Tuesday, October 9, 2012

10012008


Dua tiga hari lepas, waktu tengah melangut masa kerja, seperti biasalah pikiran aku melayang jauh. Dan kebetulan aku tengah plan nak buat Forex, so secara tak langsung aku terus teringat kat this friend of mine yang dah lama terputus hubungan. Dalam setahun gitu rasanya. 

Sampaikan aku termengadu kat orang kat blog/tag yang aku macam miss, macam terkilan sebab aku dah hilang kawan yang aku sorang aje tahu, ada banyak persamaan dengan aku. Dia punya cara hidup, cara fikir, macam cara aku jugak. Aku tahu tuh, aku memang perasan tuh sebab dulu kitaorang memang selalu chat. Dan kitaorang pun ada plan besar dulu tuh. 

"Aku pun dah naik malu nak contact ko Joe", aku ingat lagi dia ada cakap gitu, last masa kitaorang bercakap kat talipun, early last year. Lepas tuh aku dah tak dengar khabar berita dari dia dah. I can understand perasaan dia tapi deep down aku kesian dengan member aku nih. Cuma aku tak berkeupayaan nak tolong dia. 

So, selama ini aku macam memendam rasa aje, yang aku hilang seorang yang aku nak jadi member baik aku. More so sebab aku kenal dia dan dia kenal aku melalui blog nih. 

Malam semalam (awal pagi kot), a few minutes lepas aku tulis entry pendek kat bawah tuh, masa aku tengah ralit-ralit buat hal aku sendiri, ada orang YM aku. Ya Allah, member aku tuh rupanya, yang dah setahun tak contact aku tuh. Yang hilang begitu saja. Aku rasa macam tak percaya aje. Tapi itulah hakikatnya, dia ada contact aku balik. Yang buat dia contact aku tuh, sebab dia ada baca entry aku pasal Forex tuh.

Sebenarnya dia lah yang perkenalkan aku dengan Forex. Aku, walaupun dah lama tahu pasal Forex tapi tak pernah terfikir pun nak tahu more detail, aku asyik lah dengan Options aku tuh kan? So memang patut sangatlah aku asyik dok teringat kat dia aje masa aku tengah fikir nak buat Forex tuh. Sebab dia nih buat Forex secara kecil-kecilan. Masa aku tulis entry tu pun ada aku nak tulis yang aku nak cuba-cuba nak buat Forex nih pun as a tribute to dia lah kononnya. 

"Apa jadi kat dia nih, pasal lama dia tak contact aku? Ke mana dia menghilang? Tak jadi kot plan-plan kitaorang dulu? Tapi, kalau tak jadi pun, tak kan lah nak senyap hilang gitu aje kan?" Semua tuh aku fikir. 

So kaedahnya, dia nih sebenarnya, menurut kata dia, almost setiap hari baca blog aku, cuma dia tak on YM aje. Laaa, mati-mati aku ingatkan dia hilang begitu aje. Sampaikan aku ada terfikir yang kalau aku balik Malaysia nanti, aku akan cari dia nih, dan aku nak teruskan plan dan janji-janji yang pernah kitaorang buat, suatu masa dulu. 

[ Pundeks sangat kan, aku betul-betul lah ingatkan dia dah tak ada di blog nih, rupanya dia dok mengendap. Nasib baik aku ada buat entry pasal Forex tuh, so dia muncul dari pemengendapan dia. Itulah susahnya member-member aku nih, nak kena jentik telor masing-masing tuh baru nak contact aku gamaknya diaorang nih]

So happy aje lah aku sembang balik semula dengan dia semalam. Dan aku macam tahu-tahu aje yang hari ini aku akan jadi lebih bersemangat masa kerja. Memang pun, macam apa yang aku cakap dulu, small things macam nih yang buat aku happy. Likewise, benda-benda kecik jugak yang buat aku sentapz. 

So..nampak gayanya aku kena selalu nyanyi lagu tema aku nih lah....

Now I know I can't lose
As long as you follow
I'm gonna win (I'm gonna win)
I'm gonna beg, steal, or borrow
Yes I can live today
If you give me tomorrow
As long as you follow

[Fleetwood Mac- As Long As You Follow]

------------------------

Hari nih paling tak busy kat restoran tuh, mungkin sebab cuaca kat luar tuh elok so ramai orang lepak-lepak kat parking kot. I was all alone petang tuh bila aku nampak ada tiga orang budak datang ke arah restoran. Satu muka Asian, dua lagi budak Mat Salleh. I've seen him a few times, budak Asian tuh, budak sekolah gayanya, dalam 17, 18 tahun gitu agaknya. Masa tuh jugak datang satu lagi customer, so aku layan lah Minah yang baru datang tuh sebab budak Asia tuh aku macam dah biasa layan dia so tak yah layan beria-ia sangatlah kan?

Dia komplen, bukan marah, dia sindir-sindir lawak aku sebab aku layan perempuan. Teruslah aku serve dia pulak. Masa dia nak bayar tuh, sebab dia guna credit card, aku settlekan yang Minah tu dulu. Dan masa aku tengah tunggu print out receipt tuh keluar dari credit card machine tuh, aku jeling-jelinglah kad kredit budak tuh. Selalu aku buat gitu sebab aku nak agak-agak card holder tuh orang bangsa apa, dari mana. Memang aku selalu buat gitu. 

Zairin A Azid tertulis kat card credit tuh. Shit, ini nama Melayu nih. Nama Melayu sesangat nih, kata aku dalam hati. 

09012008


Dear Diary, 
apa pasal kalau masa kerja sekarang nih aku asyik dok menengok jam aje? Asyik mengira waktu aje? "Ayooo, baru pukul 12", "Ayooo, lagi 6 jam nih", "Ayooo, bila lah pukul 9-30 malam nih, lambat nya. Pundeks tol".

Apa pasal aku dah berbalik semula menghitung masa, macam masa mula-mula aku start kerja kat sini dulu tuh? Macam lah aku ada menunggu sesuatu kan? Kau pun tahu yang aku tak ada menunggu apa-apa pun kan, Dear Diary?

Apa pasal aku macam resah aje nih Dear Diary? 

08012007


Aku tengah seronok sambung tidur pagi tadi bila Sonny kejutkan aku dalam pukul 9 gitu. Dia suruh aku masuk kerja for a few hours sebab dia terpaksa ke Boston untuk hantar anak dia ke hospital. Ayooo, apa pasal tak beritahu aku semalam, kan? Nasib baiklah aku nih jenis yang simple, so dalam masa lima minit aku dah siap sedia. 

So aku kerja lah pagi tadi, sorang-sorang aje di bahagian depan. Asyik menengok jam aje kerjanya, nasib baik dalam pukul 12 lebih Sonny sampai ke restoran. Dia mulanya suruh aku teruskan aje kerja, dia suruh aku ambik off besok instead. Tapi sebab aku dah ada plan lain, aku kata aku nak off hari ni jugaklah. Walaupun aku dah terrugi beberapa jam. Aku ada banyak hal-hal rumahtangga yang nak diuruskan harini nih. Lagipun dengan aku nih, kalau mind aku dah aku set kan untuk off, aku nak off jugak. Tak nak tunggu esok dah. 

Anak diaorang asyik dok meraung-raung aje sampaikan masa dalam kereta, aku tanya Sonny kalau-kalau anak dia tuh sakit sebab sayu sungguh bunyi dia nangis tuh. Rupanya anak dia tuh nangis tuh sebab nak naik carousel (kuda pusing) kat mall tuh. Laa, apa pasal tak dibawak aje budak tuh naik tadi nya, tanya aku dalam hati. Selalunya anak dia tuh akan naik kuda pusing tuh sama bini Sonny. 

Then baru aku terfikir yang mungkin sebab Sonny nak cepat, nak hantar aku balik, bukan ker harinih hari off aku? Laaa, aku yang macam sentapz jadi nya. Tak kan sampai gitu sekali kan? Bukannya aku tak boleh tunggu dalam dua tiga minit kan? Ah, lantak korang lah, aku cuba menyedapkan hati aku. 

Aku online for a few hours, sesambil tuh pergi buat laundry kejap. Pukul 4 baru aku keluar. Keluar sama Alfonso, yang off hari ni jugak. Best weather hari nih, tak sejuk. Mid-60's hari nih, more than 40 degrees above normal. Baguslah tuh, biar snow yang membukit nih cepat cairnya. Best jugak ada member jalan-jalan nih, tak terasa sorang-sorang sangat. 

Kitaorang ke K-Mart, sebab aku nak kirim duit guna Western Union. Eh, nak cerita ker nih, duit aku hantar kat sapa? Oklah, cerita aje lah. Aku kirim USD 500 kat this one guy kat Canada, dia nih a very reputable Trader/Blogger. Aku nak suruh dia tolong tukarkan duit tuh ke Liberty Reserve sebab Liberty Reserve account aku tak ada duit. Kosong. Ada a few cents aje. Aku nak buat apa dengan Liberty Reserve tuh? Nak aku cerita jugak ker? Oklah, meh aku cerita. 

For the last few weeks aku dah survey-survey, macamana nak bukak Trading Account, untuk orang yang tak ada bank account, credit cards, ID, Social Security, etc. The only option yang aku boleh buat, guna Liberty Reserve, memang kebetulan aku ada Liberty Reserve account cuma tak aktif aje lah account tuh. Aku kena cari cara nak fund that account dan since aku tak ada apa-apa cara lain, aku kena guna orang tengah aje lah. Orang yang boleh aku percayai, dan orang yang percaya aku. So aku contact Mamat yang kat Canada nih since dia ada offer untuk jadi orang tengah. So itu lah, aku kirimkan USD 500 untuk fund account aku tuh, aku tahu bukan USD 500 yang aku akan dapat sebab dia pun ambik percentage sesikit.

Macamana pun, by tomorrow, duit tuh masuklah ke dalam account Liberty Reserve aku kot. Dan aku nak buat apa dengan Liberty Reserve tuh? Nak tau jugak ker? Aku nak start trading lah, nak buat Forex. Cara kecik-kecik aje lah, sebab aku bukannya ada masa nak online sangat pun kan? Nanti lah aku cerita perkembangannya, baru aje bukak Trading Account tuh, duit pun belum masuk lagi kan? So, untuk masa-masa ke hadapan nih, aku dah boleh agak yang aku akan lebih concentrate ke tempat lain, masa aku online nanti. Entah-entah aku akan jadi termalas untuk update blog nanti kot. Mintak-mintak janganlah sampai begitu sekali.

Apa pasal aku macam tiba-tiba aje nak berkecimpung dalam bidang Forex Trading nih? Sebenarnya dah lama dah aku mengidamnya nak cuba-cuba buat Currency Trading tapi itulah aku tak ada all those documents kan? Kepayahan yang membuatkan aku cuba melupakan semuanya tuh. Tak ada duit pun satu hal jugak kan? Cuma sekarang nih, hasil dari pelangutan aku kat tempat kerja setiap hari, aku terfikir yang might as well aku cuba-cuba buat Trading nih. Aku nak cuba set kan some amount of money setiap bulan, duit yang I can afford to lose lah kan? The gambler in me tu menyerlah kan? Aku fikir, kalau aku tak cuba-cuba buat sekarang, bila lagi kan?

Lagipun, aku bukan ker nak ada hobby? Itu boleh dijadikan hobby jugak kot? Lagipun, aku nak cuba divert kan attention aku nih. Bukanlah aku rasa selama ini aku macam membuang masa aje online, cuma aku rasa since aku kat internet pun dah macam sorang-sorang aje sekarang nih, lebih baik aku buat something yang boleh menguji minda aku kan? So itu lah cerita nya, aku nak buat Forex Trading sesikit. Mungkin ini first step kot. Harap-harap first step ni nanti berjayalah, biar laju sikit langkah aku kan? 

Aku tinggalkan Alfonso kat K-Mart sebab aku nak ke Lenscrafter, kat area-are situ jugak. Aku tak nak lah shopping kat K-Mart, tak ada apa pun nak dibeli. Lagipun K-Mart tuh tempat orang miskin shopping. Aku tak nak lah mengonfirmkan yang diri aku nih miskin dengan bershopping kat K-Mart. 

Doktor kat Lenscrafter tuh tak ada pulak, dia MC. Nak tergelak aku bila diaorang kata Dokotor tuh sakit, ambik MC. Macam tak masuk akal aje kan Doktor boleh jatuh sakit, ambik MC. Itulah, kat dunia nih, tak ada apa dah yang boleh dipercaya.

So aku buat appointmnet untuk minggu depan, pukul 5 petang. Dah berapa minggu dah aku pakai trial contacts nih, aku tak boleh order contacts baru selagi tak dapat confirmation dari Doktor tuh yang contacts yang aku pakai nih sesuai untuk mata aku. Payah kat Amerika nih, semuanya kena go by the rules. 

Kitaorang ker Burger King sekejap lepas tuh sebab aku belum makan, pagi aje aku makan almond croissant sebijik, itu aje. Lepas tuh kitaorang ke satu Shaws sebab aku nak beli Money Order. Aku nak bayar sewa bilik aku yang kat New York tuh. Berapa kali aku congak-congak, nampak aje aku nih tak belanja sangat tapi duit aku semakin susut. Hari nih aje berapa ratus habis kan? Itu pun aku tak terorder cermin mata baru tadi tuh. Semalam dah lah bayar bill cellphone, 200. Ayoo, harini baru 8 haribulan kan?

Macamana pun, duit yang aku sepatutnya simpan kat Bank Of NR cawangan Arizona tuh tetap ada, dah dua bulan punya simpanan. Takut jugak aku nih, manalah tahu keadaan mendesak yang membuatkan aku terpakai duit tuh nanti. 

[Untuk pengetahuan orang yang tak tahu, aku dah janji untuk menabung a few hundred dollars a month, sebagai persiapan untuk Projek AIB 2010 aku tuh. Since aku tak ada bank account, dan since aku tak boleh dan tak reti pegang duit, aku terima offer NekRock (NR) untuk guna account bank dia. Or something like that kot, dia bukak one account untuk aku. Aku monitor online ajelah sebab ATM card dia akan pegang, aduh siksanya sebab kalau aku yang pegang card tuh, alamatnya tak bertambah lah duit kan? So, itu yang aku referkan sebagai Bank Of NR. Harap-harap tercapailah cita-cita aku untuk kumpul duit sesikit nih. Dan harap-harap Bank Of NR nih akan memberi kelonggaran lah sikit kan, since I'm the only customer kan? Wakakakakakakka

Aku ada jugak cadang nak bukak account kat "bank" lain tapi belum ada kesempatan. Mungkin aku akan bukak another account dengan orang yang tak sibuk, yang boleh aku contact hari-hari]

Sampai rumah pun dah malam dah, bengang aje kitaorang sebab sekejap aje rasanya kalau hari off tuh. Esok dah kena kerja semula. Kena tunggu another six days baru lah dapat off balik. Alfonso ada tanya aku, berapa lama aku nak kerja di New Hampshire nih. Aku beritahu dia yang aku dah dekat 3 bulan kerja di sini, rasa macam dah lama sangat dah. Dia kata nak kerja dalam sesetahun kat sini. Aku? Entahlah, kalau aku dapat stay sampai early summer pun dah bersyukur sangat dah. Sebab AM sama NR, InsyaAllah, nak datang New York nanti masa tuh. 

Sebenarnya itu aje lah yang buat aku bersemangat nak meneruskan kerja di sini nih.
--------------------------------------
NOTE: 

10/10/2012 : Since blog ni dicopy paste dari blog asal yang teramatlah panjangnya, ada a few "maklumat penting" yang tertinggal, yang aku patut beritahu. 

a) Projek AIB 2010 - Aku punya plan untuk balik Malaysia, 2010, AIM stands for Aku Ingin Balik, dan sebab aku rasa aku akan diaibkan nanti, what with aku yang tak ada documents etc dan aku merancang untuk redah aje Malaysian Embassy di Washington DC. (Little did I know yang aku diaibkan dengan cara lain, ditahan dan dideport)

b) Pay attention to nama AM sama NekRock (NR), keduanya dah lama aku kenal, sejak 2005 dan 2006 respectively. Dua-duanya macam my big sisters jadinya. Dalam my previous entries memang tak ada aku mention nama diaorang berdua nih walaupun kitaorang memang sentiasa berhubungan setaip waktu, masa dan ketika. Masa aku ditangkap di Niagara falls, aku sama-sama dengan AM dan NR. 

c) Aku guna bank account kepunyaan NR semenjak aku duduk di NYC.

d) Nama member2 aku yang lain tak lah aku ceritakan kat sini, walaupun they are equally important jugak. Cukup sekadar aku beritahu yang aku ada banyak support dai melayu2 di serata dunia masa tuh, di Canada, Jepun, Uk, Finland, Chad, Australia, New Zealand, France dan banyak lagi negara2 lain.

07012008


Dear Diary, aku tak nak tulis apa-apa lah hari nih. Tak apa kan Dear Diary, kan? Malaslah aku, macam hamba blog pulak jadinya kan, nak kena update tiap-tiap hari. Bukannya aku tak ada apa nak tulis, cuma aku malas aje.

On second thought kan Dear Diary, kau tak pelik ker yang orang macam aku yang tak ada life nih, yang hidupnya mendatar aje, boleh nak update blog hari-hari. Kau tak pelik ker? Cerita pulak, semuanya pasal diri aku kan? Tak ada cerita lain, semuanya berkisar kehidupan aku yang kosong nih. Dan walaupun kosong tapi ada aje benda yang aku nak tulis. Yang secara tak langsung, mengosongkan benda yang kosong tuh. 

Oklah Dear Diary, ini dah lewat malam dah nih, aku cadangnya nak berjaga aje lah malam nih sebab esok aku off. Tak ada aku nak buat apa pun, nak chat pun tak ada orang sangat nih. Diaorang tuh kan Dear Diary, kalau masa aku tidur biasanya sampai berbuih mulut masing-masing, chat kat tagboard aku tuh. Tapi, bila aku ada nih, bila malam aku free, tak ada pulak orang nak chat. Memang dasar pundeks sangat diaorang tuh kan, Dear Diary kan?

Oklah Dear Diary, aku nak dengar lagu jer lah malam nih, nak layan blues sikit. Kau tau tak Dear Diary, sesehari dua nih aku asyik dok nyanyi lagu Joe Le Taxi aje kerjanya. Lagu lama tuh, very catchy tune, penyanyi dia namanya Vanessa Paradis, sekarang nih dia bini nya Johhny Depp, pelakun tuh. Lagu masa aku umur dalam-dalam 15 tahun, zaman-zaman aku sekolah dulu, lagu ni nih Dear Diary. Simple jer lagu nih, kisah kerja seharian drebar teksi di kota Paris, yang nama dia Joe. 

Tapi kan Dear Diary, masa aku student kat UK dulu, especially masa aku jalan-jalan kat Europe, aku dengar balik lagu tuh. Lagu tu aje lah yang aku selalu main kan kat walkman aku. Dah tua aku nih kan Dear Diary kan, sebab aku sempat merasa zaman-zaman walkman dulu. 

Tak sangka pulak, belasan tahun kemudian, aku masih mendengar lagu yang sama. Fuck kan, Dear Diary kan?



[Joe Le Taxi - Vanessa Paradis]

Joe le taxi
Y va pas partout
Y marche pas au soda 
Son saxo jaune 
Connait toutes les rues par coeur 
Tous les p'tits bars 
Tous les coins noirs 
Et la Seine 
Et ses ponts qui brillent 
Dans sa caisse 
La musique a Joe 
C'est la rumba 
Le vieux rock au mambo 
Joe le taxi 
C'est sa vie
Le rhum au mambo 
Embouteillage 
Il est comme ca 
Rhum et mambo 
Joe - Joe - Joe 
Dans sa caisse 
La musique a Joe resonne 
C'est la rumba 
Le vieux rock au mambo bidon 
Vas-y Joe 
Vas-y Joe 
Vas-y fonce 
Dans la nuit vers l'amazone 
Joe le taxi 
Et Xavier Cugat 
Joe le taxi
Et Yma Sumac 
Joe - Joe - Joe 
Joe le taxi 
C'est sa vie 
Le rhum au mambo 
Embouteillage 
Joe le taxi
Et les Mariachis 
Joe le taxi 
Et le cha-cha-chi 
Joe le taxi 
Et le cha-cha-chi 
Vas-y Joe 
Vas-y fonce 
Dans la nuit vers l'amazone 

06012008


Sejak Sonny gaduh dengan bapak dan bapak saudara dia ituhari, dia dah macam malu-malu nak sembang dengan kitaorang. Bapak dia pun aku tengok, senyap aje, tak bercakap sepatah haram pun dah sekarang nih. Kalau dulu masa bapak saudara Sonny ada di sini, riuh rendah suara diaorang sembang. 

Aku kesian tengok bapak dia tuh sorang-sorang aje sekarang nih. Macam kera sumbang. Ada jugak aku tengok dia macam nak bergurau-gurau dengan aku tapi aku nih jenis tak suka buat lawak bodoh macam budak-budak Mexicans tuh, so aku tak layan sangat dia punya lawak dan gurauan tuh. Kadang tuh dia buat bubur kacang (Chinese punya style lah kan, kacang hijau yang direbus, tak taruk santan apa pun, takat taruk brown sugar sesikit) Tiap pagi dia remind aku suruh minum Chinese tea yang dia bancuh untuk aku. 

Aku sebenarnya tak nak dia fikir yang aku nih macam menyebelahi anak dia (Sonny), iyalah kan, aku kerja di bahagian depan sama-sama Sonny. Kadang-kadang aku bengang jugak dengan diri aku nih, apa pasal lah serious sangat, patutnya aku layan aje lah lawak-lawak bodoh, senda gurau bodoh diaorang tuh. 

Dan Sonny pun, aku tengok, tak banyak cakap jugak sekarang nih. Since anak dia keluar hospital, bini dia dah tak ada datang sama-sama kerja pun dah. Duduk kat rumah aje jaga anak. Aku suka jugak bini dia tak ada sebab aku kelu sikit kalau sama-sama kerja dengan May tuh. 

So sekarang nih, aku dah balik macam masa mula-mula masuk kerja dulu lah. Tak bercakap-cakap, sorang-sorang aje kat depan tuh. Sonny pun tak kasi aku kerja di bahagian teriyaki/sukiyaki dah, aku pun tak pasti apa pasal. Aku berfikiran positif yang mungkin dia nak aku handle customers sebab dulu dia ada cakap yang dia suka cara aku handle dan buat baik dengan customers. Lagipun dia punya English tuh orang tak faham sangat, pernah beberapa kali dia cuba explain panjang lebar kat customers, last-last customers ramai-ramai tuh blah sambil kata, "We don't understand a word what he was saying" Mungkin dia sedar yang aku nih boleh diharapkan di bahagian depan tuh kot, itu pasal. 

Dan aku perasan yang Sonny pun dah tiru-tiru cara aku jugak kadang-kadang tuh. Aku punya style, sesambil serve makanan, aku sembang dengan customers, aku tanya lah apa yang patut. Since kat sini ramai orang dari luar, dan ramai sangat immigrants, aku selalu teka-teka, agak-agak, dari mana asal diaorang. Based on rupa diaorang, diaorang punya accent, kerenah diaorang, semuanya lah. And most of the time aku betul, atau close to betul. Sipi-sipi. Tak payah aku explain panjang-panjanglah tapi I have my own style. Itu yang Sonny tiru-tiru tuh. Dengan bebudak aku layan cara lain, dengan orang tua aku layan cara lain, dengan orang-orang Asia aku layan cara lain. Bab-bab tuh, even aku kagum dengan diri aku sendiri. Itu belum aku cerita pasal how knowledgeable diri aku nih kan? Wakakakakaka.

Yang aku buat bengang tuh bukan apa, dia guna idea-idea aku, soalan-soalan dan buah butir sembang aku, kalau dengan customers tuh. Itu dah macam memplagiat idea dah tuh kan? Tanyalah, sembanglah benda-benda lain patutnya kan? Ini dak, sebijik-sebijik idea aku dicuri, sampaikan aku terpaksa cari idea-idea lain. 

Dan, macam masa mula-mula masuk kerja dulu jugak, sebab tak ada kawan, aku banyak melangut aje kerjanya. Tambah-tambah sekarang nih dah tak sibuk langsung dah pun, weekdays terutamanya. Kalau dulu masa sebelum Thanksgiving membawak ke lepas Krismas, dalam satu hari ada lah 5 enam ratus customers (weekends ada cecah seribu). Sekarang nih, dalam seratus lebih aje jumlahnya. Itu yang aku macam berbalik macam dulu tuh, badan aje kat restoran tuh tapi fikiran aku jauh melayang ke seluruh pelusuk alam. Selalu pulak tuh terhinggap kat New York City. 

Dan aku sama Yopi dan Alfonso pun dah tak sembang pasal plan nak blah dari restoran Sonny nih. Tak jadi kot. Baguslah gitu tuh, at least aku akan kerja lagi di sini sampai ke satu masa yang aku pun tak tahu bila. 

----------------------------------------

Eh Dear Diary, 
aku rasa aku dah tersalah langkah nih Dear Diary. Meh aku cerita sikit............

Theresa, part-timer yang kerja kat restoran nih every weekend tuh, baru-baru nih dia ada kata dia nak pinjam duit. Lama dulu dah dia ada cerita kat aku pasal dia suka this Indon guy yang kerja kat restoran tuh. Pasal Mamat tuh selalu tolong dia, kalau masa dia terdesak. Mamat tuh selalu pinjamkan dia duit lah, maksudnya. Mamat tuh sekarang dah kerja di Miami. Masa di cerita kat aku dulu tuh, aku dah boleh agak yang one of these days dia akan pinjam duit dari aku. 

Memang betul sangatlah tekaan aku, minggu lepas Theresa ada tanya aku kalau-kalau aku boleh pinjamkan dia duit. Sebab dia nak kirim duit untuk anak dia di Manila. "Bagus jugak kalau aku kasi dia pinjam duit. At least aku akan dapat bertahan kerja di sini sebab tak kan aku nak blah selagi dia tak settlekan hutang aku kan?" Itu apa yang aku fikirkan. Terrer aku kan? Berusaha sedaya upaya supaya aku tetap kerja di sini. 

"How much do you want?", aku tanya Theresa bila aku kata aku hanya boleh pinjamkan dia duit lepas aku dapat gaji.

"300", kata dia. 

"300? Are yous sure?", mengada-ngada aku nih. 

"Ok, give me 400", kata Theresa.

So kaedahnya, lepas aku dapat gaji, esoknya tuh, aku kasi lah Theresa 400. Dia sanggup datang malam-malam ke restoran tuh sebab nak pinjam duit. Sonny pun terkejut tengok Theresa ada. Bila dia tanya aku, terus lah aku kata Theresa datang sebab nak pinjam duit. Tapi aku tak beritahu lah berapa yang dia nak pinjam.

Ala Dear Diary,
tba-tiba aku termalas nak sambung nih. Esok-esok lah aku sambung cerita. Aku nak cerita pasal segerombolan perempuan-perempuan Filipino yang kerja kat mall nih, yang aku sembang-sembang setiap hari with. Diaorang nih kan..........

05012008


Ini aku buat update apa yang berlaku 1st Jan 2008, sebab ada hal sikit nih. Yang mungkin berlarutan kes nya, yang mungkin membuatkan kitaorang terpaksa ambil keputusan untuk ke New York saja.

Kebetulan aku off hari Selasa Jan 1st tuh, rugi aku sebab hari tuh mall tutup awal. Alfonso, kitchen helper baru tuh pun off jugak so aku lepak dengan dia aje lah sesambil online, sesambil tengok tv. Tengok tv channel bahasa Spanish. Bini Sonny ada kat bilik dia jugak. 

Kitaorang tak keluar ke mana pun, aku aje yang pagi-pagi tuh keluar ke 7-Eleven sekejap untuk beli kopi dan egg sandwich. Jugak mee segera sebab snow akan turun lebat petang tuh so sure aku akan termalas nak keluar dah nanti nya. Aku dah tak kisah jugak sekarang nih pasal snow. Dah tiap-tiap hari turunnya, lantak ko lah. 

Patutnya aku ke Lenscrafter untuk order contact lens baru kan? Dah lebih dari dua minggu dah kan aku pakai trial contacts nih kan? Tapi termalas lah pulak merangkak-rangkak dalam snow tuh sengsorang. Lagipun aku belum dapat gaji, tak syok sangat kalau pergi ke Lenscrafter tuh dengan duit yang cukup-cukup untuk order dua boxes of contacts aje kan? Kalau dah gaji tuh, aku boleh standby duit untuk beli a few boxes kan? Iyalah kan, aku nak beli banyak kaler kali nih. Jugak, manalah tahu kalau-kalau aku nak terbeli glasses jugak kan? Kan ker glasses kat Lenscrafter tuh semuanya branded belaka. Minggu depan lah gamaknya aku ke sana. 

Tengahari tuh, bapak saudara Sonny balik ke rumah. Dia berkemas-kemas sebab petangnya nak balik ke New York. Ada dalam sebulan rasanya dia di sini, dia tolong-tolong aje di musim sibuk dulu tuh. Tak lama lepas tuh, datang pulak this perempuan , yang aku rasa saudara diaorang. I've seen her once, mulanya aku ingatkan mak Sonny. Tah-tah emak saudara, aku tak tahu. Asyik bergossip aje lah perempuan tuh sama bapak saudara Sonny. Aku sama Alfonso tak ambik kisah pun, kitaorang lepak berdua aje kat living hall tuh.

Sepanjang hari aku dok online, buat update yang kat bawah tuh. Kejap-kejap, bila bosan, aku keluar meranduk snow. Almost seharian, tak ada pun orang online untuk aku jadikan member sembang, so aku merayau-rayau gitu aje lah jenguk-jenguk blog orang. 

Pukul 6 lebih sikit diaorang balik kerja. Aku tengah lepak atas katil, sesambil online, sesambil tengok tv. Yopi kat bilik dia. Alfonso pergi buat laundry. Then aku terdengar bunyi macam diaorang bertekak. Mulanya perlahan aje, then riuh rendah. Aku tak sure suara siapa yang paling kuat tapi aku agak-agak, suara Sonny sama suara bapak dia. Jugak bapak saudara dia tuh yang aku tengok, asyik keluar masuk rumah aje. Diaorang bertekak tuh kat bilik Sonny kalau tak salah aku, ataupun kat bilik yang Yopi share dengan bapak Sonny tuh. 

Then aku dengar bunyi orang berkejar-kejaran, orang ketuk-ketuk pintu. Bunyi orang menjerit-jerit. Suara bini Sonny, suara perempuan tuh, suara Sonny, suara bapak Sonny, suara bapak saudara Sonny. Mr Wong aje yang tak bersuara. Terpanik aku kejap sebab aku bimbang kalau-kalau neighbours talipun Polis aje nanti nya. Sebab memang riuh rendah seluruh block. Ada lah dalam sesepuluh minit gitu diaorang berkejar-kejaran dari bilik ke bilik gitu, aku tak sure sangat sebab aku cuma agak aje dari bunyi yang aku dengar tuh. Aku dah berdegup-degap aje. Aku slow kan bunyi tv. Aku turun dari katil. Aku bersandar kat birai katil. 

Then gaduh diaorang semakin kuat, ada bunyi benda jatuh, berderai-derai bunyinya. Berkecai-kecai. Bunyi benda pecah. Bunyi orang pukul-pukul pun ada jugak. Ish, ini dah teruk nih, kata aku dalam hati. Then suara siapa menangis, meraung tah. Bini Sonny kot. 

"I don't know, man, I don't know, man", kata Mr Wong. Dia menangis rupanya, dia mulanya macam tak campur pun urusan daorang tuh. Iyalah, dia cuma cousin Sonny aje, sure itu masalah antara Sonny sama bapak dia aje kot. Aku pandang Mr Wong, dia geleng-geleng kepala. Aku pun dah tak tahu nak buat apa. Memang aku tak buat apa sebelumnya pun, cuma aku tak tahu apa yang harus aku buat, bila keadaanya macam tuh.

Aku rasa macam nak keluar aje dari rumah tuh, nak bawak beg aku, nak blah gitu aje. Aku fikir, kalau aku dah dapat gaji, harus aku blah gitu aje. Tapi, kat luar snow tebal pulak tuh. Macamana pun, aku standby aje, kalau ada apa-apa terjadi, aku akan blah dengan satu beg aku tuh. 

Dan aku terfikir jugak, begini rupanya akhir kisah aku di New Hampshire nih. Aku terpaksa blah ke New York gayanya nih. Tak nak lah aku duduk sama keluarga yang asyik gaduh aje nih. Yang buat aku sentap, tiba-tiba aku dengar bunyi orang berpukul-pukul, lebih kuat. Dan suara perempuan meraung-raung. Terus aku bingkas bangun, aku rasa macam nak keluar rumah aje, sambil bawaklah apa-apa yang patut. Passport, duit. Then aku tengok Yopi datang dari bilik dia, lega sikit aku sebab ada kawan. 

Aku ajak Yopi keluar aje, aku ajak dia ke 7-Eleven. Aku tak tahu apa dah kesudahannya tapi tak lama tuh diaorang macam senyap aje semuanya, apa yang aku agak, diaorang semuanya masuk bilik Sonny, dah tak berkejar-kejar dah. Gitu pun, kitaorang masih dengar suara perempuan meraung tuh. Mungkin sebab diaorang malu kat kitaorang kot, aku tak tahu. 

Aku sama Yopi ke tempat laundry sekejap, ajak Alfonso ke 7-Eleven, sesambil merepotkan kejadian tuh. Yopi kata dia nak berhenti kerja aje lah, dia ajak aku sama Alfonso sama-sama berhenti. Dia kata, memang selalu diaorang gaduh gitu tuh. Yopi dah lama kerja di sini so dia tahu lah kisah nya kan? So far, ini kali kedua diaorang gaduh teruk-teruk gini, sekali dulu tuh masa kat restoran. Tapi yang kali ini memang teruk sangat, sampaikan aku ingat ada yang cedera ker apa ker masa aku dengar suara orang meraung tuh. 

Aku pun rasa macam tak aman aje, aku macam terbesetuju dengan idea Yopi tuh, untuk berhenti kerja aje. Macamana pun aku tak nak lah nampak macam beria-ia sangat nak buat keputusan blah dari keluarga Sonny nih, walaupun dalam hati aku berharap sangat yang Yopi sama Alfonso buat keputusan yang sama. At least aku akan ada alasan yang kuat lah nanti kan kalau-kalau aku terberhenti kerja di sini kan? 

Masa kitaorang sampai di rumah, dah tak ada bunyi orang bertekak dah. Bunyi Sonny memvacuum aje yang aku dengar. So aku sama Yopi dan Alfonso terus aje lah sembang-sembang di hall, sesambil tengok tv. Tak lama lepas tuh Sonny datang, dia bayar gaji kitaorang. Sambil mintak maaf. Dia kata tak ada apa-apa hal, dia suruh kitaorang tetap kerja macam biasa esoknya. 

03012008


Dear Diary, 
tadi bosan gila. Sejuk sangat harini nih, itu pasal tak ramai orang yang datang shopping hari nih kot. Ker sebab masing-masing dah tak ada duit? Itu lah, masa Krismas dulu tuh sampai tak ingat dunia diaorang tuh. Padan muka diaorang kan, Dear Diary kan?

Dear Diary, 
kau tau tadi aku ada buat jahat kan, Dear Diary kan? Macamana aku nak cerita ni hah, Dear Diary?

Dear Diary,
gini..... tadi, tengahari tadih, out of boredom, dan sebab ngantuk, aku melepak aje lah. Mulanya nak round-round dalam mall tapi kesian pulak Sonny sorang aje di counter. So aku jalan-jalan kat depan tu aje lah, then aku terasa nak kencing. Biasanya kat restroom, aku sesambil kencing tuh, aku check cellphone aku. Aku check YM aku yang kat cellphone, to be exact. Biasanya gitulah kalau aku masuk restroom, satu tangan pegang kote, satu tangan pegang cellphone. Aku tak pernah pun kencing kat urinal, aku kencing kat dalam cubicle. Iyalah kan, sebab senang nak cuci kote. Kadang-kadang tuh kan Dear Diary, aku selamba aje keluar dari cubicle tuh dengan tangan sibuk menggodek cellphone aku. Aku tak pernah terfikir pun yang kalau orang tengok aku, sure diaorang ingatkan aku buat benda pelik masa dalam cubicle tuh. Ambik gambar kote ker, for example. Aku tak kisah pun itu semua, sebab memang aku check YM aku. Itu aje. 

Tapi kan Dear Diary, tadi kan, aku buat something yang tak pernah-pernah aku buat seumur hidup aku. Aku hisap rokok dalam tandas! Ha Dear Diary, you heard me right, aku merokok dalam tandas tadi. Wakakakakkaka. Jahat aku kan, Dear Diary kan? 

Tak tahu lah apa pasal aku tiba-tiba nak merokok kat dalam tandas tuh. Selama ini pun masa kerja tak pernah-pernah aku merokok, tiba-tiba tadi tuh aku macam hilang akal dan pedoman agaknya. Memanglah takut jugak tadi tuh sebab cubicle tuh di sebelah deretan urinals, dan walaupun masa aku masuk tandas tuh tak ada orang tapi aku ada dengar yang bunyi tapak kaki orang yang masuk. 

Dan walaupun aku dapat sedut lima nam kali aje rokok tuh tapi aku rasa macam puas hati gitu. Puas hati sebab aku dapat buat jahat, buat benda yang selama ini tak pernah aku buat. Walaupun dalam keadaan panik, dan tangan sibuk menghalau asap yang berkepul-kepul tuh. Sampai tersengih-sengih aku sengsorang mengenangkan yang aku berjaya membuat something yang tak pernah aku fikir dan buat pun selama ini. 

Cuma satu jer aku terfikir, apa pasal baru sekarang aku terfikir nak buat jahat gitu tuh? Apa pasal masa sekolah, masa kat kolej, masa dulu-dulu, aku tak pernah terfikir nak buat jahat gitu tuh? Bukannya benda tak adventurous kan? Ker aku nih late beginner, Dear Diary?

31122007


Dear Diary,
sejak semalam snow turun tak henti-henti, dan walaupun tak lebat, by morning tadi adalah dalam 6 inches tebalnya. Dalam pukul 11 gitu barulah berhenti. Harinih tak sibuk langsung sebab snow tu lah, then mungkin sebab mall tutup awal, pukul 6 petang. Semalam tutup pukul 6, harinih pukul 6, esok pulak aku off. Alangkah indahnya hidup aku nih kan, Dera Diary kan? 

Aku tak ada apa-apa plan nak celebrate New Year nih, takat tengok kat tv aje lah karang kot, live telecast dari Times Square. Rasa terkilan jugak aku tak dapat balik kampung aku di New York City tuh untuk sama-sama turut serta. Apa boleh buat, kan? 

Entah apa pasal sesetahun dua nih aje aku rasa nak sangat sambut New Year kat Times Square. Dulu tak pernah ada perasaan gitu pun. Mungkin sebab aku tahu ini tahun-tahun terakhir aku di Amerika nih kot? Dulu masa aku di Philadelphia, lupa lah pulak tahun bila, aku ada peluang nak ke New York untuk sama-sama join diaorang. Tapi aku tak pergi. Sebab sejuk kononnya. 

Last year aku kerja malam masa New Year so memang tak ada peluang nak pergi lah kan. Tengok kat tv aje, rasa hiba, terasa sayu aje bila diaorang pasang lagu Auld Lang Syne sama New York, New York tuh kan? Meremang bulu tengkuk. 

Karang tuh tengok tv, haruslah bulu pun meremang jugak. Iyalah kan, kampung aku di New York City kan? Dan aku sekarang nih nun jauh di hujung dunia di New Hampshire. Mana lah tak akan hiba nya kan? 

Auld Lang Syne 
Should auld acquaintance be forgot 
and never brought to mind? 
Should auld acquaintance be forgot 
and days of auld lang syne? 
For auld lang syne, my dear,
for auld lang syne, 
we'll take a cup of kindness yet, 
for auld lang syne. 

Should auld acquaintance be forgot 
and never brought to mind? 
Should auld acquaintance be forgot 
and days of auld lang syne? 
And here's a hand, my trusty friend 
And gie's a hand o' thine 
We'll tak' a cup o' kindness yet 
For auld lang syne 

2930122007


Dear Diary, 
biasanya kan, balik kerja aje, aku akan terus on kan laptop aku. Check itu ini, apa-apa yang patut. Lepas tuh baru aku mandi. Pagi pun sama, bangun aje tidur, aku sentuh laptop dulu, yang sentiasa on, yang sentiasa di sisi bantal aku. 

Dear Diary, 
sejak aku sibuk ituhari sampaikan aku tak ada masa nak tulis panjang-panjang entries aku (macam selalu tuh), aku rasa macam malas dah nak sambung tulis blog nih. Rasa macam dah tak ada apa nak ditulis. Rasa macam tiba masanya aku tak nak share apa-apa cerita aku dengan orang. Rasa macam dah sampai masanya orang tak payah tahu pasal aku. Rasa macam sesiapa yang keep coming back ke blog nih macam menyibuk aje. "Apa yang diaorang nak tahu sangat pasal aku nih? Kalau diaorang tuh kawan aku, itu lain cerita lah kan? Ini, even orang yang tak pernah tegur aku, apatah lagi orang yang pernah kutuk aku secara terang-terangan dan secara besar-besaran pun datang menyelinap kat sini senyap-senyap, sure ada something about me yang buat orang nak tau kot.

Dear Diary, 
malas lah aku elaborate, tulis panjang-panjang, kang ada orang kata aku terperasan ker apa ker. Apa yang aku nak cuba sampaikan nih Dear Diary, aku dah tak nak kisah sangatlah sapa-sapa yang nak datang blog nih, sapa-sapa nak baca, sapa-sapa yang nak mengekor pergerakan aku. 

Dear Diary, 
dan sebab aku tak nak blog nih terbengkalai gitu aje, walaupun semenjak dua menjak nih aku tak ada masa sangat nak tulis panjang-panjang, aku kuatkan semangat dengan cuba-cuba tulis pendek-pendek. Macam blog orang-orang lain. Aku tulis hari-hari. Aku tulis benda-benda bodoh aje, kadang tergantung-gantung benda yang aku tulis. Tak ada kesinambungan. "Dah tak syoklah baca entry kau Joe, pendek-pendek, macam tergantung gitu. Tulis panjang-panjang macam biasa lah", tak ada kerja lain ker diaorang nih sampai bersusah payah nak email aku. As if aku layan sangat email dari orang yang aku tak kenal, kan?

Dear Diary,
balik kerja, atau bangun pagi, aku cuba tulis apa-apa yang patut. Kalau boleh aku nak jadikan itu routine kehidupan aku. "Apa-apa pun, have a hobby", sapa lah yang cakap gitu dulu tuh. Someone famous. Keadaan aku yang gini tak membenarkan aku ada hobby, so apa kata aku tulis blog sebagai satu hobby? Cantik gak tuh kan? Bukan saja satu hobby tapi dari tulisan aku nih, aku boleh cuba-cuba mengenali diri aku sendiri. As if selama ini, selepas bertahun-tahun memblog aku masih belum kenal diri aku sendiri kan? 

So itu lah cerita nya, Dear Diary. Aku ada banyak benda yang nak ditulis. Kalau aku ada masa. Aku ada banyak benda yang nak ditulis, kalau aku nak tulis. 

By the way Dear Diary, kalau sesiapa yang nak tau pasal awek yang aku jumpa semalam tuh, baca lah archive tag nih. 













-------------------------

"Tapi kan Joe, sekarang kau dah tak sibuk dah kan?"

Entah lah, buat masa ini, life aku mundane sangat, nak tulis panjang-panjang pun malas rasanya. Walaupun ada jugak benda-benda yang menarik, hasil dari observation aku. Kalau aku di zaman dulu-dulu masa zaman rajin update blog, sure banyak benda yang aku dah tulis nih. 

Tapi, sekarang nih rasanya time aku tak nak ceritakan dengan detail sangatlah. Sekarang nih aku lebih kepada nak bersendiri-sendiri, tak nak sangat lah macam dulu-dulu tuh, semuanya nak cerita kat orang, kan? As if ada orang nak baca sangat pun kan? 

Aku rasa, dengan aku bersendiri-sendiri gini nih, baik untuk kesihatan aku kot. Aku tak payah nak mengharapkan orang sesangat, as if ramai lah sangat orang yang aku boleh harapkan selama ini kan, Dear Diary, kan?

Eh Dear Diary, 
apa pasal banyak sangat as if-as if aku nih? As if ada benda yang tak kena aje jer kan? Ha, tuh sebutir lagi as if. 

Tak ada apa lah sebenarnya Dear Diary. Takut gak aku nanti ada yang terasa hati, atau ada yang kata aku sentapz ker apa ker. Tak ada apa pun. Saja jer aku nak cuba-cuba bersendiri-sendiri macam dulu-dulu tuh. Aku tak nak "ramah" sangat lah dengan orang, aku tak nak berpeleseran sangatlah. Macamana pun, aku akan tetap ikut perkembangan kawan-kawan aku. Dan aku akan peratikan dari jauh aje lah. 

So Dear Diary, buat masa ini, biarlah aku tulis style gini, yang lama kelamaan aku rasa, kau saja lah tempat aku nak mengadu hal. Even kalau aku ada cerita menarik nanti, contohnya katalah aku terberhenti kerja then aku terbalik ke New York semula, itu pun aku tak nak cerita beria-ia sangat kot. Nak buat selamba aje. Aku tak nak lah nampak sangat yang aku macam terperasan yang kononnya orang nak tahu sangat pasal aku kan? 

Oh yer Dear Diary, 
Dua tiga hari lepas ada gak aku terfikir yang aku nih dah macam salah jalan sikit lah Dear Diary. Iyalah, tiap hari aku, without fail, akan update blog. Aku insaf. Mulai sekarang, aku nak baca Yassin ker, baca Quran ker dulu lah. Lepas tuh baru buat update.

[Eh Dear Diary, aku baca Yassin kat internet, sambil meniarap, tak apa kan? Iyalah, aku guna laptop, my only spot pun kat katil aje. Lagipun, aku tak nak diaorang nampak sebab ituhari Sonny ada beritahu aku, jangan let anybody tahu yang aku nih Islam. Dia siap kata, "It's ok you are a Muslim". Terasa gak hati aku masa dia cakap gitu tuh tapi diaorang Cina nih mana lah faham benda-benda ugama gini kan? So aku tak nak lah diaorang syak apa-apa pulak kalau nampak tulisan Jawi kat kaptop aku kan?]

Eh Dear Diary,
tah apa-apa lah aku mengarut dah nih, aku tak pun plan nak tulis panjang gini pun sebab cadangnya nanti hari off aku, aku nak tulis satu entry yang maha panjang.

Apa-apa pun Dear Diary, sesiapa yang baca blog aku nih, you should be thankful lah kan sebab your life tak lah seteruk mine. Having said that tak lah bermakna aku nih tak thankful. I'm so thankful. I'm so blessed sebenarnya.

28122007


Dear Diary,
malam tadi kan Dear Diary kan, aku mimpi macam-macam. Macam-macam aku mimpi. Bersiri-siri gitu. Mimpi pasal family. Mimpi pasal member-member. Mimpi pasal kawan. [Member-member dan kawan yang aku maksudkan nih Dear Diary, muka-muka yang kat blog aku ni lah. Aku tak ada member dan kawan lain dah selain diaorang, kalau kau nak tau]

Yang buat seronoknya kan Dear Diary, mimpi-mimpi tuh semuanya ok-ok belaka, walaupun mimpi-mimpi biasa aje tapi dia punya ending tuh aku suka. Semuanya happy endings belaka. Macam aku cakap tuh, bersiri-siri mimpinya. Mula tuh mimpi dengan keluarga. Then aku terjaga. Then aku tersengeh sengsorang, aku macam tertanya-tanya gitu, apalah endingnya mimpi aku tuh. Apa pasal aku tercepat sangat tersedar dari tidur, kalau tak sure sampai ke penghujung cerita mimpi aku kan? So aku tidur balik. Aku tak tahu lah Dear Diary, adakah itu aku punya imagination aje tapi mimpi aku tuh bersambung. Then aku mimpi dengan kawan-kawan pulak, gitu jugak, happy-happy aje. Dalam pukul 5 tuh aku terbangun, oooo internet connection aku terputus rupanya itu pasal aku terbermimpi gitu kot. 

See Dear Diary, my life, offline ker online ker, semuanya centered around the internet kan? 

Laaa, rupanya internet service/phone line aku kena suspended sebab aku belum bayar bill. Tersedih dan terbodoh lah aku sekejap Dear Diary sebab tak dapat nak online sebelum pergi kerja. Takat lepak dengar-dengar lagu aje lah aku tadi tuh Dear Diary. Kesian kan? Terputus dengan dunia luar. Nak online tak dapat. Nak menalipun pun tak dapat. 

Macamana pun Dear Diary, rentetan dari mimpi aku tuh, aku rasa happy aje sepanjang hari tadih. Aku pun tak tahu jugak apa yang buat aku rasa happy aje tapi itu lah hakikatnya, aku happy dan bersemangat aje tadi tuh. Walaupun harinih boleh tahan lah sibuknya. 

Dear Diary,
masa aku nak ke RadioShack untuk bayar bill aku tadih, bila aku bukak wallet, baru aku terperasan yang duit aku tinggal sikit aje dah. Itu lah, dalam seseminggu nih aku banyak jugak keluar duit. Banyak beli ubat. Sekali pergi 7-Eleven tuh dalam 30 dollars aku belanjakan untuk beli ubat. Itu yang cepat surut duit aku tuh. 

Ada benda lain jugak yang menyurutkan duit aku secara tak sedar, tapi itu nanti aku cerita dalam entry lain. Tapi tak apa lah Dear Diary, dua tiga hari lagi dapat gaji, aku dah janji dengan Sonny nak taruk duit aku kat safe deposit box dia. Ha, itu baru selamat sikit kot. 

Oklah Dear Diary, ini aje lah untuk hari ini. Aku cadangnya nak sambung entry semalam tapi lain kali lah kot. Aku nak tengok perkembangannya dulu, lagipun aku dah janji dengan dia yang aku tak nak cerita apa-apa sangat kat blog pasal semalam tuh. Iyalah kan, dia pun duduk dekat-dekat sini jugak, dan dia pun dah dua tahun lebih baca blog aku nih senyap-senyap.

Dear Diary, entah-entah Mamat yang nak jalan kaki aje dari Malaysia dulu tuh dah nak sampai US nih jugak kot? Dia nak jumpa aku jugak kan, Dear Diary? Hehehehe

27122007


Dear Diary,
it snowed the whole day today and the mall was not that busy. I was all alone manning the counter. Almost the whole afternoon tuh. I was standing at the corner of the restaurant when I saw this girl walking towards the counter. Asian-looking, sure Pinoy atau Cambodian nih, kata aku dalam hati. 

"Yes, we do have shrimp teriyaki", aku jawab gitu bila dia tanya kalau ada seafood yang dijual di restoran tuh. 

"We have beef sukiyaki and chicken teriyaki too", aku kata gitu without looking at her. 

"I can't eat meat", she answered. 

"You are not vegetarian are you?", I glanced at her. She just smiled. 

"Dang, why is she keeps looking at me cooking?", kata aku dalam hati. 

"You Joe kan? You yang tulis blog Dendam Perantau tu kan?", suddenly that very sentences datang from her mouth. 

Dear Diary, 
hampir terpancut kencing aku tadih, kau tau tak? 

26122007


Dear Diary,
pagi tadi masa kerja, aku rasa macam di awang-awangan aje. Rasa macam high gitu. Mata pun stim aje, walaupun aku rasa puas tidur semalam tuh. Mungkin sebab aku banyak ambik ubat kot. Iyalah, bukan aje Tylenol Extra Strength yang aku makan, ubat batuk pun aku minum gak semalam tuh.

Sebelum tidur aku ambik kedua-duanya, then a few hours later bila aku tersedar, kepala aku masih pening dan aku masih batuk-batuk. So aku telan another 2 bijik Tylenol, aku minum another teguks ubat batuk. Then aku bawak tidur. A few hours later aku terbangun, kepala masih pening, dan masih batuk-batuk, so I did the same thing again.

Semalam tuh adalah dalam 8 bijik ubat yang aku makan, dan setengah botol ubat batuk yang aku telan. Macam overdose gitu rasanya. Aku nih gitu lah, kalau sakit tuh, aku makan ubat banyak-banyak sebab nak kasi cepat sembuh, kononnya. 

Dear Diary, 
we were pounded again today. Cibai tul! Kitaorang tak expect hari ini akan sibuk sangat. We were wrong. Sibuk gila. Berduyun-duyun orang datang. Kampung sangat diaorang nih kan Dear Diary, macam tak ada life gitu kan? Ada ker lepas Krismas, masa-masa cuti, nak melepak kat mall. Macam tak ada tempat lain dah nak melepak. Sedih lah hidup diaorang nih kan Dear Diary? Patutnya masa-masa cuti nih lah lepak-lepak kat rumah, melawat sanak saudara. Ini tidak, berbondong-bondong diaorang datang ke mall. 

Yang lebih sakitnya, aku bertiga sama bini Sonny sama Mr Wong aje yang kerja di bahagian depan hari nih. Sonny entah ke mana hilangnya. Aku sampai tak makan tengahari, aku dah nak mengamuk aje tadi tuh. Aku tengking-tengking aje customers yang banyak cekadak, yang tanya itu ini. Malas lah aku buat muka manis, tanya itu ini, sembang-sembang. 

Sebab, aku perasan, lebih ramah aku dengan diaorang, lebih banyak tips yang penuh kat tabung tips tuh. Bukannya dapat kat aku duit tuh kan? Dan tadi pun kan Dear Diary, ada aku terfikir, buat apa aku beria-ia sangat terkejar sana terkejar sini. Aku nak buat rileks aje lah sikit, after all aku cuma kerja aje kat restoran nih kan? Buat penat badan aje kalau aku beria-ia sangat kan? Ha, mula lah aku ada perasaan gitu tuh Dear Diary. 

Dalam pukul 5 baru lah Sonny muncul, aku macam bengang jugak sebab dia buat tak kisah aje yang aku masih belum makan. Dia biarkan aje aku layan customers sorang-sorang. Entah apa lah hal dia nya aku pun tak pasti. Dah lama lepas tuh baru aku tahu yang dia kena ke Boston sebab nak hantar anak dia. Anak dia sakit, paginya Sonny ke hospital yang kat sini aje tapi Doktor suruh bawak ke hospital di Boston. Sakit apa tah, tapi semenjak dua menjak nih, anak diaorang tuh selalu menangis malam-malam. Mata dia bengkak-bengkak. 

So tadi tuh Sonny macam tak ada langsunglah di restoran, kitaorang aje yang handle semuanya. Aku rasa esok pun akan sibuk jugak kot, sampai New Year lah nampak gayanya akan sibuk nih Dear Diary.Tak apa lah, aku nak buat macamana kan?

25122007


Dear Diary,
tak jadi lah aku nak ke Boston, aku tak berapa sihat nih. Sejak semalam lagi. Nak lepak aje lah kat rumah seharian, kalau lapar nanti, keluar pergi 7-Eleven aje lah. Itu aje lah tempat yang bukak, lain-lainnya semua tutup hari nih. Even MacDonald's pun tutup Krismas nih. Memang kampung sangat kan? 

Nak buat apa pun tak tahu nih, melepak aje lah kot. Nak tidur? Semalam dah puas dah tidur. Sebelum balik kerja semalam tuh, aku minum setengah botol ubat batuk so lena lah tidurnya. Terjaga sekejap lepas tuh, lepak-lepak sambil dengar lagu. Then sambung tidur semula. 

Oklah Dear Diary, kang aku update lagi apa-apa yang patut, aku free seharian nih. 

Dear Diary, 
pelik aku puak-puak Cina nih tau! Diaorang nih, kalau bercakap tuh bukan main bising nya lagi. Riuh rendah. Tah apa-apa. Bapak Sonny, bapak sedara dia, Mr Wong, diaorang tuh asyik lah sembang sepanjang masa, suara masing-masing sampai kat hujung blok boleh dengar. Aku nak tidur pun tak aman jadinya. 

Itu ajelah aktiviti aku harinih, tidur, tidur dan tidur. Kepala aku pening, aku batuk-batuk, so aku telan apa-apa ubat yang aku ada, then tidur. Terasa lama pulak hari off aku harinih. Mungkin sebab semuanya ada di rumah agaknya, kalau aku sorang-sorang macam hari off yang biasa tuh, tak lah rasa masa tuh lama sangat kot. Ini, semuanya ada di sini, diaorang tengok tv, aku tidur. 

Aktiviti lain yang aku buat, pergi 7-Eleven, dan pergi buat laundry. Itu aje. Perut aku kembung nih rasanya sebab masuk angin, kena masak ramen mee lah kejap lagi kot. Tak pun makan biskut aje lah. 

Dear Diary,
tadi Syed talipun aku. Dia ajak aku turun New York. Sebenarnya dua tiga hari lepas aku ada talipun dia, ingatkan dia masih kerja di restoran Cina di Keene, New Hampshire tuh. Tapi rupanya dia dah lama jugak dah berhentinya, sempat kerja 6 hari aje kat sana. Last aku called dia, masa Thanksgiving Day dulu. 

Masa aku talipun dia dulu tuh, bila dengar cerita dia yang dia suka kerja kat situ, aku jadi macam bersemangat jugak. Aku termalu jugak dengan diri aku sendiri sebab Syed yang tak tahu menahu, yang tak ada pengalaman kerja restoran Cina pun boleh kuat semangat nak cuba, tak kan aku tak boleh, kan? 

Sampaikan aku kata kat diri aku sendiri, kalau Syed boleh bertahan kerja di situ, sure aku boleh jugak bertahan lama kerja di restoran Sonny nih. Tapi rupanya Syed punya style memang gitu. Ingat dak masa aku talipun dia masa dia di New York ituhari. Dia kata, "Aku dah ok Joe, aku bagus dah" Tup tup dua tiga hari lepas tuh, dia berhenti kerja. So dia punya "bagus dan ok" tuh tak lah "sebagus dan seok" mana pun rupanya. 

Dia kerja sebagai waiter, dapatlah USD 600 dalam masa 6 hari tuh. Kira ok lah tuh. Sekarang dia di Washington DC, kat rumah kakak dia. Aku tak tahu pun dia ada kakak kat DC, dulu memang selalu dia mention pasal nak duduk di DC aje.

Aku jadi macam malas nak layan sangatlah dia so aku kata lah yang aku akan tetap kerja di New Hampshire nih. 

24122007


Dear Diary,
it was a very long day yesterday. I made it jugaklah walau macamana pun. Cuma towards the end aje aku dah tak daya sangat dah so, lagipun mata aku dah berat sangat dah masa tuh. A few hours sebelum tuh aku minum setengah botol NightQuil yang aku suruh Theresa tolong belikan untuk aku. 

Nasib baik Sonny suruh aku balik sejam awal dari biasa, balik sama bapak dia. Aku ada beritahu dia yang malam sebelumnya aku tak tidur walau seminit pun, so dia perasan kot yang aku memang letih dan mengantuk. To make it worst, mata aku merah sebab tak tidur tu lah, then bila aku pakai contatcs, rasa macam berair aje mata aku. So terpaksa aku cabut satu contact, maknanya aku pakai contact kat sebelah mata kiri aje. Jadi blur lah penglihatan aku tapi still boleh nampak. Macam nampak tak nampak gitu lah. Nampak macam tak nampak pun iya jugak. Bukan macam tak nampak-nampak.

Macamana pun semalam tuh tak lah sesibuk the day before, lagipun Theresa sama Miguel, (part-timers) pun ada so ramai jugaklah yang kerja di bahagian depan.

Balik tuh aku terus tidur aje, tak sempat tanggal uniform pun. I did not even on kan laptop pun. Terus aje aku tidur. Aku terperasan yang ada bapak Sonny dan jugak Sonny kejutkan aku suruh mandi ker apa tah, Sonny selimutkan aku. Or was it mimpi aje, tah aku pun tak tahu. 

Sedar-sedar dah pukul 3-30 pagi, aku minum susu sikit, cuba-cuba sambung tidur tapi tak dapat lelap dah. Seseminggu nih aku batuk teruk sangat, aku pun tak tahu pasal apa. Aku hisap rokok pun sebatang dua jer sehari, sebelum dan selepas balik kerja. Theresa ada kata yang sebab aku selalu kerja di bahagian teriyaki tuh, itu pasal tekak jadi kering dan selalu batuk-batuk. Betul jugak rasanya sebab aku terperasan yang sejak aku kerja di restoran Sonny nih aje, dada aku selalu sakit. Apa yang aku perasan, masa nak bersihkan tempat masak teriyaki tuh, ada satu liquid nih yang bila disiramkan ke tempat tuh, bau dia sungguhlah mentengitkan yang sampai terasa masuk ke dalam jantung hati. Memang bahaya liquid tuh. 

Oklah Dear Diary, aku nak gi kerja dah nih. Harini mall tutup pukul 6, lega sikit rasanya. Esok Krismas tak tahu lah nak buat apa. Kitaorang cuti semuanya esok, Yopi ajak aku temankan dia ke Boston, mungkin aku pergi kot.