Tuesday, October 30, 2012

Isnin-Khamis21-24092009


Aku masih terikut-ikut style masa Puasa, berjaga sampai tidur lewat lepas Subuh. Susah jugak nak adjust.Tak apalah, at least aku Sembahyang Subuh awal waktu. Cuma masalahnya bila tidur lewat nih, haruslah tak berapa lena dan cukup sebab tidur siang tak sesama tidur malam, tak nyenyak nya lah.

So, apa yang aku buat malam-malam? Tak lain tak bukan main games lah kan? Online pun sunyi jer di masa Raya nih, so aku tak ada kerja lain lah selain main game kat Facebook tuh. Memalukan diri sendiri aje aku nih, bukan satu, bukan dua, bukan tiga, bukan empat, bukan lima, bukan enam, bukan lapan games yang aku main. Tujuh semuanya yang aku main dengan gigih dan bersungguh-sungguh. Dengan penuh didikasi. The problem with me, kalau main games tuh, aku tak nak orang lain pintas aku, aku nak kat depan aje, so itu yang tidur lewat pun tak apa asalkan aku puas hati sebab orang lain terkemput-kemput nak mengejar aku.

Kadang-kadang, tengah-tengah malam buta tuh aku memasak. Rajin pulak aku semenjak dua menjak nih, ada jer benda yang aku nak cuba masak. Walaupun tak sesedap mana tapi ok lah, at least aku tak makan kat luar dah since Raya lepas.

Ramon tak jadi gayanya pindah menumpang kat bilik aku. Tak ada pun dia talipun aku dan aku pun tak ada lah beriya-iya nak menalipun dia. Dengar cerita tuan rumah aku, Ramon dapat kerja yang live-in, kat New York nih jugak. Oklah tuh daripada kerja restoran macam dulu tuh.

Tapi, aku dah buat keputusan yang starting from next week aku akan kurangkan main games. Aku nak cuba ubah sikit routine aku, aku nak buat style dulu-dulu lah, nak keluar merempit di waktu siang. Dah lama aku tak ke Central Park, dah lama aku tak ke Union Square, dah lama aku tak ke Columbus Circle, dah lama aku tak ke Seaport, dah lama aku tak ke Battery Park. Aku cadang nak keluar pagi-pagi, nak jalan sejauh mungkin, sebab aku tak buat exercise lain dah siang-siang. Lagipun, kalau aku pergi jogging, sure the rest of the day tuh aku akan melepak kat rumah aje. Dan sure aku termain games nya lah. So itu lah, aku janji nih, janji dengan diri sendiri, disaksikan bulan bintang, yang minggu depan aku akan selalu update blog taruk gambar-gambar macam dulu tuh.

Eh, tak jugak kot, sebab kalau aku keluar di sebelah siang, masa bila aku nak main games kalau tak di waktu malam lepas balik kerja, kan? Tengoklah macamana nanti.

Online jugak sekarang nih aku banyak tengok siri tv yang aku suka. Fall nih banyak series yang season baru, The Amazing Race, Survivor, The Big Bang Theory, Two And A Half Men, Ugly Betty dan semua siri-siri lain dah/dan akan mula within this week. Since aku tak ada tv dan tak ada desire pun nak beli (masa aku duduk Philadelphia dulu ada dua tiga bijik tvs yang aku beli tapi semuanya hilang gitu aje sebab aku selalu berpindah randah), so aku hanya tengok semua tuh kat internet aje lah.

The Amazing Race kali ini sure aku tertunggu-tunggu sebab aku rasa macam connected jer, iyalah kan, dulu aku ada peluang jumpa dan bersalam dengan host dia kan, Phil Keoghan. Dan aku ada plan jugak nak pergi Survivor Finale yang biasanya dibuat kat Ed Sullivan Theatre kat New York nih.

Selasa, genaplah lima tahun aku berblog. 22 Sept 2004 aku mula tulis blog, kejap aje rasanya. Tak tahu lah sampai bila aku nak keep on tulis blog nih, ada jugak rasa macam malas jer nak menulis (sebab tak ada apa pun nak ditulis, lagipun aku rasa orang pun macam dah bosan baca cerita aku yang tak ada kesudahannya nih) tapi aku nih degil orangnya, aku tak nak mengalah, aku nak teruskan jugak menulis.

Selasa jugak MamatGQ punya birthday, so aku yang classy nih, sms-ed dia nak wish kan Happy Birthday. Tapi, sampai sekarang (Jumaat) tak ada pun reply dari dia. Dia tak dapat sms aku kot, sebab biasanya terus dibalas. Takut dia sakit aje sebab dia tu kan ker tak sihat?

-------------------------------

David macam tak nak aje King Mongkut ikut sama birthday kawan diaorang kat luxury boat kat Hudson River malam Sabtu nanti sebab cocktail party sama dinner nya di buat kat deck atas dan bawah, macamana King Mongkut yang kat wheelchair tuh nak ke sana sini, kan? Aku pun rasa macam malas jer ikut sama tapi King Mongkut tuh beria-ia sangat nak pergi jugak. Dia ingat senang ker, 5 jam kat dalam boat tuh nanti, bukannya cruise liner kan? Kalau cruise liner, senang sikit nak ke mana-mana sebab besar kawasannya, tapi kalau setakat boat, sure tempatnya terhad walaupun boleh muat 100 guest.

Masalahnya pulak, kalau King Mongkut tak pergi, terpaksalah aku menjaga dia sampai David balik, mamposlah aku kebosanan nanti tuh. Tengoklah macamana, harap-harap King Mongkut tak jadi lah ikut sama, dan tak apa lah aku kebosanan hari Sabtu tuh nanti kerja sampai lebih dari 12 jam.

-------------------------------

Hari Khamis, aku dah elok dah pergi kerja tapi entah macamana aku tersalah naik train. Biasanya aku naik N atau D train dan tukar ke F train di 34th Street, tapi aku sengaja nak tukar style, so aku turun di 4th Street dan cadangnya nak ambik F train kat situ. Ternaik pulak G train yang ke Long Island City, half way tuh baru aku terperasan, so teruslah aku turun, cadangnya nak patah balik.

Masa tuh dah pukul 3 petang yang kalau train lambat, sure lewat aku masuk kerja. So aku cadang nak naik teksi aje, aku pun keluar dari station. Mak oii, kawasan yang penuh dengan gagak di rimba rupanya, di sana gelap di sini gelap, alam sekitar jadi mendung. Tertakut aku jadinya, kawasan yang ramai black nih memang mengerikan. So aku balik semula tunggu train yang tak kunjung tiba.

Dan masa tu jugak datang idea jahat kat kepala otak aku yang biol nih. Apa kata aku ponteng? Terus aku tersengih sorang-sorang, idea yang bernas jugak tuh ponteng kerja. Belum pernah seumur hidup aku ponteng kerja, kan? Terus aku talipun King Mongkut, beritahu dia yang aku dengan berat hati nya, tak dapat datang kerja. Sebab appointment aku dengan Dotor mata ditunda dari pukul 3 ke pukul 6. Sebab mata kiri aku merah. Sebab contact lens aku punya pasal. Kesian King Mongkut yang terkesian dengan aku, so dia suruh aku settlekan masalah aku, tak apalah aku tak datang kerja harinih.

Poof kiri poof kanan, biar King Mongkut terberak merata-rata. Poof kiri poof kanan, biar King Mongkut terkencing merata-rata, aku menjampi sambil tunggu train untuk balik ke rumah.

Tapi bila dalam train, tertakut pulak aku jadinya, buatnya nanti aku betul-betul sakit, kan? Itulah susahnya orang baik yang tak pernah menipu macam aku nih, bila menipu sikit aje, mulalah rasa guilty yang tak terhingga, sampaikan aku rasa takut aje nak ambik kesempatan dapat off tuh untuk pergi merempit. Instead aku terus balik ke rumah dan tidur.