Friday, September 21, 2012

Roses And A Wedding


Dua tiga hari selepas tu kemudian, Yanto pulak tak kerja. Jadi di rumah tu adalah empat lima orang yang tak kerja. Diaorang kata memang gitulah gayanya kehidupan pendatang haram di Amerika, kerja tak tetap. Untung aku masih ada saving. Yanto ajak aku jalan-jalan ke Atlantic City pasal dia ni suka berjudi, aku ikut ajelah. Kitaorang pergi naik bas di Chinatown, kitaorang berdua aje yang bukan Cina, selebihnya orang Cina Talu/Cina Daratan, dari mainland China. Riuh rendah dalam bas tu, masa balik aje yang senyap, sebab kalah judi memasing agaknya. 

Di Atlantic City aku adalah jugak masuk casinos sana sini, Taj Mahal, Caesar, Sands, The Trump (tak nampak pun Donald Trump), Bally. Setakat masuk tengok orang main ajelah aku walaupun aku macam terliur jugak tengok orang main slot machines. Yanto main table games, entah, roulette ker blackjack, kejap jer kalah a few hundreds. Dia mintak pinjam duit, aku adalah $500 so aku kasi dia $200, takut jugak aku nak kasi pinjam lebih, takut jadi macam Pak Rori yang larikan duit aku dulu tu. Ramai betul orang Indo di casino-casino, yang dari Boston tu kebanyakannya Yanto kenal. Di sini rupanya diaorang berkumpul kalau hujung minggu. Lama jugak Yanto main dengan duit $200 tu, so aku tinggalkan dia and decided to venture outside. Aku jalan-jalan di Boardwalk, di sinilah rupanya. Birthplace of Miss American Pageant. Bersih betul kota Atlantic City, cuma ramai orang mintak sedekah, ramai yang homeless, yang kalah judi. Aku tak kesian pun dengn diaorang, tak macam masa aku di New York atau di Boston, aku kalau jumpa homeless punya orang aku kasi diaorang barang sedolar dua. Kasi rokok. I have been there, aku fikir gitu. 

Balik dari Atlantic City, Yanto dapat kerja di kilang kertas tu balik. Aku dah malas nak kerja di situ (tak kerja lagi sedap) sebab tak steady gitu, masuk satu hari, tak kerjanya seminggu. Kebetulan malam tu ada yang talipun tanya kalau ada sesiapa yang nak kerja kembang (bunga), kerja di nursery gitu. Kawan serumah, Ricky sama Ferry ajak aku sekali, aku kata oklah kalau ada kawan. So besuknya kerjalah kitaorang, ada 6 orang semuanya, bebaya aku semua kecuali Ferry yang dah 40an. Ajen kerja tu, Mr Moun, orang Kemboja, baik sangat. Sebab dia dah kenal lama dengan tuan punya nursery/greenhouse tu, jadi dia tinggalkan aje kitaorang lepas dia hantar ke tempat kerja. Sebab aku sorang jer yang berbahasa Inggeris, jadi aku disuruh jadi leader kumpulan Bangla tu. Tom, tuan punya, kira oklah orangnya, di tunjukkan apa-apa yang kitaorang perlu buat, lepas tu dia ke office. So kitaorang buatlah kerja sesama kitaorang aje. Ada yang berat, ada yang ringan kerjanya, tapi sebab semuanya satu kepala, kerja jadi ringan gitu. Masing-masing cerita pengalaman memasing, kat mana pernah kerja, di mana tempat bagus kerja, tinggal di mana. 

That kind of stuff. Yang bahagian berat kerja tu bila kena menyorong gerabak besi yang sudah disusun bunga-bunga di atasnya. Sorong bawak naik ke kontena, sehari adalah 5 kontena. Tiga empat orang oklah menolaknya tapi kadang-kadang tu kalau yang lain sibuk buat benda lain, itu yang peritnya. Macam menolak kereta naik bukit.

Macam kawan aku sorang tu, Hari T, selalu gerabak tu jatuh, pernah sekali dia di hempap gerabak tu, nasib baik dia jatuh ke kawasan yang ada lubang sikit, kalau tidak mati kataklah jawabnya. Tapi aku tengok masa dia jatuh tu, sebijimacam hantu bangun kubur (dalam filem lah). Aku selalu cakap dengan dia,"aku kira kamu pasti mati, kurang-kurangnya patah tulang", waktu kitaorang ingat-ingat balik insiden-insiden buruk sepanjang bekerja di situ.

Kerja yang bahagian ringan tu, menyusun pasu-pasu bunga, susun bibit-bibit bunga. Tom bukan main puji lagi kitaorang sebab kerja kitaorang cepat, bagus dan bersih. Tahun sebelumnya ada kumpulan orang Puerto Rico kerja di situ, tak serajin kitaorang. Dia katalah. Tengok sapa leaderlah kan? Macam-macam jenis bunga yang ditanam di situ, bunga raya pun ada. Yang banyak tu bunga ros. Ros putih, ros merah, ros kuning. Lawa jadi tempatnya, colorful. Kadang-kadang aku rasa romantis gitu dikelilingi bunga-bunga ros yang mekar kembang. Macam perli aku aje.

Macam yang aku cakap tadi, kitaorang sekepala semuanya, tak ada pun yang curi tulang, ada aje yang datang tolong kalau tengok yang lain sibuk. Mungkin sebab tak ada perempuan agaknya, aku lebih suka kalau kerja sesama lelaki, tak ada perempuan. Payah kalau kerja ada perempuan, cerewat, yang tua lagi, songehnya mintak ampun. Kerjanya tak seberapa, suruh itu, suruh ini. (I'm talking about perempuan Indo here :-), perempuan Malaysia lain kot? Gamaknya lah :-) 

Satu hari tu, weekend aku rasa, aku jalan-jalan pergi tengok satu expo computer, sajalah to add some spice dalam hidup aku yang waktu tu mundane sangat. Pergi kerja, balik rumah, makan, tengok Wheels Of Fortune, tidur. Di rumah aku tak masak pun, sebab ramai sangat, aku malu. So aku beli ajelah nasi di one Chinese take-out, sebab aku tak ada rice cooker dan periuk belanga, lauknya sardin/soton memanjang. Canned stuff. Kadang-kadang jer goreng telur atau ikan, itupun aku buat masa orang tak ramai di rumah. Kalau tak tu makan tuna sandwich je. Pergi kerja aku biasanya bawak bekal sandwich dengan pisang. Tak pernah makan nasi. Kan orang Indo makannya banyak, itu yang diaorang pelik sangat kat aku, tak makan nasi tapi ada energy. Orang Malaysia lain, tu aje jawab aku.

Laaaa...aku tengah cerita pasal ke expo computer ni tadi, ituah aku ni, long-winded, mengarut, benda yang kecik-kecik pun nak dicerita macamlah aku ni orang famous yang setiap pergerakan aku perlu orang tahu. Ha, tengoklah tu, mengarut lagi. Ok, stop! Kat expo tu kan, aku tengok banyak jual used laptops, tak terfikir pun sebelum ini nak berlaptop maktop, aku rembat aje satu, $450. Laptop lama, Pentium 11, tebal, setebal muka aku. Aku pun beli pre-paid handphone pasal Yanti selalu jugak talipun, dia kata line rumah aku susah benar masuknya.

Memanglah, orang Indo ni kalau menalipun tu, berjam-jam. Diaorang lebih long-winded dari aku sebenarnya, kadang-kadang tu aku rasa nak gelak, aku selalu kata dalam hati. "Diaorang ni gini mentalitinya, benda-benda kecil macam tu pun nak cerita kat semua orang. Tapi aku kan, aku tak rasa aku ni banyak cakap gitu, pasal apa yang aku tulis ni separuhnya tu benda yang dalam kepala aku, apa yang aku fikir, jadi itu yang kadang-kadang merepek sana sini tu. Sebab aku banyak berfikir, kan? Itu yang nampak macam long-winded sikit tu kan? 
Atau memang aku ni yang kurang siuman sikit?

Alang-Alang Menyeluk Pekasam


Besoknya aku tak kerja, Sofea terus tak tegur aku, aku buat tak kesah aje. Dia talipun Mr Thuong, aku kata tak fairlah dia buat macam tu and aku kata sebab Yanto tak nak dijemput oleh Sofea, jadi aku pun berhenti jugaklah. Sepakat gitu kononnya, macamlah Yanto kasi aku makan. 

Sebenarnya, dulu Mr Thuong janji dengan aku,selepas dua bulan kerja, kalau kerja aku bagus, dia nak naikkan gaji aku jadi $7 sejam dan $10 kalau ada overtime. Dah 3 bulan tak ada apa pun.Aku taklah mintak dan diaorang pun mungkin ingat aku tak perasan. Tapikan, tak perasan apa, aku dah lama berangan gaji $7, aku dah berangan nak kumpul duit banyak sikit, aku dah buat calculation berapa duit yang aku bolah simpan kalau aku kerja di situ. Tapi itulah, tak kesampaian. Kerja aku bagus apa, even Manager tu suruh aku jadi permanent staff. Temp associates yang dah bertahun di situ tak ditawar jadi staff. 

Aku talipun warehouse tempat aku kerja tu, aku kata yang aku tak dapat datang, aku kasi reasons nya. Diaorang mulanya suruh aku cari alternatif lain, naik bas ker, tapi aku kata Mr Thuong akan cari orang lain ganti aku, yang lebih baik dari aku. Disebabkan aku dah bayar sewa rumah sampai hujung bulan jadi aku masih punya right untuk tetap tinggal di situ walaupun aku dah tak kerja dengan Mr Thuong lagi. Dia kata aku boleh tinggal di situ selama mana aku suka. Itu nak pancing akulah kononnya supaya aku balik kerja di warehouse tu. Dan aku sebagai real Jantan Melayu :-) tetap dengan keputusan aku. Aku akan tinggal di situ sampai hujung bulan, atau kalau Yanto sudah ada kerja untuk aku. Aku akan pindah. 

Hujung minggu tu Mr Thuong datang, bayar gaji. And bawak 2 Indonesians, satu lelaki satu perempuan, untuk kerja gantikan aku dengan Yanto. Aku lupa nama yang lelaki tu (baru beberapa bulan datang dari Indo, anak bini ditinggal), yang perempuan tu namanya Yanti,janda anak 2, selama ini tinggal di New York,dia melarikan diri dari suami dia di Indonesia yang suka memukul dia dan anak-anak. Kata dialah. Kedua-duanya orang pribumi Indonesia. Kedua-duanya Islam tapi Islam Indonesia lah kan. Yang silelaki tu (aku lupa nama dia) cakap pasal ugama bukan main lagi, tapi selama aku di situ (3 hari) tak pernah aku tengok dia sembahyang. Kencing pun tak basuh, setakat goyang-goyang gitu jer :-) Bukan aku intai tapi terserempak, lelaki kadang tuh tak tutup pintu pun kalau nak kencing, kan?

Yanti pulak, lawa orangnya, genit lagi, asyik nyanyi aje kerjanya. Sah lah orang yang banyak problems. Manjanya mintak ampun, anak-anaknya ditinggalkan di NYC pasal dia tak sure lagi kalau kerja di Boston tu sesuai dengan dia. Dia tanya aku kalau aku ada kenal mana-mana orang Amerika, dia nak kawin , nak dapatkan surat-surat, nak jadi warga Amerika.Tua pun tualah, kata dia. 

Aku talipun Yanto, dia suruh aku pindah, cari kerja belakang kira sebab di kawasan dia tinggal tu, biasanya tawaran kerja mendadak. Kalau aku masih tinggal di situ susah,pasal tak ada sesiapa yang nak datang jemput aku ke tempat kerja.So besoknya aku pindah, sebab aku kurang tau direction ke tempat Yanto, aku naik teksi aje, dua puluh dollar lebih. Besar rumahnya. 

Aku masuk aje, aku tengok banyak kasut-kasut, I mean betul-betul banyak, tersusun di rak. Barang-barang yang aku rasa dipungut di tepi jalan pun banyak, tv, video, almari. Benda-benda yang rosak. Cik Ina yang tuanpunya rumah tu (actually bukan dia yang punya, dia sewa saja and sublet 3 bilik sama orang Indo) tak tahu pun yang Yanto ajak aku pindah ke situ tapi selagi boleh dimuatkan orang, dia terima ajelah. Bila aku masuk aje bilik tu, aku rasa sedih sangat. Berselerakan. Besar jugak biliknya, tapi untuk 6 orang. Tilam disusun 6, barang-barang di taruk di kepala tilam. Semuanya ada, terbaring aje memasing. Aku dalam buat selamba tu pun fikir, kalau aku tahu begini keadaannya, aku sure suruh Yanto carikan tempat lain untuk aku. Sebenarnya I was not mentally prepared nak tinggal di situ waktu tu dengan keadaan yang lebih dahsyat dari "hospital" perang. Tapi aku diamkan ajelah, dah terlanjur, terima ajelah. 14 orang di rumah tu, 4 bilik, 6 orang di bilik aku, selebihnya di 2 bilik yang lain. Cik Ina sama boyfriend dia di bilik yang lagi satu. 

Macam-macamlah perangai diaorang ni,menakutkan aku. Yang paling tua tu, Asok, kerjanya tidur aje. Kerja pukul 5 pagi,balik kerja pukul 4 petang, terus tidur. Bangun pukul 1 pagi, ke dapur, makan. Bukan makanan yang dia masak, tapi makanan orang. Dialah manusia paling kedekut, dalam seminggu dia belanjakan dalam sedolar lebih aje, beli telur dengan mi segera. Selebihnya makan masakan orang lain. Tapi sebenarnya dia ni kaya, di Indolah at least. Ada business, ada rumah yang besar, ada tanah. Duit gaji setiap bulan dia kirim, simpan di bank. (aku akan cerita lagi dalam entries yang lain pasal orang-orang Indonesia yang disini. (Too many freaks, not enough circuses)

Diaorang tu walaupun semuanya stressed up tapi nampak tenang aje, ada yang baru datang beberapa bulan,ada yang dah tujuh lapan tahun tinggal secara haram di Amerika, macam Cik Ina. Makin lama aku makin faham dan boleh terima hakikat yang it's alright to live secara haram di Amerika. Jangan bikin crime aje, yang lain-lain tu kena pandailah jaga diri. Diaorang tak tahu pun kisah aku, aku tak cerita pada sesiapa pun selama ini, kisah macamana aku boleh tersesat ke Amerika. Diaorang pelik jugak, memang ada a few Chinese(Malaysians) yang mereka kenal, tapi Melayu belum pernah diaorang jumpa. 

Tempoh "stay" aku dah nak habis (tempoh aku dibenarkan tinggal di Amerika, kan aku dulu dikasi 6 bulan) dah nak habis. Aku tanyalah diaorang, masing-masing kata, tenang aje sebab diaorang tu semuanya dah over-stay, semuanya orang gelap. Ada yang tak ada ID,tak ada apa. Gelap gelita gitu. Aku masih kira ok sebab ada bank account.(Tak lama lepas aku buka account dulu, ada regulation baru yang kalau nak buka account, kena ada proper IDs, ada Social Security Number etc) Jadi, aku fikir, since aku masih banyak "unfinished business" di Amerika (kalau tak, tak adalah tajuk blog aku ni Dendam Perantau kan?) :-) aku nak ikut cara diaorang jugaklah. After all, aku tak ada duit nak balik, aku kena start from scratch. Bererti kalau aku balik ke Malaysia aku akan balik sebagai one big loser. Mana boleh!Aku memang jenis tak mahu kalah. Aku rather jadi kuli batak di Amerika daripada balik Malaysia and to start all over again. That's out of the question. 

Aku dah di sini, aku teruskan ajelah, mana tahu something big might happen one day kan? Aku kena tangkap immigrasi ker....(no, aku tak nak cakap and fikir benda buruk-buruk sebab benda buruk-buruk yang aku selalu fikir, selalunya menjadi) :-( Biarlah aku bersusah payah di sini, I'm in a foreign land and nobody knows me so what the heck! Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Yang pergi seluk pekasam in the first place tu apa ke jadahnya? Pekasam tu nak buat apa? Aku pun tak tahu. 

Yanto dapat kerja, dia janji nak masukkan aku ke tempat dia kerja kalau ada peluang. So aku lepak ajelah, keluar jalan-jalan pasal cuaca di luar pun bagus. Lagipun aku selama 3 bulan kerja berat-berat, rihatlah dulu sementara tunggu kerja. Duit saving adalah sesikit. Adalah empat lima hari aku tak kerja, kemudian Yanto kata di kilang tempat dia kerja tu nak tambah orang so dia masukkan nama aku. Yanto kerja double shift so aku tak jumpa dia langsung, cuma waktu aku kerja baru nampak dia. Kerja kilang kertas, kepunyaan orang India. Pekerjanya separuh India dan selebihnya orang Indonesia, adalah 3 vans. Aku kerja shift malam, dari pukul 8 malam sampai 6 pagi. Tak ada apa sangatlah aku disuruh sebab aku tak reti guna mesin, jadi aku disuruh susun cardboard di palet, sort surat-surat ikut poskod, benda-benda leceh aje. Punyalah mengantuk aku, dalam sejam ada 60 minit tapi aku rasa aku tengok jam aku sampai ratusan kali. Bosan nak mampus. Aku kerja berdua, yang sorang lagi tu jenis curi tulang, melepak jer kerjanya, aku buat jugaklah kerja walaupun kekadang tu terlelap. Tapi tak apa, tak ada yang nampak. 

Masa dah nak balik tu aku disuruh menyapu, malu betul aku dibuatnya sebab kena menyapu kat celah-celah kaki diaorang yang tengah kerja tu. Orang Indo taulah kan, dapat kerja pegang mesin pun dah rasa macam kilang tu bapak diaorang yang punya. Tapi sebab aku baru dan belum tahu cekadaknya diaorang, aku diam ajelah. Bila aku dah siap menyapu, aku tanyalah Supervisor tu, perempuan India, apa nak buat lagi. Dia kata, aku bagus, rajin, tak macam yang sorang lagi tu. Aku cakap dengan dia, you ain't seen nothing yet, tapi dia tak faham agaknya, dia tak gelak pun.

Waktu nak naik van yang nak hantar kitaorang balik, van orang shift kedua tiba, aku tengok ada satu awek tu pakai tudung, orang Indo, lawa orangnya. Tak pernah aku tengok orang Indo pakai tudung, itu pertama kali. Dalam van tu 16 orang, macam sardin jadinya, kebanyakannya perempuan yang dah berumur, aku tengok aje gelagat memasing. Meluat aku.

Besoknya aku ditalipun ajen kerja tu ,orang Indo, dia kata kilang tu dah tak nak pakai ramai orang sebab kerja di situ bermusim, waktu tu kurang sibuk. Jadi tak kerjalah aku besoknya, semuanya yang satu van dengan aku pun tak kerja. Terlepas peluang aku nak kenal awek yang pakai tudung tu. 

Joe Doesn't Live Here Anymore


Aku semakin lama semakin disenangi di tempat kerja, tak ada staff yang tak suka dengan aku. Baru diaorang tahu aku, Bangla bukan sebarang Bangla. Aku, kick-ass (puta madre dalam bahasa Spanish) punya Bangla :-) Tapi sebenarnya aku taklah suka kerja begitu, kerjanya berat. Tapi kalau disuruh key-in data aku lagi bosan,mengantuk. Masa jadi slow rasanya. Kalau kerja bahagian shipping tak terasa sangat, cuma itulah, kena mengangkat barang.

Aku tak perasan sebenarnya di warehouse tu ada a few cameras kat siling, and ada 2 yang betul-betul zoom kat area aku kerja. Aku tak tahu mulanya, tapi satu hari tu Lead Supervisor aku, Tom, panggil aku masuk office dia. Gelabah jugaklah aku. Dia kata aku dah 2 bulan kerja di situ, dia kata diaorang tahu kerja aku bagus. Manager tu selalu puji aku, kata dia. 

Manager tu suruh aku jadi permanent staff. Aku gelak jer, aku kata, mana Manager tu tahu sebab dia tak tengok aku, dia asyik depan komputer dia. Tom kata, Manager tu tengok aku melalui komputer, melalui cameras yang dipasang di siling. Terkejut aku. Jadi selama 2 bulan tu pergerakan aku ditengok orang rupanya. Teringat aku yang aku pernah ambil aje pen-pen yang aku berkenan kat situ, taruk dalam pocket. Taklah banyak, adalah dua tiga mungkin. Kemudian aku fikir, malunya kalau diaorang tengok aku tengah korek hidung ker, garu telor ker...ishhh. Tak kesahlah, benda dah lepas. 

Aku terimakasihlah pada Tom (dan Manager OfficeMax tu and his assistant) sebab ada kepercayaan pada aku.Aku kata aku nak fikir dulu. So, lepas tu, bila aku kerja balik, aku bukan main posing lagilah. Kerja yang berat dah tak terasa apa, aku buat selamba jer. Well, at least di depan kamera. Berlakun aje. I'd probably be a famous film star now if I wasn't such a good order picker :-)

Aku fikir, patutlah diaorang selalu tengok aku dari dalam bilik cermin tu, tengok diaorang bukan tengok nak mengutuk, tengok kesian gitu. Tentu diaorang fikir, "kesian budak sorang ni". Aku memanglah sepatutnya terima offer diaorang tu tapi aku kan tak ada legal papers, aku kan tak ada working permit. Yang aku ada hanyalah passport yang visa dan stay nya masih hidup. Diaorang mana tahu aku orang gelap. 

Jadi aku tak boleh terima offer diaorang tu. Aku diamkan ajelah, aku ada cakap sama ada satu orang Indonesia yang baru masuk kerja, Yanto. Ada 2 orang sebenarnya orang Indo yang baru, Sofea ada cakap sama aku yang di satu bahagian luar Boston tu ada ribuan orang Indo. Aku tak percaya mulanya, kemudian dia ajak aku pergi cari kalau ada sesiapa yang nak kerja. Itu yang kitaorang dapat 2 orang tu, takat tangkap muat aje gitu.Diaorang berdua ni tak reti English jadi ke mana-mana berdua ajelah. Susah jugak jadinya kerja aku sebab aku disuruh Tom "handle" diaorang berdua tu. 

Yanto baik orangnya, dia ajak aku pindah ke kawasan tempat dia tinggal sebab senang nak dapatkan barang makanan Asia, semua ada. Lagipun ramai orang Indo di situ, ada Perkampungan Jawa, ada Indonesia Kecil lagi. Nak cari kerja pun senang sebab banyak factories di kawasan tu.Dia kata dia kesian tengok aku tinggal sorang-sorang di kawasan yang tak ada orang Asia, bayar sewa pun $200 sebulan. Tak berbaloi gitu. Aku kata tunggulah, aku belum ada duit. 

Dalam masa tu jugak, abang Mr Thuong menumpang di rumah tu, tetiba jer. Dia dari Michigan sebenarnya, lepak di situ a few months. Orangnya dah 50an, dia sekali cakap jer aku dah tahu yang dia ni "ada penyakit". Cakapnya lembut, siap dengan gayanya sekali, never been married, tak ada anak, duduk sendirian. Tiap hari baring di sofa tengok video (dia beli) rancangan hiburan Kemboja. Muaknya aku, jenis music zaman-zaman tahun 60an gitu kalau di Malaysia. Tapi itu latest music kata dia. Itu ajalah kerja dia dari pagi sampai malam. Kat dapur pulak, kalau dia buat his dishes, dia lap dengan tissue paper, kemudian tissue paper tu dicuci dan dibiarkan kering untuk digunakan lagi. Tak pernah aku jumpa orang macam tu. Memang sah orang berpenyakit. Yang aku suka, dia tu knowledgable, apa aje topik dia tahu, itu yang aku suka sembang dengan dia. Dia selalu kata pada aku, jangan jadi macam dia. Tak ada family. 

Tom tiap kali jumpa aku sure tanya bila aku nak jadi permanenet staff, banyak benefitsnya dia kata. Aku tak adalah alasan lain tapi aku kata, "I don't want my hands to be tied to the back". Lagipun aku tak ada transport, aku mungkin nak sambung belajar lagi. Bermacamlah alasan yang aku kasi. Dia angguk aje tapi dia kata kalau aku nak jadi staff situ, anytime aje. 

Summer pun tiba, semua orang jadi happy. Even aku pun happy. Aku sudah mula ke panggung wayang, aku selalu ke library di hujung minggu. Biasanya aku ke library dulu di pagi Sabtu, dapatlah guna internet barang setengah jam. Lepas tu aku bacalah apa-apa yang patut. Tengah hari, aku pergi tengok wayang, lepas tu balik semula ke library. Petangnya, aku ke Chinatown. Tengok terung. Atau tapau roti canai Penang Restaurant. Bosan aku kalau di rumah, tak ada buat apa. Hari Ahad pun sama routine aku. Kalau aku pergi tengok wayang, aku lebih suka tengok independant movies macam My Big Fat Greek Wedding, Bend It Like Beckham, Monsoon Wedding sebab kat panggung tu aku rasa comfortable menonton sorang-sorang. Kalau kat panggung yang tayangkan current films, ramai orang, aku rasa janggal pergi sendirian.

Adalah 3 bulan aku kerja di warehouse tu, aku berhenti secara mendadak jugak. Sofea malas menjemput Yanto sama kawan dia sebab diaorang tinggal di tempat lain, jadi dia kata dia dah tak nak ke sana lagi. Jadi Yanto dengan kawan dia tu kena berhentilah sebab tak ada transport. Aku, sebab dah hampir sebulan kerja sama-sama diaorang, dah jadi rapat gitu. Diaorang ajelah kawan yang aku ajak bersembang, staff lain cara diaorang bersembang lain. Lagipun, Yanto ajak aku pindah ke rumah dia, menyewa di situ, cari kerja di sana. Jadi serba salah aku, kalau aku berhenti bererti aku kena pindah rumah. Tak berhenti, aku geram dengan Sofea, bukannya kitaorang tak bayar. 

Aku fikir, sudahlah, nak ajar dia ni sikit, kalau diaorang berhenti, aku pun berhenti jugak. Biar padan muka Sofea, langsung tak dapat duit minyak. Biar dia pergi kerja sorang-sorang, bayar toll sorang-sorang. Jadi, minggu depannya bila Yanto berhenti, aku pun ikut berhenti kerja. Mau cuba nasib tempat lain pulak. Iyalah, the grass is always greener on the other side kan? Now, let me worry about cutting it :-) 

Bangla Aku, Bangla Amerika


Dalam pocket aku cuma tinggal lebih kurang sepuluh dollars tapi aku tak bimbang sangat pasal Mr Thuong kata sewa rumah tu akan dipotong duit gaji aje. Cuma aku bimbang pasal makan, dengan duit sebanyak itu apa yang dapat aku beli? Berapa lama aku baru dapat gaji? 2 minggu? 3 minggu? Aku perlu jaga makan pasal nanti kan kerja mengangkat benda yang berat-berat, aku perlu ada power, ada stamina.

Rumah tempat kitaorang akan tinggal tu, kepunyaan Mr Thuong, di luar kota Boston, di kawasan Mat Salleh semuanya. Macam rumah teres, luas backyardnya, kawasan bersih lagi. Aku sama XX akan tinggal di situ, sebilik berdua. Bilik yang lainnya dibiarkan kosong, mungkin nanti warehouse tu perlukan lebih banyak orang. Mr Thuong kata dia akan datang setiap hari Sabtu, jadi dia suruh kitaorang take care of the house. 

Di basement tu ada one Cambodian family menyewa tapi they have their own separate entrance. Sofea namanya perempuan tu, janda anak 3. Kitaorang pergi balik kerja sama dia sebab dia ada kereta, setiap minggu kena bayar $20. Ish, belum apa-apa dah potong sana-sini, berapa sen sangatlah dapatnya aku nanti? Sudahlah gajinya $6 sejam. Seminggu dapatlah $240. Baik kerja restoran, makan free, tempat tinggal free. Kena belasah pun free. Kerja ajelah, asalkan dapat duit, ini semua pengalaman baru hidup aku,itu yang aku fikir.

Masuk kerja pukul 3, tak berapa jauh tempatnya, lebih kurang setengah jam perjalanan. Kitaorang bertiga (temporary associates/TEMP) disuruh kerja bahagian packing and shipping. Besar warehousenya, tengok barang-barangnya pun takut aku dibuatnya. Semua barang ada, dari sekecil-kecil hinggalah gazebo, pokok bunga, furniture,semuanya. Macamana kalau aku kena usung benda-benda tu? Ngeri aku memikirnya. 

Sebab itu hari pertama kitaorang kerja, jadi disuruh kerja bahagian yang senang dululah. Sofea disuruh key-in data, aku dengan XX disuruh pilih barang yang dioder dan masukkan dalam kotak. Barang kecil aje mulanya, pen, pensil,buku nota, barang yang beratnya kurang dari 5 lbs tiap satu. Tapi kalau satu order tu mahukan sampai 100 boxes of barang, berpeluh ketiak jugaklah dibuatnya.

Ordernya banyak pulak tu, Belum habis satu, berpuluh order lain yang datang. Tapi aku rasa seronok jugak, mungkin sebab hari pertama. Sebenarnya aku rasa lain sikit compared dengan kerja di restoran, kerja di warehouse tu luas pandangan, boleh jalan dari hujung ke hujung picking barang-barang, rasa agak bebas gitu. Tak terperuk macam kat restoran. Dan aku boleh berangan-angan, boleh bermenung-menung sebab aku kan smart, kerja tak perlu diawasi. Ajar sikit aje dah pandai. 


Untung dekat rumah tu ada Dollar Store so dengan duit yang aku ada tu aku beli 2 dozens telur, beli roti, beli fries, beli minyak, beli susu. Habis sepuluh dollar tu.Di rumah ada periuk belanganya so tak ada masalah nak masak. Cuma masalahnya, apa nak dimasak. Makan benda tu lah, roti dengan telur sama kentang goreng. Tiap hari. Selama seminggu. Pagi jer buat French toast, susu campur telur, taruk garam sikir, kemudian rendamkan roti dalamnya, lepas tu goreng. Itu aku belajar dari filem Kramer Vs Kramer, aku rasa.

XX pendiam jugak orangnya, resah memanjang, tapi kepohnya boleh tahan. Tapi gayanya dia tak pernah buat kerja kuat, kejap dia buat pura-pura cari barang kat rak bawah, supaya dia boleh duduk. Batuk-batuk dia sebab warehouse biasalah kan, berhabuk. Kalau waktu break tu, makannya banyak. Sebab dia banyak makanan agaknya. Aku setakat makan roti aje. Hari seterusnya aku disuruh buat benda yang sama tapi di bahagian lain, di bahagian yang barangnya agak berat. Buku-buku. XX masih di bahagian sebelumnya pasal diaorang kata kerja dia lambat, banyak salah pulak tu. And for the first time walaupun kerja berat tapi aku rasa puas hati pasal penat lelah aku dihargai. Oleh Mat Salleh lagi. Semakin lama semakin ke bahagian yang agak berat, sebab kebetulan ada yang berhenti jadi kurang orang. Sebab kerja aku cepat, aku disuruh handle bahagian tu sorang-sorang. Mengangkatlah aku barang yang berat-berat, berpuluh pallet kertas aku angkat,aku seret, aku usung, setiap hari. Satu kotak tu lebihkurang 35 kg, tapi kalau 300 kotak sehari, tak rasa patah pinggang?

Aku tengok yang kerja di situ semuanya yang badan besar yang bagi aku sure diaorang boleh angkat benda berat. Tapi sebenarnya tak, yang kurus lah kerja mengangkat benda-benda tu semuanya. 

XX semakin lama semakin tak ada semangat nak kerja, dia kata nak turun NYC, tak sanggup dia kerja berat macam tu. Bagi aku tak beratlah tempat dia tu sebab perempuan pun pernah kerja di situ, biasa aje. Cuma dia memang tak pernah kerja berat mungkin. Tapi aku pun tak pernah kerja macam bangla jugak, kan? Well, aku lain sikit orangnya :-)

Akhirnya XX berhenti, dia blah gitu aje one Sunday morning. Dia kata tak tahan kerja. Jadi tinggallah aku sorang-sorang, aku tak terfikir pun nak ke mana-mana. Duit pun tak ada. Mr Thuong datang tiap minggu,bayar gaji. Tapi kan, sebab aku hutang sewa rumah, duit transport, jadi kerja seminggu duitnya tak cukup, so minggu depannya kerja untuk bayar hutang lagi.

Yang gantikan XX silih berganti jugak, masuk satu, sempat bertahan dua hari. Kemudian berhenti. Masuk yang lain, kerja seminggu, blah. Semuanya orang Kemboja. Bila dah hampir sebulan aku kerja, barulah duit gaji mingguan tu aku dapat simpan. Adalah dua ratus lebih, tapi tiap hari aku kira, walaupun aku tau berapa jumlahnya. Aku pun dah boleh minum kopi, dah boleh makan mashed potato, dah boleh beli barang keperluan seharian yang selama ini aku tak dapat beli sebab tak ada duit. Kalau hari Sabtu dan Ahad aku jadi betul-betul bosan, bulan pertama aku langsung tak keluar mana-mana. Duduk di bilik aje, bilik yang kosong yang tak ada apa-apa. 

Aku baca USAToday ajelah kerjanya, semua articles aku baca. Kat rumah tu walaupun bebas, tapi tak ada apa, no tv, no radio, no telephone, no nothing. Aku langsung tak fikir pasal internet waktu tu,kalau dulu aku 24 jam berinternet, aku sudah jadi 24 jam tanpa internet. 

Bulan kedua aje aku cuba-cuba keluar, aku jalan kaki ke stesyen bas yang jauhnya lebih kurang 20 minit jalan kaki. Waktu tu dah Spring, dah tak berapa sejuk. Aku cuba naik subway, pergi downtown Boston. Tak ke mana pun, setakat jalan-jalan itu aje, aku tengok kat info center, ada Chinatown. Aku pun jalanlah ke sana nak beli beras, dah lama tak makan nasi. Di kedai dekat rumah aku tu ada jual beras, tapi beras cokelat, beras apa tak tahu aku. 

Di Chinatown tu aku betul-betul teringat Malaysia pasal kat situ aku tengok ada orang jual terung panjang, kacang bendi, petola pun ada. Panjang betul petola Amerika, semeter lebih. Kemudian aku jalan lagi, walaupun kawasannya taklah luas tapi adalah a few blocks. Kemudian aku tengok ada Penang, Restoran Malaysia. Mak oi, aku terus masuk, bungkus roti canai 3, nasi lemak satu. Bangga jer aku di restoran tu yang aku tengok tak adalah sangat kemalaysiaannya. Nama restoran Malaysia sebab tokeynya orang Malaysia, tapi yang ada cuma roti canai, nasi lemak, and a few other dishes yang aku tak boleh makan. (Kalau tak salah aku Tokey Penang tu baru dapat Datukship, dulu dia kerja jadi dishwasher waktu baru tiba di Amerika)

 -------------------------------- 
Aku lupa: Waktu aku kerja di restoran di Elizabeth NJ tu dulu, kan aku belum ambil gaji aku yang seminggu tu. So, aku talipun diaorang, cadang nak suruh Mr Lee kirimkan aje pada aku. Mrs Lee yang jawab talipun, dia tanya Mr Kim. Boss kata duit aku dah dikasi sama Pak Rori. Aku mintak nak cakap dengan Pak Rori,dia kata Pak Rori dah berhenti kerja, Henry pun. Diaorang tak tinggalkan contact numbers. Tak tahu aku siapa yang nak dipercaya. Macamana pun, aku tak halalkan duit tu. Tapi kan, dia bukan Islam? Tetap aku tak halalkan jugak.
 ------------------------------------- 
Ada juga kekadang tu kitaorang kerja overtime, sampai 3 pagi. Tak apalah, sebab aku dibayar $9 sejam kalau kerja lebih dari 40 jam seminggu. Dapatlah tambah duit sikit sebab biasanya 2 minggu aku kerja hanyalah dapat bayar sewa bilik dan transport. Makan pun setakat ala kadar aje. Kalau aku ke Chinatown aku belilah sotong, ikan, benda-benda gitu. Aku cuba-cuba nak buka account di bank tapi sebab aku tak ada ID, tak ada Social Security Number, tak ada surat kerja (aku kerja tu kerja "bawah meja" gitu, warehouse bayar sama Mr Thuong $10 sejam. Kemudian Mr Thuong bayar aku, setelah dipotong "bahagian dia". Satu jam aku kerja dapat $6, dia dapat $4, tak buat apa-apa pun, main telor aje dapat $4 duit titik peluh aku) jadi tak dapatlah nak buka account. 

Aku ke Chinatown ajelah pasal di sana ada a few banks kecil yang cater for Asians. Satu bank tu kata aku boleh buka account dengan guna passport aje, teruslah aku simpan $400. I could have saved more tapi I gave myself a big treat, Bangla-style lah kan? Aku pergi Strawbridge's and bought myself some shirts, pants and stuff. Aku fikir, here I am, nobody cares if I'm miserable, so I might as well be happy. 

------------------------ 

Tahukah anda? :Hidup aku sekarang simple aje, aku cuma ada satu aje kunci. Kunci rumah. Tak ada key-chain lagi. No more car keys, no more gate key, no more mail box key. No more all those keys macam sewaktu di Malaysia dulu. I have no money, no resources, no hopes. I am the happiest man alive :-)



Here We Go Again


Aku cuba jugak melelapkan mata sebab waktu tu baru jam 3 pagi, toss ke kiri, toss ke kanan. Tak boleh tidur, kekadang mata aku berdenyut sakit. Walaupun aku dah taruk minyak. Lagipun aku takut si Amigo1 tu datang lagi buat kacau. Aku fikir jugak, tak apalah aku tak tidur pasal besoknya aku nak berhenti kerja ajelah, lebih selamat aku di streets of New York daripada sebumbung dengan Amigos tu. 

Gini gayanya duduk di Amerika, fikir aku dalam hati. Tak macam dalam filem, di tv yang aku selalu tengok tu,aman damai, everything's so amazingly beautiful. Mana land of milk and honeynya? Apa yang aku jumpa hanyalah land of sweat and tears. Terbentang luas di depan aku. Miles and miles and miles. So this is my slice of American Pie yang aku idam-idamkan sangat tu rupanya. 

Syukur Tuhan, tak ada apa sebenarnya terjadi selepas itu, walaupun Amigo1 ada keluar bilik untuk ke tandas. Aku sambil buat pura-pura tidur, cuma pegang aje besi tu waktu dia keluar dari bilik. Pagi sewaktu orang lain bersiap nak kerja, aku kemas-kemas barang. Pak Rori sebenarnya takut jugak, dia kata dia nak ikut aku tapi aku kata tak ada tempat nak dituju, cuma aku akan ke NYC. Dia kata nak talipun abang dia yang di Connecticut, kalau ada kerja di restoran di sana. 

Di restoran, aku tak cerita apa-apa pada Mr Kim sebab Mr Lee dah cerita pada dia, cuma aku kata aku nak berhenti. Dia tahan aku, suruh teruskan kerja, dia kata Amigos tu gurau-gurau mungkin, cuma cara gurauan diaorang tu agak kasar. Gurau apa? Mata aku lebam, bibir aku luka, gurau namanya? As expected, sebab Amigos tu memang dah lama kerja di situ, dan bayaran gaji nya murah, jadi diaorang tak dipecat. Aku tak pun mintak gaji aku yang masih tertangguh seminggu pasal Mr Kim kata aku harus kasi seminggu notice kalau aku nak berhenti. Aku diam ajelah, terus aku pikul bag aku, jalan ke tempat tunggu bas ke NYC. 

Aku tak fikir pun nak ke tempat Hadi, aku malu, pasti dalam hati dia cakap yang aku ni tak habis-habis ditimpa bencana. Dia sure tak akan percaya cerita aku. Tapikan aku ada bukti, lebam di mata. Duit yang aku ada pun tak banyak, not even seratus. Jadi aku balik jadi seperti dulu tu, homesless, meraya-rayau di NYC. Aku tahu itu memang *****, aku mengaku memang itu benar-benar ***** tapi waktu tu aku macam dah give up habis gitu, aku jadi macam tak nak berusaha. Aku, masa tu fikir, buat apa aku berusaha, memang tak jadi punya apa yang aku nak. Masa tu lah aku fikir yang apa perlunya fikir sangat masa hadapan,fikirkan benda yang depan mata sudah. 

Dulu aku fikir nak terus kerja di restoran tu, kerja berat pun tak apa, asalkan aku dapat kumpul duit, supaya aku dapat meneruskan "rancangan tergendala" aku. 4 minggu jer dah ada masalah lain.Aku jadi malas nak fikir ke depan. Sebab aku tak dapat berfikir sebenarnya, aku tak boleh berfikiran waras masa tu. Bila dah tak waras gitu, setan pun apa lagilah kan? God, I can't take this anymore,what else do You want me to do? What have I done to deserve this? Itu hanya Tuhan aje yang faham.

Aku tak blame diri aku sebab jadi putus asa gitu. Aku tak fikir pun yang aku dengan duit yang ada sikit tu, pergi ke Chinatown ker, cari kerja. Macam dulu tu. Aku tak fikir pun gitu. Instead, aku belanjakan duit tu untuk makan 2 kali sehari. Kalau dulu aku boleh survived 2 minggu dengan hanya makan roti sama minum air paip kenapa masa tu tak boleh pulak? Kenapa aku harus makan nasi? Kenapa aku harus minum bottled water? Cepat betul aku boleh lupa cara masa aku susah. 

Ada dalam seminggu aku begitu, mundar mandir sana sini.Bila duit aku dah tinggal beberapa dollars aje barulah aku macam tersedar dari ke*****an aku. *****! Aku talipun rumah Hadi sebab dulu dia ada tanya kalau aku nak jual laptop aku, aku kata itulah benda yang paling aku sayang waktu itu, aku tak nak jual. Tapi sebab Hadi tolong aku, aku katalah yang kalau dia nak beli aku mungkin ambil seratus dua aje. Dia kata tak nak beli kalau aku jual murah. 

Hadi tak ada di apartment, kawan dia yang jawab. Dia kata ada one Cambodian guy cari orang untuk bekerja di satu warehouse di Boston, tapi belum berapa pasti. Dia tanya kalau aku nak, aku kata apa-apa ajelah. Aku tahu Boston tu di ceruk Amerika tapi aku tak tahu berapa jauh. Sejauh Niagara Falls agaknya, tapi Boston more to the east. So dia suruh datang apartment diaorang. Waktu aku sampai tu Hadi dah pun balik dari tempat kerja, kitaorang sembang ajelah. Aku ceritakanlah pengalaman aku kerja restoran selama 4 minggu tu. Diaorang tak terkejut pun pasal benda-benda gitu memang selalu terjadi. Aku boleh agak yang diaorang masing-masing pun ada cerita diaorang yang tersendiri. 

Diaorang ajak aku tinggal di apartment itu sajalah buat sementara sampai that Cambodian guy talipun lagi. Adri (kawan satu apartment dengan Hadi) janji dapatkan one Indonesian guy tapi dia tak ada kawan yang lain itu yang dia suruh aku aje gantikan. Adalah dua tiga hari aku lepak di situ, sebab diaorang kerja jadi aku rasa tak sedap aje tinggal di apartment tu sorang-sorang, so aku pun keluar jugaklah jalan-jalan. Malam, baru balik, waktu diaorang dah balik kerja. Aku sewaktu jalan-jalan, kalau jumpa dengan Spanish-looking punya orang, aku jalan tunduk jer, aku macam takut-takut gitu. Aku taklah dendam apa, cuma aku rasa bengang. Mata aku taklah nampak bengkak sangat pasal aku pakai glasses, aku nak pakai contacts masih sakit.

Aku ada talipun IFF tanya pasal duit course aku, ada harapan dapat direimburse 50 % tapi lama gayanya baru dapat. Mungkin setahun. mungkin 2. Tak apalah, dapatlah cover duit aku yang hilang tu. Aku hilang lebihkurang $2500 in cash and $4200 in travelers checques.(Ha, inilah benda yang aku lupa nak mention dalam entries aku yang lepas-lepas) Yang travelers checques tu aku tak bimbang sangat pasal orang tak boleh nak cash kan. Yang credit cards tu, I called toll-free numbers Mastercard and Visa punya offices, aku tak berapa sure yang diorang cancelkan cards tu atau tidak. Lantaklah, apa nak kisah, bukan duit aku.

Hujung minggu tu that Cambodian guy talipun, dia nakkan 2 orang. Kebetulan Adri ada kawan yang ada kawan yang ada kawan yang ada kawan (network orang Indo di sini bagus) yang baru tiba dari Indo 2 minggu lepas, kerja di restoran tapi tak tahan jadi dia berhenti so dia lepak kat rumah kawan (macam cerita aku jugak tapi taklah seteruk mine) So, kitaorang tunggulah that guy, Mr Thoung, di satu subway station di Queens, lupa nama subway tu. Aku dengan this Indonesian guy XX, nampak sangat nervousnya, dia lagilah pasal that morning masa dia ke apartment tu, someone stole his bag. 

Waktu aku nak pergi tu aku fikir jugak, aku ni nak pergi jauh dari NYC, mungkin aku tak menjejakkan kaki ke situ lagi, so aku ambil beg aku yang ada laptop dengan digital camera tu, dan aku kasi sama Hadi. Aku kata, "Di, ambil ni, aku nggak butuhkan semua ini, aku kan nanti kerjanya di warehouse, nggak perlu ini segala. Kamu udah banyak bantuin aku dan aku nggak bisa balas budi kamu. Kamu ambil ajalah ini". 

Dia tak nak, dia gelak-gelak, dia tolak-tolak aku sambil kata yang Mr Thuong dah tunggu kitaorang. Aku, kalau orang tolak pemberian aku, memang pantang tok nenek aku :-) , so aku katalah," Kalau dulu kamu tolong aku, sekarang tolong aku lagi, ambil ni, benda ni semua udah nggak punya arti lagi buat aku". Dia ambil. Mungkin dalam hati dia kata,"pelik budak Malaysia ni". Mungkin.

Waktu berangkat ke Boston tu siang, jadi aku taklah tidur di sepanjang perjalanan, cantik pemandangan di luar, merentas New England lah katakan. Terfikir jugak aku, 
yang aku nanti akan kerja di warehouse, pasti kerjanya berat-berat, angkat barang besar-besar, berat. Macamana, aku tak pernah kerja kuli gitu, aku dulu kerja pegang 
pen aje, guna computer. Nampak gayanya aku kena jadi Bangla di America ni.

Black-eyed Joe


Tidur ajelah aku dalam perjalanan tu, sedar pun masa berhenti di Syracuse dan Rochester, dan bila aku tengok keluar, baru aku perasan sleet turun. Aku tak tengok pun weather news masa berangkat tu, so aku tak tahu keadaan cuaca. Apa yang aku tau, snow akan turun di north east lagi dua hari. 

Rupanya di Buffalo salji dah setebal 6 inci, memanglah lagi dua hari snow nak turun, tapi di lower north east of America, di bahagian New Jersey, Pennsylvania and part of New York. Aku lupa yang disebabkan Buffalo terletak di utara (dah dekat ke Canada) jadi tempatnya lagi sejuk. Apalah bengap sangat aku. So terhenjut-henjutlah bas tu meredah salji. Sampai jugak akhirnya di Buffalo, Niagara Falls tu tak jauh sebenarnya, beberapa minit saja. Tapi layover tu yang lama, tu yang buat bengangnya. Ternanti-nanti. Tertunggu-tunggu. Dari jauh lagi dah boleh dengar bunyi air terjun, aku tengok sekeliling. Ya, luasnya kawasan, sayup-sayup gitu. 

Bas berhenti di check-point immigrasi Canada, so semua penumpang turun. Tak ada tanya banyak waktu tu pasal aku kata aku nak balik hari, aku tunjukkan ticket bas balik ke NYC malam tu. Kemudian teruslah kitaorang naik bas balik, dalam hati aku kata, masuk Canada aku, siapa sangka. Dalam sesepuluh lima belas minit lepas bertolak, aku rasa pelik. Nak ke mana ni? Memanglah destinasi terakhir bas tu ke Toronto tapi kan dia berhenti dulu di Niagara Falls? Adalah 2 orang yang terpinga-pinga macam aku jugak, so aku tanya passenger yang duduk di sebelah aku. Dia kata bas tu nak ke Toronto, Niagara Falls dah dilewati (macamlah aku tak tahu ), next stop tu St Catharine, Ontario. Aku terus ke depan tanya driver tu, dia kata selepas pemeriksaan immigrasi tu tadi, sepatutnya tak payah naik bas tu lagi, jalan aje, sebab itu sudah dikira kawasan Niagara Falls (Canadian side). Di situ tak ada bus stop, bus stand adalah. Yang Mat Sallehs dua orang tadi punyalah marah kat driver tu, dia kata jangan expect semua orang tahu di mana nak turun. At last kitaorang bertiga turun, tunggu local bus yang ke Niagara Falls. 

Tempat menarik macamana pun, pemandangan indah macamana pun, tapi kalau kepala berkecamuk, memang tak enjoy semua tu. So tak ada apa pun aku buat kecuali jalan sambil tengok air terjun, sambil berteleku (berteleku ni bahasa baku ker? di guard rail tu termenung ajelah aku kerjanya, banyak benda yang aku fikir. Macamana nasib aku ni, apa aku nak buat seterusnya, boleh ker aku survive, ini balasan Tuhan ker, ini dugaanNya ker, apasal boleh jadi gini, macamana kalau keluarga aku tahu, apa jadi dengan Cik MM, macamana dengan projek kitaorang tu dulu, blah blah blah. Semuanya aku fikir. Walaupun airmata aku tak sederas air terjun tu tapi aku bebenar sayu. 

Dah lama tu baru aku perasan, apalah bengap sangat aku nak fikir benda yang lepas-lepas, dan apalah nak plan bagus-bagus. Itu kuasa Tuhan. Tuhan kasi, terima aje. Tuhan tak kasi, sudah. Tak perlu nak banyak-banyak teori. I am a strong guy, now I have to be strong in a different way, bersemangat aku jadinya. So aku habiskan masa gitu ajelah, jalan-jalan sana sini sementara tunggu bas balik ke NYC. 

Sampai di NYC, waktu turun bas, ada one Indian lady tanya aku di mana nak cari hotel murah pasal diaorang (dia sama husband and anak) nak tunggu flight ke London. Diaorang stranded sebenarnya pasal salji di Buffalo tu, airport tutup, jadi diaorang ke NYC nak catch flight dari Newark. Aku kata cari motel ajelah, yang dekat airport. Lepas tu banyaklah yang dia cerita, sambil tu aku tolong diaorang angkat barang yang tersangatlah banyak dan beratnya. Aku perasan yang suami dia (a Professor) tak ada pun tanya apa-apa, buat macam selamba gitu. Kalau ada apa-apa hal, dia cakap dengan bini dia, kemudian bini dia yang tanya aku. Itu ini. (Lelaki memang gitu, kalau sesat jalan ker atau kalau ada masalah, buat sombong aje, tak tanya orang. Then suruh perempuan yang tanya. Ego gitu) So akulah yang kena tengok-tengok barang diaorang, akulah yang talipun motel, akulah yang dapatkan teksi. Bininya macam nak peluk-peluk aku waktu nak naik teksi, lelaki tu bersalam pun tidak dengan aku. Kalau kena badi aku baru dia tau!

------------------ 
Semakin lama ketiga-tiga amigos (aku tak tahu nama diaorang, di sini, semua Spanish looking guys dipanggil amigo) tu dah berani berlawak dengan aku, tapi sebab yang dua tu tak tahu English, jadi setakat gelak-gelak gitu ajelah. Kemudian cuit-cuit, lepas tu gelak. Macam bebudak.Makin lama makin kasar pulak gurauannya, aku bengang jugak kekadang tu, tambah-tambah kalau waktu aku mengangkat gelas-gelas atau piring-piring yang banyak tu. Aku kan, waktu kerja tu kekadang kenalah bawak barang-barang dari dapur yang sudah dicuci tu, ke bahagian depan.

Aku tersangatlah malunya kalau waktu tu ada tamu datang makan,memang dari dulu aku ada perasaan hina, rendah diri, malu gitu kalau Mat Salleh tengok). Tentu diaorang fikir, ah, another immigrant... Sebab tu aku tak bercita-cita jadi waiter atau kerja yang perlu deal dengan Mat Salleh. Aku rather kerja di dapur, berat pun beratlah asalkan tak deal dengan Mat salleh. Dengan 3 amigos tu dah more than enough. (Fast forward: InsyaAllah sampai bahagian aku kerja waiter di Florida nanti.....tunggu!!!!) :-)

Aku taklah seronok kerja di restoran tu sebenarnya tapi sebab terpaksa itu yang aku kuatkan jugak, aku pun tak fikir berapa lama aku nak kerja. Sampailah satu hari tu yang menyebabkan aku terpaksa keluar dari restoran tu.

Hari tu ada pesta di restoran jadi agak sibuk jugaklah. Amigo1 ni selalu sangat buat lawaknya, lawak bodoh lah, dia buat ajak-ajak macam nak bertumbuk gitu, acah-acah penumbuk ke muka aku. Tapi bergurau. Sambil gelak-gelak. Pak Rori pun tanya aku apasal lain sikit si Amigo1 tu hari tu. Biasalah, lepas kerja semuanya terbaring di katil keletihan. Amigos tu tengok tv diaorang, gelak kuat-kuat, diaorang minum, sebelum balik kerja tu diaorang beli a few slabs of beer.


Aku tertidur, tak mandi pun. Apa yang aku sedar, selimut aku ditarik orang, aku masih mamai lagi tapi aku perasan yang buat tu Amigo1. Dia tendang aku, bertalu-talu. Aku terkejut, sakit, marah. Aku cuba bangun, tapi sebab katil aku di bawah dan di tepi dinding, jadi senanglah dia menyepak aku yang terperesuk kat hujung katil. Aku tanya dia kenapa, aku suruh dia berhenti, tapi dia terus pijak-pijak aku, sekali tu masa aku cuba bangun, dia hayun kaki dia ke kepala aku. Kena dinding, berdegung bunyinya, sakit betul aku. Aku tak boleh buat apa-apa, tak boleh bangun. 

Aku panggil Pak Rori dengan Andi (chief tukang masak dengan sorang lagi cuti), sama Henry. Aku jerit, "Pak Rori, bantuin aku dong, tolong aku. Ni kenapa Amigo ni?". Sebab diaorang letih agaknya jadi lamalah baru ada yang terjaga. Pak Rori cakap,"Udahlah kamu, aku mau tidur nih, besok ajalah". 

Dia ingat si Amigo tu bergurau dengan aku agaknya. Sekali tu bila tumit kaki Amigo tu kena muka aku, kena hidung dengan mata aku, terus ajelah aku menjerit, "Pak Rori!!!!!!!! Tolong aku, mati aku!!!! Baru Pak Rori sedar. Dia terus turun katil, pasang lampu. Dia tanya aku apasal, aku diam ajelah, aku tekup mata aku pasal sakit, senak gitu, tumit Amigo1 tu betul-betul kena mata aku. Bibir aku pun luka, masin jer rasa darah. Terus aku ke bilik air, Pak Rori pun turut lari ikut aku. "Kenapa sih?" dia tanya lagi. Dah lama tu baru aku cerita pada dia, dan masa tu jugak Henry bangunkan Mr & Mrs Lee. Lebam jugak di atas kening mata kiri aku, lagi satu, masa Amigo1 tendang perut aku tu, mungkin ada effect kat bladder aku. Aku terkencing. Pertama kali dalam hidup aku kencing di katil :-) 

Mr Lee terus ke bilik amigos tu, diaorang mabuk,mabuk berat punya. Lepas dia cakap dengan Amigos tu dia tanya aku, samada nak panggil polis. Aku kata tak payahlah, nanti kalau polis datang lagi panjang ceritanya, iyalah, aku rasa ramai yang di situ yang "gelap",nanti datang immigrasi pulak. Dia nak bawak aku pergi doktor pun aku tak mahu sebab aku rasa selain dari luka di bibir dan lebam di mata, tak ada sakit di bahagian lain. 

Aku cakap pada Mr Lee yang besoknya aku nak berhenti, aku takut, kalau diaorang (yang waktu kerja tadi bukan main lagi berguraunya) boleh buat begitu, mungkin satu hari nanti diaorang boleh bunuh orang pulak. Mr Lee kata dia akan cerita pada Mr Kim besok, Amigo1 sure kena fire, so dia suruh aku stay. Mr Lee kata, kalau diaorang buat kacau lagi dia akan panggil polis.

Aku dengan Pak Rori sama Henry pun buat plan, kitaorang ke bahagian belakang, ke depan, cari benda-benda yang boleh dibuat senjata. Aku ambil satu besi panjang, aku taruk bawah katil. Kitaorang dah bersedia, kalau si Amigo1 tu buat kacau lagi, kitaorang akan lawan. Apa nak jadi, jadilah......... 


It's Only Fair...No?


Dalam seminggu tu tak ada apalah sangat, kerja restoran memang gitu. Sibuk, sudahlah kerja enam hari seminggu, long hours pulak, dari 9-30 am sampai 11 atau 12 malam. Asyik berdiri aje kerjanya. Sampai nak labuh telur aku dibuatnya. Tak apa, labuh pun labuh lah, yang pentingnya aku nak cari duit. Macam tu lah tiap-tiap hari. Aku cuba tahankan aje, in general staff semuanya baik, tak ada yang aku tak suka. Adalah satu dua tapi tak suka aku taklah up to the point sampai buat aku nak berhenti pulak. 

Kerja, kalau weekends memang sibuk habis, weekdays tu kurang sikit. Kalau pukul 3 lebih sampai pukul 5 tu agak lengang, so masa itu ajelah boleh rehat sesikit. Sebab Boss aku tu chain-smoker, jadi kalau nak merokok agak bebas jugak. Aku pun merokolah jugak, ada peluang nak lepak kat outside, dari duduk di dapur ajekan. Bukannya aku anak dara :-) Waktu melepak itulah aku sering melayangkan fikiran aku, dan dari situ aku biasanya sambung balik masa kerja. So aku rasa masa tu cepat jugak berlalu kekadang tu sebab sambil kerja aku akan berfikir. Aku dah mula berfikir apa yang aku nak buat next. 

Sebab aku tahu, minggu tu aku akan dapat gaji, hasil usaha aku cuci pinggan minggu lepas akan dibayar hujung minggu tu. So bersemangatlah aku, merancang apa nak buat. Sebab aku akan ada duit. Pertamanya aku nak ke NYC, aku nak ke apartment Hadi, nak bayar hutang. Kemudian aku nak menalipun IFF, tanya kalau duit course yang aku dah bayar tu boleh dapat refund atau tidak. Kemudian aku akan confirm dengan MAS, nak dapatkan ticket balik Malaysia sebelum ticket tu habis tempoh lakunya. Aku akan terus sajalah kerja di restoran tu, walaupun gajinya $300 seminggu tapi aku mungkin dapat save kurang-kurangnya $200, kira seratus tu untuk aku belanja, especially untuk hari cuti sebab kalau cuti tujuan aku nak ke NYC sajalah. 

Hari Sabtu tu aku dapat gaji, lega hati aku, walaupun tak dapat gaji penuh sebab minggu kemarinnya aku mula kerja hari Selasa, tapi duit tu cukup untuk aku bayar hutang Hadi, seratus lebih. Bakinya cukup untuk aku buat tambang ke NYC nanti. Untuk menjadikan cerita aku, supaya aku akan sedih pada diri sendiri, lepas restoran tu tutup, aku ke mini market. Dan aku beli 5 chocolate bars yang macam budak tu makan waktu dalam train dulu. Saja nak balas dendam, aku mengidam chocolate bar tu.

Minggu depannya pulak, Pak Rori nak ke Connecticut nak cari abang dia yang dah lama di Amerika, so aku kena gantikan dia. So 2 minggu aku kerja straight, baru dapat 2 hari cuti. 

Biasalah, malamnya aku berangkat ke NYC. Cerita selanjutnya tak payah aku ulanglah kan? Apa aku buat, di mana aku tidur. Benda-benda tu. Korang dah boleh agak kan?Besoknya aku pagi-pagi lagi terus ke masjid tempat Hadi kerja, dia terkejut tengok aku sebab aku tak pun beritahu dia yang aku nak datang. Dia mulanya tak nak ambik duit yang aku hulurkan tu tapi aku kata itu duit hutang, aku memang janji nak bayar. Aku kata aku ada duit sebab dah 2 kali gaji. Gaji minggu pertama bayar hutang dia, gaji minggu kedua untuk aku belanja. Lepas sembang-sembang tu (sambil bantu dia kerja) aku pun mintak diri dulu. Aku, iyalah, baru ada duit, macam nak balas dendam gitu, aku tak tahu macamana tapi aku rasa tak sedap jer di New York. Aku fikir, cuti 2 hari, ke mana nak pergi? Baik aku pergi jalan-jalan tenangkan fikiran. 

Tapi nak ke mana? Kalau aku pergi dekat-dekat daerah New York pasti malamnya aku balik lagi ke NYC. Aku tetiba jer rasa nak just get away from NYC, aku rasa fair gitu pasal biasanya bila orang tu kena musibah, pasti dia nak rehat-rehat kan? Ginilah senang nak faham, lepas demam pasti kemaruk. Jadi aku pun macam tu lah, macam baru lepas demam, tapi kemaruk aku bukan kemaruk makan. Kemaruk aku, kemaruk nak jalan-jalan. 

So aku pergi ke Port Authority Bus Station, aku tengok nama-nama destinations, cadangnya nak ke Atlantic City tapi tempatnya dekat, lebih kurang 2 jam dari NYC. Tak naklah aku . Lagipun tempat tu banyak casinos, banyak tempat hiburan, pasti yang datang ke situ yang happy-happy belaka. Aku taknaklah jadi alone in a crowded room. Lepas tu aku tengok kat departure screen tu , New York-Buffalo-Niagara Falls. Bila aku tengok harga return tickets, aku rasa aku ada cukup duit, balancenya nanti untuk kegunaan minggu depan sementara dapat gaji. Aku fikir, eleh, dua tiga minggu lepas aku jadi homeless di NYC, kalau nanti ada masalah lain, aku dah prepared. Mentally. 

Kerani counter tu tanya aku nak ke Niagara Fall tu American side atau Canadian side? Aku tanya apa bezanya, walaupun aku dah boleh agak jawapannya. Dia kata kalau ke Canadian side bererti aku masuk ke Canada, boleh tengok air terjun tu dari belah Canada, lebih cantik. Harga tambang sama aje, so aku kata aku nak ke Canadian side lah. Aku fikir, nanti kalau orang tanya dah ke Canada ke belum, aku boleh jawab, sudah. Walaupun hanya ke Niagara Falls (Canadian side). So berangkatlah aku naik Greyhound, terfikir jugak aku, waras ke aku masa tu? Kan aku perlukan duit, tapi mengapa sampai nak cross border pulak?

Tak apalah, aku nak treat myself lah, aku deserve ni, 2 minggu aku survived on bread and tap water so it's only fair kalau aku ke sana, fikir aku lagi.

Dork Among Us


Besoknya jam 9 lebih berangkatlah kitaorang ke tempat kerja, restoran tu bukanya jam 11 pagi so kena buat persediaan gitu. Mr & Mrs Lee sebenarnya memang orang kuat Boss, Mr Kim, a Taiwanese, yang nak kata sombong tak jugak. Tapi serius sangat, kalau dia tak puas hati ker apa-apa, dia jenis yang terus berhenti bercakap and just leave. Macamana pun aku tak adalah urusan sangat dengan dia, aku kerja di bahagian paling belakang. Rank yang paling rendah. 

3 orang Mexico tu tak boleh harap langsung, sorang jer yang boleh faham simple English, yang dua laginya tak tahu apa-apa. Diaorang ni, biasalah, kalau dah bertiga tu, kira macam diaorang yang control dapur tu pasal majority rules gitu. Diaorang selalu pasang radio kuat-kuat, radio tu ditaruk kat belakang tempat aku kerja, lagu-lagu salsa, lagu Spanish. Bosan nak mampus aku pasal music diaorang tu, lagu-lagu Spanish semuanya sama rentak. Kekadang jer ada terkeluar lagu-lagu La Bamba, Macarena, atau La Vida Loca. Sambil cuci pinggan aku pun tergedik-gedik jugaklah kekadang tu ikut rentak lagu. Masa tak ada oranglah. 

Pak Rori orang Indo tu kerjanya sebagai Kitchen Helper, kesian aku sebab dia tak faham Inggeris, disuruh ambil string beans dia ambil trash bin, disuruh itu diambil ini. (Tapi aku respect dia, dalam tak berbahasa Inggeris tu dia sanggup ke Amerika. Itu yang kasi aku semangat sikit tu) Last-last aku yang kena pasang telinga kalau diaorang suruh Pak Rori buat sesuatu sebab aku kesian tengok dia yang selalu kena gelak pasal ambil benda salah,kekadang tu kalau dia betul-betul tak faham, dia pusing balik pusing balik gitu. So, dia jadi macam bahan jenaka dan sebab dia tak mahu malu gitu, aku rasa dia sengaja buat macam orang latah, macam orang *****. Orang lain lagilah gelakkan dia. Bosan jugak kalau aku tengok dia kena mainkan gitu jadi kalau ada apa-apa aku terangkan dengan dia. Kekadang tu payah jugak sebab aku punya Indonesia tu very limited, dia ni jenis Indo yang ulu, dari Madura. 2 orang waiters Indo tu aku tak dapat sembang banyak kecuali lepas waktu kerja. English diaorang jauh lebih teruk dari Julie Dahlan punya English. 

Kedua-duanya Cina tapi tak nampak sangat kecinaan pasal diaorang tak reti bahasa Cina, lagipun kulit diaorang agak gelap jugak. Andi, agak lucu orangnya, tapi perangainya pelik jugak. Kalau ada apa-apa yang tak kena, terus talipun bapak American girlfrienddia. Dengan English yang very limited, funny accent lagi, dia ceritalah, macam budak kecil mengadu kat mak. Tapi at least dia ada tempat mengadu. Dah lama dia di Amerika, bertahun-tahun, dia faham selok belok kehidupan orang yang tinggal secara haram di Amerika, (dia memang penduduk haram, aku waktu tu belum lagi ,cuma di takat makruh gitu) dan dia kenal quite a few "samsengs" and "alongs". Kat US pun banyak alongs, Malaysians pun ada. Di mana ada Chinatown di situ ada alongs.Henry pulak diam aje orangnya, waktu tu dia dah nak balik Indo, jadi dia kerjapun macam nak tak nak aje. 

Jadi, dengan chief tukang masak ajelah aku selalu sembang, knowledgable orangnya, kalau sembang dengan dia memang rasa seronok. Aku tak suka sembang-sembang kosong. Dengan dia banyak cerita lain, pasal Thai punya royal family lah, pasal Cambodia, pasal Vietnam, pasal benda-benda itu. Macamlah aku tahu sangat. Dia tanya aku apa pasal kerja jadi dishwasher, rugi aje pasal dia kata [baca bebetul: dia kata, bukan aku yang kata, aku cuma tulis aje :-) English aku bagus,aku ada rupa, gaya cakap aku macam gaya orang pandai gitu, kenapa tak kerja lain, ataupun kalau minat sangat bekerja di restoran, kenapa tak jadi waiter aje, tips nya banyak. Kerja dishwasher berapa sangatlah gajinya, takkan sampai tua nak kerja cuci pinggan.

Aku katalah aku tak ada experience, lagipun aku minat kerja di dapur, aku boleh belajar masak, who knows satu hari nanti aku boleh buka restoran. Aku tipu. Aku, belajar masak? Kah kah kah lawaknya...nak angkat kuali di dapur restoran tu pun tak larat, let alone nak goyang goyang or lambung lambung macam yang chef selalu buat tu. Kalau orang macam muka aku boleh jadi tukang masak, Azwan Ali boleh jadi body builder. 

Bila dah seminggu kerja, aku dikasi cuti sehari, kalau nak lepak aje di istana tu macamana nak makan, tak ada kedai, kawasan dekat hutan. Duit yang Hadi kasi dulu tu masih ada lebihkurang 30 dollars pasal dalam seminggu aku kerja tu aku tak keluarkan duit walau sesen pun. Makan free, tempat tinggal free, pergi kerja diaorang hantar. 

So aku ke New York selepas kerja, naik bas akhir, jam 12 lebih. Lega jugak sebab itu kali pertama kali aku di New York tanpa bawak beg. Sampai New York dah pukul 2 lebih, aku jalan-jalan ajelah sekitar Time Square. Perasaan aku agak lain sikit sebab aku taklah rasa pressure sangat, kalau dulu aku memang hancur habis tapi kali ini aku taklah sangat, at least aku dah ada kerja, dah ada tempat tinggal. Walau macamana pun malam tu aku lepak jugaklah di bilik sembahyang di restoran yang aku cerita tu dulu. Aku survived New York dulu tu so aku rasa kacang ajelah kali ini nya.So hari tu aku merayau-rayau lagi gitu, aku pergi jauh sikit, aku pergi Queens, aku pergi Brooklyn. Jauh bezanya dari Manhattan. Besok paginya aku balik semula ke tempat kerja, naik bas paling pagi, ngam-ngam sampai restoran pun bukak.

All I Have


Waktu aku menunggu bas di Tingkat 3 di Port Authority Bus Terminal tu aku perasan ada one couple, Chinese, yang asyik tengok aku aje, aku pandang-pandang jugaklah diaorang. Dalam bas pun sama, asyik-asyik toleh belakang ke arah tempat aku duduk.Aku buat tak kisah aje pasal masa tu kepala aku asyik berfikir pasal kerja, macamana kalau bos aku tu nanti garang, berat ker kerjanya. Jadi kerja cuci pinggan balik aku, aku ingat balik pengalaman waktu aku kerja di restoran India masa aku jadi student di UK dulu. Aku fikir jugak, itulah, dulu aku ada kata yang Degree aku tu macam tak ada ertinya. Kenapa aku boleh berfikir gitu masa tu? Kan jadi betul. Berbalik-balik benda yang sama dalam kehidupan aku rupanya. Tapi kalau ikut cycle hidup aku, aku akan jadi senang balik nanti. Tak sabar rasanya bila nak jadi senang balik, perit rasanya jadi susah gini.

Bila aku rasa tempat yang aku nak tuju tu dah agak nak sampai, perempuan Cina tu datang dekat aku, tanya, "Are you getting off here? Are you going to Asian Restaurant?". Aku kata, "Yes I'm going there but I don't know exactly where to get off". Mana diaorang tahu aku nak ke sana? "Next stop", dia kata balik. Aku pun turun, diaorang pun sama. Rupanya diaorang Cina Malaysia, Mr and Mrs Lee, dan diaorang kerja di restoran tu. Bos ada talipun diaorang kata ada one Indonesian guy (aku) yang naik bas yang sama. I was the only Asian (beside them) dalam bas tu tadi sebenarnya so itu yang mereka tahu aku memang nak ke restoran tu. 

So aku ikut ajelah diaorang menuju restoran tu yang masa tu belum berapa sibuk. Tak sempat aku nak kenalkan diri aku, terus disuruh ke dapur. Aku tengok berlambak-lambak pinggan mangkuk kotor, aku mulalah kerja cuci cuci mana yang patut. Kemudian ada satu orang tanya aku,"Orang Indo?". "Nggak, dari Malaysia, kamu dari Indo?, jawab aku. Terus dipeluk aku, dia kata, "Syukur Tuhan Jesus, kita kerja bareng (kerja sama-sama), saling bantu bantuin. Aku baru tiba dari Indo minggu lalu, nggak bisa Inggeris, kamu bantuin aku dong". Aku tengok dia macam rasa lega bila tahu aku kerja di bahagian dapur.

Semakin malam semakin sibuk kerja, biasalah mula-mula kerja agak perlahan, slow gitu. Aku belum tahu macamana nak refill detergent, di mana nak susun pinggan dan segalanya yang telah dibersih. Mr Lee ajar aku macamana nak guna alat-alat yang aku tak familiar. Dia kerja sebagai head waiter, bini dia cashier. Aku tipu dia, aku kata aku orang Indo. Dia tak percaya sebab kebanyakan orang Indo tak pandai berbahasa Inggeris. Aku katalah aku masa kecil tinggal di Malaysia, aku ada banyak keluarga di Malaysia dan aku satu hari nanti nak jadi orang Malaysia jugak. Nak kawin sama orang Malaysia gitu. "Even my girfriend is a Malaysian", aku tipu dia. Tipu sunat. "Pandai you, datang Amerika cari duit dulu. Bagus", dia senyum jer.

Nama aje kerja sebagai dishwasher tapi semua kerja bersihkan dapur bila restoran dah nak tutup, aku yang disuruhnya. Angkat barang masukkan dalam cold room pun aku. Aku ikut ajelah apa yang diaorang suruh. Waktu tu aku masih lagi belum dapat berfikir waras, yang bermain dalam otak aku masa tu hanyalah pasal duit. Aku harus cari duit. Itu saja. Baik orangnya chief tukang masak, orang Thai yang berbangsa Cina, dia tau aku tak makan daging so dia masakkan makanan khas untuk aku, udang. 

Kemudian bila restoran dah tutup, kitaorang di bawak ke tempat penginapan, Mr Lee yang pandu. Ada 12 orang semuanya termasuk aku. 3 orang Mexico yang kerja di bahagian masakan barat, 2 waiters orang Indo, aku, Pak Rori orang Indo tu, Mr and Mrs Lee. Selebihnya, tukang masak dan chef bahagian sushi. Tempat tinggal kitaorang punyalah kampungnya. Nak kata office bukan office tapi satu alamat di kawasan gudang. Ada 2 bilik, satu untuk Mr and Mrs Lee, satu bilik untuk orang Mexico. Yang lainnya tidur di ruang tamu. Ada 4 double-decker bunk beds. Nak mandi pulak, shower rosak, air perlu ditadah dulu baru guna gayung, macam mandi di perigi rasanya. 

Tak dapat aku tidur malam tu pasal tukang masak yang tidur di katil bawah tu berdengkurnya kuat sangat, lagi pun gigi dia dikacip kacip gitu, bunyi yang ngilu bila didengar. Kemudian kentut. Kuat pulak tu. Jadi tiga bunyi tu ajelah yang berulang-ulang. Letih dia agaknya. Terbaring ajelah aku menengok siling, melayangkan fikiran aku. Begini jadinya aku, macam tak percaya yang dalam masa 3 minggu lebih hidup aku menjadi lintang pukang gitu. Di mana salahnya? Mungkin ini phase hidup aku seterusnya, macam aku cakap tadi, hidup ni ada cyclenya, di atas dan di bawah. Sekarang aku di bawah, aku perlu usaha supaya aku ke atas. Aku perlu mengayuh bicycle aku.

Gitu ajelah aku malam tu, cuba melelapkan mata tapi tak dapat, aku tak fikir pun benda-benda ke depan, kisah-kisah masa lalu datang balik, macam yang
 Celine Dion nyanyi tu, its all coming back to me now. Aku cuba ingatkan lirik satu lagu rock ballad yang selalu aku nyanyi masa kecil kecil dulu.... all I have are these memories, m-e-m-o-r-i-e-s keep hunting me. all I have is this lonely song, l-o-n-e-l-y song I'm singing all night long 

Makcik Jenny Ipoh Mali


Hadi tak pergi kerja besoknya sebab nak mencarikan kerja untuk aku di Chinatown. Tak habis-habis aku minta maaf sama dia pasal dia bersusah-susah untuk menolong aku. Iyalah, dia pun tak kenal aku, tak tahu aku, tiba-tiba muncul gitu, macamana dia boleh percaya gitu. Dia kata,"Kamu jangan fikir gitu sih, saya cuma sekedar bantuin sedaya ajanya, itu udah jadi kewajipan saya kerna kamu dulu mungkin sering bantuin orang. Sekarang giliran kamu perlu dibantu, dan giliran saya perlu membantu. Lagipun kita serumpun. Saya waktu pertama kali di Amerika dulu begini juga, kalau nggak ada yang bantuin pasti nggak bisa punya kerjaan begini". Lega aku dengar penerangan dia yang panjang lebar tu.

Aku bukan apa-apa, aku mintak maaf awal-awal tu sebab aku nak dia tahu how much I appreciate dia punya effort nak bantu aku. Aku taknak lah nanti dia kata aku tak mengenang jasa, atau worst dia ada perasaan curiga nak bantu aku. Sebab, macam yang aku kata tadi, we don't know each other. Dan aku macam orang lemas di lautan, dengan sehelai rambut pun aku nak berpaut. 

Dalam hati aku terfikir bagaimana aku nak balas jasa Hadi yang telah menyelamatkan aku. Tengoklah, kalau roda aku di atas nanti (waktu tu roda kehidupan aku di bawah) aku tak akan lupa dia. Di Chinatown tu kitaorang terus ke satu ajen kerja yang tokeynya orang Malaysia, dia bahasakan diri dia Makcik Jenny. Kecil jer tempatnya, macam cubicle tempat jual ticket di Puduraya tu. Hadi terangkan pada Makcik yang aku nak cari kerja di bahagian kitchen, apa-apa kerja ajelah,kerja yang agak-agak dekat dengan New York area. Pasal aku baru tiba, tak ada pengalaman, kalau nanti ada apa-apa masalah senanglah nak balik ke New York semula. Lepas dia belek-belek senarai kerja, dia tanya kalau aku nak ke Elizabeth, New Jersey, kerja cuci pinggan di satu Asian restaurant. 

Aku kata ok aje. Dia talipun tokey restoran tu, tak lama kemudian dia suruh aku bercakap dengan tokey tu pasal tokey tu nak tahu details. Dia tanya aku kenapa nak jadi dishwasher pasal English aku bagus, dia punya English setakat faham tak faham gitu. Aku katalah yang aku tak ada experience dan aku nak mula dari bawah. Bila aku setuju, dan dia pun setuju, Hadi pun bayarlah $35 service charge.  

"Apa pasat nama you macam itu nama olang Melayu?", Makcik Jenny tanya aku. Dia tak tahu aku dari Malaysia, aku kata aku pernah ke KL dulu. Aku tanya dia di Malaysianya di mana, dia kata, Ipoh. Pelanggan Makcik Jenny (orang yang mencari kerja) ni kebanyakannya orang Indonesia. Kemudian dia kasi aku map, tunjukkan cara macamana nak ke Elizabeth, bas apa kena naik, di mana perlu turun, siapa yang perlu dihubungi kalau dah sampai nanti. 

Dalam perjalanan balik ke apartment, Hadi terus nasihat aku, dia suruh aku bersabar, tahan kan aje kerja di restoran tu nanti sebab dia tahu kerja restoran ni agak berat, restoran orang Asia lagi. Perlu kuat mental. Aku tak tahulah samada aku bersedia atau tidak tapi beggars can't be choosers. Aku dulu pernah terfikir, keadaan terdesak gini kalau aku disuruh jadi male prostitute pun mungkin aku mahu. Aku adalah sikit-sikit pengalaman waktu di Barcelona dulu kan? Ooopppss

Itulah bila miskin, seperti juga bila kaya sangat, fikir benda bukan bukan. Sebelum aku berangkat, Hadi kasi aku $50 untuk tambang dan belanja beli jajan, untuk keperluan harian sebelum aku dapat gaji. Aku peluk Hadi beberapa kali, aku kata aku akan bayar duit hutang dan duit yang dia telah belanjakan untuk aku selama dua hari tu. Aku tak bawak semua barang aku, bawak satu beg aje, aku even tinggalkan laptop aku di apartment Hadi supaya dia tahu aku akan ke situ lagi. Hopefully untuk membayar hutang. Berat hati aku untuk meninggalkan Hadi sebab aku tahu aku berhutang dengan dia, hutang budi, hutang duit. Aku masa tu dah tak malu langsung mengalirkan air mata depan dia pasal tiap kali aku buka mulut, semua cerita akan berbalik pada keadaan aku, dan aku jadi emosi teramat, aku teringat yang orang kat Consulate yang kata "we are not a Charity" tu, aku ingat kisah aku dibiarkan tak makan, kisah aku dalam train yang menangis tengok budak makan chocolate bar.Semuanya itu bermain-main di kepala aku. Itu yang buat airmata aku mengalahkan airmata duyung.Dan tiap kali jugaklah Hadi akan usap-usap belakang aku atau tepuk tepuk bahu aku sambil berkata, "Tenang, sabar aja".

Berangkatlah aku ke Elizabeth, New Jersey menaiki bas Greyhound di Port Authority Bus Terminal di 42nd Street.

Touched By An Angel


Macam tu lah tiap-tiap hari aku menghabiskan waktu, aku dah tidak boleh berfikiran lurus masa tu, duit aku dah habis langsung sebab beli subway punya weekly pass. Itu benda yang paling penting dalam hidup aku waktu itu. Aku dah tak boleh fikir ke depan lagi, aku nak give-up gitu, tapi aku fikir what's there to give up, you already are a loser. Aku nak give up apa? Aku tak ada apa-apa. 

Aku ke masjid tabligh tu semula sebab aku rasa kat situ jer aku tenang sikit. Mungkin sebab aku pernah keluar tabligh, masa kat malaysia, masa kat UK dulu kot, tu yang aku rasa a little connected tuh. Dan di situ aku berdoa, betul-betul berdoa. Aku tinggikan suara aku, di luar hujan renyai jadi orang tak dengar. Aku waktu itu dah langsung tak punya harapan, cuma aku tak tahu macam mana lagi aku nak meneruskan hidup aku. Terisak-isak aku menangis. 

Aku betul-betul lapar masa tu, tapi dalam aku tak ada tenaga itupun aku redah jer gerimis. Aku keluar, aku pergi ke satu lagi masjid yang belum pernah aku pergi, kalau apa-apa jadi pada aku at least biarlah jadi di masjid. Memang aku dah tak ada tenaga langsung. Aku rasa nak kasi jer laptop aku pada orang yang lalu lalang di situ pasal berat aku nak membawaknya. Ada jugak aku terfikir, kalau ada kereta langgar aku, mungkin itu lagi elok. Then again, buatnya aku tak mati tapi cuma cacat cela? Ha, itu lagi parah. Tapi nasib baik aku tak layan suara-suara setan tuh, I was raised a fairly good Muslim. 

Besar jugak masjid di Upper East Side tu, New York Islamic Center, aku masuk nak ambil air sembahyang. Beg aku taruk di luar aje, orang nak ambil pun ambillah, kata aku.Bila selesai aku wudhuk, bila aku pergi nak mengambil beg aku, aku tengok ada seorang lelaki macam muka Melayu tengah taruk beg laptop aku ke tepi. Aku terus tanya dalam Bahasa Melayu. "Melayu?". "Iya, tapi dari Indonesia", dia jawab gitu. 

Aku mintak diri untuk sembahyang dulu, lepas jer sembahyang aku terus cari dia balik. Rupanya dia kerja di situ, kerja bersih masjid. Jadi sambil kerja tu dia sembanglah dengan aku, aku bantu dia bersih bersih, cuci tandas, mop lantai, vacuum carpet. Tapi aku tak cerita pun kisah aku. Dia tak adalah tanya beria sangat, dia pun belum pernah jumpa orang Melayu Malaysia di NYC sebelumnya.

Dia kata dia dah 3 tahun di US, kerja bersih masjid, malamnya kerja di restoran. Tujuh hari seminggu. Lepas satu sembahyang, satu sembahyang, tapi aku tak ke mana-mana jugak. Dia pun tanyalah aku. Aku tenung muka dia, dia tanya aku lagi,"Kok kenapa sih?". Dia ajak aku ke bangunan sebelah dewan masjid sebab di situ tak ada orang, aku pun ceritalah dengan dia, dari mula sampai akhir. 

Aku tengok mata dia berair, dia malu agaknya bila aku perasan yang dia menangis, terus dipeluknya aku. Dia tepuk-tepuk bahu aku, diusap-usap badan aku. Aku masa tu tak boleh cakaplah, bergantang airmata aku keluar. 

(Aku tak heran langsung yang aku selama 2 minggu tu mengeluarkan berbaldi-baldi airmata kerana aku tahu aku ni jenis hati lembut, hati sayu. Walaupun aku orang yang degil, orang yang keras hati. Alamak, apa ni, lembut hati, keras hati. Ntah, aku tak tahu aku) 

"Gini aja, kamu sekarang nggak punya uang, jadi kamu harus kerja, kamu lupakan dulu urusan lain. Pokoknya kamu perlu kerja, cari uang untuk kebutuhan seharian. Udah punya uang nanti baru kamu fikir urusan kamu yang lain", kata Hadi.

"Tapi saya tak ada uang, lagi saya ke sini bukan mahu kerja, saya nggak bisa, saya nggak tahu macamana mahu cari kerja", aku jawab dalam Bahasa Melayu dengan Bahasa Indonesia yang aku sendiri pun tak tahu di mana aku belajar.

"Itu nggak jadi masalah sih, pokoknya kalo kamu mahu kerja, apa-apa kerja aja", dia macam tak sure yang aku nak kerja.

"Kerja apa?", aku tanya dia balik.

"Yang paling gampang dicari, kerja restoran, kerja cuci piring (pinggan) ato kerja kitchen helper. Kamu bisa?", dia tanya aku balik.

"Saya pernah kerja jadi tukang cuci piring dulu, tapi udah lama sih, waktu kuliah di Scotland. Tapi restoran orang India", aku macam kasi resume aku.

"Nggak, ini restoran Cina. Besok kita pergi cari kerja di Chinatown", dia senyum macam kasi aku harapan.

"Tapi saya nggak punya apa-apa, nggak punya uang, lagi saya nggak punya working permit segala", bukanlah aku banyak cekadak, tapi aku langsung tak tahu.

"Itu nggak jadi masalah sih, kamu lihat di sini di New York, ada jutaan orang gelap, mereka, orang Mexico, mereka ada yang nggak punya apa-apa. Nggak punya passpor lagi, tapi mereka bisa hidup, mereka bisa punya keluarga", jawab Hadi.

Lega jugak aku bila dengar nasihat dia tu, dia orang dah berpengalaman, mana boleh lawan. 

"Sekarang kamu jangan susah hati, malam nanti kamu ikut saya ke restoran tempat saya kerja, nanti saya bawa kamu ke apartment saya", kata Hadi.

Leganya hati aku bila dia cakap begitu aku rasa nak cium kaki Hadi tu. Lepas habis kerja pukul lima tu Hadi terus ajak aku ke restoran yang perjalanannya agak jauh, kena tukar 3 trains.

Sampai aje di restoran aku dikasinya makan nasi, tak tahu nasi apa tapi macam bubur gitu, kuahnya putih, soto mungkin. Aku yang dah hampir 2 minggu tak menjamah nasi, apalagi, terus makan waktu tu jugak. Kemudian Hadi suruh aku tidur di kerusi malas di belakang restoran tu. Sejuk, sleet turun, tapi sebab perut aku dah kenyang, kejap aje aku terus terlena. 

Pukul 12.30 tu aku dikejutkan Hadi, ajak ke apartment dia. Aku ikut aje Hadi yang aku tengok cara dia memang berpengalaman habis, diredah-redah aje orang kat subway. Ada 3 orang di apartment Hadi tu, semuanya orang pribumi (Bumiputra Indo), tapi muka diaorang bukanlah macam boyan-boyan yang di Malaysia tu, yang berkarat aje tuh kan? Diaorang tu muka yang bersih-bersih, muka pelakon dan penyanyi Indo (and I'm not talking about Rhoma Irama here) aje kelihatannya. Sembang-sembanglah kitaorang sampai Subuh, diaorang macam ternganga jer waktu aku cerita pengalaman aku selama 2 minggu di New York. Menggeleng kepala memasing, seriously aku tak tahu apa yang diaorang fikir. Mungkin diaorang pun ada cerita diaorang sendiri. Cerita aku tu apa yang nak dikagumkan.