Sunday, September 23, 2012

Something Inside So Strong (2)


Aku ke Greyhound Station nak beli ticket balik ke Maryland petang tuh, terpaksa ambil yang paling last, pukul 4-45 pm sebab aku cadang nak merayau-rayau sikit lagi. Aku balik semula, aku singgah di rumah Nani, sembang-sembang sambil makan rojak, makan pastel. Laki sementara/pacar dia pun ada so lama jugaklah aku di rumah diaorang. Bila aku kata yang aku mungkin akan balik Philadelphia, cari bilik sewa yang lain nanti (selepas July), Nani terus offer bilik kat rumah dia tuh. 

Memang dari dulu dia ada suruh aku menyewa situ jer, tapi aku tak nak, pasal mahal sangat. Dia bayar sewa $650 jer, tapi bilik tu dia nak taruk dua orang, $200 seorang. Mana boleh. Tapi kali ini dia kata dia mintak $200 jugak tapi kalau ada orang nak masuk, dia akan terima. Aku fikir, kalau mahal macam tu, tak ada orang yang nak, so kalau aku sewa situ nanti, sure aku seorang jugak sebilik. Tengoklah macamana. 

Aku ada jugak kata yang aku mungkin nak simpan barang aje di situ, bayar bulan-bulan. Business simpan barang pun laku jugak kat sini, ramai orang Indo yang kerja restoran di States yang lain, untuk save duit, diaorang simpan barang aje kat rumah orang, bayar $30 sebulan. Tapi dengan Nani, dia mintak $50. Memang Nani tu cekik darah. Cekik darah pun aku tak kisah sebab daripada bayar sewa bilik, dah banyak dapat save duit kalau just bayar untuk simpan barang kan? Lagipun, kat rumah Nani, walaupun ada orang sewa bilik nanti, aku anytime jer boleh datang kalau nak tumpang tidur (walaupun tidur di lantai, atas kerusi yang disusun tiga), bayar aje dia $10 , sure dia nak. 

Sebelum blah, aku ajak Nani temankan aku ke kedai orang Indo, aku nak beli barang. Nani memang kaki kecek, dia dapat diskaun sebab dia pun ada hantar barang jualan kat kedai tuh. Aku beli 6 bungkus tempeyek, tempeyek ikan bilis, kacang, tempeyek campur. 6, sebab Nadi pun nak jugak, bukan Bayou aje.

Then aku teringat yang aku tak talipun pun Yanti, dia tahu yang aku ada turun Phila sebab the day before aku blah, dia ada talipun dan aku kata yang aku nak datang rumah dia. Yanti pun mulalah bercerita, dia sekarang ni dah kerja balik semula dah, kerja kat kilang kertas, tapi bukan sebagai kuli. 3 minggu aje dia kerja ikut ajen, terus disuruh jadi pekerja tetap. Sebab kerjanya bagus. Iyalah tuh. Dia kerja malam, dari jam 12 sampai 9 pagi. Petang dia masih pergi kelas Bahasa Inggeris, dari pukul 6 sampai 10 malam. Ara pulak dah beli kereta, kerja di New Jersey, tak mudahlah fikir aku dalam hati, dah ada dua kereta diaorang nih, itu pun Yanti kata dia nak beli kereta jugak sebab dia susah nak pergi kerja, terpaksa tumpang ajen kerja dia yang lama, sedangkan dia pekerja tetap, dan ajen tu hanya boleh hantarkan geng-geng kuli yang lain aje. 

Yanti pun cerita pasal diaorang sekeluarga dah gaduh dengan satu keluarga lain yang menyewa di situ, keluarga Martin/Wati, dulunya memang kawan baik diaorang sangat. Aku dengan Martin sama Wati tu, kira oklah, cuma aku tak suka cara diaorang selalu sindir aku, kejap-kejap, "Apalah orang Malaysia ni, apalah orang Malaysia ni...." Itu bab-bab yang aku tak suka tuh. Diaorang macam bagus jer. Aku tak surprised sangat dengar yang diaorang gaduh sebab dulu tuh, ada orang kata, hanya aku sorang jer yang serasi duduk dengan keluarga Yanti tuh, orang lain memang tak boleh tahan lamanya. 

Aku kasi $20 kat Ita pasal awal July nanti dia punya birthday, aku tak tanya dia nak apa sebab last year dia mintak wireless phone sebagai birthday gift, tapi aku tak belikan, aku kasi duit jer. 

Aku terus ke Greyhound bus station, dah tak rasa malu dah aku bawak beg platik merah berisi 6 bungkus tempeyek, dah dua kali buat gitu tuh. Orang balik dari kampunglah katakan. 

Ada aje tak kenanya, bas lambat sejam dari yang dijadualkan, aku dah panik dah mulanya pasal aku kena naik bas yang menghala ke Detroit nanti, kena tukar bas. Takut tak sempat nanti sewaktu sampai di Washington DC. 

Masa nak naik bas pun ya amatlah diperiksanya, mengalahkan nak naik flight lagi. Dahlah beg dibuka satu-satu, masa nak cek badan, semua barang yang dalam pocket disuruh keluarkan, lepas tu, bukan aje disuruh angkat tangan, biasanya angkat tangan dan disuruh depangkan tangan tuh aje. Ini tidak, tangan tuh disuruh angkat tunjuk arah langit. Nak kira bulu ketiak orang gamaknya. 

Sebab bas tu dah terlewat, driver tu terus pecut arah Baltimore, kebetulan tak ada yang nak singgah di Wilmington, Delaware (seharusnya singgah di situ dulu). 

Adalah dekat sejam di Baltimore, dalam hati aku dah fikir yang aku terpaksa cari alternatif lain untuk ke tempat aku sebab bas pasti akan dah berlepas nanti, bas yang aku naik tu banyak tempat lain nak berhentinya. Nasib baik diaorang terror, diaorang suruh tukar bas, siapa yang kena berada di Washington DC before 9, naik bas lain. Bas tu akan terus ke DC tanpa berhenti di mana-mana bandar lain. 

So aku sampai DC sejam lebih awal dari waktu sepatutnya aku sampai. Pelik jugak kan, mulanya aku lewat sejam, lepas tu, awal sejam. So aku ada 2 jam di DC, tak pergi mana-mana pun, takat pergi minum jer, makan sandwich. Dari DC, aku terpaksa ambil bas yang menghala ke Ohio, sampai tempat aku dah pukul 11-30 malam. 

Sambil tunggu teksi, aku sembang dengan satu orang nih yang baru keluar penjara, dia tengah nak buang baju dia yang ada tulis DOC (Department of apa bendanya, Correction kat?) kat belakang baju tuh. Aku kata kat dia, kalau aku, aku simpan baju tu buat kenang-kenangan. Dia gelak jer, dia kata kalau dia simpan dah ada belasan baju dah. 

Aku pun teringat yang kalau aku sedari dulu simpan t-shirts waktu aku kerja restoran, dah ada 5 dah. Rasa rugi pulak aku buang aje semua t-shirts tu dulu, teringat pulak yang waktu aku lari masa kerja di Poughkeepsie, New york dulu tuh, aku tinggalkan aje baju tu kat pondok talipun. 

Melompat-lompat Bayou bila dia tengok ticket kapalterbang dia, July 26th, (aku yang belikan guna duit aku dulu) Singapore Airlines, JFK New York-Changgi Singapore-Denpasar,Bali. Mus punya pun sama jugak, cuma June 19th, Singapore Airlines, JFK New York-Jakarta. 

Aku punya tak tahulah bila. Entah-entah aku dah tak naik kapalterbang dah nanti seumur hidup aku. Sesuatus. 





Something Inside So Strong


"Ambillah uang ni, $500, aku hutang kamu", aku unjukkan Mus duit. 

"Ngawor aja, mana kamu ada pinjam uang, mana kamu ada hutang", Mus jawab. 

"Uang sewa kamar, uang telpon?", aku letakkan duit tuh kat depan dia, Mus tengah baring.  

"Nggaklah, kamu udah bayarin uang telpon aku, udah, kamu nggak punya apa-apa hutang sama aku", Mus tolak duit tu kat aku, aku pun masa tu tengah baring-baring, meniarap, sambil baca magazines, papers Indo. 

"Kamu jangan gitu sih, ambil lah uang ini, buat belanja pulang Indo. Pasti aku ada hutang sama kamu, kita udah lama kenal sih", aku tak puas hati. 

"Justru, kamu udah nggak punya apa-apa hutang" Mus jawab balik. 

"Iya, tapi kamu ambil ajalah uang ni, aku kasi kamu ikhlas, demi temen", aku dah rasa bengang dah sesikit. 

"Koq banyak amat, kamu banyak uang?", Mus tanya. 

"Nggak sih, aku nggak punya banyak uang, tapi ini memang aku mau kasi kamu", aku kata lagi. 

"Ok, kalau gitu, kamu ambil $350, lagi $150 ni kamu tolong bayarin sewa kamar sebelum kamu pulang Indo nanti, untuk bulan Juli", aku bagi suggestion gitu. 

"Masih banyak nih, udahlah kamu harus bayar dua telpon, sewa kamar lagi, kamu butuh banyak uang nanti", kata Mus lagi. 

Memang aku tahu yang aku akan guna banyak duit untuk bayar sewa bilik dan jugak bil talipun aku sama Mus, at least sampai akhir July. Lepas tu nanti, tengok keadaannya lah, kalau aku dapat tamatkan service one of the phones, phone Mus tu rasanya. Pasal bilik sewa tuh, itu cerita lain, susah jugak sebab aku masih lagi kerja di Maryland nih. Macamana pun, itu benda kecil jer, kalau aku tak ada tempat tidur nanti, tidur kat stesyen bas Greyhound aje lah. 

"Aku lagi mau pergi (nak keluar), mau muter-muter (jalan-jalan) benter, nanti pagi sebelum kamu berangkat kerja, bangunin aku. Jangan waktu kamu udah mau berangkat, tapi waktu kamu bangun, pasal aku udah nggak jumpa kamu lagi selepas ini", aku pesan sama Mus sebab aku nak ronda-ronda lagi, nak makan pun, dia dah nak tidur pasal esoknya kerja.

Aku buat macam the night before, aku jalan kaki aje ke city center, bila dah nak sampai, aku pergi kat area-area yang ramai orang masih lepak-lepak. Aku rasa macam tak sedap hati aje pasal Mus dah nak balik Indo 19 haribulan nanti dan aku tak dapat jumpa dia dah pasal aku kena balik ke Maryland semula. 

Dalam beberapa tahun lebih aku kenal Mus, aku memang tahu dia baik hati orangnya, susah nak cari orang Indo yang sebaik Mus. Aku tak tahu sangat apa reason dia nak balik Indo tergesa-gesa, dia kata dia dah bosan di Amerika, lagipun dia nak kawin. Aku tak tahu pun dia ada awek atau calun yang menanti kat Indo, aku tak pernah tanya bebenda gitu tuh. Dia pun tak pernah tanya aku pasal kisah aku, masing-masing tak pernah tanya menanya. Sure dia ada hal penting yang buat dia terpaksa balik macam tergesa-gesa tuh. 

Bayou pun sama, walaupun dia tak cerita apa-apa, tapi dia ada kata yang dia terpaksa balik Indo seawal mungkin. "Ada masalah", kata dia. Aku tak pernah tanya pun, pasal dia selalunya cakap macam bagus jer. Orang yang cakap macam bagus jer, mana ada problems kan? 

So aku balik semulalah ke apartment Mus, dah pukul satu lebih dah waktu tuh. Serba salah pulak kalau aku nak tidur, nanti tak terbangun, tapi, kalau aku nak stay up sampai Mus bangun, bosan jugak. Then aku tertidur.Bila aku sedar, dah siang, dah pukul 6. Mus dah pergi kerja.

Bengang jugak aku sebab Mus tak bangunkan aku masa dia bersiap nak pergi kerja, dia selalu gitu, kalau aku suruh dia bangunkan aku, tak pernahnya dia bangunkan. Tak tahulah kalau aku tidur mati kot pasal letih, tu yang tak tersedar tuh. 

Sedih jugak sebab aku tak dapat nak jumpa dia lagi nanti, aku tak sempat nak bersalam-salaman pun dengan dia, tak sempat nak mintak maaf lagi. Bila dah habis mamai, aku tengok yang duit aku kasi kat Mus tu masih ada kat lantai, sama cellphone dia sekali. Terasa jugak hati aku mulanya, tapi bila aku fikir balik, takkan Mus nak bawak duit banyak itu pergi kerja? Tapi pun, apa pasal biarkan aje duit tu di situ, dia tahu yang aku nak blah.

Aku serba salah macamana nak buat dengan duit $500 yang Mus tinggalkan tuh, kalau nak biarkan aje di situ, susah jugak pasal bilik dia tak berkunci, yang kat bilik sebelah tuh ada orang, bukanlah nak buruk sangka tapi kan, pasal duit, manusia selalu gelap mata. Puas jugaklah aku memikir kat mana nak taruk duit tuh, then aku ternampak Quran terjemahan kat rak. Aku dapat idea. 

--------------------Selingan------------------------------

Ini cerita kakak aku masa sekolah dulu. Ada satu orang budak nih, dia duduk hostel, sekali tu waktu cuti, dia tak balik kampung. Mak dia kirim ajelah barang dari kampung, kirim kat kawan dia nih. Selain makanan, ada Quran. Tak ada duit pun. Benganglah budak nih sebab mak dia tak kirim duit. 

So dia talipun rumah, mak dia kata, "Baca-baca lah Quran tuh. Baca-bacalah Quran tuh". Minggu depannya dia talipun lagi, mak dia kata, "Baca-bacalah Quran tuh, Surah Yassin tuh". Tak tahulah, tapi budak ni macam terpanggil nak baca Quran, so dia pun bukak Surah Yassin. Laaa, rupanya mak dia taruk duit kat dalam Quran tuh. 

---------------------------------

So aku pun buat gitu jugaklah, aku taruk duit tu dalam Quran, aku taklah macam rasa macam tak sedap jer, sebab itu Quran terjemahan. Kalau Quran asli, aku tak rasa aku akan buat the same thing, takkan dalam Quran nak taruk duit pulak kan? Walaupun aku tahu, orang tu macam-macam kat helaian Quran tu ditaruk, duit lah, surat itu ini, dokumen itu ini. Macam-macam kan? 

Quran tu, sama dengan cellphone, aku taruk kat sebelah bantal Mus, aku keluarkan sekeping duit tuh, biar Mus nampak. Kalau tak, takut dia mengamuk pulak nanti, takut dia fikir yang bukan-bukan pulak nanti. Yang aku ambik balik duit yang aku kasi kat dia tuh. Itu yang aku julurkan keluar sekeping duit dari Quran tuh. 

Then aku teringat yang aku tak ada kasi apa pun kat Mus. Then aku teringat yang T-shirt aku nak kasi kat member aku tuh, ada 6. Dua tuh, NYPD (New York Police Department) punya t-shirts, lain-lain kaler. So aku bukak balik kotak yang aku dah tutup tuh, aku keluarkan satu. Aku fikir, tak apalah, member aku tuh bukan tahu, lagipun, kalau kotak tu tak sampai jugak nanti kat member aku, rugi aje kan? Lagipun, kat orang lain aku kasi 4 jer, takkan kat member aku tuh nak kasi sampai 6 helai, kan? Might as well aku ambik satu, kasikan kat Mus. Buruk siku rupanya aku nih. Oklah, memang kena pada tempatnya sebab Mus dulu tu masa kat Indo, dia polis. So sesaui sangatlah t-shirt tu untuk dia.

City Of Blinding Lights


Dah letih pusing-pusing di sekitar Times Square dengan Fifth Avenue, aku masuk kat Bangunan Reuters, NASDAQ, aku dah tengok dah dulu tuh, macamana trading activities serta live reports pasal financial dibuat. Saja jer, lagipun, kat luar panas sangat, aku rasa kulit aku macam menggelupas sebab kena panas. Itu yang aku masuk kat bangunan yang ada aircond.

Cadangnya nak ikut tour yang naik double-decker bus tu tuh, saja nak pusing-pusing sekitaran NYC nak tengok ajer dari dalam bas, sebab aku dah letih jalan. Tapi sebab ramai orang, aku rasa kekok jugak sebab aku sorang-sorang, buat malu jer jadi kera sumbang dalam bas tu tuh.   

Aku terus ke Malaysia Restaurant sebab lapar sangat dah. "Table for one, Sir?", tanya waitress tuh.

"Ha ah, satu orang saja", saja jer aku jawab in Malay. Aku memang tahu, yang kat meja depan tu biasanya keluarga tokey tu selalu lepak makan, kebetulan masa tu diaorang ada.

"Lu olang Malayu? Mana mali?", one of the guys tanya aku.

"KL", aku jawab ringkas aje.

"Sini apa bikin? Cuti?", dia tanya lagi.

"Taraklah tokey, saya sini kilija, kilija restoran. Olang Cina punya", aku jawab gitu. Aku order nasi goreng ikan masin, kangkung belacan sama cendol. Boleh tahan masakannya, tapi sebab panas sangat kat dalam tuh, penuh orang, aku makan cepat-cepat sebab aku tahu tokey tu sure akan bengang kalau aku lama-lama di situ, table for 4 tapi aku sorang aje. Rugilah dia kan? Aku faham sangat benda tuh, aku kan ker kerja restoran?

Aku tak ke mana-mana dah lepas makan tuh, terus ke tempat bas yang nak ke Philadelphia. Sempat aku tidur kejap dalam bas tu masa tunggu bas bertolak, sedar-sedar driver tu bangunkan aku sebab kena tukar bas yang lain. Kacau aje. So lepas tu aku sambung balik tidur dalam sepanjang perjalanan ke Philadelphia yang selama sejam setengah tu.

Aku rasa letih sangat, rasa lemah seluruh tubuh aku, tak tahu pulak ke mana nak dituju pasal Mus pun belum balik kerja lagi. Malaslah aku menalipun Yanti atau Nani untuk lepak di rumah diaorang, so aku masuk cyber cafe kat Chinatown kejap.

Then aku dapat idea macamana nak habiskan masa buang duit sementara tunggu Mus balik. Aku masuk satu klinik Cina yang pernah aku masuk sebelum ini. Kebetulan acupuncturist yang bertugas hari tuh ada, so aku mintak nak buat treatment lah. Bukan sakit apa pun, saja jer nak buat tune up sikit pasal badan aku dah lama dah tak diservice. Dulu aku pernah buat akupuncture treatment di klinik tuh, saja nak cuba-cuba. Aku masa tu buat kat depan jer, kat bahagian depan body aku aje, dari muka sampai kaki ditusuk jarum kecil (ada ker jarum besar?) , macam jarum peniti.

Tapi kali ini aku nak buat the whole body, nak buat depan belakang. Bila acupuncturist tu tanya aku, aku katalah yang aku ada lower-back pain, aku tak kata pun yang aku kadang-kadang pening-pening lalat. Yang lainnya tak ada apa pun, takat letih-letih, tak ada selera nak makan, bebenda gitu lah.

Dia suruh aku bukak seluar. "But why?", aku tanya dia. Dulu masa first time buat treatement tuh tak ada pun disuruh bukak seluar. Dia tahu aku macam segan-segan gitu, dia tutup pintu, dia buat pura-pura sibuk. Aku pun bukak lah seluar, ish, besarnya kemaluan aku rasanya. Ada ker sampai suruh kena buka seluar, tinggal underwear aje. Nasib baik t-shirt tak disuruh bukak so aku bolehlah menutup kemaluan aku sikit, taklah terasa sangat kebesarannya kemaluan aku tuh.

Dia suruh aku meniarap, orait lah tuh. Tapi aku fikir jugak, karangnya pasti aku disuruh terlentang pulak, sabar jer lah. Dia taruk some kind of minyak, dia urut pinggang aku, keras ya amat tangan dia. Sampai ke bontot dia sapu minyak tuh, apa ke jadahnya, kata aku dalam hati. Biarlah, aku berubat, nak buat macamana kan?

Masa dia cucuk jarum kat kaki aku tuh, tersentak aku kejap pasal aku boleh rasa macam darah bergerak jer. Dia terjentik kuat kot jarum tuh, tu yang aku rasa geli jadinya. Tak banyak jarum yang dia taruk, sambil dia jentikkan jarum tu kat badan aku, aku bilang, adalah 8 batang aje semuanya, 4 kat kaki dan 4 kat pinggang. Dulu sampai 15 batang, apa pasal kali ini 8 aje? Tak apalah, kata aku dalam hati, makin banyak jarum, makin geli nanti, makin sakit.

Aku tak tahu apa yang dia buat seterusnya sebab aku meniarap, aku biar aje. Tapi aku boleh rasa yang dia sambungkan jarum-jarum tu kat satu machine, aku nampak wires yang berjurai bila aku cuba-cuba toleh. Alamak, dia buat treatment guna elektrik, kata aku dalam hati. Dulu tuh tak ada guna machine pun, just setakat masukkan jarum dan dibiarkan panas guna satu alat yang macam heater untuk panaskan badan dan jarum. Kali ni siap dengan wires, siap dengan mesinnya sekali.

Bila dia on kan heater untuk panaskan jarum/badan aku, dan machine tu jugak, berpeluh aku jadinya nak tahan geli/sakit. Jarum tu berkemut-kemut kat badan aku. Bukan kemut sikit, kemut kuat. Tak macam dulu tuh, tak ada rasa apa langsung. Panik lah jugak aku sekejap, bila dia kata dia akan tinggalkan aku dalam keadaan begitu selama 20 minutes. Semakin lama jarum tu semakin panas, aku gelak aje lah pasal nak tahan geli, kadang tu rasa sakit jugak. Berpeluh aku dibuatnya, rasa nak panggil acupuncturist tuh suruh dia cabut all the wires yang kat badan aku, tapi aku cuba tahan jugak. Malu wei kalau itu pun tak boleh nak tahan.

Aku jangkau seluar aku yang kat atas kerusi, aku ambil cellphone aku, saja nak snap gambar-gambar. Semuanya gambar tu nampak bontot aku, so tak dapatlah aku masukkan dalam blog nih. Nanti orang kata aku jual bontot pulak, payah. 

Dah selesai treatment untuk bahagian belakang, aku disuruh menelentang pulak, lantaklah, kata aku dalam hati. So lah the besarnya kemaluan aku rasanya. Tak banyak jugak jarum yang dijentik masuk kat badan aku, kat muka pun tak ada satu jarum pun. Mungkin sebab sebelumnya dia tanya kalau aku ada rasa pening-pening, aku jawab, tidak. 3 batang jarum kat perut, dua kat tangan kiri, dua kat tangan kanan, 2 kat kaki kiri dan 2 kat kaki kanan. Masa dia sambungkan jarum-jarum tu kat machine tu baru aku dapat tengok apa yang dia buat. Aku rasa macam buat experiment science masa kat lab kat sekolah dulu pulak. Sebijik macam tuh.

Bila dia on kan machine tuh, sama heater, aku rasa nak meraung. Tangan kanan aku menggelepar, bergerak-gerak. Tangan kiri tak sangat, kaki pun takat berdenyut-denyut jer. Tapi tangan kanan tuh denyutannya kuat, menggelepar macam ikan yang baru ditangkap. Nak kata macam ikan yang tinggal nyawa-nyawa ikan, tak pulak, tak menggelepar kuat sangat. Ini, macam ikan yang baru ditangkap, macam ikan yang tinggal nyawa-nyawa ikan.

Aku luruskan ajelah kedua-dua tangan aku, sambil tu aku cuba nak analyse, aku cuba buat andaian, apa pasal tangan aku boleh berdenyut-denyut kuat gitu tuh. Tak tahulah aku apa pasal, mungkin boleh dikontrol guna machine tu kot. Aku rasa nak tergelak aje bila aku tengok kedua-dua tangan aku bergerak-gerak, kaki aku pun sama. Sebijik macam Matrix, macam dalam filem lain, bila hero/orang jahat ditaruk some kind of chips (memory chips ker aper ker) kat otak diaorang bila dia nak sedar, badan dia, tangan dia, seluruh anggota dia bergerak-gerak. Sebijik macam tuh. Lain betul treatment yang dia buat kat aku kali ini. 

Itu yang aku fikir, kalau begini caranya, aku kena fikir banyak kali sebelum datang buat treatment lagi nanti. Dalam 20 minit aku ditinggalkan kat bilik tu sorang-sorang, aku dok perhati ajelah tangan sama kaki aku bergerak-gerak gitu tuh, ralit pulak jadinya. Peritnya tak boleh nak katalah bila semakin lama sebab jarum tu jadi semakin panas. Kulit aku pun jadi sakit jugak sebab heater tu satu arah aje, arah ke perut, walaupun ke bahagian-bahagian lain pun terasa jugak. Kalau lamalah dibiarkan, aku rasa adalah benda yang jadi macam jagung bakar.

Aku ingat dia nak charge aku $80 sebab dulu aku buat treatment kat one side jer dia charged $40. Tapi dia charge aku sama, $40 jer, ish, kalau macam ini, boleh datang lagi nanti kalau ada kesempatan, taklah mahal rupanya.

Aku terus aje ke apartment Mus, dia letih baru balik kerja, aku pun letih sengal-sengal badan. So kitaorang sembang ajelah sambil baring-baring. Lain gayanya Mus sama Bayou - Bayou excited sangat sebab nak balik Indo, Mus pulak macam nak tak nak jer. Itu yang aku tanya dia, kalau tak nak balik, jangan balik, nanti menyesal. Dia katalah yang dia terpaksa balik, dia nak kawin, umur dia dah lewat 30an aku rasa.

Mus tak setuju bila aku kata aku nak teruskan bayar sewa bilik dia tuh sebab kalau aku turun Philadelphia, aku ada tempat nak dituju. Dia suruh aku cari bilik lain pasal awek yang menyewakan rumah tu, dia tinggal di apartment tu jugak. Sombong orangnya. Aku kata dengan Mus yang aku tak ada pilihan lain, lagipun susah sebab aku cuti beberapa hari aje, malaslah aku nak cari bilik lain, nak pindah barang lagi. Tengoklah akhir July nanti, kalau dah confirmed semuanya nanti yang aku berhenti kerja, aku mungkin cari bilik lain. 

Sebab letih, kadang-kadang terlelap masing-masing, bila tersedar, sambung lagi. Itu ajelah kitaorang, bila aku betul-betul sedar balik, dh pukul 10 lebih. Aku kasi Mus nasi goreng yang aku tapau sebab aku tahu dia tak boleh nak keluar makan dah, esok dia kerja, kena bangun pukul 4 pagi.

Aku bersiap-siap mandi, etc, aku keluar nak cari makan. Cadangnya nak ke McDonald jer, tak jauh dari apartment Mus. Tapi, aku rasa segar pulak baru bangun tidur, baru mandi, so aku jalan ajelah ke arah city center. Malas naik subway, cepat sampai. Jalan kaki pun ok jugak, sambil menghirup udara malam, boleh melayan perasaan lama-lama sikit kan? Aku buat berani jer jalan malam-malam sorang gitu tuh, memang itu kebiasaan aku, jalan sorang-sorang tengah malam buta. Sempat singgah kejap kat Kinko's, saja jer nak check emails kononnya.

Dah dekat pukul 12 dah masa aku sampai Penang Restaurant tuh, dah tak berapa ramai orang dah, restoran tu bukak sampai pukul 1 pagi kalau hari-hari biasa. The only restaurant kat Chinatown yang bukak sampai lewat malam gitu. Aku order roti canai sama mee kari, aku suruh buat sikit jer tapi punyalah banyak yang diaorang kasi, penuh mangkuk. Sampai berpeluh-peluh aku makan, sebab sedap sangat, panas pun satu hal. Sedap jugak roti canai cicah dengan kuah mee kari rupanya.

Tapi, walaupun sedap, aku makan tak habis pun, separuh mangkuk jer, sebab aku hirup kuah tu sampai kering. Waiter tu nak tapaukan untuk aku tapi aku kata tak payahlah, aku sure tak makan punya nyer. Harga semuanya $10-80 so aku tinggalkan $15 kat atas meja. Lepas tu aku merayau pusing sana pusing sini kat city center, bila dah rasa macam tak ada orang jer, baru aku jalan kaki balik ke apartment Mus.

Bright Light Big Cities


07062005



Richard kata dia akan hantar aku ke WalMart untuk tunggu bas Cina ke NYC yang selama ini aku belum pernah naik. Aku tak nak, aku kata aku nak naik teksi aje, memang selama ini pun aku naik teksi aje kalau nak ke mana-mana. Lemah aku dengan cara diaorang nih, baik sangat Richard nih, prihatin, jaga hati kitaorang betul. 


"Nggak mahulah, nanti terhutang budi, payah", aku kata kat Bayou. Dia senyum jer. Nadi aje yang kata aku bodoh buang duit tambang teksi, apa pasal tak suruh Richard aje yang hantar? Ish, takkan benda-benda gitu tak boleh buat sendiri? Nak harapkan orang jer kerjanya. Aku dah lah tak sedap hati jer pasal Richard memanjang kata, "You look so tired". Puas dah aku buat muka selamba, aku gelak-gelak sama Bayou, buat lawak itu ini, tapi dia tetap kata gitu. "You'll miss Bayou the most when he's gone", dia kata lagi. 

Sejam lebih aku tunggu teksi, ada 4 kali aku talipun, ada jer yang tak kena nya, "the guy's on the way to pick you up" lah, "we will send another one" lah. Banyak songeh jugak rupanya diaorang nih. Dah lah hari hujan rintik-rintik, aku pun tunggu teksi kat luar rumah. Ngam-ngam pukul 11-30 malam baru teksi datang, aku suruh pecut sebab takut ketinggalan bas, iyalah, aku belum pernah naik bas Cina tuh, aku tak tahu macamana keadaannya. 

Kat depan WalMart tuh aku tengok ada 2 orang Cina, sah diaorang pun tunggu bas jugak. So aku tanyalah one of them yang aku rasa Cina modern sikit, cara dia pakai pun taklah macam Cina ulu dari mainland tuh. Memang dia nak ke NYC jugak, yang sorang tuh tengah tunggu Boss dia datang jemput, dia baru tiba dari NYC, esok nak mula kerja kat satu restoran not far from where I live. Dah lama sembang tuh, barulah aku tanya mamat tuh, "Where are ou from?", sebab aku tengok, English dia ok jugak, susah nak cari Cina dari mainland yang pandai English. "Indonesia", dia jawab. 

Laaa....teruslah kitaorang sembang dalam bahasa Indo, dia dari Batam, Cina Batam. Tak habis di situ, kat dalam bas pun sambung lagi, ok lah bas nya, bas persiaran 30 seaters. Ada dekat 10 orang jer semuanya, siap berlunjur lagi memasing, mana yang ada laptop tuh, biasalah kan, menayang laptop memasing. Pandai orang-orang Cina nih buat business, diaorang tahu yang kat  every tempat sure ada restoran Asia, so diaorang buat macam long-distance punya teksi/bas sapu. Diaorang tahu yang duduk kat ceruk mana pun Asian, ke bandar-bandar besar (NYC, Boston, Chicago etc) jugak ditujunya.

Punyalah laju driver bas tu bawak, seriau aku jadinya, takut jer mati katak pasal naik bas Cina tuh, tak ada insurance for sure. Route bus tu melalui Pennsylvania, tak macam Greyhound yang terpaksa ke Washington DC dulu, atau Baltimore, baru masuk ke Delaware, dan terus ke New Jersey. So, banyaklah tempat-tempat yang aku belum tengok, walaupun gelap tapi ada jugak a few places yang macam familiar aje namanya. 

Tak dapat langsung aku nak lelapkan mata so aku bukak laptop, dengar lagu ajelah kerjanya. Bila sampai kat Phialdelphia suburbs, baru aku terperasan yang bus tu ikut dari west, "turun" ke New York, instead of "naik" ke NYC. Dari New Jersey baru aku tertidur sebab bila aku bukak mata aje, kitaorang dah kat dalam Holland Tunnel, lima minit jer dari Chinatown. 

Budak Batam tuh, AYoon nama dia (saja aku eja A-Yoon, instead of Ayun, macam sejenis mangkuk tuh) ajak aku lepak-lepak sebab dia tak ada kawan, lagipun dia kata nak ke hotel murah yang $15/hari kat situ tuh. Seram aku mendengarnya bila dia sebut pasal hotel tuh, aku pernah tidur di situ sekali dulu, macam tempat pelarian jer. 

Lepas tukar-tukar nombor talipun, aku blah, terus jalan menuju subway station, seriau jugak pasal waktu masih pagi, pukul 4-30 am, banyak muka-muka mafia yang lepak-lepak kat kaki lima. 

Aku berhenti kat 42nd Street station, sempat jugak mengopi kat Cafe-0 42, makan tuna sandwich yang memang dah jadi makanan asasi aku sekarang nih. Lepas tu terus aku ke Port Authority Bus Terminal pasal aku nak naik ke tingkat atas tuh, nak sembahyang Subuh. Lupa pulak aku yang station tu bukak pukul 6 pagi, so terpaksalah aku macam orang-orang lain, melilau ke sana sini dulu. 

Lepas Sembahyang tuh aku patah balik arah Bryant Park, aku lepak-lepak kat situ, baca paper, lepas tu aku bukak laptop, cadangnya nak surf pasal kat situ ada wireless internet. The only public park yang ada wireless network, free pulak tuh. Tak sempat lama, battery laptop aku habis pasal masa dalam bas tadinya aku dok dengar lagu. 

Aku lepak ajelah sambil tengok-tengok orang, aku rasa diri aku macam bagus jer, macam orang kelas jer. Iyalah kan, kat NYC, lepak kat Bryant Park bawak laptop lagi tuh. Mana ada orang yang boleh buat class lebih dari itu kan?  

Aku rasa mengantuk sangat, kat Bryant Park tu pun redup jer, banyak pokok-pokok, tapi tak boleh nak lelapkan mata pasal seat nya kecik sangat, tak comfortable kalau nak tidur. Lagipun, ramai orang lalu lalang, mana ada orang tidur di situ pagi-pagi macam tu. Orang-orang yang homeless tak ke tempat class gitu kalau nak tidur. Diaorang kadar diri diorang jugak. 

So aku naik subway ke uptown, aku turun di 93 Street, dulu aku pernah ke sana. Aku terus masuk ke Central Park, jalan sana-sini, aku dah letih sebab panas teramat, berpeluh jugak aku dibuatnya. Aku pun terus cari tempat yang sesuai untuk lepak-lepak, kat bawah pokok, agak jauh dari tempat orang ramai lalu lalang. Aku pun apa lagi, aku terus baring, nak tidur. 

Sempatlah berangan kejap, memang dari dulu lagi, aku bercita-cita untuk tidur di Central Park. Crazy it may sound, apa lah nya kan nak tidur kat Park? Tapi itulah, aku rasa macam dah capai sesuatu, hajat aku. Hanya orang-orang tertentu jer yang boleh faham perasaannya dapat lepak-lepak di Central Park. 

So there I was, sambil baring-baring, sambil perhati orang lalu lalang, orang jogging. Aku tried not to layan my mind fikir benda yang bukan-bukan, after all aku nak cuba lelapkan mata, nak tidur. Aku pernah buat the same thing kat Hyde Park, London. Masa dulu-dulu. Tak sangka pulak yang aku dapat buat benda yang sama di NYC. 

Ada dekat dua jam aku tertidur, itupun aku terjaga pasal panas terik. Terus aku cari restroom, basuh apa-apa yang patut. Aku balik semula ke kawasan Times Square, aku nak pusing-pusing di situ ajelah barang dua tiga jam. So aku jalan ajelah ikut crowd, ke sana ke sini. 

Tak mudah lah aku, dengan sunglasses yang kadang-kadang aku pakai, kadang-kadang aku taruk kat kepala, aku rasa macam macho sangat. Aku rasa aku class sangat. Aku rasa aku lah orangnya. Aku kat NYC wei, aku sorang-sorang lagi, aku guna duit aku sendiri, tak ada sapa-sapa sponsor aku. Aku rasa gah sangat, kadang tuh aku tengok kat cermin , aku senyum. Dalam hati aku kata, ish, boleh tahan jugak aku ni nih. Itu yang kadangnya aku berhenti, cekak pinggang, tengok kat atas, kat bangunan yang tinggi-tinggi. Macam tourist-tourist yang lain-lain jugak kononnya. 

Tapi, apa sebenarnya yang aku nak tengok, dah berpuluh kali, if not ratusan kali, aku ke Times Square tuh, apa yang nak ditengok lagi? Macam bagus jer, aku lupa yang aku stranded di Amerika, aku lupa yang passport aku baru aje mati, aku lupa yang aku duduk di Amerika secara haram. Aku lupa yang aku kena fikir semua hal-hal begitu. 

Itulah aku, aku memang nya jenis Bangla yang tak sadar diri! 

Catatan Seorang Perantau

04062005

Kalau korang masih ingat entries lama-lama, ada aku cerita kisah masa aku time-timesekolah dulu, kan? Aku suka sangat baca cerita-cerita dan kisah orang-orang yang merantau. Articles dalam majalah ker, kat paper ker, asalkan cerita kisah kehidupan orang Melayu di luar negeri. Aku respect giler kat diaorang, aku kagum habis. Walaupun masa tu, kebanyakan cerita yang aku baca hanyalah kisah kehidupan (yang kebanyakannya) budak-budak U yang kat overseas. Walaupun yang aku baca tu hanyalah tulisan dari mostly government-sponsored students yang hantar articles kat Utusan Malaysia atau Berita Harian, tapi aku seronok baca. 

Tak habis dengan gitu, aku suka baca buku-buku yang pasal travel, buku-buku pasal geography, buku-buku cerita yang ada unsur-unsur pengembaraan. Buku cerita Enid Blyton, buku cerita Hardy Boys & Nancy Drew, semua tu aku baca, satu buku sehari biasanya. Sambil makan, sambil baca buku (aku taruk buku cerita tu kat dalam buku teks yang aku baca ,mak bapak aku ingatkan aku baca buku pelajaran,pelik sangat diaorang tengok aku "ralit" baca buku teks), sambil bawak adik aku jalan-jalan, sambil jalan pergi balik sekolah. Pendek kata setiap masa aku baca buku cerita. 

Masa aku jadi student kat UK dulu, masa aku di overseas, tak ada pulak aku niat nak tulis cerita pengalaman hidup aku di rantau. Sebab? Sebab aku sibuk buat itu ini, memanafaatkan masa aku yang duduk di rantau, yang aku rasa peluang yang hanya once in a lifetime. 

Memang seronok baca kisah hidup orang, tambah-tambah kisah hidup orang yang bagi aku, macam pelik dan interesting, kisah orang yang berusaha untuk survive di bumi orang. 

Tak pulak aku sangka yang sekarang ini aku membaca kisah aku sendiri. Aku menulis dan membaca kisah aku sendiri. Menarik jugak sebenarnya kisah hidup aku ni nih. Penuh dengan cerita. Walaupun waktu mengalaminya, hanya Tuhan sajalah yang tahu betapa peritnya, tapi sekarang ini, waktu aku menulis kisah aku ini, aku lebih banyak senyum dan gelak aje. Mungkin it shows yang aku ni dah semakin tua, aku dah matang, aku dah ranum agaknya. 

Hanya aku yang tahu yang aku tak boleh nak buat apa dah, selain dari senyum dan gelakkan kisah-kisah aku selama ini. Rasa macam lawak pulak kadang-kadang tu, more often than not, aku kadang tu tanya diri aku sendiri. Betul ker I did that, betul ker I did what I did? Beraninya. 

Tapi itulah, I'm not going to dwell on past issues, aku tak nak menyalahkan keadaan, dah malas dah aku menyalahkan diri sendiri, menyalahkan orang. Aku nak gelakkan aje lah my life history. And I'll keep on tulis kisah hidup aku nih, lantaklah kalau aku macam menampakkan kurap di badan nanti. Iyalah kan, aku ni jenis orang yang tak fikir masa depan kan? Rasa nak ke hulu, aku ke hulu. Rasa nak ke hilir, aku ke hilir. 

Bangau di sempadan makan di kepuk
Bangau di kali bertenggek di perahu
Panau di badan nampak bertampuk
Panau di hati orang pun tahu

Kadang tu aku macam menyesal jugak dengan beberapa tindakan aku yang seolah-olah buat sesuatu ikut hati, ikut perasaan. Mungkin aku terbawak-bawak, terikut-ikut. Aku tahu, I am the hero of my own story. Mungkin sebab itu, aku seolah-olah macam nak menguji diri aku sendiri, sejauh mana aku boleh bertahan dengan apa yang aku harus alami. Atau mungkin sebab aku memang jenis yang begini, jenis manusia yang resah, manusia yang cepat bosan, yang nak buat sesuatu yang berbagai-bagai, kononnya. 

Entahlah, tak faham jugak aku ni sebenarnya. Kalau aku tulis benda-benda begini, nampak macam complicated sangat aku nih. Far from it sebenarnya. Aku tak rasa aku ni complicated punya orang. Complex. Words yang sewaktu dengannya. Kalau aku ni complex, komplikated, sure aku dah fikir banyak-banyak pasal masa depan aku kan? Ini tak, aku buat selamba jer, aku tak lah panik ker apa-apa takut plan tak menjadi, takut mengingatkan masa depan. Aku selamba badak jer. Kalau jadi, syukur Alhamdulillah. Kalau tak jadi, payah amat, emangnya gue pikirin?

Aku, walaupun kadang tu rasa seronok baca kisah aku sendiri, sebab aku seorang jer yang faham, tapi deep down aku rasa tak sedap hati jer. Every story has to end. Every story has its end kan? Mine won't probably end on a happy note. Tak ada happy ending nyer kisah aku nih, rasanya. I can sense it.

So, I might as well "tamatkan" perjalanan hidup aku yang tak ada hujung pangkal ni - berusaha balik Malaysia, kawin, bekeluarga. Macam orang-orang lain. Habis cerita. Kan? 

You could say that I'm living in a pipe dream 
It's just looking back, things are never what they seem
And I hope I can safely say
And I hope most things go my way
And I hope they'll be happy ever after

[Happy Ever After - Julia Fordham] 

----------------------------------------------

Dulu aku ada dapat email dari satu orang tu yang tajuk dia, Catatan Seorang Perantau, yang aku jadikan tile untuk entry aku nih. Dia kata dia suka baca kisah-kisah aku, memang aku akui ada a few yang selalu ikut perkembangan hidup aku yang aku tulis ni, tapi aku taklah kisah sangat sebenarnya. Aku tulis pun ikut sedap hati aje, bukan ikut sedap audience. 

Cuma aku sekarang dah ke tahap, "when is it going to end?" Ingat tak filem Jim Carrey's tuh, The Truman Show. Dalam filem tu, audience dia yang tertanya-tanya, "when is it going to end?" Tapi kat blog ni, aku tanya diri aku sendiri. When is it going to end? Honestly, I have no answer to that. Aku dah letih sebenarnya sekarang nih, physically and mentally. Itu sebab aku selalu tertanya-tanya soalan gitu. 

Tapi, aku ada a few things yang aku belum selesaikan, yang harus aku fikirkan. Aku harus kumpul duit, kawan aku nak join aku, aku nak berusaha balik Malaysia, and at the same time nak survive kehidupan seharian sebagai seorang yang tinggal secara tak sah di Amerika nih. Itu yang harus aku fikirkan, yang harus aku buat persediaan.

And time is running out, umur aku dah meningkat, lambat laun aku harus fikir untuk bekeluarga pulak. Aku hanya ada a few more years aje lagi untuk buat segala persediaan itu. 

Tapi bila difikir-fikir pulak, it's a little too late nak just drop everything and go. Nampak gayanya, aku terpaksa harungi jugak keadaan aku yang seperti sekarang ini, for a few more years. 3 years. 4 years. Not more than 5. Not more than five. 

--------------------------------

Nadi sama Bayou selalu kata yang diaorang jeles dengan aku pasal aku macam tak ada apa yang difikirkan langsung. Tenang, selamba aje. Ish diaorang nih, ada pulak gitu. Memang aku nampak macam selamba jer, memang aku tak ceritakan keadaan aku dengan diaorang. Diaorang, apa yang diaorang fikir hanyalah macamana untuk buat duit. Duit, duit, duit. Aku selalunya tak sembang pun dengan diaorang kalau diaorang cerita pasal duit, pasal buat business itu ini. 

Mungkin sebab aku tak ada duit, itu yang malas aku nak join sembang dengan diaorang tu agaknya. Bagi aku, kalau tak ada duit, cakap banyak pun tak guna. Kalau ada duit, aku tahulah apa nak buat. Aku bukan macam diaorang, cakap berdegar-degar, memanglah diaorang ada duit, ada business. Tapi, taklah sebesar mana pun sebenarnya. 

So, memanglah aku nampak macam selamba aje, memang betul pun. Sebab aku tak ada apa nak difikirkan. Kalau aku nak fikir masalah yang akan aku hadapi dalam tiga empat tahun akan datang, memang boleh. Tapi kan, buat apa peningkan kepala fikir benda yang aku tak tahu hujung pangkal. Entah-entah dalam masa tiga empat tahun akan datang, aku dah kawin dengan Minah Salleh, jadi warganegara Amerika pulak tuh. Siapa tahu kan? Aku berani buat benda-benda gitu tuh. Aku nak buat gitu lah 

So, untuk tahun-tahun akan datang ni, aku akan teruskan hidup aku yang macam ini nih, ke hulu ke hilir. Dan aku akan cuba terus tulis blog ini, untuk aku baca di hari tua. Aku nak tahu, apa kesudahannya kisah aku ni nanti. 

And We Mean Business


01062005

Aku dah jadi macam tak sedap jer nih sebenarnya. Tak sedap hati. Aku dah jadi macam serba salah jer. Sebab aku nak berhenti akhir bulan depan, sama Bayou. Aku rasa macam kesian pulak tengok Richard yang dah suspect something pasal dia selalu kata aku macam tensed sangat. 

Aku dengan Bayou asyik dok gelak-gelak jer, selalu kalau kitaorang sembang, Richard selalu datang nak join, jadi aku kena tukar topic, buat pura-pura cakap pasal lain. Atau ajak dia sembang pasal benda-benda lain. Dia selalu kata, "You guys like good friends, like you have known each other for years". Lagilah kitaorang gelak. Deep down aku rasa Richard pun rasa tak sedap hati jugak pasal sure dia tahu yang Bayou dah cerita benda-benda yang tak baik pada aku selama dia bekerja di sini. 

Aku tengah fikir nak kasi reason apa yang aku nak berhenti nanti, Bayou suruh buat cerita kata yang aku nak ke Indonesia jugak, nak ke sana nak kawin. Tak nak lah aku buat cerita gitu, sebab aku rasa Richard sure tak boleh percaya, lagipun aku sure tak akan dapat buat muka serious kalau nak tipu benda-benda macam gitu. Lawaknya kan, aku nak ke Indon nak kawin.Belum apa-apa aku dah gelak, nanti kalau tengah menipu dia sure gelak jugak. Pasal aku tahu yang Richard tahu yang aku dulu ada janji nak duduk Amerika for a few more years, nak kumpul duit, baru move on. Kalau aku nak tipu dia, tak nak lah aku menipu sambil menunjukkan kelemahan aku, yang aku punya plans untuk kumpul duit tak kesampaian. Dia sure akan tahu yang aku bukannya nak ke Indo. What with aku yang selalu berulang alik ke NYC, Philadelphia.

So, plan Bayou yang nak beritahu Richard yang aku nak berhenti pasal aku nak ikut dia balik Indo tu aku rasa tak sesuai. Aku sebenarnya tak suka jugak nak beritahu diaorang kalau aku nak berhenti. Pasal kalau aku beritahu, sure diaorang akan pandang semacam jer, sure diaorang tak peduli apa-apa dah. Dan aku tak sanggup kerja selama seminggu dua tu knowing the fact yang diaorang tahu aku dah nak berhenti. With me, kalau nak berhenti, aku akan berhenti on the spot. Biar semuanya ada problem, bukan aku sorang. Tengoklah macamana keadaannya nanti.

Richard for sure tak akan kasi aku berhenti. Dan aku sebenarnya tak ada reasons nak berhenti, kecuali sebab kebosanan tahap tepu. Tak lama lagi rekod kerja restoran paling lama (5 bulan setengah, masa aku di Florida dulu) akan aku pecahkan. Bererti, akhir July nanti, aku kerja di sini selama 7 bulan. Lama tuh 7 bulan. Orang yang mudah bosan macam aku nih boleh bertahan selama 7 bulan, kira hebat sangat tuh. Cayalah!

Berapa yang aku dapat kumpul hah? Kalau dulu waktu di Florida, dah berapa underwear yang penuh aku taruk duit? Kat sini? Aku tak buat gitu pun, tak ada pun aku sorok/simpan duit dalam underwear macam dulu tuh. Tak dapat aku nak simpan sebanyak yang aku rancangkan dulu, $10,000 before August. Ada jer benda yang nak dibeli. Ada jer tempat nak pergi. Ada jer hal nak guna duit. Ada lah sesikit yang aku boleh simpan, yang aku rasa kalau aku turun NYC, Philadelphia selalu sangat, akan habis jugak. 

Entahlah aku nih, tak fikir masa depan langsung, bukannya aku tak boleh buat macam orang lain, kerja kumpul duit. Itulah susahnya jadi Bangla Melayu, aku patutnya jadi either Bangla aje atau Melayu aje, bukan Bangla Melayu.Kalau aku betul-betul Bangla, aku boleh kumpul duit kot. Kalau aku Melayu, aku rasa nak melayan manja aku, itu aje. Ini, jadi Bangla Melayu nih, aku kerja kumpul duit, then belanja ikut sedap hati. 

Tak apalah, aku ada masa lagi nih, aku masih belum terlambat kot, aku masih boleh buat lagi nih, masih boleh capai aku punya plans. Aku dah lah rasa aku dah wasted a few years of my life, aku nak waste another 3 or 4 years ker sebelum aku settle down, sebelum aku jadi macam Melayu lain? Boleh ker nih? Boleh kot, selagi aku di sini, di Amerika nih, aku rasa aku boleh. Kalau aku betul-betul nak tu, memang boleh. Cuma aku ni yang tak nak betul-betul. Itu masalahnya. Sebab aku fikir, kalau aku di Malaysia pun, aku tak akan dapat kumpul duit selama mana pun. Kat Amerika nih, kejap jer boleh cari duit. 

So, I'm not really wasting my time lah kan? Ada jer alasan aku nih, I'm "spending" my time kot? Wasting by spending my time? Spending my wasted time? Apa-apalah, yang pentingnya aku tahu aku punya priorities. Dan kalau 3, empat tahun lagi, keadaan aku masih macam sekarang ini, then masa tu bolehlah orang gelakkan kat aku. Kalau ada orang nak gelak. Tidak pun, aku gelakkan diri aku sendiri jer nanti. And at the same time, aku cuba-cubalah cari excuse kan? Biasalah, mana aku nak kalahnya kan? 

---------------------------- 

Nadi pelik jugak apa pasal aku kata aku nak berhenti kerja sedangkan Richard, Hector, punyalah baiknya. Kerja pun tak berat sangat (kecuali bosan), jauh lebih baik dari tempat-tempat lain. Tinggal pulak kat bandar yang tak ada apanya, sure boleh simpan duit, kata dia. Kitaorang katalah yang memang Pak Tua nampak macam lain jer sekarang nih, tapi dulu tak begini. Dan Bayou pun katalah yang buat dia dah 3 kali tangguhkan nak balik Indo tu pasal ini lah. Tiap kali dia bengang, nak balik, Pak Tua akan layan dia baik-baik, bodek sana bodek sini. Jadi, dia pun tak sampai hati nak blah, so itu yang dia tangguhkan for another 6 months. Dah berapa kali dah diaorang buat begitu, especially bila dekat waktu-waktu sibuk, selain dari waktu winter. 

So, menurut Bayou yang dah 3 tahun di sini, dia dah masak sangat dengan lakunan Pak Tua. "Kamu perhatiin nanti kalau SiTogak nggak ada di sini, Pak Tua jadi jagoan, SiKecil sama SiRakus, nggak diperhatiinnya kamu. Masa kamu nggak sadar sih, kan kamu udah 5 bulan di sini?", Bayou tanya aku. Memang betul tuh, Pak Tua, kalau Richard tak ada, kalau Richard di Texas, bukan main naik tocang lagi dia. 


----------------------------------------------

02062005

Richard suruh aku ambil cuti half day esok pasal dia kata dia kesian sangat tengok aku yang macam tak bermaya. Entah, bagi aku, aku rasa macam biasa jer walaupun aku selalu sangat mengantuk kalau masa tak ada orang datang makan. Kalau waktu sibuk, aku suka, masa cepat berlalu.

Cuma aku rasa lapar sesangat, aku tak ada selera makan dalam seseminggu dua nih. Kalau lapar, aku makan mee jer, dua tiga garpu. Tak ada stamina dah aku nih agaknya, tak apalah, tinggal berapa hari aje lagi sebelum aku dapat cuti. Aku tahu, muka aku akan berseri balik nanti tuh. Seri seorang BanglaBayou suka kalau aku blah sebenarnya, dia ada business proposal sebenarnya bila balik Indo nanti. Gini, dia cadangnya nak bawak orang Indo masuk Amerika, legally. So dia nak aku jadi ajennya kat Amerika nih. Iyalah, pasal aku pun dah tahu selok belok samada nak kerja restoran, atau kerja kilang. Aku, walaupun tak ada contacts sangat, tapi aku tahulah macamana nak bawak diri. Nak bawak diri orang pun.

Jadi ajen bawak orang cari kerja di luar negeri is such a big business di Indo. Biasanya, diaorang bayar up to $5000 untuk uruskan semua hal. Bayou punya plan, dia yang uruskan pasal buat passport, hal-hal nak apply for visa, beli ticket etc. Aku nanti sebagai wakil dia di Amerika, tunggu orang-orang yang dia "kirimkan" tuh kat airport, dan carikan diaorang kerja. Kalau diaorang nak kerja kilang, then aku tunjukkan jalan. Kalau diaorang nak kerja restoran, bawak aje ke Chinatown jumpa Macik Jenny, MeiMei atau seorang dua lagi ajen kerja yang tokeynya orang Malaysia.

Memang elok cadangan tuh. Ingat tak Hadi yang mula-mula tolong aku masa kat NYC dulu tuh, dia (sekarang ni di Jakarta) pun buat business macam ni jugak tapi dia concentrate ke negara-negara Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.

Memang aku tahu, business ni memang boleh buat duit, tambah-tambah orang yang suka cekik darah. Diaorang charge sampai ribu-ribuan dollar, janji itu ini dengan "client" dia. Bila mamat tu sampai Amerika, tak ada siapa pun yang tunggu kat airport, let alone carikan kerja macam yang dijanjikan.

Itu yang Bayou nak aku jadi wakil dia kat sini, sebab dia kata dia nak buat betul-betul. Sambil tolong-tolong orang Indo yang memangnya berlambak-lambak nak datang Amerika nih, tapi tak tahu cara. Tengoklah nanti bagaimana caranya, satu idea yang bernas jugak bagi aku.

Gonna Get There Someday


27052005

Malam semalam sekali lagi SiKecil sepak-sepak tilam aku, bagus jugak sebab masa tu Subuh dah masuk pun. Aku tak tahu apa pasal dia bangunkan aku tu, nak kata aku tidur mengetip gigi, tak pulak. Sebab sejak dia sepak tilam aku masa yang memula dulu, sekarang ni tiap kali tidur, aku gigit sapu tangan biar gigi aku dah tak berketip. Walaupun aku tahu itu hanyalah sekali sekala jer, once in a blue moon, tapi aku tak nak lah disebabkan itu, dia akan sepak tilam aku lagi. 

Macamana pun, SiKecil sama SiRakus ni perlukan aku dan Bayou sebenarnya. Diaorang berdua nih setiap minggu beli loteri, Mega Million (MM). Dan diaorang nak tengok results kat internet sebab senang, tak payah nak beli paper the next day. So, setiap Rabu dan Sabtu, pasti diaorang akan kata, "MM la, MM la", even before kitaorang sempat bukak kasut balik dari kerja. 

Dan sebab diaorang tahu yang Bayou akan blah nanti, hanya aku ajelah harapan diaorang tempat nak check results tuh. Dulu ada sekali, aku ingatkan SiKecil menang besar, melompat-lompat dia bila tengok results lottery tuh. Rupanya menang $51 jer. Setiap minggu dia spends $20 untuk beli lottery tickets. 

---------------------------------------------------------------------

28052005

Minggu ni ada satu orang baru masuk kerja, an Indonesian (Chinese), Nadi nama dia tapi dia guna nama Andi. Dia ni dah 3 kali masuk Amerika, kali pertama tu dia kerja di Amerika selama 2 tahun. Kerja restoran. Kali kedua, sempat 3 minggu aje sebab dia kena langgar kereta masa nak buat delivery. 

Dia masa tu kerja waiter, tapi disuruh buat delivery jugak oleh boss dia. Naik basikal. Memang salah dia, dia ciluk sana sini aje sebab nak cepat sampai, tak sedar kat belakang kena sondol. Amigo yang menyondol dia tuh just sped off. So dia balik Indo patah kaki, setahun lebih dia tak kerja. 

Kali ini dia datang Amerika, dia nak lama sikit, dia punya target nak bawak balik dalam $60,000. Adalah tiga, empat tahun tu nak kumpul duit sebanyak itu kalau kerja kat food court. Aku suruh dia kerja jadi waiter, cepat sikit boleh kumpul duit tapi dia kata dia tak boleh jadi waiter sebab dia kaki dia masih sakit, kalau jadi waiter kena banyak berjalan, kejar sana kejar sini. 

Kadang tu jeles aku dibuatnya bila tengok Indons kat sini. Diaorang banyak duit, diaorang rajin cari duit, diaorang nekad, berani mati. Aku? Aku ni dahlah tak ada duit, malas nak cari duit, buat benda separuh jalan, hangat-hangat taik ayam. Takut mati. Tapi tak apalah, aku takut mati for different reasons, diaorang berani mati pasal duit. 

Nadi nampak gayanya ok jer kerja di sini, walaupun dia kata dia cepat jugak bosannya. Sebelum ini dia kerja di Connecticut, sempat bertahan 7 bulan jer, dia blah pasal bosan, walaupun gaji dia jauh lebih besar dari apa yang dia dapat sekarang. 

Dia kata di restoran tempat dia kerja tuh dulu, ada one Malaysian (Chinese) yang jadi counter boy. That guy dah hampir 5 tahun di Amerika, kerja di situ, dia nak balik Malaysia dah, nak bukak restoran kat KL. I'm not surprised sebab memang ramai Malaysians (Chinese) yang buat gitu tuh. Aku ada cerita dulu kan, tokey Penang Restaurant (ada banyak branches kat NYC, Boston, Philadelphia, LA etc) yang dapat Datukship tuh, yang nak bukak one big restaurant kat Subang Jaya tuh. Dia ni dulu datang Amerika pernah jadi dishwasher kat Chinatown di NYC, bini dia pun kerja restaurant jugak. Tapi, orang Cina, network diaorang besar so senanglah sikit. Nak dapatkan "legal papers" itu ini kasi duit jer, ramai Mafia kat Chinatown tuh. Aku nih Melayu, manalah ada network apa-apa. Melayu cuma ada network enau dalam belukar jer. 

Aku ada cerita jugak pasal Malaysians lain yang tak kerja di restoran, yang kerja di salon, yang kerja kat kedai-kedai Cina. Itu bukan diaorang punya main income tuh, diaorang moonlighting jer. Diaorang kerja lumah ulut. Urut yang tak pakai tangan. Tak pakai baju even. 

Nadi kata kitaorang baik amat, belum pernah dia jumpa orang Indo yang bekerja di restoran sebaik kitaorang. Biasanya, orang Indo kalau dah lama kerja tuh, boleh tahan jugaklah berlagaknya kalau ada orang baru masuk. Even orang Indo sendiri pun. Iyalah, masa bila lagi dapat peluang nak boss around kan? 

Bayou ada jugak kasi cadangan supaya aku ke Indo sama dia July nanti, sebelum passport aku mati, nanti di Indo, boleh buat passport (Indo), boleh datang balik ke Amerika. Cadangan yang baik jugak bagi aku tapi agak terdesak jugak sebab dah terlambat dah. Kalau dia beritahu aku masa mula-mula dulu, boleh jugak aku bersiap sedia buat cara tu. Pergi Indonesia, "tangkap passport", dah berusaha balik ke Amerika. 

Cuma apa yang aku harus fikirkan, aku kena ada duit yang banyak, manalah tahu kalau terlama pulak aku di Indo. Aku tak boleh nak harapkan Bayou sangat, he has a family to support, walaupun dia banyak duit tapi dia bukan saudara aku. Dan aku tak nak lah bergantung dengan dia aje. 

Itu yang aku cakap dengan dia yang aku tak dapat ikut dia balik ke Indonesia July nih, aku kena ikut buat cara apa yang aku dah plan dari dulu. Aku akan ke sana bila aku dah letih di sini, bila aku dah ada duit yang secukupnya untuk menampung kehidupan seharian. Mungkin 3 atau 4 tahun lagi. 

Emangnya Gue Pikirin?


22052005

Seseminggu dua ni sejak Sherink berhenti kerja, macam-macamlah keadaannya kat tempat kerja. Mulanya aku sama Bayou bengang jugak pasal kitaorang berdua aje yang terpaksa handle restoran tuh. Masih tak dapat orang baru, sebab aku selalu terdengar Pak Tua menalipun MakCik Jenny. Pak Tua bukan mainlah "baik"nya dengan aku, dia tak banyak sangat perhati kitaorang kerja, dia macam biarkan aje aku sama Bayou.

Bayou ada cakap yang mungkin Pak Tua kena marah dengan Richard sebab Sherink berhenti. Itu hari masa Richard ada, dia selalu tanya aku sama Bayou, apa pasal Sherink selalu muka masam aje. Kitaorang apa lagi, api-api kan lah. "Don't keep any secrets", kata Richard. Lagilah aku sama Bayou senyum-senyum. Saja jer nak kasi Richard tu penasaran.  

So dalam seminggu tuh, selalulah bertukar-tukar jaga kedai tu antara Pak Tua, Richard (yang baru balik dari Texas) dan bini Richard yang terpaksa turun dari NYC. Seronok jugak kerja dengan bini Richard, baik orangnya, jenis macam tak kisah aje. Mulanya aku macam segan jer nak layan dia, tapi bila dah termula bercakap dengan aku, asyik sembang ajelah kerjanya. Kebetulan masa weekdays tak berapa sibuk. Pak Tua tak ada pulak tu, ke NYC. Bini Richard nih all-American Asian, itu yang buat seronok bersembang dengan dia tuh, tmbah-tambah bila dia ada minat yang sama dengan aku. Kat Malaysia dulu aku suka tengok theatre shows, yang English punya. Yang geng-geng Ida Nerina, Zahim Albakri, Jit Murad, Jo Kukathas, Hans Isaac etc. Kecur air liur aku bila dia kata dia selalu tengok Broadway shows, MammaMia! sama The Phantom Of The Opera dah berkali-kali dia pergi tengok. Aku terus berangan-angan nak tengok both shows kalau ada kesempatan. "Tickets are very expensive, are you sure?", dia tanya aku bila aku kata yang one day aku nak pergi tengok. Amboi, ingat orang macam aku nih tak boleh dan tak layak ker tengok Broadway shows?

Tak lama aku sembang dengan bini Richard tuh, aku boleh tahu yang dia ni macam one desperate housewife jer, she longs for her husband to be with her. Dan dia tak puas hati dengan Pak Tua, dengan Mak Tua. Dia kena marah aje kerjanya, kata dia. Biasalah kan, mana ada orang yang suka in-laws. Dia kata Pak Tua sama bini dia cerewet sangat kalau pasal jaga anak diaorang yang masih kecil tuh. Ada jer lah pantang larangnya. Aku katalah yang kitaorang selalu jugak tengok Pak Tua selalu bergayut kat talipun sebab bini dia selalu mengadu pasal bini Richard. Bini Richard duduk sama bini Pak Tua di NYC dan Richard cuma dia jumpa dia dalam 3 bulan sekali aje. Aku pun biasalah kan, macam bagus jer, adalah kasi aku punya pendapat, 


Last weekend aje semua ada di restoran, Richard sama bini dia, adik dia Hector, Pak Tua. Bini dia pun sama. Punyalah bengang kitaorang pasal dah lah
kawasan kerjanya sempit, diaorang asyik dok cerita pasal kitaorang. Sikit-sikit terkeluar nama Bayou, kejap-kejap terkeluar nama aku, dari mulut diaorang.

Aku memang dah plan dengan Bayou nak suruh dia beritahu diaorang yang aku akan berhenti sama Bayou nanti, akhir July, InsyaAllah. Itupun kalau aku boleh survive sampai masa tu. Kalau ada hal lain yang buat aku terpaksa blah dulu, itu lain cerita. Bayou kata yang sebelum dia blah nanti, akan diceritakan 
semuanya apa yang dia tak suka, biar Pak Tua sama Richard tahu sikit bagaimana keadaan sebenarnya di situ. Memanglah diaorang tengok kitaorang ni macam happy sesangat kerja di situ, gelak memanjang.

Diaorang kata aku sama Bayou memang akrab. Memang akrab pun, nanti akhir July, bila Bayou berhenti, aku pun akan berhenti jugak, Bayou nak ikut aku ke Philadelphia nak lepak sama aku for a few days sebelum dia berangkat balik ke Indo. Aku don't mind kalau bab-bab gitu tuh, cadangnya nak rileks seseminggu dua sebelum aku buat keputusan nak ke mana pulak selepas itu. 

Pak Tua dan kroninya tak tahu yang plan kitaorang gitu, sebenarnya aku ajelah harapan diaorang untuk terus kerja di situ. Bini Richard yang kata gitu, diaorang assume aku akan kerja di situ for a few more years, diaorang ingat aku tengah pulun nak kumpul duit so that kalau aku balik Malaysia nanti, aku boleh goyang kaki, main telor aje.

Diaorang tak tahu yang kedua-dua orang harapan diaorang akan blah begitu aje nanti, come what may.

"Emangnya gue pikirin", aku kata kat Bayou bila dia tanya aku, what if diaorang counter-offer, diaorang pujuk aku suruh kerja, even kalau aku kata aku nak berhenti sebab aku terpaksa balik ke Philadelphia sama Bayou nanti? What if diaorang kasi aku seminggu cuti ker macam tu, then suruh aku datang balik kerja?

"Aku kerja ini pun kerna temanin kamu aja sampe akhir Juli, kalo nggak, udah lama aku kabur. Kamu kira aku senang kerja di sini?, aku jawab gitu kat Bayou.

"Gimana kalo mereka nggak benarin kamu berhenti? Pak Tua kan udah baik amat sama kamu, aku perhatiin", Bayou tanya aku.

"Baik? Itu lakonan semata. Baru sekarang sih dia kelihatannya baik amat. Pasti kerna susah mahu cari anak baru (pekerja baru), kerna itu dia kelihatannya baik. Coba nanti kalo udah punya anak baru, waktu sibuk umpamanya? Eleh, aku udah tahu Pak Tua, serakahnya keterlaluan, yang bikin aku kesal, dia seolah-olah nggak percaya sama kita. Itu bikin aku kesal banget", Bayou faham maksud aku sebab dia pun selalu jugak cakap gitu.

SiKecil sekarang pun aku tengok dah macam ok aje, tak adalah nak marah-marah aku tak tentu hal kalau kat restoran tuh. Aku suspect dia kena marah dengan Richard atau Pak Tua sebab selalu kacau aku. Sebab aku ada termengadu pasal dia kat bini Richard ituhari. Oooppsss.Walaupun dia lagaknya macam tokey lagi, macam sedara Pak Tua kononnya. Kat rumah pun, sebab aku tak ada urusan apa-apa pun dengan dia, tak ada peluang langsunglah dia nak tunjuk lagak, aku buat tak tahu jer. Aku masuk bilik pun cuma untuk tidur, masuk lagi waktu nak tidur besoknya. 

So, kerja dah elok, tempat tinggal pun dah ok, semuanya pun dah macam ok, apa ke jadahnya aku nak berhenti kan? Entahlah aku nih, memang gitu kot, cepat bosan. Macam yang aku cakap kat Atenah tuh, susah aku bosan, senang lagilah aku bosan. Bukan aku takbur, tak lah. Memang aku jenis gini, sejak dulu lagi. Nak buat macamana kan? Itu yang aku rasa aku kena ada orang yang patut "tendang aku dari belakang" (kick me from behind) tuh, kalau ada nanti, barulah aku kena ubah cara fikir aku nih, jangan nak ikut sedap jer buat sesuatu tuh. Tak apalah, sementara aku masih sorang-sorang nih, aku buat something ikut cara aku dulu lah. Nanti kalau aku dah buat keputusan untuk ada side-kick, aku kenalah ubah sikit cara aku, tak nak lah kena tendang memanjang aje nanti kan? 

Dan semenjak dua menjak ini pun, aku macam rasa dah ada kelainan sikit dengan diri aku. Dulu aku rasa macam tak tenang jer, rasa ada jer benda yang tak kenanya. Puas aku pikir macamana nak bagi hidup aku kat sini exciting sikit. Sikit jer, tak banyak. Manalah ada istilah "exciting" dalam hidup seorang Bangla kan? Since aku bukan pure punya Bangla, aku hanya Bangla jadian, aku rasa aku boleh mengexcitingkan hidup aku. Macamana tuh? Hidup di sini tak ada apa yang menariknya, dah lah gitu, mundane jer life aku. 

So aku kenalah fikir macamana nak buat biar hidup aku ni, or at least apa yang aku buat di hari mendatang, menarik sikit. Lemah otak aku kalau tak ada benda yang kena fikir. 

Sejak last week, aku dah janji yang kalau pagi-pagi, sebab aku bangun awal, aku nak pergi jogging lah barang sesetengah jam, saja nak lapangkan fikiran, nak tengok keadaan luar sikit. 

Then, aku dah "cuba repair" Sembahyang aku, adalah benda yang tak kenanya kan, itu pasal pikiran rasa macam tak tenang jer. Jawapannya memang ada kat situ, kat bab-bab Sembahyang nih. 

Aku pun dah tak nak excited sangatlah pasal internet atau blog nih, kalau aku balik kerja aku tak nak terus terkam laptop. Paling teruk pun, aku akan on kan dulu laptop, then buat apa-apa hal yang patut. Lepas tu barulah surf. Taknaklah buat macam dulu, balik rumah aje terus terkam laptop, kalau ada sesiapa yang tanya apa-apa, macam tak nak jawab jer. Rasa nak bagi pelempang jer kalau orang sibuk tanya benda-benda remeh. Diaorang ni tak tahu the meaning of quality time agaknya.