Friday, September 28, 2012

Back On My Feet Again Agaknya Lah


25072006

So hari Khamis tuh aku keluarlah, pergi library aje for a few hours. Balik ke rumah pun dah pukul 3 lebih, tak nak aku ke mana-mana sangat pasal senang nak sembahyang bang kalau di rumah. Aku tengok jugaklah kalau-kalau ada kerja di persekitaran Philadelphia, aku cari kat papers Indo, aku cari kat craigslist.com. 

Tapi tak ada kerja yang sesuai, kalau ada pun, nak kan IDs, ataupun kerja tuh dah ada orang ambil. Ataupun kerja tuh jauh. Atau nak kan perempuan. Aku rileks aje pasal aku ada good feelings pasal interview yang kat 7-Eleven tuh. So pukul 6 tuh aku talipun Mr Kim. Pundek betul, dia suruh aku talipun besoknya pulak. Ini sure dia nak interview orang lain lagi agaknya. Terus aku punya kekonfidentnan pasal nak dapat kerja tuh hilang. Tak apalah, esoknya aku akan talipun lagi, ataupun aku mula cari kerja lain. 

Friday aku keluar awal sikit sebab aku nak pergi library, nak pergi Sembahyang Jumaat lagi. Aku ke satu masjid di Northeast Philadelphia, di kawasan yang agak sibuk, kawasan orang hitam. Sebab aku sampai agak awal, masjid belum bukak, so aku jalan ajelah di sekitaran kawasan tuh sambil-sambil tengok kiri kanan kalau-kalau ada ditampal kat mana-mana kedai (yang tokeynya orang Asia) yang hendakkan pekerja. Ada a few iklans tapi semuanya yang aku tak layak, kerja di kedai yang tuan punya nya orang America, yang pastinya hendakkan IDs, nak kan Social Security Number, working permit, segalanyalah. 

Aku masuk kat this one kedai pakaian yang tuan punyanya orang Bangladesh. Kedai jual pakaian Islam, peralatan untuk orang Islam. Aku nak cari sejadah, kain pelikat. Ramah sangat tuan punya kedai tuh, perempuan Bangla. Macam-macam dia tanya aku, dia pernah datang Malaysia dua tahun lepas. 

"Malaysia is such a beautiful country", kata dia. Aku sengih kan ajelah. 

Then dia tanya pasal aku, pasal family, aku jawab pun macam nak tak nak aje. Aku beli lah sejadah, tasbih dan ketayap. Dalam hati aku fikir, dalam pada aku tak berduit pun aku masih nak beli barang jugak. Tak apalah sebab aku beli tuh barang-barang keperluan. Lagipun, walaupun duit tuh duit aku pinjam dari Yanti, at least dia akan dapat jugak rewardsnya nanti. InsyaAllah. Mungkin ini caranya aku nak balas jasa Yanti yang tolong aku di waktu aku kepepetan uang. 

"Do you sell sarongs by any chance?", aku tanya perempuan tuh. Dia tak faham so aku katalah, macam pakaian yang lelaki Bangladesh pakai tuh. "Oh, lunggi!", kata dia. "What do you call that, lunggi?", aku tanya dia balik. "Lunggi", kata dia. Nak tergelak pulak aku, how could I forget my own language? So dia tunjukkanlah kat aku kat mana bahagian kain pelikat. Tak banyak choices, ada a few aje, nipis-nipis pulak tuh. Aku tak beli akhirnya. 

Masa aku nak bayar tuh perempuan nih masih asyik cerita itu cerita ini kat aku. Tanya itu, tanya ini. "You'll be rich one day, have a good family, everything will be alright. That's called rizk", dia kata gitu sebelum aku blah. Aku senyum kan aje lah. 

Masa kat masjid, aku, sambil lepak-lepak, sambil bersandar kat dinding, bila ada aje orang masuk, aku jeling-jeling jugak. Manalah tahu kot-kot Indon yang datang nak sembahyang. Tak ada pun. Semuanya orang hitam yang aku tengok pun, muka baik-baik aje. Orang Arab adalah sebatang dua. Orang Pakistan, Bangladesh pun adalah dua tiga batang. 

Tapi yang buat aku hiba sangatnya, masa Imam baca khutbah. Right from the very beginning, Imam tuh ceritakan pasal ujian Tuhan, macamana mencari jalan keluar dari dugaan Tuhan. Dan yang buat aku sebak sangat tuh, dia baca Ayat Seribu Dinar. Dia kupas ayat tuh satu persatu. Dan setiap butir perkataan yang keluar dari mulut Imam yang mukanya jernih sesangat tuh, semuanya seolah-olah ditujukan buat aku seorang. Airmata aku jangan ceritalah, tak henti-henti keluarnya. Tiap kali habis satu sentence keluar dari mulut Imam tuh, aku, macam automatik aje, anggukkan-anggukkan kepala. Masuk sangat kat kepala aku apa yang Imam tuh cakap. Orang lain tak nampak airmata aku keluar tapi aku tahu Imam tuh nampak jelas sebab aku duduk pun kat saf pertama, kat tiang, aku selalu tertengok yang Imam tuh ada pandang-pandang aku. Aku selalu terbertentang mata dengan Imam tuh. 

Semakin kuat Imam tuh kasi khutbah, semakin laju airmata aku keluar. Dan semakin laju jugak aku angguk-anggukkan kepala. Bagi aku masa tuh, di situ hanyalah ada aku sama Imam tuh. Imam tuh macam tukul kepala aku betul-betul. Tapi, dalam dia menukul-nukul aku, kepala aku tetap aku anguk-anggukkan. Macam orang degil aje, kan? 

Lepas sembahyang, Imam tuh buat pengumuman. Adalah a few. Pertamanya pasal kutipan derma besar-besar yang diaorang nak buat untuk kumpul duit untuk buat pembesaran masjid yang kalau kat Malaysia tuh, macam surau aje besarnya. Memang kecik masjid tuh sebab itu macam shop house jer. Memanglah ada a few biliks kat tingkat dua masjid tuh tapi kalau dijadikan satu lantai aje, boleh menampung ramai jemaah. Bila Imam tuh kata yang pihak masjid nak buat kutipan derma untuk projek pembesaran masjid tuh akhir tahun depan, terus aku terfikir yang aku kena buat something. Aku sedar walaupun sekarang aku tak ada duit tapi aku tetap menanam niat yang suatu masa nanti, bila aku dah back on my feet again, aku nak buat derma sikit. 

Sebab masa aku mula masuk masjid tuh, memang ada aku nampak satu tong derma yang teramatlah besarnya, ditaruk betul-betul kat depan pintu masjid. Tapi, masa aku nak taruk duit, sebab aku taruk coins aje, aku boleh tahu yang tong itu macam kosong aje. Tak ada derma sangat pun.So aku jadi macam bersemangat aje bila ingatkan yang aku kena buat sesuatu nanti, aku nak kasi sedekah. Aku terus teringat yang aku ada Projek Tabung Ayam, dan aku, InsyaAllah akan manafaatkan Projek Tabung Ayam itu nanti.

[Aku rasa lah kan, tak ada salahnya kalau kita pasang niat untuk buat baik. True, memanglah keadaan aku sekarang tak mengizinkan tapi that does not stop aku dari memikirkan benda-benda baik yang lain. Takkan lah, disebabkan ada masalah sikit, langsung tak nak fikir benda-benda lain, kan? Lagi satu, tak ada salahnya orang miskin macam aku, kalau nak pasang niat, kan? Sedangkan ada sesetengah orang kaya ada pasang niat nak buat jahat, what's so wrong with sesetengah orang miskin yang berniat nak buat baik? ]

Pengumuman lain, Imam tuh ada kata yang kalau ada sesiapa yang nak kawin, bolehlah kasi nama kat dia sebab dia ada list sisters yang bersedia untuk kawin. Kalaulah aku nih legal, kalaulah aku nih sempurna, dah aku kasi nama aku kat Imam tuh. Macamana pun, ada aku terfikir, who knows suatu masa nanti aku akan mintak nasihat (pasal kawin) dari Imam tu kan? 

Lepas pada tuh bila semua orang dah keluar dan bila aku tengok Imam tuh lepak aje sambil bersandar di dinding, terus aku pergi dekat dia sebab aku pun dah nak blah. Aku bersalam dengan Imam tuh. Aku peluk dia, sambil tuh aku kata, "Thanks, that was such an inspiring sermon". 

Aku sampai rumah Yanti right before hujan guruh gemuruh. Sesehari dua nih memang selalu hujan, kilat sambar menyambar. Pukul 6 lebih baru aku talipun Mr Kim. "I'm not going to employ you", dia kata gitu. Aku tanya dia apa pasal? Then dia kata lah yang dia nak pakai orang cuma akhir bulan depan sebab one of the staff (Mat Salleh) akan masuk university. Geram jugak aku memikirnya, buat buang masa aku aje ituhari pergi interview. Apa pasal dia tak beritahu aku awal-awal? Tapi aku ada terfikir, mungkin itu alasan dia aje. Mungkin SiKontol kasi bad review pasal aku kot? Mungkin Mr Kim ambil orang Indo aje kot? Apa-apa pun I was a little disappointed to say the least. 

Sabtu dan Ahad biasa aje, aku keluar di sebelah tengahari. Dah Zohor nak habis baru aku balik. Teruk aku nih, mengumpul sembahyang. Sabtu tuh, masa keluar dari subway, aku ada ternampak kawan aku yang dulu kerja kat restoran Kelvin di Florida dulu tuh. Rahmat. Dia hampir tak ingat aku. Lama dia tenung aku. "Koq aku kira kamu udah ka Indonesia", dia tanya aku. "Nggaklah, gak punya uang sih", aku kata gitu. Dulu memang aku ada cerita dengan dia yang aku nak ke Indonesia aje, sebelum passport aku mati. Entahlah, aku pun dah lupa apa reason aku nak ke sana dulu tuh. Rahmat pun tak kerja, tengah ke sana ke sini nak cari kerja. Dia, selama ini, dah merata-rata perginya, ke Alabama, Arkansas, Indiana. Dia tak takut apa sangat sebab dia ada legal papers, ada SS, ada ID, ada account kat American banks lagi. Dia dah lama kat Amerika, dia buat semua benda tuh masa baru tiba, waktu tu memang senang.

"Hudi lagi balik kerja sama Kelvin, udah setahun lebih. Udah bagus dia", kata Rahmat. Jadi macam jeles aku sekejap. Dan aku terfikir, orang Indo, diaorang tak malu, dah berhenti kerja, datang balik semula kalau tak dapat kerja yang lain. Walaupun berhentinya cara kurang baik. Aku? Walaupun berhenti cara baik (masa di restoran Pak Tua for example), mampos aku nak kerja balik di situ. 

Malam minggu aku sembang dengan Pak Yus aje pasal hari esoknya dia tak kerja, dia malas. "Waduh, koq billnya sampe begitu banyak sekali", dia kata kat aku. Rupanya masa dia memasak kat dapur, dia ada belek-belek bills yang dah dibuka, yang ditaruk atas meja. Aku, petang tuh ada jugak belek-belek gitu tapi taklah aku tengok betul-betul. 

"Bil telpon 4 ratusan, bil ha-pay 3 ratusan, bil lestrik lagi, bil gas, ansuransi mobil sampe dua, ribuan. Gimana mau bayar?, dia tanya aku. 

Dan aku pun apa lagi, kan? Aku buatlah "accupuncture" sesikit. "Kamu awas, suatu masa nanti pasti diminta uang dari kamu", sajalah aku menakutkan Pak Yus. 

"Aku ngelihatnya jadi pusing, di mana mereka mau cari uang? Kerjanya berapa jam aja?", dia tanya aku.

"Mereka punya uang sih, Yanti baru dapat uang dari pemerintah. Bills semuanya udah dijelasin, dalam ribuan", aku kata gitu. 

"Iya, tapi gimana bisa jadi sedemikian?, dia tanya aku. Then aku ceritakanlah yang memang Yanti sekeluarga jenis gitu, selalu lambat-lambatkan bayar bills. Pernah a few times talipun dipotong (aku nih tak sedar diri, cellphone aku pun dah lama kena potong), pernah rumah diaorang bergelap pasal tak bayar bil letrik. Pernah, di musim winter, tak ada gas. Masa tu lah dulu tuh, diaorang, Yanti akan talipun aku, nak pinjam duit. Takkan aku nak biarkan diaorang dalam kegelapan, kan? Itu yang aku kasi pinjam tuh. 

"Kamu lihat suaminya, punya uang, langsung ambil off sampe dua minggu. Minum melulu, sehari sampe 3 botol. Botol gedek itu satunya tiga dollars setengah sih", aku kata kat Pak Yus. Aku tahu harga Budweiser tuh pasal kat sebelah kedai Michael dulu memang ada kedai arak, itu yang aku tahu tuh. 

"Koq aku ni udah masuk perangkap", kata Pak Yus.

"Tenang aja, nanti kalo mereka mahu pinjam uang, bilang aja kamu udah kirim Indo. Pasti nanti kamu yang mereka dekatin", aku sajalah kasi warning kat pak Yus. 

Aku online ajelah sepanjang malam, entah apa yang aku buat pun aku tak tahu, sedar-sedar dah Subuh. Hari Isnin aku dah buat keputusan yang aku akan mula cari kerja dengan lebih giat. Aku nak talipun semua tokeys yang ada pasang iklan. Aku nak keluar ke kawasan yang ramai orang Indo, mana tahu ada terjumpa sesiapa yang boleh kasi aku info pasal kerja kosong. 

"Udah penuh, udah ada seratus lebih yang daftarin", kata this one guy yang macam Kepala cari orang kerja.

"We have already employed a few guys", kata another tokey. 

"We need girls to work here", kata another tokey. 

Aku jadi risau. Dah tak ada harapan lain dah gayanya nih. Kalau boleh memang aku nak kerja di Philadelphia aje, berulang alik dari rumah Yanti. Ada internet, kawasannya agak aman. Jauh dari kawasan yang ramai orang Indo. Lagipun aku nak uruskan pasal akaun bank aku tuh.Aku nak ke New York nak jumpa MakCik Jenny pun aku was-was pasal duit kat poket aku berapa ajelah yang tinggalnya. Takat nak buat tambang, nak bayar dia. Buatnya tak ada kerja yang dekat-dekat? Mampos aku nanti. Macamana pun, bila dah tak ada pilihan lain, aku buat keputusan untuk turun ke New York jugaklah. Aku dah fikir, aku akan ambil ajelah kerja apa sekali pun, yang tak berapa jauh dari sini, dari New York. Even kerja basuh pinggan pun tak apa. Kerja laundry pun tak apa. Dan aku terpaksa lupakan dulu masalah akaun aku yang disuspended tuh. Aku nak buat macamana? 

So selasa, July 25th, aku turun ke New York. Aku beritahu Yanti yang aku mungkin tak balik malamnya, tengok keadaanlah. Aku bawak satu beg, aku bawak dua tiga helai pakaian, bawaklah apa-apa yang patut. Aku fikir, kalau ada kerja nanti, aku nak terus terima aje. Aku nak terus aje ke tempat tuh, so aku tak payah balik semula ke Philadelphia. Dapatlah save duit sikit, kan?. Aku ambil bas pukul 9, sampai di New York pukul 10 lebih, office MakCik Jenny baru bukak. 

"Lu mana kerja? Masih sama Michael", siol betullah MakCik Jenny, dia ingat semuanya.

"Taraklah MakCik, saya kerja kilang, ini turun mau cari kerja. Ada kerja tak?", aku tanya dia sambil terus tengok-tengok iklan kerja yang digantung di cermin. 

"Apa kerja lu mahu?", dia tanya aku. 

"Apa-apa kerja ajalah MakCik", aku kata lagi.

"Eh you cali kawan, duduk New York, sini sinang mau cali kilija", dia kata lagi.

"Tarak wang lah MakCik", aku kata gitu. Then aku ada tengok a few iklan pasal bilik sewa, semuanya dalam lingkungan 400 sebulan. Kalau aku ada duit, dah aku talipun dah. Rasanya macam nak slow talk jer dengan MakCik Jenny, nak pinjam duit dia so that aku boleh cari kerja di New York yang tak menyediakan tempat tinggal free. Then bayar bulan-bulan. 

Ada satu kerja di Washington DC, sebagai helper kat OneDollar Store. Terus aku suruh MakCik jenny talipun tokey tuh. Mulanya dah ok, dah setuju gaji, tapi dia tanya macam-macam pulak. Merokok ker tidak (aku kata aku dah quit), ugama Islam ker, then dia kata dia nak tengok passport aku, dia suruh aku bawak passport dan a week after that dia akan kasi passport aku semula. Apa ke jadahnya nak pegang passport aku yang dah mati tuh sampai seminggu? Banyak cekadaknya lah tokey tuh so aku kata kat MakCik Jenny yang aku tak nak lah kerja di situ. Bila MakCik Jenny macam sangsi sebab aku tak nak tunjukkan passport aku, aku katalah yang aku simpan passport aku tu kat safe deposit box kat Philadelphia, dan aku tak bercadang nak balik ke sana malam tuh. Pandai aku kan? 

Then MakCik Jenny ada lah talipun another restaurant kat Albany (state capital of New York ), tak ada orang yang jawab. "Sana bagus, ada satu Malaysian, dia sudah lama kerja", kata MakCik Jenny. Lama jugaklah aku tunggu, masih tak ada orang yang jawap panggilan tuh. Then aku ke tempat Mei-Mei, ramai orang kat office tuh. Aku rasa kesian dengan MakCik Jenny sebab sepanjang aku ada di situ, tak ada pun yang datang cari kerja di tempat dia. Adalah dua tiga orang budak Indo, tapi takat tanya-tanya gitu aje lah. Kat tempat Mei-Mei, beratur orang yang mintak kerja. So aku balik semula ke tempat MakCik Jenny. 

"Ini di mana MakCik, di Pennsylvania tapi di mana?", aku tanya dia bila aku tengok ada satu iklan yang guna kod Pennsylvania. 

"Itu talak bagus punya tempat. Lu mau kerja cuci piring ka? Ayyooooo!!!",kata MakCik Jenny. Aku masa tuh dak tak peduli apa dah, jadi dishwasher pun lantaklah. 

"Lu tunggu, pirigi jalan-jalan dulu, nanti saya talipun itu tokey balek", kata MakCik Jenny. The moment aku nak keluar, ada satu panggilan talipun. Dari tokey restoran. Nak cari counter person/cashier. 

"I have one guy here", kata MakCik Jenny, terus dia panggil aku. 

"Lu mau piligi itu sana Pittsburgh? Lu cakap ini sama olang Indo", dia kata kat aku sambil hulurkan gagang talipun. So aku cakaplah dengan Ari, yang kerja di restoran tuh. Apa yang aku jawab, semuanya ditranslatekan ke bahasa Cina, aku tahu yang tokey tuh tak reti English dan dia suruh Ari yang cakap dengan aku sebab Ari orang Indo. Macam-macamlah Ari tanya aku, aku jawab pun gitu-gitu aje. Terus MakCik Jenny ambil talipun dari aku, dia kata sama Ari yang aku setuju kerja di situ dan aku akan datang esok. 

"Ayoooo, tarak jauh, berapa jam aja dari Philly", kata MakCik Jenny. Adalah dalam enam tujuh jam kot. MakCik Jenny suruh aku naik bas Cina sebab lebih cepat sampai tapi aku kata aku kena balik ke Philadelphia pasal aku nak ambil kasut aku, kasut yang aku pakai tuh tak sesuai untuk buat kerja-kerja di restoran. Bukan anti-resistant. 

"Tarak apa MakCik, saya pergi dari Philly", aku kata gitu. Bila dah setuju semuanya, aku pun bayarlah $35 kat MakCik Jenny. Sambil tuh aku fikir, cukup ker duit untuk aku buat tambang ke sana nanti? What if aku tak jumpa restoran tuh (MakCik Jenny hanya kasi nama restoran, dan nombor talipun restoran, jugak nombor cellphone Ari. Aku pulak tak ada cellphone dah nih), what if aku ada masalah lain dan aku kena balik ke Philly? Cukup ker duit untuk return trip? Then, aku patut ada sedikit duit poket sementara dapat gaji. Banyaklah yang aku fikir. 

Tak apalah, aku akan cuba pinjam Yanti barang sesepuluh dua dollars, itupun kalau dia ada duit. Aku tak nak fikir banyak lah. Aku dah dapat kerja, itu yang pentingnya. Syukur Alhamdulillah. 

Aku terus aje ke tempat tunggu bas untuk balik semula ke Phiadelphia. Tak kuasa aku nak ke mana-mana, bukan masanya aku ke mana-mana. Aku tak singgah pun untuk makan kat Malaysian restaurant yang ada dua tiga bijik di kawasan tu tuh. Aku beli iced-tea aje. Walaupun aku lapar yang amat sangat sebab sejak pagi langsung tak makan apa, tapi aku terus balik ke Philadephia aje. 

A Different Color


22072006

The next day tuh, aku tak ada apa-apa aktiviti sangat pun tapi aku keluar jugaklah. Pasal apa? Pasal, aku fikir, kalau aku tak keluar, kalau aku nak memerap kat rumah aje, apa aku nak tulis kat blog nanti, kan? Tak ada aktiviti. So aku kena keluar jugak, aku kena ada kan aktiviti. So that aku akan ada idea untuk tulis kat blog ini. Kesian orang nak baca cerita aku, kan? Isn't that neat? Niat aku sokmonya baik, kan? Sokmonya kesian kan orang, kan? 

Banyak jugak aku berfikir the last few days nih, macam-macam yang ada kat otak aku. Dan aku rasa, masa gini-gini lah seronok kalau aku nak merapu. 

Besar kuasa Tuhan, kalau minggu lepas, about this time aku tengah kerja melayan orang makan, jaga cash register. Tapi sekarang lain pulak ceritanya, aku dah kena buang kerja. Nasib baiklah aku kena buang kerja tuh bukan atas sebab aku ada buat salah. Kalaulah aku kena buang kerja tuh sebab aku ada bikin palat, sure lebih haru rasanya. 

Besar kuasa Tuhan, kalau dulu biasanya Yanti pinjam duit aku, tapi kali ini dia macam penyelamat pulak, meminjamkan aku duit di waktu aku betul-betul hilang punca. Walaupun tak banyak tapi InsyaAllah dapatlah aku meneruskan hidup untuk beberapa minggu. 

Besar kuasa Tuhan, bertali arus orang yang nak tolong aku. Sampai aku tak berani sangat nak muncul kat Yahoo, sebab aku tak sampai hati nak baca messages orang yang bunyinya bermacam-macam. "Ko ok ker Joe?", "alau ko nak aku tolong cakap aje ler, aku bantu mana yang sanggup" "Kalau ko nak duit, sound aje lah" "Bak mai alamat". Ayat-ayat macam tuh. Dan ada jugak komplot nak bayar handphone aku. Orang kata aku keteghaq pun keteghaq lah tapi bagi aku, diaorang ikhlas nak tolong aku tuh dah lebih dari cukup. Itu pun satu bentuk pertolongan tuh. 

Maha besar kuasa Tuhan sebab dalam keadaan-keadaan begini pun, aku masih maintain keselambaan aku. Aku cool aje. Aku rileks aje. Mungkin sebab aku fikir, aku nak buat macamana. Nak kelam kabut? Nak menjerit? Nak berhenti tulis blog? Nak memencilkan diri? Tak ada guna semuanya tuh. Baik aku buat cool aje, mudah-mudahan Tuhan akan tolong aku. Dan Tuhan, kalau tak salah aku, akan hanya tolong orang yang cool aje, kan?. 

Walaupun aku ada jugak terfikir, what's wrong with me? Dalam keadaan genting macam ini, dalam keadaan hidup terumbang ambing gini, aku masih selamba kodok jugak lagi. Macam tak ada apa-apa pun. Macam biasa aje. Ker aku nih memang jenis orang yang tak nak berusaha? Macam orang putus asa aje. Macam orang yang kata, "Lantaklah, apa nak jadi, jadilah, aku dah hilang akal dah nih" Atau memang semuanya tuh typical bagi orang-orang yang tak ada dan tak fikir masa depan, macam aku nih? Macam peminta-peminta sedekah, yang homeless tuh, diaorang tak fikir apa-apa sangat. Dapat rokok sebatang, dah happy gila. Habis rokok, mintak lagih kat orang. Orang macam tuh ker aku nih? Aku tak sedar yang aku nih lemah sangat orangnya. Tak berdaya. Tak berkuasa. Fragile sesangat. 

On and on the rain will fall
Like tears from a star, like tears from a star
On and on the rain will say
How fragile we are, how fragile we are
How fragile we are, how fragile we are 

[Fragile - Sting]

Tapi, dalam pada aku rasa aku orang yang lemah, orang yang tak berdaya, orang yang tak berupaya, aku rasa aku nih sensible jugak. Aku masih mampu berfikir, aku masih sanggup mencari jalan, aku masih terpaksa berusaha. Dan aku masih mampu bergelak-ketawa. Aku masih berani buat lawak. Walaupun lawak yang kelat kadang tuh. 

Mungkin jugak sifat aku begini. Aku tahu yang dengan berbuat lawak tuh aku dapat menghilangkan rasa sedih aku, aku dapat menyembunyikan kesengsaraan aku. Orang tak akan percaya yang jokers do cry. Aku masih ingat lagi yang dulu ada orang yang kata gini pasal aku. "He has this amusing way of looking at things". Aku setuju sangat dengan statement tuh. Kalau dah susah, nak buat macamana kan? Gelakkan ajelah. Itu yang aku, kalau ada apa-apa, dalam situasi macamana pun, aku akan gelakkan aje. I even gelakkan hidup aku sendiri. Memang seronok mengelakkan hidup sendiri nih. Akan hilang tension. 

Itu yang kalau orang baca entries aku, orang macam akan confused, dalam sedih-sedih pun aku masih boleh buat jokes in between ayats. Walaupun aku tak nafikan itu memang bakat semulajadi aku, tapi sebenarnya kan, aku tulis blog nih pasal benda-benda yang dah berlaku. 

Dan walaupun aku mentertawakan apa pasallah sampai ke sini jauhnya aku merapu nih? diri aku sendiri tapi di sebalik itu semua, aku learn a lot about diri aku sendiri. Menulis kat blog ini, menceritakan apa yang terjadi kat aku, macam mencerminkan diri aku sendiri. Aku sedar di mana kelemahan-kelemahan aku. Aku dapat tahu kekuatan aku melalui tulisan-tulisan aku. Walaupun kelemahan mengatasi kekuatan tapi itulah aku. I no longer have the energy to worry about what anyone else thinks of me - I know myself and that's a good thing. 

Here I go out to sea again
The sunshine fills my hair
And dreams hang in the air

Gulls in the sky and in my blue hazel eyes
You know it feels unfair
There's magic everywhere

Look at me standing
Here on my own again
Up straight in the sunshine

No need to laugh and cry
It's a wonderful wonderful life
No need to laugh and cry
It's a wonderful wonderful life

The sun's in your eyes
The heat is in your hair
They seem to hate you
Because you're there

And I need a friend
Oh I need a friend to make me happy
Not stand here on my own

Look at me standing
Here on my own again
Up straight in the sunshine

No need to laugh and cry
It's a wonderful wonderful life
No need to laugh and cry
It's a wonderful wonderful life

I need a friend
Oh I need a friend
To make me happy
Not so alone

Look at me here
Here on my own again
Up straight in the sunshine

No need to laugh and cry
It's a wonderful wonderful life
No need to laugh and cry
It's a wonderful wonderful life

No need to laugh and cry
It's a wonderful wonderful life
No need to laugh and cry

It's a wonderful wonderful life
Wonderful life
Wonderful life 

[Black- Wonderful Life]



Macamana pun, above all, besarnya kuasa Tuhan sebab dalam keadaan aku yang bagaikan telur di hujung tanduk, fikiran aku tetap tenang. Aku tetap tak gelisah. Aku cool. Selamba. Nak tahu apa rahsianya? *Sambil-sambil membetulkan serban* Ini aku nak kasi peringatan sikit, buat diri aku dan buat semua yang baca. Takkan nak mencarut jer memanjangkan, kali nih aku nak bedakwah lah sesikit. 

Ingat Tuhan. Mintak pada Tuhan biar hati tenang. Jangan jadikan masalah tuh penyebab hilang punca. Dan percaya yang rezeki tuh di tangan Tuhan. Dan tetap berusaha, jangan asyik berdoa aje sampai tak ada masa nak berusaha. 

Itu ajelah syarahan aku kali ini. Tak boleh banyak-banyak nanti orang tertidur pulak. Nanti bila janggut aku tumbuh panjang, aku bersyarah lagih, ok?

Apa-apa pun aku bersyukur dengan Tuhan yang menjadikan aku begini, masih mampu cool di saat-saat genting. Aku akan jadikan pengalaman aku nih sebagai bukti yang hidup aku nih taklah sesusah hidup orang lain. Berlambak-lambak lagi orang yang susah dari aku. Aku punya masalah nih dead pale in comparison dengan masalah orang lain. Aku nak jadikan segala ceritera kisah hidup aku nih sebagai pewarna kehidupan. Hidup aku is so colorful. Penuh dengan warna-warni. 

Dan semuanya ini buat aku lebih ingat pada Tuhan. Yang hidup ini berbalik-balik. Masa kecik-kecik dulu, bila orang tanya aku, apa warna kegemaran aku, what's my favourite colour, aku, yang memang kaki lawak, yang lain dari orang lain, aku jawab apa? Bila orang tanya aku, apa warna kegemaran aku, aku pun jawab, warna kegemaran aku bukan hitam, bukan merah, warna kegemaran aku, warna-warni. Sampai tua gini pun warna kegemaran aku masih tetap warna-warni. Dan hidup aku pun akan tetap penuh dengan warna-warni. InsyaAllah. 



Now, The Question Is....How Many Bottles....?


19072006

I was a bit relieved bila dengar Yanti kata dia akan kasi aku duit, walaupun hanya dua ratus dollars. Tak apalah, sekurang-kurangnya aku boleh survive for another week or two. Or three.

Aku tak nak fikir pasal sewa bilik, Yanti sedia maklum. Aku tak nak fikir pasal nak hidupkan servis handphone aku. Aku memang jarang guna talipun, dalam seseminggu sesekali dua aje talipun aku berbunyi, so talipun bukanlah penting sangat buat aku. 

On the way balik ke rumah Yanti, masa jalan dari subway, aku ikut main road sebab dah malam-malam aku takut nak guna short-cut, ikut belakang rumah-rumah orang. Tapi itulah, kalau kat main road, selalu pulak terserempak dengan gagak yang mintak itu ini. Mintak rokok. Mintak duit. Mintak rokok sebatang masih ok, ini mintak sampai dua tiga batang, kononnya untuk bekalan hari esok. Aku kasi ajelah, memang kebetulan pun aku ada rokok.

Then ada pulak this black lady dengan anak kecik dia tanya aku, kalau-kalau ada 50 cents, nak buat tambah duit tambang bas. Kebetulan aku ada coins so aku kasi lah. But then bila aku jalan aje, perempuan tuh terus jugak jalan, tak ada gaya macam nak tunggu bas pun. Then bila aku singgah di satu Chinese Take-Out sebab nak beli iced-tea sama tembikai, perempuan tuh pun masuk jugak. Dia siap order makanan lagi, dan aku tengok, ada pulak duitnya. Dia buat selamba aje, buat-buat tak kenal jer aku. Rupanya dia duduk di area-area situ aje. 

Sampai di rumah, gayanya semua dah tidur, senyap semuanya. Dah sepuluh lebih. Aku cuba on kan laptop. Yesss!!!! Internet dah ada balik semula, Yanti dah bayar bill rupanya. Makin happy aku sebab itu bererti yang Yanti dah ada duit, dan dia akan kasi aku some money tomorrownya. 

Pagi esoknya Yanti kasi lah aku duit sebanyak dua ratus tuh, aku tak cuba pun mintak lebih. Dah dia kata dia hanya boleh kasi 200 aje, so aku nak buat macamana? Lawa Yanti pagi tuh, make-upnya ya ampun, punyalah cantiknya. Siap pakai anting-anting lagih. Nak pergi kelas ker nak pergi shooting filem? Macam gaya pelakun filem Indo yang kat magazine aje. Yanti beritahu aku yang pagi tuh dia dapat call dari mak saudara dia di Kelapa Gading, Jakarta, yang adik Yanti sakit tenat di Indo. 

Adik dia yang dulunya kerja restoran di Amerika nih, yang dalam masa 5 tahun kerja, hantar duit sampai USD 90,000 kat bini dia yang di Indo. Tapi bini dia berpeleseran dengan abang beca. (Aku dah cerita dah kisah Iman nih dalam entries aku yang lepas-lepas). Sekarang Iman dah macam orang gila, walaupun dah cerai tapi masih duduk serumah dengan bini dia, Iman masih Kristian, kerjanya tah apa-apa, takat dapat dalam 400 ratus ribu Rupiah aje sebulan which is kecil sangatlah. Iman gayanya macam dah tak ada kuasa nak hidup, itu yang pergi kerja jalan kaki sejauh 10 batu sehari. Setiap hari. 

So Yanti ceritalah yang dia terpaksa kirim duit kat Iman, dan dia sedang berusaha nak bawak Iman balik semula ke Amerika. Iman dengar ceritanya akan masuk melalui Paris sebab emak saudara Yanti diplomat kat Paris. Yang aku peliknya, dia ada jugak saudara yang jadi Diplomat kat New York, tapi aku tetap tak faham keluarga diaorang nih. Selalu dia tunjukkan aku gambar bungalow-bungalow saudara dia yang di Jakarta, kat satu tempat di Jakarta yang terkenal tempat orang kaya raya tinggal. Kebun Indah, kalau tak salah aku nama tempat tuh. 

So sepanjang dia bercerita tuh, Yanti buat muka sedih ajelah. Aku cuba tak nak dengar sangat cerita dia sebab aku takut terkesian. Sebab dalam hati aku dah kata, suatu masa nanti, kalau Yanti mintak tolong aku financially, aku dah tak nak tolong dah. Aku dah serik. Tapi aku masih tetap rasa kesian bila dia ceritakan kesemua masalah dia tuh. I have the feeling yang dia tak lah rasa masalah aku nih besar sangat, ataupun mungkin dia fikir, "we all have problems .Mine are just more important than yours". 

Aku keluar awal jugaklah hari tuh, pergi mengopi dulu kat Dunkin' Donuts. Sepanjang perjalanan tuh aku rasa Philadelphia nampak macam bermaya aje, (atau aku yang rasa bermaya?), sebab selama ini aku rasa kota nih macam muram aje. Tak berseri langsung. Itulah kuasanya duit. 

Aku naik train pukul 11-30 pagi, adalah dalam 20 minit perjalanan ke tempat aku nak interview tuh. Di New Jersey. Di suburbs. Jauh sebenarnya store tuh, tokey dia semalam kata kat aku yang aku kena jalan dalam sesepuluh minit aje dari train station tuh. Tapi aku rasa adalah dekat setengah jam aku jalan, baru aku sampai. Lawa-lawa rumah di kawasan tuh, kawasan orang kaya rupanya. Rumah sebijik-sebijik, rasa macam kat Connecticut jer tempatnya. Tempat orang kaya-raya. 

Tokey 7-Eleven tuh, Mr Kim, berbangsa Korea. Dia ada sampaikan pesan kat staff dia yang dia akan lambat sikit tiba so dia suruh aku tunggu. Orang Indo yang jadi cashier tuh, dia suruh aku isi application form. Sampai 4 helai, mak oi, panjangnya soalan-soalan, semua details nak tahu. So I spent like 20 minutes kat ceruk kat store tuh mengisi borang. Kat akhir-akhir form tuh ada pulak a few soalans yang macam mathematical questions lah, nak tergelak aku baca sebab terasa macam baca buku ilmu hisab budak-budak yang sekolah rendah. Soalannya senang-senang belaka, kecuali satu tuh yang aku rasa macam susah jer. Sabar jer lah, soalan ilmu hisab budak sekolah rendah pun aku tak reti. Puas aku memikirnya, apa jawapan tapi aku macam tak konfiden aje, so aku fikir lebih baik aku just leave it blank lah. 

"Gak pa pa lah, aku tunggu di luar ajalah", aku kata kat perempuan Indo tuh bila aku kasi kan kat dia my application form tuh. 

"Koq di luer panes", kata this one guy yang mulanya aku ingatkan Mamat Mexican. 

"Oh, kamu orang Indo", aku senyum kat dia. So aku tunggu kat luar ajelah sambil tengok orang ramai yang keluar masuk keluar masuk store tuh. Sibuk gayanya sampai penuh tempat parking. Orang kaya-kaya semuanya kelihatannya. Ini baru betul-betul kat Amerika nih, kata aku dalam hati. Dah bosan berdiri, aku pun duduk lah, sambil tuh cuba-cuba fikir jugak apa jawapan soalan ilmu hisab yang kat form yang dikembalikan semula kat aku by that Indon. Soalan dia macam nih:

You curretly have 12 bottles of water on your shelf, and want to keep a minimum level of 6 bottles at all time. Your average sales is 2 bottles per day. What is the minimum number you would order for enough bottles for 7 days? 

Soalannya berbunyi macam tuh. Seriously, aku tak berapa faham walaupun aku rasa aku tahu apa jawapannya. 

Tak lama lepas tuh nama aku dipanggil, aku tengok ada this Chinese guy yang pakai shorts jer, muka macam garang aje, ajak aku masuk ke office dia. Englishnya macam American habis. So dia pun start menginterview aku. Bermacam-macam ditanyanya aku, kat mana aku kerja dulu-dulunya (kat form tuh aku tulis nama restoran Pak Tua, dan aku ada mentioned yang aku ada kerja kat one grocery store for a few months. Ditanya bila aku datang Amerika, apa rancangan aku, apa status aku. 

Bila aku kata aku bukan orang Indo, punyalah terkejut dia. Kat form tuh memang ada aku tulis yang aku punya qualification pun sampai high school aje. Tapi high school kat Singapore. Memacamlah aku temberang. Tak cukup dengan tanya itu tanya ini, dia mintak refernce, dia mintak nombor talipun Restoran Pak Tua. Manalah aku tahu, yang aku ada simpan pun nombor talipun Hector yang aku ada store kan kat dalam cellphone aku yang memangnya aku tak bawak. Dia pun mulalah tanya aku macam tak percaya, dia ingatkan aku tipu, aku tak nak kasi nombor takut dia talipun. Then bila dia mintak nombor talipun that grocery store, aku kata aku tak ada, aku even kasi alamat yang aku reka sendiri aje bila dia nak tulis nama kedai Michael dulu tuh, kat application form aku tuh. 

Then aku cakaplah yang aku akan contact dia, kasi dia nombor talipun Hector, kalaulah dia beria-ia sangat nak siasat latar belakang aku. All in all, walaupun interview tuh sejam lebih tapi aku rasa comfortable sesangat. Pasal aku jawab semua yang dia tanya pasal aku, walaupun ada aku belit sesikit. Biaslah kan? Kalau pun aku tak dapat, mungkin sebab dia nak cari orang Indo (sebab ada 3 orang Indo yang kerja di siru setahu aku, mungkin ada yang lain di shift kedua dan ketiga). Atau mungkin dia rasa aku tak sesuai kerja kat situ sebab dia yakin aku pasti tak lama. Iyalah, dia ada kata kat aku yang aku nih look educated, the way I talk pun interesting (apa yang interestingnya aku pun tak tahu). 

Inilah payahnya, aku kelentong sesikit pun dah kata aku lain, diaorang nih ingatkan semua immigrants nih bengap-bengap belaka. Diaorang patut fikir ada jugak orang yang tak bengap tetapi terpaksa buat-buat bengap. Untuk hidup.

Towards the end of the interview session, dia katalah yang dia akan talipun aku dalam masa 3 hari. Then aku kata yang 3 hari tuh lama sangat, mungkin aku dah ada kerja lain nanti. Then aku tanya dia, out of curiosity, apa pasal dia nak tunggu sampai 3 hari? At least kasi a little hints pasal outcome of the interview tuh. Then dia suruh aku talipun dia esoknya pukul 6 petang, sebab that's the best way. Kalau dia cuba talipun aku dan aku tak ada di rumah, payah jugak. With that, aku pun mintak diri.

Nak keluar aje dari 7-Eleven tuh aku nampak 2 guys yang aku rasa macam kenal aje. Orang Indo. "Kamu mahu melamar kerjaan? Aku baru selesei diinterviewin", aku kata gitu. "Ditanya segala macem", sajalah aku nak takutkan diaorang. 

"Waduh, gimana sih, udahlah Inggeris aku nggak mantep. Pulang ajalah, ayoh!", one of the guys kata kat kawan dia. 

"Nggak apa-apa sih, mereka butuhkan orang Indo, pasti kamu diterima. Aku orang Malaysia", aku kata gitu.

"Kamu orang Malaysia? Koq bahasa Indonya bagus sekali", dia kata kat aku. Bila diaorang kata tak payah tunggu diaoranglah, aku pun terus jalan kaki ke arah stesyen keretapi. Aku sampai semula kat Philadelphia dah dekat pukul 4, sabar ajelah Zohor belum sembahyang, tapi aku lapar sangat. So aku ke Banana Leaf Restaurant. Aku masuk aje, tokey tuh terus tanya aku, "Apa macam Bos? Satu orang saja?". 

"Biasalah tokey. Kasi saya roti canai tak mahu kuah sama cendol", terus aku pesan gitu aje. Aku nak cepat, lagipun tak nak makan berat-berat, kat rumah Yanti ada lauk kot sebab paginya dia ada pelawa aku ajak makan. Nak save duit pun sama. Sementara tunggu makanan aku sedia, aku sembanglah dengan tokey tuh.

Lepas pada tuh cepat-cepat aku bekejar ke subway sebab hari tiba-tiba gaya macam nak hujan lebat. On the way ke rumah Yanti aku singgah sekejap kat ValuPlus, tempat jual barang-barang murah. Aku nak beli towel sebab towel aku ituhari semuanya di New Jersey, dah seminggu aku mandi tak bertowel. Lap dengan kain pelikat, dengan selimut aje. Itu yang masam baunya kain pelikat aku tuh jadinya.

So bila sampai rumah Yanti, aku terus lepak ajelah, kebetulan Pak Yus ada. Sembang-sembang dengan dia, then dia kasi aku mee segera Indo, yang aku makan dengan 5 biji cabai hijau.

Dan malamnya aku online sampai Subuh. 

Dan Sabut Pun Tenggelam


Tak payahlah aku cerita punya siksanya aku menunggu dari Sabtu sampai Monday night tuh. Masa tuh duit ada 4 dollars jer kat pocket, tapi tak sapa pun tahu yang aku masa tuh tengah susah. Not even Yanti. Not even Pak Yus. Aku selamba aje. 

Salah perhitungan aku jugak sebenarnya sebab bila Yanti kata Monday, aku ingatkan Monday morning itu lah. Sedangkan dia, pagi tuh dia ke sekolah. My last dollar habis hari tuh jugaklah, aku beli nasi putih kat kedai Cina sebelah rumah tuh. Balik rumah aku goreng telur aje, tah telur sapa aku ambil kat fridge, ada 3 bungkus semuanya so aku ambil 2 bijik. Tak apalah, diaorang tak akan perasan kot. Lagipun, takkan pasal telur dua bijik pun nak mengamuk jugak nanti, walaupun pernah dulu suami Yanti mengamuk pasal telur yang dia beli hilang sebijik. Itu cerita lama. Cerita yang masa tuh, aku, kalau beli telur, sempat makan dua tiga bijik aje, selebihnya hilang lesap begitu aje. Tapi aku tak pernah pun bising. 

Yanti biasanya balik ke rumah pukul 6 petang tapi hari Isnin tuh, pukul 9 lebih baru aku terdengar bunyi dia balik. Tengah dia lipat kain baju kat ruang tamu, aku pun turun lah, then aku duduk aje kat tangga. 

"Kapan kamu bisa kasik aku uang?", aku tanya dia.

"Aku belum ngecheck di rekening sih, Will nggak bisa check lewat internet kerna internet udah nggak ada", dia kata gitu. 

"Aduh, tapi kamu bilang kamu bisa kasi aku uang hari Senin, hari ini sih, gimana?", aku tanya dia. 

"Hari Jumaat ceknya udah dimasukkin, waduh aku nggak bisa kasi kamu uang sih, bills aku bertompok, bill cable hampir 300 ratus, bill ha-pay hampir 400, bil gas, bils lestrik, hampir dua ribua semuanya. Kamu butuh berapa sih?", dia tanya aku. Waktu tuh aku dah mengeluh, aku geleng-geleng kepala, aku tunduk.

"Kamu bilang kamu bisa kasi aku uang sih, koq kamu begitu sih. Kenapa kamu janji kalo kamu sebenarnya nggak bisa?", aku tanya dia. Sambil gelak-gelak, dia jawablah yang dia tak perasan pun yang bills dia sebanyak itu. Tambah pulak anak dia Ara, waktu nak balik ke Amerika nih dua tiga minggu lepas, ada pinjam duit dari kampung, so duit tuh kena dikembalikan.

"Kamu butuh berapa?", dia tanya lagi. "Uang aku nggak cukup bayar bills sih", kata dia. 

"Kira-kira sebulan gaji, aku perlu siapkan uang buat bayar Lawyer, aku perlu cari kerjaan, aku butuhkan uang untuk belanja seharian sebelum aku dapat gaji", aku kata gitu. 

"Berapa?", dia tanya gitu macam terkejut. 

"Kira-kira dua ribu, kalau aku kerja restoran, benter aja aku bisa lunasin utang itu", aku kata kat dia. Penuh harapan. 

"Koq banyak amat. Nggak bisa sih", dia gelak-gelak. "Bills aku...blah...blah...blah.... aku dah tak dengar dah apa yang dia cakap.  Aku rasa nak menangis tapi aku tahan airmata aku dari keluar. Belum pernah Yanti tengok aku menangis. Sabar jer lah Raja Airmata sekor nih.

"Apa rencana kamu? Mahu cari Lawyer atau mahu tungguin aja?", dia tanya aku. 

"Aku harus cari kerjaan sih", aku jawab ringkas aje. 

"Jadi kamu nggak perlu bayarin Lawyer dulu sih, kalo seratus atau dua ratus aku mungkin bisa pinjamin", dia kata gitu. Lepas tuh aku tak cakap apa lah, aku terus tunduk aje. Entah apa aku fikir pun aku dah lupa, rasa-rasanya aku tak fikir apa-apa. I was just shocked and in total disbelief yang selama ini dia hanya kasi aku false hope. 

Dah lama gitu tuh, bila dua-duanya senyap, dan dia terus aje lipat kain, aku terus naik masuk ke bilik. Aku tak kata apa pun, setakat kata, "Oklah....". Yanti tengok aje aku. Aku rasa aku sembahyang Isyak tuh dalam awang-awangan, lepas tuh aku terus ajelah baring. Nak tidur. Tapi tak dapat aku lelapkan mata. Sampai pukul berapa pun aku tak tahu tapi dalam dua lebih tuh aku masih terpusing ke kanan, pusing ke kiri, tinggikan bantal, meniarap, terlentang, taruk kepala kat dahi. Macam-macam gayalah.

Aku masih tak percaya yang Yanti tak boleh tolong aku. Minggu lepas bukan main lagi dia dengan full of keselembaannya, beritahu aku yang dia ada duit grant tuh, dengan duit tuh lah dia akan pinjamkan aku, untuk aku buat belanja, untuk buat bayar Lawyer. Aku masih tak percaya yang selama ini, sejak aku kenal keluarga dia, dah berpuluh-puluh kali dia pinjam duit dari aku, aku kasi aje. 

Aku ingat lagi yang dulu, dia selalu gunakan anak dia, Ara, suruh pinjam duit dari aku. "Om Joe, Mama mau pinjam uang, di rumah udah nggak ada beras, nggak ada apa mau dimakan". Berpuluh-puluh kali dah dia pinjam duit dari aku, semuanya aku kasi. Sampai aku lost count berapa jumlah yang dia pinjam sebenarnya. Aku masih tak percaya yang Yanti macam tak ada rasa guilty, tak ada rasa terkilan pun yang dia tak dapat nak tolong aku. 

Dan baru lah aku percaya selama ini apa yang bapak saudara dia Anang (yang dulunya duduk sama dia, then lari, merajuk, sekarang dah lama tak contact Yanti walaupun duduk a few blocks away aje) cakap kat aku sedari dulu, "Yanti tuh jelek orangnya, sedari dulu lagi". Dulu aku tak percaya sangat sebab memang keluarga diaorang tuh selalu gitu. "Yanti tuh pinter ngomong", aku ingat lagi bini Anang cakap kat aku dulu tuh. 

Dulu aku gelakkan aje. Mungkin masa itu (masa tengah giat diaorang pinjam duit, especially masa Yanti baru lepas kawin sama Will) aku tengah kemaruk nak tolong orang, kononnya nak balas jasa Hadi yang tolong aku masa aku homeless di New York dulu tuh. Masa tuh, aku lah orangnya, walaupun aku Bangla aje, tapi aku at least dapat tolong keluarga Yanti, ala, kesianlah kat dia, dia tuh dah lah janda (sebelum kawin sama Will), lari ke Amerika bawak dua orang anak, so aku patut tolong diaorang. Itu apa yang aku fikir masa tu tuh. 

Ish, apa pulak aku nih, macam mengungkit-ngungkit aje kan? Marah sebab orang tak nak kasi pinjam duit, sampai terungkit-ungkit kisah lama. Tapi itulah, aku rasa tak patut sesangat yang Yanti tak dapat tolong aku. 

Then aku terfikir pasal ada a few readers blog ini, yang offer nak kasi aku duit, takat seseratus dua. Dulunya aku tak ada pun fikir yang aku nak terima offers diaorang tuh, kalau boleh aku nak usahakan cara aku dulu. Tapi nampak gayanya aku dah putus akal, dah tak ada tempat nak mintak tolong. 

Itu lah, bila aku dah macam tak nampak jalan lain dah yang aku akan dapat duit, baru aku terasa yang aku nak terima ajelah offers dari kawan-kawan yang kat blog nih. Macam yang aku cakap tuh, ada a few yang kata nak kasi aku duit. Ada yang nak buat collection lagih. Memanglah mulanya aku tak nak, aku macam malu gituh, tinggi sangat pride aku kononnya, sampai sanggup makan biskut kering aje daripada terima offers orang yang ikhlas tapi jauh tuh. 

Sebenarnya, bukanlah pasal malu sangat (walaupun aku tak nafikan yang malu lah sebab utama yang sebenarnya). *Tengok tuh, apakah ertinya kalau dua perkataan yang sama *sebenarnya* dijadikan sebagai pembuka dan penutup ayat? Tapi kan, aku rasa aku nih dah macam tak ada kemaluan dah, ataupun kalau korang tengok from another side, dah besar sangat dah kemaluan aku nih. Aku tulis kat blog ini pasal kebodohan aku, pasal perjalanan hidup aku yang entah apa-apa, aku unload kan semua feelings aku kat blog ini, aku tulis semuanya apa yang ada kat kepala aku. Tanpa segan silu. Tanpa kemaluan. 

Macamana pun, aku tetap cuba untuk berusaha cara aku, kalau terdesak sangat barulah aku akan terima offers diaorang. Mungkin kalau aku ada proper IDs, aku dah terima dah offers tuh. Tapi sebenarnya orang tak tahu, diaorang ingat aku bodoh sombong sebab tak nak terima pertolongan orang. Sebenarnya, macamana orang nak tolong? Nak hantar duit kat aku, kena guna check, atau money order, kan? Kan ker bank account aku kena suspend sementara? Bukan ker aku tak ada proper IDs? 

-------------------------------------------

Kalau ikutkan hati, masa Yanti kata dia tak boleh tolong aku, masa tuh jugak aku rasa nak pack barang aku, nak blah. Nak ke rumah Nani, kat situ ada bilik kosong. Tapi bila difikirkan balik, lagipun masa tuh dah tengah malam, aku lupakan aje niat tu tuh. Takkan nak marah orang yang tak nak tolong kita, kan? 

Lagipun, dia bukan tak nak tolong, dia ada kata yang dia boleh kasi aku seseratus dua. Aku masih ada harapan. So besoknya aku, lepas aje dengar bunyi Yanti keluar rumah untuk ke sekolah, teruslah aku bersiap untuk keluar. Bukak fridge kejap, nasi putih yang aku simpan ituhari masih ada so aku kepal-kepalkan nasik tuh, aku makan. Dapatlah dua tiga kepal, cukuplah untuk kasi aku ada energy, untuk kasi aku tahan sampai petang. 

Aku ke library dulu sebab Nani pastinya tengah tidur kalau aku ke rumah dia. Pukul 12-30 baru aku ke rumah Nani. Pacar dia tengah bersiap nak pergi kerja, dia tanya aku apa pasal nampak macam stress jer so aku ceritalah pasal duit aku tuh, pasal kerja aku. "Aku nggak punya uang sama sekali sih", aku goncang-goncangkan pocket jeans aku, sambil gelak-gelak. 

"Waduh, sian sama loe, nanti aku suruh Nani kasi loe uang", kata dia.

"Gak pa pa lah, minggu lalu aku udah pinjam uang Nani, seratus dollars", aku kata lagi. 

"Udahlah, aku udah mahu berangkat kerja ni, udah telat sih. Benter aku kasi kamu uang", dia kata sambil terus naik ke bilik dia. Lepas tuh dia jerit panggil Nani. "Nani, ini Joe ada, kasi dia uang". Sabar jer lah. 

"Ini aku kasi kamu 20 dollars, kelmaren-kelmaren aku pastinya ada pinjam uang dari kamu", dia kata gitu sambil taruk duit atas meja. Seingat aku tak ada aku pinjamkan dia duit tapi kalau takat beli something guna duit aku dulu, rasanya pernah. Masa dia belum kenal Nani dulu tuh. Masa aku duduk satu bilik dengan dia di rumah lain dulu tuh. 

"Kenapa?", Nani macam marah jer bila tengok duit dua puluh dollars tuh. "Dulu aku pernah pinjamin dia uang sih. Koq kamu!", aku kata gitu. Then aku ceritalah pada Nani kisah Yanti yang semalamnya tuh. 

"Anjing! Dasar bajingan! Kerna itu aku benci orang Indonesia sih. Orang Pribumi. Semuanya nggak ada yang elok", Nani kata gitu. Nani nih orang Indo keturunan Cina. Lama jugaklah aku di rumah Nani, dia asyik pot-pet marahkan aku sebab percaya sangat kat Yanti. Then bila dia tanya aku nak makan ker tidak, aku kata lah aku lapar. So aku makanlah sambal tumis ikan kering yang dia masak semalamnya tuh. Enak banget sih.

Lepas tuh aku cuba-cuba talipun a few kedais/stores yang nakkan pekerja, yang ada diadvertise kat dalam paper Indo. Probelmnya, bila diaorang nakkan contact number aku, aku serbasalah nak kasi nombor siapa. Nak kasi nombor Nani, aku tak duduk di situ, nak kasi nombor talipun Yanti, aku jarang ada di rumah. Nak kasi nombor talipun aku, kan ker servis talipun aku dah lama kena potong. So aku kasi lah nombor Nani sebab aku rasa aku nak lepak rumah Nani ajelah sampai malam. 

Tapi sebab Nani macam kisah tak kisah aje pasal aku, dia asyik di dapur aje memasak kuah lontong, aku rasa bosan pulak nak lepak di situ. Panas. "Tapi Yanti ada bilang dia bisa pinjamin aku seratus dua sih", aku kata gitu kat Nani. "Udah, tunggu aja", kata Nani. Betul jugak tuh, itu ajelah harapan aku. Then aku mintak diri nak balik, sambil pesan yang kalau ada sesiapa yang talipun pasal kerja, aku nak Nani tolong talipun aku balik di rumah Yanti. 

So aku menyusur balik ke rumah Yanti. Di petang yang panas bagai nak gila. Duit ada 20 dollars kat pocket. "Aku dah lama tak merokok nih, baik aku beli rokok ajelah", kata aku dalam hati. Cadangnya nak beli rokok paling murah tapi terbeli Marlboro 100. So aku hisap rokoklah sepanjang perjalanan balik tuh. Sebab dah lama tak hisap, itu bila aku hisap tuh rasa pening-pening, rasa berpusing-pusing, rasa macam nak rebah jer. 

"Harus rebah aku nih kang", aku dok teringat satu insiden nih masa aku buat Umrah a few years ago. 3 minggu lebih aku tak merokok, hampir sebulan kalau tak salah aku. Then on the way to airport kat Jeddah masa dah nak balik Malaysia, ada lah kitaorang singgah kat kedai yang ada jual rokok (kat Mekah, Madinah tak ada jual rokok secara terang-terangan) so aku beli lah sekotak. Masa kat luar airport sementara tunggu nak check-in, aku hisaplah rokok tuh sebatang. Masa tuh sebelah tangan aku bertongkat kat pagar dawai. Tiba-tiba aku tumbang, bukan pengsan, tapi aku jatuh gitu aje. Terus aku bangun semula, aku duduk lepas tuh sebab takut terjatuh semula. Itulah rokok punya penangan. 

[Eleh, dulu kawan aku, Ariff, dia ada cerita kat aku masa dia cuba berhenti merokok, masa tengah Sembahyang Jumaat, masa Imam tengah baca Al-Fatihah, dia tertidur. Tidur berdiri. Sedar-sedar orang dah sujud] 

So aku lepaklah sekejap kat this one telephone booth, berpegang kat situ. Takut-takut aku terjatuh. After a few mins baru aku blah. Sampai di rumah Yanti, lepas mandi,sembahyang, aku tengok internet connection masih belum ada so aku rasa nak keluar semulalah, nak ke library. Nak lepak kat library sampai malam cadangnya, rasa dah lama tak chat kat tagboard. Rindu pulak rasanya. 

Tapi sebelum tuh aku ada call this one number yang aku jumpa dalam paper lama, 7-Eleven store somewhere kat New Jersey. Seberang sungai dari Philadelphia. Yang jawab tuh kata dia masih cari pekerja dan bila aku kata aku tak ada papers, dia katalah "I'm still interested in interviewing you". Itu macam tanda bagus jer tuh so aku buat interview appointment untuk esoknya, pukul 12 tengahari.

Lepas tuh aku keluarlah, cadang nak jalan kaki aje ke library tapi panas yang teramat, tak sanggup lah aku jalan yang aku rasa dekat-dekat sejam jugak baru sampai. Takut-takut jer aku nak beli token, takut duit tak cukup sampai esok sebab aku pun tak tahu berapa tambangnya nak ke 7-Eleven store tuh, kena naik subway, lepas tuh naik regional rail. Aku rasa pelik jugak sebenarnya, sebab kalau difikir, aku ada lebihkurang 12 dollars aje kat poket (lepas beli rokok sama tokens). Ada hati nak pergi interview tuh. Kalau dapat nanti macamana? Nak cari kat mana duit tambang? Tapi, aku tetap maintain kecoolan aku, itu urusan hari esok, kata aku dalam hati. Ada lah ideanya nanti tuh. Aku bersyukur sebenarnya sebab walaupun dalam keadaan begitu, aku masih lagi boleh berfikir. Dan aku masih lagi nak merayap ke sana ke sini. Itu yang buat aku respect sangat kat diri aku tuh! Wakakakaka

So lepas Maghrib baru aku keluar dari library. Hujan turun punyalah lebat. Elok betul timingnya. Basah kuyup aku, aku buat selamba aje jalan dalam hujan tuh. Taklah nampak macam gila sangat sebab keadaan agak gelap. So terlepaslah aku nak lepak kat Love Park. Aku mana nak putus asa, kan? Kalau aku dah setkan yang aku nak berinternet jugak malam tuh, aku akan usahakan. So, dalam hujan tuh aku terus jalan pergi Kinko's kat Marriott Hotel. Cisss! Kad Kinko's aku ada balance dua tiga dollars aje, takat sempat online dua tiga minit jer. Aku cuba bukak laptop, kot-kot ada signal yang boleh dicuri. Or dishare. Tak ada. Semuanya encypted. Semuanya nak pakai password. Hampeh!!! 

Aku jenguk-jenguk kat luar, hujan macam dah reda walaupun gerimis masih mengundang. Kat Amerika nih, hujannya kalau lebat tuh, kejap aje. Itu yang aku mengambingkan diri kat Kinko's tuh sekejap sebab aku macam tahu yang hujan tuh tak akan lama. So aku menapak ke Love Park balik semula. Dan dalam rintik-rintik hujan tuh aku on kan laptop, terpaksa aku tutup sikit keyboard, takut terkena air. Itupun basah jugaklah laptop aku, kat screen pun berbintik-bintik aje. Sabar aje lah, dah lah screen laptop aku dah ada banyak dead pixels. Itu semua simptom-simptom yang aku kena fikir pasal laptop baru lah tu kot. So rancaklah aku chatting kat tagboard, sempat jugak aku upload entry yang aku tulis tuh. 

Bila batteri dah kong, baru aku blah, on the way tuh aku talipun Yanti (nak guna coin pun rasa was-was, takut tak cukup duit), aku kata yang boleh tak aku dapat duit dari dia. Sebanyak mana ajelah. Seberapa yang dia boleh kasi aku. Pasal esoknya aku nak interview. "Dua ratus aku bisa kasi", kata dia. Leganya rasa hati aku. So aku balik ke rumah naik subway lah jadinya, singgah kat kedai Cina beli fries sama tembikai. 

Alah, tak apalah, Yanti kan ker nak kasi aku duit? 

Waiting For A Star To Fall


Lambatnya malam berakhir kalau masa tak ada internet connection, dan sebab aku pun dah puas tidur di sebelah petang, memanglah susah nak tidur di malamnya. So aku sembang ajelah dengan roomate aku Pak Yus. Tak ada lah aku cerita pasal masalah aku cuma aku kata yang aku dah tak kerja di restoran dah, aku nak rileks dulu seseminggu, then nak cari kerja di Philadelphia aje. 

"Kamu seharusnya punya pacar sih, baru kurang stress. Kita cowok nggak bisa hidup kalo nggak punya pacar", pandailah dia nasihat aku. "Kalau kamu sedari dulu punya pacar, pasti hidup kamu udah aman damai. Lihat aku sama Bu Titiek, saling bantu membantu", dia kata lagi. Pak Yus nih ada anak bini di Sulawesi (dia orang Manado), berkenal dengan Titiek (jugak orang Manado) kat sini, dah lama dah, berdua aje ke sana sini. Titiek tuh ada laki di Indo, ada anak jugak di Philadelphia nih. Anak dia nih aku kenal, satu apartment dengan aku dulu tuh, tapi dia bercinta dengan perempuan yang jauh lebih tua dari emak dia (Titiek). Perempuan tuh kaya, banyak duit. So anak Titiek nih sama dengan adik Titiek sendiri memang tak suka kalau Pak Yus sama Titiek nih duduk satu bilik, itu yang diaorang tak duduk sama-sama tuh. Macamana pun, kalau Pak Yus off, dia tidur di apartmentnya Titiek. 

Pak Yus kata dia nak balik Indo tahun depan, dah letih dah dia lima tahun di Amerika. Anak bini dia suruh dia balik. Dia ada apply asylum tapi kena tolak. Sekarang nih dia macam menyembunyikan diri lah pasal dicari FBI, itu yang dia pindah ke rumah Yanti tuh, agak jauh dari kawasan yang ramai orang Indo tinggal. Gitulah riwayat hidupnya orang-orang Indo di sini. 

Besoknya, bank bukak aje aku dah tercegat kat depan kaunter, kerani tuh kenal aku so dia terus suruh aku tunggu Manager. Adalah dalam setengah jam Manager tuh terangkan kat aku yang duit dalam akaun aku tuh selamat, tak ada apa-apa pun. Cuma akaun aku aje yang dilistkan dalam report yang diaorang kena hantar kat Federal (Federal apa ntah tapi aku ada dengar dia sebut perkataan Federal tuh). So untuk sementara waktu, no banking activities dibenarkan untuk akaun tuh. Bila aku tanya sampai bila, dia pun tak tahu. "Just wait and see", dia kata gitu. Tunggu apa? Tunggu telor bapak ko kecut? 

Manager tuh mintak contact number aku, so aku kasi ajelah nombor talipun Yanti sebab handphone aku kan ker out of service. Memang payah jadi orang gelap di Amerika nih. Memang susah. 

On the way balik ke rumah Yanti tuh aku singgah makan kat Restoran Indo nih, kat situ, masa aku nak bayar, aku tengok duit aku ada beberapa helai aje. Aku congak-congak, ini tak cukup sampai Isnin nih. Kena makan sekali sehari ajelah nampak gayanya. Sebab aku kena ada duit untuk tambang pergi balik, aku nak ke library. Kat library aje lah tempat aku memencilkan diri bila aku ada masalah. Takkan nak lepak kat rumah, dah lah internet kena potong. Memang seksa dibuatnya kalau masa-masa tak ada duit. Dah lah tak ada mood nak buat apa-apa, masa slow pulak tuh berjalannya. 

So aku banyak tidur aje lah kerjanya. Pukul 6 petang dah tidur, bangun Sembahyang Maghrib, Isyak sekejap, lepas tuh tidur balik semula. Lepas Subuh tidur lagi sampailah pukul 10 lebih. Kadang ada jugak terserempak dengan Yanti, dia ajak aku makan. Kalau tak tuh, aku kat bilik aje lah. Baring. Menahan lapar. So itu ajelah aktiviti aku seharian, pergi ke library sekejap, lepas tuh balik ke rumah. Sayang rasanya masa cuaca tengah panas nih, melepak kat rumah, tapi aku nak buat macamana, kalau aku ada duit sure aku merayau mana-mana. Kat rumah, aku lepak kat katil ajelah, sambil-sambil tulis blog entries. Sambil-sambil layan Pak Yus yang tengok video lagu-lagu Manado.

Hipokrit aku nih, sebab aku tak nak dia terasa hati so aku katalah aku suka dengar lagu-lagu tuh, aku suka tengok video clips semuanya tuh, buatkan aku teringat kan Malaysia. Tapi sebenarnya, aku cukup punya meluat tengok video-video tuh, tersangatlah kampungnya. Jenis yang menyanyi terpacak jer memasing tuh, pakai baju sama pattern, lepas tuh kalau sorang pandang ke kanan, semuanya pandang kanan. Malaslah aku lebih-lebih, tapi aku sure yang orang lain (selain orang Manado) memang akan rasa meluat sangat kalau tengok videos tuh. 

Pernah jugak Pak Yus (kalau Titiek ada datang) pasang video Siti Nurhaliza. Kebanyakan orang Indo tahu dan suka Siti nih. So dia pasanglah video tuh, nak kasi aku tengoklah kononnya. Tapi kan, aku nih, sejak balik obersi dulu, aku tak layan sangat lagu-lagu Melayu. So tak heranlah kalau aku tak tahu apa-apa pun pasal lagu-lagu Siti Nurhaliza tuh, yang bagi aku, rentak lagu nya semuanya sama jer. Diaorang tak percaya pun bila aku kata aku tak pernah dengar pun lagu-lagu yang kat video tuh, let alone tahu rentaknya. Ada satu dua lagu aje yang aku pernah dengar, itupun sebab lagu lama yang diberi nafas baru. 

Memanglah terasa lama masa tuh kalau tak dapat online, so aku tak ada aktiviti lainlah kecuali tunggu Maghrib, tunggu Isyak, lepas tuh tidur. Rasa nak tergelak, rasa malu kat diri sendiri aje pulak rasanya, sebab these few days lah aku baca Surah Yassin tiap-tiap kali lepas sembahyang. PakCik insaf, PakCik tengah susah, PakCik tak ada tempat nak mengadu. Sob..sob..sob...

Ada sekali tuh waktu nak beli lauk di kedai Indo, aku terserempak dengan Nani. Terus dia ajak ke rumah, aku ceritakanlah kat dia apa yang terjadi kat aku. For the first time aku tengok Nani macam kesian aje kat aku, aku ada beritahu dia yang kalau dapat duit dari Yanti nanti aku akan bayar hutang dia hari tu tuh. "Itulah, dulu udah bilang, uang kamu titip aja sama aku, kamu nggak mahu. Aku nggak berani simpan uang di bank, kita orang gelep", dia kata gitu kat aku. "Kamu hati-hati, muka kamu irip orang Arab, nanti digerbak Immigrasi, awas", kata Nani. 

Nani buatkan aku rojak, aku makan lah puas-puas, tak payahlah aku keluarkan duit beli makanan untuk malam tuh. Hari Sabtu parah jugak sebab semalamnya last aku makan, masa kat rumah Nani tuh, pukul 4. Bayangkanlah punya lah lapar aku, nak tunggu pagi cukup punya siksa. Yanti tak ada di dapur masa aku keluar tuh, kalau tidak sure dia pelawa aku ajak makan dulu. Malaslah aku menyelongkar peti ais, entah-entah tak ada makanan. Takut jugak, tengah-tengah menyelongkar peti ais, dia nampak. Tak ker malu? Aku, biasanya, selagi terdaya, aku tak akan tunjukkan ke-desperate-tan aku. In any situations lah.

So masa keluar nak ke library tuh aku beli biskut, beli air, boleh aku bertahan sampai petang kat library gamaknya. Duit aku tinggal berapa dollars aje lagi, rasa-rasa nak jalan kaki aje ke library, tak payah buang duit beli tiket subway, tapi sebab cuaca panas, terpaksalah jugak aku naik subway. Nampaknya aku akan gunakan duit sampai ke kepingan terakhir. Sayu hati bila mengenangkan itu semua. Aku tengok diri aku pun dah macam tak terurus jer. Rasa macam peserta Survivor pulak jadinya. Kurus kering, misai jambang tak bercukur,rambut kusut masai, badan berlengit. Memang tak terurus langsung. Aku macam tak peduli diri aku dah. Eleh, orang pun tak peduli, apa aku nak peduli pulak, kan?

On the way ke library tuh aku singgahlah kat Love Park sebab dapat guna free internet, so sambil online tuh aku makan ajelah biskut kering yang aku beli tuh. Sempatlah jugak chatting dengan dua tiga orang yang kebetulan tengah online. Aku rasa tak sedap hati jugak sebenarnya sebab mula-mula masa aku dapat tahu pasal masalah aku nih, aku cadangnya nak buat senyap aje. Tak nak ceritakan pada sesiapa, online. 

First sebab aku rasa akan ada orang yang akan gelakkan aku, sebab tak habis-habis ditimpa masalah. Well, even aku gelakkan diri aku sendiri,kan? Itu yang aku kata yang life aku nih macam one big fat joke tuh kan? Mungkin orang dah bosan dengan masalah aku. Ok, itu satu. 

Keduanya, aku tahu, ada jugak orang yang baca blog ini, yang selama ini mengikut perjalanan hidup aku melalui tulisan aku nih, diaorang akan bersimpati dengan aku. Diaorang akan kesian dengan aku. Kalaulah bukannya aku yang jadi penulis blog ini, instead, aku yang jadi one of the readers blog ini, pembaca tegar blog ini, aku sure akan merasa sedih, aku sure akan merasa bersimpati, aku sure akan rasa aku patut tolong tapi tak tahu macamana. Dan aku sure akan rasa macam terkilan gitu. Jadi, memanglah aku akui, pasti ada yang bersimpati dengan aku. Kawan-kawan aku yang di tagboard/blog tuh tentunya ada di antara diaorang akan bersimpati dengan aku. Aku tak nak diaorang risau pasal aku. 

Walaupun ada dua tiga orang yang macam sindir-sindir aku, yang perli-perli aku, yang cuba buat-buat lawak kononnya, tapi aku tak kisah semuanya tuh. Dalam keadaan aku macam ini, buang masa aje aku nak layan benda-benda gitu tuh. 

Tapi itulah, aku dah cakap yang mulut aku nih mulut tempayan, semuanya nak cerita kat orang. Kononnya aku dah tak ada tempat lain nak mengadu kalau tak kat kawan-kawan aku yang kat tagboard tuh.So ituhari aku terceritalah masalah aku nih masa sembang dengan kawan aku. So ramai lah yang tahu jadinya. Dan aku nak ucapkan berbanyak terima kasihlah pada yang kasi aku nasihat ker, kasi pendapat ker, even yang tak tahu nak kata apa.Ada yang offer nak kasi duit lagi tuh. 

Itulah, kadang-kadang aku terfikir jugak, apa pasallah aku nih ada blog. Orang yang hidupnya terumbang-ambing macam aku nih tak seharusnya ada blog. Aku suka menulis. Ok, fine. 

Tapi, kalau pun aku suka menulis, apa pasal tulis blog pasal diri sendiri? Apa pasal aku tak buat macam orang lain? Tulis pasal benda lain? Apa pasal tak tulis gossip pasal Mawi putus tunang? Pasal Siti Nurhaliza nak kawin? Ini aku tulis pasal aku, seratus peratus pasal aku. Sampai kadang tuh aku rasa malu sendiri sebab kehidupan yang aku lalui nih tak habis-habis dengan masalah. Pernah aku rasa nak berhenti aje tulis blog sebab aku dah malu. Aku malu dengan apa yang aku tulis. Aku malu dengan cara hidup aku. Yang tak ada kesampaiannya. 

Tapi bila difikir-fikir balik, kira ok jugak hidup aku nih, walaupun kadang tuh macam lintang pukang jer tapi worth living for. Tak apalah, aku akan terus ajelah tulis blog ini. Selagi aku boleh menahan kemaluan aku.