Saturday, October 6, 2012

Apa Motif Daniel Nih?......


Nak tergelak pulak aku bila mengenangkan yang Daniel macam takut-takut, tahu-tahu aje yang aku nak berhenti. Itu yang dia lambatkan bayar gaji aku. Biasanya, kalau kitaorang nak berhenti kerja, orang gelap macam aku nih, bila dapat gaji, masa tu lah boleh blah, boleh berhenti. Iyalah kan, mana ada term "kasi notis" dalam diary kehidupan orang-orang gelap ni kan? 

Yang aku kasi warning kat dia dulu tuh, itu macam signal dari aku aje. Biasanya, kalau orang lain lah, itu signal untuk mintak naik gaji. Biasanya lah. Tapi bagi aku tak. Itu memang signal yang aku memang betul-betul nak berhenti kerja. 

So, Daniel nih, mungkin sebab dia dah sedia maklum yang aku mungkin akan berhenti kerja bila dah dapat gaji, dia lambat-lambatkanlah bayar gaji bulan July aku. Aku sikit pun tak kisah sebenarnya sebab masa tuh aku dah set kan my mind yang aku akan cuba terus aje kerja di kedai Daniel tuh untuk another month at least. 

"That's alright, I still have some money", aku kata gitu bila dia beberapa kali mintak maaf dengan aku bila awal Ogos pun dia masih belum bayar gaji aku. Dulu, hari pertama bulan baru, itulah hari gajian. 

2 haribulan ituhari, hari Khamis, Daniel ada kasi aku part of my gaji. Sebab besoknya, Jumaat, dia suruh aku ambil off. Motif dia tak kasi semua gaji aku? Manalah aku tahu kan, walaupun dia kata dia lupa nak bawak duit gaji aku, dan dia kasi separuh tuh sebab esoknya aku nak off. Mungkin aku nak guna duit on my day off tu kan? Ada jugak aku terfikir yang Daniel nih takut aku blah ker? Iyalah kan, kalau pun terlupa, tak boleh ker pergi balik sekejap ambil duit tuh? Rumah dia bukannya jauh pun dari kedai. Cuma sekangkang kera bunting jer jaraknya dari kedai tuh. 

Tapi aku senyapkan ajelah, aku nak tersenyum pun iya, kalaulah betul itu sebabnya pasal apa dia tak bayar aku gaji semuanya sekali. Ala, lagipun aku bukannya nak pakai duit pun, sewa bilik, bill talipun, semuanya tuh aku dah bayar awak-awal. 

So besoknya, Friday, aku off. 

After All Is Said And Done.....


Minggu lepas, towards the end of July, aku tak ada lah rasa macam tension sangat untuk pergi kerja, di waktu kerja, dan di hari-hari seterusnya. Aku lebih relaxed rasanya, aku macam rasa lega yang aku sebenarnya masih ada masa untuk membuat keputusan. 

Daniel tahu aku ada hajat untuk berhenti kerja, member-member aku tahu aku ada niat untuk blah, dan a few of the customers pun sedia maklum yang aku tak berapa suka dah kerja di kedai Daniel tuh. Meaning to say, aku boleh keluar bila-bila masa aje dah, selepas aku dapat gaji. Sekiranya aku berkeputusan untuk berhenti. 

Dan kalau aku nak teruskan kerja for another month or two, pun aku dah tak kisah sangat dah. Aku rasa macam aku tak ada hutang pun dengan Daniel tuh, aku rasa sepatutnya Daniel lah pulak yang kena berusaha kuat sikit kalau dia nak aku terus kerja di situ. Bagi diri aku pulak, aku pun kena kerja kuat sikit lah, kena kuatkan mental sikit, jangan ikutkan hati sangat. 

As of writing this, keputusan yang aku buat, aku nak teruskan bekerja di kedai Daniel nih. For another month. Bulan depan tuh lain cerita, kalau aku teruskan jugak kerja di sini, itu lebih baik kot. Tak nak lah aku fikir dan pandang jauh ke depan sangat, tak termampu otak aku nak berfikir sejauh gitu. Banyak sebabnya apa pasal aku ambil keputusan untuk tidak berhenti kerja buat masa ini. Tapi semuanya sebab aku tak nak susah. Biar aku kupas satu persatu apa susahnya kalau aku berhenti kerja di sini. 

Aku tak nak bersusah payah cari kerja lain dah sebenarnya. I have to start all over again di tempat baru, kan? Malas lah dulu buat masa ni nih. Dan aku pun percaya yang kalaulah aku berhenti, aku surenya akan terlepak lama, lebih dari seminggu. Semuanya tuh bergantung pada kerja yang aku terpaksa cari tuh. Kalau tak ada kerja yang sesuai, akan lama lah aku melepaknya. Aku faham sangat dah tuh, aku akan sengaja membanyakkan cekadak aku nanti tuh, sedangkan yang benarnya aku nak lepak lama-lama. So, lebih baik aku teruskan kerja di kedai Daniel nih untuk sementara waktu. 

Kalau aku kerja di tempat lain, mungkin keadaannya lebih parah lagi. Sebagai seorang yang gelap, aku tak ada pilihan sangat sebenarnya. Rata-rata kerjanya 12 jam, so that gajinya akan dekat-dekat sama dengan gaji orang-orang yang legal, yang kerja kuli tuh. Yang hanya kerja 8 jam sehari, 5 jam seminggu. So basically, kalau aku keluar dari tong taik di sini, aku akan masuk ke tong taik di tempat lain. Might as well lah aku lepak kat tong taik sekarang ini, tak adalah busuk sangat pun baunya. 

Walaupun tak jauh sangat aku fikir, adalah aku terbayangkan yang katalah aku berhenti sekarang, akan tak teratur semula lah hidup aku. As`if hidup aku sekarang nih teratur, kan? Sebenarnya hidup aku nih, tak ada benda yang nak diatur. Semuanya sama aje, pergi kerja balik kerja, pergi kerja balik kerja. Apa yang nak diaturnya kan? 

Aku pun ada terfikir yang Puasa pun dah dekat, buatnya aku tak dapat cari kerja dalam masa seseminggu dua dan by the time aku dapat kerja baru, Puasa dah nak mula, sure lah harunya kan? Buatnya susah nak cari makan minum nanti tuh? Kalau kat sini sekarang nih, aku tak ada masalah pasal makan minum. Pendek kata, tak ada masalah lain dah, sehinggakan aku naik bosan sebab tak ada masalah-masalah, yang boleh buat aku berfikir. 

Tapi, yang pentingnya, yang buat aku nak stay kat sini a lilttle longer, pasal aku boleh online. Itu mengatasi segalanya. Kat mana lagi aku boleh online masa kerja? Kat mana lagi kalau bukan di kedai Daniel nih? Kat mana lagi aku boleh tangguhkan dulu kerja aku sebab nak chatting dengan member? 

Dan walaupun aku, especially pukul 1 onwards tuh, lebih banyak menyetare screen laptop aje (sebab tak ada member online, dan aku dah tak tahu nak surf mana), bagi aku itu tak apa tuh. Yang pentingnya aku boleh online di setiap waktu dan ketika. 

Lagi satu, aku rasa macam pelik jugak bila fikirkan yang Daniel nih percayakan sangat kat aku nih. Tak terfikir ker dia, yang macamana kalau aku bawak lari aje duiat dia tiga ribu yang disorok kat merata-rata dalam kedai tuh? Then aku tak datang kerja dah esoknya? Tak takut ker dia? Dia tak tahu pun kat mana aku tinggal, yang dia tahu, hanyalah nombor talipun aku, itupun talipun yang atas nama Mus (yang sekarang di Indo) dan alamat bill tu pun tah alamat mana? Tak takut ker dia? Ker sebab dia percaya sangat kat aku? Dan sebab aku rasa dia percaya kat aku itulah yang buatkan aku rasa berat sikit nak blah nih. Buat masa ini lah kan? 

Oklah, aku tak ada masa nak tulis panjang-panjang nih, keputusan aku, aku akan cuba bekerja di kedai Daniel nih untuk sebulan lagi. Bulan depan tuh lain cerita, tengok keadaan macamana. Kalau aku dapat terus kerja di sini selama mungkin, itu lebih bagus tapi I doubt it yang aku akan bertahan lama di sini. Untuk sementara ini biarlah aku aku kerja di sini, doing what I know best. Melipat bra dan spenda orang. 

Ataupun aku nak anggap yang aku nih macam kerja di cyber cafe aje lah, sambil kerja sambil online. Mudah-mudahan itu akan mengurangkan ketensenan aku. 

Lagipun, everytime aku kata, "ok lah, aku berenti kerja aje lah", kata-kata kawan aku dulu tuh yang, "Joe, you can't have everything you want lah", sentiasa terngiang-ngiang di telinga aku. 

[Disclaimer:

Having said all that yang kat atas tuh, tak lah bermakna aku berjanji akan terus bekerja di sini. Sikit pun aku tak janji tuh. Korang tau lah aku kan? Wakakakakakaka Silap-silap esok aku berhenti. Kita tengok aje lah. Kita tengok aje........] 

And The Devil Wears Nothing..


Nih aku nak cerita pasal hari off aku last week tuh, hari Jumaat lepas. 

Dah tak ikut schedule dah bila off nya aku nih, ada aje perubahannya. Aku tak ada lah kisah sangat hari apa pun Daniel nak suruh aku off cuma aku tak berapa suka kalau dia suruh aku off besoknya, dan tiba-tiba malam tuh dia talipun aku suruh off hari lain. Selalu sangat terjadi gitu tuh, almost every week gitu. 

So macam biasalah, aku manghambakan diri chatting kat tagboard sepanjang malam. Sesambil tuh buat lah apa-apa yang patut. Lepas Subuh baru aku tidur. Cadangnya nak tidur sampai tengahari, cadangnya lepas Sembahyang Jumaat, aku nak pergi tengok wayang filem Cashback, cadangnya aku nak pergi beli barang sikit nak hantar kat kawan-kawan kat Malaysia.

Tapi cadangan-cadangan aku tuh, plan-plan aku tuh hanya tinggal begitu sahaja. Bilamana aku mendapat panggilan talipun dari Mak Nila. 

"Koq kamu udah lama nggak bersihin kamar mandi, dapur segala", kata Mak Nila. Nasib baik jugak dia talipun aje, tak ketuk pintu bilik. Kalau tidak, sahih dah aku hamputkan aje. Sebab masa tuh pagi amat lagi, belum pun pukul 7. 

"Ok, ok, ok", aku kata gitu. Langsung aku matiin telpon. Dasar! 

Aku sambung tidur balik, sampai sebelas lebih. Then barulah aku mandi. Lepas mandi barulah aku nak menggenyeh lantai dan dinding bilik air tuh. Then barulah mandi lagi sekali. Tak sempat pun aku nak menyanyi-nyanyi sambil mandi tuh, pintu bilik air diketuk. 

"Yaaaa, saya lagi mandi!!!", aku kata gitu. Sapa pulak yang tak menyempat-nyempat tuh? Aku teruskan mandi. Pintu diketuk lagi, then aku terdengar suara Mak Nila. Tak lah aku dengar apa yang dia cakap, so aku matikan shower. 

"Benter Bu, saya lagi mandi nih. Ya ampuuuuuunnnn!!!", aku kata gitu. 

Mak Nila tuh memanglah degil orangnya, dia terus jugak ketuk pintu sambil cakap-cakap, yang aku pun tak tahu buah butirnya. Dan aku pun jadi terberbulu ,jadi terbakar gitu. Hangatlah hati aku kan? Dan aku pun berada dalam dilema. 

Apakah harus aku terus sahaja membuka pintu kamar mandi dengan keadaan aku sebegitu, yang tanpa seurat benang pun menutupi tubuh ku? [Biasanya aku mandi berkemban tapi hari tu tuh, kain basahan aku basah hehehe] Atau, apa haruskah aku membiarkan sahaja dia menggebukin pintu kamar mandi ku, persis seorang janda yang kegersangan sebegitu? 

Aku capai towel, aku bukak pintu. 

"Udah lah, saya pindah aja lah kalo gini kayak nya. Kok repot amat sih, apa gak bisa tunggu saya selesei mandi?", tersentaplah Mak Nila kena hamputan aku tuh. 

Terus dia hulurkan towel kecil untuk aku guna buat membersihkan bilik air tuh. "Waduuuuuuuh, Ibu kira kamu lagi bersihin kamar mandi, justru Ibu mau kasi kamu guna anduk ini sih", kata Mak Nila. Muka seposen jer aku tengok. 

"Iya, tapi masa gak bisa tunggu sih, kan saya udah bilang saya lagi mandi?", aku dah cool sikit. Lepas tuh aku terus ajelah mandi semula, then baru lah aku mula bersihkan bilik air. Aku bersihkan betul-betul, malaslah aku kalau diaorang komplen tak bersih pulak nanti. 

Aku jadi terbengang lagi bila aku dah siap cuci lantai, masa itu lah Mak Nila nak kencing bagai. Bukan sekali dia buat gitu, sampai 4 kali. Nak ambil baju dia lah kat bilik air tuh, nak cari cermin mata dia lah. Hangin jer aku jadinya. 

"Gapapa, kamu udah ga perlu bersihin lagi, nanti Ibu suruh Nila aja bersihin setiap minggu", kata dia kat aku. 

"Bukaaaannnn. Bukan gitu sih, bukan saya ga mahu bersihin dapur, kamar mandi segala, cuma saya kesel, kenapa waktu saya lagi di kamar mandi, waktu itu pintu digebukkin. Apa ga bisa tunggu saya selesei mandi dulu?", aku kata gitu. 

"Ya udah", kata Mak Nila. 

Sambil merengus-rengus, terus aku capai ember (baldi) yang penuh berisi air tuh, aku nak bawak ke dapur. 

Prakkkkkkkkkkkkkk!!!!!! 

Tulang belakang aku patah. Entah, tak tahu aku. Rasa macam urat belakang aku tuh putus. Rasa macam kat belakang aku, kat pinggang aku, dah tak ada penyambung, tak ada tulang dan tak ada urat. Sakit siot. 

Macamana pun aku maintain macho, aku buat macam tak tahu ajelah pasal Mak Nila ada di situ. Walaupun aku punyalah sakitnya, rasa nak duduk aje. [Aku pernah putus urat gitu tuh, masa kat Malaysia dulu. Pernah sekali. Masa cuba angkat bag Portland Cement. Seminggu lebih aku mengidapnya] 

Punyalah siksa nak membersihkan bahagian dapur dengan keadaan aku yang susah nak membongkok tuh. Bergerak sikit aje, sakit. Bergerak sikit aje, sakit. Ish ,dah tua aku nih rupanya, urat dan tulang pun dah reput. Ker itu balasan sebab aku menyumpah seranah Mak Nila tadinya? Mungkin jugak kot. 

"Lorrr, kamu bilangnya kok mahu terus-terang, supaya nggak ada salah faham. Kenapa harus marah-marah?", Mak Nila tanya aku lagi,masa aku tengah bersihkan lantai dapur. 

Elok sangatlah tuh, aku tengah sakit, dia cari jalan aje kasi aku marah. 

"Bukan begitu Bu, saya udah nggak senang kalo terus-terusan begini. Dulu, saya beli makanan, dibilangnya kulkas (peti ais) kepenuhan gara-gara makanan saya. Tapi saya cuma beli dua tiga pack aja", aku kata gitu. "Itu saya belum masak, saya gak guna kompor (cooker). Kalau saya masak sendiri, pasti saya disalahin kerna udah la punya ruangan dalam kulkas", aku kata lagi."Lagi, kenapa kek saya sering ditelponin? Waktu saya lagi kerja, waktu saya dalam bis (bas). Saya nyampei aja di rumah, lalu pintu kamar digebukkin, saya capek sih!", aku mula berleter. 

"Ya udah", kata Mak Nila. Terus aje dia masuk ke bilik dia. 

Aku lepak-lepak kat tempat pembaringan, sambil meniarap, kejap-kejap buat ala-ala kuak kupu-kupu, nak kasi urat aku kendur sikit. Kalau dok diam tak rasa sakit tapi kalau nak bergerak sikit aje, mulalah terasa sakitnya. Masa nak pergi Sembahyang Jumaat tuh punyalah siksanya, nak turun dari tilam tuh sebijik macam orang bunting yang nak beranak. Teresot-esot. Sambil tangan taruk di pinggang. Masa nak pakai underwear lagi lah siksanya sebab aku tak boleh tunduk langsung. Itu yang terkuis-kuis aje tuh, guna kaki. 

Aku jalan kaki aje ke masjid yang lebihkurang setengah jam perjalanan tuh. Jalan pelan-pelan. Adeh, sakitnya masa sembahyang tuh, masa rukuk, masa sujud. On the way balik tuh aku talipun Mamat Indo yang mengurut aku dulu tuh tapi dia sibuk mengurut orang lain so dia kasi this one number yang bila aku call, terus dia kata dia akan sampai ke apartment aku dalam masa setengah jam lagi. Kira oklah tuh, ngam sangatlah.

Bambang nama tukang urut tuh, Jawa Totok, baya-baya aku jer gamaknya. Dia picit-picit belakang aku bila aku kata pinggang aku sakit sangat. Then dia suruh aku duduk di kerusi sambil dia urut-urut,tumbuk-tumbuk pinggang aku. Terketar-ketar aku menahan sakit. 

"Sumatera nya di mana Mas?", dia tanya aku. Mati-mati dia tak percaya bila aku kata aku orang Malaysia. Tapi akhirnya dia percaya bila ada a few words dia tuh yang aku tak faham, dan aku tanya dia, apa maksdunya. 

"Minta baring, celana dilepasin", kata dia. Dia suruh aku tanggal seluar. Laaaa... dia nih ingatkan aku pakai underwear ker? Aku dah bersedia dah sebenarnya, aku fakai shorts aje, dalamnya tak fakai afe-afe. Takkan nak fakai sfenda masa hurut, kan? Itu yang aku fakai shorts jer tuh. Bukan seluar kancut, tapi shorts yang ada tulis Dockers kat focket belakangnya. 

"Aku pakei sarung aja lebih gampang kok?", aku tanya gitu. 

"Terserah", kata Bambang. 

So aku pakai kain pelikat. 

"Gimana aku mahu mijat (picit) sih, sarung kamu harus dicopotin", kata Bambang. For a moment aku jadi confused kejap. Dilepasin? Dicopotin? Dilepasin tuh makna dia ditanggalkan. Dicopotin tuh maksud dia di tanggal, dicabut. Kalau tak salah aku lah. Apa pasal nak suruh aku copotin sarung, tak boleh dilondehkan sesikit aje ker? 

Aku longgarkan kain aku, biar dia senang nak urut, seterusnya tuh terpulang kat dia lah kan, kalau dia rasa dia perlu menelanjangi aku, sebab nak urut aku, then aku akan pasrah aje lah. 

"Bawah dikit, bawah dikit", aku suruh Bambang urut kat bawah pinggang aku, sebab kat situ yang terasa sakit sangat tuh. Dia tarik kain aku, kasi jojolkan kepala bontot aku (ada ker term kepala bontot hah?), aku dapat rasa tuh, rasa dingin aje kepala bontot aku kena air-cond. 

Aku tak faham apa yang dia tanya aku sampai dua kali dan aku tak jawab apa-apa, so aku tanya, "Apa maksud kamu, aku nggak ngerti sih". 

Bambang gelak. Aku pun gelak. Ingatkan dia gelak sebab aku tak faham. 

"Kamu ke kamar mandi, kamu berak, pantat (bontot) kamu cuci gak?", dia tanya aku. Sambil gelak-gelak. 

"Sialan kamu, aku orang Melayu lah, orang Islam, pasti berak cuci pantat (bontot) sih", aku macam terbengang jugak tapi aku jawab sambil gelak-gelak gitu. Iyalah, apa tak bengang nya kan? Nak urut pinggang aje, apa ke jadah nya sampai tanya pasal lubang jubur orang pulak kan? 

Aku tak ada lah puas hati sangat dengan urutan Bambang tuh sebab dia banyak ajak bercakap. Macam-macam aku ditanyanya. Tapi ada lah yang bab sedapnya sebab dia urut tuh guna tangan , tak macam Mamat yang dulu tuh, pakai tonyoh-tonyoh guna vibrator yang dah dimodified tuh. 

"Kamu ni kurus aja orangnya tapi badannya kuat" dia kata kat aku. Mungkin sebab dia letih mengurut aku, tapi aku buat selamba aje, tak ada pun kata sakit ker apa ker. Infact, aku suruh dia urut kasi kuat-kuat sikit. "Kamu ini kalo ngentot, pasti lama", kata Bambang. Sialan! Sentap kejap aku dengar statement dia tuh. 

Sesekali, Ku Rasa Teringin....... 

"Badan kamu ini kureng air sih", kata Bambang sambil dia toreh-toreh bahagian bawah pinggang aku guna coin. Rasa macam nak tanya aje dia, apa maksudnya statement dia tuh. Kurang minum air ker atau kurang air sebab banyak buang air. Any kind of air lah kan? Macam tak sedap aje statement dia tuh, ada bunyi-bunyi sindiran sikit kot? 

"Kamu sering cari "jajan"?, Bambang tanya aku lagi. 

"Sering, sekarang aku sering makan jajan", aku innocently jawab gitu.

Dia senyap. 

"Jajan segitu?", aku tanya dia sambil tunjukkan kacang, candies, jeruk kering yang kebetulan ada aku beli minggu lepas. 

"Bukan itu. Bahasa slang orang Jawa, jajan tu "cewek", kata Bambang. "Jadi, kalo kamu ke Surabaya nanti, hati-hati dikit, kalo kamu bilang kamu mau cari jajan, mereka kira kamu mahu cari perempuan", kata Bambang lagi. 

Ooooooooo 

Sepanjang pengurutan tuh aku adalah saspen jugak sebenarnya. Tapi nasib baiklah urut di bahagian belakang aje, aku tak kisah sangat dia ramas-ramas (urut) bontot aku, asalkan dia tak suruh menelentang pulak, untuk urut di bahagian depan, macam kebanyakan tukang urut lain buat tuh. 

Iyalah, aku dah lama tak turun menebas di ladang jagung aku, dah semak samun sangat dah gayanya tuh. 

So itulah, seharian tuh aku di bilik ajelah kerjanya, langsung tak keluar ke mana-mana. Takat beli makanan kat kedai Indo aje untuk bekalan seminggu. Besoknya, aku rasa macam tak boleh bernafas, badan aku sakit sana sini, dan sebab panas yang teramat kat dalam laundry tuh, aku rasa macam nak pitam. 

Nasib baiklah hari tuh tak sibuk sangat, dan tak ada pun orang yang hantar pakaian untuk aku bersihkan. Dan masa itu jugaklah aku rasa aku macam nak berhenti kerja aje lah, nak berihat-rihat, macam ambil annual leave gitu, untuk seseminggu dua.

The Devil Wears Pagoda


01082007 

Masa aku mula masuk kerja di sini, lebih kurang 5 bulan yang lalu, gerun jugak aku dengan keadaan di sekeliling. Iyalah kan, aku seekor aje burung punai, dikelilingi gaga-gagak di rimba. Memanglah menggerunkan. Dalam train subway, dalam bas, kat tempat kerja, di sekeliling aku, semuanya gagak. 

Dan aku memanglah boleh agak yang bila deal dengan para gagak nih, bukanlah suatu kerja yang mudah. Mulanya aku macam give up jugak dulu tuh, hampir setiap hari bertekak dengan diaorang. Kadang-kadang tuh sampai mencarut-carut, kadang tuh sampai fuck mengefuck. Pernah aku tunjuk middle finger, tapi kat budak-budak muda yang perempuan aje lah, kat budak-budak muda yang lelaki, tak berani lah pulak aku, kan? 

Dengan yang tua-tua, mana yang berlagak tuh, aku lawan aje bertekak biasanya. Kalau dah bengang sangat, dan diaorang pun dah bengang, baru lah aku talipun Daniel. Masa tuh diaorang tengah panas berapi, so Daniel lah jadi mangsa selanjutnya, kan? Pandai dak aku? 

Aku, sedari dulu lagi, ke mana-mana aku pergi, kalau ada orang yang aku tak suka, orang yang aku benci, hati aku jadi tak sedap aje. Walaupun cuma sorang yang berperangai begitu. Dan di tempat kerja aku nih, memanglah ramai customers yang aku tak suka. Yang bila aku nampak aje diaorang masuk bawak pakaian-pakaian yang nak dicuci, hati aku jadi berdebuk-berdebak. "Janganlah gagak sekor nih buat hal lagi kali inih", aku selalunya berdoa begitu. 

Biasanya, kalau dah jenis yang berlagak tuh, memang akan ada ajelah benda yang tak kena nya, yang nak dijadikan issue nya. Dan di sini, memanglah banyak gagak-gagak yang begitu, yang tak sedar diri dan perangai tuh yang hitam legam. 

So, aku pun akan mula lah cari jalan macamana nak kasi berbaik dengan gagak-gagak nih, macamana biar diaorang tuh tak berlagak dengan aku. Aku nih kan ker Melayu? Kalau kena marah, kena perli, sindir semuanya tuh, aku selalu simpan dalam hati. Itu yang lama-lama aku jadi tak sedap hati jer tuh, sebab banyak benda-benda kutukan, sindiran dan omelan gagak-gagak yang tersimpan di lubuk hati aku. 

Ada dua cara sebenarnya, it's either aku lawan balik, atau aku buat-buat mengalah dan cuba berbaik dengan diaorang. Bertekak dengan gagak nih sebenarnya, jangan simpan sangat dalam hati. Buat muka tebal aje. Tambah-tambah dengan gagak bermulut murai tuh. Lawan jer apa diaorang kata, kalau dah tak ada modal tuh, masuk kat office, then mencarut sorang-sorang. Aku selalunya buat gitu lah, aku api-api kan gagak tuh, then aku blah masuk office, then aku mengomel sorang-sorang. 

Kalau diaorang jeling-jeling kat aku, aku pun berDQ lah sikit, buat pura-pura bercakap kat talipun, sambil pandang-pandang diaorang. Biar diaorang ingat yang aku menalipun Boss. 

Dengan gagak nih, kalau bertekak tuh, akan habis di situ aje, diaorang tak ada pun terbawak-bawak kebengangan tuh, unlike aku yang kalau kena marah sikit aje, sampai tak lalu makan. Asyik mecebik bibir ajelah sepanjang hari, dan customers lain yang tak berdosa tuh lah yang jadi mangsa aku untuk melepaskan geram. 

So aku cuba-cuba jugaklah membuang sifat kemelayuan aku yang tebal tak bertempat nih, aku buat-buat tak ambik hati apa yang diaorang marah kan kat aku. Diaorang motherfucker kan aku, aku motherfuckerkan kat diaorang balik, diaorang "you-stupid-Chinese-go-back-to-your-country" kan aku, aku "you-stupid-idiot-do-I-look-like-a-Chinese-to-you?" kan diaorang balik. Tak pun aku "You bitch!" kan dulu kat diaorang tuh. Biar diaorang tau yang aku nih bukannya macam mamat-mamat Mexicans tuh yang selalunya dibuli gitu aje dek gagak-gagak nih. 

Lagi satu cara, kalau dengan gagak yang semulajadi sombongnya tuh, buat baik dengan dia. Walaupun baik tak ikhlas. Setakat baik-baik gitu aje, buat manis-manis muka gitu, so that diaorang tak ada lah buat perangai sangat dengan aku kan? Bagi aku senang jer tuh, iyalah kan, aku nih Melayu. Melayu memang suka bermuka-muka, kan? 

So kaedahnya, banyaklah gagak-gagak yang pada suatu ketika dulu, punyalah sombong, berlagak, kasar dengan aku, sekarang nih dah jadi macam baik sangat dah dengan aku. Macam kamcing gitu. Dulu, siap ada yang nak panggil polis lagi, siap menjerit-jerit lagi, siap ketuk-ketuk meja lagi, bertekak dengan aku. Tapi sekarang nih, Alhamdulillah, semua gagak-gagak tuh telah aku tawan. Semua dah jadi baik dengan aku. 

Dan itu jugak lah yang membuat aku terfikir, apa perlunya aku berhenti kerja sedangkan aku sekarang sudah dikenali ramai, diaorang dah baik dengan aku. Cuma yang datang sekali sekala, atau first time customers tuh aje yang selalu buat kacaunya. Tapi tak apa, aku dah tahu macamana nak handle diaorang nih. 

Ok, habis bab gagak hitam tuh. 

Ini bab gagak yang tak berhati hitam pulak. Gagak berhati putih. Gagak albino. 

Sebenarnya ada jugak a few repeat customers yang baik dengan aku sejak dari mula aku kerja di kedai Daniel tuh. Jenis yang kalau aku nampak diaorang datang, aku akan keluar sekejap nak greet diaorang, dan tolong diaorang apa-apa yang patutlah, sesambil sembang-sembang, buat lawak etc. 

Dan bila diaorang dah siap cuci pakaian, aku akan tolong diaorang angkat guni-guni pakaian diaorang tuh ke kereta. Ataupun kalau aku sibuk masa tuh, diaorang, sebelum blah, akan singgah sekejap kat office tuh, semata-mata nak berterima kasih dengan aku, nak ucapkan good bye, nak tanya aku, bila aku off nya so that diaorang tak terdatang masa aku off. 

Tambah-tambah jenis yang suka memuji tuh, yang kata aku nih hard working, yang selalu tanya aku, "do you ever get rest?". Ha, kalau yang gitu, suka sangat aku. Mencanak jer aku pikul beg-beg diaorang tuh ke kereta. Sambil cuba menahan dari tersengih, walaupun dalam hati aku kata, "terrer jugak aku nih rupanya, gagak pun boleh tersuka dengan aku". 

Diaorang inilah sebenarnya yang buat aku berjaya menahan diri aku daripada terberhenti kerja dulu-dulu tuh. Aku fikir, kalau dulu, masa mula-mula dulu tuh, aku boleh tahan dengan kerenah para-para gagak tuh, apa pasal sekarang nih bila banyak gagak yang telah aku jinakkan, aku nak blah pulak kan? 

Aku tahu lah yang aku nih cepat bosan orangnya, sukakan challenge orangnya, itu yang bila semuanya dah aman, dah macam teratur aje hidup aku, aku akan mula berfikir yang bukan-bukan. Nak mengubah nasib konon. Tak boleh ker aku berfikiran macam orang-orang biasa tuh, yang mudah berpuas hati dengan apa yang diaorang ada? Tak sedar ker, masih tak dapat terima hakikat ker yang aku nih Bangla jer? 

Then again, sebab Bangla lah aku boleh berfikir dan buat seperti apa yang aku fikir, kan? Kalau aku bukan Bangla, aku akan berfikir dan buat seperti orang kebanyakan kebanyakan orang, kan? 

Confused aku jadinya tau! 

Mungkin kadang tuh sebab out of boredom, aku tolong-tolong orang, tapi benda tuh dah jadi macam terbiasa pulak. Sampai ada a few customers yang ambik kesempatan dengan kebaikan aku nih. Suruh aku masukkan pakaian diaorang ke dalam dryers lah (so that diaorang boleh pergi ke mana-mana, tak payah nak tunggu kat kedai sampai pakaian siap dicuci baru masukkan dalam dryers, diaorang boleh suruh aku tolong masukkan pakaian tuh), ada yang mintak itu ini, yang kalaulah Daniel tahu, sure dia akan marah kat aku. Sure dia akan kata, "Ko ingat ini bapak ko punya kedai ker?". 

Most of the customers yang datang cuci pakaian, diaorang datang bawak anak-anak kecik. Aku nih memang suka sangat menyakat bebudak, lama-lama jadi rapat dengan aku masing-masing tuh. Sampaikan nak dukung-dukung bagai, nak panjat belakang aku lah, nak suruh aku sorong diaorang kat trolleylah. Nak free candy lah. Kalau masa aku tak sibuk oklah, tapi kalau malam for example, masa aku tengah kalut nak membersihkan mesin-mesin tuh, dan masa tu lah diaorang "Papi, I want a hug", "Papi, I want some candies", "Papi, I want to play". Itu yang buat aku tertension tuh. Kalau aku cubit diaorang, diaorang menangis, lepas tuh diaorang mengadu kat mak diaorang. Aku jugak yang susahnya. 

Aku nak cerita jugak nih, yang masa aku naik nas, naik subway, aku, sebab aku sorang jer yang kulit cerah sikit, aku tunduk aje. Macam tunduk orang bodoh gitu. Dan dalam bas especially, aku selalulah terserempak dengan a few yang selalu cuci pakaian kat kedai tuh. Aku jadi macam bangga jugak sebenarnya bila diaorang tegur aku, pangil-panggil aku ajak duduk satu seat. Siap ada yang datang kat aku nak sembang.

Ada sorang awek nih (dia kerja kat Police Station, tapi dia bukan polis), in her 30's gayanya, selalu buat aku termalu. Aku tak berkenan sangat dengan dia nih sebenarnya sebab banyak sangat cekadaknya kalau dia datang cuci pakaian kat kedai tuh. Nak itu lah, nak ini lah, selalu pulak pinjam talipun aku, banyaklah kerenahnya. Tapi aku terpaksa buat-buat baik dengan dia. 

So, kalau terjumpa dalam bas tuh, dia siap datang kat seat aku, atau dia beria-ia panggil aku ajak duduk sebelah dia. Dan yang buat tak tahannya, tiap kali dia nak turun bas, dia akan datang dekat aku, peluk aku, hug-hug aku, sambil kata, "Love you babe! Love you babe!" 

So itu lah, antara benda-benda yang buat aku terfikir yang apa perlunya aku berhenti dari terus bekerja di kedai Daniel nih? Why do I always look for a sledge hammer to crack a peanut? Itu yang aku tak fahamnya tuh.

Dalam ramai-ramai ex-musuh aku (yang sekarang dah jadi kamcing), ada satu perempuan nih yang kalau dia datang cuci pakaian, ambik masa lama sangat. Dalam 6 jam gitu. Biasanya dia datang Sunday morning tapi satu hari tuh, minggu lepas, dia datang petang. Sebab dia dah lama tak datang, banyaklah pakaian yang nak dicuci, so terpaksalah aku melayannya, tolong mana-mana yang patut.

Aku tolong tuh sebab aku takut terlambat balik nantinya, aku dah berkira-kira, pukul berapa lah selesainya makcik tuh. Hari tuh memang panas sangat, perempuan tuh macam marah aje sebab harga cuci pakaian dah Daniel naikkan a few cents. Memang for the past few days, aku selalu bertekak dengan customers pasal itu lah, pasal harga yang dah naik tuh. Diaorang memang mengomel kat aku, aku jadi bengang lah kan? 

So, perempuan nih pun mulalah pot pet pot pet, aku api-api kan lah dia jugak, sebab dia dah macam baik dengan aku kan? So dia kata dia nak datang jumpa Daniel pagi-pagi besoknya sebab dia nak komplen. Aku kata, lebih baik call dia aje, so aku kasi lah nombor cellphone Daniel. 

Aku tengah sibuk mengemop lantai masa perempuan tuh talipun Daniel. Sambil marah-marah. Betul-betul marah. Marah seekor gagak. Aku dengar-dengar gitu ajelah sesambil buat kerja. Tak berani jugak aku dekat sebab aku boleh dengar suara Daniel menjerit-jerit, perempuan tuh pulak selamba aje ugut itu ini, nak beritahu orang-orang di daerah itulah yang kononnya Daniel mencarut, halau dia, tak kasi dia datang lagi dah cuci pakaian di laundry tuh. Dia pun kata yang jangan haraplah dia nak datang lagi, dia nak pergi ke laundry lain. Aku masa tuh dah terbengang jugak sebab pakaian-pakain perempuan tuh semua dah kering, dan dia sibuk menalipun, dia nak lipat pakaian tuh sure ambik masa lama. 

"...he's the best man ever, you have to give him a raise every 2 months", aku terdengar perempuan tuh cakap gitu. 

"Macam dia cakap pasal aku aje", kata aku dalam hati. So aku pergi mengemop dekat-dekat dia. Memang betul pun, perempuan tuh cakap pasal aku kat Daniel, dan bila dia nampak aku datang dekat dia, apalah lagi kan? Terus-terusan lah dia puji aku, terus-terusanlah dia kata benda yang baik-baik pasal aku (walaupun dia exaggerate aje), sampaikan aku rasa termalu gitu. 

Tak payahlah aku tulis apa yang perempuan tuh kata, cukuplah kalau aku kata yang pujian-pujian dia tuh (kalau korang tahu) could very well be the best ever hadiah sempena Kemerdekaan Malaysia yang ke 50 tahun nanti. 

Bila aku dah tak tahan mendengar pujian demi pujian yang dilemparkan, aku pun pergi jauh sikit, kat celah-celah washing machines. Tak pernah-pernah aku mengemop kat situ, aku jadi terrajin, terbersemangat pulak. Dan thanks to telinga aku yang capang nih, aku masih dapat mendengar dengan jelas apa yang perempuan tuh kata seterusnya. 

Nasib baik lah aku sempat slow talk dengan perempuan tuh, aku kata yang aku nak catch the next bus, so tak ada lah dia melipat pakaian dia tuh. Dipodok-podokkan aje ke dalam guni-guni dia tuh, aku pun turut sama lah tolong. 

Daniel talipun aku just sebelum aku blah, belum sempat aku kata apa-apa, dia dah pesan dengan aku, jangan ambik hati sangat kalau customer marah. Daniel sure ingatkan yang aku nih dah teruk kena maki hamun dek perempuan tuh sebelumnya. Sebab biasanya, bila aku dah teruk kena, barulah aku talipun dia. Sure Daniel suspen sebab dulu kan ker aku kasi reason yang aku nak berhenti kerja tuh pasal tak tahan dengan perangai customers. Little did he know yang aku tahu what was going on.

Ok, habis bab tuh. 

Dan macam diplan-plan, almost the same thing terjadi besoknya. Macam diaorang nih tahu yang aku nak berhenti kerja, macam diaorang tahu yang aku perlukan kata-kata perangsang dan semangat untuk meneruskan kerja di kedai Daniel tuh. 

Aku, biasanya kalau ke tempat kerja, aku akan turun di bus stop yang agak jauh dari kedai Daniel tuh, then aku akan akan jalan kaki aje lah. There's one bus stop right infront of the laundromat tapi aku tak turun kat situ.  Motif aku turun agak jauh dari tempat yang dituju? Kalau aku turun right infront of that kedai Daniel tuh, aku rasa macam malu aje kalau ada customers yang nampak aku. So aku rather jalan kaki aje, daripada orang nampak aku turun bas. 

Entah lah, aku nih selalu sangat kemaluan tak bertempat, kan? Selalu salah "parking"?

Ooo lagi satu, kalau aku naik bas, aku tak turun sorang-sorang. Maksud aku, kalau dah sampai ke destinasi, dan tak ada orang lain yang turun, aku sangguplah tak turun. Aku tak akan picit loceng, aku akan hanya turun di next stop yang ada orang lain turun. Itu, kalau dalam bas tuh ramai orang lah kan? Kalau tak ada orang sangat, aku tak buat gitu]

Ok, so, hari besoknya tuh, masa aku jalan nak masuk ke kedai, aku ternampak this one perempuan (white, the only white yang selalu cuci pakaian di kedai tuh) yang biasnya tegur-tegur aku gitu aje lah. So aku lambai tangan, bila dah dekat pintu masuk (dan aku tahu Daniel nampak aku), aku berhenti lama lah, sembang-sembang dengan perempuan tuh. Tak pernah-pernah pun sembang lama gitu. 

Dua sebab sebenarnya, first sebab aku bersemangat pasal semalamnya tuh kena puji gila vavis itu yang macam happy jer gayanya tuh. Keduanya, since Daniel nampak aku, so aku pun apa lagi lah kan? Aku nak buktikanlah kat Daniel yang apa perempuan tuh cakap semalamnya tuh adalah benar belaka. Daniel suka kalau aku ramah dengan customers. 

Aku, kalau orang baik dengan aku, aku akan lebih baik dengan dia, so aku tolonglah perempuan tuh punggah pakaian-pakain dia dari dalam kereta. Dah tuh, baru lah aku masuk ke dalam office. Then aku terus ajelah buat apa yang patut, menyapu di bahagian car park, menyapu sana sini kat dalam kedai. Then Daniel pun blah. Aku nampaklah perempuan tuh bersembang dengan Daniel sekejap. Bila Daniel betul-betul dah blah, perempuan tuh panggil aku. 

"You know what?", dia tanya aku sambil senyum-senyum.

"What?", aku tanya dia. 

"I just told him that he should give you a raise", kata perempuan tuh.

"Oh no, not another one please", kata aku dalam hati. Aku jadi tak sedap hati sebab aku takut nanti Daniel fikir aku nih mengadu kat orang. Perempuan tuh katalah yang dia dah lama perhatikan aku, sampai aje tempat kerja, mencanaklah aku ke car park meyapu sampah, then terus aje buat kerja-kerja lain. Kalau orang lain tuh, kata dia, sure lah lepak-lepak dulu, minum kopi dulu, then baru lah terkemut-kemut mula buat kerja. 

Aku nak tergelak aje bila dia cakap gitu tuh. Sebab dia tak tahu. Aku buat semuanya tuh cepat-cepat sebab aku nak Daniel blah cepat. Dan, kalau siap semuanya, akan cepatlah aku dapat online. Memanglah, kalau tengok cara aku tuh, memang nampak rajin sangat, tapi sebenarnya aku ada agenda tersembunyi yang lain. Rela lah aku tak makan minum dulu, yang pentingnya, laptop aku tuh on awal-awal, lepas tuh barulah aku buat apa-apa yang patut. 

Macamana pun, aku tak fikir yang Daniel fikir macam apa yang perempuan tuh fikir. Ala, Daniel tuh kan ker orang Asia jugak, cara fikir dia lain, cara fikir dia jahat jugak, macam cara fikir orang-orang Asia yang lain. Tentu dia fikir, "ala, dia tuh gaya jer rajinnya. Sebab aku ada di sini. Kalau aku blah, terus dia online tuh. Bukannya aku tak tahu. Bukannya aku tak pernah tengok dia melalui CCTV, kan? Online jer kerja nya dia tuh"

Terralit pulak aku sembang dengan perempuan tuh. Bukanlah sebab aku suka sangat dengan pujian demi pujian yang dilontarkan untuk aku, tapi sebab, kalau tak salah aku lah, satu-satunya white yang datang ke kedai nih. Memanglah tak ada langsung white yang duduk di area-area berdekatan, so dia nih mungkin duduk kat luar-luar daerah tu lah agaknya. Aku terberitahu dia yang a few days sebelumnya aku ada cakap kat Daniel yang aku nak berhenti kerja. 

"He should give you a raise", kata perempuan tuh lagi. 

"This is not about money", aku kata gitu. Then aku katalah yang aku kerjanya 13 jam lebih sehari, 6 hari seminggu. Aku balik ke rumah pun hanya untuk tidur. Lama-lama sembang tuh, dia tanya lah aku, asal dari mana.

"Malaysia? My very best friend is from Malaysia as well. I even named my daughter, Malaya", kata perempuan tuh. 

"That's nice, is she a Chinese, or a Malay like me? What's her name?", aku tanya lagi.

"Siti, and she is from Sarawak", kata perempuan tuh. So, sahih lah Melayu kawan dia tuh, duduk di New York Upstates, dekat-dekat Buffalo sana tuh. 

Sebelum perempuan tuh blah, sempat dia bisik kat aku, "I know how you feel, my friend Siti, she was paid minimum wages and had to work 12 hours a day. She quit. Litsen, I'm going to call her first thing when I gt home", kata perempuan tuh. 

Tempat Bermanja Jauh Sekali


26072007

Aku bersyukur jugak sebenarnya sebab aku banyak masa untuk berfikir samadauntuk terus kerja di kedai Daniel nih atau untuk berhenti aje secepat mungkin. Untung jugak gaji aku dibayar sekali sebulan. Kalau tidak tuh, kalaulah gaji aku dibayar setiap 2 minggu, aku sure yang dah lama dah aku berhenti kerja di kedai Daniel tuh. Entah di mana lah agaknya aku sekarang ini. 

Aku sentiasa berfikir baik-buruknya kalau aku berhenti kerja. Baik buruknya kalau aku teruskan bekerja di tempat Daniel nih. Dan mungkin jugak sebab aku dah lebih matang dari dulu (ooppsss, mamposlah statement orang tua yang baru sedar diri), itu yang aku layan otak aku untuk berfikir. Jugak, sebab aku tak boleh berhenti on the spot, aku kena tunggu dapat gaji dulu baru lah aku boleh buat keputusan, samada nak berhenti atau nak teruskan bekerja selama sesebulan dua lagi. 

Ok, punca utama aku nak berhent. Kerjanya terlalu lama, lebih dari 13 jam sehari. Aku tak ada masa untuk diri sendiri. Keduanya, aku bosan dengan gagak-gagak di rimba tuh, especially yang berlagak sangat. Yang pandang hina sangat orang macam aku nih. Aku selalu naik angin dengan gagak-gagak yang berlagak, yang sombong. Itulah dua masalah utama, dua punca utama yang buat aku nak berhenti. 

Tapi, bila difikir-fikir lagi, banyak pulak benda-benda yang buat aku rasa aku patut teruskan aje kerja di kedai Daniel nih. Yang buat aku fikir yang aku nih memang jenis tak bersyukur punya orang. Yang aku nih jenis tak sedar diri punya orang. Yang aku nih tak reti mengira, I don't even know how to count my lucky stars. Yang aku nih manja, sedangkan aku dah cakap yang tempat bermanja aku jauh sekali.

Aku patut bersyukur sesangat sebenarnya, yang walaupun keadaan aku begini, aku masih ada kerja, aku masih boleh online di waktu kerja. Kat mana lagi aku boleh beronline waktu kerja kalau tak di tempat Daniel nih? Itu sebab utama apa pasal aku rasa aku harus teruskan aje bekerja di kedai Daniel nih. Pedulikan gagak-gagak tuh, biar pun aku terpaksa membujur lalu melintang patah sekali.

Aku harus bersyukur juga sebenarnya yang kerja aku nih, tak ada lah berat sangat. Tak adalah sampai membanting tulang empat kerat. Cuma banyak kena bersabar, especially bila deal dengan gerombolan-gerombolan gagak. Aku pernah kerja di tempat-tempat lain yang memerlukan kekuatan tenaga badan, takkan aku boleh lupa betapa peritnya kerja yang menggunakan kederat kan? Kerja kat kedai Daniel nih, (walaupun kadang tuh busy sampai aku tak sempat nak makan minum) santai ya amat. Kadang tuh, kalau masa tak busy, sampai leper bontot aku sebab kelamaan duduk di kerusi. Waktu duduk di kerusi tuh, aku online lah kan? Dan itu pun aku tak bersyukur lagi?

Masih tak sedar ker aku nih yang orang lain tuh ramai yang nak kerja ganti aku nih. (Tapi, kalau difikir balik, kenapa orang-orang yang sebelum aku, kenapa diaorang berhenti dari terus kerja di tempat Daniel nih?).

Terlatest yang nak gantikan aku, Manu. Ingat dak Manu yang jadi Manager KFC kat Atlantic City ituhari, masa aku kerja sama dia dulu tuh?. Sedangkan Manager pun boleh berhenti dari kerja dengan Nenek Rewel tuh kan? Kaedahnya, aku dapat nombor talipun dari Heru (Heru sekarang dah kerja jadi tukang masak Restoran Jepang, di Ohio). Dah lama dah Heru berhenti, sesebulan dua lepas aku berhenti dulu tuh. Heru ada talipun aku baru nih, dia kata yang Manu mungkin ada di Phila sebab Manu dah berhenti kerja di KFC bulan 3 yang lalu. Nombor talipun Manu yang Heru kasi tuh nombor lama, so tak dapatlah aku nak contact dia. 

Tiba-tiba minggu lepas masa aku off hari Sabtu tuh, masa tengah beli makanan kat kedai Indo tuh, aku terberjumpa Manu. Terus lah aku pergi lepak kat apartment dia. Lama lah jugak. Sembang-sembang pasal kerja dia. Selama hampir lima bulan tuh, dah merata dah dia pergi kerja, sampai ke Maryland, ke Massachusets. Tapi semuanya tak lama, paling lama pun dua minggu. Ada aje lah yang tak kena nya. Memang Manu nih jenis yang bergaya sikit orangnya, aku sedari dulu dah boleh agak yang dia nih memang tak boleh buat kerja-kerja lain selain dari jadi Manager kat KFC tuh. Tapi itulah, dia kata ada banyak masalah kat KFC tuh dan ramai Managers lain pun dah berhenti, so dia berhenti. Dan dia cari kerja pun melalui Makcik Jenny di New York. 

So masa sembang-sembang tuh dia asyik tanya aku macamana cara-cara kerja di restoran, di laundry. Sebab dia tak pernah kerja di tempat lain selain di KFC tuh, sejak mula dia datang dari Yunani (Greece) setahun lepas (Gila kan, orang Indo sampai berani pergi Greece, orang Malaysia?). 

"Eh aku mahu dong kerjaan kamu, kalo kamu mahu berhenti. Enak kerja nya, santei aja", kata Manu bila aku kata yang besar kemungkinan aku akan berhenti at the end of July/ atau early August nanti.

So begitulah. Aku fikir, sedangkan Manu nak kerja gantikan aku, apa pasal pulak aku nak berhenti? True yang gaji tak ada lah sebesar mana tapi kalau aku pergi kerja di tempat lain, kerja restoran for example, setakat dua tiga ratus bezanya, apalah sangat kan? Itu satu sebab jugak yang buat aku terpaksa berfikir banyak kali.

{Latest nih. Dua tiga hari lepas aku ada talipun Manu, beritahu dia yang aku confirm akan berhenti so aku nak dia gantikan aku. Iyalah kan, aku kena lah cari pengganti yang hampir sama taraf dengan aku kan? Yang berkaliber gitu. Takkan aku nak ambik mana-mana orang Indo yang aku jumpa kat tengah jalan tuh nak suruh gantikan aku kan? Siapa pulak nanti nak kerja kilang, kan? Tapi bila Manu kata (dia sekarang di Boston) yang dia nak balik semula kerja di KFC kat Atlantic City tuh minggu depan, terfikirlah aku yang orang lain tuh sanggup menjilat ludah sendiri.

Ok, habis bab tuh.

Lagi satu sebab nih penting juga aku rasa. Daniel. Dia nih baik orangnya. Baiklah sebagai seorang Boss, tak memerintah, tak cerewet. Walaupun dia macam tak kisah sangat dengan susah payah aku, tapi aku suka cara tuh. Aku tak comfotrtable jugak kalau Boss baik sangat dengan aku sampaikan nak ambik tahu pasal aku semuanya kan? Daniel nih, dia tak ada langsung tanya pasal aku, mungkin sebab dia tengok yang aku nih ke sana ke sini bawak laptop kot? Sure jenis orang yang tahu bawak diri kalau dah ke sana sini bawak laptop kan? 

Entah-entah dia nih respect gila kat aku kot? Ada kemungkinan besar tuh sebab aku nih jenis orang yang pandang rendah kat diri dan kebolehan sendiri.

Daniel, sejak aku beritahu dia yang aku nak berhenti kerja, minggu lepas tuh, dan memandangkan yang aku macam nak teruskan aje kerja di sini, dia dah macam anggap yang aku akan terus kerja di kedai dia tuh. Dia tetap macam dulu jugak, yang ingatkan aku suka kerja di situ. He takes for granted yang aku akan lama kerjanya di kedai dia nih. Salah tuh. Dia tak akan boleh baca yang aku nih, orang suka kat aku macamana sekali pun, kalau aku nak berhenti tuh, aku terus berhenti aje, tak fikir lain dah. Tengoklah nanti tuh. Oooppsss.

Orang yang baca blog aku jer tau yang aku nih macamana orangnya kan? Yang tak boleh tercuit sikit, yang tak boleh terjentik sikit telur nya, teruslah nak blah aje keputusannya. 

Ok, habis bab Daniel tuh. 

Lagi satu sebab nih, aku rasa, memainkan peranan jugak sebenarnya. Memanglah aku bosan dengan perilaku gagak-gagak yang datang mencuci pakaian kat kedai Daniel nih. Tapi, memang lumrah gagak lah gitu kan? Suka buat kacau. Dan kebanyakannya tuh, first-time customers, atau yang datang sekali sekala. So, aku kena pasrah dengan lumrah hidup gagak-gagak.

Tapi........, iyalah kan, dah lebihkurang 5 bulan aku kerja, berkat kepandaian dan keautaran aku, banyak jugaklah gagak-gagak yang telah dapat aku jinakkan. Banyak gagak-gagak yang jadi baik dengan aku. Walaupun tak semua, tapi, selain dari gagak-gagak yang betul-betul jinak, adalah jugak gagak-gagak yang jinak-jinak merpati.