26072007
Aku bersyukur jugak sebenarnya sebab aku banyak masa untuk berfikir samadauntuk terus kerja di kedai Daniel nih atau untuk berhenti aje secepat mungkin. Untung jugak gaji aku dibayar sekali sebulan. Kalau tidak tuh, kalaulah gaji aku dibayar setiap 2 minggu, aku sure yang dah lama dah aku berhenti kerja di kedai Daniel tuh. Entah di mana lah agaknya aku sekarang ini.
Aku sentiasa berfikir baik-buruknya kalau aku berhenti kerja. Baik buruknya kalau aku teruskan bekerja di tempat Daniel nih. Dan mungkin jugak sebab aku dah lebih matang dari dulu (ooppsss, mamposlah statement orang tua yang baru sedar diri), itu yang aku layan otak aku untuk berfikir. Jugak, sebab aku tak boleh berhenti on the spot, aku kena tunggu dapat gaji dulu baru lah aku boleh buat keputusan, samada nak berhenti atau nak teruskan bekerja selama sesebulan dua lagi.
Ok, punca utama aku nak berhent. Kerjanya terlalu lama, lebih dari 13 jam sehari. Aku tak ada masa untuk diri sendiri. Keduanya, aku bosan dengan gagak-gagak di rimba tuh, especially yang berlagak sangat. Yang pandang hina sangat orang macam aku nih. Aku selalu naik angin dengan gagak-gagak yang berlagak, yang sombong. Itulah dua masalah utama, dua punca utama yang buat aku nak berhenti.
Tapi, bila difikir-fikir lagi, banyak pulak benda-benda yang buat aku rasa aku patut teruskan aje kerja di kedai Daniel nih. Yang buat aku fikir yang aku nih memang jenis tak bersyukur punya orang. Yang aku nih jenis tak sedar diri punya orang. Yang aku nih tak reti mengira, I don't even know how to count my lucky stars. Yang aku nih manja, sedangkan aku dah cakap yang tempat bermanja aku jauh sekali.
Aku patut bersyukur sesangat sebenarnya, yang walaupun keadaan aku begini, aku masih ada kerja, aku masih boleh online di waktu kerja. Kat mana lagi aku boleh beronline waktu kerja kalau tak di tempat Daniel nih? Itu sebab utama apa pasal aku rasa aku harus teruskan aje bekerja di kedai Daniel nih. Pedulikan gagak-gagak tuh, biar pun aku terpaksa membujur lalu melintang patah sekali.
Aku harus bersyukur juga sebenarnya yang kerja aku nih, tak ada lah berat sangat. Tak adalah sampai membanting tulang empat kerat. Cuma banyak kena bersabar, especially bila deal dengan gerombolan-gerombolan gagak. Aku pernah kerja di tempat-tempat lain yang memerlukan kekuatan tenaga badan, takkan aku boleh lupa betapa peritnya kerja yang menggunakan kederat kan? Kerja kat kedai Daniel nih, (walaupun kadang tuh busy sampai aku tak sempat nak makan minum) santai ya amat. Kadang tuh, kalau masa tak busy, sampai leper bontot aku sebab kelamaan duduk di kerusi. Waktu duduk di kerusi tuh, aku online lah kan? Dan itu pun aku tak bersyukur lagi?
Masih tak sedar ker aku nih yang orang lain tuh ramai yang nak kerja ganti aku nih. (Tapi, kalau difikir balik, kenapa orang-orang yang sebelum aku, kenapa diaorang berhenti dari terus kerja di tempat Daniel nih?).
Terlatest yang nak gantikan aku, Manu. Ingat dak Manu yang jadi Manager KFC kat Atlantic City ituhari, masa aku kerja sama dia dulu tuh?. Sedangkan Manager pun boleh berhenti dari kerja dengan Nenek Rewel tuh kan? Kaedahnya, aku dapat nombor talipun dari Heru (Heru sekarang dah kerja jadi tukang masak Restoran Jepang, di Ohio). Dah lama dah Heru berhenti, sesebulan dua lepas aku berhenti dulu tuh. Heru ada talipun aku baru nih, dia kata yang Manu mungkin ada di Phila sebab Manu dah berhenti kerja di KFC bulan 3 yang lalu. Nombor talipun Manu yang Heru kasi tuh nombor lama, so tak dapatlah aku nak contact dia.
Tiba-tiba minggu lepas masa aku off hari Sabtu tuh, masa tengah beli makanan kat kedai Indo tuh, aku terberjumpa Manu. Terus lah aku pergi lepak kat apartment dia. Lama lah jugak. Sembang-sembang pasal kerja dia. Selama hampir lima bulan tuh, dah merata dah dia pergi kerja, sampai ke Maryland, ke Massachusets. Tapi semuanya tak lama, paling lama pun dua minggu. Ada aje lah yang tak kena nya. Memang Manu nih jenis yang bergaya sikit orangnya, aku sedari dulu dah boleh agak yang dia nih memang tak boleh buat kerja-kerja lain selain dari jadi Manager kat KFC tuh. Tapi itulah, dia kata ada banyak masalah kat KFC tuh dan ramai Managers lain pun dah berhenti, so dia berhenti. Dan dia cari kerja pun melalui Makcik Jenny di New York.
So masa sembang-sembang tuh dia asyik tanya aku macamana cara-cara kerja di restoran, di laundry. Sebab dia tak pernah kerja di tempat lain selain di KFC tuh, sejak mula dia datang dari Yunani (Greece) setahun lepas (Gila kan, orang Indo sampai berani pergi Greece, orang Malaysia?).
"Eh aku mahu dong kerjaan kamu, kalo kamu mahu berhenti. Enak kerja nya, santei aja", kata Manu bila aku kata yang besar kemungkinan aku akan berhenti at the end of July/ atau early August nanti.
So begitulah. Aku fikir, sedangkan Manu nak kerja gantikan aku, apa pasal pulak aku nak berhenti? True yang gaji tak ada lah sebesar mana tapi kalau aku pergi kerja di tempat lain, kerja restoran for example, setakat dua tiga ratus bezanya, apalah sangat kan? Itu satu sebab jugak yang buat aku terpaksa berfikir banyak kali.
{Latest nih. Dua tiga hari lepas aku ada talipun Manu, beritahu dia yang aku confirm akan berhenti so aku nak dia gantikan aku. Iyalah kan, aku kena lah cari pengganti yang hampir sama taraf dengan aku kan? Yang berkaliber gitu. Takkan aku nak ambik mana-mana orang Indo yang aku jumpa kat tengah jalan tuh nak suruh gantikan aku kan? Siapa pulak nanti nak kerja kilang, kan? Tapi bila Manu kata (dia sekarang di Boston) yang dia nak balik semula kerja di KFC kat Atlantic City tuh minggu depan, terfikirlah aku yang orang lain tuh sanggup menjilat ludah sendiri.
Ok, habis bab tuh.
Lagi satu sebab nih penting juga aku rasa. Daniel. Dia nih baik orangnya. Baiklah sebagai seorang Boss, tak memerintah, tak cerewet. Walaupun dia macam tak kisah sangat dengan susah payah aku, tapi aku suka cara tuh. Aku tak comfotrtable jugak kalau Boss baik sangat dengan aku sampaikan nak ambik tahu pasal aku semuanya kan? Daniel nih, dia tak ada langsung tanya pasal aku, mungkin sebab dia tengok yang aku nih ke sana ke sini bawak laptop kot? Sure jenis orang yang tahu bawak diri kalau dah ke sana sini bawak laptop kan?
Entah-entah dia nih respect gila kat aku kot? Ada kemungkinan besar tuh sebab aku nih jenis orang yang pandang rendah kat diri dan kebolehan sendiri.
Daniel, sejak aku beritahu dia yang aku nak berhenti kerja, minggu lepas tuh, dan memandangkan yang aku macam nak teruskan aje kerja di sini, dia dah macam anggap yang aku akan terus kerja di kedai dia tuh. Dia tetap macam dulu jugak, yang ingatkan aku suka kerja di situ. He takes for granted yang aku akan lama kerjanya di kedai dia nih. Salah tuh. Dia tak akan boleh baca yang aku nih, orang suka kat aku macamana sekali pun, kalau aku nak berhenti tuh, aku terus berhenti aje, tak fikir lain dah. Tengoklah nanti tuh. Oooppsss.
Orang yang baca blog aku jer tau yang aku nih macamana orangnya kan? Yang tak boleh tercuit sikit, yang tak boleh terjentik sikit telur nya, teruslah nak blah aje keputusannya.
Ok, habis bab Daniel tuh.
Lagi satu sebab nih, aku rasa, memainkan peranan jugak sebenarnya. Memanglah aku bosan dengan perilaku gagak-gagak yang datang mencuci pakaian kat kedai Daniel nih. Tapi, memang lumrah gagak lah gitu kan? Suka buat kacau. Dan kebanyakannya tuh, first-time customers, atau yang datang sekali sekala. So, aku kena pasrah dengan lumrah hidup gagak-gagak.
Tapi........, iyalah kan, dah lebihkurang 5 bulan aku kerja, berkat kepandaian dan keautaran aku, banyak jugaklah gagak-gagak yang telah dapat aku jinakkan. Banyak gagak-gagak yang jadi baik dengan aku. Walaupun tak semua, tapi, selain dari gagak-gagak yang betul-betul jinak, adalah jugak gagak-gagak yang jinak-jinak merpati.