Friday, October 5, 2012

Reality Bites


Aku rasa tenang hati aje bila Daniel dah tahu yang aku ada niat nak berhenti kerja tuh. Cuma aku rasa tak sedap nya, Daniel tak tahu punca utama yang buat aku nak berhenti. Semua excuse-excuse yang aku kasi kat dia tuh semuanya lame-lame belaka. 

Aku tak suka kerja di situ sebabnya itulah, terlalu panjang jam kerjanya, lebih dari 13 jam sehari. Kalau aku nak slow talk dengan dia, mintak pendekkan jam, itu aku tak mampu nak buat. Pasal itu akan menampakkan kelemahan aku. Dan, gaji sure akan turun, katalah dia bersetuju aku kerja kurang dari 13 jam sehari. As a Bangla, memang tak ada cara lain dah sebenarnya. Ko tak suka, ko berhenti. Itu aje jalannya. Berlambak lagi orang lain yang nak kerja. 

Hari-hari berikutnya aku kerja macam biasa, tak ada lah tension sangat. Cuma itu lah, nak pergi kerja tuh, macam terpaksa heret kaki aku. Punyalah tak ada semangatnya. Once sampai aje kat tempat kerja, dan bila tak sibuk aje, baru aku rasa macam seronok jugak sebenarnya kerja macam aku nih. Aku boleh online masa tak ada kerja tuh. Sesambil melayan orang beli barang. Aku rasa bersyukur pulak yang aku, walaupun kerja Bangla aje, tapi aku dapat online masa kerja. 

Cuma masalahnya, aku tak ada masa. Sebab aku kerja 6 hari seminggu, 13 jam sehari, at least. Pukul satu onwards, aku mula bosan balik semula, mula tension semula. Masa tu lah baru terfikir balik yang aku harus buat sesuatu, aku kena cari kerja restoran ker, yang ada orang lain yang boleh aku jadikan kawan bercakap. Mampos gayanya kalau kerja sorang-sorang nih, dah lah lama, tak ada member ajak sembang pulak tuh. Itu yang aku terpaksa cari member kat internet untuk ajak sembang. Tapi itu lah, member kat internet nih, susah nak cari yang sama wave length nya. 

Tapi, bila difikir-fikir balik, elok jugak kerja sorang-sorang nih, tak ada siapa kacau. Tapi itu lah, kat tempat kerja aku sorang-sorang, balik ke apartment pun aku sorang-sorang, setiap hari aku sorang-sorang, memanglah terasa sunyi sesangat kan? 

Aku bersyukur jugak sebab aku masih ada masa untuk berfikir sebenarnya. Kalau aku nak berhenti, aku kena berhenti hujung bulan, atau pun awal-awal bulan. Lepas dapat gaji. Sebab gaji aku sebulan sekali. So gitulah, berbalik-balik pros dan cons nya yang aku fikir. Sampai aku terfikir yang aku nih saja jer memenatkan otak aku. Sebelum ini, aku tak ada pun fikir lebih-lebih kalau aku nak berhenti kerja tuh. Apa pasal pulak kali ini aku beria-ia sangat nak fikir baik buruknya kalau aku cari kerja di tempat lain?

Minggu tuh aku disuruh off hari Khamis, tak ada apa sangat pun aktiviti aku. Lepak-lepak kat tempat tidur sambil sembang-sembang, pergi park, dan tengok wayang. Aku tengok filem nih, Evening, sebab ada Meryl Streep berlakun. Lagipun filem tuh shootingnya kat Rhode Island, lawa tempatnya. Jalan ceritanya membosankan tapi aku tak ada lah ralat sangat. Iyalah, bukan semua orang yang suka pergi fishing tuh sebab nak kan ikan, kan?

On the way balik, masa aku nak masuk ke kedai Indo untuk beli stock makanan seminggu, aku terjumpa this one guy yang aku rasa aku kenal. Masa berselisih tuh, takat senyum-senyum gitu aje lah. Then bila dah jauh, baru aku teringat yang aku kenal dan pernah kerja sama dia, suatu masa dulu. Sombongnya aku sampai tak tegur dia, kata aku dalam hati. Itu yang aku patah balik, aku lari kat dia (Read between the lines: Aku nih baik sangat orangnya hehehe)

"Gapapa, gapapa", mamat tuh jawab gitu. So kitaorang sembang-sembang gitulah. Rupanaya dia tak kerja sebab baru lepas operation (patutlah aku tak kenal sebab badan, muka dia dah kecut semuanya), sakit pinggang, ada ketumbuhan, sebab selalu kerja angkat benda yang berat-berat. Tapi dia nih ada Social Security, ada Work Permit (tapi dah expired) dan ada insurance, so operation dia tuh free aje lah. Dia berehat sebulan sebelum mula cari kerja lain yang ringan-ringan. So bila aku cerita pasal kerja aku, pasal niat aku nak berhenti, teruslah dia mintak nombor talipun aku. Dia even suruh aku bawak dia jumpa Daniel. 

"Itu enak itu, saya mau deh, saya bisa Bahasa Mandarin", kata dia. Dia orang Indo bangsa Cina. 

So adalah benda yang aku nak fikirkan, kan? Aku fikir, ramai orang yang nak kan kerja aku nih, apa pasal pulak aku nak berhenti? Tapi, mungkin jugak sebab aku selalu cakap gini, itu yang buat orang nak kerja aku tuh. Aku selalu kata, "Kerjanya santeeiii amat, bisa internetan lagi. Cuma jamnya panjang sih, 13 jam. Jenuuhhhhh rasanya. 

"Itu enak sih, kerja sendirian lebih enak", biasanya diaorang akan jawab gitu. 

"Iya, tapi, lama kelamaan, bosaaaaan amat. Jenuh rasanya", aku akan jawab gitu. 

So tak heranlah kalau ramai orang yang nak kerja laundry, kerjanya santai, gajinya ok (walaupun kecik compared to jadi waiter/tukang masak kat restoran Cina tapi lebih besar dari gaji kalau kerja kilang), dan yang pentingnya (bagi orang Indo), kerja tuh tetap. Walaupun tak berpencen. 

----------------------------------------
"Joe, you'll not get everything you want lah...", kata member aku kat YM bila aku hampir setiap waktu dan ketika, mengadu kat dia.

Ok, I've heard that words a million times sebelum ini. Tapi selama ini aku diam kan aje, aku buat tak peduli aje. Kalau orang cakap gitu kat aku, aku akan kata dia suka membebel. Tapi kali itu, aku betul-betul sentapz. Termasuk sangat kat benak kepala aku yang dah hampir botak nih. Betul sesangat apa yang member aku cakap tuh. Tak ada salah nya pun. Tepat dan padat. 

Tapi sebab aku sibuk aku tak dapatlah nak chat lama, I didn't even have the time to thank him pun pasal menyedarkan aku. 

So aku sambung balik melipat pakaian yang semakin banyak tuh. Tapi itulah, di sepanjang aku melipat bra-bra, spenda-spenda orang tuh, bodoh jer aku jadinya. Dan dalam bodoh-bodoh tuh pun, aku mula berfikir..........

S To The Hit


Pagi tuh, sebelum Daniel blah, dia ada sound aku suruh bersihkan celah-celah washing machines tuh yang banyak tompokan-tompokan serbuk sabun yang dah keras. Dia siap kasi aku berus plastik lagi, siap tunjukkan macamana nak bersihkan mesin tuh lagih. Tak ada lah aku sentapz sangat tapi aku dok terfikir yang selama ini aku tak bersihkan betul-betul sangat mesin-mesin tuh sebab bila aku genyeh-genyeh, tak tanggal. Genyeh-genyeh, tak tanggal. So aku biarkan aje lah gitu. Lagipun, tak adalah mencacat celakan pandangan pun, tompokan sabun tuh. 

Pagi tuh tak ada lah sibuk sangat pun so aku sekali sekala aje lah keluar ke bahagian depan, sapu sampah sikit-sikit, lap mesin sana sini. Sebenarnya, since Daniel pasang cctv yang dikontrol dari rumah dia tuh, aku jadi lebih rajin. Selalu ke sana sini buat kerja. Iyalah kan, pergerakan aku diperhatikan, so aku kena lah selalu bergerak. Takkan aku nak lepak depan laptop aje kan? 

Aku tengah melepak sambil sembang dengan satu customer nih masa Daniel datang sekali lagi, untuk hantar jajan yang baru dia beli. Tak lama lepas tuh dia blah. Dalam sesejam kemudian, dia datang lagi sekali, sambil bawak alat-alat DIY, aku tahulah yang dia nak repair a few machines kat situ. "Banyak kali pulak siDaniel nih datang hari ni nih", kata aku dalam hati. Masa tuh aku tengah melayan one customer yang nak beli air. 

"Clean (maksud dia sweep) the floor, it's very dirty", kata Daniel dari luar. Terus aku muncung, aku roll my eyes pun jugak. Daniel perasan aku bengang. Mana aku tak bengangnya sebab about 10 mins sebelum tuh, aku dah sapu lantai yang kat luar tuh. Tapi gagak, gagak betina pulak kan, ada lah dua tiga ekor tuh, diaorang biarkan sampah berterabur, dryer sheets yang diaorang guna tuh.

Aku pun menyapu sambil merengus lah, sebijik macam menantu yang kena sound dengan mak mertua. Dan aku pun terus ambil keputusan yang aku nak berhenti aje lah. Aku nak beritahu Daniel. Bosan lah aku kalau tiap-tiap hari aku stress aje. Lama jugaklah aku menyapu tuh sebab aku dok fikir baik buruknya kalau aku berhenti. 

Ala, bukannya aku tak pernah berhenti kerja on the spot kan? Bukannya aku tak pernah berhenti kerja tanpa beritahu Boss aku kan? Tapi, sebab Daniel tuh baik, aku tak sampai hati nak buat begitu, aku kena tunggu at least sampai hujung bulan. Dan aku kena beritahu dia awal-awal kalau aku nak berhenti. Biar dia cari pengganti aku dulu, then baru lah aku berhenti. Masa tuh aku dah tak fikir dah pasal internet, pasal kerja yang agak rileks, pasal benda yang baik-baik yang buat aku seharusnya stay aje kerja di kedai Daniel tuh. Aku dah nekad yang aku nak berhenti. 

Aku masuk kat tempat kaunter, aku minum, aku buat selamba aje, aku nak tenangkan sikit hati aku. Malas lah terus beritahu dia, nanti sure tergagap-gagap aku bercakap, kalau masa tengah naik angin tuh. Aku kasi biar aku cool dulu. Aku perasan yang Daniel tengok, perati jer aku. Aku tetap buat tak tahu jer, diam aje. 

"Eh, I think you better find someone to replace me, I'm quitting", aku kata gitu masa Daniel di belakang aku. Aku tak pandang pun muka dia.

"What's wrong?", Daniel tanya aku.

"I just want to quit, I don't like it here anymore. Sorry", aku kata gitu. Baru lah aku pandang muka Daniel.

"But why?", Daniel tanya aku. 

Aku dah nak mula tergelak. Then aku cakaplah pasal aku tak suka kerja kat kedai tuh, sekarang nih, hampir setiap hari aje ada benda yang buat akau jadi naik angin.

"Don't think too much, yoooooo!!!!", kata Daniel. Dia sepak bontot aku. Sepak manja gitu. Masa tuh aku berteleku di kaunter, memanglah aku membontoti Daniel masa tuh. Eh, salah ayat tuh gayanya. Aku membelakangkan Daniel, dan sebab kaunter tuh agak rendah, so bontot aku macam tertonggek ke arah Daniel lah.

Sambil tuh aku gelak. Gelak sebab aku tak nak tunjukkan aku serious. Gelak sebab aku rasa macam aku tak ada reasons yang valid sangat untuk berhenti kerja tuh. Gelak sebab aku terfikir yang akhirnya aku akan berhenti kerja jugak nanti. Banyaklah sebab yang buat aku gelak. 

Tapi masa Daniel sepak bontot aku tuh, dan-dan tu jugak aku teringat kat Hector, masa aku kerja Restoran Pak Tua dulu tuh. Punyalah baik akhirnya aku sama Hector dulu tuh kan, aku sepak dia, dia sepak aku. Mana ada orang yang berani sepak bontot tokay, kan? Aku sorang jer. Aku fikir, sedangkan sama Hector yang aku main sepak-sepak bontot tuh aku boleh berhenti kerja, ini kan pulak dengan Daniel kan? Tapi itulah, lain keadaannya. Masa sama Hector dulu tuh aku punya decision macam on the spot gitu, macam terlepas cakap. Dan Nadi pulak ada kat situ, dia ada dengar. Lagipun masa tuh aku dah setahun lebih kerja, memang patut sangatlah kan?

Tapi dengan Daniel nih, aku rasa macam kesian sangat. Sebab dia baik orangnya. Dia tak ada pun memerintah aku buat itu ini. Dia biarkan aku buat apa-apa yang patut, ikut cara, style aku. Dan dia tak ada sikit pun rasa was-was, tak ada pun check duit ker, makanan ker, manalah tahu aku tercuri duit yang disorok di mana-mana tuh. Manalah tahu aku terminum air, termakan  jajan yang bergantungan di depan mata aku tuh. Pendek kata, dia memang kasi sepenuh kepercayaan pada aku. Setahu aku lah. Kalau dia mengutuk aku kat belakang-belakang, itu tak lah setahu aku. Itu setahu dia lah kan?

Daniel beritahu yang gagak-gagak memang gitu, memang selalu kasi problems, kuat menipu dan very cheap. So, jangan lah fikir lebih-lebih sangat. Aku dok gelak aje lah sebab aku tahu, reason aku tuh tak diterimapakai dek Daniel. 

"I'm bored", aku kata gitu. Been working here for more than 4 months now, I really am bored", aku kata lagi. 

"You have this!", kata Daniel sambil ketuk laptop aku. "You can get on the internet, I never say you cannot go online", kata dia lagi.

"Well, I don't get online much really, I just listen to some music, that's it", aku kata gitu. Serious jer aku cakap. Iyalah kan, orang menipu, mana boleh cakap sambil gelak-gelak, kan?

"Get online (then), read news, chat with friends", pandailah dia menasihat aku. Iyalah kan, aku tak reti benda-benda tuh semua kan? Ekekeke

So, reason kedua pun tak boleh pakai. 

"Well, I don't think I'm a good worker", aku kata gitu. Sambil gelak-gelak. 

"What do you mean?", Daniel tanya aku. Aku kata lah yang aku nih malas orangnya, contohnya yang dia suruh aku sapu lantai tuh. Aku kata aku feel bad sebab nampak sangat macam aku tak buat kerja, sedangkan aku baru aje sapu lantai tuh sepuluh minit sebelumnya. Actually itu bukan pertama kali jadi gitu, dulu pernah a few times, Daniel sampai aje ke kedai, aku tengok mata dia melilau sana sini tengok-tengok kalau ada mesin yang kotor, kalau ada benda-benda yang tak elok dipandangan dia. Biasanya dia akan terus sound kat aku. Kalau aku tengah sibuk tuh aku tak terasa sangat, tapi kalau masa tuh aku tengah online, itu yang buat aku sentapz. Oooppsssss 

Daniel kata dia tahu yang aku bengang bila kena sound tadinya tuh tapi dia kata, that doesn't mean aku tak buat kerja. Kalau aku tak bersihkan kedai tuh, kalau aku tak sapu sampah ker, sure kedai tuh berselerak. Dia kata jugak yang dia sound aku tuh, doesn't mean aku nih tak buat kerja. Kalau aku nih tak bagus, dah lama dia suruh aku berhenti, kata dia gitu. Aku jer yang tercepat terasa hati. Aku jer yang terfikir bukan-bukan. Nak buat macamana kan, memang style aku gitu. 

So, reason ketiga pun tak boleh pakai. 

Pelik agaknya Daniel tengok aku sebab aku gelak aje kerjanya. Geleng-geleng kepala lagi. Aku gelak tuh sebab aku rasa aku tak dapat tinggalkan Daniel gitu aje. Aku gelak tuh sebab aku fikir, simplenya hidup aku nih, macam main-main aje. Tak suka, blah. Tak suka, blah. Gitu. 

Lama jugaklah kitaorang sembang lepas tuh, Daniel siap ingatkan aku janji masa aku mula masuk kerja di situ dulu. Yang aku akan buat yang terbaik, yang aku tak nak fikir sangat pasal kerenah gagak-gagak tuh. Dia tak layan pun bila aku kata, "But I've been here for more than 4 months now and it's about time....."

Dia kata dia tak faham apa pasal aku nak berhenti, "It's a very easy job", kata dia. Agaknya bila dia tengok aku senyap, dah tak ada modal nak merengek-rengek macam bapok tengah gersang tuh, dia pun blah. 

Tak lama lepas tuh baru aku teringat yang aku lupa nak beritahu Daniel, sebab utama aku nak berhenti kerja. Yang aku tak tahan sebab kerjanya lama sangat dalam masa sehari, sampai 13 jam lebih. Itu sebabnya. Aku tak ada masa untuk diri aku sendiri. Itu sebab utamanya. 

Memang dasar sangat aku nih kan? Itulah, berlebih-lebih sangat DQ nya sampai terlupa plot asal. 

Pundeks!

Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin


17072007

Lepas dari insiden pengefuckan Daniel tuh, aku dah bersedia dah kalau-kalau Daniel nak buat apa-apa tindakan, nak suruh aku berhenti ker apa ker. Ataupun kalau-kalau dia marah aku. Aku pasrah aje. Hanya itu yang aku mampu. 

Itu yang start dari besoknya, aku pergi kerja pun takat bawak laptop aje, guna beg kecik yang satu lagi. Biasanya aku bawak beg aku yang besar sikit tuh, sebab nak taruk bekal, apa-apa lagi lah benda-benda lain. Senang kalau aku nak blah gitu aje kalau bawak beg kecik tuh, kalaulah aku terpaksa ambil keputusan begitu. 

Tapi, tak ada pun reaksi apa-apa dari Daniel, dia macam biasa aje. Selamba aje. Aku pulak yang jadi tension sebab aku rasa macam guilty gitu terfuckkan Daniel dengan tak sengaja. Takkan dia tak dengar, takkan dia tak faham kot? Aku menjerit macam orang kena rasuk polong masa kata "fuck" kat dia hari tu tuh. 

Itulah susahnya jadi orang baik macam aku nih, bila ada buat salah sikit aje, mulalah menggelabah, kan?

Lupa pulak nak cerita nih, a few days lepas tuh, sebelum aku ke New York ituhari, Daniel, ada ternaik angin jugak sebenarnya. Dia terbitchkan, samada kat aku atau kat customer. On the phone jugaklah. Tak payah aku cerita panjanglah tapi semuanya pasal this one customer yang entah apa silapnya, dia mengamuk. Pakaian dia tak berapa kering rasanya, dan dia kata dryer tuh rosak. Dia bising lah kat aku, masa tuh awal pagi jugak dan bila aku tengok dia nih riuh ke sana sini beritahu customers lain, aku pun geram lah kan? Aku beritahu dia yang dryer tuh ok, cuma dia kena lah taruk a few more coins sebab pakaian yang dia keringkan tuh semuanya tebal-tebal, banyak pulak tuh. She just put in 3 coins. Kalau aku, aku biasanya taruk 4 or five quarters. 

Bising punya bising, dia mintak refund, dan malas melayannya, aku talipun Daniel suruh dia cakap sendiri dengan perempuan tuh. Manalah perempuan tuh faham bahasa yang Daniel cakap tuh so berpanjanglah cerita. Masa aku bertaki dengan perempuan tuh, aku tetap on kan phone, suruh Daniel dengar. Perempuan tuh tak perasan pun yang Daniel dengar, dia makin naik angin bila aku api-api kan dia (masa aku api-api kan tuh, talipun tuh aku jauhkan sikit so that Daniel tak dengar. Kan aku dah kata aku nih jahat? Bila perempuan tuh marah aje baru aku macam hulurkan talipun kat mulut dia. 

Agaknya Daniel bengang, dia suruh aku buat apa yang patut dan beritahu perempuan tuh jangan datang lagi cuci pakaian kat kedai dia. "Bitch! Bullshit!", kata Daniel.

Tak tahulah kalau Daniel carutkan perempuan tuh tapi, aku yang lebih-lebih terasa. Nak tergelak jugak pasal aku teringat yang aku ada fuckkan dia on the phone, sekarang dia bitch kan aku pulak (on the phone jugak).

Ok, so Monday tuh memanglah tak ada semangat langsung aku nak kerja, aku more kepada berfikir yang "this is it lah, aku kena beritahu Daniel yang aku dah tak suka kerja di situ". Tiap-tiap hari ada aje benda yang bikin palat. Nak buat macamana kan? Aku teringat kat Nadi yang masa aku kerja Restoran Pak Tua di Maryland dulu, dia selalu cakap yang kalau dah bosan kerja, lebih baik berhenti. Jangan ditahan-tahan. 

So di sepanjang pagi tuh aku fikir, macamana nak kasi tahu Daniel, sebab aku rasa tak sampai hati nak blah dari kedai tuh. Iyalah, dia baik dengan aku, cuma masalahnya dia tak tahu yang aku ada pendam a few things yang aku tak suka. Kalau aku berhenti kerja, memang aku betul-betul menghampakan dia aje. Di mana janji-janji aku masa mula nak masuk kerja dulu tuh, yang aku kata, "wherever I go I'll be doing the same shit"? Tapi, that was then kan, and this is now. Takkan aku nak stay at the same shitty place kan? Sepatutnya Daniel tuh tahu yang with me, everytime I fall into shit, I come out smelling of roses? He should have done something, biar aku suka kerja di situ. Tapi, tarak pun, dan semakin lama aku di situ, layer upon layer of shit menimbusi aku. Then aku fikir lagi, aku tanya lagi, betul ker itu sebabnya yang buat aku bosan, kisah-kisah pasal customers tuh. Tak jugak. Bukan itu sangatlah sebenarnya. So apa sebenarnya yang buat aku bosan? Aku rasa aku tak ada masa untuk diri aku sendiri, ha, itu baru betul. Aku kesian kat diri aku yang tak ada masa untuk lepak-lepak, rileks-rileks. True aku banyak lepak di tempat kerja, kadang tuh aku boleh online (kalau masa tak sibuk) sampai tersengguk-sengguk aku depan laptop sebab tak tahu apa nak buat dah. 

Tapi that doesn't really count, does it? Kalau boleh, aku nak lah hidup macam orang lain tuh, ada masa untuk ke sana sini, ada masa untuk lepak-lepak sambil tengok tv. Boleh masak-masak lagi. Aku? TV pun tak ada. Eh, aku tak suka dan tak ada masa nak tengok tv, I don't even care for a tv, so that reason dan excuse tuh tak valid lah jadinya.

Dah bosan berperang dengan perasaan, aku cuba takut-takutkan diri aku dengan fikir benda yang bukan-bukan, andaikata aku buat keputusan untuk berhenti kerja. Kalau aku berhenti kerja di kedai Daniel tuh, aku akan cari kerja lain kan? Tak susah langsung, pergi aje NY jumpa MakCik Jenny (entah-entah sesambil tuh boleh tengok Broadway show lain pulak). Fine. Buatnya kerja tuh lebih susah? Boss cerewet? Dan, yang paling pentingnya, soalan cepumasnya, akan ada ker kerja lain nanti yang aku boleh berinternet masa kerja macam sekarang nih? Tak ada, kan? Memang jangan diharaplah aku akan dapat online di waktu kerja (tambah-tambah kalau kerja restoran) seperti sekarang. True yang aku dah tak ada masalah to get connected ke mana-mana aje aku pergi sekarang nih, tapi, memang susahlah nak cari kerja lain yang aku boleh online macam sekarang (unless aku kerja kedai laundry yang lain, itu mungkin ada kemungkinannya) Itu aje yang membuatkan aku rasa aku patut bertahan kerja di kedai Daniel tuh. Itu aje. 

Walaupun ada dalam hati aku terfikir yang it would be fun kalau aku berhenti kerja dan cari kerja lain. Lepas lepak dalam seseminggu dua, macam yang selalu aku buat tuh. Akan jadi lebih colorfullah hidup aku nanti kot? Akan ada bahan lah yang aku nak tulis kat blog kan? Akan lebih ligat otak aku berfikir kan? 

Ada jugak aku terfikir, ala, apalah sangatnya internet tuh kan? Memanglah aku tak boleh tak ada internet (my only source of entertainment) tapi, as much as internet membuatkan aku happy, internet jugaklah yang macam mengontrol hidup aku nih. Nak buat apa-apa pun, kena fikir pasal internet. Nak pergi mana-mana pun, gendonglah laptop tuh, dalam bas aku online, bawah pokok aku online, semuanya tuh. True aku dapat kenal ramai orang, true aku tahu ramai orang nak berkawan dengan aku (tapi aku buat macam layan tak layan jer, aku pilih sapa yang aku patut buat kawan), true ramai orang ada sikit respect dan kagum dengan aku ( *matilaaa statement perasan, tapi aku kena tulis jugak biar orang perasan*) Benarnya aku pun ada itu sikit respect dan kagum dengan diri aku sendiri, tapi tak ada lah di tahap takbur.

Tapi itu lah, friends come and go kan? Kawan yang kenal kat internet pulak tu kan? Bila-bila masa aje kita akan terputus hubungan. So, apa pasal aku beria-ia sangat nak cari kawan kat internet kalau macam tu kan? Lebih baik cari kawan offline, kan? Kalaulah aku ada kawan sekepala dengan aku di sini, tak akan aku jenguk pun internet nih, tak aku pedulik pun kat korang. 

Well, never mind. I'm stuck out here and you are stuck out there. And never the twain shall meet. 

Laaa, terpanjang pulak aku tulis nih, tak sampai pun lagi ke bab aku mintak nak berhenti kerja dengan Daniel tuh. Next entry kot. 

Kesimpulannya gini. Berbalik kepada tajuk entry aku nih (kalau masa kecik-kecik dulu, Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin, Engkau Tak Hendak Aku Pun Tak Ingin, kan?), kalau dah I have a lot on my plate, dan pinggan tuh pun tak retak, dan nasi pun tak dingin, makan aje lah kan? Apa yang nak difikirkan lagi, kan? 

Sepatunya lah kan? 

Keeping It All In


Ya Ampun, punyalah malasnya aku nak pergi kerja Isnin tuh. Ingatkan baru lepas cuti, sure bersemangat balik nak kerja, tapi I was wrong. Tersalah charge battery ker aku nih? 2 hari cuti, langsung aku tak ingat pasal kerja, alih-alih bila nak masuk kerja semula, terus aku jadi tak bersemangat. "I'm back to where I belong, shit factory", kata aku dalam hati.

Daniel ada lama pulak kat kedai masa aku sampai tuh. Dia sibuk merepair a few machines. Tertension aku kejap dibuatnya. Sebab aku, macam orang lain jugak, bila sampai aje tempat kerja, nak online lah dulu, kan?. Itu yang paling penting. 

Macam yang aku cakap, minggu lepas tuh, hampir setiap hari aku ada bertekak dengan customers. Mostly pasal washers dan dryers yang rosak, yang buat hal. Tapi, kadang tuh, bukan sebab machines tuh, tapi sebab kebangangan diaorang jugak sebenarnya. Ada aje lah benda yang tak kena nya, salah tekan button kat machines lah, pakaian tersangkut sampai air keluar melimpah kat lantai lah, tak reti then ingatkan mesin rosak sedangkan diaorang tak masukkan coins secukupnya lah. Macam-macam lah, semuanya tuh buat aku bengang. 

Tambah pulak kalau masa aku sibuk tengah melipat pakaian. Itu belum kira yang customers yang nak beli seposen candy tapi lagaknya macam nak berbelanja besar sangat, siap pangill aku berteriak-teriak lagi tuh. Walaupun masa tuh aku tengah tertonggek-tonggek sedang betulkan mesin yang aku pun tak tahu, apa salah nya. 

Dan yang paling buat aku bengang, kalau ada masalah, diaorang biasanya nak tukar guna mesin yang lain. That's fine lah kan? Tapi, aku tak boleh simply tukarkan mesin yang lain untuk diaorang sebab aku tak boleh senang-senang kasi refund. Kalau boleh, aku kena selesaikan masalah apa pasal mesin tuh buat hal. Kalau dah tak boleh, aku akan call Daniel. Dan Daniel akan suruh aku kasi refund. 

Yang by that time, customers dah akan mengamuk kat aku. Yang by that time, aku dah bertekak sampai aku rasa nak blah gitu aje sebab bengang kat Daniel, yang sepatutnya kasi aku main key to all the machines supaya senang aku ambil aje coins dari dalam tuh. Tapi itulah, aku tak dikasi kunci tuh. Dan aku tak boleh sewenang-wenangnya kasi refunds. Sebab more often than not, customers yang salah. Yang suka menipu. Yang cari jalan aje nak save duit, nak menipu sesedollar dua. Gagak kan, faham-faham aje lah kan?

Kalau aku terpaksa kasi refunds kat customers, aku kena rekodkan baik-baik ke dalam buku. Daniel, dia tak buat gitu pun. Sebab dia ada kunci washing machines dan dryers tuh. Dia akan ambil aje coins dari dalam machines tuh, dan kasi kat customers. Aku tahu, dia tak kasi kunci tuh sebab dia tak percaya aku. Ok, dia percaya, tapi takat kepercayaan dia tuh tak lah setinggi mana pun. Tak lah sampai dia nak serahkan kunci tuh kat aku (macam semua kunci-kunci lain), sebab dia tahu kot yang kalau aku lari, dan bawak kunci tuh, akan mampos lah dia. 

Lagipun, mungkin dia tahu kot yang gagak-gagak tuh kebanyakannya kaki penipu, dan dengan aku nih yang selalu mudah terpedaya dan terkesian kat orang, aku akan terus aje kasi refunds, sekiranya kunci machines tuh dikasi aku pegang. Ala, orang business, Cina pulak tuh kan, faham-faham aje lah kan? Kalau pasal duit, even sesedollar dua, semuanya berkira.

Aku pulak, faham-faham aje lah kan? Dah 4 bulan kerja. Lama dah tuh kan? Musim summer pulak, memang cepatlah naik darahnya, tambah-tambah orang yang mudah baran macam aku nih. Selama 4 bulan nih, banyak dah aku simpan kan aje apa yang aku tak suka, apa yang buat aku bengang. Biasalah kan, Melayu. Melayu memang jenis yang suka simpan dalam hati, suka berdendam. Melayu cap Bangla macam aku pulak kan? 

Kalau sekali sekala bertekak dengan customers, itu aku boleh tahan lagi. Tapi kalau setiap hari? Kalau dua tiga kali sehari? Tension lah aku jadinya kan? Tambah-tambah kalau terbetekak dengan repeat customers, itu yang lagi buat aku tension. Kalau ada masalah, bila aku dah malas nak explain kat customers tuh (sebab dah puas bertekak), aku akan pass kan aje talipun suruh Daniel sendiri yang explain. Tapi itulah, sebelum itu, dah tegang urat leher masing-masing. 

Dan aku pun terberfikir, yang dia nih, for example, punyalah baiknya dengan aku dulu tuh. Punyalah aku suka, sampaikan kalau aku nampak dia datang kedai tuh, aku akan senyum. Siap lambai-lambai tangan lagi. Siap aku berhenti dari berinternet, dan keluar pergi tegur dan sembang-sembang dengan diaorang. Tapi, sebab masalah sesedollar dua, kitaorang bertekak-tekak. 

Dan Daniel pulak tak nak mengalah, suruh aku buat itu ini, asalkan tak kasi refund kat customers. Sampai pernah ada customer yang talipun polis sebab Daniel suruh aku sorokkan pakaian dia sebab customer tuh tak nak bayar harga sebenarnya. Sampai begitu sekali. Yang aku bengang dengan Daniel nih bukan apa. He's not there, so dia tak tahu apa masalahnya. Dan sigagak pulak, memang cari jalan nak menipu aje kerjanya. Walaupun baik dengan aku. Dan aku pulak, kadang tuh, sebab kononnya gagak tuh baik sangat dengan aku, aku buat tak faham aje lah yang sebenarnya dia yang salah. Aku mudah terkesian dengan "kawan" aku. 

Itu yang minggu lepas aku terfuck kat Daniel kat talipun tuh. No thanks to his English yang tah apa-apa, yang aku pun tak berapa faham, apatah lagi si gagak. Bila aku dah puas explain dan dia masih degil nak kasi greenlight kat aku suruh kasi refund, aku termenjerit, dan terkata "Fuck!!!. Dan aku hang up the phone. Lepas tuh aku bayar gagak tuh guna duit aku sendiri aje lah. Malas aku beria-ia, pasal sesedollar dua, nak susah-susah, kan? 

Aku rasa happy jer dapat mengefuck Daniel tuh, memang dah lama aku mengidamnya. Tapi kan, lepas pada tuh, aku dah bersiap-siap buat plan dah. Manalah tahu kalau-kalau Daniel bengang dengan pengefuckkan aku tuh. 

Accidental Tourist


Dah dekat tengah malam dah masa aku sampai hotel tuh, aku terralit jugak masa meround-round sekitar Times Sqaure tuh. Tapi sebab aku letih, aku balik dulu lah untuk berehat. 

Pukul 12 lebih, aku turun sekejap, saja nak ambil angin. Dalam tak merayau jauh tu pun, terpergi jugak aku ke Rockerfella Center, ke Fifth Avenue. Sampai Empire State Building jer, terus aku patah balik, then ke hulu ke hilir kat area Times Square tu jer lah. 

Pagi esoknya aku jalan-jalan aje lah, singgah kat satu cafe nih kejap, beli kopi, beli kek, then terus aku ke Bryant's Park. Tak ramai sangat orang sebab masih awal Sunday, so dapatlah aku port yang baik, yang terlindung sikit. Sambil online, sambil chat, sesambil itu lah aku breakfast. Kadang-kadang menyandar, kaki silang, goyang-goyang kan sikit. Lepas tuh tengok orang lalu lalang. Memang tak boleh nak buat kelas yang lain dah, memang tahap maksima dah kekelasan aku pagi tu tuh.

Aku perati sorang-sorang. Macam aku jugak diaorang tuh. Mengelamun. So aku pun mengelamun jugak lah, sambil-sambil perhati orang sekeliling. Apa yang aku ngelamunkan? Entah, aku pun lupa tapi semuanya berkisar dengan hidup aku lah. Aku tanya diri aku, happy ker hidup aku nih? Semalam nya tuh happy gila. Tapi secara generalnya, happy ker aku? Ker kehappyan aku tuh disebabkan wang dollars. 

Dah letih melayan perasaan, aku pun kemas-kemas barang, cadangnya nak ke Hard Rock Cafe. Tapi terlalu pulak kat Avenue of The America, ada flea market. Macam pasar malam di sebelah siang lah lebih kurang. Aku masuk kawasan itu lah, tengok-tengok gerai yang kebanyakannya menjual t-shirts dan pakaian harian. Aku terberhenti sekejap kat satu khemah yang ada buat traditional massage. Berebutlah apek-apek tuh urut badan aku, picit-picit tangan aku, sambil tarik-tarik aku. Aku anggukkan aje bila apek tuh suruh aku duduk sebab dia nak urut belakang aku, dalam $25 untuk 20 minit. Lepas urut tuh, entah macamana aku terbesetuju dengan usul apek tuh, untuk baring kat massage bed, sebab dia nak urut seluruh badan aku.

"Ah, layan ajelah, if that will make me feel good, aku dah lah rasa tak sedap aje nih", kata aku dalam hati. Ada lah dalam 20 minit apek tuh urut aku. Aku ingatkan habis di situ ajelah tapi aku terpedaya dengan pujukan apek tuh untuk urut kaki. Lepas tuh dia nak urut apa pulak lah agaknya? Urut lancau? 

So bersandarlah aku macam orang lepak kat tepi pantai, sambil apek tuh termengah-mengah memicit, mengurut kaki aku. Aku tahan kan aje, memang sakit pun, tapi sebab fikiran aku dah tertumpu ke hal lain, tak lah rasa sakit dan geli sangat. Nak tergelak aku tengok apek tuh terkemut-kemut mengurut kaki aku, tekan sana tekan sini, tapi aku buat selamba aje. Sure dalam hati dia kata, "Vavi punya budak, aku sampai nak putus urat kentut urut dia, dia buat donno jer". So kesemuanya $65, dan masa aku nak keluarkan duit, apek tuh mintak tips. Aku kata aku nak kasi dua dollars aje, terus apek tuh merengus, so aku bayar kat orang lain. Dan aku tengok, tak ada siapa pun nak even cakap terima kasih pun, nak tegur aku ker, apa ker. Masing-masing sibuk mengurut potential customers. Memang dasar sangat kan? 

Lepas tuh aku menyusur sepanjang jalan tu aje lah, jauh jugak aku berjalan, sampai kat hujung, kat 50th Street. On the way ke Hard Rock Cafe tu barulah aku beli benda-benda sikit untuk anak buah kat blog/tagboard, sebab aku malas dah merayau kat Chinatown nanti tuh. Lagipun barang-barang kat Chinatown tuh, tak ada design yang lawa-lawa. Iyalah, sebab murah, kan? Baik orangnya aku nih kan, ke mana-mana pergi, sure aku ingatkan anak buah aku. 

Kat Hard Rock Cafe, aku sembatlah dua tiga empat benda, then masa nak bayar tuh, aku anggukkan aje bila cashier tuh suruh aku join dan bayar Membership Program diaorang. 

Di sepanjang perjalanan balik ke Phila, aku tidur aje sebab awek sebelah aku tuh punyalah sombongnya, macam lah dia beli satu ticket dapat guna dua-dua seats. 

A Night On Broadway

07072007


Minggu lepas banyak pulak problems yang buat aku betul-betul fed up. Masalah kat tempat kerja, yang setiap hari ada aje benda yang buat aku naik angin. Sampai aku terfuck kan Daniel kat talipun. Personal problems pun ada lah jugak satu dua tiga empat. Tak mudah lah kan, Bangla pun ada masalah personal. I'm only human lah. Tak apa lah, nanti lah, kalau aku rajin, aku tulis apa masalah-masalah aku tuh kat entry yang lain nanti. 

So memanglah patut sangat aku ternanti-nanti weekend tuh, hari off aku yang dijanjikan tuh. Aku tak ada plan apa sangat pun cuma aku nak ke New York City. Kalau boleh aku nak bermalam di sana. Kalau boleh aku nak tengok apa-apa show lah kat Broadway.

Beberapa hari tuh aku dah adalah cari sikit-sikit info pasal hotel murah kat NYC, pasal tickets untuk show kat Broadway. Tapi itu lah, aku tak ada credit cards, tak ada ID, semuanya tuh perlukan things like that. Dan nak booking ticket pun, kena book awal-awal. I'm talking about Broadway, about New York City. Bukannya aku ceritaa pasal show kat Istana Budaya tu kan? 

Aku nih orang kampung, mana lah tahu yang ticket kena dibook awal-awal, macam terlupa pulak aku yang New York City tuh the greatest place on earth. So budak kampung nih pasrah aje lah, dia akan redah aje lah NYC tu nanti, dia akan menyusur Broadway, macam yang dia selalu buat dulu tuh. Well, after all, he has a dream kan? 

Walaupun lewat jugak aku tidur malam tuh tapi esoknya aku tetap bangun awal. Dalam bas nanti aku ada sejam setengah masa untuk tidur, itu yang aku fikir. Tak sempat aku nak beli kopi, kek, for breakfast sebab masa aku sampai tuh dah ada bas yang ke NYC. Sepanjang perjalanan tuh mulanya aku online aje lah, sembang-sembang kat tag dengan a few friends.

Walaupun naik bas Cina yang murah tu aje, tapi kekelasan aku terserlah, kan? Aku boleh online dari dalam bas, itu yang kelas nya tuh. Halfway perjalanan, aku tidur ajelah, biar tak terasa`lapar. Aku nih bukannya jenis yang, kalau pergi mana-mana ada jajan dalam beg. Laptop aje yang mesti ada dalam beg ke mana aku pergi sekalipun.

Sedar-sedar aku dah di Chinatown. Alamak, mata aku rasa macam termengantuk sesangat dan kepala aku dah mula pening-pening lalat. Ada aje benda yang cuba menyepoilkan hari aku. 

Then aku terus aje lah ke Skyway Restaurant, yang nama dan menu aje Malaysians, tapi pekerjanya semua dari mainland China. Belum bukak restoran tuh so aku tunggulah sekejap, baru 11-15 am masa tuh. Sesambil online, aku makan roti canai. Macam lempeng jer. Then aku order nasi lemak. Manalah termakan aku semuanya tuh, lagipun nasi lemak tuh macam apa tah rasanya (tak baik mencarutkan makanaan, sebab tuh aku tak tulis "nasi lemak tuh macam cibai aje rasanya"), sejuk aje. Acarnya, sambal ikan bilisnya, even nasi tuh pun, sejuk aje. Malaslah aku nak komplen atau suruh diaorang panaskan balik nasi tuh, sebab diaorang semuanya tengah kalut bersiap sedia nak buka restoran tuh. Aku pernah kerja restoran, so aku faham sangatlah keadaannya. 

Lepas tuh mulalah aku merayau-rayau kat ceruk rantau Chinatown tuh, nak cari hotel. NY punya Chinatown (dan mana-mana Chinatown lain kat Amerika nih) mana lah ada banyak hotel murah. (KL tuh lainlah, semuanya Chinatown kan?)

Setahu aku, dalam sebesar-besar Chinatown tuh, ada 3 bijik aje hotel, itupun kalau salah satu tuh nak dinamakan hotel. Ada satu hotel yang nampak macam grand aje tuh, samada dah tutup atau tengah dibuat renovation. Aku cari yang lagi satu nih yang aku rasa within my budget lah. Tapi, puas aku melilau sana sini, tetap tak jumpa. Nak cari dalam Yellow Pages, tak listed pulak. Yang lagi satu tuh (aku pernah dulu bermalam di situ), itu bukan hotel, lebih kepada tempat bermalam aje. Macam penjara, ish, akan tension lah kalau aku tidur di situ. Tidur dalam train lebih selesa dari tidur di that so-called hotel. Tapi iyalah kan, for twenty dollars a night, what do you expect kan? 

Terus aku cari subway station aje lah, aku nak ke Times Square. Ya ampun ramainya orang kat bawah tanah tuh. Dan train pun, lepas satu satu, tak ada berhenti. Masing-masing dah buat spekulasi, dah tertanya-tanya kalau-kalau ada something happening. Dan pening aku semakin kuat. Panas pulak tuh. Macam mula terasa menyesal turun NY hari Sabtu, masa summer pulak tuh. Rasa macam nak balik ke Phila aje, aku fikir, ala, kat mana-mana pun sama aje lah. Bukannya aku tak selalu ke NYC kan? Apa seronoknya kalau sampai berpeluh-peluh tunggu train, dan berasak-asak kat dalam train tu kan? Macamana pun, aku tetap jugak nak ke Times Square, paling kodi pun, aku nak ke Hard Rock Cafe, nak beli barang, then balik Phila. 

Dari Port Authority Bus Terminal, aku tak terus menyusur 42nd Street sebab aku tahu, kat situ ramai orang, macam semut mengusung gula. Instead aku ikut lorong belakang, ala, I know area tuh like the back of my hand lah. Kampung mana pun, aku kalau jalan kat NY, aku tak adalah tercangak-cangak sangat macam orang ramai tuh, so aku jarang pandang kiri kanan sangat. 

Tapi hari tuh, dari jauh lagi aku ternampak signboard kat satu building nih yang merelip-relip, "room for under $99.99 a night". Tak sempat pun aku nak fikir lebih-lebih, menonggek jer aku masuk ke hotel yang aku rasa sebijik macam hotel kat Mekah tuh. Ooppssss. Iyalah, Tokay nya orang Arab gayanya sebab ramai pekerja orang Arab. So, Ahlam Wa Sahlan lah aku kan? Ada bilik kosong, after tax semuanya, $126. Ala, berapa dollars aje lari dari budget, kan? Lagipun, kat tengah-tengah Times Square, kan? Kat sebelah Hilton, dekat Marriott, apa lagi yang aku nak, kan? Tak kisah lah Hotel Carter tuh hotel kokak aje kan?


Nasib baik lah diaorang terima ID main-main (yang aku buat kat NY lama dulu tuh) yang aku tunjukkan tuh. "It's cash only, Sir", kata perempuan tuh. Macam lah aku nih tak ada duit, kata aku dalam hati. Macamlah hidup aku nih bergantung dengan credit cards. Macamlah aku nih ada credit cards, sebenarnya. 

Tingkat 16, tak ada lah atas sangat, tapi dari dalam bilik aku tuh, aku boleh nampak Times Square. Dari tingkap yang lagi satu, nampak Madam Tussauds Museum. Lepas rihat-rihat kejap, aku tidur. Dapatlah 2 jam. Masih tak hilang pening aku bila bangun tidur tuh, tapi tak adalah teruk, takat terkemut-kemut gitu ajelah. Dah siap mandi barulah aku keluar, suspen jugak masa nak keluar tuh. Infact, masa masuk hotel tu pun aku dah macam saspen aje. Aku macam trauma aje. Teringat kisah-kisah lama, kisah beberapa tahun lepas. 

Memanglah aku dah tak ada harap untuk tengok apa-apa show kat Broadway tuh sebab aku tak book ticket awal-awal, tapi aku nak pergi jugak tengok Winter Garden Theatre tempat MammaMia! main. Tak berapa jauh dari hotel tuh. Takat dapat tengok tempat dah lah, dapat ambik gambar untuk taruk kat blog. Nanti, terpulang pada aku lah kan, silap-silap aku goreng aje kat orang yang baca blog aku, kata lah yang aku tengok Broadway show kan? Teringat kat bini Richard kat Hagerstown tuh yang dah beberapa kali tengok MammaMia! Dulu aku ada berangan-angan nak tengok Broadway show kan?

Singgah lah jugak kat a few kedai di sepanjang jalan tuh, masuk Hard Rock Cafe, tapi tak beli apa pun. Aku masih ada banyak waktu, lagipun hotel aku duduk tuh sepelaung jer dari Hard Rock. 

Dari jauh lagi aku nampak terpampang iklan MammaMia! tuh, sayu jer aku jadinya. Iyalah kan, bukannya aku tak ada duit nak tengok, cuma aku tak ada ticket. So aku ambik gambar aje lah, guna cellphone. "Ish, baik aku cuba-cuba tanya kalau ada ticket untuk minggu depan, ataupun book ticket untuk bila-bilalah aku free nanti", kata aku dalam hati. So aku masuk kat theater tuh, nak tanya ticketing lady tuh rasa malu pulak sebab takut terserlah kekampungan aku. Iyalah kan, ada orang tuh order dah berbulan-bulan lepas, dia datang tuh sebab nak collect tickets. Tapi aku tanya lah jugak, tak ada pun buat muka bodoh. Sebab muka aku memang muka bodoh pun kan? 

"Well, actually we still have tickets for tonight", kata perempuan tuh. 

"Oh shhhhhhhhooootttttttttttttttt!!!!!!!:, aku kata gitu. Itulah payahnya orang yang selalu termencarut. Aku nak kata "Oh shit" mulanya tapi nasib baik aku masih waras dan sempat tukar "shit" jadi "shoot". So panjanglah "shoot" aku tuh. 


Tak keruan aku jadinya bila dapat tahu yang aku akan dapat tengok MammaMia! malam tuh, itu yang bila that lady tanya aku nak ticket yang mana satu, aku suruh dia ulang sekali lagi harga. Walaupun sebelum tuh dia dah beritahu aku yang ada dua tickets left. Satu yang harga $ 65, satu lagi $ 111. Yang murah tuh, seat dia kat tepi dan yang satu lagi tuh seat dia kat tengah, depan stage. 

"Give me the best seat", aku cakap gitu. "Yes, yes, yes", aku kata gitu sambil terloncat-loncat. Macam Mak Nyah jer kan? Kosser tauuu!!!

"First time in America?", perempuan tuh tanya lagi. 

"Yes Ma'am", aku kelentong dia. "What's the dress code like?", aku tanya gitu sebab aku nak tahu, manalah tahu kalau-kalau kena pakai smart-smart. Kat mana aku nak cari tuxedo kan? 

"You are fine", kata perempuan tuh. Aku pakai Polo shirt sama jeans aje. Memanglah presentable. 

"Doors open at 7-30 and please be on time", kata perempuan tuh masa di kasi ticket tuh kat aku. Rasa nak cium-cium ticket tuh, aku belek dua tiga kali. Memang macam tak percaya. Aku tengok jam, ada lagi 45 minit sebelum pintu dibuka. Aku lapar, aku nak tukar pakaian, dan yang pentingnya, aku nak upload gambar yang aku ambik tuh kat blog aku. Biar Semua, Tahu Adanya, Diri Ku Sungguhlah Happy 

Macam kerang busuk jer sepanjang jalan tuh aku tersengih. Punyalah bangga aku dengan diri aku sendiri. Itulah, hidup kita nih kan, jangan lah terlalu lurus. Jangan go by the rules sesangat. Tapi dengan aku, lain pulak ceritanya, kalau aku nak kan something, aku akan berusaha sedaya upaya aku. Biarlah orang kata aku nih bodoh pun, emangnya gue pikirin? Aku akan redah aje hutan belukar ganung lanang. Demi mendapatkan hajat di dada. 

Dan yang buat aku respek gila dengan diri aku nih, aku berjaya mendapatkan benda yang aku nak tuh, yang mulanya impossible untuk aku dapatkan. Sebab aku, bila aku nak kan sesuatu, aku nak dan-dan itu jugak. Walaupun cara tuh akan menyusahkan aku, tapi aku suka dengan kethrillan untuk mendapatkannya. Ada a few good examples yang besar-besar dalam hidup aku nih, yang cara aku dapatkannya, sebijik macam cara aku dapatkan ticket MammaMia! tuh. Tak payahlah aku ulang balik, kan, aku ada tulis semuanya kat blog. 

Aku singgah sekejap kat satu cafe nih, beli buah. Dah lah, makan buah ajelah kasi alas perut, musim-musim panas gini, makan buah aje yang aku lalu. Nak dijadikan cerita, atau memang aku nih kalut, bila sampai hotel, after a few times of trying, pintu tuh tak boleh dibukak. Puas aku menggodek-godeknya, aku slide kan card tuh beberapa kali, tetap light tuh tak tukar kaler hijau. Aku sure sangat yang masa aku mula masuk hotel tuh tadinya, sekali aje aku slidekan card tuh, pintu tuh boleh dibukak. Berpeluh dingin aku dibuatnya, dah nak termenangis aku jadinya. Cadangnya nak tinggalkan aje makanan aku depan pintu hotel tuh dan terus pergi ke theatre. Tapi bila aku fikir yang kalau aku tak dapat nak bukak pintu tuh masa tuh, nanti sure masalah jugak malamnya nanti tuh. Baik aku settlekan problem kunci tuh dulu. Aku panggil this one mamat, mintak dia tolong bukakan pintu bilik aku. Sekali aje dia jolok, pintu tuh terbukak. Pundek, buat malu aku aje, rupanya kad tuh terbalik. Kalau dah tengah kalut, memang gitu jadinya. 



Lepas upload gambar, lepas makan buah, aku bersiap-siaplah. Tak ada lah nak bersiap apa sangat pun, sembur ketiak sikit-sikit, taruk gel kat rambut tebal-tebal, pakai tshirts dua lapis. Kat dalam theatre tuh sure sejuk. Dua tiga kali aku check ticket aku, aku masih tak percaya yang dalam beberapa minit lagi aku akan tengok one of the greatest musical shows on earth. Tengok kat Broadway lagi tuh. Original cast lagi tuh. 

Oh donia, betapa kelas nya aku!

7-20 pm dah masa tuh, tak sempat nih kalau aku jalan slow-slow. So aku lari. Aku lari, lari, lari. Sebijik macam Tom Cruise lari dalam filem Vanilla Sky tuh. Yang bezanya, dia lari masa Times Square dikosongkan, tak ada orang sorang pun. Aku? Aku lari kat celah-celah tourists yang tercangak-cangak, yang aku sure baru pertama kali datang ke Times Square. Iyalah, kalau tidak, takkan lah kampung sangat memasing tuh kan? Macamana pun, aku rasa happy sangat, macam ter-emo jugak. Orang lain tak boleh faham perasaan aku masa tuh tapi itulah, aku happy sebab dapat tengok show and at the same time aku happy dan puas hati sebab aku buat tuh semua against all odds kan? 

Aku ada juga lari depan a few other theatres, aku tengok orang semuanya dah mula masuk. Lebih tension aku jadinya. Tercungap-cungap aku bila sampai Winter Garden Theatre tuh, peluh pun mengalir jer. Rasa macam melintas red carpet masa Oscar aje masa masuk ke dalam tuh. Kebanyakannya pakai serba hitam, ada yang pakai tuxedo, yang perempuan pulak, jenis yang pegang purse taruk kat dada tuh. Yang jenis-jenis itulah. Yang jenis perasan kononnya. Aku taklah rasa macam out of place sesangat sebab adalah aku nampak orang yang lebih pongoih dari aku. Pelancung surenya. 

Aku perati ajelah keadaan dalam theatre tuh, perati gelagat orang pun sama. Dalam hati aku kata, "Ish, tak sangka betul aku boleh ada kat sini nih. Kalaulah orang-orang kat Malaysia tengok keadaan aku masa tuh, sure diaorang akan meraung kejelesan.

Dan masa aku tengah tengok-tengok orang tuh, aku ternampak kat seat paling corok kat hujung sana tuh, ada muka Melayu. 3 orang awek, satu orang pakai tudung. Sahih Melayu tuh, kata aku dalam hati. Pundek! Ada jugak Melayu sekelas aku! Ini yang buat aku geram nih! Dan aku plan nak pergi tanya diaorang masa break nanti, betul ker diaorang tuh Malaysians. 

Sesepuluh minit sebelum mula, diaorang pasang medley lagu-lagu ABBA, instrumental. Saja lah macam warm up gitu. Dan tepat pukul 8, show pun mula.........

I have a dream, a song to sing
To help me cope with anything
If you see the wonder of a fairy tale
You can take the future even if you fail
I believe in angels
Something good in everything I see
I believe in angels
When I know the time is right for me
I'll cross the stream - I have a dream

--------------------------

On a Greek Island, a wedding is about to take place...... 

Sinopsis: MammaMia! collects a group of hit songs by the Swedish supergroup ABBA and shapes them around the story of a single mother coping with her young daughter's marriage on a picturesque Greek isle. While the daughter plans her future with the love of her life, her mother is haunted by three different men who may or may not be her daughter's father. 

Prologue: 3 bulan sebelum the wedding
Act One: Sehari sebelum majlis
Act Two: Di hari perkahwinan

---------------------------------------------

Meremang aje bulu tengkuk aku bila dengar lagu I Have A Dream tuh. "It's gonna be fun", kata aku dalam hati. Mata aku terpaku kat stage, sikit pun aku tak toleh mana-mana, aku bukak mata aku luas-luas, aku nak tengok semuanya. Kalau boleh aku tak nak blink, walaupun sekali. Sayang rasanya, or should I say, rugi rasanya kalau berkelip mata. 

Jalan ceritanya bagus dan semua lagu-lagu tuh bring back memories, dan macam orang lain jugak, aku terikut-ikut menyanyi. Ada masanya jugak aku terkekeh-kekeh gelak, sampai terberdiri-berdiri. Orang lain pun ada yang gitu. Ada masanya tepuk tangan. Aku dapat rasa yang cast MammaMia! tuh punyalah bangga bila orang selalu tepuk tangan gitu tuh. So basically, semuanya happy, semuanya having a good time. 

Kecuali sorang nih. Agaknya lah. PakCik yang duduk sebelah aku tuh. Tak berkotek-kotek. Macam patung. Tak ada reaksi langsung dari dia. Kaku aje, macam orang tengah kena blow job aje kaedahnya. Ooopsss. Walaupun aku tak ada perati dia, tapi aku boleh terasa, iyalah, dia duduk sebelah aku, kan?. Aku jer yang macam beruk kena belacan, terloncat sana terloncat sini. Sama beruk-beruk yang lain. Dia? Dia diam aje. Tak tahu lah kalau-kalau dia tuh kerja guard kat Buckingham Palace kot? 

Dalam pada aku happy-happy gitu, ada jugak waktunya aku berpijak di bumi nyata. Ada waktunya aku terberfikir yang aku nih tak boleh layan sangat mengejar this make-beleive world I live in. Ok, aku bersyukur aku dapat capai cita-cita aku untuk tengok MammaMia! kat Broadway, and yes, aku tengah mengenjoykan diri aku. Sakan. Cuma aku terfikir, sebenarnya diri aku sendiri aje yang boleh buatkan aku happy. Tak ada orang lain. Walaupun ada aku terfikir yang alangkah lebih seronoknya kalau aku menonton show tuh dengan orang yang aku suka, dengan orang yang aku sayang. Tapi tak apa lah, aku sorang-sorang in that crowded place pun aku dah happy dah kan? Tak payah lah nak lebih-lebih pulak kan? 

So kaedahnya, adalah a few times adengan potong stim tuh bermain di kepala aku. Dan aku berjaya tangkis. Sebab MammaMia! tuh, kehebatan dia beyond words. Rasa sekejap aje, dah break for half an hour. 

Sebelum keluar tuh, aku pergi ke seats tempat 3 orang awek tuh. Nampak sangat kampung nya diaorang tuh, duduk diam aje, takut nak keluar lah tuh. Jenis yang tak reti nak appreciate the art of watching theatre show kat Winter Garden Theatre, Broadway, New York City, New York, United States of America. So, apa lah yang kelas nya diaorang tuh kan? Kelas tak bertempat lah tuh. Buat lah macam aku, kekelasan aku di serata tempat. Merata-rata. 

"Excuse me, are you guys Malaysians?", aku tanya the girl yang pakai tudung tuh. Diaorang berpandang sesama sendiri. "Dari Malaysia?", aku tanya lgi. 

"Indonesia", kata yang pakai tudung tuh. 

"Maaf deh, saya kira orang Malai (Malaysia), kelihatannya persis orang Malai sih", aku kata gitu. Puas hati aku bila tahu diaorang bukan Malaysians, maknanya memang tak ada lah Melayu lain sekelas aku. Wakakakakak. Patut pun diaorang tuh nampak macam jakun jer, orang Indo rupanya. Kalau Malaysians tuh, sure dah terkesana sini dah tuh, sure dah melakunkan babak-babak "aku lah orang nya". 

Aku masuk satu kedai nih, nak beli air, nak tengok-tengok toilet diaorang. Sebab aku belum sembahyang Maghrib. Ok lah tempatnya, luas dan bersih. Aku masuk semula dalam theatre tuh, nyaris terbeli CD, t-shirt, buku program, souvenir yang banyak dijual kat situ. Memanglah teruja sangat nak beli CD tuh tapi bila aku fikir yang kalau aku beli, akan melarat-larat lah nanti demam MammaMia! nya, kan? Aku nak, enjoy di situ dan habis di situ aje. Sebab aku dah terplan nak tengok The Phantom Of The Opera pulak nanti. Ooooppssss 

"Are you enjoying the show?", PakCik sebelah tuh tanya aku. 

"Oh yeah, very much", aku jawab gitu. So kitaorang sembang-sembanglah, sementara tunggu Act Two mula. Rupanya PakCik tuh dah beberapa kali tengok show tuh, kat Sydney, kat London. Semuanya sama, kata dia, except that yang kat Broadway nih, dibuat on a very big scale. Memang lah kan, yang shows kat Sydney, kat London, kat mana-mana lah, entah-entah orang kampung tu jer yang berlakunnya kan? Yang kat Broadway tuh, ada lah a few mukas yang aku pernah tengok kat tv, pelakun siri-siri soap opera yang main kat tv setiap petang tuh. 

Patutlah dia senyap aje, patutlah dia tak bergerak-gerak pun, tak ada reaksi apa-apa, rupanya dia dah tengok show tuh sebelum ini. Sure dia terfikir yang betapa kampungnya aku. Sebab Australian accent dia tuh pekat sangat, aku tanyalah dia datang dari mana, kerja apa. Dia kata dia mengajar kat James Cook Uni.

Towards the end of the show, ramai lah yang dah naik sheikh. Itu yang terlonjak-lonjak menari tuh. Dan bila dah habis, masa semua cast tuh menyanyi (3 lagu ABBA), semua orang berdiri, kasi standing ovation gitu. Aku pun, tak mudah lah, tergedik-gedik jugak ikut rentak lagu. 

Sepanjang jalan balik ke hotel tuh, aku rasa puas hati sangat, happy sangat. Definitely one of the happiest moments dalam hidup aku. Sikit pun aku tak kisah dengan ribuan orang yang kat Times Square tuh. Diaorang happy cara diaorang, aku happy cara aku. 


So I say
Thank You for the music, the songs I'm singing
Thanks for all the joy they're bringing
Who can live without it, I ask in all honesty
What would life be?
Without a song or a dance what are we?
So I say Thank You for the music
For giving it to me


System Of A Down


25062007

Pagi tadi aku bangun awal jugak walaupun semalam tidur lewat, walaupun aku mengantuk. Tiga malam berturut-turut aku jalan kaki aje dari kedai ke subway station sebab tak jauh dari kedai tuh ada Jazz Festival, bas punya route diubah, dan kalau ada bas pun, penuh sendat dengan gagak. Tak kuasa dah aku nak jalan cepat-cepat, takes me dalam masa 30 minit lebih nak sampai. Kebetulan semalam tuh malam terakhir concert tuh, so banyaklah gagak-gagak berkeliaran. Itu yang aku, bila nampak aje segerombolan gagak kat depan, aku melintas jalan. Then bila terserempak dengan segerombolan gagak betina, aku melintas lagi. Gagak-gagak betina, tahu aje lah kan, riuhnya mengalahkan gagak-gagak jantan. 

Pagi tadi, aku macam tergesa-gesa gitu. Mak Nila ada di dapur, nampak resah jer. "Koq lauk kamu masih ada di kulkas, kenapa nggak dimakan sih?", dia tanya aku. 

"Benter malem", aku cakap gitu, tak pandang dia pun. 

Masa aku keluar dari bilik nak pergi kerja, aku tengok dia dah bungkuskan nasi, dah masukkan lauk aku dalam beg plastik. "Ini makanan kamu udah Ibu siapin", kata Mak Nila, dia duduk di kerusi.

"Benter malem aja Bu, waduh repot banget sih", aku kata gitu sambil terus turun. Aku tak pandang dia pun, tapi aku tahulah yang Mak Nila terkulat-kulat tengok aku sambil kata, "There goes another dollar". In Indonesian lah of course. Semalamnya pun gitu, aku balik aje, masa nak panaskan nasi goreng yang aku beli kat luar, aku tengok dak siap nasi satu container ada tersedia untuk aku. Aku tak sentuh pun. So, dari semalam dah dia kempunan sedollar aku tuh. 

Hujan turun renyai-renyai masa aku keluar, sambil jalan tuh aku fikir, yang betapa jahatnya aku nih. Patutnya aku simpanlah makanan yang Mak Nila sediakan tuh kat dalam peti ais, ini tidak, aku biarkan gitu aje. Bukannya apa, masakan tuh tak sedap gayanya, sup bakso. Bakso ikan (bebola ikan). Adalah empat lima biji bakso, kuah sup nya memang banyak, tapi takat air kosong taruk garam aje. 6 dollars harganya. Memang cekik darah, kan? Bakso tuh dah dari Jumaat Rabu minggu lepas dah, memang aku tak nak makan pun, nak buang aje, cuma aku terlupa nak buang. Itu yang Mak Nila berusaha jual nasi putih dia tuh, untuk dimakan sama sup. 

Aku fikir, sure Mak Nila akan merajuk sebab ituhari pernah dia macam merajuk dengan aku. Masa yang dia terasa` hati sebab tiap kali dia panggil aku, aku jawab dari dalam bilik aje, aku tak keluar pun. Besoknya, bila aku nak bayar harga makanan yang aku order, dia pun buat gitu jugak kat aku. Bila aku panggil, dia jawab dari dalam bilik aje.

Aku geram sebab semalam tuh dia ada talipun aku sampai 3 kali. Panggilan pertama tuh aku tak jawab, sebab talipun aku dalam pocket jeans, aku tak dengar, masa tuh aku dalam bas. Yang kedua pun aku tak jawab, tak sedar pun ada call. Dia tinggalkan mesej kat voicemail. Yang kali ketiga tuh aku jawab, dia marah-marah. 

"Koq kenapa gak dijaweb? Telpon-telpon gak dijaweb, telpon-telpon nggak dijaweb", dia kata gitu.

Dia talipun tuh nak beritahu yang duit makanan yang aku order, yang aku kasi kat dia pagi tuh, salah. Aku kasi dia tak cukup. Sedangkan aku rasa aku kasi dia 18 dollars (3 hari punya order), duit 10 dollar, duit 5 dollar dan 3 keping duit sedollar. Tengah-tengah dia kata aku salah kasi duit tuh, baru dia terperasan yang jumlah duit tuh betul. Duit tuh melekat sesama sendiri sebab basah kena air. Aku baru lepas mandi masa aku kasi duit tuh kat dia, memang patut pun duit tuh basah. Itu baru kena air mandi tuh, belum air lain lagi tuh. So memang patutlah dari semalam lagi aku geram kat Mak Nila tuh. 

Sampai masa kat subway pun aku masih terasa geram, dan masih fikir pasal karenahnya Mak Nila tuh. Yang buat aku rasa tak sedap hatinya bukan apa, benda-benda kecik gitu beria-ia sangat, sampaikan buat aku rasa tak tenteram, sampaikan buat aku terpaksa tulis kat blog. 

Aku sampai awal kat kedai, Daniel terus blah aje masa aku sampai tuh, dia nak pergi beli barang, kata dia. Dah on kan laptop, baru aku terperasan yang alat wireless broadband aku tuh tertinggal. Ya Ampuuuun, rasa nak pitam aku dibuatnya. Maknanya aku tak dapat nak online lah seharian. Rasa macam nak pergi balik ke apartment aje, nak pergi ambik wire tuh. Apasal aku nih pelupa sangat sejak akhir-akhir nih? Kalaulah aku sedar ketiadaan usb modem tuh masa aku dalam train, harus aku berpatah balik dah. Aku akan paksa drebar train tuh gostan. Harus aku dah tertipu Daniel kata train mogok, so aku akan sampai lambat kat tempat kerja. 

So, bodoh jer lah aku sepanjang pagi tuh, mengenangkan nasib malang yang menimpa. Ker aku terkena sumpahan Mak Nila nih? Hari hujan, manalah ada orang sangat yang datang untuk cuci baju, so banyaklah masa free aku. Nak bawak-bawak membaca, tak ada apa yang nak dibaca. Nak dengar lagu, cuma ada 3 lagu aje yang sempat aku download dari Limewire. Lagu Into The Ocean (Blue October), Chasing Cars (Snow Patrol) sama lagu Ode To My Family (The Cranberries), so lagu tu jer lah yang aku dok mainkan sepanjang hari.

Then aku teringat yang aku selalu beli pirated DVDs dan aku ada tertinggal some of the dvds tuh kat kedai. Setiap minggu, out of kesihan, aku terbeli 3 dvd kat satu Mamat nih yang selalu jual pirate dvds, kat kedai nih. Mula dulunya dia macam takut-takut nak masuk kedai nih, nak jual kat orang yang ada di kedai, yang tengah cuci pakaian. Tapi satu hari tuh aku terbeli dvds kat dia, murah aje, 3 for ten bucks. 

Start pada hari tuh, setiap kali dia datang, aku akan terbeli 3 keping. Aku tak nak beli, tapi terkesian kat Mamat tuh, dia macam baik jer dengan aku. Yang buat lawaknya, satu dvd pun aku belum tengok, memang aku tak ada niat pun nak tengok, sebab aku tak suka tengok movie kat dvd. Aku lebih suka tengok wayang kat panggung. Dan yang buat lawaknya, aku tak berapa tahu sangat judul-judul movies yang Mamat tuh kasi aku, tapi semuanya latest punya movies. So aku cari-carilah kalau-kalau ada dvd yang tertinggal kat kedai tuh. Ada satu, tapi cerita Cina, Curse Of The Golden Flower (Chow Yun Fat, Gong Li).So kaedahnya, tak lah aku tengok dvd cerita Cina tuh. 

Resah aku jadinya, duduk salah, berdiri salah. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. So, daripada duduk bodoh aje, lebih baik aku mengelamun, lebih baik aku berfikir.

Bila dah tak ada aktiviti nak buat tuh, mulalah aku melangut aje kerjanya. Sampai tersengguk-sengguk aku dibuatnya. Kebetulan pulak ada dua orang yang hantar pakaian nak dicuci tuh, semuanya pakaian yang besar-besar, yang senang aje untuk dilipat. 

Memanglah sejak aku dapat off ituhari, aku terasa`lega yang teramat. Terasa fresh gitu. Tapi, kefreshan tuh sekejap aje. Tiap kali aku datang kerja, walaupun tak ada apa sangat kerjanya pun, aku rasa bosan yang teramat. Sedangkan masa ada internet pun aku rasa bosan, ini kan pulak masa tak ada internet, kan? Tuhan aje lah yang tahunya. 

Dan yang paling menyetresskannya masa lepas aje pukul 6 petang, masa aku dah mula nak bersih-bersihkan kedai. Ha, masa tu lah aku selalu fikir yang tak ada kesudahannya aku kerja di sini nih. Aku selalu fikir, apa yang aku nak tergesa-gesa balik sedangkan balik nantinya pun, untuk tidur aje. Aku tak ada langsung masa untuk diri aku sendiri. Tak ada pun masa untuk baring-baring sambil merenung siling, sambil genggam-genggam telur macam yang orang lain buat tuh. Tak ada masa pun nak jalan-jalan keluar rumah untuk ambil angin, macam yang orang lain buat tuh. Aku kena buat dua tiga benda dalam satu masa, sebab nak save time. Itu yang makan sambil satu tangan lagi kat laptop. Itu yang aku rasa tension sangat tuh. 

Itu yang aku, sambil mencuci-cuci kat kedai tuh, aku kata, ini tak boleh jadi nih. Aku tak boleh menyiksa diri aku lama-lama sangat, cukuplah beberapa bulan aku hidup begini. 

Aku kena cari kerja lain nih, apa-apa kerja lah tapi biarlah kerja yang jam nya tak lama sangat dalam sehari. Yang paling lama pun, sepuluh jam sehari aje. Kalau kerja yang dekat-dekat, itu lagi bagus, aku dapat save masa untuk commute ke tempat kerja, kan? 

Tapi...... 

Aku sedar yang ke mana-mana aku kerja pun nanti, aku akan buat the same shit day in day out. Semua benda yang sama. Orang macam aku yang gelap gelita statusnya di Amerika nih, tak boleh memilih sangat. Tak adanya lah kerja 8 jam sehari. Kalau ada pun, gajinya kecik aje sebab bayarannya pun way below minimum wages. Akan tertension lah lagi aku nanti kalau kerja dengan gaji yang lebih kecil dari sekarang. 

Aku nih, walaupun Bangla aje, tapi maintenance tuh boleh tahan lah jugak kan? Nak bayar cellphone lagih, sewa rumah, bill wireless internet, tambang pergi balik kerja, makan. Mana nak buat facial lagih, nak urut , nak buat acupuncture. Semuanya tuh. Mana nak bersiap sedia untuk pengepauan Mak Nila lagi kan? 

Banyak tuh kalau dikira semuanya. 2010 is fast approaching, aku kena ada duit nih. Kalau aku kerja di sini, di kedai laundry Daniel nih, dapatlah jugak aku save dalam seseribu sebulan. Tapi itulah, aku dah bosan, aku tak ada masa untuk diri aku sendiri. 

Walaupun aku rasa cuak dan takut jugak untuk memulakan hidup baru, cari kerja di tempat lain, tapi aku rasa dah sampai masanya aku mengorak langkah. Dah dekat 4 bulan dah aku kerja. Sekejap aje dah lama, kan? Orang macam aku nih, manalah boleh kerja lama-lama kat satu tempat. Aku akan sentiasa mencari alasan untuk buat benda lain, untuk keluar dari sini. Kalau masa mula-mula kerja dulu, itu lain cerita, banyak benda yang kena belajar, kena tahu, so memang tak ada masa nak fikir yang bukan-bukan sangat. Lagipun masa tuh tak ada duit, so, memanglah tak boleh fikir sesangat kan? 

Tapi, sekarang nih kerja dah aku tahu semua, dah jadi routine seharian, itu yang buat aku jadi bosan. Itu yang buat aku cuba nak cari jalan keluar. Memang payah jadi orang macam aku nih, dah elok-elok kat satu tempat, saja jer nak menyusahkan diri. Tapi itulah, korang tak faham, korang bukannya jenis adventurous macam aku. 

Apa yang aku fikir, selagi aku ada kerja, apa-apa kerja pun lah, itu dah kira ok dah. Sebab aku kerja pun hanyalah untuk kumpul duit sesikit, untuk survival. 

Kalau aku pindah kerja di tempat lain, akan lebih ligat otak di kepala (bukan kat bontot, ok?) aku berfikir. Iyalah kan, nak cari kerja, nak menyesuaikan diri kat tempat kerja, nak dapatkan peluang untuk online walaupun masa kerja (itu sudah mesti tuh), banyak lagilah benda-benda yang akan membuatkan aku ligat berfikir. Selama hampir 4 bulan nih memang kepala aku ligat fikir pasal benda-benda tu lah. Dan semuanya dah dapat pun, aku dapat menyesuaikan diri kat tempat kerja, Boss aku suka aku, customers pun ramai yang suka aku, aku dapat online sesuka hati, semuanya tuh. Semuanya tuh aku dah kautim. So apa lagi yang otak aku nak fikir nih? 

Aku ada jugak fikir yang (funny, kalau aku tengah down tuh, banyak pulak benda-benda yang aku layan fikir. Tapi, mungkin sebab layan sangat fikir, itu yang lebih mengedownkan aku kot? Asalnya tadi, yang mengedownkan aku, aku terlupa bawak usb modem, then aku tak boleh nak berinternet seharian, itu aje) lebih baik aku teruskan aje kerja di sini, persetankan angan-angan aku untuk hidup happy macam orang. Tak akan happy nya lah aku nih, ke mana-mana aku pergi pun. Sebab aku nih kan ker jenis tak mudah berpuas hati dengan apa yang ada? Yang, kononnya nak cari pengalaman baru, nak buat benda baru. "Don't fix it if it's not broken", Mat Salleh kata gitu kan? Dengan aku, even if it is not broken, I'll just throw it away, sebab aku mudah bosan. Lebih kurang gitu lah. 

Eh, tiba-tiba aku rasa nak stop kat sini aje lah, tak seronok pulak banyak-banyak sangat whine nih. Lain kali aku sambung lagi. 


Move yourself
You always live your life
Never thinking of the future
Prove yourself
You are the move you make
Take your chances win or loser

See yourself
You are the steps you take
You and you - and that's the only way

Shake - shake yourself
You're every move you make
So the story goes

Owner of a lonely heart
Owner of a lonely heart
Much better than - a
Owner of a broken heart
Owner of a lonely heart

Say - you don't want to chance it
You've been hurt so before

Watch it now
The eagle in the sky
How he dancin' one and only
You - lose yourself
No not for pity's sake
There's no real reason to be lonely
Be yourself
Give your free will a chance
You've got to want to succeed

Owner of a lonely heart
Owner of a lonely heart
Much better than - a
Owner of a broken heart
Owner of a lonely heart

Owner of a lonely heart

After my own indecision
They confused me so (Owner of a lonely heart)
My love said never question your will at all
In the end you've got to go
Look before you leap (Owner of a lonely heart)
And don't you hesitate at all - no no

Owner of a lonely heart
Owner of a lonely heart
Much better than - a
Owner of a broken heart
Owner of a lonely heart

Owner of a lonely heart

Sooner or later each conclusion
Will decide the lonely heart (Owner of a lonely heart)
It will excite it will delight
It will give a better start (Owner of a lonely heart)

Don't deceive your free will at all
Don't deceive your free will at all (Owner of a lonely heart)
Don't deceive your free will at all
Just receive it