harijadi dia (22 hb) sama dengan anniversary blog aku).

"Kau menjerit kat aku, Joe?", kata MamatGQ, dia bangun, terus ke dapur. 

"Kongkek! Aku tak menjerit kat kau lah! (Fuck, I did not yell at you!)", aku jerit kat dia. Kitaorang gelak sakan. Tapi, dalam gelak-gelak tuh, aku geram jugak kat dia nih pasal pelupa sangat tuh. Ker aku jer yang ingat semua cakap dia? Aku nih kan ker sensitif sangat to my surrounding, sure aku akan ingat apa yang orang cakap.

"Kau Muslim ker Joe? Aku ingat kau Buddhist", tanya MamatGQ. Alaaa, dia lupa lagi, kan ker dulu dah beritahu? 

"Best hidup kau Joe, menarik, pandai kau kasi hidup kau jadi menarik", kata MamatGQ lagi. 

"Itulah MamatGQ, aku terpaksa buat hidup ake jadi menarik, kalau tak tuh, memang bosan gila", aku kata kat dia.

"Aku rasa tak berapa bagus ni Joe pasal semalam aku terpaksa mengapikan (fired) 3 orang staff aku. Boss aku suruh aku api kan diaorang, sekarang ni ekonomi teruk, company aku kerja ni terjejas jugak", kata MamatGQ lagi.

"Teruk ekonomi sekarang kan? Tengok Dow Jones, tengok NASDAQ, terjun hidung (nose dive) aje seseminggu nih", aku kata gitu. 

"Kau tau jugak pasal Finance rupanya Joe, terrer kau nih", kata dia sambil pandang aku. 

Hek eleh!

Dan dia cerita lah pulak pasal dia yang sekarang nih kerap pergi Doktor, jugak teraphy. Sepanjang dia cerita tuh aku senyap aje lah, aku tak reti nak menaympuk, walaupun aku kesian mendengarnya. 

Elok aje MamatGQ blah pergi kerja, datang Jose, pekerja kat apartment tuh, dia datang sama dua orang plumbers, nak check bilikair sebab ada leaking kat apartment tuh. Terus terbantut aku nak bersihkan bilik air, terpaksa aku buat kerja lain dulu. 

Banyaklah pulak pakaian yang nak dicuci hari nih, sebab MamatGQ dah bersedia untuk winter, selimut, gebar winter yang lama semuanya dikeluarkan suruh aku cuci, kalau aku ada masa. Orang kaya nih gitu lah, bukan macam aku, selimut ada satu aje, untuk setiap musim. 

Masa aku nak ambik comforter dari dryer, aku terperasan yang comforter tuh masih lembab, walaupun sepatutnya ada dalam dua jam dalam dryer tuh. Aku tengok, comforter tuh dah dikeluarkan dari dryer, ditaruk atas meja, kat laundry room tuh. Dan kelima-lima dryers tuh penuh dengan pakaian. Sah lah ada yang dajal keluarkan comforter tuh dari dryer (walaupun belum betul-betul kering). Benganglah aku, so, sebelum aku blah, aku stop kan dryer yang paling kanan, yang baru dalam 5 minit digunakan tuh. Padan muka sapa yang buat dajal dengan aku tuh, aku buat dajal kat dia semula, kalau dia tak datang check pakaian dia, dia akan rugi sejam setengah sebab dryer tuh aku stop kan, ekekekkeke. 

Masa aku mencuci pinggan mangkuk pun aku selalu terfikir, selalu terperasan, yang jauh bezanya cara hidup aku dengan keadaan orang kaya nih. David/Hal, MamatGQ especially, diaoarang punya dinnerware tuh, semuanya yang mahal-mahal, yang berat-berat, yang macam peralatan kat hotel. Tapi aku? Aku makan dalam pinggan plastik aje, sudu garfu pun yang plastik, yang dapat free masa beli makanan. Jauh sungguh beza hidup kitaorang nih. 

Dua tiga kali aku terpaksa call/sms MamatGQ, pasal itulah, bilikair dia kena direpair sebab bocor tuh, dari tingkat atas. Habis dipokah ceiling, sama dinding. Lama jugak aku melepak aje kat sofa sebab nak buat kerja pun tak boleh, plumbers sama Jose tuh keluar masuk keluar masuk aje. Sembang-sembang sama Jose, dia tanya aku, kerja kat mana lagi selain dari kat apartment MamatGQ tuh. Aku kata aku bukan kerja kat apartment MamatGQ tuh, aku tolong-tolong aje sebab dia kawan aku. Jose macam tak percaya gayanya sebab iyalah kan, tak kan orang macam MamatGQ tuh ada "kawan" yang macam aku nih, selekeh aje kan? "You work good", kata Jose, biasanya apartment tuh penuh habuk, kata dia. 

Masa aku kemas-kemas meja MamatGQ, tergatal lah pulak tangan aku nak belek surat-surat dia, aku tengok bank statement dia, tu dia, ada dekat seratus ribu kat simpanan. 

Pukul 2 baru aku blah, dalam dua jam aku melepak tak buat apa pun kecuali tunggu diaorang buat kerja. Tak siap lagi diaorang memokah siling, so aku sms-ed kat MamatGQ, beritahu dia yang aku nak blah. Tak kisah aku blah sebab Jose ada kunci apartment MamatGQ tuh. Friday nanti aku datang lagi. 

Cepat-cepat aku ke Forest Hills, sebab tak sempat nak makan betul-betul kat restoran, aku tapau aje lah, aku beli tuna sandwich. Makan masa kat internet cafe. Ekekekkee, kena utamakan internet dari segalanya. 

Balik kerja aku singgah kat Redang Island Restaurant kejap, tapau Mee Johor, tapi tak makan lah pulak bila sampai rumah. Sebab aku dok makan kuih raya yang orang hantar tuh. Lambat tidurnya aku malam nih, ok lah tuh sebab esok aku off. 

Aku macam terinsaf sebenarnya, tengah aku tergodek-godek cari info pasal Broadway show yang aku cadang nak pergi tengok besok (Billie Elliott), aku macam tersedar yang aku nih macam tak sedar diri gitu. Nak buat style orang high class konon. Nak buat style orang kaya konon. Tak sedar yang aku nih hidup merempat. Oklah, mulai esok aku nak berkelimat sikit, tak nak belanja banyak-banyak, nak lupakan pasal konsert, pasal Broadway show, pasal Instinct phone semua tuh. Aku nak hiburkan hati takat tengok wayang aje lah. Itu tak mahal sangat. Kalau aku dapat berkelimat dalam sesebulan dua pun jadi lah kan sebelum aku berkecimpung balik di bidang menghabiskan duit. 

Satu jer lagi nih, dah nak winter nih, aku belum ada jacket. Cuma satu black jacket yang David dok ulang-ulang cakap kat aku tu aje lah (dia perli aku benarnya tuh). Mana boleh aku ada satu jacket aje kan? Malu lah nanti kat David/Hal, MamatGQ. 

Isnin06102008


Lepas Subuh aku dah tak tidur dah tadi sebab aku terus bersiap-siap nak ke Pejabat Pos, nak ambik parcel yang aku tak tahu sapa pengirimnya tuh. Parcel tuh tak penting sangat, the thought that counts. 

Tak pernah-pernah aku seexcited gitu tuh selama ini, siap tunggu sebelum Pejabat Pos bukak. Sementara tuh aku mintak jugak kotak-kotak untuk hantar t-shirts, dah lama sangat dah janjinya nak hantar t-shirts yang berlambak kat bawah katil aku tuh, tak pernah lah aku nak ambik inisiatif nak hantar. Tapi, sebab orang hantar aku barang, so aku kena lah hantar, after all aku yang janji dengan diaorang kan? Banyak janji-janji manis aku dengan orang sebenarnya, bertaburan di sana sini.

Tak sabar nak balik ke rumah rasanya, kalau boleh nak bukak kat tengah jalan aje parcel tuh, tapi itulah, diselotape sampai berapa lapis agaknya, aku korek-korek guna kunci pun tak terbukak kotak tuh. Kat rumah, bila dah bukak kotak tuh, terus aku makan ajelah, aku tak pandang sangat pun kuih-kuih lain yang ada 5 macam tuh, aku dok bedal dodol, ekekekek, sekali jalan aje, habis dodol tuh sebatang. Then aku tengok, ada packet Raya, ada duit hantaran $2. Dua ringgit jer? Ekekekekek

Lepas tuh aku terus aje lah memilih t-shirts yang nak dihantar, alaaaa, sebab lama sangat terperap bawah katil, ada a few helais yang ada telor lipas. Dapatlah dua kotak semuanya, hoepfully Wednesday nanti aku dapat pos kan sebab esok aku tak dapat ke Pejabat Pos, esok kerja kat apartment MamatGQ sebelah pagi nya. 

Kenyang sangat makan dodol agaknya, aku tertidur sekejap. Lepas Zohor terus aku ke Forest Hills, tak lunch pun sebab masih kenyang, sebu perut aku kena dodol tuh sebatang. Aku melepak kat Secret Garden tuh tapi tak lama sebab sejuk, terus aje aku masuk library. 

Balik kerja, aku singgah kat 57th Street, tah apa pasal pulak aku tersinggah, jarang aku buat begitu. Biasanya, balik kerja aje aku terus ke rumah tapi sebab macam dah lama tak merayap-rayap kat tengah New York memalam, itu yang aku decided nak jalan-jalan tuh.

Ahad05102008


Aku bangun pagi tadi, terkejut sakan aku bila aku tengok, tiga ekor ikan yang aku beli ituhari, dah mati. Macam mati serentak gitu. Apa pasal ek? Ker pasal semalam aku taruk oxygen stone tuh? Puas aku fikir apa pasal boleh mati, apa pasal yang satu tuh (yang paling mahal) tak mati pulak? So sekarang tinggal dua ekor aje lah ikan aku, yang paling murah sama yang paling mahal.  

Aku pergi kerja awal jugak harinih, macam semalam jugak. Sibuk jugak hari nih sebab semalam tak dapat nak buat apa sangat, itu yang benyak kerja yang kena buat harinih. David banyak kali keluar, pergi gym, pergi kedai etc, Hal pulak, banyaklah cekadaknya, nak berak lah, nak buat catherter lah, nak suruh urut lah. 

Gusi aku tiba-tiba sakit lagi, so aku kata kat Hal, yang kalau aku moody sikit, jangan ambik hati. Memang sakit sangat. Then bila David balik, diaorang tanya aku kalau-kalau aku nak blah awal, tapi aku kata aku ok dah sikit. Yang by the time aku habis kerja, aku dah tak rasa sakit pun dah. Entah lah, apa pasal lama gusi aku nih sakitnya? Datang tak menentu pulak tuh, kadang ok, kadang sakit. 

Hal pun tak sihat jugak benarnya, makan pun tak lalu. Itu yang aku malas nak blah awal tuh. Lagipun aku fikir jugak yang minggu depan aku cuti sehari, so kalau aku blah awal harinih, sikitlah nanti duit gaji aku. 

Balik kerja, aku terus ke Columbus Circle, tengok wayang pukul 7-25 pm, film Rachel Getting Married. Aku dah tak berapa nak tengok filem tuh sebab mak David dah tengok semalam, dia kata tak best film tuh. Aku nak tengok pasal review film tuh best, Anne Hathaway pulak yang berlakun, nampak gayanya dia sure akan dicalunkan untuk Oscar. Keira Knightley pun (The Duchess, yang aku tengok minggu lepas) gayanya dicalunkan jugak nanti nih, best lakunan diaorang.

Ini sinopsis/review film tuh:

Despite the joyful occasion referred to in the title, the fractured Buchman family is deeply unhappy, and it shows. They are gathering for the marriage of eldest sister, Rachel (Rosmarie DeWitt), to musician Sidney (Tunde Adebimpe). Anne Hathaway plays younger sister Kym, a troubled woman who has been in and out of drug rehab since she was teenager. 

Though she’s been clean for 9 months and diligently attends support meetings, her troubles are apparent to everyone around her. When Kym walks into a convenience store near her home, the clerk asks her if she’s been on Cops. She returns to her family home with trepidation, clearly still atoning for the horrific tragedy her addiction has wreaked on the kin. Father Paul (Bill Irwin) meanwhile, doesn’t help matters with his incessant, overprotective worrying. 

But whereas Kym feels as transparent as the cellophane on a package of cigarettes, Rachel, the older, more grounded sister feels invisible. Rachel has done everything correctly: gone to school, gotten a job, found a life partner and is about to marry him. But from the moment Kym walks through the front door the spotlight is diverted completely. Beneath the politely strained platitudes voiced by the siblings, it is apparent Rachel has been suffering in silence for years. Though she tries her hardest to be magnanimous, Rachel cannot understand why, after a lifetime playing by the rules, she has always flown under her father’s radar. The sisters’ divorced and remarried mother (Debra Winger) hangs around the edges of their lives in only the most tangential way, leaving the girls to navigate their murky relationship by themselves. 

As the wedding approaches, the cracks in their family dynamic become ever more apparent. This slow unraveling is set against the rapidly approaching wedding, which is done in an Indian style - all vivid colors and shiny fabrics, with music wafting throughout the house at all hours of the day.

Screenwriter Jenny Lumet has made a brave choice in not making her characters entirely sympathetic. By refusing to adhere to any typical conventions regarding relationships (such as unconditional love between siblings), larger truths are inferred by the audience. For all her flaws, Kym is not a bad person, just a selfish person as all addicts are selfish people. Rachel cannot abide by her sister’s need to take up space. Rachel then, too is selfish. But the kind of selfishness on display in Rachel Getting Married is the kind inherent to all families – the desire to spare each other pain by hiding their own pain until it is too late to do anything about it. 

Aside from Demme and Lumet’s achievement, there are great performances all around, with special praise for Hathaway: she is a revelation playing against type. After a powerful scene in which Kym confronts her mother for failing to predict great sorrow, Anne shows us vividly the stages of misery: uncontrollable sobbing, heated rage, and mindless self-destruction, followed at last by the quiet contemplation that settles in after all the tears have fallen, what C.S. Lewis called the “feeling that nothing is ever going to happen again.” 

Rachel Getting Married is the kind of film that’s sure to drum up lots of Oscar talk and wild predictions by critics. It may be deserved. But with or without awards hype, this little drama deserves to be seen by wider audiences. 


-----------------------

Aku dapat email dari organizer dinner tuh, laaaa, ditunda lagi sekali, ke 21 Oktober lah pulak. Malas lah aku pergi sebab aku dah confirmed nak cuti this Wednesday, tak kan nak cuti lagi sekali nanti tuh kan? Pasal 31 Oktober tuh aku cadang nak cuti lagi, itu hari penting tuh. 

Sabtu04102008


Aku pergi awal ke Forest Hills harinih, pukul 7-30 aku dah bertolak. Breakfast sambil baca paper kat Secret Garden tuh dalam sejam lebih. Then aku ke Sprints store sekejap nak bayar bill talipun/internet. Sempat tertanya cashier tuh, mana yang lebih elok, Blackberry atau Instinct, sedangkan aku tahu, Instinct jauh lah lebih bagus, IPhone pun kalah. Boleh tengok tv lagi kat phone tuh. 

Resah jer aku lepas tuh, aku macam dapat tahu yang aku akan terbeli Instinct phone tuh dalam masa terdekat nih. Mintak-mintak jangan lah sebab aku banyak plan lain nih. Kadang tuh rasa menyesal jugak yang aku decide tak nak pergi konsert Madonna nanti tapi, duit habis jugak beli benda-benda lain. Semalam aku hampir terbeli tiket konsert tuh sebab aku ada baca satu iklan kat craigslist nih, ada satu awek tuh nak jual tiket sebab dia baru putus dengan boyfriend dia, so dia ada extra ticket. Kalau aku beli, bolehlah aku temankan awek tuh kan? Kesian dia, baru lepas putus cinta, sure sedih dia, dan kalau tiket tuh tak laku, tak ker membazir namanya? 

Tapi, aku berjaya menahan diri aku dari terbeli tiket tuh, tengoklah, ada seminggu lebih sikit aje lagi nih untuk aku cuba menahan diri dan nafsu dari terbeli tiket konsert tuh. Yang aku hari-hari dok sekodeng kat craigslist tuh apa ke jadahnya? Aku cadang nak pergi tengok Broadway show yang baru bukak nih, best review pasal show tuh, tengoklah macamana nanti. Tak mahal tiketnya kot, dalam seratus lebih aje. Aku dah biasa beli tiket concert yang beratus-ratus kan, so kalau seseratus lebih tuh, tak terasa sangatlah. 

David keluar harinih sebab dia nak jumpa member, aku sama Hal pulak nak ke kedai repair scooter Hal tuh. Pukul 11 van orang cacat datang jemput kitaorang, tak jauh tempatnya, kat St John University, Long Island. 

Ada lah dua jam kitaorang kat situ, aku melepak kat depan aje sampai tertidur. Menyampah aku dengan Hal tuh, semuanya nak dipilih, nak dicheck, beli nya tak nak. Memang tak habis-habis nak menyusahkan orang dia tuh. 

Habis kerja aku ke Pinang restaurant, dah sebulan aku tak ke sana. Tokay tuh tanya apa pasal aku lama tak datang, then aku beritahu dia yang bulan Puasa aku susah sikit nak datang. Makan roti canai, then tapau mee kari seafood. 

On the way balik, singgah kejap kat kedai tempat aku beli ikan dulu tuh, kat Jackson Heights, nak beli oxygen stone. Since aku ada tapau makanan, so tak merempit ke mana-mana dah lah lepas tuh walaupun aku mulanya cadang nak ke Columbus Circle, nak tengok wayang.

Dapat email pasal dinner yang aku nak pergi minggu depan nih. Dinner tuh ditunda ke hari Rabu, so far ada 4 orang aje yang nak pergi, Melayu yang organizekannya, dua lagi yang nak datang tuh, Mat Salleh. Aku orang keempat gayanya, nak pergi jugaklah sebab dah janji ituhari. 

Jumaat03102008


"Adakah aku membangunkan kau dari tidur?", aku tanya MamatGQ masa aku sampai apartment dia, sebab nampak sangat dia macam baru bangun tidur. 

"Tak lah, aku dah lama bangun nya, ada kerja sikit", kata dia sambil bersalam dengan aku. 

"Kau kelihatannya macam tak sihat aje", aku tanya dia. Memanglah, orang baru bangun tidur, memanglah muka semacam aje kan? 

"Macamana dengan konsert semalam, best ker?", aku tanya dia lagi, bila kitaorang dah duduk di sofa. 

"Biasa jer, aku blah awal sebab harinih aku kerja", kata MamatGQ. 

So lepas tuh kitaorang sembang-sembang lagi, tapi malas lah pulak rasanya aku nak tulis apa yang kitaorang sembangkan. Lagipun, korang tak payah tahu lah kan? Dah banyak sangat yang korang tahu, kan? Sembang-sembang biasa aje, kadang-kadang aje berat sesikit. Macam kesinambungan sembang kitaorang itu hari lah. 

"Oklah, aku cuba nak buat gembira lah, aku akan cuba suka kat kerja aku....", itu antara apa yang MamatGQ cakap. 

"Kau jangan fikir lebih-lebih sangat, nanti oang kata kau nih cakap aje banyak tapi tak ada tindakannya", aku tiru nasihat R yang dalam buku harian dia tuh. 

"Betul tu Joe, bukan kau sorang aje yang kata aku nih cakap aje lebih tapi tak ada tindakan", kata MamatGQ. 

"Kalau kau gembira, aku pun gembira jugak", aku kata lepas tuh, lepas sembang-sembang lama tuh. Masa tuh dah dekat pukul 10 dah, sekejap aje rasanya walaupun banyak sebenarnya yang aku sama MamatGQ bercerita. 

"Kau ambillah duit nih Joe", kata MamatGQ sambil keluarkan duit. 

"Tak nak lah, buat apa?", aku tanya dia. 

"Ala, untuk beli barang?", dia tanya aku. 

"Aku dah beli ituhari, jangan tinggalkan duit, aku tak nak", aku kata lagi. 

"Tak, ini untuk kau tengok wayang esok, kau kata nak tengok Rachel Getting Married, kan?", kata MamatGQ lagi. 

"Wei, rilekslah, kau bukan abang aku, nak kasi-kasi duit", aku ambil duit tuh, masukkan dalam pocket seluar dia. 

"Aku ada terlupa satu benda ni, apa hah?", kata MamatGQ sambil cuba ingat-ingatkan apa yang dia terlupa tuh. 

"Lain kali kau tulis apa yang kau nak buat, kau ni pelupa orangnya", terus aku teringat yang dia nih banyak kali terlupa apa yang dia cakapkan. 

"Aku fikir banyak sangatlah Joe, itu pasal aku selalu lupa. Macamana nak kasi tak fikir banyak, hah?", dia tanya aku masa kitaorang bersalam. 

"Tah, aku pun tak tahu lah", aku jawab gitu. 

"Ok, mulai sekarang aku akan ingat yang aku kena buat gembira-gembira aje lah, janji ok?", kata dia lagi, sebelum aku tutup pintu. 

Cepat-cepat aku buat apa yang patut sebab aku nak blah awal, tak nak lebih dari 3 jam aku di apartment tuh. Tapi itulah, aku tersantai jugak, aku terbuat kerja sambil lepak-lepak jugak. Aku keluar sekejap untuk breakfast, Kali pertama aku breakfast kat cafe nih, biasanya aku tapau aje. Saja aje lah nak merasa melepak sambil-sambil tengok orang lalu lalang. Kat Chelsea pulak tuh kan? Mahal rupanya breakfast tuh, $12, macam harga lunch pulak kaedahnya sedangkan aku order makanan bodoh-bodoh aje. 

Tapi itulah, sepanjang perjalanan balik ke apartment MamatGQ, aku dok fikir, yang aku kerja kat situ tuh bukannya apa sangat pun, bukannya pasal duit pun. It's more pada nak enjoy, nak enjoy his friendship, nak enjoy macam mana orang yang duduk area tuh enjoy. 

Aku ke Jackson Heights lepas tuh, sejam aje kat internet cafe, lepas tuh terus ke masjid untuk Sembahyang Jumaat. Ada lagi masa kalau aku nak ke internet cafe lepas tuh tapi malas pulak rasanya, hari pun gaya macam nak hujan, so terus aje aku ke Forest Hills. 

Tak lunch, instead, aku beli iced coffee sama kek, aku ke Secret Garden, makan dan melepak kat situ. Bob talipun, dia kata nak datang New York sebab ada kawan dia bercuti dari Qatar, dia suruh aku carikan hotel kat Times Square punya area. Dia nak jumpa aku sebab nak kasi rendang, sure best nih, Aifa kan ker terrer masak? 

Then Sherink (member Tibet ituhari) talipun, dia baru balik dari India, so dia nak jumpa aku nak sembang-sembang, dah lama tak jumpa. Tak lama lepas tuh Berto pulak talipun, tanya kalau aku boleh datang malam nanti, dah lama kitaorang tak main badminton. Aku ok kan aje walaupun aku berat hati jugak sebab esok aku kerja pagi. Wow, sibuk aku hari nih ekekeke 

Masa ke subway station, lepas habis kerja kat apartment David/Hal, dapat mesej dari Berto, dia kata kansel lah plan nak main badminton sebab dia balik lambat, dia pergi shopping. Apalah diaorang nih, dah janji suruh aku datang, apa pasal dia keluar pergi shopping pulak tuh? Tapi ok jugaklah sebab esok aku terpaksa bangun awal sebab kerja pagi. Kalau aku pergi ke apartment dia, sure balik lewatnya malam nih. 

Sampai rumah, happy aje aku bila tengok ada kad dari Pejabat Pos, suruh aku ambil parcel. Parcel siapalah agaknya tuh? Since esok aku kerja, Isnin aje lah aku boleh pergi ambil, kot? Nampak gayanya, minggu depan onwards, aku akan ke Pejabat Pos setiap hari kot, nak ambil parcels. Kalau tak ada parcels pun aku nak tunggu gak kat depan pejabat Pos tuh, I'm not moving ekekekekek 

Khamis02102008


Ker sebab terbanyak pulak tidurnya semalam tuh, bila aku bangun pagi, badan aku macam lenguh-lenguh gitu. Macam lenguh orang baru baik demam kaedahnya. Aku tak ada lah demam, cuma sakit gusi aje dua hari lepas, then semalam tu pening sikit-sikit, sebab dah terbiasa tak makan, lupa lah pulak nak isi perut. 

Tiba-tiba aku dapat idea nak pergi buat acupuncture treatment, sure ada kat area aku dududk nih sebab dekat dengan kawasan Cina. Puas aku jalan satu persatu lorong, tak ada lah pulak nampak tempat sinseh Cina. Kena ke Chinatown kat Lower Manhattan lah nampak gayanya nih sebab kat sana banyak sinseh. 

Tapi sebelum tuh aku singgah satu bakery nih, nak beli kuih Raya. Aku ambik 4 containers kuih, almond cookies, walnut cookies, almond strip cookies, dan satu lagi tuh tah cookies apa, tapi macam semperit, walaupun keras sikit. Beli sendiri lah kuih, nak tunggu kuih yang orang hantar, tah-tah tak ada orang hantar, kan? Iyalah, siapa lah aku di mata diaorang, kan Dear Diary kan?

Elok aje aku nak masuk simpang ke rumah sewa aku, aku ternampak satu klinik nih, ada tulis perkataan acupuncture kat board tuh. So terus ajelah aku masuk, tanya-tanya Doktor tuh, dia kata boleh kalau nak buat treatment kat situ. So apa lagi, terus lah aku kata nak buat, $50 harganya. Aku kata nak buat electro-acu tapi Doktor tu kata tak boleh buat treatment tuh pasal ini kali pertama aku berubat dengan dia. So dia nak buat treatment biasa aje lah. Alaaa, tak best lah, tak rasa apa nya buat treatment biasa tuh, baik aku buat sendiri aje, cucuk badan sendiri dengan jarum peniti ekekekeke

Termalu aku bila Doktor tuh suruh tanggal baju, seluar, semuanya, tinggalkan spender jer. Ish, nasib baik lah aku pakai spenda. Bukanlah aku nih jenis orang tak pakai spenda, tapi kadang tuh kalau nak cepat, kalau takat nak keluar dekat-dekat area rumah, pakai jeans pulak tuh, tak pakai spenda pun tak apa. 

Walaupun acupuncture biasa aje yang dibuat, tapi lain sikit cara dia. Lepas ditusuk jarum-jarum tuh, kat perut aku ditaruk kotak (sebesar kotak tisu) yang didalamnya dibakar apa tah, berasap aje keluar, macam kemenyan (spelling?) gitu. Puas aku nak membalance kan kotak tuh sebab Doktor tuh tak perasan gamaknya yang dia taruk kotak tuh senget. Aku nak alih guna tangan, kat tangan aku ada jarum, bila aku gerak-gerakkan tangan aku, rasa numb gitu. So puas aku kempis-kempiskan perut, nak kasi kotak tuh balance, setengah jam aku kena buat gitu sebab Doktor tuh jenguk aku semula selepas setengah jam. 

Masa aku dah siap, sempat aku intai kat bilik satu lagi tuh. Aku tengok ada satu Mat Salleh nih, dia buat treatment jugak, tapi seluruh badan, sambil duduk. Aku nak buat gitu jugak, tak ada rasa apa nya pun kalau takat kat bahagian depan aje, so aku tanya Doktor tuh apa pasal dia kata dia nak buat the whole body tapi cuma bahagian depan badan aku aje yang dibuatnya. Dia suruh aku datang lagi sekali minggu depan so aku pun book lah untuk buat another treatment, Khamis minggu depan. 

Lambat David balik kerja hari nih so Hal suruh aku siapkan dinner dia dulu lah sementara tunggu David. Lepas tuh aku kemas-kemas kan barang kat cabinet dapur sebab esok exterminator nak datang, nak sembur ubat lipas. By 7-30 pm Hal dah nak bersiap gosok gigi, cuci muka etc sebab pukul 8 nak tengok Ugly Betty. Diaorang suka sangat Ugly Betty nih, aku pun jadi tersuka jugak sebenarnya, especially season baru nih shooting dibuat kat New York, banyak tempat-tempat yang aku familiar. Hari Isnin pun sama jugak, kena siapkan Hal agak awal sikit sebab nak tengok another kitaorang punya favorite show, The Big Bang Theory. 

Rabu01102008


Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin. 

Tak rasa macam Raya pun hari nih, tak ada suasana Raya langsung pun. Pagi, lepas Subuh, aku tidur sekejap sebab letih rasanya, semalam tidur 2 jam aje, dan kerja pun kat dua tempat. 

So, kansel lah niat nak pergi Sembahyang Raya kat New York Islamic Center tuh, aku ke masjid orang Turki yang dekat rumah aku nih, dalam 10 minit perjalanan kaki. Tapi, bila sampai aje, aku tengok kat gate masjid tuh ada note, "Eid is tomorrow (Tuesday). Solat @ 8.30 am" Aik, makna nya note tuh dipasang pada malam Isnin. Rupanya Arab kat sini ikut negara-negara Arab sana tuh, Raya hari Selasa. Selalu gitu, tahun-tahun lepas pun sama, Raya cepat dari orang lain, sedangkan kat website ISNA, dah diberitahu yang Raya kat North America nih pada hari Rabu. 

Aku nak ke Jackson Heights nak Sembahyang Raya kat masjid orang India tuh, dah tak sempat. So kaedahnya, tak Sembahyang Raya lah aku tahun nih. Nasib baik lah aku termalas pulak nak iron Kurta aku tadi tuh, kalau tidak, rugi aje melawa. 

Then aku pergi satu kedai Spanish nih, makan omelett sama home fries, itu lah juadah pagi Raya aku. Lepas tuh terus balik semula ke rumah, melepak-lepak, mengecall sapa-sapa yang patut. Masa tu lah baru rasa bodoh aje, rasa sedih aje. Ubat orang bodoh apa lagi kan kalau tidak tidur? So aku tidur barang sesejam dua. Bangun tidur tuh kuranglah sikit rasa bodohnya, so masa tu lah menalipun sesiapa yang patut.

Lapar, so aku keluar, cadangnya nak beli buah yang mamat Mexican jual tepi jalan tuh tapi gerai dia belum bukak, so aku cari gerai lain, yang biasanya ada kat ceruk every corner kedai. Tapi tak ada lah pulak. Tak semena-mena aku termasuk kat satu kedai baju nih, tak sempat aku nak fikir apa-apa, terus aku terambik dua helai sweaters yang harganya $40 setiap satu. Tokay kedai tuh macam tak percaya agaknya sebab aku masuk aje, terus ambik sweaters tuh, then terus bayar. 

On the way balik ke rumah, barulah aku menyumpah diri sendiri, siap aku kata, "Bodoh aku nih....", bila tersedar yang aku terbeli sweaters tuh. Aku tak suka compliments, tapi selalulah sangat sekarang nih, David/Hal/mak diaorang puji pakaian aku, cantik dan baru. MamatGQ pun sama, selalu dia kata, "Cantik jeans kau Joe", "Sneakers baru ker Joe?", "Aku suka baju kau Joe"

David masih off hari ini so masa aku datang kerja tadi dia ada di apartment. Terus aku buat catherter kat Hal sebab kitaorang nak pergi makan malam sempena Rosh Hashana kat rumah nenek diaorang untuk malam kedua. Aku mengamuk, aku bengang kat Hal yang cerewet tuh (David kat dapur masa tuh), so aku campakkan aje tube plastik, semua benda-benda tuh kat dia, suruh dia buat sendirilah kononnya. Sambil tuh aku merungut dalam bahasa Melayu. Hal pun jadi bengang jugak, "Great! Throw them at me, throw everything...", dia kata gitu. 

So mood aku tak elok aje lah petang dan malam nih, masa kat rumah nenek diaorang tuh aku senyap aje, aku tak bercakap apa pun, aku tak layan sangat Hal yang cuba-cuba melawak tapi tak pernah jadi. Nasib baik lah tak berapa ramai ahli keluarga diaorang yang datang malam nih. Minggu depan ada satu lagi dinner yang macam malam semalam, yang semuanya sedara diaorang datang, nak sambut Yom Kippur. 

Selasa30092008


Lama aku menunggu MamatGQ balik dari gym, biasanya pukul 8-30 pagi dia dah balik sebab dia nak pergi kerja. Sampai 9-15 aku tunggu dia, aku tak buat kerja pun sebab tak best lah kalau aku tengah buat kerja, dia balik. So aku baca magazine aje lah, punyalah mengantuk masa tuh sebab aku cuma tidur dua jam aje malam tadi. Gusi aku masih sakit tapi tak adalah berdenyut-denyut sangat. 

Oooo, dia dah bersiap mandi semuanya kat gym, itu pasal dia lambat. 

[Note: Segala perbualan aku dengan MamatGQ akan aku cuba terjemahkan ke Bahasa Melayu, dan ditulis dengan dakwat merah. Nanti korang akan tahu kenapa aku terpaksa buat begini hehehehe]

"Kau kelihatannya gembira. Kau kelihatan sihat", aku kata gitu bila MamatGQ masuk aje ke apartment dia, dia dah siap mandi dah gayanya. 

"Betul ker, Joe? Betul ker aku kelihatan sihat dan gembira? Mungkin sebab ubat-ubatan yang aku ambil, mungkin juga sejak beberapa malam yang lalu, aku pastikan aku tidur pukul 8 malam, aku perlu mendapatkan jumlah jam tidur yang mencukupi", kata MamatGQ sambil melepak kat sofa depan aku. 

"Aku gembira, aku gembira untuk kau", aku kata gitu. (Gembira yang pertama tuh makna dia glad, gembira yang kedua tuh makna dia happy)

"Jadi, apa cerita kau? Bagaimana hujung minggu kau?", biasalah, soalan-soalan standard dia tuh. 

"Tak ada apa-apa", aku jawab gitu sambil geleng kepala. Malaslah aku cerita apa-apa, bukannya aku ada buat apa-apa sangat pun kan? Tak kan nak cerita kat dia aku beli ikan? Macam budak kecik sangatlah gitu kan?

"Tak ada apa-apa? Sikit pun tak ada apa-apa?", dia tanya lagi. 

"Bos aku tak ada di pejabat hari ini, jadi aku boleh datang kerja lewat sikit dari biasa. Dia tuh memang macam lubang jubur (He's such an ass-hole). Nampak gayanya aku kena cari kerja lain lah", kata MamatGQ lagi. 

Aku senyapkan ajelah bila dia cakap gitu, iyalah kan, who am I nak nasihat dia pulak kan, nak suruh dia bersabar. Mungkin dia dah habis sabar nya dah kot, sebab dah dekat 5 bulan dia kerja kat company tuh, sure dia tahu buat penilaian. Tapi aku ada terfikir jugak, Mat Salleh nih, kerja sebesar mana pun, sebest mana pun, tapi kalau diaorang dah tak suka, diaorang cari kerja lain. Dia tuh bawah sikit aje dari CEO.

"Aku tak menyukai baju ini, kau ambil lah. Kalau kau tak suka, kau buang kan aje", kata MamatGQ masa dia memilih baju yang nak dipakai. Aku tengok, nampak macam lawa baju tuh, mahal gayanya. Aku nak ambik, sekurang-kurangnya adalah tanda ingatan kan? 

"Taik! (Shit!), baju apa aku nak pakai harini? Aku tak nak pakai baju yang kau kena cuci", kata MamatGQ sambil membelek-belek baju dia. Nak tergelak aku, punyalah dia tak nak aku kerja lebih-lebih,dia nak pakai pakaian yang lepas dia pakai, dihantar kat dry cleaner. Baik orangnya MamatGQ nih.

"Begini lah hidup aku, Joe. Aku macam tak tahu arahtuju hidup aku ni, apa yang aku hendak kan dalam hidup aku", kata MamatGQ, sambil bukak tingkap. "Tak ker lawa hari ni?, kata dia sambil jenguk kan kepala keluar tingkap.

Aku berdiri kat tepi katil dia sambil tengok keluar tingkap, "Rilekslah, kau buatlah macam aku", aku kata gitu. Macam serba salah jugak aku nak teruskan ayat aku tuh sebab siapalah aku, kan, nak nasihat-nasihat orang. Orang macam dia pulak tuh. 

"Macamana Joe?", MamatGQ tanya aku.

"Kau tau.... aku mengepalai/mengetuai hidup yang sangat simple (I lead a very simple life). Aku ada beritahu kau sebelum ini yang aku mengepalai/mengetuai hidup aku tanpa ada apa-apa pengharapan (I lead my life without any expectations). Aku tahu, itu memang bodoh tapi begitulah hidup aku sekarang. Aku santai aje", aku cakap kat dia gitu.

"Joe, itu bukan bodoh, memang kita tak sepatutnya terlalu mengharap", kata MamatGQ.

"But then Joe, kau tak ada impian ker? Kau tak ada cita-cita ker? Kau tau apa yang kau hendak dalam hidup? Atau adakah kau masih tercari-cari?", berat jugak soalan MamatGQ nih. Aku sebenarnya kan, memang bosan kalau orang tanya soalan gitu. Of course lah kan kita nak benda yang baik-baik, yang bagus-bagus. 

"MamatGQ, semua orang hendakkan hidup yang bagus, aman dan tenang. Semua orang mempunyai jawapan yang satu itu. Tapi dalam proses itu, kita jangan terlalu mengharap, kita buat selamba aje, santai aje. Sebab mungkin impian-impian kita itu tidak berkesampaian", aku rasa aku jadi macam Oprah Winfrey sekejap. 

"Aku dah tak ada impian, aku dah tak ada cita-cita. Cuma aku mungkin punya angan-angan", aku kata gitu sambil gelak. 

"Impian aku, cita-cita aku dah lama hancurnya", saja jer aku jawab gitu, nak kasi MamatGQ tertanya-tanya. 

"Kenapa kau cakap begitu Joe?", dia tanya aku bila aku dah tak teruskan jawapan aku. 

"Cerita lah kat aku, Joe. Mungkin belum terlambat, mungkin kau boleh memusing jam (turn back the clock)", kata MamatGQ lagi.

"Susah lah nak cerita kat kau, MamatGQ......", aku tak terus kan ayat aku. Aku berdiri di tepi tingkap, tengok orang lalu lalang. 

"Apa yang susah sangat nak cerita? Kau selalu buat aku tertanya-tanya. Kau sakit ker?", dia tanya aku sambil memilih stokin. Aku tengok aje dia, rasa macam lakunan filem aje, kisah adik abang gitu.

"Tak, bukan macam tu, aku punya kes ni lain dari benda-benda gitu", aku jawab gitu. 

"Hidup aku dah lama berkecainya Joe, sejak aku tahu aku ada HIV", kata MamatGQ. Kesian aku mendengarnya, tapi nak buat macamana kan?

"Bila kau nak cerita kat aku kisah kau Joe? Aku nak dengar semuanya", kata dia lagi. 

"Tak ada apa lah MamatGQ, cerita bodoh-bodoh aje. Lagipun, panjang sangatlah, aku tak nak cerita sekerat-sekerat, nanti kau tak faham. Nanti kau yang salahkan aku, nanti banyaklah yang persoalan kau. Kau pergi lah kerja!", aku kata sambil senyum-senyum. 

"Kau nih, selalu berdalih, selalu gitu. Nanti satu hari, aku ambik cuti, kita bersih-bersih pangsapuri nih sambil cerita-cerita. Nak?", dia kasi suggestion.

............................

Macam tak ada gaya nak pergi kerja aje MamatGQ, lepak habis dia. Dia siap baring-baring lagi, sembang dari atas katil, aku kat sofa. Pengelat dia nih rupa nya, Boss tak ada, dia datang kerja lambat.

"Aku rasa hidup aku ni akan lengkap kalau aku dah ada awek, ada pasangan hidup. Tapi itu lah, aku ada HIV, susah bagi aku untuk mengadakan perhubungan", kata MamatGQ sambil dia bukak album, dia hulur kat aku, suruh aku tengok gambar-gambar perempuan yang pernah datang dalam hidup dia.

"Macamana agaknya nanti kalau aku sakit dan masa tu aku masih belum ada pasangan hidup, siapa yang nak jaga aku", kata MamatGQ lgi. Ya ampun, kesiannya aku mendengarnya.

"Berhenti! (Stop it!). Aku tak suka sembang pasal ini lah, kau ni mengarut aje. Tengok kat bahagian yang terang (brighter side), kau ada kerja bagus, kau ada duit, kau ada kawan. Kau ada segala nya", aku kata gitu. 

"Alaa, habis kita nak sembang pasal apa?", dia tanya aku. 

"Jadi, kau nak pergi tengok Mary J Blige malam hari Khamis nanti, sama kawan kau?", aku cuba tukar topik.

"Aku tak suka dia (Mary J Blige) tapi itu hadiah kawan aku, sempena harijadi aku", kata MamatGQ. 

"Kalau dia ajak tengok Madonna, itu baru best, kan? Kau pernah tengok konsert Madonna kan?", aku tanya dia.

"Eh Joe, apa macam mamat yang kat wheelchair yang kau jaga tu? Ok dah ker dengan kau sekarang?", tiba-tiba dia tanya aku gitu. 

"Macam itu lah, cocky dia tu lah (apa "cocky" dalam Bahasa Melayu, hah? Kote-y? Ekekekeke). Puas dah aku cuba nak buat-buat suka kat dia tapi tak boleh lah. Kadang-kadang aku betul-betul tak boleh berdiri dia (Sometimes I really can't stand him). Ada aje benda yang buat aku bengang", aku jawab gitu sambil gelak-gelak. Then aku cerita lah a few insiden yang buat aku marah kat Hal, aku cerita jugak apa yang aku buat bila kerja di apartment David/Hal tuh. 

"Dasar burit! (What a cunt!), dia nak mati ker Joe? (Is he going to die?)", MamatGQ tanya aku. 

"Tak, dia sihat, cuma dia mati separuh badan, dari leher ke bawah", kata aku. 

"Kau tau tak MamatGQ, aku, walaupun kerja 4 jam aje sehari tapi kan......", aku gelak sekejap, then baru aku sambung..."aku tengok dan pegang kote dia lebih banyak, lebih lama dari aku tengok dan pegang kote aku sendiri". 

Sakan kitaorang gelak. Dia tanya aku, apa pasal boleh jadi gitu. Then aku katalah yang aku terpaksa buat catherter (surprisingly, MamatGQ tau pasal cara buat catherter nih), aku kena lap dia, aku kena taruk bedak etc, kena pakaikan lampin Hal, semuanya tuh.

"Eh Joe, aku rasa kan, aku tahu apa pasal kau kata hidup kau tenang, aman, dan santai", kata MamatGQ. Aku tak faham, so aku tanya dia apa pasal.

"Ok, satu, mungkin sebab kau memang jenis orang yang baik, itu aku tak nafi kan lah. Tapi, apa yang aku nampak, mulia kerja yang kau buat ni Joe, itu pasal kau rasa aman. Tuhan kau tahu itu semua. Kau kerja jaga orang cacat, kau tolong aku jugak, itu semua kerja-kerja mulia, Joe", kata MamatGQ. 

Fuck! Aku rasa macam airmata aku nak mengalir bila dia kata gitu. 

"Tapi kan MamatGQ, aku buat kerja tu bukannya seikhlas hati. Aku tak ikhlas tu sebab aku tak suka dia. Kau tau tak, aku selalu sangat fikir, apa pasal aku tak boleh menyukakan diri aku kerja kat sana tu, macam aku suka kerja kat apartment kau nih", aku kata lagi.

"Diaorang tu baik, memang baik, tapi baik macamana pun diaorang cuba buat kat aku, aku tetap tak suka, aku rasa macam meluat gitu (annoying). Mungkin sebab perbezaan umur kot?", aku sambung lagi. 

Aku lupa apa yang aku cakap yang buat MamatGQ tergelak besar, sampaikan lepas tuh dia kata, "Joe, aku rasa kau nih lucu orangnya". Masa tu dia dah kat sofa, dah siap pakai jacket semua dah, dah nak blah pergi kerja. 

"Yer, aku ni memang lucu/lawak orangnya, kawan-kawan aku pun kata aku nih kuat melawak", laju dan serious aje aku jawab, siap aku goyang-goyangkan jari telunjuk kat muka dia lagi. 

"I have funny ways of looking at things", aku kata gitu, sambil bangun dari sofa. [Ayat tuh, sampai bila-bila aku akan ingat, sebab betul sangat]

"Pelik kan Joe, aku macam boleh tahu yang kau tentunya tulis blog kau sambil melawak-lawak. Kau tulis dalam Bahasa Melayu, kan? Kalau kau tulis dalam Bahasa Inggeris, boleh aku baca, aku nak jugak tahu, apa yang kau tulis, apa yang kau fikir, apa yang kau buat", kata MamatGQ.

"Apa pasal kau tak nak kasi tahu aku alamat blog kau Joe, bukannya aku faham, kan?", aku naik kesian pulak bila tengok cara dia cakap tuh, muka seposen aje kononnya. Kitaorang berdua nih memang boleh berlakun gayanya, ekekekekeke. 

"MamatGQ, ok, dengar....", aku mula kata gitu. Dia duduk kat sofa, aku pegang bahu dia sekejap, sebab masa tuh aku berdiri kat belakang dia sambil pilih baju yang akan dihantar ke dry cleaning.

"Aku ada tulis pasal kau kat blog aku. Sikit aje, tak ada apa sangat pun, iyalah, aku jumpa kau pun sekali dua aje seminggu, beberapa minit aje kan?", aku cakap gitu. Memanglah rasa bersalah sebab aku termenipu dia sesikit kan, ada ker aku tulis sikit aje pasal ia. Banyak jugak kan yang aku tulis? 

"Aku tak kisah Joe, sebab kita manusia ni, walaupun kita sedaya upaya cuba buat yang terbaik, kadangnya tu ada jugak benda jahat yang kita buat. Biasalah tu", kata MamatGQ. 

Alaaa, mana ada aku tulis benda-benda jahat, kan? Semua pasal dia semuanya baik-baik, best-best, kan? 

"Kau jangan bimbang MamatGQ, aku tulis benda baik-baik aje pasal kau. Aku sangat memakai sarung (I'm very protective) dengan kawan baik aku, dengan orang yang aku percaya", aku kata lagi.

"Tapi, aku tulis banyaaaaaaaaaaaak pasal diaorang (David/Hal)", aku kata lagi. Kitaorang gelak. 

"Kau tulis nama aku yang betul ker Joe?", macam bimbang aje MamatGQ.

"Ha ah, tapi aku tak letak nama penuh pun", aku kata lagi. 

"Oooo, sebab kau nak protect orang yang tak bersalah?", kata dia sambil gelak-gelak. 

"Tak, sebab aku takut kau Google", terus aku gelak. 

"Aku nak Google cari blog kau", kata MamatGQ lagi. 

"Jadi lah tetamu aku! (Be my guest!)", aku kata sambil gelak-gelak. Tapi dalam hati, punyalah kecut. Mamposlah aku kalau dia tahu nanti nih.

"Kau ada taruk gambar-gambar ke Joe, dalam blog kau?", dia tanya lagi. Bila aku kata aku ada taruk sikit-sikit gambar, terus dia kata, "Kau taruk gambar aku, Joe!", sambil dia pergi ke meja komputer.

"Adakah kau yakin? (Are you sure?)", aku tanya gitu. Dia ingat blog nih macam Facebook ker nak taruk gambar-gambar. 

"Seriously MamatGQ, kau jangan bimbang, kau lah lelaki baik (good guy) kat blog aku tuh", aku cuba menyedapkan hati dia.

"Lagi satu hal MamatGQ, diaorang (David/Hal) tahu yang aku keja di sini, keja kat apartment kau", aku kata gitu. Aku fikir, alang-alang cerita, baiklah aku berterus terang semuanya kan? 

So kitaorang bercerita pasal David/Hal lah pulak, as expected lah kan, aku cerita kan benda-benda yang tak baik aje lah. Sebab, kalau aku cerita benda-benda baik, nanti MamatGQ akan rasa rendah diri, rasa dia yang tak sebest dari David/Hal kan? 

Dekat pukul 11 baru MamatGQ pergi kerja, aku pun asyik menengok jam aje sebab satu kerja pun tak berbuat. Biasanya kalau pukul 11, aku dah nak siap buat semuanya tuh. Macamana pun, aku rasa happy aje, entah, aku rasa excited gitu. Mood baik gitu. Aku rasa macam bertuah pulak dapat kenal orang macam MamatGQ nih, mintak-mintak dia pun rasa best aje dapat ada kawan macam aku. In all honesty lah aku cakap nih, aku nak biar MamatGQ, David/Hal remember me sebagai seorang yang bagus yang pernah datang dalam kehidupan diaorang. Sampai bila-bila. Aku sure as hell akan ingat diaorang. 

Dekat pukul 2 baru aku blah, ada sikit-sikit yang tak siap tuh aku nak buat Jumaat nanti lah. Aku ke Jackson Heights, sejam aje melepak kat internet cafe sebab aku belum Zohor. Masa bayar zakat ($8), aku tanya jemaah kat situ, pukul berapa Sembahyang Raya besok. Diaorang kata akan dibuat 3 kali Sembahyang, pukul 8, 9 dan 10 pagi. Aku tak cadang nak Sembahyang Raya kat masjid tuh sebab aku nanti cadangnya nak pakai Kurta yang aku beli tuh, nanti sure orang akan ingat yang aku nih Bangla, sebab kat area tuh semuanya orang-orang India, Pakistan dan Bangladesh. Aku nak pergi New York Islamic Center lah kot, kat Upper East Side, kat situ ramai orang Arab.

Hari nih hari besar orang Jews, Rosh Hashana. Kat Forest Hills nih memang penuh dengan Jews, tapi bukan yang dari Israel, diaorang nih dari Poland, Hungary, Eastern Europe punya countries gitu. So tak heranlah kalau hari nih Forest Hills tuh penuh dengan lelaki yang berjambang berjanggut sampai ke pinggang, yang pakai topi besar tuh. Jugak yang pakai topi kecik macam tempurung kelapa tuh. Tercotet jer kat tengah kepala. 

Sedara diaorang ada buat khenduri, so kitaorang pergi lah dalam pukul 5 petang gitu. Pergi sama mak David, dibuat kat apartment nenek David. Ada lah 18 orang semuanya, mak sedara diaorang, sepupu-sepupu diaorang. Nasib baiklah dinner tuh dah dekat masa berbuka, so aku berbuka Puasa masa tu lah, masa suapkan Hal makanan. Kitaorang, aku sama Hal balik dulu daripada David sebab David nak sembang dengan sedara-sedara dia. 

Aku balik rumah, tengok-tengok ada dua Kad Raya. Aik, cepatnya sampai? Aku tak expect pun dapat anything secepat itu. 

-------------
Alaaaaaa, aku lupa nak tulis kat entry bawah tuh pasal ni nih. 

Aku ada check buku catatan harian MamatGQ, ada entry baru, so aku baca lah. Then baru aku faham apa pasal dia banyak tanya aku pasal tujuan hidup, impian, all that shit. Dia nak pindah gayanya, dah bosan duduk New York. Macam dah tak ada apa dah untuk dia, what with awek dia tak nak pindah ke sini, pasal HIV dia, pasal kerja, banyaklah pasal-pasalnya. So dia tulis baik buruknya lah kalau dia cari kerja di tempat lain, ubah haluan, cuba nasib di daerah lain. 

Aku kena bersedia nih, aku selalu gitu, kalau ada kawan baik, tak pernahnya kekal lama. Tapi dia nih baru sangat lagi aku kenal, tak kan nak blah dah? Kesian lah kat aku, kat mana aku nak cari kawan sebaik macam dia? Aku banyak belajar pasal hidup dari dia nih, dari perspektif lain lah kan? Aku kena buat sesuatu nih, aku kena nasihat dia banyak-banyak. Tak sabar pulak nak tunggu Friday....... 



[The Script - The Man Who Can't Be Moved]