Monday, September 24, 2012

No More Talk Of Darkness


12092005

Dah 8 bulan lebih aku kerja di sini nih, what a record, tak pernah aku kerja di satu tempat selama ini. Paling lama biasanya empat lima bulan aje. Harap-harap aku akan dapat menguatkan semangat untuk stay for another few months, sampai at least hujung tahun.

Aku tak nak fikir macam-macam samada nak stay sini atau nak berhenti, aku nak tengok keadan ajelah sebelum aku decide apa yang nak buat. Aku tahu memanglah agak susah bagi aku yang tak ada legal papers/documents ni nih untuk buat apa-apa, kat internet even. Tapi tak apalah, ada jalannya kot, walaupun susah. Aku dah nampak jalannya, kiranya sekarang nih aku tengah menebas hutan belantara nak buat jalanlah nih. Alon-alon. Orang lain pakai tractor, pakai excavator segala, aku takat menebas pakai parang kontot. Parang yang sumbing. 

Kerja aku pun macam biasa aje, keadaan pun biasa aje, tak ada pressure, tak ada apa yang buat aku tak suka nya. Having said that, tak bermakna aku happy sesangat kerja di sini nih. Biasa aje. Bosan. Itu yang tak tahannya tuh. Yang lain tuh ok jer. 

Hector pun sekarang bukan main lagi beraninya dah bergurau dengan aku, dah takat bergurau sambil sepak-sepak bontot aku. Sampai Pak Tua pun dok gelak-gelak kalau tengok aku bergurau dengan Hector. Aku jer lagi yang tak berani, dan memang aku tak nak pun, bergurau sampai sepak-sepak bontot dia. Aku sedar yang aku kuli aje, dia lainlah, dia boss aku kan? 

Hector pun selalu jer cari peluang nak kutuk aku sebab aku, walaupun jarang kutuk, tapi sekali aku kutuk atau sekali aku kenakan dia, very powerful punya kutuk. Aku gelakkan dia lagi. Iyalah, sesuailah dengan orang yang smart macam aku ni kan? Bini Richard yang sekali sekala datang pun gitu jugak, dia selalu jugak kata yang aku nih fun to work with. Ada aje yang buat dia gelak. 

Tu yang kadang-kdng tuh aku rasa aku nih macam snobbish gitu pasal aku tengok, Nadi, Jason, diaorang macam tak faham jer apa yang aku gelakkan dengan Hector, dengan bini Richard. Yang budak Tibet dua orang tu lagilah tak faham apanya. Mungkin dalam hati diaorang kata, "Eleh budak Malaysia tuh, macam bagus jer, macam lah restoran nih bapak dia yang punya. Kalau bagus sangat, apa pasal kerja jadi counter boy?". 

Tapi gitulah, aku dengan cara aku, diaorang dengan cara diaorang. Macamana pun, even kat rumah, kitaorang hidup rukun dan damai. Tak ada kelahi, tak ada kutuk-mengutuk, tak ada apa pun yang buat sakit hatinya. Kecuali ituhari, bila this new guy tuh, dia off. Dia masuk bilik kitaorang, dia selongkar itu ini. Dia nak cari porn kot pasal Nadi kata, DVD tu terpasang masa dia balik kerja. Sah budak tu tuh tak reti nak off kan DVD tuh. Laptop aku pun dia sentuh pasal bila aku nak on kan, keluar blank screen yang ada message kata laptop nih was not properly shut off. Sah memang dia yang punya angkara pasal dia satu orang aje yang ada kat rumah masa tu tuh. Tapi tak apalah, akan datang aku tak nak biarkan laptop aku nih atas meja gitu aje, memang aku nih jenis yang ambik ringan jer hal-hal harta benda aku. 

Macamana pun, dalam ramai-ramai tuh, satu orang jer yang aku rasa pandang aku macam lain jer. Pernah dia sindir-sindir aku, pernah dia kata aku bodoh. Nadi. Ada betul dan ada yang tak betulnya jugak. Aku diamkan aje. Eleh, orang Indonesia nak menasihati aku, sabar jer lah. Nadi selalu sindir aku sebab aku nih nampak macam boros aje dipandangan mata kasar dia. Memang, aku akui yang aku nih boros kalau dibandingkan dengan yang lain-lain tuh. Diaorang tuh, nak keluarkan sedollar pun berfikir panjang. Last-last tak terkeluar. Memang diaorang tak guna duit langsung, especially budak-budak Tibet tuh. Kalau hari off, tak keluar mana-mana, makan pun ambil makanan kat restoran. Jajan tak pernah beli, apa pun tak pernah beli. 

SiNadi pulak, sama jugak, dia tak pernah beli makanan apa pun, dia makan jer apa yang ada kat restoran tuh. Aku? Selamba jer aku beli air kat Auntie Anne's, tiap-tiap hari. Beli 2 pulak tuh, satu untuk Hector, orang lain tak suka lemon iced-tea. Selalu jugak beli aiskrim kat Baskin Robbins tuh, bukan, bukan nak pergi cari budak Melayu yang kerja di situ tuh, dia pun dah berhenti agaknya pasal dah lama sangat dah tak nampak dia, dia dah masuk college kot. Dua kali seminggu, aku surenya akan makan kat luar, beli benda-benda kat kedai sebelah restoran tuh.

Itu aku tak anggap macam keluar duit pun, aku keluar duit masa hari off, masa aku ke WalMart, ke Circuit City, atau masa pergi tengok wayang. Ada aje benda yang aku sembatnya. Nadi, kalau dia keluar, dia naik bas, shopping pun kat Dollar Store, beli mee ramen, canned foods, benda-benda gitu. Kalau dia belanja sampai $20 on his day off, sampai dua tiga harilah dia akan menyesal sebab banyak keluar duit. Aku senyum dalam hati ajelah pasal aku kalau keluar, $20 tuh untuk tambang teksi jer. Belum makan, belum lagi beli itu ini, belum lagi beli benda-benda yang nak ditaruk dalam fridge lepas tu tak dimakan (atau kalau dimakan pun, bila benda tuh dah expired) lepas tu dibuang. 

Itulah Nadi selalu sindir aku, walaupun aku tak pernah tanya, dia selalu kata, "Ngapain aku naik teksi, bodoh aja. Kalau aku naik bis, tambangnya sedollar lebih ja, naik teksi pergi balik udah $20. Aku ke Amerika mahu cari uang, bukannya mau liburan".

Tapi masa Bayou ada di sini dulu, dia pun macam aku jugak, naik teksi jugak. Sebab lebih cepat, cepat pergi dan cepat balik, sebab kitaorang nak berinternet kan? Kalau nak naik bas, dahlah kena menapak ke tempat tunggu bas, sejauh 30 mins perjalanan, nak tunggu bas lagi, macam-macamlah. Satu hari habis masa nak tunggu bas aje. 

Lagi satu, Nadi selalu jugak tanya aku, "Kenapa kamu nggak jadi waiter aja, koq Inggeris kamu mantep? Kalau aku jadi kamu, pasti aku cari restoran lain". 

Aku diam kan ajelah, memang aku dah ada fikir pun sejak dulu lagi. Tapi itulah kan, ada baik buruknya jugak. 

"Kalau kaki aku udah nggak sakit nanti, aku pun mahu cari kerjaan waiter, bisa cepat ngumpulin uang", kata dia. "Orang yang kerja jadi counter boy di sini, pasti ada kekurangannya, kerna itu nggak mahu cari kerjaan lain", kata Nadi lagi. 

Nadi kaki dia sakit, accident masa kali pertama kerja di Amerika dulu tuh, masa kerja jadi waiter, dia tamak, dia pergi buat delivery jugak, naik basikal aje. Lepas tuh, pasal nak cepat, dia pakai tibai aje, itu yang kena sondol dek orang Spanish yang blah gitu aje. Tiga empat bulan dia balik Indo, dia datang semula, dia kata nak cari duit takat $50,000 sebelum dia balik. 

Yang lawaknya dia nih, bini dia Islam, Jawa tapi dia Cina Kristian. Bini dia tak percaya pun yang dia nih dah di Amerika balik semula, bini dia ingat dia masih somewhere in Indonesia, walaupun dia ada jugak talipun sekali sekala, bini dia tetap tak percaya, bini dia suruh dia hantar snail mail baru dia nak percaya. 


----------------------------------

Memang aku tak suka kerja hari Isnin, tak ada siapa pun yang suka nya kerja hari Isnin. Walaupun semalam aku kerja, walaupun aku tak patut rasa apa-apa pun sebab aku kerja weekends, tapi aku tetap tak suka kerja Mondays.

Biasanya Nadi yang off harini nih, tapi sebab dia ada hal sikit, aku dengan senang hati cuba menawarkan diri untuk gantikan off day dia. So istead of Thursday, aku off harini nih. Nadi nak pergi bank hari esok, dia nak kirim duit ke Indo, so itu yang aku cuti tuh.

Semalam dia pinjam duit seribu dari aku, itu aje lah duit yang aku ada, sebab nak hantar kat family dia. Jeles betul aku kat dia nih, baru 3 bulan kerja, dah boleh hantar $6000 ke Indonesia, dekat 57 juta Rupiah tu tuh.

Yang peliknya, dia nak hantar bini dia seribu setengah jer, selebihnya dia hantar kat parents dia, masukkan dalam account dia. Dia ada cerita dengan aku yang dia hantar bini dia tiga ribu dollars jer setahun, setiap 6 bulan sekali. Dua kali setahun. Cukup duit sebanyak itu untuk bini sama anak dia.  Bini dia, macam yang aku cakap dulu, masih tak percaya yang Nadi berada di Amerika, dia ingatkan Nadi masih di Indo, somewhere di Indo. Macam-macam diaorang nih, orang Indo nih.

That aside, tapi memang aku jeles habis dengan Nadi yang cepat dapat kumpul duit. Aku dah 8 bulan dah kerja kat sini nih, entah ke mana-mana duit aku perginya. Habuk pun tarak. Puas dah aku fikir-fikir, ke mana perginya hasil titik peluh aku selama ini. True, memang aku ada sesikit duit, tapi itu on paper jer, duit tuh aku buat modal projek aku nih. On paper memanglah ada untungnya, dan aku pun macam tamak jugak nih mengerolloverkan profits yang aku dapat.

Tapi, aku nih memang berfikiran kampung. Duit aku, aku nak ada kat tangan aku, atau kat dalam pockets aku, kat bawah bantal, or at least, kalau banyak sangat tuh, kat dalam gumpalan-gumpalan underwear yang aku taruk dalam beg. Kalau tak pun, kat dalam bank. Tapi itulah, even habuk-habuk duit kat bank, aku dah sedut sikit-sikit, dah banyak kali dah aku sedut tuh, dah sikit dah tinggalnya sikit-sikit aku tuh.

Itulah payahnya kalau buat transactions kat internet nih, macam main congkak jer. Ambik dari sini, masukkan ke dalam sana, ambik dari lubang sana, masukkan dalam lubang sini.

Macamana pun, aku tak kisah sangatlah dengan projek aku nih, kalau aku tak cuba, mana aku tahu kan? Bosan jugak kalau asyik dok kerja je, tak ada benda yang nak difikirkan sangat. Kalau takat kerja dan fikir duit gaji boleh disimpan bulan-bulan, itu taklah susah sangat nak difikir kan?

Kadang tuh kat tempat kerja, tengah-tengah kasi sample makanan kat orang, aku rasa bersemangat jer, aku boleh senyum sendiri pulak tuh. Dalam hati aku kata, "tak apalah aku macam gini nih, bukannya lama. Aku tengah mengorak langkah nih, nanti, suatu masa nanti, akan ada orang terkejar-kejar nak ikut aku". See, Mat Jenin Bangla nih tak nak panjat pokok nyor lah, takut jatuh. Mat Jenin Bangla nih nak berlari jer, selamat sikit, kan?

Selalu jugak aku kata kat Nadi, masa kasi sample makanan kat orang yang lalu lalang kat food court tempat aku kerja tuh, aku kata, "Kita nih persis lonteh (pelacur) lagih, lonteh nggak sebegini. Ada tamu lewat (ada orang lalu lalang), disapain (ditegur), Hi Sir, Hi Ma'am. Lonteh nggak sebegini sih". Nadi gelak jer. "Nggak apa-apa sih, kita susah untuk sementara aja", biasanya itulah jawapan Nadi.

Aku pun gitulah, aku, selain dari kerja, kalau boleh aku nak lah gunakan otak aku, kesmartan aku, untuk cuba buat duit dengan cara lain. At least untuk lebih terrer dari Nadi, walaupun sekarang nih aku memang lah tak boleh lawan dia kalau bab-bab kumpul duit nih. Tapi tak tahulah, kalau on paper, aku punya income dah jauh lebih dari dia. On paper lah kan. Itu yang buat aku rasa macam nak berhenti sekejap buat projek aku nih, keluarkan duit profits tuh, genggam betul-betul, cium ker duit tuh, kemudian buat balik semula.

At least aku taklah rasa macam bodoh sangat kan, especially bila Nadi perli aku yang dia tengok, macam orang bodoh jer, yang tak ada gaya macam nak kumpul duit pun. Yang macam aku suka sangat hidup sebagai Bangla kat Amerika nih, tinggal dan kerja secara haram.

------------------------------------
Lepas Zohor baru aku keluar tadi tuh, the moment aku keluar jer, aku rasa mengantuk sangat pasal cuaca panas gini memang buat mengantuk jadinya. Nasib baik budak Tibet yang lama tuh tak ikut aku, dia pun off jugak. Ituhari, 3 minggu lepas, masa aku off, aku ajak yang sorang lagi tuh ke WalMart, punyalah seksanya sebab dia tak reti English, kampung pun satu hal jugak. Akulah yang akhirnya kena tanggung makan minum, tambang teksi semuanya, dia buat dak jer.

Dah dua minggu aku tak ke mana-mana pun on my day off so itu yang harini aku keluar tuh, menikmati hari-hari terakhir cuaca panas. Tak lama lagi dah nak sejuk balik nanti.

Biasanya wayang ada main every hour, tapi sebab sekarang ni lepas cuti Labor Day, lepas dah tak ada sales ker apa ker, mall tuh sunyi jer, tak ramai orang. So, wayang pun main every 2 hours. Sementara menunggu wayang pukul 4, aku pergi cari makanan dulu. Aku lalu ajelah kat food court tu tuh, dari jauh lagi counter boys sama counter girls yang kat dua restoran Cina tuh panggil, berteriak-teriak. Aku buat tak pandang jer lah, nak tergelak rasanya. Mengalahkan lonteh lagi diaorang tuh.

Aku makan kat Texas Bar-B-Q Factory, restoran baru, yang kerja situ semuanya Spanish-looking guys. Makan nasi goreng, sayur string beans, mashed potato, grilled salmon. Boleh tahan lah masakan diaorang, walaupun sayur kacang panjang tuh macam bland jer, takat taruk bawang lepas tu direbus. Tak ada seni masak sayur langsung Mat Salleh nih, itu yang rasa macam makan ulam kacang panjang jer tuh. Tak apalah, balik Malaysia nanti, aku nak hirup kuah sayur kacang panjang.

Masa aku tengah makan tuh, adalah this perempuan Spanish yang tengah menyapu-nyapu di ruang makan tuh. Aku duduk pun kat meja ceruk sekali, kat tempat banyak trash bins, kat tepi tiang. Minah nih sibuklah menyapu lantai, mengelap meja, so bila dia tengok meja aku tuh macam kotor jer, terus dia lap sana sini. Tercuitlah tray aku, masa aku nak alihkan tray tuh, walaupun beberapa kali aku kata dengan dia yang tak payahlah bersihkan meja aku tuh, bukannya kotor, terjatuhlah tissue paper. Berkali-kali dia mintak maaf dengan aku, bila aku nak bangun nak pergi ambil tissue paper yang lain, dia yang berlari-lari dahului aku, pergi ambil.

Sedih pulak aku menengoknya, dia tak tahu yang aku nih Bangla jer, dia tuh walaupun kerjanya sama taraf dengan aku, at least dia legal, ada papers semuanya, sebab tu boleh kerja yang macam tuh. Tak tahulah macamana agaknya kalau dia tahu yang aku nih orang gelap.

Lepas tuh, untuk buang masa, aku lepak-lepak ajelah sambil masuk kedai buku, kedai komputer. Aku masuk kedai jam, nasib baik tokey kedai tuh tak nampak aku so dia tak tanya apa pun. Aku tahu, kalau aku terbercakap dengan tokey kedai, sure aku akan terbeli barang. Tak apalah, sejak aku membanglakan diri nih, jam bukanlah benda yang penting buat aku. Dah berapa tahun aku tak pakai jam, selamba jer.

Dulu waktu aku jadi waiter, memang aku pakai jam sebab tangan kena kasi lawa, aku pakai jam sepuluh dollars yang beli kat Chinatown, jam yang langsung tak boleh kena air. Sebab tuh muka jam tu aku halakan arah ke bawah, orang tak nampak.

Sekarang nih tak payah pakai jam lah, it's either tak pakai jam atau aku nak jam yang mahal. Masa kat Malaysia dulu, aku pernah pakai jam Pierre Balmain yang harga seribu lebih tuh. Entah ke mana dah perginya jam tuh, rosak itu hari tuh, susah nak cari tempat repair sebab jam tu jam mahal kononnya. Terus hilang gitu jer.

Then aku tertengok stall yang ada jual macam-macam cards,buku-buku, calendar, berbagailah. Aku terbeli calendar-note belajar Bahasa Spanish, yang setiap hari ada one sentence in Spanish, yang perlu dihafal. Bagus tuh sebab aku punya Spanish entah apa-apa dah, rasa bengang jer kalau masa kerja, orang tak percaya aku tak reti cakap Spanish, sebab diaorang ingat aku dari South America. Walaupun aku layan orang yang datang makan tuh mostly in Spanish (kalau tetamu tu orang Spanish lah) tapi aku guna a few words jer, tak reti buat one whole sentence. Aku sebenarnya betul-betul bercadang nak belajar Spanish, kalau boleh nak sampai fluent. Mana tahu kan, entah-entah suatu masa nanti aku boleh menyamar jadi orang Spanish kan? Bagus tuh sebab kat Amerika nih, networks diaorang nih bagus sangat, senang jer nak melegalkan diri. Mana tahu suatu masa nanti, bila aku dah tak ada jalan lain, aku terpaksa menyamar jadi Mexican kan? Ala, yang ketua Al-Qaeda South East Asia orang Malaysia tu dulu tu tuh masuk Malaysia pun guna passport Mexico kan?

Aku tengok show pukul 4, cerita Constant Gardener tuh (Ralph Fiennes, Rachel Weischz). Boleh tahanlah filemnya, berat jugak jalan ceritanya, aku tertidur at the end of the film, bukan pasal filem tu boring tapi sebab aku mengantuk, tidur kat dalam panggung wayang memang seronok. Tambah-tambah ada 6 orang jer yang sama tengok filem tu tuh.

Balik rumah pun dah nak habis Asar, aku buatlah apa-apa yang patut, rasa ngantuk jugak ni nih, nak tidur awal sikitlah rasanya ni nih. Sabar jer lah, esok baru Selasa, lama lagilah baru off balik.

Sesekali Ku Rasa Teringin


Kerja pun biasa ajelah, sekarang nih musim sekolah dah nak bukak, sibuk jugak. Tak pernah sesibuk sekarang nih, especially weekends. Weekdays pun boleh tahan jugaklah. Pak Tua senyum memanjang sekarang ni nih, untung besar dia. 

SiRakus dah berhenti kerja, seminggu lepas Bayou balik Indo. Tah pasal apa aku pun tak tahu sangat. Dengar ceritanya, awek dia yang kat New York selalu sangat talipun suruh dia cari kerja di New York aje. Tak mudahlah SiRakus tuh, dah ada anak bini kat China pun masih nak berawek-awek jugak lagi. Gersang agaknya. 

Yang gantikan SiKecil itu hari, orang Tibet, dah berhenti jugak, tak sempat seminggu pun kerjanya. Sehari lepas SiRakus berhenti, ada lagi orang Tibet masuk kerja, kampung sangat orangnya, tapi dia reti bahasa Cina. Tak faham sangat aku, dulu SiSherink dulu tuh, orang Tibet jugak tapi reti bahasa Hindi, tak reti bahasa Cina pun. Yang dia ni nih, reti bahasa Cina satu itu ajelah. English tak faham apa pun. 

Pak Tua suruh dia ajak kawan dia kerja di sini sama dia so dua hari lepas tuh, kawan dia datang dari New York. Nak tergelak betul aku tengok diaorang nih, kalau mandi, air kena bertakung kat bilik mandi barulah diaorang nak mandi. Nak guna washing machine, baju direndam/dibasahkan dulu. Semuanya tak makan ikan, udang, banyak makan tepung rebus jer. Dua-duanya pulak tuh, pakai baju masukkan dalam underwear, so bila diaorang bongkok tuh, nampak macam lawak sangat. Aku sama bini Richard selalu gelak pasal diaorang. 

Tapi kira oklah dua-duanya, diaorang respek kat aku agaknya pasal aku paling senior kat restoran tuh, sejak SiRakus berhenti kerja. Tak sangka jugak aku sekarang dah jadi senior staff, dah boleh naik pangkat dah tuh. Berkat kesabaran aku tuh. Itulah korang, contohilah aku, teladanilah aku 

Dua tiga hari lepas tuh, SiKecil ada talipun Pak Tua, dia kata dia dapat tahu yang SiRakus dah berhenti kerja dan dia nak masuk kerja semula. Sebenarnya Pak Tua itu hari ada iklankan kat agensi kerja di New York rupanya, kebetulan SiKecil pun masih cari kerja. Dia dah cuba kerja di beberapa restoran dah tapi semuanya tak lama. I'm not surprised. 

Tu bila dia tengok iklan tuh, dia talipun Pak Tua, sebab dia berhenti dulu pun pasal gaduh sama SiRakus kan? So bila SiRakus berhenti, itu yang dia nak masuk kerja balik tuh. Bini Richard cerita kat aku pasal SiKecil talipun, pasal dia nak kerja balik tuh. Selamba jer lah aku kata, kalau SiKecil datang balik, aku berhenti kerja. 

Terkejut dia, tu yang dia tanya apa pasal. Apa lagi, aku ceritakanlah yang SiKecil memang tak ngam dengan sesiapa pun, dan sebab aku dulu satu bilik dengan dia, aku memang tak suka dia. Aku ceritalah yang SiKecil selalu sepak aku malam-malam, yang aku terpaksa tidur dengan menggigit saputangan, yang aku kalau nak keluar masuk bilik, terpaksa berjengket-jengket supaya tak ada bunyi. Macam-macamlah aku cerita. Aku pun adalah tambah jugak sesikit, buat penyedap cerita. 

Itu yang bini Hector tanya aku, apa pasal aku diamkan saja, apa pasal aku tak ceritakan dengan diaorang? Teruslah dia ke dapur jumpa Pak Tua, dia ceritakan sama Pak Tua. Tak lama lepas tuh dia datang balik, dia kata, SiKecil tak akan datang kerja situ dah. Dan dia kata, aku tak ada reason dah nak berhenti kerja. 

Kuat jugak power aku sebenarnya, baru aku terperasan. Diaorang nih, Hector, bini Richard, Pak Tua, aku tengok, macam "nak jaga hati" aku jer. Aku buat tak tahu jer sebenarnya, malaslah aku melayannya, kesian diaorang yang sure akan letih nak "jaga hati aku" nanti. Aku nih bukannya boleh percaya sangat, buat benda ikut suka hati jer. Tak fikir orang, fikir diri sendiri jer. Itu yang aku buat biasa jer, tak nak lah nampak macam manja sangat. Entah-entah aku jer yang perasan sendiri, kononnya diaorang takut sangat aku berhenti, kononnya diaorang suka sangat aku kerja kat situ tuh. Kat belakang aku, mana aku tahu kan? Diaorang tu kan ker buat business? Diaorang tu kan ker Cina? 

----------------------------------------------- 

Dulu, Bayou selalu kata kat kitaorang yang Hector tuh sombong orangnya. Memang aku perasan jugak yang dia hanya akan tegur kalau ditegur terlebih dahulu. Kalau senyap jer, dia akan senyap ajelah. Aku sama Nadi mulanya memang tak nak pun rapat sangat dengan Hector. 

Tapi kejap jer, kesian jugak aku tengok tiap kali Hector cuba buat lawak, kitaorang gelak-gelak sesikit jer, gelak untuk ambik hati jer sebenarnya. Lama kelamaan, aku join jugaklah lawak dia, dengan bini Richard pun sama. Tapi sekarang nih macam dah tak boleh control dah lawaknya, aku dah berani kutuk dia depan-depan, diorang pun cari peluang jer nak kutuk aku. Sampai Nadi pun selalu kata, "Koq lu berani sih ngetawain mereka", bila dia tengok aku punya jokes yang makan dalam punya. Memang aku nih, kalau rasa dah rapat, jokes aku akan menusuk kalbu. Harap-harap diaorang tak ambik hatilah. 

Pak Tua pun gelak aje tengok aku dengan Hector, dengan bini Richard buat lawak sampai keluar-keluar airmata, sampai bertolak-tolak. Nadi diam jer, dia ada cakap dengan aku sama Hector yang dia tak faham sangat apa yang kitaorang lawakkan. Memang pun, lawak kitaorang lawak kelas, jokes kitaorang jokes kelas. 

Dua minggu lepas, anak saudara Pak Tua ada datang dari Hong Kong, masih budak lagi. Dia nak masuk college di sini, awal tahun depan. So sementara itu, dia kerja di restoran ini lah. Bosan aku menengoknya budak Jason tuh, lawak bebudak, lawak yang tak masuk akal. Tak nak gelak, kesian. Nak gelak, lawak bodoh. 

Jason nih nak sangat ada laptop sebab kat rumah, diaorang hanya ada desktop, itu pun kat dalam bilik Hector, so dia tak dapat nak surf. Aku suruh dia beli laptop, tapi dia kata duit gaji dia nak bayar duit kolej, lagipun gaji dia Pak Tua pegang. 

Aku tak tahu siapa yang cakap kat dia agaknya, dia tahu aku ada laptop yang rosak, laptop aku dulu tuh. So dia bodek suruh aku jual kat dia, $50. Nak tergelak pun sama, nak marah pun satu. $50? Baik aku buang jer laptop tuh daripada jualkan dia dengan harga $50. Laptop tuh aku beli awal tahun lepas, yang rosaknya pun, aku rasa, taklah teruk sangat, ada benda yang loose aje. Yang lain tuh ok. Nak beli dengan harga $50? Memang budak-budak lagilah Jason tuh. 

So SiHector pulak yang bodek aku, dia kata dia nak beli laptop aku tuh, dia tanya berapa aku nak jual. Belum sempat aku kata apa-apa, dia dah kata yang laptop tuh masa aku beli dulu, sure harganya tujuh lapan ratus jer. Sorang lagi bangang, aku beli dulu tuh seribu lebih sikit, seribu seratus kalau tak salah aku. Aku tahu, dia nak aku jual laptop yang rosak tuh dengan harga seseratus dua jer, lepas tuh dia nak kasikan sama Jason. 

Aku suruh dia beli laptop baru aje, apa sangatkan sebijik laptop? Gaji sebulan dah boleh dapat beli laptop bagus punya, apatah lagi dia tokey kan? Tapi itulah, dasar kedekut, tak nak keluar duit, nak beli benda murah jer. Memang sah dia nak beli laptop tuh untuk Jason, kalau untuk dia, sure beli laptop baru kan? 

Dia katalah yang dia tak ada duit, duit dia buat bayar BMW dia. Aku tak percaya, Nadi pun sama. Aku tanyalah dia berapa harga BMW dia tuh, aku rasa tak lebih dari $30,000. Tapi dia kata lebih dari $50,000. Yer lah tuh, memanglah aku nih Bangla, tapi aku tahulah yang kat US nih, kereta memang murah-murah. Kalau aku ada legal papers, aku pun dah dapat sembat brand-new car, walaupun bukan BMW. Tapi aku sama Nadi buat-buat bodoh ajelah, kitaorang rasa dia bayar kereta bulan-bulan pun takat dua tiga ratus jer. 


[Ini BMW Hector, Richard punya pun, model yang sama, kaler hitam] 

-----------------------------------------

Baru jer sebulan lebih sikit aku ke tak ke mana-mana (tak keluar dari kampung kecik nih), dah terasa lama sangat dah. Yang last aku keluar, masa menghantar Bayou dulu tuh. Lebih kurang 5 minggu yang lalu. Itu yang terasa macam nak ke New York jer sekali lagi nih. 

Iyalah, summer pun dah nak habis, kalau boleh aku nak jalan-jalan lagi sekali for the last time sebelum winter datang balik. Nanti kalau dah winter, nak ke mana-mana pun dah tak seronok, dah lah sejuk, masa pun jadi sekejap sebab malamnya lama. 

Entahlah aku nih, dulu waktu selepas balik dari masa hantar Bayou, aku janji tak nak ke mana-mana, at least sampai akhir tahun. Tak nak keluar-keluar pun dari kampung nih selama 5 bulan. Kononnya lah. Tak sampai ke mana pun hajat aku tuh, ni dah teringat nak merayap jer nih, belum apa-apa dah buat perancangan. 

Entah apa yang ada kat New York yang buat aku selalu sangat nak pergi tu pun aku tak tahu. Paling-paling pun aku akan melepak kat Times Square jer, pergi massage, atau pergi buat accupuncture. Tak, kali ini aku nak ke New York pasal benda lain. Aku ada alasan lain sebenarnya. Iyalah, bulan puasa dah dekat nih, aku nak pergi cari kurma lah. Kat sini mana ada jual kurma. Tak pun aku nak cari makanan Malaysia, nak cari Milo, ketupat Adabi, Maggie Mee, Mee Cintan. Benda-benda gitu tuh. 

Itu yang aku dah plan yang kalau ikut gayanya, aku nak ke NYC akhir bulan nanti, atau awal bulan depan. Memang every 2 months rupanya aku sure akan ke NYC. Tak apalah, asalkan aku happy. That's all that matters. 

Aku malu sebenarnya dengan Nadi sebab dia dah 3 bulan di sini, tak ada pun niat dia nk ke NYC. Sejak dia ada di sini, aku dah 2 kali ke NYC, ini nak pergi lagi nih. Memang aku nih jenis tak boleh simpn duit betullah. 

Semalam, sorang budak Tibet tuh nak ke NYC, budak yang baru tuh. Macam-macam dah tanya aku, thru' Jason yng jadi interpreternya, kat mana nak tunggu bas, pukul berapa bas bertolak, sampai NYC pukul berapa etc. Dia ambil cuti dua hari, ada hal apa tah di NYC.

Malam tuh, dekat pukul 10 , Pak Tua pergi hantar dia ke WalMart, sebab nak tunggu bas Cina. Lepas tuh, dalam a few times dia talipun budak Tibet yang sorang lagi nih, entah apa-apalah yang dibincangkan, bunyi macam serious jer. Rupanya budak tuh suruh kawan dia suruh Pak Tua datang ambil dia balik, dia kata tak ada bas. Sedangkan masa tu baru pukul 11-30 malam, bas Cina tuh biasanya pukul 12 lebih baru ada, bertolaknya dekat 12-30 gitu. 

Aku senyapkan ajelah, aku tengok Pak Tua macam merungut jer, memang menyusahkan orang jer kerjanya kitaorang nih. Itu yang Nadi cakp dengan aku, "Lihat, kalau kamu ke NY, kamu nggak pernah susahin mereka, kamu berangkat sendiri aja. Mereka ni, udahlah dihantar, lagi mahu dijemput". Betul jugak tuh. 

Memang aku perasan dari dulu, kitaorang (aku sama Nadi, dulu sama Bayou pun gitu jugak) tak pernah menyusahkan diaorang nih, tak pernah mintak hantar ke mana-mana, buat hal sendiri-sendiri jer, kalau nak ke mana-mana, naik teksi (Nadi naik bas) jer. Tapi geng Tibet nih (dan jugak SiRakus sama SiKecil dulu tuh) apa-apa hal pun semuanya mintak tolong, mintak dihantar, dijemput, even pernah suruh Hector belikan diaorang seluar. Mungkin sebab diaorang nih kampung sangat kot, lagipun diaorang tak reti English. 

Cukup Sampai Di Sini

Aku berhenti blogging for about 3 weeks lepas Bayou balik Indo. Aku tetap teruskan kerja di restoran Pak Tua sebab nak penuhi janji aku, Richard sama Hector kasi aku 2 minggu cuti tuh kan? 

Hector jadi semakin baik dengan aku......

Throwing It All Away



Besoknya aku tak ke mana-mana pun di sebelah paginya, aku temankan Nani saja ke mana dia pergi sebab kitaorang keluar pagi-pagi lagi sementara menunggu William pergi kerja tengahari tuh. Nani kata dia tak nak tengok muka William dah. 

Yer lah tuh, dua tiga hari jer gitu tuh, lepas tuh berbaik balik agaknya. Lepas tuh nanti peluk-peluk balik William, lepas tuh nanti raba-raba balik konek William, even kat tempat ramai orang. Sebab dia nak orang tahu yang dia dengan William tuh laki bini. Nani tak pernah pun cerita pasal laki dia yang di Indonesia, belum bercerai rasanya, diaorang tak ada anak pun. 


Kitaorang pergi ke Restoran Surabaya, kat situ Nani buat drama swasta aje kerjanya, aku dengar ajelah sambil tengok tv. 


Lepas tu aku ajak Nani melepak kat library, Nani kata itu first time dia kat library, walaupun dah 5 tahun dia di sini. Dah pukul satu lebih, bila dah confirmed yang William dah pergi kerja, kitaorang balik ke rumah, aku rileks sekejap, lepas tuh baru aku keluar. 

Aku pergi bank sebab nak keluarkan duit. Kalau tak kerja gini nih, gitu lah, tak sedar jer duit keluar. Tak sempat kendur telur, dah habis duit aku. Sabar jer lah. Suspen jugak aku masa nak keluarkan duit sebab masa aku kasi passport aku yang dah expired tuh, (sebagai ID, sebab aku tak ada ID lain selain passport) kerani tuh siap tanya superior dia lagi. Aku terfikir jugak, macamana nanti, kalau aku tak dibenarkan keluarkan duit kalau tak ditunjukkan ID. 

On the way balik, aku terserempak dengan Yanto [mamat yang aku kenal masa kerja di Boston dulu, yang ajak aku pindah ke kawasan orang Indo dulu tuh, ada aku cerita pasal dia dalam entry lama aku]. Dia dah nak jadi citizen dah, dia kawin dengan Minah Salleh janda anak satu. Aku akan tulis pasal apa yang aku sembangkan dengan dia dalam satu entry yang title dia Waiting For A Girl Like You nanti. 

Tak dapat jugak aku nak ke apartment aku, tak ada siapa yang jawab talipun. Nani ajak aku ke apartment tu aje, ketuk pintu sampai ada orang bukakkan tapi aku tak nak sebab aku tahu diaorang yang ada di situ semuanya kerja, diaorang kena bangun pagi-pagi, sure diaorang tak nak diganggu. Mulalah Nani mengomel lagi, dia kata aku penakutlah, aku ambil senang aje, macam-macamlah. Sebenarnya dia yang nak sangat aku pindahkan barang aku ke rumah dia sebab dia nak guna tv aku yang dua bijik tuh, nak taruk kat bilik dia, dan nak taruk kat bilik yang lagi satu. Dan aku pun kena bayar sewa bulanan pasal simpan barang kat rumah dia. Itu yang dia beria sangat tuh. 

Aku pun taklah berusaha sangat sebenarnya sebab barang aku pun, kalau tak salah aku, selain dari dua bijik tvs, radio, dan dua tiga biji beg yang ada pakaian, kasut-kasut, buku-buku. Kalau aku tak ambik pun, tak rasa ralat sangat. Even kalau aku taruk barang kat rumah Nani pun, rugi jugak sebab lama-lama nanti, akan terasa rugi begitu saja. 

Entah apa pasal aku rasa bengang sangat kat Nani, mungkin sebab dia selalu sangat kata aku tolol, bodoh. Walaupun kadang tuh sambil gelak-gelak. Lagipun, memang dah perangai dia gitu, masa baiknya baik sangat, masa tak baiknya, Tuhan aje yang tahu. Aku memang sedia maklum perangai dia gitu, tapi aku jadi bengang sangat bila dia kata, "Kamu ni sinting sih". So aku katalah, "Udah, aku nggak mahu ke sono, nggak ada orang. Udah, besok aku bayarin harga kamar, aku pergi, kamu udah nggak perlu repot lagi pasal aku". Bengang aku, aku rasa malas dah melayannya Nani, buat sakit hati jer. Selama ni aku diamkan aje apa yang dia kata kat aku. Aku tak marah sebenarnya, aku bengang jer. 

Sempatlah aku sms Bayou sekejap, nak tanya khabar. Besoknya William pagi-pagi lagi dah ajak aku keluar, temankan dia ke pejabat insurance. Dia masih tak tegur Nani. On the way balik, singgah kat depan apartment aku tuh, memanglah tak ada orang, saja nak tunjukkan kat William, mungkin aku akan suruh dia aje punggah barang aku nanti, itupun kalau tuan rumah tu benarkan, sebab aku akan balik ke Maryland petangnya nanti. 

Sebab William pun nak keluar, aku beritahu dia yang aku pun nak blah jugaklah, aku akan bayar duit sewa bilik selama beberapa hari tuh kat Nani aje. Aku tak mintak diri apa pun, aku just kata kat Nani yang masa tu di dapur, yang duit sewa aku ada aku taruk di atas meja, $60 semuanya untuk 4 hari aku di rumah dia. 

Masa aku keluar dari rumah tuh, aku terfikir, sudahlah aku hilang seorang kawan (Bayou), ini aku akan hilang seorang lagi yang dulunya baik dengan aku, Nani. Selain Bayou, memang keputusan aku untuk tak nak ada apa-apa contact lagi dah dengan yang lain tuh. Buat menyakitkan hati aku aje, selama ini aku pendamkan aje, tiba masanya aku putuskan hubungan. Memang payah dengan perempuan nih. 

Dan aku fikir jugak, aku seolah-olah membuang semuanya yang ada pada aku, tak apalah, aku dah tak ada reason nak datang ke Philadelphia lagi dah. Aku nak mulakan hidup baru di Maryland, memang dah lama aku sepatutnya buat gitu tuh. Tak payah nanti aku asyik dok nak buat macam dulu aje, asyik nak ke Philadelphia aje kerjanya. Dah tak ada apa-apanya dah di Philadelphia. Untuk sekarang ini, at least. 

So aku bersemangat ajelah keluar dari rumah Nani tuh. Aku tak fikir dah pasal barang aku yang masih ada di apartment aku tuh. Lantaklah kalau diaorang nak lelong ker, apa sangatnya kan?

Rasa tak sedap pulak kalau tak talipun Yanti sementelah aku di Philadelphia, so aku call dia. Dia tengah shopping kat Italian Market, beria-ia dia suruh aku tunggu dia balik, walaupun aku kata aku tak ada masa sangat sebab hari tu Jumaat. 

Sementara tunggu Yanti, aku talipun Bayou, yang jawab tuh bini dia. "Oh kamulah orang Malaysia yang suami saya ceritaain tu? Terima kasih banget sih, benter suami saya lagi nyetir mobil", kata dia. Sembang-sembanglah dengan Bayou barang sesepuluh minit, he sounded so happy, tak habis-habis dia kata terima kasih. Sukanya aku, rasa puas gitu. 


[Yanti]


Sembang-sembang ajelah dengan Yanti sambil menginstall a few program kat komputer diaorang, Ita yang beria sangat suruh pasal diaorang tak dapat surf, komputer diaorang kena virus tah apa-apa. Sempat makan-makan jugak, sedap pulak masakan Yanti, walaupun mee segera jer. 

Seronok jugak dengar gossip-gossip orang Indo di Philadelphia, macam-macam. Yanti cerita jugak pasal keluarga dia di Indo, pasal adik dia yang dulunya masuk Kristian sebab kawin sama dengan Minah Salleh tapi sekarang dah balik ke Indo, dah cerai dengan bini di Indo etc, jugak pasal Wati, yang tinggal serumah dengan dia tuh yang dulunya bukan main baik dengan dia tapi sekarang nih dah bermusuhan. 

Itu yang aku fikir, masing-masing nampak macam ok jer, tapi semuanya ada cerita, semuanya ada problems. Macam aku jugak, nampak gaya selamba jer, tapi sebenarnya penuh dengan masalah. 

Yanti tak ada pun cerita pasal nak buat business dia tuh, aku suspen jugak takut dia mulakan cerita, sure nak ajak aku jadi rakan kongsi dia. Aku kasi Ita $20, pasal dia punya birthday dulu aku tak kasi apa-apa pun. Ada rasanya aku kasi duit dulu tuh, that was before her birthday. 

Lepas tuh aku blah, aku nak ke masjid, sampai awal pulak, masjid belum bukak lagi. Aku melilau dulu sana sini, terjumpa Imam tuh yang tengah mengopi kat satu kedai nih, aku cakap kat dia yang aku ada hajat sikit so aku mintak dia tolong bukak pintu masjid. Aku ke kedai orang Arab di dekat situ, aku beli buah-buahan, beli air botol (yang paling murah), nak taruk kat masjid. Sambil balas niat a few of my internet friends kat Malaysia yang hantar pisang kat masjid itu hari. Thanks guys. 

Berkejar jugaklah aku ke Greyhound station takut ketinggalan bas, malas aku naik bas terakhir, nanti sampai di Maryland dah lewat malam. Hujan turun sepanjang jalan, semakin lebat bila tiba di Baltimore, rasa ngeri jugak memikirnya. Macamana pun, aku sampai di tempat aku just before diaorang balik kerja.




No Matter What



Aku turun kat Canal Street, jauh jugak berjalannya ke tempat tunggu bas di Chinatown tuh, aku dah lah lapar, tapi tak ada selera nak makan, lagipun aku takut ketinggalan bas, dah dekat pukul 10 malam. Nasib baik ada bas terakhir, dah nak penuh pun dah, kena duduk belakang sekali, kat tandas. Punyalah hancingnya bau tandas bas Cina tuh.

Aku saja jerlah bukak laptop, cadang nak dengar lagu, nak tenangkan fikiran. Tengok-tengok ada wi-fi signal, so bolehlah aku online sebelum bas bertolak. "Itu tandanya ko menghargai persahabatan ko", kata pengikut-pengikut aku. Lega teramat aku bila dengar tuh, at least aku tahu yang aku ni sensible punya orang. Then line terputus sebab bas dah mula bergerak. 

Sepanjang perjalanan ke Philadelphia, aku tak tidur pun, aku dengar satu lagu Raya tu jer, lagu Dari Jauh Ku Pohon Maaf tu jer. Aku ulang sampai puluhan kali, if not ratusan. Aku teringat Bayou kata, dia balik Indo sebab dia dah tak tahan dah 5 tahun dia tak beraya sama anak bini. Aku biarkan aje airmata aku keluar di sepanjang perjalanan tu tuh. Bukannya ada orang nampak, sebab gelap. 


"Ngapain kamu seperti orang gila ngantarin temen kamu sampei New York? Dia nggak bekalan ingatin kamu sih. Dia ada kasi kamu uang? Berlagu orangnya temen kamu tu. Celana dalamnya yang masih baru-baru, dibuangnya aja" kata Nani. 

[Translation, kalau ikut gaya aku tulis: Pasal ko macam orang gila jer sampai hantar member ko ke New York? Dia tak akan ingat ko nyer lah. Dia ada kasi ko duit ker? Member ko tuh berlagak orangnya. Spender dia yang baru-baru, dia buang gitu jer"] *Ini sure Nani selongkar trash bin nih*

Aku tak sempat bukak kasut pun, dia dah cakap gitu tuh. Aku baru jer kering airmata. Aku senyapkan ajelah. Sebelum ambil teksi tadinya tuh aku ada singgah kat WaWa (macam 7-Eleven) beli tuna sandwich, tapi sebab Nani nak cuba, aku tukar ajelah dengan dia. Aku makan nasi lauk yang dia masak, sambal tumis sotong. 

"Kamu ni tolol. Urusan kamu di sini belum selesei, kamu mati-matian bantuin temen kamu. Percuma aja, dia udah nyampei Indo udah nggak peduli sama kamu lagik. Dia bukan saudara kamu. Tolol!", Nani gelak-gelak. 

"Udah, itu urusan aku, kamu jangan masuk campur. Dia temen aku", aku jawab gitu. 

"Dasar tolol! Orang Malaysia tolol!", dia gelak lagi. Terbakar sangatlah aku kan? Aku terus berhenti makan, aku basuh tangan, aku bawak laptop aku naik masuk ke bilik. Di tangga, aku kata, "Kerna itu ramei orang nggak senang sama kamu sih, kamu nyebelin [from the word sebal, buat kasi orang sebal/geram/marah]", aku sindir dia. Aku tak online pun, lepas mandi semuanya, aku terus tidur aje. 

Besoknya pagi-pagi lagi aku dah keluar, malaslah aku duduk di rumah, sure Nani suruh aku buat itu ini, sure dia mengutuk aku lagi, sindir-sindir aku. Aku ke SprintPCS office sebab nak tamatkan service cellphone Mus yang aku masih bayar bill bulanannya. Tak boleh, kata kerani tuh, unless aku talipun customer service dan pretend yang aku tuh Mus. Nasib baik aku tahu password untuk Mus punya account, so aku menyamar jadi dialah. Aku kata aku nak balik ke Indonesia for a few months, up to a year, so aku nak tamatkan service talipun tuh. Sebab Mus punya contract pun dah lebih dari 2 tahun, diaorang waive kan ajelah fees yang sepatutnya kena bayar kalau nak tamatkan service talipun, $150. 

Lepas tu aku terus ke main library kat Ben Franklin Parkway, aku cadang nak lepak kat library ajelah, panas sangat kat luar. Lepas internet guna pc library, aku bukak laptop, tak ada pulak wi-fi signal, so aku tak boleh nak online, aku cadang nak mula taip entry blog aku. Tapi satu ayat pun tak keluar, satu ayat pun aku tak boleh susun. Akhirnya aku tenung ajelah laptop tuh, fikiran aku tah ke mana melayangnya. Sampai habis bateri laptop akhirnya. Satu apa pun tak menjadi. 

Aku keluar akhirnya, aku pergi makan kat satu kedai fast-food yang aku tengok pekerjanya semuanya orang Pakistan. Macam layan tak layan jer diorang tuh, kalau aku yang kerja di situ, aku tak buat gitu pun, aku layan orang cepat-cepat. 

Then aku ke Kinko's, buat pura-pura nak buat kerja, tapi sebenarnya aku nak charge battery laptop aku. Nak online tak boleh pulak pasal tak ada signal, nak guna pc kat situ, mahal nak mampus, $0.40/minit. Tak ada apa pun nak buat online. Lepas tu aku lepak-lepak ajelah kat situ, masuk Marriott Hotel, masuk Starbucks, tengok-tengok orang. 

Bosan yang teramat, aku keluar jalan pergi park, aku tidur kat atas bangku, tidur betul-betul tidur. Beg laptop aku jadikan bantal. Ramai yang tidur kat park tu tuh so aku tak kisah sangatlah. 

Dah lapar aku terus ke Chinatown, pergi Penang Restaurant, makan mee kari. Then ke internet cafe, upload gambar-gambar yang kat laptop. Rasa macam bodoh jer sebab kat cafe tuh aku bayar, tapi aku surf guna laptop sebab ada wi-fi signal. Nak guna pc kat situ tulisan Cina semuanya, payah aku nak mengagaknya walaupun aku dah tukar ke English punya, masih banyak tulisan Cina. 

Dah petang baru aku balik ke rumah Nani, aku tengok dia macam senyap jer, aku pun senyap jugaklah. Buat kerja pun hempas itu hempas ini, cuci pinggan mangkuk pun kuat aje bunyinya . Macam Mak Mertua marahkan menantu jer rasanya. 

Aku lepak sampai malam, then baru aku cuba talipun tuan rumah tempat apartment aku, nak mintak kunci sebab nak pindahkan barang aku. Dia dah tidur, yang jawab talipun tuh macam marah dengan aku sebab hari-hari kacau dia, talipun memalam. Bengang jugak jadinya pasal sewa apartment tu aku bayar, tapi tak tidur di situ, instead tidur kat rumah Nani. 

Then aku cuba lah nak tulis apa-apa kat blog, tak jadi apa pun. Puas aku cuba-cuba tulis, tak jadi apa pun, fikiran aku masih berkecamuk rupanya.

William dah balik kerja agaknya, aku dengar riuh rendah bunyi Nani mengomel, biasanya taklah sekuat itu. Aku buat selamba ajelah, lama jugak dengar suara dia yang lantang tuh walaupun aku tak dapat agak apa yang dia bisingkan, iyalah, aku tengah dengar lagu, bunyi air-cond lagi, pintu pun aku kunci. Tak lama tu pintu bilik aku diketuk kuat, "Joe, buka pintu Joe", aku dengar suara Nani. Lama baru aku bukak, aku buat pura-pura aku baru bangun tidur. 

"Joe tolong aku Joe, apalah nasib aku gini, tolong teleponin 911 dong", Nani menangis-nangis sambil tangan dia ditaruk kat bahu aku, kepala dia, dia sandarkan ke badan aku. Aku serba salah jadinya, aku aku tolak dia, suruh dia duduk di katil. 

"Koq kenapa sih?", aku tanya dia. 

"Si William bajingan tuh, dibantingnya telepon....blah blah blah", aku tak faham sangat pun apa puncanya sebab Nani cakap sambil menangis terisak-isak. Mulanya aku nak buat tak faham jer, pasal aku ingat itu macam lakunan dia jer sebab nak ambik hati aku balik, kononnya. Tapi bila aku dengar cerita dia, baru aku tahu yang dia serious. 

"Ngapain mahu telepon 911, nanti kita jugak susah, kita nggak punya surat segala", aku kata. 

"Biarin, biarin aku didepor(t), pastinya sibajingan tu ditarik asilum (asylum) nya, biar dia rasa", kata Nani.

Serba salah aku dibuatnya, aku jengok jugak bilik tidur diaorang, aku nampak William tengah duduk di birai katil sambil menongkat dagu. Macam-macamlah Nani cerita dengan aku, dalam isak tangis dia, aku masa tu tengah online, tengah chat kat tagboard. Sekali-sekala aku mencelah jugaklah, aku suruh dia tidur di bilik aku tu aje, aku boleh tidur kat kerusi di bawah aje. 

So aku tenangkan Nani, aku bukak pintu, aku cakap kuat-kuat supaya William boleh dengar. Aku suruh Nani tidur, aku suruh dia bawak bertenang. Bila Nani masih jugak berdegil, aku terus turun ke tingkat bawah, sambil kata, "Itulah kamu, langsung nggak fikirin orang, kasihanlah aku, nanti kalo William marah, pasti aku pun dimarahin".

Dia ikut aku turun, dia suruh aku betulkan talipun yang terburai sebab kena hempas dek William. Lepas tuh dia mulalah menalipun keluarga dia, adik dia, di Indo. Aku dengar ajelah cerita dia, sebenarnya William marah sebab Nani perli dia. Bini William (di Indo) ada talipun, itu yang Nani bengang tuh, bila dia sindir William, naik anginlah jadinya dia tuh, habis dihempasnya talipun, ditendangnya tv. 

[Kisah orang-orang Indo yang di sini nih mengerikan, yang dah ada laki bini tu biasanya nak ada laki bini jugak kat sini, macam-macamlah cerita-cerita yang kadang tu buat aku takut, macam tak percaya mendengarnya. Iyalah, kalau dibandingkan dengan kita orang Malaysia yang biaa-biasa nih, kita nih ibarat drama swasta yang boring yang kat RTM tuh. Diaorang, cara hidup diaorang, mengalahkan cerita-cerita seram The Amytyville, Nightmare On Elm Street lagi.]

Bosan melayannya, mendengar cerita Nani, aku kata aku nak tidur ajelah, aku masuk bilik semula, aku tutup, kunci bilik, bila Nani ketuk bilik, aku buat tak tahu jer, sure dia ingat aku dah tidur. 

Airmata Jatuh Ke Perut (2)


Memang nasib kitaorang baik agaknya, tokey tuh suruh yang kat dalam van tuh duduk himpit-himpit sikit pasal one of the passengers tuh, budak kecik jer. So, sebelum aku naik van tuh, aku masukkan duit $20 tuh dalam pocket agent tuh. Dia tak nak ambik, kalau tak salah aku, duit tu dia kasi kat Bayou sebab masa tu aku terus naik van tuh, duduk kat belakang sekali. 

Masa berhenti kat Rest Area di New Jersey barulah aku bayar $50 kat driver tuh. Terfikir jugak aku, naik bas Cina ke New York tambangnya $12 jer, ini aku keluarkan $70 pulak. Tak apalah, sekali ini aje, sebab kawan. 

Pukul 6 lebih sampai kat Terminal 4, terus aku suruh Bayou check-in luggage dia, punyalah panjang beratur, aku berdiri ajelah kat tepi. Serba-salah aku dibuatnya, nak terus balik, flight Bayou tuh masih lama lagi, nak tunggu kat situ, macamana aku nak balik nanti pasal aku tak tahu caranya, setahu aku, tak ada subway yang dekat-dekat situ. Kena naik bas. 

Masa berdiri tunggu Bayou tu lah aku tengok jer orang yang beratur nak check-in, aku tengok semua orang yang sibuk bawak barang ke sana-sini. Aku jadi sedih jer, aku compare kan diri aku dengan diaorang. Diaorang masing-masing happy jer nampak gayanya. Aku, sedih jer. Diaorang boleh terbang ke sana sini. Aku? Aku, passport pun dah mati, tak ada duit, tak boleh ke mana-mana, duduk kat US pun cara haram. 

Sedih gila aku dibuatnya. Sampai bila aku akan jadi macam ini?, aku tanya diri aku. I have to do something, cuma aku tak tahu nak buat macamana. Berbagailah benda yang aku fikir, tapi semuanya lead to sad ending yang sama, aku boleh bayangkan yang aku akan terus-terusan begini, aku akan menghabiskan masa-masa aku tua terkontang-kanting sendirian di tempat orang. Ngeri jugak bila aku fikirkan semua itu. Dapat ker aku balik ke Malaysia suatu hari nanti, boleh ker aku ke Indonesia bila aku ada duit nanti, atau akan terus ker aku membanglakan diri aku di Amerika nih? 

Bila aku rasa sedih sangat, aku kata kat Bayou yang aku terpaksa blah dari situ. Bayou tenung jer aku, dia pegang tangan aku, dia peluk aku. Aku genggam tangan dia rapat-rapat, aku peluk dia tiga kali sambil tepuk-tepuk bahu dia. "Jaga diri kamu Joe, aku sedih banget ni sih. Kamu lah oreng paling baik pernah aku ketemui", kata dia sambil lepaskan badan aku. "Kamu punya uang?", dia tanya aku. 

"Punya sih", aku jawab ringkas. 

Terus aku berpaling, aku dah tak toleh dia dah, airmata aku nak keluar sangat dah. Dah termeme-meme dah aku masa tu tuh. Hebatnya satu persahabatan kan? Aku pakai sunglasses aku, aku biarkan airmata aku berderai sepanjang aku jalan sekeliling terminal tu mencari cara nak pergi balik ke Manhattan. Aku turun ke tingkat bawah, aku tak tahu apa pasal aku jadi sedih sangat sepanjang aku kat escalator tuh. 

Mungkin sebab selama ini aku diamkan aje, aku pendamkan aje kesedihan aku, masalah aku, apa yang bersarang dalam hati aku. Bila keadaan begini, aku dah tak boleh bendung dah. 

Aku fikir jugak, dulu masa Mus balik ke Indo, aku tak berapa sedih sangat, mungkin pasal aku tak hantar dia ke airport pun (aku kerja). Atau mungkin jugak sebab aku dengan Mus, hanya baik-baik gitu aje, dengan Bayou, walaupun hanya 7 bulan, tapi kitaorang duduk sama-sama,kerja sama-sama. Lagipun, Bayou ni banyak persamaan dengan aku, aku ngam sangat dengan dia. Kitaorang pernah makan sepinggan, pernah susah senang bersama-sama.

Sebab kat terowong tu macam sunyi tak ada orang pun, makin laju pulak airmata aku keluarnya, aku biarkan aje. "It's ok for a man to cry", kata aku dalam hati. Lagipun dah lama aku tak menangis nih, biar aku sedar sikit yang aku nih sebenarnya di dalam serba kekurangan. 

Jumpa jugak akhirnya tempat tunggu bas untuk ke Manhattan, masalahnya pulak, aku tak ada coins, they only accept coins. Terpaksa aku patah balik masuk semula ke terminal. Aku tengok Bayou masih belum selesai, masih tengah beratur, so aku buat keputusan tunggu dia ajelah. Lantaklah kalau aku terpaksa bermalam di New York, aku boleh jalan-jalan bawak diri kat Times Square sampai pagi. Alang-alang sedih, baik aku betul-betul menyedihkan diri aku kan? 

Bila selesai uruskan pasal barang dia, aku ajak Bayou makan sebab aku lapar sangat, pagi tdinya makan muffin aje. Aku beli roti ajelah pasal Bayou kata dia makan kat dalam flight aje nanti. Ya Rabbi mahalnya harga, 2 bijik roti, 2 botol mineral water, sampai $17. Kitaorang lepak-lepak, tak sembang sangat pun, masing-masing melayan kepala masing-masing. 

"Joe, kamu bisa ajan (azan) nggak?", Bayou tanya aku. 

"Bisa sih, kenapa?", aku tanya dia. 

"Kamu tolong ajan nanti bila aku udah mahu berangkat, aku takut sih". Terus aku teringat pasal bus accident tu tuh. 

"Ok, ok", aku jawab ringkas jer. "Udahlah, kamu pergi masuk sekarang ajalah, jangan lupa hubungin aku", aku kata. 

Sebelum Bayou masuk dia lambai aku, aku anggukkan kepala aje, so aku pun azan. Taklah kuat, takat aku dengar sendiri jer. Tangan pun aku tak taruk kat telinga pun, aku azan tegak jer, macam masa Perdana Menteri nyanyi lagu Negara Ku, waktu perbarisan Kemerdekaan jer gayanya, dengar tak dengar. Malu kat orang-orang sebelah pun satu hal. 

Dari luar tu aku boleh tengok Bayou disuruh bukak kasut, stokin, tali pinggang, jam, semuanya lah, keluarkan apa-apa yang ada dalam pockets dia, etc. Lama jugak baru aku nampak dia pakai balik benda-benda tuh, dia tak perasan pun yang aku masih tengok dia. 

Bila dia dah hilang dari pandangan aku, baru aku blah, aku turun balik semula ke basement, airmata aku tak boleh nak cakaplah. Aku menangis mengalahkan mak nyah yang tak menang Drag Queen lagi. Sambil turun tangga tuh aku kata, "Oh shit! Oh shit! Oh Shit! kuat-kuat (pernah aku tengok kat filem apa tah dulu tuh, sebijik macam tu lah). Lama tu baru aku teringat, apalah aku nih, baru dua tiga minit lepas, aku dok azan, sekarang dok mencarut pulak. So very real lah aku nih. Sahlah aku nih tak siuman punya orang. Aku terfikir jugak, apa yang buat aku sedih sangat tuh? Semuanyalah, semuanya buat aku sedih. Tak ada benda yang buat aku happy pun masa tu tuh. 

Itu yang bila aku nak menyeberang jalan ke tempat tunggu bas tuh aku tak boleh tahan sangat dah, sambil aku kata, "Dah lah Tuhan, aku tak tahan dah nih" Aku tak tahu apa pasal aku cakap gitu tapi apa yang aku tahu, Tuhan faham apa maksud aku. 

Kat dalam bas tu aku duduk belakang sekali, seat dia yang tinggi tuh, ada orang naik bas, aku buat muka masam, aku buat muka sombong jer, biar orang tak nak duduk seat dekat aku. Saja jer lah, aku nak duduk sorang-sorang, aku nak layan perasaan aku aje. 

Entah kat stesyen mana aku berhenti, aku tengok ramai orang turun, aku pun turun jugak, nasib baik senang jer mencari subway station kat Brooklyn tuh. Kat train subway tu pun aku duduk kat gerabak yang paling last, tak ramai orang. Adalah dua tiga orang yang lain, puas aku cari idea macamana nak kasi airmata aku supaya jangan terus keluar. 

Entahlah aku nih, kata aku dalam hati. Menangisnya mengalahkan bapok lagi. Mudah sangat keluar airmata. Walaupun aku ni degil orangnya, walaupun aku nih orang yang berhati batu, tapi sebenarnya aku nih lemah sangat. Orang lain tuh, orang Indo for example, diaorang selamba jer. Tapi betul jugak, aku kan ke Melayu, orang Malaysia, tak biasa dengan benda-benda gini nih. Macam Melayu-Melayu lain jugak, aku ni manja orangnya. Bila ada masalah, tu yang keluar airmata tu agaknya. 

Aku seluk pocket beg aku, ada buku kecik 99 Names Of Allah (The AlMighty). Aku baca. Aku ulang. 


Airmata Jatuh Ke Perut


Sampai rumah Nani, dah dekat pukul 10 malam. Tak sempat nak bukak kasut pun, perempuan yang menyewa bilik di rumah Nani tuh tanya aku, "Joe, lu bisa ngantarin gue ka Chinatoon? Gue mau ka New York". La, aku tak kenal pun perempuan tuh, berani pulak dia tanya gitu tuh. Aku anggukkan ajelah, aku tanya dia apa pasal tergesa-gesa nak ke New York. Dia kata dia tak suka kat Philadelphia, walaupun dia baru 5 hari di situ, dia nak balik semula kerja sebagai waitress di Long Island, New York.

Ok jugaklah, kata aku dalam hati sebab aku sama Bayou boleh tidur kat bilik tu tuh nanti. Aku pergi sendiri aje dengan awek tuh, aku suruh Bayou lepak ajelah di rumah sebab dia letih. Aku tak tunggu pun awek tu naik bas Cina tuh, sampai aje kat Chinatown, terus aku patah balik. Diaorang nih, tak kenal siapa-siapa pun, senang jer nak mintak tolong, kata aku dalam hati.

Balik rumah terus aku online, Bayou dah tidur pun dah, aku tengok dia tidur kat tepi jer, sure dia ingat aku akan tidur kat sebelah dia sebab katil tu king-sized punya bed. Segan pulak aku nak baring sebelah dia sebab dia tak pelawa pun (dia dah tidur, macamana nak pelawa aku kan?), so aku lepak kat lantai ajelah, aku online sekejap, tak tahu pun pukul berapa aku tertidur, pukul 2 lebih rasanya.

Besoknya pagi-pagi lagi kitaorang dah keluar, singgah Dunkin' Donuts kejap, makan muffin jer. "Aku sedih banget kamu udah mahu pulang Indo, aku udah nggak punya temen sih", aku kata kat Bayou.

"Koq Nadi kan ada?", kata Bayou.

"Bener, tapi aku nggak bekalan akrab sama Nadi, dia agak lain orangnya", aku kata.

"Bener, dia Cina, dia nggak seperti pribumi Indo, lain dikit cara dia", jawab Bayou.

Kitaorang singgah sekejap kat travel agent tempat aku beli ticket kapalterbang Bayou dulu tuh sebab aku nak tanya diaorang samada aku boleh ikut ke tidak ke JF Kennedy Airport, New York petangnya nanti. Dari Philadelphia ke JFK Airport, diaorang yang naik Singapore Airline, dibawak naik bas pelancung. So aku nak tanya samada aku boleh join diaorang, kesian Bayou sorang-sorang, bawak banyak barang lagi tuh, dia pun tak tahu apa-apa pun.

Aku tanya kerani yang ada di situ, dia pun tak tahu, belum sempat habis aku tanya, one of the bosses tu datang, orang Indo (bangsa Cina), so aku tanya dia in Indonesian. Dia nih memang berlagak orangnya, dulu pun pernah kawan aku kena perli jer, itupun dia beli ticket kat situ. So aku tanyalah dia, dia kata tak boleh. Aku tanya lagi sekali, macamana caranya, do I have to call the driver atau tokey agent yang hantar orang ke airport.

"Nggak bisa, di sini hanya untuk beli ticket. Itu urusan mereka", dia kata lagi.

"I didn't know, that's why I tanya. Thought you have some connections with them", aku jawab.

"Connection apa? Saya bisa sogok President kalo saya mahu", dia kata sambil seluk pocket seluar dia.

"I'm not talking about the President", aku tinggikan suara, biar pekerja dia dengar, lagipun aku dah bengang, aku tanya sikit jer, sampai ke President Indo pulak dia merapunya. Aku tengok pekerja dia yang tiga orang tuh macam senyap jer, but deep down aku rasa diaorang suka jugak tengok Boss diaorang kena dilawan cakap gitu tuh.

Bayou senyap jer, dia berdiri jer kat belakang aku. Lepas tu si Boss ni tadi dah cakap slow sikit dah, aku pun buat gaya nak blah ajelah, malas aku melayannya orang gitu tuh.

Kamu dari Indonesia?", dia tanya aku.

"Iya, saya dari Indonesia", aku jawab.

"Dari Jakarta?", dia tanya lagi.

"Iya, dari Jakarta", aku selamba jer jawab, sambil aku berpaling arah Bayou, aku nak keluar dah dari office tuh.

"Saya pun dari Jakarta......blah blah blah", dia jawab baik jer. Bayou bersalam dengan dia, mintak diri, aku pun salam jugaklah, tapi tak pandang sangat muka dia, aku kan ker nak cepat?

Kat luar office dia tuh, aku gelak sakan. "Sialan punya manusia, aku tanya dikit, koq berlagu banget", aku kata kat Bayou.

"Kalo di Indo, orang segini pasti udah dibakar usahanya, rumahnya. Dibunuh mungkin. Memang dasar Cina, bangsat", kata Bayou.

Kitaorang terus ke Ross, cari beg kecik jer. Dapatlah satu, harga $45, lawa begnya. Lepas tuh kitaorang dah tak tahu nak ke mana sebab Nani keluar, kitaorang terpaksa tunggu dia balik sebab kitaorang tak ada kunci rumah. So aku ajak Bayou naik subway ajelah, dari hujung ke hujung. Memang seronok pun pasal train yang kitaorang naik tuh tak ramai orang, sejuk air-cond lagi. Tuh yang hampir tertidur masing-masing melayan mengelamunnya.

Aku tengok kat seat kosong sebelah aku ada city paper Metro, aku bacalah, ada gambar bas terbalik. Aku baca sekali lalu aje, bas dari Washington ke Philadelphia. Bila aku baca betul-betul, aku rasa darah aku tersirap. Dalam hati aku kata, nasib baik aku ikut cakap Bayou, naik bas pagi Isnin. Kalau aku ke NYC memang aku naik bas malam kan, ada satu jer bas malam dari Hagerstown ke DC. Tak pernah-pernah naik bas pagi, tapi kali itu aku terpaksa ikut permintaan Bayou sebab dia letih kalau balik malam, dia nak berehat dulu. Kalau naik bas malam, macam yang selalu aku naik tuh, sure kitaorang ada kat hospital masa tu tuh, sebab that very same bus rupanya yang terbalik tuh.



Bila sampai di rumah Nani baru aku cerita sama Bayou, sambil tunjukkan paper tuh. Terus dia mengucap, sambil geleng-geleng kepala. "Aku takutlah Joe, aku rasa nggak enak aje", dia kata, aku tengok dia muka sedih jer. "Ayuh kita solat sunat", dia kata lagi.

Lepas tuh Bayou mula kemas-kemas barang, pindahkan barang dari beg dia yang besar tuh, so dia akan bawak 3 beg semuanya. Nani pun menyibuk jugaklah tanya itu tanya ini bila dia tengok banyak barang-barang yang Bayou bawak balik, handycam, digital camera, stereo kereta, benda-benda elektronik.

Bayou kasi aku Quran terjemahan dia yang besar tuh, aku ambil ajelah pasal memang minggu lepas aku memang nak beli satu tapi tak ada yang besar, yang kecik tuh aku susah nak baca, tak clear sangat. Dia kasi Surah Yassin jugak. Dalam hati aku kata, aku nak selalu baca Quran lah, nak selalu baca Surah Yassin, biar dia pun sama dapat pahala.

Aku suruh Bayou lepak-lepak, baring, tidur etc sementara tunggu petang, aku bukak internet sekejap cari news pasal accident tuh, nak taruk kat blog nanti, as a reminder.

Puas aku kata kat Bayou jangan kasi duit sama Nani sebab aku dah bayar dah, Nani, for sure akan ambik aje duit kalau orang kasi. Aku tahu,Bayou memang tak bawak banyak duit pun, ada a few hundreds jer. Bila dia nak kasi aku duit, aku kata tak payahlah sebab sepatutnya aku yang kasi dia, dia yang nak berangkatnya. Bukan aku. Aku tak kasi dia duit pun sebab aku fikir, aku dah bayar semuanya, bayar ticket bas, tambang itu ini, belanja makan etc, so, kira halal ajelah.



Dari rumah Nani, kitaorang naik teksi ke tempat tunggu bas ke JFK Airport, panasnya tak boleh ceritalah menunggu kat luar Win Plaza tuh. Van pelancung yang diorang sewa tuh penuh dengan barang, cukup untuk 11 orang jer yang memang ada dalam list.

Aku dah tak sedap hati dah, aku kata dengan Bayou, "Aku nggak bisa ikut kamu ke bandara (airport) sih, udah kepenuhan kayaknya (gayanya)".

Beberapa kali aku mintak tolong kat tokey agent tuh, dengan driver dia even (orang Indonesia), aku mintak sangat-sangat nak ikut jugak, aku akan bayar diaorang $50 seperti yang dimintak. Tapi, passengersnya semua orang Vietnam, orang Kemboja, masing-masing punyalah lagaknya, macam diaorang jer yang nak ke airport. Tak nak langsung kongsi tempat duduk, so sebelum Bayou naik van tuh, dia bersalam dengan aku, sambil kata, "Udah lah, di sini ajalah kita ketemu. Kamu jaga diri baik-baik".

Aku macam nak tak nak jer bersalam dengan dia, dalam hati aku kata, takkan sampai di sini aje? Takkan takat bersalam aje? Aku ni memang degil, so aku tanyalah tokey agent tuh, sambil buat muka kesian, aku kata, "Please....."

Sebab dah tak ada gaya macam aku akan dapat naik van tuh, aku lepak ajelah sambil berteleku kat handrail plaza tuh, saja jer lah pasal aku rasa airmata aku dah nak keluar sangat, aku tak nak orang nampak. Aku seluk pocket aku, aku keluarkan duit $20, aku genggam duit tuh......