Thursday, October 4, 2012

On A Day Like Today


09052007

Semalam, aku letih dan mengantuk sesangat sebenarnya. Malam sebelumnya kan ker aku balik kerja agak lewat dari biasa? Sebenarnya aku dah kelentong Bos aku, aku ada talipun beritahu dia yang aku akan keluar dari kedai tuh pukul 11 malam, dan dia suruh aku masuk kerja besok nya sejam lewat dari biasa. Nak compensate yang sejam tu lah. Tapi sebenarnya aku balik pukul 10-45 pm dan memang niat aku untuk masuk kerja lebih lewat. 

Tapi bila aku bangun pagi semalam, aku fikir pulak, daripada aku tak buat apa kat rumah, might as well aku terus pergi kerja aje. Nak sambung tidur, takut tersambung terus, lagi pun aku dah mandi, dah bersiap. 

Lagipun, kalau aku masuk lambat, nanti dibuatnya ramai orang yang hantar pakaian untuk aku cuci, lagi lah parahnya kan? Itu pun dah ada 4 guni pakaian yang kecik-kecik yang harus aku cuci, yang ada orang hantar lewat malam hari Isnin tuh. 

So kaedahnya, aku masuk kerja seperti biasa lah hari semalam. Daniel selamba aje, aku ingatkan sure dia akan cakap terima kasih ker apa ker. Mungkin dia lupa kot. The whole morning sampai tengahari, aku pulun buat kerja. Di sebelah petang aje ada masa free, tapi masa tuh laptop aku buat hal pulak. Puas aku fikir, apa sebabnya laptop aku jadi gitu. Ada virus ker laptop aku? Atau sebab salah install usb modem tu ker? Itu aje lah dua kemungkinan besar. 

Di sebelah malam, sibuk jugak aku dibuatnya sebab ada satu awek nih hantar 6 guni pakaian untuk disiapkan dalam masa 4 jam. Nasib baik banyak cucian yang besar-besar, macam bed-sheets, selimut dan jeans. So semalam tuh adalah dalam $22 kommisyen yang aku akan dapat nanti, di akhir bulan. Kira banyaklah tuh sebab the last few days, memang tak ada sangat orang hantar pakaian untuk dicuci. Pernah satu hari tuh, hari pertama aku dapat online kat tempat kerja, tak ada seorang pun yang hantar pakaian untuk dicuci. Sampai aku dah terasa hati, entah-entah pakaian yang aku cuci selama ini tuh tak bersih kot? Entah-entah diaorang tak suka cara aku lipat pakaian diaorang agaknya, cara aku susun pakaian diaorang. Entah-entah ada yang terperasan stokin dia hilang. Macam-macam lah benda yang buat aku terfikir, dan terasa hati. Dan aku pun biasalah kan, aku menyalahkan diri aku sendiri. Itu memang dah style aku dah, kalau ada apa-apa hal yang berkaitan dengan aku dan orang lain, aku akan sentiasa fikir yang semuanya itu berpunca dari aku. (Memang ada betulnya jugak kan? Kan ker aku selalu buang aje stokin orang yang tak ada pair nya tuh? Haruslah aku terasa bersalah, terasa guilty, kan?) 

So aku memang letih dan teramat mengantuk malam tuh, tak hairan lah aku terus aje tidur bila sampai di rumah malam tuh. Paling lewat aku sampai rumah sebenarnya, pukul 12-30 tengah malam. Sebab ada satu awek nih, dia tahu aku tutup kedai pukul 10 tapi dia buat baik dengan aku, ajak sembang-sembang. So aku terkata kat dia yang dia boleh stay sampai selesai melipat kain baju. Aku nih gitu, kalau ada orang yang cakap bebaik, buat bebaik dengan aku, aku akan mudah terkesian, aku akan akhirnya menyusahkan diri aku sendiri. Tak apa lah, esoknya aku off, itu yang aku fikir. 

Bangun pagi, mak Nila dah sound aku, tanya kalau-kalau aku nak pergi beli Ayam Goreng Pemuda yang dia idam-idam kan sangat tuh. Selamba aje aku kata aku tak nak pergi, aku tak ada masa. Dia bengang agaknya, terus dia kata yang hari tuh aku punya turn bersihkan bilik air dan dapur. So sesambil mandi, aku tenyeh-tenyeh lah bath tub, aku gosok-gosok mana yang patut. 

Aku tak ada plan sangat sebenarnya sebab aku tahu yang kalau hari off aku, masa cepat sangat berlalu. Cuma aku nak pergi gunting rambut, nak beli anti-virus punya software, dan nak pergi satu kedai nih yang agak "secret", ada orang kat Malaysia mintak tolong aku beli kan sesuatu.

Other than that, tak ada apa lah, biasa-biasa aje, nak pergi makan, nak beli makanan untuk bekalan seminggu, etc. 

Macam minggu lepas-lepasnya jugak, aku jalan kaki aje ke city center. Cuaca baik, panas, tempreture pun dalam low 80's gitu. Tapi sebab aku jalan tuh sambil bercakap kat talipun, tak ada lah terasa jauh, tak terasa penat. Even masa aku sampai ke bakery kat Chinatown untuk breakfast itu pun aku masih on the phone. 

Lepas tuh aku terus aje lah ke kedai yang tersangat lah secret nya itu. Kat The Mall @ Liberty, kalau tak salah aku. Memang dah bertahun aku tak masuk situ sebab situ kawasan kelas. Dari luar kedai lagi dah, sebelum masuk ke kedai yang secret tuh, aku dah pegang kertas yang ada aku catatkan code benda yang nak dibeli. Saja lah untuk menutup kemaluan kononnya. Dulu aku dah datang dah tapi ke kedai secret cawangan lain. 

Then Minah tu kata yang code yang kat catalog sama code yang di kedai tuh berbeza, so dia tanya aku apa barang sebenarnya yang aku nak cari. Sebenarnya aku pun tak tahu sangat apa yang nak dibeli sebab masa aku check the website, aku takat ambik code numbernya aje, aku tak tengok sangat pun detailnya. Samada benda tuh yang menutup anu itu atau yang menutup anu ini. Atau yang menutup kedua-dua anus. Oooppsssss. 

So Minah tuh suruh aku check balik website, sebab dia tengok aku macam terconfused aje. La, mana tak confusednya kan, dah lah aku sorang jer sebatang balak kat situ, pulak tuh aku dikelilingi benda pelik-pelik yang. Aku jeling-jeling jugak, mana lah tahu kot-kot ada spenda Spiderman cap Victoria Secret, macam yang ada aku cuci ituhari. Tak ada pun. Hampir aku teron kan laptop aku nak check website tuh tapi bila aku fikir balik yang memandangkan minggu depan aku masih ada satu hari off (off terakhir sebelum aku kerja setiap hari for a few weeks kan?), aku decided untuk datang minggu depan ajelah. 

Walaupun aku sebenarnya dah bawak satu shopping bag (bag kertas) yang besar yang aku nak taruk beg kedai tuh nanti nya. Iyalah, kalau takat masuk kedai tuh dan beli barang, aku tak ada lah malu sangat. Tapi kalau nak jinjing shopping bag yang kaler pink tuh, yang pastinya besar, aku mintak ampun lah. Belum ada kesanggupan. So, itu yang aku dah siap-siap bawak beg yang spare, khas untuk masukkan beg kaler pink tuh. Kalau aku berdua, bertiga, aku tak akan rasa malu, tapi sebab aku ber"satu", itu yang aku akan tak sanggup dan terasa berat untuk membawa kemaluan aku yang semakin membesar tuh. 

Keluar dari VS, aku jalan ke Staples, nak cari anti-virus punya software tuh. Beli McAfee yang murah tu jer, $49 harganya. Saspen jugak rasanya takut jadi apa-apa dengan laptop aku sebab aku bayar harga software tuh guna duit yang aku jumpa dalam washing wachine semalamnya tuh. Oooppsss. Adalah siapa entah yang murah hati, dia tinggalkan tips $80 kat dalam washer tuh. 

Aku tetap rasa tak senang hati selagi laptop aku tak sihat, so itu yang aku, walaupun sejak pagi lagi aku dah rasa pening kepala (masuk angin lah tuh sebab semalamnya tak makan apa pun), aku terus aje pergi ke Love Park. Sebab aku nak lepak kat situ, nak install cd software tuh. Sambil tengok-tengok orang yang semuanya happy tak ingat dunia. Tapi orang ramai sangat pulak kat park tuh so aku jalan ke arah Central Library. Kat depan library tuh ada park jugak, luas kawasannya, cuma kat situ yang homeless aje lepak-lepak. Macamana pun aku rasa selamat jugak melepak kat bawah pokok di situ sesambil on kan laptop. Ala, homeless nih, diaorang tuh ok jugak sebenarnya, kalau diaorang datang kacau pun, hulurkan sebatang rokok atau kasi 25 cents pun diaorang dah puas hati sangat dah. 

Termengantuk aku dibuatnya sebab angin sepoi-sepoi bahasa tuh, so daripada aku tertidur bawah pokok tuh, lebih baik aku ke library. Aku spent almost 2 hours kot menginstall, mengdownload sotware tuh. Ingatkan dah install, program tuh akan run gitu aje lah, rupanya tidak. Aku kena pergi websitenya, then download dari sana. Baru lah diinstall lepas tuh. Nasib baik aku tak cepat give up. Yang buat sadisnya, dah nak siap aje install, laptop aku padam. So hilanglah semuanya. Aku cuba lagi. Dua kali jadi macam tuh. At the end aku terus kemas-kemas barang aku, nak balik lah. Buang masa aje kat library tuh. Lagipun aku belum makan, dan aku nak potong rambut. 

Aku tak ada halatuju sebenarnya, nak makan kat mana, so aku jalan aje lah ke arah Chinatown. Terfikir jugak nak makan kat Restoran Indo di kawasan dekat tempat apartment aku tuh tapi aku malas pulak rasanya nak naik subway, tambah-tambah masa tuh dah petang dah, sure ramai orang. Aku rasa nak jalan kaki aje lah balik ke rumah tapi, instead of jalan arah ke apartment, aku jalan ke arah Banana Leaf Restaurant. Nak makan Assam Laksa macam minggu lepas lah, itu apa yang aku fikir. 

Jauh jugak sebenarnya aku berjalan tuh, dan dalam sepanjang perjalanan, bermacam-macam pulak aku fikir. Entah, aku jadi macam sayu aje gitu. Aku tengok orang lain macam happy aje semuanya. Tapi aku? Ke hulu ke hilir sorang-sorang. Rasa kosong sangat hidup aku. Dah lah di tempat kerja, aku kerja sorang-sorang. On my day off pun aku sorang-sorang. Dan selama ini, aku mengharapkan orang-orang kat internet untuk aku menumpang happy. Memanglah aku rasa happy dapat kenal ramai orang online, tapi offline? Aku tetap sorang-sorang jugak. Dulu masa aku kerja di restoran, aku tak ada sangat rasa sunyi sebab ada a few Indons yang boleh dijadikan kawan bersembang. Tapi, sejak aku kerja sorang-sorang nih, aku rasa kosong betul hidup aku. Dah puas aku cuba buat something ( a lot of things really) untuk menghappykan aku, untuk membuat aku bersemangat, tapi at the end of the day, aku tetap macam gitu jugak. Aku rasa macam tak nampak jalan aje macamana nak kasi aku happy, nak kasi aku rasa tak sunyi. The only friends I have, semuanya online. 

And I'm not their only friend, kan? Ada masa nya jugak, diaorang tak nak sembang dengan aku, menginvisiblekan diri dari aku, tak kasi aku ganggu. Ala, aku pun selalu jugak buat gitu, I need my own space jugak kekadang tuh. 

So, bila aku dah tahu punca yang buat aku jadi macam kosong jer tuh, aku pun decide yang aku tak nak sangat rely kat orang-orang online untuk buat aku happy. Aku nak cuba kurangkan berpeleseran kat internet. Biar lah offline aku tak ada kawan, online pun aku tak nak sangat jadi macam terlalu rapat dengan kawan-kawan yang aku ada. Sebab kita nih jauh. Kalau dekat, boleh kita selalu keluar pergi makan, kan? Sembang-sembang. 

Bila dah letih fikir yang benda-benda negatif gitu, dan bila aku rasa yang memang tak ada penyelesaiannya, dan aku harus bersyukur dengan apa yang aku ada, dengan keadaan hidup aku sekarang, aku jadi macam lega sikit. That's life, kan? Tak nak lah aku fikir yang bukan-bukan, macam yang aku kata tuh, tak ada penyelesaiannya. Walaupun aku tahu, yang dengan diri aku nih, aku lebih suka fikir benda-benda negatif daripada berfikir benda-benda positif. Sebab? Aku rasa, dengan berfikir benda-benda negatif, otak aku akan lebih laju berkerja, aku akan lebih berusaha untuk cari penyelesaian. Itu semua akan buat aku lebih banyak mencari jalan keluar. Dan mungkin jugak berusaha. Apa perlunya fikir benda-benda positif kan? Bagi aku, orang malas aje yang lebih suka fikir benda-benda positif. Itu pendapat aku lah. Jenis yang tunggu aje hujan turun dari langit. Walaupun panas terik. Sebab dia berfikir positif, yang ada term hujan panas. 

Ish apa aku nih. Melarat jauh-jauh pulak nih. Ada aku fikir itu semua ker sepanjang jalan ke restoran tuh? 

To cut it short, aku patut bersyukur ajelah dengan apa yang aku ada, dengan keadaan hidup aku sekarang nih. Bukannya aku tak cuba menghappykan diri aku sendiri, kan? Apa lagi yang aku nak, kan? Tak cukup ker dengan apa yang aku ada, kan? Tak sedar ker aku nih yang "the worst is yet to come"? So, bergembiralah dengan apa yang ada sekarang! 

Tak ada orang sangat pun kat restoran tuh masa aku sampai. Iyalah, dalam pukul 4 petang, mana ada orang kan? Adalah sorang awek tuh, muka Cina, tengah tunggu orang atau tengah tunggu makanan yang dia pesan untuk dibawak balik aje gayanya. Sebab dia duduk pun sambil menyandar kat dinding. 

"Satu orang? Ini hari, off ka?", tokay tuh tanya aku. Aku tak tahu pun nama dia apa tapi dia nih ingat aku sebab dulu-dulu tuh kan ker aku ada sembang dengan dia, so basically dia tahu yang aku nih illegal, dan dia pun macam faham yang aku nih tak nak campur dengan Malaysians lain. 

"Kasi Assam Laksa tokay, ituhari punya ini macam", kata aku kat tokay kedai tuh sambil kasi one thumb up. Panas, sedap dan pedas. So berpelulah aku makan Assam Laksa tuh. 

Tengah sedap-sedap makan tuh aku nampak kat depan restoran tuh ada awek pakai tudung, tengah bercakap kat cellphone. Macam orang Melayu aje gayanya, cara dia pakai tudung tuh. 

"I dah kat dalam", aku terdengar suara perempuan yang kat dalam restoran tuh kata, on the phone jugak. Terus aku pandang kat Minah tuh. 

"Melayu??????? Oh shit!", kata aku dalam hati. 

Aku biarkan Minah berdua tuh bertegur-teguran dulu for a few seconds. Then aku selamba aje bangun dan pergi ke meja diaorang.

"You guys, Malaysians?", aku tanya gitu.

"Yes we are. Are you Malaysian too?", macam terperanjat jer one of them tanya aku. Bukan terperanjat apa, macam terkejut gitu. 

"Ha ah", aku jawab sambil senyum. "Malaysia kat mana?", aku tanya lagi awek yang tunggu kawan dia tadi tuh. Sebab dia yang jawab dan tanya aku, awek bertudung yang baru datang tuh macam senyap jer gayanya. 

"Kelang, Jalan Kapar. Merata-rata actually. You kat mana?", awek tuh jawab dan tanya. 

"KL.", aku jawab. "Student ker, atau kerja kat sini?", aku tanya lagi. 

"She is", kata awek tuh sambil tunjuk kat awek bertudung tuh. "You?", dia tanya aku balik. Itu malas nya nih, kata aku dalam hati. 

"Kerja", aku jawab macam nak tak nak aje. About time aku balik semula ke meja aku lah gayanya nih, nanti tanya banyak-banyak kang, aku jugak yang susah, aku fikir gitu. So aku balik ke meja aku, aku sambung makan. Sekali sekala aku terdengar awek dua orang tuh sembang, gelak-gelak. Seronoknya, kata aku dalam hati. Kalau lah aku ada kawan macam gitu, akan seronok jugak hidup aku nih. Tak ada lah kosong sangat. Tapi nak buat macamana kan? Walaupun gitu, tak ada lah aku sampai melebarkan telinga aku nak dengar apa yang diaorang sembangkan. Sembang-sembang biasa aje rasanya.

Cuma aku terfikir, yang nasib baik lah aku tak jadi beli barang kat Victoria Secret tadi nya tuh, sebab kalau pun aku taruk dalam shopping bag aku sendiri, akan masih kelihatan jugak isinya. Tak akan aku tegur nya lah diaorang kalau aku bawak beg Victoria Secret tuh. Akan aku jaga maruah aku seorang lelaki. Lelaki Melayu pulak tuh.

Jugak, aku fikir, diaorang tak rasa excited, tak rasa tertanya-tanya ker? Aku, walaupun aku tahu yang one of them is a student, tapi aku tertanya-tanya jugak. Iyalah, kerja apa, kerja kat mana, dah berapa lama kat Philly. Things like that. Dan, kenapa selama ini tak pernah terserempak pun? Sedangkan aku selalu jugak lepak kat Banana Leaf Restaurant tuh kan? Memang lah selama ini aku tak ambil pusing langsung pasal Melayu kat sini, tapi apa pasal tak pernah terjumpa diaorang? Philly, walaupun the 5th largest city kat US, tapi, tak lah besar mana pun. 

Aku rasa macam nak cepat-cepat aje makan, nak balik rumah. Nak pergi gunting rambut dulu. Diaorang tuh pun, aku tengok, tak ada macam nak tanya-tanya aku, tak ada gaya macam nak sembang-sembang ker. Sedangkan aku biasa aje, tak ada lah pakai lawa-lawa sampai takut orang nak tegur aku kan? Ker sebab aku selekeh sangat sampai diaorang malu nak tegur aku? Ker nak jadi macam Melayu kat London ker? Ooppsssss.

Aku mula rasa macam termenyesal jugak memperkenalkan diri aku kat diaorang tadi tuh. Tapi tak apa lah, at least diaorang tahu keujudan aku, itu pun dah mencukupi. So aku terus aje lah suruh tokay tuh tapaukan makanan aku yang tak habis. 

"Oklah, I nak balik dah", aku kata gitu kat awek berdua tuh sambil menyelepangkan beg laptop aku. 

"Macamana nak contact you? You ada contact number ker?", tanya awek tuh. 

"Ada.....", aku kata gitu. Patutnya aku terus aje lah kasi aku punya contact number, kan? Tapi tak. Aku terdiam sekejap. Bukan lah aku terkejut sebab ada awek yang mintak number aku. Bukan. Aku terdiam sebab aku fikir, kalau lah kitaorang exchange numbers sekalipun, tapi setakat itu ajelah. Aku for sure, tak akan talipun diaorang dah. Aku fikir, aku kena tahu pasal diaorang dan diaorang perlu tahu sedikit sebanyak pasal aku, baru lah ada good reason kalau nak contact mengontact nanti kan? Takat tukar-tukar numbers, untuk buat syarat, tak nak lah aku. Aku tak suka kalau tak ada ciri-ciri pembaloian. 

"Eh, boleh I join you all tak? Boleh I duduk sini?" aku tanya gitu sambil tunjuk arah meja di sebelah meja diaorang yang disambung dua tuh. 

Korang jangan lah kata aku nih dasar muka tak malu. Aku ada sebab lain, macamana aku boleh tercakap gitu tuh. Aku fikir, tak macho lah kalau aku membiarkan dua orang wanita Melayu bersendirian. Di tempat asing, di negara asing, yang serba serbinya asing. Apa gunanya aku jadi lelaki Melayu kan, kalau itu pun aku tak boleh diharap? Untuk menemankan dua orang warga senegara, dari ancaman-ancaman luar yang tak kenal masa, waktu dan ketika, kan?. Biarlah nanti orang akan mentertawakan aku, biarkan lah mereka-mereka akan menuduh aku tak tahu malu, bermuka tebal, pantang nampak awek terus lupa dunia, dan segala tohmahan-tohmahan liar yang tak berasas. Biar lah. Dunia ini memang dipenuhi mereka-mereka yang tak berhati perut. Aku tahu itu. 

"Boleh, boleh, boleh", kata diaorang, serentak, sambil mengelearkan meja tuh (perempuan, biasalah kan? Penuh meja dengan segala macam beg, jajan etc) The moment aku duduk kat kerusi tuh, baru aku terfikir,"Oh shit! What am I doing here? Yang aku mintak nak join diaorang tuh apa pasal nya? Muka tak malu!". 

"Dah lama ker kat sini?", saja aku tanya awek bertudung tuh.

"I baru aje, tak lama pun kat sini, 6 bulan aje . She's been here for 10 years", kata Sharifah sambil tunjuk ke arah Ruby. 

"I dah lama tak jumpa Melayu, jarang jumpa Melayu. I yang tak nak jumpa pun", aku kata gitu. "Last I jumpa, I jumpa KL (that Malay lady yang aku contact pasal Adik Syazwan dulu tuh). You kenal KL tak?", aku tanya lagi. 

"Oooo, KL yang kerja kat situ tuh. I kenal lah KL tuh", kata Ruby sambil tunjuk ke arah belakang. Memanglah, di belakang tuh, arah ke Penang Restaurant, KL kerja kat situ. Selepas KL, perempuan Melayu lain yang aku kenal, bini Don, kan? 

"You buat apa kat sini?", that dreaded question was asked by Sharifah. 

"Kerja. Kerja kuli jer", aku jawab sambil buat muka serious. Macam nak tak nak jer jawabnya. 

"Ala, kitaorang pun kuli jugak", kata Ruby, kalau tak salah aku. 

"Seriously, I kuli yang betul-betul kuli" aku jawab, tak pandang pun muka diaorang. Lupa pulak aku apa jawapan Ruby tapi aku gelak, sambil kata, "Eh,you macam Melayu lah". 

"La, memang lah I Melayu, you ingat apa?" kata Ruby. 

"Tak, cara you macam Melayu lah, Melayu cakap memang macam gini. Sorry lah, I memang dah lama tak sembang dengan Melayu, cara you cakap memang sebijik macam cara Melayu", aku tak reti nak sampaikan maksud aku.

"Dah I Melayu, memanglah cakap macam Melayu", kata Ruby. 

"Bukan, cara you cakap tuh, macam Melayu yang masa I sembang dulu-dulu. Macam tu lah", aku kata lagi. Takut jugak diaorang tertakut dengan aku yang aku sendiri rasa macam weird aje, aku pun kata lah yang aku memang dah lama sangat tak jumpa dan sembang dengan Melayu. 

"Apa pasal?", Sharifah pulak tanya aku. 

"Entah lah", aku tak ada jawapan.

"I yang tak ada setitik pun darah Melayu nih terpaksa mengaku Melayu", kata Sharifah, then dia cerita yang dia keturunan/campuran Arab, entah apa-apa lagi lah. Bugis pun ada rasanya.

"Ceritalah, you buat apa kat sini?", Sharifah aje yang beria-ia tanya aku. Aku tengok, Ruby macam tak berani sangat tanya, sebab aku rasa, masa dia tanya contact number aku tadi nya pun, aku terdiam lama. So dia macam faham yang aku tak nak cerita apa-apa. 

"It's a long story. Very long story......", aku jawab gitu. 

"I have a blog, I've written everything, all that kat my blog", aku kata gitu. Saja nak test diaorang samada diaorang tahu atau tidak pasal blog. 

"I have a blog too, tapi mine is just too skema. Semuanya pasal I punya study, stuff like that", kata Sharifah. Skema? Macam selalu dengar jer word skema tu rasanya. Ok, so Sharifah tahu pasal blog memblog. Now, macamana dengan Ruby pulak? 

"I've been keeping a blog for almost 3 years now, ada dekat 600,000 visits", aku kata gitu. Saja nak umpan dia. Aku fikir, at least ada lah something about me, kot-kot, yang boleh menarik minat orang. Nak harapkan penampilan aku? Kuku pun panjang, hitam, penuh dengan taik pulak tuh. Nak harapkan the way aku berpakaian? Aku tak expect pun akan jumpa orang tadinya tuh, so aku pakai lekeh aje lah. Kalau aku tahu aku akan berjumpa dengan fellow Malaysians, sure aku akan berdandan habis-habisan. Siap pakai celak lagih. Ini tak, aku pakai simple sesimplenya. 

So, basically, tak ada apa yang menariknya pasal aku, di mata kasar orang lain, yang orang boleh nampak, yang orang boleh tahu. I have to make an effort to let people know yang di sebalik ke-tidak-ada-apa-apa-an aku nih, lies something yang aku rasa worth mentioning about - my blog. Aku rasa lah. Walaupun aku sekarang tak lah too attached to my blog, tapi bagi aku, my blog will always be part of me. Interesting part of me, I must add. Itu aje lah interestingnya, yang lain tuh tak ada apa pun. Yang, hopefully, kalau orang baca blog aku, dan diaorang suka dengan apa yang diaorang baca, at least aku tahu yang I'm not that kodi after all. That will only lift my spirit up, to say the least. 

Aku rasa aku berjaya menarik attention Ruby sebab dia ada beritahu Sharifah (she was on the phone masa aku cerita kat Ruby tuh) pasal blog aku. 

"I ada bawak laptop, kalau nak tengok, boleh I on kan. Tapi laptop I nih ada problem, selalu off gitu aje. Ada virus kot", memang ada tokoh penjual ubat aku ni kan? 

"Nak tengok! Nak tengok!", kata diaorang sambil melompat-lompat. 

Tak lah.

Itu aku tambah-tambah aje, saja jer lah nak kasi tahu yang lepas diaorang kata nak tengok blog aku, aku dengan bangganya menge-on-kan laptop aku, then bukak blog. 


"This is interesting, I will definitely be back", kata Sharifah, after a few minutes tengok blog aku. Kan aku dah kata?.... Terbersemangat aku jadinya. Terexplain pasal Projek Tabung Ayam jugak. Terbercerita pasal GEGAR RIA ("peminat" aku nak buat gathering kat Hotel di Ampang) jugak aku jadinya. 

"I'm gonna be there, I ada kat Malaysia masa tu nanti. It's my birthday", kata Sharifah. Makin terexcited aku jadinya. 

"Ceritalah, what brought you here, kata one of them.

Laptop aku padam then aku kena reboot. 

"Told ya, it's a long, sad story", aku malas nak bukak cerita sebenarnya.

"Ala, cerita jer lah, you ni kan.......", ish, berani dah Sharifah nih, tadi nampak macam pendiam aje. 

"Malas lah, semuanya ada kat dalam blog lah", aku kata gitu but at the same time aku fikir, apa salahnya aku ceritakan sesikit pasal aku. Takkan diaorang nak baca blog aku kan? Lagipun, aku tak nak dianggap macam menakutkan diaorang, weirdo gitu. Lagipun, selagi aku tak cerita, selagi itu lah diaorang akan tanya dan selagi aku tak cerita, selagi itu lah diaorang akan fikir yang aku nih memboringkan. Mana boleh kan? Jatuh lah martabat aku kalau ada perempuan yang kata aku nih memboringkan. 

"Dulu, masa mula-mula I ceritakan kisah I kat KL, you tau tak? I menangis. I mean, I betul-betul menangis. Tapi lepas tu kan, kali kedua I jumpa dia, kitaorang gelak-gelak aje", aku macam kasi warning yang aku mungkin akan teremosional nantinya. 

"I can understand", kata Ruby. 

Semakin aku rasa comfortable untuk bercerita kat diaorang berdua. 

Then aku cerita. 

Masa aku sampai Los Angeles. 

Masa aku sampai Chicago. 

Masa aku sampai New York City. 

........"and I just slammed the phone down", aku kata gitu. Dan aku ternenangis lagi. 

Shit!!!!!!!!!

Aku pun macam terkejut, macam termenyesal jugak, apa pasal aku boleh termenangis gitu tuh. Bukan ker dulu aku dah janji yang aku nak jadi macam D J Dave jugak, Ku Tak Ingin Menangis Lagi? Ke mana perginya janji-janji manis aku? Whatever lah kan, tapi masa tuh aku dah tak fikir apa dah. Hanyut sudah kemachoan aku dibawa arus air mata, itu pun aku dah tak peduli. Lantak lah. Itu apa yang aku fikir. Aku tak tahu apa yang diaorang fikir pasal aku tapi aku nak buat macamana kan? 

Sharifah bangun dari kerusi, pergi ke arah belakang. Aku terus pandang siling, aku kelip-kelipkan mata, kasi airmata aku masuk balik. Then aku geleng-geleng kepala, aku gelak. Gelak menutup kemaluan lah tu kan? Rupanya Sharifah ke meja belakang nak ambil napkin. 

Dah lah. Malas lah aku cerita bab-bab nangis tuh. Buat malu aje. 

Aku tak tahu tapi, lepas dari itu, aku rasa macam comfortable aje bercerita dengan diaorang. Aku dah banyak gelak-gelak aje, diaorang pun sama. Aku ingat yang aku ada a few times berterima kasih dengan diaorang pasal sudi melayan dan mengaccompany aku. Jugak, beberapa kali aku aku mintak maaf sebab cara aku sembang mungkin agak kasar. Aku nih very cynical, very sarcastic. Keadaan hidup aku, keadaan sekeliling aku yang selama ini rough sangat, itu yang buat aku jadi gitu tuh. 

Dulu, many years ago, aku skema jugak orangnya. Berbudi bahasa dan bepekerti mulia. Zaman masa-masa word skema tuh belum ujud pun lagi. 

Dan yang buat seronoknya dengan Sharifah dan Ruby tuh, diaorang selamba aje, berani jugak kutuk-kutuk aku, kasi nasihat, pendapat. Yang kalau aku tak setuju, aku kutuk balik. Yang kalau aku setuju, aku diam kan aje, aku angguk-anggukkan kepala. So basically, aku memang happy habis, memang rasa comfortable habis, bersembang dengan diaorang berdua. Rasa macam dah kenal lama aje. Rasa macam dah bertahun kenal nya. 

Ada aku terfikir yang aku patut bersyukur sebab a few hours sebelum tuh aku sorang-sorang, aku rasa down sangat pasal tak ada kawan. Dalam sekelip mata aje Tuhan kasi aku kawan, kan? Walaupun bini orang, walaupun anak dara orang, tak kisah lah tuh. Aku pun lupa (malas sebenarnya nak tulis, nak ingatkan ) apa yang kitaorang sembangkan tapi basically aku tahu serba sikit pasal Sharifah dan Ruby. Salah tekaan aku pasal Sharifah rupanya. Mulanya aku ingatkan dia undergrad student tapi sebenarnya dia buat internship kat Drexel Uni. 6 bulan aje kat Philly, bulan June nanti dah nak balik Malaysia. Orang pandai, dapat Fullbright scholarship lagi tuh. Not only that, walaupun dah ada anak 4 orang, tapi...... (tak payah lah aku tulis, takut kena pelangkung dengan husband dia pulak kang). Jokes aside, memang bertuah lah suami Sharifah tuh. 

Ruby pulak, dah 10 tahun kat US, kerja sebagai Software Engineer kalau tak salah aku. Aku tak banyak sangat tahu pasal Ruby nih, sebab tak banyak pun tanya dia pasal dia punya life. Dia pun tak ada cerita apa sangat pun. Mungkin sebab aku malu nak tanya dia kot. Iyalah kan, anak dara orang? 

Ok lah, tak payah aku tulis panjang-panjang lah, sebab ini pun cerita dah lama. Cukup sekadar aku beritahu yang I had a good time dengan Sharifah dan Ruby hari tuh. We spent more than 2 hours kat restoran tuh, sembang dan gelak sakan. Sampai tak ingat dunia. Aku lah, diaorang masih ingat dunia, kot. Masih berpijak di bumi nyata. Kitaorang janji untuk jumpa lagi di lain kesempatan, minggu depannya. 

p.s

- Macam potong stim jer entry nih kan? Tunggu entry akan datang, lagi potong stim 

.....sebab dia ada kata, "Jangan you tulis kat blog pulak. There are things to be secretive about, between 2 good friends....." 

Alamak, macamana nih? 

I'm Illegal. So What?


02052007

Ok, berhenti kejap cerita/whine pasal kerja. Nanti aku sambung balik. Nih nak cerita pasal lain pulak. Pasal apa yang aku buat on my day off aku hari ni nih, May 2nd. 

Semalam aku dapat gaji. Jugak dapat kommisyen hasil titik peluh mencuci pakaian, spenda orang. Sebulan punya kerja. Kommisyen semua tuh ada dalam $250 (10 %) aku dapat.Yang bererti sejumlah $2500 worth of pakaian yang aku bersihkan dalam masa sebulan lepas. Lebih kurang 3500 lbs berat semuanya, yang aku rasa, secara agak-agak, lebih kurang 1800 kg berat semuanya. 

1800 kg, banyak kan? Kalau aku susun semua bra-bra yang aku cuci tuh, ada setinggi Gunung Tahan agaknya. Dan spenda-spenda yang aku cuci tuh, kalau aku jadikan orang-orang untuk menghalau burung kat sawah padi, tak cukup bendang kat Malaysia tuh agaknya. 

Dan dalam congakan aku tuh jugak, gaji dan kommisyen yang dibayar kat aku tuh, semuanya hasil dari duit cuci pakaian. Yang setiap kali orang bayar, aku taruk dalam kotak biskut. Daniel bayar gaji aku, dia ambil dari duit itu. Ngam-ngam nak bayar gaji aku, jugak ngam-ngam untuk bayar kommisyen aku. So korang boleh agak lah berapa pendapatan aku sebulan, kan? 

Happy lah aku sekejap, dapat duit segumpal. Duit dua puluh dollars, sepuluh dollars dan lima dollars punya notes. Sabar jer lah kan? Dan kebetulan pulak aku off besoknya. Tadi/hari ini. Aku tanya Daniel, bila dia balik ke China? Dia kata dia berangkat 21 haribulan nanti, balik semula pada 9 June. La, aku ingatkan dalam masa minggu ini yang dia akan blah. Macamana pun, happy lah jugak aku sebab for the next 3 weeks, aku akan masih dapat cuti seminggu sekali tuh. Aku tanya jugak Daniel, apa pasal lama sangat baru nak dikebumikan nenek dia tuh? Dah sebulan dah meninggalnya. Takkan nak dijadikan mummy kot? Ker kerabat-kerabat King Tut diaorang nih? 

Daniel blah aje, terus aku tengok kalendar. Dia balik China 21 haribulan, bererti, hari Rabu 16 haribulan Mei tuh off aku yang terakhir. Dan aku akan dapat off balik semula selepas Daniel balik dari China, most probably minggu 11 June itu. Ya ampun, lamanya. Dekat 30 hari aku tidak akan ada off. Terus tertension aku dibuatnya. Sedangkan nak tunggu off yang sehari seminggu ni pun aku tersiksa jiwa dan raga, ini kan pulak tak ada off dalam masa sebulan? Mampos ler. Itu yang aku jadi tak seronok aje bila memikir kan tuh, walaupun aku off, dan walaupun aku baru dapat gaji. 

"Seharusnya dua tujuh lima sih. Itu kamar depan tuh dua tujuh lima", kata Mak Nila. Memanglah nak kena hampuk aje dengan aku kan? Dendam aku pasal dia tipu aku harga shawl dulu tuh masih belum reda, ini dia nak buat hal lain pulak. 

"Yaaa, Nila bilang dua ratus lima puluh, saya bayar dua ratus lima puluh", kasar jer aku cakap. 

"Gapapa. Gapapa. Cuma mahu bilang aja yang sewa kamar seharusnya dua ratus tujuh lima", kata mak Nila lagi. Aku geleng kepala, terus blah. Aku fikir, kalau nanti dia naikkan sewa jadi $275, aku akan blah. Dan tak payah lah aku bayar shawls yang dia nak buatkan untuk aku tuh, kan? Ada lah alasan aku kan? 

Biar lah, cepat lah naik kan sewa bilik, atau pun selalu sangat kan sebut-sebut pasal sewa tuh biar sampai aku jadi bengang dan aku buat keputusan nak cari bilik sewa lain. Tengoklah nanti. Nak kena ajar sikit orang tua mata duitan nih.

Aku keluar pakai t-shirt aje, pakai track bottom. Macam orang nak pergi jogging. Tapi aku bukan nak jogging, sekadar aku nak orang tahu yang aku macam nak berjogging. Apa pasal aku berpakaian gitu?

Hehe...ini aku nak cerita nih. 

Semua orang tahu yang masalah aku yang paling besar, nak dapatkan internet connection, kan? Aku nak dapat kan broadband card so that aku boleh access laptop aku di mana aje aku berada, bila-bila aku nak, kan? Nampak macam simple aje kan? Tak sebenarnya. Tak sesimple itu. Sebab aku orang gelap. Illegal. Nak subscribe to that service, aku kena ada segala macam documents, pendek kata, orang legal aje yang boleh dapatkan tuh. Orang illegal macam aku nih, cakap banyak pun tak guna. Ada duit pun tak guna. Lebih berguna lah cakap banyak orang legal yang tak berduit tuh. 

Dan, korang tahu yang aku kerja 13 jam setengah setiap hari, 6 hari seminggu, kan? Punyalah bosannya kalau tak ada internet connection, kan? Nak tunggu balik rumah baru nak online, tak ada masa pulak, kan? Sebab perjalanan pergi balik kerja dah berapa jam? Dah sebulan setengah aku ditensenkan dengan benda-benda tu lah.

Dan, tokay aku, Daniel, dia akan balik ke China nanti dan aku akan bekerja setiap hari dalam masa hampir sebulan, so bayangkan aje lah kan? Aku tak dapat membayangkannya macamana keadaan aku nanti kalau terus-terusan begini. So aku kena cari jalan penyelesaiannya. 

Ingat, yang aku nih orang gelap. Yang bagai melukut di tepi gantang. Jugak, yang bagaikan tak ujud di bumi Amerika ini. Fuck!

Pardon moi, aku akan banyak mencarut nanti nih. You have been warned!

Dua tiga hari lepas aku ada talipun Customer Service, Sprints PCS, nak tanya pasal broadband wireless card. Dah berapa kali aku pergi SprintsPCS tapi diaorang tetap kata yang aku kena sign new contract kalau aku nak subscribe to that internet service. "Just go to any Sprint store, and you don't have to bring anything", kata Indian nih yang bila aku tanya, apa yang aku perlu bawak, kalau aku nak subscribe. Lega jugaklah aku mendengarnya, walaupun aku tak berapa percaya sangat.

Ok, korang tahu yang masa aku register cellphone dulu, aku guna nama Mus, kawan aku yang dah balik Indo tuh, kan?

Apa? Tak tahu? Pundek! Letih aje aku buat entries banyak-banyak. Yang suruh aku update lekas-lekas tuh, konon-kononnya tak sabar nak baca entries aku tuh, apa nya? 

Ok, cellphone aku atas nama Mus, dan selama ini pun, aku guna nama Mus aje untuk bayar bill etc. Sebelum Mus balik Indo dulu, dia ada kasi password untuk account dia/kitaorang. 

So aku pergi lah SprintPCS punya office. Sebagai Mus

Ada dua sebab. Satu tuh sebab aku nak tukar, nak upgrade kan cellphone aku. Cellphone aku dah lama dah, dah dua tahun lebih dah rasanya. Yang tebal tuh. Antena pun patah, dipatahkan oleh anak-anak Michael masa aku kerja kat kedai dia tuh, tahun lepas. Itu pasal kot signal cellphone aku lembab jer, dan batteri pun cepat habis, cepat weak nya. Memang dah lama aku patut tukar cellphone tuh tapi sebab aku, dulu-dulu, jarang sangat guna cellphone, aku buat tak kisah aje lah. 

Macamana pun, nak tukar cellphone baru tuh, sebenarnya alasan aku aje actually. Ada udang di sebalik batu. Aku nak upgrade talipun, lepas tuh, sambil-sambil tuh, aku nak cuba-cuba tanya Sprints kalau-kalau aku boleh beli wireless broadband card tuh. 

"Habis, apa kaitannya ko pergi SprintsPCS tuh pakai t-shirt dengan track bottom aje?", bertanya lah dia yang kepoh itu.

Sabar lah. Ini aku tengah dok cerita nih. 

Lepas bayar bill, aku terus ke kaunter yang baru aje dibuka tuh, sebab masa tuh pun baru pukul 8 pagi. "I want to upgrade my phone and if possible I want to subscribe to Sprint Mobile Broadband Service. My problem is that, I don't have any IDs with me", aku kata gitu sambil keluarkan duit segumpal dari pocket track bottom aku. Aku rasa Minah tuh faham yang aku baru balik jogging, so alasan yang aku tak ada IDs tuh memang valid lah. 

Mulanya kan,aku cadang nak melompat-lompat sikit, nak buat excercise sesikit kat situ,untuk menampakkan kereallannya kan? Tapi aku rasa itu dah macam over acting pulak. 

"Ok, that's not a problem", kata Minah tuh. 

Aku rasa macam tak percaya aje dengar cakap dia tuh. Takkan semudah itu, tanya aku dalam hati. Memang pun. Memanglah tak semudah itu.

Bila Minah tuh suruh aku sign agreement for a new contract, panik jugak aku sekejap bila dia tanya aku punya (Mus punya) SS Number, tarikh lahir etc. 

"They are still processing my asylum", aku kata gitu. "That's why I don't have SS Number yet", aku tambah lagi. 

"That long?", tanya Minah tuh. Dia terperasan agaknya yang dah dua tahun lebih sejak Mus daftar cellphone tuh, takkan masih tak ada SS Number. 

"Is that a problem Ma'am", aku buat-buat tanya tanya lagi. 

"Well, don't worry, I used to be illegal too", kata Minah tuh. Aku tak berapa faham sangat maksud dia tapi aku happy aje mendengarnya. Dia tahu yang aku tipu jer sebenarnya. Nasib baiklah dia tuh Latina, dia faham. So dia suruh aku datang dalam masa 4 jam lagi untuk pilih phone yang aku nak, dan dalam masa yang sama, dia suruh aku set kan wireless program tuh kat laptop aku. 

Aku singgah sekejap kat Dunkin' Donuts, rasa excited gila, rasa macam tak percaya yang aku mungkin akan dapat online anytime aku suka. Di mana-mana. Sesambil minum kopi, makan muffin tuh, aku bukak-bukak manual, cuba-cuba baca. Cara-cara nak install program tuh, camana nak activate kan account etc. 

Kat page pertama tuh ada tulis: 

Have these things ready before you call to activate: 

1. Your device 
2. Your Social Security number (Fuck!)
3. Your driver's license number (Fuck!) 
4. Your Electronic Serial Number (ESN) 
5. The city and state where your device will primarily be used 
5. A pen (Pundek! Itu pun nak beritahu) 

Tersedih aku membacanya sebab aku dah boleh agak yang akhirnya aku tak akan dapat nak activate kan service tuh pasal aku tak ada SS Number, tak ada lesen, tak ada IDs. Macamana pun, aku nak try jugak lah. 

Aku balik ke rumah. Rasa tak seronok semakin menjadi-jadi, bila aku tahu yang dvd compartment aku kat laptop tuh tak ada covernya. Hilang, tah ke mana perginya. Dah lama dah aku perasan tapi sebab aku tak guna pun untuk tengok dvd ker apa ker, so aku tak pedilkan sangat lah. Ala, lagipun, laptop murah, kan? Itu yang aku macam buat tak kisah aje kat laptop aku. Cepat lah sikit rosaknya, boleh aku beli yang baru, yang lebih mahal dan canggih. Ish, takbur aku nih. 

Memang, tak boleh dibukak cd compartment tuh. Tak berfikir panjang, terus aku bawak laptop aku ke kedai computer orang Vietnam, tempat aku beli laptop aku dulu tuh. Tak jauh dari apartment aku duduk tuh, dalam 5 minit lari kaki. 

Dicungkilnya aje dengan besi, terkeluarlah cd slot tuh. Bodohnya aku sebab tak terfikir pun nak jolok betul-betul slot tuh. Tokay tuh geleng kepala tengok keadaan laptop aku yang macam dah bertahun diguna tuh sedangkan aku beli dalam bulan 10 tahun lepas. Dia kata, kena tukar cd slot yang baru sebab tak ada jual covernya aje. 75 dollars harganya. Tak nak lah aku sebab aku rasa aku will just make do dengan keadaan cd slot yang kalau nak guna, kena jolok dengan pin tu aje. 

Terus aku balik ke rumah. Aku try nak install cd manager untuk buat activation tuh. Tak dapat. Ada script yang missing, says pop up window tuh. Aku cuba pasang cd lain. Boleh pulak tuh. Tak ada apa-apa yang rosak nya. Give up, aku ke kedai komputer tuh lagi. 

"Kamu pernah coba Ayam Goreng Pemuda?", mak Nila tanya aku bila dia nampak aku nak keluar. 

"Belun", aku jawab macam nak tak nak aje. 

"Kalo kamu mahu coba, Ibu mahu titip. Mereka bilang enak banget ayam nya sih", kata mak Nila lagi. 

"Saya lagi gesa-gesa ini Bu", aku kata gitu. Terus aje aku blah ke kedai komputer tuh. 

Sesambil tokey tuh pasang cd slot yang baru, aku tengok-tengok lah laptops yang ada on display. Sesambil bercakap kat phone. Ada satu laptop Toshiba, harganya tujuh ratus lebih aje, Centrino lagih. Hampir aku terbeli laptop tuh. Kalau lah salesperson tuh pandai, memang sah aku dah terambik laptop tuh. Tapi itulah, dia tuh lembab sikit. Dia ingat aku tak ada duit kot? Atau dia fikir, sure aku tak nak beli sebab aku dah ada laptop, kan? Salah tuh! 

Dah lah aku bengang pasal kad talipun yang aku guna untuk menalipun tuh macam tipu aje, tiba-tiba aje minit dia habis, ada satu mamat gagak nih datang dan tokey tuh terus tinggalkan laptop aku dan dia terus repair laptop mamat tuh, berasap lah aku yang dah memang hangat hati sejak pagi lagi kan? 

Apalagi, aku hampuk lah tokay tuh. Tak ada lah hampuk macamana, aku tanya aje lah, tapi guna ayat yang tersangatlah sarcastiknya.Terus dia balik semula merepair/menginstall dvd program kat laptop aku. 

So, hilanglah 75 dollars harga cd slot tuh. 

Aku balik ke rumah. Pundek! CD yang aku nak install tuh tertinggal kat kedai tuh kot, puas aku cari tapi tak jumpa. Bila aku ingatkan balik, memang sah yang cd tuh ada kat dalam cd slot laptop yang aku bawak ke kedai tuh. So berlari semula aku ke kedai tuh. Mati-mati tokey tuh kata yang dia dah kasi kat aku cd tuh, sampaikan aku jadi bingung sebab aku tak tahu kat mana cd tuh. So aku diam aje lah sambil memikir kat mana cd tuh berada. Aku suruh jugak tokey tuh cek mana-mana yang patut, rupanya ada cd tuh kat cd slot yang lama. Punya geramnya aku sampai tak terkeluar apa yang nak dicarutkan kat tokey tuh. Dia mintak maaf. 

Sampai kat rumah, mak Nila ada kat dapur. Tengah lepak-lepak. 

"Kapan mahu beli Ayam Goreng Pemuda?", dia tanya gitu. Sabar jer lah. 

"Nggak nggak, saya gak punya waktu", aku kata gitu sambil terus masuk bilik. Aku lupa apa yang aku mengomel tapi ada lah aku tercakap, "Ya, sabar jer lah orang tua nih........" Degil mak Nila tuh, dia bukak pintu bilik aku, kononnya nak sembang dengan aku. Aku tak layan jer, aku cakap-cakap sambil mata kat laptop. Memang kurang asam pun. Tapi, mak Nila tuh pun kurang asam jugak. Atau, terlebih asam? 

Elok aje aku nak pasang cd program tuh, ada pop-up window yang suruh aku masukkan product keys program tuh. Fuck! Apa pasal tokey tuh tak masukkan number tuh? Aku angkut semua barang aku, laptop, alat-alat yang aku beli tuh, untuk ke kedai komputer tuh semula. Lepas tuh,nak terus ke SprintPCS store tuh, nak pulangkan balik wireless card modem tuh, kalau betul-betul aku tak boleh install atau aku tak layak nak activate. 

Nasib baik tokay kedai tuh tak ada kat situ masa aku sampai tuh, kalau tidak aku hampuk lagi. Lepas product keys tuh dimasukkan, baru lah boleh aku guna cd slot tuh, baru lah boleh run kan cd. Ada script yang missing lagi. Fuck! 

Lemah longlai aku ke SprintsPCS store. Berkuburlah hajat aku untuk ada internet access sendiri. Sia-sia aje aku mencuba. Tak apa lah, aku pasrah, aku kena terima hakikat yang aku nih orang gelap. Jangan nak mengada-ngada nak hidup macam orang legal. 

Minah yang layan aku pagi tadi nya tuh was on the phone, masa aku sampai. Terpaksa tunggu dia dalam setengah jam gituh, sesambil tuh aku on kan laptop aku. Datang this one Technician, dia godek-godek sikit laptop aku then dia kata yang ada program yang hilang. 

"Well, I haven't installed anything yet", aku kata gitu sambil gelak-gelak. Gelak sindir lah tuh. Awat lah bodoh sangat? Bodohnya macam aku. Tengah dia cuba-cuba lagi, datang Manager dia, Mat Salleh. Mat Salleh tuh kata yang Gateway, computer aku tuh, memang tak boleh pakai wireless card tuh, kalau aku nak, aku kena guna usb modem card. 

"Thank You", aku kata kat Manager tuh sambil kenyit mata. Sambil senyum lagih. Bengang agaknya Technician gagak tuh sebab dia sedar yang dia bodoh. So, terpaksalah aku bayar lagi 60 dollars untuk tambahkan harga yang aku dah bayar wireless card pagi tadi nya tuh. 110 harganya, dan aku kena bayar 60 dollars setiap bulan, flat rate. 

"And do you want to upgrade your cellphone still?", tanya Minah tuh. Aku angggukkan aje lah walaupun aku masih tak sure samada aku dapat guna/activate atau tidak usb modem tuh. Aku ambik Sanyo-Katana, harganya USD 249 tapi sebab line Mus yang aku guna tuh dah 2 tahun lebih, dapat max rebate of USD 150. So aku bayar USD 50 aje lah. Tersenyum aje aku sebab dapat talipun paling mahal kat display, tapi cuma bayar USD 50 aje. Ada lagi yang lebih mahal, tapi itu semuanya Blackberry. 

Sementara tunggu cellphone aku diactivate, aku ke bahagian technical sebab diaorang nak installkan program airtime wireless aku tuh. 

"Do I need anything? IDs for example?", aku tanya Minah tuh. 

"Don't worry", dia kata gitu kat aku. Lega yang teramat aku mendengarnya. 

Technician yang cuba installkan program tuh punyalah lembabnya, dia buat kerja sambil menalipun, sambil tegur awek yang lalu lalang. Manager yang Mat Salleh tadi tuh adalah dua tiga kali ajar gagak tuh macamana nak buat. Senang aje sebenarnya, tapi gagak tuh nak mengdisablekan wireless connection kat laptop aku pun terkial-kial. Dalam sejam dia ambik masa nak install. Bila dia kata yang laptop aku dah siap dan aku dah boleh access the internet dari mana-mana, aku rasa macam nak terbang aje. Rasa tak percaya yang akhirnya dapat jugak aku akan benda yang aku idam-idam kan dari dulu. Masalah aku yang paling besar tu tuh untuk dapatkan service tuh. Tak sia-sia lah aku berlakun macam orang baru lepas jogging, yang tertinggal wallet. Tak sia-sia lah aku tunggu sampai pukul 3 lebih. Tak sia-sia lah aku banyak mencarut. Tak sia-sia lah aku banyak marah kat ramai orang. Memang aku tension habis tadinya tuh. 

Aku lupakan niat untuk pergi beli kasut, aku lupakan niat nak pergi tengok wayang. Aku nak balik ke rumah, aku nak cuba online guna Sprint Mobile Broadband USB Modem by Novatel Wireless, Ovation U720 tuh. 

Singgah kedai Indo sekejap on the way balik ke rumah tuh, beli sayur, bubur pulut hitam. Dan Lontong Sayur. Sama Es Teler. 


Life Is A Bag Full Of Shit


30042007

Dah sebulan setengah dah aku kerja, kan? Lama jugak tuh kan? Tak lah berapa lama sangat tapi kira lama lah jugak tuh. Tambah-tambah, aku kerja 13 jam setengah setiap hari. So memang lama sangat dah aku kerja tuh. Itu dah bersamaan dengan 3 bulan kerja,bagi orang-orang biasa yang kerjanya 8 jam sehari, 5 hari seminggu. 

So dengan lain perkataan, orang-orang gelap macam aku nih, kena mengdoublekan usaha dan tenaga, untuk hidup macam orang lain. Itu mana yang boleh didouble, ditriplekan. Yang tak boleh tuh? Terkulat-kulat gitu aje lah jawabnya. Fuck shit, tak fair nya hidup di Amerika nih kan? 

Ha, aku kalau dah bengang, hilang lah skema-skema aku tuh. 

So korang fikir lah sikit, gunakan lah otak yang bengap tuh, sedangkan Jaga/Pak Guard tak kerja selama itu kan? Dan kalau diaorang kerja pun, diaorang tidur aje, kan? Ini kan pulak aku, yang dah lah tak boleh kerja macam Jaga/Pak Guard, kena buat benda-benda lain pulak tuh. Selama 13 jam setengah! Gila apa? 

Perjalanan pergi balik kerja pun dah dekat 3 jam. So, berapa lama aku ada masa di rumah? Berapa saat jer aku dapat online? Berapa minit jer aku dapat tidur? Mula-mula dulu ok lah kan, tapi lama kelamaan, tenaga batin aku jadi lemah. Itu yang setiap hari macam terlentuk aje tuh.

Tak ramai orang tahu yang kadang tuh aku balik jalan kaki. Bukan lah jalan kaki sampai ke rumah, tapi jalan kaki dari kedai ke subway station. Seingat aku, dah 6 kali aku jalan kaki aje. Malam hujung minggu biasanya, sebab weekends, public transport tak lah sekerap weekdays. Aku, kalau keluar aje dari kedai tuh, aku nak terus ada bas yang tunggu aku. Itu yang kalau aku tengok tak ada bas, aku akan terus jalan kaki aje.Yang buat bengangnya tuh, selalu sangat, aku keluar aje dari kedai (sambil tutup roller shutter door tuh), bas lalu.

Dan daripada aku nak tunggu bas seterusnya (paling kurang 30 minit), lebih baik aku jalan kaki aje ke subway station tuh. At least aku berusaha, kan? Bagi aku, menunggu tuh bukanlah satu bentuk usaha (itu ciri-ciri orang tak sabar lah tuh). Ada pun,menurut definasi dan kefahaman aku yang tak seberapa ini, menunggu itu lebih kepada mengharapkan pertolongan dan usaha orang lain, pihak lain. Yang seolah-olah bererti yang aku ini tidak berdaya sehinggakan terpaksa menunggu orang dan pihak lain untuk membantu aku. Nampak sangat macam aku nih lemah,kan? 

Macamana pun, aku jalan kaki tuh sebab aku tahu yang aku akan lebih awal sampai ke station daripada bas seterusnya tiba. Lagipun, setakat 30 minit tuh memanglah masih boleh aku kuatkan diri aku untuk berjalan kaki.

Laju aku jalannya, mula-mula dulu tuh dalam setengah jam aku ambik masa untuk jalan dari kedai ke subway tuh tapi sekarang nih dalam 20 minit tuh aku boleh sampai. Tapi jalan laju lah, macam berlari-lari anak gitu tuh. Tak ada lah jalan sambil berlenggang-lenggok, Aku lebih suka kalau masa aku jalan tuh, tak ada bas yang tiba. Ataupun aku sampai lebih dahulu ke station, daripada bas seterusnya. Aku rasa aku macam menang gituh. Aku akan rasa yang memanglah tak sia-sia aku jalan kaki aje dari kedai ke subway station tuh. Aku akan rasa yang aku telah mengambil satu langkah (banyak langkah sebenarnya) yang bijak dengan tidak membuang masa menunggu ketibaan bas yang tak pasti bila tiba nya. 

Baru sekali aje, tak lama lepas aku jalan kaki tuh, bila aku toleh ke belakang, aku tengok ada bas yang lain. Tapi masa tuh aku dah berperasaan lain. Aku dah malu nak naik bas tuh. So, daripada aku menjaja kemaluan aku di dalam bas, might as well lah aku teruskan aje berjalan. Orang tak akan nampak kemaluan aku di dalam gelap, kan? 

Macamana pun, sekarang nih, aku dah tak kisah dah. Nak balik lambat ker, terpaksa jalan kaki ker, nak sampai rumah pukul 12 malam ker, lantak lah. Tak nak dah aku fikir lebih-lebih. Buat tensen aje nanti. Ikutlah, kalau ramai orang di kedai, akan lambatlah aku balik, akan lambat lah aku sampai ke rumah. Samada sebab aku terpaksa jalan kaki ke subway, atau sebab train atau bas lambat. Aku memang tak boleh nak buat apa-apa pun kan?

Aku selalu terfikir, especially masa nak pergi kerja, masa kat dalam subway, yang betapa susahnya hidup jadi orang gelap di Amerika nih. Betapa siksanya. Tuhan aje yang tahu. Dan berganda pulaklah siksanya bagi aku yang ego memang tinggi nih, yang macam tak boleh terima hakikat yang aku terpaksa buat semuanya nih sedangkan aku rasa aku deserve kehidupan yang jauh lebih baik. Atau, memang aku yang tak perasan yang aku dulu pernah hidup senang? Yang aku selama ini hanya membuang masa menunggu so-called hidup senang yang tak akan datang lagi dah sebab aku pernah Tuhan kasi merasa sekali tuh? Whatever lah kan, I'll keep on moving forward until I begin to see the links between the world I left behind and the new world that lies infront of me. 

Skema nya aku............


It's Not All That Bad (2)


"Apa yang harus saya bersihin Bu?", aku tanya Mak Nila bila terserempak dengan dia di dapur. 

"Iya, bersihin-bersihin dapur, kamar mandi. Kamar kamu. Itu aja", jawab mak Nila. Sekali seminggu, setiap orang kena bersihkan apartment tuh, tak ada apa sangat pun yang nak dibersihkan sebab apartment tuh memang bersih pun, memang dijaga rapi. 

"Kamu mahu gemuk? Nanti kapan-kapan Ibu kenalin kamu sama temen nya Nila, dia jualan minuman untuk gemukkin badan. Ibu minum minuman kurusin badan", kata dia sambil tunjukkan aku satu tin powder yang ada herba apa tah. 

"Kamu harus banyak makan, lihat itu, muka kamu udah kerepot. Sayang!", selamba aje dia kata gitu.  

So aku sembang aje lah dengan mak Nila tuh, banyak jugak benda-benda yang dia tanya aku. Tapi semuanya berkisar pasal duit, pasal kerja, pasal kehidupan di Amerika. 

Then dia beritahu yang dia mengait shawl untuk dijual, aku tak berapa faham jugak sebenarnya bila dia kata dia dapat siapkan satu shawl tuh dalam masa 3 minggu, 6 jam sehari kerjanya. Dan harga nya $6 x 21. Koq mahal amat, kata aku dalam hati. Then dia tunjukkan aku contoh-contoh hasil sulaman/pengaitan dia tuh. Lawa dan rapi, tapi sampai $126 harga nya? Aku rasa kalau beli kat kedai, tak sampai dua puluh dollars. 

Bila dia kata yang ada a few Mat Sallehs (kawan Nila) yang beli, dan dia pun sekarang tengah siapkan satu shawl untuk this one Vietnamese girl, aku terfikir yang betapa bangangnya diaorang tuh sebab sanggup beli benda yang mahal tuh. Lagipun, sanggup tunggu sampai 3 minggu. 

"Udah lima tahun Ibu di Amerika, Ibu enggak pernah kerja. Diomelin anak-anak kalo Ibu mahu kerja", kata dia lagi. 

"Iya, Ibu nggak perlu kerja sih, Nila ama Trisha kerja, penghasilan mereka udah gedik, itu udah lebih dari mencukupi", aku kata gitu. 

"Kamu mahu nggak, Ibu bikinin satu. Kamu senang warna apa?", mak Nila tanya aku. Alahai, pandai dia jerat aku. Terkesian pulak aku kat dia. Mulanya aku nak cakap dengan dia yang aku nak buat apa dengan benda sulaman tuh, tapi tak sampai hati pulak. 

"Bikinin saya satu, kalo bisa warna item. Nggak perlu gesa-gesa sih, saya mahu kasi temen aja", aku kata gitu. 

"Waduh, Ibu udah kehabisan benang hitam. Ramei yang senang warna putih tulang", kata dia lagi. 

"Gapapa, kalo gitu, bikinin yang warna putih tulang aja", aku dah bosan dah jadinya. 

"Kalo gitu, ambil dua. Warna item sama putih tulang", jawab mak Nila. Pundek lah, tadi kata dah habis benang hitam. Dan yang aku mudah sangat terjerat dengan benda-benda kecik gitu tuh apa pasal nya? 

So terbesetujulah aku nak order dua shawls tuh, satu kaler hitam dan satu lagi kaler kelabu. Aku congak-congak, bererti $250 lebihkurang harganya. Macam tak masuk akal aje sebab kalau beli kat kedai, tak sampai 50 dollars agaknya semuanya tuh. Tak apa lah, kesian kat mak Nila tuh yang tak kerja. Rezeki orang tua, tak apa lah", kata aku untuk menyedapkan hati aku sendiri. Lagipun, aku nak bayar sikit-sikitlah nanti, biar tak terasa sangat kebodohan aku. 

Entahlah diaorang nih, tak pernah kesian kan kat aku yang mudah sangat terkesian dengan orang. 

Lepas tuh aku keluar ke kedai untuk beli barang. Beli biskut 4 segi yang ada gula kasar tuh. Selalu sangat dah aku sekarang nih, tiap-tiap petang, makan biskut tuh, sambil cicah air kopi. Teringat macam masa kecik-kecik, kat Malaysia dulu. Itu lah makanan petang kitaorang. 

On the way ke rumah Nani Pastel, Don talipun, tanya khabar. Tak jugak, dia tanya aku kalau ada kawan yang nak kerja malam tuh sebab dia kekurangan orang untuk dibawak pergi kerja. Rasa nak tergelak pulak sebab biasanya, kalau yang tanya gitu, orang Indo. Kat sini gitu lah, nak cari pekerja tuh, melalui kawan, melalui talipun aje. Tapi sebab aku sama Don cakap Melayu, itu yang aku rasa nak tergelak tuh. Biasanya orang Indo aje yang buat gitu. Bila aku kata aku tak kenal orang sangat, tak ada kawan pun, dia tanya aku kalau-kalau aku boleh kerja di tempat dia tuh malam tuh. 

"Eh, aku kerja lah besok pagi, kalau tak tuh boleh gak aku kerja tempat ko tuh", aku kata gitu. "Tak apa lah, nih kalau aku singgah kedai Indo kang, aku tanya sapa-sapa yang ada di situ, kalau-kalau diaorang nak kerja, atau kalau-kalau diaorang ada kawan yang boleh ikut ko kerja malam kang", aku kata gitu.   

Don tanya jugak aku apa pasal tak talipun dia pun, pasal apa aku senyap aje sejak pindah. Dia ajak aku datang rumah dia Rabu atau Khamis, dia punya hari off. 

Tak lama aku di rumah Nani, takat tanya khabar gitu ajelah sebab memang dah lama sangat dah aku tak ke rumah dia. Kebetulan dia tengah merebus sayur untuk buat rojak so aku order lah satu. Pemalasnya Nani tuh, kangkung tuh dipotong dua aje, bukan main panjang lagi. Apa pun, aku mintak dia taruk lebih banyak kangkung daripada kacang panjang. Berak nanti tuh, kena tarik kangkung tuh dari bontot lah nampak gayanya. Panjang sangat. 

Nani kasi aku sebungkus sambakl tumis udang + petai yang tak habis laku yang dia jual semalamnya tuh. Baik jugak Nani, kata aku dalam hati, walaupun rojak sayur dia tuh mahal (6 dollars) tapi at least aku dapat sambal tumis free. 

Balik dari rumah Nani tuh aku online aje lah, rasa tak ada mood jer pasal kat Malaysia cuti so tak ramai sangat orang online. Masa aku free, orang lain pulak tak ada. 

Sampai hati diaorang biarkan aku online sorang-sorang. 

"Bu, saya beli nasi putih dari Ibu?", aku tanya mak Nila, sebab aku malas sangat keluar malam tuh untuk beli nasi. 

"Waduh, kamu beli beras aja, kamu bisa guna rice cooker ini", kata mak Nila. 

"Nggak mahu Bu, saya kagak sering makan nasi, nanti dimakan tikus aja kalo saya beli beras. Lagi, saya gak punya waktu mahu masak", aku kata gitu. 

"Koq anih ya, kamu udah bertahun di Amerika, masa nggak punya rice cooker?", Nila tanya aku. 

Aku gelak aje lah, aku jawab, "Kerna saya nggak sering makan nasi. Justru, kalo mahu makan nasi, saya beli aja nasi putih di toko Cina, lebih gampang". 

So mak Nila bersetuju untuk masakkan aku nasi, dan aku beritahu dia yang every time aku ambil nasi tuh, aku akan taruk duit sedollar kat satu container yang kat dapur tuh. 

Bukan lah aku pemalas, tapi aku jarang makan nasi, lagipun aku tak ada masa nak masak, even nasik pun. Sampai aje rumah, every minute counts. Makan pun aku guna sudu sebab kalau guna tangan, nak kena basuh lagi kan? Buang masa aje. Kalau guna sudu, bila-bila aje sudu tuh boleh dibasuh, kan? Lagipun, sejak kerja mengikis taik kering kat spenda orang nih, aku dah hilang selera nak makan nasi guna jari/tangan. 

So aku makan lah nasi berlauk kan sambal tumis udang petai tuh. Pundek punya Nani, makanan dah nak basi, dah masam rasanya. Tapi aku makan jugak sebab bau petai tuh lebih busuk dari bau sambal tumis yang dah nak basi tu kan?