Friday, October 5, 2012

Reality Bites


Aku rasa tenang hati aje bila Daniel dah tahu yang aku ada niat nak berhenti kerja tuh. Cuma aku rasa tak sedap nya, Daniel tak tahu punca utama yang buat aku nak berhenti. Semua excuse-excuse yang aku kasi kat dia tuh semuanya lame-lame belaka. 

Aku tak suka kerja di situ sebabnya itulah, terlalu panjang jam kerjanya, lebih dari 13 jam sehari. Kalau aku nak slow talk dengan dia, mintak pendekkan jam, itu aku tak mampu nak buat. Pasal itu akan menampakkan kelemahan aku. Dan, gaji sure akan turun, katalah dia bersetuju aku kerja kurang dari 13 jam sehari. As a Bangla, memang tak ada cara lain dah sebenarnya. Ko tak suka, ko berhenti. Itu aje jalannya. Berlambak lagi orang lain yang nak kerja. 

Hari-hari berikutnya aku kerja macam biasa, tak ada lah tension sangat. Cuma itu lah, nak pergi kerja tuh, macam terpaksa heret kaki aku. Punyalah tak ada semangatnya. Once sampai aje kat tempat kerja, dan bila tak sibuk aje, baru aku rasa macam seronok jugak sebenarnya kerja macam aku nih. Aku boleh online masa tak ada kerja tuh. Sesambil melayan orang beli barang. Aku rasa bersyukur pulak yang aku, walaupun kerja Bangla aje, tapi aku dapat online masa kerja. 

Cuma masalahnya, aku tak ada masa. Sebab aku kerja 6 hari seminggu, 13 jam sehari, at least. Pukul satu onwards, aku mula bosan balik semula, mula tension semula. Masa tu lah baru terfikir balik yang aku harus buat sesuatu, aku kena cari kerja restoran ker, yang ada orang lain yang boleh aku jadikan kawan bercakap. Mampos gayanya kalau kerja sorang-sorang nih, dah lah lama, tak ada member ajak sembang pulak tuh. Itu yang aku terpaksa cari member kat internet untuk ajak sembang. Tapi itu lah, member kat internet nih, susah nak cari yang sama wave length nya. 

Tapi, bila difikir-fikir balik, elok jugak kerja sorang-sorang nih, tak ada siapa kacau. Tapi itu lah, kat tempat kerja aku sorang-sorang, balik ke apartment pun aku sorang-sorang, setiap hari aku sorang-sorang, memanglah terasa sunyi sesangat kan? 

Aku bersyukur jugak sebab aku masih ada masa untuk berfikir sebenarnya. Kalau aku nak berhenti, aku kena berhenti hujung bulan, atau pun awal-awal bulan. Lepas dapat gaji. Sebab gaji aku sebulan sekali. So gitulah, berbalik-balik pros dan cons nya yang aku fikir. Sampai aku terfikir yang aku nih saja jer memenatkan otak aku. Sebelum ini, aku tak ada pun fikir lebih-lebih kalau aku nak berhenti kerja tuh. Apa pasal pulak kali ini aku beria-ia sangat nak fikir baik buruknya kalau aku cari kerja di tempat lain?

Minggu tuh aku disuruh off hari Khamis, tak ada apa sangat pun aktiviti aku. Lepak-lepak kat tempat tidur sambil sembang-sembang, pergi park, dan tengok wayang. Aku tengok filem nih, Evening, sebab ada Meryl Streep berlakun. Lagipun filem tuh shootingnya kat Rhode Island, lawa tempatnya. Jalan ceritanya membosankan tapi aku tak ada lah ralat sangat. Iyalah, bukan semua orang yang suka pergi fishing tuh sebab nak kan ikan, kan?

On the way balik, masa aku nak masuk ke kedai Indo untuk beli stock makanan seminggu, aku terjumpa this one guy yang aku rasa aku kenal. Masa berselisih tuh, takat senyum-senyum gitu aje lah. Then bila dah jauh, baru aku teringat yang aku kenal dan pernah kerja sama dia, suatu masa dulu. Sombongnya aku sampai tak tegur dia, kata aku dalam hati. Itu yang aku patah balik, aku lari kat dia (Read between the lines: Aku nih baik sangat orangnya hehehe)

"Gapapa, gapapa", mamat tuh jawab gitu. So kitaorang sembang-sembang gitulah. Rupanaya dia tak kerja sebab baru lepas operation (patutlah aku tak kenal sebab badan, muka dia dah kecut semuanya), sakit pinggang, ada ketumbuhan, sebab selalu kerja angkat benda yang berat-berat. Tapi dia nih ada Social Security, ada Work Permit (tapi dah expired) dan ada insurance, so operation dia tuh free aje lah. Dia berehat sebulan sebelum mula cari kerja lain yang ringan-ringan. So bila aku cerita pasal kerja aku, pasal niat aku nak berhenti, teruslah dia mintak nombor talipun aku. Dia even suruh aku bawak dia jumpa Daniel. 

"Itu enak itu, saya mau deh, saya bisa Bahasa Mandarin", kata dia. Dia orang Indo bangsa Cina. 

So adalah benda yang aku nak fikirkan, kan? Aku fikir, ramai orang yang nak kan kerja aku nih, apa pasal pulak aku nak berhenti? Tapi, mungkin jugak sebab aku selalu cakap gini, itu yang buat orang nak kerja aku tuh. Aku selalu kata, "Kerjanya santeeiii amat, bisa internetan lagi. Cuma jamnya panjang sih, 13 jam. Jenuuhhhhh rasanya. 

"Itu enak sih, kerja sendirian lebih enak", biasanya diaorang akan jawab gitu. 

"Iya, tapi, lama kelamaan, bosaaaaan amat. Jenuh rasanya", aku akan jawab gitu. 

So tak heranlah kalau ramai orang yang nak kerja laundry, kerjanya santai, gajinya ok (walaupun kecik compared to jadi waiter/tukang masak kat restoran Cina tapi lebih besar dari gaji kalau kerja kilang), dan yang pentingnya (bagi orang Indo), kerja tuh tetap. Walaupun tak berpencen. 

----------------------------------------
"Joe, you'll not get everything you want lah...", kata member aku kat YM bila aku hampir setiap waktu dan ketika, mengadu kat dia.

Ok, I've heard that words a million times sebelum ini. Tapi selama ini aku diam kan aje, aku buat tak peduli aje. Kalau orang cakap gitu kat aku, aku akan kata dia suka membebel. Tapi kali itu, aku betul-betul sentapz. Termasuk sangat kat benak kepala aku yang dah hampir botak nih. Betul sesangat apa yang member aku cakap tuh. Tak ada salah nya pun. Tepat dan padat. 

Tapi sebab aku sibuk aku tak dapatlah nak chat lama, I didn't even have the time to thank him pun pasal menyedarkan aku. 

So aku sambung balik melipat pakaian yang semakin banyak tuh. Tapi itulah, di sepanjang aku melipat bra-bra, spenda-spenda orang tuh, bodoh jer aku jadinya. Dan dalam bodoh-bodoh tuh pun, aku mula berfikir..........