Wednesday, October 17, 2012

JumaatSabtuAhad212223112008


Rasa macam kosong jer hidup aku bila tak update blog. Dari sehari ke sehari aku mengosongkan hidup. Kemalasan mengatasi segalanya. So aku cuba-cuba lah nak update nih, nak buat ringkas aje kot. 

-----------------------------

Jumaat

Aku keluar awal pagi hari nih sebab sejak semalam, aku macam teruja sangat nak pergi tengok Billy Elliott. Aku terjumpa kat internet, kat craigslist, ada satu mamat nih yang nak cari kawan yang nak tengok play tuh. Dia suka tengok Broadway shows, sama indie movies. Masalahnya dia tak ada kawan. Sebijik macam masalah aku lah kan? 

So aku email dia kata yang aku pun bermasalah yang sama, so dia ajak aku jadi kawan dia, at least member untuk sama-sama tengok wayang, atau pergi shows. Then aku janji lah yang aku nak cuba dapatkan tikets Billy Elliott tuh pasal mamat tuh masih di Mexico City, dia akan balik ke New York malam nanti. 

Imperial Theatre tuh kat West45th Street so aku turun kat Times Square. Terus jadi excited, bersemangat aku dibuatnya bila tengok ramai orang beratur nak beli advanced tickets. Aku nak cari tikets untuk show Sabtu 29 hb sebab itu aje masa yang sesuai, aku habis kerja pukul 6 malam kalau hari Sabtu. Show hari-hari lain semuanya pukul 8, aku masih kerja kalau waktu tuh. Sundays pulak, tak ada show malam. 

Tapi, alangkah hampanya bila minah tu kata tikets dah tak ada, paling awal pun yang aku boleh dapat, awal tahun depan punya shows. Ada lah a few single tickets, tapi aku nak beli dua, nak side-by-side punya seats kan? 

Terus aje lah aku ke Port Authority Bus Terminal, online dari situ, nak cari info pasal shows yang lain. Tapi rasa tak best pulak pasal aku nak tengok Billy Elliott tuh, tak dapat tengok yang itu, aku tak ada semangat nak tengok yang lain. Kat craigslist pun tak ada orang jual tiket Billy Elliott tuh. Yang buat aku terkilannya, 29 hb tuh mamat tuh punya birthday, dia suruh sangat aku dapatkan tikets for his birthday.

So, kaedahnya, tak dapatlah aku tikets untuk show tuh. Macamana pun, aku akan berusaha untuk tengok show tuh nanti, it's such a big hit punya show. Menyesal aku tak beli tiket awal-awal. 

Lepas tuh aku terus aje lah ke Jackson Heights, online dua jam sebelum ke masjid. Then aku lunch makan beriyani kat restoran paki kat Little India.

Nasib baik lah aku tak dapat tikets show, sebab malam tuh David beritahu aku yang 29 hb nanti dia nak aku kerja sampai malam sebab dia nak keluar tengok show Young Frankestein, sama mak dia, sama kembar dia yang akan turun dari Las Vegas, for Thanksgiving weekend. 

David beritahu jugak yang Sunday nih kitaorang ada lunch kat Long Island, sempena birthday mak tiri dia (mak Hal) yang ke 85. Then, Thanksgiving Day nanti, ada dinner kat apartment nenek dia. Friday lepas Thanksgiving, dia akan balik lewat jugak sebab ada dinner sama kembar dia tuh, jugak sama kawan-kawan dia, kat Manhattan. 

Sabtu

Another boring Saturday sebab tak ke mana-mana the whole day, kat luar hujan. Lagipun esok ada lunch, so hari nih diaorang tak nak ke mana-mana. David aje yang keluar sekejap-sekejap gitu, aku sama Hal kat apartment aje. 

Aku mintak balik awal, pukul 5, sebab masa tuh dah tak ada apa nak buat dah, dan David pun ada di apartment. David kata, kalau aku ada hal, aku bolehlah blah awal, so aku kata lah yang aku ada janji sama kawan nak tengok wayang. 

Aku turun kat 34th Street/Gerald Square, sebab nak ke kedai yang jual branded items yang murah tuh. Aku nak beli jacket, overcoat. Winter dah masuk nih, aku cuma ada dua jackets aje, satu tuh jacket tahun lepas. Aku kena buat style New Yorkers jugaklah, pakai overcoat. 

Cadangnya nak beli short overcoat (malu lah aku nak pakai long overcoat, macam orang kerja kat Wall Street aje nanti jadinya) Tapi, tak ada lah pulak saiz aku, yang ada kat situ semuanya saiz besar-besar, yang saiz aku pulak tuh, harganya dalam 300. Ala, tak nak lah aku beli coat yang lebih dari 200. 

So aku ke Macy's, macam ulat semut kat dalam tuh, penuh dengan orang. Terlama jugak aku kat situ sebab banyak overcoats yang lawa-lawa. Last-last aku beli Calvin Klein punya coat, 50% discount, so harganya jadi $195. On the way ke subway kat Times Square, terlalu pulak kat satu kedai yang ada tulis "Out Of Business Sale", dari luar tuh aku tengok banyak jackets, coats, yang gila-gila harganya. Murah gila maksud aku, yang harga biasanya $400, dijual $69 aje. Termenyesal pulak aku sebab dah terrembat overcoat tadi tuh. Nasib baiklah masa tuh dah 7pm, kedai tuh dah nak tutup, kalau tidak, haruslah aku terrembat lagi satu jacket. Macamana pun aku dah bercadang nak ke kedai tuh lagi secepat mungkin. 

Mamat yang suruh aku beli tiket tuh (Jay nama dia) sms-ed aku, tanya kalau-kalau aku nak tengok wayang, dia nak join. So aku kata aku biasanya tengok wayang Sunday night, dia kata nak join aku. Aku tak kisah, walaupun aku tak kenal dia tapi lantaklah, at least dapat kawan baru. So esok aku akan contact dia.

Ahad

Aku terlewat bangun hari nih, lepas Subuh, aku tidur semula. Lepas alarm berbunyi, aku lepak-lepak sekejap, sedar-sedar dah 8 lebih. Biasanya kalau hari Ahad, pukul 8 lebih tuh aku dah kat Forest Hills, breakfast kat sana sambil baca paper, atau lepak-lepak kat Secret Garden aku. Sempat cuci muka aje, terus berlari-lari anak aku ke subway station. Ngam-ngam sampai apartment diaorang pukul 10 pagi. Mulanya aku nak breakfast dulu, nak tipu diaorang kata train lambat tapi mengenangkan yang kitaorang kena bersiap sebab nak pergi lunch kat Long Island tuh, terpaksalah aku tak breakfast. 

10 orang semuanya yang datang birthday lunch tuh. Aku, David, Hal, mak dia, kakak tiri Hal sama husband dia, dan 2 anak diaorang sama tunang dan boyfriend masing-masing. Sibuk gila restaurant tuh, packed dengan orang. Hal dengan scooter dia, mak dia dengan walker nya, memang siksa jadinya. Mak Hal duduk sebelah aku, sebab orang lain tak nak duduk sebelah dia. On her left, cucu dia. So, puas lah aku sama cucu dia tuh melayannya. Mulutnya punyalah becok, satu suap makanan, sepuluh ayat keluar. Hal, David, kakak tiri Hal punyalah meluat menengoknya, ditengking-tengking aje kat mak Hal tuh. 

Oklah lunch tuh, it was fun melayan mak Hal berceloteh, even David pun thanked me sebab mengentertain mak tiri dia tuh. Makanannya pun best, aku makan Mediterranean Omelett. Mana tak best nya, harganya pun $18. Biasanya omelett yang aku makan kat Cafe yang kat area rumah sewa aku nih, harganya $6 aje.

Kitaorang sampai Forest Hills dalam pukul 3 setengah, just nice lah untuk aku buat catherter kat Hal, dan kemas-kemas dan sediakan apa yang patut, sebelum aku habis kerja pukul 5 tuh. 

Sebelum aku ke subway, aku sms-ed dulu Jay, tanya dia kalau-kalau dia nak join aku tengok wayang. Aku tak tahu nak tengok wayang cerita apa, sebab almost all filem yang best-best, semuanya aku dah tengok. Jay suruh aku turun kat Lexington Ave, suruh tunggu kat Lincoln Plaza Cinema. Bila aku sampai, bayang dia pun tak nampak-nampak. Rupanya dia kat Lincoln cinema yang lagi satu, yang 5 blocks dari situ. 

Muka baik aje gayanya, nak kata stylish, tak sangat. Tapi, jenis mamat bergaya. Siap pakai topi, macam MamatGQ aje gayanya, cuma dia nih not well-groomed, tak macam MamatGQ tuh. 

Aku rasa boleh ngam aje kawan dengan Jay nih sebab dia kerja biasa aje sebelum ini. Dia nih minat movies, dalam email dia ituhari, dia kata yang satu hari nanti dia nak buat filem. January nanti dia akan mula kelas, dia ambik acting/directing. Dia kata dia nak masuk New York Film Institute yang famous tuh, yang ramai Hollywood stars belajar sebelum diaorang jadi famous. Aku percaya satu hari nanti dia nih akan jadi orang filem, dia memang ada gaya pun. 

So kitaorang ke panggung yang lagi satu tuh sebab semua filems yang kat Lincoln Plaza Cinema tuh (6), semuanya aku dah tengok. Masalah lah pulak nak tengok filem apa sebab aku nak tengok Changeling, Jay dah tengok dah. Dia nak tengok The Boy In Striped Pajamas, aku dah tengok dah. Last-last kitaorang tengok Quantum Of Solace aje lah. Tak best langsung bagi aku filem tuh, macam palat aje, tah 

Lepas tengok wayang aku ajak Jay join aku pergi dinner, best pulak ada kawan sekepala nih. Dia ok aje. Mulanya aku nak ke Penang Restaurant yang tak jauh dari situ tapi ternampak pulak satu Thai restaurant nih, so makan kat situ aje lah. 

Aku dah beritahu Jay yang minggu depan aku nak tengok Australia (Nicole Kidman sama Hugh Jackman), dia suruh aku talipun dia sebab dia pun nak ikut. Dan dia pun tanya aku apa plan aku untuk Thanksgiving. 

Yes, sekarang aku dah ada kawan tengok wayang. Best!

SelasaRabuKhamis181920112008


I'm not too happy dengan life aku di sepanjang minggu ini, Dear Diary. As if minggu-minggu sebelum ini aku happy sangatlah dengan cara aku menangani kehidupan aku nih kan? Hiks! 

Gini, sepanjang minggu ini kan Dear Diary, aku tak buat apa-apa pun, aku tak produktif gitu rasanya, aku macam malas nak buat apa-apa, aku macam malas nak fikir apa-apa, aku macam membiarkan aje hari-hari aku berlalu tanpa ada seri nya. How boring can that be hah Dear Diary?

Aku peratikan, dan aku biarkan aje, yang aku sekarang selalu tidur lewat. Way lewat. Kadang tu sesudah Subuh baru aku tidur. Aku, kalau dah lebih dari pukul 12 malam, aku susah dah nak tidur. So aku melepak ajelah, sesambil makan dodol yang entah bila lah nak habis nya nih, kuih-kuih lain yang masih banyak tuh. Kadang rasa macam best aje melepak sengsorang di malam-malam yang sunyi dan senyap gitu tuh. So untuk menyenangkan tidur, aku teguk ubat batuk. 

Itu yang buat best tidur tuh, sedar-sedar dah nak masuk Zohor (Zohor kat sini dalam 11-45 pagi/tengahari). Sebab aku tahu yang aku tak ada aktiviti di sebelah pagi, itu pasal aku selamba aje tidur sampai lewat tuh. Biasanya dulu tuh, dalam seminggu aku akan 2 kali ke apartment MamatGQ kan? So aku kena cukupkan tidur. Now that aku dah tak ke sana, itu yang buat aku ada banyak masa free tuh. 

Dan bila sedar pagi, mula lah aku macam kelam kabut sikit sebab in a few hours aku dah kena pergi kerja. Laundry tak berbuat, rambut pun belum potong nih, apa lancau pun tak berbuat akhirnya. Even nak makan pun malas.

Selasa lepas, ada jugak aku cuba-cuba cari idea nak mengebestkan hidup aku sebelum berakhirnya 2008 nih. Aku terjumpa iklan orang jual ticket untuk konsert Sarah Brightman kat Madison Square Garden, Ahad nih. So aku emailed dia, tapi agaknya dia tak nak jual tiket tuh kat aku kot, tak dibalas-balasnya. Sentapzlah kejap aku.

Then aku terfikir pulak, beli aje lah tiket Broadway show Billie Elliott yang aku nak tengok sangat tuh. Big hit dengar ceritanya, pementasan tuh baru dibukak bulan ini, so aku nak lah jadi orang-orang yang mula-mula tengok show tuh. Tapi, bila aku bersiap-siap nak pergi beli ticket, aku jadi termalas pulak nak keluar. Nak buat apa lah duit tuh agaknya sebab aku dah masukkan duit sikit kat bank hari Isnin lepas. Nak pergi beli jacket pun malas nih. Malas semalas-malasnya aku sekarang nih. 

Ada jugak aku terfikir untuk jalan-jalan sebelum pergi kerja, dalam sesejam dua tuh. Tapi sebab Zohor sama Asar tuh dekat sangat waktu nya, itu yang aku keluar pergi kerja lepas Asar aje, dalam pukul 2 lebih sikit. Tiap hari, kat dalam paper, banyak aje berita/gambar orang-orang terkenal yang dipaparazzi, semuanya kat area-area aku selalu melepak. Semalam ada gambar Kate Winslet naik teksi kat Chelsea, kat 23rd Street pulak tuh, kat area apartment MamatGQ. Ada gak gambar Keanu Reeves baru habis shopping kat Madison Avenue, then dia pergi jalan melepak-lepak kat Central Park. Then ada berita pasal Dustin Hoffman tengok film Slumdog Millionaire sama keluarga dia, kat Angelika Film Center. Gambar Sarah Jessica Parker sama husband dia pelakun tuh, kat West Village pun ada. Gambar dan berita pasal Tom Cruise sama Katie Holmes kat West Village pun ada. Semuanya tuh tempat-tempat aku selalu lepak, tempat-tempat aku selalu pergi. Kalaulah aku keluar ke mana-mana, sure terjumpa diaorang kan? Ini tak, aku duduklah melepak kat bilik, tak buat apa-apa. 

Sekarang pun, almost every night aku balik awal. Setengah jam lebih awal dari biasa. Selalunya aku siapkan H*l, then angkat dia ke katil, semuanya tuh before 8, then aku tengok tv sama-sama dia, sementara tunggu 8-30 pm. Tapi, sebab David pun demam, dia off seminggu, so dia nak tidur awal, dan dia suruh aku siapkan Hal cepat-cepat. By 8 semuanya dah selesai, dan aku pun terus mintak kata nak balik awal aje lah, daripada buang masa tak buat apa-apa kat situ. Diaorang setuju aje. 

Balik kerja pun aku terus aje balik ke rumah, tak singgah mana-mana pun, walaupun kadang tuh nak jalan-jalan sementelah lah aku dah di city center kan? Tapi itulah, laju jer aku nak balik, sedangkan kat rumah pun tak buat apa. 

So gitulah, tak menarik langsung tata susila hidup aku minggu nih, nak tulis kat blog pun macam tak ada apa pun. Start dari minggu depan aku kena buat something lah, jalan-jalan ker, apa-apa lah, bosan lah kalau gini jugak lagi style aku minggu depan. 

Monday17112008

Dear Diary,

Here I am, in my bed, in my dark room (having somehow slept until 11:30 in the morning), wondering about a possible way to really reach out to myself - does it exist after all?

I'd gone to bed after sending vaguely embarrassing responses to a couple of help-wanted ads, and in my anticipation, as I curled up in the blankets and felt my body lying there, I seemed to have gotten closer to a certain intimacy with myself.

Now I feel that I've lost it, partly because there weren't any replies when I woke up today, but I really ought to try to find it again - maybe just to look in a mirror until I feel myself getting close to me, "to you" even. I just said "to you" because I want "you" to be a reflection in my mirror.

Terribly narcissistic, but what if it became an ideal: what if we were all one collective personality, watching itself in a single enormous mirror? 

SabtuAhad1516112008


Sabtu

Hari nih hujan sepanjang hari, dan David sama Hal pulak dua-dua nya tak sihat, so tak ke mana-mana lah kitaorang. Punyalah bosannya aku, tapi sebab David banyak lepak aje kat bilik dia, so aku pun tengok tv aje lah kerjanya. Bila dah bosan sangat tuh aku buat-buat lah apa yang patut. 

Lepas lunch, sebelum buat catherter untuk Hal, kitaorang tengok movie yang diaorang sewa. Cerita apa tah, Ruscoe Jenkins apa tah namanya, cerita pasal keluarga gagak. Aku manalah suka cerita yang ada gagak berlakun, segerombolan pulak tuh. Rasanya, filem yang ada gagak, film Will Smith aje yang aku boleh lalu tengok. Yang lain tuh, sorry lah. 

Oooo, December nih Will Smith ada filem baru, Seven Pounds tajuk dia, kena tengok gayanya tuh. Aku dah tengok trailer filem tuh, my kind of story gayanya, Director dia pun yang buat The Pursuit Of Happyness dulu tuh. 

Dalam pukul 5 tu aje aku baru ada kerja nya pun, nak menyiapkan Hal sebab diaorang nak keluar dinner sama member diaorang malam nanti. Dah dua minggu lebih dah diplannya nak keluar dinner tuh, kat tempat biasa aje,kat restoran Thai yang aku selalu pergi lunch tuh.

Aku tak ada plan apa pun lepas kerja. Eh, ada plan sebenarnya. Plan aku, tak nak pergi tengok wayang, macam yang selalu aku buat tuh. Ada dua sebab. Tak ada movie yang aku nak tengok (Quantum Of Solace aku nak tengok kat Chelsea, nak guna one of the tickets yang MamatGQ kasi dulu tuh. Tak nak tengok sekarang sebab takut terserempak dengan dia ker, iyalah kan, apartment dia satu blok dengan panggung wayang tu jer.

Aku nak pergi masa Thanksgiving nanti, itupun kalau aku masih ada mood nak tengok filem James Bond tuh. Sebab aku nih, biasanya aku akan tengok filem yang aku nak tengok tuh, masa filem tuh mula ditayang, biasanya on it's opening day. Kalau dah lama mainnya, aku jadi macam malas nak pergi tengok sebab bagi aku, bagi aku lah kan, macam dah basi aje semua tuh. Lagipun, macam tak best aje jadinya sebab orang lain dah lama tengok filem tuh, aku barulah tergedik-gedik nak pergi tengok. Nampak sangat macam orang ketinggalan zaman, kan? Aku nih kan ker jenis yang nak semuanya aku nak first)

Sebab kedua, aku rasa macam malu kat diri sendiri aje sebab selalu sangat tengok wayang. Walaupun filem yang aku tengok semuanya artsy films, filem yang kebanyakannya tak main kat Malaysia (sebab apa tak main kat Malaysia? Sebab orang Malaysia tak tahu menilai kekelasan ekekekeke), filem yang sesuai dengan jiwa raga aku yang bila lepas tengok filem tuh aku selalu fikir yang Directors nih know how to steal my heart, tapi itulah, aku rasa macam kosong aje akhirnya. Sebijik macam prostitue, whenever her client leaves, dia akan rasa kosong gitu, except ada duit kat purse. Sebijik macam orang yang pergi cari lonteh, masa kongkek dia rasa best tapi in the end, dia balik kosong gitu aje lah kan? 

Macam aku lah, lepas tengok wayang, aku rasa puas hati, then balik semula kezeronan aku. 

So, walaupun hujan masih belum berhenti, aku turunlah jugak kat Rockerfeller Center, saja nak tengok orang main ice-skating, jugak nak tengok pokok Krismas yang tengah dinaikkan tuh. Lighting of that big tree akan dibuat 3 Dec nanti. 

Tak lama kat situ, hujan lebat pulak. Malaslah aku jadi macam orang lain tuh, macam kambing, bertempiaran lari. Aku selamba aje redah hujan tuh, basah kuyup, terus jalan ke the nearest N/R subway station. Balik rumah lah, apa lagi nak buat, kan?

Ahad

Pun sama, hari nih kitaorang tak ke mana-mana the whole day. Sebab David semakin teruk demamnya, batuk pun bertali arus. Pun sama, hari nih kitaorang tengok movie lagi, cerita budak-budak college, lupa lak aku apa tajuk dia, White something. Sepanjang diaorang tengok video tuh, sepanjang tuh aku fikir, apa ke jadahnya orang yang umurnya dah 50 lebih, tapi suka sangat tengok filem budak-budak? Pelik aku, gila pelik nya. 

Since hari ni balik awal sikit (pukul 5), aku decided nak jalan-jalan lah barang sesejam dua. Akan tension jadinya aku kang kalau tak ke mana-mana, terus aje balik ke rumah, kan?

Cuma yang tak best nya, pukul 5 dah gelap gelita. Tapi, itu tidak menghindarkan aku dari merempit. Aku turun kat 57th Street, then dari situ aku merayau kat Lexington Ave, kat CBS, kat Apple Mecca punya area. Then ke Madison Avenue sama Park Avenue, kawasan banyak designer boutiqoes, kawasan orang kaya-kaya pergi shopping. Ternganga aje lah aku menengoknya, gila apa, baju sampai lima enam ratus dollar, handbag yang tah apa-apa, sampai ribu-ribu harganya. 

Lambat pulak masa berjalan rasanya, nak balik ke rumah pun masih awal, so aku masuk Borders. Aku nih kan, jenis yang takut nak curi-curi baca buku dan majalah lama-lama. Tak macam orang lain tuh yang siap berlunjur kaki kat lantai lagi, sambil baca buku. Beli nya tak. 

So sekejap aje lah aku kat mana-mana section, memang gaya macam orang nak beli buku, tapi tak berbeli-beli jugak. Semua tingkat aku naik, semua sections aku pergi. Bila dah lama rasanya kat Borders, aku melilau cari pintu keluar. Empat lima rounds aku meround cari exit. Ada lah banyak exit signs tapi bila aku ikut signs tuh, semuanya lead to one emergency door yang kalau aku bukak, akan berbunyi alarm. 

Hampir nak termenggelabah aku jadinya sebab Borders tu besar, tapi tak ada pintu keluar. Dah lama tuh, bila dah tak ada jalan lain, aku naik ajelah elevator. Laa, rupanya aku kat basement tadinya tuh, itu pasal tak jumpa exits. Menyumpah kat diri sendiri aku akhirnya, mengenangkan kebodohan aku tuh. Itu lah kebluran yang tak disengajakan kot? Ekekekkeke

So, dalam pukul 9 aku blah, itupun aku sempat merayau sekejap ke Columbus Circle, depan CNN Building, nak ambik train dari situ. 

Macam biasa, Sunday night, aku akan makan kat restaurant. Aku dine in. Tak nak lah tapau-tapau nih. So aku ke Redang Island restaurant, makan Assam Laksa. Best betul bergelak sakan dengan 3 orang waitresses tuh, semuanya Malaysian Chinese. Diaorang kata aku lah customer yang paling macam bukan customer, sebab aku asyik sembang, buat lawak, gelak-gelak, verytime aku ke sana. 

"Hey, lu tarak pernah makan ikan ka? Lobster ka? Cuba lah, mulah saja meh", kata one of them. Puas aku kata aku dah kenyang, dan aku akan datang lagi dalam dua tiga hari, tapi Minah tu tetap pujuk suruh aku cuba. Aku ni memang lah lemah sangat dengan pujukan orang-orang penjual nih kan? So aku kata, "oklah, kasi saya satu lobster". Tak apa lah, boleh dimakan esok.

Aku tak nak order ikan sebab macam kesian aje tengok ikan-ikan yang kat dalam fish tank tuh. Dengan udang nih aku tak kesian sangat sebab diaorang tak nampak macam ikan, yang asyik ke hulu ke hilir berenang, kan? Udang nih diaorang lepak setempat aje, macam tak bermaya nak huha-huha macam geng-geng ikan tuh. So, aku tak lah rasa macam kesian sangat yang udang yang hidup tuh, dalam beberapa minit lagi, akan digulaikan. 

Punyalah best nya, aku sendiri yang tangkap udang tuh, guna tangga, then guna tangguk besar tuh. Sampaikan chef-chef dan pekerja dapur, jugak customers lain, gelak-gelak tengok aku. Kadang tuh aku rasa diaorang nih gelakkan aku. Atau gelak sama aku, itu aku tak pasti. Apa pun, aku tak nak lah kalau diaorang gelakkan aku sambil ingatkan aku nih buat lawak. Tak, aku bukan melawak, aku memang gini orangnya. Kesukaan ramai. 

Aku rasa happy, rasa best aje, at least ada jugak orang-orang nak bergelak sama aku. So tak heranlah aku terkasi tips $6 (3 orang waitresses) kat diaorang, biasanya aku kasi 3 aje. 

Jumaat14112008


MamatGQ tengah tidur agaknya masa aku sampai apartment dia sebab lama baru dia bukak pintu, dia kunci dari dalam. Bilik pun masih gelap gelita masa aku masuk tuh. 

"Hey, I missed you man", saja aku kata gitu sambil tepuk bahu dia. 

Hari nih hari last dia kerja kat company tuh so dia kata dia nak pergi kerja lambat sikit, lagipun memang tak ada kerja pun dah yang dia kena buat. Aku dah checked website company dia minggu lepas, nama dia semuanya dah tak ada dah kat profile company tuh, so memang confirmed lah yang dia dah diberhentikan kerja. 

So kitaorang lepak-lepak, sembang-sembang, sambil minum blueberry juice. Banyaklah yang kitaorang sembangkan, mulanya pasal aku, sebab aku cerita kat dia yang aku tak kerja selama 4 hari, sebab demam tuh. Mula dari tuh terus melarat tercerita pasal David/H*a, best jugak sebab bila aku cerita benda-benda yang aku tak berapa berkenan pasal diaorang, MamatGQ pun setuju dengan reasonings aku. So aku rasa lega lah sikit sebab selama ini kadang tuh aku rasa aku yang banyak cekadaknya. Sebanyak cekadak Hal tuh. 

Lepas tuh cerita pulak pasal dia. Dia kata dia macam happy jugak bila dah tak kerja nih sebab selama ini dia macam menghambakan diri kat company tuh, so sekaranglah dia ada masa untuk buat hal dia sendiri. 

"Good, take some time for yourself, go somewhere", aku kata gitu. Macam best aje aku kasi nasihat kan? Dia nak balik ke Iowa 24 sampai 29 hb, untuk Thanksgiving. Itupun sebab dia dah beli tiket sebelum dia dapat tahu dia diberhentikan kerja. Kalau tidak, sure dia tak balik. Minggu depan, dia nak ke head-hunter, nak cari kerja baru. Puas jugak dia nak mengexplain pasal head-hunter tuh, dia ingat aku tak tahu apa-apa pasal tuh. Iyalah kan, aku nih kuli aje kan? Ekekekkee

Then dia nak buat blood test, then nak cari orang yang nak sewa apartment dia on a daily basis, sepeninggalan dia nanti. Kat New York nih ramai orang yang buat gitu, sewa kan apartment diaorang on a daily basis gitu. 

"Minggu depan, Selasa atau Rabu, kita bersih-bersih apartment nih sama-sama, nak Joe?", kata dia. Dia kata mungkin dia nak cat baru, nak re-arrange furniture kat apartment tuh, etc. 

"So macamana ni Joe, akan datang kau tak payah datang lagi lah sebab aku pun dah tak kerja ni", kata MamatGQ. "Atau kau ada suggestion lain?", kata dia lagi. 

"Macam ni lah, kalau kau ada kerja yang nak suruh aku buat, kau talipun aku. Aku tak kisah, bila-bila aje aku boleh datang kalau aku free. Aku nak tolong nih sebab I care about you, kau tu tak sihat, kau kena ingat tu", aku kata gitu.

"I care about you too Joe", kata MamatGQ, "tapi tak fair lah kalau kau kerja free gitu aje", kata dia lagi.

"This is not about money. This is more about friendship, we are friends, don't let money be an issue", aku kata gitu.

"Eh Joe, kau tau tak, dua tiga hari lepas, masa aku tengah betul-betul down, aku checked email box aku. Then aku baca email kau yang lepas-lepas, masa mula aku kenal kau. Aku rasa bersyukur dapat jadi kawan kau Joe", kata MamatGQ.

"Kau simpan email lama-lama?", aku tanya dia sambil gelak-gelak. Aku tak cakap kat dia pun yang semua emails dia yang lama-lama tuh ada aku simpan. Tak macam emails orang lain, yang kalau aku dah baca, aku terus delete aje. Oooppsss. 

"This is what they call male-bonding, Joe, I think", kata MamatGQ. 

[ Male-bonding is a term used to denote co-operative and supportive behavior between two or more beings. In this sense, the term connotes a relationship which involves mutual knowledge, esteem, and affection and respect along with a degree of rendering service to friends in times of need or crisis. Friends will welcome each other's company and exhibit loyalty towards each other, often to the point of altruism. Their tastes will usually be similar and may converge, and they will share enjoyable activities. They will also engage in mutually helping behavior, such as exchange of advice and the sharing of hardship.

A friend is someone who may often demonstrate reciprocating and reflective behaviors. Yet for many, friendship is nothing more than the trust that someone or something will not harm them.Value that is found in friendships is often the result of a friend demonstrating the following on a consistent basis:

the tendency to desire what is best for the other,
sympathy and empathy, honesty, perhaps in situations where it may be difficult for others to speak the truth, especially in terms of pointing out the perceived faults of one's counterpart
mutual understanding] 

"I trust you so much Joe, I want you to keep the keys (to the apartment)", kata MamatGQ lagi.

"Eh, kalau aku jadi kau, aku pakai pakaian buruk-buruk aje on my last day of work", aku kata gitu bila MamatGQ tanya aku, apa yang patut dia pakai untuk ke pejabat. Terus dia pakai jeans yang berlubang sana-sini kat lutut, pakai t-shirt bergambar. Tapi pakai jacket jugaklah. 

"Kau jangan tak ambik duit ni Joe, ini duit kau", kata MamatGQ sambil taruk duit kat meja, masa dia dah nak pergi kerja. 

"Kau jangan terasa hati kalau aku tak ambik duit tuh, aku dah cakap, this is not about money", aku kata gitu sambil gelak-gelak. 

"Oklah, jumpa lagi bila-bila nanti, apa-apa hal, kau contact aku", kata MamatGQ sebelum dia blah pergi kerja. Lama jugak kitaorang bersalam sama laga fists.

Aku rasa macam best aje, rasa mood baik aje lepas tuh. Small things like that yang buat aku rasa best. Bagi aku, ada satu orang kawan tapi yang baik dengan aku, yang satu pemikiran sama aku, yang satu wave-length dengan aku, itu jauh lebih elok dari ada ramai kenalan. We don't see each other much tapi the thought yang kitaorang ngam macam sedara, itu dah cukup buat aku. 

Since aku kena blah awal sebab Sembahyang Jumaat start pukul 12-30 pm, laju aje lah aku buat kerja mana yang patut. Aku ambik duit yang MamatGQ kasi tuh pun just untuk beli detergent sama guna untuk buat laundry, balance nya aku tinggalkan aje. 

Aku tengok, kat dalam fridge dia, banyak drugs yang baru, macam-macam jenis, marijuana semuanya tuh kot. Rokok pun ada dua kotak. Aku ambik dua batang, aku isap. Lama dah tak merokok nih, kali terakhir aku merokok, masa Bob datang ituhari. 

Aku blah dalam pukul 12, kelam kabut jugak takut tak sempat sampai ke Jackson Heights sebelum sembahyang mula. Aku punyalah laparnya, mungkin sebab lepas demam memang gitu kot, jadi kemaruk, mudah lapar, nak makan aje. Macam semalam tuh, aku dah breakfast, then on the way pergi Forest Hills, walaupun masih awal, aku jadi lapar tiba-tiba. Sampai tak bermaya gitu, rasa macam berbuih mulut aku, rasa nak turun aje subway dan cari kedai makan. 

Lepas sembahyang aku ke internet cafe sekejap. Sekejap tak sekejap lah, ada dalam 2 jam aku online, sebelum pergi kerja. Sepanjang kerja, aku rasa macam happy aje, puas hati gitu, dan aku buat kerja menjaga Hal tuh, punyalah baik, punyalah beralusnya. Mungkin sebab Hal tak berapa sihat, asyik batuk-batuk aje. David pun sama, dua-duanya tak sihat.

Itulah diaorang nih, ituhari masa aku batuk-batuk, macam halau aje aku dari apartment tuh, sekarang rasakan siksanya bila diaorang kena demam selsema, batuk-batuk. 

Rabu12112008


Malam semalam aku masih batuk-batuk lagi, saspen jugak kalau masih berterusan batuk aku nih. Nasib baiklah bila siang, batuk aku dah hilang. Apa pasal batuk aku malam-malam aje ni hah?

Aku tak ke mana-mana pun di sebelah pagi, melepak aje di rumah. tengahari aje aku keluar sekejap pergi beli nasi, dah berapa hari dah tak makan nasik nih. Mulanya nak jugak jalan-jalan seround dua kat area rumah sewa nih tapi takut terbeli apa-apa so aku lupakan niat aku tuh. Seseminggu nih tak banyak duit yang aku keluarkan, tak ada aku beli apa pun. Nih nak potong rambut pun malas rasanya walaupun dah sepatutnya aku pergi salon, dah tiga minggu dah rasanya nih. Baguslah kalau macam tuh, tak macam dua tiga minggu lepas, rasa macam nak beli banyak benda aje.

Rasa macam segan-segan pulak masa kerja harinih sebab dah 4 hari aku off. Aku buat macam baik aje, buat rajin aje. Kononnya lah. Hal tak berapa sihat pulak, dia yang asyik batuk-batuk aje, janganlah dioarang kata itu semua jangkitan dari aku sebab David pun dah sound aku, dia kata dia pun rasa macam tak sedap tekak aje.

Malam tuh, David bayar gaji aku yang minggu lepas, alahai, sikitnya aku dapat, sedih rasanya ekekekek. Tak apa, Friday nih, dapat duit lagi sebab kerja kat apartment MamatGQ. Dalam sms dia Isnin lepas, dia dah warn aku, suruh aku ambik duit.

David ada beritahu jugak pasal plan dia untuk Thanksgiving nanti. Ada dinner kat rumah nenek dia, twin dia yang kat Las Vegas pun nak turun sama bini dia. Dan Sabtu tuh dia suruh aku kerja sampai malam sebab diaorang nak ke Broadway tengok Young Frankestein, dia nak suruh aku jaga Hal.

Aku tak balik awal walaupun siap kerja sebelum pukul 8, aku tunggu aje sampai 8 setengah, sesambil tengok tv sama Hal. Tak boleh jadi kalau setiap malam aku balik awal, sikit-sikit lama-lama sikit gaji aku nanti.

Balik kerja aku singgah kat 50th Street/Rockerfeller Center, dari situ aku jalan kaki melalui Fifth Avenue, masuk ke Central Park South, then ke Columbus Circle, terus ke Lincoln Plaza Cinema. Aku nak tengok wayang, filem yang dah lama aku tunggu sebab best kata reviewnya, possible Oscar-contender katanya, filem Slumdog Millionaire. Pukul 10-10 pm punya show. Sementara tuh jalan-jalan jugaklah kat area tuh, cuaca pun tak sejuk sangat. Show yang pukul 8 tuh sold out, aku tengok, hampir keseluruhan penonton yang keluar, semuanya Keling. Bukan Keling yang pakai sari, jenis Keling yang pakai moden. Kat New York nih ramai jugak Keling pakai sari, tapi itu semua kat daerah Jackson Heights aje lah.

Best gila filem tuh, one of the best films yang aku tengok tahun nih rasanya. Walaupun mulanya aku macam tak berapa percaya cerita tuh best sebab tengok jalan cerita macam predictable aje, tapi sebab lakunan sama directing nya best, itu yang buat filem tuh jadi macam best sangat. Sekejap aje rasanya walaupun filem tuh 2 jam. Tak ada nyanyi-nyanyi macam cerita Keling yang korang selalu tengok tuh, ini cerita Keling Inggeris.

The story of Jamal Malik (Patel), an 18 year-old orphan from the slums of Mumbai, who is about to experience the biggest day of his life. With the whole nation watching, he is just one question away from winning a staggering 20 million rupees on India's "Who Wants To Be A Millionaire?"

But when the show breaks for the night, police arrest him on suspicion of cheating; how could a street kid know so much? Desperate to prove his innocence, Jamal tells the story of his life in the slum where he and his brother grew up, of their adventures together on the road, of vicious encounters with local gangs, and of Latika (Pinto), the girl he loved and lost. Each chapter of his story reveals the key to the answer to one of the game show's questions.

Each chapter of Jamal's increasingly layered story reveals where he learned the answers to the show's seemingly impossible quizzes. But one question remains a mystery: what is this young man with no apparent desire for riches really doing on the game show? When the new day dawns and Jamal returns to answer the final question, the Inspector and sixty million viewers are about to find out...


Selasa11112008


Tadi aku ada talipun Hal, nak tanya dia bila dia nak aku datang kerja semula. Dia kata kalau aku nak off sampai hujung minggu pun ok jugak, aku dah terhappy dah mendengarnya sebab aku bolehlah buat plan nak ke mana-mana. Tapi, tak lama lepas tuh David talipun, dia suruh aku datang kerja petang/malam nih. Aku kasi alasan kata tak sempat dah sebab aku tengah buat laundry (kononnya), sedangkan masa tuh dalam pukul 2 petang.

So harinih adalah aku keluar jalan-jalan, pergi Central Park, lepas Asar tuh. Jauh jugak aku berjalannya, saja aje lah nak kasi badan berpeluh, dah 4 hari aku asyik melingkar kat katil aje kan?

So esok aku mula kerja semula. Saspen gak aku nih sebab aku masih batuk-batuk jugak kadang tuh, datangnya tak menentu. Bibir aku masih rasa kelat-kelat aje nih, leher aku pun sakit sebab banyak sangat batuknya.







Isnin10112008


Hari nih pun sama Dear Diary, aku tak buat apa pun seharian. Nasib baik aku tak cadang nak pergi kerja hari nih sebab petang tuh batuk aku datang balik semula. Aku ada called Hal, beritahu dia yang aku tak nak datang kerja, aku nak pergi klinik kaedahnya, (aku tipu aje). Dia macam selamba aje, macam tak kisah aje aku nak datang kerja atau tidak. Kang aku cari kerja lain kang, baru padan muka ko! 

Ada jugak niat aku nak ke Chinatown, nak pergi jumpa agent kerja tapi bila difikirkan yang kalau kerja melalui ajency tuh, gaji nya separuh dari gaji yang aku dapat kalau kerja jaga Hal, itu buat aku lupa kan niat aku tuh. 

So aku melepak kat bilik aje lah, susah jugak nak keluar masa sekarang nih sebab waktuh sembahyang tuh dah dekat-dekat. Antara Zohor ke Asar tuh cuma dua jam, antara Asar ke Maghrib pun 2 jam, antara Maghrib ke Isyak sejam lebih. Pukul 6 petang Isyak dah masyuk. Syusyah lah gini nak jyalan-jyalan kan? 

Aku nak sangat keluar sebenarnya, nak ke Central Park, nak ambik gambar. Sekarang nih musim luruh tengah hebat, lawa gila pemandangan pokok-pokok yang bermacam kaler tuh. Tapi itulah, aku tak sihat, aku tak sepatutnya keluar jalan-jalan. Bosan dah rasanya 3 hari asyik tidur aje nih. 

Pukul 9 malam MamatGQ sms-ed aku, tanya aku kalau-kalau aku boleh datang minggu nih. Baik, beralus aje ayat-ayat dia, aku kata yang Friday nanti aku akan ke apartment dia. 

SabtuAhad0809112008


Aku bangun pagi tadi, mata aku merah, banyak taik mata. Melekat-lekat sampai ke bulu mata. Panik jugak aku jadinya, tak kan aku sakit mata kot? Terus aku tak pakai contact lens pun, takut semakin menjadi-jadi merah tuh. Dan on the way pergi kerja, dalam train, aku asyik batuk aje. Mulanya aku dah cadang nak berhenti half way dan nak talipun David, nak beritahu yang aku tak nak datang kerja sebab keadaan aku macam tuh memang akan memparanoidkan diaorang yang yang germsphobic tuh. Tapi aku terus kan jugaklah, mengenangkan yang diaorang nak ke Target hari ini. 

Plan diaorang nak keluar dibatalkan sebab hari hujan, ditangguh ke hari esok. So David ke gym, aku menguruskan Hal, then buat apa-apa yang patut sebelum Hal suruh angkat dia ke katil sebab dia nak tidur. Itupun dia suruh aku urut dia dulu dalam sesetengah jam. 

Dah siap tuh, sementara tunggu David balik, kitaorang tengok tv aje lah. Hal yang tengok tv, aku lepak aje. Batuk aku datang tak henti-henti pulak tuh. So aku plan yang aku nak mintak balik awal lah. 

"You look terrible Joe, you look terrible", kata David bila aku kata aku tak sihat. Terus dia suruh balik, sesambil tuh dia mengomel lah kata aku nih tak reti jaga diri. Aku dah boleh imagine yang dia akan bawak cerita, menalipun semua orang, kata yang aku nih sakit. Dia nih memang jenis gitu, kadang tuh mengalahkan mak lampir, benda yang kecik-kecik tuh suka dibesar-besarkan sangat. 

So kaedahnya, pukul 1 aku balik. Nak sentapz jugak aku kat David sebab dia macam halau aku aje, itu yang cepat-cepat aku keluar tuh. David suruh aku talipun dia pagi besok, kalau aku masih tak sihat, dia suruh aku rihat aje. Monday pun sama. 

Teruja jugak aku nak singgah kat mana-mana , iyalah kan, dah 8 bulan lebih aku tak free hari Sabtu kan? Tapi, tertakut pulak aku nak melepak gitu, nanti dibuatnya mata aku terus menerus merah, dan aku terus menerus batuk, itu yang tak jadi aku nak singgah di mana-mana tuh. Aku terus balik ke rumah, minum ubat batuk dan taruk eye-drop, then tidur. 

Bangun, tidur, bangun, tidur. Itu aje lah kerjanya sampailah pagi esoknya. 

Ahad.

Aku talipun David dalam pulul 8-30 am, memang aku tak ada niat nak pergi kerja pun. So aku kata lah yang aku nak pergi klinik petang tuh. David suruh aku talipun Hal kalau-kalau Isnin pun aku tak dapat datang kerja. Terus aku terplan yang aku tak nak datang kerja Monday nanti, nak lepak-lepak aje lah, bukan senang aku dapat peluang lepak-lepak gini kan? 

Tapi itulah, batuk aku masih belum berhenti-henti jugak, walaupun mata aku dah ok dah. So, aku pun buat macam semalam jugaklah, tidur, bangun, tidur dan bangun. Tak pernah aku tidur sebanyak semalam dan hari ini rasanya. Tengahari tuh aku keluar sekejap, nak merasa kenikmatan keadaan hari minggu yang dah lama aku tak rasai. So aku ke 60th Street/3rd Avenue di Upper East Side, nak tengok film The Boy In The Striped Pajamas. 




Tengah sedap-sedap tengok wayang tuh, batuk aku datang lagi, tak henti-henti. Puas aku tahan-tahan, makin ditahan makin terbatuk. Tahan-tahan nak kontrol bunyi, terkuat pulak batuknya ekekekeke. Last-last aku keluar panggung sebab takut kena marah dek penonton lain. 

Aku terus ajelah balik ke rumah, dan seperti semalam, aku tidur, bangun, tidur dan bangun. Rasa nak patah tulang belakang sebab tidur aje kerja nya, makan pun tah apa-apa, bila lapar aku makan buah aje. 

By malam aku rasa aku dah tak batuk pun dah, cuma aku rasa mulut aku kelat-kelat gitu lah, macam orang baru lepas demam gitu. Tapi, aku rasa esok aku tak nak pergi kerja. Entah, rasa malas aje pergi kerja nih. Nak tipu diaorang lah, nak kata aku masih tak sihat. Lantaklah dapat duit sikit aje minggu nih dan minggu depan nih.

Jumaat07112008


Rasa macam malas aje nak pergi apartment MamatGQ pagi nih, tapi sebab dah janji, aku terpaksa lah pergi jugak. Ituhari dia ada kata, kalau aku tak nak datang, tak payah datang lah tapi aku kata aku tetap akan datang jugak. Aku sampai dalam 8-15 am gitu, dia dah blah pergi kerja rupanya. Ada note yang ditinggalkan untuk aku, dalam note tuh suruh aku ambik duit yang dia tinggalkan tuh. 

Cepat-cepat aku buat kerja apa yang patut, tak buat lebih-lebih pun, buat yang perlu-perlu aje. By 10-30 am aku dah siap semuanya, so sebelum blah, aku tulis note untuk dia pulak. Aku kata aku tak nak ambik duit tuh pasal on both days aku blah awal, aku tak buat apa sangat pun. Jugak, aku mintak dia beritahu aku bila dia nak aku datang lagi, at least untuk pulangkan kunci apartment dia. 

Daripada aku habiskan waktu kat subway kalau aku balik ke rumah, terus aje aku ke Jackson Heights. Dapatlah 2 jam aku online, sebelum Sembahyang Jumaat. Lepas makan beriyani, aku terus ke Forest Hills. Ada lagi dua jam sebelum masuk kerja, so aku lepak kat library aje lah. 

Batuk aku masih belum hilang, datangnya tak menentu. David balik kerja pun lambat jugak, masa dia sampai tuh dia macam bengang aje, mood tak baik gitu. Dia suruh aku blah awal jugak malam nih sebab aku macam tak sihat aje gayanya. Memanglah, kerja kat situ memang aku nampak macam tak sihat, aku selalunya senyap aje. Tapi, the moment aku keluar dari apartment diaorang, aku jadi segar bugar, sihat walafiat. 

Sampai rumah, aku tengok ada kotak depan bilik aku. Jugak surat. Bila aku angkat kotak tuh, punya lah berat, dan kotak tuh dari Malaysia. Mamposlah mahalnya postage kalau seberat gini nih, kata aku dalam hati. Aku tengok kat kotak tuh, ada nama dan alamat pengirim, jugak harga postage. Tu dia, dekat RM 300 harga postage! Aku tak kenal pun nama pengirim tuh, dan rasa bersalah terus datang kat kepala aku. Iyalah kan, hantar barang seberat itu kan? Tapi tak apa lah, orang dah terhantar kan? Aku terima aje lah.

Tersengih gila aku bila bukak kotak tuh. Banyak dodol! Banyaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkk, berbungkus-bungkus. Ada sagun pun sama! Ekekekekekkeke Ada kerepek, ada kain pelikat. Thanks again XXXXX, semoga business ko terus maju dan berjaya. Amin. 

RabuKhamis0506112008


Rabu. 

Aku tak ada mood nih Dear Diary tapi aku kena tulis jugak sesikit kat sini nih. Demam aku ok dah cuma aku batuk sikit-sikit. Tadi landlord aku kasi aku ubat batuk, so lepas Zohor (Zohor masuk pukul 12-30), aku tidur lah sekejap sementara nak tunggu pergi kerja. Sedar-sedar dah pukul 3 lebih, kelam kabut aku bersiap pergi kerja, nasib baik sampai Forest Hills ngam-ngam 4-30 pm. 

David perasan yang suara aku lain sikit so aku kata lah yang aku batuk-batuk. Tak ada apa pun sebenarnya, tapi diaorang nih jenis yang jaga sangat kesihatan, yang kalau rasa tak sihat sikit aje, terus pergi klinik. Aku pulak jenis yang koboi, kalau demam ker, sakit ker, jenis tunggu sampai demam, sakit tuh sembuh sendiri. Terus aku dikasi ubat, dibuat kan teh ditaruk honey, kasi aku minum. Dan dia suruh aku balik kerja awal sikit, sebab by 8 pm aku dah selesaikan kemas-kemas dan Hal pun dah aku usung ke katil. Balik kerja, aku minum ubat batuk tu lagi, senang nak kasi tidur lena.

Khamis

Aku tak tahu apa aku buat pagi nih Dear Diary, aku buang masa online aje. Macam serba salah pulak, kejap rasa nak keluar, kejap rasa nak melepak kat rumah, nak layan blues di kepala. Tak apa lah, nak habiskan minggu nih layan blues aje lah, tengoklah minggu depan kalau-kalau aku decide nak cari kerja lain, atau nak buat benda lain untuk memenuhkan waktu aku. Sungguhlah depressing nya musim-musim sejuk gini nih, Dear Diary. 

Aku sengaja balik awal, macam semalam jugak, sebab by 8 tuh Hal sama David dah siap depan tv masing-masing, nak tengok Ugly Betty. Boleh kalau aku nak stay sampai 8-30 pm macam biasa tapi aku rasa malas aje. Jadi sikitlah gaji aku nanti nih kalau tiap-tiap hari aku balik kerja pukul 8 malam. 

Aku kena tidur awal sikit nih sebab esok aku ke apartment MamatGQ, tengoklah, entah-entah esok hari terakhir aku ke sana kot. Tak pun, minggu depan aku datang sekali aje lah, untuk kali terakhir. 

Selasa04112008


"Wow, lawa nya sweater kau!", aku kata gitu the moment aku masuk apartment MamatGQ. Dia tengah bersiap nak pergi kerja. Rasanya itu kali pertama aku commented pasal pakaian dia. Memang lawa pun, colorful gitu. 

"Lawa ker Joe? Aku tengah fikir nak pakai yang ini ker yang satu lagi nih. Since kau kata yang ini lawa, aku nak pakai yang ini lah. Thanks, aku nak kan compliment lah Joe, tambah-tambah masa macam ni sekarang ni", kata MamatGQ. Pasal pulak nih, ada berita tak bagus ker, kata aku dalam hati. 

"So, macamana harijadi kau Joe? I thought about you", kata dia masa aku dah duduk kat sofa.

"Thanks. Biasa aje", malas lah aku cerita apa yang aku buat on my birthday ituhari. 

"Ala, tak kan tak nak cerita kat aku? Kau ni Joe", kata MamatGQ. 

So aku ceritalah apa yang aku buat last Friday. Aku tipu sikit, aku kata, lunch, movie, dinner and parade. Sedangkan aku pergi masjid, lunch dan parade aje kan? 

"Wow, kau tentunya keletihan", kata dia. 

"Aku sampai rumah pukul satu lebih malam tuh, esoknya kena kerja awal pagi pulak", aku kata gitu. 

"Eh Joe, kau ambik ni, sweater nih mengecut lepas hantar dry cleaner. Aku pakai, dah tak muat. Kau ambik lah, sweater nih aku suka, material dia of best quality. Aku tak nak kasi kat orang lain, aku nak kasi kat kau", kata MamatGQ sambil hulur kat aku satu sweater kaler purple.

"Thanks, lawa sweater nih", aku kata gitu sambil tengok cap dia. "Made of extra fine merino wool", tulis kat tengkuk sweater tuh. Wow, kata aku dalam hati. Aku, walaupun tak tau sangat pasal benda-benda gi nih tapi aku dapatlah bezakan jugak antara pakaian mahal dengan pakaian biasa. Memang lawa dan berkualiti sweater tuh. 

"Awal kau hari nih? Pasal kau tak ke gym, atau yoga?", aku tanya dia. Nak kata dia nak cepat, tak ada macam tergesa-gesa pun, dia selamba aje, siap blend blueberry juice lagi untuk kitaorang minum. 

"Aku kurang tidur lah Joe sesemalam dua ni", kata MamatGQ sambil duduk kat sofa depan aku. Gaya macam dia nak cerita something nih. 

'Jumaat lepas, on your birthday Joe, lepas aku fire staf-staff aku, Boss aku panggil aku masuk bilik. Dia kata, giliran aku pulak kena berhenti kerja. I lost my job, Joe", kata MamatGQ. 

"That sucks, man. That sucks....", aku kata gitu. 

"Ekonomi teruk sekarang, company tu rugi 15 juta, so semua staff diberhentikan kerja. Yang aku terkilannya bukan apa, aku tak sangka aku kena berhenti cepat sangat, aku baru aje join company tu bulan 5 lepas", kata MamatGQ lagi. 

"Tapi, dua tiga jam lepas tuh, CEO aku suruh aku kerja sampai akhir bulan ni, on a week-to-week basis", dia kata lagi. 

Dia cerita lah yang dia dulu kerja dah best, jadi Direktor Pengiklanan kat satu syarikat penerbangan, then dia berhenti kerja sebab nak join company nih.Dia beritahu aku yang dia dah mula cari kerja lain, dan CEO dia ada janji nak carikan kerja untuk dia kat overseas. Bagi aku, tak ada lah nak bimbang sangat sebab dia dapat huge compensation, lagipun dia kan ker pernah kerja best-best. Just a matter of time aje sebelum dapat kerja lain yang bagus. 

"Get some time off, pergi cuti", aku kata gitu. Tak tahu dah aku nak cakap apa. 

"So sekarang Joe, aku kena cut down on my expenses, I can't afford to have an assistant", kata dia sambil pandang aku. 

I knew that was coming. 

"Tak apa, aku faham", aku cakap gitu. 

Aku tahu yang dia nak kan assistant tuh dulu pasal masa tuh dia baru kerja dengan company nih, dan dia kerja long hours. Now that dia akan diberhentikan, logiklah dia tak perlu kan assistant, kan? Yang dia kata dia tak mampu ada assistant tuh, itu tak lojik sebab dia ada banyak duit kat bank. 

"Aku cadang nak kasi kau notis, dalam dua minggu gitu. Dapatlah kau cari kerja lain, gaji yang lebih besar", dia kata gitu. 

"MamatGQ, aku kerja, bukan pasal duit sangat lah. Aku datang jugaklah nanti tolong-tolong kau, boleh tak?", aku tanya dia. 

"Jangan Joe, jangan!", dia kata gitu. 

"Pasal? Kenapa tidak?", aku tanya lagi. 

"Tak fair lah untuk kau Joe", kata MamatGQ. 

"Ah, aku tak peduli, aku nak datang jugak. Kau tu tak sihat", aku kata lagi. 

"I'm perfectly healthy, Joe", kata dia. 

"Kau ada HIV, kau bukanlah orang yang sihat", slow aje aku cakap gitu sambil pandang muka dia. 

"Baik kau nih orangnya Joe. Tengoklah macamana nanti Joe, we'll work something out. Mungkin aku tetap disuruh kerja for a few more months, tapi buat masa sekarang gitulah keadannya", kata MamatGQ lagi. 

"So, apa plan-plan kau sekarang?", aku tanya dia. 

"Banyak plan aku ni, nak melawat orangtua aku, nak melawat adik aku yang cacat tu. Aku rasa nak ambik lesen jadi pelatih yoga lah, memang itu cita-cita aku dari dulu, nak jadi yoga instructor", kata MamatGQ lagi. 

[Korang tengok, Mat Salleh ni kan, daripada kerja Chief Marketing Oficer, diaorang sanggup jadi Yoga Instructor] 

"Kau ni senyap aje, kau sedih ker Joe?", tanya MamatGQ bila dia dah nak pergi kerja. 

Aku senyap tuh bukan apa, aku fikir, yang kalau aku dah tak kerja kat apartment dia nanti, tak ada lah benda yang aku nak tulis kat blog aku dah. Jugak aku fikir, yang aku akan kehilangan seoarang kawan. Aku nih memang selalu gitu, kalau ada kawan yang baik, for some reasons, sure tak lama nya lah. He's such a good person, we are so different yet so similar. In so many ways. Itu yang buat aku macam terkilan, macam sedih aje tuh. 

"Harap-harap kau dapat kerja lain yang lagi bagus Joe", kata MamatGQ lagi. 

"Kau jangan cakap gitu, kau tak tahu yang aku kerja dengan kau ni bukannya pasal duit sangat pun", aku jawab gitu. 

Dan sebab bukan pasal duit lah, itu yang aku tak ambik pun duit gaji yang diteruk atas meja untuk aku tuh. Lantaklah dia nak marah, atau nak terasa hati. So bila MamatGQ blah aje, terus lah aku buat kerja, rasa bodoh aje jadinya. Fuck, why does it have to end this way? We are so good together, dah 5 bulan aku kerja kat apartment MamatGQ, dan selama 5 bulan nih aku happy-happy aje. 

Terus aku check MamatGQ punya journal, memang betul, dia disuruh berhenti kerja. Walaupun dia macam suka jugak dibuat gitu (sebab dia tak berapa berkenan kerja di bawah CEO dia tuh) tapi dia terkilan sebab segala penat lelah dia selama ini macam went down the drain aje gitu. Dia tulis jugak apa plan-plan dia, sebelum dia buat keputusan untuk kerja di tempat lain, yang dia kata, semuanya tuh for the better. Dia nak spend some time kat rumah kawan dia yang datang melawat dia masa birthday dia dulu tuh, kat Ohio. Jugak dia cadang nak ke Brazil (dia kan ker suka Minah Brazil?) untuk sesebulan dua. Jugak untuk ambik lesen jadi instructor tu lah. 

Since aku macam tak ada mood aje nak kerja, dan aku pun tak berapa sihat, siap aku plan nak balik ke rumah dalam pukul 11. Sempat lagi tuh, bolehlah tidur dalam dua jam gitu. Malas lah pulak aku tidur kat apartment MamatGQ tuh aje. Aku kan, masa kerja kat situ, yang jahat aku selalu buat, itu lah, baca journal dia. Masa lain tuh aku baik gila, tak ada pun aku rileks-rileks sambil tengok tv ker apa ker. Nak makan pun aku makan sambil melepak kat dapur, berdiri gitu, tak duduk kat kerusi pun. 

Aku blah dalam pukul 12, tak jadi nak balik ke rumah, instead aku ke Jackson Heights. Makan beriyani kat kedai Paki tuh sebelum ke internet cafe. Sepanjang aku dalam train, sepanjang aku makan, sepanjang aku berjalan ke internet cafe, aku asyik dok fikir aje. Bodoh jadinya aku. Sedih jadinya aku. Macam inilah life, kan? 

Dapatlah dua jam aku online, tah apa-a apa aku buat pun aku tak tahu. Since aku masih ada masa, waktu sampai di Forest Hills, dan since nak ke library sure ramai orang sebab hari nih Election Day, aku masuk ke internet cafe. Hehe, dapatlah sejam lagi online, walaupun aku tak tahu nak buat apa. Daripada aku bodoh-bodoh,sedih-sedih gitu sengsorang, baik aku berbodoh dan bersedih kat depan komputer kan, tak lah obvious sangat. 

Masa melepak kat park, aku sambung fikir benda-benda gitu, sampaikan terlintas kat hati aku, janganlah mood tak baik aku melarat-larat sampai masa kerja kat apartment David/Hal nanti. Aku nih kalau sedih-sedih, aku mudah naik angin. 

Since David off hari ini, aku pun banyaklah rileks nya sebab Hal asyik melepak kat bilik David, tengok tv sama-sama. Aku aje yang kat dapur tengok tv sorang-sorang, tengok Cash Cab. Tapi fikiran aku jauh melayang tah ke mana. 

Ternaik angin jugak aku kat Hal masa kat bilik air, masa aku tolong dia gosok gigi, cuci muka. Dia kata ada habuk kat botol Listerine, sedangkan tak ada apa-apa pun. Aku pun apa lagi lah, sesambil basuh botol tuh, aku basuh lah jugak dia. Aku kata yang dia kena start percaya kat orang. Aku kata, dah 8 bulan aku kerja, benda-benda gitu memang annoying sungguh. Masa tuh aku dah tak peduli kalau David dengar, geram sangat aku kat Hal tuh. Sampaikan dia tak dapat nak bersuara. Dia nak cuba bukak mulut aje, terus aku sambung balik marah kat dia. 

Lepas pada tuh, masa menyiapkan dia kat katil, aku buat kerja tak pandang pun muka dia. Aku buat serious aje, macam dia tuh anak patung aje aku kerja kan. 

Balik kerja, aku rasa macam lega sikit. Dapat another parcel/card.