Saturday, October 13, 2012

06062008


Bulan lepas aku ada terima email dari this one guy, adik kepada pembaca blog nih, yang jugak kawan baik seorang pembaca lain. Azim nama budak tuh, exchange student (6 bulan) kat Minnesota. Dia nak datang New York sebelum balik Malaysia, tengah June nih. So aku offer dia bermalam kat bilik aku, dua malam. Timing tak berapa betul lah kan sebab aku dah habis cuti, petang Jumaat aku dah kerja balik semula, so tak dapatlah nak bawak dia jalan-jalan sangat pun. 

So pagi tuh aku bangun awal, dalam pukul 4 setengah gitu. Tak ada jauh sangat JF Kennedy Airport tuh dari tempat aku cuma kena tukar 3 trains dan awal pagi manalah banyak trains, so itu yang aku keluar awal sikit tuh, dalam 5-15 am. 

Ngam-ngam aku sampai kat Terminal 2 masa plane dia mendarat dan tak lama jugak aku tunggu, aku nampak Azim. Senang aje nak cam sebab penumpang semua tuh turun tangga escalator, so ada masa nak cam satu persatu. Aku kasi dia dua pilihan, samada nak terus keluar jalan-jalan atau nak balik ke rumah sewa aku dulu. Sebab nak save masa lah kononnya.

Mulanya aku aku rasa Azim nih macam banyak cekadaknya jugak sebab dia tak buat keputusan apa-apa pun. Lagi satu, dia macam berbelah bagi, samada nak lepak rumah aku atau nak melepak sama kawan dia (perempuan) yang baru turun dari Buffalo, yang melepak kat New Jersey, kat Stevens Institute Of Technology. Memang dulu ramai Melayu belajar kat situ, sekarang nih tak tahu lah aku. 

Aku fikir, apa ke jadahnya nak lepak tempat lain sedangkan dah janji nak melepak kat tempat aku? Kalau tak nak, beritahu awal-awal, ini aku dah tersusah payah bangun awal, bila aku sampai sana, dia buat arrangement lain pulak kan? Budak-budak, fikir aku dalam hati. Jauh bezanya dengan umur aku, dia 21 tahun, belasan tahun gap umur.

Tapi aku diam kan aje lah, aku tak buat keputusan, aku nak tengok macamana dia punya style. Tapi bila aku tengok beg dia besar dan berat, terus aku ajak balik rumah sewa aku dulu. Dan kebetulan pulak tempat member dia tuh semuanya perempuan, so dia decided nak lepak sama aku aje lah. Kitaorang breakfast dulu kat kedai Mexican yang kat area rumah sewa aku tuh. 

"Bilik aku kecik jer, ko ok ker?", aku tanya dia. 

"Eh saya ok jer Bang", kata Azim. 

Aku malu jugak benarnya nak ajak orang lepak sama aku, orang yang aku tak kenal pulak tuh kan? Tambah-tambah dia student pulak tuh, aku rasa, dia punya tempat tinggal dan cara hidup pun jauh lah lebih bagus dari aku. Lagipun, dia nih tak berapa tahu pasal aku, setakat baca sikit-sikit aje bila abang dia kasi kat dia alamat blog aku. Sure dia punya expectations tuh tinggi agaknya. Iyalah kan, aku duduk kat New York kan, sure lah semuanya best-best kan? Sedangkan aku selama ini sedaya upaya memaking the best out of the worst. 

"400 macam nih?", kata Azim bila masuk aje bilik aku. Kalau kat ceruk lain di US nih, USD 400 tuh dah boleh sewa rumah besar. Tapi kat New York nih, cuma dapat menyewa bilik kecik seluas sekangkang kera bunting.

"Ha ah, ini New York....", aku jawab gitu. 

Aku tahu dia letih sebab semalamnya bertolak dari Las vegas pukul 10 malam, so aku suruh dia tidur dulu, kitaorang nak keluar lepas Jumaat. Aku online ajelah masa dia tidur. Aku pun ngantuk jugak benarnya sebab bangun awal, semalamnya pun tidur lewat, tapi aku nak tidur kat tikar kat lantai tuh aku takut Azim tersedar, sure dia rasa tak sedap hati pulak kan? Azim nih bukan macam Syed dulu tuh, dia nih baik budaknya, kemelayuan dia tuh kuat lagi. 

Ada jugak Azim tanya pasal aku and since he has no clues pasal aku, aku senyapkan aje, aku kata, "You don't have to know". Tapi aku kata gitu sambil gelak-gelak lah. Tapi, sebelum pergi Sembahyang tuh, tah macam mana, Azim tertanya lagi, kesian pulak aku mendengarnya so aku ceritalah sesikit. Ayoo, tak dan lama aku cerita, airmata aku keluar! Memang dasar pundeks sangat aku nih tau! Itulah susahnya jadi natural born actor macam aku nih, aku selalu menjiwai lakunan aku tuh dengan penuh perasaan. Termalu aku kat Azim jadinya, tapi nak buat macamana kan? Tak apa lah.

Kitaorang Sembahyang Jumaat kat Brooklyn, kat masjid dekat rumah aku tuh. On the way tuh lalu kat Chinatown , aku tunjukkan kat dia restoran Nyonya, restoran Malaysia tuh. Masa ceramah sebelum Sembahyang tuh, sebab ceramah dia dalam bahasa Turki, aku banyak mengelamun aje. Mengelamun ker? Bukan kot? Aku macam banyak tersedar gitu. Aku teringat kat satu email nih yang tah sapa-sapa hantar kat aku, yang ada tulis words macam nih, "Sebenarnya kan Joe, Tuhan banyak menyebelahi kau lah". Aku tahu, ayat tu salah, tapi somehow aku rasa macam aku faham apa maksud pengirim tuh. So from there, jauhlah aku termengelamun. Dan aku tahu, mata aku akan jadi merah lagi nanti nih.

Lepas Sembahyang kitaorang terus aje ke subway station. Nak ke Manhattan. Di sepanjang jalan tuh, aku sambung lah cerita sikit-sikit kat Azim, pasal pengalaman aku. Banyak gelak-gelak aje. Aku, bila dah lepas bab yang mula-mula tuh, aku dah gelakkan aje bila ceritakan kisah-kisah aku nih. Yang bab mula-mula tu ajelah aku, sampai sekarang, masih tak dapat nak kontrol sedihnya kalau aku cerita kat orang. 

Ada jugak aku terfikir yang Azim nih macam reflection aku masa dulu. Masa aku student dulu (aku terjumpa ex-sailor kat South Shields, England), masa sekarang ni pun, once in a while aku terjumpa orang-orang lama (PakCik Arthur contohnya), yang terdampar gitu. Mungkin, 10 years, 20 years down the road, Azim akan teringat yang dia ada tejumpa Melayu (aku) masa melepak kat New York City. Masa tuh mungkin dia akan fikir, "I wonder what's up with that guy now?..."

"Ko datang nih bawak rezeki sebenarnya", aku kata gitu kat Azim, masa tengah tunggu train. Senyap jer.

"Apa pasal pulak?", dia tanya aku.
-----------------
Masa Azim tidur tadinya tuh, to keep me awake, aku pun merayau-rayaulah online. Masa aku kat craigslist aku ada tertengok this one ads yang nak kan PA (Personal Assistant), cuma dia tak tulis samada nak kan perempuan atau lelaki. Yang aku tahu, dia tuh a very busy executive kat Chelsea, area-area kat 22nd Street/7th Avenue. 

Saja-saja jer lah aku email mamat tuh, rupanya dia online jugak, so email aku cepat aje dibalas. Dia kata dia lebih suka kalau lelaki yang jadi PA dia sebab sesama lelaki nih senang sikit. Agaknya kalau perempuan yang jadi PA, banyak songehnya kot, itu maksud dia kot?

So, kitaorang berbalas email lah, bila dia mintak refrence, tanya itu ini, aku jawab pun macam nak tak nak ajelah. Bahasa pun adalah kasarnya jugak, which aku selalu termenyesal, "ish aku nih, pasal aku tulis macam tuh? Sure dia bengang, sure dia tak nak balas dah email aku, sure dia cari orang lain aje nanti", aku fikir gitu. Tapi, surprisingly, dia tetap balas email aku, dan dia suruh aku arrange for an interview secepat mungkin sebab dia nak jumpa aku. Dia kata dia nak employ aku, on a part-time basis lah sebab kerja-kerja yang aku kena buat pun tak lah sebanyak mana, "just to assist me in keeping my life in order", kata dia. 

Since banyak benda yang nak didiscusskan, itu yang dia nak jumpa aku secepat mungkin tuh. Too bad aku kerja dari pagi sampai malam weekend nanti, aku hanya free pagi-pagi aje, weekdays. So dia harap dapat jumpa aku Tuesday night, lepas aku balik kerja. Dan aku boleh start kerja tuh anytime minggu depan, kalau aku nak. 

So, itulah rezeki yang aku maksudkan kat Azim tuh. Masa kat masjid lagi dah aku terfikir, yang betapa besarnya kuasa Tuhan. Aku menerima gueast (Azim), tak semena-mena aku dapat second job (yang gaji per hour nya tinggi dari yang David/Hal bayar aku). Masa tuh jugak Tuhan bayar "cash", kasi aku kerja lain, terfikir aku dalam hati gitu.

Memanglah aku bersyukur tapi yang buat aku merah mata tuh, pasal aku macam baru tersedar aje yang selama ini "Tuhan selalu menyebelahi aku", macam yang budak yang email aku tuh kata. 

Sebenarnya kan, for the last few days pun aku, sesambil berjalan ke sana sini, aku ada terfikir pasal itu pun. Iyalah, aku nih, walaupun hidup dalam serba kekurangan tapi kekurangan aku tuh penuh dengan kekelasannya tersendiri. Aku macam berjaya capai aku yang nak. Walaupun aku selalu terfikir yang "it could have been better kalau aku legal" tapi dalam-dalam keillegallan aku nih, yang aku redha, yang aku tau aku tak boleh nak buat macamana dah hence aku buat lah mana yang patut aje, tapi aku rasa oklah hidup aku sekarang, dibandingkan dulu-dulu masa aku kerja di restoran Cina. 

Sekarang aku banyak masa free, aku boleh buat apa yang aku suka (belajar Spanish for example, pergi merayau-rayau), aku tak ada pressure sangat. Aku makan pun kat luar kan? Walaupun bukanlah kat fancy restaurants tapi kalau korang ikut blog nih, korang selalu terbaca yang aku selalu makan kat restoran Malaysia, restoran Thai, restoran India, restoran Pakistan. So aku nih bolehlah diklasifikasikan sebagai kelas orangnya kan? Bukan takat "macam kelas jer". Memang sudah termetri kekelasan aku.

So, yang buat aku termerah mata kat masjid tadinya tuh pasal itulah. Aku tersedar yang aku nih macam tak bersyukur orangnya. Takat sedar aje tak ada gunanya, aku kena bersyukur dengan apa yang ada. Tapi itulah, apa tanda-tanda kesyukuran aku? Aku patutnya lebih banyak beramal, buat baik, things like that. Itu yang aku macam terkedu sangat tuh, entahlah, mungkin sebab kat masjid kita jadi lebih dekat dengan tuhan kot? The moment keluar masjid, benda-benda baik yang kita fikir tuh terus hilang begitu saja. 

Tak ada reaksi apa-apa dari Azim bila aku kata yang dia datang duduk sama aku tuh membawak rezeki. Aku beritahu dia tuh biar dia ada rasa seronok sikit sebab aku percaya yang dia sure ada perasaan macam menyusahkan aku. Sebenarnya tak ada menyusahkan aku langsung pun. Memang pandai aku menjaga hati orang kan? 

Kitaorang berhenti kat Times Square and since aku ada masa sejam aje, aku bawak dia jalan-jalan kat area situ ajelah, tunjukkan mana-mana yang patut, senanglah dia nak jalan-jalan sama kawan dia yang masa tuh tengah on the way dari New Jersey. Aku tak sempat jumpa member dia tuh (aweks dua orang) sebab masa sampai kat area Macy's kat 34th Street, dah agak lewat, aku nak kena pergi kerja dah. 

Elok aje aku sampai Forest Hills, dapat mesej dari David yang kata diaorang akan sampai dalam 5-30 pm. So aku ada masa dalam sejam, terus aje aku ke cyber cafe yang aku baru terjumpa. Nak ke library aku tak boleh online sebab aku tak ada card, nak sambung baca cerita Phoolan Devi aku tuh, malas pulak rasanya. So aku melepak kat cc tu ajelah. 

Aku terserempak dengan mak sama adik David masa tengah tunggu diaorang kat depan apartment tuh so aku beritahu yang David sama Hal akan tiba any moment jer, so sama-samalah kitaorang tunggu diaorang kat garage apartment tuh. Berkali-kali David thanked me sebab datang kerja sebab diaorang banyak nak kemas barang, nak buat itu ini. I left at 9 pm sebab banyak yang kena diuruskan.

Aku sampai rumah, Azim belum balik and since esoknya aku akan kerja pagi sampai malam (nak pergi party tuh), so aku tidur awal jugak lah. 

"Eh, Abang Joe tidur atas lah, saya dah biasa tidur kat bawah", kata Azim bila dia sampai, dia tengok aku tidur kat tikar kat lantai. 

"Dah dah dah, tidur aje, tak kesah nyer, rileks lah", aku kata gitu. Bagus budaknya Azim tuh, aku harap-harap dia tak terasa hati. Aku pulak yang rasa macam tak sedap hati takut dia rasa tak sedap hati. Iyalah kan, sebagai tuan rumah patutnya aku tidur kat katil dan dia tidur kat bawah.

Tapi itulah aku nih, baik sangat orangnya kan? 

05062008


Hari Khamis, pagi-pagi lagi aku dah keluar. Esoknya aku dah kena kerja semula. Shit how time flies macam tu aje kan? Nak keluar, tak tahu ke mana nak pergi dan apa nak buat. Nak lepak kat bilik, rasa rugi aje buang masa tak buat apa-apa. Lagipun, melepak kat bilik selalu buat aku fikir bukan-bukan, might as well aku keluar. Sambil jalan-jalan, aku pun selalu fikir bukan-bukan jugak tapi at least kaki aku berjalan.

Aku ke IFC Center , dari dulu dah aku nak cari panggung yang tayangkan film-filem independant nih, iyalah kan, I'm a cultured guy kan? Takat tengok filem Hollywood, tak boleh dikategorikan sebagai all-round cultured guy kan?

Kat West Village panggung tuh, sebenarnya banyak lagi panggung lain tapi IFC nih yang macam happening sikit sebab banyak filem. So aku tengok one of these films yang kat poster nih, korang teka filem apa aku tengok.

Mahal jugak ticketnya, $11-50, sebab aku bukan member. Kalau member, $8-50 aje. Teruja jugak nak jadi member tapi nanti kalau jadi member, asyik nak tengok wayang aje lah kerjanya kan?



Then aku jalan ke Times Square lagi, kali ini aku masuk ke Nasdaq HQ, lama dah tak masuk sini. Lawa-lawa t-shirts kat situ, rasa nak beli tapi malu lah nak pakai, macam orang kelas-kelas aje. Macamana pun, sebelum balik Malaysia nanti, I'll make sure aku akan beli a few helais. 




Aku ke West Village pulak lepas tuh, cadangnya nak lepak lama-lama sikit kat area tuh. Aku ada baca kat paper, if you hang long enough kat situ, sure akan terserempak dengan Olsen twins (yang dalam Full House tuh) sebab diaorang selalu lepak kat situ. Gila aku nih, memang ada tokoh jadi papaparzzi kan? Kat mana-mana aku pergi, selalu aku cuba-cuba ingatkan sapa orang-orang terkenal yang duduk kat area-area yang aku pergi tuh. As if aku akan terserempak dengan diaorang lah kan?

Memang banyak aku berjalan seminggu nih so aku rasa aku nak pergi berurutlah, dah tegang urat-urat betis aku rasanya. Adalah aku ambik a few addresses kat online, semuanya kat Chinatown. Tapi, on the way ke subway station, aku terlalu depan satu kedai ubat Cina, ada buat acupuncture, refleksologi semuanya. Terus aje aku masuk ke situ, tanya sikit-sikit langsung aje aku setuju nak buat cupping treatment. $20 untuk 10 minit. Oklah tuh sebab aku belum pernah buat cupping treatment dengan tabib Cina. Yang aku pernah buat, buat sendiri, yang taruk/pedapkan gelas kat tisu yang dibakar atas badan, macam bekam gitu. Itu masa sama nadi dulu, kat Maryland.

Laaa, lain rupanya cupping Cina nih, bukannya guna api, instead guna pressure aje sedut angin badan. Ditaruk 10 bijik cups kecil kat belakang aku, dan disedut anginnya. Rasa macam ketat gitu badan aku jadinya, tak ada pun membengkak macam kalau buat cupping treatment cara yang aku pernah buat dulu tuh. I was a little disappointed lah jugak tapi nasib baik 20 dollars aje kan? Macamana pun, rasa lega jugak badan aku lepas tuh, tersedap pulak rasanya, sempat terfikir yang baik aku sambung buat massage pulak. Puas tabib tuh pujuk aku suruh buat acupuncture atau massage tapi sebab aku lapar, aku katalah yang aku nak makan dulu.

Aku jalan nak cari Thai restaurant tapi ternampak this one halal Indian restaurant, terus aje lah aku masuk. Makan briyani kambing sama sayur kacang bendi. Masa tengah makan tuh aku dok fikir, patut aku pusing balik dak, buat massage? Atau acupuncture. Atau buat facial, ada aku ternampak satu spa nih tadi yang aku tengok, orang Asia yang kat dalamnya. Lama jugak aku berfikir, nak buat semua tuh, macam membazir aje rasanya. Menghabiskan duit aje. Tapi, kalau tak buat, aku terkilan pulak sebab memang tujuan aku, nak pamperlah sikit diri aku nih.

Argh, pasal duit dua tiga puluh dollars pun berkira sangat aku nih, kata aku dalam hati. So aku patah balik, dan terus aku masuk spa tuh. Tak ada lah mahal mana pun nak buat facial kat situ. Dan since tak mahal sangat, service nya pun tak ada lah sebagus mana pun, takat cuci-cuci gitu aje. Oklah tuh.

So, dah buat cupping kat badan, dah buat facial, nak buat apa pulak? Urut kote? Wakakakaka. Kalau boleh aku nak urut badan tapi rasa macam membazir sangat, lagipun dah banyak duit aku keluar masa cuti nih, tak sedar aje. So aku balik aje lah, singgah kat kedai Cina kejap, beli tikar, beli towels, malam esok dan lusa aku akan ada guest. 

04062008


Aku ada cadang nak ke Philadelphia, atau Washington DC, tapi bila aku bangun pagi, hujan lebat. So terus lah aku kanselkan niat aku tuh. Rasa frust jugak sebab cadangnya nak jumpa Bob, on the way ke DC tuh. Tapi itulah, tak jadi rupanya plan aku tuh. 

So harinih aku aktiviti utama aku, tengok wayang. Filem Indiana Jones. Tak ada rasa seronok sangat pasal dah lama dah filem nih main baru sekarang aku ada kesempatan nak tengok. So, memanglah tak berapa ramai sangat dah orang yang kat panggung tuh. 

Sekarang nih filem Sex And The City tengah top, perempuan yang ramai tengok filem tuh. Masing-masing nya semua all dressed up, kononnya lah kan? Meluat aku menengoknya, aku tengok Indiana Jones tuh tak ada lah nak dress up macam Indy pun kan? 

The rest of the day tuh gitu aje lah, merayau-rayau, tension aku jadinya sebab aku macam dah tak tahu nak ke mana. I've seen it all, New York doesn't fascinate me no more ker? 

Ish, macam cabul pulak mulut aku nih. 

03062008


Masa aku tengah jalan-jalan kat Central Park hari Ahad lepas tuh, aku ada terbaca notice yang banyak ditampal kat pokok-pokok dan tiang letrik, yang part of the areas kat situ akan ditutup untuk shooting film When In Rome, a Disney productions.

So Selasa tuh aku pergi lah Central Park, saja jer nak tengok macamana diaorang buat shooting filem. Kat sana-sini aku tengok, banyak khemah, banyak trailers. Tapi, bila aku jalan ke sana sini nak tengok kalau-kalau ada orang tengah shooting, tak ada pulak. So aku melepak aje lah sambil tengok orang. Jauh jugak aku berjalan dalam park tuh, tak lah rasa macam buang masa sangat pun sebab orang lain pun macam aku jugak, ke sana sini melepak.

Bila aku dah nak keluar, nak pergi makan, aku terlalu kat kawasan yang aku tengok, ramai orang tengah berkumpul. Rupanya ada shooting filem kat situ, tapi bukan shooting yang aku nak tengok tuh. Ada shooting lain jugak rupanya, filem Brides War, lakunan Kate Hudson (Fool's Gold, You, Me & Dupree, Almost Famous, How To Lose A Guy In 10 days etc) sama Anne Hathaway (Becoming Jane, The Devil Wears Prada, The Princess Diaries, Brokeback Mountain etc).

So terralit lah aku kat situ dekat dua jam menengok diaorang shooting satu scene yang very simple and quick. Macamana pun, scene yang dua tiga minit tuh pun, hampir sehari diaorang buat. Aku boleh dengar Kate Hudson mengomel pasal kena buat banyak takes, simply sebab ramai orang yang kacau, curious onlookers, termasuklah aku.

Sampai petang aku kat situ, aku blah pun sebab malu kat diri sendiri, macam orang kampung sangat. Macamana pun aku puas hati sebab dapat tengok Kate Hudson sama Anne Hathaway dari dekat.


[Anne Hathaway tengah berpayung]


[Kate Hudson, adegan nih, dia kejar Emma (Anne Hathaway)]


[Anne Hathaway sama Kate Hudson] Tak sangka aku jadi paparazzi kan?





Reporters dari negara-negara lain. 

02062008


Alamak, cuti aku dah nak habis tapi banyak tak tulis nih. So, aku tulis sikit-sikit ajelah benda yang banyak-banyak tak tulis tu kot?

Isnin aku pagi-pagi lagi dah bersiap, nak ke Yonkers, ke The Bronx. Silap besar aku tertinggal camera. Jadi tak syok pulak jalan-jalan tak bawak camera nih. Iyalah kan, my life's so happening, banyak benda yang perlu dicapture, macam kena ada bukti bergambar gitu kan? Kalau tak, orang macam tak percaya kan?

Aku sempat jalan-jalan kat Yankee Stadium, tak lah jauh sebenarnya dari Manhattan, naik satu train aje, dalam sesejam gitu dari rumah sewa aku benarnya. So, kalau ada apa-apa concert kat Yankee Stadium nanti, "within easy reach" lah.

Petang, aku balik ke Manhattan, ke tempat biasa, ke Times Square dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. What a glorious day, panas yang tak panas sangat, aku cuma pakai sehelai t-shirt aje, macam kat Malaysia. So, habis satu hari lagi cuti aku. Macam terpanik gitu sebab tak buat apa-apa pun, cuti dah semakin nak habis. Tertension jadinya sebab aku belum plan nak ke mana-mana pun, aku nak keluar dari New York City nih kalau boleh, masa cuti aku nih.

Ok, habis pasal kisah hari Isnin.

01062008 (ii)


Jauh perjalanan aku ke Museum Of The Arts tuh, so sementara tuh meh aku cerita sikit.

Seingat aku lah, hanya dua aje filem Melayu yang aku tengok sampai habis. Itupun masa aku sekolah dulu. Filem Jasmin (sebab masa tuh aku suka Noraini Jane Tan Sri Kamarul Ariffin tuh dan aku suka jalan cerita pasal Natrah, budak Belanda yang dibela keluarga Islam tuh), keduanya filem Abang, yang Datuk Rahim Razali berlakun. Sampai sekarang pun aku suka filem-filem tuh, filem yang ada cerita. Even sekarang pun aku selalu macam terbayang yang aku akan jadi macam dalam filem Abang tuh. Balik Malaysia setelah 10 tahun hilang, balik pun sebab sakit, last-last mati.

Tak ada pun cerita P Ramlee yang aku pernah tengok sampai habis rasanya. Memang aku tak suka langsung filem P. Ramlee. Or rather aku tak suka film Melayu, senang cakap lah kan?


So, aku memanglah tak ada keinginan pun nak tengok filem Melayu, aku tak minat. Setidak-minatnya dengan filem Hindustan jugaklah. Dan, tak ada lah aku mengikut perkembangan filem Melayu pun, orang lain sibuk cerita pasal filem, pasal pelakun Melayu, aku buat selamba aje. Tak ada pun aku rasa rugi atau ketinggalan.

Ok, bila aku dapat tahu yang filem Mukhsin nak main kat New York, aku macam teruja sangatlah nak tengok. Sebab kata orang, filem tuh bagus. Kata orang lah kan? So, aku rasa, sampailah masanya aku menonton filem Melayu pulak kan. After all, belum pernah kot filem Malaysia dimainkan kat New York (walaupun main kat museum jer...ooppsss), sure bagus filem tuh, macam yang orang kata tuh kan? Dulu, tahun lepas, masa pergi rumah Bob kat Delaware, ada aku ternampak VCD cerita Mukhsin tuh tapi biasalah kan, aku buat-buat tak nampak jer.

Macamana pun, in all honesty, aku bercadang nak tengok filem tuh sebab itulah, nak tengok kalau-kalau ada Melayu yang aku boleh jumpa. Iyalah kan, event-event macam tu aje lah yang aku sanggup dan berani pergi. Aku tak ada high expectations langsung pasal filem tuh, iyalah kan, sebagus mana pun, tetap filem Melayu kan? Mana akan ada filem Melayu yang bagus, kan?

"Sedih filem tu Joe, ko jangan nangis pulak nanti", ada member beritahu kat tag. Nangis? Excuse me? Ayooo, belum menonton lagi aku dah nak tergelak, sure masa tengok nanti tuh aku akan gelak habis-habisan. Ala, filem Melayu jer kan?

So, berbekalkan gelak, with no expectations whatsoever, sampailah aku kat Museum Of The Arts tuh.

------------------------------------



Pundeks, $20 nak masuk museum tuh. Belum pernah aku tengok wayang harga ticket semahal itu. Rupanya, kalau nak tengok film screening, tetap kena bayar admission fee yang dua puluh dollars tuh. Tengok wayang tuh free, cuma nak masuk museum tuh kena bayar. I see. Dah bayar dua puluh dollars, bolehlah melawat musuem, dan kalau nak tengok film screening pun boleh. 

"What film are we watching today?", tanya this old lady kat suami dia, masa tengah tunggu theatre tuh bukak. Oooo, maknanya, bukan semua yang nak tengok filem tuh tau pasal filem Mukhsin tuh, diaorang tengok tuh pasal diaorang ada membership dengan museum tuh. Memang kat sini, ada segerombolan orang-orang tua yang tak ada kerja lain, diaorang jadi member mana-mana organisation, then diaorang buang masa seharian kat organisation tuh punya event, macam film screening tuh.

Aku duduk kat belakang sekali, kat seat paling tepi, kat main entrance. Iyalah kan, bukan aje pengkritik filem, aku nak kritik semuanya, dari segala segi. Itu yang kena duduk belakang tuh.

Ada aje orang masuk, aku toleh, nak tengok kalau-kalau ada Melayu. Ramai orang tua aje, yang pakat bantai tengok aje filem apa yang discreenkan kat museum tuh. Sekali sekala adalah nampak couple Cina, India, adalah dalam tujuh lapan couples agaknya kot.

"Let see how many Malaysians we gonna meet today", kata this Chinese girl kat partner dia.

"Yeah right!", kata aku dalam hati.

"Mana Melayu nih? Tak kan tak ada sekor pun Melayu kat New York nih? Tak kan masing-masing sibuk kot? Ker masing-masing sibuk berlari ke sana sini kat subway sambil bawak beg Tourism Malaysia kot? Tak kan tak bangga filem Melayu ada main kat New York? Ker diaorang tak tahu langsung pasal ada film screening tu kot? Melayu biasanya gitu lah kan, tak nak langsung nak join benda-benda berbayar gitu. Masing-masing nak join yang free aje gamaknya"

So, I was a little disappointed pasal mati-mati aku ingat yang aku akan jumpa muka-muka Melayu. Aku tahu memang tak ramai Melayu kat sini tapi orang kerja Consulate? 

Ngam-ngam pukul 2 filem tuh dimainkan. Alamak, tak habis lagi ulasan pasal penonton nih. Ada lah dalam 60 orang semuanya (aku kira satu persatu *kan aku kata aku pengkritik segala segi?*), more than half tuh yang tak tahu menahu pasal filem yang nak ditonton, they were there merely for the sake of nonton film free. So, they don't count lah kan? 

Tak sampai dua minit filem tuh main, masa this one budak kena buli, masa dia kata, "Wei, janganlah wei", tiba-tiba airmata aku berderai keluar. Berdebuk-debuk, berbondong-bondong turunnya. Laju aje. 

Shit!, kata aku dalam hati. Apa pasal airmata aku keluar nih sedangkan aku janji tak nak follow sangat filem tuh, tak nak macam concentrate dengan jalan cerita pun? Sedangkan aku dah well prepared yang aku tak akan termenangisnya lah, tapi apa pasal airmata aku keluar jugak? Laju sangat pulak tuh. Sempat aku berfikir pulak, macam menganalisa, apa pasal, filem tak start apa-apa pun lagi, airmata aku dah keluar?

Bukan sebab jalan cerita, bukan. Filem tuh belum ada jalan ceritanya pun lagi masa tuh. Then baru lah aku sedar yang airmata aku keluar sebab aku macam miss dengan suasana gitu tuh, bila dengar dialog bebudak tuh, aku siap kata dalam hati, "ha ah lah, gini cara Melayu cakap. Lama dah tak dengar cara Melayu cakap".So, rumusannya, aku miss benda-benda gitulah. Aku tak boleh nafikan semua tuh, memang itu betul. Kalau tidak, tak kan airmata aku boleh keluar tiba-tiba gitu kan? Ingat senang ker aku nak keluarkan airmata? Wakakakaka

Termalu dengan diri sendiri, tersedar dengan kelemahan diri, aku pun janji yang aku tak nak emosional sangatlah. Tadinya tuh tak sengaja, that took me by surprise.

Terbengang dengan kemachoan aku yang terlucut dengan tak sengaja, aku buat keputusan untuk komen pasal filem tu aje lah. Memang pun, banyak sangat benda yang nak dikomennya. Dah beberapa minit filem main, masih tak ada jalan cerita. Semalam tengok concert Eagles tuh 3 jam terasa sekejap aje, ini filem tuh yang main selama sejam setengah aje, terasa lama sangat. Mana tak lama nya, nak tunjuk budak tuh panjat pokok, ditunjuk satu persatu, setiap step. Nak tunjuk, nak ceritakan pasal Melayu selalu buang kucing pun dekat 5 minit. Apa, aku nih menonton filem dokumentari ker? Filem dokumentari pasal kehidupan Melayu. 

Acap kali hati aku menggeleng kepala, especially pasal lakunan diaorang yang aku rasa punyalah tak kelas, aku rasa sama macam tengok cerita Keling aje. Yang paling tak best lakunan, bapak Oked tuh, dah lah muka stoned aje, lakunan dia tah apa-apa. Masa dia duduk kat katil, masa nak pujuk Oked, aku rasa nak bangun jer pergi ke depan, berlakun gantikan dia, "ha, gini gayanya kalau nak berlakun", sambil singsing kain pelikat, pastuh menonggeng ke bawah katil sampai nampak kesan telor. Ha, itu baru Melayu punya style kan? *Mamposlah mode over-acting* Lakunan Mak Limah sama perempuan mengandung tuh aje yang aku suka, nampak real, yang lain tuh memang entah apa-apa. 

Walaupun aku selalu tertanya, bila lah nak habis nya cerita nih, tapi aku layan jugaklah, walaupun kadang aku tergelak sensorang. Tergelak malu pun iya jugak sebab macam tak masuk akal aje dokumentari gitu dicategorizekan sebagai wayang. Patutnya filem tu dikelaskan sebagai extended version iklan Raya Petronas aje, baru masuk akal sikit kan?

Tapi, dalam mengutuk-ngutuk tuh, aku terleka jugak. Airmata aku berdentum jugak keluarnya. Aku lupa berapa kali, tapi masa adegan Mak Limah mengajar Oked dan Mukhsin baca Quran, ha, masa tuh aku tak dapat nak tahan airmata aku dari keluar laju. Masa Mukhsin peluk Hussin, abang dia, bila tahu mak diaorang bunuh diri, masa tuh pun sama. 

Macamana pun, ada satu adengan nih yang buat aku suka filem Mukhsin tuh. Bukan adengan sebenarnya tapi pasal masa diaorang pasang lagu Ne Me Quitte Pas, terus aku tersenyum. Terus aku terikut-ikut nyanyi lagu yang dah lama aku tak dengar tuh. Itu lagu masa aku belajar French masa kat Alliance Francaise dulu, aku hafal lagu tuh. 

Ne me quitte pas
Il faut oublier
Tout peut s'oublier
Qui s'enfuit deja
Oublier le temps
Des malentendus
Et le temps perdu
A savoir comment
Oublier ces heures
Qui tuaient parfois
A coups de pourquoi
Le coeur du bonheur
Ne me quitte pas (4x)

Moi je t'offrirai
Des perles de pluie
Venues de pays
Où il ne pleut pas
Je creuserai la terre
Jusqu'apres ma mort
Pour couvrir ton corps
D'or et de lumière
Je ferai un domaine
Où l'amour sera roi
Où l'amour sera loi
Où tu seras reine
Ne me quitte pas (4x)

Ne me quitte pas
Je t'inventerai
Des mots insensés
Que tu comprendras
Je te parlerai
De ces amants là
Qui ont vu deux fois
Leurs coeurs s'embraser
Je te racont'rai
L'histoire de ce roi
Mort de n'avoir pas
Pu te rencontrer
Ne me quitte pas (4x)

On a vu souvent
Rejaillir le feu
De l'ancien volcan
Qu'on croyait trop vieux
Il est paraît-il
Des terres brûlées
Donnant plus de blé
Qu'un meilleur avril
Et quand vient le soir
Pour qu'un ciel flamboie
Le rouge et le noir
Ne s'épousent-ils pas
Ne me quitte pas (4x)

Ne me quitte pas
Je ne vais plus pleurer
Je ne vais plus parler
Je me cacherai là
À te regarder
Danser et sourire
Et à t'écouter
Chanter et puis rire
Laisse-moi devenir
L'ombre de ton ombre
L'ombre de ta main
L'ombre de ton chien
Ne me quitte pas (4x) 

Dan-dan tu jugak aku rasa best jugak filem Mukhsin tuh. Tak tahu apa pasal, simply because it does touch my heart, here and there lah kan? Walaupun lakunannya sangatlah tak bagus, walaupun ada a few scenes yang macam tak masuk akal, tapi aku rasa memang patutlah ada orang banggakan dengan filem tuh. Tapi bukan aku, aku tak bangga pun, aku rasa menonton that so-called filem best tuh mengonfirmkan yang memang tak rugi pun aku tak tengok filem Melayu selama ini.

Keluar dari panggung, terus aku ke bilik air, aku tengok mata aku merah gila, I mean, betul-betul merah, tak pernah aku tengok semerah itu. So, teruslah aku pakai sunglasses. Aku menyusur 5th Avenue, ada parade sempena 60 tahunnya Israel so banyak jalan ditutup. Last-last aku lepak kat depan Plaza Hotel yang terkenal tuh. 


Balik rumah, apa lagi, terus aku download lagu French tuh, dan aku tak tahu berapa kali agaknya tapi aku mainkan lagu tu aje sepanjang malam.

01062008


Walaupun semalamnya aku tidur lewat, dalam pukul 3 gitu, tapi Sunday morning aku bangun awal. Bersemangat kononnya, iyalah kan, tak kan nak habiskan cuti dengan tidur aje kan? Aku lewat tidur semalam tuh pasal aku meraya-rayau dulu kat Times Square, lepas habis concert. Sama jer, siang malam, orang tetap penuh sesak kat Times Square tuh.

Aku berbelah bagi sebenarnya samada nak melepak di New York aje atau nak keluar ke mana-mana. Rasa rugi pulak tak ada kat NYC hari Ahad sebab kalau dah start kerja nanti, tak akan jumpa dah cuti Sunday kan? Dalam pada tuh jugak, aku nak ke The Bronx, nak jalan-jalan sampai ke Yonkers sebab aku belum pernah tengok Yankee Stadium. More to pada nak survey-survey area dia kat mana, berapa lama naik subway baru sampai ke situ, sebab nanti Bruce Springsteen nak buat concert kat situ, mana lah tahu kalau-kalau aku nak terpergi tengok kan?

Dalam pada tu jugak, aku rasa macam nak pergi tengok wayang filem Mukhsin, kat Museum of Modern Arts. Minggu lepas, aku ada terbaca dalam The New York Post, pasal film tu yang nak ditayang kat NYC nih. Good review, terbangga jer aku jadinya. Masalahnya, film tuh main 5 hari aje, dan satu hari ada satu show aje. Aku rasa baik aku pergi show hari Ahad, pasal show hari Isnin (last show) tuh dalam pukul 6 petang. Dan aku fikir, kalau ada Melayu, sure diaorang pun tengok show hari Ahad kan, sebab Isnin semua orang kerja.

Dalam masa dua tiga hari lepas tuh, aku dapat dalam 5 emails, satu dari orang yang pernah email aku, 4 lagi dari sapa-sapa tah. Biasalah, aku kadang tuh dapat jugak email dari orang yang tak aku kenal, yang semuanya attachkan keratan review pasal film Mukhsin tuh. Aku boleh dapat rasakan yang bangga aje diaorang bila hantar email pasal review film tuh. So, aku tak boleh hampakan diaorang, aku kena pergi tengok film tuh.

Lagipun, itu aje peluang untuk jumpa Melayu, aku sure sangat yang tentu ada Melayu nanti tuh. Iyalah kan, Melayu nih, kalau bab-bab mempromosi Malaysia, bangga sangat diaorang kan? Sampai kat subway pun ke hulu ke hilir bawak beg besar yang ada tulis Tourism Malaysia kan? So aku tak akan terkejut lah kalau ada yang bawak bendera Malaysia nanti tuh.

So gitu lah, aku macam berbelah bagi, samada nak tengok wayang atau nak ke Bronx. Tak sempat kalau nak buat dua-dua dalam masa sehari sebab wayang tuh pukul 2. So aku buat keputusan nak ke Bronx, aku boleh tengok wayang tuh esoknya, Monday.

Aku naik train dan turun di Canal Street sebab nak tukar ke train #4, express train to The Bronx. Tengah sesedap tunggu, aku tengok ada 4 orang budak perempuan Cina yang semuanya pakai t-shirt yang ada tulis Japan Day 2008. Sebab rambut diaorang panjang-panjang semuanya, puas lah aku mengintai apa yang tertulis kat belakang t-shirts diaorang tuh. Ooo, Sunday June 1st, kat north side of Central Park rupanya. Alamak, best jugak kalau aku dapat pergi nih, kata aku dalam hati. Habis tengok tuh nanti, bolehlah terus pergi tengok Mukhsin, fikir aku gitu. Dalam perjalanan dalam train tuh aku dah teragak-agak, nak ke The Bronx ker atau nak ke Central Park? Bila budak-budak tuh turun aje dari train, aku pun laju jer membontoti diaorang, aku terus tukar plan. Oklah, aku nak pergi Japan Day, lepas tuh nak gi tengok wayang.

Turun kat 103 Street, dah dekat ke kawasan Harlem dah, cuma di sebelah Upper East Side. Event tuh kat 99th Street/Fifth Avenue. Dan aku terfikir, jauhnya nanti tuh nak ke Museum tuh, kat 52nd Street sana tuh. 51 blocks aku kena jalan, nak merentas Central Park pulak sebab tempat tuh di West Central Park.

Macamana pun aku teruskan jugaklah, awal pagi so tak ramai orang kat stage, kat area event tuh. Aku keluar dulu untuk breakfast. Pusing-pusinglah belah Upper East Side yang ramai orang kaya tuh. Masuk this one cafe, order tuna sandwich sama kopi, tu dia, sampai $15. Terkejut gila aku sebab mahal nak mampos. Biasanya aku beli sandwich, kalau $5 pun dah kira mahal. Dan kalau aku beli tuna salad, satu pound yang harga $7 boleh makan sampai tiga empat kali. Lepas tuh aku cari bangku, lepak-lepak kat situ sambil makan, sambil baca paper.

Dalam pukul 10 baru mula acara, sebab tak ramai sangat orang lagi, aku lepak kat depan stage. Aku rasa penuh muka aku masuk kat tv Jepun sebab banyak stesyen tv Jepun yang buat liputan, TBS, NHK, KTV, ANB, semuanya ada.Kalau hari-hari biasa, sure nya aku tak tengok pun event macam tu tuh tapi sebab aku dah tak ada benda lain nak buat, dan aku pun ada masa, aku layan aje lah tengok acara-acara kat event tuh.

Ada Sandra Endo (reporter kat CNN), ada Reiko Tosa (athlete Jepun), ada a few dances, benda bodoh-bodoh gitu lah. Bodoh-bodoh pun adalah sejam lebih aku kat situ.









Aku cadangnya nak naik subway aje untuk ke Museum tuh sebab jauh nak jalan, tapi malas pulak rasanya sebab kalau naik subway, sure cepat sampai sedangkan wayang main pukul 2. So aku jalan ajelah, pelan-pelan, ada masa dalam 2 jam untuk sampai. Gila babilah jauhnya aku jalan, 51 blocks gitu. Mulanya nak give up tapi aku terus kan jugak, jalan-jalan sambil makan aiskrim. 

31052008 (ii)


Aku turun kat Times Square station sebab aku masih ada banyak masa, sempatlah merayap-rayap dulu seseround dua sampai kat Radio City. Rasa lega betul aku sebab dapat beberapa hari cuti, aku nak melepak sampai subuh kat Times Square pun tak apa kan pasal esoknya tak kerja.

Aku lapar sebab petang tuh hanya makan sekeping sandwich, tapi, nak makan macam tak berselera. Aku nih, lapar-lapar pun boleh tak ada selera makan. Pukul 7 aku dah menapak ke tempat concert, saja jer nak tengok-tengok keadaan kat luar, nak warm up gitu. Aku tak rasa macam kekok pun pergi sorang-sorang sebab aku tahu aku akan ada kawan, dua orang. June sama kawan dia, aku duduk sama diaorang nanti. Aku beli ticket dulu tuh kat June lah, melalui craigslist.com.





Tujuh setengah aku start masuk dewan, macam stadium aje gayanya sebab bertingkat-tingkat. Rasa macam tak percaya aje mulanya tuh, yang aku dapat masuk ke Madison Square Garden yang selama ini, sejak kecil lagi, hanya takat dengar nama aje. Bangla bukan sebarang Bangla aku nih rupanya. Aku nih Bangla yang tak sedar diri.

Apa-apa recording tak boleh dibuat tapi aku tengok sana sini orang ambik gambar so aku ikut jugaklah ambik gambar sesekeping dua. Then lama tuh June sampai, sembang-sembang dengan dia. Kepoh orangnya June tuh, semua ditanyanya, sampaikan last-last dia kata, "ok, now you ask me questions". Kitaorang sembang-sembang pasal konsert, pasal shows lain, dia kata dia akan cuba dapatkan ticket concert Madonna bulan 10 atau 11 nanti, dia dah ada satu ticket tapi yang murah punya, dalam seratus lebih, aku nak yang arena seating punya ticket.

Pukul 8 lebih barulah start concert tuh, dalam 15 minit delaynya. Diaorang muncul aje, rasa macam bergegar stadium sebab semua orang bersorak. Aku tengok, yang ticket holders kat arena, semuanya berdiri. Tapi, yang ticket holders yang kat belakang-belakang, atas-atas, diaorang macam tak excited sangat, selamba aje. Tau lah ticket murah kan, jangan lah menyerlahkan sangat mentaliti penonton kat tangga kambing kan? Apa salahnya turut serta sama kitaorang yang ticket mahal nih kan? Kalau takat tengok konsert nak duduk diam-diam, baik dengar iPod aje kan?

Ada dua big screens kat kiri kanan stage so nampak dengan jelaslah diaorang tuh, aku selang-seli tengok kat stage sama kat screen. "Oooo, gini rupanya Don Henly yang aku pernah beli CD dia tuh, yang nyanyi lagu The End Of The Innocence tuh. Ooooo, ini rupanya kumpulan Eagles yang masa dulu-dulu, CD diaorang aku selalu dengar tuh", kata aku dalam hati.

"Ishhhh, best nya jadi aku, dapat tengok Eagles. Ada aku terfikir gitu.

Aku sebenarnya kan, tak kenal sangat pun ahli kumpulan Eagles tuh, takat tau nama aje. Iyalah kan, bukan aku punya generasi pun kan? Kecuali Don Henley, pasal dia ada buat solo albums jugak dan aku suka dua tiga bijik lagu solo dia. Yang lain tuh aku tak tahu pun, Glen Frey, Timothy B. Schmidth, Joe Walsh. Tua-tua dah diaorang rupanya, epecially Joe Walsh tuh. Tapi, main gitar terrer gila.

The first few songs lagu-lagu yang aku pernah dengar tapi tak adalah huge hits punya lagu. Lagu Hotel california, lagu keempat diaorang. Alamak, apa pasal awal sangat main lagu tuh? Lepas lagu tuh, tu dia, berderetan lagu-lagu evergreen diaorang, lagu-lagu yang aku tahu nyanyi, lagu-lagu yang aku tau liriknya.

So, sambil berdiri, sambil dua-dua ibu jari taruk/sangkut kat pocket jeans, sambil gerak-gerakkan sikit bontot, aku pun ikutlah diaorang menanyi. Mamat sebelah aku pun sama, menyanyi, menari slow-slow gitu. Meremang aje bulu tengkok bila diaorang nyanyi lagu-lagu macam Peaceful Easy Feeling, Take It To The Limit, Lying Eyes, dan a few others.

Dalam sejam setengah gitu diaorang break for like 15 minutes. Aku keluar jugak, sembahyang Maghrib kejap kat luar, tempat tak ada orang. Masa break tuh June kata dia nak duduk seat lain, ada a few seats kosong kat belah depan tuh. So aku dapat 3 seats all to myself.

Masa Don Henley nyanyi lagu Boys Of Summer, aku punyalah rasa nak menari, itu lagu favorite aku. Tapi, mamat sebelah tuh, dan a few others yang kat depan tu aje yang bangun, yang lain semuanya duduk. Aku nak bangun menari, takut pulak tengah sedap-sedap menari, diaorang duduk. Malu aku nanti kan? So aku macam terkilanlah jugak. Yang lain buat aku terkilan, diaorang tak nyanyi lagu New York Minute. Aku tau itu bukan lagu Eagles, tapi lagu solo Don Henley. Tapi lagu Boys Of Summer pun bukan lagu Eagles kan? Itu lagu solo Don Henley.



[Gambar atas nih, masa break]


[Masa lagu last, Desperado]

[Masa nak keluar dewan konsert]

Ada lah dalam 3 jam concert tuh, tapi sekejap aje rasanya. Aku puas hati, once in a lifetime punya pengalaman kan? Lagu last diaorang, lagu Desperado.

Macam tersengih aje aku bila diaorang ulang-ulang ayat terakhir lirik lagu tuh.

Desperado,
Why don't you come to your senses?
come down from your fences, open the gate
It may be rainin', but there's a rainbow above you
You better let somebody love you
(let sombody love you)
You better let somebody love you...ohhh..hooo

Before it's too..oooo.. late

Goodnight New York!

31052008


Sabtu, hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Tapi, nak menunggu habis kerja, tertunggu-tunggu jugak lah aku. 

David keluar pergi gym, and to a few other places, so tinggallah aku sama Hal seharian. Tak buat apa sangat pun, buang masa mengemas barang-barang Hal aje lah. Nak pergi holiday cuma 5 hari tapi mengalahkan orang nak keluar tabligh yang 4 bulan tuh pakaian yang nak dibawak. Baju, t-shirt, shorts, seluar, 7 helai setiap satu. Kasut berapa pasang tah, topi, segala macam lah. Susah jadi orang kaya nih rupanya, benda kecik-kecik gitu pun jadi masalah sangat bagi diaorang. Takut pakaian tak match lah, takut pakaian tak cukup lah, benda-benda gitu yang diaorang fikirkan. 

Aku fikir pulak, kalau tak cukup pakaian, kalau pakaian tak match, beli aje lah nanti kat sana, kan ker diaorang orang kaya? Ker diaorang nih orang kaya yang kemut kot? Apa pun, terpaksalah aku melayan kerenah Hal tuh, which to me sungguhlah buang masa. Iyalah, nak kemas pakaian satu beg pun ambik masa setengah hari. 

Dalam sembang-sembang tuh, Hal terlepas cakap, yang Christ, mamat Filipino caregiver yang sorang lagi tuh, dia ikut Davad sama Hal pergi cuti kat Cape Cod tuh rupanya. David macam cuba nak sorok dari aku, entah pasal apa, dia takut aku terjeles kot? Dak lah, kalau diaorang ajak aku pergi, sure aku tak nak. Tapi, bila diaorang sorok-sorok gitu, aku jadi macam tak sedap hati jugaklah, macamana pun aku tak ada lah moncong ker apa ker. Tak. Aku rileks aje, cuma rasa macam tak syok gitu aje. 

Petang tuh David beritahu aku yang Friday nanti diaorang sampai dalam pukul 5 lebih, tiba-tiba Hal suruh aku datang jugak kerja. David mulanya kata tak payah datanglah sebab mungkin diaorang terlambat, takut nanti aku tertunggu-tunggu, tapi Hal pandang aku semacam aje. Aku boleh baca hati dia kata, "ala, kitaorang bayar gaji ko lah, jangan banyak songeh, aku nak ko datang kerja, ko kena datang". So terpaksalah aku anggukkan aje. Ingatkan dapatlah 6 hari cuti, rupanya 5 hari aje. Tak apa lah, itu pun dah bersyukur, dah 3 bulan aku kerja setiap hari, aku nak lah ada cuti, walaupun sehari dua kan? 

David beritahu jugak yang Saturday nya nanti dia mintak tolong aku kerja sampai malam sebab diaorang nak pergi party kawan diaorang kat Brooklyn. Mamposlah aku sebab party tuh party orang kaya, takut nanti aku termenyerlahkan kekampungan aku. Jangan aku dimalukan dah lah, itu aje. 

Diaorang nak panggil chauffer dalam pukul 5, nak stay kat party tuh sampai dalam pukul 12 malam, by the time sampai balik semula kat apartment diaorang, sure dalam pukul 1 lebih kan? Aku nak balik ke rumah sewa aku pulak? Tak ker weekend tuh, mana ada train sangat pepagi buta gitu tuh kan? Dan esoknya aku kerja pagi pulak tuh kan? Tak tidurlah nampaknya aku nanti tuh. Apa kata aku lepak dalam train aje, tidur dalam train, ikut train ke hulu ke hilir, best gak idea tuh kot?

Sebab hari macam nak hujan aje, dan David ingatkan aku kena balik cepat sebab nak bersiap nak pergi concert, so dia suruh aku balik awal sikit. Dalam pukul 5 gitu. Aku iyakan aje walaupun aku tak beritahu dia yang aku nak terus ke Madison Square Garden. Nak bersiap-siap apa nya kan? Aku nih kan ker jenis orang yang sentiasa bersiap sedia? Dia tanya aku jugak, apa pasal aku macam tak excited aje sedangkan dalam masa dua tiga jam lagi aku nak pergi concert Eagles tuh. 

Entah, aku tak rasa macam excited gitu, pasal apa tah. Mungkin jugak pasal dua hal tadinya tu lah (yang diaorang tak beritahu aku Chris akan ikut diaorang, dan Saturday aku kena kerja dari 10 pagi sampai lewat pagi esoknya), tapi, satu sebab lagi, aku ada terbaca dalam The New York Post tentang review concert tuh. Review nya tak bagus. Maksud aku, diaorang kata yang concert tuh tak best. Alamak, aku bayar dua ratus lebih, dah lama aku tunggu, tak kan sesia aje nanti kan? Itu pasal aku rasa macam tak excited jer tuh, rasa macam disappointed aje. Kemain lah aku nih kan, terlebih kematsallehannya sangat kot, belum tengok lagi, takat baca review aje, dah buat keputusan yang konsert tuh tak best. Americanized sangatlah aku nih!

Aku perasan yang David terlupa agaknya yang last Monday aku kerja 8 jam tapi bila dia bayar gaji, tak ada pulak dia bayar lebih. Aku malaslah nak beritahu dia (aku pun dah kat subway station masa tuh, tak kan nak talipun dia pulak kan?), lagipun esoknya aku cuti, dan gaji dibayar termasuk untuk esoknya. So, kira give and take gitu lah kan? Macamana pun, aku macam disappointed jugaklah sebab sebelum nih aku dah terbayang-bayang yang aku akan ada duit extra kan? 

Itulah, banyak benda kecik-kecik yang buat aku macam tak sedap hati aje sepanjang hari tuh. Aku nih sensitif sangat orangnya, benda kecik-kecik gitulah yang aku selalu fikirkan sangat kan? Patutnya happy ajelah kan sebab cuti aku dah bermula dan aku pun sedang mengatur langkah untuk pergi tengok concert. Kat Madison Square Garden pulak tuh kan? Eagles pulak tuh kan? 

Masa aku tengah tunggu train, aku ternampak ada sorang perempuan bertudung, cara dia pakai tudung tuh macam style orang Malaysia. Aku perati betul-betul. Hidung dia penyek! Sah lah ini Melayu, kata aku dalam hati. Laju jalannya perempuan tuh, bawak beg yang bila aku tengok, rupanya beg Tourism Malaysia, beg plastik yang besar tuh. 

"Assalamualaikum Kak, Kak orang Malaysia ker?", aku tanya, sambil kejar dia sebab dia jalan laju aje. Dia tak dengar. 

"Kak, Assalamualaikum Kak, orang Malaysia ker?", aku tanya kuat sikit. Dia toleh belakang, arah aku. 

"Ha, orang Malaysia juga ker?', lebihkurang gitulah dia tanya aku. Aku macam dah rabak mulut sebab senyum pasal happy dapat jumpa Melayu, tapi dia macam tak percaya aje gayanya. Sebab dia macam tak nak sembang, tak nak tahu apa-apa, dia macam nak terus aje jalan. 

"Duduk sini ker?", aku tanya dia sebab dia gaya macam nak blah gitu aje. Tak kan tak percaya aku nih Melayu kot? Kan ker aku cakap Melayu. Tak kan lah tak happy jumpa Melayu? 

"Ha ah, duduk sini, 69th Street", kata dia. Alamak, apartment David/Hal pun kat 69th Street, fikir aku. 

"Pasal selama ini tak pernah jumpa? Ramai Melayu ker kat sini?", aku tanya lagi, tapi aku macam tak puas hati sebab cara dia bercakap tuh macam nak cepat aje, macam tak nak aje sembang dengan aku. Kalau aku tak tanya apa-apa, sure dia dah blah sebab dia sembang tuh sambil menoleh kebelakang jer. Sungguhlah tidak sopannya, ke manakah hilangnya rukunegara seorang perempuan Melayu?

"Ramai jugak Melayu kat sini, tak pernah jumpa sebab diaorang kerja kot?", Saya tak kerja, suami saya kerja "kat" UN", dia jawab gitu. 

"Ramai Melayu?", aku macam tak percaya aje.

"Diaorang semuanya kerja Embassy", kakak tuh jawab gitu.

"Kerja Embassy? Consulate kot?", tak masuk akal pulak orang kerja Embassy (kat Washington, DC) duduk kat New York City kan?Aku rasa, kakak tuh maksudkan Malaysian Consulate lah kot sebab Consulate tuh dekat jugak dengan UN, bearing in mind yang kakak tuh tak kerja, dia ikut husband aje. 

"Kerja sini ker? Kat mana?", giliran dia pulak tanya aku. 

"Ha ah, kerja kat sini. Tapi saya nih illegal", pundeks tul, apa pasal aku tercakap aku illegal, kat talibarut orang Consulate pulak kan? Memang muka tak berkemaluan sungguh aku nih. 

"Oooooooooo.......", kata kakak tuh sambil angguk-angguk.

"Tak apa lah, jumpa lagi nanti", dia kata gitu. 

Terus dia blah pergi tunggu train kat depan sikit. Macam ternganga aku jadinya korang tau tak? Ternganga sebab macam tak percaya gitu. I mean, aku nih Melayu, dia pun Melayu, patutnya sembang-sembanglah kan? Kalau dia nak cepat pun, kasilah ayat penyedap hati kan? Ini tak, blah gitu aje. Hina sangat ker aku nih? Tak kan sebab dia tahu aku illegal, itu yang dia tak nak sembang ngan aku tuh? Tak kan dia tak nampak yang how happynya aku masa tuh terberjumpa Melayu. Kan ker perempuan pandai baca hati lelaki? Perempuan Melayu pulak kan? Tak kan dia tak boleh tahu aku happy dapat jumpa dia kan? 

Sentapz aku tau! Burit lah!

Masa dalam train tuh, sempat aku nampak perempuan tuh tengah tunggu train lain. Tak apa, sure aku akan jumpa dia lagi nanti tuh. Nanti, kalau terberjumpa dia, aku tak nak tegur pun, nak buat tak tahu jer. Kalau dia dengan laki dia, dengan anak-anak dia, pun aku nak buat tak tahu gak. Kalau nanti terberjumpa dia, then dia kasi tahu laki dia, "Bang, tuh budak Melayu", pastuh laki dia tegur aku, tanya aku apa pasal tak tegur diaorang, aku nak pulang paku buah keras aje. Aku nak cakap kat laki dia, sambil juih bibir, "alah, bini Abang, dulu saya tegur tapi dia macam tak nak sembang jer, sebab tu lah saya tak nak tegur". 

Tapi tak tahu lah, entah-entah aku tertegur jugak diaorang nanti, iyalah kan, aku nih pemaaf orangnya. Peramah pulak tuh. 

So jadi bodoh aje lah aku masa dalam train tuh. Tak apa lah, biarlah aku membawak hati bodoh aku ke Madison Square Garden............

30052008


Pagi aku bangun hari nih, tak tidur dah lepas Subuh, macam selalu tuh. Lepas breakfast, aku keluar. Aku nak ke South Street Seaport. Jarang aku keluar pagi-pagi, so memanglah sendat train subway kalau pagi-pagi, rush hour.

Since aku tak tahu sangat jalan kat situ, aku ikut aje lah kaki aku. Mulanya termasuk ke bahagian Financial District, siap aku nak tukar tujuan pulak, dari nak naik catamaran, aku nak ke Wall Street. Nasib baik aku terus aje jalan, akhirnya sampai jugak aku kat Pier tuh. Ada banyak pier tapi Pier 17 tempat aku nak tuju.


Bangunan-bangunan kat belakang tuh bangunan kat Financial District.





Terus aje aku beli ticket untuk boat cruise yang sejam jangkamasa perjalanan, $25 harganya. Sementara tunggu boat, sempatlah aku melepak-lepak dulu kat situ, breakfast untuk kali kedua. Aku pilih watertaxi tuh sebab vessel tuh tak lah besar sangat so tak adalah ramai sangat penumpang. Banyak tours yang lain tapi semuanya guna catamaran yang besar-besar.


[Sebahagian dari Financial District punya bangunan-bangunan]








Kitaorang dibawak ke arah west, so dapat tengok Manhattan di sebelah kanan dan Jersey City, New Jersey, di sebelah kiri.



Lepas meninggalkan Manhattan, boat tuh patah balik ke arah Jersey City, untuk perjalanan seterusnya ke Ellis Island dan Statue Of Liberty.

[Dua-dua nih Jersey City]




[Muzium pasal immigrant yang mula-mula datang ke New York, Ellis Island]



Aku dah pernah sampai ke Statue Of Liberty nih, a few years ago. Dah naik sampai ke atas pun, sampai kat mata Statue tuh. Sekarang nih dah tak boleh naik sampai ke atas tu dah, takat kat pergelangan kaki Statue tuh aje dah sekarang ni]




Lama jugak boat tuh berkeliaran di sekitar Statue Of Liberty, simply because semua orang nak bergambar. Masing-masing nak banyak pulak tuh, especially Cina, segala macam pose nak buat.

Ala, aku pun kemain lagi kan? Duduk New York tapi perilakunya mengalahkan tourist lagi, jalan ke sana-sini macamlah dah tak esok lusa, kan?



Nasib baiklah crew boat tuh semuanya baik-baik belaka, semua gambar passengers ditolong-ambilkannya.



Sebelum cruise tu ditamatkan, kitaorang dibawak ke bawah jambatan-jambatan, kat New York nih banyak benar jambatannya sampaikan aku masih tak kenal yang which is which. Antara dua nih, Brooklyn Bridge dan Manhattan Bridge.





Lepas cruise tuh aku cadang nak tengok ada pamiran Amazonian Brazil, tapi bila mengenangkan tiketnya sampai $16, terus aku tak jadi. Laju aje duit aku keluarnya semenjak dua tiga menjak nih. Then aku terus ajelah jalan, ke arah Financial District. Tak ke Wall Street pun sebab aku pergi ke Ground Zero, kat daerah-daerah situ. Sempatlah tengok projek Freedom Tower yang tengah hebat naik tuh, tower nih lah yang akan menggantikan World Trade Center yang kena bom dulu tuh, dijangka bukak tahun 2011.







Lepas pada tuh aku merayap kat Battery Park City sebab cantik tempatnya. Kat belakang Financial Center tuh aje sebenarnya. Masa dalam boat tadinya tuh, ada Mamat nih kata yang it is possibly to just walk around Manhattan tanpa guna subway, dari hujung ke hujung, dari Lower Manhattan ke Upper Manhattan. Itu yang aku nak cuba jalan sesikit tuh walaupun aku tahu yang it's impossible, since aku nak pergi Sembahyang Jumaat dan lepas tuh nak pergi kerja.



[Pemandangan di Battery Park City]

Jalan punya jalan, sampailah aku ke TribeCa, kawasan yang aku belum pernah pergi. Kat Lower Manhattan. Bersempadan dengan West Village, Chinatown, Financial District dan Battery Park City. Mulalah panik bila tak jumpa cari subway station, dan tengah aku jalan-jalan tuh, ternampak macam ramai orang Afrika yang pakai ketayap. Rupa-rupanya aku berdiri betul-betul depan masjid, rumah kedai aje. Dan masjid tuh tutup (for I don't know what reason), so Sembahyang Jumaat akan diadakan di Community College kat situ. Since aku tak tahu jalan, aku ikut aje lah kumpulan tuh, jauh jugak menapaknya. Kalau nak pergi masjid tuh, berkira sangat aku nih kan? Kalau meraya-rayau tuh langsung tak fikir jauh dekatnya tempat.

Kat gym dibuat Sembahyang Jumaat tuh, untuk sementara, for a few months kot. Masa nak tunggu khutbah, aku ternampak ada this one guy yang aku agak-agak sure Melayu, muka baik aje, yang aku agak tentunya kerja best-best kat Wall Street. Aku fikir jugak, nak tegur ker tidak dia tuh sebab aku malu nanti kalau dia tanya aku kerja apa, kan? Lepas sembahyang, aku tunggu dia kat pintu, aku tanya dia kalau-kalau dia orang Singapore, dia kata dia Indonesian, kerja kat BNI (Bank Nasional Indonesia).
Masa keluar dari gym tuh, aku tengok banyak kereta polis. Bukan banyak sikit-sikit, banyak banyak-banyak. Beratur, berbaris, a few baris, aku kira-kira more than a hundred semuanya. Mulanya aku pelik, ada police headquarter ker kat area tuh? Then aku tengok, setiap kereta tuh ada dua orang polis di dalamnya. Then baru aku teringat yang lepas Sembahyang tadi nya, Imam tuh ada suruh jemaah berdoa supaya polis tak buat barricade, tak standby gitu. Rupanya polis-polis semua tuh buat kerja tak berfaedah tuh setiap kali ada Sembahyang Jumaat kat situ.

Sedih rasanya, nak marah pun ada, macam itu rupanya diaorang anggap kitaorang yang pergi sembahyang Jumaat. Nanti kalau aku pergi Sembahyang Jumaat kat situ lagi, aku ambik gambar kereta-kereta polis tuh, memang banyak, beratus-ratus. Biadab punya Amerika!

Lepas tuh aku terus aje lah ke Foret Hills, singgah kat this one Thai restaurant for lunch. Mamposlah, ketiga-tiga restoran Thai kat situ aku dah pergi. Macam termenyesal pulak bila masuk restoran tuh. Iyalah, aku selalu gitu, selalu nak makan kat tempat best-best, saja nak kasi duit cepat habis. Melayang lagi $21 kat situ.