Tuesday, October 30, 2012

Ahad06092009


David tak ke gym pagi nih so masa aku sampai pukul 11 tuh, dia tanya aku apa plan nak dibuat harinih. Samada nak keluar atau nak melepak aje. Aku kata lah yang since kat luar pun cuaca elok dan Labor Day Weekend, baik keluar for a ride, seseminggu dua akan datang dah mula sejuk, so ambik lah peluang terakhir untuk enjoy the last few days of summer kan?

Tengah-tengah menyiapkan King Mongkut, sesambil sembang dengan diaorang, David tanya aku apa yang aku nak buat habis kerja nanti. Samada nak tengok wayang atau nak melepak kat mana-mana. Memang kalau weekend, itu lah yang diaorang selalu tanya aku, diaorang suka kalau aku ada aktiviti, agaknya diaorang faham yang weekends ajelah aku boleh melepak sikit. To sound classy, aku katalah yang aku ada dinner kat rumah kawan.

"You never told us about them, Joe", kata David. So aku ceritalah, aku kata yang aku pun baru kenal dengan diaorang, even dengan husband perempuan tu pun aku belum pernah jumpa, cuma semalam aje ada sembang kat tagboard.  

"Are you out of your mind? You don't know them and yet you are going to their house for dinner? Are you crazy, Joe?", kata David. Aku gelak aje lah, then aku explain kat dia yang that kind of thing memang common lah bagi Malays. Aku ingatkan dia yang aku pernah dulu jadi host pada orang yang aku tak kenal (Syed for example). It's only natural lah pada Melayu yang kat overseas, bila terjumpa Melayu lain, diaorang akan ajak datang ke rumah, or at least bertanya khabar dan berkenal-kenal.

"Where do they live?" "Do they have kids?" "What are their names?", soalan-soalan gitu David tanya aku. Kepoci sangat kan diaorang nih? Lebih Cik Wokz nya, masa kitaorang nak keluar tuh, David siap kata kat aku yang dia nak drive ke 67th Avenue (tempat rumah Lan, aku tak tahu nombor rumah diaorang cuma aku tahu yang diaorang duduk kat 67th Avenue, just a few blocks away) nak tunjukkan kat aku keadaan rumah-rumah di situ yang dia kata itu tempat orang kaya-kaya, millionaire-millionaire.

Aku selamba aje, tapi dalam hati aku macam nak tergelak dengan kekepohan diaorang. Itulah yang membezakan kita dengan diaorang nih kan? Diaorang tuh, nak jumpa orang, nak pergi dinner rumah orang, such a big event lah bagi diaorang.

"Look Joe, this is 67th Avenue, must be one of these houses", kata David masa kitaorang melalui 67th Avenue.

"They must be very succesfull", kata King Mongkut. "Are they going to give you money, Joe?", King Mongkut cuba buat lawak, sambil pandang aku.

Terasa hati aku tapi aku tak sampai hati nak buat muncung muka masam gitu sebab aku tak nak dia tau yang aku upset dengan lawak bodoh dia tuh. Macamana pun sempat aku plan, yang siaplah dia tuh nanti, kalau dia nak berak, nak buat catherter, tak aku hempas-hempas, tak aku lantun-lantun kan aje nanti tuh. Jenis mulut tak reti basa, mulut bacul.

So, sepanjang perjalanan ke Garden City tuh, aku kat seat belakang tuh, melangut ajelah. Ada rasa macam menyesal jugak yang apa pasal aku cepat sangat nak terima offer orang ajak dinner sedangkan aku tak kenal diaorang. Tapi, aku terfikir jugak, diaorang tuh biasa aje, diaorang orang gomen, kerja Consulate pulak, sure gomen yang yang sediakan tempat tinggal yang kelas-kelas kan?

Ada aku terfikir, yang kalaulah aku tahu di situ diaorang duduk, sure aku akan kasi alasan yang aku tak dapat datang jemputan berbuka Puasa di rumah diaorang tuh. Iyalah, aku nih rendah diri sangat orang nya, aku sedar aku nih sapa. Lagipun, aku dah lama tak jumpa Melayu, dah lama tak mengikut adab-adab dan style Melayu. Hidup aku rough, hidup aku membawak diri. Aku tak reti "membawak diri" kat tempat orang, aku cuma reti "membawak diri" ke tempat yang tak bertempat.

Macam-macam lah yang aku terfikir, sampaikan aku ada tertakut, buatnya Lan suruh aku yang jadi tukang baca doa masa berbuka nanti (sebab nak ambik berkat tetamu), sure kelam kabut aku. Silap-silap, nak baca doa berbuka, terbaca doa Sujud Sahwi. Ha, itu baru parah, ekekekkeke

Macamana pun aku decided nak buat selamba aje lah, aku nih yang fikir lebih-lebih sangat, diaorang tuh biasa aje. Dan aku ingatkan diri aku yang aku nak buat macam reserved sikit lah, aku tak nak cakap banyak sangat pun, aku tak nak cerita beria-ia sangat kisah aku. Tak macam a few times sebelum nih masa terjumpa Kak Lina, masa jumpa Sharifah, Ruby (masa kat Philadelphia dulu tuh), mengalahkan berlakun drama swasta lagi aku kan?

Lagipun, semalam masa chat dengan Lan aku dah kasi warning dia, aku kata yang dia kena layan aku best-best sebab aku ada blog, nanti kalau dia tak layan aku best, aku akan tulis kat blog, ekekekeke. Aku nih ramai pengikut, diaorang tuh tau aje aku kena buli ker apa ker, ha siaplah, sinsing lengan masing-masing.

Kitaorang singgah Bed, Bath & Beyond sekejap sebab David nak pulangkan barang yang dia terlebih beli semalam tuh, lepas balik dari Toku. Tengok, macamana aku tak kata diaorang nih pathetic, barang yang harganya $12-00 pun diaorang sanggup pergi hantar return, sanggup drive jauh-jauh.

Then kitaorang ke Roosevelt Field Mall, meraya-rayau kat situ for like 2 hours, yang bagi aku yang benci sangat merempit kat mall, rasanya macam bertahun. Kejap tengok jam, kejap tengok jam.

"Are you going just like that, Joe", kata David masa aku nak blah, lepas siapkan King Mongkut, sekembalinya kitaorang dari mall.

"Yep", aku kata gitu, konfiden aje, dalam hati aku macam dah bosan dengan kekepohan diaorang nih. Aku pakai t-shirt hitam, seluar hitam aje. Tak macam diaorang, kalau nak pergi dinner even kat tingkat bawah apartment member diaorang tuh, siap berdandan macam bapok lagi.

"Ok, tell us all about it tomorrow, make a mental note Joe", kata David.

"Fuck!", kata aku dalam hati.

Aku janji nak datang dalam pukul 5 lepas habis kerja tapi sebab aku ada hal lain, nak bayar bill talipun, nak pergi bank, so dalam pukul 6 lebih sikit baru aku sampai kat rumah Lan. Dia tengah bakar ayam masa tuh, so kitaorang sembang-sembang aje lah kat belakang rumah diaorang tuh. Rasa macam kat kampung aje. Biasa aje lah sembangnya, sekali-sekala bini dia datang (la, aku tak tahu pun nama wife Lan nih, tak best lah nak guna term "bini dia", "perempuan tuh" kan?) sembang, sesambil tanya aku. Aku tetap maintain tak nak cerita beria-ia sangat, kalau diaorang nak tahu, baca blog aje lah. Tergelak aku bila diaorang mention pasal King Mongkut, hmmm, rupanya diaorang nih ada baca sikit-sikit blog aku.

Lan sekeluarga nak pindah dah, pindah Milan, Italy, dalam sesebulan nih kot. Ha, kalau korang ke Milan nanti dan berurusan dengan orang Consulate, ha, itu kawan aku tuh. Dah dua tahun kat NY rupanya diaorang nih, aku tak lah pelik sangat apa pasal walaupun cuma beberapa blocks dari apartment King Mongkut, tapi kitaorang tak pernah terserempak. Sebab diaorang nih jenis yang tak keluar rumah langsung.

Seronok sembang-sembang, lama dah aku tak dapat rasa suasana macam tuh. Masa berbuka pun aku banyak senyap aje, tapi dalam kepala hotak aku bermacam-macam benda yang aku fikir. Aku terfikir, apa pasal aku sikit pun tak ada rasa macam jeles dengan Lan,yang aku rasa having a perfect life, a good wife and a nice family. Tak ada pun rasa aku nih imperfect. Aku tetap fikir, this is the way he leads his life dan kalau nak comparekan dengan the way I lead my life, memang jauh beza lah kan?

Tak apa, I have my own life, no matter how peculiar, weird aku punya life, I'm at peace with it. Life's a lesson imperfectly learned, kan?

Nampak macam kurang asam sikit tapi lepas aje Maghrib, terus aku mintak diri. Sebab aku nak ke Jackson Heights, lagipun esok aku kena kerja pagi. Labor Day patutnya cuti kan tapi aku pulak kena kerja. Caregive yang sorang lagi tuh cuti esok so itu yang aku kena gantikan dia tuh.

So, aku nak ambik kesempatan ini nak ucapkan terima kasih lah kat lan sekeluarga yang sudi mempelawa aku untuk berbuka kat rumah diaorang. I have nothing to offer in return, setakat doa semoga diaorang sekeluarga mendapat apa-apa yang terbaik. Amin.

-----------------------------
Note: 

Ok, entry yang di atas tuh aku tulis pada malam tuh, Ahad 06092009. Ada banyak benda yang aku tak tulis, yang macam "terbuku" di hati aku. Aku tak tulis tuh pasal aku tahu yang Lan suami isteri ada baca blog aku masa tuh, almost setiap hari lepas tuh. So aku kena tulis yang baik-baik aje lah kan? Such a hipokrit aku nih kan? 

Ok, today's 30 Oct 2012, masa aku copy paste entry lama nih, meh aku nak tambah sikit cerita, apa yang 'terbuku" di hati aku tuh. Kalaupun Lan suami isteri akan terbaca ( I doubt it they will) apa yang aku tulis nih, aku tak akan rasa apa-apa pun pasal I've been trying to be brutally honest kat blog aku, that's all.

Sebelum ke rumah sewa lan, aku adalah singgah kat Magnolia Bakery yang paling famous tuh (ada branch dia kat Forest Hills), so memang aku pilih cup cakes yang paling mahal sekali lah, aku beli sedozen, dalam USD 50 harganya. Kira mahal sangat lah tuh. 

So bila sampai, terus ajelah aku kasi buahtangan aku tuh. Sikit pun aku tak expect bila diaorang kata diaorang tak terima buahtangan aku tuh sebab diaorang tak yakin dengan kehalalan cupcakes tuh, entah-entah ada ingredients lain yang disangsikan. 

Yang buat aku sentapznya bukan apa, aku fikir, kalaulah aku jadi diaorang, aku akan terima aje buahtangan yang tetamu bawak, kalau aku nak makan atau tak nak, itu belakang kira. Aku boleh buang aje kan? At least aku kena jaga hati tetamu yang bersusah payah bawak cenderahati tuh. 

Dalam hati aku fikir, tak kan alim sangat diaorang nih sampaikan benda yang dibuat dari tepung pun diaorang tak makan, kan? Tapi kalau alim, apa pasal basic things macam menjaga hati tetamu (yang bawak buah tangan0 pun tak dijaga, semuanya tuh does not add up kan? Apa lah salahnya "berlakun" sikit, terima buahtangan tuh dan bila aku dah balik, buangkan aje. daripada kata, "Kitaorang tak makan cupcakes sebab tak yakin halal....." I mean for fuck sake, aku pun tak makan benda-benda tak halal tapi can't they just be more sensible?

Bertitiktolak dari itu, (walaupun aku sikit pun tak menampakkan kesentapan aku) aku rasa macam tak berapa best aje nak sembang beria-ia. True yang we had a nice meeting malam tuh tapi itulah, "tak Melayu hilang di dunia kan?" Alah, first time kat overseas pulak tuh, kan? Itupun sebab ikut bini yang kerja Consulate. kat malaysia, jadi Cikgu JER. Then again yang beria kata tak nak terima cupcakes aku tuh, bini dia. Adess!

Mungkin to some, itu benda remeh temeh jer (bagi aku pun memang benda kecik yang aku boleh lupakan) , tapi you have to remember yang I'm a classy guy and I pay attention to small details like that.