Sunday, October 28, 2012

Isnin03082009


Lena jer aku tidur semalam walaupun jauh di sudut hati aku, aku sayu sebab laptop tiada di samping aku. Mungkin jugak sebab the thought yang internet cafes ada di sekeliling pinggang, just a few steps away, itu yang buat aku tak ada lah gundah gulana sangat tuh.

Macamana pun, awal-awal pagi aku dah bangun, aku nak cari kedai repair laptop. Pukul 9 aku dah keluar, dari satu kedai ke satu kedai aku pergi tapi semuanya belum dibuka. Diaorang nih, kalau nak bisnes tuh, buatlah cara nak bisnes kan? Kalau nak tidur, then tengahari baru nak bukak kedai, tak payahlah nak bisnes, kan? Menyusahkan orang aje.

So aku pergi breakfast dulu, sekali teguk kopi, sekali aku jeling ke arah kedai komputer di seberang jalan tuh. Lebar jer aku senyum bila nampak tokay kedai tuh bukak kedai dia. So, laptop aku kena diuninstall semuanya, dia suruh datang dalam masa 3 jam lagi tapi aku kata aku akan datang besok pagi aje. Sebab aku nih penyabar orangnya, dan life aku tak lah bergantung kepada internet semata-mata. Kan? 

Lepas tuh terus aje lah aku ke Park Slope, harinih ada kelas Spanish. Tim macam tak ada semangat jer mengajar aku, mungkin sebab aku macam tak ada semangat jer nak belajar. Iyalah, dah 12 jam aku tak online, semangat aku jadi weak gitu, perlu dicharge segera.

Aku pergi lunch kat Pinang Restaurant lagi harinih. Sejak minggu lepas, ini kali keempat kot. Tak ada nampak pun waiter Indon tuh, waiters lain pun tak ada. Yang ada cuma tokay sama bini dan anak-anak dia, sama delivery guy mamat Tibet yang dah bertahun kerja di situ tuh. Tak kan semuanya dah berhenti kerja, kot?

Yang peliknya kan, tokay tuh macam tak nampak jer aku, sedangkan tak ada lah ramai pun orang yang makan kat situ masa tuh. Biasanya bila aku duduk, dia pun sama tarik kerusi duduk semeja dengan aku, then bini dia pun sama menyembang. Tapi tadi tuh, bini dia sibuk menalipun, dia melepak tengok tv aje. Tak kan dia takut aku mintak rokok dia kot?

Lepas makan nasi lauk sotong goreng belacan campur bendi, lama jugak aku tunggu diaorang nak serve bubur pulut hitam (part of that lunch special sebenarnya) tapi masing-masing buat donno jer. Macamlah aku tak exist. Inilah payahnya kalau selalu sangat makan kat satu tempat nih, diaorang malas melayannya. So aku blah aje lah, dengan sebak dan hiba berbuku di hati *mode Apalah Daya Orang Tak Suka*. Macamana pun aku kasi 30% tips, aku kena maintain kebaikan aku, kan?

Aku sampai aje apartment diaorang, kelam kabut King Mongkut suruh aku buat itu ini. Suruh pergi beli pea soup lah, suruh angkat dia ke throne pasal dia nak berak lah, suruh menalipun kakak dia lah, macam-macam. Biasanya bila aku sampai aje, terus aku angkat dia ke katil untuk diurut, tapi tadi tuh sebab dia ke doktor, di sebelah pagi nya itu pasal banyak benda yang tak terbuat tuh.

Habis kerja aku melepak kat Jackson Heights lagi, tapau nasi. Pukul 12 tengah malam, aku ke internet cafe depan rumah aku nih sekejap. Sekejap-sekejap pun adalah dalam 2 jam. Tak sabar nak tunggu pagi, nak pergi ambik laptop aku.

SabtuAhad0102082009


Sabtu

Dah terbiasa kalau weekend tuh pergi kerja awal, pukul 8 aku dah keluar walaupun harinih kerja pukul 11. Lama lah melepak sambil mengopi, baca paper, sebelum masuk kerja tuh. Malu jugak rasanya sebab aku pakai siap-siap, all black, spenda sama stokin pun kaler hitam. 

Diaorang decided tak nak ke mana-mana harinih sebab takut ada masalah lain, jalan jem ker, apa-apa lah, sebab wedding mula pukul 7-30 petang. David ke gym dan aku buatlah apa yang patut sementara King Mongkut kat throne, aku paksa dia berak puas-puas takut nanti buat hal pulak masa kat wedding. Bukan boleh kira dia tuh, jenis jubur tak reti bahasa, ekekekeke. 

Lepas buat catherter, dalam pukul 12-30, King Mongkut dah siap suruh aku pakaikan dia pakaian untuk ke wedding, nak tergelak pun iya, nak marah pun iya aku dibuatnya. Iyalah, awal sangat lagi, lagipun dalam pukul 4 nanti nya nak dibuat catherter. What if dia terberak? Itu lah King Mongkut tuh, kadang-kadang fikiran dia nih tak berapa betul. 

Lepas lunch, David pergi gunting rambut, dan lepas mengurut King Mongkut, lepas buat catherter, baru lah pakaikan dia. Itupun baru pukul 5, sejam dia melepak atas scooter, nasib baiklah diaorang tak nak guna wheel-chair, so tak payahlah aku jadi tukang tolak. 

Pukul 6 kitaorang bertolak, kat Manhasset wedding tuh, kat temple. Besar gila tempatnya, memang kat area tuh semua mansion-mansion aje. Kaya-kaya Jews nih. Since awal sangat kitaorang sampai, kitaorang merayau dulu. Best aje cuaca tak panas sangat, mendung gitu aje. 

Pukul 7-15 kitaorang masuk dewan bila tengok dah ramai orang yang datang. Menjalar kereta masing-masing. Kecik jer aku rasa diri aku, aku sorang jer yang tak pakai full suit, aku sorang jer yang kulit kaler lain.  Dan yang lelaki, aku sorang jer yang tak pakai ketayap cotek yang orang Jews pakai tuh. Ada aku nampak dua orang muka Asia tapi diaorang dua-duanya kawan pengantin lelaki kot. Lawa-lawa dan hensem-hensem yang datang tuh, most of them kawan-kawan Mark sama Liz, pengantin. Liz nih anak sedara King Mongkut, anak sedara tiri David.

Yang aku perasan, King Mongkut sama David, walaupun keluarga terdekat pengantin perempuan, tapi macam tak dilayan langsung. Kakak King Mongkut langsung tak tegur diaorang, yang tegur pun cuma laki kakak King Mongkut. Yang selalu datang bersembang pun cuma anak sedara diaorang yang lagi sorang tuh, sama boyfriend dia. Even mak King Mongkut (mak tiri David) pun tak ada tanya apa-apa sangat, dia sibuk sembang dengan sedara-mara dia yang lain. Lepas cocktail reception (yang aku ingatkan itulah wedding dinner nya sebab makanannya melimpah meja-meja, segala jenis macam makanan ada) barulah ceremony bermula. First time aku tengok Jews punya wedding ceremony, in real life lah kan? Dalam 20 minit gitu, dibuat kat dalam dewan lain. 

Aku bersyukur jugak sebab so far aku dah tengok pengkebumian Jews, sekarang tengok wedding pulak. Next year pulak Bar Mitzvah anak sedara david pulak. 

Then semuanya beransur ke dining hall. Sekali lagi macam buntang mata aku menengoknya. David beritahu aku yang jumlah perbelanjaan semuanya dalam $300,000, memang grand habis. Kitaorang kat meja paling tepi, sama mak King Mongkut, dan mak-mak sedara dia yang lain. Upacara nya sama aje macam yang kat tv, film tuh, menari-nari sambil usung pengantin atas kerusi. Lepas tuh acara joget lambak, semua orang menari, mak King Mongkut yang pakai walker tuh pun terhenggot-henggot menari. Macam kat kelab malam dangdut aje gayanya sebab yang tua-tua tuh menari nya takat goyang-goyang bontot aje.

Bila yang perempuan-perempuan ajak aku menari, aku terus pegang gelas, kononnya nak kasi King Mongkut minum lah. Tak kuasalah aku nak join, walaupun ada aku terfikir nak cuba-cuba menari. Bila lagi aku dapat join wedding macam tuh kan? Aku peratikan sorang-sorang, ini lah rupanya orang-orang seangkatan Bernie Madoff tuh. Memang pun, kat meja tuh semuanya cerita pasal investment diaorang sama Bernie Madoff tuh.

Pukul 11 baru dinner mula, kitaorang dah resah dah. Diaorang tak ingat dunia menari nya. Habis aje main course, dalam pukul 12, terus kitaorang mintak diri nak balik. Kitaorang yang paling awal blah, kalau diikut gayanya, pukul 2 pagi tak akan selesai lagi majlis tuh. 

Pukul 1 kitaorang sampai Forest Hills, cepat-cepat aku siapkan King Mongkut, buat catherter etc sebab David dah talipun teksi suruh datang pukul 1-30 pagi. Aku ambik jer duit $45 yang David kasi, tambangnya $39, selebihnya tip. Malaslah aku nak naik train sebab dah jauh malam, weekend pulak tuh, sure tiga empat jam nak menunggunya. Aku kasi taxi driver mamat Guatemala tuh $50, baik orangnya, tanya aku itu ini. 

"Come visit me in Guatemala, primo (cousin- panggilan lain selain amigo)", kata dia bila aku kata yang aku teringin dan nak sangat pergi, suatu masa nanti aku akan ke South America.

Ahad

Pukul 8 aku dah bangun tapi aku sambung balik tidur sebab semalam lepas Subuh baru aku tidur. Sedar-sedar dah 10 lebih, kelam kabut aku bersiap, nasib baiklah pagi semalam dah mandi. Dan nasib baik jugak David suruh masuk kerja pukul 12 tengahari. So, breakfast kat dalam train aje lah, buat mengalas perut. 

Lepas lunch David ke apartment nenek dia, melawat nenek dia yang patah tangan tu lah. Adik dia sekeluarga (Beth, yang sekeluarga minat Survivor sama The Amazing Race, macam aku tuh) pun ada turun dari upstate New York. 

Punyalah lama nya nak menunggu habis kerja pukul 5, masa mengurut King Mongkut, sampai nak patah leher aku sebab selalu tersengguk-sengguk. Jam macam tak bergerak-gerak, tak pernah lah aku mengantuk dan letih macam tadi tuh. 

Balik kerja, aku lapar sangat, so aku turun kat Jackson Height, makan beriyani gulai kambing. Lepas tuh sempat ke internet cafe sekejap.

Aku sampai rumah, tengah buat kerja sikit, banyak pop-up windows yang kata laptop aku infected, virus itu virus ini, sampaikan aku tak boleh nak buka apa-apa program. Laptop tu pun even off dengan sendiri.

Terus aku berlari ke internet cafe, adalah dalam 2 jam kot aku melepak kat situ, buatlah apa-apa yang patut. Esok, first thing in the morning, aku kena pergi hantar laptop aku untuk direpair.

Hmmm, boleh ke aku tidur malam nih?

Jumaat31072009


Memang cadangnya aku nak keluar nak cari kasut pagi tadi tapi kemalasan mengatasi segalanya, dan aku fikir yang tak payahlah aku beli kasut baru sebab nak pakai pun sekali aje kan? Kasut baru maksud aku tuh, kasi berbranded, kasut mahal. Kalau kasut murah-murah tuh tak akan aku sebut pun. Pakai kasut lama dah lah, wedding tuh malam, mana orang perasan kalau kasut aku buruk pun, kan? Tak ada lah buruk mana pun kasut tuh, cuma kasut tak ada brand, yang beli kat Chinatown lama dulu tuh. So selamatlah duit aku barang seseratus lebih. 

Aku keluar awal jugak tadi sebab nak ke masjid, tapi train buat hal pulak, dekat sejam tersadai kat dalam terowong bawah tanah. Kalau tersadai kat station tak apa jugak, boleh turun dan ambik train lain. So, aku sampai aje masjid Jackson Heights, orang dah siap sembahyang. Itupun aku lari aje meredah traffic lights. 

Diaorang ada guests malam nih, couple Mat Salleh sama Minah Siam tuh. Couple nih kira macam tetamu kehormat, itu yang nak buat persediaan bagus punya. Kalau member diaorang yang patutnya datang semalam tuh, itu dikira tetamu kelas bawahan, diaorang buat persediaan pun ala kadar aje. King Mongkut pakai shorts aje, David pakai t-shirt biasa aje, dan makan pun guna pinggan mangkuk biasa aje. Tapi kalau couple nih datang, King Mongkut sama David pakai smart-smart, decoration kat meja pun cantik-cantik, walaupun makanannya benda-benda biasa aje. Gaya aje yang lebihnya. 

Lambat pulak diaorang order makanan tadi tuh, dah 7-30 belum diorder, so tak heranlah pukul 8 masih belum makan sedangkan biasanya pukul 8 tuh King Mongkut dah siap kat katil. Itu yang bila dah lewat tuh King Mongkut jadi kelam kabut, mana nak buat catherter, mana nak cuci muka sebelum ke bilik tidur. Last-last sempat buat catherter aje pasal David kata yang dia akan uruskan semuanya. Dia suruh aku balik aje, dan esok masuk kerja pukul 11 pagi sebab nak pergi wedding anak sedara diaorang tuh yang tentunya sampai lewat malam baru selesai.

RabuKhamis2930072009


Rabu

Aku keluar kerja lewat sikit harinih sebab aku pergi jalan-jalan kat area yang ramai Arab kat Bay Ridge. Dekat nak Puasa nih aku nak lah survey-survey kat mana ada restoran halal yang bukak 24 jam. Restoran Paki kat Jackson Heights tuh bukak 24 jam tapi jauhhhhhhhhh sangat dari sini.

Aku ada tefikir yang mungkin nanti lepas habis kerja, aku turun kat Jackson Heights, Tarawikh kat sana, then makan sahur kat kedai Paki tuh. Then baru balik rumah, tengah-tengah malam buta. Cuma masalahnya, malam-malam train dah tak banyak. Itu pasal aku cuba cari kat area rumah sewa aku nih aje lah kalau-kalau ada restoran halal yang lain.

Hujan lebat gila malam nih, kilat sambar-meyambar. David dah saspen dah, "What are you gonna do, Joe?", dia tanya aku bila pukul 8 tuh hujan masih belum berhenti. Diaorang suruh aku tidur di apartment diaorang aje tapi aku gelakkan aje. Diaorang berkeras suruh aku ambik payung diaorang pun aku tak nak. Malaslah aku nak pinjam payung diaorang, esok panas, tak kan esok aku nak bawak payung pulak kan (nak pulangkan balik payung diaorang tuh). Dalam banyak-banyak benda, payung lah yang paling malas aku bawak. 
So aku bungkus suratkhabar dengan plastik bag, dari apartment ke subway station tuh aku lari. Tak adalah teruk basah sangat pun, David tuh aje yang beria-ia sangat, yang aku rasa, kalaulah dia nih terdampar kat mana-mana, sure cepat mati nya. Tak macho langsung, ekekekeke. Tak macam aku, yang terlebih macho.

Khamis

Aku ke Pinang Restaurant for lunch. Cadangnya nak sembang lama-lama dengan waiter baru tuh tapi dia tak ada pulak, off agaknya. Ataupun dah berhenti kerja. Yang ada, tokay sama anak bini dia. Jarang aku terserempak dengan tokay tuh sebab sekarang dia kerja di sebelah malam aje, kecuali kalau masa pekerja dia off. Diaorang ingatkan aku dah balik Malaysia sebab lama dah tak jumpa. 

Lama lah sembangnya dengan diaorang, sesambil makan mee goreng. Lepas makan, tokay tuh ajak aku melepak sesambil merokok kat depan restaurant dia tuh. Best aje,rasa macam melepak kat restoran di Malaysia aje gayanya.

Pukul 3-30 aku blah, mula lah tak tahu nak ke mana. Nak masuk library rasa malas, nak ke Secret Garden, ramai orang tua-tua sama caregiver diaorang yang melepak kat situ. Sekarang nih park tuh penuh dengan orang tua yang atas wheel-chair, jadi tempat berkumpul diaorang pulak. Caregiver diaorang yang kebanyakannya Filipinos dan Minah dari Carribeans, diaorang berkumpul kat satu tempat sambil dengar music, main games.

So, terpaksalah aku masuk ke internet cafe, dapatlah setengah jam kat situ. For the last week or so, sebelum aku masuk kerja, kat internet cafe tu lah aku melepak.

Diaorang ada guest malam nih patutnya, itu yang aku siapkan King Mongkut awal-awal lagi. Masa nak pakaikan dia spender, King Mongkut termenjerit. Pasal aku tertarik bulu kote dia ekekekeke.
Biasanya masa pakaikan dia pampers atau spenda, aku tariklah pampers atau spenda tuh, kasi tangan dia yang kiri (yang itu aje dia boleh gerakkan) tuh ejas parking kote dia. Sorrylah aku nak mengejas parking dia, kan? Itu kena buat sendiri tau dak? Hiks! Masa nak tarik spenda dia tu lah, tertarik bulu kote dia tuh, itu yang dia termenjerit. Geram aku, itu kerja caregiver yang lagi sorang tuh, cukur bulu kote sama bulu jubur King Mongkut.

The moment aku angkut King Mongkut ke wheel chair dia, member diaorang yang patutnya datang malam nih tuh talipun beritahu yang dia tak dapat datang. Dan King Mongkut pulak, bila tahu member dia tak datang, terus dia suruh aku angkut dia balik ke katil sebab nak tukar pakaian biasa aje. Mengamuklah aku kan? Mana tak nya, apa salahnya pakai pakain tuh, nanti malam bila nak tidur, barulah tukar pakaian, kan? Dia ingat senang dan ringan nak angkat dia ke katil? Dia bukannya macam bayi. Menonok jer dia ke dapur bila lepas kena marah tuh, bila dia tahu aku bengang.

Masa nak beli pizza untuk dinner diaorang tadi, sempat aku masuk kedai kasut yang jual Italian shoes lawa-lawa, sayangnya kedai tuh tutup pukul 8 sedangkan aku habis kerja 8-30 malam. Saspen gak aku nih sebab kasut belum beli lagi, tak kan nak pakai kasut lama kot, jatuhlah standard aku sebab baju sama seluar Italian-made tapi kasut yang aku ada, dua-duanya kasut perbuatan Cina. Tengoklah macamana nanti, kot-kot esok aku terrajin ke Bloomingdale's.

Aku tak dinner pun malam nih sebab perut aku macam tak sihat aje. Apa tak nya, semalam aku ratah sayur kangkung sebelanga, tuan rumah aku masakkan aku sayur kangkung campur empek-empek, itu yang aku pakat ratah gitu jer tuh. Akibatnya, aku berak pun keluar kangkung aje.

IsninSelasa2728072009


Isnin

Pagi-pagi nih aku kemaskan bilik, sesambil main game, kat luar hujan renyai tu pasal malas rasanya nak ke mana-mana. Keluar pun takat pergi hantar seluar untuk dialter, then beli barang sikit-sikit. Tuan rumah aku sibuk pulak minggu ini gayanya, so tak dapatlah aku nak upah dia masakkan untuk aku. Tak apa lah, minggu ini nak makan kat luar ajelah kot, hopefully minggu depan mood nak memasak akan muncul semula. Best jugak mood selalu bertukar nih, tak lah boring sangat hidup aku nih kan?

Aku tak ada kelas Spanish harinih pasal Tim ada hal. Ok jugaklah tuh, aku pun bukannya sentuh apa-apa homeworks yang dia suruh aku buat ituhari. Mintak-mintak dia dapat kerja lain lah, kesian aku menengoknya. Tak kisah lah dia akan sibuk dan tak dpat nak menjagar aku dah nanti, aku boleh belajar kat tempat lain kot. Instituto Cervantes ada pasang iklan kat The VillageVoice, banyak kelas-kelas baru yang akan dibuat sampai hujung tahun ini.

David off harinih tapi seharian tak ada kat rumah pasal dia pergi melawat nenek dia yang kat hospital. Nenek dia (105 tahun) jatuh kat bilikair, patah tangan. Nampak gayanya aku kena ikut diaorang pergi party kawan diaorang kat Manhasset, Long Island, dua minggu akan datang. Bukan party yang kat atas boat tuh tapi party lain. King Mongkut nak sangat pergi nya, itu yang aku kena stand by ajelah. Dah lah minggu ini diaorang ada guests Jumaat nih, Sabtu pulak ada wedding. Sabtu minggu depan party tuh.

Selasa


Sebab dah lama tak pergi makan kat Pinang Restaurant di Forest Hills, harini aku keluar awal jugak. Dah 3 minggu aku tak ke sana rasanya. Tak ada tokay nya, yang ada cuma anak diaorang berdua. Dan satu waiter baru, orang Indo.
Macam takut-takut jer waiter tuh, dia dah 8 tahun kerja di Amerika, kerja kat hotel, di Denver Colorado, di Miami Florida, di Boston Massachusets. Ini kali pertama kerja di restaurant Cina di New York City. Aku beritahu dia yang dah ramai orang Indo yang keluar masuk kerja kat Pinang tuh, semuanya tak lama kerjanya. Tapi untuk permulaan, memang baguslah kerja di situ sebab keadaan kerja tak lah seteruk kalau kerja di restoran Cina yang lain.

"Saya belum pernah kerja 12 jam sehari, Pak", kata mamat tuh. "Capetnya ya ampun, setengah mati", kata dia lagi.

"Tenang aja, kamu masih baru di New York sih. Kerja aja dulu, nanti bila udah tahu selok belok New York, kamu cari kerjaan lain yang lebih bagus. Kamu kan punya surat segala?", aku nasihat dia. Macam bagus aje kan?

"Juragannya rewel, saya gak senang kerja di sini Pak", kata dia lagi.

Dia nak bersembang banyak gayanya sebab dia kata dia tak ada kenal sesiapa kat New York nih tapi dia macam takut-takut sebab aku kan ker tengah makan, mana boleh kacau pelanggan tengah makan, kan? Lagipun anak tokay tuh ada kat situ, nasib baiklah anak tokay tuh tak reti Bahasa Melayu. Then aku beritahu dia yang aku bukan orang Indo, dia terkejut gila sebab dia ingatkan aku Indon.

So cerita gitu-gitu ajelah, macamana nak cari kerja lain selain dari kerja di restoran, kat mana tinggal, berapa sewa rumah, bila off, etc. Aku dah terbayang dah yang dia nih akan menggantikan Ramon, sebab Ramon sekarang nih dah dapat ramai kawan baru orang Indo semuanya, so dia dah tak ada masa nak melepak macam dulu dah kot. Orang Indo kebanyakannya tinggal di Elmhurst. Waiter yang kerja di Laut Restaurant tu pun dah berhenti kerja, dah kamcing sama Ramon pun dah. Iyalah kan, diaorang sure cari orang senegara jugak kan?

Aku ada dua jam lebih sebelum masuk kerja so aku terus aje ke internet cafe, tapi server tak laju, so terkulat-kulat gitu aje lah aku. So tak heranlah mood aku masa kerja macam tak bagus aje petang nih. 

Aku peratikan, macam bosan sungguh cara hidup David sama abang dia King Mongkut tuh. Terutamanya pasal dinner. Balik-balik makan benda yang sama aje. Dinner diaorang samada pizza, sandwich, atau burger. Sekali semingu diaorang order cold noodle (macam rojak tapi kuahnya cair), tak pun diaorang order nasi kosong (Mexican rice) then dimakan dengan canned vege. Tak pun, rebus sweet potato. Tak pun, rebus telur dimakan sama roti. Tak pun order tofu. Aku menengoknya tak berselera, apa tah lagi nak makan. Kalau diaorang makan kat luar (biasanya masa kawan diaorang datang), berminggu diplannya, such a big event sangatlah kononnya. Aku, walaupun miskin dan merempat, tak ada lah makan seteruk itu. Dulu pernah makan nasi kepal, itu lain kes, kan? 

Untuk kedua malamnya aku singgah di Jackson Heights lepas habis kerja. Saja jer lah nak tengok orang, nak makan pun senang sebab banyak kedai halal. Nak online aku pun senang sebab internet cafes pun banyak. Aku ke kawasan banyak Latin Americans tuh, walaupun saspen aje jalan kat area tuh tapi rasa interseting pulak sebab segala macam bentuk rupa orang South America yang ada kat situ.

SabtuAhad2526072009


Sabtu

Aku tak tidur lena semalam sebab jiran sebelah rumah, orang Puerto Rico, diaorang ada party. Biasalah diaorang nih, sampai ke pagi berdansa nya, pasang music kuat-kuat. Ada dalam 4 jam jer aku dapat tidur semuanya malam tadi, itu yang aku mengantuk gila masa pergi kerja tadi.

Walaupun diaorang nak pergi Source Mall harinih tapi David ke gym dulu. Sementara King Mongkut tidur, aku siapkan kerja apa-apa yang patut. Mencuci pinggan mangkuk diaorang tuh senang aje sebab orang kaya nih, makannya bukan macam kita kat Malaysia. Pinggan diaorang tak kotor pun,itu yang aku lalu kan dengan air aje.

Yang buat lawaknya, masa cuci botol air King Mongkut (dia minum guna botol, macam botol susu), buih sabun nya tak berapa hilang. Aku manalah perasan sangat pun. Masa nak kasi King Mongkut minum, sementara menunggu David balik dari gym, baru aku terperasan yang macam ada buih aje kat dalam botol air minum dia tuh. Cepat-cepat aku kata aku nampak macam ada habuk dalam botol tuh, aku kata yang aku nak ganti dengan air lain. Kalau tak, sure kembung King Mongkut sebab minum air sabun ekekekeke. Patutnya aku biarkan aje dia minum air sabun tuh, boleh kasi cuci sikit cekadak dia tuh kan?

Masa kat mall, lepas ke kedai frame gambar, aku sama King Mongkut merayau-rayau sekejap kat Nordstrom, sebab David ke kedai lain, nak beli gift untuk kawan dia. Diaorang ada dinner malam nanti kat apartment kawan dia di Kew Gardens. King Mongkut ambik 2 helai seluar, best jugak aku yang jadi tukang menyain resit card credit dia.

Then kitaorang lunch, kat Saladworks lagi. Best salad kat situ, banyak intipatinya, salad dressings dia pun best-best. 

Sampai Forest Hills ngam-ngam pukul 4, sementara David ke kedai beli kek (orang kaya punya style gitu lah, nak pergi jalan rumah kawan pun kena bawak kek, gift bagai), aku buat catherter untuk King Mongkut, dan menyiapkan dia. Pukul 6 baru aku blah, keluar pun sama diaorang.

Tak ada mood nak jalan-jalan petang nih walaupun cuaca macam best aje. Aku mengantuk sangat sebenarnya, itu yang lepas melepak kat Jackson Heights (dinner), terus ajelah aku balik.

Ahad

Train lambat gila pagi tadi, itupun aku keluar awal. Masuk kerja pukul 11 tapi pukul 8 lebih sikit aku dah keluar. Cadangnya nak breakfast best punya kat satu cafe Greek nih tapi tak sempat.

David ke gym lagi sebab tak ada rancangan nak keluar ke mana-mana dah kitaorang harinih. King Mongkut pulak, dekat 3 jam kat bilikair, puas taruk air suam, enema, tak keluar-keluar taik dia. Dia tak ada tenaga nak teran kasi taik keluar, aku perasan yang ada segerombolan taik yang tersipu-sipu malu nak keluar dari jubur dia tuh masa aku taruk enema tuh. Itu yang aku saspen aje masa menyucuk botol tuh, takut-takut deruan ombak taik kena ke tangan aku.

Mulanya cadang nak tengok dvd lepas lunch tapi diaorang terralit online mengesearch kawan-kawan dan sedara-mara diaorang kat Facebook. Diaorang nih tak tahu langsung pasal Facebook, so aku yang ajar macamana nak search kawan diaorang. "I can't think of any names, Joe. We don't have that many friends",kata David. Aku perasan yang diaorang nih tak ada kawan sangat, yang baik dengan diaorang pun tak sampai 10 orang, itu aje.

Balik kerja terus aku ke Daffy's, sebab nak beli pakaian untuk ke wedding anak sedara diaorang Sabtu nanti. Aku disuruh pakai serba hitam. Aku adalah seluar baju hitam tapi aku rasa aku kena beli yang baru lah, yang kelas sikit. Lagipun dah lama aku tak shopping pakaian. Aku suka ke Daffy's sebab semua pakaian perbuatan Italy, tak ada pun pakaian perbuatan Cina, India ataupun Mexico.

Nak ambik kasut sepasang tapi tak jadi, kat Macy's ada banyak pilihan kot? The moment aku nak bayar harga seluar sama baju, baru aku terperasan yang baju tuh macam ada tak kena nya. Baju untuk dipakai sama tuxedo aje gayanya, colar dia macam colar untuk pasang bow-tie. Lantaklah, baju tuh lawa, mahal pulak harganya ($229) walaupun cuma dijual dengan harga $59. (KingMongkut punya seluar-seluar semalam tuh pun cuma $60, itupun diaorang nak return sehelai seluar tuh sebab seluar tuh tak dikasi diskaun masa dia beli)

Mencurah-curah hujan turun masa aku nak ke Macy's, so melepak ajelah kat lobby Daffy's tuh sekejap. Tak ada pulak kasut yang aku berkenan kat Macy's tuh. Well, ada sebenarnya tapi semuanya dalam $150, tak nak lah aku beli kasut yang lebih dari seratus harganya. Sebab aku bukan nak pakai hari-hari. Nak ke Daffy's semula aku dah malas sebab aku nak ke Quad Cinema, nak tengok wayang.

Dah lama tak ke Quad, hampir aku telupa jalan, puas pusing sana pusing sini barulah jumpa. Aku tengok filem Colombia, Paraiso Travel, kisah illegal immigrants dari Latin America. Macam kesinambungan filem Sin Nombre aje sebab filem nih kisahkan pasal this young couple yang berjaya masuk US, dan cerita seterusnya macamana diaorang memulakan hidup baru di New York City. Insaf aku menengoknya, ingatkan orang-orang Indo yang datang ke Malaysia tuh dah susah sangatlah naik tongkang, diaorang nih lagi susah, especially Colombians, Guatemalans, semua yang dari negara-negara kat South America. Sebab diaorang kena merentas a few negaras, sebelum masuk Mexico, untuk menyelinap masuk ke US nih.

Ada a few times airmata aku laju aje keluar, especially masa Marlon Cruz dah tiba di New York City. Masa dia lapar, lepas tuh ada orang kasi dia makan, ketar-ketar kepala dia makan sambil airmata keluar.

Shooting film tuh dibuat di Queens, di Jackson Heights, di kawasan yang penduduknya almost 100% South Americans, so itu yang macam berkesan sangat kat hati aku tuh.

Ini sinopsis filem tuh yang aku copy paste aje:-


A young seductive woman named Reina, living in Medellin, Colombia, becomes infatuated with finding fortune in New York City. A young man named Marlon desperately falls in love with this rebellious teen. Entangled in her web of fantasies, Marlon has no other choice but to blindly follow her imposing lead. Driven by their will to reach their dreamland, the two embark on the brutal exodus of the Latin-American immigrants who cross illegally through Mexico. This adventure in narrated by Marlon on his voyage to find his love, his heroine, his Reina. The couple got separated upon arrival in New York and Marlon fueled only by the power of love has been through hell and back trying to find her. This is his story.

Khamis,Jumaat2324072009

Ituhari masa jalan-jalan sama Ramon, sama kawan dia masa 4th July, ada diaorang cerita kat aku pasal ada satu short-film Indo nih yang judulnya Satu Rumpun, yang mengisahkan kehidupan dua orang sahabat (satu Indon dan satu lagi Malaysian) di New York City. Cerita macamana diaorang terdampar di Amerika nih. 

Makanya gue penasaran banget sih mau nonton film Satu Rumpun itu.Dulu sewaktu-waktu gue lagi cari rumah kos-kosan, gue ada ngelihat di situsnya ForumIndo, perihal pembikinan filem itu. Di kala itu mereka butuhkan 2 pria, satu Indo ama oreng Malay. Waduh deh, tergerak hati gue mau emailin mereka tapi waktu itu gue lagi pusing, justru gak berkesempaten.(Kalo nggak, mungkin gue udah jadi pelakon sih.




Akhirnya watak orang Malaysia tuh dipegang oleh mamat Myanmar kalau tak silap aku.

So aku ke Union Square sebab nak ambik dvd filem tuh, sempat aku balik ke rumah semula dan habiskan tengok. Cerita biasa aje, dirakam pun guna handycam, filem tak ada budget, pelakunnya pun tak ada gaji. Sebijik kisah orang-orang Indo di New York nih, yang watak mamat Malaysia tuh tah apa-apa sebab suaranya dialihbahasa.

Kedua-dua malam hari Khamis dan Jumaat, David balik lambat. Hari Khamis tuh pasal dia ke kedai frame yang kitaorang pergi ituhari, dia kansel nak buat frame kat situ, itu yang dia pergi ambik balik poster dan duit refund. Hari Sabtu nanti nih kitaorang akan ke Source Mall lagi lah nampak gayanya.

Hari Jumaat pulak, David keluar minum sama kawan kerja dia. So dua-dua malam tuh King Mongkut dinner awal, by 7 aku dah siap buat catherter kat dia, sejam tuh sebelum waktu balik, aku tengok tv ajelah. Aku tengok kat dapur, King Mongkut tengok dari atas katil dia. Tapi itulah, tak aman aku dibuatnya, setiap 5 minit aje lah dipanggil aku, tanya itu ini, sedangkan aku dah siap kan dan aku dah buat apa yang perlu.

Dan kedua-dua malam jugak, habis kerja, aku meround sekejap kat area-area Midtown, sampailah ke Times Square. Bukan apa, sekarang nih banyak betul filem yang tengah shooting kat New York City nih. J Lo punya filem, Nicole Kidman punya filem, Harrison Ford punya filem, Drew Barrymore punya filem, semuanya tengah sibuk shooting. Yang lain tuh, Jennifer Anniston, Gerard Butler, Jude Law, pun tengah shooting kat sini. Kalau terserempak tengok orang shooting film kan ker best?

Isnin,Selasa,Rabu202122072009


Aku rasa macam termenyesal pulak nak sambung belajar Spanish nih now that aku semakin sibuk main game kat Facebook. Kalau lah aku tak janji dengan Tim, tutor aku tuh, sure aku kansel kan aje.

So Isnin, pukul 11 pagi, kelas aku mula. Kat Starbuck di Prospect Park. Bagus Tim mengajar sebab dia nih very experienced, aku rasa macam tak berbaloi bagi dia yang mengajar aku dengan harga murah, tapi agaknya dia kepepetan uang itu yang buat dia sanggup mengajar tuh. Aku katalah yang kalau dia dah dapat kerja nanti, aku akan cari orang lain aje, tapi untuk sementara waktu nih aku nak belajar dengan dia.

Dia nak ajar dua jam setiap session, 3 kali seminggu, Isnin, Rabu dan Jumaat. Tapi aku nak dia ajar dua hari aje sebab Jumaat tuh malaslah aku terkejar-kejar nak ke masjid. So macam confirmed lah yang dia akan ajar aku dua hari, dua jam setengah setiap session, Isnin dan Rabu.


Yang buat lawaknya, masa dia mengajar, bila dia suruh buat ayat, bila dia suruh aku cuba bercakap, semua ayat-ayat aku ke arah berladang, berkisar pasal sayur-sayuran, pasal makanan. Sampaikan dia kata yang aku nih "green" sangat orangnya. 

Habis kelas, aku merayau sekejap kat belah-belah Chelsea dan Meatpacking District. Saja ajelah sebab aku terperasan yang summer kali ini aku tak keluar ke mana sangat. Tak ada pun aku jalan-jalan pakai sandals, pakai sunglasses, macam summer lepas. Tak best langsung summer kali ini.

Planning aku bagus, aku sampai Forest Hills, tapau sandwich, masuk internet cafe, sempat main game a few rounds. Hiks! Itu yang sekarang nih aku macam dah tak ada masa sangat nak berblog, nak baca blog member-member pun tak ada masa, takat baca tajuk jer, ekekekeke.

Selasa aku pening kepala, kurang tidur ker apa tah, rasanya sebab aku tak makan pagi tuh. Bosan jugak hari-hari nak makan cereals nih, aku tak tahu nak makan apa lah for breakfast. Dulu ada jugak aku buat cekodok tapi sekarang nih malas sangat. Tambah-tambah tuan rumah aku nak masakkan aku for dinner, itu yang aku rasa aku nak makan ringan-ringan ajelah sebab malam nanti sure aku makan berat punya, sebab masakan dia memang sedap.

Aku sekarang nih, selalu mengupah tuan rumah aku untuk masak dinner. Oklah tuh, sekali dia masak aku kasi $10, boleh makan tiga atau 4 kali. Ada lauk dan sayur pulak tuh. Bekalan daging, sotong, udang memang sentiasa ada kat fridge aku, dia cuma tambah benda kecik-kecik sebagai penyedap lauk aje.

Kadang tuh aku macam segan pulak kat tuan rumah aku sebab balak dia tuh tak kata apa pun. Takut jugak nanti balak dia terasa hati sebab aku cuba-cuba nak menumpang kasih kat awek dia, kan? Tak jugak, tuan rumah aku tuh tak kerja so dapatlah jugak income, aku potong rambut pun dengan dia dah sekarang nih.


Pagi Rabu aku ada kelas lagi, kali ini kat satu cafe kat Park Slope pulak sebab Tim ada hal kat area tuh, dia ada interview apa tah. Walaupun dia ajar tak sampai dua jam tapi aku bayar penuh, sebab aku puas hati apa yang dia ajar. Berpeluh-peluh aku bila dia asyik dok suruh aku praktis bercakap.

Aku nih kan ker pendiam orangnya? Aku rasa macam bodoh jer buat ayat bodoh-bodoh, rasa buang masa gitu. Tapi, nak belajar bahasa, kena lah praktis bercakap, walaupun buat ayat bodoh-bodoh, kan?


Habis kelas aku ke Times Square, terralit pulak tengok news conference kat tengah-tengah Times Square tuh. The Naked Cowboy nak jadi calun bertanding untuk Mayor New York City, nak lawan Mayor Bloomberg. Kelakar gila tapi dia nih terkenal, kaya pulak tuh (walaupun tak sekaya Bloomberg yang billionaire tuh).

King Mongkut masih tak berapa sihat, kalaulah selalu terberak tuh boleh dikategorikan sebagai tak sihat. Tiap malam sekarang nih, lepas makan, atau lepas aku siapkan dia, dia akan terberak. Itu yang David selalu mengamuk tuh. Masa tu lah aku kesian sangat kat King Mongkut. Satu, sebab dia terberak tuh, dua nya sebab dia cuba-cuba tak nak David tahu, ataupun David campur tangan (literally) dalam hal-hal pemberakan dia tuh. Sebab David nih, macam yang aku cakap, dramatic sangat. Sampai riuh rendah dia. Ish, mana lah ada taik yang wangi, kan? Taik King pulak tuh, memang lah busuk.

Ada sekali tuh aku tengok, King Mongkut terasa hati betul sama David, dia kata, "That hurts..." Selama ini tak pernah dia kata gitu, kalau David sindir, perli, main-main kat dia, dia senyum dan gelak aje, dia buat macam bodoh aje (sampaikan aku ingat yang dia nih tak ada perasaan orangnya. Kalau aku lah jadi dia, dah lama aku sentapz)."Oh yeah? Too bad, take it like a girl then sissy boy!", kata David. Aku senyapkan aje, buat pura-pura tak faham.

Deep down aku rasa susah nya hidup King Mongkut tuh. Kalau lah dia berupaya, tak disuruhnya orang cuci taik di jubur dia, kan?

Tak apa lah King Mongkut, patik menyembah junjung, selagi patik ada, patik boleh dan akan tolong Tuanku.

Sabtu,Ahad1819072009


Weekend nih kitaorang sibuk ke sana sini. Iyalah, summer pun dah nak habis gayanya, David pun mengadu yang summer kali ini paling boring, tak ada apa sangat pun. Itu yang diaorang decided nak keluar on both days. Sabtu, kitaorang ke Atlas Park, di Glendale, tak berapa jauh dari Forest Hills nih. David nak frame kan poster untuk kasi hadiah kat kawan dia yang birthday nya bulan depan. Jugak untuk anak sedara dia.

So lepas dia ke gym, lepas King Mongkut berak (tak habis lagi sakit berak lama King Mongkut tuh), barulah kitaorang keluar. Tak sangka pulak harga nak buat frame tuh $160, masing-masing macam terkejut tapi buat selamba aje lah. Kat luar kedai barulah riuh rendah kitaorang sebab tak percaya yang frame biasa gitu pun sampai beratus harganya.

David lah yang kepohnya sebab dia tak nak harga hadiah tuh lebih dari $160. Harga poster aje dah $70, so lari bajet dia. Aku tanya dia, apa salahnya kasi hadiah mahal sikit, so dia kata lah yang masa birthday dia yang lepas, kawan dia tuh kasi voucher $160 aje dan secara otomatik dia nak kasi hadiah yang sama harga jugaklah. Gitu rupanya diaorang nih.


Terfikir jugak aku, nak kasi hadiah pun beria-ia sangat diaorang nih, bukannya mahal sangat pun. Dan diaorang orang kaya, kasi hadiah semurah itu aje? Itu hadiah level-level orang miskin macam aku jer gayanya nih. Terfikir jugak aku yang masa birthday aku dulu tahun lepas, diaorang kasi aku $500. Maknanya aku nih lebih berharga dari kawan diaorang tu lah kot?

Terus aje kitaorang balik, tak ada mood jadinya nak lunch kat luar. Memang pun, aku rasa lah, kalau dihantar ke kedai Cina kat Chinatown, dalam empat lima puluh aje yang diaorang charge. Tapi itulah, benda kecik segitu pun sampai riuh rendah David. Dia bengang pasal dia kata dia kena tipu.

Lepas lunch kitaorang terus ke panggung wayang yang tak jauh dari apartment diaorang tuh. Tengok film Bruno. No komen lah pasal film tuh, tak masuk dek akal aku kalau filem-filem lawak bodoh gitu tuh. Aku tak tengok Borat dulu tuh so aku mulanya macam teruja jugak nak tengok Sascha Baron Cohen tuh berlakun. Memang lawak tapi lawak bodoh.
Aku mintak nak balik pukul 5 sebab aku macam tak berapa sihat aje. Bukan apa sangat, aku ngantuk. Semenjak main game nih, tidur aku kurang sikit rasanya, itu yang ngantuk sangat tuh.
Mulanya aku cadang nak ke Macy's sebab nak shopping pakaian untuk pergi wedding anak sedara diaorang 1st August nanti tapi aku terturun kat Jackson Heights sebab nak makan. Termasuk sekejap kat cyber cafe, terdua jam jadinya ekekeke. Lepas tuh malas dah lah nak singgah mana-mana, itu yang terus aje aku balik. Nasib baik esok aku kerja pukul 11 so dapatlah lama sikit aku melepak malam nih.

Ahad tuh aku ingatkan tak nak ke mana dah, rupanya diaorang nak ke Source Mall, nak cari frame untuk poster yang lagi satu. Terkalut aku buat kerja, mana nak menyiapkan King Mongkut lagi. David ke gym pun tak lama, pukul 12 dia dah balik. Kalau aku tahu diaorang nak keluar, sure aku masuk kerja pukul 10 harinih.

Sunyi sepi mall tuh sejak a few anchor tenants yang dah bangkrap, Fortuneoff sama Circuit City. Kedai makan pun banyak yang tutup. Bukan main happy David bila dapat tahu yang kat frame shop tuh tokay dia cuma charge $100 aje, so sementara nak tunggu frame tuh siap, kitaorang ke SaladWorks, makan kat situ. 


Lepas lunch tuh kitaorang ronda Nordstorm sekejap, banyaknya kasut yang murah-murah. Cole Haan, Kenneth Cole,Allen Edmonds punya kasut, semuanya under $70. Teruja aku nak beli tapi malu kat diaorang sebab diaorang tak beli apa pun.

Berpeluh-peluh aku buat kerja nak kejar masa nak balik sebab cuma ada sejam lebih sikit aje masa tuh, mana nak buat catherter kat King Mongkut, nak menyiapkan dia, dan nak mengvacuum (sebab semalam tak buat, tak sempat). Itupun terlewat jugak baliknya walaupun diaorang kata buat esok aje.

Sekali lagi aku terturun kat Jackson Heights, senang sebab kat situ ada masjid, makan pun banyak yang kedai halal. Internet cafe pun berterabur, kan? Masa aku nak ke masjid, aku saja lah lalu kat kaki lima tempat ramai orang jual sayur, aku tengok orang ramai berebut-rebut, rupanya orang jual sayur pucuk/batang labu. Bayam merah pun ada. Lama gila aku tak tengok bayam merah macam tuh, bukan bayam hijau yang Popeye makan tuh. Ini macam bayam yang kat Malaysia tuh.

Teruja aku nak beli bayam sama pokok labu tuh tapi malu pulak nak bawak sebab dibungkus guna plastic bag aje. Lagipun aku takut aku terkemana-mana nanti, takkan nak bawak sayur-sayur tuh kan? Aku kena jaga reputasi aku, tak kan nak buat style kampung sangat kan? So tak terbelilah akhirnya, tengoklah bila-bila nanti kot, teringin aku makan sayur manis bayam sama sayur lemak pucuk labu.

KhamisJumaat1617072009


Biasa aje, macam semalam dan hari-hari yang lain jugak, tak ada apa sangat pun. Cuma aku tak pergi jogging sebab itulah, sayang nak meninggalkan game aku kat Facebook tuh. Entah apa lah yang menariknya aku pun tak berapa pasti, cuma yang aku tahu, main game tuh ada faedahnya jugak.

Dari game tuh aku dapat refleks kan cara hidup, cara fikir dan cara aku conduct life aku, sedikit sebanyak. Itu yang aku rasa rugi aje nak tinggalkan internet tuh, dan di sepanjang ada kelapangan, aku selalu fikir macamana strategi nak kasi cepat naik level (it shows yang aku nih tamak).


David cuti dua hari nih, cuti sebab dia buat colonoscopy. Nak tahu colonoscopy tuh apa, google lah sendiri. Aku pun dah buat sedikit search pasal colonoscopy nih, interesting.

So asyik memerut ajelah dia dua hari nih, langsung tak boleh tinggalkan bilikair sebab dia kata, bocornya tak boleh ditahan-tahan, tiris aje. Itu yang dalam masa dua hari, sampai 5 rolls toilet paper yang dia guna. Siap taruk tv kecik lagi kat dalam tandas. Sampai melucas bontot dia, kata David.

So aku nak menyiapkan King Mongkut, guna sinki dapur ajelah. Nasib baiklah dia tak terberak terkencing bagai, aku pun nak kencing, kena tahan-tahan. Masa aku tengah cuci tangan King Mongkut, aku perasan yang dia perasan yang tangan aku ada kaler kuning, kat celah-celah kuku. Kesan kunyit sebenarnya sebab dua-dua hari nih aku goreng ikan aje (nak cepat sebab nak main game ekekeke), so itu yang kunyit macam tak nak hilang tuh walaupun puas aku sental-sental. Lain kali nak ikuts style yang NR ajar lah, gaul kunyit pakai gloves.

Dia senyap aje mulanya tapi asyik tengok aje jari-jari aku tuh, nak tegur takut gamaknya, takut aku naik angin. Tapi, dia jeling-jeling gitu pun buat aku naik angin sebenarnya, terus aku tanya dia, "What?", sambil aku belek-belek tangan. So aku kata lah kesan kunyit, tak kan kunyit tuh pun boleh bawak mati, aku kata lagi. Memanglah kasar cara aku jawab tapi aku rasa berpadanan lah dengan dia yang lorat sangat tuh.

Dia tak pernah fikir pun agaknya, kalau dia terbersin, terbatuk, selamba aje. Tapi kalau sekali aku terbersin, riuh rendah dia suruh aku pergi cuci tangan. Pandang aku pun jijik semacam aje. Itu yang aku kalau nak terbersin, aku cuba tahan-tahan, tak pun aku ke dapur, buat-buat buka paip air nak cuci something. Sekali dulu tu ajelah aku terbersin nya kat apartment diaorang nih, lepas tuh takut dah aku. Bukan takut apa, takut dipandang jijik.

Dasar sangat kan, jubur dia aku yang cuci, dia tak fikir pun kotornya. Kote dia aku yang jolok dengan tube catherter, dia tak kata kotor nya. Dasar manusia yang tak sedar diri.


David tanya aku samada aku boleh tak kerja sampai pukul 12 malam Sabtu 3 minggu lagi sebab dia nak pergi birthday celebration kawan dia. Birthday tuh dibuat kat luxury boat kat Hudson River, dicharter untuk majlis. Masalahnya King Mongkut tu lah, dia tak boleh tidur lewat sangat, tapi semuanya teruja nak pergi (aku sama King Mongkut lah). Iyalah kan, bila lagi aku akan dapat peluang nak join party kat luxury boat kat New York nih kan? Nak lah aku berlaga-laga bontot dengan orang-orang kaya jugak kan? Tengoklah nanti macamana.

Kawan diaorang yang selalu datang dinner apartment diaorang (couple Mat Salleh sama Thai) baru balik dari France, so diaorang ada kasi cokelat, biasalah tuh. Semalam kasi nya, masa aku dah balik kerja. So terpaksalah aku ke apartment diaorang sebab nak ucapkan terima kasih. David yang suruh, kalau ikutkan aku, tak payahlah sampai nak ke apartment diaorang tuh kan, lagipun cokelatnya cuma sebungkus kecik aje. Tapi David kata aku patut pergi sebab itu macam custom orang kaya-kaya. Aik, aku bukannya kaya, kan? On second thought, haruslah aku pergi sebab caregiver yang sorang lagi tuh tak dikasi apa pun.

Isnin,Selasa,Rabu131415072009


Ok, pendek aje lah entry nih kot pasal aku sibuk semenjak dua menjak nih. Hmmmmm.....

So far minggu nih oklah, walaupun aku tak ke mana-mana tapi nampak macam produktif jer aku, online dan offline. Ketiga-tiga pagi aku pergi jogging walaupun sekejap aje. Tak sampai sejam pun kesemuanya, mula dari aku ke playground, lari-lari sesikit, dan ke market untuk beli barang nak masak.

Mode memasak timbul pulak minggu nih, so itu yang makan best aje aku dua tiga hari nih, ada lauk, ada sayur, ada ikan kering lagi tuh. Sambal jer tak ada sebab aku tak ada lesung batu nak tumbuk.

Ok, jogging dan memasak, itu dua aktivities yang membuatkan aku rasa macam best aje. Kalau tak tuh, melepak lah kat bilik sorang-sorang, tak buat apa.

Lagi satu, aku dah decided nak sambung belajar Spanish aku. Dah dua bulan aku langsung tak sentuh buku-buku Spanish, dua tiga hari lepas aku terjumpa iklan mamat nih yang nak kasi tution dengan harga murah. Rupanya dia nih unemployed so dia tolong aku, aku tolong dia kind of thing lah kan? Dah diskus dah, tempatnya kat Starbucks kat Park Slope, rasanya 3 kali seminggu. Murah aje bayarannya, setengah dari yang aku bayar masa belajar kat Cervantes Instituto dulu tuh. So, sebelum minggu ini berakhir, aku kenalah bukak balik buku-buku aku sebab nanti termalu lah pulak kat tutor tuh, aku dah lupa langsung dah apa yang aku belajar selama ini.

Cuma masalahnya satu aje. Masalah besar. Aku sekarang addicted sangat main game kat Facebook tuh. Asyik nak main game tuh aje. Dan otak aku pun sentiasa jalan, fikir nak cari strategy macamana nak cepat naik level. Walaupun buang masa dan tak berfaedah tapi kalau difikir balik, ada jugaklah baiknya main game tuh. Bangga aku dengan diri aku sebab masa tengah main tuh, aku selalu terfikir yang cara aku main, strategy aku, keadaan ladang aku, exactly macam cara hidup aku. Atau cara aku carry my life.

Laa, lupa nak tulis. Satu lagi yang buat aku rasa macam best dan produktif aje, pasal kutipan Yuran dan Derma Majlis Amal Bersama Anak Yatim Darul Izzah tuh dah menampakkan hasilnya. Aku dah bayar dah dan walaupun baru ada beberapa orang yang bayar pendaftaran tapi derma yang diterima pun besar-besar jugak. Ada yang kasi sikit, ada yang kasi beratus-ratus dengar ceritanya, aku tak nak tahu sapa (walaupun hati aku meronta-ronta nak tahu siapa dia ekekekeke) tapi aku ambik kesempatan ini nak mengucapkan berbanyak terima kasih, semoga diberkati Nya.

Jugak kepada a few silent readers yang telah menyampaikan hajat untuk menderma, terima kasih jugak. Gitulah kan, jangan asyik nak baca blog aku aje tapi tak nak langsung melibatkan diri dengan benda-benda mulia macam ni nih. Ini aku dah kasi peluang untuk kita sama-sama menderma, apa salahnya hulurkan sesedikit sebanyak duit dan barang-barang, kan? Ada yang dah empat lima tahun ikut blog aku nih, buat derk aje dari dulu tuh, sentapz aku tau dak? Ekekekekek

Ok, itu ajelah untuk kali ini, semoga dilembutkan hati sesiapa yang baca entry nih untuk menderma, tapi buat-buat tak faham aje. Ataupun mereka-mereka yang nak tunggu last minute baru nak bayar. 
We can't go on 

Pretending day by day
That someone, somewhere will soon make a change
We are all a part of
God's great big family
And the truth, you know love is all we need
[Chorus]
We are the world
We are the children
We are the ones who make a brighter day
So let's start giving
There's a choice we're making
We're saving our own lives
It's true we'll make a better day
Just you and me
Send them your heart
So they'll know that someone cares
And their lives will be stronger and free
As God has shown us by turning stone to bread
So we all must lend a helping hand
[Chorus]
We are the world
We are the children
We are the ones who make a brighter day
So let's start giving
There's a choice we're making
We're saving our own lives
It's true we'll make a better day
Just you and me
When you're down and out
There seems no hope at all
But if you just believe
There's no way we can fall
Well, well, well, well, let us realize
That a change will only come
When we stand together as one
[Chorus]
We are the world
We are the children
We are the ones who make a brighter day
So let's start giving
There's a choice we're making
We're saving our own lives
It's true we'll make a better day
Just you and me

[We Are The World]

SabtuAhad1112072009


Sabtu

Nyaris aku tak sempat breakfast tadi sebab train lambat. Dah tuh, tukar route pulak. Walaupun aku keluar kerja pukul 7-45, dua jam lepas tuh baru sampai Forest Hills. Weekends memang gitu, selalu sangat routes ditukar, dah lah train tak berapa banyak, pulak tuh semuanya dijadikan local trains, bukan express.

So aku sempat grab roti sebuku, kopi secawan, makan sambil berjalan ke apartment diaorang. Diaorang tak ada plan nak ke mana-mana harinih sebab petang nanti kawan diaorang nak datang, so David akan sibuk nak menyediakan persiapan. Takat nak beli buah, kek, dan nak susun pinggan kat atas meja untuk 4 orang pun macam tugas besar sangat bagi diaorang nih. Gitulah orang kaya punya style.


Dia ke gym so lepas angkut King Mongkut ke katil, aku buat kerja aku, membersihkan apa yang patut. Lepas tuh biasalah, mengurut King Mongkut, sesambil satu tangan lagi dok main cellphone, online. Sejam lebih lepas tuh aku dah letih, King Mongkut kata tunggu David balik ajelah boleh dia tolong aku angkat dia tuh ke scooter. Aku kasi lah dia se-das. Aku tanya dia, since bila aku tak boleh angkat dia sorang-sorang? Aku tahu lah yang dia nak melepak lama kat katil, itu yang dia kasi alasan nak tunggu David balik. Kononnya kesian kat aku sebab nak mengangkat dia, dia tak kesian ker kat aku yang mengurut dia sampai sejam lebih tuh, sampaikan timbul-timbul urat tangan aku.

The rest of the day tuh, lepas lunch, melayan dia tengok tv aje lah sementara David ke hulu ke hilir pergi kedai. Punyalah bosan aku, sambil terlena kat lantai tuh. King Mongkut tuh pulak, dengan tangan yang terketar-ketar, asyik nak tukar channel aje kerjanya. Mulanya aku tolong jugak, tapi lepas tuh aku biarkan aje. Aku tengok aje kelaku dia tuh.

Pukul 4, bila semuanya dah siap, kitaorang tengok movie yang diaorang sewa kat Netflix. Filem Taiwan, tah apa tajuknya aku pun dah lupa, best jugak jalan ceritanya. Pukul 6 aku blah harinih, esok disuruh masuk pukul 11, so bolehlah aku merempit malam nih gayanya.

Macam biasalah aku tak tahu ke mana dah nak perginya. Macam dah tak ada tempat menarik kat New York City nih yang belum aku pergi berkali-kali. Tapi aku kena pergi jugak, at least jalan-jalan gitu. Sebab summer pun macam dah di penghujung, dah pertengahan Julai dah. Summer tahun ini lah yang aku rasa tak ada apa menariknya pun, tak ada concert besar-besar, tak ada pesta menarik. Macam summer-summer lepas.

Nak tengok wayang pun jadi macam malas aje. So aku ke Chinatown ajelah, kalau malas jalan-jalan, aku nak terus balik aje sebab dah dekat ke arah rumah aku. Lagipun aku nak cari barang sesikit untuk buat mengisi beg cenderahati Majlis Amal Anak Yatim nanti tuh. Lagipun, kat Chinatown ada a few Malaysian restaurants, so senanglah kalau aku nak pergi makan, sebab aku pun memang lapar.

So aku merayau-rayau kat Chinatown tu aje lah, masuk a few kedais yang jual souvenir, dapatlah tiga lagi benda, cukuplah 5 items aje dari aku kot, orang lain sure ada nak kasi jugak kan?

On the way ke Restoran Jaya, aku ternampak ada apek nih jual buah (kat Chinatown memang penuh kat tepi jalan orang berniaga), tengok betul-betul rupanya rambutan. Terus aku beli 3 lbs (USD 7 per lb), aku geram kat apek tuh sebab mulanya aku nak rasa dulu, nak tengok samada rambutan tuh lekang ker tidak, iyalah kan, nampak kecut aje semuanya. Apek tuh kata boleh cuba, tapi 50 cent sebijik.



Selamba aje lepas dinner kat Jaya aku bukak kantung rambutan tuh, then aku makan. Sebab restoran tuh tak berapa sibuk, so aku sembang-sembanglah dengan waitresses kat situ, sesambil makan rambutan tuh sama diaorang. Baik orangnya aku nih kan?


Ahad


Laaa, diaorang tak nak ke mana-mana pun harinih. Bosannya lah, dah lah semalam tak keluar. Sebelum aku blah semalam tuh, sibuk kata yang harinih nak at least keluar pergi tengok wayang, filem Bruno.

David ke gym lagi masa aku sampai, dan King Mongkut, belum pun David blah, dia dah mencanak ke bilikair. Biasanya dia akan tunggu dulu sampailah David keluar, tapi agaknya dia sakit perut. Memang pun, terus dia suruh aku angkat dia ke throne sebab dia nak berak. Ada selempek taik kat towel kat scooter. Sementara dia kat bilikair, aku ke Walgreens sekejap ambik ubat yang dia order.

Dalam setengah jam dia kat atas bowl, dia suruh aku buat enema, guna air suam. Tak ada tindakbalas apa-apa pun lepas setengah jam, so dia suruh aku guna Glycerin (suppositories laxative), ubat baru. Macam peluru senapang jer bentuk ubat tuh, kena dimasukkan ke dalam bontot dia. Dua tiga kali dicuba, asyik jatuh ke dalam bowl aje ubat tuh, sebab tangan dia dok terketar-ketar, kesian menengoknya teruslah aku kata, "Let me do it". Terus aku pakai gloves, aku ambik peluru yang nak dibenamkan ke dalam bontot dia. Ubat tuh pendek jer, dalam seinci panjangnya, so susahlah aku nak agak-agak kat mana lubang bontot dia. Kalau buat enema tuh ok sikit sebab muncung botol tuh panjang dalam 6 inci, so aku biasanya cucuk jer kat mana yang rasa lembut, itulah lubang bontot dia.

Tapi dengan Glycerin nih, payahlah pulak nak mengagaknya. A few minutes menjelajahi, dan bila aku dah sure itu lubang bontot dia, aku tonyohlah ubat tuh. Masalah lah pulak sebab kat pintu (bibir?) bontot dia tuh dah ada segerombolan taik yang macam tak sabar-sabar dah nak berhijrah, aku kena tanam ubat tuh dalam-dalam sikit, kalau tak nanti sure akan terhambur keluar pulak, mengiringi pemergian kumpulan taik-taik tuh kan?

Tak sanggup aku nak jolok jari telunjuk aku ke dalam bontot dia, itupun dah demeaning enough kan? So aku biarkan gitu ajelah, lantaklah. It takes up to an hour untuk ubat tuh bertindak balas, so adalah sejam aku boleh melepak kat dapur sesambil tengok tv. Siap aku kasi bantal, aku taruk kat kepala King Mongkut suruh dia bersandar ke sinki. Jahat-jahat aku nih, baik jugak sebenarnya.


Puas menunggu sejam, masih tak ada apa-apa, so King Mongkut suruh buat guna real enema. Aku ikutkan ajelah walaupun dia rasa takut jugak sebab bermacam-macan ubat yang ditaruk ke dalam bontot dia tuh. The moment aku masukkan enema, bersembur air taik keluar, sampai ke dinding pancutannya. kaki aku kena, kaki dia pun kena.

Masa tu lah pulak David balik dari gym, nasib baiklah sebab busuk sangat bau nya, David tak berani nak datang dekat. Puas aku ke sana sini membersihkan, jugak nak mengcover kemaluan King Mongkut kat David.


Lunch pun aku suapkan King Mongkut masa dia kat bilikair, aku paksa dia makan sebab dia tak bermaya langsung. Masa tuh aku sikit pun tak pedulikan bau yang semerbak, selain kesian sangat kat King Mongkut, aku rasa banyak jugak points yang aku dapat kutip. Sebanyak aku kena membersihkan taik kat bilikair, kat badan King Mongkut tuh.

Dan aku pun buat selamba aje makan lunch in between menyelia King Mongkut tuh. Aku tahu yang David sama King Mongkut macam serba salah nak suruh aku makan (sebab ituhari kan ker aku kata aku tak lalu nak makan kalau tengah/baru lepas membersihkan berak King Mongkut). Entahlah, aku rasa sebab aku selalu sangat dah bergelumang dengan taik, aku rasa kalaulah ada taik selambak kat depan aku, aku lalu aje makan kot? Alah, lagipun hidup aku nih pun ibarat taik jugak kan?

So gitulah, sampai ke petang King Mongkut bertapa kat bilikair harinih, dekat 5 jam. Masa aku nak buat catherter pun masih ada sisa-sisa taik kat bontot dia. Balik kerja, aku turun kat 63rd Street, terus aku merayau kat Central Park sekejap. Ramai sangat orang, malu lah aku jalan sorang-sorang, so aku ke Lincoln Square. Hampir tertengok wayang, nasib baik line panjang, so aku blah, pergi 12th Avenue. Kat Hudson River Park. Dari situ aku jalan ajelah menyusuri Hudson River tuh, sampailah ke Chelsea Piers. Jauh jugak aku berjalan, dalam 60 blocks gitu.

Dan sungainya
Bertali arus air mengalir
Bagai takkan berakhir
Dijadikan perlambangan
Tanda setianya percintaan
Dua insan