Saturday, September 22, 2012

A Life Less Ordinary


06042005 


Aku off. Tercuci duit masa nak buat laundry. Dan terpaksa keringkan balik guna dryer.



10042005 

Setelah bertahun-tahun di Amerika, aku terjumpa orang Melayu. Perempuan. Dah 17 tahun di Amerika. Kawin sama Mat Salleh. Tapi dia bukan Melayu Malaysia, dia Melayu Singapore. Kalau dia orang Malaysia, aku tak akan mengaku yang aku pun Malaysian. Sebab dia kata dia dari Singapore, tu yang aku akhirnya mengaku aku dari Malaysia. Dia datang makan dengan one Indon lady yang kawin sama Mat Salleh jugak. That Indon lady kata dia tahu aku Indon, sebab tu dia tanya aku in Indonesian. Aku senyum ajelah. 

Sembang-sembang dengan dia (masa tu tak sibuk, tak ada orang), lepas tu kawan dia ni datang. Hitam orangnya so aku tak sure dia dari mana, nak kata dari Indo, nampak macam kelas jer. Bila that lady tu introduce kata kawan dia ni dari Singapore, baru aku tanya, "Melayu? 

Dia jawab, "Ha ah, Melayu, you pun Melayu?" 

Aku kata sambil senyum, "Ha ah, Melayu. Akak Melayu betul-betul Melayu ker? Dari Singapore?". 

"Ha ah lah, betul-betul Melayu, you dari mana?", dia tanya aku balik.

"Malaysia, KL, saya Melayu", aku jawab ringkas jer. 

"Betul-betul Melayu ker?", dia macam tak percaya jer. 

Dapatlah sembang kejap, tapi bila dia tanya pasal aku, aku macam malas nak jawab, dia tanya dah berapa lama aku di Amerika. Then bila dia tanya "Macamana boleh tercampak kat sini ni? ", aku geleng-geleng kepala dan aku jawab in English, "I can't tell you now". 

Diaorang tak tahu pun yang aku geleng-geleng kepala tu sebab aku tak nak diaorang perasan yang airmata aku dah bergenang, dah puas aku kelip-kelip kan mata aku supaya air mata tak mengalir. Aku terus buat-buat sibuk, ada customer lain datang. 

"Some other time then", kata that Indon. Diaorang pun blah. 

Lama tu baru aku fikir, kalau kakak tu orang Malaysia, aku tak akan mengaku yang aku pun Malaysian, aku boleh mengaku Singaporean. Tapi sebab dia Singaporean, itu yang aku berani mengaku aku ni Malaysian. Entah pasal apa aku pun tak tahu. 

Bayou ada kata yang dia pernah jumpa a group of Malaysians yang singgah kat food court tu, bukan untuk makan, tapi untuk Sembahyang, diaorang pergi kat satu ceruk, lepas tu berjemaah. Bayou kata, Mat Salleh yang makan kat situ, tengok semacam jer. 


[Ini gambar Sherink (kiri) dan Bayou (kanan) tengah breakfast, sambil duduk mencangkung jer Sherink, kampung sangat orangnya kan? Aku masa tu tengah berdiri, stand by kalau ada customer datang. Lepas tu barulah aku makan, aku biasanya duduk atas baldi yang Bayou duduk tu tuh]


12042005 - Hari ke 100 kerja di  restoran Pak Tua, Hagerstown, Maryland. 

Tales Of 2 Banglas

Aku skip lah entry nih. Dalam aku berinteraksi dengan readers blog aku, ada a few of them yang mintak nasihat, dan ada jugak yang nak mengikut cara aku. One of them, yang jadi kawan baik aku, dulunya seorang yang almost-famous kat Malaysia. Without going into much details, dia nih ada misi untuk buat ekspidisi, untuk memecahkan at least rekod di Malaysia. Pernah masuk radio, tv dan media-media lain. Sponsor dah dapat, semuanya hampir berjuta. Tapi, di saat-saat akhir, one of the main sponsors, seorang Datuk , telah menarik diri. Frust gila kawan tuh, so dia decided untuk membawa diri ke luar negara, Dia mintak nasihat aku dan kitaorang banyak buat plan untuk merelisasikan impian dia tuh. 

Aku still in touch dengan dia sekarang nih.

OPTIONS 101: Batu Belah Batu Terlungkup

28032005


Dalam Dendam Perantau yang ori, aku ada cerita masa aku jadi student kat UK, yang masa aku ikut geng Tabligh orang-orang Pakistan kat Northeast England. Kat New Castle, Sunderland dan South Shield. Yang aku terjumpa one Pakcik Melayu (di masjid di South Shield) yang dulunya sailor, kawin sama British, cerai, dia dah jadi warganegara, dia dah tak nak balik Malaysia.

Aku selalu teringat kat dia lah, aku selalu teringat kat Pakcik tuh. Sebab ada kemungkinan aku akan end up just like him. Menghabiskan sisa-sisa hidup di negara orang, terbuang.

Bukanlah plan aku untuk terus menerus tinggal di Amerika ini, jauh sekali untuk hidup sebagai orang gelap. Tapi kalau dah terpaksa, kalau dah tak ada jalan lain, aku kenalah harungi jugak. So, untuk tinggal terus di Amerika sebagai orang gelap is not really an option, more towards kalau semua yang aku plan tak menjadi, then it becomes an option. 

Maka akan terus lah aku tinggal di sini, waktu itu aku dah tak akan fikir lain (untuk cari jalan nak balik) dah, apa yang aku kena fikir, aku harus terus kerja macam orang-orang lain jugak, dan disebabkan umur aku semakin meningkat, most probably aku akan hanya kerja kilang. Aku harus ada duit savings sebab nanti kalau dah tua, apa lah sangat kerja yang aku boleh buat, dan aku nak bayar sewa rumah etc.

Dan aku kena pindah ke bandar-bandar besar, tempat banyak peluang kerja, New York ker, Philadelphia ker, Boston ker. Bandar-bandar yang ada Chinatown, sebab dalam keadaan aku yang tak ada legal papers nanti, di Chinatown aje lah aku boleh pergi klinik, bank etc yang cater for people like me, penduduk haram. Bukan semuanya gitu tapi ada a few yang tak akan tanya langsung pasal surat-surat, dan ada a few yang boleh faham.

Aku boleh imagine yang aku hanya sewa satu bilik kecil, pergi balik kerja naik van yang datang hantar dan jemput. Weekends aku akan hanya lepak di bilik aje, mungkin masa tu fikiran aku tenang sebab tak payah nak fikir macamana nak balik Malaysia. Dan semakin usia aku bertambah, semakin lama semakin tertutup pintu hati aku untuk balik.

Selama aku di Amerika nih, selalu jugak aku terjumpa orang-orang terbuang macam aku, orang-orang yang membuang diri sendiri macam aku. Dulu waktu aku makan kat satu restoran kat Times Square, New York, aku ada sembang dengan one Indian guy yang sebaya dengan aku. Dia kerja di restoran tuh, dia banyak cerita pasal dia, so aku pun tanyalah, apa dia punya plans. Dia kata, biarlah hidup mati dia sebagai penduduk haram di Amerika, dia tak ada rancangan nak balik ke India pun dah.

So, everytime aku turun New York, aku akan makan di restoran tuh, saja nak jumpa untuk sembang dengan dia. Dia tak tahu pun cerita aku, aku tak ada cerita apa pun, so memang dia ingat aku duduk di Amerika ni cara legal.

Kat rumah kawan Hadi di Flushing, New York pun ada satu orang Filipina yang masuk Islam, dah berumur dah orangnya, dia pun sama, tak nak balik dah. Waktu muda dulu dia kata dia jadi pemberita bahagian hiburan, tapi lepas dia masuk Islam, dia dibuang kerja, hidup melarat. Dia kata, keluarga dia di Manila semua dah sangka dia dah mati.

Di Philadelphia, dekat apartment Mus, ramai jugak aku tengok orang tua-tua yang hidup sendiri-sendiri, aku selalu nak tanya diaorang tapi most of them tak cakap English, takat anguk-angguk gitu ajelah kalau berselisih tuh. Macam-macam bangsa ada.

Aku dah terbayang dah yang aku akan jadi macam diaorang. Tak apalah, asal aku tak menyusahkan orang, dah. Mungkin jugak nanti, kalau aku dah tua-tua, ada orang terjumpa blog aku, ada yang kesian dengan aku, ada yang cuba nak track me down. Itu aku tak tahulah.

-----------------------------------
Senang aje, buat masa ini aku tak dapat balik dan aku sedang berusaha untuk balik. Pure and simple. Cuma yang buat rumitnya, bagaimana aku nak balik bila aku dah bersedia nanti. Itu yang harus aku fikir dan usahakan. Sekiranya lah aku bekerja bagus, bergaji besar dan kerja secara legal di sini, tak akan ada apa-apa masalah. Cuma, aku sekarang ni, kerja buruh kasar, tak ada duit, tinggal dan hidup secara haram pulak tu di Amerika. Itu yang buat susahnya tuh.

Macamana pun, aku akan berusaha untuk balik dengan apa cara sekali pun. Bukan sekarang. In a few years mungkin. Bila aku dah bersedia. Dan sekiranya aku gagal, aku akan berusaha supaya dapat sekali-sekala ahli-ahli keluarga aku datang menjenguk aku. Diaorang pun belum pernah datang Amerika.

Entahlah, malas sangat aku fikir benda-benda gini nih sebenarnya, ini hanyalah sekadar untuk aku buat persediaan mental aje sekiranya options lain tak jadi.

Aku teringat, dulu tuh, itu pasal lah PakCik tu jawab pun macam nak tak nak jer, aku yang banyak tanya itu ini, iyalah, aku excited sangat dapat jumpa orang Melayu. Dia buat selamba jer. Patutnya dia happy jugaklah pasal jumpa Melayu ( I was the only Melayu dalam jemaah tuh, yang lain semuanya Paki. walaupun student jer. Mungkin dalam hati dia kata, eleh, budak student, apa yang dia tahu? 

Masa aku tanya pun, dia jawab macam nak tak nak jer, aku yang lebih-lebih sangat, tanya itu tanya ini. Bila aku tanya, apa pasal tak balik? Apa pasal tak nak balik? Dia jawab sedih jer, dia kata "tak ada apa dah di Malaysia". Aku tak faham sangat pun. Little did I know yang soalan-soalan aku tu mungkin dia tak nak jawab, mungkin dia tak terjawab, mungkin dia dah bosan jawab sebab dah banyak kali orang tanya. Mungkin soalan aku tu membuatkan dia teringat banyak kisah-kisah sedih dia, kisah-kisah dan cerita yang dia pendam dalam hati dia selama ini. Sure dia ada cerita, sure banyak pengalaman pahit manis dia di perantauan, sampai dia tak balik Malaysia.

Memang aku bodoh masa tu sebab banyak sangat tanya, langsung aku tak fikir apa yang ada dalam hati dia. Aku selfish gitu. Walaupun masa tu aku rasa aku ada banyak soalan lain nak tanya, tapi disebabkan aku sama jamaah Tabligh yang banyak adab sopan yang perlu dijaga. Aku seharusnya berzikir aje, jalan pun kena tunduk aje, tapi aku dah langgar adab-adab tabligh, aku curi-curi jumpa Pakcik tu, aku curi-curi tanya PakCik tu.

Aku tak tahu, mungkin dia selalu terjumpa Melayu, atau mungkin dia terus menerus melarikan diri dari Melayu. Dia ada kata yang dia kenal a few other sailors di England dan Wales, "tapi diaorang ada keluarga sendiri". Patah hati aku bila dia cakap gitu tuh tapi setakat itu aje lah.

Aku lupa pasal PakCik tu, sehinggalah sekarang bila aku tulis blog ni, bila aku dah rasa yang aku akan end up just like him. Entahlah, besarnya kuasa Tuhan, kehidupan aku ni berbalik-balik jadinya. Atau aku sendiri yang terlalu sangat ikut kata hati aku, merealisasikan apa yang aku angankan masa aku kecik dulu. I was a dreamer and I'll forever be a dreamer. Dalam keadaan macamana sekali pun. Tak apalah, it's unfulfilled dreams that keep me alive. Tak apa lah, I have had dreams, and I have had nightmares. I overcame the nightmares because of my dreams.

So, in 20, 30 years from now, mungkin aku akan jadi macam PakCik tuh, I can sense it now. Aku belum tua lagi dah ramai yang tanya, "Apa pasal tak nak balik Malaysia? Apa pasal tak balik?" 

Aku kena kumpul duit untuk hari tua ni nih, tak boleh jadi nih. Nanti kalau dah tua aku nak lepak masjid aje lah, aku nak duduk saf-saf depan jer, tak nak saf-saf belakang, tak dapat concentrate, asyik nak perati orang. Lagipun, takkan dah tua-tua pun nak melepak kat saf-saf belakang kan?.

Dan mungkin nanti aku akan sekali sekala bertemu dengan orang Melayu, Malaysians yang tersesat. Dan bila ada yang cuba tanya aku, aku tak nak cakap banyak, aku akan tenung jer muka diaorang. Kalau diaorang tanya apa-apa, aku tak nak jawab, instead, aku akan kasi url blog aku. 

Sebab I'll keep on writing this blog of mine come what may. Tak apalah, kat mana-mana pun boleh hidup, sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup kan?

Then again, mungkin aku kempunan my slice of American Pie. 

Hari Yang Memosankan


27032005

Harini Sunday 27th, aku off. Pasal cuti Easter. Restoran tempat aku kerja tu tutup sebab ada dua tiga aje kedai yang bukak, itu pun limited hours. Memanglah rugi kitaorang dikasi off pada hari Ahad sebab minggu depan kitaorang dah tak boleh ambik day off.Gila apa, my next day off will be Wednesday April 6th. 

Lagipun, kalau Sunday biasa, masuk kerja pukul 10-30 am (hari biasa 9-30 am) dan selesainya 6 pm (hari biasa tutup jam 9 pm). So kitaorang dah rugi 4 jam. 4 freaking hours. Tapi nak buat macamana, Pak Tua memang tak berperi kemanusiaan, dia fikir diri dia aje. 

So kitaorang semuanya cuti harini, the five of us. Aku, Bayou, Sherink budak Tibet dari India tu, sama 2 orang tukang masak Cina yang kitaorang panggil Si Rakus sama Si Kecil.

Bila dah lapar, mulalah tak ada mood jer nak buat apa-apa, nak makan tak ada benda yang boleh dimakan. Sherink ajak aku keluar, memang kitaorang janji nak pergi tengok wayang kat Mall. So aku call taxi, jenuh jugaklah menantinya, tunggu kat dalam rumah jer pasal kat luar hujan. 

Bayou suruh aku belikan dia Corona (arak) satu crate. Pelik aku dia nih, kalau balik kerja tu dia selalu nasihat aku suruh Sembahyang dulu sebab aku biasanya bukak laptop dulu kalau balik kerja tuh. Dia selalu perli aku pasal tak ingat dunia kalau dapat internet. Tapi, yang dia suruh aku beli Corona tu macamana pulak? Dahlah dia sembahyang pakai subang. 

Puaslah aku berdalih yang aku tak tahu di mana nak beli, aku nak pergi tengok wayang jer. Taknak lah aku ada share. Banyak dah share benda-benda lain yang aku dapat. Cukup lah tuh.

Bila sampai dekat mall tu, aku tengok, kawasan parkingnya lengang jer, cuma ada a few kereta yang ke sana sini, belok sana sini tak tentu pasal. Laaa......Mall tu tutup pasal cuti Easter! Pelik jugak aku, takkan Mall sebesar itu tutup? Tapi memang tak ada orang pun. 

So instead of turun, aku suruh aje lah cab drive tu hantar kitaorang pergi WalMart. Sherink bengang jer, dari air muka dia aku memang tahu yang dia macam kata, "Itulah......" Aku bengang jugak pasal Mall tutup, dia nak bengang kat aku. 

Terus kitaorang masuk McDonald, aku order Fish Burger macam biasa, cookies, kopi. Aku dah nak bayar bila cashier tu tengok Sherink, lepas tu tanya aku, 

"Are you guys together?" 

Aku gelak. Then aku jawab, "No, we are not together, we are just friends". 

Apa lagi, riuh lah cashiers 3 orang sama a few yang tengah beratur tu gelak. Dalam gelak-gelak tu, tumpah kopi yang aku order tu kat baju one of the cashiers, lepas tu semuanya tak menjadilah, buat kerja sambil gelak-gelak, tray pun sampai tergelungsur dari atas cermin display tuh. Dalam hati aku kata, "Terrer jugak aku buat lawak sampai Mat dan Minah Salleh pun boleh gelak sakan" 

Dekat sejam lah kitaorang lepak kat McDonald tuh, duduk kat meja hujung ceruk, lepas makan, sambil bersandar, sambil kaki taruk kat atas seat tuh, aku tengok orang ajelah. Bila ada pekerja McDonald tu datang nak bersihkan meja, nak sapu lantai, aku turunkan balik kaki aku. Bersopan gitu. Bila dia blah, aku berlunjur balik. Seronok pulak rasanya. 

Kemudian kitaorang masuklah WalMart, pusing sana pusing sini, then aku terus ke bahagian alat-alat entertainments. Saja tengok-tengok. Lepas tu aku terdengar announcement yang akan ada dibuat jualan murah (pasal cuti Easter) di bahagian itu. Untuk 5 minit aje. Sementelah aku di bahagian itu, aku tengok ajelah. Ada 3 pekerja yang tolak trolleys yang penuh dengan barang-barang elektronik macam camcorder, camera, printer, benda-benda gitu. 

Berebut orang pergi, aku pun sama jugaklah, aku capai satu digital camera, harga lamanya $468, harga baru $ 350. Terpegun kejap aku, rasa nak sambar jer. Aku korek kat dalam trolley tuh, aku tengok ada satu digital camera cum MP3 player. Punyalah nipis, punyalah kecil, lebih kecil dari kotak rokok Marlboro. Aku tengok harga, was $295, now $130. Oh tidak, kata aku dalam hati. 

Aku tak cakap banyak, terus aku tanya kerani tu samada kotaknya boleh dibuka sebab aku nak tengok isi dalam, aku nak beli. Bila ada dua tiga orang yang tanya aku, kat mana aku jumpa camera tuh, bila kerani tu kata that's the only one we have on offer, aku pun apa lagi. Terus aku ke counter, bayar. Happy nyer aku rasa, aku rasa macam aku dalam quiz show, The Price Is Right jer. 

Lepas tu terus kitaorang ke bahagian lain, Sherink nak beli shaver/alat potong rambut. Aku tak yakin dia nak akan beli sebab dia ni punyalah kedekut, nak belanja sedollar dua tu berfikir banyak kali. Bukan dia tak ada duit, tapi dia memang gitu. Orang Tibet dari India. Lamalah dia tengok itu ini, tengok yang mahal aje, hampir semua model ditengok. 

Bila aku dah bosan sebab lama sangat, lagipun sebab aku tak rasa dia nak beli, aku katalah aku tunggu dia di luar aje. Teruslah dia ambil satu, yang paling murah, $7 something. Lepas tu dia buka kotak shaver tuh, aku tanya apa pasal? Dia kata, kat mana nak test barang tuh? Teruslah aku kata, "Come on now, this is not India lah". Aku guna lah pasal cara dia cakap, sebijik macam cara keling kat Malaysia cakap. 

Kitaorang jalan ajelah dari WalMart, pergi arah HomeDepot. Masa tengah jalan tu lah baru aku rasa menyesal yang aku terbeli digital camera tuh. Kan ker aku memang tak suka bergambar? Apa ker jadahnya beli? Aku pun bukannya nak dengar music MP3 punya format. Aku tak ada masa pun nak buat download.  Apa yang aku faham gitulah. So, memang macam tak ada gunanya lah digital camera tu tuh. 

Tapi kan, lawa lah, murah sangat-sangat pulak tu. Kecil, nipis lagi. Lagipun, aku memang tak ada digital camera, takat camera yang kat cellphone tuh, tak lawa gambarnya. Aku nak taruk gambar kat blog pun malas jadinya sebab semua gambar-gambar yang aku ambik, tak lawa. Nanti dah ada digital camera nih, bolehlah aku taruk gambar banyak sikit kot? 

Tapi yang buat rasa patut pun aku beli tuh, pasal memang aku tak ada digital camera, dan sure suatu masa nanti aku akan beli satu. Sure punyalah. Dan sure kalau aku beli waktu tu nanti, aku akan beli yang lebih mahal. Jadi, memanglah aku tak membazir tadi, rasanya :-) 

Peliknya Sherink bila tengok orang berjual beli kayu, papan, pokok-pokok bunga kat Homedepot tuh. Dia kata, kat India, orang beli semua benda gitu tuh kat mills, kat kilang. Kat US nih, di "supermarket" pun orang jual kayu balak. 

Officemax tutup. Gap tutup. A few other kedais pun tutup. Nasib baik Borders bukak, terus aku ke restroom sebab memang nak terkencing sangat dah. Aku browse sana sini sambil suruh Sherink kat music punya section sebab dia kata nak dengar lagu. Terlama aku baca magazines, terralit, tak sedar yang Sherink dah tah ke mana. Berapa kali aku pusing keluar masuk Borders, aku pergi tiap ceruk rantau kedai tuh, tapi tak jumpa dia. 

Lantaklah, dia tahu macamana nak call taxi. Tak apalah dia balik dulu. So aku fikir, kalau aku balik, nanti sure aku kena kutuk sebab "hilang", lebih baik aku balik bila aku dah sure dia dah sampai rumah, at least dia tak akan kutuk aku. 

So aku ambik a few magazines, aku order coffee sama cookies, aku lepak kat Cafe dalam Borders tuh. Macam orang kelas jer aku rasa. Aku tak pandang orang pun, sikit pun tak jeling-jeling orang, aku tak ada masa, lagipun aku nak habiskan baca magazines, lepas tu nak bukak kotak camera yang aku beli tuh. 

Punyalah kecik camera tuh, nipis giler, aku rasa memang tak rugi aku beli, walaupun aku tahu yang aku tak akan guna pun sangat. Aku bacalah manual tuh, sebab nanti kalau di rumah, aku dah tak ada masa nak baca pasal aku nak berinternet. Payah jugak bebenda kecik gini nih, baterinya cenonet, memory cardnya lagilah cenonet, nak masukkannya punyalah susah, kena buat perlahan-lahan. Betul dah caranya tapi aku cuba masukkan bateri, tak masuk. Aku tekan ajelah kuat sikit. Nasib baik masuk. Itupun aku dah rasa tak sedap jer. 

Aku masukkan memory card, masuk, tapi bila aku nak tutup slot yang kat bawah tuh, aku tahu yang card tu tak betul-betul masuk. Aku baca manual balik, it says, kalau card tu tak masuk, ditarik semula, kuat sikit. Seriously, pertama kali aku tengok mana-mana manual yang agak "rakus" gitu tuh, mungkin sebab benda tu kecil dan memang selalu jadi macam tu, itu yang bunyi semacam jer manual tu tuh. Aku tarik balik memory card tuh, tak keluar, aku tekan nak kasi masuk, tak masuk. 

Oh tidakkkkk...aku kata dalam hati. Lepas beberapa kali aku tarik tekan tarik tekan dan card tu masih belum masuk, aku taruk ajelah kamera tu ke tepi. Aku dah terbayang dah yang aku akan terpaksa guna gigi untuk tarik card tu keluar, dan aku boleh bayangkan apa akan jadi seterusnya. Tak sanggup aku nak bayang.

Punya ralit baca manual camera tu, aku tak sedar Sherink ada dekat meja, dia gelak jer tengok aku, aku bengang jugak tapi aku buat selamba jer. Dia belek-belek 3 magazines yang aku dah baca tuh, terus dia kata, "Why do you read these?" Aku tanya, "Why?", tapi aku dah faham dah, itu yang aku jawab pendek jer tuh. Dia senyum perli, tajamnya menusuk kalbu. "Only rich people read this", sambil dia taruk magazines tu ke tepi. Aku tunggu aj lah kalau dia nak sambung lagi, bila dia senyap, aku pun cakaplah "Don't look down on people lah...." 

Entah apa lagi lah aku kata, aku guna ayat kesat jer, aku cakap laju jer, aku katalah yang mesti ada reasonnya, jangan sangka orang miskin, orang lekeh langsung tak tahu menahu pasal benda-benda Finance gitu. Dia senyum, dia tanya aku, apa pasal aku baca Active Trader, Trader, Futures Magazines tuh. Aku katalah yang aku tengah belajar benda-benda tuh dan aku even ada account dengan satu Brokerage House. 

"So, why are you working at the restaurant?", dia tanya aku sambil gelak. Rasa nak bagi pelempang jer masa tu tapi aku jawablah, aku kata aku ada a few thousand kat Trading Account aku, aku kerja pun sebab aku nak save duit untuk buat Trading nanti. Baru dia senyap. 

Dengan aku jangan main-main.

Sebab dah pukul 3 lebih, aku ajak Sherink blah ajelah, kitaorang ke WalMart sekali lagi, nak beli benda-benda makan. Aku belilah kopi, gula, creamer, roti etc. Punyalah lama aku nak cari margarine, tak jumpa. Aku ni memang orang kampung, makan roti taruk margarine, kadang taruk gula sikit. Mungkin aku salah section kot, tapi tak jumpa pun. Puas aku merayau, yang aku nampak hanyalah cheese, cheddar, sour cream. Benda-benda gitu berlambak, tapi margerine, even butter pun aku tak jumpa. Aku sembat ajelah raspberry sour cream, boleh ker makan sama roti? Lantaklah, paling-paling pun cirit birit jer. 

Sampai rumah, teruslah aku baca manual tu sekali lagi, aku cuba tarik memory card tu, aku tarik kuat jugak. Terkeluar. Lega rasanya. Lama jugak aku nak figure out macamana nak guna camera tuh, macamana nak buat recording, macamana nak dengar music. Aku biarkan aje lah dulu pasal camera tuh, pasal aku nak taip entry aku ni nih. Lagipun aku bukannya nak guna pon camera tu tuh. Aku nak beli jer.

Option101: Panggilan Pulau (The Tribe Has Spoken)

20032005


"Kamu kembali ke asal aku aja lah Joe, nanti di sono aku bisa suruh adik ku ngurusin surat kamu". Itu jawapan Yanti waktu mula-mula aku beritahu dia yang aku "tak nak" balik Malaysia. Waktu dia tanya aku selama mana aku nak tinggal di Amerika, apa rancangan aku. Itu dah lama, masa aku mula-mula kenal dia, hampir 3 tahun lepas. Dia tak tahu pun cerita aku, apa yang dia tahu, aku hanyalah datang ke Amerika ini untuk cari kerja, macam orang lain-lain jugak. 

Baru-baru ni pun ada Yanti tanya aku soalan yang sama, apa yang aku nak buat seterusnya, selama mana aku nak duduk di Amerika. 

"Aku udah nggak bisa pulang ke Malaysia lah, kerna nanti passpor aku akan mati. Udah nggak berlaku, aku nggak bisa pulang", aku jawab gitu. 

"Kok itu gampangg, diperpanjangkan aja", dia jawab balik. 

"Nggak bisa sih, Malaysia bukannya seperti Indonesia. Indonesia semuanya gampangg, Malaysia nggak. 

"Habis kalo kamu pergi ka Kedutaan mu, mereka nggak bisa perpanjangkan passpor kamu? Aneh ya, seharusnya Kedutaan bisa bantuin segala macam", jawab Yanti. 

"Iya sih, Indo kan negara susah, pasti rakyatnya perlu dibantuin, Malaysia negara senang, negara maju, nggak bisa gitu. Lagipun, Malaysia cari muka, nggak seperti Indo, namanya pun udah jelek", aku jawab balik. 

"Bener sih, orang Indo kalau mau perpanjangin passport, mau bikinin passpor baru, gampangg aja, nggak perlu apa-apa, nggak ditanya segala macam. Mereka (Orang Kedutaan) sedia maklum yang mereka di sini mau cari uang, semuanya orang gelap", kata Yanti. 

Kawan-kawan aku orang Indo (Yanti, Mus, dan beberapa orang lagi yang dah pun balik ke Indo, David sama Andy S) tak tahu pun reasons kenapa aku tak nak balik. Apa yang aku beritahu diaorang, passport aku akan expire dan memang tak boleh untuk di renew (diperpanjang), kalau aku pergi untuk buat renewal (kalau aku nak pergi) ada kemungkinan Kedutaan akan either tahan passport aku, talipun pihak berkuasa, dan ada kemungkinan aku akan dideportasi. Itu, apa yang aku beritahu diaorang. 

Aku tak beritahu pun diaorang yang kisah masa mula-mula aku cuba nak mintak tolong dengan Consulate dulu tuh, cerita yang 3 tahun lepas tuh. Aku beritahu diaorang, aku masih tak nak balik, aku tak nak balik cara gitu, aku tak ada duit, aku masih belum ada apa-apa, aku masih perlu cari duit. Bab-bab nak cari duit nih, diaorang mudah faham, jadi diaorang tahulah yang aku masih nak tinggal di Amerika untuk cari duit. 

Aku beritahu jugak yang kalau aku balik (sebelum passport aku expire, itupun kalau ada duit), aku dah susah nanti untuk keluar balik dari Malaysia sebab passport aku dah "rosak", sebab overstaying. Akan ada cop kat passport tu nanti. Aku kenalah cakap yang berlapik, tak kisahlah berlapik dengan kain buruk ker. Atau kain pengesat airmata. 

"Mendingan (lebih baik) kamu tinggal sini aja, kerja. Udah punya uang nanti kamu ke Indo aja", itu saranan Yanti. 

Puas jugak aku fikir baik buruknya kalau aku ke Indo, aku belum pernah ke sana pun. Tapi that's NOT the point. Tapi, kalau aku boleh ke Indo, bererti aku boleh balik ke Malaysia kan? Memang itu pun aku hendak kan? Untuk keluar dari Amerika, untuk balik ke Malaysia, untuk jumpa keluarga. 

Tapi, apa aku nak buat di Indo nanti? Kenapa tak berusaha balik ke Malaysia aje? Jadi yang selama ini aku macam merajuk dengan ConsulateEmbassy tu macam alasan aje lah yang aku tak nak balik Malaysia? Gitu ker? Tak gitu. 

Waktu aku mula-mula stranded dulu, dan waktu stay untuk tinggal di Amerika dah expired (6 months later) memang aku takut dan gelabah, aku rasa macam aku dah buat satu kesalahan yang memalukan Malaysia, menjadi penduduk haram di Amerika. Orang macam aku yang kasi burukkan nama Malaysia dengan bekerja dan tinggal di Amerika secara haram. Aku fikir, kalau Embassy tahu, pasti akan dimarahi, pasti aku akan termasuk dalam stastistik penduduk haram Malaysia di Amerika. 

Sedangkan masa aku talipun masa stranded dulu pun lain gayanya, ini kan pulak waktu aku ada buat salah (tinggal di Amerika melebihi tempoh yang dibenarkan - walaupun diaorang tak tahu the reason why aku stranded). Ialah, aku kan dulunya law-abiding punya citizen, jadi bila buat salah macam tu tuh, rasa takut sangat dah, aku even rasa aku ni macam The Fugitive masa tu tuh. 

Rupanya berlambak orang yang macam aku, yang tinggal di Amerika secara haram, for whatever reasons. Berlambak orang-orang Cina (Malaysians) yang aku sure suatu masa nanti akan balik ke Malaysia dan buat business hasil dari kerja jadi tukang masak secara haram di restoran Cina. 

Di bawah tempurung kelapa gading rupanya aku masa dulu tuh. 

Waktu tu aku hanya fikir bagaimana untuk hidup di Amerika ni, macamana nak cari makan dalam keadaan aku sebagai penduduk haram. Tak ada pun aku fikir untuk just mengaku kalah aje, pergi ke Embassy, ceritakan kedudukan aku bagaimana, hubungi keluarga aku, biar diaorang bersusah payah usahakan supaya aku dapat balik. 

Tapi aku bukanlah Anak Melayu Manja. "And I'm not fighting a losing battle" itu apa yang aku fikir masa tu tuh. 

Aku dah jadi tak berapa takut, aku cuma fikir macamana caranya untuk keluar dari shitt-hole yang siapa sebenarnya gali pun aku tak tahu. Dalam hati aku kata, aku terpaksa merempat untuk sementara, aku akan berusaha cari jalan keluar. Tak apa, aku dikelilingi orang yang sama-sama merempat, aku boleh ambil ikhtibar dari diaorang, aku boleh belajar dari diaorang. 

Dan sepanjang dua tiga tahun aku merempat, aku ada lah jatuh bangunnya, ada masanya aku tak ada duit, ada masanya aku ada duit. Ada waktunya aku mintak tolong sama kawan-kawan, ada waktunya aku tolong kawan-kawan. Dan orang-orang lain. Begitulah kaedahnya hidup dalam masyarakat merempat.

Dan selama dua tiga tahun itu jugaklah tertanam dalam kepala aku yang aku dah tak ada negara, dah tak ada tempat nak di tuju, dah tak ada siapa yang care about me, dah tak ada jalan macamana untuk balik. Aku dapat terima hakikat itu dan lama-kelamaan aku setuju dengan saranan kawan-kawan aku yang lebih baik aku ke Indo saja. 

Aku fikir balik, assuming aku dapat balik ke Malaysia. Macamana keadaannya nanti, aku balik dengan tidak membawa apa-apa? Memanglah hajat untuk berjumpa keluarga tu berkobar-kobar, tapi, kalau aku balik dan jumpa keluarga dalam keadaan aku yang tak ada apa-apa, tak ada prospect, tak tahu apa nak dibuat, itu yang menyebabkan aku berfikir balik. Mungkin keluarga aku akan happy untuk sehari dua sebab dapat bertemu aku, tapi aku tak akan happy knowing the fact aku tak ada kerja, aku tak ada tempat tinggal sendiri, aku tak ada duit. Tak ada segalanya. 

Balik dari Amerika tapi tak ada duit. Tak sanggup aku nak fikir semua tu, tak terlintas langsung di kepala aku untuk balik dalam keadaan begitu. Let alone menyusahkan keluarga aku. Aku dah tak ada apa-apa dokument, aku perlu uruskan semua itu, bukanlah perkara mudah, aku harus ke sana ke sini, without any documents, apa yang boleh aku buat? Nak buka account? Nak cari kerja? Nak buat itu ini? 

It takes time, a few months mungkin, dan aku memang tak sanggup menghadapi semua benda gitu tuh. Akan banyaklah benda yang ditanya, itu ini, akan sentiasa berada dalam keadaan marah lah aku nanti. Dulu, kalau kerani di Pejabat Pos kata "cakap kuat sikit!" pun aku dah terasa hati, bila cashier kat Seven-Eleven kata "Next!" cara kasar pun aku dah menggelabah, inikan pulak untuk berurusan dengan ajensi-ajensi kerajaan yang .....yang orang sedia faham lah kan? 

Dan aku fikir balik, apa salahnya aku teruskan kerja Bangla di Amerika nih, apa salahnya aku terus merempat di sini, aku kerja, kumpul duit, dan bila dah konfiden, baru berusaha untuk balik ke Malaysia. Bagus jugak idea tu tuh, walaupun aku macam rugi aje selama beberapa tahun, tapi sebenarnya aku boleh jadi lebih baik dari kalau sekiranya dulu aku tak ke mana-mana, aku masih bekerja di Malaysia. Atau lebih baik dari kawan-kawan aku yang pastinya dah pun memegang jawatan tingi-tinggi. Memanglah diaorang dah berkereta banyak, dah ada rumah sendiri, tapi aku rasa takat itu ajelah. Kecuali diaorang jadi orang kuat UMNO Aku boleh sebenarnya "lawan" diaorang, aku mampu sebenarnya cari banyak duit dari diaorang. 

Senang jer. Jadi Bangla di Amerika. 

Tapi bila difikir balik, aku tak sanggup lama-lama di Amerika nih, aku kena fikir masalah nak bekeluarga, aku kena fikir yang aku harus punya sesuatu yang patut diusahakan. Yang pentingnya, aku harus ada tempat untuk di tuju. 

So bila kawan-kawan aku suggest tinggal di Indo, terus aku kata yang itu satu idea yang paling baik. Selama mana aku nak jadi Bangla di Amerika kan? 2 tahun lagi? 5 tahun lagi? Setakat 5 tahun, berapa banyak duit yang aku dapat kumpul? Bagaimana kalau aku dah tak kerja di restoran, memang susah nak kumpul duit. Kalau setakat kerja kilang, sampai tua lah tak dapat nak kumpul duit. Dengan duit sebanyak itu, apa yang dapat aku buat di Malaysia nanti (assuming aku dapat balik)? Untuk belanja ke sana ke sini aje habis duit tuh. Dapat beli kereta pun dah bersyukur. Tapi kan, aku sure kena buat lesen baru, ambil test, itu pun kena tunggu kalau dokumen lain dah dapat, kad pengenalan, surat beranak. 

Memang payah, memang rumit, memang memakan masa yang lama. Yang by that time mungkin aku dah give up pasal lama sangat. Aku dah tak ada masa, time is running out :-) aku dah ketinggalan nih but at the same time aku tak "kalah" dengan orang lain. Mendingan (lebih baik) aku ke Indo aje kan? Mulakan hidup baru di sana. 

Dengan duit yang kalau di Malaysia tak boleh buat apa pun, di Indo dah kaya raya. Dah boleh beli tanah berhektar-hektar. Dan boleh beli harta. Bagus idea tu sebenarnya, memang selama ini aku asyik memikirkan pasal niat untuk ke Indo aje. 

Aku tutup otak aku dari memikirkan untuk balik ke Malaysia dan start it all over again. I'll go into more details macamana nak ke Indo dalam keadaan aku yang by that time dah expired pun passportnya nanti in my next entry. 

Aku boleh picture kan yang suatu masa nanti, InsyaAllah, bila dah tua-tua, bila akhirnya aku decide nak balik ke Malaysia, aku akan bercerita kisah aku sebijik macam Karen Blixen (Meryl Streep) cerita dalam film Out Of Africa. Kat permulaan filem tu dia narrates, dia kata, "I had a farm in Africa. I had a farm in Africa". Masa tu dulu, masa tengok filem tu, aku pun kata, "Sure best ceriter nih. Sure best ceriter nih" 

Masa tu nanti aku boleh mulakan cerita aku dengan kata, "I had a farm in Lombok. I had a farm in Lombok" 

Note: Bayou asal dari Lombok dan aku masih berhubung dengan dia dan anak bini dia even sampai sekarang, 2012. 

Barangkali di sana ada jawabnya 
Mengapa di tanah ku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan 
Melihat tingkah kita 
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan 
Bersahabat dengan kita 
Coba kita bertanya pada 
Rumput yang bergoyang 

[Berita Kepada Kawan - Ebiet G. Ade] 

Options 101:Chances Are


17032005

Life Is A Gamble

So, spin that wheels, bitch!

------------------------------------------------

Macamana aku nak tulis ni pun aku tak tahu. Macamana nak susun ayat punaku tak reti. Tulis aje lah ikut apa yang aku ingat waktu menulis nih,walaupun sebelum ini aku ada terfikir nak tulis bebenda lain. Aku tulis sesikit ajelah dulu, nanti kalau ada apa-apa idea aku sambung. Sedikit demi sedikit. 

Macamana pun, it's all down to that 2 big questions. Bila dan bagaimana nak balik Malaysia. That 2 questions yang selalu bermain dalam kepala aku, boleh dijadikan satu soalan aje sebenarnya, macamana nak balik Malaysia. "Bila akan balik Malaysia" tu akan secara automatik mengikut bontot "bagaimana nak balik Malaysia". 

Macamana aku nak balik Malaysia nih? Boleh ker? Dapat ker aku balik? 

Aku nak balik, tapi aku kena fikir balik, dapat ker aku balik? Balik-balik fikir, biar fikir balik, dapat balik ker tidak? Berbalik-balik aku fikir balik. 

Aku boleh kata aku nak balik tahun depan, aku boleh kata aku nak balik tahun 2007, aku boleh kata aku boleh balik bila-bila. Tapi masalahnya, boleh ker? Mesti ada caranya, sure boleh punya lah. After all aku masih Malaysian citizen kan? Tapi, apa yang aku ada sekarang hanyalah passport yang dah nak expire. Itu aje. I lost everything yang dalam waist-pouch tu dulu. My kad pengenalan, my surat beranak, my driving licence, semua kad-kad lain. I don't even remember my kad pengenalan punya nombor.

Kalaulah aku berani untuk ke Malaysian consulate di New York atau Malaysian Embassy Washington DC untuk mintak passport sementara supaya aku boleh balik ke Malaysia, sure diaorang akan mintak semua benda-benda tu tuh. Aku tak ada benda-benda tu tuh, haruskah aku tutup fail pasal itu and move on to the next option? 

Tapi, dulu aku dah kata yang aku berpatah arang untuk akan menghubungi Consulate di New York tuh. Aku cakap gitu tuh waktu aku marah. Tapi kan, sekarang pun aku masih marah ker? 


Entahlah, aku tak rasa marah kadang-kadang tuh, aku rasa geram jer. Aku lebih banyak marah dan geram dengan diri aku sendiri sebenarnya. I needed help masa tu sebenarnya, I need help now, tapi aku macam tak nak jer orang tolong aku. Mungkin sebab selama ini aku hanya bertemu dengan orang yang tak nak menolong aku. Dan mungkin jugak selepas aku tulis kisah aku di blog ini, aku "bertemu" dengan orang yang katanya nak menolong, tapi tak tahu pun cerita sebenar. Setakat faham kedudukannya sedikit-sedikit. 

Aku macam malas gitu dengar nasihat orang sebab bagi aku, kalau nasihat setakat "pergilah ke Embassy, lupakan aje lah cerita lama, janganlah pendamkan marah, dendam, tak baik tuh". Kalau setakat itu, dah berlambak-lambak email aku dapat. Mulanya dulu aku bengang jer, mulanya aku marah, aku fikir, diaorang ni ingatkan aku b-odoh sangat sampai benda gitu pun nak nasihat aku. Benda gitu lah yang mula-mula aku fikir sebenarnya. 

Note: 

Ok, habis dah part aku bengang kat orang ni nih. Buang masa aje lah. Ni entry yang aku tulis dan entries yang akan datang, aku kasi peluang lah orang nak kutuk aku ker, nak kata aku apa pun. No, seriously, aku dah tak terasa pun dah kalau ada orang kata aku ego, besar diri, tinggi pride. Aku dah tak akan marah lagi dah kalau orang kata aku ni sombong tak bertempat, aku merajuk, aku berdendam. Tak, aku nak diam kan ajelah, aku nak buat macam aku ni berhati batu. 

So, janganlah ada yang nak mintak maaf dengan aku pulak, kalau ada sesiapa yang nak tulis komen ker, tulis ajelah, aku nak dengar jugak pandangan-pandangan orang. Aku nak terima atau tidak, itu lain cerita. Nak kutuk ker, nak perli ker, nak sindir ker, tulis ajelah wei, orang macam aku ni kan, memang patut disindir, dikutuk, diperli. Kalau tidak, memang susah aku nak sedar diri sendiri. 

Aku tulis ni pun, buat selamba badak jer, aku tak tahu kalau gaya rentak aku tulis ni nampak macam sedih, macam merajuk, macam patah hati. Seriously, aku tak tahu. Wei, aku selamba badak jer tulis ni nih, tak adalah sampai tak makan nak memikirkan these so-called masaalahs of mine. 

Atau mungkin sebab aku look at life differently now, itu yang aku rasa macam tak ada apa-apa masalah pun. No need for me to be sad, no need for me to jadi panik sangat, jadi takut, jadi kelam kabut. Apa yang aku selalu fikir, apa nak jadi, jadilah. Tak, itu bukan sampai takat takbur. Tak. Apa yang aku selalu tanamkan dalam kepala aku, I have to get ready dengan apa-apa kemungkinan. 

Apa yang aku fikir masa ini, aku harus tulis apa-apa cara yang boleh membuatkan aku berjaya menjejakkan kaki aku semula ke Malaysia. Cara senang, cara susah. Tapi yang pentingnya, cara yang tak akan menyusahkan orang, walaupun aku tahu ianya akan menyusahkan diri aku sendiri. Dan aku jugak fikir bagaimana kalau nanti aku tak dapat balik, ke mana aku nak pergi, apa aku nak buat. Untuk meneruskan sisa-sisa hidup aku. 

Aku selamba jer tulis ni nih, dan aku tahu, ada yang baca ni taklah seselamba aku. Dah lama dah aku fikir options-options aku ni sebenarnya, dah hampir 3 tahun aku fikir. Aku akan tulis kat blog ni satu persatu, dan bila tiba masa yang sesuai aku akan buat apa-apa yang patut. Mungkin ada idea-idea yang lain nanti. Tengoklah. 

Apa yang aku tulis ni hanyalah option-option aku macamana supaya aku dapat balik ke Malaysia. Dan jugak option-option lain sekiranya aku tak dapat balik, sekiranya aku tak sanggup untuk ikut penyelesaian yang bagi orang lain, penyelesaian paling mudah, pergi ke Embassy, usahakan dapat dokumen baru. Mungkin aku akan buat cara lain, susah, berbahaya dan perlukan pengorbanan. Tak apalah, asalkan hati aku tak sakit nanti, tak apa. Aku dah tua lah, tak nak lah aku menangis-nangis lagi. And for the life of me aku masih tak tahu apa pasal aku mudah sangat mengeluarkan airmata. 

Nampak gayanya aku akan cuba buat ikut penyelesaian yang tak akan menyentuh hati aku. Dan nampak gayanya, nasihat untuk ke Embassy tu tinggal nasihat aje lah. Banyak cekadak I may sound, banyak songeh gayanya aku ni, tapi itulah realitinya. Aku memang dah tak ada niat pun nak ke Embassy, unless dalam masa terdekat atau tak terjangka, ada hal-hal penting pasal keluarga yang menyebabkan I just have to drop everything and go. 

Apa yang aku fikir sekarang, aku akan terus bekerja di sini semampu aku, kumpul duit, dan bila aku dah cukup dana aku akan berusaha balik. Kumpul duit ni pun is part of usaha untuk balik. Dan selepas balik nanti. Takkan aku setakat nak pakai Proton jer kan, kalau ditakdirkan aku dapat balik nanti. 

Bila tiba masanya nanti, aku akan cuba call Embassy, aku akan tanya diaorang macamana caranya untuk balik ke Malaysia. Kalau susah sangat, kalau diaorang mintak itu mintak ini (mintak apa yang aku tak ada), dan kalau lepas aku explain apa yang patut pun, diaorang masih mintak itu ini, tanya itu ini, I'll just put the phone down lah. Aku tak akan hempas phone tu macam waktu aku talipun diorang 3 tahun lepas. Dulu aku guna public phone, bolehlah dihempas-hempas. Takkan aku nak hempas aku punya cellphone pulak nanti. 

Masa tu nanti akan confirm lah yang aku have to move on to my next best option. Tak apa lah, after all they are not a Charity kan?

Holding Back The Years


(ok, sambung meroyan....)

Di bulan-bulan seterusnya aku macam orang-orang gelap yang lain-lain jugaklah, kadang-kadang kerja kadang-kadang tidak. Bukannya senang hidup secara haram di Amerika ni, bukannya senang cari kerja "di bawah meja", bukannya senang kalau tak ada legal papers. 

Duit savings yang ada sesikit tu habis untuk belanja kehidupan seharian di waktu aku tak kerja. Masa tu tempoh stay aku dah expired, dan aku fikir, alang-alang dah tamat tempohnya, might as well aku teruskan aje. Memang tak boleh nak buat apa dah sebenarnya, teruskan aje lah. Aku pun cuba berusaha untuk cari duit, aku ada cuba kerja di restoran, macam apa yang aku ceritakan dulu tuh. Ramai kawan-kawan aku (orang Indo yang aku kenal) yang balik ke Indo pasal "capek tinggal di Amerika ni". 

Dah sesetahun dua tu, walaupun aku dah ada duit untuk balik, untuk beli ticket, (kalau aku nak balik Malaysia masa tu), aku kena fikir banyak benda jugak. Waktu aku kerja di Florida dulu tuh, masa jadi waiter, aku dah ada lebih kurang $7000, dah boleh dah beli ticket dah sebenarnya. Tapi, setakat lama manalah boleh tahannya duit sebanyak itu? Apa gunanya aku balik dengan tak ada duit? Akan lebih tersiksa aku nanti dibuatnya. Mentally. Dan sebagai seorang yang memang dari dulu suka buat hal-hal sendiri, tak terniat langsung di fikiran aku, untuk menyusahkan ahli keluarga aku, kalau aku buat keputusan untuk balik. Lebih baik aku menyusahkan diri aku sendiri daripada menyusahkan orang. Lagipun aku tak sanggup menyusahkan diri aku di tempat sendiri. Di Amerika ni, tak ada siapa yang kenal aku, apa yang aku nak malu? Cuma aku malu dengan diri sendiri sebab terpaksa menjadi Kuli Batak. 

Aku rasa macam aku tak kenal diri sendiri, baru nak mengenal diri sendiri sebenarnya. Dulu aku tak tahu susah senang hidup merantau. Ikut sedap aje. Dulu aku tak tahu baik buruknya hidup di tempat orang. Dulu aku tak tahu pahit manisnya menjadi seorang kuli bawahan. Buruh kasar. Dulu aku tak tahu pahit manisnya menjadi seorang penduduk haram. 

Dulu aku tak tahu pun maksudnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sekarang aku tahu, kais pagi, makan petang, kais petang, rupanya tak makan hari semalam. Dulu aku gelak jer bila orang kata, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Tapi sekarang, dengan rendah dirinya aku kata, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, trajis lagi hujan batu di negeri orang. 

Dulu aku tak pernah tanamkan semangat bila orang kata, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Sekarang, naik rakit ke ke hulu, bila nak berenang ke tepian? Kena sakit ke dahulu, akan senang ker aku kemudian? 

Dulu bila orang kata, kalau tidak dipecahkan ruyung, mana kan dapat sagunya, aku gelakkan aje pasal aku tak tahu ruyung tu apa. 

Itulah, dulu banyak benda yang aku tak tahu dan Alhamdulillah, sekarang banyak dah benda yang aku tahu. Dulu aku banyak took things for granted, sekarang how I wish banyak wishes aku digranted.

Dan sedar-sedar dah 3 tahun aku di Amerika dan selama 3 tahun tu aku seperti membazirkan waktu muda aku. Sekarang aku dah tua, baru sekarang aku seolah-olah sedar yang aku tak seharusnya membiarkan nasib aku terus begini. Aku ada otak pemberian Tuhan, aku harus gunakan otak itu sebaik mungkin. 

Biarlah kalau ada orang tahu kisah aku, diaorang kata selama 3 tahun tu aku taruk otak aku di b-ontot. Biarlah. Diaorang bukan tahu betapa peritnya untuk bangun dari tersungkur, bagaimana untuk menyusun langkah semula. 

Biarlah aku hidup dalam keadaan melawan arus, walaupun semuanya against aku, aku harus cekalkan hati. Aku harus kuatkan semangat. Dan aku tulis ini pun untuk menguatkan semangat aku aje, orang lain baca aje, yang tanggung nya aku. 

And I don't want the world to see me
Cause I don't think that they'd understand
When everything's made to be broken
I just want you to know who I am 

[Iris - Goo Goo Dolls]

Memang kalau difikirkan, aku macam rugi aje selama berada di Amerika ini. Kalau aku di Malaysia mungkin aku sudah beranak pinak. Sudah perut memburai sebab ada yang jaga makan minum aku. Atau mungkin kalau tak ada yang nak kat aku, aku dah suruh mak bapak aku carikan aku jodoh dengan jiran-jiran sekampung. 

Tapi tak apalah, walaupun aku dalam keadaan begini sekarang, aku rasa aku masih mampu untuk bangkit kembali, aku masih mampu untuk termasuk dalam kumpulan orang-orang yang menjadi. Cuma aku perlukan sedikit pengorbanan. Aku kena lalui hidup yang sebegini, just for a little longer. A year, a few years perhaps. There's no looking back dalam hidup aku nih. There's no looking back in anger. Berdendam sesikit tu adalah. Biasalah, aku bukannya sebaik orang lain.

Dan sampai sekarang pun, aku masih tak puas hati, masih tak faham, apa pasal ramai yang kata aku ego. Dekat email box, kat comment box, kat tag even, ada jer yang kata aku ego. Ego seorang lelaki. Apa ke bender nyer tuh? Ada dua jer yang aku rasa ada kemungkinan apa pasal orang kata aku ni ego. 

Cara aku tulis blog ni ker yang kadang-kadang ada aku puji diri sendiri, aku perasan yang melampau-lampau, yang nampak macam aku ajelah yang bagus, baik. Itu lawak aje lah, don't take it seriously, baca and just take it with a pinch of salt. And pepper. 

Macam aku kata dulu, aku cuma nak menghiburkan hati aku sendiri, aku nak menutup kesedihan hidup aku. Kalau bukan aku sendiri, siapa lagi yang nak puji aku? Siapa lagi yang nak kata aku ni kelas orangnya? Siapa lagi yang nak kata aku ni cekal orangnya, aku ni tabah, aku ni Melayu contoh ?  

Kalau sebab itu orang kata aku ego, haaa, let me tell you something, right to your face, sambil bersiul-siul lagi.... You ain't seen nothing yet! 

Dan memang aku akan tulis blog ni pun untuk menghalau a few people yang aku tak suka, jugak yang datang sekali dua tapi komennya macam dialah yang bagus. Tak payahlah, you go to your corner and I'll go to my corner. I like it that way.

Atau sebab aku tak balik Malaysia, itu pasal kata aku ego? Sebab aku tak mintak tolong? Sebab aku tak ceritakan pada orang? Sebab aku tak berusha nak balik? Sebab tu orang kata aku ego? Aku dah ceritakan sebab-sebab aku tak balik, aku tak ada duit, aku punya stay kat US ni dah mati, soon passport aku akan expire.Bukan aku tak nak balik, keadaan tak mengizinkan aku balik. Takkan itu nak dikata ego? Atau sebab aku cuba untuk bangkit dan aku nak cuba berusaha cari duit dengan bekerja di sini, sebab tu orang kata aku ego?  

Lantaklah orang nak kata apa pun, semenjak dua menjak ni aku dah semakin banyak lantak melantak nampak gayanya. Dah beberapa tahun aku tinggalkan Malaysia, dah beberapa tahun aku tak tengok muka Melayu, masih tak berubah kemelayuan diaorang gaya nyer nih. Bab-bab potpet-potpet nih. 

Dulu waktu kerja kilang di Boston, pernah aku jumpa AhSo dari Malaysia yang macam aku jugak lebih kurang, kerja di Amerika ni secara haram. Aku ada cerita dulu tuh, yang bila kawan aku David kata suruh AhSo tu kasi anak dara dia yang kat Malaysia tu kat aku. Yang AhSo tu jawab something like this, "Mana boleh ooo, anak saya keluar unibersiti punya olang". Dulu aku ada tanya AhSo tu, macamana kalau nanti passport dah mati, macamana nak renew. Dia kata, nanti kalau dah nak expire, pergi Embassy, bawak kad pengenalan, surat beranak, apa dokumen yang ada. Dia tak tahu pun aku hanyalah ada passport, yang lain-lain tu hilang dulu tuh. Dia kata, " Ayooo, lu pigi sana itu Embassy. Lu sinang pasat lu Malayu". Aku senyum aje lah sebab aku tahu dia bukan perli aku sebab aku Melayu, tapi aku senyum sebab dia tak tahu yang aku tak ada apa-apa lagi dah kecuali passport. Dan aku senyum sebab dia kata, "Lu sinang pasat you Malayu" tu tuh. Yer lah tuh. Dia tak tahu pun, sebab Melayu tu lah aku jadi Bangla. Tapi aku senyum aje. Memang aku selalu sembunyikan kesusahan aku di balik senyum. Senyum itu pembawa rezeki, tapi senyum aku penuh dengan kesusahan dan kedendaman.

------------------------------

Note: Tengok date tuh, tahun bila punya entry. Bertahun lah baru nak habis mengcopy-paste entries dari Dendam Perantau ke blog ini kalau macam nih. Let me know kalau korang nak aku skip ke part-part yang best aje. Kat Hagerstown nih aku kerja selama setahun setengah, banyak gak cerita-cerita menarik.

The Day Before Tomorrow (16/3/2005)

Harini aku off, yang last aku off, masa pergi New York dulu tuh, berkurun-kurun dah rasanya. Kerja mengalahkan tokey babi lagi, tiap hari. Banyak aku plan apa nak buat, nak ke sana, nak ke sini, nak buat itu, nak buat ini. Tapi tak semuanya menjadi. 

Kalau masa off, waktu cepat sangat berjalan, tak sempat apa pun dah malam. Dah kena risau pasal esok. Itulah, aku asyik-asyik tengok jam jer kerjanya. Laaa, dah pukul 10, laaa dah pukul 12, laaa dah petang, laaa dah malam. 

Aku bangun pagi macam biasa, macam hari-hari nak kerja. Aku surfed sekejap, aku tulis blog update sekejap pasal semalam tu tak sempat nak tulis, asyik dok chatting kat tagboard. Lepas tu aku tidur balik sebelum orang lain bangun untuk pergi kerja. 

Pukul sepuluh baru bangun, bukak internet, surf sana surf sini, bosan jugak tak tahu nak buat apa. Lepas tu sembang dengan XXXX kat talipun, tak sedar jer dah tengahari. Lepas mandi, terus aku call taxi, aku nak ke mall ajelah minggu ni. Minggu depan baru ke library, minggu lagi satu ke WalMart. Tak boleh pergi ketiga-tiga tempat dalam masa sehari, pokai aku nak bayar tambang teksi nak berulang alik dari one place to another. 

Aku terus pergi cari kedai makan, aku masuk one big Chinese restaurant kat mall tuh. Tak ramai orang, kat ceruk sana satu, kat ceruk sini dua, so aku pun pergilah ceruk yang lain. Sombong nak mampos waiter sorang tuh, jenis tak kadar diri. Mukanya masam mencuka, layan aku macam nak tak nak jer. Itu pun aku langsung tak menyongeh, tak mintak itu ini. Aku kasi tips 2 dollars ajelah, kalau dia layan aku baik-baik mahu aku kasi 5 dollars.

Lepas tu aku terus ke panggung wayang kat mall tuh, memang cadang aku nak tengok 2 filems, 2 shows. Tapi itulah, pakai redah jer, tak organized langsung aku nih. Sepatutnya aku check kat internet, pukul berapa movies tu mula, filem apa. Aku terlewat 15 minit, kebanyakan filem semua dah mula, shows seterusnya pukul 4 lebih. Takkan aku nak tunggu sampai 2 jam? Adalah a few films yang main pukul 2 lebih tapi semuanya cerita tak bagus, 
filem lama, dah sebulan dua keluarnya. Tak apalah, tak dapat hajat nak tengok wayang, aku tengok DVD Lemon Sky yang aku beli dulu aje lah di rumah nanti. 

So aku blah ajelah, terus aku cari kedai gunting rambut. Aku masuk Cuts, ish, rasa macam orang kaya jer sebab Cuts ni memang terkenal. Tak ada orang pun,except satu makcik yang dah nak siap set rambut. Aku mintak stylist tu potong rambut aku pendek-pendek sampai nampak kulit kepala. Ramah sangat orangnya awek tu, tanya aku itu ini. Mulanya aku layan elok ajelah, tapi bila dia gunting, aku tengok rambut yang jatuh tu banyak yang putihnya, aku diam ajelah. Malu pulak rasanya. 

Itulah, I should have colored kan rambut aku sebelum keluar tadi tuh. Walaupun rambut aku pendek sampai nampak kulit kepala, tapi bila mamat tu tanya nak shampoo ker tidak, aku kata nak aje. Aku suka orang main kepala aku. $15 harganya, aku kasi tips $10, tak sempat pun dia nak thanks aku sebab aku kononnya malu, aku tinggalkan aje duit tu kat cash register. 

Lepas tu aku masuklah kedai buku, browse sana sini, tak ada sangat majalah yang menarik. Aku nak cari majalah pasal computer atau majalah pasal Finance, tapi tak ada yang bagus pun. Kedai kecik jer. 

Lepas tu kan, aku masuk satu kedai nih, malulah aku nak cakap kedai apa, itu rahsia. Rahsia sejak zaman-zaman sedara Queen Elizabeth dulu lagi. Kawan aku ada suruh aku cari barang sebenarnya. Sebelum keluar rumah tadi, aku dah tulis nama barang yang dia nak aku belikan tuh. Punyalah malu aku nak masuk kedai tu, Tuhan aje lah yang tahu. Aku jalan laju jer, tak toleh-toleh dah, aku tak cubalah menutup kemaluan aku yang semakin membesar tuh pasal memang kedai tu terkenal pasal jual barang-barang menutup kemaluan. Cuma aku salah jantina.

Aku terus pergi kaunter, aku kata yang aku nak cari barang yang dalam list tu, untuk adik perempuan aku. Aku beli lah, 6 semuanya, bukan 4 macam kawan aku kata tuh. Aku beli kotaknya sekali, senang sikit nak post nanti. Minah tu taruk barang-barang tu (dan kotak pembungkus) dalam beg yang ada tertulis nama kedai tu. Laaa...takkan aku nak ke sana sini bawak beg tuh? Aku mintak plastic bag, dia kata tak ada, kedai kelas-kelas gitu mana pakai plastic bag. 

Terus aku blah ajelah, malunya tak usah ceritalah, (oghang Ganu kater, berre) jinjing ke sana sini bawak beg tu. Kaler pink lagi. 
Oh tidakkkk.... kenapalah dunia ni zalim sangat? :-) Kalau ikutkan hati, aku nak charge mahal-mahal kat kawan aku tu nanti, harga postage dengan bayar harga kemaluan aku :-) 

Aku pun dah jadi macam tak keruan dah, nak ke sana malu, nak ke sini malu. Masuk Bon Ton, masuk JC Penny. Last-last aku call taxi ajelah, balik rumah boleh tidur ker, apa ker. 

Dekat setengah jam aku tunggu, tak ada pun teksi, lama tu dari jauh aku ada nampak teksi dari company yang aku call tuh. Operator taxi tadi suruh aku tunggu depan entrance Garfield's Pub, tapi apa pasal teksi tu berhenti depan JCPenny? Aku call balik, Operator tu marah kat aku, dia kata apa pasal tak 
keluar dari mall tuh, teksi tak boleh masuk ke dalam mall tu. Aku tak sempat nak jawab nak kata yang dia suruh aku tunggu depan Pub tu, memang dulu pun memang aku tunggu di situ, dia dah hung up. Geram aku, menyepoilkan hari bahagia aku aje. 

Bila aku nak talipun operator teksi tu balik, barulah aku nampak ada teksi datang, driver yang sama waktu hantar aku ke mall tadi tuh. 2 kali dia dapat tips aku harini, must be his lucky day. Aku ceritalah kat driver tu, dia kata dia tak tahu menahu, macamana pun, dia mintak maaf on behalf of the company. 

Aku sampai rumah, aku tengok Pak Tua pun ada. Bosan ya amat aku, hari aku off pun dia ada kat rumah. Aku surfed the net ajelah, aku pergi blog-blog orang yang belum pernah aku pergi. Pandai bebudak sekarang nih buat blog comel loteh, tergerak hati aku nak curi code nyer, tapi aku fikir balik, nanti blog aku jadi macam blog orang muda pulak. 

Cukuplah blog aku macam ni nih, walaupun hitam muram tapi tulisannya lurus selurus hati aku :-)

The rest of the day tu aku tengok DVD ajelah, sambil cuci baju, sambil bersih-bersih sana sini. Seronok jugak bila Pak Tua blah, aku sorang-sorang jer kat rumah. Tapi bila sorang-sorang tu waktu cepat sangat berlalu, by the time aku nak lepak-lepak, dah malam pun.

Linkin FAQ


Aku ada ceritakan pada XXXX apa yang pernah terlintas di kepala aku, setelah berhari-hari aku ke sana ke sini tanpa tujuan. Tak ada siapa yang boleh tolong aku.Aku ke masjid pun, tak ada orang yang nak tolong aku. Diaorang makan pun tak ajak aku join sama. So bila aku ke masjid atau tempat-tempat sembahyang yang lain aku dah tak mintak tolong dah, aku tak ceritakan apa masalah aku. Lepas sembahyang, aku curi-curi tidur. Untuk sesepuluh minit.

Akhirnya aku macam give up, aku dah putus harap. Dalam keadaan begitu, untuk memberitahu keluarga aku di Malaysia keadaan aku was the last thing on my mind. Aku perlukan duit there and then. Aku ada terfikir yang apa akan terjadi kat aku kalau sehari dua aku tak makan, mungkin akan ada orang yang terjumpa aku pengsan di mana-mana.

Pernah aku terfikir, kalau aku sengaja buat dilanggar kereta, aku akan dihantar ke hospital, aku akan dapat makan. Ada orang yang akan take care of me. Tapi aku tak nak buat begitu. Aku takut. Lagipun sakit. Kalau tak betul-betul kena langgar, macamana? Kalau setakat patah riok? Kalau cacat? Atau kalau setakat calar balar jer?

Aku bawak mengucap, tapi dalam hati aku ada ingat, betul lah, kalau miskin tu, boleh membawa kepada kemungkaran. Aku tak nak layan suara-suara setan.

Cuma aku fikir, kalau terjadi apa-apa pada aku, biarlah terjadi di masjid. Aku tak nak mati katak. Itu yang bila aku langsung tak ada duit, cuma ada metro card subway jer, aku pergi ke masjid tu tuh. Dan di situ aku terjumpa Hadi.

Masa mula-mula jumpa dia pun, aku macam putus harap jer nak mintak bantuan. Tapi sebab mungkin dia pernah mengalami masalah yang sama seperti apa yang aku alami, walaupun dalam situasi yang berbeza, jadi dia faham. Macam apa yang aku cakap dulu tuh, waktu itu, aku memang macam orang lemas di lautan, dengan sehelai rambut pun aku nak berpaut.

Aku lupa nak tulis, masa tu Hadi pun tak ada duit, setakat untuk belanja harian jer. So, lepas sembahyang, without my knowledge, Hadi pergi jumpa Imam New York Islamic Center tu, orang Arab, dia ceritakan kisah aku. Imam tu panggil aku, dia suruh aku ceritakan apa yang terjadi, aku ceritakan lah. Tapi dia banyak sangat soal aku itu ini, macam tak percaya, dia tengok passport aku. Passport tu cuma ada cop masuk ke Amerika dan cop waktu aku buat Umrah. Itu aje. Dia tak percaya yang aku pernah belajar di UK, aku pernah ke sana sini sebab tak ada cop kat passport tuh. Dia tak percaya bila aku kata passport tu passport yang telah direnewed. Dia nak tengok passport lama aku. Manalah aku ada bawak. Memang, sampai ke situ dia tanya aku.

Aku masa tu dah bengang sangat dah, aku kata yang bukan aku nak mintak tolong, jangan nak sakitkan hati aku dengan tanya benda-benda pelik seolah-olah tak percaya aku. Sampai ada aku kata lebih kurang begini kat Imam tu, aku kata,"memang aku hormat dengan Imam dan orang berugama, tapi kalau begini keadaannya, menyakitkan hati orang yang perlukan bantuan, aku memang tak hormat dah". Hadi usap-usap belakang aku sambil kata, "Tenang aje, tenang". Aku terus blah dari bilik Imam tu, tapi aku rasa puas hati jugak sebab aku rasa aku dapat menyedarkan Imam tu sedikit sebanyak, jangan pandang lekeh sangat dengan orang yang dalam kesusahan.

Hanya sebulan lepas tu, masa aku datang semula jumpa Hadi, sebelum aku berangkat ke Boston untuk kerja kilang tu, Hadi ada beritahu yang Imam tu ada kasi Hadi $25, suruh kasi kat aku, duit pocket dia sendiri. Hadi tak ceritakan kat aku sebab Imam tu suruh Hadi tengok samada cerita aku tuh genuine ke tidak. Mungkin dia ingat aku ni just another conman yang selalu datang masjid mintak bantuan.

------------------------

Apa yang aku fikir balik, selama 2 minggu aku homeless tu, aku masih jugak bernafas, aku masih perlu meneruskan hidup aku, aku kena berusaha. Takkan nak berdoa aje kan? Walau blank macamana pun otak aku, aku kena fikirkan jugak apa yang aku nak suapkan ke mulut aku. Aku kena berusaha ke arah itu. Aku tak boleh just sit there menangis mengenangkan nasib aku. Aku tak boleh just sit there menadah tangan berdoa. Aku harus berusaha, aku harus berdoa. Aku harus berdoa sambil berusaha. Siapa lagi yang boleh bantu aku? Itu Tuhan dah tunjukkan jalan keluar, aku perlu panjangkan idea tuh.

Dan panjanglah idea tu tuh.

Dalam masa beberapa bulan selepas itu, aku masih tak ada duit, hanya setakat untuk makan pakai aje, nak bayar sewa bilik. First, aku kerja cuci pinggan, masa aku lari ke New York selepas kena pukul dengan budak-budak Spanish tu, aku langsung tak ada duit. Bila aku di Boston, selama beberapa bulan kerja tu, dapatlah aku kumpul duit sesikit. Dan aku pun berusaha untuk dapatkan duit bayaran kursus aku dekat IFF dulu tuh. Lama prosesnya, itupun aku kena selalu contact diaorang.

Kemudian, bila aku berhenti kerja, aku dah kenal Yanti. Aku rasa aku perlu tolong dia sebab dia janda anak dua yang baru jugak tiba di Amerika. Aku tak tahu cerita dia yang sebenar, apa yang aku tahu, dia ada anak dua orang, lari dari suami di Indonesia, dan dia perlu kerja. Itu saja. Bila dah settlekan pasal perkahwinan dia dengan Will, aku rasa tanggung jawab aku masih belum selesai. Mula dari situ, diaorang selalu pinjam duit, walaupun sedikit, tapi lama-lama duit aku jadi sedikit.

Di tempat aku duduk, di kawasan yang ramai orang Indo tu, aku dapat kenal ramai orang. Kebanyakannya dah lama di Amerika, semua diaorang duduk cara haram. Stay untuk tinggal di Amerika dah mati, tak ada work permit, ada yang passport dah mati, ada yang langsung tak ada passport, ada yang guna 2 passports. Macam-macam gaya lah untuk hidup. Dan aku taklah takut sangat bila tempoh stay aku dah nak mati, waktu itu.

Diaorang ni tempat aku cari idea macamana untuk meneruskan hidup aku di Amerika, cara diaorang. Tak apa kalau stay sudah mati, tak apa kalau passport dah expire, asal jangan buat criminal aje, asal jangan terlalu ke sana ke sini, ke tempat-tempat yang tak baik. Jangan terlalu menonjolkan diri. Apalah yang nak ditonjolkan sangat, sebenarnya. Setakat kerja, kumpul duit dan hidup seadanya. Kalau dah banyak duit nanti, baru diaorang balik ke Indonesia. For good.

Bagus jugak idea tu tuh, dan aku tak jugak rasa sendirian pasal kebanyakan diaorang Indo tu, semuanya kaya raya waktu di Indo dulu. Kalau tak, diaorang tak dapat nak datang ke Amerika nih. Orang Indo yang miskin-miskin, takat dapat datang ke Malaysia jer, yang di Amerika ni, jenis yang Indo kaya, ada kerja bagus, ada rumah besar, ada harta benda. Dulunya lah. Sekarang ni, selepas gawat dulu tuh, susah nak cari kerja lagi dah, lagipun nilai matawang turun, dengan datang Amerika dan bersusah payah for a few years, memanglah berbaloi kalau diaorang balik Indo nanti.

Kesemua yang aku kenal, nasihatkan aku suruh tinggal aje di Amerika, buat macam apa yang diaorang buat. Walaupun tak ada seorang pun yang tahu cerita aku, tapi diaorang anggap aku macam diaorang jugak, datang ke Amerika untuk cari kerja. Walaupun kitaorang kerja kilang aje, tapi kebanyakannya diaorang tuh, orang yang waktu di Indo dulu, kerja yang bagus-bagus. Ada yang Doktor, ramai yang bussinessmen, macam-macamlah.

Sedikit sebanyak, ego aku dapat aku kikis. Kalau diaorang boleh buat semua benda kerja-kerja kuli, aku pun boleh jugak. Peduli apa, mana ada orang kenal aku. Lagipun, itu ajelah caranya untuk mendapatkan duit, aku bukannya ada legal papers yang membolehkan aku cari kerja yang sesuai dengan kelayakan dan pendidikan aku. Dan bila aku dengar cerita-cerita sedih diaorang macamana susah senangnya hidup di Amerika, aku jadi bersemangat, aku jadi berkobar-kobar gitu. Kalau diaorang sanggup bersusah payah, aku pun harus juga bersusah payah.

Sebenarnya, kesusahan aku, kisah hidup aku tu, it's nothing compared to dengan cerita-cerita diaorang. Diaorang jauh lebih susah, jauh lebih menderita dari aku. Aku, susah yang tiba-tiba, yang tak dijangka, diaorang susah yang memang diaorang dah jangka, susah yang diaorang memang sedia maklumi.

Macamana pun, aku jadi kan itu sebagai pendorong aku, aku harus lupa kan hasrat untuk balik, buat seketika. Aku harus bekerja, cari duit, kalau balik nanti, aku tak nak balik dengan tangan kosong. Aku pun bukanlah koman sangat kan? :-) Kalau orang yang selama ini aku rasa macam koman jer, boleh hidup, sure aku pun boleh. Dan dengan berbekalkan semangat Malaysia Boleh tuh, aku teruskan hidup aku sebagai seorang Bangla Di Amerika.

Gotta take a little time
A little time to think things over
I better read between the lines
In case I need it when I'm older

This mountain I must climb
Feels like a world upon my shoulders
Through the clouds I see love shine
It keeps me warm as life grows colder

In my life there's been heartache and pain
I don't know if I can face it again
Can't stop now, I've traveled too far
To change this lonely life