Friday, October 19, 2012

Selasa03022009


Semalam aku tak dapat tidur nyenyak. Aku tidur lewat, well after midnight, so nak menidurkan diri dah jadi payah. Tak nak lah pulak aku minum ubat batuk, takut tersasar tidurnya nanti. Then aku terbermimpi pulak, mimpi bodoh aje, mimpi jumpa kawan lama masa sekolah rendah dulu. Terjaga aku dibuatnya, masa tuh dah pukul 3 pagi.

Terus tak boleh tidur dah masa tuh sebab serba salah jadinya, sebab aku nak ke kelas awal sikit sebab nak bayar fees untuk nest session, hari nih last day kalau nak bayar yang dapat diskaun 25% as a returning student, dan bayar awal.

So terpusing-pusing lah aku kat atas katil, saspen, kalau tidur sure lambat bangun. Kalau tak tidur, sure aku akan mengantuk. So fikiran aku terus melayang-layang, daripada ingatkan member yang aku mimpikan tuh, terus aku teringat dan mengimbau balik pada this one guy yang baik sangat dengan aku masa aku sekolah menengah dulu. Korang yang baca blog aku dari awal, (kisah masa aku sekolah dulu) sure ingat pasal brother nih (senior aku) kan, yang kerja kat Petronas Gas.

Aku nih gitu lah, kalau orang baik sangat dengan aku, sampai bila-bila aku akan ingat kat dia. Malam tadi, aku asyik dok fikir yang betapa baik dia dengan aku dulu tuh, sampaikan aku tak dapat fikir apa sebab dia baik sangat dengan aku. Terus aku teringat nak contact dia, siap aku online lagi cari-cari info pasal dia kat web. Dia masih kerja kat Petronas Gas, masih duduk kat Taman Tunku Jaafar, Seremban. Berapa anak dah dia ada sekarang nih, fikir aku gitu.

Then aku terfikir, kalau aku contact dia, nak ke dia percaya cerita aku? Aku ingat lagi, the last time aku jumpa dia, dia macam bitter, cakap sindir-sindir aje. Yer lah, dia tak pergi overseas (macam kawan-kawan dia), buat degree pun secara part time masa kerja. Mampos dia nak percaya kalau aku kata aku sekarang kat New York City, tapi duduk cara haram, kerja pun kerja bodoh-bodoh. Mampos dia nak percaya tuh. So, itu yang buat aku tak jadi nak contact dia di tengah-tengah malam buta tadi tuh.

Macamana pun, he'll forever be my hero, I'm forever indebted to him pasal dia lah satu-satu nya kawan aku dulu tuh. Masa tuh aku tak kisah langsung nak cari kawan lain, sebab aku ada dia sebagai kawan, sebagai guidance. Tapi itu lah kan, it is sad when people you know, become people you knew.It is one of life's tragedies when you meet someone that you know is meant to be friend with you, but due to unexpected circumstances becomes just someone you once knew. And how you used to be able to talk to them for hours about the little nothings in life... and now all you're left with is that aching feeling in your soul.

Ekekekke, terserious pulak aku.

So kaedahnya, sampai Subuh lah aku tak tidur. Lepas Sembahyang, terus mandi etc, then cuba-cuba buat homeworks aku. Tak sempat nak fikir-fikir dah, aku tiru aje lah, cari jawapan kat buku, kat internet. Aku suka cari jalan senang, daripada menyusahkan kepala otak nak fikir-fikir.

Pukul 7 aku dah keluar, awal gila. Turun kat Rockerfeler Center macam biasa, then masuk satu deli nih untuk breakfast. Makan hot oatmeals macam orang lain, kat deli tuh aku tengok, macam-macam oatmeals yang ada, macam-macam jenis toppings pun ada, best rasa nya, macam dah dapat port untuk melepak pagi-pagi di waktu aku ada kelas aje rasanya. Tapi, mahallah pulak, breakfast yang segitu aje dekat sepuluh dollars harganya, aku tak lah pelik sangat sebab deli tuh betul-betul kat sebelah NBC.

Snow mula turun masa aku keluar dari deli tuh, dan masa lalu kat Rockerfeller Center, aku tengok yang Today Show (NBC) tengah buat live broadcast dari luar studio. Ramai orang yang berkerumun nak tengok, nak masuk tv lah gitu. So aku apa lagi, terus aku menyelit kat celah-celah orang ramai. Masa cameraman lalu depan kitaorang, aku tengok dari peti-peti tv yang berlambak kat situ, yang ada muka aku masuk kat tv rancangan harian Today Show tuh. Tertunduk kemaluan aku, orang lain jenis yang bersorak-sorak sambil bawak sepanduk, mesagges yang ditulis kat manila card. Itu semua jenis-jenis yang nak sangat muka masuk tv tuh, geng-geng bebudak muda yang tak dapat masuk American Idols jer gayanya. Ramai jugak tourists dari seluruh America. Ada dalam sepuluh minit aku kat situ, adalah 3 kali kamera tuh lalu ambik gambar kitaorang. Tercapailah cita-cita aku nak tengok live broadcast Today Show tuh (nak masuk tv), walaupun aku tak dapat bersalam dengan Al Rocker yang jadi host.



Aku sampai Instituto Cervantes tuh pukul 9, terus aku ke kelas, aku orang pertama sampai. Then terus pergi bayar fees untuk next session punya kelas, dapatlah 25% discount so aku kena bayar $311 aje (instead of 400 lebih), aku registered jugak untuk online class, another $25 for a session of intensive class yang valid for 5 weeks starting from mid-February. So, kelas aku aku terus bersambung aje lah lepas habis Unit One nih 18th Feb nanti. Sampai 25th March nanti kelas Unit Two aku. Lepas tuh tak tahu lah pulak macamana schedule nya, gayanya Unit Three akan dibuat hari Isnin dan Rabu.

Susah lesson harinih, tercungap-cungap aku bila belajar, agak advance jugak kali nih sampaikan Cikgu tuh berhenti separuh lesson, then ajar lesson lain. Macamana pun aku ada lah dua tiga kali kena puji sebab gunakan words dan sentences yang orang tak tahu, hasil pelajaran yang aku dapat online. Aku kan ker tahu macamana nak dapatkan attentions kan?

Terus aje lah aku ke Forest Hills, then beli tuna sandwich, makan sambil online kat internet cafe, dekat dua jam aku melepak kat situ sementara nak tunggu masuk kerja. Kat luar snow turun. Ini gambar-gambar sepanjang perjalanan aku ke apartment David/King Mongkut. Sebenarnya aku tak expect snow akan turun lebat jugak, ingatkan turun malam, so aku tak prepared sesangat, aku terpakai sneakers yang tapak dia licin tuh. So, terkemut-kemut aku jalan dalam kelicinan snow tuh, mengalahkan keling bunting lagi. So, aku buat pura-pura snap gambar (memang aku ambil gambar pun), tak lah malu sangat sebab jalan perlahan-lahan tuh.











Sekali lagi aku siapkan King Mongkut tuh dengan penuh kasih sayang, bagaikan melentur buluh betung, ekekekeke. Aku nak buat gitu lah, biar akan meresap kat hati aku nih, yang betapa mulia nya kerja aku, menjaga orang cacat, biar aku akan ada peace dengan diri aku sendiri, knowing yang kerja aku tuh mulia. Kalau boleh aku nak lah biar aku macam "dapat pahala" sebab buat kerja-kerja gitu tuh, walaupun I doubt it, sebab aku buat semua tuh tak ikhlas. Oooppssss.

Balik kerja, terus David tanya aku kalau-kalau aku boleh datang kerja di sebelah pagi, second week of March nanti, sebab caregiver yang sebelah pagi tuh nak pergi holiday. King Mongkut tuh kan, dia takut ker dengan aku? Dia tunggu David jugak nak beritahu aku, tak boleh ker dia tanya aku sendiri?

Aku kata lah yang aku boleh datang kerja di sebelah pagi cuma Selasa dan Khamis aku ada kelas. Masalah lah pulak, so aku kasi idea, yang Selasa dan Khamis aku akan datang sebelum pukul 8 pagi, then aku stay for an hour, lepas tuh aku ke kelas Spanish aku, datang balik semula ke apartment diaorang pukul 2 petang, dan kerja sampai malam. Diaorang tak setuju mulanya sebab menyusahkan aku aje yang terpaksa berkejar ke sana ke mari, then aku kata lah yang aku nih simple orangnya, aku boleh breakfast atau lunch sambil berjalan. Bukan macam diaorang, nak makan biskut sekeping pun guna piring.

Tak ada pilihan lain, diaorang pun setuju. Cuma, sementara aku kat kelas, siapa nak jaga King Mongkut? Lima jam dia akan bersendirian. David suruh King Mongkut talipun mak dia (mak tiri David) yang kat Senior care Center tuh, kalau-kalau dia boleh datang for 5 hours Selasa dan Khamis, sepeninggalan aku nanti. Mak King Mongkut setuju. Tak lama lepas tuh kakak King Mongkut talipun, dia pulak tak setuju pasal mak diaorang tuh dah tua, jalan pun guna walker, nak naik ke apartment tu pun kena berpimpin, kang dua-dua pulak yang mati nya, so kansel lah nak suruh mak dia datang.

Aku pelik, apa pasal David tak nak suruh mak dia aje yang tolong sebab itu mak tiri King Mongkut jugak, duduk pun dua blocks away aje, ataupun suruh King Mongkut melepak kat apartment nenek David (nenek tiri King Mongkut jugak kan?), a few blocks away jugak. Entah, Mat Salleh nih lain cara diaorang. Then aku kasi idea, suruh dia pasang iklan kat craigslist.com tapi diaorang tak nak. "That the last thing I want to do Joe", kata David. Aku tanya dia, apa pasal aku dulu diaorang jumpa kat craigslist, nak pulak diaorang contact aku.

So sekarang nih belum selesai lagi lah masalah untuk cari orang yang nak jaga King Mongkut, selama 5 jam pada hari Selasa dan Khamis 2nd week of Feb nanti. Susah-susah, King Mongkut kata yang dia akan lepak kat katil aje lah sorang-sorang.

Lepas dari tuh, bila aku fikir balik, rasa macam tak sangguplah pulak nak kena bangun pagi-pagi, then ke Forest Hills, then bekejar pulak ke Manhattan for my class, then berkejar pulak semula balik ke Forest Hills. All in all, aku akan berada dalam train selama 4 jam. Tak apa lah, dua hari aje kan? Yang 3 hari lagi tuh aku akan kerja dari pukul 8 sampai 8 malam kot, macam dulu tuh.

Balik kerja, biasanya aku terus aje naik F train ke 34th Street, dari situ tukar train, naik N train pulak, tapi tadi tuh aku naik R train, then singgah kat Jackson Heights nak ambik F train dari situ. Saja lah nak memvariasikan cara hidup aku, bosan jugak asyik naik train yang sama hari-hari. Terserempak pulak dengan waiter Cina Malaysia yang kerja kat Redang Island, dia baru balik dari Flushing. Train yang aku naik tuh memang selalunya penuh dengan Cina yang nak ke Chinatown, either yang kat Lower Manhattan atau yang kat Brooklyn.

Sembang-sembang in Malay dengan dia. "Dulu, sudah lama, saya ada kenal satu Melayu, nama dia Fendi, dia pun kerja bodoh-bodoh macam lu", kata mamat tuh.

Ma cibai! Dia kata aku kerja bodoh-bodoh, ekekekeke.

Isnin02022009


Gayanya ada orang nak menyewa kat bilik sebelah bilik aku nih. So, kalau jadi, tak payah pindah lah kitaoang. Pasangan Burma dengar cerita nya, diaorang nak mula masuk bulan depan, kalau jadi. Masalahnya diaorang belum dapat tengok bilik tuh sebab bilik tuh masih penuh dengan barang Mamat Bangla yang dah pindah tuh. Then, tuan rumah aku nak cat semua bilik pulak gayanya, aku disuruh pindah kat bilik sebelah tuh for like 2 weeks (sementara bilik aku dicat) sebelum orang baru masuk. 

Aku tak ke mana-mana pun sebelum pergi kerja tadi, nampak gayanya macam minggu lepas jugaklah aktiviti aku seharian untuk keseluruhan minggu nih. Itulah, aku masih penasaran dengan mencari Spanish lessons untuk didownload dan diuploadkan ke cellphone aku, dah 6GB dah isinya cellphone aku tuh. 

Bosan gayanya hidup aku nih kan? Tapi, yang peliknya, aku tak rasa macam bosan pulak, aku macam rasa tak ada masa je nih sekarang nih. Aku rasa macam ada something to look forward to aje (kecuali bila masa nak masuk kerja) sekarang nih walaupun ada masa tuh aku rasa aku patut keluar bejumpa orang sesikit, cari kawan gitu now that aku dah tak ada kawan langsung dah, what with MamatGQ yang langsung aku tak dengar cerita nya dah. He's always in my thoughts tho'. Siempre, kalau dalam bahasa Spanish. Bila tak berkawan nih, bila kita cuba membusykan diri sendiri, rasa macam too self-centered lah pulak kan? Entahlah, serba-serbi tak kena alam hidup aku nih benarnya. 

Cuaca elok harinih, panas jugak, in the high 50's gitu, rasa menyesal pulak tak keluar ke mana-mana. Tak apa lah, Spring pun dah dekat kan, walaupun esok snow akan turun. 

Aku perasan yang masa kerja tadi, aku cukup beralus masa menyiapkan King Mongkut tuh. Aku memang macam tuh, kadang tuh aku libas-libas, aku hempas-hempas kan aje King Mongkut tuh, kalau masa aku bengang dan geram kat dia. Tapi, ada masanya aku buat elok-elok aje, sampai kadang tuh, sesambil menyiapkan dia tuh, aku terfikir, yang betapa beruntungnya dia dapat aku kerja menjaga dia. Aku sikatkan rambut dia elok-lok (walaupun dia ada beberapa urat aje rambut - Pelik, tapi gini lah hakikatnya. Kalau masa aku tengah bad mood, dan dia suruh aku berus rambut dia sebab nak keluar merempit, aku akan jadi bengang dan selalu fikir yang "dia nih tak sedar diri, tak ada rambut pun tapi nak suruh orang sikatkan kepala dia". Tapi, bila aku mood baik, aku sukarela aje sikat rambut dia tuh, walaupun dia tak suruh, walaupun kitaorang tak ada plan nak ke mana-mana), aku cuci lubang hidung dia dengan q-tip, aku sapu lotion kat badan dia, aku keringkan betul-betul kat pangkal celah kote dia, aku kerobek bontot dia (selak? ekekeke) sebab nak tengok kalau-kalau ada taik yang memunculkan diri, semuanya tuh. Insaf jadinya kadang tuh, sebijik macam menguruskan mayat hidup (nice oxymoron ekekekek) 

Balik kerja, David kata dia tak sihat, migrane, so dia terus masuk tidur. King Mongkut pulak, sebab takut dan respect sangat kat brother dia tuh, dia melepak kat dapur sama aku ajelah sesambil tengok Cash Cab, Two And A Half Men. Talipun disuruh aku matikan, nak buat apa-apa pun suruh aku buat perlahan-lahan, bercakap dengan aku pun berbisik-bisik. Tak nak ada bunyi lah kononnya. Masa tuh aku dah hilang rasa kesiannya kat King Mongkut tuh, timbul lah rasa meluat nya pulak. Iyalah, nak jalan pergi buang sampah, nak jalan kat dalam apartment tu pun kena berjengket-jengket, sedangkan David nun kat bilik dia. 

Balik kerja aku terus turun ke dapur, buat nasik goreng. "Kalo kamu bikin jualan, bisa bangkrut Joe", kata tuan tumah aku bila dia tengok yang nasi goreng aku tuh lebih banyak udang dan sotong daripada nasik nya. Apa, dia ingat aku nih Mamak ker, buat nasi goreng taruk sekor udang aje? Baik tuan rumah nih dengan aku, selalu dia kasi aku makanan, keropok lah, jajan lah, macam-macam. Aku pun baik dengan dia, macam semalam tuh, aku bayar sewa kasi lebih sikit duitnya, aku kasi dia duit untuk beli alat-alat kat dapur sebab aku memang tak penah beli pun. So, kitaorang memang kompak (bahasa Indo), itu yang buat aku malas nak pindah tempat lain tuh. 

SabtuAhad310101022009



Sabtu 

Penangan minum ubat batuk batuk sebelum tidur semalam, I had prblem waking up pagi tadi. Itu yang tak mandi tuh, tak sampai 5 minit, aku dah on the train. Itupun aku dah plan, kalau terlambat sampai, aku nak tipu, nak kata yang train lambat. Tapi, awal jugak sampai, sempat breakfast lagi tuh kat bakery Korea tuh, sesambil baca paper, sesambil dengar Spanish lessons via cellphone aku.

Best, sepanjang perjalanan aku asyik dok ulang-ulang kan lessons, ayat-syat kat lessons tuh kuat-kuat, orang tak perasan sebab aku selindung kan mulut aku dengan kolar jacket aku. Macam orang gila aje cakap Spanish sorang-sorang, ekekekkee. 

Frust King Mongkut sebab David tak nak ke mana-mana harinih (sebab dia letih, semalam dia dah keluar sama kawan dia), so melepak kat apartment aje lah kitaorang. David adalah keluar ke kedai, beli persiapan sebab malam nanti kawan diaorang nak datang. Aku dah agak ah yang David tak nak keluar harinih tapi King Mongkut tuh degil. Semalam, masa aku tengah urut dia, masa tu lah dia sibuk suruh aku keluarkan pakaian yang dia nak pakai untuk keluar merempit harinih. Pelik dan bengang, terus aku tanya dia, apa pasal beritahu aku masa tuh sedangkan kitaorang banyak masa lagi. "Why is your life so difficult, Hal? Go back to sleep!", aku kata gitu kat dia. Terus dia senyap. Mintak-mintak masuk lah kat akal dia yang bengap tuh.

Bila David keluar, mula lah King Mongkut tuh naik tocang, nak diurut, so dalam sejam lebih aku kena mengurut dia. Ada jugak dia suruh aku berhenti, kalau letih, tapi aku teruskan jugak, sampailah David balik. 

Lepas lunch kitaorang tengok dvd filem Forgetting Sarah Marshall. Sabar jer lah diaorang nih, taste diaorang tah apa-apa, filem gitu pun nak tengok. Tertidur diaorang sekejap masa film tuh main, aku apa tah lagi lah kan, puas menghadang muka aku dari diaorang nampak, sebab aku tersengguk-sengguk tidur. Memang filem bodoh pun, diaorang sendiri mengaku yang tak best film tuh, aku apa tah lagi lah kan? Pelik aku, apa pasal lah diaorang suka sewa flm bodoh-bodoh? Berlambak lagi films yang bagus dan best, film serious, tapi film kokak jugak yang diaorang nak tengok. 

Cadangnya nak mintak balik awal sikit tapi by 5 pm belum dibuat catherter kat Hal, then nak siapkan dia pasal nak tungu kawan diaorang datang. Sebelum aku blah, David kasi aku scarf yang dia nak buang, mahal dan lawa scarf tuh, terus aku pakai ajelah walaupun aku dah ada scarf lain. Kat luar sejuk so aku balut leher aku betul-betul, terjadi lawa dan skema pulak aku bila pakai scarf style orang tua tuh ekekekeke

Macam Sabtu lepas jugak, aku tak ke mana-mana malam nih, dan aku pun tidur awal sebab tak ada apa nak buat. Nak belajar Spanish beria-ia pun malas jadi nya. 

Ahad 

Macam semalam jugak, harinih aku sampai Forest Hills pun masih sempat untuk breakfast. David tanya aku ke mana nak pergi sebab dia tak ada idea kat mana nak keluar, bosan jugak pergi mall aje kerja nya. King Mongkut nak sangat keluar. Aku kata aku tak kisah kalau tak ke mana-mana pun, walaupun dalam hati aku dah start memikirkan yang apa lah nak aku buat kalau kitaorang tak ke mana-mana the whole day, sebab semua kerja lain (vacuuming etc) dah aku buat semalam. 

So aku kasi idea, pergi tengok wayang kat Forest Hills nih aje lah. Diaorang setuju, King Mongkut lah yang paling happy nya. Masalahnya pulak, nak tengok filem apa? David tahu yang aku tak nak tengok Mall Cop, filem bodoh yang diaorang nak sangat tengok tuh. Tersuka jugak aku bila David kata nak tengok New In Town (Renee Zelweger, Harry Connick Jr), tapi lepas tuh dia kata nak tengok Gran Torino (Clint Eastwood) lah pulak. So dia suruh King Mongkut yang decide. Since wayang mula pukul 12-30 pm dan masa tuh baru 10-30 am, David kata dia nak keluar sekejap sementara aku siapkan King Mongkut. 

Kitaorang dah siap bersiap, dah siap sedia tunggu David balik, tapi dia tak muncul-muncul jugak. Sampailah pukul 1 lebih, rupanya kereta dia buat hal. So kansellah hasrat nak pergi tengok wayang. Moncong aje King Mongkut, lepas tuh bila dia membebel aje, kena lah sedas dua dari David. Aku senyapkan aje lah tapi dalam hati aku bukan main happy lagi tengok diaorang kelahi adik beradik. 

So lepas lunch kitaorang tengok pay-per-view movie, film Cina, Robin Be Good kalau tak salah aku judulnya. Another stupid movie, filem Jackie Chan. Sekali lagi aku tak faham, apa pasal diaorang nih suka sangat filem Cina yang bodoh tuh? Kelas sangat ker aku nih hah? Ekekekkeke Tapi, seriously, call me whatever you want, tapi aku pandang rendah sangat orang yang suka tengok filem-filem Cina yang bodoh tuh. Lagi rendah aku pandang kalau filem tuh orang kata best. 

Aku turun kat 34th Street masa balik kerja, tak tahu nak pergi ke mana, cuaca pun ok jugak tak sejuk tapi aku tak ada arah tuju. Aku jalan aje lah, cadangnya nak ke Asiana Restaurant kat 1st Avenue tapi aku patah balik sebab macam tak best aje area tuh, tak happening gitu. 

So merayaplah aku sampai ke Times Square. Lengang aje kat situ, jalan pun laju aje tak payah nak bersesak-sesak dengan orang ramai. Malam SuperBowl rupanya, itu pasal tak ramai orang. Tak sampai sejam merempit, aku dah jadi bosan so decided nak balik aje lah. Singgah kejap kat Chinatown dekat area rumah sewa aku tuh, beli ayam kat kedai Turki. Sementelah aku kat situ, aku belilah benda-benda lain untuk minggu depan, beli ikan, udang, sotong, terung, kacang hijau, ikan bilis. 

Lega bila malam nih aku macam organized sikit jadinya, sementara masak rendang (yang teramatlah sedapnya tuh sebab aku taruk 2 packet bumbu rendang Indo ) sempat aku update blog. Dah siap makan, Sembahyang, aku mengdownload Spanish lessons lagi, sampai dekat pukul 3 baru aku tidur. 

KhamisJumaat2930012009


Kombinasi malas, tak ada apa nak ditulis dan sibuk buat hal lain, itu pasal aku macam dah meminggirkan blog aku nih. Tapi aku kena tulis jugak sedikit sebanyak, so itu yang aku korbankan sikit masa aku untuk menulis nih. 

Aku tak ke mana-mana sangat pun lepas balik kerja tadi sebab itulah, nak selitkan sikit masa untuk update blog nih. Peduli lah kat SuperBowl, aku langsung tak ambik port pasal SuperBowl, I know nothing pasal American sports, and I don't want to know pun. Tadi kat Times Square, kat Rockerfeler Center, lengang jer sebab masing-masing semua terpaku kat tv kat rumah masing-masing kot. Cuma tourist-tourist aje yang ramai tadi tuh. 

Tapi, kat Chinatown di Brooklyn, masa aku pergi beli ayam kat kedai Turki tadi tuh, selamba aje, penuh jugak orang. Orang Cina nih, diaorang tak peduli apa pun kan? Macam aku jugaklah, tak peduli sangat pasal benda-benda tak senonoh macam SuperBowl tuh. 

Oklah, sedap pulak merebek-rebek nih, kang tak siap update aku nih kang. Lepas makan kang, dah lah nak pulun belajar Spanish melalui Podcast pulak, benda tuh yang menghantui aku sekarang nih, setiap masa lapang aku semuanya aku penuhkan dengan mengdownload podcast, then menansfer ke cellphone aku. Cool, tadi aje, sampai lesson 12 aku dengar berulang kali, masa dalam train, masa pergi dan balik kerja. I'm so proud of myself pasal bertungkus lumus nak belajar Spanish. 

Dah seminggu berlalu, dulu aku janji nak banyakkan keluar dalam minggu nih. Tak ada pun aku keluar sangat, kecuali Rabu lepas, aku ke Central Park, ambil gambar snow. Khamis pulak aku ada kelas, kan? Jumaat, aku keluar jugak sekejap lepas Sembahyang Jumaat. Semalam aku tak ke mana-mana, balik kerja aje terus aku ke rumah, tidur pun awal. Tadi, ada lah aku merempit sekejap kat Times Square, Rockerfeler Center, then cadangnya nak ke satu restoran Asia (Thai/Malaysian) kat Murray Hill area tapi dah separuh jalan, aku patah balik. Nun kat 1st Avenue sana tuh, kat ceruk, tak nak lah aku jalan kat area tuh malam-malam, tak berapa selamat kat situ.

Dan minggu nih aku tak masak pun, semedang makan kat luar aje. Dua kali aku makan kat kedai Paki kat Jackson Heights. Malam pulak aku makan sandwich aje, sebab nak save masa lah kononnya, sebab aku dah buat jadual yang setiap malam lepas balik kerja, aku kena spend masa dalam sesejam gitu untuk belajar. 

Aku pulak sekarang nih ayik tidur awal aje pulak tuh, itu masalahnya. Macam semalam tuh, pukul 10 aku dah tidur. Aku perasan, kalau setiap hari Jumaat malam, aku akan minum ubat batuk sebab nak kasi senang dan nyenyak tidur sebab esoknya aku kena bangun pagi (Sabtu dan Ahad aku kerja dari pagi). Biasanya Sabtu tuh aku akan jadi mengantuk yang teramat, itu yang buat aku terus aje tidur lepas balik kerja. Rugi masa kat situ aje lah. 

Khamis lepas, masa kelas Spanish, kitaorang tak belajar apa sangat pun sebab masing-masing kena buat presentation gitu. Kena berdiri kat depan sorang-sorang, then bercakap, then students lain (jugak CikGu tuh) akan tanya apa-apa yang patut. 

Macam nak terkencing dalam seluar aku dibuatnya, ekekekeke, sebab aku orang yang terakhir, diaorang tanya benda yang susah aku nak jawab (sebab tak reti nak susun ayat). Aku tahu, walaupun aku tak ada lah terrer macam orang lain, tapi aku pandailah ambik perhatian diaorang. Diaorang banyak tanya aku pasal Malaysia, pasal diri aku (yang semuanya aku tipu aje). Aku rasa, dalam 15 students tuh, aku lah yang paling exotic nya ekekekekeke.

Habis kelas aku terus ke Jackson Heights, lunch kat situ, then terus ke Forest Hills, lepak kat internet cafe sejam, sebelum masuk kerja. 

Hal macam tak sihat aje, David pun mulalah meroyan. Then dia kata, kalaulah dia mati, sapa yang nak jaga Hal, walaupun semua ahli keluarga diaorang ada kat area Forest Hills jugak. "You keep on working here, Joe, we grow old together", kata David. 

Entah macam mana, aku tercakap pasal hidup mati dengan diaorang. Aku kata, tiap malam sebelum aku tidur, aku selalu "takut" nak tidur, sebab aku takut "termati" dalam tidur. Dan selalu, masa bangun pagi, aku akan terfikir, "hidup lagi aku harinih rupanya". Gelak sakan diaorang mendengarnya. "That's the sign of a very depressed person, Joe", kata David. "Really?", aku tanya gitu, tapi dalam hati aku kata yang aku tak setuju dengan pendapat dia, sebab aku tahu, itu yang membezakan orang Islam dengan orang bukan Islam kan? Orang bukan Islam, diaorang tak fikir pun benda-benda gitu kan? Mungkin diaorang ada fikir, tapi diaorang tak lah akan "takut" macam kita orang Islam nih kan? 

"Go out, Joe, enjoy life!", kata Dav*d. Ha, yer lah. 

Jumaat. 

Pagi, aku dok pulun cari iklan bilik/rumah sewa. Ada lah a few, yang dekat-dekat area rumah sewa aku sekarang nih tapi semuanya at least $600, kena fikir banyak kali nih. Aku tahu memang payah nak cari bilik sewa yang di bawah $500 macam bilik aku duduk sekarang nih tapi aku nak buat macamana kan? 

Tuan rumah aku ada beritahu yang dia dah pasang iklan nak sewa kan bilik kosong Mamat Bangla tuh, kalau ada orang nak sewa, sebelum akhir bulan 2, makna nya kitaorang tak payah pindah. So aku nak rileks lah dulu, dalam dua minggu terakhir nanti, kalau tak ada orang nak menyewa, then barulah aku confirmkan kat mana aku nak pindah. Risau jugak aku nih sebab barang aku dah terbanyak dah nih, tak kan aku nak tinggalkan aje meja komputer aku kan? Aku ingat lagi, dulu-dulu, masa aku nak pindah mana-mana, takat dua beg aje barang aku, tapi sekarang nih siap kena ada lori pulak nampak gayanya. Macam nak lama jer aku kat New York nih kan? Aku kena start buang benda-benda yang tak berguna lah, aku nih jenis pengumpul sampah jugak orang nya kadang tuh, segala macam benda aku simpan. 

Terralit lama jugak aku mengdownload Podcast lessons bahasa Spanish yang aku jumpa kat internet. Bukanlah ralit apa sangat, aku nih lembab sebenarnya sebab tak tahu macamana nak transfer semua tuh ke cellphone aku. Bila aku download, semua lessons tuh "terpergi" ke iTunes, nak transferkan ke cellphone tuh (ada prgram khas) kena guna at least Window Media Player. Ha, itu yang aku tak reti tuh. Yang aku download guna Limewire, yang itu boleh pulak, aku reti menansferkan dari Limewire ke Window Media Player, then ke Sprint Media Manager, then ke cellphone aku (jauh perjalanannya, orang bodoh punya style ekekekeke). So itulah, tengah-tengah transfer, "terhilang" semua lagu-lagu aku, jugak Quran MP3 aku, semuanya terhapus dari cellphone aku. Nasib baiklah ada back-up kat laptop aku nih. 

Biasanya aku pergi Sembahyang Jumaat awal, so tadi aku pergi lah lewat sikit, pukul 1 baru aku sampai kat masjid. Tapi, apa pasal pun aku tak tahu, Sembahyang Jumaat dibuat awal pulak hari nih, aku sampai tuh, elok aje orang baru keluar dari masjid. So aku Sembahyang Zohor aje lah akhirnya. Aku tak ada lah menyesal sebab datang lambat sikit, memang hari nih Sembahyang Jumaat diawalkan setengah jam. 

Since ada masa, aku turun kat Times Square, jalan-jalan dua tiga rounds kat situ. Lama dah aku tak merempit kat area tuh, dah 3 minggu kot? Itu yang aku rasa macam lega aje tuh, rasa lapang sikit dada aku, at least aku ada lah merayau, daripada asyik terperuk kat rumah. 

David balik lewat malam nih sebab dia keluar minum dengan member sepejabat, so aku sama King Mongkut aje lah kat apartment. Tak banyak cakap pun, tengok tv aje lah kerjanya, sampaikan dia tanya aku kalau-kalau aku tak sihat. 

Rabu28012009




































Selasa27012009


Semalam aku tidur lewat sebab terralit belajar Spanish, baru aku perasan yang ada dua cds sebenarnya, aku tak pernah bukak pun cds tuh selama ini, so itu yang cuba-cuba belajar guna cds tuh. Mampos, satu hapah pun aku tak faham ekekekkeke. Macamana pun aku cuba-cuba jugaklah belajar dan buat latihan-latihan kat buku dan cds tuh. Itu yang buat terralit tuh, sedar-sedar dah pukul 1 lebih. So kena lah minum ubat batuk nak kasi terus tidur, sebab aku kalau dah lewat, memang susah dah nak tidur.

Pagi tadi masa nak pakai contacts, aku terperasan pulak yang contact mata kanan tuh keras sebab solution dia kering. So aku pakai contact kat mata kiri ajelah, nak tunggu contact kanan tuh soft, tak sempat dah sebab aku takut terlewat sampai kelas. Aku biasa jugak pakai satu contact jer, sebelah mata, either kiri atau kanan aje, so tak ada hal nya lah. Itu aje cara nak merihatkan mata aku, tukar-tukar, sekali pakai contact kiri, sekali pakai contact kanan aje gitu.

Sejuk pulak harinih sebab malam kang nak snow lebat, angin pun kencang, so pedih lah mata aku, tak comfortable jadinya mata aku yang ada contact tuh. Korang yang pakai contacts tau lah kan macamana tak comfortablenya kalau ada benda yang masuk ke mata, waima habuk kecik sekali pun.

So sampai aje kat kelas, terus aku kerobek mata aku, nak kasi adjust contact tuh. Tak payah banyak cerita lah, sebab aku pun tak perasan bila, contact tuh jatuh ke lantai. Clear contact, mana lah nak diraba kalau dah jatuh ke lantai, kan? Lain lah kalau colored contact, masih ada harapan lagi. So keadahnya, aku tak bercontact-contactan lah aku seharian, apa yang Cikgu tulis kat board sikit pun aku tak nampak. Aku dah nak give up dah mulanya, nak balik aje sebab betul-betul frustrating tak tahu buah butir apa yang Cikgu ajar dan tulis kat board. 

Mulanya aku tiru aje kat Minah Turki Hedge-Fund Manager tuh tapi lama-lama dia bosan agaknya sebab aku asyik dok mengacau dia, dia macam marah kat aku, dia kata yang dia pun nak concentrate apa yang Cikgu ajar, aku pulak asyik nak menanya dia apa yang ditulis kat board. Sentapz aku jadinya, terus aku muncung kat dia, then aku buat baik pulak dengan budak Taiwan sebelah aku tuh. Nasib baik lah budak tuh baik, aku pun buat baik-baik dengan dia, so dia jadi baik dengan aku. So sepatah perkataan dia tulis, dia kasi aku tengok, sampai sakit-sakit tengkuk aku nak menjenguh apa yang dia tulis. 

The first 30 minutes belajar tuh aku rasa macam buang masa aje sebab Cikgu tuh asyik dok ulang benda yang sama, sampaikan aku sama dua orang Minah nih dok mengumpat Cikgu tu aje kerjanya sebab tak pandai bagi masa. Tapi, rasa macam tak fair pulak mengumpat dia, sebab dia lawa dan baik, ekekekkeke. 

Cikgu kitaorang nih suka suruh kitaorang ke depan, dia selalu suruh kitaorang bercakap kat depan-depan, dia galakkan kitaorang banyak bercakap. Masalahnya, dia suruh ke depan sorang-sorang. Kadang tuh disuruh macam berlakun lah, so that students lain kena teka apa yang dilakunkan, atau at least tanya apa-apa yang patut. So tadi, bila tiba giliran aku, aku macam tak prepared gitu, since aku yang terakhir, banyaklah pulak yang tanya, sampai penuh board aku kena tulis jawapan aku (lepas jawab in Spanish, kena ditulis pulak kat board). Aku perasan yang aku gugup tadi tuh, suara aku pun ketar. Banyak benda yang aku tak tahu, dan banyak benda yang aku tahu tapi tak reti nak sebut, tak reti nak buat ayat, tak reti nak explain. Yang buat frustnya, benda-benda yang ditanya tuh semuanya aku tahu, cuma tak terkeluar dari mulut aku. 

Lepas dari tuh baru aku tahu yang nak belajar bahasa nih, kena selalu praktis, kena selalu diulang-ulang. Lembab ker aku nih sebab benda-benda yang banyak aku belajar sendiri-sendiri tuh semuanya aku boleh lupa sedangkan ituhari aku dah berberapa kali ulang dan hafal. Ini yang buat aku makin bersemangat nak belajar nih, aku yakin kalau aku buat rajin lagi sikit, ada harapan aku boleh lebih pandai dari Minah Iran, Mamat Pakistan, Mamat German tuh. 3 orang tuh aku tengok, lancar aje, jealous aku dibuatnya. 

Tak ada lah aku teraba-raba sangat (sebab tak ada contacts) masa nak ke Forest Hills, aku siap singgah kat Jackson Heights untuk lunch beriyani kambing kat kedai Pakistan tuh. Then ke Forest Hills, pergi internet cafe sejam sebelum masuk kerja. 

Aku cadangnya nak merempit malam nih, lepas balik kerja, dah bawak kamera pun. Tapi itu lah, mata pulak rabun, so aku terus ajelah balik ke rumah. Itupun aku naik local train sebab tak payah berhenti kat mana-mana dah, walaupun lama perjalanannya tapi aku ambik kesempatan tuh untuk buat revision apa yang aku belajar harinih. Best jugak baca buku kat dalam train, orang tak dengar walaupun baca kuat-kuat. Cuma kena sorok-sorok sikit sebab malu kalau orang tahu aku baru nak belajar Spanish. Lainlah kalau aku dah advanced student kan, itu harus aku kasi orang nampak buku apa yang aku baca. 

Snow dah mula turun masa aku sampai rumah, akan berterusan sampai petang esok dengar khabarnya. Kalau aku bangun awal, dan kalau aku tak termalas, rasanya esok nak lah merempit ambik gambar snow. Tapi, takut pulak aku sejuk-sejuk nih, nanti demam lagi, malu lah aku kan, asyik demam aje.

Isnin26012009


Semalam tidur belum pukul 8 malam, pagi tadi nak bangun Subuh pun susah, walaupun aku dengar Azan kat laptop. Siap berkelubung lagi tuh, tapi dalam berkelubung tu puas "berdoa", mintak-mintak janganlah terbabas Subuh aku. Last-last Subuh gajah, pukul 7 pagi. 

Cadangnya nak ke Chinatown sebab nak tengok Pesta Tahun Baru China (tuan rumah aku ajak pergi sama dia) tapi lepas breakfast aku jadi malas lah pulak nak ke mana-mana. So terus aje lah aku sambung belajar Spanish aku, alang-alang aku tengah bersemangat gini nih. 

Sesambil dengar lagu, sesambil update blog, aku belajar Spanish. I'm so proud of myself, aku rasa kali ini aku akan berjaya, aku janji nak pandai sampai boleh baca paper. 

Tak sampai 10 minit aku masak TomYam, siap semuanya. Walaupun sepuluh minit aje masak, tapi aku rasa lah kan, TomYam aku yang paling best kat dunia. Mana tak nya, aku taruk udang, sotong, ikan, telor, semuanya, taruk bumbu dia pun banyak aje. 

Sampai kat Forest Hills pukul 3-30 petang, so melepak sambil minum kopi sementara tunggu masuk kerja. Bengang aku kat King Mongkut (Hal) tadi tuh, dua kali aku terbengang. Masalahnya kecik aje, nak panaskan soup yang diaorang beli kat Target semalam tuh. Punyalah cerewetnya dia tuh, suruh aku baca instruction kat tin soup tuh betul-betul, as if aku nih tak tahu nak panaskan soup tuh. Hidup yang senang dan simple jadi susah dibuatnya dek King Mongkut tuh. Sekali lagi tuh yang buat aku bengang, tangan aku kena Lysol, aku lap kan aje, tapi dia beria-ia suruh aku cuci tangan, lepas tuh taruk ubat. I mean, for fuck sake, Lysol tuh kan ker untuk cuci sink, apa nak beria-ia sangatnya tuh? Benda-benda kecik gitulah yang selalu buat aku bengang, yang selalu buat aku meroyan kat King Mongkut tuh. Benda kecik yang tak masuk dek akal aku, benda-benda gitu tuh. 

Esok snow akan turun lebat di sebelah malam, nih lepas update nih aku nak melepak buat revision Spanish aku lah, malas lah tidur awal sangat. Cadangnya nak buat homeworks aku, sebab aku selama ini tak pernah pun siapkan homeworks. Bila kat kelas mulalah menggelabah, Cikgu tuh tahu aku tak buat homeworks aku sebab tiap kali buat revision pasal homeworks, aku tak pernah dapat jawab. Tapi aku selamba aje, walaupun gelabah. Ada satu homework tuh, aku cadang nak cari budak Spanish tolong buatkan untuk aku, tapi lupa pulak nak bawak kertas tuh tadi tuh. 

Entahlah, sama aje entries aku sejak kebelakangan nih kan, Dear Diary? Tak ada yang menariknya dah yang aku nak tulis, tak ada cerita apa pun dah. Itulah, aku dah jarang keluar rumah dah sekarang nih, itu yang tak ada cerita tuh. Mood pun masih tak berapa baik, what with kena pindah rumah bulan depan, dan kitaorang masih belum dapat rumah sewa lagi. Dalam dua minggu akan datang, kalau belum dapat rumah sewa, aku terpaksa cari bilik lah untuk aku sorang, lantaklah kalau aku terpaksa duduk sama dengan orang Spanish, sebab aku tengok kat iklan kat tiang-tiang lampu, ada bilik untuk disewakan, tapi semuanya dalam bahasa Spanish, yang sure nya untuk orang-orang bangsa diaorang aje kot. 

Yang buat aku macam happy sikit, yang aku look forward to sikit, tak lama lagi Amazing Race sama Survivor season baru, akan mula. Itu aje yang buat aku rasa macam best jer tuh. Teruk gayanya hidup aku nih, kan Dear Diary? 

JumaatSabtuAhad232425012009


Jumaat

Aku dah kata, tiba-tiba semangat aku nak pulun belajar Spanish terus membuak-buak. Pagi tadi, bangun aje tidur terus aku belajar kat online. Ralit jadinya sebab belajar kat online nih ada step by step dia, tak macam belajar kat kelas yang selalu didistract dek students lain yang bengap. Ada dalam dua jam kot aku mentelaah pelajaran, aku salin apa-apa yang patut, cadangnya untuk dibaca/dihafal masa dalam train. Aku nih gitulah, kalau dah bersemangat tuh, aku pulun gila-gila, tamak gitu.

Lepas breakfast, sebab harinih Jumaat, aku mandi dan terus keluar ke Chinatown. Saja aje lah jalan-jalan tengok orang shopping di hari-hari terakhir sebelum Chinese New year. Banyak orang jual bunga sama tebu, hampir aku terbeli a few batangs tebu tadi tuh, nasib baiklah aku nak ke masjid. Lepas Sembahyang, aku terus aje balik ke rumah, syukur sebab aku tak ada terbeli apa-apa pun di sepanjang jalan tuh. Lepas lunch terus bergerak ke Forest Hills. 

David tak kerja harinih, so dia ada di rumah masa aku sampai. Dia beritahu yang kitaorang dijemput nenek dia untuk dinner kat apartment diaorang. So cepat-cepat aku buat catherter kat Hal, tak urut dia pun sebab nak kena ada kat apartment nenek David sebelum 5-30 malam. Nasib baiklah tak ada orang lain yang dijemput sama, kecuali mak David (mak tiri Hal). 

Dinner nya pukul 6-30 malam, so sementara tuh diaorang sembang-sembang aje lah, macam biasa, semuanya dengar cerita nenek David, cerita pasal holocaust dulu lah, apa lagi. Sedap masakannya siRoslyn tuh, orang gaji nenek David (minah Brazil), baked salmon sama baked keledek. Ada lah sayur-sayur celur yang lain tapi aku bantai makan salmon sama keledek tuh aje. 

Betul rupanya kata David (yang selama ini aku tak perasan) yang mak dia kuat kentut. Lebih selalu kentut dari David yang selalu kentut tuh. Sebab emak dia duduk sebelah aku masa dinner, dan dia selalu ke sana sini, aku terperasan yang dia selalu kentut. Mulanya aku tak percaya, tapi bila selalu sangat bunyi yang sama keluar, tiap kali dia bangun, baru lah aku percaya yang memang mak dia tuh kaki kentut. Nasib baiklah kentut yang sopan, yang tak kuat sangat bunyinya, dan tak ada bau pun. Tak macam kentut David tuh, yang dah lah kuat dan bersahut-sahutan, bau nya apa tah lagi lah kan? Seriously, diaorang nih selalu sangat kentut di khalayak ramai. 

Sabtu

Aku tak breakfast kat rumah, aku minum pagi kat bakery orang Korea kat Forest Hills. Aku sampai sana sejam lebih awal, so sesambil breakfast, sesambil baca paper, sesambil online guna cellphone.

Sampai aje kat apartment diaorang, terus menyiapkan Hal (King Mongkut tuh) sebab kitaorang nak ke Target, diaorang nak shopping barang-barang keperluan harian. Sejuk harini nih, itu yang Hal nampak mata jer tuh aku siapkan, masa dalam kereta aku tak tanggalkan pun topi, gloves, scarf dia, biar padan muka dia panas. Memang leceh sebab nanti dah sampai Target, nak kena pakaikan dia semua tuh pulak, kat dalam Target, nak tanggalkan semuanya, dan masa nak masuk kereta masa nak balik, kena sarungkan balik semua tuh.

Dalam dua jam lebih kitaorang kat Target, aku macam mengantuk aje, sampaikan David terperasan. Bosan benarnya sebab diaorang tuh, nak beli ubat gigi pun sampai dua tiga kali pusing aisle, nak cari yang murah. Aku kasi suggestion balik aje lunch kat apartment, tapi Hal nak ke mall yang lagi satu, nak lunch kat situ. Terpaksalah ikut kehendak dia, walaupun David sama aku berat jugak nak ke mall tuh sebab tak ada apa sangat pun, banyak stores dan kedai kat mall tuh yang dah tutup, yang bengkerap.

Sampai apartment diaorang dah dekat pukul 4, terus aje lah aku menyiapkan Hal, buat catherter etc, lepas tuh baru tolong David mengemaskan barang-barang yang terpaksa 3 kali kitaorang usung naik dari parking lot.

Walaupun Saturday night, tapi aku tak ke mana-mana pun lepas balik kerja. Sejuk satu hal, malas pun satu hal jugak. So terus aje lah aku balik, lepas Isyak, pukul 8 lebih sikit aku dah tidur.

Ahad

Aku breakfast hot cakes kat McDonald's pagi nih, sebab lama dah tak ke sana. Sunyi sepi tempat tuh, biasanya kalau pagi weekend-weekend gini penuh sesak dengan orang. Sebab sejuk ker sebab ekonomi teruk?

David pergi gym dan sementara menunggu Hal berak (seriously, sejak menjaga hal berak nih kan, ada aku terfikir yang suatu masa nanti, entah-entah aku jadi Tukang jaga Tandas, atau yang lebih kelas sikit, jadi janitor), aku cuci apartment, vacuum semua etc. Aku suruh Hal berak puas-puas sebab aku nak tengok Titanic kat tv, hehehhee. Tapi Hal tuh memang busuk hati, dia suruh aku siapkan dia cepat-cepat, sebab dia nak suruh aku urut dia lah pulak.

Lepas lunch, diaorang ajak tengok dvd filem Kung Fu Hustle (Stephen Chow) yang diaorang kata itu one of their all-time favorites. Tak sampai dua tiga minit aku tengok, aku dah tahu aku tak suka film tuh, film bodoh sangat bagi aku. Diaorang pelik apa pasal aku tak suka film tuh (aku tak lah kata aku tak suka cuma aku kata film tuh ok aje), dan aku pelik apa pasal diaorang suka sangat film bodoh yang tak masuk akal tuh. Siap aku tak percaya bila diaorang kata film tuh film kedua terbest kat Hong Kong, selepas Titanic. Tersengguk-sengguk aku sementara menunggu film tuh habis.

Again, aku tak ke mana-mana pun lepas habis kerja. Sejuk dan malas nak merempit. Tak tahu apa nak jadi dengan aku nih tapi, lepas Isyak, belum pukul 8 malam pun, aku dah tidur. Tak padam lampu, tak gosok gigi pun. Mintak-mintak minggu depan aku akan berubah sikitlah, parah otak aku nih bila memikirkan yang aku jadi malas nak ke mana-mana. Aku ingat, masa aku duduk Bangsar dulu, aku selamba aje kalau tak ke mana-mana, aku lebih suka melepak kat apartment aje. Tapi, kat New York nih, aku jadi risau kalau aku tak ke mana-mana, aku jadi kusut bila memikirkannya. Pelik, aku nih berkelakuan reverse pulak. Macam Benjamin Button pulak jadinya ekekekekeke.

RabuKhamis2122012009


Rabu

Kesian pulak aku menengok nya tuan rumah aku laki bini tuh, pagi-pagi lagi dah keluar cari kerja, jugak cari rumah sewa. Siap bawak bekal lagi tuh. Patutnya diaorang tak ada masalah nak cari kerja sebab diaorang ada legal papers, diaorang dapat asylum, tapi itulah, mungkin sebab diaorang dah berumur sikit itupasal susah nak dapat kerja yang bagus-bagus.

Ada diaorang kata nak pindah ke Philadelphia aje, nak duduk sama-sama orang Indo yang beribuan di sana tuh, nak ikut kerja kilang, tapi sebab barang diaorang banyak, berat jugak diaorang nak ke sana tuh. "Pusing Joe, hari-hari muter cari kerjaan tapi nggak ada", kata diaorang. "Kalo diikut hati, mau pulang Indo aja", kata laki dia. 

Selalunya, pagi-pagi, aku sorang-sorang aje kat rumah sebab diaorang keluar. Itu yang buat aku bebas sikit kalau nak memasak, harinih aku buat nasi goreng, sama bubur kacang. Mengidam aku nak makan bubur perbuatan sendiri. Cadangnya nak buat kuah kacang aku tuh, tapi bila memikirkan yang rumit kerjanya, malaslah pulak aku. Aku bajet, tak nak spend lebih dari sejam untuk memasak, lebih dari sejam tuh dah kira buang masa aje. 

Since Asar dah lewat sikit sekarang nih, so aku pergi kerja lepas Zohor, tak sempat nak buat Asar kat rumah dah masa nih. Pergi kerja pulak, for the last few days, aku naik local train yang berhenti kat banyak stesyen tuh. Naik malas pulak aku tukar-tukar naik express train. Naik local train nih best, tak payah nak sambung-sambung berangan, boleh lama sikit berangannya. 

Mood aku masih tak baik lagi nih, mintak-mintak sampai hujung minggu ni aje lah "rasa tak best" aku nih, minggu depan aku kena buat something untuk mengebestkan mood aku nih. Aku kena pergi merayau-rayau ker, pergi tengok wayang ker, apa-apa lah, asalkan aku ada aktiviti. Bila tak ada aktiviti nak buat macam mingu ni nih, berserabut kepala otak. 

Khamis 

Aku rasa aku nih kena selalu dipuji. Atau dengan kata lain, aku nih suka dipuji kot. Tadi, masa kelas Spanish, masa disuruh buat karangan (tulis surat), Cikgu aku bukan main lagi puji aku, dia kata "Joe has the art of writing letters". Terus aku teringat kat Cikgu German aku masa aku kat Goethe Institut dulu, she said the same thing too. Lepas tuh terus aku jadi rajin, jadi bersemangat nak belajar. So bila dia cakap gitu tadi tuh, terus kembang hati aku, terus aku tanamkan semangat yang minggu nih dan minggu-minggu yang seterusnya, aku nak pulun belajar, aku nak mentelaah bebanyak, dan aku nak enroll kat online lesson yang Cervantes Institute tuh ada buat. Aku tahu aku boleh, aku pun ada banyak masa lompang, cuma aku nih malas aje. Macamana pun, tadi tuh aku macam dapat semangat baru aje, hopefully aku akan terus jadi rajin, this is for my own good jugak kan?

Masa on the way ke subway station, lepas habis kelas, hampir aku tersinggah makan kat Rockerfeler Center, kat cafe di situ, sebab aku, setiap kali nak pergi kelas (atau balik dari kelas), bila aku lalu situ, aku macam teruja aje nak makan kat situ, nak nampak macam kelas aje macam orang lain tuh. Itu benda kelas yang aku mampu buat, orang miskin macam aku nih. Tengoklah satu masa nanti, aku nak melepak kat coffee house kat situ, sesambil on kan laptop, berlatarbelakangkan Rockerfeler Center, berbackgroundkan NBC Studio. 

Balik kerja aku ke Union Square, makan kat Restoran Laut, makan roti canai sama minum teh ais aje tapi tapau kari udang. Sibuk restoran tuh, tapi waiters tuh layan aku best, sembang-sembang dengan aku sambil gelak-gelak. Aku kasi suggestion kat Manager restoran tuh, aku suruh diaorang tukar gelas kat restoran tuh sebab nampak macam kokak sangat restoran yang upscale gitu tapi gelasnya gelas biasa yang macam gelas kat kedai mamak. Infact, benda tuh yang aku perasan masa aku mula makan kat restoran tuh dulu, gelasnya tak melambangkan restoran tuh kat Manhattan. Manager tuh kasi aku 25% off sebab aku kasi cadangan bernas gitu tuh, yang mulanya dia kata dia tak terfikir pun pasal gelas tuh. Aku tak ambik pun 25% tuh, instead aku kasi buat tips aje untuk diaorang. 

IsninSelasa1920012009


Isnin

Semalam, masa aku sampai rumah, aku tengok beratur karung-karung sampah yang aku agak datangnya dari bilik Bangla yang di sebelah bilik aku tuh. Dia nak pindah gayanya, sebab barang dia kat fridge pun semua dibuangnya. So pagi tadi aku tanya tuan rumah aku, dia kata yang Mamat tuh dah pindah pun dah, tinggalkan bilik dia tuh gitu aje, penuh sampah sarap. 

Dan tuan rumah aku kata yang dia pun terpaksa pindah sebab tak larat nak bayar sewa rumah. So dia tanya aku kalau-kalau aku nak ikut diaorang pindah, kalau dia dapat rumah yang ada dua bilik. Aku yes kan aje sebab kalau nak harapkan aku mencari, memang susah lah. Tapi, kalau tak dapat rumah sewa untuk aku, diaorang akan tetap pindah jugak. So akhir bulan depan gamaknya kitaorang pindah, tak tahu lah ke mana aku pindah nanti nih, aku masih menngharapkan diaorang aje. 

Aku tak ke mana-mana, dan tak buat apa-apa pun harinih, macam tak berapa sihat lagi badan aku nih. Ker memang sengaja aku manja-manja kan diri aku, itu tak tahu lah. Penyudahnya aku tidur aje lah sepanjang pagi sampai tengahari, sampai waktu nak pergi kerja.

Balik kerja pulak, aku jadi malas nak makan, nak masak. Aku takat makan roti dua keping, diselek srikaya, then minum apple juice. Then makan jajan. Then tak lama tuh terus masuk tidur, walaupun belum pukul 11. Nothing interests me sekarang nih, tak ada semangat langsung nak berpoya-poya online. 

Selasa

Aku keluar awal sikit untuk ke kelas Spanish aku harinih pasal takut jadi macam minggu lepas tuh, terlewat. Sampai awal pun ok jugak sebab bolehlah aku tengok-tengok homeworks aku, yang selama ini tak pernah aku buat. Pemalas betul aku nih, aku macam tak ada semangat sangat lah nak belajar Spanish nih, tak macam masa aku belajar French/German, masa aku muda-muda dulu tuh, aku siap jadi best student lagi sebab aku rajin mentelaah, aku selalu nak lebih tahu dari orang-orang lain. Kali ini, dah tua-tua gini nih, dah tak ada dah semangat nak berlumba-lumba gitu tuh, belajar takat apa yang Cikgu ajar aje. 

Walau macamana pun, ini baru permulaan kan, mana lah tahu kalau-kalau satu masa nanti aku betul-betul bersemangat nak pulun belajar Spanish ni kan? Aku nih bukan boleh percaya sangat kan, silap-silap nanti aku akan bertungkus lumus belajar. So, hold your judgment dulu. 

Ada tiga students yang tak datang kelas harini sebab pergi Washington DC nak tengok inaugration. Kat Institute nih ada jugak dipasang tv besar untuk sapa-sapa yang nak tengok tapi dua tiga orang aje yang pergi, kitaorang lebih pentingkan untuk belajar so kitaorang mintak diteruskan lesson walaupun Cikgu kitaorang tuh macam berat hati aje nak mengajar. 

Habis kelas terus aku ke Forest Hills, ke restoran Thai yang dah dekat dua bulan rasanya aku tak pergi. Makan green curry, shrimp. Lemak sangatlah masakan Thai nih, manis pun sama, itu yang tiap kali aku makan kat restoran Thai, aku rasa perut aku macam berlapis aje, rasa macam ada benda mendap dalam perut. 

Alah, aku masih macam malas-malas nak tulis pepanjang lah Dear Diary, masih belum berapa baik lagi penyakit kemalasan aku nih gamaknya, tengoklah esok lusa kalau-kalau aku jadi sihat dan terrajin tulis panjang-panjang pulak.