Thursday, October 11, 2012

20042008


Kebelakangan nih, entry-entry aku bunyi macam semacam jer kan? Aku pun baru terperasan sebenarnya. Tak ada apa-apa kot, mood tak berapa baik aje gamaknya semenjak dua menjak nih. Itu aje kot. 

Memang dasar cipet sesangat aku nih kan? Bila mood down tuh, kononnya nak membawak diri, nak menyepikan diri, nak cuba menghappykan diri yang lara. Kononnya lah. Pttuuiihhh! Memang gini lah aku orangnya, jenis yang tak pernah happy dengan apa yang ada. Ada aje benda yang tak kena nya. Semuanya nak perfect, semuanya nak best, semuanya nak macam apa yang aku nak. 

Dalam seseminggu aku menyepikan diri nih, banyak jugak aku berfikir. Sebenranya, sebelum aku menyepikan diri, bersendiri-sendiri tuh, aku dah banyak fikir jugak. Rentetan dari berfikir tu lah, itu yang aku decided nak sorang-sorang, nak senyap-senyap tuh. So kaedahnya, aku nih tak pernah berhenti dari berfikir. Kaedahnya, aku nih memang seorang ahli fikir. Seorang ahli fikir yang bukan-bukan. 

As I said, tak ada apa pun sebenarnya, aku aje yang suka fikir bukan-bukan. Bila dah fikir bukan-bukan, mula lah buat benda bukan-bukan, kan? Then kat blog pun aku tulis benda bukan-bukan aje. Dan orang pun, baca benda bukan-bukan aje. 

Gitu lah dengan aku nih, bukan aku tak sedar yang aku nih jenis manusia yang memang tak pernah puas. Cuma aku terlupa aje. Nasib baik sekejap aje aku terlupa. Nasib baik sekejap aje aku terteringat balik [yang aku nih manusia yang memang jenis tak mudah puas]. Tapi itulah, in the process tuh, bermacam-macam benda yang aku fikir kan. 

Kesimpulannya, I have a blessed life [read:it can't get any better than this] but I've been whining about it for years. That has to stop lah kan? I don't want yang in the end nanti aku macam hating myself for leading this kind of life. 

-----------------
Semalam, lepas kerja, aku pergi lepak kat Rockerfellar Center. Tadi, lepas kerja, aku turun kat Rockerfeller Center subway station jugak. Seronok jugak lepak-lepak tengok those stupid tourists yang first time datang New York gamaknya. Kampung semacam diaorang tuh, bergambar sana bergambar sini.

Dah bosan melepak di situ, aku terus menyusur jalan ke Times Square. Itu aje lah kerja aku sepanjang minggu ini rupanya, setiap hari aku jalan-jalan kat area tuh. Sampai macam stress jadinya sebab hari-hari aku keluar. Nak lepak kat rumah, stress jugak. Memerap kat rumah jadi stress, melepak kat luar jadi stress. Apa-apa lah aku nih. 

Walaupun aku setiap hari keluar, tapi aku tak belanja apa sangat pun. Tak ada apa pun yang aku beli, kecuali makanan. Bab makan aku tak nak peduli sangat, kalau aku rasa nak makan kat restoran, aku masuk aje. Kalau aku rasa nak mengopi sesambil tengok orang lalu lalang, aku bantai aje. 

Mungkin sebab mood nak shopping tak ada datang, itu pasal aku tak beli apa-apa pun. Sedangkan aku mengidam nak beli jacket, baju-baju untuk musim Spring/Summer. Tapi tak apa, mood nak shopping biasanya datang sekelip mata aje, lagipun aku punya style shopping pun sekelip mata jugak kan? Rembat satu barang, blah. Rembat satu barang, blah. 

Yang paling penting sekarang nih aku kena beli jacket. Kena lah yang berbranded sikit kan? Malu lah aku sebab aku ada satu jacket tu aje, musim winter pakai jacket itu, musim Spring pakai jacket itu, tak kan Summer nanti pakai jacket itu jugak, kan? So itulah, aku cadang nak beli jacket nipis sikit, dah ada jacket tuh, kena lah ada baju yang match dengan jacket tuh kan? Aku kena lah jaga sikit penampilan aku nih, iyalah, after all aku kerja dengan David/Hal yang particular sangat pasal pakain sehari-harian. Agaknya diaorang kesian tengok aku sebab asyik pakai jacket sebijik tu lah setiap hari, kasut sepasang itu lah yang aku pakai setiap hari. Selalu jugak diaorang offer kalau-kalau aku nak pakaian lama diaorang yang dah tak padan tuh, aku tak nak, aku tak pernah ambik pun. Aku rela lah pakai singlet aje daripada pakai pakaian second hand orang. 

Sepanjang aku keluar jalan-jalan, banyak kali jugak aku cuba-cuba uji diri aku. Aku pergi kedai barang-barang elektrik, dari satu kedai ke satu kedai. Lawa-lawa, murah-murah kamera dan laptop yang diaorang jual, sebab semuanya tax-free. Aku pergi satu kedai, aku tengok dari luar aje, aku tengok kamera, takat tengok berapa mega pixel, dan harga. Tangan seluk poket aje nak keluarkan duit nak rembat satu kamera. 

Bila aku nak masuk aje kedai tuh sebab aku rasa nak beli aje kamera tuh, sebab aku rasa macam malu kat diri sendiri sebab nak beli kamera yang tiga empat ratus dollars tu pun tak mampu, bila aku dah tersengih-sengih sengsorang pasal aku fikir, akhirnya tewas jugak aku, terus aje aku batalkan niat aku. Terus aku blah. Tapi, blah pun bukanlah blah sangat. Aku blah ke kedai lain pulak.

The same thing jugak, "dah lah, aku terpaksa beli jugaklah kamera tuh, itu dah macam necessity dah tuh. At least aku dapat taruk gambar kat blog aku, kesian sangat aku kat diaorang yang baca blog aku. Aku dah tak ada apa nak tulis dah nih, so kalau aku taruk gambar-gambar, ada lah jugak updatenya kan? Kalau aku tak beli kamera, hampa merana lah diaorang nanti kan sebab aku tak ada update blog, kan? Lagipun, kesian jugak kat diaorang yang nak tengok gambar-gambar New York, kan?" Then bila aku nak masuk aje kedai, sesambil tuh dah keluarkan duit, terfikir pulak aku, "boleh ker kalau aku tak beli kamera tuh?. Baik aku test diri aku, boleh ker tidak? Sampai bila aku boleh menang nih?" So, with that in mind, aku terus aje blah. Sambil tersengih-sengih sorang diri. Sebab iman aku kuat.

Macamana pun kan, sesibuk mana pun aku cuba menyibukkan diri aku, sejauh mana pun aku berjalan, sekelas mana tempat pun aku pergi, kat dalam hati, jiwa, fikiran aku tetap kosong. Aku keluar jalan-jalan, nak hilangkan stress, nak nampak kelas (macam orang lain tuh jugak). Aku pakai sunglasses, nak lindung dari silau, nak nampak lawa. Kononnya lah. Tapi realitinya? Ker aku kena pakai sunglasses besar yang penuh muka tuh kot?

------------------------

Sampai aje kat apartment David/Hal pagi tadi, terus aje David suruh aku lepak kat dapur, suruh tengok tv sebab ada satu film nih yang dia kata best. A British film, film tahun 2005, Mrs Palfrey At The Claremont. 

"You gonna love this film, Joe", kata David, terus dia on kan tv yang kat dapur. Dia sama Hal tengok tv yang kat bilik Hal, so the first 2 hours kerja harinih, aku tengok tv aje lah.


Best film tuh, my kind of film, tak sampai 5 minit aku tengok, terus aku tersuka dengan film tuh.

17042008


Ituhari masa aku jumpa Pakcik Arthur, aku janji nak datang lagi melepak sama dia, on my way pergi kerja. Aku ok jer. So harinih aku naik F train dan turun kat Lafayette Street, so tak payah jalan jauh sangat nak ke park tempat dia melapk tuh.

Terus aje lah aku ajak PakCik Arthur minum kat satu cafe nih sebab aku ada dalam sejam masa free. Dalam pukul 3 setengah, aku dah terpaksa pergi kerja. 

"Kau buat apa selalu datang kat sini? Cari perempuan?", tu dia, selamba aje dia tanya aku.

"Tak ada lah, saya pergi berubat kejap ituhari. Harinih nak beli barang sikit", aku jawab sambil gelak-gelak. 

"Kau berubat apa? Berubat macam aku ka? Aku ni, mati atas pantat aje lah nanti nampak gayanya", kata PakCik Arthur tuh tersengih-sengih. 

Ya ampun lah orang tua nih, kata aku dalam hati. Macam gitu lah dia, sebijik macam masa pertama kali, dan juga kali kedua aku jumpa dia tuh, pakai baju kaler oren dia tuh, kat pocket penuh dengan tiket lotteri, cerita pun semua kisah amoi Cina yang dia konkeki (langgani). Cakap pun asyik dok mencarut aje, style orang lama-lama. 

Aku janji nak ajak dia makan kat restoran Malaysia kat Chinatown tuh esoknya, ada satu restoran nih yang baru direnovate, dan PakCik tuh setuju. Dia kata dia akan tunggu aku kat pangkin tuh dalam pukul 12 setengah esok hari sebab awal pagi dia kena hantar bini dia yang dah nyanyuk tuh, untuk buat appointment Doktor. 

So itu lah aktiviti aku hari tuh, aku pergi makan sama PakCik Arthur kat restoran tuh. Lama jugak aku menunggu dia, dekat pukul 1 baru nampak dia terhegeh-hegeh datang. Aku makan nasi goreng nenas aje, dia order roti canai sama nasi lauk rendang. Malu aku bila tokey tuh ingatkan aku sama PakCik Arthur tuh anak beranak. Iyalah, pakaiannya tak senonoh, orang tua punya style pulak tuh. 

"Pukimak Cina ni, sedap pulak diaorang masak masakan Melayu ni, orang kita tak ada pulak jadi macam Cina-Cina ni", kata PakCik Arthur.

Lahap aje aku tengok dia makan. Terfikir aku, tak kan dia jarang makan makanan Melayu, bukannya dia tak ada duit, kan ker dia dapat pencen sampai 3000 sebulan? 

Aku tanya-tanya lah jugak PakCik tuh pasal keluarga dia, siapa yang jaga dia, bini dia, things like that. Dia kata yang dia sekarang tinggal sama bini dia aje, ketiga-tiga anak dia entah ke mana-mana perginya. Bini dia dah semakin teruk nyanyuknya, asyik tengok tv aje kerjanya. Itu yang dia setiap hari keluar ke Chinatown tuh, balik rumah pun dah larut malam. 

So itu aje lah kisah aku jumpa PakCik Arthur tuh. 

16042008

I've got a new hobby now. Bukanlah hobby apa tapi aku suka baca-baca iklan yang ditampal merata-rata, kat dalam subway trains for example. Iklan yang selalu buat aku berfikir, ataupun iklan yang simply penuh dengan kata-kata. Aku kan ker suka bermain dengan kata-kata?





The one I like the most, iklan Barnes & Noble, yang kat bawah nih.





If there's something to desire
There will be something to regret
If there's something to regret
There will be something to recall

If there's something to recall
There was nothing to regret
If there's nothing to regret
There was nothing to desire

[Vera Pavlova]

15042008


Kalaulah bukan sebab aku ada appointment dengan Tabib Cina tuh harinih, mampos aku nak keluar awal-awal tadi tuh. Tidur lagi sedap. Apa pasal aku asyik nak tidur aje sekarang nih, aku pun tak tahu. Lepas tidur, tidur. Lepas tidur, tidur.

Mungkin jugak sebab kat rumah sewa tuh sunyi sepi aje, memang sedap sangatlah kalau nak membongkang sampai tengahari. Punyalah sunyi sepinya sampaikan siang-siang pun detik jam dinding pun boleh aku dengar. 

Tak ada lah awal sangat pun aku keluarnya tadi sebab sempat jugak aku online seround dua. Kemas-kemas bilik pun jugak. Dekat pukul 10 pagi baru aku blah. Sekarang nih aku guna monthly Metro Card untuk subway so aku boleh ke mana-mana, berapa kali pun sehari. Unlimited gitu. Apalah bengap sangat aku sebab selama ini aku guna weekly card. Dah berapa banyak aku boleh save kalau aku guna monthly card nih. 

Aku tak turun kat Canal Street, Chinatown. Instead aku turun kat Broadway-Lafayette, tak berapa jauh dari area situ jugak rasanya. Mulanya aku ingatkan aku tersesat sebab puas aku jalan, masih tak jumpa area Chinatown. Rupanya aku kat SoHo, so aku jalan aje lah ikut pusat. Ke depan pusat aku, ke depan lah aku jalan. Nasib baik pusat aku sentiasa ke depan. 

Aku banyak perhati orang aje, lawa-lawa, gorgeous-gorgeous semua orang yang kat area SoHo tuh, memang kawasan terkenal, ramai artis-artis dan VIPs pun yang duduk kat area tu tuh. Kat paper semalam pun, Cameron Diaz, Anderson Cooper, Jennifer Anniston were sighted kat area-area tuh. 

Sebelum pukul 1 aku dah sampai kat klinik Tabib/Doktor tuh tapi dia tengah sibuk masa tuh, mengurut this one perempuan. So aku ke Subway sekejap, makan tuna sandwich. 

Doktor tuh check aku punya pulse, check pakai jari aje. Then dia suruh aku jelir lidah, siap dia ambik gambar lagi. Aku tertanya-tanya jugak apa ker jadahnya ambik gambar lidah kan? Siap dua kali pulak tuh, disuruhnya aku jelir lidah aku panjang-panjang. Apa, ingat aku nih macam anjing lapar ker nak terjelir-jelir gitu? Dia kata spleen aku kotor, tak balance aku punya diet, gitu lah lebih kurang. Ala, spleen pulak dah. 

Dia tunjukkan aku image lidah aku, ada beza apa tah kat both sides of the tongue. So tak heranlah kalau aku terus terbersetuju nak beli herb supplement yang Doktor tuh rekomen kan. Dia jual banyak herb supplement rupanya Doktor tuh, nasib baiklah tak mahal.

Tak puas hati aku dengan acupuncture treatment yang Doktor tuh buat. Dia cuma buat di bahagian depan badan aku aje, cuma 12 batang jarum aje yang ditaruk. Kat cuping telinga aku ditaruk dua batang, kat tangan 4, selebihnya kat kaki. Tak bukak baju pun, kalau buat acupuncture di Sensei di Phila dulu tuh, siap disuruh bukak baju, seluar even dilondehkan sikit, sambil berbaring lagi. Ini tak, takat bersandar aje.

Agaknya dia ingat aku tak biasa buat treatment gitu tuh, walaupun aku dah berapa kali beritahu dia yang aku dah biasa sangat buat acupuncture, dan treatment yang gitu tuh macam tak lut kat badan aku, macam tak ada apa-apanya bagi aku. Aku nak suruh dia buat electro acupuncture tapi dia kata since itu first time aku kat tempat dia, tak dapat dia nak buat. Next time perhaps, dia kata gitu. 

Macam bengang aje aku jadinya sebab sepanjang treatment tuh aku tak rasa apa-apa pun. Aku nak buat treatment tuh sebab aku nak rasa darah berjalan kat dalam badan aku, rasa berderau gitu. Ini, tak rasa apa-apa pun, takat rasa geli masa dia pusing-pusingkan jarum tuh aje. 

Dalam sesetengah jam lepas tuh baru jarum-jarum tuh dicabut, barulah aku disuruh meniarap kat massage table, sebab dia nak urut badan aku. T-shirts (dua lapis) aku pun tak disuruh tanggal, mana lah rasa sangat pun urutan dia tuh, macam dia kasi back rub gitu aje. 

"So, where are you from, originally?", Tabib tuh tanya aku. 

"Malaysia", aku jawab gitu.

"Malaysia? I'm also from Malaysia", kata dia. 

Laaa, Cina Malaysia rupanya. So aku cuba cakap Melayu dengan dia, tapi dia tetap cakap Inggeris. Rupanya dia tak reti cakap Melayu, dah lama kat America, masa kecik aje kat Malaysia, kat Taman Mayang. 

$65 semuanya, acupuncture sama herb tuh tapi dia kata sebab aku Malaysian, dia mintak $60 aje. Aku kasi dia $70, aku kata yang aku nak datang lagi nanti nak buat refleksoloji. Tak pun nak beli herb tuh sebab dalam sehari kena makan 9 bijik, sebotol tuh cuma untuk 10 hari aje. 

Terus aje lah aku ke subway station, aku nak ke Forest Hills aje lah, nak melepak kat library. Tapi aku lalu jugaklah kat area yang aku jumpa PakCik Arthur dulu tuh. Aku siap lepak-lepak kat taman tuh, aku perhatikan sorang-sorang orang yang melepak di situ tuh. 

"PakCik! PakCik ingat saya lagi tak?", terkejut aku bila aku ternampak PakCik Arthur tengah lepak-lepak kat bangku sambil hisap rokok. 

"Pukimak kau! Kau pergi ke mana?", PakCik Arthur macam terkejut, terpinga-pinga gitu. Aku bersalam dengan dia, aku peluk-peluk dia. Again, punyalah busuk bau dia, puas aku menahan napas masa peluk dia tuh.

14042008


Awal jugak aku bersiap nak keluar harini nih, dalam pukul 7 aku dah siap mandi. Biasanya aku tak seawal itu, especially on a weekday. Tengah bersiap, sesambil breakfast, baru aku terfikir. Yang aku nih nak keluar ke mana nya? Kedai pun belum bukak pepagi gini nih, itupun kalaulah aku nak beli apa-apa kan?

Terus aku landing balik kat katil, sambung tidur aje lah. After all that's what I always do kan? Walaupun semalamnya aku tidur awal (pukul 9 aku dah tidur, sebab semalam balik kerja awal, pukul 5 petang dah selesai dah kerja aku semalam tuh, Sunday) tapi ada lah dalam lima enam kali aku terjaga. Laptop pulak kat sebelah bantal.

Tak lena sangat aku tidur semalam tuh sebab aku tak padam lampu pun. Aku baru terperasan yang aku nih suka kumpul table lamps rupanya. Bilik aku yang kecik aje, sebijik lampu kalimantang tuh dah cukup terang benarnya tapi aku ada 3 table lamps yang lain. Dan semuanya aku biar terpasang. Pagi pukul 2 tuh yang aku terlama jugak bangunnya, siap bancuh kopi pun.

Aku keluar jugak lastnya sebab nok tiddo dok jenderer, nate berok sunggoh la. Plan aku satu aje, aku nak ke Hell's Kitchen kat Midtown Manhattan.Sebab semalamnya aku ada tengok satu iklan sensei Cina nih yang office dia kat Hell's Kitchen tuh, banyak services yang dia offer selain akupuntur dan massage. Aku terasa nak buat cupping pulak lah, ala, treatment yang sedut angin kat badan guna gelas yang taruk api tuh. Dah lama tak buat treatment tuh. 

Sebelum aku keluar, aku simpan dulu duit gaji yang aku dapat semalam tuh, jugak duit lain yang ada kat wallet. Aku tak nak bawak banyak (macam lah aku ada banyak duit, kan?), nak bawak dalam 500 aje. Nanti kalau bawak lebih, takut terguna pulak duit tuh kan? Iyalah, mana tahu aku tersinggah tempat lain kan? Mana tahu aku terbuat akupuntur, kan? Mana tahu aku terbuat facial, kan? Mana tahu aku terbeli camera, kan? Semua tuh macam tunggu masa aje, aku tahu sangatlah tuh. Silap-silap, sekali harung aje aku terbuat semua benda-benda tuh. In times like this, itu aje yang boleh buat aku rasa happy. Gamaknya lah.

Itu yang aku bawak duit ala kadar aje tuh. Macamana pun, ada jugak aku terfikir, yang sebenarnya cukup duit 500 tuh untuk buat semua benda tuh. Iyalah kan, takut jugak nanti aku terkilan tak dapat buat akupuntur, facial, atau tak dapat beli kamera, just because aku tak bawak duit lebih. 

So kaedahnya, duit yang aku bawak tuh macam "cukup tak cukup" lah gitu. Yang kalau aku nak belanjakan, aku kena fikir dulu. Jugak, yang kalau aku tak belanjakan, aku akan rasa macam tak lengkap aje hidup aku, dan aku akan cuba cari jalan untuk dibelanjakan duit tuh. Sebab aku dah anggap yang duit tuh dah diwakafkan untuk dibelanjakan. 

See, dengan diri sendiri pun aku kena berDQ.

"Joe, kalo kamu ke Chinaton (Chinatown), kamu pergi tempat MakCik (Jenny), anih ya, ke mana dia pindah?", kata tuan rumah aku, Lily, dia suruh aku jenguk-jenguk tempat MakCik Jenny sebab dia kata MakCik Jenny dah lama tak bukak office. Entah apa masalahnya, entah-entah dah pindah. Kalau pindah, tentu ada ditampal notis kat pintu office kan? Takkan pindah senyap-senyap gitu, lari lah clients dia kan? 

So aku singgahlah sekejap kat Chinatown, tak ada niat nak ke situ pun mulanya. Memang pun, office MakCik Jenny tuh tutup, aku nak tanya Mei-Mei yang kat office sebelah, tapi kat situ penuh dengan orang tengah cari kerja. So aku melilau aje lah kat dalam kompleks tuh. 

Sesambil tuh, terbaca pulak satu review/iklan pasal this one Doktor. Tak semena-mena aku termasuk ke pejabat Doktor Cina tuh. Dah tuh, aku tertanya lah pulak pasal acupuncture treatment yang dia buat tuh. Tak payah cakap banyaklah, terus aku terbersetuju, dan terus aku terbuat appointment untuk esok, pukul 1 tengahari. Dah tuh, terus lah aku termalas nak ke Hell's Kitchen.

Aku menyusur jalan kat situ ajelah, aku pergi ke tempat yang aku jumpa PakCik Arthur Pukimak dulu tuh, mana lah tahu kalau-kalau terjumpa dia lagi sebab masa tuh memang masa dia berkeliaran di situ. Tak ada dia kat situ, so aku pergi makan kat Malaysian Restaurant, makan nasi goreng ikan masin. 

Elok aje aku keluar dari restoran tuh, aku nak terberak sangat rasanya. Nak masuk semula restoran tuh dah malu, itu pun kalau tokay tuh kasi aku melepas guna tandas diaorang. Terkemut-kemutlah aku menahan berak akhirnya naik train ke Times Square, nak berak kat Port Authority Bus Terminal. One thing for sure, aku akan ingat sampai bila-bila, especially kalau aku balik Malaysia nanti, yang bus terminal tuh memang tempat berak aku aje. 

Aku tak merayau ke mana-mana dah lepas tuh, aku terus ke Bryant Park, aku nak ke New York Public Library (kat belakang park tuh) . Ala, I've seen them all lah bangunan-bangunan kat Times Square tuh. Lawa library tuh, rasa macam masuk muzium aje sebab architecture dia cantik, lagipun, yang masuk situ tuh semuanya tourist, siap ada guided tour lagi dibuatnya. 

For the first time in my life, aku pergi library tapi tak nampak buku-buku. Sebab aku pun tak tahu kat mana buku-bukunya, apa yang aku nampak, banyak bilik-bilik, yang bila aku masuk, semuanya macam muzium aje, ada exhibiton gitu. So aku terus aje lah keluar, aku melepak aje kat tangga library tuh macam orang lain jugak.

Best rasanya, cuaca pun ok. Terlama pulak aku melepak, ada dalam sejam lebih aku di situ, then pindah pulak duduk kat kerusi yang menghala ke Fifth Avenue. Orang ramai yang duduk berjemur, aku pilih kerusi yang di bawah pokok, redup. So aku lepak aje lah kat situ sesambil tengok orang lalu lalang.

Rasanya esok lusa pun aku nak ke situ lagi lah, boleh pasang webcam, kan? Eh, tak boleh lah pulak, sebab aku masih dalam mode menyembunyikan diri kat YM nih.

Belum pukul 2 lagi aku dah naik train ke Forest Hills, aku sambung melepak kat library di Forest Hills lah pulak, sementara tunggu 4-30 pm, waktu aku masuk kerja. Aku rasa macam happy aje sebab at least aku tak melepak kat rumah aje kerjanya. Dan jugak aku tak online pun. Dan jugak, aku akan ada jawapan bila nanti Hal tanya, "So, how was your day today? What did you do?". Memang itulah soalan pertama dia tanya aku bila aku sampai ke apartment dia, dan sesambil mengurut belakang dia tuh, aku pun akan ceritalah apa-apa yang aku buat sepanjang hari. Biasanya aku angkat kedua-dua tangan, sambil kata, "Nothing, absolutely nothing....." Tapi harini, adalah kelainan sikit. 

Nih aku tengah plan untuk esok lusa dan seterusnya, apa nak buat di sebelah pagi. Aku kena buat something, kalau tidak, apa aku nak tulis kat blog, kan? 

13042008


Dear Diary, 
Kau tahu yang Hal tuh cacat, kena MS (Multiple Sclerosis) kan? Dah 15 tahun dah dia macam tu tuh. Kau tahu yang kalau kat Malaysia, itu dipanggil mati separuh badan, kan? Kau tahu yang seluruh anggota badan dia tak berfungsi, kecuali tangan kiri dan ke atas aje? Yang lainnya, semuanya lembik, tak boleh digerakkan. Dan kau tahu, yang kote dia pun lembik aje, itu yang aku kata macam anak tikus mati tuh. Bukan takat mati pucuk lagi, mati akar sekali kot? 

Aku tahu semua tuh sebab aku yang uruskan dia, sebijik macam menguruskan budak kecik, bayi. 

Tapi kan Dear Diary, aku ada benda pelik nak cerita nih. Aku pelik sangat, aku pun tengah buat penyiasatan lah gitu, konon-kononnya. 

Semalam kan Dear Diary, aku kerja 8 jam kat apartment David tuh. Dia keluar the whole day so aku sorang ajelah yang menguruskan Hal. Banyak pulak cekadaknya Hal tuh, entah berapa kali kena usung dia turun naik katil, nak tukar seluar lah, nak tanggalkan pampers lah, nak pam kencing lah. 

Dan semalam jugak, dia nak berak. Aku memang dah standby sebab kalau weekend, sure dia akan berak at least sekali. Kalau tak Sabtu, sure Ahad, sebelum aku balik kerja. Oh yes, aku terperasan yang bulu-bulu kat badan dia dah bercukur, sure caregiver Mamat Filipino tuh yang cukurkan dia. Aku memang dari dulu dah saspennya kalau-kalau aku disuruh cukur bulu-bulu dia tuh sebab dia banyak kali sound yang badan dia gatal-gatal. Takat bulu-bulu lain aku bolehlah cukurkan, tapi kalau bulu jubur? Jubur lah aku nak cukur bulu jubur orang, kan Dear Diary? Ok, aku bukan nak cerita pasal bulu jubur nih benarnya. Nak cerita pasal lain. 

Lepas pada insiden Hal terberak kat tangan aku ituhari, sekarang nih Hal suruh aku pakai gloves aje lah kalau nak uruskan dia masa dia nak berak. Aku tak pakai gloves pun, malaslah, susah nak kerja kalau pakai gloves nih. Lagipun, kalau pakai gloves, sure dia akan expect yang tangan aku akan jauh merayapnya kan? Kalau aku tak pakai gloves, aku tak lah berani nak meraba-raba sangat kan? Ala, bukan apa sangat pun, takat nak masukkan ubat kat lubang jubur Hal tuh aje, nak kasi dia lawas berak.

Aku macam tipu dia sikit semalam tuh, ubat tuh tak masuk semuanya ke dalam, aku buang setengah botol. Aku tertakut dia terberak kat aku lagi sekali, itu pasal. So semalam tuh, aku taruk ubat tu puh macam orang bakar mercun aje lah kerjanya. Lepas cucuh aje terus lari gitu. 

So puaslah dia nak berak, kan? At last dia terpaksa korek guna tangan. Kau tau lah kan Dear Diary, korek apa, kan? Lubang apa, kan? Terbanyaklah kotor nya badan dia tuh jadinya, terselet taik kat merata-rata. Dan kena lah aku kasi dia sponge bath, lepas dia berak tuh. 

So aku bersihkanlah dia, lap kan dia dengan sponge yang dah ditaruk sabun tuh. Dengan orang cerewet macam Hal tuh, semuanya nak betul-betul bersih. Bersih, lap, bersih, lap. Kat celah kelangkang dia. 

Eh Dear Diary, kau tahu aku dah sebulan lebih kerja, buat benda yang sama kan? Membersihkan Hal. Kau tahu yang memang itu routine aku kan sebagai Caregiver? Ok, kau tahu, tak apa. 

Tapi itulah Dear Diary, sebab macam lama jugak aku membersihkan dia tuh kan Dear Diary, aku terperasan something. Ok, sebelum-sebelum ini kan Dear Diary, buat benda-benda tuh biasa aje, tak ada apa-apa pun, aku memandi dan mengeringkan anak tikus mati. 

Tapi kan Dear Diary, semalam tuh, aku terperasan benda lain lah Dear Diary. Macamana aku nak cakap ni hah? Ok.... aku terperasan yang kote Hal tuh stim! Sabar, kau jangan gelak dulu Dear Diary, tunggu aku habis cerita. Dan kau jangan pulak kata aku kerjanya duduk menganalisa kote Hal tuh, bukan! 

Selama ini aku tahu yang dia tuh memang tak boleh stim, lumpuh seluruh badan. Dan beratus-ratus kali aku uruskan dia, aku cuci dia, aku sapu minyak, aku sapu bedak, selama ini kan? Tak ada apa-apa reaksi pun. Terlentok aje kote dia sepanjang aku bersihkan tuh. 

Tapi semalam tuh, aku terperasan (aku nak stresskan word terperasan nih) yang kote dia stim, kote dia macam bertenaga, kote dia macam keras, kote dia macam bangkit gitu. Bukan lah bangkit untuk berdikari, bukan jugak bangkit dengan gagah perkasa gitu tapi bangkit secara perlahan-lahan. Macam dinasour kat dalam cerita Ultraman tu kan, bangkit perlahan-lahan. 

Dalam keterkejutan aku tuh, dalam kepelikan aku tuh, aku buat selamba aje, walaupun aku macam tak percaya. Memanglah aku tak percaya kan? Kan ker anggota badan dia lumpuh, kan ker selama ini dia memang tak boleh stim. Selama 15 tahun dah dia gitu. So, itu yang aku pelik sangat tuh apa pasal kote dia boleh ala-ala stim. 

Aku lap lagi dia, sesambil tuh aku pegang kote dia (guna towel lah kan), memang sah kote dia stim. Keras! Botak kepala aku pelik memikirkan apa pasal boleh jadi tindak balas macam tuh. Bukannya taruk gel atau lube ker apa kan? Guna air! Guna air pun boleh stim? Patutnya makin kecut, kan? 

Aku tak tahu Hal perasan atau tidak. Aku rasa dia tak expect dia akan terstim sebab bila dah siap tuh, bila aku nak keluar dari bilik air, aku nampak Hal pukul-pukul kote dia. Eh pukul pulak, apa word yang sesuai? Dia nak masukkan kote ke celah peha-peha dia (simply sebab kote dia tuh macam mencanak, berdiri teguh gitu). So dia kibas-kibas, kuis-kuis kote dia. Cuba korang bengkokkan spring, then lepaskan spring tuh. Macamana jadinya? Dia lurus semula, kan? Macam tu lah kote Hal tuh, much to his suprise. Aku dah lama terkejutnya. Sebab malu kot, dia senyum aje lah kat aku, aku buat-buat tak nampak aje lah, terus aku ke bilik nak ambil pampers. 

Mula dari saat itu terus aku fikir, terus aku pelik, apa pasal boleh jadi gitu? Aku suspect yang mungkin sebab hari-hari aku urut dia kot, so urat-urat dia mungkin ada yang dah tak bersimpul? Aku urut tapak kaki dia hari-hari jugak, aku rasa itu sebabnya kot? Entah, aku pun tak tahu, aku nak siasat nanti lah apa pasal boleh jadi gitu tuh. Nanti aku nak beritahu David lah, kalau betul-betul confirm yang kote Hal tuh dah boleh bangun semula. Sedikit demi sedikit. 

Ish, tak kan penangan urut aku kot? Macam tak percaya aje kan? Aku urut telapak kaki lah, bukannya urut kote dia, so jangan labelkan aku sebagai Tukang Urut Tenaga Batin. 

Eh Dear Diary, kalau kau pedap anak tikus mati, then tiba-tiba anak tikus tuh hidup lagi, apa kau akan buat hah? 

10042008


Cuaca panas hari nih, dalam low 70's gitu. So aku rasa baik aku melepak kat luar, daripada memerap kat rumah aje sebelum pergi kerja. Esok lusa dah sejuk balik, hujan pulak tuh, so sementara panas nih, eloklah aku ambik kesempatan untuk jalan-jalan kan? 

I was a little down gak sebenarnya, sejak semalam lagi. Down-down gitu lah. Biasalah kan, men get lost sometimes, men get lonely sometimes kan? Sejak semalam lagi dah aku rasa tak sedap hati aje, itu yang pukul 3 lebih aku terbangun tidur, terlepak online sekejap, semalam tuh. 

Bila bangun pagi, aku jadi malas buat apa-apa, asyik dok menyetare screen laptop. Tak boleh jadi macam ni nih, kata aku dalam hati. The more aku layan perasaan yang tak berapa sedap tuh, the more aku akan rasa down. Itupun aku dah terlayan jugak sikit-sikit tuh mulanya. 

Korang tau lah kan, aku kalau tengah down-down gitu, biasanya aku cuba hiburkan hati, aku cari lagu-lagu best, lagu-lagu lama yang biasanya lagu-lagu sedih, then aku download. Then aku ulang-ulang dengar lagu tuh. Exactly itu lah what I did this morning, kebetulan pulak semalamnya asyik dok bercerita dengan Hal pasal lagu-lagu Gloria Estefan (dan Miami Sound Machine). So, bodoh jer aku sepanjang pagi tadi tuh, melepak kat katil, sambil dengar lagu Don't Wanna Lose You. Lagu Anything For You aku dengar jugak tapi tak lah sekerap lagu Don't Wanna Lose You tuh.

Aku keluar tak bawak laptop pun walaupun aku rasa kalau melepak kat Central Park, atau kat Bryant Park, sesambil online, sesambil berjemur, sure aku akan nampak macam kelas aje. Aku cuba tak nak bergantung kat online life sangatlah, yang aku selalu online tuh bukan apa. Sebab aku selalu ada kat rumah. Kat rumah apa lagi nak buat selain dari online kan?

Aku ke 34th Street/Herald Square. Memang pun, best tengok ramai orang lepak-lepak kat luar, happy-happy semuanya sebab cuaca best, panas. Tak lah panas mana pun tapi kira panas jugaklah. Aku merayap-rayap gitu lah, tak ada lah rushing langsung sebab aku ada banyak masa. Terasa macam lapang sikit dada, ada lah rasa happy jugak di sepanjang perjalanan ke area Times Square tuh. Yang buat lawaknya, sesambil jalan tuh, aku asyik dok nyanyi lagu Don't Wanna Lose You tu lah. Malu pulak nak mengaku rasanya, tapi gitu lah aku tengahari tadi tuh. 

Lama jugak aku kat kawasan Times Square tuh, masuk Hard Rock Cafe kejap, masuk Reuters jugak, lepak kejap kat Planet Hollywood. Letih menapak, aku masuk Marriott Marquee. Termasuk situ, terasa nak mengopi pulak so mengopi lah aku kat terrace tuh sambil tengok orang lalu lalang. Aku fikir, walaupun aku Bangla jer, tapi still aku kena keep up with the Joneses lah kan? Too bad aku lupa nak bawak sunglasses. Kalau tidak.... ala, korang boleh bayangkan sendirilah kan kekelasan aku yang tak terperi-peri tuh kan?

Aku ke Port Authority Bus Terminal pulak lepas tuh sebab nak Zohor. Nak terberak pun yer jugak. Berak kat tandas di situ aman sikit, compared to berak kat tempat-tempat lain. 

Aku sampai ke Forest Hills pun awal, belum pukul 3 pun. So lepas mengeteh (lagi?), aku terus ke library. Baca magazines aje lah kerjanya, baca cerita-cerita pasal artis. Keluar dari library, on the way ke apartment David, aku rasa macam lapang aje dada aku, macam hilang sekejap down aku. Itu yang aku fikir, apa pasal aku tak cut off aje diri aku nih dari internet? Pasal apa aku tak lupa kan aje internet? Apa yang aku dapat dari internet nih? Lebih baik kalau aku buat macam apa yang aku buat hari nih, jalan-jalan, buat hal sendiri. Itu lebih berfaedah kan? 

Apa pasal aku macam menyalahkan internet yang buat aku rasa down? Heheheh, biar aku sorang aje lah yang tahu pasal apa. 

09042008


5. Dah sebulan lebih dah aku kerja. Hari-hari kerja. Walaupun weekdays tuh cuma 4 jam sehari, tapi weekends 7 atau 8 jam, tapi setiap hari aku ke apartment David dan Hal. Ada dah terasa boringnya doing the same routine day in day out kan?

So aku tengah cari jalan aje lah untuk hilangkan rasa bosan aku tuh. Yang aku nampaknya, aku kena keluar jalan-jalan di sebelah pagi, sebelum pergi kerja. Masalahnya, aku nih malas keluar, nak memerap kat rumah aje. Bukan buat apa pun, online aje kerjanya. Tapi, kat online pun aku malas. Nak belajar Forex? Malas. Nak update blog? Malas, Nak chat? Malas. Nak cari kawan? Malas. 

Aku tertakut nak keluar jalan-jalan sebab aku tahu sangat dah aku nih, sure akan ada terbeli benda-benda yang tak sepatutnya aku beli. Penyudahnya aku tak ke mana-mana. Penyudahnya aku lepak aje lah kat rumah. Penyudahnya aku jadi bosan melepak lama-lama kat rumah. Penyudahnya (sebab melepak aje) aku keluar kat area-area rumah dan pergi shopping sebab bosan. So gitulah, tak akan sudah-sudah penyudahnya. 

Dan aku rasa, tiba lah masanya aku mengrewardkan diri aku dengan pergi either tengok Broadway show, atau tengok concert. Kenalah pembaloian yang setimpal kan? Aku ada cadang nak either tengok Jersey Boys atau A Chorus Line (pelakun dia Mario Lopez yang femes tuh) tapi rasanya baik aku tunggu Billie Elliot yang nak main bulan depan kot. Biar jadi one of the first few yang tengok show tuh kan? Itu baru betul-betul memorable nanti kan? Dengar cerita nya, ada nak buat show The Diana Chronicle tapi haruslah berbulan-bulan lagi tuh. Macamana pun, nak pergi Broadway show tuh top on my list lah buat masa nih.

Ada jugak, selalu jugak, aku check kalau-kalau ada concerts yang best-best. Banyak tapi timing tak sesuai, kebanyakannya weeknights. Yang weekends pulak, jauh-jauh. Bruce Springsteen, The Police, Bon Jovi, George Michael, Celine Dion, Billy Joel, antara concerts yang akan dibuat kat area sini. Tak ada pulak concert yang best, yang aku suka yang nak dibuat kat Madison Square Garden, setakat ini lah. Tak masuk akal lah kan aku tak akan ke Madison Square Garden nak tengok concert, sebelum aku balik Malaysia kan? 

Rasanya aku tak ada pilihan lain kecuali pergi tengok Duran Duran kat Summerstage, Central Park. Itu akhir bulan depan tuh (lambat lagi), Sabtu, pukul 7-30 malam rasanya. Oklah timing, sempat aku bergegas dari rumah David nanti kot. 

Dan rasanya dah lama dah aku tak pergi buat acupuncture treatment kan? Aku belum pernah buat pun sejak kat New York nih. Rasanya high time lah aku buat acupuncture semula kan? Laaa, cuci muka pun dah lama jugak tak buat nih.

Tapi, aku dah terbayang yang aku buat semuanya nanti tuh. Pergi Broadway show, pergi concert, buat acupuncture, buat facial, semuanya. Wakakakkaka Mamposlah habis duit kalau buat semuanya nanti tuh. Tu lah, rasa macam tak lengkap aje hidup aku kalau tak buat semuanya tuh, satu persatu. Nampak sangat aku nih tamak, kan? Mulanya fikir satu, then fikir yang lain, dan fikir alternative lain, last-last nak kesemuanya. Tak apalah, as long as I'm happy kan? That's all that matters. 

[Nasib lah aku kerja aku jadi macam Julia Roberts yang dalam film Dying Young dan Jennifer Lopez yang dalam Maid In Manhattan tuh kan? ]

Ok, habis bab tuh. 

6. Aku, almost every week aku buat satu kerja part time yang lain. Kadang-kadang dua. Susah jugak nak cari kerja part time gini nih, nak kena selalu online. Mungkin itu jugak sebabnya aku jadi malas sangat nak keluar, sebab aku kena selalu check email, aku ada resgister kat satu board nih untuk kerja-kerja caregiving.

Itu yang aku ada jugak dapat emails pasal kerja-kerja part time nih. My previous clients pun ada email aku tapi sebab timing tak ok, aku tak dapatlah nak kerja kat apartment diaorang tuh. Remember that guy yang bayar aku 60 sejam kat Connecticut dulu tuh? Dia selalu turun New York untuk berubat, tapi weekends. Aku kerja one whole day kalau Sabtu, Ahad, so tak dapat nak kerja dengan dia. PakCik John Walls tuh pun, yang kuat merajuk tuh, dia ada talipun jugak, aku selalu tengok iklan dia kat backpage.com. Kesian dia, tak ada orang nak kerja jaga dia kot. 

Semua kerja part time yang aku buat, dibayar $20 sejam sekarang nih, kira besarlah tuh sebab ada aku tengok yang orang mintak dibayar $10 sejam aje. So kalau $20 sejam nih, kira dah masuk pekerja kelas atasan lah lebih kurang. Aku tibai aje, diaorang yang nak bayar aku $20 kan? Kalau nak kasi $15 pun aku sanggup benarnya. 

Lagi satu, sebab dah terbiasa dapat gaji dalam lingkungan itu, aku dah malas nak cari kerja yang lain yang gajinya tinggi sikit aje dari minimum wage. tamak lah namanya tuh, mudah sangat lupa yang kerja kat restoran Cina dulu, gaji dalam enam tujuh dollars aje sejam. 

So, aku kerja lah dua tiga jam sehari, buat tampung kerja 4 jam yang aku kerja hari-hari kat apartment David tuh. Banyak jugaklah dapatnya kalau dikumpul-kumpul kan? Tapi.... selama ini, dah 4 kali, aku, at the end of the session, aku tak ambik duit yang diaorang kasi tuh. Simply because aku macam terkesian dengan diaorang. Aku tau orang akan kata aku bodoh, nak buat charity (pasal aku macam sensitif sangat dengan word "charity" ni hah?) konon, nak jadi philanthropist gitu. Tak jugak benarnya. Kalau korang jadi aku pun, mungkin korang tak sampai hati nak ambik jugak kot. 

Ada satu PakCik nih, dia dah lah tua, macam cacat pulak tuh. So aku ke apartment dia, tolong-tolong dia pindah barang dari tingkat 3 ke tingkat 1. Susun itu ini, berlari kejap pergi kedai, pergi sana sini. Untuk belikan barang-barang dan bayar bills. Bila dia nak kasi aku duit, aku tak sampai hati nak ambik. 

Satu PakCik yang lain tuh gitu jugak.

Sama Mamat yang lagi satu tuh pun sama jugak.

Dan ada satu Mamat nih, Mark nama dia, in his late 30's, dia baru pindah kat area-area Wall Street. Dia suruh aku tolong dia kemas apartment for like 3-4 hours, once a week. Malam hari Ahad, dari pukul 7 petang (aku kerja sampai pukul 5 aje kat tempat David hari tuh) sampai siap semuanya. So aku pergi lah ke apartment dia yang aku tengok, macam tempat orang kaya-kaya aje. Tak lah aku terkejut sangat sebab nama pun kat Wall Street kan? 

Kawan dia yang duduk kat apartment tu pun ada masa aku sampai tuh so terus ajelah kitaorang gotong royong bersih sana sini, susun itu ini. Tak lama kerja, terus aku jadi macam tersuka buat benda-benda tuh sebab diaorang bertiga tuh jadi macam kawan aku pulak. Kitaorang sembang aje sesambil kerja tuh, diaorang yang banyak tanya aku. Tanya pasal aku lah. Aku tak tahu tapi aku rasa diaorang macam pelik sangat kat aku kot, aku rasa diaorang underestimate aku mula-mulanya. Sure diaorang ingat aku nih just another immigrant yang tak tahu apa-apa. I blend so well dengan diaorang sampaikan aku ada terfikir yang aku tak sepatutnya baik sangat dengan diaorang. Sebab aku pekerja aje kan? Bila dua-dua member Mark nih dah balik, tinggal aku aje yang tolong dia kemas-kemas, bersih itu ini. 

"You are a good guy Joe, you have values. Great values", kata Mak [mamposlah dibold dan dikalerkan lagi font tuh wakakakaka] , bila aku kata yang aku sorang-sorang aje kat New York, aku tak ada kawan pun. Ha, kadang nya aku nih sedap aje bercerita, macam menulis kat blog aje, laju aje.

"What do you mean?", aku tanya dia, tapi dalam hati aku kata, "Yes, yes.....at last ada jugak orang yang menghargai aku, at last ada jugak orang yang faham diri aku, walaupun baru beberapa jam dia kenal aku". 

"You know what I mean, you are a serious person, you have personality, good traits" kata Mark. Macam nak tersedih pulak aku dengar dia kata gitu tuh walaupun hati aku tersengih-sengih senyum. Aku fikir, kalau betul apa yang dia kata tu, apa pasal aku tak ada kawan? Apa pasal member-member aku yang kat online tak cakap macam yang Mark cakap tuh? Diaorang nih tak kenal aku ker? Ker diaorang nih not worth it to be my friends sebab diaorang tuh baik sikit aje dari Syed yang tak reti menghargai kebaikan orang?

So, lepas pada tuh, tak heranlah bila Mark nak bayar aku, aku selamba aje kata, "No Mark, you keep the money". Terkejut sangatlah dia kan? Sampaikan dia mintak maaf kalau-kalau dia ada buat salah, tercakap kasar atau tersalah tanya apa-apa, sampaikan aku tak nak ambik duit upah. Tak reti jugak aku nak explain kat dia yang I was having a great time there dan apa-apa yang dia dan kawan dia puji pasal aku, itu dah lebih dari wang dollars. *Mamposlah aku nih suka makan puji rupanya*

Cepat-cepat aku mintak diri nak balik, sebab aku tengok Mark macam terpinga-pinga gitu. Kat dalam train baru aku terfikir yang aku nih tak fikir pun pasal Mark tuh. Sure dia tertanya-tanya kan? Nasib baik bila aku sampai rumah, dia ada email aku dan bila aku explain semuanya, baru lah dia boleh faham. 

"See, I told ya, you are one great guy, Joe", kata dia kat talipun. Aku gelak kan aje lah. Macamana pun, aku setuju bila dia kata dia nak belanja aku makan, sama kawan-kawan dia, malam besoknya. Aku rasa happy aje lepas tuh bila tahu yang aku dah dapat kawan baru, bukan sorang tapi bertiga. "Best agaknya kawan dengan Mat Salleh nih, diaorang nih bukan macam Melayu kan, yang macam kolot aje pemikirannya tuh". Nasib baik lah aku nih, walaupun Bangla aje, tapi cara pikir aku kadang-kadang tuh mengalahkan cara pikir Mat Salleh lagi. Hehehhee

08042008


Banyak pulak benda nak tulis nih tapi tak tahu nak start kat mana, macamana. 

1. Aku tak cerita pun lagi pasal sakit dada aku tuh kan? Tak ada apa nak cerita pun sangat cuma sekarang tak ada lah macam dulu sakitnya. Kalau dulu, sakit dada aku tuh berterus-terusan, sekarang nih ada rasa sekejap-sekejap gitu. Rasa macam ada benda tersumbat kat dada, itu yang bila aku ada rasa sakit, aku ambik nafas dalam-dalam. 

Aku makan ubat setiap hari, setiap waktu dan ketika. Berlambak ubat kat meja aku nih, bertitiran. Kenyang makan ubat aje jadinya. Yang aku beli kat pharmacy dulu tuh dah habis kedua-dua botol, ranaplah dekat dua ratus lagi nih nak beli yang baru. Untuk sementara tuh aku makan bekalan ubat yang ada member hantar dari Malaysia. Ada jugak ubat yang aku stop ambik sebab every time aku ambik, kepala aku jadi pening sampaikan aku kena makan ubat pening kepala nak hilangkan pening tuh. So aku stop ambik ubat tuh. Ada jugak aku terfikir, entah-entah aku nih silap makan ubat kot? Bayangkanlah, kalau kita sakit lain, tapi makan ubat lain, kan? 

Minggu lepas aku dapat bill dari lab yang buat blood test aku tuh, kena bayar $430 before end of the month. Aku ingatkan tak kena bayaran apa-apa dah, iyalah kan, aku dah bayar seratus kat Doktor so aku ingatkan tak kena bayar apa-apa dah. Tunggu akhir bulan lah baru bayar, nak bayar sekarang, duit jadi sikit nanti. Aku kalau duit sikit, kadar kekonfidenan aku jadi menurun.

Ok, habis bab tuh. 

2. Aku dah tak tahu cerita pasal Heru, cellphone aku pun dah sentiasa aku off kan aje sekarang nih. Dan tak ada pun mesej dari dia dah. Cuma aku dapat mesej-mesej dari Armi pulak. Ingat siapa Armi tuh kan? Ajen Indo yang masa aku sama Heru kerja kat KFC dulu tu lah, yang tipu kitaorang tuh. Aku suspect, Heru pergi ke Philadelphia sebab nak mintak duit dari Armi (duit hutang), so Heru sure cerita kat Armi pasal kerja aku sekarang kan? Sure dia pun teruja tuh nak cari kerja macam aku, sebab Armi nih dia punya English boleh tahan jugak, dibandingkan dengan orang Indo yang lain. 

Last aku jumpa Armi, masa aku terjumpa PakCik Arthur Pukimak dulu tu kan? Masa Armi dapat kerja jadi waiter kat Penang Restaurant. Aku dah agak yang dia tak lama kerjanya kat restoran tuh. Baik aje bahasanya siArmi tuh kat cellphone, hampir aku tertalipun dia semula. Tapi, buat masa ini tak nak lah, aku nak duduk sorang-sorang, tak nak sapa-sapa kacau aku. 

Ok, habis gak bab tuh.

3. Pasal kawan kita Syed pulak? Dah dua minggu dah rupanya dia kerja di DC. No news tuh maknanya good news lah kan I hope. Aku pun dah bukak semula blog aku (walaupun url baru) tapi aku berjaga-jaga jugak kalau-kalau dia ada datang blog aku. Dan since dah tak ada cerita pasal dia, dan aku dah tak kisah dia nak baca atau tidak blog nih, aku tak kisah dah lah. Dia bukan duduk sama aku kan? 

Tapi.... baru tadi aku called dia (semalam he left a message on my cell, tapi tak clear), rupanya dia dah dibuang kerja. Kesian pulak aku mendengarnya. And he's coming to New York pasal nak collect check gaji yang dia kerja dua hari kat 7-Eleven dulu tuh. 

Dia nak jumpa aku untuk makan-makan, lega jugak aku mendengarnya bila dia kata dia nak jumpa aku sebelum dia balik semula ke DC. Buatnya dia nak lepak sama aku lagi, kan? Dulu aku ada beritahu dia yang Heru nak duduk sama aku, now that tak jadi, sure dia akan tahu yang aku duduk sorang-sorang kan? Aku mana boleh tipu dia sebab buatnya dia baca semula blog aku bila dia tahu yang aku dah tak privatekan blog nih? 

Tengoklah macamana, kalau nanti ditakdirkan nama Syed akan muncul lagi kat dalam blog aku nih, terpaksalah aku privatekan semula blog aku. Atau pindah url *Mamposlah jadi Raja Tukar URL* Macamana pun, nih aku nak beritahu sapa-sapa yang berkenaan. Hafal, bookmark kan tagboard aku tuh sebab kat situ aje lah aku kasi info, kata lah aku terpaksa tutup blog atau pindahkan ke tempat lain. Belajarlah dari kesilapan lepas yang sebab tak tahu url tagboard aku, terkapai-kapai memasing yang tak tahu apa jadi dengan blog aku kan? Kalau aku privatekan blog, atau pindah url, aku akan beritahu kat tagboard tuh. Aku tak nak lari dari peminat, aku nak lari dari orang yang aku tak suka aje. Wakakakakka. 

Ok, habis bab tuh.

4. Tuan rumah aku, Lily, orang Indo tuh, dia dah tak kerja. Dulu dia kerja kat salon potong rambut. Suami dia kerja kat kedai Cina. So dia mintak aku tolong carikan dia kerja melalui internet, she knows nothing pasal internet. Ada lah aku kasi dia a few contacts tapi dia nih macam takut-takut aje nak kerja dengan orang persaorangan, macam yang aku buat. Aku suruh dia kerja jadi caregiver macam aku tapi dia tak nak. Tak sanggup katanya, geli dan kotor. 

"Well, it's not that bad actually, it's all in your mind", aku kata gitu. Tak tahu lah samada dia pandang aku semacam sebab aku kerja jaga orang cacat nih kan? Ataupun entah-entah dia respect kat aku sebab sanggup buat kerja-kerja gitu. 

Oh yes, Lily tanya aku betul ker MakCik Jenny dah tutup office sebab dah lama office MakCik Jenny tuh tak bukak. Aku tak tahu, nanti senang-senang aku nak ke sana lah, nak tau cerita. 

No 5, 6, 7, dan seterusnya esok-esoklah aku update.... heheheh

My Daily Life As A Caregiver (3)


Dah siap berpakaian, Hal ikut aku turun ke dapur pulak lah kan? Pasangkan tv, so dia tengok tv sementara aku sediakan kopi dan juice untuk breakfast dia esoknya. Bukan apa sangat pun, masukkan kopi ke coffee mixer, tuangkan juice ke dalam bekas air dia. Itu aje, senang aje kerjanya kan? Tapi, with Hal ada kat situ, kerja yang senang gitu tuh jadi susah ya amat. 

Nak bukak kitchen cabinet kena slow-slow, nak bukak fridge pun kena ada aturan, nak sukat kopi kena betul-betul, pendek kata, nak buat sesuatu tuh semua kena ikut style dia. Tensen jadinya. Kadang tuh, kalau David balik kerja agak cepat, dan bila Hal tak ada di dapur, aku buat benda tuh sekelip mata aje. 

Lepas tuh, panaskan soup. Hal makan soup setiap petang. Aku yang suapkan. Biasanya by that time, David dah balik kerja, so Hal akan ke bilik, dia nih macam tak boleh berenggang dengan adik dia tuh. Masa diaorang kat bilik, aku buatlah apa-apa yang patut. Tak ada kerja apa sangat pun, lap-lap apa yang boleh dilap. Then aku tengok tv aje lah, tengok Cash Cab. Diaorang tengok jugak, tengok kat dalam bilik. Aku tengok kat dapur. Selalu masa tengah quiz tuh, mak David akan talipun, nak tanya answers to the quiz. Mak diaorang duduk kat area situ jugak, a few blocks away aje. 

Seterusnya penyediaan dinner. Biasanya diaorang order aje makanan, sekali-sekala aku disuruh pergi beli pizza kat luar. Best jugak, boleh aku jalan-jalan. Sekali seminggu, aku disuruh prepare salad. Aku suka tuh sebab at least ada kerja yang betul-betul kerja. Potong timun, bawang besar, lettuce, taruk tomato, chick peas, tuna salad, raisin, walnut, apa-apa tah lagi. Biasanya salad tuh tahan untuk 2 kali makan, diaorang makan untuk malam esoknya. Aku sekarang dah tak makan sama diaorang, malas lah aku. Diaorang pelik apa pasal aku tak nak makan tapi aku kata lah yang aku biasanya dinner dalam pukul 10 gitu, lepas balik kerja. Sekarang nih, kat apartment diaorang, cuma aku akan makan lunch aje, kalau weekends tuh. Selainnya, aku cuma minum air. 

Dah bersih-bersihkan apa yang patut, dah kasi Hal makan pill, diaorang masuk bilik, tengok tv. Aku, mengemas-ngemas apa yang patut, buang sampah, lap meja, things like that. Dalam 7-45 malam, Hal akan ke bilik air, aku yang tolong dia cuci tangan, muka, gosok gigi. Then siapkan tempat tidur dia. Sesambil tuh tengok tv sama diaorang, biasanya tengok American Idol. Sabar lah diaorang nih, dah tua bangka pun suka tengok American Idol. 

Dalam pukul lapan suku, kena pam kencing H*a lah pulak. Dia kencing dalam botol, so aku kena masukkan kepala kote dia ke dalam muncung botol, then dia pegang botol tuh. Then aku kena tekan perut dia dengan dua-dua tangan aku, sekuat-kuatnya, sampailah air kencing dia terpancut. Letih gak nak menekan perut dia tuh, tambah-tambah kalau dia kurang minum di sebelah siangnya, dan tak ada air yang nak dikencingkan. Mulalah dia menyalahkan aku, kata aku tak tekan kuat-kuat, sedangkan aku dah habis tenaga menekan perut dia tuh. In that case, dia akan suruh David yang tekan, sebab David nih gemuk, berat. 

Yang tak dayanya kadang tuh, tekan perut dia, harapkan kencing yang keluar, tapi every time aku tekan, dia terkentut-kentut. Bersahut-sahutan pulak tuh. Puaslah aku menahan napas, sesambil menekan perut dia tuh. 

Lapan setengah aku habis kerja. Masa balik nih biasanya aku tak singgah di mana-mana, terus aje aku berkejar-kejaran kat tiga-tiga subway stations tuh, so biasanya dalam masa sejam aku dah sampai ke area rumah. Dah jadi habit, aku akan singgah kat kedai runcit yang memang banyak berkeliaran di kawasan aku duduk nih. Ada aje barang makanan yang aku beli. 

Dah sampai rumah, online sekejap, sesambil menalipun Redang Island, nak order makanan. Sekarang, dalam seminggu, adalah tiga atau empat kali aku order makanan dari restoran tuh. menu yang sama, tumis sotong, atau tumis udang, atau rendang udang. Kadang tuh kankung belacan, assam laksa, mee curry. 

Semenjak dua menjak nih aku masuk tidur tuh agak cepat, kadang belum pukul 11 aku dah tidur (Tapi sure nya lah dalam pukul dua tiga pagi aku akan terbangun sekejap, then online barang sesepuluh minit)

Kalau weekends, lain pulak ceritanya. Biasanya aku sampai ke kawasan apartment David tuh sebelum pukul 9 pagi, so aku akan ke bakery tuh untuk breakfast. Sesambil online. Weekends aku bawak laptop. David sama Hal baru lepas breakfast biasanya masa aku sampai tuh so terus aku cuci apa yang patut kat sinki tuh. Since diaorang lepak tengok tv, aku mop rugs, dan lap lantai. Tak ada sampah kotoran pun biasanya. Then aku tengok tv aje lah sementara tunggu kalau-kalau diaorang ada plan nak keluar. Kalau tak ke mall, pergi tengok wayang, itu aje aktiviti diaorang. Kalau tak, David akan ke gym, atau pergi jumpa kawan-kawan dia. 

So tinggallah aku sama Hal kat rumah. Aktiviti utama, cukur kan Hal, cuci muka, tangan. Kadang aje sponge-bath kan dia. Dah dua kali dah dia beritahu yang dia rasa gatal sebab bulu kat lubang bontot dia panjang. Mak oii, janganlah dia suruh aku yang cukurkan bulu lubang jubur dia tuh, mintak-mintak dia suruh caregiver Filipino tu lah nanti buat benda-benda cukur tuh. 

Entah, the rest of the day tuh tak ada buat apa pun, kadang dia suruh susun baju, betulkan itu ini. Terasa lama sangat masa kalau macam tu tuh, bosan aku jadinya sebab tak ada apa nak dibuat. 

Kalau David ada balik, lunch kitaorang sure nya tuna sandwich. Kalau dia tak ada, aku akan ke kedai pizza. Aku singgah gak kat bagel shop beli sandwich, sebab aku tak makan pizza. 

Petang, buat benda yang sama lah, urut Hal, atau temankan dia tengok tv. Atau, kalau dia nak online, aku yang navigate kan. Nak klik mana-mana link tuh kena klik sekali aje sebab kalau klik dua kali, internet charge didoublekan, kata Hal. Bodoh punya Doktor, dia ingat aku nih bengap sangat. 

Yang paling aku tak suka kalau weekend tuh, terpaksa jaga Hal nak berak. At least sekali, biasanya sekali aje. Kalau tak Sabtu, sure Ahad tuh. Itu lah kerja yang aku paling malas sekali, tapi aku nak buat macamana kan? 

Dan biasanya masa ini lah aku jadi either marah sangat atau terkesian sangat dengan Hal tuh. Well, sebenarnya kan, hampir setiap hari akan ada aje benda yang buat aku bengang kat Hal tuh. Setiap hari. Kalau lah aku ikut perasaan, dah lama aku berhenti kerja situ tuh. Sebab itulah, tak tahan dengan kerenah dia yang cerewet sangat tuh. Seingat aku, dah dua kali aku beritahu Hal yang kalau dia tak suka aku, cari aje orang lain sebagai pengganti. 

Sebab kadangnya cara dia tuh macam dia tak suka kat aku. Aku nih kan ker sensitif orangnya? Lagipun, aku bukannya suka sangat kerja caregiving nih (selain dari sebab gaji), kalau aku suka, apa pasal aku rasa malas sangat kalau masa nak pergi kerja tuh, walaupun kerjanya cuma 4 jam aje sehari kan? 

"I don't want you to go, Joe", gitu kata Hal, so dari situ aku tau yang dia bukannya marah atau tak suka aku cuma perangai dia tu lah, cerewet teramat. Bab itu aje yang aku tak tahannya. Sampaikan aku selalu kata dalam hati, "Orang tua nih, patutlah Tuhan jadikan dia cacat, cerewetnya lebih-lebih sangat". Atau, "tak sedar diri tuh cacat orang tua nih". Macamana pun, aku nih cepat cool orangnya, ditambah pulak bila aku fikir yang aku tak akan dapat gaji sebaik itu dah kalau aku kerja tempat lain. Aku fikir jugak yang orang lain tuh dibayar gaji minimum wage aje sejam, aku pernah dapat gaji way below minimum wage pun, dan sekarang nih gajinya 3 kali ganda dari minimum, tak kan aku nak berhenti pulak kan? 

Aku kena accept him the way he is lah kan? Sehingga aku dapat kerja yang lebih bagus, yang gaji lebih tinggi. Masa tuh nanti aku tonggeng kan bontot aje lah kat Hal, macam dia tonggengkan bontot suruh aku cuci jubur dia tuh kan? 

Iyalah kan, kita janganlah mudah berpuas hati dengan apa yang kita dapat kan? Kena lah sentiasa berusaha dengan lebih gigih lagi untuk memperkukuhkan ekonomi seharian kan? 

David sama Hal tau yang aku nih good in geography/travel dan music (kalau soalan kat Cash Cab tuh pasal geografi, atau nama-nama tempat, sure diaorang tanya aku) so kitaorang selalu sembang pasal benda tu aje lah dengan aku. Aku tak suka sangat sembang pasal travel sebab diaorang tuh cuma pernah sampai London aje, kampung sangat kan? Wakakakkaka, aku tak nak diaorang terasa rendah diri, aku ada tercerita yang masa aku student dulu aku pernah merayau kat Europe for about 18 months. Ternganga lah mulut diaorang kan?  

So aku lebih suka sembang pasal lagu-lagu, atau pasal tv shows yang lama-lama. Aku selalu tanya diaorang pasal British singers pasal ada jugak penyanyi yang so huge in the UK, tapi tak terkenal langsung kat US nih. Dan since diaorang tuh orang lama, sure lah aku kena tanya pasal penyanyi lama-lama kan? Diaorang tanya aku, tau dak singers like Shirley Bassey, Earta Kitt gitu tuh? Manalah aku tau, walaupun aku pernah dengar nama. 

Bila aku tanya diaorang, tau dak Bananarama, Cliff Richard, Alison Moyet, Black, T'Pau, Curiosity Killed The Cat, penyanyi-penyanyi tahun 80an, diaorang tak tahu pun. Untung aku masa sekolah dulu aku suka selongkar beg kakak aku yang tergila-gila sangat kat Wham! sampai berangan nak kawin sama Andrew Ridgley. Sekarang nih diaorang hooked kat lagu-lagu Alison Moyet, so balik-balik pasang youtube.com lagu-lagu All Cried Out, Weak In The Presence Of Beauty, Love Letter aje lah kerjanya diaorang tuh. 

Aku layan kan aje.


You took your time to come back this time 
The grass has grown under your feet 
In your absence I changed my mind 
And someone else is sitting in your seat 

I know that I said that there'd be no-one else 
I know that I said I'd be true 
But baby - I burned Cupid's arrow 
And here's the short and narrow 
I've nothing left to offer you 

'Cause I'm all cried out 
You took a whole lot of loving for a handful of nothing 
All cried out 
It's hard to give you something when 
You're pushing and shoving me around 

So don't look surprised there was no disguise 
You know where I stood from the start 
So stop - look around you 
You're right back where I found you 
Take back your cold and empty heart 

You go your way 
I'll go mine 
I won't stay around here 
Don't waste my time 

All cried out....... 

Kalau dah siap semuanya, dah baringkan Hal kat katil, aku mintak diri lah untuk balik. Diaorang suruh aku tunggu sampai pukul 6 tapi aku tak nak, kalau tunggu sesambil buat kerja tuh oklah kan? Lagipun, weekends aje lah aku rasa nak merayau ke mana-mana pun, so lepas balik kerja biasanya aku singgah kat Times Square, jalan a few rounds, baru lah balik. Itupun kadangnya aku singgah kat Chinatown. 

My Daily Life As A Caregiver (2)


Biasanya aku akan sampai kat Forest Hills dalam sejam sebelum masuk kerja. Aku ada dua tempat boleh lepak, kat library atau kat this Korean-owned bakery. Biasanya aku akan lepak kat situ, minum teh sama makan kek. Dah jadi habit pulak hari-hari mengeteh kat situ. Kat library aku pergi sekali sekala aje, biasanya kalau kat bakery tuh tak ada tempat duduk, so terpaksalah aku ke library. 

Dulu, masa on the way ke funeral bapak David, ada aku ternampak this one Malaysian/Thai Restaurant, nama dia Pinang (bukan Penang Restaurant yang terkenal tuh) kat area Forest Hills nih, tapi aku rasa jauh jugak kalau nak jalan kaki ke situ, sure tak sempat. Macamana pun aku janji yang satu hari nanti aku akan ke sana, nak try makan kat situ. 

Dalam 4-20 petang baru lah aku ke apartment David/Hal. 5 minit aje dari library/bakery tuh. Tak nak aku pergi awal-awal, buat rugi aku aje. Biasanya bila aku sampai, Hal kat dapur sambil tengok tv, atau menalipun. Mamat Filipino yang kerja di sebelah pagi tuh habis kerja pukul 4 petang so sementara tunggu aku, Hal akan lepak di dapur, tengok tv. 

Terus aje aku tukar pakaian, pakai pakaian misi jantan. Kena cuci tangan, muka semuanya sebab Hal tuh dulunya Doktor, semuanya nak kena bersih. Cerewet nak mampos. Tapi kan, dalam bersih-bersih tuh, aku masih tak faham apa pasal kalau nak cuci kote dia, nak cuci bontot, dia suruh aku guna bekas plastik tempat dia minum juice tuh? Jijik aku. 

Then Hal pun terus aje mengfrive scooter dia dan tunggu aku kat birai katil sebab nak suruh aku urut dia. Seharian dia di atas wheelchair/scooter aje, sure berkematu bontot. Mamat Filipino tuh tak reti urut, dan Mamat yang kerja sebelum aku tuh pun tak pernah urut Hal. Aku sorang aje yang kena mengurut. Nak sediakan alas katil semuanya tuh, kena buat hati-hati aje sebab cerewet Hal tu lah, herot sikit tak boleh, macam-macam lah. 

Nak tanggalkan baju dia pun kena ada caranya, aku selalu jadi terbengang masa nak tanggalkan baju dia sebenarnya. Sebab Hal nih, dia kononnya macam tak nak aku yang buat, dia nak tanggalkan sendiri. Bila terkial-kial tuh, bila aku nak cuba tolong, dia tepis-tepis tangan aku. Tepisan dia tuh kadangnya macam kasar sebab tangan dia terketar-ketar, tangan kiri aje yang boleh berfungsi sesikit, tangan kanan langsung kaku. Itu yang kadang-kadang aku sentapz tuh, aku ingatkan dia tepis aku, sebenarnya dia tak ada lah niat sebegitu. Kot. 

Kalau aku tak tolong, dia marah-marah aku. Bukanlah marah tapi dia punya words tuh sarcastik, walaupun dia kata dia melawak aje. "Are you going to strangle me?, dia kata gitu kalau aku tertarik kuat sikit baju dia tuh. "You think I'm not capable of even taking my shirtf off, all by myself?", words like that yang dia guna. Sarkastik dia tuh macam aku jugak benarnya, wakakakkaka. 

Then aku kena angkat dia ke atas katil, ini kena hati-hati sebab kat perut dia ada batteri (dalam badan, berbenjol aje kesan batteri tuh) so kena buat perlahan-lahan. Kalau David ada, senang sikit, aku angkat bahagian badan, David angkat bahagian kaki. Since aku sorang, terpaksalah aku buat kerja sorang-sorang. Memanglah tak terdaya aku nak usung dia, so aku sidaikan badan dia kat katil, then baru aku angkat kaki dia. Tiarapkan dia. 

Lepas tuh, selama setengah jam, mengurut belakang dia ajelah kerjanya. Sampai ke kaki. Sesambil tuh cerita-ceritalah apa yang patut. Kadang dia tertidur. 

Then kena sapu kan lotion kat badan dia lah pulak, lepas tuh, guna towel, keringkan lotion tuh. Kat bahagian kote dan celah kelangkan dia. Sebijik macam menjaga budak kecik/bayi aje gayanya. Cuma bezanya, budak kecik, diaorang tak bercekadak. Lagipun, kote bayi, macam kuih siput aje kan? Dengan Hal nih, walaupun dia tak nampak (dia sambil baring menelentang), tapi ada aje yang tak kenanya. Kena keringkan betul-betul. Kalau tak tuh, tangan dia teraba-raba lah kote dia tuh, so aku akan faham yang dia suruh aku lap kat belah mana. Aku, sambil buat kerja tuh, aku bukannya perati sangat pun, dah lah aku pedapkan aje kote dia tuh dengan towel, aku kesat-kesat gitu aje lah. Tapi kan, hanya tuan yang empunya kote akan tahu kat mana yang kena dikerja kan, dan Hal nih pulak, prinsip dia, "kote ku kote mu jua", itu yang dia suruh aku bersihkan kote dia macam kote dia tuh kote aku sendiri. Sabar aje lah, kote aku sendiri tak ada pun aku belai sebegitu rupa.

Lepas tuh, pakaikan dia pampers sama spenda. Sebelum tuh, kena taruk bedak Baby Johnson dulu, kat kote dan bontot, kat celah kelangkang. Sebijiklah macam pakaikan lampin bayi kaedahnya. Ha, masa tuh aku tak boleh guna towel, so aku kena pedap anak tikus mati tuh guna my bare hand aje. Taruk bedak tuh pun kena betul-betul, kena taruk skeliling, kalau tidak, teraba-rabalah dia kononnya. Sampaikan aku kena teruk bedak lagi sebab dia asyik tergaru-garu. Kat setiap contour line telor dia tuh kena taruk bedak. Telur orang tua kan, sure lah banyak contour lines nya kan? Telor orang muda tak gitu, licin aje. "Mamposlah lepas ini sure member-member lelaki aku asyik membelek telor memasing nak tengok kalau-kalau telor memasing dah ada garisan kontor* Wakakakkaa

Dah siap tuh, pakaikan dia lampin, underwear dan stokin. Stokin kena kaler sama dengan kaler baju, sedangkan nak lepak kat rumah aje. Basically, kerja aku macam menyiapkan budak kecik lah, sebijik macam tuh. Aku dah hilang rasa jijik, rasa malu, rasa kotor. Semua perasaan gitu tuh dah lama aku taruk ke tepi. Orang lain boleh buat, tak kan aku tak boleh kan? Berpadananlah dengan gaji pun kan? Eh, berpadanan ker? Tak kot? Orang tuh (a Malaysian math prodigy yang masuk Oxford at the age of 13, tapi last-last jadi prostitute. Sorry, can't help it, hehehhe), main kote orang, dia charge sampai 130 Pound Sterling se jam kan? Aku, aku main kote orang jugak, tapi dibayar $15 sejam aje. Jauh bezanya jadi hooker sama kerja Bangla nih rupanya.