Sunday, October 7, 2012

Balls To The Wall


"Ha, aku orang Johor, dulu di Singapura. Dah 54 tahun duduk Amerika. Kau Melayu?", macam terkejut aje PakCik tuh tengok aku. Terus aku bersalam dengan dia. 

"Saya orang Malaysia", aku jawab ringkas gitu. "PakCik buat apa kat Amerika nih?", aku tanya lagi. 

"Aku? Aku dah pencen, aku memang duduk sini. Pencen aku dekat 3000 sebulan, mana ada orang Melayu macam aku", kata PakCik tuh sambil gelak-gelak. 

Uish, kelas PakCik nih, kata aku dalam hati. Tapi, aku tengok cara dia berpakaian, pembawakan dia, macam orang tak terurus aje. Macam orang-orang lain yang hidup terbiar, yang banyak kat Chinatown tuh. Aku nak tahu lebih lanjut pasal PakCik tuh so aku ajak dia lepak-lepak sambil minum tapi dia tak nak. So kitaorang sembang sambil berdiri ajelah, kat depan counter kedai tuh. 

"Kau dah lama di Amerika? Buat apa? Kerja apa?", PakCik tuh pulak tanya aku.  

"Dah enam tujuh tahun lebih PakCik, buat kerja-kerja gitu lah, kerja-kerja biasa aje", aku jawab. 

Aku macam tak percaya aje yang PakCik tuh dah 54 tahun di Amerika sebab cakap Melayu dia memang lancar, tak ada slang langsung. Cuma yang lawak sikitnya, cara dia cakap tuh macam gaya cakap orang-orang zaman P Ramlee dulu tuh, yang dalam filem-filem P Ramlee tuh. 

"Mari duduk minum dulu lah, kita cerita-cerita", kata PakCik tuh bila aku kata aku happy dan macam tak percaya aje boleh terjumpa Melayu kat Chinatown tuh. Banyaklah benda yang kitaorang sembangkan, aku pun dah lupa apa turutannya tapi PakCik tuh memang tak henti-henti bercerita. Aku macam ternganga dan terpukau dengar cerita dia semuanya tuh. 

Ok, PakCik tuh dah 54 tahun di Amerika, dah lama jadi citizen, kawin sama American dan ada anak 3 orang, semuanya dah dewasa. Umur PakCik tuh 78 tahun. 

"Aku ada anak 3 tapi semuanya tak menjadi", kata PakCik tuh sambil mencebik mulut. "Yang kecil sekali tuh, pukimak, dia hisap dadah, kau tahu itu drug?", kata PakCik tuh. Aku notice yang PakCik tuh selalu guna the word "pukimak". Sikit-sikit pukimak, sikit-sikit pukimak. 

Dia cerita lah yang dia dulunya kerja kat kapal, masa umur 23 tahun. Masa kapal berlabuh di Brooklyn, dia lari, terjun kapal. Darah muda, kata dia. 

"Masa tu aku ada duit 5 Ringgit aje di pocket", kata dia. PakCik nih guna terma Ringgit, instead of Dollar. "Nak sewa bilik, mahal pulak tuh, 4 Ringgit sebulan. Jadi, aku kerja mengusung air batu di Chinatown ni. Dapat lah aku kumpul duit sesikit", sambung PakCik tuh lagi. 

Terpana aku mendengarnya. 

"When was that PakCik?", aku tanya dia. Dia tak jawab."Tahun berapa tuh PakCik?", aku tanya lagi. 

"Tahun 50an", kata dia. "Masa Perang Vietnam, aku ikut askar Amerika pergi perang. 2 tahun aku di Vietnam. Balik tu, aku terus dapat jadi citizan", PakCik tuh cerita lagi. "Lepas dapat jadi citizen, aku ikut kerja kapal, merata dunia perginya. Sekarang aku dah pencen. Ko tengok, mana ada Melayu macam aku...", kata PakCik tu sambil selak lengan baju dia, ada tattoo gambar anchor. 

Airmata aku dah lama mengalirnya masa tuh, aku biarkan aje. Sebab PakCik tuh tak perasan agaknya, dia tak nampak aku menangis. Aku pakai glasses. Bukan apa, aku termenangis tuh sebab sedih dengar cerita dia and at the very same time aku terbayang yang aku akan jadi exactly macam dia nanti. Ataupun mungkin lebih teruk dari dia. I'll end up jadi macam PakCik nih nantinya, kata aku dalam hati. Itu yang buat aku sedih sangat tuh. 

"Kau umur berapa?", PakCik tuh tanya aku. 

Ya ampun, termemeh-memeh aku cuba nak beritahu umur aku tapi suara aku tak terkeluar. Airmata makin laju turunnya, so aku guna isyarat jari aje lah.

"Muda lagi tu. Kau kerjalah baik-baik, kumpul duit. Kat Amerika ni, susah hidupnya. Kau menangislah keluar airmata darah sekalipun, pukimak, tak ada orang yang akan tolong kau", kata PakCik tuh. 

Terus terbehenti airmata aku mengalir. 

"Saya tak ada papers lah PakCik, saya ni illegal", aku kata gitu. 

"Tak apa, kau kerja lah elok-elok, jangan buat jahat, sudah. Orang gelap nih, kalau kau betul pun, kau tetap salah, sebab kau penduduk haram", kata PakCik tuh. Itu memang aku faham sangat. "Yang pentingnya kau kena jaga kesihatan kau. Itu penting tu. Aku dulu operation jantung, pukimak Doktor tu kata aku ada 6 bulan aje tapi dah enam tahun aku hidup, lepas buat operation tu", sambung PakCik tuh lagi. 

"PakCik tak ada niat nak balik Malaysia, Singapore ker?", aku tanya gitu bila PakCik tuh selalu sangat mengeluh yang hidup di Amerika nih tak seronok. 

"Aku dah tak ada apa dah di sana, yang hidup cuma anak kakak aku sorang, itu aje. Yang lain semua dah mati", kata PakCik tuh. 

Then dia sambung cerita pasal masa dia muda-muda dulu, masa jadi sailor. Yang dia banyak "menabur benih" di pulau-pulau, di Aceh especially. 

"Semuanya mati masa bah (tsunami) baru ni", sambung PakCik tuh. 

"Habis PakCik buat apa hari-hari?", aku cuba tanya aktiviti dia seharian. 

"Goyang kaki gini lah, makan duit pencen. Duduk rumah pun, bini dah nyanyut", kata PakCik tuh. 

"Nyanyuk...", aku membetulkan perkataan PakCik tuh. Dia angguk. "Banyak lah duit PakCik kan, pencen 3000?", aku cuba korek-korek lagi. 

"Duit aku habis beli lotteri, tiap-tiap hari aku habis tiga puluh empat puluh Ringgit beli lotteri. Pukimak, tak pernah kena pun", kata PakCik tuh sambil keluarkan segumpal ticket lottery yang dia beli. "Kau beli nih, kalau nombor kau naik first prize, dapat 147 juta. Ha, masa tu kau balik Malaysia, kau tendang Melayu-Melayu pukimak tu", kata PakCik tuh lagi. "Kau tengok aku, mana ada Melayu beli lottery sampai 40 Ringgit satu hari?', kata PakCik tuh sambil gelak-gelak. Aku pun gelak lah jugak. 

PakCik tuh keluarkan wallet dia, dia tunjukkan ID sailor dia. Nama Melayu dia Ahmad tapi nama yang dia guna sekarang, Arthur Sequira, macam nama Portugese. 

"Masa aku muda-muda dulu, aku lawa. Banyak perempuan kejar aku. Banyaaaaaakkkkkk. Ini aku dah tua tak ada sapa kejar aku, semuanya kejar duit pencen aku aje", kata PakCik tuh lagi. Aku tengok gambar tuh, aku tak nafikan yang PakCik tuh memang dikategorikan sebagai handsome lah, masa muda-muda dulu. Tak sangka pulak bila tua jadi kerepot gitu tuh. 

Sepanjang sembang dengan PakCik tuh, aku teringin sangat nak ambik gambar dia. Mulanya aku nak recordkan suara dia tapi aku lupa macamana nak record guna cellphone aku. Lagipun aku kena buat tuh sembunyi-sembunyi. Sebab masa tuh, sepanjang aku bersembang dengan PakCik tuh, aku asyik teringat kat entry Kak Teh (www.kakteh.blogspot.com) pasal sailors Melayu yang kat UK sana tuh. Aku pernah terjumpa seorang PakCik sailor masa kat South Shields, UK dulu, sekarang nih jumpa pulak satu orang kat US nih. Macamana pun, aku dapatlah jugak snap gambar PakCik tuh. 



"Habis kau ni macamana? Tak nak balik Malaysia ker?", PakCik tu pulak tanya aku. 

"Nak balik. Nak sesangat, tapi itulah, saya ada masalah nak balik nih. Lagipun saya tak ada duit", aku tak adalah cerita details sangat kat PakCik tuh, especially pasal passport aku yang dah lama mati tuh. 

"Kat sini PakCik ramai kawan ker? Selalu jumpa orang Malaysia ker?", aku tanya dia balik. 

"Selalu. Selalu jumpa, orang Malaysia, orang Indonesia, orang Singapura. Orang Cina lah. Orang Melayu, aku sorang jer", kata PakCik tuh. Then dia beritahu aku kat park mana di Chinatown tuh tempat diaorang selalu berkumpul untuk sembang-sembang. 

"Kalau kau mau cari perempuan pun senang, 40 Ringgit sekali main, murah aje. Ada satu itu perempuan Cina Malaysia, kau kasi dia 10 Ringgit pun dia mau isap batang kau", kata PakCik tuh, sambil tersengih. 

[Eh, ini aku nak clarify sikit nih. Ok, aku tulis in details pasal pertemuan aku dengan PakCik tuh, bukan lah apa. Sekadar peringatan buat aku, dan jugak kepada sesiapa yang nak mengambil ikhtibar, buat pengajaran. Bukan langsung niat aku untuk membuka aib orang. Bukan niat aku. 

Ok, dulu-dulu tuh, ada satu orang veteran nih yang sound aku kata yang aku nih suka membuka aib orang. Tak sebenarnya. Semua yang aku tulis, baik dan buruk, semuanya berdasarkan pengamatan dan pengalaman aku. And please remember one thing, this is a blog, a diary gitu. My blog. Kalau ada yang tak suka cara aku tulis, tak payah baca. As simple as that)] 

Aku memang agak yang PakCik tuh macam mencari atau menunggu seseorang. Ada hal lain lah maksudnya. Rupanya dia nak pergi jumpa satu AhSo nih, tapi dia tersalah jalan, tak jumpa akhirnya. Dan aku perhatikan jugak yang PakCik tuh boleh tahan jugak lah gatalnya. Ada aje perempuan lalu, laju aje mata dia mengekornya. Siap kasi komentar lagi tuh. Sabar jer lah. 

"Kalau dapat main dengan amoi ni, mau berjam-jam", kata PakCik tuh bila nampak satu amoi nih berhenti sambil menalipun, berdiri di luar kedai. Mungkin jugak betul jangkaan PakCik tuh, dia kan lebih expert. Dia kata yang semua perempuan di Chinatown tuh, semuanya muka-muka pelacur. 

"Kau tak percaya aku? Aku dah 54 tahun di Amerika, aku tahu lah", kata PakCik tuh bila aku kata yang tak semuanya perempuan di Chinatown tuh begitu. 

"Kalau kau nak main, mari ikut aku, aku tunjukkan mana tempat murah, Kau ada 40 Ringgit?", PakCik tuh tanya aku. 

[Eh, out of curiosity lah kan, lelaki yang berumur 78 tahun, kote diaorang boleh naik lagi ker? Boleh stim lagi ker?] 

"Malaysia sekarang sapa jadi Menteri?", PakCik tuh tukar topik bila dia beria-ia cerita pasal lonteh di Chinatown, tapi tak ada sambutan dari aku. 

"Ahmad Badawi". 

"Bagus?". 

"Entah.....", aku jawab sambil geleng kepala. 

"Melayu pukimak jadi Menteri, semuanya rasuah. Sejak zaman Tunku lagi", kata PakCik tuh. Aku senyum ajelah tapi dalam hati aku kata, boleh tahan jugak PakCik nih orangnya. 

So adalah dalam 2 jam gitu kitaorang sembang. Aku tunggu-tunggu jugak kalau PakCik tuh nak kasi alamat rumah dia, contact number dia ker apa ker tapi dia macam tak berminat nak kasi pun. Cuma bila dia beritahu aku nama jalan dan subway station kat area rumah dia, aku terkejut jugaklah sebab kat station tuh lah tempat aku turun untuk ke kedai Lee tempat aku akan kerja tuh, Bergen Street. 

"Kalau kau nak jumpa aku, aku ada di kawasan ini dalam pukul 2 lebih, tiap-tiap hari", kata PakCik tuh. So aku janji akan datang lagi cari dia nanti. 

Kat luar kedai tuh, aku pun bersalam lah dengan PakCik tuh, aku peluk dia rapat-rapat (busuk nak mampos bau PakCik tuh), sambil tepuk-tepuk belakang dia. Aku ucap terima kasih sebab buat aku happy knowing yang ada Melayu yang lain di New York nih, yang lifestyle nya macam aku jugak, merayau-rayau ke sana sini. 

Keras hati PakCik tuh gayanya, dia buat selamba aje, as if nothing happened. As if dia tak adalah excited apa-apa jumpa another Malay. Aku aje yang beria-ia nya. Mungkin perjalanan dan kesusahan hidup dia yang membuatkan dia jadi keras gitu tuh. Atau mungkin jugak sebab dia anggap yang aku nih just another Melayu pukimak, itu aku tak tahu lah. 

So, that's it lah cerita pasal aku jumpa sailor Melayu tuh. Aku tak nak cerita pasal benda-benda berbaur keugamaan yang ada PakCik tuh cakap, cuma aku berdoa supaya aku tak jadi macam dia. Dari segi lifestyle dan pegangan ugama. 

PakCik tuh ikut aku sampai aku nak turun masuk subway station bila tiba-tiba aku nampak dua orang yang aku kenal sangat, baru nak keluar dari station tuh.  

"Yaaaaaaaaaaa....kamu??????", aku rasa macam happy dan terkejut. Tak sangka langsung yang di sebesar-besar New York nih, aku boleh jumpa orang yang aku kenal.......... 

"Eh, kamu mahu ke mana?", tanya Armi, dia macam terkejut jugak nampak aku. Terus kitaorang bersalam-salaman. Ingat tak sapa Armi? Ala, agent kerja yang bawak aku kerja di KFC Atlantic City dulu tu lah, yang tipu kitaorang, aku sama Heru. Baca entries lama aku kalau nak tahu details, entries bulan puasa tahun lepas. 

"Aku udah pindah New York, baru kelmaren. Udah bosen di Phila sih, mahu coba-coba tinggal di New York. Kalo gak betah di sini, aku pulang Phila aja", aku kata gitu.

"Iya deh, saya pun baru dapat kerjaan di Restoran Penang, baru benter balik dari jumpa Mei-Mei, jadi waiter di Queens", kata Armi. 

"Oooo, bagus tuh, bisa gedek tipsnya", aku cuba menyedapkan hati Armi. Tapi dalam hati aku kata, padan muka ko, dulu waktu ko jadi agent, ko menipu orang aje kerjanya. Sekarang rasa ko, terpaksa jadi kuli semula. Aku cuba tanya dia apa pasal dia terpaksa cari kerja sedangkan dulu macam ok aje jadi agen kerja, masa di Phila dulu tuh. So dia ceritalah yang sekarang dah susah nak buat business. 

Macamana pun, bila bila dengar cerita dia, bila keadaan begitu, aku jadi macam terkesian pulak kat dia. Iyalah, business dia lingkup, dia tak ada duit, dan terpaksa cari kerja di New York. Walaupun Armi nih legal orangnya (dia dapat asylum) tapi dia tetap cari kerja melalui agent di New York, macam orang-orang gelap yang lain. Macam aku. 

"Aku ditawarin kerjaan di Boston, gajinya dua lima (dua ribu lima ratus Dollars) tapi terpaksa aku tolak", kata Armi.

"Kenapa?", aku tanya dia. 

"Gara-gara ga punya uang tambang mahu ke sono", kata Armi. Laaa, makin aku terkesian mendengarnya. Makna nya, memang betul-betul dia tak ada duit lah tuh sebab tambang ke Boston kalau naik bas Cina dari New York pun berapa lah sangat kan? Dalam dua puluh dollars gitu aje. 

Masa aku di Phila dulu, ada lah dua tiga kali aku terserempak dengan Armi dan "bini" dia tuh tapi aku tak tegur sangat pun, takat angguk-angguk kepala aje gitu. Sebab aku masih marah dengan dia yang masih berhutang seminggu gaji aku dulu tuh. Tapi bila jumpa dia kat New York nih, aku rasa macam happy aje, dan bila dia kata dia nak mencuba nasib hidup di New York, semakin lah happy aku mendengarnya. At least aku tahu yang aku tak keseorangan, ada jugak orang yang senasib dengan aku, walaupun aku dan dia kerja di tempat berlainan. 

"Saya masih hutang kamu sih, nanti saya lunasin", ingat jugak dia yang dia ada hutang dengan aku tuh.

"Gapapa, gapapa, aku udah lupain semua tu", aku jawab gitu. 

Tak sangka jugak yang aku nih pemaaf orangnya. Aku rasa mungkin sebab dia jadi susah, itu pasal aku maafkan tuh. Kalau dia semakin menjadi, semakin kaya, harus aku masih marah dengan dia kot. So kitaorang bertukar nombor talipun, Armi beria-ia suruh aku talipun dia sebab dia tak ada kawan lain di New York. Bini dia, untuk sementara ini, akan tetap tinggal di Phila. 

"Bila keuangan udah mantep, baru istri saya menyusul tinggal di New York sama saya", kata Armi. 

-----------------------------

Terus aje lah aku naik subway menghala ke Times Square. Hujan turun renyai-renyai dan aku pun tak ada nak ke mana sangat. Tapi bila mengenangkan yang itulah antara malam-malam terakhir aku dapat melepak, aku teruskanlah jugak merayau-rayau sampai malam. Nanti bila aku dah kerja, dah tak boleh nak buat gitu pasal aku disuruh kerja setiap hari, setiap malam. Dan mula dari malam tuh, aku berjalan pun sambil taruk wallet kat pocket depan jeans aku, dah tak taruk kat pocket belakang dah. Jalan pun sambil seluk pocket jeans aje kerjanya, macam New Yorkers lain. 

Saturday, aku tak ke mana-mana pagi nya, aku hanya keluar di sebelah petang sebab Lee suruh aku datang ke kedai untuk "belajar" cara-cara nak kerja. Nanti malam Ahad nya, aku akan kerja bersendirian, mampos lah kalau nanti buat kerja tak tahu hujung pangkal nya kan?

Kekok jugak aku, gelabah jugak aku, mula-mula tuh, especially bila ramai customers. Iyalah, mana lah aku tahu harga barang semua tuh, tak semua barang yang dijual tuh ada tanda harga. Yang jadi masalah paling besar, aku nih rabun. Contacts aku dah habis bekalan so aku pakai glasses aje sekarang nih. Aku dah tak boleh baca dengan jelas tulisan yang kecik-kecik (tanda harga for example) kalau I have my glasses on. Aku kena tanggalkan glasses baru boleh baca/nampak tulisan tuh. Itu tanda orang rabun, kan? Macam orang tua-tua lah kaedahnya. Last aku pergi periksa mata was more than 2 years ago, masa aku kerja di Maryland, so aku rasa about time lah aku kena pergi check mata nih. Tengoklah nanti, in a few weeks kot, bila semuanya dah settle (hmm, ada jer idea untuk menghabiskan duit kan?).

Aku ingatkan sekejap aje Lee suruh aku tolong dia jaga kedai petang tuh. Lama rupa nya. So aku tipu dia, aku kata aku ada urusan kat Manhattan so dia kasi aku blah awal. Mulanya aku kata aku nak blah dan aku akan datang semula malamnya nanti tapi dia berkeras kata jangan datang waktu malam. Sebab the guy yang akan aku gantikan nanti nya tuh, malam tuh malam terakhir dia kerja di situ. Aku pun tak tahu lah apa pasal dia tak nak sangat aku jumpa dengan budak Korea yang akan berhenti kerja esoknya tuh. 

"You'll be by yourself tommorwo but there's another guy working here to help you out. His name is Arthur and he's an Arab", kata Lee. 

"Arthur? An Arab? Is he old, like 70 something?', aku tanya dia lagi.

"I don't know but he's old", kata Lee. Terus aku teringat kat PakCik Arthur, sailor yang aku jumpa semalamnya tuh. Harus lah dia tuh gamaknya sebab masa aku jumpa dia, dia kata dia duduk di area-area dekat situ jugak. Aku rasa excited, aku rasa happy gitu mengenangkan yang aku akan ada kawan, orang senegara pulak tuh. What a small world, kan?

--------------------------

Aku ambil train ke Queens sebab nak pergi ke Jackson Heights. Di kawasan orang-orang Spanish tuh ada a few kedais yang buat ID, walaupun IDs yang tak official, IDs yang tak rasmi. Setakat ID untuk pengenalan diri aje, ada gambar, nama dan alamat.

So aku buatlah satu ID nih, 35 dollars. Tapi, instead of guna nama aku, aku tambah nama lain kat depan tuh. Nama aku jadi macam nama bapak, last name gitu. Lantak lah. 

Maknanya sekarang aku ada dua IDs yang berlainan alamat (satu alamat di Phila, satu alamat di New York). Yang beralamat di Phila tuh dah nak expire tahun depan, yang aku buat a few years dulu. Kedai yang aku buat ID tuh dah tak ada dah sebenarnya, dah kena roboh, kat Times Square sana tuh. 

Lepas tuh aku jalan aje lah ke arah Little India pulak, di 74 th Street. Aku masuk Shees Mahal, restoran halal India yang memang tempat aku selalu pergi kalau aku nak makan everytime aku turun New York. Aku order nasi beryani lauk kari kambing. Ambik ko, aku makan pakai tangan aje, aku perasan ramai orang yang macam jeling-jeling tengok aku makan. 

Kat Little India tuh, kat dalam restoran tuh, sekarang nih, dah ramai sangat orang-orang dari Tibet, Nepal dan Monggolia. Dulu tak lah ramai sangat tapi sekarang nih, penuh dengan geng-geng diaorang. Apa yang aku tahu, diaorang nih, walaupun muka macam muka Cina (mata sepet, kulit cerah) tapi diaorang lebih rapat dengan orang India. Pasal sejarah kot, Cina memang tak suka orang-orang Tibet, Nepal dan Monggolia nih yang diaorang anggap macam orang tak ada kelas, traitors jugak. 

So tak heran lah kalau kat restoran tuh penuh dengan orang-orang bermata sepet, muka-muka geng Altantunya tuh. Itu yang aku rasa, kalaulah Abul Razak Baginda ada kat situ, sure happy aje dia kan?

Balik dari Little India, aku turun sekejap kat Times Square, tapi aku tak keluar pun dari station. Aku merayau-rayau kat dalam station tuh aje, saja nak kasi familiarkan diri dengan laluan-laluan trains, iyalah kan, aku dah jadi orang New York, aku kena lah tahu semuanya tuh kan?

Dah malam baru aku balik ke rumah, itupun sempat singgah kat kedai-kedai di daerah aku duduk tuh, aku beli lah apa-apa yang patut untuk melengkapkan bilik aku. Shopping macam orang miskin habis aku, belanjan tak sampai 20 dollars pun dapatlah langsir, towel dan a few peralatan lain. 

Lepas kemas-kemas bilik aku cuba tak nak tidur, tapi tak ada sangat orang online yang boleh dibuat teman chat, so aku tidur aje lah. 

Sunday tuh aku tidur. Dan tidur. Dan tidur. Itulah aje kerja aku sepanjang siang, beria-ia sangat kononnya nak bersedia berjaga malamnya nanti tuh. Keadaan bilik aku yang sengaja aku gelapkan tuh yang buat rasa macam nak tidur aje sepanjang hari. Aku labuhkan langsir, aku tak bukak music, aku hanya nyalakan satu lampu kecik, memang sunyi sepi rasanya.

Aku rasa macam berdebar-debar aje nak pergi kerja. ID pun tak aku photocopy, alamat pun tak aku tulis. Lee Tua semalamnya suruh aku buat photokopi ID, then tulis lah apa-apa yang patut, sebab dia nak simpan one copy, just in case of emergency.

Sebab seharian tak makan dan sebab my first day pergi kerja dan takut terlambat, pukul 6 petang aku dah keluar. Laaa, aku turun aje ke subway, dah ada train, tempat station kedua bila nak tukar train pun sama, aku sampai aje, dah ada train. So dalam masa less than 15 minutes, aku dah sampai ke area kedai Lee tuh. Pundeks betul, aku nak buat apa dalam sejam setengah tuh? Kalau ada internet cafe kat area tuh kan ker bagus? Atau, kalau aku bawak laptop, kan ker elok? So aku masuk this one restaurant, aku order shrimp fried rice. Jugak shrimp lo-mein, itu untuk bawak bekal masa kerja nanti.

Nasib baik lah Lee ada temankan aku dalam setengah jam pertama aku kerja tuh. Dia yang tunjukkan aku macamana nak handle semuanya tuh. Dan nasib baiklah tak sibuk sangat Sunday night tuh. Gelabah jugak aku nak mengingat harga-harga barang sebab, kedai tuh walaupun kecil, tapi banyak barang yang dijual. Ada fresh flowers, buah-buahan, sayur-sayuran. Benda-benda kegunaan seharian jangan ceritalah. 

Macamana pun aku rasa, dalam beberapa hari, aku akan dapat handle semuanya tuh sebab aku nih, walaupun dah tua, otak aku pandai jugak. Selain dari memory aku yang masih sharp nih, kalau keadaan terdesak, aku pandai jugak kelentong. Aku akan punch ajelah harga barang tuh, sebab, aku perhatikan, New Yorkers nih diaorang tak cerewet sangat. Kadang tuh aku macam pelik sangat, macam tak percaya aje, sebab walaupun harga barang-barang di kedai tuh mahal, tapi diaorang tak kisah apa pun. Diaorang beli jugak, walaupun di kedai lain harganya jauh lebih murah. 

Dulu, masa aku kerja di kedai Daniel di Phila dulu tuh, harga sebotol minuman $1-25 pun dah menjerit-jerit gagak melalak. Kat New York nih, harga minuman sampai lima atau enam dollars setin/sebotol (bermacam jenis minuman yang ada, yang aku tak pernah tengok pun) pun, orang selamba aje beli. Cokelat, cookies, yang harganya sampai 10 dollars sebungkus kecil (I'm sure kat tempat lain boleh dapat jauh lebih murah) itu pun selamba aje orang beli. Itu yang aku pelik sangat tuh, memang orang New York nih tak kisah sangat pasal duit, kot?

So kaedahnya, pukul 9 tuh Lee pun blah, tinggallah aku sama Abdoul, orang Algeria, yang kerjanya memenuhkan stock barang-barang yang nak dijual. Oh ya, Arthur yang sepatutnya kerja sama aku, dengar ceritanya dibuang kerja pasal dah seminggu tak masuk kerja. So aku tak tahulah samada that Arthur tuh, PakCik Arthur yang aku jumpa kat Chinatown tuh semalamnya.

Nasib baiklah ada Abdoul, dia lah yang tolong aku kalau aku tak tahu harga barang. Berkali-kali aku berterima kasih dengan dia, orang Arab macam Melayu jugak, memang suka dipuji, kan? So kiranya baik lah aku dengan siAbdoul tuh. Dah tua orangnya, dalam 50 lebih umur dia.

Rupanya dinner disediakan, Abdoul akan pergi beli dinner untuk kitaorang berdua, setiap malam. Ok sesangatlah tuh, dapatlah aku save dalam lima enam dollars sehari. Kat rumah nanti, tak payah lah aku nak masak bagai kan? Takat makan cereal, sandwich sudahlah. 

Aku tanya Abdoul, siapa yang kerja sebelum aku dan apa pasal dia berhenti kerja. Abdoul kata yang ada this one Korean guy yang kerja di situ cuma 10 hari, dan dia tak tahu samada that guy berhenti atau kena fired. Abdoul kata yang Lee Tua tuh cerewet sangat orangnya, asyik tengok melalui camera aje kerjanya (camera yang disambung ke pet shop diaorang di sebelah kedai runcit tuh)

"I don't like him, he talk(s) too much. Mother-fucker", kata Abdoul sambil geleng-geleng kepala. 

Then Abdoul cerita yang sebelum tuh ada one Algerian jugak yang kerja di situ, kawan siAbdoul nih. Dia kerja setiap malam, selama 3 tahun, tanpa satu hari pun day off yang dia ambik. Tapi Mamat tuh kena tangkap dek Immigrasi, sekarang nih di penjara di New Jersey, sementara tunggu untuk dideportasi. Terkejut aku mendengarnya, nak tanya lebih detail, Abdoul tak berapa faham English. 

"He has no papers", kata Abdoul.

Two Of A Kind


Bererti Rabu tuh malam terakhir aku bermalam di Phila sebab Khamis aku akan pindah dan aku akan mula kerja either malam hari Khamis atau Jumaat. Aku ada cakap dengan Lee yang aku tak nak janji aku boleh kerja malam Khamis sebab aku tak ada masa, aku nak pindah barang aku lagi kan?. Dan perempuan tuan rumah aku tuh akan hanya ada di rumah selepas 4 petang. Kalau tidak, boleh lah aku ke New York awal-awal pagi, take a rest for a few hours, dan malamnya kerja. Apa-apa pun, aku kena tunggu panggilan talipun Lee aje lah. 

So malam tuh macam malam terakhirlah aku boleh bercumbu-cumbuan kat tagboard. Nanti aku dah kerja, dah tak boleh nak online malam-malam, masa peak hours kat Malaysia tuh kan? Tersedih sekejap aku dibuatnya memikirkan what if aku disuruh kerja 7 hari seminggu? Bererti aku tak akan dapat chat dengan diaorang langsung lah (yang hanya boleh chat masa office hours aje) nanti tuh. Harus lah aku, lama-lama nanti, akan jadi renggang, dan terus lupa dengan diaorang, kan? Ataupun diaorang yang akan lupa dengan aku.

Sayu rasa hati bila fikir kan semuanya tuh. Tak apa lah, aku masih boleh chat dengan yang lain-lain, yang boleh online kat rumah, pagi-pagi lepas aku balik kerja, sebelum aku tidur. Dapat sekejap pun oklah, setakat tanya khabar gitu-gitu.

Sesambil tuh aku kemas-kemas lah barang sesikit, tak ada sangat pun, bawak ajelah apa-apa yang patut. Nanti kalau aku off, boleh aku datang lagi ambil barang-barang yang lain. Aku beritahu Nila sama Mak dia yang aku nak pindah. Aku suruh hentikan pesan makanan untuk aku, dan aku beritahu yang sewa bulan depan mungkin aku bayar lambat sikit, semuanya bergantung bila aku akan dapat off nya. (Aku ada beritahu Lee yang kalaupun aku kena kerja 7 hari seminggu, aku nak jugak ada off sesekali dua dalam sebulan tuh). Aku bukan ker dah bayar sewa sampai hujung bulan, so tak ada masalahlah kalau aku just tinggalkan barang aku di bilik. Yang bulan depan punya sewa tuh, itu lain cerita. Terpaksalah aku bayar dua sewa dalam masa sesebulan dua nih, aku nak buat macamana kan? Bila dah settle nanti barulah aku akan lepaskan sewa di Philadelphia, atau kalau tak settle apa-apa, aku akan lepaskan sewa di New York dan balik ke Phila semula. I know I have to gamble but sometimes it pays to gamble kan?

Aku tak tahannya dengan Mak Nila lah, puas dia menakutkan aku, dia kata jangan kerja/pindah New York sebab semuanya mahal. "Kamu nanti ga punye temen, kamu sendirian. Kerja aja di sini, Ibu udah teleponin temen-temen tanya ada kerjaan gak buat kamu. Sabar aja lah", kata dia gitu. Aku kesian kat dia sebab mata pencarian dia hilang, iya lah kan, setiap hari aku beli nasi dari dia. Dan jugak, aku sure tak akan selamanya bayar sewa bilik lagi kan? Plan aku, kalau semuanya ok, bulan depanlah bulan terakhir aku bayar sewa kat apartment Mak Nila tuh. 

Mampuslah aku nak bayar dua sewa, kan? Kat New York bayar $400, kat Phila bayar $250.

Fikir-fikir benda tuh, sesambil chat kat tagboard, kat YM, buat aku jadi sedih, jadi sayu, jadi macam takut aje. Dan bila ada orang yang wish aku good luck, selamat jalan, semua gitu tuh, meruntun-runtun lah hati aku kan? Wakakakkaaka, terserlah sangat yang aku nih ketandusan kasih sayang. Tak apa, mana orang tahu, sebab aku selamba aje chat kat tagboard, walaupun masa tuh hati aku bagai disentap-sentap, dirobek-robek. Masa itu lah aku fikir, kalau lah aku ada diberi kesempatan, kalau lah masa tuh aku duit, ada peluang, aku nak balik Malaysia aje lah. Sudah lah hidup gaya begini, dah tak tahan dah aku nih. 

Tapi itu lah, itu semua di luar jangkauan aku, aku terpaksa kuat kan jugak diri aku nih, aku terpaksa teruskan hidup aku yang sebegini nih. Aku terpaksa degil kan diri aku nih. Cuma yang aku tak fahamnya, walaupun aku cuba mendegilkan diri, apa pasal airmata aku selalu sangat mengalir nya? Itu yang aku tak faham sangat tuh. 

Aku tertidur jugak akhirnya pagi tuh dan walaupun aku ada tersedar sebelum pukul 6, dan ada aku terfikir yang kalau aku berangkat pagi-pagi, aku boleh sampai New York lebih awal dan boleh ke rumah sewa sebelum perempuan tuan rumah tuh keluar (dia nak keluar pukul 11 pagi katanya), tapi aku ambil keputusan untuk blah di sebelah tengaharinya lah. So sempat lah aku pergi makan lontong sayur dulu kat kedai Indo tuh, beli sayur lodeh jugak untuk dibawak ke New York. 

"Ayuh, ini ada kerjaan buat kamu", kata Mak Nila sambil dia pass kan talipun kat aku. Terus lah aku kata kat perempuan Indo on the other end tuh yang aku dah ada kerja. Giat benar usaha-usaha Mak Nila, tak nak aku pindah dari situ. 

Ya ampun beratnya lah beg aku tuh, sebab aku sumbat macam-macam kat dalam tuh. Nescafe, gula, pinggan mangkuk pun aku sumbat aje. Iyalah, nanti aku tak payah buang duit dah nak beli benda tuh semua, kalau aku tinggalkan kat Phila, sure membazir aje kan? Aku heret barang nak ke subway, terberjumpa pulak dengan satu Indon yang aku kenal nih. Sembang-sembang kejap, tiba-tiba ada teksi berhenti betul-betul depan aku. Terus aje aku ternaik teksi tuh, sedangkan kalau aku naik subway pun apa salahnya kan? Token aku dah ada. Itulah aku nih, suka sangat membazir, so, terbang lah sepuluh dollars untuk tambang teksi tuh. 

Aku tidur di sepanjang perjalanan, cemuih dah rasanya berulang-alik ke New York. Sampai di Chinatown New York, terus aku ambil subway ke alamat yang perempuan tuan rumah tuh kasi aku. Kena tukar satu train aje, kira oklah, dalam setengah jam semuanya dari nak tunggu train, sampailah ke destinasi aku. Rupanya rumah tuh bukanlah dekat Lower Manhattan sangat, cuma melalui kawasan tuh aje. Di Brooklyn, Sunset Park nama tempat tuh. Dan kawasan tuh, aku tengok, dipenuhi dengan umat-umat Amerika Latin, dari South America. Semuanya Spanish-speaking punya orang. Tapi ok lah neighborhoodnya, rumah yang aku sewa tuh pun macam tersembunyi aje, ada pokok-pokok di sekeliling jalan. 



Tiba-tiba aku rasa macam seronok pulak, rasa macam aman aje, walaupun kadang tuh berdengung-dengung music budak-budak pasang kat depan rumah. Kecik jer bilik sewa aku tuh, tapi macam hotel jer rasanya sebab lengkap semuanya, ada meja, kerusi, tempat gantung baju, closet dan sebagainya. Aku duduk kat bilik yang menghadap jalan. Bilik utama tuh tuan rumah duduk, dia suami isteri. 

Lagi satu bilik tuh Mamat Bangladesh, yang aku rasa kerjanya bagus sebab aku tengok pakai suit aje. Macam pelakun aje gayanya, jenis Bangla yang lawa tuh. Tapi sombong gayanya, aku tegur pun dia macam nak tak nak aje jawab. Tapi tak kisah, aku tak ada urusan dengan dia. 

Kira oklah tuan rumah tuh, baik orangnya, dia siap suruh aku guna aje perkakas di rumah tuh, rice cooker ker, periuk belanga, kalau-kalau aku nak memasak. Aman rasanya di bilik tuh, so aku tidur sekejap. Petang baru lah aku keluar, beli apa-apa yang patut. Sepanjang jalan aku lalu tuh, macam-macam jenis kedai ada, kedai orang Cina, kedai orang India, semuanya ada. Pendek kata, memang tak ada masalah apanya lah kat area tuh.

Sampai ke malam aku tunggu, Lee masih belum talipun. Aik, semalam tuh beria-ia sangat kata nak talipun aku. Takkan lupa kot? Nampak gayanya, kalau dia tak talipun malam tuh, aku kena pergi jumpa MakCik Jenny balik semula lah, suruh dia cari kerja lain untuk aku. 

Tertension jugak lah aku bila fikir yang besoknya aku terpaksa cari kerja yang lain, buang duit lagi lah nampak gayanya. 

Tak apa.....

-------------------------

Besoknya, Jumaat, aku lepak aje pepagi tuh. Aku cadang nak keluar dalam pukul 12 gitu, nak pergi cari kerja kat tempat MakCik Jenny tuh lepas pergi Sembahyang Jumaat. Lagipun office agen-agen kerja semuanya bukak pukul 11, so tak guna jugak aku keluar awal-awal. Buat menghabiskan duit aje, sure ada aku terbeli apa-apa nanti tuh. 

Pukul 11 lebih aku talipun MakCik Jenny tapi tak ada jawab pun, dan tak lama lepas tuh aku dapat panggilan dari Lee, tokay kedai tuh. Aku perli dia sebab janji kata nak talipun aku semalamnya, hampir aku terbuat macam merajuk dan tak nak kerja di kedai dia tuh sebab dia tak talipun aku. Then di kata nombor talipun aku yang dia salin kat kertas tuh, hilang. Dan pagi tu terpaksa dia talipun Tina, untuk dapatkan nombor aku balik semula. 

Lee suruh aku datang ke kedai sebab Boss dia (bapak dia) nak jumpa aku, nak discuss pasal kerja. Aku kata aku boleh datang dalam 2 setengah gitu sebab jauh jugak aku nak ke Jackson Heights, Queens, ke masjid Bangladesh yang aku nak pergi tuh. Kedai Lee tuh di Brooklyn kan?

Aku rasa aku dah tahu macamana nak ke Upper Manhattan dari tempat aku tuh, tapi aku tersalah naik train. Aku ter-undur, sedangkan aku nak ke depan. Dah a few stations baru aku tersedar. Aku nih gitulah, patutnya aku ada map subway MTA tuh tapi nak berlagak kononnya. Kononnya aku tahu nak ke mana-mana, tapi I was wrong. Bila dah salah satu train tuh, mulalah salah semuanya. Nak tanya orang aku malas. Aku fikir, buat malu aje nak tanya orang sebab orang yang lembab aje yang kalau tak tahu jalan sikit aje, terus tanya orang, kan? Semua signs, arah dan nama trains, semuanya ada kan? Ikut aje lah kan? Kalau sign-sign tuh tak betul, not adequate, mengonfusedkan, sure ramai orang lain pun yang sesat kan? Gitu aku fikir. So aku sendiri-sendirilah cari macamana cara nak balik semula ke station yang aku tersesat tadinya tuh. Bengap aku nih, aku tak ada lah buat macam gelabah sangat, macam kampung sangat, tengok-tengok map kat dalam subway tuh, sebab tak nak orang tahu yang aku nih tersalah station kononnya. Aku buat macam selamba aje, sedangkan aku dah jauh menyimpang dari tujuan asal. Sampai ke Coney Island aku terpergi.

By the time aku nak naik train ke Jackson Heights, dah dekat pukul satu lebih, sure orang dah siap sembahyang. So aku patah balik ke Times Square sebab dari situ aku tahu macamana nak ke kedai tuh. Train yang mana satu, dan dari station mana yang aku perlu ambil.

Lee kenalkan aku dengan ayah dia yang tengah sibuk di kedai yang di sebelah grocery diaorang tuh. Rupanya diaorang bukak satu lagi kedai, jual barang-barang untuk binatang, macam pet store gitu. Besar dan luas kedainya. Bapak Lee tuh (Lee Tua) pandang aku atas bawah aje, tension aku dibuatnya. Sambil-sambil tuh macam-macamlah dia tanya. Kebanyakannya benda yang Lee dah tanya aku. Terbengang aku sebab aku rasa dia macam cerewet aje, sampaikan aku nak terkata, "dah, nak ambik aku kerja, ambik. Tak nak ambik, sudah. Jangan banyak cekadak" gitu. Last-last dia suruh aku datang besoknya untuk berlatih, belajar macamana nak kerja nanti. So, confirmed lah yang aku akan kerja di kedai diaorang tuh. 

Diaorang nak aku kerja shift malam, dari 8 malam sampai 8 pagi. Aku akan bekerja dengan satu orang lain yang kerjanya di bahagian stock, mengisi dan memenuhkan barang-barang yang nak dijual. Aku kerja di bahagian cash register. Dan diaorang nak aku kerja 7 hari seminggu, Lee Tua siap kata yang pekerja dia yang kerja shift malam, semuanya kerja setiap hari. Yang terakhir tuh, kerja 7 days a week for 3 years, tanpa sekali pun ambik day off. Last-last aku kata lah, beri aku masa seminggu, kalau diaorang tak suka aku, just kick me out.

Gajinya pulak, macam yang aku tulis kat entry bawah tuh, dibayar per hour, so kalau semakin banyak hours aku kerja, semakin banyaklah yang aku akan dapat. Dan Lee Tua janji yang gaji akan dinaikkan from time to time. Iya lah tuh. Macamana pun, katalah aku kerja setiap hari, dekat-dekat 3 ribu aku boleh dapat sebulan. Boleh banyak lah yang aku simpan kot, sebab aku tak akan ada masa nak belanjakan duit tuh kan, kalau aku kerja setiap hari. Terserlah lah ketamakan aku kan? Itu yang aku terbersetuju untuk kerja setiap hari. Macamana pun aku kata yang aku nak jugak off, walaupun sekali sebulan. Kalau dua kali, that's even better. 

Cuma aku rasa macam terkilan aje sebab masa bilanya aku nak enjoy-enjoy, cara aku kan? Dulu aku dah terbayang dah yang aku akan pergi tengok The Phantom Of The Opera kat Broadway. Aku dah terbayang yang aku pergi tengok MammaMia sekali lagi. Dan aku, sebelum tu pun, dah cari-cari info kat mana nak beli ticket concert Genesis (Turn It On Agan Tour) yang nak main kat Madison Square Garden bulan depan tuh. Oooppssss. 

So hancurlah segala impian dan hajat aku tuh nampak gayanya. Tak apalah, ini peluang aku nak kumpul duit sesikit, kata aku dalam hati. Just untuk menyedapkan hati aku sendiri. Tak apa, aku akan kerja dulu lah, kumpul duit, dah rasa comfortable nanti, baru berenti. Masa tu lah boleh enjoy-enjoy, kan? Laaa, belum kerja dah ada terfikir nak berhenti. 

Aku ke Chinatown sebab nak makan, pergi ke Skyway restaurant tuh, makan Assam Laksa. Tak berapa sedap laksanya, tak pekat langsung, macamana pun habis aku hirup kuahnya. Aku jalan slow-slow ke subway station, aku rasa macam happy jugak sebab aku rasa masalah aku dah selesai semuanya. Tengah tengok-tengok kedai di sepanjang jalan tuh, aku terdengar ada satu orang tua nih cakap Melayu on his cellphone. Aku dengar betul-betul, Cina gayanya, tapi cakap Melayu dia tuh bukan macam Melayu Indo. Dan, takkan pulak Cina cakap Melayu selancar itu kan? Aku jadi curious nak tahu siapa orang tuh. Melayu gayanya dia ni nih, kata aku dalam hati. So aku berdiri belakang dia. Lepas tuh dia masuk ke satu kedai minum nih, cakap-cakap dengan amoi yang jaga kedai tuh. Aku ikut masuk, aku order teh ais. Orang tua tuh sibuk mengeluarkan wallet dia, sambil tengok-tengok jam.

"PakCik, PakCik orang Melayu ker?", aku tanya orang tua tuh. Dia tak layan pun, dia tak dengar kot sebab dia tengah kusyuk dengan hal dia. 

"PakCik, PakCik orang Melayu ker?", aku tanya lagi, kali ini lebih kuat suara aku.

Killing Two Birds With One Stone


Bangun pagi hari Rabu tuh aku rasa macam bersemangatlah sikit. Bersemangat nak cari kerja kononnya. Ada lah dua kerja nih kat Phila yang aku rasa kalau aku cuba, mungkin ok jugak. So aku naik subway pergi ke South Street. Tapi awal sangat kot, both kedais tuh belum bukak. 

Sementara tuh aku pergi breakfast kat satu cafe nih yang aku tengok kat dalamnya, ramai orang tua-tua yang semuanya macam tulis notes aje masing-masing tuh. Ooooo, tempat penulis melepak rupanya. Aku tak adalah menulis, instead aku bukak laptop, aku online sesambil makan omelett, roti, dan minum kopi. 

Pukul 11, kedai-kedai tuh belum jugak bukak, so terus ajelah aku menapak ke tempat bas Cina tuh. Aku jadi macam berdebar-debar aje bila aku fikir, macamana kalau tak ada kerja untuk aku nanti? Kalau aku duduk di New York tuh lain cerita, banyak pilihan kerja. 

Terus terlintas kat kepala aku, apa kata kalau aku duduk New York aje? Cari bilik sewa kat New York. Memang itu yang aku idam-idamkan selama ini kan? Masalahnya, berani ker aku mencuba nasib hidup di New York? Duit yang aku ada pun hanya tinggal segumpal. Boleh cukup ker? Ah, gamble aje lah, kata aku dalam hati. Alang-alang membawak diri, baik aku betul-betul membawak diri, kan? Baik aku sibukkan diri aku dengan fikir benda-benda lain. Memang sedari dulu aku punya ultimate plan nak duduk di New York, tak tahu pulak tercepat jadinya plan aku. Selama ini aku macam takut, macam tak bersedia. Kali ini aku pun masih belum bersedia, tapi keadaan yang membuatkan aku terpaksa berani. 

So dalam bas tu lah aku ambil keputusan untuk cari kerja dan cari bilik sewa kat New York. Aku nak cuba, kalau tak boleh jugak nanti, aku akan balik ke Phila semula lah. Tak apalah aku akan kerja kilang dengan orang tua-tua Indo yang semuanya bagai Mak Lampir tuh. Tak apa. At least aku dah try, kan?

Bersemangat, terus aku on kan laptop, cari iklan kat craigslists.com. Iklan bilik sewa dengan iklan kerja. Aku tahu, sebab aku tak ada legal papers memanglah tak ada kerja yang boleh aku apply. Even nak cari bilik pun kena ada IDs semuanya. Tapi sekurang-kurangnya aku tahu berapa sewa bilik, berapa gaji yang aku boleh expect kalau aku kerja di New York nanti. 

Sampai aje di Chinatown, terus aku pergi Skyway Restaurant tuh, makan roti canai dua keping. Then aku ke tempat ajen kerja, Tina, another Malaysian. Punyalah ramai orang kat situ, sekarang nih ramai sangat dah orang-orang Spanish. Diaorang dah tahu lobang rupanya, itu yang bergembut Mexicans yang cari kerja restoran dengan ajen kat Chinatown tuh. Mexicans nih tak cerewet, diaorang kerja apa pun diaorang bantai aje. Kebanyakannya kerja sebagai dishwasher, sebab itu kerja paling kelas bawahan. 

Ada dalam setengah jam aku tengok-tengok, aku tunggu-tunggu, tapi tak ada kerja yang bagus. Kerja kedai beer di Maryland adalah satu. Satu tuh kerja restoran, kat Delaware, tapi tokay tuh hendakkan orang yang kerja di bahagian dapur sedangkan aku tak ada experience. Kerja restoran yang lain, sebagai waiter, tukang masak, itu berlambak-lambak tapi aku tak ada experience. Gajinya pun bagus-bagus. Semuanya dua ribu lebih. Bagus bagi kitaorang yang gelap ni lah kan? 

Tak ada kerja yang sesuai, aku blah aje lah. Then aku ke tempat MakCik Jenny. Aku tak expectlah ada kerja sebab semalamnya masa aku talipun, MakCik Jenny kata tak ada kerja lain. Kecuali kat New York, Pittsburgh (kalau tak silap aku, restoran yang aku kerja dulu tuh) dan Springfield, Massachusets. Hampir aku terambil kerja kat Springfield tuh tapi bila fikir yang tempat tuh dalam lima enam jam dari New York, aku terpaksa fikir balik. 

"MakCik, you tau mana mau sewa bilik di New york? Saya mau duduk sini lah MakCik, sudah bosan duduk Phila. Mau cari kerja sini", aku tanya MakCik Jenny. 

"Ayooo, mahal lor mau sewa bilik, lu pirgi sana Long Island, itu kirija londri. Ada satu itu Malaysian, dia sudah 8 tahun kirija itu londri. Lapan tahun ooo", kata MakCik Jenny.

"Ayoo MakCik, gaji kici lah MakCik", aku kata gitu. 

"Sama tips lu boleh dapat satu anam", kata dia.

"Satu anam kici lah MakCik, saya dulu dapat dua ribu", aku jawab gitu.

"Itupasal saya mau cari bilik sewa, New York senang mau cari kerja lah MakCik", aku kata lagi.

"You duduk sana itu Sun Hotel ka, Grand Hotel ka, boleh sewa long term. Sana banyak orang Indonesia wooo", kata MakCik Jenny. "You pirigi tanya, nanti saya kasi lu kirija londri di Manhattan. Dengar perkataan Manhattan, terbersemangat aku jadinya.

Ya ampuuuun, tak nak lah aku duduk kat hotel tuh, aku dah pernah sekali bermalam kat Sun Hotel tuh, mengalahkan tempat orang pelarian lagi. Jauh lebih teruk dari kongsi orang Indo yang kat construction sites kat Malaysia tuh. $ 15 satu malam. Grand Hotel tuh aku belum tahu sangat, so aku mintak MakCik Jenny tunjukkan jalan sebab aku nak ke sana. Aku dah nekad yang aku nak cari kerja kat New York jugak. Berpandukan map yang MakCik Jenny kasi, aku terus pergi cari Grand Hotel yang aku rasa aku pernah pergi, suatu masa dulu. 

"No more rooms", kata budak Indonesia yang jaga counter tuh bila aku tanya berapa harga untuk satu malam. Aku tahu dia tipu sebab dulu pun gitu jugak jawapan dia. Diaorang nih memilih sangat, diaorang tak akan sewakan untuk orang yang bukan Cina, atau Indonesian. Sure dia ingatkan aku Spanish, dan aku pun tanya tuh in English. 

Patah semangat aku jadinya. 

On the way ke tempat MakCik Jenny, aku ada terfikir yang aku nak rembat aje lah apa-apa kerja di New York, malam-malam aku tidur dalam train aje. Bukannya aku tak pernah rasa tidur dalam train kan? Sampai begitu sekali aku terfikir, sebab aku pun macam dah desperate aje. Rasa macam malas aje pergi ke Massachusets, atau even ke Maryland. So sambil jalan tuh, itu ajelah aku fikirkan. Dan aku terfikir jugak yang seharian aku asyik berfikir aje. Aku berfikir dan terus buat keputusan. Aku suka cara aku tuh, tak ada jalan ini, aku cari jalan lain. Nak buat macamana kan, aku kena face it lah apa-apa yang berdepan dengan aku.

Masa kat tempat MakCik Jenny tuh aku sembanglah dengan a few Indons yang tengah melepak. Rasa macam kelakar pulak tengok ragam diaorang yang ada iras-iras ragam aku. Masing-masing macam desperate aje, tapi tetap selamba.

"Ambil aja kerja apa sekalipun, kerja cuci piring ka, aku benar-bener kepepetan uang ni sih. Sialan, gara-gara kalah jadi di ArSay (A C - Atlantic City)", kata this one guy.

"Jangan kerja di sono, juragannya bawel, aku dulu ga nyampei seminggu disuruh keluar, dasar anjing!", kata this one guy bila ada satu orang tuh berminat untuk jadi kitchen helper kat satu Japanese restaurant di New Jersey.

"Mas, tahu gak, di sini, di mana banyak orang Indo? Di mana bisa cari kamar sewa?", aku tanya one of the guys yang tengah lepak-lepak tuh. 

"Oooo, kalo mau cari rumah sewa kamu ke sono, ke Elmhurst, Jackson Heights, dari 82 sampe 90 Streets. Banyak orang Indo di sono", kata one of the girls.

"Kamu ke sono aja, pasti ada kamar yang mahu disewain. Kamu pergi londri, iklan sewa sering ditempelin di londry", kata Mamat tuh pulak. Aku cadang nak terus pergi aje sebab masa tuh dah agak petang, nanti kalau lambat-lambat, rush hour pulak kan? 

Tiba-tiba aku terpandang ada satu iklan rumah sewa yang ditampal kat dinding tempat MakCik Jenny tuh. Walaupun sewa rumah, tapi aku cuba-cuba talipun, manalah tahu kalau tuan rumah tuh tahu kat mana aku boleh cari bilik untuk disewa. "Ooo, saya punya kamar mahu disewain", kata perempuan yang jawab panggilan talipun aku tuh.

"Berapa sewanya per kepala?", aku tanya gitu sebab biasanya orang Indo nih disewakan bilik per orang. 

"$400", kata perempuan tuh. 

"Saya mahu deh", aku kata gitu walaupun dalam hati aku kata yang harga tuh mahal. Tapi aku rasa berpatutanlah, sebab sewa kat New York kan? 

"Berapa orang satu kamar?", aku tanya lagi. 

"Oh nggak, kamarnya sendiri", kata perempuan tuh. 

"Kamar nya sendiri? Waduh, saya mahu deh. Gimana mahu bayer? Berapa harus saya bayer?", aku jadi excited gitu. So perempuan tuh beritahu aku yang esoknya dia off, so kalau aku nak pindah esoknya pun ok jugak. So kaedahnya, confirmed lah yang aku akan menyewa satu bilik di rumah tuh yang katanya kat bahagian Lower Manhattan, ke arah Battery Park, station terakhir kalau nak ke Statue Of Liberty sana tuh.

So habis satu masalah. 

"MakCik, saya sudah dapat bilik sewa", aku terus beritahu MakCik Jenny. 

"Ayoooo, apa pasat sewa kamar, pirigi live-in lagi baik wooo", kata dia. Memang dasar cibai sangat, kata aku dalam hati. Masa aku tak ada tempat tinggal di New York, dia kata baik cari bilik sewa. Ini aku dah dapat bilik sewa, dia kata gitu pulak. Geram aku jadinya. Aku dah terfikir dah yang aku nih macam bodoh aje sebab kerja belum sure kat mana, aku dah sibuk-sibuk cari bilik sewa. Tak apa lah, sure adanya lah kerja, sure ok nya lah nanti tuh. Aku percaya yang everything's always ok in the end. If it's not ok, then it's not the end. 

"Ok MakCik, you kata ada kerja laundry di Manhattan, check that one out for me", aku suruh dia talipun tokay kedai laundry tuh. Dua tiga kali dia talipun, tak ada yang jawab. Dan bila ada yang jawab kemudiannya, tokay kedai tuh tak ada pulak tuh. So MakCik Jenny cari a few more laundromats yang mungkin hendakkan pekerja. Macam tak ada aje, sebab lepas satu, satu, semuanya tak nak kan pekerja. Then aku terfikir, baik aku ke tempat Tina semula sebab tadinya aku tengok ada a few iklans yang bagus-bagus, yang gajinya dua ribu lebih.

"Tak apalah MakCik, I'll be back tomorrow, saya mahu balik Phila lah sekarang, I'm a lil tired lah", aku kasi excuse kat dia. Memang pun aku letih, dan lapar, dan kepala aku pun dah pening-pening lalat.

"Ok, saya reserve one job untuk you besok, I'll call you", kata MakCik Jenny. So aku pun terus ke tempat Tina. Ada dua tiga kerja yang aku suruh one of the amois cuba tanyakan untuk aku, satu pun tak nak dicubanya. Ada aje excuse dia, aku tak ada experience lah, aku tak tahulah, sedangkan dia tak tanya aku pun apa experience aku selama ini. So aku terus ajelah suruh Tina sendiri yang carikan satu kerja untuk aku. After a few calls, dia passkan talipun tuh kat aku, suruh aku bercakap dengan tokay satu grocery store di Manhattan, yang kebetulan tak lah berapa jauh sangat dari tempat aku akan menyewa tuh. 

Tokay tuh suruh aku datang ke kedai dia secepat mungkin sebab dia nak "tengok" dan interview aku. Aku setuju aje lah cuma masalahnya, dia tak beritahu berapa gaji sedangkan kerja-kerja lain, semuanya ada disebut berapa gaji.Aku serba salah jugak nak bayar Tina, dia mintak aku bayar $50, just in case aku tak setuju dengan gaji yang tokay tuh akan kasi, ataupun katalah tokay tuh tak nak ambil aku sebagai pekerja dia, Tina akan carikan aku kerja yang lain. Sedangkan aku nak bayar $35 saja, yang kalaulah aku tak jadi kerja dengan tokay kedai tuh, aku terpaksa bayar bayar another $35 kalau aku nak kerja yang lain nantinya. Aku gamble ajelah, so aku bayar $35 aje. 

Aku terus aje lah ke alamat yang Tina kasi tuh, taklah jauh dari Chinatown, just 5 subway stations away. Ke arah-arah Financial District gitu, tak jauh dari Wall Street. Tapi di Brooklyn sebenarnya. (Manhattan, Brooklyn, Queens, Bronx dan Staten Island adalah 5 daerah di NYC. manhattanlah yang paling famous, kat situ center of NYC) Ini dah bagus nih kalau aku dapat kerja nih, kata aku dalam hati, dalam sepanjang perjalanan ke kedai Lee tuh. Keluar aje dari station, terus aku nampak kedai tuh, kat corner. Aku tanya amigo yang jaga counter tuh so dia tunjukkan aku mana satu Lee. Muda sangat budaknya, anak tokay kedai gayanya dia tuh. Aku agak dia orang Tibet, atau Korea, atau Monggolia, based on rupa dan bahasa dia. 

Macam-macam lah dia tanya aku, sambil dia tulis kat kertas. Rasa macam dia nak ambik aku kerja di situ aje bila dia kata dia akan talipun aku besoknya, bila dia beritahu berapa gaji dan berapa hari dia nak aku kerja dalam seminggu. Dalam perjalanan balik ke Phila, aku rasa macam tak percaya yang aku boleh settlekan dua masalah dalam masa sehari. Masalah kerja dan masalah tempat tinggal. Bersyukur sangat-sangat aku dibuatnya. Dan aku pun, sebab gaji akan dibayar per hour, dan sebab Lee pun tanya aku kalau aku boleh kerja 7 hari seminggu, 12 jam sehari, mulalah aku buat calculations sesikit. 

"Ish.....banyak gak aku boleh dapat nih, dalam USD 2500 boleh dapat nih", kata aku dalam hati. 

It's Up To You, New York, New York!


Hari Khamis aku ke New York City, macam biasa, aku naik bas Cina. Yang buat luarbiasa sikit, masa dalam bas tuh, aku on kan webcam aku. Kelas gila aku nih kan? Yang tak tahannya tuh, selamba jer aku buat benda-benda kelas gitu, sampaikan ada dua tiga orang budak Mat Salleh yang duduk kat seats belakang sama aku tuh macam respect habis kat aku. Asyik dok jeling-jeling jer kat aku.

So rasa sekejap aje lah perjalanan sejam lebih sikit tuh sebab aku sesambil chatting kat tagboard (memberi penerangan secara lintas langsung kat sesiapa yang tengah tengok cam aku), aku berYM jugak. Bateri laptop aku habis, so tak sempatlah aku nak tunjukkan keadaan masa aku dah nak sampai ke NYC tuh, sedangkan memang niat aku nak tunjukkan view masa dah nak masuk area Jersey City, sebelum melintasi Holland Tunnel. Kalau tengok view dari situ, sure akan meleleh lah air liur dia orang tuh sebab memang cantik pemandangan New York City dari kejauhan tuh.

Bukan lah aku nak menyalahkan kawan kat YM yang membuatkan aku rasa macam hilang semangat aje lepas sembang tuh, bukan. Tapi itulah hakikatnya, lepas pada tuh, bila aku dah off kan laptop, aku jadi rasa macam tak best jer. You know that feeling kan? Bilamana (hehehe) masa korang tengah chat, terceritalah pasal masalah-masalah ker, apa-apa ajelah yang tak menyedapkan hati, then lepas tuh dua-duanya jadi macam moyok jer. Sorang tuh moyok sebab dia memang ada problem, yang sorang lagi moyok sebab member dia moyok. Selalunya kalau sembang sesama member baik lah kan? 

Dulu masa aku sakit ituhari, aku rasa macam terpaksa buat-buat macam sihat aje bila ada lah member aku nih kata, "aku cuma rasa mcm tak best sbb aku tak tau nak cakap apa bila kau cakap pasal sakit tu..." Sounds macam budak-budak aje to some people kan? But that kind of thoughts, candid response macam tuh, that means a lot to me. That's what friends are for lah kan?

Ok, habis bab tuh. 

No thanks to cuaca yang mendung aje, no thanks to waitress kat Malaysian Restaurant (Skyway Restaurant) yang tak kasi aku duduk kat meja depan sebab aku nak guna plug point nak charge batteri laptop aku, semakinlah aku rasa semacam aje. Salah pilih hari nih, kata aku dalam hati. 

Lepas tuh aku terus ajelah ke tempat MakCik Jenny, a few blocks away dari restaurant tuh. MakCik Jenny tengah sibuk melayan a few Indons yang nak cari kerja, dan aku tengok pun, tak banyak sangat iklan kerja yang sesuai untuk aku, kecuali satu kerja laundry di Long Island, New York (live-in), aku pun blah ke tempat lagi satu, Mei-Mei, another Malaysian. 

"You, lama tak nampak?", sempat MakCik Jenny tanya aku. 

"Sudah satu tahun MakCik, ok, nanti saya datang lagi", aku kata gitu kat MakCik Jenny.

Tak ada orang pun kat tempat Mei-Mei tuh, biasanya kat situ ramai orang. Aku tengok board yang list kan kerja-kerja, samada yang live-out atau live-in. Yang live-out, semuanya kerja-kerja di New York City. Geram aje aku menengoknya. Yang kerja live-in, of courselah semuanya di luar town. Kecuali satu kerja nih, bukan di Manhattan tapi di Brooklyn, New York. Kerja restoran, kerja di bahagian dapur. Tak lah besar gajinya tapi the thought yang aku ada peluang duduk di New York City, itu mengatasi segalanya. Manhattan is just a few stations away kan? 

"Check that one out for me, Mei-Mei", aku kata gitu, sambil beritahu dia position nombor berapa yang aku berkenan. 

"You want it? Errrrrrrrrr....... you look too smart to work there. You want it or not?", kata Mei-Mei. Aku mengaku memanglah aku ada nampak macam "orang pandai" aje, what with my glasses and all, tapi aku boleh buat apa-apa kerja ajelah, if I have to. 

"Ya ka? Ada kerja lain ka?", aku tanya dia. 

"You apa kirja sudah bikin", Mei-Mei tanya aku.

"Kerja kilang, kerja restoran, counter boy, waiter, deli, laundromat, you name it", aku jawab gitu. 

"You pandai komputer?", Mei-Mei tanya aku lagi. Aku sengeh ajelah, aku tak jawab, tapi aku pusing sikit badan aku biar Mei-Mei tahu yang beg galas aku tuh ada laptop.

"Mau kerja motel di New Jersey? Motel helper, sama itu kerja front desk", kata Mei-Mei sambil dia tunjuk kat board tuh, nombor berapa position tuh diiklankan. Uish, ini sudah bagus nih, kata aku dalam hati. 

"Do they need papers (legal documents), and are they Indians?", aku tanya Mei-Mei. Biasanya orang India yang buat business permotelan nih. Bila Mei-Mei kata tak payah ada papers dan tokay nya Cina, terus ajelah aku kata aku nak. Mei-Mei terus aje talipun tokay tuh, tak lama lepas tuh dia pass kan talipun tuh kat aku, sambil kata, "You talk the the Boss, her name's Susan". Lama jugaklah Susan tuh tanya aku itu ini, aku rasa macam familiar aje suara dia, I could be wrong, mungkin kebetulan suara Cina gitu, cara diaorang cakap memang sama aje. 

Tapi bila dia kata yang motel tuh bukan kat town tapi kat luar sikit dari Atlantic City, dan bila dia sebut nama town tuh, aku terus tercakap, "Oh, I've been to that town, I worked there at one Chinese Restaurant for a few weeks", dan dia tanya aku apa nama restoran tuh, dan bila aku pakai bantai aje nama restoran tuh, dan dia kata mungkin dia kenal tokay tuh, baru aku rasa macam ada something yang tak kena somewhere. 

Macamana pun aku setuju untuk datang Sunday, untuk tengok-tengok dulu keadaannya. Tak nak lah aku terus aje bersetuju kerja, walaupun Mei-Mei kata aku kena start kerja Sunday tuh.Lepas aku bayar tuh, Mei-Mei kasi aku satu paper nih yang ada tulis contact numbers Susan, jugak nombor bas dan apa nama tempat yang aku kena berhenti bila tiba kat bandar tuh.

"Dari Atlantic City, you naik bas nombor 563, you turun depan sana Bank Of Amerika, depan itu KFC. Sampai KFC, you talipun Susan and she will meet you there", kata Mei-Mei. 

Aku baca apa yang tertulis kat kertas tuh. Oooo shit, kata aku dalam hati. Sebab KFC yang dia kata tuh sebenarnya, KFC Nenek Rewel tempat aku kerja dulu tuh!

Aku rasa macam nak tergelak aje bila mengenangkan yang aku mungkin akan terberjumpa Nenek Rewel nanti tuh. Tak apa, kali ini kalau aku nampak dia, aku akan tonggek-tonggekkan bontot aku kat dia. Ko tengoklah nanti nenek, kata aku dalam hati. Dalam pada itu aku cuba-cuba jugak ingatkan kalau-kalau ada motel yang di sekitaran kawasan KFC tuh, memang ada a few, cuma aku tak pasti yang mana satu. 

"Saya orang Malaysialah Mei-Mei", aku kata gitu bila dia kembalikan duit 5 dollars aku. Dia jeling aku, dia senyum. Tak percaya lah tuh. 

"Betulllll, saya tinggal Kuala Lumpur. You mana?", aku kata gitu. 

"Betulka you orang Malaysia? You tau Gombak ha? Saya Perak punya orang", kata Mei-Mei. 

"Betul lah, saya Melayu. You Perak mana? Sudah berapa lama di Amerika?, aku tanya dia. 

"Emak saya Teluk Intan, itu saya punya bapa Kuala Kangsar. Saya sudah lama wooo duduk Amerika, sudah 20 tahun", kata Mei-Mei. 

"Teluk Intan? Kuala Kangsar?", aku macam surprised jer dengar. 

"Eh, you betul lah orang Malaysia, small-small town pun you tahu ha?", kata Mei-Mei. 

"Aiyoo", aku gelak-gelak. 

"My uncle used to live there. Eh, you kenal itu singer, Jamal Abdillah? Dia Teluk Intan punya orang", aku cuba tukar tajuk. 

"Tarak kenal lah, saya suka itu satu orang, apa dia punya nama, dia sudah mati", kata Mei-Mei. 

Mula-mula aku teka P Ramlee, then bila aku teka Sudirman, baru lah betul. So lama lah jugak aku sembang dengan Mei-Mei tuh, dari cerita-cerita biasa sampailah bab-bab Dasar Ekonomi Baru. Dia kata ramai Cina Malaysia yang lari ke Amerika, tapi dia tak pernah pun jumpa Melayu. 

"Lu orang sudah bagus, kita Cina susah woo", dia kata gitu, then dia cerita yang kakak dia kawin sama Melayu, senang lenang hidupnya sekarang. 

"Lu orang bili rumah seratus ribu, tapi bayar tujuh puluh ribu saja. Kita Cina bayar seratus ribu woo", kata dia sambil gelak. 

"I know that's not fair", macamana lagi aku nak jawab, kan? 

Then aku ceritalah pasal aku pulak, dah berapa lama di US, apa plan selanjutnya. Bila orang dah mula ramai, barulah aku mintak diri. Aku keluar dari exit yang lain sebab tak nak melintas depannya tempat MakCik Jenny tuh, nanti dia ternampak aku pulak. 

Then aku terus aje jalan arah ke subway untuk ke Upper Manhattan. Masa dalam subway tuh aku cuba tak nak ingatkan sangat pasal kat mana aku akan kerja nanti akhirnya. Tapi, apa yang sering bermain di kepala aku, entah-entah Susan tuh, aku punya tokay dulu tuh. Ala, tokay restoran yang aku sempat kerja for a few weeks dulu tuh, masa aku baru dapat tahu yang aku punya account kat bank kena freeze. Di Vineland. Yang masa aku terpaksa ponteng kerja sehari then bila aku nak balik semula, Mary kata "you don't have to come back" tuh. Yang ada dua orang amoi yang asyik pot-pet pot-pet tu lah. 

Harus Susan yang itu. Sebab, walaupun nama sebenar dia aku lupa, tapi nama Cina dia macam sama aje. Soo something. Dan bila aku tengok nombor cellphone dia, aku rasa yang the last 4 digits tuh memang familiar sangat. Masa aku kerja di restoran dia dulu tuh, dia memang tak pernah ada, yang ada pun cuma suami dia yang tak reti English sepatah haram tuh. So, haruslah Susan nih yang handle business motel tuh. Cibai betul, apa pasal aku terlambat perasannya? Dah rugi $35 duit servis. 

Walaupun aku tak ada bukti yang kukuh yang Susan tuh aku punya ex-boss dulu tuh tapi aku rasa aku nak buat investigation sikitlah nanti, nak talipun restoran dia tuh, nak dapatkan info. Kalau betul sangkaan aku, maknanya aku terpaksa cari kerja lain. Tak apalah, aku cadang nak ambik "annual leave" selama dua minggu, aku still ada banyak masa.

Kat Times Square aku tak ke mana-mana sangat pun, masuk Hard Rock Cafe kejap tapi tak beli apa-apa pun. Aku ada masuk Kinko's sebab nak charge batteri laptop aku. Dua tiga rounds aku jalan kat Bryant Park tapi tak ada meja kosong, ramai sangat orang. So aku rasa aku tak ada nak buat apa dah, aku jalan ajelah arah ke Port Authority Bus Terminal, cadangnya nak naik subway dari situ. 

Then aku teringat, apa kata kalau aku pergi ke East71 Street, kat tempat shooting filem The Bourne Ultimatum tuh? Wakakakkaka Gila aku nih! Tak apa lah, at least aku buat something yang lain dari kebiasaan, kan? 

Sebenarnya tak ada apa pun kat East 71 Street tuh, macam street-street lain jugak. Cuma aku aje yang rasa macam excited sebab kat situ shooting film tuh dibuat. Adalah aku nampak a few tourists yang ambik gambar-gambar kat street tuh, gambar building-building kat situ, sure diaorang pun macam aku jugak tuh fikirannya. 

Lepas pada tuh aku terus ajelah ke Chinatown, naik bas 5-30 pm ke Phila.

---------------------

Memang betul jangkaan aku yang Susan tuh aku punya ex-boss dulu tuh. Malam tuh aku talipun restaurant tuh tanya nama sebenar tokay kedai tuh. Amoi yang jawap panggilan tuh beritahu kat aku, cuma bila aku mintak nombor cellphone Susan, dia tak kasi. So tak ada lah peluang aku nak kerja motel tuh. Tak apa. 

Friday, aku melingkau kat tempat tidur sampai sampai siang. Tak ada orang pun online nak ajak buat sembang. Kesian kat aku. Weekends memang selalu gitu. Aku keluar awal sikit nak pergi Sembahyang Jumaat, kat Masjid Taha tuh. Sempat aku check pasal donation untuk projek pembesaran lantai dua Masjid tuh. Baru sikit sangat sebenarnya, sedangkan donation tuh dah dilancarkan sejak 8 bulan yang lalu kalau tak salah aku. Tak apa, nanti tiba masa, aku serahkan duit Projek Tabung Ayam kita tu kan?

Since aku tak check kat internet pun show pukul berapa aku nak tengok, aku redah aje lah pergi Ritz At The Bourse tuh, nak tengok Becoming Jane. Cerita zaman-zaman Queen Victoria dulu, tapi cerita biasa aje, cerita kampung. Shooting filem tuh buat kat Ireland, itu yang buat aku nak sangat tengok tuh. Sementara tunggu film mula pukul 3-45 pm, aku lepak-lepak kat sekitaran historical sites di kawasan dekat panggung tuh. Memang situ tempat tourist attractions. Dulu-dulu aku selalu lepak-lepak jalan sana sini kalau musim summer gini, so aku ambik kesempatan tuh buat the same thing lah for this summer. 

Biasalah macam orang-orang lain jugak, aku beli kopi dulu sebelum masuk theatre. See, aku guna the word "theatre", instead of panggung, sebab nak mengdifferentiatekan antara tempat yang kelas dengan tempat yang biasa-biasa tuh. Aku rasa adalah dalam 10 orang kat dalam theatre tuh, orang tua-tua semuanya. Sebab nak tunjukkan diaorang yang aku nih tak lah setua diaorang, aku duduklah kat hujung sekali, sambil tuh kaki aku aku sangkutkan (lunjurkan ?) kat seat yang di sebelah aku. Macam melepak habis gitulah. Nak sangkutkan kat seat di baris depan, takut pulak aku kena marah dengan mamat yang kerja situ tuh. 

Biasalah sebelum filem ditayangkan, ada ditunjukkan a few iklans kan? Semuanya pasal theatre plays, pasal contemporary arts, pasal benda-benda klasik gitulah. Tak ada lah iklan bodoh-bodoh macam kat panggung wayang biasa tuh. Hampir nak tercampak kopi kat tangan aku, dan aku hampir terbangun dari seat bila aku tengok kat screen theatre tuh, ada gambar orang yang aku kenal. Gambar yang pernah aku tengok. Gambar kawan aku! 

Sharifah????????? 

[Ingat tak siapa Sharifah? Ala, awek (bini orang) yang aku jumpa masa aku makan kat Banana Leaf Restaurant, 3 atau 4 bulan lepas tuh. Dia dah balik Malaysia June lepas. Masa aku jumpa dia dulu (adalah 3 kali kot aku jumpa dia) tuh, ada dia bawak aku ke International House, Phialdelphia, tempat dia tinggal semasa dia di sini dulu tuh.

Ok, masa di International House tuh, Sharifah adalah tunjukkan aku satu pamiran nih, kat bahagian belakang lobby building tuh. Women Of apa tah tajuk pamiran tuh. Gambar-gambar a few perempuan dari Asia, dari Afrika, entah apalah achievemnet diaorang aku pun tak pasti. Yang pastinya, adalah gambar Sharifah, gambar mula-mula sekali, besar aje gambarnya. Yang kalaulah aku jadi dia, sure aku bangga sesangat. Tapi, masa dia tunjukkan dulu tuh, dia selamba aje. Aku jer yang masa tuh macam, "wow, you must be somebody nih"]

So, that very gambarlah yang tertera kat screen theatre tuh, gambar Sharifah. Iklan pasal International House tuh. Lama pulak tuh. Rasanya macam nak bangun, nak beritahu beberapa kerat orang yang ada kat situ yang Sharifah tuh aku kenal sesangat. 

Kira oklah filem Becoming Jane tuh, tak ada lah menarik apa-apa pun, cerita-cerita biasa aje. Cuma aku semakin suka tengok lakunan Anne Hathaway tuh (The Devil Wears Prada). 

--------------------

Last weekend, membawaklah ke Isnin dan Selasa tuh, aku memang down gila. As if lah aku nih tak pernah down-down kan? Hehehe. Sinonim dah perkataan down tuh dengan diri aku nih benarnya. Tapi kali itu, aku yang jenis down and could not get up. Whatever that means. Itu yang aku asyik dok melepak kat bilik aje. Tidur aje kerjanya. Nak makan pun malas. Lepas tidur, tidur. Lepas mandi, tidur. Keluar kejap cari makan, then, tidur semula. Aku penuhkan annual leave aku dengan tidur aje kerjanya. 

Punyalah malasnya, sampai kan nak update blog pun malas jadinya.Itu kira berat sangatlah tuh kalau sampai malas nak update blog. 

Punyalah malasnya, sampaikan aku tertengok porn kat internet, satu hari tuh. Ha, itu bukan lah apa sangat, cuma lepas aku tengok porn tuh, aku terfikir yang betullah apa yang aku baca dulu tuh. Yang kata, men turn to sex kalau diaorang ada problems. Unlike women yang akan turn to shopping atau makan-makan kalau diaorang ditimpa masalah. 

Ha, lagi satu, aku tertengok porn tuh bukan sebab pagi tuh aku terserempak dengan Mak Nila yang tengah bogel kat toilet, bukan. Bukan sebab itu. Memang aku ada tertengok Mak Nila bogel, masa aku nak masuk bilik air yang aku ingatkan tak ada orang kat dalamnya. Nasib baiklah masa tuh aku tak pakai contacts (aku baru bangun tidur) atau glasses. Kalau tidak, what a view lah kan? Macamana pun aku sempat lah tertengok "rear view" dia.

Cuma yang aku tertanya-tanya lepas tengok porn tuh, apa sebenarnya masalah aku sampaikan tertengok porn? Aku tak ada jawapan, aku tak tahu apa masalah aku sebenarnya. Nak kata aku fikir masalah-masalah besar, tak pulak. Aku cuma fikir masalah-masalah kecik-kecik aje, yang biasa-biasa aje.

Aku terfikir yang dah hampir seminggu aku berihat, sudah sampailah masanya aku bekerja semula. Cuma masalahnya, aku belum pun cari, dengan istilah kata betul-betul cari. Adalah aku talipun a few places tapi semuanya macam nak tak nak aje. Suruh aku talipun minggu depannya lah. Ada satu aje grocery store owner tuh yang talipun aku dan suruh aku datang for interview or something. Aku pergi lah, dia tanya aku macam-macam. At last dia kata dia dah ada orang, dia akan hanya ambik aku kerja at the end of the month nantinya. Tak nak lah aku tunggu sampai hujung bulan kan? Seminggu tuh pun dah rasa macam lama sangat dah. 

Yang aku rasa macam tak seronok aje aku cuti dari kerja tuh bukan apa, aku takut nak belanjakan duit sesangat. Buatnya aku tak dapat kerja lain, mampuslah aku kena makan nasi kepal macam dulu tuh. Aku adalah duit untuk bayar sewa bilik for a few more months, untuk bayar bill cellphone dan internet, tapi aku tak nak lah teruk sangat nanti sampai duit dah betul-betul kering, barulah aku nak mula kerja lain, kan?

So Monday tuh aku talipun MakCik Jenny lagi sekali, dia tetap suruh aku kerja laundry di Long Island, New York. "You tak payah bayar sewa, you boleh save duit", dia kata gitu. Aku malas lah sebab kalau tak salah aku, dah lama dah kerja laundry tuh diiklankan kat situ, kat semua agent kerja pun. Kalau kerjanya bagus, sure dah ada orang yang ambik, kan? Macamana pun, aku kata kat MakCik Jenny yang aku akan turun New York lagi dan kali ini aku nak ambik lah apa-apa kerja sekali pun. Even kalau aku terpaksa pindah ke mana-mana State yang lain di East Coast nih. Aku kena start kerja lah, cukuplah dua minggu aku break nya. Buat aku jadi malas aje kalau lama sangat break.

Selasa tuh aku keluar jugaklah merayau-rayau sebab kalau aku ke New York besoknya, dan aku dapat kerja di tempat lain, bermakna aku tak akan dapat dah nak jalan-jalan kat Philadelphia yang aku rasa macam kampung aku aje. Aku tengok-tengok jugaklah kalau-kalau ada kedai yang nak cari pekerja, aku nak redah aje cadangnya. Ada satu kedai Pizza orang Arab tuh, tapi diaorang hendakkan driver untuk buat delivery. 

Last-last aku masuk kat this Indonesian Restaurant yang baru bukak. Grand jugak restoran tuh, bukan macam a few Indonesian stores yang berterabur di merata-rata Philadelphia dan New York nih. Yang ini kira kelas lah, aku tengok ramai jugak Mat Salleh yang datang makan. Penuh restoran tuh sebenarnya, dan aku perhatikan, most of the Indonesians yang makan situ, semuanya yang macam presentable, lawa-lawa dan smart-smart semuanya. Macam pelakun/penyanyi aje masing-masing tuh. Tak ada pun yang selekeh, yang baru balik kerja, atau muka-muka Jawa Totok tuh. Rupanya diaorang datang dari luar Philly, datang situ semata-mata untuk memeriahkan suasana.Aku rasa aku yang paling pongoih sekali kot, pakai selipar jepun, pakai t-shirt pagoda putih tuh. Jeans pun ada rabak kat lutut. 

Sebab semua meja penuh dan aku pun sorang-sorang, jadi aku makan pun macam tunduk gitu ajelah, aku banyak tenung aje nasi goreng ikan asin sama es teler (macam ABC) aku tuh. Agaknya sebab lama sangat tenung, tiba-tiba airmata aku laju jer mengalir. Terus masuk ke mangkuk es teler tuh. Tak boleh ditahan-tahan. Takut orang terperasan, aku buat selamba aje lah, aku sedut aje es teler bercampur air mata tuh sampai habis. 

Oh yeah, keteremoan aku tuh terbawak-bawak sampai ke malam akhirnya, apa yang aku buat serba tak jadi akhirnya. Last-last aku dengar lagu ajelah, aku dengar lagu-lagu Raya. Aku fikir, kalau nak sedih tuh biar betul-betul sedih. Lagipun Puasa dah dekat dah kan? Aku perasan, for the last 2 years, well, sejak aku start blogging rasanya, aku akan bersedih habis-habisan, so that bila Puasa dah mula, bila dah dekat Raya, aku dah tak sedih sangat dah. Aku dah tak ada apa nak disedihkan dah masa tuh nanti. 

Masa itu jugaklah aku ada rasa macam nak berhenti tulis blog aje. Dah tak ada gunanya dah. Masa tu lah aku rasa aku harus terima hakikat yang aku sebenarnya kalah. Kalah apa aku pun tak berapa pasti tapi pokoknya memang aku rasa aku kalah. Kalah dengan hidup aku. Kalah melawan perasaan. Kalah dalam mencari kawan baik. Dah bertahun aku berblog, sorang demi sorang kawan yang dulunya baik dengan aku, tinggalkan aku. Satu persatu. 

Tak apalah, apa aku boleh buat selain dari menerima hakikat yang begitulah hidup aku ini kesudahannya. 

Tak apa lah. Esoknya aku nak ke New York. Aku nak membawak diri...........Entahlah, sometimes you can't see, the pain someone feels.