Isnin
Lepas Subuh tadi aku tak tidur dah, pukul 5 lebih gitu. Saja jer lah, cadangnya nak update blog. Tapi tengah buat update tuh, terchat lah pulak kat tagboard. Entah macamana, macam terbergaduh lah pulak dengan this one perempuan. Macam misunderstanding gitu lah kaedahnya.
Mula nya aku kool aje tapi lama-lama bosan jugak aku, so pukul 7 tuh aku telan NightQuils, aku sambung tidur, sedar-sedar dah pukul 12 tengahari. Itupun sebab tuanrumah ketuk bilik aku, kasi gulai terung yang dia janji nak masakkan untuk aku minggu lepas tuh. Macam biasa dia tak nak ambik duit, dan kali ini aku pun tak lah beria-ia sangat, lagipun macam tak berapa sedap aje lauk tuh gayanya.
Macamana pun aku akan ganti lah nanti, aku nak belikan sikit-sikit barang dapur gitu. Untuk kegunaan semua. Aku nih sensible orangnya, orang memberi, aku menerima dan memberi balik.
Aku ingatkan settle gitu ajelah kisah aku bertekak tadi tuh tapi sepanjang hari aku jadi macam bodoh aje. Terngiang-ngiang ayat "You are such a jerk lah Joe", kata perempuan tadi tuh. Ish, jahat aku nih di mata orang rupanya. Itu yang buat aku jadi macam bodoh jer tuh. Mungkin sebab aku tak boleh terima hakikat yang aku nih jahat, kot? Ekekekeke
Itu yang aku rasa nak cepat jer hari nih berakhir sebab biasanya kalau aku sentapz gitu tuh, dalam sehari dua aje, lepas tuh aku balik jadi macam biasa semula. Jadi jahat. Entahlah. Rasanya nak buat rule lah kat sapa-sapa yang nak chat kat tagboard. Rule untuk perempuan-perempuan aje. Rule dia, sapa-sapa yang tengah PMS tak dibenarkan chat kat tagboard, takut nanti meroyan tak sudah-sudah.
Masa tengah dinner tadi, David cerita kat aku pasal kawan dia kat office yang selalu gaduh dengan dia. Bukan bergaduh apa, diaorang selalu berdebat, selalu bertekak. Dari ayat-ayat yang David gunakan, perkataan-perkataan kasar yang dia hamburkan kat kawan dia tuh, aku dapat buat kesimpulan yang aku nih sensitif sangat, tebal sangat kemelayuan aku tuh. Mudah sangat kecik hati, cepat sangat tersentuh.
Diaorang kalau lepas gaduh tuh selamba aje, lepas tuh berbaik semula. Kita Melayu nih, bertaki sesikit, mula masam-masam muka kan?
Diaorang kalau lepas gaduh tuh selamba aje, lepas tuh berbaik semula. Kita Melayu nih, bertaki sesikit, mula masam-masam muka kan?
Selasa
Risau aku sebab aku malas sangat pagi tadi, a few times aku bangun tidur, lepas tuh aku tidur semula. Sampai pukul 10 lebih, sampai tensen-tensen aku. Sebab kat luar tuh panas, rugi lah kalau tak keluar,kan? Summer pun macam dah nak habis aje nih, sebulan lebih lagi dah mula Puasa pulak tuh kan, so bila masa aku nak keluar kalau tak sekarang, kan?
So, itu yang aku decided nak keluar jugak tuh, dah lah aku tak jogging pagi-pagi. So aku jalan ajelah ke park yang dalam 10 blocks dari rumah sewa aku, lawa jugak park tuh walaupun penuh dengan orang-orang South America (kawasan diaorang kat area tuh). Boleh nampak Lower East Side of Manhattan rupanya dari atas bukit tuh.
On the way ke subway station, aku macam terlapar pulak (walaupun dah breakfast ringan tadi kat rumah) so aku masuk kat this one old-fashioned American Diner, aku makan Greek omelette, minum teh-o ais. Best pulak makan kat situ, sesambil merenung keluar tingkap. Mintak-mintak janganlah aku terselalu datang kat situ sebab mahal jugak makanannya, nak kena kasi tips lagi. Waitressesnya baik-baik, layanannya melemahkan tenaga batin aje.
Aku turun kat West 4th Street, terus ajelah jalan ke arah uptown, sampai ke Union Square. Best tengok orang melepak-lepak kat park tuh sesambil merokok, sesambil makan, aku pun terikut-ikut jugak. Aku terbeli rokok! Pundeks tul, dah lama aku tak merokok, terakhir aku merokok masa keluar sama Ramon (sebab dia perokok tegar).
Pusing-pusing area tuh seseround dua then aku terus aje jalan sampailah ke Madison Square Park kat 23rd Street. Lepak kejap, then jalan lagi sampailah ke 57th Street, ambik train dari situ. Jauh jugak aku berjalannya harinih, mengalir peluh aku keluar, walaupun cuaca tak panas sangat, dalam high 70's gitu. Mamposlah, balik Malaysia nanti, nak keluar ke mana-mana, sure kena usung air-cond lah nampak gayanya ekekekeke.
Nasib baik lah aku nih bukan jenis orang yang suka pergi muzium ekekeekek
David suruh aku datang jugak kahwin anak sedara tiri dia (anak sedara King Mongkut) 1st August nanti, majlis tuh dibuat malam sebab Jews tak akan buat majlis kahwin siang hari kalau Sabtu. Kalau hari lain tak apa, kecuali Sabbath. Nasib baiklah aku tak disuruh pakai tuxedo, diaorang sibuk sekarang nih hari-hari tengok brochures nak pilih pakaian yang nak dipakai.
Balik kerja tadi, aku tak lalu depan apartment diaorang, aku tak ikut laluan biasa sebab aku nak merokok. Aku kena lah habiskan rokok yang aku terbeli tadi tu kan, kalau tak membazir aje. Takutlah terserempak dengan sapa-sapa, iyalah kan, aku dah setahun setengah berulang alik ke situ, ramai yang dah kenal aku. So aku ikut jalan belakang.
Tapi, tengah sedap-sedap aku jalan sambil hisap rokok, sesambil berangan, aku ternampak kawan David/King Mongkut yang selalu datang makan kat apartment diaorang tuh. Aku nak buang rokok di tangan aku, tak sempat dah, so aku macam tutup sikit lah rokok tuh walaupun aku sure yang dia nampak. So dia cakap hello aje kat aku, dan aku balas balik. Biasanya aku sembang-sembanglah jugak dengan dia, tapi agaknya dia tahu yang aku tengah gelabah, itu yang dia tak tegur pun tuh.
Tapi, tengah sedap-sedap aku jalan sambil hisap rokok, sesambil berangan, aku ternampak kawan David/King Mongkut yang selalu datang makan kat apartment diaorang tuh. Aku nak buang rokok di tangan aku, tak sempat dah, so aku macam tutup sikit lah rokok tuh walaupun aku sure yang dia nampak. So dia cakap hello aje kat aku, dan aku balas balik. Biasanya aku sembang-sembanglah jugak dengan dia, tapi agaknya dia tahu yang aku tengah gelabah, itu yang dia tak tegur pun tuh.
Alaaaaaaaaa, habislah aku, sure dia kasi tahu David yang dia terserempak dengan aku dan sure nya dia cerita yang aku hisap rokok.