Tak boleh jadi nih, aku kena buat update lah jugak sebab kalau ditangguh-tangguhkan nanti sure berhabuk blog aku nih. Sure lari peminat aku yang bertali arus tuh. Kalau dulu aku tension aje bila dua tiga hari tak update blog tapi sekarang nih aku selamba aje, terbawak-bawak kemalasan aku tuh.
Agaknya itu pasal lah aku rasa hidup aku macam kosong aje, macam tak ada apa pun yang mengghairahkan. Mulanya aku "salahkan" Puasa, kononnya aku letih, lapar dan nak kurangkan masa online.
Aku ingat balik, yang last year masa bulan Puasa, my life was a little exciting kalau dicompare dengan Puasa tahun ini. Apa tak nya, tahun lepas aku setiap hari berulang-alik ke Pejabat Pos, kan? Sebab nak ambik parcel kiriman peminat ekekekeke. Tahun ini memang aku dah warned awal-awal yang aku tak nak sapa-sapa pun kirim aku barang/kuih-muih kat aku.
So itu pasal agaknya life aku macam kosong aje sekarang nih, ditambah pulak dengan aku habiskan masa online dengan main games kat Facebook, so tak ada apa lah yang menarik yang aku nak tulis kat blog. Memang aku lebih banyak menyendiri sekarang nih.
Kalau dulu aku update setiap hari tapi sekarang nih susah dah gayanya. Bukan tak ada cerita, dulu pun bukannya ada cerita apa sangat pun kan, tapi aku tulis panjang-panjang jugak. Pokoknya, kalau mood nak menulis tuh tak ada, memang tak ada apa lah yang nak ditulis.
Aku nak tengok, sampai ke mana aku bercelotehnya kali ini, aku nak tulis aje ikut dan, aku kena ceritakan sikit a few things pasal life aku seseminggu ini sebab by end of the week aku kena buat entry terakhir sebelum Majlis Amal Bersama Anak Yatim Darul Izzah tu kan? Ana kena lah kasi taklimat terakhir kan? Ekekekekeke
1.Mamat Turki yang duduk di sebelah bilik aku nih nak pindah akhir bulan Sept so tuan rumah aku tengah kepoh sekarang nih nak cari orang baru. Aku tak kisah kalau aku kena pindah ke bilik sebelah yang kecik tuh, sekiranya ada orang baru yang nak bilik yang besar yang aku duduk sekarang nih. Kalau tak dapat cari orang, mungkin kitaorang (aku dan tuan rumah) akan pindah. Mintak-mintak adalah orang baru, aku malas sangatlah berpindah randah nih.
2. Puasa aku macam biasa aje dah sekarang nih. Routine nya sama, aku Sahur last-last minute, lepas Subuh aku tidur sampai pukul 12 walaupun a few times aku tersedar, terbangun, teronline. Weekends ajelah aku Sahur sebelum tidur, dalam pukul 12 gitu pasal aku kerja pagi. Dan aku cuma dapat Tarawikh kat Masjid, weekends aje lah. So far aku Tarawikh kat Masjid Jackson Heights aje sebab kat situ senang sikit, senang nak beli nasi untuk Sahur.
Ada sekali aje aku tak turun kat Jackson Heights, hari apa tah ituhari aku turun kat Chelsea/MeatPacking District, 23rd Street, aku pergi makan kat Room Service. Kalau orang tanya aku apa restoran favorite aku kat New York nih, sure aku kata Room Service nih paling aku suka. Tah pasal apa tah, kalau aku ke situ aku makan Shrimp Red Curry atau Shrimp Panang, mungkin sebab lokasi dan setting restoran tuh kot yang buat aku suka.
3. Khamis kot, on my way back to King Mongkut's apartment, lepas beli pizza for his dinner, aku terserempak dengan this perempuan Melayu. Memang kebetulan nak terberjumpa kot sebab biasanya kalau aku beli pizza, aku tak lalu kat jalan tuh tapi petang tuh aku ambik gambar sesikit (kat bawah tuh) sebab aku nak taruk kat blog (sebab aku tak ada buat entry so nak taruk gambar ajelah cadangnya untuk sementara).
Aku nampak this perempuan bertudung yang aku sure sangat dia nih Melayu sebab orang Melayu cara diaorang pakai tudung nih unik sikit. Aku berbelah bagi nak tegur dia sebab aku takut jadi macam dulu tuh masa aku jumpa this perempuan Melayu yang tengah mundar mandir kat Forest Hills subway station (yang dengan bangganya bawak beg plastik besar yang ada tulis Tourism Malaysia), yang aku tegur dia dan lepas sembang sekejap dan bila dia tanya pasal aku dan aku kata aku illegal, terus berubah airmuka dia, terus dia mintak diri (sedangkan dia tengah tunggu train yang tak sampai-sampai).
Kat Forest Hills nih ada a few keluarga Melayu yang kerja dengan gomen Malaysia, kerja Consulate ker,Tourism Malaysia etc. I have nothing against orang kerja gomen nih cuma aku meluat sangat dengan jenis-jenis yang ....yang gitu lah, jenis yang tak pernah keluar, yang duduk kat bawah ketiak mak sampai tua, dan bila sekali gomen hantar ke luar negara (New York pulak tuh),dia lah orang nya. Ha, jenis gitu aku meluat sangat.
Tapi gitu lah, kalau dah terjumpa Melayu sure excited kan, so terus aku tertegur dia. Aku kasi salam sambil tanya, "Are you Malaysian?" Dua kali aku tanya sebab dia pun sure tak expect aku nih Melayu. So sembang-sembang lah sekejap, dia kerja Consulate (aku dah terfikir benda lain dah masa tuh hmmmmm), duduk pun cuma a few blocks dari apartment King Mongkut/David, kat depan apartment mak David.
Baik aje sembangnya perempuan tuh, aku yang kekurangan kasih sayang nih kan, rasa sejuk jer hati sembang dengan dia. Kalau semua Malaysians (yang aku pernah jumpa) macam dia nih, bukan ker best?
Since nak cepat, aku mintak diri dulu, "Nama apa yer?", dia tanya aku. "Joe, ", aku kata gitu. Menyumpah aku kat diri aku sebab tiba-tiba aku terkasi url blog aku, lupa lah aku samada aku suruh dia google JoeBangla atau aku kasi url aku tapi itu lah aku, nak kata gila glamer tak jugak. Then again, apa lagi lah yang aku ada kan?
"Ish, ada blog sendiri tu", kata perempuan tuh. Sepanjang jalan ke apartment King Mongkut, menyeal tak sudah lah aku, menyumpah-nyumpah kat diri sendiri. Apalah gatal sangat nak kasi url blog? Tapi itulah aku, bila aku excited (sebab jumpa Melayu), bila aku rasa connected, aku akan terus-terang aje. Walaupun aku pelik, dah setahun lebih aku kerja di Forest Hills nih, apa pasal tak pernah terserempak dengan dia?