Wednesday, October 3, 2012

Sundal Bolong


"Minggat? I'm not surprised", aku kata gitu. 

"Kok kenapa, dia ada bilang sama Om dia mahu minggat?", Ara tanya aku.

"Nope but she did tell me dia nggak senang tinggal di sini. And she's only 13", aku kata gitu. 

Sebenarnya aku tak tahu pun yang Ita lari dari rumah untuk kesekian kalinya, tapi kali ini macam nekad aje. The night before she left, masa aku tengah tidur, aku ada dengar Yanti mengamuk. Marah-marah kat Ita. Itu bisalah. Then tak lama lepas tuh aku ada dengar orang ketuk pintu bilik aku. Perlahan jer bunyinya. Sebab aku masih mamai, aku biarkan aje. Adalah beberapa kali pintu aku diketuk. Sebab aku tak bukak, dan dia tahu aku ada di dalam, Ita menyelinap masuk. "Om, can I borrow your phone for a minute", dia kata berbisik-bisik. Aku kasi ajelah sebab memang selalu dia pinjam talipun aku kalau Yanti ada di rumah. Sebab dia tak nak Yanti tahu yang dia menalipun kawan dia. Lepas dia menalipun di bilik dia, masa dia pulangkang cellphone tuh, dia kata Yanti suruh dia pinjam duit dari aku, 20 dollars. Nanti Yanti akan ganti balik. So aku kasi ajelah, sebab aku tahu dia nak keluar, tengok cara dia berpakaian tuh. Rupanya masa itu dia keluar dari rumah. Dan tak balik-balik dah. (Sampai hari ini nih, dah dua minggu dah)

"I don't understand your Mom. Dulu waktu Ita udah pulang, seharusnya dinasihatin. Ini nggak, masih dibiarin. Dua tiga hari aja Ita kelihatannya baik, setelah itu dia masih bawa temen-temennya ke rumah. And they were like monkeys, lari sana, lari sini", aku kata kat Ara.

"Barang-barang Om ada yang hilang gak?. Playstation, piso, DVDs Will semuanya hilang. Pasti mereka yang nyolong", kata Ara. 

"Koq mereka masuk kamar gedek?", aku tak sangka pulak diaorang sampa berani masuk master bedroom, bilik Yanti sama Will.

------------------------

"Koq Ita minggat lagi?", aku tanya Yanti, the moment aku sampai ke rumah, esok harinya. Masa tu Yanti tengah bersiap utnuk pergi kerja. 

"Iya, udah dua minggu. Kalo masih belum pulang, mahu telpon polisi aja", jawab Yanti. 

"Tapi kalo kamu telpon polisi, nanti kamu mungkin udah nggak bisa ketemu Ita", aku kata gitu. Sebab dah beberapa kali Ita ditangkap polis dan kali ini, kalau dia dijumpai, dia mungkin akan ditempatkan di rumah pemulihan. Or something like that. 

"Justru. Stress aku Joe, mahu gila aku dibuatnya mikirin anak-anak ku. Mahu bunuh diri aja rasanya", kata Yanti.

"Jangan terlalu dipikirin, pasti nanti dia pulang akhirnya. Dia masih anak-anak, gak bekalan lama minggatnya", aku cuba console Yanti. 

"Susah punya anak di Amerika. Mahu pulang Indo udah malu", kata Yanti. 

--------------------------

Besoknya Ara datang ke rumah, macam biasa, masa tuh aku baru jugak balik, dah bersiap-siap untuk tidur. "Om, aku mahu bicara di kamar mu, bisa nggak?", tanya Ara. Sambil dia online (guna laptop aku), sambil aku baring-baring, dia pun mulalah bercerita. 

"Benernya aku udah nggak tinggal di Camden (New Jersey) sih, aku udah pindah di lima street (5th Street)", kata Ara membuka cerita. 

"Pantasan kamu sering ke sini, Mama kamu tahu nggak?", aku tanya lagi. 

"Nggak, nobody knows. Aku menyewa sama Papo (balak Puerto Riccan tuh), kamar kecil aja, studio gitu. Udah tiga bulan sih", kata Ara. 

"Kamu sekarang gimana, happy nggak?", aku tanya gitu. Aku dah mula risau sebab aku harus tidur, malamnya aku nak pergi kerja. Masa tuh dah dua lebih dah. Tapi sebab aku rasa diaorang nih memang tak ada tempat dah nak cerita masalah diaorang masing-masing, itu yang diaorang cerita kan kat aku. Lagipun, dah berapa lama dah aku dengan keluarga diaorang nih, dah jadi macam saudara sendiri. Dulu, masa Ita dalam umur 9, sepuluh tahun, dia ingatkan aku nih adik Yanti. Masa tuh Iman (adik Yanti yang dah balik Indo tuh) masih di sini, di Amerika, Ita ingatkan Iman tuh abang aku. Ara pun, dengan aku, macam adik beradik jugak. Pernah dulu, masa dia masih belum kenal dengan Papo, masa dia masih tinggal di rumah Yanti, kadang tuh kalau aku tengah tidur, (selepas dia balik kerja) dia masuk bilik aku. Selamba aje dia tidur di sebelah aku. Siap tarik selimut aku lagi. "Capek Om, aku mau tidur. Aku nggak bisa tidur di kamar Ita, bising", itulah yang dia selalu kata. Aku tahu, hidup aku bergelumang dengan dosa, dosa-dosa gitulah. Dosa-dosa "tak sengaja". (Jangan pulak nanti ada orang salah baca, salah faham, then kata aku ada buat projek dengan Ara nih). Doa yang aku maksudkan tuh, dosa-dosa gitu lah, bersentuh-sentuhan gitu. 

"Om, kapan aku harus bilang sama Mama ku about my pregnancy?", tanya Ara. "Aku nggak mahu Mama ku stress lah Om, udahlah Ita minggat", tanya Ara. 

"Aku nggak tahu, but you have to be very careful, nanti Mama kamu bisa jadi gila. Dia bisa bunuh diri nanti", aku jawab gitu. 

"Itulah, dulu waktu aku tinggal sama Mama, aku diperlakukan persis suruhannya aja. Aku tahu aku anak berlainan bapa. Om tahu nggak Bawang Putih Bawang Merah? Aku nih kiranya Bawang Putih", kata Ara. 

"You know who your father was?", aku cuba-cuba korek rahsia. Well, not exactly rahsia sebab aku pun tahu cerita sebenar. 

"I know who my father is. Om tahu?", aku tengok Ara tak lah macam terkejut. 

"Was. I know who your father was", aku jawab. 

"Iya, dia udah mati. Siapa cerita sama Om? Mama Tante ya?", tanya Ara.

"Iya, aku tahu semuanya", aku jawab gitu. 

"Kapan kamu tahu, waktu kamu masih di Indo?", aku tanya lagi. 

"Nggak. Waktu udah di Amerika. Tapi sewaktu kecil aku udah dapat rasaian, kerna singat aku, sewaktu aku kecil, aku mahu dibunuhinnya sama Mama Tante. Kalo Mama Tante ke rumah, aku sering disembunyiin Mama. Aku tahu itu", kata Ara. 

Aku tak nak tanya lebih-lebih tapi aku tahu yang Ara tak tahu lebih lanjut cerita sebenar, apa yang dia tahu, dia tuh anak Yanti sama suami Mama Tante. Mama Tante tuh mak saudara Yanti, bererti suami Mama Tante tuh datuk saudara Ara. 

Yang cerita kat aku semua tuh, Mama Tante sendiri, masa tuh Mama Tante (yang aku panggil Tante aje) tinggal sekejap di rumah Yanti. Dia nih selalu berulang alik ke Amerika, untuk bekerja. Dia datang sini for a few months, kemudian dia kerja. Sebelum tempoh stay dia expire, dia balik ke Kalimantan. And she has been doing that for the last 3 years. Datang Amerika, kerja, selama 5 bulan, then balik ke Indo. After a few months, datang lagi, dan kerja. Dia yang ceritakan kat aku semuanya, sebab masa tu dia gaduh dengan Yanti, dia tengah marah dengan Yanti. Biasalah kan, waktu tengah marah, semua keburukan orang akan diceritakan. Dan aku tak nak lah ceritakan apa yang aku tahu kat Ara. Aku rasa dia tak berapa tahu sangat cerita sebenar. So basically aku tahulah apa pasal keluarga diaorang nih semuanya berdendam aje, porak peranda semuanya. 

"Kalau Mama aku tahu bagaimana perasaan ku sekarang, dia bisa nangis Om", kata Ara. "Papo tu baik amat orangnya, cuma Mama ku nggak mahu terima dia", kata Ara. "Mama ku mahu aku tinggal di sini, supaya uang ku semua diambilnya. Om tahu nggak, for the last year, setiap bulan, aku kirimin uang ke Indo, untuk lunasin uang yang Mama pinjam buat belanja mahu ke Amerika dulu", kata Ara. 

"But you don't have too, kan?". Aku masih guna "kan", orang Indo tak faham "kan" tu apa. 

"No, I have too, sebab dulu Mama ku bilang, kalau aku mahu tinggal sama Papo, aku harus lunasin segala hutang di Indo. Kalau nggak, gajian ku harus dikasiin sama Mama", kata Ara. 

"I was thinking of moving out tapi aku kasihan sama Mama kamu, udah lah Pak Yus pindah, nanti kalo aku nggak tinggal di sini, lebih parah jadinya. Kurangnya, wang sewa aku bisa buat bayar bills", aku kesian jugak mendengarnya. 

"Uang yang aku hutang sama Om, udah lama aku kasi Mama ku", kata Ara. Terbengang aku sekejap mendengarnya, aku terbayang yang macamana peritnya masa aku nak pinjam duit dari Yanti dulu tuh. Rupanya duit yang aku tolong bayarkan untuk college Ara dulu tuh di tangan Yanti rupanya. Sialan!

"Om masih ingat kagak, dulu waktu aku tinggal sama Mama, aku yang ngerjain semua. Sekarang lihat, rumah nggak ada yang ngurusin. Berantakan semuanya, persis kandang sapi aja kayaknya. Ita, umur udah belasan tahun tapi masak nasi nggak bisa. Kerna itu aku udah nekad nggak mahu tinggal sama Mama lagi. Udah lah bertahun-tahun aku tersiksa", panjang lebar cerita Ara. Aku tenung muka Ara betul-betul, aku cuba bayangkan muka orang-orang Indo yang di Malaysia tuh. She's different. She's only 21 but she has been thru' a lot in life. 

"I was told, Papo tu such a stupid guy. And you are being used by his family", aku tanya Ara.

"Nggak bener sama sekali Om. Mama ku mahu aku kembali tinggal di sini, itu alasannya", jawab Ara. 

"Who will take care anak kamu nanti?", aku tanya Ara. 

"Sendiri. Mama ku pastinya nggak mahu nerima. Aku sama Papo lagi menabung, untuk buat biaya waktu aku melahirkan nanti", serious aje Ara jawab. 

"If you're happy there, keep it up. Let your Mom worry about your sister, kamu jangan pusing", aku tahu yang itu bukanlah nasihat yang bagus. 

"Aku dimarahinnya Mama, aku sering ditelponin", kata Ara. 

Aku tertidur lepas tuh,tak perasan pun bila masa Ara keluar. Sedar-sedar dah masa untuk aku bersiap untuk pergi kerja. 

------------------------

Dalam seseminggu lepas tuh, rumah jadi senyap aje. Sunyi sepi. Dan aku pun kesian tengok Yanti sama Will. Will tuh tak lah aku kesian apa sebab dia macam tak ada perasaan pun. Tak fikir apa-apa pun. Dia selamba aje. Mungkin sebab Ita tuh bukan anak dia. Lagipun dia American, kalau pasal budak-budak lari dari rumah tuh, itu memang biasa bagi dia. Tapi, apa yang aku perasan, Yanti sama Will jadi semakin rapat. Ke mana-mana, berdua aje. Baru lah aku tengok, diaorang pergi shopping berdua, ke sana-sini berdua.

Dan yang buat aku makin kesian, aku terserempak dengan Yanti yang tengah membersihkan bilik Ita. Disusun, dikemasnya bilik Ita yang berselerakan tuh. 

Keluarga 69


Rupanya Ita ditahan dilokap pasal she was caught fighting dengan a few budak-budak sekolah dia (Asian-Americans berbangsa Laos, Kemboja dan Vietnam). Terpaksa Yanti sama Will ke police station untuk menjemput Ita. Aman lah sekejap rumah a few days selepas Ita dibebaskan sebab dia kena grounded, kawan-kawan dia pun tak dibenarkan datang ke rumah. 

Ara, walaupun tak tinggal sama Yanti, tapi dia selalu jugak datang. Especially lepas balik kerja. Dia kerja malam jugak, kat convenient store di New Jersey. Aku tak ada lah sembang sangat dengan Ara sebab biasanya masa dia sampai, aku tengah sibuk memasak/makan. Atau aku dah bersedia untuk tidur. Cuma ada sekali tuh, masa aku tengah nak makan, kebetulan dia ada di dapur. 

"Life's full of shit", dia kata gitu sambil gelak-gelak. 

Aku terasa macam dia perli aku aje, walaupun she knows nothing about me. Apa yang dia tahu pasal aku, aku datang Amerika nih, like thousands of other Indons, hanyalah untuk kerja. 

"What's up? You look happy aja", aku kata gitu. 

"Om kata happy? My life's full of shit right now Om", kata Ara lagi. 

"Kenapa? I don't get it, You sound ok. You look happy", aku kata gitu. 

"Om, can you keep a secret?", Ara tanya aku. Terkejut jugak aku, sambil tuh aku fikir jugak, apa lagi lah rahsia dia nih yang aku belum tahu? 

"Yea, what is it?", aku tanya sambil gelak-gelak. 

"I haven't told my Mom yet. Nobody knows this", kata Ara. 

"Iya, what is it then?", aku memang jenis tak sabar.

"I'm pregnant", kata Ara. Aku tak tahu nak jawab apa sebenarnya, so aku senyap aje lah mula-mula tuh. 

"Kapan due nya? Are you going to keep the baby?", aku tanya Ara, sambil buat muka tak terkejut. Memanglah aku tak terkejut sangat dengar cerita diaorang nih. With orang-orang Indo nih, segala macam bentuk cerita boleh didengar. Dan aku pun macam dah lali dah dengar benda-benda gitu. Dah biasa sangat. 

"I'm going to keep the baby", kata Ara. "Bulan Juli nanti, tanggal dua lapan", kata dia lagi. 

Lega aku mendengarnya. Bukan lega pasa tahu dia bunting tapi lega sebab dia tak ada pun kata nak buat abortion ker apa ker. Sebab aku teringat kisah aku dulu. Ingat dak cerita yang masa aku jumpa this one Indon girl, masa aku tengah tunggu library nak buka, then dia mintak tolong aku jadi interpreter dia? Yang aku tak tahu pun dia sakit apa, cuma bila sampai klinik baru aku tahu yang dia nak buat abortion. Yang aku punyalah blurnya masa tuh, aku ikut aje masa kaunseling tuh? Yang masa tuh aku sorang jer lalaki, yang Doktor tuh asyik pandang aku sebab aku macam resah aje, sebab sure dia ingatkan aku resah pasal membuntingkan perempuan tuh. Sedangkan dia tak tahu yang aku resah masa tuh sebab aku tengah cari idea macamana nak keluar dari perangkap. Yang aku fikir, macamana caranya supaya tak jadi abortion tuh pasal aku tak nak terlibat. 

Bila diingatkan balik, macam lawak aje rasanya, itu masa-masa aku bodoh dulu tuh. Tapi, tak boleh jugak nak kata bodoh. 

"So when are you going to tell your parents?", aku tanya Ara. 

"I don't know yet, mungkin kalo udah discan nanti", kata Ara. 

"You sure nobody knows about your pregnancy?", aku tanya lagi.

"Cuma aku, Papo (her live-in boyfriend) sama Om aja yang tahu", kata Ara. "Keep it that way for the time being", kata dia lagi. 

------------------------------

"Tadi Will masuk kamar mu, ada tikus sih. Kamu buang sampah-sampah mu dong!", kata Yanti di talipun, one morning tuh. 

"Ada tikus?", aku tanya gitu. Aku rasa macam bengang aje pasal diaorang masuk bilik aku. 

"Iya, tadi Will ngelihat ada tikus masuk ke kamar mu. Dilihatnya banyak sampah bergantungan, ada sisa-sisa makanan. Kamu buang aja, jangan disimpan di kamar", kata Yanti. 

Aku jadi bengang sangat, terus aku mati kan phone. Bengang pertama pasal diaorang masuk bilik aku. Bengang kedua pasal sebelum ini memang aku buang sampah, kebetulan malam semalamnya aku lupa nak bawak sekali plastic bag sampah tuh sebab aku nak cepat. Bengang ketiga sebab aku rasa macam bebudak aje. Bengang keempat sebab aku baru terperasan yang diaorang tipu aku. Pintu bilik aku tertutup, tak ada lubang pun. So macamana tikus boleh masuk? Ikut lubang kunci? Sure diaorang saja buat-buat cerita. Agaknya diaorang masuk bilik aku dan bila tengok banyak sampai (dalam plastic bags), itu yang diaorang kata ada tikus tuh. 

Entah apa pasal tapi aku jadi bengang sangat lepas tuh. Itu yang aku rasa nak pindah aje lah. Dan aku pun terfikir, yang dengan aku nih, dengan benda-benda gitu aku akan mudah sangat tersinggung. Aku akan mudah sangat terasa. Kecik hati. Benda-benda lain yang besar-besar, pasal duit ker, pasal apa ker, aku tak mudah jadi bengang. Tapi kalau benda-benda yang menyerlahkan ketidaksenonohan, kemalasan, kepengotoran aku, aku akan jadi cepat emosi. 

So tengahari tuh masa aku balik, aku macam malu-malu gitu. Terus aku kemas-kemaskan bilik. Dan malam tuh, sebelum aku keluar pergi kerja, aku tinggalkan note kat atas meja. Aku tulis, "Now, what the hell are you doing in here?". Aku siap buat tanda lagi, kalau-kalau ada orang sentuh kertas tuh, sure akan ada kesan. Besoknya, masa aku check bilik lepas balik kerja, aku tengok ada kesan-kesan orang masuk bilik. Adalah orang terasa hati kot, pasal aku tengok, kertas tuh kedudukan dia dah lain. Sure ada orang baca. Malam tuh, masa aku tengah bersiap nak pergi kerja, Yanti sama Will, malu-malu aje, sambil kata kat aku yang ada tikus masuk bilik aku. Itu pasal diaorang buka pintu bilik. Aku senyap ajelah. Diaorang masih tak fikir yang aku nih taklah sebengap itu. Mana ada lubang untuk tikus masuk, sebab pintu bilik aku ditutup. Unless ada orang lain yang buka bilik then biarkan pintu tuh ajar, then tikus masuk. Itu lain lah. 

--------------------------------- 

Minggu lepas, Ara ada datang. Masa tuh aku baru aje sampai, baru balik kerja. "Om kelihatan nggak perut ku?", tanya Ara sambil dia selak jacket dia. Nampaklah perut dia yang dah bulat tuh. "Ga'pa'pa, wear a jacket then", aku kata gitu. Ara nih rendang orangnya so tak ada lah obvious sangat nampaknya kebuntingan dia tuh. 

"Om, Ita minggat lagi! Udah seminggu!", kata Ara. 

"Haaaa?????????? 

Bener Nya Aku Tersinggung Juga Sih


28012007

Nih aku nak cerita pasal keluarga Yanti pulak. Mintak-mintak tak terpanjanglah aku tulis nanti, tapi kalau cerita pasal orang Indo yang berbelit-belit nih, aku rasa akan jadi panjang entry nih.

Yanti masih lagi macam dulu, dia juggles masa antara pergi sekolah kecantikan dengan bekerja. Bulan depan akan tamatlah persekolahan dia, tapi dia nak sambung for a few more months kot, untuk dapatkan lesen mengajar pulak. Kalau mengikut kursus yang dia ikuti sekarang, dia hanya boleh buka salon dan employ orang, tapi dia tak boleh nak mengajar orang. Boleh sebenarnya tapi tak akan dapat certificatelah sesiapa yang belajar dengan dia nanti. Itu yang dia nak sambung sikit lagi tuh, so that dia boleh jadi tenaga pengajar kecantikan jugak nanti. 

Suami Yanti, Will, ituhari berhenti kerja for a few weeks, sekarang dah dapat kerja lain dah. Dengar ceritanya, Will nak balik semula ke tempat lama, kat company yang Yanti turut sama kerja tuh. Sebab di tempat baru tuh kerja nya agak bahaya, ituhari dia ke klinik sebab mata dia dimasuki habuk kaca. Ada kawan sekerja Will yang mati kena mesin minggu lepas. 

Pak Yus dah tak menyewa di rumah Yanti dah sejak dia gaduh dengan pacar dia dulu tuh. Tak sempat sehari gaduhnya, dah berbalik semula. Sampaikan hampir sebulan sebelum dia pindah, dia tinggal sama dengan pacar dia tuh, tidur sama pacar dia. Sebab takut pacar dia diganggu pacar nya yang lama. Iyalah, masing-masing dah berumur semuanya, so tak ada pilihan sangat. Kebetulan pulak, kedua-dua Pak Yus sama pacarnya tuh, orang Manado. Kalau Pak Yus berpisah dengan pacar dia tuh, terkulat-kulatlah diaorang masing-masing sebab tak ramai orang Manado di sini. Daripada terkulat-kulat, itu yang diaorang rujuk semula tuh. Dapatlah berjilat-jilat. 

Ara, anak Yanti yang paling tua (21 tahun) duduk sama pacar dia mamat orang Puerto Rico tuh, di Camden, New Jersey. Seberang sungai dari Philadelphia aje. Memang dari dulu pun, adalah dalam dua tahun dah kot, dulu dia kata dia buat keputusan tuh sebab nak lari dari duduk sama Yanti. 

So, yang ada di rumah sekarang, Yanti, Will, Ita dan aku. Lepas dari Pak Yus keluar dari rumah Yanti, aku pindah ke bilik kecil yang dulunya Ita duduki. Pandai Yanti, dia suruh Ita sound kat aku, so aku buat-buat faham ajelah. Bilik yang aku duduk dulu tuh memang besar dan kalau ada keluarga Yanti yang datang (dia banyak keluarga di Amerika nih), adalah tempat untuk diaorang lepak. 

Setakat ini, sejak aku mula balik duduk di rumah Yanti nih, tak ada masalahnya pun. Pasal duit ker apa ker. Walaupun Yanti selalu cerita pasal tak ada duit, tak cukup duit, tapi tak ada gaya-gaya dia nak pinjam duit. Atau tanya-tanya aku pasal duit aku. Mungkin jugak sebab so far, setiap kali gaji, aku bayar balik segala hutang aku. Iyalah, dulu dikumpul-kumpul gitu sewa rumah, banyak jadinya. (Masa aku di New Jersey, di Pittsburgh,di Atlantic City, sewa tetap jalan). So dalam sebulan tuh aku bayar sewa sebanyak dua kali, satu untuk bulan tuh dan satu lagi untuk hutang sewa yang lama. Dah habis dah sekarang nih hutang aku sama Yanti. Dan itu yang aku rasa Yanti jadi macam takut jer sekarang nih. Pasal, dah lah Pak Yus keluar, aku nanti akan hanya bayar sekali aje setiap bulan. Tak macam dulu, aku bayar dua kali, dan dia dapat duit sewa dari Pak Yus jugak. So aku dah nampak yang akan datang nih Yanti akan tak ada duit semula.

Dengan Will pun Yanti selalu gaduh, semuanya pasal duit aje sekarang nih. Si Will pun satu hal, dia selalu gunakan credit cards Yanti untuk gamble di internet. Untuk tengok porn sites. Dia buat tuh sembunyi-sembunyi. Aku dulu selalu jugak terperasan yang he was up to something, sebab everytime aku balik, dan bila aku lalu belakang dia, dia akan menggelabah. Cepat-cepat diminimizekan windows. Jugak, aku selalu tengok yang dia selalu dapat snail mails yang dia akan koyakkan kecil-kecil dan dibuang separately. Aku yang kadang tuh ternosy pernah tertengok a few mails yang aku tahu, Will cuba sembunyikan dari pengetahuan Yanti.

Sampailah satu masa bila Yanti terperasan sama, yang terus dia confront sama Will. Will mengaku yang dia gunakan credit cards Yanti. Dia mengaku yang dia pun, despite his bad credits, dia dapat jugak apply credit cards. Supplementary cards. Dan dia mengaku yang dia kehausan seks. Yanti cerita semua tuh pada aku. Aku tak tahu sebenarnya apa yang Will fikir pasal aku sebab I know yang dia tahu aku tahu semuanya pasal dia. Pasal keluarga Yanti tuh.

Aku tak tahu lah apa hukumnya tapi, diaorang tuh sebenarnya dah beberapa kali cerai. Kalau ikut hukum lah. Sebab Yanti, kalau bengang, dia mintak cerai aje kerjanya. Dan Will pun selalu meng-ok- kan aje. Tapi sebab Yanti tak pernah ada masa, jadi tak ke City Hall lah diaorang. Then, esoknya diaorang berbaik semula. Selalu sangat jadi gitu, sampaikan aku yang lebih-lebih panik jadinya. 

Ita pulak, itu ligat jugak budaknya. Umur baru 13 tahun kalau tak salah aku tapi dah rosak habis dah budak tuh. Dimanjakan sangat. Tak reti buat apa. The whole day dia akan online atau on the phone. Bawak balik kawan-kawan dia ke rumah. Tak kira jantan betina. Pernah ituhari, for a few days, dia sembunyikan boyfriend dia kat rumah. Since kitaorang semuanya kerja, tak ada siapa perasan. Until barang-barang makanan yang kat fridge banyak yang hilang. Aku tahu, bilik aku tuh selalu ada orang masuk. Towel aku boleh hilang pulak tuh. Aku diamkan aje. Aku perasan yang that guy, sentiasa ada di rumah. Masa aku balik kerja, dia ada di rumah. Aku nak pergi kerja pun dia masih ada di rumah. Until satu hari tuh Yanti talipun aku. Biasalah, Yanti, dia kalau ada perkara penting, dia akan tunggu aku keluar, baru dia akan talipun aku. Agaknya kat rumah dia tak berani nak bersuara. 

"Aku mau tanya kamu tapi kamu jangan tersinggung sih", dia kata kat aku. 

"Kenapa sih?", aku dah suspen aje.

"Roti ku, telur ku, susu ku hilang. Siapa yang nyolong sih?", Yanti tanya aku.

"Eh, aku pun sama sih, telur aku (bukan "telur" yang itu), susu, sering hilang sih. Tapi aku diamin aja", aku jawab gitu. 

"Kamu tahu nggak, anduk (tuala) aku pun bisa hilang. Dulu Pak Yus mahu pintu dipasang konci tapi aku bilang ga' bisa bikin sembarangan, kerna itu rumah sewa, nanti dimarahin tuan rumah", aku kata gitu. 

Rupanya Ita sembunyikan balak dia kat basement, dan dialah yang kebas semua benda-benda tuh. "I told you, he (aku) doesn't eat bread", kata Will kat Yanti. Diaorang dapat tahu tu pun pasal the next day, Will intai Ita yang tengah tidur setilam dengan balak dia tuh.

Bengang jugak aku jadinya bila aku tahu yang diaorang mulanya ingatkan aku yang jadi maling (pencuri). Barang makanan aku hilang, susut, aku diamkan aje, tapi diaorang punya hilang, heboh ke sana ke sini. Tak tahu, anak sendiri yang jadi maling. Itu yang buat aku rasa macam nak pindah cari bilik sewa di tempat lain aje. 

Agaknya sebab malu, Ita tak balik ke rumah. Memang dia selalu tak balik ke rumah tapi kali tu, lama jugak. Sampai satu hari tuh, diaorang dapat panggilan talipun dari polis yang beritahu Ita ada di balai. 

Retak Menanti Blah Belah ?


Aku memang lama dah perasannya, orang lain pun yang baca blog aku pun mungkin ada yang perasan. Yang sejak kebelakangan ini, kat blog entries aku, aku selalu bayang-bayangkan yang aku nih macam nak berhenti kerja aje. Ada aje alasan aku. Aku saja jer cari alasan-alasan untuk berhenti kerja. 

Entries yang lepas-lepas gitulah bunyinya. Aku mengomel dalam seseminggu dua, tup-tup aku berhenti kerja. Sekarang nih gitu lah mood aku kan? Memang lah, dah dua bulan lebih aku kerja, mula lah terasa bosannya. Bila dah bosan tuh, fikiran pun melayang jauhlah. Nak buat itu ini, nak cuba kerja di tempat lain lah, kononnya. Itulah, aku nih mudah bosan orangnya. 

Tapi,dalam seseminggu dua yang lepas, memang hebat perasaan bosan/down aku tuh. Itu memang aku tak boleh lari, sampai terbawak-bawak ke dalam blog. Sampai aku terfikir yang dah sampai pattern blog/hidup aku yang macam sebelum ini. Macamana pun, aku cuba jugak nih untuk menganalisa, mengkaji, apa yang menyebabkan aku jadi macam ni nih. Macam main-main aje hidup aku ni kan? Dah elok kerja di sini, saja jer nak fikir untuk bertukar angin ke tempat lain. 

Itulah, aku, sebab banyak masa kat tempat kerja tuh, otak aku selalu berfikir jadinya. Berfikir buruk, berfikir baik. Semuanya lah. Bukan aje pasal nak cari kerja di tempat lain, aku jugak ada terfikir yang aku nak pindah duduk di tempat lain. Or even terfikir nak cari kerja di laundry somewhere di New York City. Itu ultimate lah tuh kot kalau duduk di New York City. Aku nak sangat merasa kerja dan tinggal di NYC. Rasanya dah sampai masa nya aku berhijrah ke sana, nanti dalam beberapa tahun akan datang, aku dah kena fikir pasal cara nak balik ke Malaysia pulak, kan? 

Minggu lepas kan, aku hampir terima satu kerja di center city Philadelphia. Kerja kedai. Sebagai cashier. Nasib baiklah masa tuh belum dapat gaji, kalau tidak tuh aku rasa sure aku dah blah. Masa tuh aku tengah serabut pasal Yanti sebenarnya. Untunglah aku berfikiran panjang so aku tak ikutkan sangat perasaan aku.

Sekarang ni kan, aku dah bosan sangat sebenarnya untuk pergi kerja. Nak melangkah kan kaki dari satu station ke satu train station tuh Tuhan aje lah yang tahu. Nasib baik, sampai kat tempat kerja, dalam sesejam pertama tuh, bosan aku akan hilang. Rasa seronok pulak sebenarnya. Apa tak nya,, sebab sekarang nih, aku dah boleh online for up to 3 hours. Aku siap bawak heater lagih masa online tuh, sebab nak dapatkan signal, aku kena buka pintu. Seseminggu dua nih sejuk sangat pulak tuh. Dapat online tu aje yang buat aku bersemangat nak kerja sebenarnya. Dan itu jugak sebab yang buat aku kena fikir banyak kali kalau nak berhenti kerja. Mana ada tempat lain yang aku boleh buat gitu, online di masa kerja. 12 jam kerja, kena betul-betul kerja. Kat sini, yang betul-betul kerjanya cuma tiga empat jam aje. Selebihnya duduk tengok tv, baca paper. Itu yang buat aku sayang nak tinggalkan kerja kedai laundry nih. Walaupun gajinya tak lah sebesar mana tapi so far, dalam berpuluh-puluh kerja yang dah aku buat, kerja di sini lah yang paling rileks dan menyenangkan aku. 

Bukan sangat pasal kerja, tapi keadaan kerja. Itu yang buat aku sayang sangat jugak nak tinggalkan tuh. Kalaulah aku ada legal papers, sure aku boleh cari bilik sewa yang dekat-dekat tempat kerja, dan akan sempurna lah hidup aku. (Tapi, kalau aku ada papers, buat apa pulak aku kerja kedai dobi, kan? Baik aku cari kerja yang bagus-bagus, kan?) Aku suka keadaan aku sekarang pasal tak ada siapa yang nak jentik telor aku, tak ada siapa yang aku menyampah. So, kalau dah seronok kerja, apa pasal aku ada fikir pasal nak berhenti kerja? 

Laaa, siapa pulak kata aku nak berhenti kerja nih? 

Tak ada lah, aku cuma fikir aje, cuma terlintas aje di kepala aku, macamana agaknya kalau aku berhenti kerja aje? Cari kerja tempat lain. Gitu, itu yang aku ada terfikir. Memanglah aku kan, dah elok-elok tuh, aku akan cuba untuk rosakkan, menidakelokkan keadaan.Itu apa yang aku fikir, dalam seseminggu dua yang lepas. Biasalah kan, aku tulis blog ikut mood, satu minggu mood happy, satu minggu mood bosan gila. Kebetulan minggu lepas tuh memang ada a few incidents yang buat aku rasa macam nak berhenti kerja aje. Ditambah dengan perasaan bosan yang sememangnya aku tak boleh lawan tuh. So bila dah rasa bosan, bila ada masalah lain, sekecik mana pun, aku akan jadikan itu sebagai alasan yang aku harus cari kerja lain.

Syok kan hidup aku? Tak boleh tercuit sikit, nak blah aje kerjanya. Tak payah fikir-fikir panjanglah, aku boleh buat decision on the spot, masa-masa tu jugak. Itulah kelebihannya hidup sebagai seorang Bangla nih, tak payah nak susahkan hati fikir jauh-jauh sangat. Fikir untuk esok lusa aje, itu pun dah mencukupi. 

Aku rasa lah kan, aku rasa, Mr Yan sekeluarga suka aku kerja di kedai dia tuh. Tak tahu lah kalau diaorang ingat aku macam kerbau yang boleh ditarik hidung, ikut aje apa yang diaorang suruh buat. Tapi, generally, diaorang suka dengan aku. Aku pun, sejak kerja, tak ada pun aku berusaha nak collect points  sebab tak ada sangat points yang boleh dicollect. Aku buat selamba aje. Diaorang datang lambat ker, aku tak kisah. Diaorang suruh aku masuk awal sikit ker kadang-kadang tuh, aku ok kan aje. Diaorang suruh aku siram bunga-bunga yang kat atas washing machines tuh every other day pun aku tak kisah. Diaorang suruh aku cuci kat bahagian dalam machines tu pun aku ok kan aje. Iyalah kan, diaorang kata ada customers komplen pasal kat bahagian dalam mesin tuh kotor. 

Tapi itu dulu. 

Sekarang nih, seseminggu dua nih at least, aku dah lain dah. 

Aku dah naik kepala dah. 

Aku dah berani melawan dah.  

Aku dah berani menjawab dah. Sindir-sindir lagi pulak tuh. 

Iyalah kan, dah dua bulan lebih aku kerja, kan?.............

Drama Swasta Indo

21012007


Aku selalu jugak terserempak di Yahoo, dengan kawan-kawan yang sekerja di KFC dulu. Terutamanya Heru sama Neno. Dengan Heru, selalu bincang pasal Armi, pasal gaji kitaorang yang masih dipegangnya. 

Ini chat-chat aku dengan Heru:

heru : gmn? 
Aku: gak ketemu, gak ada og
heru : d rmhnya kosong gitu?
Aku: gak ada yg buka pintu
heru : kpn ksana?
Aku: tadi
heru: jm brp?
Aku: pagi
heru : jm?
Aku: lupa,kenapa sih?
heru : ya kan bs hindari jam itu kalo jam segitu dia ga ada, jadi aku pilih jam lain, gitu...
heru : jadi alamatnya dimana?
heru : alamat!!
Aku: aku lupa, cuma aku tahu rumah pertama di morris street
heru : jadi aku harus ke rumahmu dulu dong, kalo mo ke sana?
Aku: kapan kamu mahu ke sini?
heru : aku blm dpt day off, klo ga senin ya selasa
Aku: khamis lebih bagus kerna hari lain tu aku mahu tidur,aku kerja malam
heru : ga bisa kelamaan, aku ga mau kerja sia sia ga dpt duit, capek melulu
Aku: hari lain selain khamis aku ga bisa.kerna aku kerja di sebelah malamnya
heru : tapi aku hrs kesana cepet2, klo ga kan aku kerja bakti dong!
heru : apalagi ntar dia keburu lari!
Aku: aku harus tidur kerna malam aku kerja.udahlah aku nyampei rumah jam 1 siang
heru : ya, nanti sy hubungi lagi ya?
Aku: hari khamis
heru : please
Aku: khamis aja aku bisa
heru : tau ga, aku mikir masalah itu terus..

Aku ada jumpa Heru masa dia turun ke Phila tapi sebab aku tak ada masa, aku hanya tunjuk jalan ke rumah Armi, Heru yang pergi sendiri. A few days later.....

heru : hoi (sebab tu aku selalu on invisible mode aje kalau dia online, sebab bahasa dia nih kurang sikit)
Aku: yo,aku lagi dalam kereta (train)
Aku: kamu gak kerja?
heru : mau kerja kan msk jm 12
Aku: gimana udah gajian?
heru : belum, baru saja aku telpon tmnnya armi tuk kasi tau no telp yg lain tapi dia ga bawa, tapi aku dikasi tau no telp jurgn gedek, tapi ku telp cuma msk voice message
heru : kok dlm train bisa internet?
Aku: sampei kapan kamu mahu begini?

A few days later.....

heru : hoi
Aku: yea
heru : tadi armi barusan telpon
Aku: trus?
heru : katanya mo kesini minggu mau kasih gajiku
Aku: tunggu aja lah 
heru : apa coba rahasianya?
heru : tapi kayaknya betulan kok
Aku: mudah2an
heru : soalnya aku udah kasih pengumuman di toko2 indonesia di phila
heru : jadi dia takut nama baiknya tercemar
Aku: gara2 itu mungkin?
heru : pasti, soalnya dia sendiri bilang suruh aku copot pengumuman itu
Aku: bilang sama dia, nanti aku mahu kasih pengumuman di toko2 indo juga
heru : tapi sekarang aku merasa kasihan, soalnya dia tadi udah bilang masalahnya yang ruwet sama jurgn gedek, katanya dibawa uangnya sama jurgn gedek
Aku: itu lakonan semata
heru : katanya udah dilaporkan ke polisi ama armi karena ada uang gabungan dr toko indo store juga sama armi sama benben sampai 8000 dolar
heru : jadi sekarang jurgn gedek mau mbayar utangnya ke armi, karena takut polisi itu tadi
Aku: koq sampei ribuan?
heru : iya utang jurgn gedek sama mereka itu sampai 8000 buat usahanya di ceri hill atau buat main kasino gak tau aku
Aku: dia kan masih ajen kerja cleaning di cherry hill? sampei bulan 3 nanti
heru : lho kamu tau to
heru : kok ga kasih tau aku?
Aku: tau, dia yg bilang,waktu aku ke rumah mereka dulu
heru : lho kamu tau rumah mereka, yg di morris itu bukan?
Aku: tau
Aku: cuma aku nggak tau nomor berapa,rumah yg pertama
heru : ok deh gitu aja, jadi ceritanya uang itu bukan dipegang armi (kata armi sih gitu) tapi gak tau yg sebenarnya. Ya moga aja datang beneran.
heru : ok gitu aja ya, ini neno mau minta disetelin film porno. Sampai disini dulu, doain bener2 dikasihkan OK? makasih......
Aku: ok deh,salam sama neno,koq kalian porno melulu 

A few days later......
heru : aku udah dikasih seminggu dulu
heru : seminggunya lagi jumat depat
Aku: hahahah, aku udah agak
heru : depan
heru : agak apa?
Aku: aku agak yg dia pasti kasik kamu cuma seminggu gajian
heru : lho kok tau
Aku: mau taruhan nggak? minggu depan akuu pasti ada aja alasannya
heru : aku tadi udah tanyain ke armi soal seminggu gajianmu, katanya akan ke rumahmu di snyder itu, dan dia bilang wkt mo ke rmhmu dulu yg kaubilang katanya dia kau suruh telpon dulu, trus katanya mo telpon dulu
Aku: ngomong aja armi tu. dasar bajingan
heru : tapi tadi bener2 kasih uang asli tuh seminggu gajian
heru : katanya yang bandit itu si jurgn gedek
Aku: syukur,mudah2an di kasik gajian kamu yang laennya
heru : katanya udah dilaporin ke polisi
heru : usaha jurgn gedek yg di ceri hill berupa anak buah orang konstruksi dipindahkan ke armi . dua2nya anjing.

A few days later.......

heru : kok udh intrnetan nih?
Aku: lagi dalam kereta (train)
heru : subway gitu? kok ada sinyal? dr mn?
Aku: bukan subway,trolley.di luar subway.kalo udah jalan nanti udah ga ada signal
heru : oo, aku baru tau ada trolley di philly, di mana?
Aku: banyak
heru : ok... aku ada crita, si Armi ga mau dtg ke sini utk nyairin cek gajiku yg msh 2 mgg di nenek
heru : ktnya dia udh diputus sama nenek
Aku: jadi, gaji kamu udah berapa minggu di tangannya armi?
heru : msh di armi 2 mgg lg, tapi di nenek jg 2 mgg
Aku: 4 minggu semuanya
heru : dulu udh di kasih 2mgg, ktnya udh semuanya, tapi kuitung2 lg msh tertinggal 2 mgg lg
heru: ya yg blm kebayar 4 mgg
Aku: habis kamu gimana?udah bilang sama nenek?
heru : katanya itu sdh hukumnya
heru : ke akupun jg ga mau, hrs ke agenku
Aku: oklah,train udah mahu jalan
heru : ok
Aku: lagi dua tiga menit
heru : Ivan bilang, kalo aku ga happy kerja di sini, bisa kerja tempat lain, tapi memang itu jlnnya (hukumnya), jadi hrs dikasihkan ke armi
Aku: oklah,udah mahu jalan nih

A few days later......

heru : mana webcamnya?
Aku: bukan di yahoo sih
heru : trus?
Aku: di stickam,temen2 aku lagi ngelihat. 
heru : eh kamu jam kerjanya masih tetep ga? ato gaji bulanannya masih ga? ato berkurang?
heru : stickam.com gitu?
Aku: iya.ga mao kasi situsnya ma kamu haha
heru : eh itu tadi pertanyaanku jawab dong
Aku: apa?
heru : jam kerja, gaji bulanan
heru : soalnya masuk winter kan, apa2 jadi sepi
Aku: apa? aku kagak terima message kamu
Aku: jam kerja,gaji bulanan? kerjaan apa?
heru : maksudnya: jam kerjanya dikurangi ga, trus efeknya gaji bulanannya kan jadi dikurangi juga, gitu ga?
heru : aku di sini jam kerja jadi 8 jm /hari, trus ada libur 1hari seminggu
Aku: kalo jam nya dikit, pasti gaji kamu dikit dong
heru : jadi seminggu cuma 48 jam
heru : tul
heru : kamu ga?
Aku: aku gaji bulanan
heru : tetep 2000 gitu?
Aku: iya sih
heru : wah enak dong

So sekarang ini Heru dah tak beragent kan Armi lagi. Dia dah join bebudak Indo yang lain tuh, beragentkan orang Vietnam. Armi sama Juragan Gedek, dengar ceritanya, daripada kawan seapartment dia yang aku kenal, entah ke mana hilangnya. Melarikan diri kot sebab dicari police. Kebanyakan yang tinggal di apartment itu pun semuanya dah pindah ke tempat lain sebab di situ dah macam tak aman, polis selalu datang. 

Udeh Ler Gue Lagi Bergadang!


14012007

Aku perhatikan, aku terasa, yang sejak seseminggu dua kebelakangan nih, aku semakin malas. Malas segala-galanya. Malas pergi kerja, malas masa kerja, malas masak, malas makan, malas tulis blog. Malas semuanya lah. Itu yang aku terpaksa buat post-mortem tuh, aku terpaksa kaji, apa yang buat aku jadi malas. 

--------------------------

"Aku udah bilang, cari kerja fabrik aja, kerja siang. Ini lihat, gara-gara kurang tidur, muka kamu udah kerepot", kata Yanti baru-baru nih. Masa tuh aku baru bangun tidur, tengah cari benda yang boleh dimakan, kat fridge. Aku tak perasan dia ada di dapur, ingatkan tak ada orang. 

Rupanya dah dua bulan dah aku kerja di kedai laundry Mr Yong nih. Dah dua bulan jugak aku tak tidur malam. Dulu ada orang kata "mata aku anih kelihatannya", sekarang nih orang kata aku dah kerepot. Sabar jer lah. Aku tak perasan semuanya tuh walaupun aku rasa kulit muka aku macam berat jer, macam menggelebeh gitu. Itu semua sebab kurang tidur lah tuh. Itu baru pasal muka. Badan pulak, aku rasa lembik aje, kadang tuh rasa macam nak melayang aje. Rasa macam tulang aku nih reput aje. 

Dalam sehari, aku spend 12 jam di tempat kerja, dari 11 malam sampai 11 pagi. Kadang-kadang tuh lebih, sebab selalu sangat Mr Yong datang lambat. Aku terpaksa tunggu dia sampai, barulah aku boleh balik. Perjalan pergi balik ke tempat kerja pun dah 3 jam kurang-kurangnya. So berapa jam ajelah aku ada di rumah kan? Masa itu lah nak masak, nak online, nak tidur. Nak tidur di waktu siang bukannya senang. So keseluruhannya adalah dalam 5 jam aku tidur, selebihnya tuh waktu untuk masak, online, dan buat benda-benda lain yang patut. Di tempat kerja memang aku ada peluang nak tidur barang sesejam. Tapi jarang sangat aku dapat tidur sejam penuh, akan ada aje lah orang yang tak boleh tengok aku nak rihat sikit. Ada yang nak beli detergent lah, nak hantar pakaian kotor lah, nak ambik pakaian yang dihantar cuci lah. Biaanya dalam pukul 4 pagi tuh aku cuba melelapkan mata kat kerusi. Rasanya baru sekali aku tidur nyenyak, dua jam lebih. Itupun sebab aku makan ubat tidur. 

Dan biasalah kan, dah dua bulan kerja, perasaan bosan dan malas tuh akan datang. Sampaikan aku ada terfikir yang aku rasa macam nak berhenti kerja aje. Itu bahaya tuh sebab selama dua bulan aku kerja, tak ada sekelumit pun aku cerita pasal masalah kat tempat kerja. Tak ada pun aku merungut pasal keadaan kerja. Macam selalu-selalu tuh. Kerja aku ok sangat, rileks aje. Dalam 12 jam tuh berapa jam aje yang aku betul-betul kerja? Selebihnya tuh macam jaga aje, macam tunggul aje. Dan yang buat kelasnya, aku kerja sorang-sorang, aku boleh berinternet pulak tuh (walaupun sekejap). Pendek kata, sesuai sangatlah kerja tuh dengan aku yang macam kera sumbang nih, yang tak boleh kerja dengan orang ramai, sebab ada aje yang tak kena nya, ada aje yang aku tak suka pasal seseorang. So bila aku dah ada terfikir yang macam nak cari kerja lain aje, aku jadi sedar dan harus kaji sedalam mungkin apa yang membuat aku termalas gini nih. Apa yang buat aku rasa macam dah hilang mood aje nih. 

Macam apa yang aku kata sebelum ini, kerja di kedai laundry nih ok aje. Cuma satu aje masalah yang buat aku tak tahannya. Dan masalah tuh besar pulak. Tempat kerja yang jauh dan aku kerja di waktu malam. Itu masalah paling besar. Dulu aku tahan-tahan kan aje, aku kuat-kuatkan semangat. Aku siap kata yang kat mana lagi aku nak cari kerja yang serileks sekarang ini? Memanglah. Tapi aku tak tahan lah lama-lama kalau begini keadaannya. 

Minggu lepas, aku macam biasalah kerja. Dari pukul 11 malam sampai pukul satu, aku memang tekun kerja sebab banyak benda yang nak dibersihkan. Selalunya aku bersemangat aje kerja masa tuh sebab aku kena siapkan cepat-cepat so that aku boleh online untuk sesejam. Bayangkanlah betapa hancurnya hati aku malam tuh bila aku cuba online macam biasa, tapi tak ada signal! Luluh rasa hati aku bila berkali-kali aku cuba tapi tetap tak dapat. Aku bawak ke sana-sini laptop aku, masih tak dapat jugak signal. Aku ingatkan sehari aje gitu. Malam besoknya masih tak dapat. Malam ketiga jugak masih tak dapat. Dan bila tak dapat signal, aku akan berusahalah untuk cari signal-signal di tempat lain. Itu yang aku tersibuk ke sana-sini, menatang laptop aku. Julur sana, julur sini, hulur sana, hulur sini. Tapi hampa. Itu yang langsung aku tak dapat nak tidur tuh. Dan bila tak dapat nak tidur (masa kat tempat kerja), rosaklah routine seharian aku.

Balik kerja aku jadi malas nak masak. Aku beli aje fish sama fries (biasanya) kat kedai Cina depan rumah tuh. Biasanya dalam seminggu, 3 kali aku masak. Tapi last week aku masak sekali aje. Selebihnya aku beli makanan kat luar. Bukan aku tak ada bahan-bahan untuk dimasak, tapi aku jadi malas gitu aje. Dan biasalah kan, termula malas sehari, melaratlah sampai beberapa hari. Baru aku macam sedar yang selama ini aku tak ada masa sangat sebenarnya. Nak masak, nak makan, nak online. 3 benda utama yang harus aku dahulukan sebelum aku tidur yang by that time dah pukul 2 setengah petang. 

Nasib baiklah aku nih orang yang gigih, aku berusaha jugak cari signal yang boleh dicuri, sebab aku tahu, kat belakang tempat kerja aku tuh ada kawasan perumahan. Sure ada orang yang guna router, yang tak encrypted. Alhamdulillah, dapat. Cuma masalahnya pulak, aku kena ke ceruk di belakang kedai tuh, aku kena bukak pintu, dan aku kena letak laptop aku di lantai. Gerakkan sikit aje, akan putus signal. Tak bukak pintu, signal tak dapat. Kalau hujan, tak dapatlah aku nak online sebab laptop tuh kena di hulur keluar sikit, kalau tak, tak dapat tangkap signal. 

Aku tak boleh imagine macamana life aku tanpa internet connection kalau masa snow turun nanti. Minggu ini gayanya akan sejuk for a few days. Nampak gayanya akan terkulat-kulatlah aku for a few nights nanti.

Dan lagi satu masalahnya, sebab aku terpaksa ke ceruk bangunan, bererti aku akan berada di luar radar kamera CCTV. Aku tak nak nanti Mr Yang ingatkan aku cuba-cuba bersembunyi, cuba-cuba lari dari dikamerakan. Sebab selama ini aku tahu yang pergerakan aku diperhati Mr Yang melalui kamera. 

Not only that, kat dalam train masa nak tunggu train bergerak, masa aku balik kerja, masa tu jugak tak ada signal. Biasanya dapatlah aku online dalam 20 minit gitu tapi sekarang moyok aje lah aku.

-----------------------------

Dah lah mengantuk, so bila susah nak berinternet, tak heranlah kalau semangat kerja aku pun jadi kurang. Tak dapat nak online, tak dapat tidur - aku nak makan orang aje lah kerjanya. Tak boleh ada customer yang tanya sikit aje, aku akan mulalah macam nak mengamuk aje. Nak marah aje. Aku akan perli-perli, sindir-sindir lagi. Tapi, tak boleh salahkan aku jugak, memang kalau dah kurang tidur, kurang makan, akan begitulah jadinya. 

Customers yang datang itu pun satu hal jugak, diaorang pun bengap jugak. Kadang tuh tanya aku benda yang pelik-pelik, yang sengaja buat aku jadi marah. Tak payah aku cerita lebih-lebih lah, kadang tuh diaorang nih, bila masukkan pakaian ke dalam washing machine, diaorang ingatkan terus aje lah machine tuh berputar. Bangang, kena lah ditekan mana-mana button yang sesuai. Tapi diaorang, gagak especially, panggil aku, komplen kononnya machine rosak. Kadang tuh ada yang taruk sabun banyak sangat, sampai melimpah-limpahlah air buih. Kenalah aku mop lantai. Dan kebanyakannya tuh, masa aku tengah berusaha keras untuk online, atau masa aku tengah cuba-cuba untuk tidur, masa itu lah diaorang cari aku. Memang jenis kurang asam sangat diaorang tuh. Jenis yang tak memikir masalah ummah. 

Kemudian pulak, ada yang tamak, yang nak guna semua machines tuh, macamlah dia sorang aje yang ada duit. Itu yang berebut-rebut memasing tuh, berebut carts, berebut washing machines, berebut dryers. Mengalahkan budak-budak lagih. Mungkin ada yang tak percaya kalau aku kata yang ada yang spend lima atau 6 jam untuk mencuci pakaian. Orang sini memang banyak pakaian (bukan macam aku yang ada setakat ada dua tiga helai sepinggang aje). Diaorang, baru aku terperasan, banyak pakaiannya. Sekali datang cuci pakaian, berguni-guni dibawaknya. Patutlah diaorang selalu pergi shopping rupanya. 

Aku terperasan ada this one guy tuh yang datang sekali seminggu, dia cuci kasut sampai 5 pasang setiap kali. Pakaian jangan ceritalah. Bergantang-gantang. Tapi dia tuh lain sikit gayanya, jalan terkedek-kedek macam itik. Sah lah bapok. Memanglah bapok banyak pakaian kan? 

Itu yang aku kadang tuh tanya jugak customer, apa pasal diaorang tak beli aje washing machine, lebih jimat, daripada terpaksa habiskan duit dua tiga puluh dollars seminggu. Jawapan diaorang lawak-lawak semuanya. Ada yang kata dia ada washing machine kat rumah tapi sebab sedari dulu hantar pakaian kat laundry, diaorang jadi terbiasa. Ada yang kata sebab yang pergi buat laundry tuh macam pergi bar. Ada yang kata sebab diaorang duduk rumah sewa, so tak economical kalau ada washing machine. Macam-macamlah jawapan diaorang. Itu yang buat aku bosan tuh. Tapi, kebanyakan nya kata yang lebih ekonomikal kalau hantar laundry, daripada ada washing machine sendiri sebab bill elektrik akan jadi tinggi.

Itu aku belum cerita yang jenis cerewet tak bertempat. Yang nak semuanya bersih sebelum diaorang guna machines tuh. Terpaksalah aku bersihkan dulu mana-mana yang patut. Ala,kadang tuh takat ada rambut sehelai dua, itupun nak bising-bising panggil aku. Macamlah tak reti nak bersihkan sendiri. Ada yang lebih teruk, yang suruh aku buat itu ini macamlah aku hamba sahaya dia. Disuruhnya aku belikan air kat vending machine, disuruh aku lap meja lepas diaorang makan minum (sementara tunggu pakaian kering). 

Kat Amerika nih ramai orang gemuk, kan? Yang gemuk tu lagi lah parahnya. Diaorang nak duduk aje kerjanya. Suruh aku yang push button itu ini. Lepas tuh suruh aku tukar channel tv. Pendek kata tak boleh nampak aku lepak, ada aje disuruhnya. Disuruh tukar channel lain kadang tuh. Coins jatuh suruh aku yang ambil. Nasib baik tak suruh aku kesat bontot diaorang, kalau diaorang berak tuh. 

Itu semua yang buat aku bosan sangat tuh (retetan dari tak dapat online, tak dapat nak tidur tadinya tuh). 

So itu yang semenjak dua menjak nih, aku rasa hidup macam kucar-kacir jer tuh. Serba serbi semuanya tak kena. Bila dah gitu, itu yang buat aku rasa macam nak berhenti kerja aje, nak cari kerja lain yang normal. Yang macam orang lain-lain jugaklah, kerja di sebelah siang. Kalau dulu aku buat selamba jer kalau Mr Yong suruh aku buat itu ini, sekarang aku rasa malas pulak. Kalau dia suruh aku buat something, aku dah mula nak menjawab. Kadang dia suruh (dia sekadar mengingatkan aku) aku buat something yang sememangnya aku buat setiap hari. Itu yang aku mencarut dalam hati tuh, aku bengang pasal macamlah selama ini aku tak buat apa yang dia cakapkan tuh. Lagi satu, sebab Mr Yong dengan bini dia punya English tak bagus, aku selalu jugak macam terasa hati. Macam kasar aje bunyi bahasa diaorang. Dah lah Cina. Ada satu ayat nih yang selalu diaorang guna, yang selalu buat aku sakit hati, buat aku terasa (sedangkan aku tahu diaorang tak bermaksud gitu), diaorang kalau ada apa-apa hal, selalu kata gini, "You got to thinking....." Use your thinking...." 

Tapi, aku rasa sayang pulak nak tinggalkan kerja nih. Serba salah jugak aku nih. Macamana pun, signal-signalnya dah nampak dah nih yang aku macam akan ada cerita jer nanti tuh. Tengoklah macamana nanti perkembangan selanjutnya. Itu belum aku cerita pasal keadaan kat rumah Yanti pulak tuh. Itu lagi satu masalah besar. 

Kalau Tidak Kerana Puan


Ituhari aku ada cerita yang dua minggu lepas aku ada jumpa KL, the first Malaysian yang di Philadelphia nih yang aku jumpa sejak berada di Amerika. Ok, that was two Thursdays ago. 

Hari Sabtu petang dua minggu lepas, KL ada talipun aku. Lega rasa hati aku bila tengok nombor talipun KL kat screen cellphone aku. At least dia ada nak contact aku sebab aku ingatkan itu yang kali pertama dan terakhir aku jumpa dia. 

"Eh, I dah talipun kawan I yang kat Embassy tuh. There's no problem kalau you nak balik. There are cases yang lebih teruk dari you. Ada yang langsung tak ada passport, tak ada apa-apa, diaorang dapat balik jugak", kata KL."You pergi aje lah ke Embassy", kata KL lagi. Itulah, aku kena ke Embassy jugak nanti. And they will send me home, kata aku dalam hati. 

"Thanks for the info KL, I'll do just that in two, three years", aku kata gitu. 

"Laaa....you kata you nak balik?", tanya KL. 

"Memang I nak balik but not now. I tak ada duit. I have to have some money kalau nak balik. I don't want to have to start from scratch all over again", aku kata gitu. 

"Tapi you kata you ada duit kat bank?", KL tanya lagi. Then aku ceritalah yang kisahnya dengan account aku tuh. 

"Itulah, I rasa I boleh make up for that lost time, that few years. I tak kisah jadi kuli orang kat sini, nobody knows me. But I have to have money kalau nak balik. Until then I akan jadi Bangla aje lah kat sini", aku kata gitu. "Macam nih...why don't we go for lunch one of these days? Nanti I ceritakan kat you what my plans are. Semuanya lah. I rasa I boleh buatlah, cari duit from here. And I don't care how long it takes", aku kata lagi. 

Dan KL setuju untuk pergi lunch kat Penang Restaurant. 

"And I promise yang I won't be crying this time around", aku kata gitu sambil gelak-gelak. 

"I understand. You had a very difficult life", kata KL. 

----------------------------

Dah dekat 11-30 aku terus ajelah ke Penang Restaurant, dan bila sampai tuh terus aku talipun KL nak beritahu dia yang aku nak order makanan dulu sementara tunggu dia datang pukul 12 nantinya. 

"It's too early lah, you makanlah snack ker apa-apa dulu", kata KL. 

"Tak apalah, I order dulu sambil tunggu you", aku kata gitu. 

"Kalau tidak pun, you order dulu, suruh diaorang hidangkan twelve o'clock nanti. My husband pun will be joing us", kata KL lagi. 

Oh tidakkkkkkkkkkkk!!!!!!! 

-----------------------------

So my lunch date dengan KL and her husband tuh went well. Orang lain tak payah tahu lah apa yang kitaorang ceritakan. As promised, I did not shed any tears walaupun towards the end tuh masa KL nasihat aku pasal "asal kapas, jadi benang", aku rasa kalaulah lama KL cakap, harus terkeluar airmata jugak akhirnya. Itu yang aku pandang siling aje tuh, sambil anguk-angukkan kepala. Sebab apa yang KL cakap tuh memang betul, memang masuk sangat kat kepala otak aku yang bengap nih. Keduanya, aku nak KL tahu yang aku bukan aje faham nasihat dia tuh, tapi aku appreciate her effort tuh. Itu yang aku mengangguk tak henti-henti, mengalahkan orang berzikir yang tengah naik sheikh lagi. 

Banyak sebenarnya benda yang aku nak tulis pasal my lunch date tuh tapi tak yah lah aku cerita, kan? Right from the moment yang aku tahu D, husband KL nak join sama. Kecut telur aku dibuatnya. Iyalah, dengan KL pun aku tak berapa kenal sangat, inikan pulak nak bersemuka dengan husband dia. Mat Salleh pulak tuh. Cara Mat Salleh fikir, memang lain dari cara kita Melayu nih fikir. Walaupun aku rasa, cara aku fikir tuh kadangnya macam cara Mat Salleh fikir. 

Yang buat aku paniknya bukan apa. Aku tak tahu samada KL ada cerita kat husband dia pasal aku atau tidak. Aku sure dia ada cerita, tapi setakat mana? Itu yang aku buat keputusan nak diam ajelah, tak nak cakap banyak sangat memula tuh, nak tengok sejauh mana dia tahu pasal aku. 

Bukan ker masa aku tunggu KL tuh aku lapar? Memang rude lah kalau aku makan sebelum KL sama husband dia datang kan? Kat sini, kalau tak salah aku, itu memang rude tuh. Tapi kalau kat Malaysia, itu tak pun rude kan? Selamba jer aku akan makan dulu sementara tunggu yang lain-lainnya datang. So aku suruh jugak waiter tuh bawakkan makanan aku, Nasi Goreng Ikan Masin. Aku keruk sikit-sikit, kat tepi-tepi, aku makan. Dapatlah tiga empat sudu aku makan. Then aku repair-repair balik tompokan nasik tuh, biar nampak macam belum disentuh. Mintak-mintak KL tak perasan. Nak buat macamana, aku lapar. Lagipun aku Melayu, tak akan hilang punyalah keburukan Melayu aku tuh.  

Pukul 12 sharp aku nampak KL datang. Dia sorang jer. Tak lama lepas dia duduk, terus dia bukak handbag dia, dia keluarkan sekeping kertas. "Sebelum I lupa, you ambik nih. You balik!", kata KL. "Ish KL nih", kata aku dalam hati.Aku tak bukak pun kertas tuh, terus aku masukkan dalam pocket.

So kitaorang sembang ajelah, pasal kisah-kisah Adik Syazwan, pasal internet, pasal apa lagi pun aku dah lupa. Makin lama aku makin rasa comfortable sembang dengan KL, aku siap tanya umur dia. Aku pun tercakap yang aku ingatkan dia mana-mana Datin, atau royal family. Kadang-kadang aku rasa macam aku bercakap dengan Marina Mahathir. Entahlah, ker aku nih kampung sangat, inferior sangat kot? Dia tuh orang biasa aje, aku jer yang pandang dia macam tinggi sangat. 

Tak lama tuh aku nampak sorang Mat Salleh ni masuk ke restoran, aku dah agak dah itulah D, suami KL. Tegur-tegur gitu ajelah, dah lama tuh baru aku tahu yang dia tahu sesikit pasal aku. Tak adalah details sangat. Aku, kalau dia tanya, aku jawab gitu-gitu aje, tapi kalau KL tanya, aku baru rasa macam comfortable nak jawab. Entah, mungkin sesama Melayu nih, senang sikit nak bercerita kot? 

Adalah a few awkward moments bila D tersalah tanya, ataupun kitaorang tersalah dengar. Ada sekali tuh sampaikan aku sampai kata, "Please...." bila D tanya, something yang sensitif jugak. Aku tengok KL pandang D, tenung D lama jer. Sampaikan aku jadi tergelak. Aku faham cara KL pandang tuh, walaupun dia tak kata apa tapi ada seribu makna. Itu yang buat aku gelak tuh. Tapi generally, D tuh very sporting, KL apa tah lagi. Seronok gila sembang dengan KL sebenarnya , dan yang buat aku respect sangat kat dia, walaupun dah lebih 20 tahun di Amerika, tapi Melayu dia tak ada cacat celanya langsung, Dia even tahu term "banyak cekadak' (bukan dia kata aku banyak cekadak), bila aku cerita yang kat Amerika ramai orang Indo, dan kebanyakan perempuan Indo, diaorang datang sini tujuan utamanya nak cari laki. Tak kira lah kalau kat negara sendiri dah ada laki. 

Dan punya lah ralit sembang sampaikan aku tak sedar waitress tuh kasik bill, walaupun aku ada terdengar yang dia tanya kitaorang samada dah siap makan atau belum. Nak melamakan masa, aku order cendol. Nasib baik aku ternampak D keluarkan duit, taruk atas meja, USD 40. Terus aku berdiri, aku rampas (itu bukan exaggeration tapi itu perkataan yang sesuai kot, rampas) bill tuh. Oklah, aku "rampas yang slow" bill tuh sambil taruk duit D atas meja, sambil aku kata, "No". Dengan muka serious. Dengan Mat Salleh nih senang, sekali kita cakap aje,diaorang faham. D terpaksa blah lebih awal so aku sembang lagi lah dengan KL. 

O, aku tak boleh lupa yang masa kitaorang nak blah, masa tengah jalan ke pintu, aku katalah kat KL, "I'm so happy to have met you". KL tak dengar kot, so aku ulang. (Kalau orang kata gitu kat aku, aku akan buat pura-pura tak dengar, so orang tuh akan ulang lagi kata sampai aku betul-betul dengar). Tapi KL betul-betul tak dengar sebab masa tuh bising, lagipun aku cakap perlahan jugak. "I rasa bersemangat aje lah lepas jumpa you nih, I don't know why tapi I rasa betul-betul bersemangat". Sedih jugak rasanya bila aku tengok KL senyum aje bila aku cakap gitu. Iyalah kan, apa lagi yang dia nak kata, kan? Then aku tercakap apa entah tapi perkataa-perkataan terakhir tuh " ....sebab you boleh tolong I". Apalah bangang sangat aku masa tuh. Terus KL kata, "I tak boleh tolong you."

Aku rasa nak terus aje kata "I didn't mean that lah KL", tapi masa tuh aku dah ke kiri, KL pun dah ke kanan. Tapi bila aku fikir yang kalau aku jadi KL pun aku akan spontan aje jawab the same thing. Harap-harap KL faham yang aku jumpa dia tuh bukan sebab aku nak mintak tolong. 

So dalam sepanjang masa balik ke rumah tuh aku dok fikir pasal aku. Tak betul ker tindakan aku selama ini? Tak betul ker plan aku selama ini, yang alang-alang aku jadi Bangla, might as well teruskan penbanglaan aku for a few more years. Mungkin tak salah, mungkin betul cara aku. Di mata aku lah. Mungkin di mata orang, itu semua bukanlah tindakan, bukanlah plan yang baik dan menguntungkan aku. KL pun ada cakap yang lebih baik susah di tempat sendiri. Aku tahu yang dia kesian dengan aku bila aku kata yang hidup sebagai orang gelap, memang tak ada apa pun. Nak itu ini, ke sana ke sini, semuanya susah. Aku kata yang jangankan nak ada health insurance, nak ke New York pun terpaksa naik bas Cina. (Dalam hati aku bermaksud lain pulak. Walaupun aku orang gelap, tapi aku dapat jugak ke New York) Pendek kata, semuanya nak kan proper ID, nak kan legal papers. Kalau tak ada semuanya tuh, tak payah cakap banyaklah. Memang banyaklah payahnya. Agaknya gerun KL dengar bila diaorang tanya aku pasal health insurance, dan aku sambil geleng kepala, aku kata , "Mati katak jer KL. Mati katak jer". Then aku kata lah yang dah bertahun aku tak drive, dah bertahun aku tak ada even ATM cards. Entah, aku tak ada lah sedih masa aku cakap semuanya tuh, ada sikit bangga pulak sebab walaupun tak ada semuanya tuh, aku happy aje. 

Aku rasa, itu pasal KL beria suruh aku berusaha cari jalan balik sebab dia kesian dengan cara hidup aku. Even D pun kata yang aku don't deserve this kind of life. Yang buat aku terasa macam nak jawab jer yang ada orang lain yang kata gitu kat aku. Tapi aku diamkan aje sebab rasa macam rude pulak. Aku tahu KL takut jadi apa-apa dengan aku, itu yang dia beberapa kali kata kat aku, "Don't push your luck". Aku tak ada apa sangat nak jawablah, cuma aku kata "I survived New York, so kalau apa-apa jadi kat I nanti, I terima aje lah". (Baca betul-betul tuh, aku kata "I survived New York", aku tak kata "I survived New York lah", yang ada unsur-unsur kebongkakan dan ketakburan. Cuma tak ada lah tuh, itu lebih kepada unsur-unsur keputus-asaan)

Aku ada cakap dengan KL yang dia baru dua kali jumpa aku, baru tahu kisah aku sesikit, sedangkan aku dah beberapa tahun mengalaminya, so it's only fair lah kalau ada aje benda yang terbuku di hati aku, macam berdendam gitu, hence keputusan aku untuk meneruskan perjuangan seorang Bangla aku. Yay Hidup Bangla! Sedangkan orang yang baca blog aku dari awal pun, yang tahu kisah aku dan diaorang cuba-cuba kasi pendapat pun, yang itu siap aku carut-carutkan lagi, kan? 

Macamana pun, aku puas hati sesangat dapat berjumpa KL, dapat tahu pasal Malaysian Community di sekitaran sini. KL even suruh aku jadi cook untuk gathering Raya tahun depan bila dia tanya aku samada aku pandai masak ker tidak dan aku termengaku kata aku pandai masak. Sabar jer lah aku nih, aku kerja restoan Cina dulu tuh, doesn't mean aku pandai masak. Dan aku akan sentiasa ingat yang semuanya ini berpunca dari that boy, Syazwan.