Monday, October 15, 2012

RabuKhamisJumaat272829082008


Aku jadi macam bodoh jer gitu sebab aku dah mula pasang dan dengar lagu Raya. Puasa pun belum mula aku dah dengar lagu Raya, advance sangat aku nih. So itulah, dengar lagu kejap, pastuh jadi macam sedih sesikit. Bila sedih tuh, bodoh aje lah sengsorang, kan? Last-last aku tidur. Bangun tidur, buat lagi gitu, dengar lagu seround dua dengan niat tak nak lah layan perasaan sangat. Terlayan jugak akhirnya, so lepak semula sambil tengok siling, sambil gosok perut, sambil raba telor.

Ada jugak aku memasak hari tuh, cadangnya nak masak singgang yang kawan online aku ajar tuh. Tapi tak menjadi singgang aku, mungkin sebab tak ada asam gelugur tuh kot, itu yang jadi tak sedap tuh. Rasa macam makan ikan rebus aje jadinya. Terus termalas dah aku nak cuba masak resipi lain. Pening kepala pun satu hal nak fikir apalah yang nak dimasak setiap hari.

So itu ajelah update aku untuk 3 hari nih, tak ada apa pun.

------------------------

Aku masih malas nih. Ker memang akan berterusan kemalasan aku nih, itu aku tak tahu lah. Harap-harap janganlah aku terus menerus dilanda kemalasan. 

So aku nak taruk gambar aje lah kali ini, sebab selama tiga hari tuh, hari Rabu, Khamis dan Jumaat, aku tak buat apa sangat pun. Tak ada buat benda berfaedah pun. Melepak kat rumah aje sepanjang pagi dan tengahari, petang lepas Zohor barulah aku pergi kerja.




[Kat Times Square, ada lah aku ke sini dua kali kot sepanjang minggu ini]



[Ini kat Columbus Circle, nak masuk ke Central Park. Kadang-kadang aku ralit gitu aje tengok budak-budak buat show diaorang, sesambil cari duit]



[Ini depan Apple Mecca kat 59th Street/Lexington Avenue]



[Sepanjang aku jalan-jalan kat 5th Avenue]





[Kat sini kan tempat buat The Apprentice tuh?]



[Central Park South]



[Central Park West]






Selasa26082008


Lena aku tidur semalam, mungkin sebab kekenyangan kot makan kari udang aku tuh, pukul 8-30 baru aku bangun. Sebab aku cadang nak ke apartment MamatGQ tuh pagi ini, aku bangunlah jugak. 

Pukul 10-30 am aku sampai Chelsea, semalam aku kata nak bawak bekal nasi kan? Porah! Macam orang nak pergi ke ladang aje bawak bekal nasik, kan? So aku terpaksa makan kat luar lah harinih, sempat sehari jer janji aku tak nak makan kat kedai rupanya. 

Aku betul-betul tak expect yang MamatGQ ada agak yang aku akan datang ke apartment dia masa dia kat Israel. Tapi, bila aku masuk aje apartment dia, aku tengok ada note untuk aku, ada duit lagi ditinggalkan untuk aku, dan ada benda-benda yang aku kena buat, kena hantar pakaian kat dry cleaning. Nasib baik lah aku terdatang, kata aku dalam hati. Kalau tidak, sure dia akan disappointed dengan aku bila dia balik nanti. 

Aku tak ada buat apa sangat, kemaskan mana yang perlu aje. Pergi kedai sekejap, beli cuka sama wood polish. Aku tengok kat internet ituhari, nak kilatkan lantai kayu, guna vinegar campur warm water. Tapi masalahnya, aku lupa, cuka makan ker atau cuka lain? Sebab masa aku kat kedai tuh, aku tengok cuka makan pun ada bermacam jenis, ada yang clear, ada yang hitam macam kicap. So aku ambik ajelah rice vinegar sebotol. 

Aku nak test dulu, so aku bersihkan lantai guna cuka tuh. Dan kat area lain, aku guna wood polish yang aku baru beli tuh. Nampak macam bagus aje polisher tuh, dah lah mahal. Dalam sesetengah jam kemudian, aku tengok macam tak ada beza sangat pun, macam biasa jugak. So aku bersihkan sekali lagi. Kali ini aku taruk banyak sikit (or sikit banyak) cuka, sampaikan satu apartment berbau cuka. Terpaksa aku buka tingkap. Then yang kat area lain tuh aku semburkan polish tuh banyak-banyak. Aku biarkan for another 30 mintues. By that time aku dah siap buat kerja lain pun, dan aku dah online jugak pun. 

Then baru aku rasa macam ada lah beza dia sikit, so aku dapat idea. Aku basahkan lantai tuh dengan cuka + air panas, aku lap kan sesikit then aku sembur dengan wood polish tuh. Sebelum aku blah, aku nampak yang lantai tuh dah macam bermaya sikit, berseri gitu. Aku rasa, kalau tiga empat kali lagi aku buat macam tuh, sure akan berseri balik lantai apartment MamatGQ tuh. Mana tak berserinya, setengah botol cuka aku guna. Dan wood polish tuh pun tinggal sikit aje lagi, mamposlah kalau macam nih kena beli wood polish tuh tiap-tiap minggu nampak gayanya. Macamana pun puas hati aku jadi nya sebab mission aku berjaya. 

Aku tak ambik pun duit yang MamatGQ tinggalkan tuh sebab aku cuma lepak dua jam aje kat apartment dia tuh, lagipun aku tak ada janji pun nak datang kerja, kan? Cuma aku ada kata yang aku akan "tengok-tengok" kan aje apartment dia sepeninggalan dia tuh. 

Aku ke Forest Hills lepas tuh, makan kat Pinang, sesambil online. Ada dekat dua jam aku kat situ, sesambil sembang dengan tokay tuh. 

"You bagus ha, rileks saja. You tak dak problem ka?", tanya tokay yang asal Penang tuh. Nak tergelak aku mendengarnya. 

"Mana ada orang tarak problems lah tokay", aku jawab gitu. 

"Ya lah, you macam happy saja, datang makan happy, hari-hari kerja pun happy", kata tokay tuh. 

"Eh, saya nampak happy ka tokay?", aku tanya dia gitu. 

Isnin25082008


Isnin. Hari baru. Minggu baru. Aku pun ada plan baru. Bukan apa sangat pun, plan aku, minggu nih aku nak memasak. Nak berkecimpung di bidang masak memasak lah pulak. Seingat aku, dah 6 bulan lebih aku tak memasak, asyik makan kat luar aje. 

Sementelah lah aku banyak masa free minggu nih, itu yang aku nak cuba memasak tuh. Iyalah kan, Berto tak ada nak ajak main badminton, MamatGQ tak ada, walaupun esok aku nak ke apartment dia, nak bersihkan lantai apartment tuh. Dah lama dah sebenarnya aku berhajat nak memasak nih, tak pernah berkesampaian. Malas tu lah. Aku fikir, makan kat luar lagi best, lagi mudah. 

Dulu aku ada periuk belanga, tapi tah ke mana dah semuanya tuh. Pinggan mangkuk pun tah ke mana-mana dah, sebab dulu aku nih jenis malas membasuh, lepas makan biarkan pinggan tuh kotor sampaikan bila nak cuci, kotoran tak mau tanggal. So aku buang aje lah. Alah, pinggan yang sedollar sekeping tuh. Teruk kan aku nih Dear Diary, malas sangat orangnya. Tak apa lah Dear Diary, hari ini aku nak rajinkan diri, aku nak memasak. 

So, pagi-pagi, lepas buat excesice sesikit, aku pun keluar. Mula tuh aku pergi hantar baju/jacket yang aku beli semalam tuh, nak kasi pendek sikit dalam seinci gitu, bahagian tangan. Tangan baju tuh panjang sikit, tak best lah kalau pakai nanti sebab jacket tu kan ker mahal dan lawa, aku nak lah pakai biar betul-betul elok. Biar lebih lawa dari mannequin tuh. Nak alter lengan tu aje pun kena $20, dekat sama harga jacket tuh. 

Lepas tuh aku ke kawasan Chinatown lah pulak, ke kedai pinggan mangkuk. Aku pakai rembat aje, periuk, kuali, mangkuk, pinggan, senduk. Tapis pun aku terrembat sekali ekekekeke. Nak buat apa pun aku tak tahu tapis tuh, ambik ajelah, biar ada gaya sikit nak memask kan, semuanya cukup. 

Lepas tuh masuk kedai jual ikan, tapi sebab pagi sangat lagi, memang belum ada ikan yang fresh. Baki yang semalamnya adalah, so aku tengok-tengoklah kotak ikan yang disusun bertingkat-tingkat kat kedai tuh. Mulanya aku nak beli salmon, tapi tiba-tiba aku nampak kat kotak sebelah tuh penuh dengan katak. Besar-besar kataknya. Ya, geli geleman aku dibuatnya, terus aku blah. 

Masuk kedai lain pulak, beli udang sekilo. Then pergi cari bahan-bahan lain pulak, bawang, sayur, santan, benda-benda gitu lah. Tak ada pulak rempah kari, so aku cadang nak balik aje lah sebab dah sarat barang aku bawak tuh. Tak jauh dari rumah sewa aku ada kedai India, kat situ ajelah beli kari nanti. 

Masa aku nak ke street menghala ke rumah sewa, aku nampak ada awek Cina nih tengah terlari-lari. Pakaian nya bukan main lagi, t-shirt ketat aje, so nampak jelaslah tetek dia tenggelam timbul gitu masa dia lari tuh. Sebijik (dua bijik?) macam cupak hanyut ekekekeke. Bila aku cam kan amoi tuh, rupanya dia lah one of the tukang guntings kat salon Cina Malaysia tuh. So sembang-sembang sekejap dengan dia. Sekejap tak sekejap lah, last nya aku tersampai ke salon diaorang tuh. Tak ada orang pun lagi, masing-masing (5 orang) tengah lepak menunggu customer, masing-masing siap kaki atas meja. Sebijik macam pelacur kat Chow Kit yang tengah tunggu pelanggan aje gayanya. Diaorang suruh aku potong rambut sebab dah dua mingu dah aku tak ke situ, nasib baiklah aku banyak barang so aku kata minggu depan ajelah aku datang. Best jugak sembang-sembang dengan those AhSo/Amoi, aku rasa macam diterima aje. 

Rasa macam nak give up, rasa nak batalkan niat nak memasak, bila aku teringat yang aku kena keluar lagi untuk kali ketiga, sebab nak beli nasi putih. Malaslah aku beli beras sebab aku percaya yang kalau aku beli, sure aku guna dua tiga kali aje beras tuh nanti. Selebihnya, sure aku biarkan jadi melukut di tepi gantang aje nanti tuh.

Tak apa lah, aku kena kuatkan semangat, bukannya senang nak memasak nih. Kalau senang, sure dah hari-hari aku memasak. 

Bila semuanya dah cukup, mulalah aku memasak. Senang aje rupanya, express gitu, tak sampai setengah jam siaplah kari udang aku. Ada ker orang masak kari udang taruk terung? Aku tak taruk santan, instead aku taruk susu. (Benarnya aku tak ada pembukak tin santan, nak pergi beli malas pulak. Pisau tuan rumah tah kat mana dia simpan)

By the time kari udang aku siap, aku dah jadi kenyang. Sebab asyik meratah udang tuh aje, lepas tuh, asyik nak merasa kuah kari tu aje kerjanya, takut masin lah, takut pedas sangatlah lah. Aku kasi 10 out of ten, memang sedap pun kari udang aku tuh, semua rasa ada. Manis, pedas, lemak, dan karinya berbau kari India. Lepas tuh berlari kejap ke restoran Cina kat sebelah, beli nasi putih. Dah lama rasanya aku tak makan selahap tadi, penangan masakan hasil kerja tangan sendiri. 

Lepas pada tuh aku bersemangat nak memasak lagi, cuma aku tak tahu apa nak dimasak. Rabu nanti lah kot aku masak lagi sekali, kali nih nak masak dua masakan pulak. Memang, aku janji dengan diri sendiri yang minggu nih aku tak nak makan kat luar pun. Even esok masa pergi kerja kat apartment MamatGQ tuh, aku nak bawak bekal nasi, sama lauk kari udang yang aku masak tuh. 

Aku keluar kerja lewat harinih, dah dekat pukul 3 baru aku blah. Since David off harinih, aku pun banyaklah rileksnya pasal Hal tak banyak songeh sangat, dia asyiklah sembang dengan adik dia tuh sesambil tengok tv kat bilik dia. Khamis nih dengar ceritanya bekas bini Dav*d sama anak dia nak datang dari Louisiana. Baru minggu lepas diaorang datang New York, nak datang lagi?

Ahad24082008


"Let's go for a ride since I'm off tomorrow", kata David pagi tadi masa aku tengah nak mop lantai, sebab semalam sibuk dan tak ada masa nak buat semua tuh. 

Hal suka sangatlah kalau keluar jalan-jalan sebab kalau weekdays tuh dia memerap di rumah aje, keluar pun untuk sesetengah jam ke gym. Aku tak berapa berkenan benarnya nak keluar Sunday sebab selalunya tak cukup masa. Sundays aku kerja sampai 5 petang aje, yang by the time kitaorang balik, dah empat lebih. Hal sure nak berak, nak buat catheter, nak sediakan kopi untuk esok, nak vacuum, banyaklah kerja aku nya. 

Kitaorang ke Lord & Taylor kat Garden City, kat Long Island. Diaorang nih kalau nak shopping memang pergi tempat kelas-kelas, tempat yang banyak designer boutiques. Selama aku pergi keluar dengan diaorang, aku tak pernah pun beli barang. Kadang-kadang tuh ada jugak aku belek-belek pakaian, especially kalau masa ada sales, tapi takat belek nak tengok harga ajelah. Yang biasanya aku macam ternganga, geleng kepala gitu, sebab harganya bapaklah mahal. 

Ada sale rupanya kat Lord & Taylor tuh, Pre-Labor Day Sale kaedahnya. Labor Day Isnin minggu depan. Kitaorang ke bahagian pakaian, terralit kat lama kat situ sebab harganya cuma $29-99, dan pakaiannya semua lawa-lawa, Branded items dan banyak pulak tuh. Seluar, baju, jackets, semuanya ada. Bila tengok tag tanda MSRP, semuanya harga dalam $150-300, so bila harga yang dijual cuma $29-99, terbeliaklah bijik mata David. Terus dia termelekat kat situ, sekejap aje aku tengok, dah ada empat lima helai pakaian yang diambil. 

Sebab dia sibuk ke hulu ke hilir pilih pakaian, aku pun belek-belek lah jugak apa yang ada kat situ. Terus aku berkenan kat satu jacket Calvin Klein nih yang licin aje, nipis dan tak berserabut macam jacket lain yang banyak kocek tuh. Lawanya jacket tuh, aku tak percaya harganya $29-99. Jacket tuh macam leather tapi 100% pure cotton. Cotther kot? Jenis-jenis jacket yang macam MamatGQ pakai, yang lawa dipakai sama jeans tuh. Then aku tengok tanda harga, MSRP dia $299-00, then ada satu label lagi kata after discount price $179-00. Aku ke price tag machine sebab nak scan harga. MSRP $299-00 tapi sale price $29-99. Terkejut gila aku menengoknya, terus aku ambik jacket tuh. Then tertengok pulak baju-baju yang ada, sama harganya $29-99, so aku ambik dua short-sleeve Polo shirts, kaler cokelat sama biru muda.

Aku cadang nak ambik lagi a few things, jeans ker, baju ker, tapi aku macam termalu pulak kat diaorang. Iyalah, aku kuli aje kan? Bila nak bayar, mati-mati David tak kasi aku bayar, dia kata dia nak treat aku. Harga pakaian aku semuanya $70, lepas diskaun apa tah. Tu dia, kalau ikut harga biasa, semuanya tuh, 3 helai pakaian tuh, harganya $650-00 tapi aku cuma bayar $70 aje. 

Aku, manalah jenis mudah terima pemberian orang, kan? Lagipun memang aku plan nak beli pun, tak best lah kalau orang nak belanja aku. So aku masukkan duit $70 dalam beg David. David sama Hal, kalau tak salah aku, adalah sedozen lebih pakaian yang diaorang ambik. Memang gila babi lah diaorang tuh kalau pasal shopping nih. 

Kitaorang pergi lunch kat Restoran Itali, aku makan salad aje lah, diaorang bantai pizza. Pukul 4 baru kitaorang balik. Kelam kabut lah jadinya sebab banyak benda yang kena buat. Hal pulak buat palat masa nak berak tuh, lama aje dia berak. Pulak tuh, dah lah cacat, tak kadar diri lagi tuh. Nak duduk best-best aje kat throne tuh, siap tertidur lagi. Aku jugaklah yang keluh kesah sebab masa tuh dah pukul 5, dah sepatutnya aku habis kerja. Nasib baiklah aku tak ada plan apa-apa hari nih, kalau tidak mampos aku. Lepas tuh, dah lah dia tuh terketar-ketar tangannya nak buat something, bertempek-tempeklah taik, yang tercalit kat sana sini. Satu kerja pulak aku nak membesihkannya. Tapi, kalau kerja masa tengah marah, tengah bengang, tak rasa letih, tak rasa berat. Selamba aje aku hempaskan Hal kat wheelchair dia, biasanya tercungap-cungap aku nak memikulnya. 

Lepas buat catheter, lepas pakaikan pakaian malam dia, lepas vacuum lantai, baru aku blah. Masa tuh dah 7 malam dah, so aku batalkan niat aku nak pergi dinner kat Pinang restaurant yang kat 72nd Street, Central Park West. Aku singgah kejap kat Times Square sebab nak masuk Hard Rock Cafe. Nak beli barang sikitlah, ituhari ada member tuntut "pesan" barang. 

Sabtu23082008


Aku selalu perli Hal sebab dia, kalau bercakap kat talipun sama mak dia, selalu dia marah aje, selalu disindir, dikutuknya mak dia tuh. David pun sama, selalu sangat dia kutuk mak tiri dia tuh. "She's your Mum after all", aku selalu kata gitu kat Hal, biasanya masa aku tengah urut dia sebab mak dia akan talipun sharp pukul 4-45 pm, setiap hari. 

"Wait until you see her, Joe", selalu Hal jawab gitu. So, setelah berminggu-minggu di plan, akhirnya hari nih diaorang nak pergi melawat mak Hal tuh for the very first time in like 3 months lepas dia duduk kat assisted-living care tuh. 

The Bristals nama tempat tuh (http://www.thebristal.com/north-hills.php), kelas gila, lawa bangunannya, mengalahkan hotel lima bintang lagi. Right from the entrance, sampailah bilik-biliknya, memang high class sangat, aku tengok pun sambil geleng-geleng kepala. Even David/Hal pun terkejut sebab kalau mengikut kata mak Hal tuh, dia tak suka tempat tuh. Ada aje yang dikomplennya. One of the reasons apa pasal diaorang nak melawat tuh pun pasal she's miserable, menurut kata dia lah. Itu yang Hal sama Laura cadang nak pindah kan mak dia tuh ke tempat lain. 

Kuat bercakap mak Hal tuh, tak henti-henti dia bercakap. Tak padan dengan gigi dia yang cokelat tuh, semuanya dia komplen. Orang ini tak betul lah, orang itu tak bagus lah. "He doesn't talk to me", kata mak Hal kat satu PakCik yang tengah bertongkat, yang kitaorang terserempak masa keluar lift. 

"Don't talk to me, I don't exist", kata PakCik tuh. Kitaorang berpandang-pandang ajelah sesama sendiri. 

"I'm the youngest person in this place", kata mak Hal. Kitaorang semuanya kerut dahi, sebab kitaorang sure sangat yang ramai lagi orang yang jauh lebih muda dari mak Hal tuh kat situ. She's 84. 

"I'm miserable here Hal, my room is all the way at the back, they purposedly put me here. They don't like me", kata mak Hal. 

Aku dah boleh agak yang dia nih memang jenis banyak mulut, itu pasal dia tak ada kawan. Dia beritahu yang mulanya dia adalah a few kawans tapi diaorang semuanya dah menjauhkan diri dari dia aje. Yang rajin melayan dia nih bercakap, bukannya Hal, tapi David. David's very good with words, dalam dia sembang-sembang tuh, ada aje benda yang dia perli dan sindir mak Hal tuh. Macamana pun, seronok jugak aku dengar cerita diaorang, tak henti-henti diaorang bercakap. Even masa makan pun. 

Kitaorang pergi ke seluruh ceruk rantau apartment tuh, semuanya ada, panggung wayang, bilik komputer, gym, bila bacaan, bilik games, cafe, restoran, semuanya ada kat dalam tuh. Dan dalam jalan-jalan tuh, mak Hal nih akan pergi kat sapa-sapa yang dia jumpa, ada aje benda yang tak kena nya, ada aje dia menyakitkan hati orang. She has a very dry sense of humor, dia yang mengaku sendiri. 

"That's why I always get into trouble, Joe. That's why they don't like me here", kata mak Hal. 

"Why don't you just shut your big mouth up, Ma?", Hal jadi bengang aje bila mak dia terus membebel. 

Tapi, surprisingly, aku suka pulak kat mak Hal tuh. Sebab aku rasa dia lawak orangnya. Atau, memang sebab aku nih pun mulutnya jahat jugak, tu pasal aku jadi tersuka kat dia tuh kot. Aku beritahu dia yang aku boleh spend the whole day sembang dengan dia sebab ada aje benda yang dia celotehkan. 

"Are you going to live here in America, Joe?", dia tanya aku masa aku berdua aje dengan dia. David sama Hal bengang apa tah, diaorang tinggalkan aje mak Hal tuh sembang dengan aku. 

"No, I'm just passing thru", aku jawab gitu. 

"I can tell. Why don't you stay? Most people, they come here and they never leave", kata mak Hal lagi. 

"I wish......", aku tak tahu nak cakap apa dah. 

"We have to talk, Joe", kata mak Hal sambil kenyit mata kat aku. Aku tak faham maksud dia, aku pun tak nak ambik serious sangat pun apa yang dia cakap. 

Ada lah dalam 4 jam kitaorang kat situ then tiba lah masa nak blah. Masa nak ke lobby tuh David sama Hal punyalah marah kat mak Hal pasal mak Hal tuh asyik tanya aku soalan-soalan sensitif, samada aku suka atau tidak kerja jaga Hal tuh. "You don't mind doing this kind of job, Joe?", dia tanya aku. Aku tak reti nak jawab, aku gelakkan ajelah. 

Sebelum blah, biasalah, Hal sama David, diaorang cium mak Hal tuh. Lepas tuh terus diaorang blah ke kereta. Aku jugaklah yang kena layan mak Hal tuh, yang tak habis-habis beritahu orang ramai kat lobby tuh yang anak dia ada datang melawat. 

"Do I get a kiss from you, Joe? Or, you only kiss men?", dia tanya aku. Dah lah cakapnya kuat sampai semua orang dengar. Terlopong mulut aku jadinya, I mean, I was speechless. Malu kat orang pun satu hal, sebab diaorang tak gelak pun, semuanya macam terkejut gitu. 

"You know I didn't mean it Joe", kata mak Hal lepas tuh. But that was too late, aku rasa aku jalan ke kereta tuh with a tail between my legs. Pundeks punya orang tua! 

------------------------
Note: 16/10/2012

Ingat kan ayat "We have to talk, Joe" tuh, InsyaAllah, bila dah habis aku update blog nih, aku akan kasi hints sikit pasal news yang aku dapat, sekembalinya aku ke Malaysia, selepas di deport dari Buffalo, New York NY.

RabuKhamisJumaat202122082008


Rabu

Bangun pagi terus aku bersiap nak ke Prospect Park. Siap bawak pakaian, towel dan toilettries sekali sebab lepas main badminton sama Berto and the gang aku nak tumpang mandi kat apartment dia, then terus pergi kerja. Begitu perjanjiannya dengan Berto. Dia yang offer macam tuh dan sebab diaorang nak kan sangat perkhidmatan aku sebagai jurulatih badminton (ekekekekek), aku setujulah. Walaupun aku letih sebenarnya. Dan aku pun bukannya reti main, takat pukul-pukul, kena gitu. Elok sikit jer dari diaorang yang pukul-pukul tapi tak kena. 

So ada lah 3 jam kitaorang main badminton tadi, sampai berlengas aku dibuatnya. Best pulak ada gang sepermainan nih rupanya, sampai lupa aku nak online, walaupun aku ada bawak laptop. 

-------------

David/Hal ada guests lagi malam nih, kawan lama diaorang yang kebetulan ada business kat area Forest Hills. So lewat jugak aku balik kerja malam nih sebab David tak ada pun suruh aku balik awal macam biasa. 

Entah pasal apa, aku tersinggah kat Times Square lepas balik kerja tadi. Saja jer lah nak round seseround dua, dah lama tak berkecimpung di bidang perempitan kat Times Square memalam kan? 

Khamis

Aku dah start rasa macam tak best aje, dah start rasa down aje. Sebab aku tahu, esok Berto akan ke Florida, dan harinih MamatGQ akan ke Israel. Apa pasal aku ada rasa tak best gitu hah? Mulanya aku buat bodoh aje tapi, for the sake of writing this blog entry, aku mengaku yang aku jadi rasa down dan tak best aje tuh, sampaikan aku malas nak bangun tidur, asyik nak mengular kat katil aje, pasal itu lah.

Pasal aku rasa sedih yang member-member yang aku ada, semuanya nak blah, walaupun cuma seminggu. Sunyilah aku minggu depan, MamatGQ tak ada, Berto tak ada. Apa aku nak buat nanti? Tak kan nak main telor aje kan?


Jumaat

Aku masih rasa down nih, ekekekeke. Sampaikan nak update blog pun aku jadi malas. Best dak alasan aku? 

Esok kitaorang akan ke North Hills kat Nassau County, kat Long Island, kat New York nih. Sebab nak melawat emak Hal (emak tiri David) kat assisted-living, kat rumah orang tua. Aku lupa nak tulis kot, ataupun ada aku tulis, sebenarnya David sama Hal nih berlainan mak. Sama bapak (yang dah meninggal 6 bulan lepas).

Emak David duduk kat Forest Hills jugak, emak Hal nih used to duduk dekat Queens jugak tapi since husband dia mati, dan adik Hal (Laura) tak nak menjaganya, so diaorang hantar lah emak Hal nih kat rumah orang tua. She's 84 years old, setiap hari adalah dalam 3 kali dia talipun Hal, merungut pasal tak seronok duduk kat rumah orang tua tuh. Hal nih macam tak suka emak dia tuh, in fact semua orang yang aku tahu, tak suka emak Hal tuh. 

Aku cuma pernah jumpa sekali aje dulu tuh, masa pengekebumian ayah David/Hal ituhari, naik satu limo sama aku tapi tak nampak muka pun sebab dia duduk kat depan. 

Selasa19082008


Aku dah agak MamatGQ pergi Yoga class, sebab masa aku sampai ke apartment dia, gelap gelita, barang pun berterabur. Bersepah larah gitu. So sementara dia tak ada, aku kemaskan apa-apa yang patut. 

"I have to go to Israel Thursday evening, will only be back Friday the following week", kata MamatGQ masa dia lepak-lepak sebab letih. 

Then dia check calendar, dan since aku kerja weekends, aku tak dapat datang the weekend dia balik tuh, dia suruh aku datang Selasa, September 2nd. Maknanya 3 kali aku tak jumpa dia nanti nih, minggu ini dan dua kali minggu depan.

Dan since dia tak ada minggu depan, MamatGQ suggest kat aku, apa kata aku buat pembersihan besar-besaran. Iyalahkan, tak ada pakaian nak dicuci, tak ada benda lain nak dibersihkan. Aku tanya dia apa yang nak dibersihkan, dia kata, lantai atau dinding. Memanglah lantai apartment dia tuh macam kotor aje tapi aku tak reti macamana nak kasi hardwood floor tuh shiny, dah puas aku cuba dah sebelum ini. Dia kata yang memang lantai tuh sedari dulu lagi nampak macam berabuk, tak berkilau, itu yang dia ada fikir nak pasang lantai baru, nak buat renovation. Dia cerita jugak yang mulanya dia cadang nak pindah ke apartment yang lebih besar tapi "that's not going to happen", dia kata gitu. Macamana pun aku beritahu dia yang aku akan cuba usaha bersihkan lantai nanti tuh, dalam minggu depan kot, masa dia tak ada. 

Ok, habis bab tuh. 

"So, you been busy this past week, Joe?", dia tanya aku. Nak korek-korek lah tuh. 

"Well, kind of", aku jawab sambil baca magazine. Masa tuh dia kat dapur. 

"You gonna tell me about it?", dia tanya aku sambil gelak. 

Dia gelak, so aku macam peliklah, aku pandang dia. Aku angkat bahu, aku tak reti nak beritahu dia yang aku tak busy mana pun. Tak ada apa pun, sibuk gitu-gitu aje lah.

"C'mon now Joe", dia kata lagi, sambil gelak. Macam gelak perli aje. 

"Whaaaaaaat?", aku tanya dia, pelik. Sambil gelak-gelak jugak. Tapi mata aku tak beralih dari magazine tuh.

"You met a girl Joe?", dia tanya aku. 

Terus aku tergelak, kat mana dia dapat idea macam tu tuh? Aku senyap kan aje. Dah lama tuh aku pandang dia, ingatkan dia tak pandang aku, rupanya dia dia asyik tunggu jawapan aku. Terus kitaorang dua-dua gelak. Yang kalau diikutkan tafsiran, mengonfirmkan pertanyaan MamatGQ tadi tuh. 

"No, I have a new friend, a few actually. We play badminton together, the 4 of us", aku jawab gitu. 

MamatGQ macam tak percaya, dia gelak-gelak jugak. So aku ceritalah yang aku ada kawan Filipinos yang baru aku kenal, so sekarang nih aku macam busy main badminton dengan diaorang lah. Since MamatGQ tak tahu badminton tuh apa, aku terangkanlah sesikit kat dia. 

"Play?"Beadminton? Shuttle cock? What kind of game is that?", dia tanya aku lagi sambil terus gelak-gelak. Kalau orang lain tuh aku sure dah bengang kan, tapi MamatGQ punya pasal, aku gelak-gelak aje lah. The more aku gelak, the more dia ingat aku tipu, cuba nak berselindung kononnya. 

"I'm so happy for you Joe. Are you going to tell me about the juicy stuff?", dia tak gelak dah tapi senyum-senyum aje. Seriouslah kononnya. 

"I wish, but I'm telling you the truth, I'm just playing badminton with a bunch of Filipinos, that's all", aku pun buat serious aje.

Ok, habis bab tuh.

"So, how was your weekend?", aku pulak tanya dia, saja nak tukar topik. 

"I stayed home the whole weekend. I had so much on my mind, I cried", kata dia. 

"No you didn't!", aku buat-buat tak percaya. 

Agaknya dia macam termalu gitu, terus dia senyap aje. Aku pun macam nak tahu sangat apa yang buat dia menangis tapi aku boleh agak sure pasal awek dia S tuh kot. Coupled with masalah-masalah dia yang lain kot, yang aku tak tahu, sure sebab itu lah kot. Macamana pun aku tak tanya apa-apa pun sebab kalau dia tak ceritakan semuanya, aku tak akan tahu (kecuali sikit-sikit info yang aku dapat dari diary dia tuh kan?). 

"Well, it's ok for a guy to cry", aku cakap gitu, nak cuba korek-koreklah, dengan niat biar dia cerita kat aku pasal awek dia S tuh (yang aku agak, sure dah putus kot, kalau tak tak kan dia menangis kan?) Jahat rupanya makhluk spesis perempuan nih, boleh buat lelaki menangis rupanya ekekekeke.

"I do cry, a lot actually", aku kata gitu, selamba aje. Nak tergelak pulak rasanya sebab sampai gitu sekali aku beritahu dia, semata-mata sebab nak korek rahsia dia tuh. Dia tetap senyap aje tak cakap apa pun, sibuk gayanya tuangkan blueberry juice untuk kitaorang minum sambil sembang-sembang. 

"I cried a few times watching the film, Boy A", aku kata lagi.

"Yea, how was the movie, any good?", dia tanya aku. 

"Brilliant. I like watching sad, depressing movie like that", aku jawab gitu.

"You are a lot like me Joe, I love watching depresssing movies", kata MamatGQ tuh.

"So, why were you crying? You gonna tell me about it?", aku tak kira, aku nak tanya jugak dia. 

--------------

Eh, aku tak ada masa, malas pun sama, nak buat update. So aku buat entry meringkas karangan aje lah. Hopefully by the time aku up to date kan entries aku, aku dah terrajin balik semula. 

So, where was I? Cerita pasal MamatGQ kan? Dia tak ada cerita kat aku lebih-lebih sangat pun tapi betul lah tekaan aku selama ini, dia ada masalah pasal awek dia tuh. S tak nak pindah ke New York, itu masalahnya. Gaya-gayanya nak putus dah perhubungan diaorang tuh, tak tahu lah, I'll keep you guys posted nanti. 

Itu yang buat MamatGQ macam down aje tuh, sampai termenangis-nangis kononnya. Iyalah kan, pasal perempuan nih, boleh buat lelaki menangis tau dak? Zalim, dan nak terbalik lah dunia nih kan, patutnya lelaki yang buat perempuan menangis, ini tidak, perempuan yang buat lelaki menangis. Dia kata yang not only pasal S yang dia fikir, masalah kesihatan dia, dan jugak pasal kerja pun semuanya tu lah yang buat dia down tuh. Understandble lah kan? 

Aku pun jadi macam tak best aje sebab dia macam tak ada mood gitu, so aku suruh dia pergi kerja. Sebelum dia blah, macam-macamlah dia pesan, suruh ambil duit kat container dalam cabinet dia kalau aku datang minggu depan, suruh contact dia kalau ada apa-apa masalah, things like that.

Aku kerja pun macam tak ada mood aje sebab for the first time MamatGQ tuh tak berlaga fists dengan aku masa dia blah pergi kerja tadi. Malaslah aku nak intiate laga fists tuh, aku cuma bersalam aje. Tapi, aku rasa macam tak best aje seharian tuh jadinya. 

Pukul 12 aku dah blah, aku lunched kat restoran Thai yang kat sebelah apartment MamatGQ tuh lagi, kali ini aku makan Pad Thai, tak best rasanya, so aku dah buat keputusan yang aku tak nak jejak kaki kat restoran tu lagi dah. 

The rest of the day aku kat library, sementara tunggu masa nak ke apartment David/Hal. Aku rasa macam letih jugak harinih, tapi sebab dah janji dengan Berto yang aku nak datang main badminton, terpaksalah aku bergegas ke Prospect Park, balik kerja malam tadi. 

Aku tak main sangat pun, dapat seround aje sebab keletihan. Takat tengok ajelah Berto sama kawan dia main badminton tuh. Kitaorang main kat dewan satu church nih, yang kat depan apartment Berto tuh. 

"I'm going to Florida for a week, Joe", kata Berto kat aku sebelum aku blah. Alaaaaaaaa, tak best arrrrrrrr. Macamana nih, dah lah MamatGQ pergi Israel, ini, Berto pulak nak ke Florida. Semuanya nak pergi minggu ini, so minggu depan aku sorang-sorang lah tak ada kawan?


Isnin18082008


Aku tengah melepak aje tadi bila Berto, Mamat Filipina tuh talipun. Dia ajak aku main badminton sebab kawan-kawan dia pun nak belajar main. Since aku tak ada plan lain, dan masa pun ada, aku bersetuju nak datang for a few hours. 

Aku tak tahu macamana aku terralit baca novel Boy A tuh masa dalam train, sampaikan aku tersalah naik train. Terlupa nak turun benarnya. Nak patah balik dah malas, buang masa aje. So aku cuba nak dapatkan cab, dalam setengah jam aku tunggu, tak ada cab. Selalunya gitulah, tunggu di seberang sini, kat seberang sana yang ada cab kosong. Bila ke seberang sana, kat seberang sini pulak ada cab kosong.

Last-last aku talipun Berto, beritahu dia kata yang aku tak dapat datang sebab dah kesuntukan masa. Macam bengang jugak dia sebab dia ingatkan aku tipu. Macamana pun aku janji akan datang malam esok sebab kawan dia nak sangat main badminton. Mamposlah esok tuh sebab dah lah pagi tuh aku kerja di apartment MamatGQ, malam pulak, habis kerja di apartment David/Hal, terpaksa ke Prospect Park ke apartment Berto tuh pulak untuk main badminton. Tiba-tiba aku macam jadi aktif gitu kan? Baguslah, tak rasa bosan sangat hidup aku.

Aku ambik lunch kat Pinang, Forest Hills, lama jugak aku makan dan sembang kat situ pasal Mondays tak ramai orang biasanya so bila tokay tuh ajak aku lepak-lepak, aku selamba aje lah. Kalau orang luar tengok, sure diaorang ingatkan aku nih keluarga tokay tuh, ataupun aku ada share kat restoran tuh. Memang best lepak dan makan kat restoran tuh, tokay tuh, laki bini, jugak waiters kat situ, semuanya baik-baik dengan aku. 

Sampai malu kat diri sendiri aje aku sebab asyik sembang pasal politik aje kerjanya dengan tokay tuh. Tak habis-habis mengutuk pasal Malaysia, semuanya tak betul, semuanya tak bagus. Heheheh, aku dah kata, aku nih bukannya jenis Melayu yang suka jaja bawak beg Tourism Malaysia kat merata station subway tuh. 

Malam nih David balik kerja lambat sikit pasal dia ada hal nak discuss dengan ex-wife dia, so aku terpaksa balik lambatlah jugak. Ada dua tiga kali aku bengang dengan Hal tadi tuh. Dia nih biasalah, kalau David tak ada, dia nak dimanja sangatlah kononnya, kuat memerintah lagi. Aku, kalau takat sesekali tuh aku diamkan aje tapi kalau dalam masa 4 jam kerja tuh sampai dua tiga kali dia kasi aku bengang, siaplah aku berasap kan? 

So, direct jer aku sound kat dia, aku kata, aku kesian kat dia pasal susah sangat hidup dia tuh. Bukan susah pasal dia cacat, tapi susah pasal benda senang, benda kecik pun bagi dia, susah sangat. 

Aku tengah nak ricih pisang yang nak ditaruk dalam oatmeals dia pagi-pagi tuh, dia nih, sebab tak ada kerja lain, sesambil tengok tv, sesambil tuh jugak dia asyik dok peratikan aje aku buat kerja. So, ada aje lah benda yang tak kenanya bagi dia, kena buat macam ini lah, kena buat macam itu lah. I mean, nak ricih pisang aje kan, what the fuck beria-ia sangat dia nak ajar aku what to do first, what to do next kan? As if aku tak pernah buat benda tuh. As if aku nih bodoh sangat sampai nak ricih pisang pun tak reti. 

Itu yang aku sound dia tadi tuh, memang pedas pun soundnan aku tadi tuh sampai tersenyap dia. Biasanya lepas dia tahu aku bengang, dia akan cakap baik-baik dengan aku, cakap lembut-lembut aje dengan aku, ajak bergurau, buat lawak, things like that. Nak ambik hati aku semula lah kononnya. Aku buat donno jer sebab biasanya masa tuh aku nak kasi diri aku cool sikit sebab lepas pada tuh aku dah tak marah dah. 

Dinner malam nih aku makan mee segera aje, malas pulak rasanya ke restoran, lagipun, macam hari-hari makan nasik, nak lah tukar selera makan mee segera pulak sesekali seminggu. Aku pun kena tidur awal, esok nak bangun pagi, nak kerja kat apartment MamatGQ pulak. 

Ahad17082008


Nasib baik hari nih ada aktiviti, kalau tidak, mamposlah aku. Sekarang nih, dari sehari ke sehari, semakin muak pulak aku nak pergi kerja. Aku selalu fikir, what's there to look forward to dalam hidup aku nih sebab setiap hari aku buat benda yang sama, setiap hari aku kerja. 

Duit? Tak pun. Puas dah aku cuba buat-buat suka kerja di apartment David/Hal tuh tapi tetap aku rasa tak suka. Rasa macam dalam penjara jer aku nih kadang tuh. Walaupun kerja cuma 4 jam sehari tapi the thought yang aku kena kerja hari-hari tuh yang buat aku hilang semangat. 

Harinih kitaorang ke apartment nenek diaorang for lunch. Kali kedua aku ke sana, kali pertama dulu masa nak celebrate her 104th birthday. Respect gila aku kat nenek tua tuh, walaupun penglihatan, pendengaran dia dah kurang tapi petah sangat bercakap. Aku sama Hal dengar aje dia bercerita kisah-kisah masa lampau dengan David. Ada lah dalam 3 jam kitaorang di apartment tuh, balik pun just in time untuk aku buat apa-apa yang patut sebelum habis kerja. 

Aku turun kat Times Square sebab dah lama dah tak buat kerja-kerja merayap gitu tuh, dah berminggu-minggu. Tapi, sempat seround aje aku terus cari subway nak balik rumah. On the way tuh aku dapat call dari tuan rumah, dia kata ada orang cari aku. Rupanya Syed ada datang ke rumah, "Aku nggak kenal sih kerna temen kamu itu berkumis berjenggot. Dia bawak mobil, katanya mahu cari kamu, mahu sewa kamar", kata tuan rumah aku. 

Terus aku tak jadi balik, aku merayap sekejap dalam sesejam gitu kat area situ. Takut jugak, mana tahu Syed tunggu aku kan? Bila aku balik, tuan rumah kasi aku note dari dari Syed, dia tulis macam nih, ""Joe, aku cari bilik, aku nak belanja engkau makan".

Mulanya rasa nak talipun dia semula tapi takut rasa malas lah pulak, kang sure aku terkesian dengan dia, sure terajak dia lepak kat bilik aku. Buatnya dia tak nak balik-balik macam dulu tuh, aku jugak yang susah kan? Lagipun dia ada kereta, sure dia dah jadi ok sekarang kan? Banyaklah susahnya nanti kalau dia ada, silap-silap aku kena tutup blog, atau pindah url macam dulu tuh. 

Lepas makan kat Redang Island restaurant, lepak aje lah aku, sesambil online. Dapatlah lama sikit onlinennya sebab esok aku tak kerja pagi. Tapi, bila bukak website PeaceOneday.com sebab nak cari alamat/info pasal concert sebab cadangnya esok nak pergi beli tiket (ooppsss), terbacalah berita duka yang kata konsert tuh dibatalkan. 

Peace One Day regrets to inform you that the Peace One Day concert scheduled for Tuesday, September 9th in New York has been cancelled due to the fact that Annie Lennox is unable to appear. Following an injury received while attending last week's International AIDS Conference in Mexico, Annie Lennox underwent spinal surgery to release an impinged nerve. Annie continues to support the Peace One Day organization and is still scheduled to perform at the Peace One Day Celebration at the Royal Albert Hall in London on 21 September, 2008. Peace One Day wishes her well during her recovery. 

Sabtu16082008


Aku tak tidur lena lagi semalam tuh, tah pasal apa tah. Itu yang pukul 5 aku dah bangun. Lepas mandi etc terus aku keluar walaupun baru pukul 6 lebih. Nak online pun tak ada mood, sedangkan aku patut gunakan masa tuh, kalau aku bertolak kerja dalam pukul 8 lebih pun, aku still ada masa sampai ke Forest Hills sebelum pukul 10. 

Aku bawak novel Boy A tuh, cadang nak baca masa dalam train tapi macam malas pulak, ngantuk pun ada. Lagipun, tak ada sangat orang dalam train, tak best nak baca buku masa orang tak ada nih, tak ada orang nak tengok, ekekekekeke. Aku naik R train, local train, yang berenti-berenti tuh, yang perjalanan ke Forest Hills ambik masa sampai sejam lebih. Saja jer lah, biar lama sikit dalam train, nak buang masa gitu. Lagipun, R train nih station terakhir dia kat Forest Hills tuh, so kalau aku tertidur, sure aku tak akan terlajak sampai ke tempat lain. Biar aku tidur dan bermimpi tapi sampai ke tempat yang dituju. Tidur berdestinasi gitu. 

Breakfast kejap kat McD, makan pancakes aje 3 keping. Then beli Monster energy drink, kena ada tenaga sikitlah nak kerja hari nih, 8 jam kerja jaga Hal tuh macam lama rasanya. 

Another boring Saturday sebab kitaorang tak ke mana-mana. David aje yang keluar masuk pergi gym, kedai, workshop kereta. Aku lah yang melayan Hal yang macam Raja Bersiong tuh, asyik nak mengarah orang aje buat itu ini. Lepas buat catheter, lepas duduk kan dia kat throne, dia suruh aku urut dia lah pulak. Dan sebab dia macam nak lama aje suruh aku urut tuh (biasalah kalau hari weekend, masa David tak ada di rumah), dia suggest aku pasang tv, urut dia sambil tengok tv, sure ada movies yang menarik.

So sambil mengurut dia tuh, yang tak sampai lima minit terus dia tertidur, aku tengok tv aje lah kerjanya. Aku terralit tengok film India nih, Fire judul dia. Film lama jugak, film nih dengar ceritanya kena banned kat banyak negara masa mula-mula keluar dulu tuh. termasuk Malaysia. 

Berat jalan cerita film tuh, bukan macam cerita keling yang biasa korang tengok tuh, tak ada langsung nyanyi nya film nih, it's in English lagi tuh. Tapi aku tak dapat tengok habis sebab masa tuh David dah balik, Hal pun dah terjaga tidur. Tak apa lah, aku nak cari kat internet nanti, macamana kesudahan film tuh, 

Balik kerja aku terus aje ke rumah, tak singgah mana-mana dah. Itupun masa dalam train puas fikir, ke mana lah nak perginya sebab rasa rugi pulak kalau tak keluar langsung jalan-jalan, now that summer's almost over. But I have enough of New York. New York doesn't fascinate me dah sekarang nih kot? Eh, jangan lah, I love this town.

Jumaat15082008


Aku macam terlambat sikit dari biasa tadi tuh, masa sampai Chelsea. Dah 8-30 pagi. Masa tengah nak melintas 23rd Street, aku nampak MamatGQ tengah nak melintas 7th Avenue, sambil baca papaer, sementara tunggu traffic light tukar. Pelan-pelan aku pergi dekat dia, aku tumbuk bahu dia. Tak ada lah tumbuk macam orang jahat, tumbuk style kawan-kawan tumbuk lah. 

Dia terkejut, dia pandang aku, lama tuh baru dia kata, "Hey Joe...how are you?", macam lah dia terlupa nama aku, atau macam dia nak mengingatkan apa nama aku, punya lama nya dia nak tegur tuh. Hampir tersentapz dah aku dibuatnya ekekekekke.

Then dia beritahu aku yang dia terpaksa pergi kerja awal sebab minggu dia dia sibuk sangat, "I left you a note, Joe", kata dia. 

"So, how's life? Been busy?", dia tanya lagi, masa tuh kitaorang dah ke tepi sebab ingatkan nak sembanglah lama sikit. 

"Well, a little busy. Not with work, but with something else.....", aku jawab gitu. Tah pasal apa aku jawab gitu aku pun tak tahu. Agaknya sebab dah bosan everytime dia tanya aku, aku akan jawab kata yang hidup aku bosan, mundane, tak ada yang menariknya. So tadi aku nak lah buat kelainan sikit, now that aku dah ada kawan lain, member main badminton, for example, yang membuatkan life aku jadi a little busy dan occupied. 

"You gonna tell me about it?", kata MamatGQ sambil senyum-senyum gelak. Ayoo, macam budak kecik pulak aku rasa, soalan dia tuh, biasanya bapak budak aje yang akan tanya kat anak dia gitu kan? 

"You always try to avoid answering me....... every time I ask about you, about your life", dia kata gitu. Apa kena pulak MamatGQ nih harini nih?, terfikir aku gitu.

"You have to keep asking, Carter, you have to keep asking", aku jawab sambil gelak-gelak.

"I have to keep asking you, Joe?", dia tanya lagi. Ayooo, apa kena nya MamatGQ nih? 

"Yeah. And now go! You gonna be late", aku suruh dia pergi sebab kesian pulak dia nak pergi kerja kan?

"See ya Joe", kata dia sambil hulur fist, macam termalu aku nak hulur fist aku sebab ramai orang kat situ. So aku buat-buat tak nampak, instead aku berslaam dengan dia. 

Aku tengok aje lah MamatGQ tuh melintas jalan, office dia 4 blocks dari situ, baru pindah dua minggu lepas. Termalu aku bila aku pandang belakang, rupanya dia pun tengah pandang belakang jugak. 

My brother is a Mat Salleh.
------------------------------------

Walaupun tak ada apa sangat nak buat tapi sampai 11 setengah jugak aku di apartment MamatGQ tuh. Buat kerja pun slow-slow aje, siap aku online lagi tuh. Sebab aku bosan, nak iron dua helai baju pun dekat sejam. Tak reti lah aku nak iron baju orang, iron sini, sana berkedut. Iron sana, sini berkedut. Kalau baju sendiri, senang pulak nak iron tuh, itu yang aku tak fahamnya tuh.

Again, aku tak ambik pun duit yang MamatGQ tinggalkan tuh, tadi masa jumpa dia kat jalan tuh pun dia ada pesan suruh ambik duit tuh. Kat note yang dia tinggalkan pun ada disuruh aku ambik, tapi aku rasa macam tak best aje ambik kesempatan kebaikan dia tuh. 

First time aku pergi makan kat Thai restaurant yang kat satu blok dengan apartment MamatGQ tuh harinih, dah lama aku mengidam nak cuba makan kat situ tapi selalunya ramai orang. Restoran Thai kat 7th Avenue yang dekat situ jugak tuh tak berapa best makanan dia, layanan pun tak berapa bagus. Since aku banyak masa, santai aje lah aku makan, sesambil baca novel Boy A tuh. Nampak kelas jer aku. Aku lah yang nampak gitu, orang lain tak nampak pun, ekekekekkekee. Tapi, mahal nak mampos, aku makan padang Shrimp sama minum Thai Iced tea, dekat $21, tips lagi? 

On the way ke Forest Hills, aku singgah kat Jackson Heights sebab nak sembahyang Jumaat. Ngam-ngam sampai, sembahyang pun mula, memang aku dah agak yang sembahyang kat masjid tuh lambat sikit, dekat pukul 2 baru mula. 

Aku letih sangat malam nih kot, tak sempat lama online, terus aku telan Nightquils, nak kasi lena tidur. Esok kena bangun pagi sebab mula kerja pukul 10. Aku tak suka weekend sebab kerjanya lama. 

Selasa12082008


Aku sampai awal jugak kat apartment MamatGQ, just after 8. Biasanya kalau time-time gitu, aku jalan lagi seseround dua kat area Chelsea tuh untuk lambatkan masa. 

Aku ingatkan dia pergi kelas Yoga, tapi bila aku masuk apartment, dia ada kat dalam, tengah bersiap nak pergi kerja. Dia kata yang dia terpaksa pergi kerja awal sikit harinih sebab semalam dia off. Alaaaa, tak best lah, aku nak sembang-sembang dulu macam biasa sebelum dia pergi kerja, tak kan pukul 8 lebih dah nak blah? Kadang tuh sampai 10 lebih baru pergi kerja kan? 

"Nice flower, "he" must be someone special", aku menyakat MamatGQ tuh bila aku tengok ada bunga kat dalam vase kat meja dia. Aku perli benarnya, sebab dia kata kawan dia yang nak datang Khamis lepas tuh lelaki, sedangkan aku tahu yang datang tuh awek dia, S. Itu pun dia macam nak sembunyi-sembunyi dengan aku. 

"Yes, very special flower", kata MamatGQ, masa tuh dia tengah blend blueberry. 

"No, I wasn't talking about the flower. I said, "he" must be someone special. Your friend", aku cakap gitu sambil kenyit mata kat dia. Siap aku gelak lagi. Aku tak tunggu pun apa reaksi dia, tapi MamatGQ senyap aje. Berani aku menyakat MamatGQ nih, kata aku dalam hati. 

Tak lama kitaorang sembang, MamatGQ terpaksa blah pergi kerja. Rasa macam tak best jadinya, tapi nak buat macamana kan? "I'll see you again Friday then", aku kata kat MamatGQ bila dia tanya aku bila aku nak sembang-sembang dengan dia. 

Sice dia blah pergi kerja awal, so banyaklah masa aku, bolehlah aku siapkan kerja cepat-cepat, boleh lah aku blah awal sikit dari biasa. Banyak pulak pakaian yang kena dicuci, towel dan kain pun banyak, terpaksa guna 4 washing machines, dan 5 dryers. Buat lap apa lah towel banyak-banyak tuh, biasanya tiga empat helai aje towel yang kena dicuci, ini sampai dekat 10 helai. 

Masa aku bersihkan bilik air, masa nak buang sampah, ada lah nampak used condoms sama sarung dia. Condom perbuatan Malaysia tuh. So, sah lah awek dia S yang datang last weekend tuh. Tak ada lah aku bilang belen sarung kote yang kat beg kecik dia tuh sebab aku tahu yang ada projek besar-besaran weekend tuh. Iyalah, "minyak pelincir' yang baru dibeli tuh pun aku tengok, tinggal separuh botol aje. 

Aku macam tau aje yang diary dia ada entry baru, panjang jugak, 4 pages. Ditulis semalam rupanya, Isnin. Happy aje bunyi entry dia tuh walaupun towards the end ada terselit a few persoalans. Ooooo, S lepak di situ dari Khamis malam sampai Ahad petang, dan sepanjang S ada di situ, diaorang had so much fun, except 24 jam terakhir tuh bila diaorang barely speaking to each other, asyik nak bertekak aje akhirnya. Masing-masing macam menyalahkan keadaan, iyalah, diaorang punya relationship tuh, as what dia tulis, based on struggle. Things would be different kalaulah S pun duduk kat New York. MamatGQ tuh macam tertanya-tanya, "where do we go from here?', ada kah berhenti di situ aje? 

Dia ada tulis jugak pasal dia punya life sekarang yang centered around kerja dia aje. Dia macam puas hati dengan kerja dia, dengan performance dia, dengan gaji yang dia dapat. Dia semakin banyak duit sekarang nih, boleh nak apa aje yang dia nak. He has friends, dia boleh dine kat fancy restaurants, dan yang pentingnya money's not an issue. 

The next 2 paras tuh buat aku terbaca dua kali. Sebab dia tulis pasal aku! Dia kata dia ada a housekeeper, assistant, yang dia kata dia percaya. Aku rasa kalaulah ada scanner kat situ, dah aku scan kan dah entry dia tuh bila dia tulis pasal aku tuh. Aku baca dua kali tuh bukan apa, sebab aku macam nak hafal apa yang dia tulis, sebab aku nak tulis kat blog aku ekekekekeke. Dia tulis gini, "Joe and I have locked. Sometimes I feel he's like the little brother I never had".

Punya lah bangga aku rasa, termengalir airmata aku jadinya. Alaaa, kalau korang jadi aku pun sure korang bangga jugak kan? Had you given a fuck lah kan? 

Terus aku fikir, apa yang buat dia cakap gitu tuh. Oooooo, ker mungkin pasal minggu lepas kot? Minggu lepas, masa MamatGQ tengah bersiap, talipun dia berbunyi, so terkial-kial lah dia nak jawab talipun, nak kenakan cuff link dia lagi. Masa tuh dia tengah berdiri mengadap sofa, aku duduk sambil baca magazine, so sebab kesian tengok dia terkial-kial, aku tolonglah dia pakai kan cuff link tuh, siap aku tolong butangkan baju dia. Mind you, kebaikan aku nih memang semulajadi, I can't help it Ekekekekke. 

Dia macam tergamam gitu, dia tenung aje aku (sesambil dia bercakap kat talipun) sampaikan aku jadi saspen, takut-takut dia tak suka aku buat baik gitu. Lepas tuh dia kata, "Thanks Brother!", yang aku buat-buat kerutkan dahi, macam pelik lah kononnya. 

Then baru aku tertahu, yang small gestures like that lah yang buat orang suka kat aku selama ini. Aku agak, itulah pasalnya MamatGQ tuh tulis macam tuh kat diary dia kot. 

Dia ada tulis jugak pasal dia punya "sexcapade" hari tuh. Dia pergi kat satu sex and drug party semalam tuh, tapi dia managed to fight keinginan dia, he left before the party started. Good for him. 

Best baca blog aku kan, macam 2 in 1 gitu kan? dapat baca blog aku, dan dapat baca isi diary MamatGQ. Ekekekkeke.

----------------------

Aku siap buat apa-apa yang patut kat apartment MamatGQ tuh dalam pukul satu gitu, so aku terus aje lah ke Forest Hills, pergi makan kat Pinang restaurant, dan lepas tuh ke library sekejap. Since aku tak bawak laptop, aku melepak baca majalah aje lah. Aku baca this Rolling Stones magazine, jarang aku baca majalah gitu, biasanya aku baca majalah pasal komputer atau National Geographic.

Tapi tadi tuh rasa macam dah tak ada majalah terbaru yang aku belum baca, itu yang aku sambar baca tuh. Tengah belek-belek, ada lah ternampak satu iklan nih, pasal Peace One Day Concert. yang akan dibuat kat Times Square, New York (9 September) dan di Royal Albert Hall, London (21 September). Laju aje jantung aku berdegup bila aku baca, yang Bryan Adam, Annie Lennox, Natasha Bedingfield, dan a few other performers akan muncul kat Nokia Theatre, Times Square nanti tuh. Bryan Adam? Oh tidakkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!Aku kena pergi nih, aku nak pergi!!!!!!! Aku dah tengok konsert dia dah 5 kali, sama dengan Bon Jovi punya konsert. Ini aje lah peluang untuk aku memecahkan rekod, tengok Bryan Adam untuk kali keenam. Aku nak pergiiiiiiiiiiiii!!!!!!!! Annie Lennox pun ada nanti tuh, ayoooooo, this one concert aku tak boleh miss, aku kena pergi tengok. 

Tapi, bila ditengok balik date nya, concert tuh dibuat di bulan Puasa. Alaaaaaaaaa.....macamana nih? Nak pergi ker? Di bulan Puasa? Tapi... Bryan Adam lah..... Ini lah yang di kata "between the devil and the deep blue sea? Literally lah kan? 

Tak tau lah macamana nih, aku tak terfikir pun yang aku tak akan pergi tengok konsert tuh nanti, cuma aku terfikir yang aku tak nak tulis entry pasal konsert tuh (ataupun aku tulis tapi tak publishkan), sebagai menghormati bulan Puasa. 

Here comes the rain again
Falling on my head like a memory
Falling on my head like a new emotion

I want to walk in the open wind
I want to talk like lovers do
I want to dive into your ocean
Is it raining with you

[Here Comes The Rain Again - Annie Lennox/Eurythmics]

Isnin11082008


Malam semalam aku dapat email dari MamatUES (Mamat Upper East Side) yang dulu tuh suruh aku kerja kat apartment dia masa weekend. Tapi kansel sebab dia pergi Washington DC kan? Semalam, dia tanya aku kalau-kalau aku boleh datang for a few hours harinih. Aku malas mulanya sebab such a short notice kan? Tapi, kalau aku tak pergi, sure dia tak nak ambik aku dah nanti. Lagipun, mana tahu kalau-kalau kerja kat apartment dia best macam kerja kat apartment MamatGQ kan? Belum cuba belum tahu, itu yang aku fikir. 

So tadi pagi aku bangun awal lah sebab kena ada kat apartment dia pukul 8 pagi. Dia off harinih, tak ke mana-mana di waktu pagi, so dia nak aku kerja sampai pukul 1 tengahari. 

Senang aje cari apartment MamatUES tuh, tak jauh dari Central Park East. Tak adalah grand sangat apartment building dia tuh tapi memang di kawasan orang kaya. Aku macam nervous jugak sebenarnya sebab aku belum pernah jumpa MamatUES tuh, dulu aku kata yang baik dia interview aku dulu, baik aku jumpa dia dulu, sebelum aku terima offer dia nak kerja di apartment dia tuh. Manalah tahu aku tak suka dia, manalah tahu dia tak suka aku, kan? Dan aku pun nak lah tahu apa kerjanya yang dia nak aku buat. 

Tapi dia suruh datang jugak, "I'm a nice guy", kata dia kat talipun, so itu yang aku berani pergi tuh. Rupanya dia ajak aku tolong dia kemaskan apartment dia sebab dia baru pindah. Dia tolong gitu-gitu aje lah, selebihnya aku yang buat, bersih dan susun kan apa-apa yang patut.Best jugak kerjanya sebab rileks aje, cuma aku dengan dia aje, kitaorang tak banyak sembang sangat pun sebab MamatUES tuh macam sibuk menalipun sana sini, online. 

Break sekejap dalam pukul 10, dia suruh aku pergi beli makanan so aku pergi cari sandwich, sesambil melepak makan tuh barulah kitaorang sembang, dia yang banyak tanya aku. Aku, biasalah, tak tanya apa-apa pun, setakat menjawab segala bentuk pertanyaan dia, yang berkisar pasal diri aku lah. Kena hati-hati jugak jawab soalan-soalan dia tuh, iyalah kan, aku nih kan ker illegal, dan aku tak kenal dia. Lagipun, aku tak nak lah cerita lebih-lebih sangat, and at the same time aku kena kasi dia hints yang aku nih not just another immigrant yang tak ada life. 

"Interesting life I must say", kata MamatUES tuh bila aku kata yang aku dah buat banyak macam kerja, dah ke sana sini di East Coast nih. Pukul 1 baru lah habis kerja yang penting-penting, aku mintak diri sebab petang tuh aku nak ke Forest Hills pulak, nak kerja. Dia kata yang dia nak aku datang lagi cuma dia tak tahu bila, sebab dia akan ke Washington DC lagi dalam minggu nih. Aku suruh dia beritahu aku awal-awal sebab sekarang nih aku macam sibuk, setiap hari ada aje plan aku dah sekarang nih. 

Lupa aku nak beritahu, aku dapat kawan baru, Mamat Filipina. Dia nih nak belajar main badminton, so aku dah janji dengan dia nak pergi main badminton lah, at least sekali seminggu, kat area dia duduk di Prospect Park, Brooklyn. Dalam setengah jam dari rumah sewa aku, sebab kena tukar train, walaupun 4 stesyen aje dari tempat aku nih. 

Sampai di Forest Hills, terus aku ke restoran Thai tuh, makan Pad Thai. Lepas tuh ke internet cafe sejam sebelum masuk kerja. David/Hal ada guests pulak malam nih, nasib baiklah pukul 8-30 pm David dah suruh aku balik, walaupun dia ada kata kalau aku nak tunggu sampai diaorang blah, itu lagi bagus. Tak nak lah aku tunggu, sebab aku kena tidur awal sikit malam nih, dah lah tadi kerja kat apartment MamatUES tuh banyak angkat barang, esok pulak aku kena bangun pagi sebab nak kerja kat apartment MamatGQ pulak.