Tuesday, September 25, 2012

Do They Know It's Christmas Time At All?

20122005


Aku, sejak waktu Bayou masih kerja di sini lagih, memang perasan sangat yang Richard dengan bini dia nih, relationship diaorang nih pelik sikit. Dah lah jarang sangat bersama, sebab Richard, kalau tak di Texas, dia di Florida, for a few months. Balik sini pun just for a few days, seminggu paling lama. Dan kalau Richard ada di sini, bini dia disuruh balik ke New York City, ada ajelah kerja yang disuruh. Cuma kali ini aje agak lama Richard di sini, dah dekat sebulan dah. Mungkin sebab musim cuti nih agak sibuk jugak di sini, itu yang dia terpaksa lama tuh. 

So itulah, memang sedari dulu aku perasan yang Richard dengan bini dia nih macam kawin tuh buat syarat jer. Iyalah, Richard kan ker anak sulung? Pressure kalau dia tak kawin-kawin. 

Beberapa minggu lepas, masa aku off, aku lepak ajelah kat rumah, aku tahu yang bini Pak Tua ada, yang lainnya semua di restoran. Then bila dah dekat Maghrib, aku dengar bunyi macam orang bertekak. Mulanya aku buat tak tahu aje pasal aku ingatkan selisih faham biasa aje. Tapi makin lama makin kuat bunyi tengkingan Richard, bunyi benda-benda jatuh lagih. Then aku dengar Richard macam menangis jer sambil menjerit-jerit tuh. Sah lah bergaduh, cuma yang peliknya, tak ada suara lain. Takkan bergaduh di talipun kot? 

Then aku terfikir, Richard tuh umurnya a few years jer tua dari aku, walaupun dia Boss aku, tapi perangainya kalau tak teruk dari aku pun, sama level dengan perangai aku lah. So aku taklah surprised sangat sebab surenya ada masalah keluarga semasa. 

Tapi bila aku dengar bunyi macam orang menampar, followed by suara bini Pak Tua menjerit, baru lah aku tahu yang masalah diaorang tuh serious. Aku terus buat pura-pura tidur di bilik aku, aku tak bangun-bangun sampailah semua diaorang balik kerja. 

Iwan (dia duduk sebilik dengan aku) bila aku tanya siapa yang ada di restoran malam tuh, dia katalah yang Richard bergaduh dengan bini dia. Bini dia macam merajuk ker apa gituh, keluar dari restoran dan tak balik-balik. Richard pun keluar cari bini dia. Itu yang lepas tuh dia balik ke rumah, dan itu yang gaduh tuh. 

"Ada masalah keluarga Pak Tua ni kayaknya", kata Iwan. "Udah mahu Natalan gini, seharusnya semua senang-senang (happy) aja, tapi mereka nggak, asyik bertengkar melulu", kata Iwan. 

Besoknya Nadi off so aku dengan bini Richard ajelah yang kerja di bahagian depan. Richard ada jugak kerja tapi dia kerja di dapur. Aku tengok Richard macam malu-malu gituh, mungkin sebab dia sedar yang aku tahu semalamnya dia kelahi dengan Mak dia. Macamana pun, walaupun hati aku membuak-buak nak tahu apa cerita sebenar, aku buat tak tahu ajelah. Aku lebih banyak diam dari buat lawak macam selalu. 

Until bini Richard cerita kat aku apa sebenarnya berlaku semalamnya tuh. 

Maka Berjanjilah Aku Pada Bulan Pada Bintang

19122005


Macam yang aku cakap, aku tak suka sangat kalau diaorang keluarga Pak Tua nih buat terlalu baik dengan kitaorang. Nanti suatu masa nanti, kitaorang kalau nak berhenti kerja, dah payah jadinya. Sebab rasa macam terhutang budi gituh. Lagipun, as I said earlier on, Pak Tua tak suka sebenarnya. 

Sedangkan Nadi yang tak peka sangat dengan keadaan persekitaran pun dapat merasakan perubahan layanan yang diberikan kepada kitaorang, inikan pulak aku yang kalau pasal "baca hati orang, tengok pergerakan orang, tengok tingkah laku orang, gaya orang", memang aku lah orangnya. 

Itu yang bila Richard kata dia nak hantar kitaorang pergi main ski kat Pennsylvania masa Krismas nanti (kalau kitaorang nak) pasal nak ubah angin, aku terus terkata "I might not be here next year.....errmm, well, maybe until June, next year". 

"What? You serious? But why?", dia tanya aku. 

Then dia ceritalah pasal diaorang akan bukak satu restoran (partnership dengan orang Vietnam) di satu bandar peranginan di West Virginia, tak jauh dari tempat kitaorang sekarang ni nih. Kitaorang nih di sempadan Maryland, West Virginia dan Pennsylvania sebenarnya, dalam 20 minit aje dah masuk West Virginia. Dulu memang ada dia cerita pasal restoran di West Virginia tuh tapi aku ingatkan dia main-main aje. Rupanya selama ini dia sibuk tuh, pasal menguruskan hal restoran itulah, yang akan dibuka awal tahun depan. Dah buka dah sebenarnya cuma diaorang ada buat major renovation, akan dibuka sekali lagi nanti. Masa tokey Vietnam tu dulu, restoran tuh tak maju sangat, walaupun kedudukannya strategik, tempat ramai pelancung datang.

Entahlah, kalau Pak Tua and the gang menggendalikannya nanti ,boleh maju kot. Richard kata yang kitaorang semua akan mula kerja di sana nanti, for a few months at least, sampai semuanya dah ok. Lepas tuh, barulah diaorang tengok macamana keadaannya, dan terpulang jugak dengan kitaorang, kalau nak terus kerja di sana atau kalau nak balik semula kerja di Maryland nih. 

Aku sebenarnya tak tahu apa pasal aku boleh tercakap begitu dengan Richard, mungkin sebab aku rasa macam kesian jer dengan diaorang, diaorang memang berharap aku akan stay lama, aku akan terus kerja di situ. Aku dengan dia, dengan bini dia, sama Hector, memang rapat, memang selalu buat lawak, gelak-gelak. Bini Richard pun selalu confront in me pasal keluarga Richard tuh, pasal mak dan bapak mertua dia (nanti aku cerita), dia selalu jadikan aku member tempat mencurahkan masalah. Pasal "you do listen, they don't", kata dia. 

Pernah bini Richard kata, "I'm gonna miss you the most when you're gone", terberhenti aku gelak masa tu tuh, sebab baru aku tahu yang ada orang terperasan yang aku nih bagus orangnya. 

Then bila Richard tanya lagi, aku katalah yang aku boleh stay kerja di situ selama mungkin, aku boleh pecahkan rekod Bayou (3 tahun lebih), aku boleh buat tu semua tuh, cuma aku takut jer manalah tahu kalau ada apa-apa nanti terjadi. Lagipun, aku nih, biasanya kalau semuanya ok, kalau semuanya elok, aku akan gatal-gatal sendiri buat benda-benda yang tak dijangka, aku akan gatal-gatal sendiri merosakkan benda yang dah elok. Aku tahu sangat tuh. I won't be surprised kalau tiba-tiba nanti aku berhenti kerja begitu aje, for no reasons whatsoever. Saja-saja. Memang aku begitu orangnya. 

Macamana pun aku berjanji yang aku akan berusaha untuk tidak menjadi seperti aku yang lalu-lalu. Ini aku yang baru, tambah pulak ini dah nak masuk tahun baru, aku kena jadi Bangla yang berresolusi. 

--------------------------------------------
Pundek betul Si Hector tuh. Geram aku. Minggu lepas, beria-ia Richard kata yang minggu nih kitaorang semua cuti on Christmas Day jer. Tapi, semalam Hector suruh aku cuti hari nih macam biasa jugak, then Christmas nanti cuti lagi. Bererti aku akan berhutang cuti sehari untuk gantikan cuti Christmas Day tuh. 

See, kitaorang tak pernahnya ada public holidays, kalau tak salah aku dalam setahun ada dua kali jer bila kebanyakan malls akan tutup, Thanksgiving Day dan Krismas. Sepatutnya kitaorang dapat cuti free, tapi tak. Cuti tuh kena diganti. Kitaorang kena ganti balik cuti tu tuh. So, memang tak ada cuti lah kitaorang, except yang cuti sehari seminggu tuh.

Rupanya on Christmas Day nanti kitaorang akan mula pindah ke West Virginia, the last couple of weeks kitaorang pindah sikit-sikit jer, bawak barang sikit-sikit jer. Tak jauh dari bandar kat Maryland nih, dalam setengah jam perjalanan. Nanti aku ceritalah dengan lanjut, bila dah settle semuanya nanti. 

Aku geram jugak bila Hector kata yang Richard tak ada pun mention pasal cuti on Christmas Day nanti tuh sedangkan ituhari aku dah tanya Richard betul-betul, Nadi sama Iwan yang suruh aku tanya. Sempatlah aku smash kat Hector, aku kata, salah seoarang dari diaorang berdua tuh tipu kitaorang. Dia senyap jer lah. Dengan aku, bergurau pun bergurau jugak, tapi kalau main tuduh-tuduh, main tipu-tipu gituh, aku sound direct jer. Last-last Hector kata, apa pasal aku dengar cakap Richard? Aku perasan yang Hector nih macam sombong sikit, dia nak kitaorang tahu yang dia orang yang paling berkuasa, kononnyalah. Dengan Richard lain pulak, dia selamba jer. 

Memang aku tak ada plan nak ke mana-mana pun, iyalah sebab aku pun tak jangka aku akan of harini nih. Macamana pun aku, semalam tuh, aku dah macam janji a few things dengan diri aku sendiri. Aku cadang tak nak bukak internet pun harini nih. Aku janji aku tak nak keluar ke mana-mana pun, aku nak lepak kat rumah ajelah. Sejuk-sejuk nih, lepak kat katil lebih seronok. Lagipun minggu lepas aku dah keluar, sampai tengok 2 movies lagi kan? Aku janji kali ini aku tak nak keluar duit walaupun satu cent. 

Kalau aku lapar, aku nak makan frosted flake jer. Tengaharinya, kalau tak makan mee segera yang Nadi kasi aku dulu tuh, aku masak nasi ajelah, buat bubur kanji ker. Masak nasi, taruk air banyak, lepas tuh taruk gula untuk kasi manis sikit. Boleh mengenyangkan tuh, aku selalu jugak makan gitu tuh masa aku betul-betul malas (or masa tak ada duit?) dulu tuh. Tak ada hal punyalah. 

Sebab semalamnya aku tidur pun lepas Subuh, memanglah lambat jugak aku bangun, dekat masa diaorang nak pergi kerja dah pun. Tengah sedap-sedap aku chat dengan beberapa orang kat YM, Richard panggil aku ajak tolong dia bersihkan snow di sekeliling rumah. Dah macam ice skating rink jer kat belakang rumah tuh sebab the last few days sejuk, snow jadi keras. Tak cair-cair. Seronok pulak rasanya dapat buat kerja-kerja gituh walaupun sejuk. 

Dan baru aku teringat yang aku ada janji tak nak sentuh laptop pun the whole day. Sebab tuh, lepas aje bersihkan apa yang patut, aku tidur semula, bangun pun dah Zohor. Lepas siap mandi semua tuh, mulalah terkulat-kulat aku tak tahu apa nak buat. Nak tengok tv pun malas, rasa macam orang malas jer kalau tengok tv. Terbaring kat tilam sambil satu tangan pegang remote controller. Ish, aku bukannya jenis yang gituh. So, aku tutup tv. 

Then baru aku teringat yang semalam Hector ada pesan suruh aku ke WalMart. Dia suruh aku belikan dia ubat kudis, macam ubat gatal tuh. Pasal dulu tuh masa aku kena gatal kaki dulu tuh, aku guna sampai 2 botol ubat tuh yang diaorang taruk kat First Aid Box kat restoran tuh. Bila diaorang tanya siapa yang habiskan ubat tuh, aku tak mengaku, aku buat tak tahu jer, aku kata aku guna ubat aku sendiri. 

So aku rasa macam bersalah jer bila aku tengok Hector tercari-cari ubat tuh semalam. Aku tengok dia tergaru-garu jer sepanjang hari. Dan disebabkan rasa guilty pasal menghabiskan ubat tu lah, ditambah pulak Hector suruh aku pergi beli (kalau aku ke Walmart), aku pun decide nak keluar. Bosan jugak memerap di rumah. Dalam hati aku kata, sure Hector suka kat aku pasal aku baik, walaupun ada terlintas di hati aku yang apalah bodohnya aku nak beria-ia sangat ke WalMart, just untuk beli ubat tuh. Hector kan ker ada kereta? Ada BMW lagih, infact, diaorang ada 2 bijik BMWs, satu Mercedes, satu Mitsubishi, dan 2 jeep lain. Takkan tak boleh pergi sendiri kan? Buat apanya aku nak habiskan duit teksi semata-mata untuk pergi beli ubat kurap kan? Kurap orang pulak tuh. Bukan kurap sendiri. 

Tapi itulah, aku lupa dengan janji aku sendiri. Janji aku untuk tidak keluar ke mana-mana, untuk tidak mengeluarkan even one single cent pun harini nih. Tak nak aku cakap banyak lah, tapi aku tercall teksi, aku terkeluar jugak. Aku terpergi WalMart jugak. Walaupun dalam hati aku menyumpah-nyumpah pasal apalah aku lemah sangat semangatnya, janji sendiri pun tak boleh dipegang. 

Aku ke WalMart akhirnya, first round tuh memanglah aku tak beli apa sebab aku nak ke tempat lain dulu. Aku masuk Home Depot, aku masuk OfficeMax, aku masuk CircuitCity. Aku tak beli apa-apa pun walaupun banyak benda yang aku cuba jangkau, walaupun harganya dalam jangkauan aku. Tapi aku bersemangat kental, buat apa perabis duit kan? Aku teruk-teruk memBanglakan diri, nak senang-senang habiskan duit begitu aje, beli benda tak berfaedah. Walaupun ramai sangat orang yang shopping last minute dan walaupun banyak barang yang murah-murah, yang menggiurkan, tapi aku buat tak peduli jer. Dan aku terus aje jalan ke arah Borders. 

Rasa lega jugak dapat masuk Borders, dah lama sangat dah aku tak melepak di situ tuh. Aku buat macam menebeng kat kedai kopi ajelah kat cafe dalam Borders tuh, aku order kopi, sambil baca magazines satu persatu. Syok jugak, tak payah beli pun, dapat jugak baca magazines tuh banyak-banyak. Dari computer mags sampailah majalah-majalah hiburan, aku baca jer. 

Rasa kelas pulak, sambil menghirup kopi, sambil baca magazines. Cara duduk pun aku maintain jer, macam duduk orang-orang yang dalam Oprah Winfrey Show tu jer. Bukan yang duduk kat sofa tuh, tapi yang duduk kat kerusi yang tinggi tuh. Yang taruk kaki kanan atas kaki kiri. Lepas tuh, kaki tuh digoyang-goyangkan sesikit.

Dah lama tuh barulah aku keluarkan buku 555 aku, aku mula menulis apa yang aku rasa nak tulis, benda yang berlaku dua tiga minggu lepas. Lama jugaklah aku menulis tuh, ada dalam 2 jam kot, bukannya menulis sesngat pun, mengelamun jer yang lebihnya. Aku tak sikit pun senyum sorang-sorang walaupun aku ada terfikir yang gaya aku masa tuh entah-entah macam JK Rowlings, penulis siri Harry Porter tu kot. Dia kan suka menulis, masa dia menulis dulu tuh, sebelum dia terkenal, dia menulis sambil melepak kat kedai kopi di Edinburgh, Scotland. Aku rasa, aku sebijik macam dia. Cuma yang bezanya, dia tulis siri cerita popular. Aku? Aku menulis Dendam Perantau. Tak apalah, at least we have something in common, suka menulis sambil mengopi. 

Dah nak Maghrib baru aku balik semula ke WalMart sebab nak tunggu teksi di situ. Masa meround cari ubat luka tuh, aku terround tempat lain pulak. Tersembatlah a few things. Terpaksa ambil bakul lagih. Tak nak cakap banyaklah, tapi dekat seratus dollars terbang duit aku beli benda-benda yang aku rasa kalau aku tak beli pun, tak ada apa nya. 

Balik rumah aku lepak ajelah, sambil fikir, apa nak jadi dengan aku nih. Pandai buat janji tapi tak pandai nak pegang. Nasib baiklah aku mungkir janji dengan diri sendiri aje. Cuma yang bagusnya dengan aku nih, janji dengan orang lain, aku tak pernah lupa. 

Talk Dirty To Me

06122005


Masa aku sembang dengan Hector, dengan Richard, selalu jugak aku mention pasal aku suka pergi buat acupuncture treatment, aku suka pergi massage. Massage yang tak ada hanky panky tuh. Hector sebenarnya nak sangat pergi massage, sebab dia nih, kalau tak salah aku, kurang sihat jugak. Dulu aku ada tanya bini Richard, apa pasal Richard yang selalu disuruh ke Texas sedangkan dia ada anak bini? Apa pasal tak disuruh Hector aje? 

Bini Richard kata yang Hector nih selalu sakit, tak boleh sorang-sorang, lama-lama. "He has to be close to us", kata dia lagih. Patut pun. Aku beritahu Hector yang aku boleh cari tempat massage kat internet, berlambak kat Washington DC, walaupun agak jauh. Dia suruh aku cari yang sekitar sini nih, tak payah nak drive jauh-jauh. 

Then semalam, masa aku suggest dia beli paper, cari kat paper, ada satu iklan nih, oriental spa, tak lah jauh dari tempat kitaorang. Puas dia memujuk aku suruh talipun, aku kata aku tak pernah pergi spa, aku tak tahu pun bezanya antara sauna dengan spa. Aku tak percaya sangat benda-benda gini nih sebab banyak benda di belakang tabir. 

Aku ingat lagi, dulu Yanti pernah cerita kat aku yang dia ada kenal this one Malaysian Chinese, pernah satu kerja dengan dia kat satu kilang di New Jersey. Minah nih kena buang kerja, so dia datang ke Philadelphia. Lama tuh, dia talipun ajak Yanti kerja di spa. Sebab Yanti nih masa tuh tak tahu apa sangat, dia tanyalah aku. 

"Kerja blow tu apa? Aku ditawarin temen orang Malaysia, ikut kerja blow di spa di Chinatoon". Nak tergelak pun sama so aku suruh dia tanya laki dia ajelah, Will tahu pasal blow memblow tu surenya. So memang aku tak percayalah benda spa-menyepa nih, sure ada extra service punyalah, no matter how legit it is. 

Richard sama Hector rupanya talipun spa tuh, diaorang tanya itu inih, then semalam lepas habis kerja, Richard panggil aku. Dia kata dia akan drive aku ke sana, dia akan tunggu sampai aku selesai. 

"What?", itu ajelah yang aku tanya dia.

"Let's face it, you need a woman", kata Richard. 

Hector senyum jer kat aku. "Don't be shy, we drive you there", kata dia. 

Termalu jugak aku tapi aku maintain serious, aku tak nak lah yang diaorang tahu yang aku bengang sebenarnya bila diaorang suggest benda-benda gitu tuh, what with Nadi dan Iwan yang dok terkekeh-kekeh gelak, ingatkan aku nak pergi ngentot. Sabar jer lah diaorang nih. 

"Naw....",aku geleng-geleng kepala.

"Kalo aku mau pergi ngentot, ngapain suruh mereka hantarin, aku pergi cari sendiri", kata Nadi. See? Dia serious ingatkan aku nak pergi buat benda tuh. Itulah, dia bukannya faham sangat benda-benda yang aku cakap dengan Hector, dengan Richard. 

Aku tak lah blame Richard sama Hector, mungkin bagi diaorang, benda tuh biasalah. Tapi bagi aku, bab-bab tuh serious sangat. Aku bukan jenis itu, aku tahu aku bukanlah alim tapi kalau setakat benda gitu tuh, aku boleh control. Walaupun aku tahu yang aku dah hampir lemas nih. Mungkin diaorang pun tahu yang aku nih dah sampai ke kepala dah itu nya nyeh. 

Si Iwan sama Nadi ni pulak, lain pulak ceritanya. Dua-duanya dah ada keluarga, cakap pun benda-benda jorok aje. Masa Bayou ada dulu pun, Nadi sama Bayou cakap benda-benda jorok jugak, tapi aku buat diam aje, aku tak ikut diaorang sembang pun. Dengan si Iwan nih, mungkin sebab dia tak kenal aku sangat lagih, dia selalu perli-perli, sindir-sindir, kata yang aku lebih hebat dari dia tapi aku saja buat senyap. 

Diaorang cerita pasal kat mana nak cari lonteh, kat mana murah, orang apa, orang Spanish ker, orang Asia ker. Bila dua tiga kali dia kenenkan aku, menyiraplah darah aku kan? 

"Awas kamu, aku nggak seperti kamu. Aku nggak senang", aku kata gitu sambil pandang dia dengan muka serious. Lepas tuh aku terus tak layan dah diaorang. 

"Lorrr, koq kamu tersinggung?", dia tanya aku. [Tersinggung kalau dalam Bahasa Indonesia, maksud dia lebih dalam lagih daripada "tersinggung" dalam Bahasa Melayu, macam "terluka" gitu tuh] 

"Iya, pastinya aku tersinggung sih, aku nggak seperti kamu sih", aku cakap tak pandang dia pun. 

Lepas pada tuh aku dah tak layan dah diaorang sembang, aku buat tak tahu ajelah, aku buat serious jer. Lama lepas tuh baru aku sambung balik sembang, diaorang tahu yang aku tak suka pasal dikenen-kenen begitu. Oklah tuh, mintak-mintak diaorang akan ingat semua tu tuh. To them aku nih tersangatlah "fanatik" nya, sampaikan aku nih macam "tak betul" jer. Bagi orang Indo, orang yang macam aku nih, fanatik sangat. Tak main perempuan, tak minum (Iwan mulanya tak percaya yang aku tak suka beer, dia tak percaya pun bila aku kata aku tak pernah pun minum beer, not even a sip, dalam seumur hidup aku. Perut dia buncit, dia kata sebab selalu minum beer) 

Aku tak kisah diaorang nak kata aku fanatik ker apa ker, itulah susahnya bercampur dengan orang Indo nih. Bangang sangat memasing tuh. Fanatik pun tak reti maknanya. 

Dua malam lepas, masa aku surfing, aku ada terperasan yang Iwan, kalau dia "tengok" laptop dia, dia "tengok" sambil baring, laptop tuh ditaruk atas perut. Sebab dia buncit, dia taruklah selimut, kasi rata. Lagi, dia mengadap arah aku, so aku tak dapat tengok screen laptop dia. Tak adalah aku syak apa-apa, aku pun tak suka orang tengok aku surf websites mana walaupun websites yang biasa aje, yang baik-baik, until aku terdengar bunyi orang mengerang, mengerang sebab syok. Aku tak lah familiar sangat dengan bunyi gitu tu tuh. 

Aku tengok tv, tak ada apa pun, History channel. Aku bukak-bukak windows aku, manalah tahu kalau tiba-tiba ada terclick mana-mana porn sites ker. Tak ada apa pun. Rupanya bunyi tuh datangnya dari laptop Iwan. Taklah kuat tapi aku yang pakai headsets pun boleh terdengar. Mungkin dia ingatkan sebab aku tengah dengar lagu tuh, tv pulak dipasang, aku tak boleh dengar kot. Tapi aku buat senyap ajelah, buat tak tahu ajelah. Dia tengah tengok porn rupanya. 

Semalam pulak, macam biasalah, lepas berkiss-kiss dengan bini dia kat talipun, dia bukak laptop. Aku tengah chat kat tagboard. Then aku ada dengar bunyi mengerang lagih. Bukan jer pompuan mengerang, bunyi lelaki mengerang pun ada aku terdengar. Biasanya, yang perempuan jer mengerang kan? Ini tak, yang lelaki pun bukan main hebat lagih pengerangannya. Ooooooo.... arrrggghhhh........ ooooooooooo......arc rrrgghhhh....... oooooooooooo.......... bersahut-sahutan bunyi tu tuh. 

Nak dijadikan cerita, tah camana tah, dia nak tutup laptop tu agaknya, tapi terkuatkan volume. Riuhlah bunyi orang mengerang. Kuat sekuat-kuatnya. Dia, sebab terpanik, sebab termalu, tak tahu nak buat apa. 

Aku buat selamba aje lah, aku buat macam tak ada apa-apa pun, walaupun dalam hati aku kata, "rasain kamu, lihat, siapa yang jorok?". Aku sajalah buat selamba sebab aku tak nak dia termalu. Lepas tuh dia cakap pun beralas ajelah, dia kata dia terpaksa tengok porn sebab rindu kat bini dia. Dia ada offer aku kalau nak tengok, aku katalah yang aku tak suka tengok porn. "Bagus filemnya, kontol aku bisa nangis kalo nonton", kata dia. 

Ya Tuhan, apa pasal lah aku selalu sangat jumpa orang yang lebih teruk dari aku nih? Lepas dari tuh, mungkin sebab dia masih lagi berkemaluan, dia surf news ajelah, baca koran Indo, dengar music Indo. 

Bawang Putih Bawang Merah


30112005

Aku memang dah lupa berapa ramai tukang masak yang sering silih berganti kerja kat sini nih. Masuk kerja seminggu dua, sesebulan, kalau tak berhenti sendiri, kena buang kerja. Biasanya kena buang kerja. Pak Tua yang handle bahagian dapur, kalau dia tak suka, dia buang aje, dia suruh balik ke New York City. 

Yang Cina muda yang ada laptop ituhari, dah berhenti dah. Sedih jugak aku pasal dialah satu-satunya Cina yang baik dengan aku, yang aku boleh buat kawan. Memanglah masa mula-mula dulu, aku tengok dia pun takut jer, muka mafia jer. Tapi lama-lama, jadi baik pulak dengan aku, pernah keluar makan sama-sama, bergurau pun boleh tahan jugak, walaupun dia tak reti English. Kalau orang tengok, tentu diaorang ingat aku sama dia tuh bisu, sebab kitaorang guna sign language jer. 

So dia dah berhenti ituhari, a few days before Thanksgiving. Puncanya, pasal gaji. Dia kata Pak Tua ada janji dengan dia yang selepas sebulan kerja, gaji dia akan dinaikkan seratus dollars. Lepas sebulan, dia tanyalah Pak Tua, tak ada pun kenaikan gaji. So dia berhenti ajelah. Aku sama Nadi boleh agak yang dia gajinya tak lah besar sebab dia masih muda, jadi itu yang dia harapkan sangat kenaikan seratus dollars tuh. 

Kitaorang dok fikir, kitaorang tak pernah pun mintak gaji dinaikkan, diaorang yang akan naikkan sendiri. Diaorang tuh, puas nak mintak dinaikkan gaji, tak dinaikkan gaji, diaorang berhenti kerja. 

Puas jugaklah Hector memujuk mamat tuh suruh kerja at least sampai lepas Thanksgiving sebab masa Thanksgiving, sibuk gila. Hector memang baik dengan mamat tuh, umur dekat sebaya, selalu dia lepak kat bilik mamat tuh, sambil tengok dvd Cina. Tapi mamat tuh jenis keras hati, dia kata dia tetap nak berhenti. SiHector pun sama, tak ada nak counter-offer ker, apa ker. Nadi kata kat aku, kalau dia jadi mamat Cina tuh, kalau dia dicounter-offer, dia akan stay terus kerja di situ. Dia tanya aku pulak, aku macamana? Aku katalah, kalau aku dah kata aku nak berhenti, aku akan tetap berhenti. Aku ada harga diri. So berhentilah mamat Cina tuh. 

Besoknya Hector macam rasa bersalah jer, bergurau pun muka macam termemek-memek gituh. Memang gitu, diaorang nih kalau the night before ada orang yang diberhentikan kerja, besoknya diaorang macam rasa bersalah jer, diaorang rasa macam lain jer bila tengok kitaorang. Dulu, masa Agung berhenti kerja, masa Bayou masih ada di sini, Richard selalu kata, "why are you guys ignoring us?" bila dia tengok aku sama Bayou macam tak nak sembang jer dengan diaorang. Tak ada apa pun sebenarnya, biasanya kitaorang akan sembang pasal orang yang kena berhenti tuh, itu aje. 

Dalam seminggu tak ada tukang masak, payah jugaklah kitaorang. Sorang tukang masak tuh baru sebulan lebih, nampak gayanya boleh bertahan lama dia tuh, pandai membodek Pak Tua. Aku tak ada apa komen sangatlah pasal dia nih, except that aku tak suka kalau kat rumah. Sebab dia nih, the moment sampai rumah, dia akan terus masuk bilik dia, then keluar ke ruang di tempat aku selalu lepak untuk berinternet, dia ke sana sini in his underwear. Jenis Cina yang gitu tuh, yang pakai underwear jer. Nadi pun pelik menengoknya. Aku pun kadang-kadang adalah jengok-jengok tengok, iyalah, nak tahu gak kan, baby corn ker apa ker. 

So bila dah tinggal sorang jer tukang masak tuh, susah jugaklah jadinya. Terpaksalah Pak Tua, Hector, semuanya turun ke dapur, turut sama memasak. Yang buat tak seronoknya kadang-kadang tuh kitaorang disuruh jugak tolong buat kerja-kerja dapur, kalau masa tak sibuk tuh. Kadang-kadang dishwashing, kadang-kadang tolong potong-potong sayur. Takat sikit-sikit tuh oklah, tapi kalau dah berguni-guni, berkotak-kotak, jadi bosan jugak dibuatnya. 

Biasanya kalau di sebelah petang, bila orang tak ramai sangat, kitaorang disuruh tolong kupas bawang. Kalau bawang merah, bawang besar tuh oklah, tapi kalau mengupas bawang putih tuh, sabar aje lah. Buat kerja pun sambil berdiri, buat kat counter makan pulak tuh, sebab senang kalau ada orang datang nak makan, senang untuk dilayan. Ada aku beritahu Hector cara cepat untuk mengupas bawang putih yang banyak, aku belajar tu dulu pun masa kerja di Florida dulu tuh. Rendam bawang tuh semalaman, besoknya senang aje nak kopek kulit bawang tuh, tapi Hector tak percaya dia kata aku loyar buruk. So terpaksalah aku sama Nadi tolong diaorang mengupas bawang putih, bawang merah, yang berguni-gunti tuh. Tak guna pisau pun, guna kuku aje. 

Sebab sibuk masa Thanksgiving weekend ituhari, tak adalah tukang masak baru. Isnin malam aje baru ada orang baru, datangnya dari New York. Terkejut jugak kitaorang menengoknya sebab tukang masak tuh dah tua. Benar-benar tua, dalam lingkungan 70an, atau lewat 60an kot. Bini Richard kata, agent yang hantar tukang masak tuh tipu diaorang, kata dia tuh umurnya 50 tahun. Tapi, tengok pun tahu yang dia dah dalam 70an.Aku dengan Nadi terus kata yang orang tua tu tak akan lama kerjanya di situ, sure akan dipecat oleh Pak Tua. 

Kitaorang tengok ajelah orang tua tuh kerja. Yaaaa....kesiannya aku. Kerjanya lambat, perlahan-lahan, nak angkat itu ini pun tak larat. Dan tiap kali aku tengok dia, aku insaf gituh. Sebab tiap masa aku terbayang, yang "silap haribulan" I will end up jadi macam dia. Umur 70an pun masih membanting tulang kerja di restoran Cina. Ya Allah, tolonglah jangan aku jadi begitu nanti. 

Kalau masa aku kerja di dapur, aku selalu tengok dia, jeling-jeling dia, kadang tuh rasa nak tolog dia angkat benda yang berat-berat, sebab aku tengok dia terkemput-kemput buat kerja. Tapi itulah, kalau nak tolong dia, takut Pak Tua nampak pulak, sure orang tua tuh disuruh berhenti kerja aje. 

---------------------------------

Memang betul pun tekaan kitaorang sebab aku tengok Pak Tua macam tak pedulikan aje Cina tua tuh. Hari ketiga dia kerja, aku tengok Pak Tua macam menyorok-nyorok aje menalipun. "Pak Tua lagi nelepon agen pastinya, kerna dia menelepon di depan", kata Nadi. 

Memang, diaorang kalau ada rahsia, benda-benda yang tak nak orang dapur (tukang masak Cina dua orang tuh) dengar, dia akan ke depan, dia menalipun dari situ, di tempat kitaorang kerja. 

Then tengah aku membersihkan itu ini, ada panggilan talipun dari agent kerja di New York, dari Makcik Jenny agaknya pasal aku ada terdengar Pak Tua sebut nama Jenny masa dia pass kan telephone tu kat Richard. "You Indonesian? Have you worked in the kitchen before?", aku terdengar Richard tanya caller tuh. Terus aku cerita kat Nadi, kemungkinan ada orang baru nak masuk, orang Indo pulak tuh. 

Tak tahulah masa bila Pak Tua beritahu tukang masak tua tuh yang dia diberhentikan kerja, tapi siang tuh aku tengok situa tuh masam jer, kerja pun macam malas jer. Memang sah dia diberhentikan. Richard ada beritahu aku yang dia terpaksa cari orang baru sebab sekarang musim cuti Krismas, ramai orang yang datang makan, kena kerja cepat. Situa tuh kerjanya lambat. Dia katalah kemungkinan orang Indo yang akan gantikan orang tua tu tuh. 

Aku, malam tuh, masa dah nak habis kerja, sembanglah jugak dengan orang tua tuh. Boleh jugak dia faham some English, ayat yang simple-simple. Dia dah berada di Amerika sejak tahun 78 lagih, sebatang kara. Ada anak bini di China tapi dah lama tak dihubungi. Dia kata biarlah hidup mati dia di Amerika ajelah. Kesian betul aku mendengarnya. Dia tahu jugak pasal Malaysia, dia kata Malaysia bagus sebab ramai Cina. Dia tahu Chilumpo (Kuala Lumpur) , dia tahu Ipoh, dia tahu Guntinm (Genting). 

Aku sama Nadi asyik dok bergossip ajelah, menengokkan gelagat keluarga Pak Tua. Memang ramai betul dah yang dibuang kerja, yang berhenti kerja, especially sejak SiKecil dan SiRakus berhenti dulu tuh. Kalau dulu, asyik orang bahagian depan aje yang berhenti dan diberhentikan (Willy, Agung, Sherink), tapi sejak Bayou balik Indo, dah tak ada orang depan yang berhenti. 

Aku sama Nadi tetap utuh mengibarkan bendera negara masing-masing. 

Sejak Richard balik dari Texas, kitaorang macam dibelai habis. Nadi mintak dibelikan tv (guna duit dia) sebab dia nak pindah ke bilik kecil yang dulunya tukang masak muda duduk dulu tuh. Malam tu jugak Richard pergi belikan dia tv. Dan malam tu jugaklah dia pindah bilik, dan malam tuh buat pertama kalinya, aku duduk sorang-sorang di bilik aku. Seronok pulak rasanya dapat duduk satu bilik satu orang pasal aku rasa bebas. 

Kalau dulu, waktu duduk dengan Nadi, taklah bebas sangat. Mula-mula oklah, tapi makin lama, dia buat tak kisah aje. Kalau aku nak sembahyang, dia selamba jer dengar lagu, pasang tv. Dah lah aku kalau sembahyang tuh boleh pusing dunia. Mulanya dulu dia kecilkan volume, tapi lama-kelmaan dia buat selamba jer. 

Malam pulak, kalau masa tidur, dia pasang cd. Aku tak kisah, memang aku suka jugak tidur dibuai dengan lagu. Cuma aku tak suka selection lagu dia tuh. Lagu-lagu lama, lagu-lagu Lobo, lagu-lagu zaman John Denver. Lagu yang kalau zaman aku kecik-kecik dulu, bila dengar lagu-lagu gituh, aku selalu berangan nak ke Amerika. Lagu yang agak baru pun, lagu-lagu hits Glen Madeiros, Rick Ashley (betul ker eja nama dia nih?). Glen Madeiros? Sabar jer lah. 

Aku sama Nadi asyik dok sembang ajelah, Nadi beritahu aku yang dia, sebab dah beli tv baru, dia akan cuba stay sampai at least setahun lagi pasal rasa rugi pulak nanti. Iyalah, kalau dia pindah kerja, sure tv akan ditinggalkan. Aku pulak, aku beritahu dia yang aku tak kisah langsung pasal tv ker, pasal dvd aku ker, pasal barang-barang aku. Kalau tak kena gayanya, aku berhenti gitu aje, aku tinggalkan ajelah barang-barang aku, yang aku bawak pun hanyalah pakaian dan laptop, mungkin jugak printer. 

Yang lain tuh akan aku tinggalkan aje. Tapi sebelum aku blah, aku rosakkanlah tv tuh, aku siram air ker, aku tebuk screen tv tu ker. Tak nak lah aku tinggalkan gitu aje, Pak Tua sekeluarga sure dah berkira-kira yang diaorang dah ada 2 extra tvs sekarang, sebab suatu masa nanti sure aku sama Nadi akan berhenti kerja jugak. 

Kitaorang fikir jugak, tentu keluarga Pak Tua ingatkan yang kitaorang akan lama kerja di sini. Memanglah, gayanya kitaorang akan lama, memasing dah macam "kumpul harta" kat sini, kerja pun ok, aman damai dan tenang. Memang tak ada apanya lah yang akan buat kitaorang berhenti kerja, di masa terdekat nih. Tapi itulah, kita tak tahu apa akan terjadi next, kita hanya boleh merancang. orang lain pun merancang jugak, kan?

Mungkin Pak Tua sekeluarga fikir yang for the next few years, diaorang tak akan ada masalah dah untuk cari orang, sebab aku dengan Nadi akan kerja di sini sampai pencen. Dan sebab itulah diaorang bukan saja sibuk mengipas bontot kitaorang sekarang nih, siap pasang aircond lagih. 

Diaorang selalu cakap, buat macam Bayou, kalau boleh, buat lebih baik dari Bayou, kerja situ for a few years, then baru balik negara masing-masing. Tengoklah macamana nanti. Nak mendapatkan setahun pun terkemput-kemput aku dibuatnya, inikan pulak nak kerja for a few more years. 

Richard ada sembang dengan aku, infact dia tanya aku kalau ada dua orang kawan rapat yang nak ikut kerja di one of their restaurants di Florida. Di Panama City (memang ada bandar nama macam tu kat Florida. Bukannya Panama City kat Panama tuh) Aku sama Nadi kata ok jer kalau diaorang nak suruh aku ke Florida. Dah dekat Georgia, dekat Alabama. Dekat Gulf Coast. Ish, takut hurricane lah. 

Aku beritahu Richard, apa pasal dia tak cari a few more guys yang dia percaya (macam aku lah, tapi aku tak ada lah kata direct kat dia, dia faham kot), rotatekan kerja, hantar aku sama Nadi (atau aku sorang) ke Panama City (or even Tampa), cari orang baru untuk kerja di Maryland nih. Pasal orang baru, biasanya diaorang tak nak pergi kerja jauh-jauh sampai ke sana tuh, unless orang yang dah memang sedia ada di Florida atau States lain yang berdekatan. Nak turun dari New York City memang tak ramai orang yang nak, lainlah kalau gaji besar. Kerja kat food counter, manalah gaji nya besar kan? 

"Are you serious?", dia tanya aku. Dia kata yang dia akan cuba plan macam yang aku suggestkan tuh , cari a few orang yang dia percaya, then hantarlah mana-mana restoran diaorang, di Texas, di Florida. Macam nak berkorban jiwa raga jer aku untuk keluarga Pak Tua nih. 

Jadi, sebab itulah agaknya diaorang terima orang Indo jadi tukang masak baru untuk gantikan Cina tua tuh. Mungkin nanti semuanya bisa betah kerna nanti udah jadi ada 3 orang Indo, bisa bikin temen. 

Then esoknya tukang masak baru, Iwan namanya, datang.

Room In Your Heart

29052005


Ahad lepas, aku tertunggu-tunggu jugak Angela, pasal nak kasi birthday present dia. Tapi sebab hari tuh sibuk sangat, tak adalah aku beria-ia tunggu, dan aku pun fikir yang dia sure nya cuti. Americans, diaorang particular sangat pasal birthday nih, sure tak kerjanya lah. 

So sebab Monday aku cuti, aku tinggalkan ajelah birthday present dia yang aku beli tuh, aku taruk dalam beg Nike, saja nak mengonfusekan orang. Aku ada pesan dengan Nadi kalau Angela ada datang Monday tuh, kasikan ajelah. Semalam Nadi ada cerita kat aku yang Angela ada datang Monday tuh, dia jenguk-jenguk cari aku, Nadi ternampak dia, so Nadi beritahu yang aku cuti. Nadi kasi ajelah hadiah tuh. Angela pulak cuti Selasa, tapi dia kata dia nak datang jugak nak ucapkan terima kasih, walaupun dia cuti. 

Selasa pulak, semalam, hujan lebat tak henti-henti, Angela tak dapat datang. Tadi, tengah aku menyusun minuman, dia datang. Dia suruh aku keluar dari restoran tuh, aku kata aku tak boleh keluar. 

"What? How am I going to hug ma man?", dia bergurau. 

"Seriously I can't", aku kata gitu. 

Boleh kalau aku nak tapi masa tuh Nadi dok senyum jer, Richard pun sama. Hector terus ke depan. "Just ignore him", aku kata sama Angela, sambil tunjukkan arah Hector. "Just pretend that he doesn't exist", aku kata lagi. 

"Dang y'all, how am I going to kiss ma man?", kata Angela. 

Aku sembang ajelah dengan dia, macam terketar-ketar gitu, macam berkemaluan kucing gituh. Dia perasan agaknya aku tak berapa comfortable, dia lagilah menyakat aku. Semua ayat dia ended up with the words, "ma man". Dia tanya aku, bila aku off, dia nak ajak keluar makan etc, "we figure out something to do", kata dia. Ish, lagilah takut aku dibuatnya.

The door is open wide 
Is anybody there? 
I know this must be the room in your heart 

I really don't know why 
But it's so easy to breathe
I know this must be the room in your heart 

[Room In Your Heart - Living In A Box] 

Bini Richard sama Hector bukan main lagilah mengenakan aku, diorang ingat aku serious, diaorang ingat aku ada apa-apa dengan Angela. Nadi jer yang faham, yang tahu, bahawasanya aku tidak mempunyai hubungan dengan Angela. Sebab dia memang perasan yang aku sama Angela selalu gurau-gurau, we even call each other, "Darling". Darling yang tak ada erti. 

Bini Richard memanglah kepoh orangnya, dia tanya aku macam-macam, apa pasal aku belikan Angela hadiah, aku tak beritahu pun apa yang aku belikan, kalau aku cakap aku beli perfume gift set yang berharga $65-00 tuh sure dia tercengang. Sebab dia nih memang kedekut, teramatlah kedekutnya. Dia selalu sangat kata aku nih "too generous", bila tengok aku kasi rokok dengan budak-budak Nike, bila aku kalau beli teh ais limau , tak pernah aku ambil duit balance. Kalau ada customer, budak-budak yang kebetulan tak cukup duit sesepuluhsen dua, aku korek poket aku, aku bayarkan. Benda-benda kecil gituh, yang bagi aku, apalah sangatnya, tak kaya pun kalau aku tak buat begitu. 

Patutlah Richard macam selalu sangat melarikan diri dari bini dia tuh, even Richard pernah sekali kata kat aku, "don't listen to her". Aku rasa aku dah kenal sesikit bini Richard nih, aku kalau dah bosan sangat tuh dengan kepelitan dia, aku selalu kata, "what is so wrong? Be nice to people, people will be nice to you". 

"Nobody's being nice to me", itu ajelah jawapan dia. 

Memanglah, aku sebenarnya tak ada hajat langsung nak mengorat Angela tuh, dia hitam, aku tak suka, aku tak ada nafsu langsung kat orang hitam.Kalau dia tuh orang putih, ada harapan aku nak menggatal, bukan menggatal apa, menggatal untuk masa depan. Ajak kawin, dapat green card, dapat jadi citizen. Lupakan Malaysia. 

Tapi itulah, dia orang hitam, walaupun dah dia ceritakan kat aku semuanya, dia single, nak cari boyfriend/husband orang Asia, benda-benda gitu tuh. Kalaulah dia tuh boleh jadi macam Michael Jackson yang oleh bersalin kulit, aku on kan aje. 

Kat sini, memang selalu sangat kitaorang nampak orang Asia yang bersuamikan/berboyfriendkan Mat Salleh. Orang Filipina kebanyakannya, tak kurang jugak orang-orang bangsa Cina. Aku dengan Nadi selalu pelik, selalu tertanya-tanya, macamana diaorang boleh dapat berpasangan dengan Mat Salleh nih. Sebab memasing tuh, muka tak sudah jer kebanyakannya. Macam yang kat Malaysia tu lah, sebijik gaya ituh. Tapi bila difikir balik, iyalah, diaorang perempuan, memang perempuan nih senang sikit nak cari. Yang diaorang dapat pun kebanyakannya muka tak sudah jugak, yang aku rasa muka kampung sangat. 

Nak cari lelaki Asia yang bergirfriend/beristerikan yang payahnya. Sesekali dua aje terserempak tengok balak Asia yang keluar dengan dengan Minah Salleh. Kalau yang dah berumur tuh, kitaorang taklah pelik sangat, dulu mungkin diaorang tuh "mail-in bride", sebab English diaorang entah apa-apa, cara diaorang pun masih kekampungan. Tapi kalau yang muda-muda tuh, tu yang kitaorang selalu tertanya-tanya jugak tuh. 

"Sialan, pacaran sama Bule (orang putih) cewek tu", aku selalu kata kata Nadi.

"Itu, bule tu, pasti kontolnya panjang", Nadi punya assumption tuh kadang masuk akal jugak.

Tapi bila difikir-fikir balik, susah jugak orang macam aku nih, orang macam kitaorang nak cari girlfriend Minah Salleh. Iyalah kan, kitaorang Bangla, orang gelap. Sure diaorang takut. Atas sebab itulah aku rasa aku kena kadar diri aku, aku tahu aku ni siapa. Itu yang buat aku cuba untuk menahan kegatalan aku. Sebab aku sedar, aku nih, mengukur baju di badan sendiri pun tak reti. Besar.

Aku sedar, kalau kote kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. 

Apa DiHarap Padi Di Seberang


27112005

Walaupun letih tapi aku rasa happy jer sebab aku tak ada pun buat something yang menyepoilkan my day. Biasanya kalau dah sibuk-sibuk gituh, sure ada yang marah, tengking sana sini, things like that. We laughed all the way. Keluarga Pak Tua, they laughed all the way to the bank. Aku sama Nadi, sama tukang masak Cina tuh? Pi mai pi mai tang tu jugak. 

Nasib baiklah kitaorang disuruh balik pukul sembilan lebih, walaupun restoran akan hanya tutup jam sebelas. Dah tak sibuk dah, buat apanya ramai-ramai kan? Hanya Richard sama Hector yang tinggal, yang lain tuh semuanya disuruh balik. 

Sampai rumah, terus aku longgokkan aje barang-barang yang aku beli tuh, aku terkam laptop dulu. Si tukang masak Cina tuh, kurang asam punya orang, dibukak satu persatu beg aku, dikeluarkan, dibelek-belek barang yang aku beli. Geram aku, aku dok merungut dalam bahasa Melayu. Dia gelak kat aku, dia kata dalam bahasa Cina yang aku boleh tangkap maksud dia sesikit. Dia kata, kat Chinatown, jauh lebih murah barang-barang tuh, beg tuh especially. 

Berasap lah aku kan? Terus aku tunjukkan dia label, aku tunjukkan dia tulisan Polo, tulisan Calvin Klein, tulisan Perry Ellis, tulisan Nike tuh. Mana dia faham, bangsa Cina daratan yang bangang tu kan? Aku biarkan ajelah dia belek-belek barang-barang aku. 

Lepas mandi, sembahyang semuanya, aku terus angkut semua beg-beg tuh masuk bilik, aku tak ada tengok atau cuba nak pakai pun, sebab aku malu kat Nadi. Dia, hari tuh jer sampai dua kali, aku rasa, sindir aku. Dia kata, dia tak nak belanja apa-apa, tak nak beli barang apa-apa sebab tak nak orang tahu (keluarga Pak Tua). Malu, katanya. Kiranya aku nih muka tak ada kemaluanlah? Kiranya aku nih nak menunjuk-nunjuklah? 

Aku masih fikir yang dia cakap gitu sebab dia "tak nak kalah dengan aku kononnya", aku masih fikir yang dia tuh kedekut. Tapi itulah, aku tak pernah cakap apa-apa pun pasal dia, walaupun aku tahu yang dia tuh memang pelit orangnya, memang berkira sangat. Tak payah nak berdalih-dalihlah, the more dia berdalih, the more aku tahu pasal dia. Aku tak ada pun cerita kat orang aku belanja sakan, diaorang tahu sebab diaorang nampak barang aku beli, beg-beg yang aku taruk di kereta diaorang tuh. Diaorang tak ada pun tanya benda-benda lain, Nadi jer pandai buat assumption sendiri. 

Kalau aku nak menunjuk pun, aku menunjuk kat blog akuh, itu aje.

Masa nak tidur tuh baru aku terfikir, apa ke jadahnya aku beli barang, aku beli pakaian sebanyak itu tuh? Bila masanya aku nak pakai? Aku kan ker cuti seminggu sekali jer, nak buat apa baju mahal-mahal gitu tuh? Well, it's not the things yang aku beli tuh, mungkin aku nak melepaskan dendam, melepaskan geram kot. Iyalah, selama aku di Amerika nih, aku asyik dok pakai baju kodi jer, t-shirts yang 10 dollars dapat 3 helai, adik-beradik t-shirts Fruits Of The Loom tuh. Nak lah aku merasa balik pakai baju-baju branded gitu tuh, macam di zaman-zaman kegemilangan aku dulu tuh. 

Untuk menyedapkan hati aku sendiri, malam tuh, aku tidur pakai t-shirt lengan panjang Calvin Klein, aku pakai track bottom Nike. Lena tidurnya aku malam tu tuh. Itu belum lagi aku tidur pakai spenda Calvin Klein tuh, sambil menyelepang beg laptop. 

Besoknya aku terlambat bangun, Nadi kata pergi kerja pukul 7-30 am tapi aku pelik jugak apa pasal cepat sangat sedangkan semalamnya Nadi masuk kerja macam hari-hari biasa. Rupanya Nadi salah dengar (tak faham kot) cakap Richard. Richard kata diaorang akan bertolak pukul 7-30, kalau Nadi nak ikut, dan nak pergi shopping, bolehlah ikut diaorang. Sebab kitaorang dah bersiap, kitaorang ikut ajelah, dah rugi 2 jam, sebab sepatutnya masuk pukul 9-30. Apalah bangang punya Nadi. 

Aku tak pergi mana-mana pun, lepak jer kat restoran, sambil menyiapkan apa yang harus disediakan. Nadi sama Cina tukang masak tu jer pergi shopping. Bila dah bosan melangut sorang-sorang, baru aku keluar, aku pergi Nike. Sembanglah kejap dengan budak-budak Nike. Diaorang buat sales sampai USD 120,000 semalamnya, record baru sebab selama ini, paling banyak pun dapatlah dalam 80,000 dollars jer. 

Entah macamana aku terpergi ke Calvin Klein sekali lagih, memang aku tak ada niat nak menyopping dah. Tapi, dah termasuk situ tuh, biasalah kan? Aku terbelilah something. Aku beli benda-benda kecik jer, winter accessories gituh. Sarung tangan, sarung kepala, sarung telur. Pun begitu, dekat seratus jugak habisnya. Iyalah kan, sarung telur emas. 

Macam semalamnya jugak, sibuk teramat. Sempat jugaklah sembang-sembang dengan Richard, bini dia, Hector. Semuanya gelak kat aku pasal sakan menyopping. Hector jer yang kata, "it's ok, sometimes you need to relase that feelings inside of you...blah blah blah". Terkejut aku bila dia kata gitu tuh. Betul jugak kata dia tuh. So aku tolak bahu dia. Terkejut dia. Aku pun terkejut sebab aku dah terpegang dia, memang selama ini aku janji, bergurau macamana pun, aku tak akan sentuh dia. Sebab dia Boss aku. Tapi aku tertolak, tak apalah. 

Tapi biasalah kan, dengan aku, dalam gurau-gurau pun, kalau aku terasa, aku smash balik. Itulah, bini Ricahrd kata aku nih gila sebab belanja sampai dekat seribu just beli pakaian. "You don't need branded shirts, you only need this", kata dia sambil pegang t-shirt restoran yang aku pakai tuh. "True but what makes you so sure I'll be here next week, next month?", aku tanya dia balik. Senyap memasing.

"Smart", kata Richard. Aku tak tahulah apa maksud dia tapi aku fed up jugak bila diaorang asyik dok bercerita pasal aku. Diaorang macam mengomparekan aku dengan Nadi. Nadi tak beli apa pun. Cina tuh, kan ker aku dah cakap dia tuh bangang? Dia terbeli barang perbuatan Cina (sebab murah), lepas tuh mintak Hector tukarkan balik sebab dia tak nak pakai barang-barang perbuatan Cina. 

Tengahari tuh ada rombongan budak U datang makan. Aku tengok, dari Case Western Reserve University, Cleveland, Ohio. Diaorang tengah dalam perjalanan ke Washington DC. Terus aku teringat yang kalau tak salah aku, ada dua orang Melayu yang baca blog aku nih, study kat Uni tuh. Panik jugak sekejap, so aku tenung-tenung, aku carilah kalau ada muka-muka Melayu. Nasib baik tak ada pun, Mat Salleh semuanya.

Petang tuh, tengah aku memenuhkan refrigerator dengan botol-botol minuman, aku ternampak ada satu awek nih tengah beratur memesan makanan. Budak muda, pakai tudung macam orang Malaysia, muka Melayu. Sahlah Melayu. Comel budaknya. Terus aku fikir, aku nak tanya dia, aku kena tinggalkan kerja yang aku tengah buat tuh. Aku kena layan dia.

Rupa-rupanya Minah Indo, student kat UPenn. Dia tak beli lauk pun, cuma makan nasi sama sayur, terus aku tanya dia, dan bila dia jawab, aku pun kata, "Pertama kali saya ketemu orang indo islam yang gak makan daging tak sembelih"


"Saya ngerti...", dia jawab gitu. Memanglah, orang Indo, macam Arab jugak, diaorang pakai sebat aje apa-apa pun. 

Bangla Yang Berbranded

25112005


Lepas tengok Survivor malam Khamis lepas, aku terus tidur. Tak pernah-pernah pun aku tidur pukul 9 malam tapi sebab besoknya kena bangun pagi, terpaksalah aku masuk beradu lebih awal. Itu yang terbangun awal jugak tuh.

Lepas tuh terus berangkat kerja. Pukul 5 setengah. Punyalah sejuknya, 16 degree Fahrenheit (-9 degree Celsius), dah lah aku semalamnya menggondolkan kepala. Nadi tak ikut kitaorang, Cina tukang masak tu jer yang ikut aku sama Richard. Hector pun tak ada. 

Sampai di restoran, terus Richard suruh aku pergi shopping sebab dia tak nak buat persediaan apa untuk jualan, orang gila aje yang datang makan pepagi buta gitu tuh. Ramai dah orang yang datang nak shopping sempena Black Friday Big Sale. Pelik aku, sebab ada offer 10, 20 percent, sanggup orang bangun pagi-pagi. 

Bagi aku, bukanlah sangat pasal offer tuh, tapi saja jer nak join the crowd. Nanti orang kata aku anti-sosial pulak kan? Orang berebut shopping pepagi buta, aku nak jugak lah merasa. Entah-entah dapat peluang nak meraba orang. Raba Minah Salleh lagi tuh. 

First aku masuk Polo Ralph Lauren. Bertolak-tolak orang masuk store tuh. Nama jer murah, tapi mahal nak mampus barangnya. Lagi pulak, barangnya semua barang perbuatan luar. Yang paling murah, semua barang perbuatan China, Bangladesh, Taiwan, perbuatan negara-nefara di Asia. Aku tak beli apa pun barang perbuatan orang Asia tuh, instead aku cari barang perbuatan orang Amerika Latin, yang harganya mahal sikit dari barang perbuatan orang Asia. Aku ambil barang yang ada tulis "Made In Honduras Of USA Fabric". Tak ada pun barang perbuatan Amerika, kalau ada pun semuanya benda-benda yang tak kena mengena dengan aku, duvet, barang-barang hiasan rumah gituh. Aku nak beli pakaian jer, so terpaksalah beli mana yang ada. 

Macamana pun, aku rembatlah 2 helai t-shirt, 2 sweater, 2 helai t-shirt lengan panjang dan satu topi. Hampir terrembat satu jacket tuh yang harganya seratus lebih, tapi nasib baik aku sempat berfikir. Kitaorang dikasi kard discount, kalau belanja more than 200 dollars, dapat diskaun 25 % lagih, on top of semua diskaun-diskaun yang ditawarkan. 

Sambil ambil baju-baju tuh aku dok kiralah, dah sampai 200 ker belum nih. Dah sampai 200 ker belum nih? Iyalah, kadang tuh confuse jugak sebab aku ada terrembat barang yang tak ada dikaun, dan aku pun tak tahu yang harga yang dilabel tuh dah didiskaunkan ker belum. Buatnya tak sampai 200 aku belanja, rugi jer, tak dapat potongan 25 % tuh. 

Ada jugak aku belek-belek wallet, lawa-lawa, rasa nak ambik sebijik tapi bila aku tengok, banyak sangat kompartments untuk isi kad, aku tak jadi belilah. Iyalah, aku mana ada credit card, ATM card pun tak ada. Yang aku ada hanyalah kad library dan 2 kad lain. Aku ada Western Union punya gold card, eleh, bukannya apa. Aku selalu guna Western Union punya service, so aku applylah card diaorang tuh, setiap kali aku guna kad tuh, akan dapat "points", kalau tak salah aku points tuh dapat ditukar dengan unit panggilan talipun seluruh Amerika. Itu ajelah. Aku simpan kad tuh sebab kad tu ajelah yang ada nama aku. Aku rasa bangga jugaklah ada kad yang ada terpapar nama aku. 

Kad kedua, kad ahli Republican. Entah macamana aku dapat kad tu tuh tapi a few years ago, masa aku di Boston, aku tengok dalam mail, ada kad tu tuh. Sure ada orang jual mail address ni nih. Bukan apa, aku dapat kad tuh yang membuktikan aku sokong Parti Republican. Seriously, I know nothing, aku tak ambik peduli pun pasal politik-politik nih, politik Amerika pulakkan? Walaupun kad tu means nothing, it means something jugak to me. Aku rasa bangga ada kad yang ada nama aku. 

Iyalah, keadaan aku yang Bangla di sini nih, mana ada harapan untuk buat dan kumpul segala macam jenis kad. Kalaulah aku ada legal papers, kalaulah aku bukan penduduk haram, dah berkotak-kotak segalam macam jenis kad yang aku simpan, yang aku pungut. So aku tak belilah wallet tu tuh. Ngam-ngam 250 dollars aku belnjakan di Polo, so dapatlah 25% dicount tuh. 

Aku suruh diaorang taruk dalam satu beg besar jer barang-barang aku tuh sebab niat aku nak merayap ke tempat lain pulak. Sebelum ke Calvin Klein, aku jenguk sekejap rstoran tuh, tak ada orang pun. Kat restoran lain ada jugak orang datang beli breakfast. 

Tak lah lama sangat aku kat Calvin Klein tuh pasal tak ramai sangat orang. Aku ambil 2 helai t-shirts lengan pendek, 2 helai t-shirts lengan pendek jugak tapi yang mahal sikit dari yang dua tuh. Aku rembat satu beg laptop yang aku rasa tersangatlah cunnya. Memang ada aku terfikir yang aku nak buat apa sampai dua beg laptop, tapi beg tuh memang lawa. Aku nak buat macamana? 

Yang peliknya, di bahagian jualan baju-baju, aku tak tengok pun harga barang sesangat, aku pakai ambik jer. Dalam lingkungan itulah, 49 to 89 dollars, semuanya barang-barang kat situ. Cadang nak ambil jeans sepasang dua tapi aku tengok dah banyak barang aku ambil, so aku terus pergi bayar ajelah. Hangus another 250 dollars. 

Aku pusing-pusinglah sekitar mall, nak masuk Banana Republic ker? Nak masuk Izod ker? Nak masuk GAP ker? Nak masuk Adidas ker? Argh, tensen akuh, so aku terus ajelah jalan. Then aku teringat kat Angela, ada awek hitam nih yang selalu datang makan kat restoran kitaorang kerja tuh. Dia selalu sembang dengan aku, selalu jugaklah aku sakat (sebab dah kenal baik, lagipun dia suka disakat dan menyakat aku). Biasanya, yang kerja kat sini nih tak pernah kasi tips pun, iyalah, harga makanan dah lah mahal. Lagipun, kalau dah datang selalu sangat, takkan tiap kali nak kasi tips kan? So ada satu hari tuh, lama dah, Angela nih tanya aku, "Why do you guys look so bored? Do something!". "This is part of our job, standing here like a fool, even if there's nobody out here", aku jawab gituh. Lepas pada tuh, tiap kali dia datang beli makanan, dia sure taruk duit kat tabung tips, dan tiap kali dia taruk duit, dia akan kata, "Look, look here!". Kalau dia kasi more than a dollar, aku ambik balik, aku kasi dia balik. 

Ituhari Angela ada datang tempat aku suruh aku belikan dia hadiah harijadi dia this coming Sunday. Aku memang janji to get her something. Sementelah aku berdiri di depan kedai Perfumania, aku masuk ajelah. Kejap jer, ranap 150 dollars. Tak rugged lah aku beli "for her" jer kan? Itu yang aku terambil "for him" sekali tuh. Untuk aku pakai. Ataupun untuk aku kasi orang nanti kot, pasal aku masih ada penyembur ketiak yang aku beli kat Dollar Store dulu tuh. 

Sure aku akan segan nak pakai cologne mahal-mahal, pertamanya, semua orang lain yang di restoran tuh, bau kambing jer semuanya, kalau aku pakai wangi, sure akan terserlah kebaukambingan diaorang kan? Keduanya, aku sayang nak pakai nanti kot. Aku tak suka membazir, sure aku kena habiskan apa yang aku dah ada tu tuh dulu, baru aku pakai yang baru dibeli tuh. 

Penuh dah 3 beg barang yang aku beli, so keinginan untuk membeli tuh dah berkurangan, walaupun aku masih buat calculation kat kepala aku, how much money yang masih ada di pocket aku. Di pocket kiri, di pocket kanan. Dalam wallet. Dalam sampul duit gaji yang belum dibukak itupun jugak. 

Aku kenal ramai jugak budak-budak Nike sebab diaorang selalu datang makan kat tempat kitaorang. So aku masuklah Nike sebab aku tengok diaorang semuanya ada, sajalah aku nak menampakkan muka. Cadangnya nak buat macam pergi khenduri ajelah, pergi untuk menampakkan muka aje. Dah masuk Nike tuh, tertengok pulak baju-baju, jacket-jacket yang lawa-lawa. Halus-halus kainnya, licin lagi. Harganya pulak dalam lima enam puluh gitu tuh. Tak lama pun aku belek-belek, tersadai kat bahu aku, satu track bottom, satu t-shirt lengan panjang dan satu jacket. Kedua-dua tangan aku dah penuh dengan beg-beg. Habislah 200 lebih kat situ, jacket tuh aje dah 80 dollars. 

Memang aku tak ada niat nak beli jacket pun sebab aku tau, winter aku boleh pakai baju banyak lapis, tak payah pakai jacket tebal-tebal. Tapi pagi tuh memang ada Richard kata yang aku kena beli jacket tebal satu sebab aku selalu bersin selsema sebab sejuk. Itu yang aku rembat jacket Nike tuh. Alang-alang beli kan, biar berbaloi. Biar rasa puas. 

So habis dalam 950 dollarslah aku shopping semuanya, dalam masa sejam. Lepas tuh terus aku balik semula ke restoran, sebab tak ada ruang nak taruk barang (penuh dengan barang persediaan untuk jualan di Black Friday tuh), Richard terus ambil beg-beg aku tuh, dia nak taruk di kereta. "Oh my God", dia kata sambil senyum bila dia tengok barang-barang yang aku beli tuh. 

Pukul 7 tuh Pak Tua dah sediakan makanan, adalah satu dua orang yang datang beli makanan. Nasib baik ada aku, akulah yang melayan orang makan. Pukul 8 lebih baru Hector datang, pukul 9 setengah baru Pak Tua pergi jemput Nadi sama bini Richard. Aku masa tuh dah kendur telur terlari sana terlari sini nak serve orang makan. Aku pun lapar, so aku pergi lari kejap beli roti. 

Punyalah ramai orang datang makan, sampai geleng-geleng kepala kitaorang pasal terkejar ke sana ke mari menyediakan pinggan mangkuk, masakan, minuman. Sebelah pagi sampai petang, aku di bahagian makanan, sampai tercabut skrew pemegang mee dibuatnya, tak ada pulak penceduk spare, terpaksa aku guna alat yang hampir rosak tuh. Punyalah siksanya, nak cepat. 

Suara aku hampir hilang sebab terjerit-jerit, orang ramai so kena cakap macam jerit-jerit gituh. Nadi terkekeh-kekeh sebab ada beberapa kali suara aku serak. Punyalah sibuknya sampai diaorang tak sempat masak, instead disuruh makan sekeping kek setiap orang, makan sambil kerja. 

Dah agak malam (pukul 4 onwards) aku tak tahu macamana, aku terlepas ke bahagian cash register. Sabar jerlah bini Richard tuh, tak senak-senak tetek dia asyik dok kena tangan aku jer. Terfikir jugak aku, entah-entah tangan aku yang lebih sering sentuh anu dia tu tuh, compared to tangan laki dia, Richard. Iyalah kan, Richard kan ker selalu ke Texas, jumpa bini dia pun sekali jer in like 2 months. Itupun dalam seseminggu jer. 

Aku rasa nak pitam jugak, dah lah lapar, sejuk pulak tuh, ngantuk. Semuanyalah. 

Selamat Hari Kesyukuran


24112005

Hari nih aku cuti, cuti Thanksgiving Day. Teruk punya Pak Tua, teruk punya Hector sebab kitaorang bertiga, aku, Nadi, sama tukang masak tuh, disuruh cuti sebab memang mall tuh tutup. Sepatutnya kitaorang dapat cuti free, tapi diaorang pandai, semuanya disuruh cuti serentak . Tak apalah, asalkan cuti. Minggu depan onwards aku balik cuti Isnin balik kot.

Tak buat aa pun harini nih pasal semua mall tutup, semuanya tutup. Kecuali WalMart. Panggung wayang pun tutup jugak rasanya. Nak keluar pun malas pasal semalam snow turun for the very first time this winter. Taklah lebat, takat snow shower gitu jer. 

Richard ada balik dari Texas semalam, untuk tolong kerja di sini sempena Thanksgiving weekend nih kot. Memang sibuk gila dengar ceritanya kalau musim-musim gini. Ngeri jugak aku tengok persediaan yang diaorang buat. Beli minuman sampai tak ada tempat dah nak ditaruk kat restoran tuh sampaikan terpaksa disimpan kat rumah. Kat garage tuh dah jadi macam kedai minum pulak, bertong-tong, berderet-deret air botol. Persediaan lain semuanya dah dibuat, esok restoran akan dibuka pukul 6 pagi. Sampai pukul 11 malam. Just imagine, berapa jam tuh. 

Tapi aku dah beritahu Hector yang aku nak join Big Sales Event tuh, kat sini the day after Thanksgiving memang ada Black Friday, banyak mall dan stores yang jual barang murah-murah. Macam kat UK, the day after Christmas diaorang ada buat jualan murah. On Boxing Day kan? 

Tak tahulah macamana nanti tapi kalau dengar cerita Bayou dulu, kalau dengar cerita orang-orang yang kerja di sini (security guard, tukang sapu), memang sibuk, sampai tak boleh bergerak, sebab ramai orang. Sure ada masuk local TV nanti nih pasal sejak semalam dah ada terpacak dua van studio TV yang nak buat rakaman Black Friday. Jangan ada yang mati berebut dah lah, think of it, rasa nak gelak pulak. Berebut-rebut pasal ada 10 %, 20 % offer. Itulah mati tak berbaloi namanya. Kalau berebut pasal benda free tuh kira ok jugak. 

Hector dah kasi aku greenlight untuk pergi shopping, sebelum pukul 6 pagi. Nadi tak nak pergi kot, tapi dia yang beria-ia tanya itu ini, plan nak beli itu ininya. Memang dia selalu gitu, dia suka tahu kat mana ada offer, kat mana ada barang yang bagus. Aku dah set nak masuk Polo, Calvin Klein, Ecko Unlimited, Nike and a few others. Itu aje. Ala, aku kalau pergi shopping memang tak lama. Pakai sembat jer, terus pergi bayar. 

Tapi apa yang aku bimbang kan nih, boleh ker aku kerja selama 17 jam nanti tuh? Dari 6 pagi sampai 11 malam. Orang sure tak putus-putusnya datang. Puaslah aku berdiri nanti, sampai bersisiklah agaknya kaki akuh berdiri lelama nanti. Akan luruh kah telur aku kena berdiri lelama nanti tuh? 

Semenjak dua menjak nih (weekends especially) Hector suruh aku jaga cash register, sekali dengan bahagian minuman. Dia kata aku cepat, macam lipas kudung, kalau buat kerja tuh. Biasanya aku dengan bini Richard yang handle bahagian tuh, sebab ada dua cash registers. Nak patah rasanya kaki sebab terpaksa lari ke sana-sini, ambik minuman, tukar-tukar cash register. Memang effisyen kitaorang, memang laju, sebab ambik turn gituh, taklah satu orang jaga satu cash register. Itu yang kadang tuh kena jerit-jerit. Kalau masa sibuk memang kitaorang semua macam dirasuk setan. Aku tak ada masa langsung nak even tengok jam.

Aku perasan, kalau kat restoran-restoran lain, line macamana panjang sekali pun, yang jaga cash register tuh selamba jer. Tak macam kitaorang. Diaorang buat tak kisah aje. Iyalah, diaorang kerja makan gaji aje. Tapi, aku pun makan gaji jugak, apa pasal pulak aku beria-ia benar? Itulah, kerja restoran Cina nih, perlu fikir macam restoran tuh kita yang punya, kena kerja mati-matian. Kena korbankan segala jiwa raga. Dei kebahgiaan Pak Tua. 

Pttuuiiiihhhhhhhh!!!!

Yang seronoknya tak seronoknya, tempat tuh dah lah sempit, bini Richard ni pulak kepoh sangat orangnya. Tak percaya orang pun satu. Apa yang aku dah buat, nak buat jugak. Nak check jugak kononnya. Dengan kata lain, kaki menyibuk lah dia nih. Aku kalau dah kerja sibuk tuh, kaki tangan siap buat kerja, lari sana sini, tekan sana, picit sini, unjuk sana, tanya sini. Tak peduli orang sekeliling. Tu yang selalu sangat tersentuh/terkena tetek dia tuh. Bukannya takat pelan-pelan. Ini, jenis yang kena berdebuk tuh. Aku biasanya buat tak tahu jer, sebab nak cepat. Kalau pasal berlaga bontot, memang kerap sangat, masa aku nak ke sana dia pun nak ke sana. Aku nak ke sini dia pun nak ke sini. 

Bini Richard nih hot tempered punya orang kadang tuh, pernah ditengking kat orang yang datang makan. Aku pun pernah dia tengking. Tapi aku tengking dia balik. Payah amat. 

So apa aku buat di hari Thanksgiving ni nih? Bakar Ayam Belanda? Tak lah. Aku tak buat apa pun sangat. Lepas subuh aku tidur, bangun pagi pun dah dekat pukul sembilan, itupun sebab lapar. Bising pulak tuh. Tukang masak Cina tuh riuh masak nasik untuk dia makan for breakfast. Nadi pulka, riuh kat talipun, dia call bini dia kat Indo sana. I'm not surprised sebab dulu dia ada kata kalau dia call bini dia, sure towards the end tuh dia cerita benda yang jorok-jorok (kotor), dia macam buat phone sex gituh. 

Kebetulan masa aku nak buat kopi, aku dengarlah inti perbualan dia dengan bini dia tuh. "Lu senang yang gimana? Gue senang kalo lu di atas.....blah blah blah". Cepat-cepat aku masuk bilik semula sebab aku tak nak dia terperasan yang aku dengar dia sembang tuh. Aku tak nak potong stim dia. 

Lepas tuh aku tengok tv ajelah, tengok live Thanksgiving Parade. Itulah kalau duduk kat kampung gini nih, terlupa pulak aku yang kat bandar-bandar besar, ada buat parade. Yang kat New York City tuh, parade paling besar, kalau aku di Philadelphia, sure aku turun New York punyalah.

Lapar, tak ada apa kat fridge yang boleh di makan. Nasib baik Pak Tua kasi kitaorang makanan. Nak tahu apa? Dia kasi sweet potato rebus. Macam keledek rebus lah. Makan ajelah, memang aku tengah lapar. Macamana pun, aku makan sikit jer, takat alas perut jer. Lepas tuh aku sambung balik tidur, sedap tidur di musim sejuk gini nih. Berkerekot jer.

Bangun aje terus aku sembahyang Zohor, masa mandi tuh aku fikir-fikir jugak kat mana nak cari makan sebab sebelum tuh aku ada talipun restoran Itali yang dekat sini nih tuh, kalau-kalau diaorang bukak. Tak ada jawapan pun, sure restoran tutup pasal cuti Thanksgiving. Tak ada pilihan lain, aku talipun teksi ajelah, aku nak ke WalMart, the only place yang bukak. Snow shower masih turun masa aku keluar tuh, kepala aku dah macam nak pening jer pasal masuk angin kot. Kalau bukan sebab tak ada makanan untuk dimakan, memang aku tak akan keluar ke mana-mana pun, buang duit aje. 

Tapi itulah, cadangnya nak beli sesikit benda jer. Sekali round dah boleh siap beli barang. So aku round lagi sekali. Entah apa-apa lah yang aku beli dalam dekat sejam setengah aku kat WalMart tuh. Dekat seratus dollars jugak habisnya, campur tambang teksi semuanya, adalah seratus lebih duit aku belanjakan. Sabar jer lah aku nih. 

Sampai rumah terus aku makan salad, sembahyang Asar, online kejap, sembahyang Maghrib. Tak sempat apa-apa pun Hector suruh kemas-kemas sebab nak buat makan-makan sikit. 

Aku tengah kenyang, baru lepas makan, disuruh pulak makan. Manalah larat aku. Nasib baik tak ada ketam macam ituhari, seafood lain banyaklah. Kitaorang bertiga jer, aku, Nadi dan tukang masak Cina tuh. Keluarga Pak Tua makannya kat dapur diaorang kot. Richard kasi aku cili padi, banyak jer, sebab dia tahu aku suka makan pedas. Macamana pun, aku tak makan semuanya, aku simpan sikit sebab esok sibuk, tak nak lah nanti takut kalau makan pedas-pedas, dibuatnya sakit perut, dibuatnya cirit. Tak ker haru? 

Lepas makan semuanya, aku sama Nadi bercukur, bukan bercukur kesyukuran, memang lama dah plannya nak bercukur. Nadi botakkan kepala aku dulu baru aku pulak botakkan kepala dia. 

Then lepak gitu ajelah sambil tengok tv. Rasanya malam ini kena tidur awal pasal besok kena bangun pukul 4 lebih sebab nak ikut Hector. Dia akan ke restoran pukul 5 lebih, aku nak gi shopping. Esok kan ker ada big sales? Aku nak ke Polo, nak ke Calvin Klein. Aku dah ada idea nak tulis my next entry.