Thursday, September 27, 2012

Apa Khabar Mu Di Sana?

14062006


"Eh apa khabarnya kamu udah lama nggak nelpon", kata Nadi (on the phone) this one night masa aku tengah bosan sangat menunggu 12-30 malam, bila kerja aku akan berakhir for the day. SiMichael sedap-sedap jer duduk tengok tv sambil baca paper. Aku jugaklah yang berdiri menunggu customers datang. 

"Aku biasa aja. Minggu depan aku berenti. Kamu gimana?, aku tanya dia pulak. 

"Biasa-biasa aja. Koq kenapa mahu berenti? Mahu cari kerjaan baru?", dia tanya lagi. 

"Iya. Udah lah, udah dua bulan aku kerja di sini. Jam nya panjang banget sih, dari jam sepuluh sampe setengah dua malem. Kerjanya nggak capek tapi jenuh rasanya seharian. Lihatlah, aku mahu nyantei seminggu dua, udah tu baru aku cari kerjaan lain", panjang lebar aku jawab.

"Balik ke sini ajalah, SiTalu udah berenti. Dipecat. Subardi suruh aku telpon, dia mahu kamu kerja di dapur, bareng dia", kata Nadi. 

"Nggaklah. Aku mahu nyantei ajalah dulu. Nggak mahu aku balik ke sono", memang aku tak ada niat pun nak balik semula ke Hagerstown, Maryland. Walaupun aku selalu terfikir, walaupun aku selalu macam menyesal aje tinggalkan kerja di sana dulu tuh, tinggalkan Hector, yang aku rasa memang baik sangat dengan aku. Macamana pun, bukanlah aku namanya kalau menjilat ludah sendiri. Jilat ludah orang tuh adalah kot. But not ludah sendiri. 

"Aku ada rencana mahu ke sono, main-main. Kamu liburnya hari apa sih?, aku tanya Nadi. 

"Datanglah, sini ada kamar kosong (kamarnya SiTalu) , pastinya SiKontol benarin kamu bermalam. Aku liburnya Khemis, Subardi Senin. Cewek tu liburnya Selasa. Kamu datang hari minggu, bisa ngobrol agak lama kerna hari minggu kerja sampei jam 6 aja sih", kata Nadi. 

"Aku nggak janji tapi lihatlah nanti, kalo seneng aku ke sono. Mungkin nggak sekarang sih, nanti SiKontol kira aku ke sono kerna mahu balik kerja di sono. Nggak mahu lah aku. Tunggu kalo nanti udah ada anak baru yang masuk kerja, baru aku ke sono", aku kata gitu. 

"Ngapain SiTalu dipecat?", aku tanya Nadi.

"Aku pun kurang pasti tapi dia hampir berantem sama adiknya temen kita (Subardi). Besoknya dia melapur sama Pak Tua tapi Pak Tua persis endah gak endah gitu. Dia bilang dia mahu berenti aja. Pak Tua sama SiKontol bilang, kalau mahu berenti, berenti aja", kata Nadi.

"Koq gitu?', macam tak percaya aje aku. Bererti sekarang nih restoran Pak Tua tu dikontrol oleh orang Indo semuanyalah, 3 orang, Nadi, Subardi, sama cewek Jawa tuh. 

"Lantaran, SiKontol suruh aku telpon kamu, dia suruh Subardi telpon sebenarnya, suruh kamu kembali ke sini", kata Nadi. 

"Aku nggak mahu lah Dee", aku kata gitu.

"Temen kita apa ceritanya?", nak lah jugak aku tahu pasal Subardi.

"Enggak tahu lah, benter mahu berenti, benter mahu terusin kerja. Bilangnya mahu kerja di Massachusets, gajinya gedek, tapi udah dua bulan masih di sini. Ngomongnya gedek", kata Nadi. 

"Oklah Di, aku lagi ada tamu, nanti seneng-seneng aku telpon lagi.

Mahu Tapi Malu

3062006


Talipun aku berdering. Baru pukul 9 pagi. 

"Kamu lagi tidur ka Joe?". Yanti rupanya. 

"Nggaklah. Aku udah bangun, lagi baring-baring sambil tunggu masuk kerja jam sebelas nanti", aku macam ndak tak ndak jer jawab. Semalam dua kali ada missed calls dari Yanti.

"Gimana ni Joe? Tuan rumah udah telpon minta wang sewa bulan ini. Aku nggak punya uang sih. Will, gajian minggu lalu nggak cukup mahu bayar sewa", kata Yanti sambil gelak. Gelak yang kelat. 

"Lo, kelmaren aku di sono, kenapa kamu nggak bilang sih?', aku tanya dia. Semalamnya hari aku off, aku seharian di rumah dia tapi Yanti tak ada pun cakap apa-apa pasal sewa rumah. Cuma dia ceritakan yang dia tak ada duit sebab sebulan dia tak kerja, dia terpaksa habiskan credit hours dia kat Beauty School tempat dia belajar tuh. Bulan depan aje dia baru masuk kerja semula. 

"Kelmaren tuan rumah belom telpon. Rencana aku, mahu bayar sewa agak telat tapi tadi dia lagi telpon. Lagi marah-marah. Kamu punya uang nggak?", tanya Yanti.

"Kamu butuh berapa?", aku dah tahu yang aku memang tak boleh lari dari dia nih.

"Dalam empat ratusan. Bisa nggak? Aku ke sono aja. Ke tempat kamu kerja. Kamu, Camden nya di mana?", bersemangat Yanti tanya aku. 

"Eh jangan lah. Aku udah mahu berenti ni, nanti juragan aku kenal sama kamu, nanti payah", aku kasi alasan gitu sebab aku tak nak Yanti datang ke tempat kerja aku. 

"Habis gimana sih, aku butuhkan uang sewaktu-waktunya", macam desperate jer bunyi Yanti.

"Besok aku ke Philadelphia, kamu tunggu aku antara jam sepuluh hingga sebelas. Aku ke sono, ke Kinko's di Hotel Marriott", aku beritahu dia gitu. 

So besoknya aku, macam hari-hari lainnya, pergi ke Kinko's untuk main internet. Bas lambat pulak tuh tapi aku sampai di sana ngam-ngam pukul sepuluh. Tak sempat lagi aku nak on kan pc, talipun aku berbunyi. 

"Kamu di mana sekarang? Aku udah di sini nungguin kamu", terus aku tanya Yanti.

"La, aku masih di rumah. Sekarang berangkat", selamba aje dia jawab gitu.

"Ayuh, aku tunggu sampe jam sebelas aja, udah jam sebelas nanti, kalo kamu masih belum nyampe, aku pergi", geram jugak aku. Bukan ker semalam nya aku dah kata tunggu aku antara jam 10 sampai 11? Ini, pukul 10 masih lagi dirumah.

Every 5 minutes dia talipun. Jalan macet lah. Lagi nyasar lah. Nggak ketemu lah. Lagi cari parkir lah. Banyaklah songehnya. Aku dah lah nak surf. Limited time pulak tuh. 

"Aku udah di Market sama 10th Street ini, kamu di mana sih?", dia tanya aku. "Kamu bisa pergi ke Hard Rock Cafe nggak? Aku tungguin kamu di sono", kata Yanti. 

Sabar aje lah dia nih. Dia nak pinjam duit, aku yang susah-susah. So aku terus log off, aku pergi ke arah Hard Rock Cafe, di sebelah hotel tu aje. Terus aku hulurkan duit yang dah memang aku sedia gumpal kan.

"Eh jangan kasi di sini lah. Bikin malu aja. Kamu masuk mobil benter", kata Yanti. So aku masuk ke kereta diaorang yang di park kat tepi jalan. Will tak tahu apa-apa pun agaknya. "Where are we going now?", dia tanya Yanti. "No, he's giving some money, that's all, honey", kata Yanti. 

Lepas aku kasi duit, terus aku keluar aje, terus aku ke subway station, untuk ke Camden. Dalam hati aku kata, ok, aku tak nak bayar sewa rumah for the next 2 months sebab duit yang aku kasi pinjam tuh, kalau aku tak buat begitu, akan burn gitu aje lah. 

For You I Will

12062006


"Hey, you know what? I won't be here long", aku cakap kat Bubu masa nyalakan api rokok dia, this one afternoon masa aku tengah rileks-rileks lepas menyapu di sekeliling deli tuh. 

"Why, you leaving? They are nasty, aren't they?", sambil Bubu juihkan bibir ke arah deli. "You don't like it here, do you? Nobody does!", kata Bubu lagi. "When are you leaving?", dia tanya sambil gelak-gelak. Sambil jenguk-jenguk orang yang lalu lalang. Sempat lagi tuh. 

"Don't tell anyone!", suspen jugak aku dengan dia nih, takut jugak dia akan cerita dengan orang lain.

"They don't know yet?", Bubu tanya aku.

"No, not yet. But they will", aku kata gitu.

"Don't tell them. Just pack your bags and go. You don't have to tell them. Fuck 'em", kata Bubu.

Aku senyap aje lah. Memang ada niat aku untuk blah gitu aje bila dapat gaji nanti. 

"I bet they are paying you with some pocket change", pandai Bubu mengapi-apikan aku. "So when's your last day?", dia tanya aku lagi. 

"I'm leaving next week. Monday's my day off and I'm not coming Tuesday. 

"Fuck them! Just leave!", happy jer Bubu kasi cadangan. "Were you there the other night when I showed them my ass and all? I was so fucked", kata Bubu.

"Yeah I was there", aku senyum aje. Senyum mengingatkan benda hitam legam yam kelam di malam tak berbintam yam membuat aku hampir pitam dulu tuh. 

"I don't care if I go to jail, just don't fuck with me. They should know by now", kata Bubu sambil menjuihkan bibir dia. Dia maksudkan Michael sama bini dia. 

"Do it again Bubu. Before I go", sajalah aku kata gitu.

"I will", kata Bubu.

Tomorrow Never Dies


Lain rasanya bila ada duit di pocket dengan bila masa tak ada duit. Bila ada duit, aku lah orang nya. Rasa semacam jer. Itu yang pagi-pagi lagi aku dah bangun walaupun malam sebelumnya tidur lepas Subuh. Aku kalau hari off gitu lah, tidur tak pernahnya cukup. 

My first destination, SprintPCCs. Bayar bill talipun yang dah dekat seminggu dipotong. Lepas tuh aku mengopi kejap sambil baca paper kat Dunkin' Donut. Then teruslah aku merayap pergi Love Park. Sejuk pulak tuh so aku merayap lagi ke Free Library di Benjamin Franklin Parkway. Suka sangat aku lepak kat library tuh, tak sedar aje dah dekat 3 jam aku menghabiskan masa di situ. 

Bila dah lapar, bateri laptop pun dah habis, aku terus ke Kinko's di Marriott Hotel. Itu lagi satu tempat lepak yang aku suka, sambil mengecharge batteri, sambil baca paper, sambil surf. Then aku jalan ke arah Chinatown, memang tak ada niat nak makan minum apa pun tapi bila aku terlalu depan Banana Leaf Restaurant, restoran Malaysia yang baru bukak tuh, aku terus termasuk situ. Dalam pukul 3 memang lah tak ada orang sangat pun. 

Tokey dia yang layan aku, lama jugaklah aku sembang dengan dia baru lah aku order nasi goreng belacan. "Lu punya Malayu ada sikit campur-campur", dia kata gitu sebab aku campurkan English, Malay dan Indonesian. Kekok aku nak cakap dengan orang Cina Malaysia. Dia beritahu aku yang di Philadelphia ada tiga empat ratus Malaysians, Melayu adalah dalam  seseratus orang. Macam susah nak percaya aje pasal aku belum pernah jumpa Melayu pun. Aku tahu memang ada Malaysians (Melayu) sesepuluh orang paling ramai kot, sebab di Philadelphia memang banyak univeristy. Drexel, UPenn, Temple, USP. Itu belum kira universities yang kat luar sikit dari Phila, Arcadia U, West Chester U, Rutgers U (New Jersey). Ada lebih dari 10 semuanya kot di persekitaran Philadelphia tuh. Tokey tuh mintak nombor talipun aku sebab dia kata dia nak kasi kat Melayu yang dia jumpa nanti, yang selalu datang makan kat restoran tuh. Aku tak kasi pun, aku kata lah yang aku akan selalu datang makan d situ, sure akan jumpa Melayu nanti. 

Dah nak malam baru aku balik semula ke rumah Yanti. Punyalah baik Yanti dengan aku, ajak makan, ajak tengok tv, sembang pun bukan main lagi. Pagi esoknya pun aku dibangun tidur. Biasanya tak pernah buat gitu. Selama aku di rumah dia, kat bilik yang aku duduk tuh tak ada lampu, baru semalamnya lah dia kasik satu table lamp. Agaknya dia suka sebab aku dah buat keputusan untuk menyewa di situ, dan Pak Yus pun akan menyewa di situ jugak. 

----------------------------------------

Tak ada lah rasa`malas sangat aku nak balik semula ke tempat Michael, that Tuesdy morning. Aku dah buat keputusan untuk tidak akan berhenti. Aku nak cuba kerja lagi sebulan lah. I have to sebenarnya. Duit belum cukup, I'm not at all prepared untuk berhenti. 

Nasib baiklah dua tiga hari sebelum tuh aku kuatkan semangat aku, aku decide untuk teruskan kerja at least lagi sebulan. Lebih lama aku dapat bertahan kerja di situ, mungkin lebih elok agaknya. 

Tapi bila sampai aje di deli Michael tuh, lain pulak rasanya. Aku tak boleh imagine yang aku akan terpaksa buat the same things, again and again. For the next 4 weeks. Itulah susahnya kalau gaji sebulan sekali, kalau nak berhenti tuh kena tunggu sebulan, tunggu bila dapat gaji. Aku cuba tak layan sangat perasaan aku, aku cuba tenangkan fikiran aku dengan tak memikirkan sangat pasal kerja. Tapi, semakin aku tak layan perasaan aku, semakin aku rasa tertekan. Damn, for the next 4 weeks at least, aku akan bekerja hampir 16 jam sehari, 6 hari seminggu. 

Lepas kerja, tak ada internet pulak tuh, dan kalau aku nak online, terpaksalah aku keluar ke Philadephia, terkejar-kejarlah aku ke Love Park, atau ke Kinko's di Marriott Hotel. Tak sangup rasanya. Rasa menyesal pulak yang timbul, apa pasal aku tak tawakkal aje, berhenti aje kerja masa dapat gaji dulu tuh. Ini, dah terpaksa aku tunggu lagi sebulan. 

Keadaan tempat kerja macam biasa aje, Michael sama bini dia dah anggap aku orang kanan diaorang dah. Selamba aje aku handle semua tuh, memasak, jaga cash register. Semuanyalah. Diaorang tak ada pun macam tak percaya kat aku, especially pasal duit. Pernah a few times aku nak uji diaorang, aku tukar duit (dari poket aku), aku beli barang, aku ambil itu ini. Aku bayar. Tapi diaorang buat selamba aje, tak adalah jeling sana-sini. Pendek kata, diaorang berani lepaskan aku kerja sorang-sorang.

Kebanyakan customers yang datang kat deli tuh, semuanya orang-orang di kawasan tuh, memanglah muka-muka yang sama yang datang beli barang, melepak di deli tuh. Aku pun macam dah tahu dah perangai masing-masing. Senak rasanya kadang tuh melayan karenah orang hitam nih. Orang hitam yang tak berpendidikan pulak tuh. Jenis-jenis yang macam dalam Jerry Springer Show gitu tuh. Yang tak ada adab. Tak ada sopan.

Pernah sekali, ada this one perempuan yang memang terkenal banyak songehnya, datang untuk beli air dan rokok. Aku masa tuh belum faham sangat apa minuman yang dia selalu order, nak berapa keping napkins. Things like that. So bila aku tersalah kasi napkins kat dia, mengamuklah. "Where's that old guy, I don't like this guy", dia tanya bini Michael, sambil tunjuk arah aku. "He left", kata bini Michael. "Get a new guy, I don't like this guy", dia kata lagi sambil mencebik arah aku. "I don't like you either", aku kata gitu. Masa tuh aku dah marah. Memanglah dia pantang dimarah so macam-macamlah dia kutuk aku depan orang. "You are not the only customer here, so get the fuck out of here!", aku kata gitu, terus aku buat kerja lain. 

Then dalam aku tengah marah tuh, aku kata kat Michael sama bini dia yang kalau perempuan tuh buat hal sekali lagi nanti (she comes almost every day), aku berhenti kerja aje lah. Michael gelak kat aku, dia kata perempuan tu memang gitu perangainya, dia kata jangan dilayan sangat, jangan dilawan pun cakap dia. Jangan ambil hati sangat. 

Tapi dalam ramai-ramai yang selalu bertenggek kat deli tuh, ada jugaklah yang jadi baik dengan aku. Bubu, pelacur tuh, dengan satu bapak ayam dia nih (pelanggan tetap dia, Franky). Dan geng-geng Bubu. Diaorang baik dengan aku. Walaupun Michael sama bini dia tak kasi aku buat baik dengan diaorang tuh tapi aku layan diaorang macam biasa jer. Diaorang tuh tak adalah buruk sangat perangainya, memanglah kalau dilihat sepintas lalu, nampak macam jijik sangat diaorang tuh. Tapi kalau diajak bersembang, kalau nak jadi teman berborak, dengan diaorang tuh kira ok jugak. 

So aku selalu jugaklah sembang-sembang, buat-buat lawak dengan diaorang. Diaorang tak suka bini Michael sebenarnya, dengan Michael pun diaorang tak berapa suka. So kalau diaorang datang nak beli apa-apa, diaorang akan tunggu sampai aku free, tak ada customers lain, barulah diaorang order makanan. Kalau bini Michael yang nak sediakan makanan, diaorang selamba aje kata, "Na ah, I want him to cook my food, not you!. Aku tak tahulah apa bezanya tapi bagi aku, kalau setakat burger, cheesesteak tuh, siapa-siapa masak pun sama aje. Mungkin sebab aku taruk bahan-bahan dia banyak kot, itu yang buat diaorang selalu suruh aku masakkan untuk diaorang tuh. Kalau bini Michael yang masak, mayonaisse taruk secalit, cheese taruk sekeping, fries dikasi sikit. Kalau aku yang masak? Mayonaise sesudu, cheese dua keping, fries aku taruk banyak. Itu yang buat diaorang selalu suruh aku yang masak kan. 

Bengkek jer bini Michael kalau geng-geng tuh datang beli makanan/minuman di deli tuh sebab diaorang tuh asyik bergaduh jer memanjang. Tapi kalau dengan aku, siap kenyit-kenyit mata lagi, aku layan macam orang lain aje. Macam talam dua muka aku ni kan? 

-----------------------

So itulah macam yang aku cakap, geng-geng yang selalu bertenggek kat deli Michael tuh, tak lah semuanya tak ok. Ada yang ok nya. Ada yang baik. Yang selalu sembang-sembang dengan aku. Memang aku nak kan kawan buat bersembang, so aku tak kira lah siapa, pelacur ker, penjual dadah ker. Masa diaorang baik tuh, memang baik. Tapi masa diaorang buat perangai, kena lari jauh-jauh. 

Macam Bubu ituhari. Masa tuh dah tengah malam dah, aku tengah buang sampah, dah nak tutup pintu deli tuh, dah siap manggakan mana yang patut. Dia bengang agaknya pasal tak ada orang layan dia, walaupun dah puas dia seharian ke hulu ke hilir, so macam mengamuklah dia malam tuh. So bila ada aje kereta dan orang yang lalu lalang, dia selak baju dia, entah apalah yang dia jeritkan kat orang yang lalu lalang. Aku gelakkan ajelah, sambil-sambil buat kerja. 

Lepas tuh bila ramai orang berkumpul, mula lah dia tunjukkan tetek dia. Di keluarkan kedua-duanya, di picit-picit lagih. Bulat jer tetek dia. Memang aku akui, dalam ramai-ramai yang aku pernah tengok di kawasan tuh, Bubu sorang ajelah yang kurus, yang badan dia solid. Yang lain tuh, rebeh di sana rebeh di sini. So Bubu dengan konfidennya tunjukkan tetek dia tuh pada semua orang. "Have you tried black pussy, man?", tanya one of the guys kat aku. "Na ah", aku geleng kepala, terus aku masuk semula ke deli tuh. 

Infact hari tuh bukan sekali itu aje aku tertengok tetek orang. Siangnya dah sekali. Entahlah, musim-musim panas gini, diaorang rimas agaknya. Siang tuh masa aku tengah sibuk melayan customers, ada this one semi-drunk perempuan yang datang nak beli rokok. Sebab aku yang jaga cash register dan Michael yang di bahagian ambil barang untuk dikasi kat customers, so aku tak adalah perhatikan sangat gelagat orang. Tambah pulak ada cermin counter, yang menghadang. So aku biasa ajelah, bila ada orang hulur duit, aku ambil aje, then aku kasi duit tukar. 

Tapi sekali tuh, aku tengok Michael gelak, sambil pandang aku. Then dia geleng kepala. So aku tundukkan kan sikit kepala aku, aku nak tengok customer yang Michael tengah layan tuh. Counter tuh paras dada aje dengan kebanyakan orang, aku sama Michael agak tinggi sikit sebab kitaorang berdiri atas platform. Terkejut jugak aku bila aku tengok. Ada selambak (dua lambak?) tetek kat atas counter tuh. Aku tak gelak pun, aku pelik, aku tanya Michael apa pasal perempuan tuh tunjukkan tetek dia. Michael kata yang perempuan tuh tak cukup duit dalam a few cents so dia what if dia tunjukkan tetek dia, will Michael let her go. "Touch it! Touch it!", kata Michael kat aku. Ish, tak nak lah aku, macam betik yang jatuh ke tanah aje rupanya. 

Tapi dalam banyak-banyak cerita lucu tuh, memang tak boleh lawan cerita Bubu bogel kat depan customers. Biasalah kalau dah tengah malam, kebanyakan diaorang either mabuk atau high (diaorang jual weeds,cocaine terang-terangan). Satu hari tuh, Bubu high agaknya malam tu tuh. Masa dia makan tuh aku dah tengok yang dia macam tak betul aje, happy semacam aje. 

Tiba-tiba dia bangun, dia meloncat-loncat. Sambil gelak-gelak. Sambil cakap kuat-kuat. Michael jadi bengang dibuatnya. So dia jerit kat Franky suruh Bubu diam. Bubu memang jenis muka tak makan saman. Diejek-ejeknya Michael, diketuk-ketuknya cermin counter, digoyang-goyangnya kerusi meja yang ada. Kebetulan pulak bila dah tengah malam begitu memang ramai orang yang datang, biasanya nak beli air, rokok, condom. Benda-benda gitu lah. Aku terus ajelah layan orang, Michael bertempik sakan suruh Bubu duduk diam. Aku tak ada lah rasa panik, takut ker apa ker sebab aku tahu Bubu kalau dah high, kalau dah drunk, dia buat apa aje. 

So tak heran lah bila Michael marah kat dia, dia lawan balik. Dibukaknya seluar, tinggal seluar dalam aje. "Macam underwear lelaki", kata aku dalam hati. Memang pun, dah lah kaler hitam, tak ada ropol-ropol pun, sebijik macam underwear orang lelaki. Customers lain mulalah bersorak. Bubu apa lagi, ditanggalkan nya that last piece of thing yang menutup anu dia tuh. Telanjang bulat. Hitam legam. Tak nampak apa. Aku cuba-cuba besarkan bijik mata nak tengok, hampeh, tak nampak apa. Semuanya hitam legam yam kelam. Di malam tak berbintam. Yam membuatkan aku hampir pitam.

Lepas tuh dia tonggekan bontot dia arah Michael, dia tepuk-tepuk bontot dia sambil kata, "Kiss my black ass, Mike!. Kiss my black ass!". Aku nak gelak pun tak sampai hati sebab masa tuh Michael punyalah marah nya. By that time Franky pun dah blah entah pergi ke mana. Ada lah dalam sesepuluh minit Bubu buat free show, ada aje orang datang, dia wiggle kan bontot dia. Walaupun hitam tak nampak apa, terralit jugak aku, tapi aku curi-curi jeling jugaklah. First time tengok live benda-benda gitu kan? Tengok porn rasanya puas dah. Eh, dak lah, dah lama tak tengok porn lah.Akhirnya bila Michael buat pura-pura nak talipun polis, baru lah Bubu blah. 

Sebut pasal polis, minggu dulu pun ada sekali polis datang. Salahnya sebab bini Michael jugak. Ada satu perempuan tuh yang Michael sama bini dia tak suka, (sebab selalu jual drug kat depan deli diaorang), perempuan tuh datang nak beli rokok. Dia kasi sekeping note 10 dollars. Bini Michael mati-mati kata perempuan tuh kasi lima dollars punya note. Bertekaklah diaorang. Perempuan tuh, sebab dia konfiden sangat dia betul, apa lagi. Dia mengamuk, di tonggang terbalikkan kerusi meja. Then Michael talipun polis. Masa tunggu polis datang, Michael rewind kan tape, sebab nak tengok footage yang diaorang rekodkan. Tak claer tapi bila dimainkan berkali-keli, dislowkan, kitaorang dapat agak yang perempuan tuh memang kasi note sepuluh dollar pun. Bini Michael aje yang jenis tak percaya orang. 

Bila polis datang (masa tuh perempuan tuh dah blah), mulalah diaorang buat cerita yang bukan-bukan. Aku sebenarnya suka kalau Michael, especially bini dia, gaduh dengan customers. Dengan yang selalu datang lepak kat deli tuh. Rasa puas hati aku. Sebab biasanya, memang salah bini Michael pun. Tak percaya orang. 

In Bed With Me

22052006


Hari Ahad biasanya aku rasa happy aje sebab malamnya aku akan balik ke Philadelphia, esoknya aku akan off. Tapi that Sunday was extra happy pasal aku rasa excited sangat untuk publishkan blog entry pasal vote untuk tanya pendapat readers blog aku tuh. Samada nak berhenti kerja atau nak teruskan aje.

"Ini barulah macam reality show, buat keputusan base kan on pendapat orang", aku selalu kata gitu dalam hati, sambil tersenyum simpul mengenangkan keterreran aku yang dalam keadaan begitu pun masih banyak cekadaknya lagih. Entah apa-apa lah aku nih, kan? Dalam keadaan susah-susah pun masih nak buat benda-benda pelik. Ada aje idea bangang aku.

Tapi, tak jugak sebenarnya. Aku tahu siapa aku. Aku tahu keadaan aku. Aku saja jer nak menghiburkan diri aku sendiri sebenarnya, itu yang aku buat benda-benda yang pelik-pelik, yang kadang tuh tak masuk akal pun. Bukan ker aku nih orang yang mudah bosan? Cepat boring? Itu yang dalam keadaan macamana sekali pun, aku tetap fikir kan idea-idea baru. Ataupun memang itu idea dari Tuhan. Sebagai signal. Tapi aku yang lembab. Masih tak tahu. Entah. Aku pun tak tahu. 

Bila Michael tengok aku macam happy aje kerja, bersemangat aje, ke sana ke sini, layan orang pun happy jer, orang marah ker orang cakap kasr ker apa ker aku selamba ae, dia pun happy jugaklah. "Tomorrow you off, right?", dia tanya aku. Macam tak tahu pulak. "I pay you money tonight, before you go. You can send money back Malaisia", dia kata gitu. 

"Oh shit!", kata aku dalam hati. Aku terdiam sekejap. Bukan apa, aku fikir, hancurlah rancangan aku untuk blah berhenti kerja di deli Michael tuh. Sebab apa? Sebab, aku sepatutnya dapat gaji hari Rabu, sedangkan dia nak bayar gaji aku hari Ahad. Bererti belum cukup sebulan aku kerja, dia dah nak bayar full. Takkan aku nak berhenti gitu aje? Takkan aku kejam sangat nak tinggalkan dia yang buat baik dengan aku, macam itu aje kan? Tak sampai hati lah aku. Aku tak terfikir pun yang kalau aku blah aje, terus tak datang dah, aku akan untung 3 hari punya gaji. Tapi, takkan aku sanggup buat gitu, kan? Aku tak expect langsung yang Michael akan bayar gaji aku hari Ahad, aku ingatkan dia akan bayar, earliest hari Rabu minggu depannya tuh, genap sebulan aku kerja. 

Jadi bila dia kata dia nak bayar aku gaji malam tuh, habislah plan aku yang dalam sehari dua aku dok pikir siang malam tuh. "Why, you don't want money?", dia tanya aku bila tengok aku diam aje, macam tak excited jer. Aku dok memikir pasal plan aku tuh, itu yang aku tak adalah tunjukkan kehappyan sangat nak dapat duit tuh. Lagipun aku nih memang muka selamba jugak kadang-kadang tuh, aku tak nak orang boleh baca hati aku by just looking at my face, aku punya reaction. Masa aku tak ada duit, orang ingat aku ada duit. Masa aku ada duit, orang ingat aku tak ada duit. 

Sepanjang malam aku asyik fikir, apa aku nak buat selanjutnya. Nak berhenti? Bila? Nak teruskan kerja? Sampai bila? Malam tuh Michael bayar gaji aku, dapatlah dua gumpal. Notes dua puluh dollars semuanya. "You don't send back money Malaisia?", dia tanya aku. Walaupun aku rasa bersalah tapi aku tak tipu pun dia. "No", aku kata sambil gelak-gelak. 

Sebelum Michael hantar aku ke rumah Yanti malam tuh, aku cuba-cubalah sakat diaorang. Dia dengan bini dia. Aku kata kat dia, dia percaya ker kat aku? Buatnya aku blah aje, aku terus tak datang dah hari Selasa nanti, sebab aku dah dibayar gaji sampai gaji hari Rabu. Akan rugi lah dia, rugi 3 hari punya duit gaji. Michael gelak-gelak aje, dia geleng-geleng kepala. "I know you, you don't do that", kata dia. Maksud dia, dia tahu yang aku tak akan buat benda-benda gitu. 

Sejuk rasa hati aku mendengarnya. And at the same time aku rasa bersalah sesangat sebab aku memang ada niat, memang dah buat kaw punya plan pun, nak blah dari situ. Bila Michael kata yang dia percaya aku, itu yang aku rasa macam sedih jer. Sebab aku memang ada niat nak berhenti. Dengan bini Michael pun aku tanya the same thing. Aku kata, macamana kalau aku blah aje, terus tak datang dah. Diaorang akan rugi. Then aku gelak. Tercengang sekejap bini Michael. Dia congak-congak agaknya, betul jugak, kalau aku tak datang dah nanti selepas day off aku, dia akan rugi gaji 3 hari. Nak kata pucat tak lah pucat tapi dia terdiam sekejap. Terasa jugak hati aku pasal it shows that yang dia tak percaya aku sesangat. Then dia tanya Michael, in Cantonese. Then diaorang gelak-gelak. Diaorang kata, kalau aku tak datang dah, diaorang akan cari aku. Tak pun, diaorang akan talipun MakCik Jenny, agent kerja di New York tuh. 

So aku blah malam tuh gitu aje lah, aku tinggalkan diaorang dengan tandatanya. Saja lah nak kasi diaorang suspen sikit. Sebenarnya aku pun dah tak tahu apa nak buat. Tak apalah, aku dah dapat gaji, aku ada duit dalam pocket. That's all that matters. 

Kat dalam kereta, aku tanya lagi Michael apa pasal dia nak bayar gaji aku 3 hari sebelum tarikh yang sepatutnya aku dapat gaji. Dalam suka hati aku mendengar dia puji aku, dia percaya aku, semakin aku rasa guilty sangat yang aku memang pun ada plan nak berhenti kerja. Dia kata, cara aku bergurau senda dengan anak-anak dia pun dah buat dia percaya dengan aku. Macamana pun, bila dia kata macam tu tuh, aku jadi serba salah sangat, aku terpaksa teruskan kerja di situ. For a few more days at least. Sampai aku tak ada hutang dengan dia. Sampai hari Rabu. 


Kat rumah Yanti, aku terus bayar dia, untuk bayaran sewa sampai hujung bulan. Senyum Yanti sebab aku memang tahu yang dia perlukan duit, dia tak kerja sekarang nih sebab nak habiskan credit hours dia yang banyak tuh. Lagipun anak dia, Ara, nak balik Indo minggu depan. Aku beritahu dia yang aku ada feelings yang Ara dah tak nak balik ke Amerika sebab dulu dia pernah cakap dengan aku yang kalau ada pilihan, dia lebih suka duduk di Indo saja.

Yanti beritahu yang ada orang, yang kitaorang kenal, Pak Yus namanya, dia nak menyewa di rumah Yanti tuh. Terus aku setuju dia duduk sebilik dengan aku sebab bilik tuh besar. Lagipun, buat masa sekarang aku pun bukannya di rumah Yanti sangat, hanya on my days off aje. Dapatlah kurangkan beban Yanti nanti, dan aku pun adalah jugak kawan. Kitaorang dah lama kenal Pak Yus nih, tak ada ragam sangat orangnya. Cuma dia nih berpacaran dengan perempuan (yang ada laki di Indo) satu tempat kerja dengan dia. Pak Yus pun ada anak bini di Indo. 

Sampai pagi kitaorang sembang, ada aje ceritanya. Resah aku dibuatnya sebab masa tu lah aku nak online, masa tu lah Yanti ajak sembang. Aku layan aje lah but at the same time aku asyik terfikir yang apa kenanya dengan aku nih. 

Yanti, Michaeal, they all need me, diaorang baik dengan aku. Diaorang percaya aku. Memanglah aku suka diaorang semua percaya aku, sebab aku tahu, dan diaorang pun tahu yang they want to "get in bed" with me, because they will get more than just a good night's sleep. 

Any Which Way Now


8052006


Memang sedari dulu lagi aku sedar yang hidup aku nih penuh dengan ciri-ciri penggamblelan. Aku suka elemen-elemen yang tak diduga. Tak dijangka. Kalau ada apa-apa hal, I'll just go with the flow, walaupun more often than not aku biasanya melawan arus. Macamana pun, aku tak pernah (betul ker statement ini nih?) regret dengan apa-apa tindakan yang aku buat. "Everything will come up roses, walaupun it smells shit", itu yang selalu aku kata kat diri aku. 

So bila aku dah macam tak tahu apa nak buat, samada nak berhenti kerja atau nak diteruskan jugak, aku pun mulalah cari idea macamana nak atasi masalah aku tuh.Memang kalau ikut hati, aku nak berhenti kerja bila-bila aje masa terdekat. Tapi, bila difikirkan balik, it aint that bad lah sebenarnya kerja di deli Michael tuh. Cuma masalah tak ada internet itu aje lah. Lepas tuh, kerja lama sangat, 15 jam lebih sehari. Lepas tuh, kerja di kawasan orang hitam pulak tuh. Lepas tuh....... Banyak jugak rupanya alasan aku. 

Ada jugak aku terfikir yang lebih baik kalau aku kerja beberapa bulan lagi, sambil kumpul duit sesikit. Kalau tidak pun, tunggu sampai habis summer masa itulah baru berhenti kerja. I'm cool with both options really. Ke hilir angin berhembus, ke hilirlah aku terbang. Ke hulu angin bertiup, ke hululah aku melayang. 

Then satu hari tuh masa aku tengah melangut menunggu customers, aku dapat this idea yang aku rasa ok jugak kalau aku cuba buat. Apa kata aku mintak nasihat dari orang yang baca blog aku? Beribu peminat setia Dendam Perantau kan? Aku buat vote, suruh diaorang vote samada nak suruh aku berhenti kerja atau nak suruh aku teruskan jugak. Then aku buat keputusan ikut keputusan vote tuh. Kalau banyak votes yang suruh aku berhenti kerja, aku akan berhenti kerja aje lah. Kalau banyak votes yang suruh aku teruskan kerja di deli Michael, aku akan teruskan kerja.

Lawak jugak idea tu tuh aku rasa. Itu yang aku seharian asyik dok plan aje nak buat vote macamana. Dan aku pun terfikir, kalau ada sesiapa yang baca blog aku, sure diaorang boleh dapat kasi jalan yang mana harus aku ikut. As I said earlier on, I'm cool with both ideas. Walaupun dalam otak aku ada terfikir, macamana nanti kalau tiba-tiba aku tengok, votes nya more towards yang aku tak suka? Aku kena buat jugaklah. Tapi, aku yakin, kalau orang yang baca, diaorang akan tahu, dan diaorang akan suruh aku berhenti kerja. Dan aku akan berhenti kerja based on votes, based on cadangan orang yang di blog ini. 

So, plannya ginih. 

Tengah malam Ahad aku balik ke Philadelphia sebab Isnin cuti. Isnin akan aku buat entry/poll tuh. Publishkan. Selasa aku akan balik kerja. Rabu aku dapat gaji. Khamis, aku akan keluar ke Philadelphia, masa tu lah aku check apa keputusannya. Hitam kata diaorang, hitam lah kata aku. Putih kata diaorang, putih lah kata aku. Kalau votes kata berhenti kerja, aku akan berhenti kerja aje. Aku, pagi tuh masa nak ke Philadelphia, aku akan bawak semua barang aku (yang tak ada apa sangat pun), aku akan talipun aje Michael. Lantaklah dia nak marah ker apa ker. Silap-silap aku tak talipun pun, buat bodoh jer, blah gitu aje. Kalau ramai yang suruh aku terus kerja, maka, dengan berat hati, terpaksalah aku balik semula dengan beg aku yang sarat berisi barang tuh, balik semula ke deli Michael. 

Ku Tunggu.Dan Menunggu...

15052006


Kadang-kadang tuh letih rasanya memikir macamana caranya supaya aku dapat menenangkan hati aku yang selalu tak tenang nih, yang selalu memikirkan apa jalan terbaik yang boleh membuatkan aku enjoy kehidupan aku yang sebegini. Ada aje penghalangnya. Ada aje yang tak kena nya. 

Then aku terfikir, apa pasal lah aku dulu, dah elok-elok kerja sama keluarga Pak Tua, aku berhenti. Sekarang rasa kan. Kalau di sana dulu, walaupun bosan, tapi aku ada member yang sama-sama bosan, yang sama-sama seperjuangan. Bolehlah hilang bosan tuh. Sekarang nih, aku sendirian, semuanya aku kena buat sendiri, tak ada siapa yang nak kasi nasihat, tiada siapa yang nak kasi pendapat. Aku, kalau sorang-sorang begini, biasanya aku buat something tuh ikut sedap jer. Tak fikir apa-apa dah. 

Aku rasa menyesal sesangat jadinya bila ingatkan itu semua. Aku selalu tersengih sengsorang bila ingatkan gelagat Hector yang selalu tiru jokes aku, yang selalu gelak-gelak sama aku. Sampai hati aku tinggalkan dia kawan baik aku, dulu tuh. Tapi, dalam menyesal-nyesal tuh, aku dok picturekan Subardi. Terus hilang kemenyesalan aku. 

Duit aku semakin hari semakin kurang, tapi tak lah aku rasa takut sangat sebab aku tahu, very soon aku akan dapat gaji. Cuma aku kena berjimat sikit, takat untuk hidup for a few days tuh bolehlah. 

Aku cuba list kan apa yang buat aku tak suka, apa yang buat kan aku rasa nak berhenti kerja bila dapat gaji nanti. Tak ada internet. Yeah, everybody knows that. Michael pun tahu yang aku suka online, dia pun setuju yang aku keluar pagi Khamis dan Sabtu, for an hour or two, untuk main internet kat Philadelphia. "It's good for you, you go out and come back fresh", kata dia. Memang lah I look "fresh" bila balik dari Philadelphia. Sebab aku dapat memuaskan keperluan batin aku. Berinternet kat Love Park. Nak mintak Michael sediakan internet connection, that's out of the question. Dia punya fikir ginih, aku bukak laptop, terus aku dapat online. Memanglah susah nak mengexplain kat orang yang knowledege dia pasal internet macam tu tuh. 

Kerja aku sampai lebih dari 15 jam sehari. Itu yang buat aku tak daya nya tuh. Walaupun tak ada lah berat sangat tapi naik kematu aku dibuatnya. Labuh telor aku sebab lama berdiri, itu tak payah cerita lah. Makan minum aku pun tak terurus sangat. True aku boleh makan aje apa yang ada di deli tuh, aku boleh masak sendiri. Tapi, diaorang tuh nak kata kedekut, tak jugak. Cuma, diaorang tuh berkira jugak. Memasak pun dalam gelap sebab tak nak pasang lampu. Fries yang jatuh ke lantai pun dikutip. Trash bags yang dibuang orang pun dikutip. Berkira sangat. Jadi aku pun malaslah beria-ia sangat nak menyediakan makanan, kalau aku masak pun, takat goreng telur, buat nasi goreng. Itu aje. 

Tak heran lah pasal apa aku semakin kurus sekarang nih. Jeans aku yang dulunya ketat (sampai aku pun dah tak pakai, then aku pakai balik semula sekarang nih), sekarang nih dah jadi longgar. Kalau aku nak masuk ke cold room, for example, aku terpaksa berjengket sikit nak bukak kunci (sebab pintu tuh besar dan tinggi). Melorot seluar aku. Kalau dulu, ok jer. Sekarang nih dah tak ok dah. Asyik melorot aje dah seluar aku sekarang nih. Nasib baiklah "door knob" aku tuh ada menahan dari seluar aku terus melorot.

Aku rasa itu dua aje sebab yang membuatkan aku rasa aku patut berhenti kerja aje. Tapi bila aku fikir balik, aku rasa aku patut teruskan aje lah kerja di situ. Di mana-mana aku kerja nanti pun, I'll be facing the same problems, entah-entah lebih banyak masalah lain. 

Michael sekeluarga suka dengan aku. Kerja tak lah susah sangat. Aku pun dah sebulan kerja, dah tahu selok-belok. Lagipun, kalau aku berhenti kerja, aku terpaksa cari kerja lain, aku kena keluar duit, aku kena start all over again. 

Lagipun, bukannya aku tak ada internet access langsung. Dalam seminggu, aku dapat online 4 hari. Walaupun sekejap tapi kira ok lah tuh. Dah tua-tua nih, patutnya aku beribadat aje lah, patutnya aku buat benda lain aje lah. Daripada mengadap laptop aje kerjanya kan? 

Aku selalu fikir semuanya tuh, tapi aku biasanya end up tak layan pun apa yang aku fikir tuh. So dalam aku berfikir samada nak berhenti kerja atau tidak tuh, aku teruskan jugaklah kerja aku. Sambil menunggu hari off. Sambil menunggu bila dapat gaji. Hari ini aku fikir, lebih baik aku berhenti aje. Besoknya aku fikir, lebih baik aku terus kerja aje lah. 

Until one day bila duit aku dah tinggal sekeping. Until one day bila cellphone aku disuspend servisnya (sebab lambat bayar bill). Until one day bila ada customer yang buat hal sampai polis datang. Masa tu lah aku rasa nekad yang aku nak berhenti aje lah bila dapat gaji nanti. 

Aku, waktu kerja kalau masa tak ada orang tuh, aku suka membilang. Aku selalu bilang, dah berapa jam aku kerja. Berapa jam lagi aku patut kerja. Dah berapa hari aku kerja. Berapa hari lagi aku sepatutnya akan dapat gaji. Berapa hari lagi hari off aku. Berapa hari lagi aku akan dapat online. Itu memang selalu sangat aku bilang. Walaupun aku tahu tapi I keep on membilang. Siap bilang guna jari lagi tuh. Aku tahu, soon aku akan ada duit semula. Aku tahu, setiap hari aku akan berakhir. Sebosan mana pun hari aku, ianya akan berakhir. Selambat mana pun hari off aku, ada jugak lah sehari dalam seminggu. Hari yang aku tunggu tunggu. Memanglah pathetic sangat bunyinya tapi aku nak buat macamana? Aku bukannya macam orang lain. 

So gitulah, duit aku tinggal semakin sikit, kira ngam-ngam jer sampai hari gaji. Itupun kalau gaji on time. Buatnya gaji di lewatkan sehari dua? Dan bila servis talipun aku diputus sebab ada bill tertunggak, terus mati kutu aku. 

Dan satu malam tuh, ada this one customer yang buat hal pulak. Dalam deli Michael tuh ada ATM machine, meaning orang boleh keluarkan duit melalui ATM tuh. Ada this one customer, perempuan hitam yang pakai purdah (yes, you heard me right, pakai purdah) yang kata duit dia short 40 dollars masa dia guna machine tuh. 

Kalau tak salah aku, dulu ada aku tulis pasal orang hitam Islam di sini, di Amerika nih. Memang ramai. Ada yang dilahirkan Islam, ada yang peluk Islam. Kalau di black neighbourhood, memang ramai juga Islam. Aku dapat tahu (dari orang hitam sendiri) yang kebanyakan diaorang tuh, yang Islam tuh, diaorang masuk Islam masa di penjara. Bererti, ramailah yang kat jail sebab kalau jalan ke mana-mana, memang selalu sangat jumpa orang Islam, perempuan pakai purdah lagi. Yang pakai tudung sambil hisap rokok, sambil minum beer, itupun biasa aje aku tengok. 

Bukanlah niat aku nak mengumpat tapi to me, most of them yang Islam tuh, pakailah macamana pun, yang pakai purdah, yang pakai tudung hanya nampak mata jer pun, semuanya sama aje. Sebijik macam perangai hitam-hitam lain. Cakap kuat sambil menari-nari, menjerit-jerit, tak ada adab sopan, kadang tuh macam tak percaya yang diaorang tuh Islam. I mean, tak percaya yang diaorang berpakaian menutup aurat tapi perangainya macam jenis orang hitam yang terkinja-kinja kat luar tuh. Saling tak tumpah. Aku dah lama hilang respek dengan diaorang nih sebenarnya, aku dah lama buat tak kisah dengan diaorang nih. 

So, berbalik dengan cerita pasal perempuan yang pakai purdah yang datang ke deli Michael tuh. Dah pukul 12 tengah malam dah masa tuh. Mengamuk sakanlah dia pasal dia kata Michael harus bertanggungjawab pasal ATM machine tuh kat dalam kedai dia. So kalau ada apa-apa, tuan punya kedai yang bertanggung jawab. Perempuan tuh mintak Michael kembalikan dia duit 40 dollars yang dia kata short tuh. Manalah Michael nak kasi sebab itu tak ada kena mengena dengan dia. Dia kata yang perempuan tuh mabuk sebab lepas dia keluarkan duit dari ATM tuh, dia masuk ke beer store yang di sebelah deli tuh. Mungkin perempuan tuh terbeli something kat situ. 

Bertekaklah diaorang, perempuan tuh tendang-tendang dinding, ketuk-ketuk tingkap counter, sambil menjerit-jerit. Michael terus berlari ke belakang ambil kayu, di tonyoh-tonyoh ke arah muka perempuan tuh. Perempuan tuh makin ganas, dia rampas kayu di tangan Michael, lepas tuh di ketuk-ketuknya ATM machine tuh. Seram sejuk aku menengoknya. Dalam hati aku kata, "This is it! Baik aku blah aje lah dari sini, tak selamat tempat nih". Bila perempuan tuh ketuk cermin ATM tuh sampai pecah, Michael terus talipun polis. Aku dah semakin gelabah kalau dengar pasal polis molis nih. Bukan apa, aku takut jadi macam kes dulu, kes masa aku sama Mus dulu tuh, pasal AhCeng yang tak nak keluar dari apartment kitaorang sampai terpaksa panggil polis dulu tuh. Yang polis tuh mintak ID aku as a witness. Itu yang aku takut tuh. Buatnya diaorang mintak ID aku, buatnya diaorang tanya benda-benda lain? Itu yang buat aku gelabah tuh.

Nasib baiklah masa tuh bini Michael pun turun ke bawah, dan aku pun kasi excuse yang aku nak naik ke atas, nak tidur dah. Sebab masa tuh dah 12 setengah tengah malam dah. "She's scary, I better go upstairs", aku kata kat Michael. Sebenarnya aku tak nak tunggu sampai polis datang. 

Kat bilik, termenunglah aku sekejap. Kalau aku dapat gaji hari Rabu, the next day tuh aku nak blah. Nak blah gitu aje. Biarlah nama aku buruk, biarlah Michael sama bini dia kutuk aku. Peduli apa. Aku bukannya sebagus, sediam yang diaorang sangka. Aku diam bukan bererti aku bagus, tak banyak songeh, tak banyak cekadak. Aku diam sebab aku simpan songeh dan cekadak aku sebenarnya. Aku diam sebab aku ada buat plan lain. 

Masa aku tengah termenung that Friday evening, aku dapat satu idea baru yang aku rasa tak sabar nak buat.............

Gundah

13052006


Macam biasalah, rasa malas yang teramat untuk balik semula kerja, setiap Selasa pagi. Tapi terpaksalah aku kuatkan jugak semangat. Aku selalu berperang perasaan, kadang aku rasa ok aje kerja kat deli Michael tuh, kadang aku rasa bosan teramat sangat. 

Kalau pagi-pagi tuh, punyalah malas nak turun kerja, kalau masa kerja tuh, tengok jam aje aku kerjanya, lepas tuh bilang, berapa jam lagi akan selesainya "penderitaan" aku. Kononnya lah. Kononnya menderita sangatlah tuh. Orang lain lebih teruk dari aku, lebih berat kerja dari aku. Diaorang selamba aje. Aku? Kerja senang, orang (Michael sama bini dan anak-anak diaorang) suka aku, masih lagi aku nak komplen itu ini. Masih lagi merungut. Masih lagi bosan.

Sampai kadang tuh aku pun tak faham dengan diri aku sendir. Apa lagi yang aku hendak? Aku nak internet connection. Aku nak kerja 8 jam sehari, bukannya 15 jam lebih sehari. Aku nak kerja 5 hari aje, off hari Sabtu dan Ahad, bukannya kerja 6 hari seminggu, off Isnin. Memang jenis tak bersyukur aku nih agaknya. Tak sedar diri tuh Bangla, tak ingat yang diri tuh duduk Amerika cara haram. 

Biasanya setiap hari, perancangan, plan aku berubah. Hari ini fikir gini, esoknya fikir lain pulak. Lusanya fikir gini semula. Tulatnya fikir lain pulak. Macamana pun, ada dua benda aje yang aku fikir setiap hari. Yang selalu berada di kepala aku. Samada nak terus bekerja di deli Michael atau samada nak berhenti aje. Itu aje lah yang aku dok fikir siang malam. Kalau di sebelah siang tuh, kalau tension sikit, atau kalau masa tak ada kerja, sambil tunggu customers datang, apa yang aku menungkan itu aje lah. 

Rasa nak berhenti aje. Cari kerja lain aje lah. Ituhari aku ada terbaca dalam newspaper Indo yang cater for Indonesians di East Coast nih, ada kerja di satu deli di Philadelphia. Kerjanya 5 hari seminggu, 10 jam jer sehari, dan gajinya dekat nak sama dengan gaji yang aku dapat sekarang. Seciput. Itu yang aku rasa rugi sangat kerja dengan Michael tuh. Rugi masa. Itu yang buat aku rasa nak apply kerja kat situ aje. Cuma masalahnya aku tak ada masa nak talipun tokey deli tuh, sebab aku kerja. Lagipun aku cuti sehari aje, Isnin, masa deli tuh tutup. Lagipun aku belum dapat gaji, buatnya tokey tuh suruh aku kerja the next day? 

So aku rasa rugi sesangatlah aku kerja dengan Michael, itu yang buat aku rasa nak berhenti tuh. Then again, selama ini, ramai dah orang yang kerja di situ, semuanya berhenti. Samada berhenti sendiri atau dibuang kerja. Jadi aku pun terfikir, bodoh ker aku nih sebab masih tetap bekerja di situ? Nak kata aku orang kuat semangat, orang yang boleh dipuji sebab boleh bertahan, rasanya tak pulak. Aku dah terfikir, dengan keadaan kerja di situ, orang bodoh macam aku jer yang akan terus kerja di situ. 

Tapi bila malam, bila aku naik ke tingkat satu, ke bilik aku, aku rasa ok jugak sebenarnya kerja di tempat Michael tuh. It's not that bad actually. Diaorang percaya kat aku. Percaya sesangat. Tak ada pun diaorang cakap pasal aku, diaorang selalu backing aku kalau ada customers yang kurang ajar. Michael pun selalu kata, "He's my brother", kat customers yang tanya pasal aku. Kitaorang gelak aje lah bila ada customer yang tanya Michael, "But how come he speaks better English than you do?". Walaupun kadangnya aku rasa tak puas hati jugak dengan bini Michael yang selalu ingatkan aku suruh buat itu ini walaupun masa tuh aku tengah buat ini itu, tapi aku tak adalah bengang sangat. 

Sebab aku tahu, dia baik jugak orangnya. "We work as a family", dia kata kat aku dulu tuh. Michael pun selalu tepuk-tepuk bahu aku. Kalau aku dah naik ke bilik aku, setiap hari, sure dia akan cakap thanks kat aku. Sampai sekarang even. Itu yang buat aku rasa berat jugak nak meninggalkan keluarga Michael tuh. Aku dah cuba untuk tak lah rapat sangat dengan diaorang sebab aku tak nak termelekat pulak nanti. Itu yang aku kata kat diaorang yang jangan risau pasal makan minum aku, pandailah aku cari apa yang aku nak makan. Dan diaorang pun, bila tengok aku kerja tak banyak cakap, aku buat aje apa yang disuruh, dan aku pun pandai layan customers, itu yang diaorang suka tuh. Selalu diaorang comparekan aku dengan orang-orang yang kerja sebelum aku. Yang berhenti, yang dipecat. Dan Michael selalu kata yang kalau boleh dia nak aku kerja lama di situ. Cuma masalahnya dia tak tahu apa masalah aku. Tak ada internet connection.

My Box Of Chocolate

08052006


Setiap kali esoknya aku off, Michael akan tanya aku kalau-kalau aku nak duit, dia nak kasi advance. Dan setiap kali jugaklah aku kata aku tak nak sebab aku masih ada duit. Walaupun aku tahu yang duit di pocket aku tinggal sikit aje aje lagi. Bill cellphone belum dibayar, untuk buat belanja di hari off aku pun kena dikira jugak.  Duit nak buat tambang train ke Philadelphia. 

Aku tak tahu sebenarnya bila gaji akan dibayar. Nak kata seminggu sekali, tak jugak. Kalau tidak, sure dah dibayar. Dua kali sebulan? Ker sekali sebulan? Akhir bulan? Atau mengikut tarikh aku masuk kerja? Sebulan selepas aku mula kerja, 10 hb April ituhari? 

Nak tanya Michael aku malu sebab takut nanti dia tahu yang aku tak ada duit. Payah jadi aku nih. Berkemaluan besar. Sanggup susah demi menjaga kemaluan. On second thought, bagus jugak aku nih sebab pandai menjaga kemaluan aku yang besar tuh. No, sebenarnya, aku rasa aku boleh survive dengan duit yang sebanyak itu, tanpa ada orang yang terperasan yang aku tak ada duit sebenarnya. Masa aku blah dari Maryland/West Virginia dulu, aku ada bawak dalam 3000 dollars. Tak sampai sebulan, habis duit tuh. Ke mana perginya duit tu aku pun tak tahu. Apa yang aku boleh ingat, aku ada masukkan dua tiga ratus kat trading account aku. Aku ada masukkan sikit ke dalam account bank Cina aku yang kat Boston tuh, kebetulan bank tuh ada ajennya di philadephia nih. Itu aje. Selebihnya aku tak tahu ke mana perginya. Buat bayar itu ini, belanja itu ini, kan ker aku ke New York City dua kali ituhari kan? Itu yang tak sedar jer habis duit aku tuh. Tak sampai sebulan pun. 

Aku dah panik jugak dah sebab aku kena bayar Yanti sewa rumah, walaupun aku takat menumpang tidur dua kali seminggu aje. Macamana pun aku rileks aje lah, kalau terdesak sangat nanti aku mintak kat Michael. 

Minggu pertama aku off ituhari, Michael yang hantar aku balik ke rumah Yanti. Minggu kedua, aku naik teksi aje pasal aku tak nak lah menyusahkan Michael sebab wife dia kena bangun tidur to man the shop sementara Michael pergi hantar aku ke Philadelphia. Aku tak nak dia hantar aku sebenarnya, tak nak dia buat baik sangat dengan aku, takut aku nanti macam terhutang budi gitu. Aku pun tak nak dia tahu di mana aku tinggal, address Yanti. Nanti, kalau aku nak blah gitu aje, takut dia cari aku kat rumah Yanti pulak. Aku kena fikir semuanya tuh. 

Masa aku tengah beli sayur di satu kedai orang Indo ituhari, aku terserempak dengan Nani. Ala, perempuan yang dulunya tuh baik dengan aku, yang anak sedara dia Andy S kawan aku tuh (Andy S dah lama balik Indo, dah kawin, dah ada anak satu dah). Dulu aku janji tak nak berurusan dengan dia dah sebab aku marah dan terasa hati sangat masa aku last lepak kat rumah dia dulu tuh. Masa nak hantar Bayou balik Indo tahun lepas tuh. 

Tapi sebab dia senyum kat aku, aku tertegurlah dia. Dah mula tegur tuh, biasalah Nani, dia paksa aku beli rojak yang dia jual. So aku ke rumah dia macam biasa, makan-makan rojak sayur yang tersangatlah sedap dan pedasnya. 

Kebetulan pulak minggu ketiga aku kerja, masa aku nak off, bila aku talipun Yanti, tak ada orang yang jawab talipun. Mungkin dia kerja overtime agaknya sebab the week before dia sama Will kerja sampai pukul satu lebih (pagi). Aku tak ada pilihan lain, terus aku talipun Nani pasal nak menumpang tidur di rumah dia (tumpang tapi kena bayar). Nani tak ada di rumah, dia ke Atlantic City. William, suami/pacar dia suruh aku datang jugak so aku datanglah ke rumah diaorang, Michael yang hantarkan. 

Sebenarnya kan, malam tuh aku dah berniat nak berhenti kerja aje. Sebab masa tuh dah hujung bulan, aku was so confident yang Michael akan bayar gaji aku. Takkan gaji sebulan sekali kot. Kalau sebulan sekali pun, sure dia akan bayar aku malam tuh, knowing yang aku esoknya off, hujung bulan pulak tuh. So aku dah kemas-kemaskan barang aku, aku dah bawak semua barang aku, yang aku tinggalkan hanyalah tuala pasal tak muat beg. Aku kata kat Michael yang aku kena buat laundry, dah 3 minggu tak basuh baju. So itu yang aku bawak pergi dua beg tuh. 

Aku tipu dia sebenarnya. Sebenarnya aku nak berhenti kerja. Dapat gaji, aku nak blah gitu aje. Nak cari kerja lain lah. Tak tahan aku kerja sampai up to 15 jam lebih sehari. Tak tahan aku tak ada internet connection. Tak tahan aku melayan orang-orang hitam. Buang masa aku aje. Tapi, Michael tak ada pun kasi gaji, dia ada tanya aku kalau-kalau aku nak duit buat belanja. Then aku tanyalah bila dia bayar gaji. Dia kata dia akan bayar aku 10 May nanti sebab aku mula kerja 10 April. Oh tidakkkkkk!!!!!! Gagal rupanya percubaan pertama aku untuk blah dari tempat Michael.Terpaksa lah aku tunggu lagi seminggu lebih gituh. Shit! 

Sampai di rumah Nani terus aku on kan laptop. Sabar aje lah, dah tak ada internet connection dah di rumah diaorang, diaorang dah putuskan subscription cable tv diaorang rupanya. Dah dekat pukul 3 pagi baru Yanti talipun aku, dia tertidur rupanya, lagipun nombor aku yang keluar kat answering machine dia, nama Mus, kawan aku dulu tuh (cellphone aku kan ker registered atas nama Mus, yang dah balik Indo). Itu yang dia tak angkat talipun tuh. Tapi sebab dah awal pagi, lagipun rumah Yanti tuh jauh jugak dari rumah nani (dalam 20 minit jalan kaki), aku tak jadi lah balik ke rumah Yanti. Aku cuba tidur tapi tak dapat so bila Nani balik dari Atlantic City, aku sembang dengan dia aje lah. Dia kalah berjudi kat casino, malam sebelumnya dia menang dekat 700 dollars. Itu yang dia tak ada mood sangat tuh nak buat kuih untuk jualan. Aku pulak yang disuruh kupas bawang, kupas telur. Sampai pagi barulah aku pergi tidur. 

Dah tengahari baru aku keluar, bawak laptop aje. Beg aku tinggalkan sekejap kat rumah Nani. Lepas breakfast kat Dunkin' Donut (aku selalu breakfast kat situ pasal ada dua tiga orang bebudak Indo yang kerja di situ, diaorang tahu aku Malaysian), terus aku ke Love Park tuh. Bila batteri laptop dah habis, aku menapak ke library. Spent a few hours there, baca lah apa-apa yang patut. Then aku ke Kinko's, bukannya nak guna internet, tapi buat pura-pura guna laptop, sedangkan aku mengecharge battery laptop tuh. Lepas tuh aku merayau-rayaulah sekejap kat Chinatown, tak ada apa-apa pun. Bosan, aku ke Love Park semula. 

Kadang tengah lepak-lepak tuh, aku rasa nak tergelak pulak. Aku terfikir, aku nih sebijik macam Forrest Gump, duduk kat hunjung bench tuh. Cuma yang membezkannya, aku lepak sambil guna laptop. Bukan macam dia yang cakap sorang-sorang.

Bosan surfing, aku merayap-rayap lagih. Masuk Tower Records, masuk Borders, masuk Barnes & Noble, masuk semuanya lah. Tapi aku tak beli apa pun pasal duit tak ada. Dah petang baru aku balik semula ke rumah Yanti, lepas ambil beg di rumah Nani, lepas makan rojak. Sembang-sembang jugaklah dengan Yanti, dia kasi aku spare key pasal dia tak nak jadi macam semalamnya. Then dia cerita jugak pasal dia terpaksa bercuti kerja selama sebulan sebab dia kena penuhkan credit hours kelas dia tuh. Sebab dia dapat grant dari government, kalau dia tak habiskan study dia this semester, dia kena bayar. So dia tak ada jalan lain terpaksalah berhenti kerja untuk sesebulan dan concentrate pasal study dia. Dan Will suami dia terpaksa kerja overtime aje. 

Dan aku pun terbesetuju untuk bayar sewa bilik 200 dollars sebulan (dia masih ada hutang dengan aku kan?) , starting from next month onwards. Kalau tidak, kesian jugak dia. Lagipun, aku dah tak ada tempat lain dah nak menyewa, lebih baik aku duduk sama dia ajelah, kurang-kurangnya ada jugak orang yang nak ambil tahu pasal aku. Tapi yang pentingnya, rumah dia ada internet access. 

On And On And on And On....

01052006


Waktu aku merayau-rayau di Philadephia masa aku off ituhari, aku terlepak lah sekejap di Love Park. Sebab letih berjalan dari Philadelphia Free Library. Then aku terperasan yang kat park tuh ada free wi-fi, maknanya sesiapa aje boleh guna wireless signal kat park tuh. Aku memang sebelum ini ada baca berita yang Mayor John Street nak jadikan Philadelphia sebagai wireless city, infact sekarang ini Philadelphia dah macam mengalahkan New York City lagi pasal the whole of the city sekarang dah diblanket dengan wireless signal. 

Tersenyum lah aku sekejap pasal aku dah tahu yang aku sekarang dah dapat port untuk surfing, free pulak tuh. Tak payah ke library, tak payah ke Kinko's (mahal nak mampos), tak payah nak melepak kat rumah Yanti memanjang di hari off aku sampai tak keluar mana-mana pasal nak online. Then masa aku jalan-jalan cari Spanish Institute ituhari jugak, aku terjumpa a few delis, restaurants, cafes yang ada sediakan wireless access. Yes, bagus jugak idea tuh, aku boleh lepak-lepak sambil makan, sambil surfing. Dulu aku kalau lalu depan Starbuck for example, aku rasa bengang aje pasal aku tak dapat nak gunakan service diaorang pasal aku tak ada T-Mobile account (nak register dengan T-Mobile, kena ada legal papers semuanya, aku manalah ada semuanya tuh). 

Aku dah berfikir, walaupun kat rumah Michael tak ada internet access, aku boleh lah nanti turun ke Philadelphia kalau gian sangat nak berinternet. Dalam seminggu aku adalah 4 hari dapat online, walaupun sekejap-sekejap. Monday aku boleh online the whole day sebab aku off, boleh online dari rumah Yanti, atau dari library, atau dari Love Park. Selasa pagi aku sempat lagi online sekejap sebelum pergi kerja. Khamis pagi aku akan turun ke Philadelphia sekejap, dapatlah sejam aku online. Then Sabtu, aku boleh keluar awal sikit (sebab Michael hantar anak dia ke sekolah Cina agak pagi sikit, pukul 8-30 am gituh), dapatlah 2 jam aku online. Then Ahad tengah malam aku dah online balik dah dari rumah Yanti. So aku rasa aku dah boleh berpuas hati dengan masa aku dapat berinternet, walaupun kalau boleh, seboleh-bolehnya aku nak online macam dulu jugak, a few hours a day. 

Aku selalu jugak dapat call dari Subardi. Dia selalu call, kalau tak pun, Nadi yang call. Nadi tak ada cellphone so dia terpaksa pinjam cellphone Subardi untuk call aku. Itu yang susahnya tuh. Subardi talipun aku bukan apa. Dia tanya pasal tv dan barang-barang yang aku tinggalkan dulu tuh. Ingat tak, dulu Subardi ada suruh aku beritahu SiKontol yang barang-barang aku tuh (tv, tv-decoder system, air purifier) yang aku tinggalkan dulu tuh, dia suruh aku kata yang aku jual barang tuh kat dia so that Pak Tua sekeluarga tak akan ambil barang-barang tuh. 

Aku ni kan ker busuk hati? Aku iyakan aje. Tapi.....bukan ker aku ada sengaja cakap (tercakap) kat Hector yang Subardi suruh aku beritahu dia gituh, yang barang tuh aku jual kat dia (Subardi). So itulah masalahnya, Subardi selalu talipun aku, tanya aku kalau-kalau aku ada beritahu Hector yang barang tuh sekarang sudah jadi milik dia. Puaslah aku nak berdolak dalihnya. Dia even suruh aku talipun Hector lagi sekali sebab ituhari Pak Tua masuk bilik dia, ambil air purifier tuh. Without his knowledge. Kadang nak tergelak jugak aku sebab benda-benda kecik gitu pun nak beria-ia sangat. Adalah a few times Nadi bercakap dengan aku (guna cellphone Subardi), dia biasa aje. 

"SiKontol merana, dia diem aja, nggak ngobrol, nggak bercanda. Dia kesepian (sunyi) gara-gara kamu pergi", kata Nadi. "Sekarang dia di New York, udah semingu di sono. SiTogak sama istrinya gantiin. Istri SiTogak tanya kapan kamu mahu kembali. SiTogak tanya kalo kamu mahu ka Florida, tapi bukan sekarang sih. Mungkin lagi dua tiga bulan", kata Nadi lagi. 

"Gimana cewek adik temen kita (Subardi)?", aku tanya dia. 

"Biasa aja, bener kata kamu, dia bisa kerja, nggak ada apa-apa masalah. Cuma dia nggak bisa komunikasi dengan tamu, selebihnya biasa aja", kata Nadi lagi. 

"Nggak apa-apa, nanti kapan-kapan aku main-main ke sono, bukan sekarang sih. Masih agak baru. Tunggulah dua tiga bulan lagi aku ke sono. Aku kasi kamu tips 50 dollaran nanti kalo aku makan di sono", aku kata gituh. 

"Benaran sih?", kata Nadi sambil gelak-gelak. 

"Bener! Aku udah janji! Nanti kalau aku libur, aku ke sono", aku pun gelak. 

"Kamu kerjanya gimana?", tanya Nadi. So aku ceritakanlah kisah aku. "Nggak ada internet? Koq bisa mati kamu nggak internetan", Nadi buat lawak. 

"Iya, hampir. Nggak bekalan lama aku di sini sih kayaknya. Kerna aku sendirian, nggak punya temen mahu ngobrol, nggak seperti dulu", sedih jer aku kata gitu. "Aku sering teringat kamu, teringat SiKontol. Kalau aku lihat jam, aku sering ingatin kamu. Sekarang Nadi lagi makan pagi, sekarang Nadi lagi makan siang, sekarang Nadi lagi bersih-bersihin. Sekarang Nadi lagi sibuk", aku kata gitu. 

Aku tak pernah pun call Richard atau Hector, malaslah aku sebab aku tak nak nanti diaorang ingat aku talipun sebab aku nak balik kerja kat sana semula. Aku tak terfikir pun yang aku nak balik kerja di sana semula. Kalau untuk datang jenguk-jenguk diaorang tuh memanglah aku nak sangat. Even kalau Subardi dah tak kerja di sana nanti pun, aku tak rasa aku akan balik ke sana semula. Itu yang aku harap biarlah Subardi tetap kerja di sana, biarlah semuanya ok aje di sana, tak ada sesiapa yang berhenti. 

Hector adalah dua kali sms-ed aku, tanya khabar. Aku balas sms dia. Tak tahu apa pasal tapi aku tetap simpan sms ini.


I'm Whining Again

27042006


Rasa malas yang teramat sangat aku untuk balik semula kerja walaupun baru seminggu aku di tempat Michael. Pagi Selasa minggu lepas, aku macam tak ada semangat jer masa nak ke deli dia tuh. Aku tak singgah pun kat kedai Indo untuk beli bekalan makanan aku buat seseminggu. Aku nak makan ajelah apa yang patut, aku boleh goreng fries, goreng telur aje. 

Michael sama bini dia nampak gayanya puas hati dengan kerja aku, tak ada komplen, tak ada merungut, tak ada apa yang aku syak diaorang buruk-burukkan nama aku. Aku cuba buat yang terbaik sebenarnya, aku penuhkan masa kerja aku yang selama 13 jam tuh dengan buat apa aje yang aku rasa perlu dibuat. Kalau dah tak ada kerja, aku terus berdiri aje di depan counter, tunggu customers. Minuman, makanan yang dah tinggal sikit, aku pastikan cukup semuanya. 

Macamana pun, adalah a few times bini Michael suruh aku buat itu ini yang aku rasa tak patut aku buat. Aku diamkan aje, aku ikut jer apa kata dia. Kadang tuh, tengah aku menyusun minuman di rak sebelah sana, dia ingatkan aku suruh penuhkan minuman di rak sebelah sini. Sabar aje lah. Perempuan memang cerewet. Tak kan dia tak tahu yang I'll get to that rak nantinya. "You this this, you do that. Later you cut this. Then you go take that", memang selalu sangat aku dengar arahan bini Michael gitu tuh. 

Macamana pun, ada masanya dia sembang dengan aku jer kerjanya, tanya aku itu ini, dia ceritakan jugak pasal dia. Dulu duduk di France selama 20 tahun (she speaks French damn good), how she hates moving to America, benda-benda gitulah. Anak diaorang, Bryan dan Helen, dah jadi teman sepermainan aku, walaupun kadang-kadang tuh geram jugak aku dibuatnya. Lepas tuh aku gelak ajelah pasal mengenangkan betapa bodohnya aku nih, dengan budak kecik pun nak ambik hati. 

Michael, dalam minggu lepas, dia kerja di sebelah malam aje, siangnya dia ke sana sini beli barang, buat urusan lain. Buat kerja sama Michael lebih seronok compared to buat kerja sama bini dia. Buat kerja sama bini dia? Macam lucah jer bunyi ayat tuh. Sebab dengan Michael, kalau tak ada customers, dia suruh aku rileks-rileks, suruh duduk-duduk. Dia duduk aje kerjanya, sambil baca paper, sambil tengok tv cerita Cina. 

Itu yang aku terfikir, kalaulah aku ada internet access, aku boleh bawak laptop aku turun, boleh online jugak sambil-sambil kerja. Ataupun aku at least boleh tulis blog entries aku offline, then bila ada masa aku upload aje. Senang gitu kan? Ataupun aku boleh spend masa (especially dari jam 8 sampai 12 tengah malam tuh) baca buku, belajar Spanish. Tapi aku tak nak lah "nampak macam pandai jer", aku tak nak lah menunjukkan kat diaorang yang aku nih educated, talented (dan benda-benda yang serterjerumus dengannya). Aku tak nak diaorang tahu. Biarlah diaorang ingatkan yang aku nih just another immigrant trying to make a living. 

Nanti kalau diaorang tahu yang aku nih "lain dari apa yang diaorang ingatkan", lain cerita pulak jadinya nanti. Tentu diaorang akan kata yang aku nih bodoh buat kerja-kerja kuli sebab aku nih pandai orangnya. Dengan lain perkataan, aku tak nak lah menyerlahkan kepandaian aku beria-ia sangat. Takut silau diaorang tu nanti. Aku nak buat style aku ajelah, dalam senyap-senyap, aku nak tunjukkan sikit keterreran aku. Sedikit demi sedikit. Ituhari, bini Michael pelik sebab aku tekan keys kat cash regiuster tuh bukan main cepat lagi. Aku guna empat lima jari. Dia tak tahu aku gian guna internet, itu yang aku ingatkan cash register tuh macam komputer jugak. Lagi satu, aku tak guna calculator, aku congak-congak gitu aje kalau customers beli barang. Memanglah diaorang tak percaya tapi more often than not, betul aku punya calculations tuh. 

Dalam banyak-banyak kerja tuh aku lebih suka kerja di bahagian dapur, aku suka kalau ada customers yang order makanan, be it hoagies, atau sandwich, atau burgers, atau cheese-steak. Apa-apa aje lah. Mugkin sebab dapur tuh di bahagian belakang, agak tersorok, tak ada orang nampak. Laju aje aku buat benda-benda tuh. Aku selalu pelik, apa pasal masa aku kat Malaysia dulu, kalau nak order burger kat mamat tepi jalan tuh, punyalah lama nya diaorang prepare. Aku? Sekejap jer kalau takat nak buat burger tuh. Mungkin sebab dapur tuh tak ada siapa yang nampak, itu yang cepat tuh, iyalah kan, aku pakai campak jer roti tuh, aku selek-selek (sapu? calit?) gitu jer mayonaisse, aku guna tangan jer pegang daging tuh. Itu yang buat cepat tuh agaknya. Kalau ada fries yang jatuh kat lantai pun aku kutip balik. Eleh, takat nak kasi makan puak-puak niggers tuh, tak payah beria-ia sangat. Diaorang, apa pun, disebatnya aje.

Aku tak berapa suka sangat nak layan customers yang nak order barang pasal diaorang punya accent tuh kadang aku tak faham. Lagipun aku masih tak boleh ingat harga-harga barang, diaorang nih, kalau lambat sikit, mulalah mengutuk, mulalah dimaki-makinya kitaorang. Walaupun aku dah tak nak fikir dah dengan apa yang diaorang maki kan, tapi kadang tuh menusuk jiwa betul kalau diaorang marah tuh. 

Michael selalu kata kat aku yang dia kadang tuh rasa nak berhenti aje dari buat business di kawasan orang hitam sebab dia selalu tension. "Just ignore them, you'll get heart attack if you listen to them, if you think about what they say", kata Michael kat aku.

Aku sekarang ni pun dah berani marahkan customers yang cuba menipu, yang tak ada adab sopan, yang selalu datang buat kacau. Kebetulan di sebelah deli tuh ada satu beer store so ramai yang lepak kat either store tuh atau kat deli tempat aku kerja. Sambil minum-minum. Aku halau jer diaorang tuh, aku jerit-jerit aje. Itu semua aku belajar dari Michael sama bini dia. Kalau tengok Michael layan customers, memang menakutkan. Garang nak mampos. Yang peliknya, customers, walaupun dikasari, ditengking, dimaki, diaorang tetap datang jugak, diaorang buat selamba jer. Itu yang aku pelik sangat tuh. 

Minggu lepas, ada sekali tuh ada this one mamat yang macam cuba nak tipu aku. Atau dia memang tersilap agaknya. Dia kasi aku ten dollar bill tapi bila aku kembalikan duit, dia kata dia kasi aku bill dua puluh dollar. Nasib baik duit tuh aku belum masukkan ke dalam cash register. Sedaplah aku memakinya. "You ugly motherfucker, son of a bitch! Take your money back and just go! Fuck you nigger!", aku jerit kat dia gituh, terus aku kuncikan cermin counter. 

"Good job, good job!", kata Michael kat aku. 

Lepas tuh kitaorang gelak-gelak aje lah. Tapi sebenarnya aku takut jugak, aku, walaupun jahat dan suka mencarut, tapi tak pernahlah aku mencarut depan-depan gitu tuh, kat orang hitam pulak tuh. Sebab minggu lepas jugak, Michael maki this one boy sebab dia guna fake money, malam tuh this boy datang lagi sekali sama kawan-kawan dia. Dibaling botol air kat cermin kedai, lepas tuh ditunggang-terbalikkan tong-tong sampah yang kat depan tuh.

-------------------------------------------

Aku rasa aku semakin kurus dah sekarang nih, ituhari masa memula kerja, jeans aku ketat aje. Sekarang nih, dah longgar dah rasanya. Itulah, makan minum aku dah tak teratur dah sekarang nih. Minggu lepas aku makan nasi dua kali jer kalau tak salah aku. Selebihnya makan gitu-gitu aje. Biasanya dalam pukul 12-30, lepas menyapu, mengemop lantai, baru aku makan. Kalau dulu aku makan nasi, sekarang nih aku makan roti aje. Then aku makan telur setengah masak. 4 bijik. (Kalau nak kentut tuh, jauh-jauh jer aku pergi) 

Pelik sangat bini Michael tengok aku makan telur setengah masak yang ditaruk kicap tuh. Then aku tak makan dah, kalau lapar tuh aku goreng fries sesikit. Ataupun kalau masa customers order makanan, aku ratah-ratah gitu ajelah apa yang patut. Kadang tuh bini Michael buat bubur kacang, agar-agar, ataupun dia kasi aku jajan. Asam ker, gula-gula ker. Perempuan memang suka makan benda-benda gitu tuh, sambil buat kerja sambil makan. 

Malam, pukul 10 baru aku makan. Makan fish and chips jer biasanya, kalau bosan tuh aku goreng nasi. Simple aje. Habis kerja, dalam 12-30 tengah malam, terus aku naik ke bilik aku. Memanglah first thing yang aku buat, aku on kan laptop, aku check jugak manalah tahu kot-kot ada neighbor yang ada pasang router, bolehlah aku menumpang guna signal. Tapi, apalah nak diharapkan sangat, kawasan orang hitam, kawasan orang miskin. 

Dulu aku macam ada janji yang aku nak banyak baca Quran (kalau tak salah aku lah), entahlah, Quran pun aku tak bawak, masih aku tinggalkan kat rumah Yanti. Macamana pun, untuk tenangkan fikiran, aku bacalah Yassin dua kali sehari, sebelum tidur dan sebelum aku turun kerja. Selebihnya waktu aku? Aku tak buat apa pun. Aku terus tidur ajelah biasanya, dalam 1-30 gituh, aku on kan screen saver laptop aku yang ada a few Surahs.

Aku malas betul bangun pagi. Memanglah Subuh gajah memanjang, lepas tuh aku tidur semula. Then tersedar pukul 8 lebih, ubah alarm, pukul 9 lebih ubah alarm lagih, pukul 10 ubah alarm lagi sekali. Kadang tuh pukul 11 baru aku bangun. Sedap pulak tidur, sekarang nih dekat sepuluh jam sehari aku tidur. Mungkin sebab aku keletihan kot. Nak bangun pagi tu punyalah malasnya. Sepatutnya aku boleh gunakan masa tuh tulis blog entries, tulis offline. Tapi itulah, malas yang teramat sangat. Sepatutnya aku boleh buat ulangkaji, belajar Spanish, tapi aku malas sangat. 

Not only that tapi the whole of last week, aku tak mandi pagi. Pasal aku tengok pun, keluarga Michael tuh tak pernah guna bilik air pun (kecuali untuk kencing berak), aku sorang jer yang mandi sampai dua kali sehari, so aku buat keputusan untuk cuba tak mandi pagi. Malam aku kena mandi sebab berbau, aku nak sembahyang, lagipun busuk dan kotor sangat aku kalau lepas habis kerja tuh. Selamba jer aku kerja walaupun tak mandi pagi, tak rasa apa-apa pun, tak rasa rimas, lagipun aku tak payahlah nak macam presentable sangat gituh. Bukannya aku nak layan sesiapa pun sangat, nak layan orang hitam jer. Bau masing-masing tak payah ceritalah. Tengik.

Tapi itulah, walaupun aku nampak macam dah ok jer kerja di deli Michael tuh tapi aku tetap rasa tak seronok jer pasal tak ada internet access, aku rasa macam ada something yang missing jer, internet connection lah tuh. Itu yang aku, kalau tengah sengsorang tuh, aku asyik nak buat plan macamana nak berhenti kerja jer.

Tak tahulah apa salahnya aku nih. Malas. Manja. Dan suka mengeluh. 

Memang confirm lah aku nih Melayu.