Dua tiga malam kebelakangan nih aku asyik tidur lewat aje, sebab aku macam serba salah nak tidur kalau by 12 midnight aku masih online. Iyalah, Subuh masuk pukul 3 lebih, dan aku pun kerja petang, so aku bolehlah tidur sampai siang pun kan? Akhirnya aku tidur sesudah Subuh lah.
So berubah lah sikit pattern hidup aku, bangun pun dah 10 lebih, kadang tuh sambung lagi sampai dekat Zohor. Bangun pun sebab lapar, so aku makan lah apa yang ada, biasanya breakfast oatmeals. Lepas breakfast, either sambung balik tidur, atau melepak main internet aje, sementara tunggu Zohor, dan waktu nak pergi kerja.
Lagipun, dalam minggu ini, hampir setiap hari hujan. Hujannya lebat pulak tuh, biasanya hujan renyai-renyai aje tapi sekarang nih hujannya lebat-lebat, hujan yang kena pakai payung kalau nak keluar. Manalah aku suka berpayung, kan, so itu yang aku tak keluar tuh.
Sebab breakfastnya lambat so aku tak ambik lunch pun, cukup setakat makan kek sepotong masa mengopi sebelum masuk kerja. Minggu nih aku tak memasak apa pun, makan kat luar pun baru sekali, itupun tapau mee goreng.
Esok (Sabtu) aje aku keluar kot sebab tadi Ramon talipun, dia dah berhenti kerja dan kerja baru akan mula minggu depan. So basically dia free lah, itu yang nak ajak aku melepak tuh. Aku janji dengan dia nak "ngelihat kembang api" sempena 4th July, kat Chelsea Piers malam esok.