Isnin
Aku tak tahu apa pasal aku boleh terlupa yang harinih aku masuk kerja pukul 4-30 petang. Since aku sampai awal kat Forest Hills, so aku melepak ajelah kat bench kat park di situ sesambil tengok orang lalu lalang. Dekat 3-45 pm terus aku ke apartment diaorang, doorman tuh tanya aku apa pasal aku datang 45 minit lebih awal dari biasa. Only then baru aku tersedar yang aku sepatutnya masuk kerja 4-30 petang. Mulanya aku ingatkan jam kat cellphone aku salah tapi rupanya otak aku yang salah.
So, serba salah nak ke mana, aku melepak ajelah kat depan apartment tuh sesambil mengetip cellphone, buat pura-pura sibuk. Nak terus naik ke atas, caregiver sorang lagi tuh masih belum habis kerja (dia kerja sampai pukul 4).
Tak lama aku melepak situ, tersembul pulak David yang baru balik merempit dengan emak dia. David masih cuti sampai esok, seminggu dia cuti. Dia suruh aku melepak dulu tapi tak syoklah rasanya, itu yang aku naik jugak ke apartment sama dia walaupun baru pukul 4. So, terrugi setengah jam aku harinih, terlebih kerja setengah jam gitu. King Mongkut lah sedapnya, sebab aku kena urut dia sejam, biasanya setengah jam aje, dari 4-30 sampai 5 petang. Itu yang berdengkur aje dia tertidur masa aku mengurut dia. Tak apalah, diaorang selalu bayar aku lebih pun, kalau masa aku balik awal tuh pun diaorang bayar penuh jugak.
Habis kerja aku dah serba salah nak pergi makan kat mana. Nak ke Penang, bosan pulak asyik makan benda yang sama, lagipun sure terbang dalam USD 20. So aku turun kat Jackson Heights, makan beriyani kat kedai Paki tuh, USD 8 aje. Jarang sangat aku makan dinner kat Jackson Heights, biasanya aku pergi siang aje tapi tadi tuh aku lapar gila sebab siang tak lunch, sampai tak bermaya aku, nak naik tangga kat subway pun kena pegang handrail tangga sebab tak bertenaga, lapar.
Selasa
Walaupun semalam aku tidur lepas Subuh jugak (pukul 5), dan walaupun aku tidur tadi sampai pukul 10 aje tapi aku nak ke Times Square jugak. Nak tengok live broadcast pasal memorial service untuk Michael Jackson. Mulanya nak ke Harlem tapi bila mengenangkan yang acara tuh mulanya pukul 1 (pukul 10 pagi kat California kot) dan aku kena bergegas ke tempat kerja, itu yang aku decided nak ke Times Square aje. Lagipun kat Times Square banyak tv screen yang besar-besar, kat Fox, kat ABC.
Masa tengok upacara tu, dengan keadaan sekeliling yang sombre aje, barulah aku macam terasa sedih jugak. Pukul 2-30 aku blah, sampai Forrest Hills aku ke internet cafe pulak, tengok live upacara tuh sampailah habis.