Sunday, October 28, 2012

RabuKhamisJumaat080910072009


Tak ada apa yang nak ditulis sangat pun untuk 3 hari nih. Memalukan. Bukan memalukan apa, aku sekarang nih dah terjebak main games kat Facebook. Ini semua angkara "diaorang" tu lah yang asyik bercerita pasal "farm" diaorang aje. Mulanya aku pekakkan telinga, butakan mata, bila tengok diaorang rancak aje bersembang pasal game kat Facebook tuh. Dekat sesebulan rasanya aku tengok aje diaorang sembang pasal benda tak berfaedah tuh. Sorrylah aku nak join, iman aku kuat, aku tak akan tergodanya lah.

Tapi, Rabu lepas, masa aku tengah boring-boring, aku jenguk-jenguk jugak Facebook aku, tercarilah game Farm Town tuh. The rest is history lah kan? So dengan ini, aku dengan rendah diri nya mengaku yang aku pun dah terjebak sama main game tuh. Sampaikan nak keluar pun malas sebab takut hasil tanaman layu. Khamis tuh, aku bangun tidur dengan semangat nak mengharvest segala tanaman aku, only to know yang semua tanaman aku tuh terkulai layu. Terus hilang semangat aku, terberhenti sekejap main game tuh.

Tapi, sebab aku nih kental orangnya, aku kembali berladang, aku ikut step-stepnya. Dan di keheningan pagi (malam waktu Malaysia, bilamana peladang-peladang lain sedang enak dibuai mimpi), perlahan-lahan, bersendirian, aku mengusahakan ladang aku. Yang membuatkan aku nak breakfast pun malas, apatah lagi nak memasak.


Nasib baiklah tuanrumah aku ada offer untuk masakkan aku lauk kari ayam (Selasa malam aku beli berkilo ayam, dengan harapan untuk memasak. Tapi itulah, harapan cuma tinggal harapan) so selama 3 hari tuh aku makan lauk yang sama ajelah.

Kerja pun biasa aje, cuma nya King Mongkut tuh tak berapa sihat. Perut dia tak berapa sihat, asyik nak memerut aje. Tiga-tiga malam masa nak buat catherter, masa angkat dia ke katil, ada aje longgokan taik di scooter dia. Itu yang bila nak naikkan dia ke katil, terus aje diterbalikkan badan dia, takut taik terselek di merata-rata. Itu yang aku balik lambat aje for the last 3 nights, pasal nak menyuci dia sebelum buat catherter.

Dia tuh takut sangat kat David pasal David nih dramatik sangat orangnya. Benda yang kecik-kecik, riuh rendah dia. Aku tahu King Mongkut tuh malu, tapi dia nak buat macamana, so aku lah yang pura-pura marah kat David kalau dia memperbudak-budak dan mempersenda-sendi kan King Mongkut yang terberak atas scooter tuh.

King Mongkut tu pun satu hal, dia bukannya nak pakai pampers kalau petang-petang, dia cuma nak aku pamperskan dia sebelum dia tidur aje. Waktu lain tuh, taruk towel aje.

Bila nak bersihkan dia sebelum masuk tidur, sebelum buat catherter, (kesian pulak aku menengoknya tapi aku buat tak nampak aje), masa dalam bilik air tuh, dengan the only tangan yang boleh digerakkan, tertonggeng-tonggenglah dia sambil dia korek-korek bontot, nak mengecheck samada dia terberak, samada ada taik kat jubur dia. Nasib baiklah jari yang dah dicucuk ke lubang jubur tuh tak diciumnya,kan? Ekekekeke. 

Malam Khamis tuh, jadi geram aku dibuatnya sebab ada ke patut dia suruh aku telek bontot dia (sambil dia tonggengkan bontot dari atas scooter tuh), nak tengok kalau-kalau ada taik terkeluar sebab dia kata, "I just farted".

Aku macam marah jugak kat dia, aku kata lah yang apa perlunya dicheck, kalau dah terberak nak buat macamana, kan? Aku paham sangatlah tuh sebab aku pun, pagi tadinya gitu jugak. Sebab makan banyak kacang bendi (tuan rumah aku taruk bendi dalam kari ayam tuh) kot, itu yang bila aku kentut aje, terkincit. Sampaikan puas nak mengontrolnya, kena lepaskan sikit-sikit, kalau tidak sure terburai, ekekekkeke.

Sebenarnya dia takut David tahu, dia takut kena sindir, itu yang kalau boleh dia nak sorokkan benda-benda buruk tuh dari pengetahuan David.