Wednesday, September 26, 2012

Running On Empty


Monday, hari terakhir aku kerja. Rasa tak sedap hati aje pagi tuh sebab aku tahu Richard ada balik dari Texas. Ituhari masa dia talipun, dia kata dia akan balik dalam beberapa minggu lagi. Aku memang lemah sikit kalau dengan Richard nih pasal dia nih baik sangat, tengok muka dia pun aku dah kesian. Dia yang mula-mula jemput aku masa aku sampai kat Greyhound Station kat Hagerstown nih dulu.

Macamana pun aku selamba aje lah pergi kerja, aku sama Hector aje yang handle di bahagian depan (Nadi off). Pak Tua sama SiTalu kerja di bahagian belakang, di dapur (Subardi ke New York jemput "adik" dia). Walaupun aku banyak bersembang aje, walaupun aku banyak bergurau aje dengan Hector, tapi kadang tuh rasa sayu jer bila mengenangkan yang aku akan blah dari situ in a few hours. 

Tak aku sangka pulak dalam seseminggu dua nih banyak betul aku bercakap pasal life, pasal my outlook on life, pasal benda-benda gitu tuh. Ini semua Hector punya pasal lah, selalu sangat sembang dengan aku pasal life. Tapi kan, the more aku sembang dengan dia, the more aku rasa yang I've just let them down. All of them. Dan aku mula memblame diri aku sendiri. For being me. For being too complicated for them to understand. Kadang-kadang aku berfikir jugak, what's so complicated? I want to leave, I have my own reasons to leave, apa yang complicated sangat nya tuh?

Tapi itulah, dalam sembang-sembang tuh, dalam gurau-gurau tuh, kadang-kadang kitaorang tersenyap. Aku tak tahu apa yang Hector fikir dan dia pun tak tahu apa yang aku fikir. Aku sebenarnya tak adalah fikir apa-apa sangat, aku nak ikutkan kata hati aku nanti. Malaslah nak fikir apa aku nak buat, fikir benda-benda gitu tuh. Aku nak berhenti dalam beberapa jam, that's all I know. 

Dan dalam sesehari dua tuh macam ada orang tahu jer yang aku nak blah. A few repeat customers, orang yang biasa datang makan once or twice a month, ramai pulak yang datang. "You're always here, man. Always here to serve me", kata this lorry driver yang selalu singgah makan kalau dia kebetulan ada dekat-dekat area tuh. 

"Fret no more Sir, today's my last day", aku kata gitu. 

Semalamnya tuh ada Malay couple yang aku tegur beberapa bulan lepas tuh, datang makan. Terkejut aku dibuatnya sebab the day before aku ada teringat nak call diaorang, saja nak tanya khabar. Tengok-tengok, diaorang datang. So aku beritahu perempuan tuh (suami dia tak datang pun tegur aku) yang aku nak berhenti, tak tahu apa pasal aku rasa macam nak confide in her jer. Baya-baya aku jer rasanya diaorang tuh. Sempatlah aku kasi nombor talipun aku.

Kat mall tempat aku kerja tuh aku adalah kenal a few workers yang jadi cleaners, aku sempat beritahu satu orang tukang sapu yang baik dengan aku tuh yang aku nak berhenti. Perempuan Colombia. Dia nih lama dah mengidam nak kan cincin berangkai 3 yang aku pakai tuh. Selama ini memang ramai jugak orang tanya aku kat mana aku beli cincin tuh. I remember this one girl yang waktu aku tengah sibuk layan orang makan, dia tanya aku, "Sir, can I ask you a question? Where did you get that ring on your finger? My boyfriend broke his and I can't figure it out where to get one", kata dia. "In New York City", aku kata gitu. "Dang! They have everything there", kata that girl. 

Sebab aku fikir yang in a few days aku akan ke NYC, aku kasi ajelah cincin aku kat perempuan tukang sapu tuh. Memang dia pun selalu sembang-sembang, gurau-gurau dengan aku, dah jadi macam kawan gitu. Cincin tuh sebenarnya aku beli kat Chinatown, next time aku ke sana aku akan beli a few, senang nak kasi orang kalau ada orang tanya nanti sebab cincin tuh walaupun murah, tapi nampak unik. Sesuai dipakai oleh orang yang unik macam aku. 

Punyalah payah nak menanggalkan cincin di jari aku tuh, iyalah, dah bertahun aku pakai cincin tuh. Perempuan tukang cuci tuh siap kasi aku sabun pencuci lagih, suruh aku sapu kat jari. Mulanya aku nak suruh dia aje sapukan cairan sabun tuh, lepas tuh kulum dan lurutkan cincin di jari aku tapi takut pulak diketawakan orang pasal buat "indecent act" kat public.

Sorang lagi tukang sapu nih, local white, baru jugak kerja di situ. Dulu Nadi selalu kata kat aku, "Dia tuh naksir kamu kelihatannya, sering senyum sama kamu, sering mahu bercanda sama kamu". Aku layan-layan gitu ajelah, malas aku layan lebih-lebih. Bukannya senang nak melayan orang bermentaliti gitu. "What's that on your face?", aku tanya perempuan tuh bila dia berhenti menyapu, senyum kat aku. "Glitter", dia jawab gitu. "Why, you don't like it?", dia kata lagi. Terserba salah aku nak jawab. "That has a very deep meaning", Hector berbisik kat aku. Lama tuh baru aku kata aku dah nak berhenti kerja. "Why, you don't like me?", dia tanya aku. Mati kutu aku nak cari idea nak jawab so aku gelak ajelah.

Dalam ramai-ramai tuh, Angela aje yang masih tak percaya yang aku betul-betul dah nak berhenti kerja. Dia tetap ingat aku main-main. Dia tanya Hector, bila Hector jawab, dia tak percaya. Tiap hari dia datang dia tanya Nadi tapi ituhari Nadi kata aku punya last day Jumaat lepas, itu yang dia macam tak percaya tuh. Aku pun tak lah gaya macam serious sangat pulak sebab aku dah cakap sekali dua dan dia tak percaya. So aku pergi ke dapur aje lah masa Angela sembang dengan Hector, aku tengok melalui cctv jer. 

Dah tengahari baru aku nampak Richard datang, masa tuh aku tengah rancak sembang dengan Hector. Dari jauh lagi dia dah kasi signal dengan aku, pura-pura marah. Tapi dia gelak. Bila masuk restoran, biasalah, terus dia buat aksi kuda konkek dia tuh, peluk aku dari belakang. Aku gelak-gelak aje lah, aku tengok Hector sama Pak Tua terus ke tepi, diam aje. Yang gelak kuatnya, perempuan tukang sapu orang Colombia tuh. Aku tak rasa malu pun sebab ramai orang di sekeliling, lagipun masa tuh aku tengah fikir apa jawapan yang aku nak kasi kat Richard kalau dia pujuk aku suruh tetap kerja di situ. 

Tak payah aku tulislah apa yang dia cakap, tapi macam-macamlah dia cakap, dia pujuk aku. Aku diam aje, aku senyum. "I'm sorry but I'm leaving", aku kata gitu jer. "Go for a break and come back when you are ready. Next week, next month, 2 months from now, anytime. Give us a call. I'll take you to Florida. Or Texas", dia kata gitu. Sebelum dia blah ke New York sama Pak Tua, sempatlah aku mintak maaf dan cakap terima kasih kat dia. "I'll see you in 2 weeks or I'll send a search party", dia kata gitu sambil tumbuk bahu kanan aku. 

So bila diaorang dah blah, tinggal aku sama Hector berdua balik. Sembang lagi lah kerjanya, kebetulan orang yang datang makan pun tak ramai sebab tornado boleh tahan kuatnya. Bila Hector tetap suruh aku terus kerja (sedangkan orang baru dah on the way) dan dia kata aku buat susah dia aje, then aku beritahulah dia sesikit sebab-sebab aku nak berhenti. Pasal Subardi. Pasal aku bosan. Terkejut dia mendengarnya, dia tak percaya mulanya sebab dia kata kitaorang nampak macam tak ada masalah pun, biasa aje, selalu buat lawak, gelak-gelak, sembang-sembang. "I'm a good actor", aku kata gitu. 

Memanglah aku tak gaduh dengan Subardi tapi aku tak suka dia, aku rasa tak aman sejak dia datang ke situ tuh. Aku ambil jalan keluar, berhenti. That way, aku tak payah fikir pasal dia dah, aku pun banyak nak fikir benda lain lagih. Hector gelak kat aku, dia kata dia boleh arrange supaya aku tak sebilik dengan Subardi. Aku gelakkan ajelah cadangan dia tuh sebab that won't solve the problem. Gitu pulak dia fikir. Aku beritahu dia yang dengan aku nih, kalau aku tak suka seseorang tuh, aku akan blah. Aku akan blah gitu aje. Yang aku kasi diaorang 2 minggu notice tuh pasal aku kesian dengan diaorang,lagipun Nadi ada hutang duit dengan aku. 

"But you are not solving the problems, you are running away from reality. That's life", dia kata gitu. "That's ok, I'll keep on running", bosan akhirnya aku nak berfalsafah-falsafah pasal hidup. So aku ceritalah kat dia sesikit pasal Subardi, macamana pun aku beritahu dia tuh bukanlah sebab aku ada dendam dengan Subardi. Bukan jugak sebab aku dah nak blah, so aku cuba nak laga-laga kan orang, tapi itu untuk kebaikan diaorang jugak. "Because you are my friend", aku kata gitu. 

Terus dia pegang bahu aku, then dia letak tangan dia kat bahu aku, sambil tepuk-tepuk bahu, dia kata,"Thank You for being my friend". 

When Hope Floats


"How many sisters does he have?", Hector tanya aku bila Subardi kata "adik" dia yang dari Boston tak jadi datang kerja, instead "adik" dia yang dari Philadelphia yang akan datang. 

"A few", aku kata gitu, aku tak pandang pun muka Hector. "Suddenly he has so many sisters", aku kata gitu. Aku sure yang Subardi tak tahu makna "suddenly" sebab memang aku tak nak dia faham. 

"Which one then? The one in Boston?", tanya SiKontol.

"No but the one in Philadelphia, his youngest sister", aku kata gitu. Then aku translate kat Subardi apa yang aku cakap kat hector. "Loh, jangan bilang adik bungsu sih, umurnya udah 37, masa adik bungsu", kata Subardi kat aku. 

"Sorry, not his youngest sister but the one right after him", aku kata gitu kat Hector. 

Bila Subardi ke dapur, Hector terus berbisik kat aku. "You think I'm stupid? You think I didn't know?", dia cakap perlahan sebab tak nak kasi suara kitaorang didengar (kat depan tuh ada banyak cctv). 

"What?", aku buat pura-pura tak tahu. 

"See, I have no choice, under normal circumtances I'll not let this (to) happen but I have no choice", kata Hector. Mulanya aku fikir tak nak cakap apa-apa pun pasal Subardi, aku tak nak pun kasi hints yang aku tak suka dia. Iyalah, aku tak nak lah Hector fikir yang mentang-mentang aku dah nak blah, aku nak memburukkan nama orang pulak. Nak melaga-lagakan orang. Tapi bila aku fikir balik, ada baiknya kalau aku beritahu dia apa yang dia tak tahu. Untuk kebaikan dia jugak. Walaupun aku tak ceritakan pasal aku dengan Subardi tapi aku kata Hector kena jaga Nadi betul-betul sebab kalau Nadi tak suka nanti, dia akan blah macam aku jugak. Aku warn Hector, jangan sekali-kali suruh Nadi duduk sebilik dengan Subardi sebab Nadi memang tak nak. Dia akan berhenti kerja kalau disuruh pindah sebilik nanti (so that bilik Nadi tuh dikasi kat awek Indo tuh). 

Hector tanya aku bila agak-agaknya Nadi nak berhenti, aku beritahulah yang kalau mengikut Nadi punya plan, dia nak kerja di sini setahun aje lagi lepas tuh dia nak pindah kerja, nak jadi waiter dalam sesetahun sebelum balik ke Indo mid 2008. 

Aku macam tak percaya jer yang ada awek sanggup nak duduk sebilik dengan Subardi, awek tuh tak kenal pun dia. Diaorang terpaksa mengaku adik abang sebab takut tak dikasi duduk sebilik. Entah apalah yang Subardi kelentong awek sorang tuh sampai dia boleh terpecaya. Aku taklah pelik sangat dengan orang Indo nih, diaorang kalau benda-benda gitu tuh memang biasa jer. 

Dua tiga hari lepas Subardi buat kejutan lagi, dia kata awek tu tak jadi datang nampak gayanya sebab Subardi cuba talipun dia tapi tak dapat. One whole day phone dia off aje. So terpaksa lah aku beritahu Hector berita terbaru tuh. "What kind of sister is that?", aku tanya dia sambil gelak-gelak. Hector asyik urut-urut belakang aku, suruh aku terus kerja, at least sampai Easter Sunday 16 haribulan nanti. Meluat dah aku mendengarnya tapi bila aku tengok Pak Tua, Hector, semuanya macam menunggu jawapan aku, teruslah aku suruh diaorang cari orang baru aje. Pak Tua then talipun MakCik Jenny di New York City, suruh pasang iklan. Tak sempat habis Pak Tua bercakap dengan MakCik Jenny, terus Subardi kata dia dah dapat contact adik dia. 

Dan dia kena ke New York sebab nak jemput adik dia tuh. Sebenarnya dia nak ke sana sebab nak kenal-kenal dulu dengan awek tuh, dia kenal pun melalui talipun jer. Serba salah jadinya Hector sebab aku dah kata Ahad aku punya last day. Pak Tua nak ke New York Monday morning. Dan Nadi dah tak sedap hati bila Hector kata yang dia mungkin tak ada off sebab kalau orang baru, awek tuh masuk kerja nanti, sure dia akan kekok, sure lambat kerjanya. Entah-entah yang tak boleh buat kerja langsung. So aku beritahu Hector yang aku boleh kerja hari Isnin so that Nadi boleh off sebab Subardi nak ke New York. Baiknya aku kan? Terus Hector peluk aku dari belakang, "Thank You Sir, Thank You Sir", dia kata gituh. Aku tunjukkan dia middle finger jer, lepas tuh kitaorang semuanya gelak-gelak aje lah. 

So, Isnin aku kerja for the very last time lah kot, aku mungkin blah Tuesday morning. Malam tuh aku terpaksa tidur sebilik dengan SiTalu (bilik dia punyalah busuknya) sebab Subardi akan sampai dari New York City dalam jam 12-30 tengah malam, sama adik dia. Harap-harap semuanya berjalan lancar lah, harap-harap tak ada masalah lain lah. Bosan jugak aku menulis entries blah memblah nih, tapi tak terblah-blah pun lagi kan?

----------------------

Balik kerja tadi aku sempat lepak kat bilik sekejap. Tengah nak sembahyang, tiba-tiba aku terdengar suara Richard. 

Shit! 

SiTogak baru balik dari Texas! 

Fark! ......

And I Guess It Doesn't Matter Anymore


Aku memang lemah kalau dengan Richard nih, aku mudah kesian. Tapi nasib baik bercakap on the phone aje so aku tak adalah gelabah sangat. Dia tanya aku apa pasal aku nak berhenti. Dia tanya aku, mana perginya janji-janji aku yang nak stay lama kerja di situ. Jokingly, aku katalah, "Your brother, he doesn't know how to take care of us", aku cakap kuat-kuat sambil gelak-gelak lagi. Sajalah nak kasi Hector dengar, walaupun dia tahu akau melawak jer. 

"Can't you wait for me? I'll be back in a a few weeks", kata SiTogak.

"No, April 2nd is my last day here", aku jawab. Banyaklah benda-benda lain lagi yang dia beritahu aku, yang bini dia pregnant (bini dia masih di Florida) bila aku kata bini dia boleh kerja ganti aku. 

"I didn't know that", terkejut jugak aku mendengarnya. Iyalah, Richard kan ker jarang jumpa bini dia, dia di Texas memanjang, bini dia sekarang masih di Florida. Sempat jugaklah aku mencongak-congak, masa bila agaknya diaorang buat projek tuh, mungkin masa diaorang di sini dulu tuh, masa-masa cuti Thanksgiving up to Christmas dulu tuh. 

Richard kata dia tak marah aku nak berhenti tapi dia terkilan sebab dia tak ada di sini. Banyaklah benda lain dia cakap, tapi aku tahu semuanya tuh ke arah biar aku batalkan niat aku nak berhenti kerja. Dia kata yang kalau aku dah habis cuti nanti (dia assume aku nak bercuti for a few weeks, dia kata dia tak anggap pun aku berhenti kerja for good) aku boleh kerja di mana-mana restoran diaorang, di Panama City, Florida, di Houston, Texas, kalau aku dah tak nak kerja di restoran yang di West Virginia dan di Maryland. 

Aku diam kan ajelah, aku tak kata apa. Tak nak lah aku janji apa-apa, walaupun dalam hati aku kata yang aku, biasanya, kalau aku dah keluar dari sesuatu tempat, aku memang dah tak balik semula dah. Aku pun tak ada niat nak balik kerja semula kat sini, atau kat mana-mana restoran diaorang. Sebab malas melayan dia bercakap (takut nanti aku terkesian kat dia) aku tipu kata yang ada customers datang so aku kena layan diaorang. So I hang up the phone.

Hector memang keras hati jugak orangnya. Memanglah aku tak expect dia akan menyembah kat aku suruh terus kerja tapi tiap kali kitaorang sembang, pasti dia akan selitkan jugak a few words yang buat aku rasa guilty sesangat nak berhenti. Yang buat aku macam kesian sangat dengan diaorang. Words yang buat aku macam takut, macam tak konfiden jer nak cari kerja lain nanti. 

Bermacamlah dia puji aku, bermacamlah dia cakap benda-benda yang baik pasal aku tapi aku pun buat tak faham jer. Aku tahu dia nak pancing aku. Cuma dia tak tahu yang aku memang dah tak boleh dipancing. Aku nak berenang ke laut dalam. Aku terfikir yang selama ini, sejak Hector tahu yang aku nak berhenti, aku dah jadi semakin baik dengan dia. Kalau dulu, one of the reasons apa pasal aku nak berhenti kerja, sebab aku rasa aku nih high-maintenance punya orang, diaorang kena selalu jaga hati aku sebab aku selalu sangat terasa hati. Sampaikan aku kata yang lebih baik aku blah aje dari sini sebab aku tak nak diaorang fikir lebih-lebih sangat pasal aku. Typical aku lah kan, bila dah baik sangat dengan orang dan bila ada jer benda yang tak kena nya, poof aku pergi.

So sekarang reason tuh macam dah tak relevan lagi. Walaupun aku berhenti kerja, Hector will always be someone special, kawan baik aku. Richard pun sama. I learn' a lot from him, and I'm sorry to disappoint him this way. Aku janji, kalau umur panjang, aku akan datang ke tempat diaorang nanti, aku even janji dengan Nadi yang kalau aku datang nanti, aku nak kasi tips sampai 50 dollars. 

Dan terfikir jugak aku. Katalah, katalah aku tak beritahu Nadi yang aku nak berhenti kerja (waktu Hector marah aku dulu tuh), dan katalah, katalah aku tak tulis kat blog, aku tak tulis kat tagboard pasal niat aku nak berhenti kerja dulu tuh, harus aku batalkan niat aku. Harus aku tetap kerja di sini. 


Periuk Belanga Terbang Melayan-Layang


31032006

Aku talipun Regina, perempuan Indo yang aku tumpang tidur di rumah dia masa aku turun Phialdelphia dulu tuh. Tak dapat, line talipun dah diputuskan. Entah-entah dia dah balik Indo. Resah jugak memikirkan yang aku tak ada tempat untuk dituju, what with barang-barang aku yang banyak. She was my safe bet sebenarnya tapi nampak gayanya aku kena ikhtiarkan yang lain lah. 

Aku talipun Yanti. Tinggalkan mesej, tak ada yang jawab panggilan. Takkan aku nak menalipun Nani Pastel, aku dah janji tak nak berurusan dengan dia dah. Esoknya aku cuba-cuba talipun cellphone Yanti, nasib baik dia jawab. Bila dia tahu yang aku nak berhenti dan nak balik ke Phialdelphia, terus dia ajak duduk di rumah dia. Dia masih ada berhutang dengan aku kan, remember?Dia ada spare room. "Cuma nggak ada ranjang sih, kamu perlu beli", kata dia. She's doing good now (kalau dengar cerita dialah), kerja 4 hari seminggu dan selebihnya pergi kelas kecantikan sebab dia dapat grant dari government sebanyak USD 10,000 untuk biayai study dia tuh. Aku rasa dia nih akan tercapai cita-cita untuk buka salon suatu masa nanti. 

Aku setuju ajelah nak tinggal di rumah dia untuk sementara waktu, aku dah tak nak fikir masalah lain dulu lah. Nanti kalau banyak sangat fikir, tak jadi apa. So, masalah tempat tinggal aku dah dapat selesaikan. 

Malamnya aku talipun Bayou di Indo. Dia memanglah tak percaya yang aku nak berhenti. Bila Nadii yang beritahu dia yang memang betul aku nak berhenti, yang aku dah pun kasi tahu semua orang, dia masih tak percaya. Dia tetap ingat yang aku akan bercuti selama beberapa minggu, then datang balik kerja di restoran Pak Tua tuh. Dia ingat aku suka sangat kerja di situ, dia ingat Pak Tua sekeluarga suka sangat dengan aku. Aku beritahu dia yang aku dah tak suka kerja di situ. "I do kiss his ass once in a while", aku kata gitu bila Bayou tanya macamana aku boleh baik sangat dengan Hector.

Hari Selasa aku off. Tak pergi mana-mana pun sebab aku nak kemas barang. Tak ada lah banyak barang aku yang nak dikemaskan sampai one whole day tak keluar, tapi kalau dah bangun pun pukul 11, ada pulak signal untuk aku online, tak jadi kerja lain lah aku. Aku keluar pun cuma untuk pergi makan kat Italian Restaurant di luar sana tuh. Makan Maryland Crab Soup lagi. Makan kat situ satu, tapau satu. 

Tak sangka pulak banyak jugak barang aku, dari sekecil-kecil benda, semuanya aku masukkan ke dalam beg aku. Kalau biasanya aku akan buang atau tinggalkan aje, tapi kali ini aku cuba sumbatkan ke dalam 3 beg aku. Satu beg penuh dengan alat-alat laptop aku, printer, kabel itu ini, kamera, webcam, adapter segala macam, semuanya benda-benda yang bersangkutan dengan laptop aku. Beg besar tuh aku keluarkan isinya, aku buang semua tshirts Fruits Of The Looms aku. Jeans yang dah rabak di lutut dan bontot pun aku buang. Aku masukkan baju-baju baru aku. 

Tak sangka pulak yang waktu aku shopping sakan masa cuti Thanksgiving dulu tuh, punyalah banyaknya. Aku bilang ada 23 helai semuanya. Yang aku dah pakai selama ini pun hanyalah 3 helai. Yang lain tuh masih dalam plastic bags lagi. Tak tahulah bila aku boleh pakai semuanya baju-baju tuh. Terkilan jugak aku sebab jacket Nike yang mahal tuh (yang aku terbeli saiz besar dulu tuh) terpaksa aku tinggalkan sebab tak muat beg. Aku nak kasi kat Nadi jacket tuh, itu ajelah peninggalan aku kat dia. 

Kat Subardi nanti aku tinggalkan ajelah tv aku, dan sejadah. Aku lupakan niat aku nak rosakkan tv tuh. Sebab Subardi tahu nombor talipun aku, nanti sure dia akan talipun aku, maki-maki aku, kalau aku rosakkan tv tuh. Ituhari Nadi ada beritahu aku yang Subardi ada beritahu dia yang dia kata Nadi tak payah bayarlah hutang aku, instead Subardi akan pinjamkan dia the whole amount yang Nadi pinjam dari aku. Untuk dibayar kat aku sebelum aku blah. That way, aku akan rasa terhutang budi sesangat dengan Subardi pasal pinjamkan Nadi duit. Dan untuk balas jasa baik dia tuh, aku akan tinggalkan tv aku. Dia takut aku kasi tv tuh kat orang lain, kat SiKontol for example. Walaupun sekiranya tv tuh aku kasi kat Hector, tv tuh akan tetap di bilik itu, cuma mungkin Subardi plan yang kalau bila-bila dia berhenti nanti, tv tuh akan dibawak sekali. Orang Indo kalau diaorang pindah, segala harta diaorang akan dibawak sama. 

Infact Subardi ada beritahu aku yang dia suruh aku cakap kat Hector yang aku jualkan dia tv tuh. Tak ker kurang asam namanya tuh? Aku iya kan ajelah tapi dalam hati aku dah plan nak sound aje kat Hector yang Subardi suruh cakap gitu. Dan aku nak kasi tv tuh kat Hector. Busuknya hati aku nih.

Aku ada terfikir yang kalau aku jadi Nadi, aku akan berusaha untuk dapatkan duit so that boleh bayar hutang. Tapi aku tengok Nadi selamba jer, aku yang berikhtiar sendiri (mintak Subardi pinjamkan Nadi). Kalau aku jadi Nadi, mungkin aku akan mintak gaji advance dari Hector, atau pinjam dari Subardi, atau lain-lain cara. Nadi cuma kata yang dia akan bayar hutang aku, walaupun di mana aku berada nanti. Dia akan kirim duit, Money Order ker, Western Union ker. Bukanlah aku tak percaya dia tapi aku dulu kan ker pernah duit gaji di bawak lari dek orang Indo yang satu kerja? Masa kat Elizabeth, New Jersey dulu tuh. 

Dan aku pun takut jugak Nadi terasa hati takut aku salahkan dia walaupun aku ada rasa kecik hati sebab dia tak berusaha pun. Itu pasal aku beritahu dia janganlah rasa apa-apa pulak sebab semuanya ini memang tak dijangka. So, cari jalan penyelesaian aje lah supaya aku dapat duit sebelum aku blah. So the lah very baik nya aku kan, dalam keadaan begitu pun masih fikir pasal jaga hati orang. Kan? 

Selama aku kerja di sini tak pernah aku tengok Hector tensen yang teramat. Not until last Wesdnesday. Hari tuh aku sama Hector aje yang kerja di bahagian depan sebab Nadi off. Di bahagian dapur, Subardi sama SiTalu, sebab Pak Tua di New York City since Sunday lepas. 

Biasanya kalau aku dengan Hector aje yang kerja, kitaorang banyak sembang benda-benda serious, jarang sangat bergurau-gurau, buat lawak etc. So pagi tuh kitaorang sembang ajelah, mostly pasal aku nak berhenti kerja tuh. Walaupun dia tak ada pujuk aku ker apa ker tapi dia cakap yang anytime aku nak balik kerja, dia akan terima. After a month, dua tiga bulan, bila-bila aje lah aku rasa nak balik semula ke tempat diaorang, dia akan ambik aku balik.

Walaupun aku rasa macam kesian jer mendengarnya tapi aku diam kan ajelah, aku tak tunjukkan reaksi apa-apa, aku tak even cakap terima kasih pun. Aku tak kata apa pun. Sebab dah tersemat di hati aku yang come what may 2 haribulan April nanti last day aku. Cuma aku rasa macam bersalah jer bila Hector pegang-pegang bahu aku, dia kata "You are leaving me at a very bad time". "Think about it", dia kata lagi. Tak faham aku. Apa susahnya, cari orang baru, habis cerita. 

Tengah seronok-seronok kitaorang sembang, aku dengar SiTalu cakap kuat aje, dalam Bahasa Cina (itu ajelah bahasa yang dia tahu). Menengking gituh. Then aku dengar Subardi kata, "Sorry". Hector terus ke dapur, lama tuh dia ke depan balik tapi dia asyik dok jeling-jeling ke bahagian dapur aje. So kitaorang sembang balik semula. 

Then datang 2 orang Spanish-looking, very well-dressed mamats, gayanya diaorang nak order makanan. Tapi sebelum order, diaorang nak cuba rasa dulu almost semua jenis masakan. Memang biasalah di restoran Cina, orang yang datang makan akan mintak rasa sample dulu. Memang kitaorang pun disuruh kasi sample makanan pada orang, macam kasi umpan gituh. Cuma masalahnya, diaorang nih, kalau dah kasi satu sample, diaorang nak menyample yang lain-lain jugak. Semuanya. Itu yang buat payahnya. 

So these 2 guys mintak dua samples kat aku. Aku kasi. Mintak yang lain, aku buat pura-pura tak dengar, aku terus sendukkan nasi, dan lauk yang dia nak. Then sorang tuh mintak nak cuba masakan lain. Hector terus kata, "Sorry, no more samples". Bertaki lah diaorang, diaorang kata diaorang nak beli, so diaorang nak cuba dulu. Hector tetap tak kasi, masa tuh dia memang tengah baran pun. 

Kalau aku sama Nadi, sure kitaorang ikut aje permintaan customers, sebab memang diaorang nak makan di situ, cuma nak pilih second lauk aje. 

"Fuck you man!", kata one mamat tuh. 

"You fuck yourself, and you can fuck him too", kata SiKontol. 

Terus pinggan yang di tangan dia tuh dibalingnya ke dalam tong sampah. Pinggan yang di tangan aku, aku pegang aje lah dulu, terus dirampasnya. Lepas tuh dia campak kat meja. "Just go away, I don't want to sell this to you", dia kata gitu. Aku terus lah buat pura-pura membersihkan lantai, aku cuci pinggan yang kotor, lap sana lap sini, malas lah aku nak join sekali diaorang yang tengah bengang tuh. Lama jugaklah diaorang bertekak, at last Hector terus ke dapur dan mamat dua orang tuh terus blah ke restoran lain. 

Bila aku nak sembang balik dengan Hector, a few minutes later, kitaorang terdengar bunyi benda jatuh. Kat dapur. Periuk besar tuh gaya bunyinya. Lepas tuh dengar suara SiTalu. Kuat aje. Terus Hector berlari ke dapur. Nak sangat aku tahu apa halnya tapi aku kena buat muka selama aje lah pasal aku tengok ramai orang yang kat meja, semuanya pandang arah restoran tuh. Macamana pun aku sempat jenguk jugak, aku nampak SiTalu tengah macam nak pukul Subardi jer gayanya. 

Suara SiTalu bukan main kuat lagi lah. Tak henti-henti dia menjerit. Tak tahu pulak aku, dia cakap dengan sapa, takkan dengan Hector. Tapi lama kelamaan aku dapat tahu yang dia mengomel kat Subardi. Dalam Bahasa Cina. Sabar jer lah, mana lah Subardi faham. Masa bising-bising gitu tuh, masa tu lah ramai pulak orang datang nak makan. Aku sorang ajelah yang layan, menyendukkan lauk pauk, sediakan minuman, jaga cash register lagi. 

"Are they fighting?", tanya Minah Filipina yang selalu datang makan kat situ tuh. 

"They fight all the time", memang aku pandai buat-buat cerita. 

"Why don't you close the door? It's embarassing isn't it?, dia tanya lagi. Aku buat selamba aje lah walaupun suara SiTalu semakin kuat. Aku pasang music lagi. Sekala-sekala ada jugak terdengar suara Hector mencelah. Dah lama tuh diam semuanya, then Hector ke depan sebab masa truh agak sibuk jugak. Tak dapat aku nak handle semuanya. 

Memang nasib dia tak baik agaknya, the moment dia ke depan, mamat Spanish yang 2 orang tadi tuh kebetulan lalu (diaorang baru lepas makan kat restoran lain gayanya) di depan restoran. Diaorang gelak-gelak, entah apa-apalah diaorang kutuk SiKontol. SiKontol pun apa lagi, mencarut-carut dia kat mamat 2 orang tuh. Dia tak peduli pun orang lain yang berbaris datang nak makan kat restoran tuh. Dah lama tuh baru dia mintak maaf kat customers. 

So lepas tuh aku tak ada lah bergurau dan sembang sangat dengan dia, saja nak kasi dia cool down sikit. Dia merungut jer kerjanya, dia kata selama dia buat business, hari itulah hari paling malang, paling dia kesal. Dia bengang sebab dia rasa buat business tuh kadangnya macam buat business kindergarten. Orang ini tak suka dengan orang itu, orang itu tak ngam dengan orang ini. Aku dengar ajelah rungutan dia. 

Then dia menalipun Pak Tua yang masa tu di New York City. Dia talipun Richard jugak yang masih lagi di Houston, Texas. Then dia pass kan talipun kat aku. 

Richard wants to talk to you", dia kata sambil hulurkan cellphone dia kat aku. 

Can't Fight This Feeling


Hari Khamis tuh macam biasa, semuanya kerja, tak ada yang off. Nadi cerita kat aku yang hari aku off ituhari, pagi-pagi lagi SiKontol tanya dia. Tanya kenapa aku nak berhenti kerja. Samada aku gaduh dengan sesiapa ker. Dia katalah aku bosan. 

"He's boring (bored), He can't fight his feeling", dia kata gitu. 

"Itu lagu REO Speedwagon itu", aku kata, sambil gelak-gelak. Nadi kata yang Hector suruh aku ambil cuti dua tiga minggu, lepas tu kerja balik semula. Nadi cakaplah yang dengan aku nih, lepas cuti nanti, kerja seseminggu dua, aku akan bosan balik semula. Itu yang buat aku nak terus berhenti aje, senang cerita.

Aku suspen jugak tengok gayanya Hector yang buat macam tak kisah aje nak cari pengganti aku. Dia buat selamba aje. Nak kata dia tunggu aku beritahu dia yang aku tak jadi berhenti, tak tahu lah. Silap lah tuh kalau masih mengharap aku nak batalkan niat aku tuh. 

Dan aku terfikir, mungkin jugak sebab dia tak cari orang, buatnya nanti orang baru tuh nak datang kerja dalam minggu itu jugak, macamana dengan aku? Sedangkan aku dah janji akan kerja sampai 2 April? Mungkin dia fikir gitu kot, takkan dia nak bayar gaji lebih pulak, gaji aku dan gaji orang baru. 

Mungkin dia akan cari orang baru, tiga empat hari sebelum aku blah. Biasanya gitu lah. Sebab aku rasa macam tak sedap hati jer memikirkan yang diaorang terpaksa tangguhkan cari orang baru sebab aku masih di sini, aku pun kasilah idea kat dia. Aku pun dah rasa tak sedap jer nak tunggu lama-lama, biasalah kan, bila dah nak blah gitu tuh tentu rasa macam terpinggir jer. Walaupun bukan niat diaorang nak meminggirkan aku tapi aku macam terasa sendiri jer. Pak Tua pernah tak tawarkan aku makanan, instead dia kasi Nadi sorang jer. Aku adalah sikit terasa. Kalau kat rumah, Hector sama Subardi gelak kuat-kuat, aku pun dah terasa. Nadi, dia tumpang taruk receiver system dia kat bilik Hector, dia suruh Hector guna. Itu pun aku terasa. Internet langsung dah tak ada connection pun Hector buat tak tahu jer. Itupun macam sign yang diaorang dah tak kisah dengan keperluan aku. Tak apa, aku setiap pagi guna dial up aje, masa diaorang tengah tidur. Dulu aku janji tak nak guna dial up, tapi tak tahan aku. Lantaklah bill akan naik, bukan aku yang bayar, lagipun by the time bill sampai, aku dah tak ada sini dah. 

So aku tanyalah dia apa pasal dia tak ada gaya macam nak cari pengganti aje? Dia katalah yang dia dah call MakCik Jenny di New York City, even taruk iklan kat a few agents yang lain tapi tak ada pun orang yang berminat. Aku beritahu dia yang sekiranya dia dapat orang baru, tak payah lah tunggu sampai 2 April nanti baru nak suruh dia datang. Suruh datang secepat mungkin. Sebab aku boleh blah secepat mungkin jugak. Aku tak nak lah macam jadi penghalang. 

"Now I feel bad", dia kata. Laaa, rupanya dia ingatkan aku nak cepat berambus dari situ (sebab itu aku suruh dia cari pengganti aku secepat mungkin) sedangkan niat aku nak tolong dia. 

Hari Jumaat tuh ada orang Indo talipun, perempuan. Cina Indo, bahasa Cina nya bagus sebab aku boleh dengar masa dia cakap kat talipun dengan Pak Tua. Mulanya diaorang macam nak ambil awek tuh kerja ganti aku tapi bila diaorang tak tahu nak suruh awek tuh duduk di bilik mana, diaorang buat keputusan tak nak ambil dia. SiKontol sama Pak Tua harapkan Nadi nak pindah duduk sebilik dengan Subardi, dan awek tuh duduk di bilik yang akan Nadi kosongkan. Tapi Nadi tak nak. Dia tak nak duduk sebilik dengan Subardi. 

Hari Sabtu ada lagi orang talipun tapi Spanish. Diaorang tak nak terima Spanish. Then Subardi kata dia boleh tolong carikan orang, SiKontol memang ada beberapa kali tanya aku kalau-kalau aku ada kawan yang nak kerja ganti aku. Dia kata dia nak kan Malaysian macam aku, dia tak percaya bila aku kata aku mana ada kawan Melayu di sini. Melayu Indo ada lah, tapi aku tak nak bersusah payah mengrekomen sesiapa. So Hector suruhlah Subardi cari orang.

Sunday tuh, masa tak sibuk, Hector beritahu aku yang offer dia masih open, offer yang dia kata bila-bila aje aku nak balik kerja di situ semula, dia akan terima. Atau kalau aku nak ambil cuti untuk seseminggu dua, by all means. Yang aku peliknya, dia tak ada pun tanya apa pasal aku nak berhenti sedangkan aku ada beritahu dia yang aku sebenarnya tak ada plan pun apa nak buat lepas aku berhenti nanti. Apa yang aku boleh fikirkan, aku nak rihat seseminggu dua, aku tak nak pun cari kerja dalam masa tuh, aku nak merayap sana sini dulu. Lepas tuh barulah aku fikir nak cari kerja, apa-apa kerja aje lah walaupun cadang aku nak rihat dulu dari kerja restoran. Lagi bagus kalau dapat kerja di tengah-tengah kota New York. 

Subardi dapat satu orang, melalui kawan dia yang di Boston. Yang nak kerja tuh perempuan. Dia tahu yang Nadi tak nak sebilik dengan dia dan kalau ada perempuan yang masuk kerja, terpaksalah tidur sebilik dengan dia. Tapi dia nih pandai. Aku akui pujuk rayu dia, kata nasihat dia, kata-kata yang buat perempuan lemah, mudah percaya. Dia kata Hector amanahkan dia cari orang sebab dia memang dipercayai sangat oleh Boss, dan dia nanti sebagai pelindung awek tuh. Jadinya diaorang nanti akan duduk sebilik. 

Dan sebab dia tahu yang Hector sure tak nak terima kalau perempuan tu bukannya ahli keluarga dia, so dia mengaku kata perempuan tuh adik dia. Hector percaya aje. Pak Tua pun sama. Semakin baik, semakin bergurau diaorang semuanya. 

"Kalau cewek tu cakep orangnya, akan aku godain, akan aku pujukin, rayuin, akan aku entotin", kata Nadi. Aku tak pelik langsung dengan orang Indo nih, diaorang kalau benda-benda gitu biasa jer. Perempuan duduk sebilik dengan lelaki yang tak dikenali. Yang buat peliknya tuh, ada diantara diaorang nih, ada yang sembahyang. Kalau yang jenis tak pernah sembahyang bang tuh, aku tak lah heran kan sangat. Ini yang jenis kalau cakap pasal ugama, mengalahkan ustaz-ustaz lagih. 

Sibuk sangatlah Subardi asyik dok menalipun aje kerjanya. Mulanya awek tu nak, kemudian kata tak jadi. Ditalipun lagi, setuju pulak nak datang. Last-last kata tak nak. Tak setuju pasal gaji. Walaupun Subardi kata dia sanggup gaji dia dipotong $200 setiap bulan untuk dikasi kat awek tuh. "Daripada aku bayar uang cari lonteh, mending aku potong gaji aku kasi dia", Subardi kata kat Nadi. Sah dia ada agenda tersendiri. 

Isnin baru nih tuh kawan dia talipun, kata dia ada kawan di Philadelphia, perempuan jugak, yang nak kerja. Walaupun aku tak reti Jawa tapi aku boleh tangkap apa yang diaorang sembangkan. Gak popo gak popo, wedok, gak gelem, deway, nong kono, adem, umornyo piro, seng de'ey, wes turu and a few other words yang aku faham. Memang tak aku nafikan yang Subardi nih bahasa dia memang hebat, perempuan sure cair nya lah kalau dengar cerita kebaikan dia, kealiman dia, kepandaian dia. Sebab perempuan tuh di Philadelphia, aku tanyalah dia kalau-kalau dia kenal aku, atau pernah dengan nama aku. Memanglah, dulu waktu aku di sana, sebab akulah satu-satunya Melayu, ramai jugak orang kenal aku. Dia kata dia pernah jumpa aku tapi dia lupa rupa aku, dia kata kalau itu lah Melayu yang aku cakapkan itu, memang sah dia pernah tengok. Masa aku turun ke Phialdelphia bulan Julai tahun lepas. Masa hantar Bayou dulu tuh. 

Eva tuh pun Subardi kata adik dia. Cuma dia tak berapa suka sebab Eva tuh janda, umur pun 37 tahun. Dia siap mintak dikirimkan gambar melalui cellphone lagih, dia kata Boss nak tengok. Daripada setuju jadi tak setuju. Akhirnya Eva tak setuju. Dia ada kawan nama Tuti, janda umur 36 tahun. Dengar ceritanya Tuti tuh setuju duduk sebilik dengan Subardi so as of writing this, sah lah Tuti yang akan menggantikan aku nanti. 

Sorry Seems To Be The Hardest Word

Hari Isnin minggu lepas aku bersemangat jer pergi kerja. Aku tak tahu apa pasal tapi aku rasa macam energetic gituh. Kerja pun aku happy-happy aje. Dan aku tegur, sembang-sembang dengan Hector pun macam biasa aje. Lebih banyak pulak aku melawak, lebih berani pulak aku bergurau lebih-lebih. Aku dah berani tumbuk-tumbuk dia, buat cekik-cekik leher dia. Dia pun bukan main lagi lah mengutuk aku. 


Nak kata aku berlakun, tak pulak. Memang pagi tuh aku dah tak marah langsung dah kat Hector. Aku nih baik orangnya, kalau aku marah, memang tak lama. Cuma masalahnya, kalau dah marah tuh aku akan buat keputusan yang mungkin akan menyusahkan aku. Like semalamnya tuh, bila aku marah, aku buat keputusan untuk berhenti kerja. 

Funny enough, walaupun aku semakin baik dengan Hector, tapi aku akan tetap dengan keputusan aku untuk berhenti kerja di akhir bulan. Dan sebab aku dah buat keputusan gitu, itu yang buatkan aku nak nampak macam berbaik dengan Hector. Aku akan beritahu dia yang aku nak berhenti. Aku tak nak lah buat macam orang marah (sebab aku memang tak marah dah pun) sebab nanti sure Hector, bila tahu aku nak berhenti, pasti dia ingatkan aku berhenti sebab aku marah dengan dia. Aku tak nak lah dia rasa guilty gituh sampai aku buat keputusan untuk berhenti kerja. 

Aku nak confusekan diaorang aje sebenarnya. Biar diaorang tertanya-tanya sendiri. Nadi tetap suruh aku lupakan aje hasrat aku nak berhenti kerja tuh, aku rasa dia pun macam tak percaya jer yang aku nak berhenti sebab aku semakin galak nampaknya bergurau-gurau dengan Hector. 

Macamana pun, aku tetap tanya dia, bila masanya yang sesuai nak beritahu Hector. Dia kata lebih baik aku beritahu SiKontol waktu dah malam, waktu dah nak tutup restoran tuh sebab esoknya aku off so tak adalah kekok sangat nanti. Biasanya kalau sebelah petang, weekdays gituh, Pak Tua akan balik ke rumah, rihat-rihat. Tapi hari Isnin minggu lepas tuh, dia tak balik pun. Dia lepak-lepak aje lepas makan, sembang-sembang dengan Hector. Puas aku menunggunya tapi bila aku tengok dia macam tak ada gaya nak balik, aku beritahu Nadi yang aku nak cakap kat Hector yang aku nak berhenti kerja. 

Sambil aku taruk tangan kanan aku kat bahu Hector aku kata, "Ok Hector, now, let's be serious.This is no joke but I'm leaving at the end of the month". Aku rasa lega dapat keluarkan ayat tuh. Dia senyap. Aku pun senyap. 

"But why?", dia tanya aku sambil gelak-gelak. "Tell me how many days you want to settle your business, I'm ok with that", dia picit-picit leher (tengkuk ?) aku. 

"No, I'm leaving. Seriously. End of the month", tersekat-sekat aku kata, sambil tunjuk arah calendar di dinding. 

"Go for holidays for a few days, take a break, that's alright", dia buat selamba kata gitu. Payah. Then bila aku kata aku tak nak cuti, instead aku nak berhenti, barulah dia tanya aku apa pasal. Dia tanya, samada dia yang buat aku nak berhenti kerja ker apa. Aku kata yang bukan dia, bukan Subardi, bukan Nadi, bukan sesiapa yang buat aku ambik keputusan nak berhenti tuh. Aku nak berhenti, itu aja. 

Dia tak cakap yes ker apa-apa tapi bila aku kata "I'm going for good", dia suruh aku tunggu sampai Easter, sebab masa tuh sibuk. "Nope, end of this month", aku kata. 

"Give me time, I need to discuss with Richard", dia kata gitu. Lepas tuh aku diam aje lah. Then Pak Tua datang, aku tahu dia tanya SiKontol sebab aku dengar dia kata 怎么回事? Masa Hector ceritakan pada Pak Tua, aku sembang dengan Nadi aje lah. Lepas tuh, lama lah senyap semuanya. Pak Tua ke dapur, menalipun Richard, tak lama tuh Hector pulak yang bercakap dengan Richard. 

"Pasti kamu dipujuk nanti supaya jangan berhenti", kata Nadi. 

"Pujuk gimana pun aku udah bilang aku mahu berhenti, aku tetap mahu berhenti", aku jawab gitu. 

Hari Selasa aku off;

Hari Rabu pulak Nadi sama Subardi disuruh off. Subardi patutnya kerja sebab dia kena gantikan cuti yang dia ambil masa ke New York City ituhari tapi sebab dia kata dia ada hal, Pak Tua kasi dia cuti. Pak Tua sekarang bukan main berguraunya lagi dengan Subardi. Gurau gitu-gitu ajelah pasal Pak Tua tak reti English. Dia panggil Subardi "Young Boy", walaupun Subardi tuh umur dia dah 40 tahun. 

So aku dengan Hector aje lah yang kerja di bahagian depan hari Rabu tuh. Pak Tua sama SiTalu di bahagian dapur. Masa hector pergi kencing, Pak Tua datang dekat aku. Dia urut-urut aku, aku tahulah memang dia nak pujuk akulah kononnya tuh. Nak pujuk apa ke jadahnya, aku bukannya merajuk ker apa ker. 

"Pilepia? (Philadelphia?)", dia tanya aku. Aku angguk, aku gelak-gelak, dia urut-urut belakang aku. 

"Honey?", dia tanya aku. Maksud dia, aku ada bini/awek ker kat Philadelphia, itu pasal aku nak ke sana. 

"No. No honey. No money", aku kata sambil pegang poket belakang jeans aku, tandanya aku tak ada duit. Kesian aku menengok Pak Tua sebab dia tak reti English, dia nak cuba cakap kat aku suruh cuti then datang balik kerja, tapi dia tak tahu. Lama dia terdiam, cuba nak ingatkan words yang dia tahu, dia guna sign language jer. Aku faham maksud dia, tapi aku senyum aje lah. 

Diaorang tak tahu aku masa tuh dah fikir apa yang aku nak buat bila aku dah berhenti kerja nanti. 

Been Here Too Long

27032006

Aku skip kisah pasal Subardi. Panjang ceritanya.
Aku skip kisah pasal Angela. Lagi panjang ceritaya.

-----------------------

Sejak Richard ke Texas, yang tinggal di sini mengurus restoran hanyalah Hector. Pak Tua pun sekarang ini selalu sangat ke New York, sebab bini dia di sana. Weekends aje Pak Tua balik ke sini. Sekarang nih tak adalah sibuk sangat tapi compared to last year, kerja dua orang di bahagian depan (aku sama Nadi) memang berat jugaklah sekarang nih. Meletihkan. 

Hector, tah apa pasal tah, tahun ni dia tak ke mana-mana pulak. Kalau tahun lepas, dia di Texas sampai May, aku kenal dia pun only after 5 bulan kerja di sini. Biasanya setiap tahun dia balik cuti ke Hong Kong untuk sesebulan dua tapi sebab dia dah putus dengan girlfriend dia, itu yang dia tak ke sana dah tuh. 

So Hector memanjanglah ada di sini. Aku suka Hector lebih dari aku suka Richard. Sebab Richard nih lama kelamaan aku rasa meluat pulak menengoknya. Lawak dia lawak bodoh, lagipun kalau dia ada, aku dapat rasa yang Pak Tua sama Hector tak berapa suka cara dia treat kitaorang. Sebab dia baik sangat. Hector sama Pak Tua tak suka gitu tuh. Aku pun tak suka jugak sebenarnya sebab Richard pun bukannya selalu ada di sini. 

Waktu mula-mula dulu, aku macam takut-takut dengan Hector, aku lebih rasa aman kalau ada Richard. Sebab masa tuh Hector serious aje. Masa Bayou ada sini dulu tuh. Itu pasal dia dipanggil SiKontol agaknya sebab kalau dengar cerita Bayou, SiKontol nih memang garang orangnya, memang serious, semua orang takut kat dia. Perangai pulak satu hal, sama jer macam perangai Pak Tua. Marah orang tak tentu pasal, mudah naik darah, tak sabar. Dan kedekut yang teramat. Lain sekali dengan sifatnya Richard. 

Tapi itulah, lama kelamaan, aku jadi suka pulak dengan Hector nih sebab dia intelligent, aku suka bertekak dengan dia pasal bermacam-macam benda, dia memang banyak ilmu. Then makin lama makin berani pulak aku kutuk mengutuk dia, dia pun boleh tahanlah kalau mengutuk aku. Aku jadi happy kerja di sini sebab aku taklah ingat sangat pasal kerja yang membosankan. Aku boleh bergelak-gelak, ada member sekepala. Walaupun dia Bos aku.

Pernah aku cakap kat dia sekali dulu tuh yang aku nih kalau dah baik sangat, kalau dah rapat sangat dengan seseorang tuh, kadang tu aku jadi takut. Takut aku secara tak sengaja akan menyakitkan hati dia, atau secara tak sengaja dia akan menyakitkan hati aku. Akan makan dalam nanti. Dia katalah yang dia tak kisah sangat, dia bukanlah jenis orang yang cerewet. 

Tapi, iyalah kan, dalam berjaga-jaga tuh kadang-kadang terlupa jugak. Keadaan kerja, keadaan sekeliling, benda-benda yang tak dijangka, so adalah a few times aku jadi bengang dengan Hector. Aku sedar aku nih kuli aje, tapi aku tetap rasa aku kawan baik dia. Bila dia marah aku, bila dia tuduh aku buat something yang bukan aku buat, bila dia kutuk aku, aku jadi marah sangat. Tak lah aku nafikan yang aku selalu terasa hati. Sebab aku dah cuba buat yang terbagus, kalau masa kerja tuh waktu sibuk, aku ke sana ke sini layan orang. Aku buat itu ini. 

Dan aku pun tahu yang diaorang, Pak Tua dan Hector, diaorang suka kerja aku. Nak harapkan Nadi, payahlah sikit sebab dia tak "sehebat" aku, dia tak reti sangat English. Aku tak sepatutnya bengang kalau Hector marah, sebab aku kuli aje, kan? Tapi aku selalu bengang sebab apa yang dia marah tuh, biasanya bukan kesalahan aku, ataupun, memang kesalahan aku tapi aku tak nak terima yang itu kesalahan aku. Biasanya bila aku marah, aku diam ajelah, aku tak layan pun kalau dia gelak-gelak, kalau dia cuba buat lawak. Tapi tak lama, bila aku dah cool down, aku tegur dia balik, ataupun aku layan dia balik sebab aku kesian sangat dia buat lawak then tak ada sambutan. Tak sanggup aku nak buat tak layan dia lama-lama. 

It all happened last weekend. Dua hari tuh aku tak ada internet connection. Weekend pulak tuh. Menderita aku dibuatnya. Bukan takat tak ada connection yang sekejap-sekejap. Tak ada connection langsung. Nada! Zilch! Bila aku beritahu Hector, dia gelak-gelak, dia kata aku komplen banyak sangat. "You are one sick guy", dia kata. "You are too addicted to the internet, go find some other hobbies", dia kata lagi. Then dia cerita kat Pak Tua, then diaorang gelak-gelak. Aku diam jer lah. 

Itu satu. 
---------------------------

Subardi baru balik dari New York hari Sabtu tuh, so banyaklah benda yang dibeli, banyak jugak barang yang dibawak dari Boston. Dia ke sana pergi ambil barang dia sebenarnya, laptop, speakers etc. Nampak gayanya nak lama dia kat sini nih. 

Sepanjang malam, kalau tak menengok porn, dia pasang lagu dangdut kuat-kuat. Sebijik rasa macam kat Chow Kit Road. Dalam banyak-banyak lagu tuh, ada satu jer yang aku tahu, lagu Penasaran. Memang banyak dvd porn yang dia beli kat New York, macam-macam. Ada yang Jepun, yang Korea, yang hitam, yang main dengan binatang, memacam lah. 

Walaupun aku lepak kat ruang tamu di luar, tapi bunyi music tuh berdengung-dengung, kadang dia keluar jugak ke tempat aku lepak pasal dia nak merokok. Then dia menari-nari, ala, jenis menari-nari dangdut yang tak angkat kaki tuh, style orang tua yang menari kat Kelab Dangdut tuh. Yang goyang-goyang bontot sesikit. Ya, getiknya lah aku menengoknya. 

Then aku terfikir, semenjak Subardi datang kerja di sini, fikiran aku asyik tak tenang jer, aku rasa macam tak aman jer. Perasaan macam masa aku duduk sebilik dengan SiKecil dulu tuh datang balik. Dan sebab Subardi gayanya macam nak lama kat sini, aku rasa aku kena mengalah. Bukan mengalah bersabar, tapi aku rasa aku kena blah dari sini. Nanti makin lama makin berkecamuk pulak kepala otak aku kalau kena ikut rentak dia aje. Nanti, terminat pulak aku dengar lagu dangdut. Nanti tercakap besar pulak aku. Macam Subardi tuh yang cakapnya berdengung-dengung. 

Aku dah cakap dulu tuh kat Hector yang aku ada problem sikit dengan Subardi tapi masa tuh Hector kata kena sabar ajelah. Dia ada suggest kata nak buat partition kat bilik tuh, aku tak setuju sebab that won't solve the problems. Hector ingat aku boleh bertahan, dia tak tahu aku dah berbulan makan hati. 

Bosan jadinya. Dahlah bosan kerja, bosan dengan Subardi pun satu hal jugak. Lepas tuh tak ada internet pulak. Mana nak melarikan diri dari Angela lagi. 

Memang patutlah pagi tuh, sebelum aku bersiap pergi kerja, aku, sebab tak ada connection, aku lepak-lepak sambil fikir. Baik aku berhenti kerja aje. Selesai semua masalah, kan? Cari maslah baru pulak. Typical aku punya style lah tuh, lari dari satu maslaah ke masalah yang lain. Typical aku punya style, dah ok kerja, nak berhenti, nak buat benda lain pulak. Kononnya. 

Sempatlah aku fikir baik buruknya kalau aku berhenti kerja. Aku tahu, soon aku akan berhenti kerja jugak, might as well aku jadikan soon aku tuh very soon, kan? 

Pagi Ahad minggu lepas memang sibuk, pagi-pagi lagi dah sibuk. Ada a few charter buses yang datang, itu yang buat sibuk sangat tuh. Dah selesai serve makanan, aku nak tolong Hector serve minuman sebab dia sibuk di cash register. Aku, kalau masa sibuk tuh, kalau customers order makanan atau minuman, kat siapa-siapa pun, kat Nadi ker, kat Hector ker, aku tak tunggu apa-apa lagi dah, terus aku sediakan. Aku dengar. Aku betul-betul bukak telinga. 

So adalah this group yang order minuman, aku ingatkan Hector dah dengar apa yang diaorang order tuh, so aku terus sediakan minuman. Then aku tinggalkan ajelah minuman kat soda machine, sebab aku nak pergi layan orang lain. Aku ingatkan Hector boleh tahu minuman tuh siapa yang punya. Bila dia tersalah key-in harga makanan/minuman, dan aku tegur dia sebab dia salah tuh, dia mula mengomel kat aku. Sambil gelak-gelak. Customer tuh marah kat Hector agaknya so Kontol perli aku. Dia kata aku sepatutnya beritahu dia apa yang orang order. 

"I thought you heard them", aku kata gitu. Orang tengah ramai beratur, dia, walaupun gelak-gelak tapi aku boleh tahu yang dia marah, dia kata aku sepatutnya buat kerja sampai selesai, jangan tinggalkan aje minuman tuh. Memanglah aku suka menjawab, apatah lagi kalau aku rasa bukan salah aku. Aku jawablah, sambil gelak-gelak. Dia berkeras jugak kata salah aku. Aku jawab lagi, kata bukan salah aku. Aku terus berdiri kat sebelah Nadi, aku merungut. Dia tegur aku lagi, aku jawab. Keras sikit. Aku bengang sebab customers dengar, semuanya ingat aku buat salah. Termalu aku. Dia nih memang jenis yang tak reti jaga kemaluan orang, Hector nih. 

Then bila dia kata aku selalu buat gitu, Nadi tak pernah pun buat macam aku buat, terbakar sangatlah aku, kan? "That's it, I'm leaving at the end of this month", aku kata gitu. 

Nadi dengar. Hector pun dengar. 

"Udah lah Dee, aku berhenti aja lah hujung bulan ini", aku kata kat Nadi. 

"Lo, ngapain?", mulanya dia ingatkan aku bergurau aje. 

"Bosan aku Dee, bosan sama SiKontol, bosan sama temen kita tu (Subardi)", aku kata lagi. 

"Tenang aja, SiKontol cuma bercanda koq", Nadi pandang arah SiKontol, aku undur sikit ke belakang, aku tengok calendar di dinding. Aku nak tahu 31 haribulan tuh hari apa. Aku terperasan SiKontol nampak aku tengok calendar tuh so aku buatlah pura-pura tengok lelama. Macam bapok jer kan? 31 haribulan tuh hari Jumaat, hari yang sibuk. Weekend pulak tuh. Macamana nih? Tak sampai hati aku nak tinggalkan diaorang di hari-hari sibuk. Lagipun 31 haribulan, belum dapat gaji. So a few times aku tengok calendar, saja jer nak kasi SiKontol penasaran. 

"Berubah terus muka SiKontol waktu kamu bilang kamu mahu berhenti", kata Nadi kat aku. 

"Aku gementer nih, nggak tahu kenapa", aku beritahu Nadi sambil gelak, saja nak hilangkan my nervousness. Lepas pada tuh aku sembang dengan Nadi aje lah, dia tetap tak percaya yang aku dah buat keputusan untuk berhenti. 

"Udahlah, aku tetap berhenti, aku ni nggak bagus seperti kamu. Kamu nggak peduli orang sih, aku gampang terasa", aku kata gitu. 

"Kamu, aku tahu, perasa orangnya, kamu sering mikirin apa yang orang nggak mikirin", aku tahu maksud Nadi yang aku nih sensitif kononnya. "Tenang aja, jangan berhentilah. Kamu pergi, aku udah nggak punya temen sih", dia cuba pujuk aku. 

"Kalau SiTogak ada di sini, nggak bekalan jadi begini sih. Udahlah, jangan berhenti. Mereka semua senang sama kamu, masa kamu mahu kabur?", kata Nadi lagi. 

"Koq kamu!", aku buat pura-pura genggam, ramas telor, macam orang marah gitu. Nadi gelak. Aku pun gelak.

Lepas pada tuh aku terus diam ajelah, aku mula fikir apa aku nak buat seterusnya. Bila aku nak berhenti, bila nak beritahu Hector, ke mana aku nak pergi, apa aku nak buat. Semuanya lah. Then aku teringat yang Nadi masih ada hutang duit dengan aku. Dia hutang gaji aku selama dua minggu dan $500 yang aku kasi masa dia nak ke New York City dulu tuh. Kalau aku berhenti hujung bulan pun, dia tak akan dapat bayar semuanya. Shit! Macamana nih? 

So aku dok fikir macamana aku nak dapatkan balik duit aku sebelum aku blah. Aku kena ada at least dua tiga ribu kat tangan (tak nak sentuh duit kat bank), untuk buat belanja sementara aku tak kerja nanti. Iyalah, aku nak kena cari bilik sewa, nak ke sana sini, nak makan. Semuanyalah. Entah-entah aku nak berjalan ke sana sini dalam seseminggu, nak tenangkan fikiran, nak unwind gituh. I need more than just a few thousands. Panik jugak memikirkan yang Nadi tak dapat nak langsaikan hutang sebelum aku blah. 

Aku tak layan pun Hector. Aku buat dak aje. Aku diam aje. Aku menyisihkan diri. Puas dia buat lawak, aku tak gelak pun, takat pandang-pandang gitu jer, macam tak faham lawak dia. Banyak kali jugak dia cuba dekat-dekat dengan aku, aku buat pura-pura sibuk, aku terus buat kerja. 

"You ok? You ok?", dia tanya aku sambil cuba pegang dahi aku. Nak buat lawaklah kononnya tuh. Aku cebek mulut jer, macam tak ada apa-apa, lepas tuh aku buat kerja. Agaknya dia terperasan aku macam marah jer, teruslah dia mengadu kat Pak Tua. Nadi yang beritahu aku. 

So malam tuh rasa canggunglah sikit, diam jer semuanya memasing. Kalau aku sembang dengan Nadi pun takat sembang perlahan-lahan jer, sebab aku tengok Nadi selalu datang kat kitaorang, nak cuba-cuba dengar apa yang kitaorang sembangkan. Aku masa tuh dah tak marah dah sebenarnya, tapi aku dah buat keputusan, aku akan tetap stick to my plan nak berhenti kerja. Cuma aku fikir bila dan bagaimana nak beritahu dia. Nadi pujuk-pujuk aku suruh terus kerja di situ, dia kata dia dapat agak sebab utama aku nak berhenti sebab aku marah dengan Hector, dan sebab aku bosan dengan Subardi. 

Aku beritahu dia, kalau dah bosan tuh, benda-benda kecil akan jadi besar, sebab yang selama ini aku tak pedulikan aje, jadi penyebab utama aku nak berhenti. Aku beritahu dia kalau Pak Tua atau Hector tanya dia nanti apa pasal aku nak berhenti, aku suruh dia jawab yang aku dah tersangat bosan kerja. Dah setahun lebih aku kerja, sudah sampai masanya aku bertukar angin. 

Malam tuh masa kemas-kemas, masa aku menyapu lantai, mengemop, setelah lama berfikir, barulah aku dapat idea macamana caranya aku nak dapatkan duit hutang Nadi kat aku tuh sebelum aku blah dari sini. Aku terfikir yang Subardi sure nya suka kalau aku berambus dari sini. Dia sure boleh tolong aku. Dia sure nya nak sangat tolong aku, biar aku cepat berambus. 

So aku tanya dia kalau-kalau dia ada duit sebanyak yang Nadi pinjam kat aku tuh. Aku beritahu dia yang aku nak berhenti kerja dan kalau boleh, aku nak dia pinjamkan Nadi duit so that Nadi boleh bayar hutang aku sebelum aku blah. Memanglah hebat lakunan dia, bermacam nasihat yang dia kasi kat aku, suruh aku sabar aje bekerja di situ. Jangan berhenti. Tapi dalam dia kasi nasihat tuh, aku boleh nampak terpancar rasa happy di muka dia bila dia dapat tahu yang aku memang nekad nak berhenti. 

Dia ada duit sebanyak itu, dia boleh pinjamkan Nadi duit. Dia boleh tolong aku. Macamana pun, dia tetaplah suruh aku batalkan niat nak berhenti kerja tuh. Bersemangat dia menasihat aku. Dan aku pun teringat yang minggu sebelumnya aku bukan main bersemangat lagi nak tolong dia bila dia kata dia terpaksa balik Indo. Aku bersemangat nak tolong tuh bukan apa, sebab aku suka sangat kalau dia blah. Tapi kali ini dah tukar court pulak. Dia yang bersemangat nak tolong aku akhirnya. 

Aku buat-buat tak faham jer lah lakunan dia tuh, aku siap bergurau-gurau lagih. Gelak-gelak. Sampai Pak Tua pun terperasan, dia pun senyum jer tengok kitaorang sembang. "Happy, happy", kata Pak Tua. 

Kat rumah, masa tengah melepak, SiKontol datang masuk bilik kitaorang, dia nak set-up kan network kat laptop Subardi. Aku dah installkan Norton Anti-virus kat laptop dia tuh, berlambak virus, berpuluh-puluh pop-up windows yang keluar. Semuanya porn sites, kotor sangat laptop dia tuh. Penuh dengan gambar perempuan. Gambar perempuan bogel. Terralit aku sekejap menengoknya 

Subardi pulak, bila disuruh cuba pasang dvd kat laptop dia, dia kasi kat Hector porn movie yang dia beli kat New York tuh. SiKontol buat pura-pura kasi kat aku. Aku rasa kesian sangat tengok muka dia yang macam nak buat lawak dengan aku, nak gelak-gelak balik. So aku pun layan ajelah. So aku layanlah Hector balik semula, bergurau-gurau balik, siap sepak-sepak bontot lagih. 

Aku tengok gayanya, dia nak tengok porn tuh tapi sebab dia Boss, dia malu-malu gituh. Aku beritahu Subardi yang gayanya Hector nak pinjam dvds dia, Subardi pulak suggest kitaorang tengok movie tuh ramai-ramai. Ish, tak nak lah aku, masa tuh aku ada air sembahyang lagi, pakai kain pelikat pulak tuh. Lagipun dah lama sangat dah aku tak tengok porn reramai. Oooppsss. 

Aku ingat lagi, kali pertama dan terakhir tengok porn reramai, masa kat  Bangsar,duduk ramai-ramai. Senyap jer memasing, baring pun menyerendeng (menyendeng ?) jer semuanya, macam perempuan menyusukan anak. Yang pakai kain pelikat tuh, bukan main kelakarnya lagih. Tak termaintain. 

So aku biarkan ajelah Hector menggodek-godek laptop Subardi, sekali-sekala kalau dia buat lawak, aku tenung jer muka dia. Walaupun aku gelak jugak akhirnya tapi aku rasa macam kesian pulak sebab dia masa tuh tak tahu what's in store for him tomorrow. 

Di remang kabut mu ku
Di tabir mega-mega mu ku
Ku terlihat meletak dua tangan 
Di balik punggung mu ku

Madu di tangan kanan mu ku
Racun di tangan kiri mu ku
Aku Engkau tak tahu mana yang
Akan kau ku berikan pada ku mu

*Ha, itu lah akibatnya kalau asyik dengar lagu dangdut jer kan?*

Sindrom Daya Kurang Tahan

25032006


  • Subardi makin mengannoykan. Setiap hari aje jer benda yang buat aku marah

  • Internet connection selalu semput. Aku memang tak boleh kalau tak online, walaupun sehari.

  • Angela semakin menggatal dan aku semakin selalu menggaru kepala.

  • Aku selalu "gaduh" dengan Hector, jokes kitaorang semakin lama semakin memakan hati. 

  • Aku dah bosan kerja, dah setahun setengah di situ.

So, tunggu masa jer lah kan? Dan masa tuh pun tiba...


Aku Tertunduk Kemaluan

03032006


Semalam, masa aku tengah melayan customer makan, tiba-tiba aku ternampak Angela datang. Teruslah aku tegur dia, berhoney-honey, berdarling-darling gituh. Saja jer nak cover sebab aku perasan yang Nadi sama Hector asyik dok tengok kitaorang jer. 

Diaorang selalu tanya aku sebenarnya, kalau-kalau aku ada call Angela sebelum tuh. Diaorang yang beria-ia suruh aku call sebenarnya. Aku tak call pun. Nak buat apa? Bukannya aku serious, selama ini I was just kidding, I was just joking. Dia pun sama jugak. Agaknya lah. Cuma aku tak faham bab-bab yang dia kasi phone numbers tuh. Itu aje. 

"Why didn't you call me , honey?", dia tanya aku, saja buat-buat manja. 

"I don't have your number, darling", dia berhoney, aku berdarling. Aku lawak jer, what with Hector, Nadi, Subardi semuanya ada di situ. Sajalah aku menyerlahkan kegatalan aku. 

"Wah, hebat tu, cewek yang kasi nomor telpon", aku terdengar Subardi kata kat Nadi.

Terus Angela pergi ke arah Hector yang masa tuh dekat cash register."Why didn't you give him my numbers", aku dengar Angela tanya SiKontol. 

"I did, I did", kata SiKontol. 

"He lost it, he lost the paper", aku kata pada Angela sambil buat pura-pura marah kat Hector. Lepas tuh Hector terus masuk ke dapur, "I don't want to get involved", dia kata kat aku sambil gelak-gelak. Diaorang gelak kat aku yang masa tuh dah gubra pasal nak menutup kemaluan. Kebetulan pulak ada orang datang nak beli drinks dan aku terpaksa layan. Sambil tuh Angela berdarling-darling, berhoney-honey kat aku. Merah padam muka aku. Aku tengok, perempuan yang beli air tuh macam getik sangat tengok Angela, tengok aku. 

Tak tahu lah apa pasal aku rasa malu sangat, mungkin sebab aku nak tutup malu yang Angela tetap tanya apa pasal aku tak talipun dia. "Gimme a piece of paper, and a pen", dia kata. Aku kasi dia pen, aku kasi dia kertas, sambil tuh aku terus melayan ada orang yang baru datang. 

"Call me!", kata Angela, sambil dia kasi kertas tuh pada aku. Aku tengok ada dua nombor talipun, dia tulis, "Don't forget to call me, Honey!". Alamak! Macamana nih? 

Sebab ada orang yang semakin ramai datang, aku teruslah pergi nak layan. Angela, tak tahulah dia faham ker tidak, terus dia ambil kertas tuh, dia terus blah, ke arah Pizza Store. Malaslah aku panggil dia sebab masa tuh dah sibuk dah. Aku jenguk-jenguk jugaklah kalau-kalau dia dah selesai beli makanan kat Pizza Store tuh, sure dia akan lalu di depan kitaorang. Tak nampak pun. 

"She's mad at you, she didn't even look at you just now", kata Hector. Laaa, aku tak perasan pun Angela ada lalu depan restoran kitaorang, sebab masa aku sibuk melayan orang nak makan. 

"Baik kamu telpon dia, kalau dia ke arah jorok, kamu bilang aja kamu nggak mahu", kata Nadi.

"Tapi.....masa dia nggak ngerti yang aku selama ini bercanda aja? Aku bukannya serious sih, dia pun aku kira bercanda aja, kerna itu aku layanin aja", aku kata kat Nadi. "Nggak perlu aku telpon dia, dia pasti maklum yang aku bukan niat mahu pacaran sama dia", aku kata lagi. 

Entahlah, bagi aku, kalau aku talipun dia, takut lidah aku kelu pulak nak cakap benda yang sebenar. Yang aku tak ada niat pun nak rapat dengan dia. Sebagai kawan, ok, not more than that. Ala, dia tuh Manager, aku nih? Aku Bangla jer! Itu yang aku fikir tu tuh. Dia bukannya tahu apa-apa pasal aku, kalau dia tahu, sure dia tak pandang pun aku. In other words, tak nak lah aku macam hindung tak mancung pipi tersorong-sorong. Then again, hidung aku mancung! So, macamana nih? 

Aku ingatkan habis di situ ajelah kisah semalam tuh. Rupanya tidak. Malam tuh, Angela singgah lagi restoran tuh, dia tak cakap dengan aku pun (mungkin sebab aku masa tuh tengah menyapu, aku kat dapur). Aku tengok dan dengar dari tv monitor jer yang Angela sembang sama Hector. 

"I wanna go see movies with my honey", aku dengar Angela kata gitu tuh. 

"What movie you wanna see? He went to see Brokeback Mountains all by himself", kata Hector.

"Shit!", kata aku dalam hati. Terus aku keluar ke depan. 

"Did ya honey? Did ya?", Angela tanya aku. Sambil gelak-gelak. Hector pun sakanlah gelaknya sebab dapat mengenakan aku. Masa tu aku tak boleh cakaplah punya malunya. Serba salah jugak aku, kalau nak buat macam marah kat Hector, takut melarat pulak. Lebih baik aku gelak-gelak aje lah, tak lah nampak sangat kemaluan aku kan?

"You are so mean", kata Hector, bila Angela dah blah. "At least call her!", kata dia lagi.