Tuesday, October 30, 2012

Isnin-Khamis07-10092009


Ok, entry berbetuk meringkas karangan nih, yang kalau aku terrajin mungkin taku ulis panjang-panjang.

Isnin lepas cuti Labor Day kat Amerika, tapi aku kerja, tak tahu lah labor tahap apa aku nih kan? Kerja pagi pulak tuh sebab Mamat caregiver yang sorang tuh cuti. Best dia, dah lah kerja 5 hari seminggu, selalu pulak dia bercuti (dan aku lah yang kena gantikan dia)

Aku baru perasan yang birthday aku kali ini jatuhnya hari Sabtu, macamana aku nak mintak cuti nih sebab weekends diaorang memerlukan aku. Biasanya bila birthday, aku akan cuti. Tengoklah macamana nanti, kalau diaorang ada belas kasihan, sure diaorang akan kasi aku cuti. Tapi tak tahu lah sebab aku sure tak sampai hati nak cuti Sabtu kan? Sapa nak jaga King Mongkut tuh seharian? Dah lah sure diaorang akan kasi aku birthday gift (of at least $500), tak kan aku nak cuti pulak kan?

Kitaorang tak ke mana pun hari Isnin tuh, cuma keluar beli barang-barang keperluan diaorang aje kat Austin Street. Mulanya King Mongkut nak tengok wayang, dia suruh aku check kat website, siap aku listkan nama filem dan waktu tayangan. Tapi David tak nak pulak, sebab dia letih baru balik dari gym. Syukurlah sebab aku nak maintain tak pergi tengok wayang (walaupun that's part of the job) di bulan Puasa.

Diaorang organized closet diaorang setengaharian, habis pakaian-pakaian King Mongkut dikeluarkan untuk didermakan. Dan macam biasalah, David offer kat aku dulu mana-mana pakaian yang sesaiz aku. Sebab dah berkali-kali aku tak nak terima pakaian yang diaorang nak kasi, so kali ini aku ambik jugaklah a few helais, itupun sebab David yang beria-ia sangat, dia kata rugi nak kasi semuanya tuh sebab semuanya pakaian mahal-mahal. Memang pun, berlambak-lambak pakaian yang dikeluarkan untuk didermakan kat Israeli Youth Movement.

David yang pilih pakaian mana nak dikasi kat aku, aku anggukkan aje sebab aku terima tuh pun sebab nak jaga hati diaorang aje. Kalau aku keluarkan pakain tuh dari bag pun dah bersyukur sangat nanti tuh, tak pun sampai bila lah terperap kat dalam bag. Sorrylah aku nak pakai. Sure diaorang bangga dapat kasi pakaian mahal-mahal kat aku, yang most of them tak pernah pun King Mongkut pakai. Tapi itulah, tak satu pun berkenan di hati aku, iyalah kan, baju pattern dan style orang tua, yang tak berseri langsung (walaupun mahal). Lagipun aku kalau takat pakaian yang orang kasi, aku tak peduli sangat, aku lebih suka pakai pakaian yang aku beli sendiri, walaupun yang murah.

Cuma aku pelik sebab selama ini aku jarang sangat pakai pakaian yang diaorang kasi (sampaikan diaorang selalu tanya aku apa pasal aku tak pernah pakai pakaian yang diaorang kasi tuh masa aku datang kerja), tapi ada 2 baju dan 1 sweater yang MamatGQ kasi aku dulu, aku selalu pulak pakai. Sampaikan baju-baju tuh semakin mengecut sebab selalu kena basuh. Pelik, kan? Aku sendiri pelik apa pasal aku terpelik, ekekekeke.

So aku terus ajelah balik ke rumah (tak singgah mana-mana dah) lepas habis kerja, sebab menjinjing dua beg yang sarat dengan pakaian, kasut Cole Hans dua pasang, baju 4 helai, ditaruk dalam kotak pulak tuh.

-------------------------------------

Minggu nih aku kurangkan sikit makan kat luar sebab aku ada masak ituhari, so habis kerja aku tak singgah kat Jackson Heights sangat pun.

-------------------------------------

Tahun ini Rosh Hashanah 19 Sept (Sabtu) dan Yom Kippur 27 Sept (Ahad), dua-duanya hari besar orang Jews. Dan nampak gayanya aku dikecualikan dari kena ikut pergi dinner kat apartment nenek diaorang. Syukur Alhamdulillah.

Aku belum sure sangat lagi tapi ada David tercakap ituhari yang aku tak payah datang sebab dua-dua nya weekend. David faham sangat dah yang aku kalau weekends, aku berat hati nak kerja sampai malam. Dia tahu yang aku kerja setiap hari, so weekends aje lah kalau aku nak meronggeng mana-mana pun kan? Itu yang diaorang selalu tanya aku apa aku punya plans kalau weekend tuh. Kalau dulu aku selalu pergi tengok wayang atau just jalan-jalan dari 63rd Street sampai West 4th Street, tapi sebab Puasa nih, aku tak ada lah ke mana-mana pulak. "I'm not in the mood of going to the movies", aku kata gitu kat David.

Ooooo shoot, baru aku teringat, yang 26 Sept nanti kitaorang ada dinner kat luxury boat kat Hudson River tuh, sure sampai tengah malam. Alamak, aku kena beli dinner shoes nih sebelum minggu depan.

So sekarang nih sibuk diaorang tuh, David, emak dia, mak sedara dia (yang dia tak suka tuh sebab mak sedara dia tu lah yang tak nak aku datang masa dinner tahun lepas tapi David berkeras suruh aku datang).Biasalah orang kaya-kaya nih, benda kecik-kecik pun jadi besar dibuatnya, semuanya nak perfect, nak bagus. So itu yang David hampir setiap malam akan keluar sama mak dia, nak discuss pasal dinner kat apartment nenek dia tuh.

David panggil mak sedara dia tuh Aunt Camel Toe. Korang nak tahu apa pasal dia panggil Aunt Camel Toe? Mak sedara dia nih (adik mak David) umur dia 67 tahun tapi suka sangat pakai seluar ketat-ketat, apa tah namanya seluar yang macam bicyclist pakai tuh. Almost every time kitaorang terserempak dengan dia, memang gitulah pakaiannya. Seluar ketat, yang menyerlahkan vagina dia, yang nampak sebijik macam camel toe. Aku pun baru tahu yang "camel toe" nih memang term yang dipakai untuk benda tuh.

Hmmm, kalau lelaki pulak, apa term dia hah? Belalai gajah? Ataupun Kuih Siput? Ekekekekke